SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
Download to read offline
PERLAKUAN METAKOGNlTIF MURID TAHUN LIMA
DALAM PENYELESAlAN MASALAH MATEMATIK
SUZANA BINTl ANWAR
LAPORAN KERTAS PROJEK DlKEMUKAKAN BAGl MEMENUHl SYARAT
UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA PENDlDlKAN
(MATEMATlK SEKOLAH RENDAH)
(MOD KERJA KURSUS)
FAKULTl PENDlDlKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSlA
UNlVERSlTI PENDlDlKAN SULTAN lDRlS
2015
v
ABSTRAK
Kajian kes ini bertujuan untuk menyiasat perlakuan metakognitif murid Tahun Lima
dalam proses penyelesaian masalah matematik. Dua objektif utama kajian ini ialah
untuk melihat cara perlakuan metakognitif murid Tahun Lima mengikut tahap
pencapaian dalam proses penyelesaian masalah matematik dan mengenal pasti
kesukaran yang dihadapi oleh mereka. Seramai 12 orang murid Tahun Lima telah
dipilih sebagai peserta kajian melalui teknik persampelan bertujuan. Kesemua peserta
kajian ini menghasilkan 6 pasangan peserta kajian iaitu 2 pasang peserta kajian bagi
kategori murid berpencapaian cemerlang, 2 pasang peserta kajian bagi kategori murid
berpencapaian sederhana dan 2 pasang peserta kajian bagi kategori murid
berpencapaian lemah dalam matematik. Data-data telah dikumpulkan melalui rakaman
video proses penyelesaian masalah matematik bukan rutin secara pemikiran bersuara,
jawapan bertulis penyelesaian masalah dan rakaman video temu bual. Data-data
pemikiran bersuara dianalisa berpandukan Kerangka Kerja Metakognitif bagi Analisis
Protokol Penyelesaian Masalah dalam Matematik oleh Sarver (2006) untuk melihat
cara perlakuan metakognitif manakala protokol temu bual dianalisis bersama-sama
dengan jawapan bertulis peserta kajian dan transkrip protokol pemikiran bersuara
untuk mengenal pasti kesukaran berdasarkan tema-terna yang terhasil. Kajian ini
mendapati bahawa semua peserta kajian berpencapaian cemerlang telah melalui
keempat-empat fasa orientasi, organisasi, pelaksanaan dan pengesahan dalam
menyelesaikan masalah matematik bukan rutin. Bagi peserta kajian berpencapaian
sederhana dan lemah pula, mereka hanya melalui tiga fasa penyelesaian masalah iaitu
orientasi, organisasi dan pelaksanaan sahaja. Fasa pengesahan tidak dilalui oleh
mereka. Perlakuan metakognitif yang dipamerkan oleh murid berpencapaian
cemerlang, sederhana dan lemah juga adalah berbeza-beza, Murid berpencapaian
cemerlang didapati menunjukkan ketujuh-tujuh perlakuan metakognitif iaitu
membaca, memahami, menganalisis, merancang, meneroka, melaksana dan mengesah
penyelesaian dengan berkesan sepanjang proses penyelesaian masalah dan hasilnya
mereka dapat menyelesaikan masalah yang dikemukakan dengan teratur dan
seterusnya membawa kepada kejayaan dalam penyelesaian masalah. Kajian ini juga
mendapati bahawa orientasi adalah fasa yang penting dalam penyelesaian masalah
kerana perlakuan metakognitif dalam fasa ini dapat memandu murid ke arah
merancang tindakan yang tepat. Dapatan kajian ini juga membuktikan pengesahan
adalah fasa penting dalam penyelesaian masalah di mana kesedaran mengesah
penyelesaian turut menyumbang kepada kejayaan murid berpencapaian cemerlang
dalam menyelesaikan masalah. Kegagalan mengesah penyelesaian juga merupakan
penyebab yang membawa kepada kegagalan murid berpencapaian sederhana dan
lemah dalam menyelesaikan masalah matematik. Kajian ini juga mendapati murid­
murid Tahun Lima menghadapi beberapa kesukaran dalam penyelesaian masalah
matematik. Antara kesukaran yang dihadapi oleh mereka ialah kesukaran memahami
masalah, kesukaran membuat perkaitan maklumat dalam soalan dengan jadual yang
diberi, kesukaran menganalisa jadual dan kesukaran memproses maklumat untuk
merancang aktiviti penyelesaian.
VI
ABSTRACT
This case study aims to investigate metacognitive behaviours of Standard Five pupils
in the process of solving mathematical problems. The two main objectives of this
study were to see the metacognitive behaviours of Standard Five pupils in accordance
with the level of achievement in mathematical problem solving process and identify
the difficulties faced by them. A total of 12 Standard Five pupils were selected as
participants in the study through purposive sampling technique. There were 6 pairs of
participant altogether. The participants 2 pairs were excellent, 2 pairs were average
and another 2 pairs were weak according to their level of performance in mathematics.
The data were collected through video recordings of non-routine mathematical
problem solving using think-aloud method, written answers of problem solving and
recorded video interview. The data were analysed according to Metacognitive
Framework for Protocol Analysis of Problem Solving in Mathematics by Sarver
(2006) in order to see the metacognitive behaviours while the interview protocol was
analysed along with the written answers and transcripts of think-aloud protocol to
identify the difficulties based on the themes that emerged. The study found that all
excellent participants underwent four different phases which are orientation,
organization, execution and verification while solving non-routine mathematical
problem. Average and weak participants went through problem solving orientation,
organization and execution phases. They did not manage to go through verification
phase. They were varied metacognitive behaviour exhibited by excellent, average and
weak pupil. Excellent pupils had shown the seven metacognitive behaviours which are
reading, understanding, analysing, planning, exploring, implementing and verifying
the solution effectively while handling the problem solving process. As a result, they
could solve the problem methodically thus led to success in problem solving. The
study also found that the orientation acts as an important phase in problem solving.
This is because the metacognitive behaviours in this phase are able to guide pupils
toward appropriate action plan. Besides, verification phase also need to be considered
in problem solving as it verifies awareness and contributes to pupils' excellence in
solving problems. Failure to verify the solution leads to the poor performance of
average and weak pupils in solving mathematical problems. The pupils were facing
difficulties in understanding the problems, connecting the information in question to
the table given, analysing the table as well as processing information for planning
solution.
VU
KANDUNGAN
Muka Surat
PERAKUAN 111
PENGHARGAAN IV
ABSTRAK V
ABSTRACT VI
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xu
SENARAI RAJAH X111
SENARAI SINGKATAN XV
BABI PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 1
1.3 Pemyataan Masalah 3
1.4 Kerangka Konsep 5
1.5 Objektif Kajian 9
1.6 Persoalan Kajian 9
1.7 Kepentingan Kajian 10
1.8 Batasan Kajian 11
1.9 Definisi Istilah 12
1.9.1 Metakognitif 12
1.9.2 Penyelesaian Masalah 13
1.10 Kesimpulan 14
V111
