Dokumen tersebut membahas beberapa topik tentang hari akhirat menurut Islam seperti nama-nama hari akhirat, al-syafa'ah, al-hisab, as-sirat, dan syurga serta neraka. Topik-topik tersebut dijelaskan beserta dalil-dalil Al-Quran dan hadis yang mendukungnya.
2. TAJUK-TAJUK KECIL YANG
AKAN KITA BINCANGKAN…
•NAMA-NAMA HARI AKHIRAT
•AL-SYAFA’AH
•AL-HISAB
•AL-SIRAT
•SYURGA DAN NERAKA
3. PENGENALAN
Beriman kepada hari akhirat.
Beriman dengan hari akhirat merupakan salah satu rukun Islam.
Beriman kepada hari akhirat ialah setiap muslim wajib percaya dan berkeyakinan
bahawa ada kehidupan lain selain daripada kehidupan mereka di dunia ini.
Hari akhirat nanti setiap manusia akan menerima balasan penuh adil terhadap apa yang
mereka lakukan di dunia.
َو واُلَمَع اَمَب واُءاَسَأ ََينذهال َي َزْجَيَل َض ْاألر يَف اَم َو َتا َاوَمهسال يَف اَم َ ه َوّلِلَب واَُُسَْْأ ََينذهال َي َزْجَيَُْسُْْال(٣١)
Terjemahan: dan Allah jualah memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
(Dengan demikian) dia akan membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang
mereka lakukan, dia membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan sebaik-
sebaiknya. (Surah al-najm: ayat 31).
Islam menekankan mengenai kewujudan hari akhirat agar manusia bersedia
menghadapinya sekaligus tidak tergolong kalangan mereka yang rugi. Hal itu kerana
akhirat dikira sebagai alam yang kekal abadi.
4. NAMA-NAMA HARI AKHIRAT
Yaumul mahsyar – Adalah hari berkumpulnya seluruh umat manusia sejak manusia pertama
iaitu Nabi Adam as hingga manusia paling akhir.setelah dibangkitkan dari alam kubur semua
manusia dikumpulkan di padang masyar. (surah Al-kahfi ayat :47)
Yaumul hisab – menurut bahasa “hisab” beerti perhitungan yaumul hisab adalah hari
perhitungan amal baik dan amal buruk yang dilakukan selama hidup di dunia . Semua
manusia diberikan balasan sesuai yang telah dilakukan di dunia .tidak ada seorang pun yang
akan dirugikan (dizalimi). (surah Al-mukminun ayat :17 , surah yassin ayat :65)
6. MAKSUD AL-SYAFA’AH
• Syafa’ah adalah usaha perantaraan dalam memberikan sesuatu manfaat bagi
orang lain atau mengelakkan sesuatu mudharat bagi orang lain.Syafa’ah yang
tidak diterima disisi allah adalah syafa’ah orang kafir.
7. AL –HISAB
Perhitungan amalan manusia di dunia sama ada baik mahupun buruk. Apabila semua manusia
dibangkitkan daripada kubur, mereka akan menuju ke masyar. Yang mana di sana nanti segala
amalan mereka akan dibentangkan kepada allah untuk hisab atau dihitung.
8. Antara dalil yang membuktikan ada pembentangan amalan untuk dihisab ialah :
Surah al – haqqah : “ pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal) tidak ada
sesuatu pun yang tersembunyi (kepada allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi”.
Segala amalan yang dilakukan oleh manusia akan dihisab selepas mereka dikurniakan kitab catatan
masing-masing. Berdasarkan apa yang dicatat oleh malaikat raqib dan ‘atid.
Surah al- infitar : “ (mereka adalah makhluk) yang mulia (disisi allah), lagi ditugaskan menulis
(amal-amal kamu). Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan”.
9. Seterusnya bagi orang yang beriman itu mudah perhitungan dan hisab
amalan mereka. Manakala orang yang kufur, munafik dan fasik sukar
hitungan amalan mereka. Sebelum berlaku hisab, setiap manusia dikurniakan
kitab amal masing-masing.