BAB2 TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan 15
2.2 Penyelesaian Masalah dalam Matematik 15
2.2.1 Definisi Masalah 16
2.2.2 Penyelesaian Masalah 18
2.3 Strategi Penyelesaian Masalah 20
2.4 Model Penyelesaian Masalah 24
2.4.1 Model Polya 25
2.4.2 Model Schoenfeld 27
2.4.3 Model Garofalo dan Lester 28
2.4.4 Model Mayer 29
2.4.5 Model De Corte 30
2.5 Metakognitif 33
2.5.1 Teori Metakognitif 34
2.5.1.1 Teori MetakognitifFlavell 35
2.5.1.2 Teori MetakognitifWilson 37
2.5.2 Penyelesaian Masalah Berasaskan Metakognitif 39
2.5.2.1 Fasa Orientasi 40
2.5.2.2 Fasa Organisasi 40
2.5.2.3 Fasa Pelaksanaan 41
2.5.2.4 Fasa Pengesahan 42
2.6 Kajian-Kajian Berkaitan Metakognitif dalam 42
Penyelesaian Masalah Matematik
2.7 Kesimpulan 50
IX
BAB3 METODOLOGI
3.1 Pendahuluan 51
3.2 Reka Bentuk Kajian 51
3.3 Peserta Kajian 53
3.4 Instrumen Kajian 54
3.4.1 Soalan Penyelesaian Masalah Matematik 55
3.4.2 Protokol Pemikiran Bersuara 57
3.4.3 Jawapan Bertulis Penyelesaian Masalah 58
3.4.4 Protokol Temu bual Berasaskan Jawapan Bertulis 58
3.5 Prosedur Kajian 59
3.5.1 Kebenaran 59
3.5.2 Pengumpulan Data 60
3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan 61
3.7 Etika dalam Penyelidikan 62
3.8 Analisis Data 63
3.9 Kesimpulan 67
BAB4 DAPATAN KAJIAN
4.1
4.2
4.3
Pendahuluan
Analisis Kualitatif
Dapatan Kajian
68
69
69
4.3.1 Persoalan Kajian: Bagaimanakah Cara Perlakuan 70
Metakognitif Murid Tahun Lima Mengikut Tahap
Pencapaian dalam Proses Penyelesaian Masalah
Matematik?
4.4
x
4.3.1.1 Kes 1 -
Pasangan Peserta Kajian
Berpencapaian Cemerlang
71
4.3.1.1.1 Maisarah dan Maryarn 71
80
87
4.3.1.1.2 Aiyaaz dan Iman
4.3.1.2 Kes 2 -
Pasangan Peserta Kajian
Berpencapaian Sederhana
4.3.1.2.1
4.3.1.2.2
Ainul dan Farhanah
Sufi dan Nabil
87
94
1044.3.1.3 Kes 3 -
Pasangan Peserta Kajian
Berpencapaian Lemah
4.3.1.3.1
4.3.1.3.2
Adeeb dan Rafiz
Nurin dan Farra
104
111
4.3.2 Persoalan Kajian: Apakah Kesukaran yang 118
Dihadapi oleh Murid Tahun Lima dalarn
Penyelesaian Masalah Matematik?
4.3.2.1 Kesukaran Memaharni Masalah 118
4.3.2.2 Kesukaran Membuat Perkaitan antara 119
Maklurnat dalarn Soalan dengan Jadual
yang Diberi
4.3.2.3 Kesukaran Menganalisa Jadual 120
4.3.2.4 Kesukaran Memproses Maklurnat untuk 121
Merancang Aktiviti Penyelesaian
Kesimpulan 122
Xl
BAB5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pendahuluan 124
5.2 Perlakuan MetakognitifMurid Tahun Lima dalam 125
Penyelesaian Masalah Matematik
5.2.1 Orientasi 125
5.2.2 Organisasi 130
5.2.3 Pelaksanaan 135
5.2.4 Pengesahan 140
5.3 Kesukaran yang Dihadapi oleh Murid Tahun Lima 143
dalam Penyelesaian Masalah Matematik
5.4 Implikasi Kajian 145
5.5 Cadangan untuk Amalan Pendidikan 146
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 148
5.7 Kesimpulan 149
RUJUKAN
LAMPlRAN
151
xu
SENARAI JADUAL
Jadual Muka Surat
2.1 Ringkasan Model-Model Penyelesaian Masalah 32
4.1 Peruntukan Masa Maisarah dan Maryam bagi Setiap Perlakuan 78
MetakognitifMengikut Fasa Penyelesaian Masalah
4.2 Peruntukan Masa Aiyaaz dan Iman bagi Setiap Perlakuan 85
MetakognitifMengikut Fasa Penyelesaian Masalah
4.3 Peruntukan Masa Ainul dan Farhanah bagi Setiap Perlakuan 92
MetakognitifMengikut Fasa Penyelesaian Masalah
4.4 Peruntukan Masa Sufi dan Nabil bagi Setiap Perlakuan 102
MetakognitifMengikut Fasa Penyelesaian Masalah
4.5 Peruntukan Masa Adeeb dan Rafiz bagi Setiap Perlakuan 109
MetakognitifMengikut Fasa Penyelesaian Masalah
4.6 Peruntukan Masa Nurin dan Farra bagi Setiap Perlakuan 116
MetakognitifMengikut Fasa Penyelesaian Masalah
5.1 Peratusan Masa Mengorientasi Masalah 126
5.2 Peratusan Masa Mengorganisasi Masalah 130
5.3 Peratusan Masa Melaksanakan Penyelesaian 136
5.4 Peratusan Masa Mengesah Penyelesaian 141
X111
SENARAI RAJAH
Rajah Muka Surat
1.1 Kerangka Konsep Perlakuan Metakognitif dalam Penyelesaian 8
Masalah Matematik (Adaptasi daripada Sarver, 2006)
2.1 Model MetakognitifFlavell 36
2.2 Model Metakognitif Wilson 38
4.1 Sedutan 1 Skrip Jawapan Maisarah dan Maryam 74
4.2 Sedutan 2 Skrip Jawapan Maisarah dan Maryam 75
4.3 Sedutan 3 Skrip Jawapan Maisarah dan Maryam 77
4.4 Graf Garis Masa Maisarah dan Maryam 79
4.5 Sedutan 1 Skrip Jawapan Aiyaaz dan Iman 83
4.6 Sedutan 2 Skrip Jawapan Aiyaaz dan Iman 84
4.7 Graf Garis Masa Aiyaaz dan Iman 86
4.8 Sedutan 1 Skrip Jawapan Ainul dan Farhanah 88
4.9 Sedutan 2 Skrip Jawapan Ainul dan Farhanah 90
4.10 Graf Garis Masa Ainul dan Farhanah 93
4.11 Sedutan 1 Skrip Jawapan Sufi dan Nabil 96
4.12 Sedutan 2 Skrip Jawapan Sufi dan Nabil 97
4.13 Sedutan 3 Skrip Jawapan Sufi dan Nabil 99
4.14 Sedutan 4 Skrip Jawapan Sufi dan Nabil 101
4.15 Graf Garis Masa Sufi dan Nabil 103
4.16 Sedutan 1 Skrip Jawapan Adeeb dan Rafiz 105
4.17 Sedutan 2 Skrip Jawapan Adeeb dan Rafiz 107
XIV
4.18 Graf Garis Masa Adeeb dan Rafiz 110
4.19 Sedutan 1 Skrip Jawapan Nurin dan Farra 114
4.20 Sedutan 2 Skrip Jawapan Nurin dan Farra 115
4.21 Graf Garis Masa Nurin dan Farra 117
4.22 Penyelesaian yang Dilaksanakan oleh Adeeb dan Rafiz akibat 121
Kesilapan Memproses Maklumat
4.23 Penyelesaian yang Dilaksanakan oleh Nurin dan Farra akibat 121
Kesilapan Memproses Maklumat
Singkatan
TIMSS
PISA
BPK
KSSR
UPSR
KBAT
BPPDP
NCTM
xv
SENARAI SINGKATAN
Trends in Mathematics and Science Study
Programmefor International Student Assessment
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
National Council ofTeachers ofMathematics
BABI
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Bab ini merupakan pengenalan kepada kajian. Dalam bab ini akan dibincangkan
tentang latar belakang kajian, pemyataan masalah, kerangka konsep yang digunakan
dalam kajian, objektif, persoalan, kepentingan dan batasan kajian. Beberapa istilah
yang digunakan dalam kajian ini juga didefinisikan pada bahagian definisi istilah.
1.2 Latar Belakang Kajian
Kajian ini adalah tentang perlakuan metakognitif murid dalam penyelesaian masalah
matematik. Penyelesaian masalah dalam matematik bukanlah satu perkara bam.
Dalam kurikulum matematik, aspek ini sememangnya diberi penekanan. Kemahiran
2
penyelesaian masalah senng diperkatakan sebagai antara aset yang perlu dimiliki
murid dalam menyediakan mereka sebagai modal insan yang progresif. Selain
daripada memperkembangkan pemikiran mantik, analisis, sistematik dan kritis, murid
juga perlu kepada kemahiran penyelesaian masalah dan berkebolehan menggunakan
ilmu pengetahuan matematik.
National Council of Teachers of Mathematics (NCTM, 2000) telah
menyokong kuat kemasukan penyelesaian masalah dalam kurikulum matematik
sekolah atas beberapa sebab seperti untuk membina pengetahuan matematik yang
bam, untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam matematik dan konteks lain,
untuk mengaplikasi dan menyesuaikan pelbagai strategi penyelesaian masalah serta
untuk memantau dan membuat refleksi terhadap proses penyelesaian masalah
matematik. Kemahiran ini telah mendapat tumpuan kerana pelbagai aspek positif
dapat dibangunkan dalam diri murid. Model penyelesaian masalah matematik yang
dikemukakan oleh penyelidik pendidikan matematik seperti Polya, Schoenfeld,
Garofalo dan Lester, Mayer dan De Corte telah diteliti dan analisis mendapati
kejayaan murid menyelesaikan masalah bergantung kepada banyak faktor.
Penyelesaian masalah melibatkan himpunan proses psikologi yang kompleks
termasuk antaranya proses lisan dan sintaktik, perwakilan, penggunaan pelbagai
heuristik yang kompleks, pemahaman konseptual, pelbagai respons afektif, proses
metakognitif dan sistem kepercayaan tentang matematik. Walaupun penyelesaian
masalah dalam matematik adalah lebih khusus, namun terdapat pelbagai interpretasi
berkaitan dengannya. Kebiasaannya, penyelesaian masalah melibatkan masalah
matematik berayat di mana ia menjurus kepada penggunaan matematik dalam
3
kehidupan seharian. Di dalam kelas matematik, berfikir selalunya berkait rapat dengan
proses penyelesaian masalah dan kebolehan menyelesaikan masalah matematik
bergantung kepada tahap pemikiran seseorang.
Penyelesaian masalah juga menuntut penguasaan pengetahuan sedia ada,
kemahiran dan segala pemahaman untuk mengenal pasti keadaan masalah. Dalam
memastikan murid berjaya menyelesaikan masalah, guru harus mendidik murid
menggunakan strategi-strategi tertentu, memahami konsep matematik dan menguasai
kemahiran-kemahiran asas operasi matematik sepeti tambah, tolak, darab dan bahagi.
Murid juga perlu dididik untuk berfikiran secara matematikal.
Di peringkat antarabangsa kemahiran penyelesaian masalah amat
dititikberatkan. Sebagai contoh, dalam pentaksiran Trends in International
Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student
Assessment (PISA), kebanyakan soalan-soalan penyelesaian masalah yang
dikemukakan adalah berbentuk teks-teks yang panjang dan memerlukan murid
membuat interpretasi, refleksi dan penilaian berdasarkan kehidupan seharian. Data­
data dari TIMSS dan PISA juga menunjukkan kebanyakan murid menghadapi
pelbagai masalah dalam menyelesaikan masalah.
1.3 Pernyataan Masalah
Penyelesaian masalah merupakan aspek terpenting dalam matematik. Soalan
berbentuk penyelesaian masalah bukan rutin perlu diterapkan dalam semua aktiviti
4
pengajaran dan pembelajaran matematik untuk meningkatkan penguasaan kemahiran
menyelesaikan masalah. Penguasaan kemahiran penyelesaian masalah akan
membolehkan murid mengaplikasikan dan mengadaptasikan pelbagai strategi yang
sesuai untuk menyelesaikan masalah baru.
Menurut Poon (2003), proses penyelesaian masalah dalarn pendidikan
matematik masih kurang didedahkan kepada murid-murid di negara kita. Kebanyakan
guru masih menggunakan pendekatan tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik yang mengutarnakan penyelesaian masalah rutin yang hanya melibatkan
algoritma. Ini telah menyebabkan perkembangan kognitif terutama pemikiran
matematik terabai.
Kebanyakan pendidik menyedari bahawa murid sering menghadapi kesukaran
dalarn penyelesaian masalah matematik (Noor Shah et aI, 2004). Menurut Newman
(1977), dalarn penyelesaian masalah matematik, sebahagian besar masalah yang
dihadapi oleh murid ialah bahasa yang digunakan. Ini disebabkan oleh, langkah utarna
dalarn penyelesaian masalah matematik yang memenrIukan murid menaksir dan
memaharni masalah tersebut. Umpamanya dalarn topik pecahan, Ballew dan
Cunningham (1982) mendapati semasa menyelesaikan masalah pecahan, murid
mempunyai kekuatan dalam pengiraan tetapi lemah dalarn mentafsir masalah yang
dikemukakan. Hasil daripada dapatan kajian Yap (2013) juga mendapati bahawa
majoriti murid mengalami masalah dalam kefahaman konsep dan pemaharnan soalan.
Kesukaran dalarn penyelesaian masalah juga boleh berlaku dalarn mana-mana
fasa pembacaan, pemahaman, strategi tahu bagaimana, transformasi, kemahiran proses
5
dan penyelesaian (Newman, 1983). Adalah didapati bahawa murid mengalami
kesukaran dalam menyelesaikan masalah kerana kurang pemahaman tentang masalah
yang ditimbulkan, kurang pengetahuan strategi, dan ketidakmampuan untuk
menterjemah masalah ke dalam bentuk matematik (Kaur, 1995). Punca utama
kesukaran dalam penyelesaian masalah juga mungkin disebabkan ketidakbolehan
murid memantau secara aktif dan seterusnya mengawal proses kognitif yang terlibat
semasa menyelesaikan masalah (Artzt dan Armour, 1992).
Menurut Montague (1993), murid yang berpencapaian rendah menghadapi
kesukaran untuk memberi perhatian kepada langkah-langkah yang terlibat dalam
penyelesaian masalah. Kesukaran ini boleh membawa kepada ketidakupayaan murid
untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan banyak langkah penyelesaian. Selain
itu, murid yang berpencapaian rendah dalam matematik juga menghadapi kesukaran
mengingat. lni merupakan ketidakupayaan murid dalam menguruskan maklumat
untuk penyimpanan. Kesukaran mengingat menghalang murid daripada menyimpan
fakta dengan lama. Murid yang menghadapi kesukaran mengingat juga akan memberi
kesan kepada keupayaannya menyelesaikan masalah matematik berayat (Miller dan
Mercer, 1997).
Kajian Schoenfeld (1987) dan Zan (2000) pula mendapati, murid mempunyai
pengetahuan yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah tetapi gagal
menggunakannya dengan betul kerana kekurangan kemahiran metakognitif. Lester
(1994) telah mengutarakan isu peranan metakognitifmurid ini semasa menyelesaikan
masalah, bagaimana mereka memantau dan mengatur strategi. Kajian menunjukkan
bahawa murid yang mempunyai tahap metakognitif yang tinggi adalah lebih cekap
6
dalam menyelesaikan masalah berbanding dengan murid yang bertahap rendah
metakognitifnya (Swanson, 1990).
Kajian Tan dan Mohini (2003) juga telah menunjukkan terdapat perkaitan
yang jelas antara jenis tingkah laku metakognitif dengan pencapaian proses
penyelesaian masalah. Di samping itu, terdapat juga masalah yang telah
mempengaruhi kehadiran tingkah laku metakognitif semasa pelajar menyelesaikan
masalah. Pelajar yang memantau kognisi mereka juga lebih berjaya menyelesaikan
masalah berbanding pelajar yang tidak menunjukkan perlakuan tersebut (Sarver,
2006).
Kajian Zarimah dan Nor'ain (2011) juga memberi justifikasi bahawa proses
metakognitif merupakan aspek yang penting dalam menentukan kejayaan dalam
proses penyelesaian masalah matematik bukan rutin. Pelajar berpencapaian cemerlang
mempamerkan proses metakognitif yang lebih baik daripada pelajar berpencapaian
sederhana dan rendah. Pelajar berpencapaian cemerlang juga berkemampuan untuk
mengorientasi sesuatu masalah dan merangka perancangan berdasarkan
interpretasinya tentang matlamat masalah manakala pelajar berpencapaian sederhana
dan rendah menghadapi kesukaran dalam mengorientasi masalah dan tidak berupaya
membuat perancangan yang strategik untuk menyelesaikan masalah bukan rutin.
Menurut Mariam dan Nor'ashiqin (2013) pula, kumpulan pelajar berpencapaian tinggi