Surah al – kahfi : “dan, kitab-kitab amal juga tetap akan dibentangkan,
maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, mereka takut akan
apa yang tersurat di dalamnya, dan mereka akan berkata: aduhai celakanya
kami, mengapa kita ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang
kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya”.
10. AS – SIRAT
Dari segi bahasa : jelas dan terang :
Surah al – an’am : “ dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (agama islam)
yang betul lurus”.
Dari segi istilah : sirat ialah titian atau jambatan yang merentasi pintu
neraka untuk sampai ke syurga.
11. Setiap manusia akan melalui titian tersebut selepas mereka di hisab dan di timbang
amalan di padang mahsyar. Mereka yang akan melaluinya terlebih dahulu ialah nabi
muhammad s.A.W dan diikuti umat baginda.
Justeru, segala perbicaraan dan penentuan kesudahan seseorang itu akan berlaku
dengan seadil-adilnya dan tiada siapa yang terlepas dari perbicaraan dan timbangan
ini, biarpun ia seorang kafir.
Surah al – ghasiyah : “sesungguhnya kepada kamilah mereka akan kembali dan
sesungguhnya kewajipan kamilah menghitung mereka”.
12. SETIAP ORANG AKAN MENERIMA KITAB CATATAN BERDASARKAN
KADAR AMALAN MASING-MASING. ANTARANYA :
1) Orang yang beriman akan menerima buku catatan amalan dari arah kanan dan
mereka akan menghadapi hisab atau kiraan amalan dengan mudah dan cepat.
(Surah al- insyiqaq : 7 dan 8)
2) Manakala orang-orang yang banyak dosa dan fasik menerima buku catatan amal
dari arah kiri. Mereka murung dan menyesal di atas kecelakaan yang bakal
menimpa mereka. (Surah al- haqqah : 25)
3) Orang kafir pula akan menerima kitab amal mereka dari arah belakang. Mereka
akan meraung dan mencela diri mereka. (Surah al- insyiqaq : 10-12)
13. SETIAP ORANG AKAN MENERIMA KITAB CATATAN BERDASARKAN KADAR
AMALAN MEREKA:
Orang yang
beriman
• Menerima buku
catatan amalan
dari arah kanan.
Orang yang banyak
dosa dan fasik
• Menerima buku
catatan amal dari
arah kiri.
Orang kafir
• Menerima kitab
amal mereka
(dengan tangan
kiri) dari arah
belakang.
14. SYURGA
Syurga merupakan taman dan tempat yang penuh nikmat. Ia disediakan kepada orang benar-
benar beriman serta beramal, seperti berjuang pada jalan allah.
Ahli syurga akan menikmati dan berada di dalamnya buat selama-selamanya serta kenikmatan
yang tidak dapat digambarkan.
Sebagaimana hadis baginda daripada abu hurairah riwayat al-bukhari; maksudnya;
Allah berfirman: Aku telah sediakan (di syurga) untuk hambaku yang soleh apa yang belum
pernah dilihat dengan mata, dan tidak pernah didengar dengan telinga dan tidak pernah terlintas di
hati.
15. NERAKA
Orang yang derhaka kepada allah yang mendapat seksaan selaras dengan usaha, ikhtiar juga
pilihan mereka dan atas sifat adil allah.
Golongan yang menderhaka dan kufur ingkar pada suruhan allah akan dapat balasan yang
setimpal dengan perbuatannya.
Sebagaimana firman Allah, (Surah Al-Kahfi 18;53)
Terjemahan: Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka,
bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk
mengelakkan diri daripadanya.
Firman allah tentang sifat neraka, sebagaimana firman-nya:
Terjemahan: Di hadapannya ada jahanam dan dia akan diberi minuman dengan air nanah. (Surah
Ibrahim 14:16)