juga adalah kumpulan yang kerap menggunakan kemahiran metakognitif apabila
menyelesaikan soalan matematik berayat.
7
Oleh itu, metakognitif adalah satu aspek yang penting untuk menentukan
kejayaan atau kegagalan penyelesaian masalah (Zaidatun, Jamalludin & Nur Wahida,
2008). Ini kerana kemahiran untuk menyelesaikan masalah memerlukan murid berfikir
tentang konsep dan strategi tertentu. Namun begitu, murid masih kurang didedahkan
dengan strategi metakognitif. Menurut Akhsanul In'am (2011) pula, proses pemikiran
metematik murid iaitu perlakuan metakognitif kurang diberi perhatian oleh guru
walaupun mempunyai peranan yang sangat penting dalam penyelesaian masalah
matematik.
Satu kajian untuk memahami perlakuan metakognitif murid dalam
menyelesaikan masalah matematik adalah penting untuk dij alankan kerana ia akan
dapat memberikan kefahaman awal terhadap kehadiran kemahiran metakognitif
tersebut di kalangan murid. lni bukan sahaja dapat membimbing murid ke arah
menyelesaikan masalah matematik sendiri, tetapi juga dapat memberi pendedahan
yang berguna kepada guru-guru terhadap kewujudan dan kepentingan metakognitif
dalam proses penyelesaian masalah.
1.4 Kerangka Konsep
Terdapat pelbagai model metakognitif yang telah dikemukakan oleh penyelidik
terdahulu berkaitan dengan kesedaran tentang aktiviti pemikiran. Antara model yang
terkenal ialah model metakognitif Flavell (1979) dan Wilson (1999). Daripada model
metakognitif ini, ramai penyelidik telah membina beberapa kerangka kerja
metakognitif yang berkaitan dengan kajian mereka. Antaranya ialah Garofalo dan
8
Lester (1985), Artzt dan Armour-Thomas (1992), O'Neil dan Abedi (1996) dan Sarver
(2006).
Dalam kajian ini, pengkaji membina kerangka konsep perlakuan metakognitif
dalam penyelesaian masalah matematik dengan mengadaptasi Kerangka Kerja
Metakognitif bagi Analisis Protokol Penyelesaian Masalah dalam Matematik oleh
Sarver (2006). Perlakuan metakognitif dalam kajian ini dilihat dari aspek kesedaran
membaca, memahami, menganalisis, merancang, meneroka, melaksana dan mengesah
penyelesaian. Rajah 1.1 berikut menunjukkan kerangka konsep perlakuan
metakognitif yang dibina bagi kajian ini.
1
Rajah 1.1 Kerangka Konsep Perlakuan Metakognitif dalam Penyelesaian Masalah
Matematik (Adaptasi daripada Sarver, 2006)
9
1.5 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk menyiasat perlakuan metakognitif murid Tahun Lima
dalam proses penyelesaian masalah matematik. Dua objektif utama kajian ini ialah
untuk:
1. Melihat cara perlakuan metakognitif murid Tahun Lima mengikut tahap
pencapaian dalam proses penyelesaian masalah matematik.
11. Mengenal pasti kesukaran yang dihadapi oleh murid Tahun Lima dalam
penyelesaian masalah matematik.
1.6 Persoalan Kajian
J
Terdapat dua persoalan kajian yang mgm dijawab dalam kajian mi. Persoalan­
persoalan tersebut ialah:
1. Bagaimanakah cara perlakuan metakognitif murid Tahun Lima mengikut tahap
pencapaian dalam proses penyelesaian masalah matematik?
11. Apakah kesukaran yang dihadapi oleh murid Tahun Lima dalam penyelesaian
masalah matematik?
10
1.7 Kepentingan Kajian
Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik. Justeru, pengajaran dan pembelajaran perlu melibatkan kemahiran
penyelesaian masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum.
Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi penekanan sewajarnya
supaya murid dapat menyelesaikan pelbagai masalah secara berkesan.
{,
Kajian ini membincangkan tentang perlakuan metakognitif murid dalam proses
penyelesaian masalah matematik. Melalui kajian ini, guru-guru akan dapat melihat
bagaimana perlakuan metakognitif berfungsi dan kaitannya dengan kejayaan
penyelesaian masalah matematik. Dapatan kaj ian ini diharapkan dapat menyuntik
kesedaran di kalangan guru-guru matematik tentang kepentingan aspek metakognitif
dalam penyelesaian masalah matematik. Dengan menyedari bagaimana perlakuan
metakognitif ini berfungsi, guru-guru akan dapat merancang pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang pelbagai untuk meningkatkan kemahiran penyelesaian
masalah matematik di kalangan murid.
Melalui kajian ini juga, kekuatan, kelemahan dan kesukaran yang dialami oleh
murid dalam proses penyelesaian masalah matematik dapat diteliti. Dengan menyedari
kesukaran yang dihadapi oleh mereka, guru bolehlah mencuba pelbagai pendekatan
pengajaran yang sesuai bagi membantu murid menangani kesukaran yang dialaminya.
Kelemahan-kelemahan yang dialami oleh murid boleh diatasi dengan memberikan
bimbingan secara berfokus kepada murid melalui aspek-aspek metakognitif yang
11
berkaitan. Dengan ini, murid juga akan menyedari kelemahan yang dialaminya dan
seterusnya berusaha untuk memperbaikinya.
Seterusnya dapatan kajian ini juga diharapkan dapat menggalakkan guru-guru
untuk merangsang metakognitif murid dengan menerapkan strategi metakognitif
dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Penerapan strategi metakognitifboleh
membantu murid menyelesaikan masalah secara bersendirian atau berbincang dengan
rakan-rakan. Secara tidak langsung strategi metakognitif ini akan dapat menggalakkan
murid berfikir tentang apa yang mereka fikirkan sebelum sesuatu pelaksanaan proses
penyelesaian masalah dilakukan supaya keputusan atau jawapan yang diperoleh lebih
tepat dan memuaskan hati.
1.8 Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan ini mempunyai batasan seperti berikut:
i. Kajian ini terbatas kepada murid-murid Tahun Lima dari sebuah sekolah
rendah di kawasan luar bandar dalam daerah Hulu Selangor. Dapatan yang
berbeza mungkin diperoleh bagi peserta kajian dari kawasan bandar.
11. Kajian hanya tertumpu kepada cara perlakuan metakognitif murid Tahun
Lima dalam menyelesaikan masalah bagi satu soalan penyelesaian masalah
matematik bukan rutin yang melibatkan tajuk wang.
12
111. Peserta kajian dipilih secara persampelan bertujuan dan bilangan mereka
adalah kecil iaitu dua belas orang sahaja. Oleh itu, kajian ini masih
mempunyai banyak ruang untuk diperkembangkan dan dapatan kajian
hanya boleh digeneralisasikan bagi murid-murid Tahun Lima di sekolah­
sekolah kawasan luar bandar daerah Hulu Selangor sahaja.
IV. Isu jantina tidak disentuh dalam kajian ini. Pengkaji juga tidak mengambil
kira faktor emosi, kegelisahan menghadapi masalah matematik yang
diberikan, persekitaran sekolah dan rumah yang mungkin mempengaruhi
proses pemikiran murid-murid semasa menyelesaikan masalah.
1.9 Deflnisi Istilah
Kajian ini menggunakan definisi istilah yang sesuai dengan tujuan kajian dijalankan.
Terdapat beberapa definisi formal yang telah digunakan dalam kajian ini. Istilah­
istilah yang digunakan didefinisikan seperti berikut:
1.9.1 Metakognitif
Metakognitif ialah kesedaran atau pengetahuan seseorang terhadap proses kognisinya
serta kebolehan mengawal, mengurus dan menilai proses kognisinya untuk
pembelajaran dan pemahaman bacaan (Flavell dan Wellman, 1977).

More Related Content

What's hot

Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...FaFai S.
 
Kemahiran pengukuhan
Kemahiran pengukuhanKemahiran pengukuhan
Kemahiran pengukuhanSohib AlQuran
 
Kawalan kelas dan penggunaan abm
Kawalan kelas dan penggunaan abmKawalan kelas dan penggunaan abm
Kawalan kelas dan penggunaan abmNar Abu Bakar
 
Refleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro PengajaranRefleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro Pengajaranmarziana80
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYSanta Barbara
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovNahzatul Akma
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamRancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamMohd Aizat
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabMohamad Yusof
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiWany Hardy
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranSiti Zulaikha
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxAishahSal
 
Rph perbincangan stres
Rph perbincangan   stresRph perbincangan   stres
Rph perbincangan stresCikgu Anis
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Nota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanNota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanKmk Ktk
 
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert BanduraEdu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandurastupidpaboidiot
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabHaniah Ali
 

What's hot (20)

Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
 
Kemahiran pengukuhan
Kemahiran pengukuhanKemahiran pengukuhan
Kemahiran pengukuhan
 
Modul ldk
Modul ldkModul ldk
Modul ldk
 
Kawalan kelas dan penggunaan abm
Kawalan kelas dan penggunaan abmKawalan kelas dan penggunaan abm
Kawalan kelas dan penggunaan abm
 
Refleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro PengajaranRefleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro Pengajaran
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamRancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
 
Jenis-Jenis Ujian
Jenis-Jenis UjianJenis-Jenis Ujian
Jenis-Jenis Ujian
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
Rph perbincangan stres
Rph perbincangan   stresRph perbincangan   stres
Rph perbincangan stres
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Nota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanNota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakan
 
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert BanduraEdu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
 
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNERTEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
 

Similar to Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematik

kajian tindakan m3
kajian tindakan m3kajian tindakan m3
kajian tindakan m3Kamal Ludin
 
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andyhttp://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andyKamal Ludin
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Arifah Nur Zul
 
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp0136246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01sreedewi
 
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukPenggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukLing Leh
 
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri finalCik BaCo
 
KESAN PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN TERHADAP KEFAHAMAN DAN PENGLIBATAN MURID ...
KESAN PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN TERHADAP KEFAHAMAN DAN PENGLIBATAN MURID ...KESAN PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN TERHADAP KEFAHAMAN DAN PENGLIBATAN MURID ...
KESAN PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN TERHADAP KEFAHAMAN DAN PENGLIBATAN MURID ...ssuser42cb501
 
kajian-tindakan-matematik
kajian-tindakan-matematikkajian-tindakan-matematik
kajian-tindakan-matematikYee Chin
 
Masalah disleksia_dalam_kalangan_murid-murid_pemulihan_di_sekolah_rendah,_pu...
Masalah  disleksia_dalam_kalangan_murid-murid_pemulihan_di_sekolah_rendah,_pu...Masalah  disleksia_dalam_kalangan_murid-murid_pemulihan_di_sekolah_rendah,_pu...
Masalah disleksia_dalam_kalangan_murid-murid_pemulihan_di_sekolah_rendah,_pu...Daisy Reddy
 
Kajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangKajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangNurul Syuhada
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Jenry Saiparudin
 

Similar to Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematik (20)

kajian tindakan m3
kajian tindakan m3kajian tindakan m3
kajian tindakan m3
 
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andyhttp://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
 
2003 andy
2003 andy2003 andy
2003 andy
 
Kajian
KajianKajian
Kajian
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
 
691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)
 
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp0136246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
 
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakanKpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
 
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukPenggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
 
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
 
60386857 assiment-pengukuran
60386857 assiment-pengukuran60386857 assiment-pengukuran
60386857 assiment-pengukuran
 
Hbef4106 (1)
Hbef4106 (1)Hbef4106 (1)
Hbef4106 (1)
 
KESAN PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN TERHADAP KEFAHAMAN DAN PENGLIBATAN MURID ...
KESAN PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN TERHADAP KEFAHAMAN DAN PENGLIBATAN MURID ...KESAN PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN TERHADAP KEFAHAMAN DAN PENGLIBATAN MURID ...
KESAN PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN TERHADAP KEFAHAMAN DAN PENGLIBATAN MURID ...
 
kajian-tindakan-matematik
kajian-tindakan-matematikkajian-tindakan-matematik
kajian-tindakan-matematik
 
Masalah disleksia_dalam_kalangan_murid-murid_pemulihan_di_sekolah_rendah,_pu...
Masalah  disleksia_dalam_kalangan_murid-murid_pemulihan_di_sekolah_rendah,_pu...Masalah  disleksia_dalam_kalangan_murid-murid_pemulihan_di_sekolah_rendah,_pu...
Masalah disleksia_dalam_kalangan_murid-murid_pemulihan_di_sekolah_rendah,_pu...
 
Kajian 2017
Kajian 2017Kajian 2017
Kajian 2017
 
Prosiding jam
Prosiding jamProsiding jam
Prosiding jam
 
Kajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangKajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silang
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
 
Bahagi dengan 1 digit
Bahagi dengan 1 digitBahagi dengan 1 digit
Bahagi dengan 1 digit
 

Recently uploaded

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 

Recently uploaded (11)

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 

Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematik

  • 1. PERLAKUAN METAKOGNlTIF MURID TAHUN LIMA DALAM PENYELESAlAN MASALAH MATEMATIK SUZANA BINTl ANWAR LAPORAN KERTAS PROJEK DlKEMUKAKAN BAGl MEMENUHl SYARAT UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA PENDlDlKAN (MATEMATlK SEKOLAH RENDAH) (MOD KERJA KURSUS) FAKULTl PENDlDlKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSlA UNlVERSlTI PENDlDlKAN SULTAN lDRlS 2015
  • 2. v ABSTRAK Kajian kes ini bertujuan untuk menyiasat perlakuan metakognitif murid Tahun Lima dalam proses penyelesaian masalah matematik. Dua objektif utama kajian ini ialah untuk melihat cara perlakuan metakognitif murid Tahun Lima mengikut tahap pencapaian dalam proses penyelesaian masalah matematik dan mengenal pasti kesukaran yang dihadapi oleh mereka. Seramai 12 orang murid Tahun Lima telah dipilih sebagai peserta kajian melalui teknik persampelan bertujuan. Kesemua peserta kajian ini menghasilkan 6 pasangan peserta kajian iaitu 2 pasang peserta kajian bagi kategori murid berpencapaian cemerlang, 2 pasang peserta kajian bagi kategori murid berpencapaian sederhana dan 2 pasang peserta kajian bagi kategori murid berpencapaian lemah dalam matematik. Data-data telah dikumpulkan melalui rakaman video proses penyelesaian masalah matematik bukan rutin secara pemikiran bersuara, jawapan bertulis penyelesaian masalah dan rakaman video temu bual. Data-data pemikiran bersuara dianalisa berpandukan Kerangka Kerja Metakognitif bagi Analisis Protokol Penyelesaian Masalah dalam Matematik oleh Sarver (2006) untuk melihat cara perlakuan metakognitif manakala protokol temu bual dianalisis bersama-sama dengan jawapan bertulis peserta kajian dan transkrip protokol pemikiran bersuara untuk mengenal pasti kesukaran berdasarkan tema-terna yang terhasil. Kajian ini mendapati bahawa semua peserta kajian berpencapaian cemerlang telah melalui keempat-empat fasa orientasi, organisasi, pelaksanaan dan pengesahan dalam menyelesaikan masalah matematik bukan rutin. Bagi peserta kajian berpencapaian sederhana dan lemah pula, mereka hanya melalui tiga fasa penyelesaian masalah iaitu orientasi, organisasi dan pelaksanaan sahaja. Fasa pengesahan tidak dilalui oleh mereka. Perlakuan metakognitif yang dipamerkan oleh murid berpencapaian cemerlang, sederhana dan lemah juga adalah berbeza-beza, Murid berpencapaian cemerlang didapati menunjukkan ketujuh-tujuh perlakuan metakognitif iaitu membaca, memahami, menganalisis, merancang, meneroka, melaksana dan mengesah penyelesaian dengan berkesan sepanjang proses penyelesaian masalah dan hasilnya mereka dapat menyelesaikan masalah yang dikemukakan dengan teratur dan seterusnya membawa kepada kejayaan dalam penyelesaian masalah. Kajian ini juga mendapati bahawa orientasi adalah fasa yang penting dalam penyelesaian masalah kerana perlakuan metakognitif dalam fasa ini dapat memandu murid ke arah merancang tindakan yang tepat. Dapatan kajian ini juga membuktikan pengesahan adalah fasa penting dalam penyelesaian masalah di mana kesedaran mengesah penyelesaian turut menyumbang kepada kejayaan murid berpencapaian cemerlang dalam menyelesaikan masalah. Kegagalan mengesah penyelesaian juga merupakan penyebab yang membawa kepada kegagalan murid berpencapaian sederhana dan lemah dalam menyelesaikan masalah matematik. Kajian ini juga mendapati murid­ murid Tahun Lima menghadapi beberapa kesukaran dalam penyelesaian masalah matematik. Antara kesukaran yang dihadapi oleh mereka ialah kesukaran memahami masalah, kesukaran membuat perkaitan maklumat dalam soalan dengan jadual yang diberi, kesukaran menganalisa jadual dan kesukaran memproses maklumat untuk merancang aktiviti penyelesaian.
  • 3. VI ABSTRACT This case study aims to investigate metacognitive behaviours of Standard Five pupils in the process of solving mathematical problems. The two main objectives of this study were to see the metacognitive behaviours of Standard Five pupils in accordance with the level of achievement in mathematical problem solving process and identify the difficulties faced by them. A total of 12 Standard Five pupils were selected as participants in the study through purposive sampling technique. There were 6 pairs of participant altogether. The participants 2 pairs were excellent, 2 pairs were average and another 2 pairs were weak according to their level of performance in mathematics. The data were collected through video recordings of non-routine mathematical problem solving using think-aloud method, written answers of problem solving and recorded video interview. The data were analysed according to Metacognitive Framework for Protocol Analysis of Problem Solving in Mathematics by Sarver (2006) in order to see the metacognitive behaviours while the interview protocol was analysed along with the written answers and transcripts of think-aloud protocol to identify the difficulties based on the themes that emerged. The study found that all excellent participants underwent four different phases which are orientation, organization, execution and verification while solving non-routine mathematical problem. Average and weak participants went through problem solving orientation, organization and execution phases. They did not manage to go through verification phase. They were varied metacognitive behaviour exhibited by excellent, average and weak pupil. Excellent pupils had shown the seven metacognitive behaviours which are reading, understanding, analysing, planning, exploring, implementing and verifying the solution effectively while handling the problem solving process. As a result, they could solve the problem methodically thus led to success in problem solving. The study also found that the orientation acts as an important phase in problem solving. This is because the metacognitive behaviours in this phase are able to guide pupils toward appropriate action plan. Besides, verification phase also need to be considered in problem solving as it verifies awareness and contributes to pupils' excellence in solving problems. Failure to verify the solution leads to the poor performance of average and weak pupils in solving mathematical problems. The pupils were facing difficulties in understanding the problems, connecting the information in question to the table given, analysing the table as well as processing information for planning solution.
  • 4. VU KANDUNGAN Muka Surat PERAKUAN 111 PENGHARGAAN IV ABSTRAK V ABSTRACT VI KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xu SENARAI RAJAH X111 SENARAI SINGKATAN XV BABI PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 1 1.3 Pemyataan Masalah 3 1.4 Kerangka Konsep 5 1.5 Objektif Kajian 9 1.6 Persoalan Kajian 9 1.7 Kepentingan Kajian 10 1.8 Batasan Kajian 11 1.9 Definisi Istilah 12 1.9.1 Metakognitif 12 1.9.2 Penyelesaian Masalah 13 1.10 Kesimpulan 14
  • 5. V111 BAB2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan 15 2.2 Penyelesaian Masalah dalam Matematik 15 2.2.1 Definisi Masalah 16 2.2.2 Penyelesaian Masalah 18 2.3 Strategi Penyelesaian Masalah 20 2.4 Model Penyelesaian Masalah 24 2.4.1 Model Polya 25 2.4.2 Model Schoenfeld 27 2.4.3 Model Garofalo dan Lester 28 2.4.4 Model Mayer 29 2.4.5 Model De Corte 30 2.5 Metakognitif 33 2.5.1 Teori Metakognitif 34 2.5.1.1 Teori MetakognitifFlavell 35 2.5.1.2 Teori MetakognitifWilson 37 2.5.2 Penyelesaian Masalah Berasaskan Metakognitif 39 2.5.2.1 Fasa Orientasi 40 2.5.2.2 Fasa Organisasi 40 2.5.2.3 Fasa Pelaksanaan 41 2.5.2.4 Fasa Pengesahan 42 2.6 Kajian-Kajian Berkaitan Metakognitif dalam 42 Penyelesaian Masalah Matematik 2.7 Kesimpulan 50
  • 6. IX BAB3 METODOLOGI 3.1 Pendahuluan 51 3.2 Reka Bentuk Kajian 51 3.3 Peserta Kajian 53 3.4 Instrumen Kajian 54 3.4.1 Soalan Penyelesaian Masalah Matematik 55 3.4.2 Protokol Pemikiran Bersuara 57 3.4.3 Jawapan Bertulis Penyelesaian Masalah 58 3.4.4 Protokol Temu bual Berasaskan Jawapan Bertulis 58 3.5 Prosedur Kajian 59 3.5.1 Kebenaran 59 3.5.2 Pengumpulan Data 60 3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan 61 3.7 Etika dalam Penyelidikan 62 3.8 Analisis Data 63 3.9 Kesimpulan 67 BAB4 DAPATAN KAJIAN 4.1 4.2 4.3 Pendahuluan Analisis Kualitatif Dapatan Kajian 68 69 69 4.3.1 Persoalan Kajian: Bagaimanakah Cara Perlakuan 70 Metakognitif Murid Tahun Lima Mengikut Tahap Pencapaian dalam Proses Penyelesaian Masalah Matematik?
  • 7. 4.4 x 4.3.1.1 Kes 1 - Pasangan Peserta Kajian Berpencapaian Cemerlang 71 4.3.1.1.1 Maisarah dan Maryarn 71 80 87 4.3.1.1.2 Aiyaaz dan Iman 4.3.1.2 Kes 2 - Pasangan Peserta Kajian Berpencapaian Sederhana 4.3.1.2.1 4.3.1.2.2 Ainul dan Farhanah Sufi dan Nabil 87 94 1044.3.1.3 Kes 3 - Pasangan Peserta Kajian Berpencapaian Lemah 4.3.1.3.1 4.3.1.3.2 Adeeb dan Rafiz Nurin dan Farra 104 111 4.3.2 Persoalan Kajian: Apakah Kesukaran yang 118 Dihadapi oleh Murid Tahun Lima dalarn Penyelesaian Masalah Matematik? 4.3.2.1 Kesukaran Memaharni Masalah 118 4.3.2.2 Kesukaran Membuat Perkaitan antara 119 Maklurnat dalarn Soalan dengan Jadual yang Diberi 4.3.2.3 Kesukaran Menganalisa Jadual 120 4.3.2.4 Kesukaran Memproses Maklurnat untuk 121 Merancang Aktiviti Penyelesaian Kesimpulan 122
  • 8. Xl BAB5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pendahuluan 124 5.2 Perlakuan MetakognitifMurid Tahun Lima dalam 125 Penyelesaian Masalah Matematik 5.2.1 Orientasi 125 5.2.2 Organisasi 130 5.2.3 Pelaksanaan 135 5.2.4 Pengesahan 140 5.3 Kesukaran yang Dihadapi oleh Murid Tahun Lima 143 dalam Penyelesaian Masalah Matematik 5.4 Implikasi Kajian 145 5.5 Cadangan untuk Amalan Pendidikan 146 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 148 5.7 Kesimpulan 149 RUJUKAN LAMPlRAN 151
  • 9. xu SENARAI JADUAL Jadual Muka Surat 2.1 Ringkasan Model-Model Penyelesaian Masalah 32 4.1 Peruntukan Masa Maisarah dan Maryam bagi Setiap Perlakuan 78 MetakognitifMengikut Fasa Penyelesaian Masalah 4.2 Peruntukan Masa Aiyaaz dan Iman bagi Setiap Perlakuan 85 MetakognitifMengikut Fasa Penyelesaian Masalah 4.3 Peruntukan Masa Ainul dan Farhanah bagi Setiap Perlakuan 92 MetakognitifMengikut Fasa Penyelesaian Masalah 4.4 Peruntukan Masa Sufi dan Nabil bagi Setiap Perlakuan 102 MetakognitifMengikut Fasa Penyelesaian Masalah 4.5 Peruntukan Masa Adeeb dan Rafiz bagi Setiap Perlakuan 109 MetakognitifMengikut Fasa Penyelesaian Masalah 4.6 Peruntukan Masa Nurin dan Farra bagi Setiap Perlakuan 116 MetakognitifMengikut Fasa Penyelesaian Masalah 5.1 Peratusan Masa Mengorientasi Masalah 126 5.2 Peratusan Masa Mengorganisasi Masalah 130 5.3 Peratusan Masa Melaksanakan Penyelesaian 136 5.4 Peratusan Masa Mengesah Penyelesaian 141
  • 10. X111 SENARAI RAJAH Rajah Muka Surat 1.1 Kerangka Konsep Perlakuan Metakognitif dalam Penyelesaian 8 Masalah Matematik (Adaptasi daripada Sarver, 2006) 2.1 Model MetakognitifFlavell 36 2.2 Model Metakognitif Wilson 38 4.1 Sedutan 1 Skrip Jawapan Maisarah dan Maryam 74 4.2 Sedutan 2 Skrip Jawapan Maisarah dan Maryam 75 4.3 Sedutan 3 Skrip Jawapan Maisarah dan Maryam 77 4.4 Graf Garis Masa Maisarah dan Maryam 79 4.5 Sedutan 1 Skrip Jawapan Aiyaaz dan Iman 83 4.6 Sedutan 2 Skrip Jawapan Aiyaaz dan Iman 84 4.7 Graf Garis Masa Aiyaaz dan Iman 86 4.8 Sedutan 1 Skrip Jawapan Ainul dan Farhanah 88 4.9 Sedutan 2 Skrip Jawapan Ainul dan Farhanah 90 4.10 Graf Garis Masa Ainul dan Farhanah 93 4.11 Sedutan 1 Skrip Jawapan Sufi dan Nabil 96 4.12 Sedutan 2 Skrip Jawapan Sufi dan Nabil 97 4.13 Sedutan 3 Skrip Jawapan Sufi dan Nabil 99 4.14 Sedutan 4 Skrip Jawapan Sufi dan Nabil 101 4.15 Graf Garis Masa Sufi dan Nabil 103 4.16 Sedutan 1 Skrip Jawapan Adeeb dan Rafiz 105 4.17 Sedutan 2 Skrip Jawapan Adeeb dan Rafiz 107
  • 11. XIV 4.18 Graf Garis Masa Adeeb dan Rafiz 110 4.19 Sedutan 1 Skrip Jawapan Nurin dan Farra 114 4.20 Sedutan 2 Skrip Jawapan Nurin dan Farra 115 4.21 Graf Garis Masa Nurin dan Farra 117 4.22 Penyelesaian yang Dilaksanakan oleh Adeeb dan Rafiz akibat 121 Kesilapan Memproses Maklumat 4.23 Penyelesaian yang Dilaksanakan oleh Nurin dan Farra akibat 121 Kesilapan Memproses Maklumat
  • 12. Singkatan TIMSS PISA BPK KSSR UPSR KBAT BPPDP NCTM xv SENARAI SINGKATAN Trends in Mathematics and Science Study Programmefor International Student Assessment Bahagian Pembangunan Kurikulum Kurikulum Standard Sekolah Rendah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan National Council ofTeachers ofMathematics
  • 13. BABI PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Bab ini merupakan pengenalan kepada kajian. Dalam bab ini akan dibincangkan tentang latar belakang kajian, pemyataan masalah, kerangka konsep yang digunakan dalam kajian, objektif, persoalan, kepentingan dan batasan kajian. Beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini juga didefinisikan pada bahagian definisi istilah. 1.2 Latar Belakang Kajian Kajian ini adalah tentang perlakuan metakognitif murid dalam penyelesaian masalah matematik. Penyelesaian masalah dalam matematik bukanlah satu perkara bam. Dalam kurikulum matematik, aspek ini sememangnya diberi penekanan. Kemahiran
  • 14. 2 penyelesaian masalah senng diperkatakan sebagai antara aset yang perlu dimiliki murid dalam menyediakan mereka sebagai modal insan yang progresif. Selain daripada memperkembangkan pemikiran mantik, analisis, sistematik dan kritis, murid juga perlu kepada kemahiran penyelesaian masalah dan berkebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik. National Council of Teachers of Mathematics (NCTM, 2000) telah menyokong kuat kemasukan penyelesaian masalah dalam kurikulum matematik sekolah atas beberapa sebab seperti untuk membina pengetahuan matematik yang bam, untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam matematik dan konteks lain, untuk mengaplikasi dan menyesuaikan pelbagai strategi penyelesaian masalah serta untuk memantau dan membuat refleksi terhadap proses penyelesaian masalah matematik. Kemahiran ini telah mendapat tumpuan kerana pelbagai aspek positif dapat dibangunkan dalam diri murid. Model penyelesaian masalah matematik yang dikemukakan oleh penyelidik pendidikan matematik seperti Polya, Schoenfeld, Garofalo dan Lester, Mayer dan De Corte telah diteliti dan analisis mendapati kejayaan murid menyelesaikan masalah bergantung kepada banyak faktor. Penyelesaian masalah melibatkan himpunan proses psikologi yang kompleks termasuk antaranya proses lisan dan sintaktik, perwakilan, penggunaan pelbagai heuristik yang kompleks, pemahaman konseptual, pelbagai respons afektif, proses metakognitif dan sistem kepercayaan tentang matematik. Walaupun penyelesaian masalah dalam matematik adalah lebih khusus, namun terdapat pelbagai interpretasi berkaitan dengannya. Kebiasaannya, penyelesaian masalah melibatkan masalah matematik berayat di mana ia menjurus kepada penggunaan matematik dalam
  • 15. 3 kehidupan seharian. Di dalam kelas matematik, berfikir selalunya berkait rapat dengan proses penyelesaian masalah dan kebolehan menyelesaikan masalah matematik bergantung kepada tahap pemikiran seseorang. Penyelesaian masalah juga menuntut penguasaan pengetahuan sedia ada, kemahiran dan segala pemahaman untuk mengenal pasti keadaan masalah. Dalam memastikan murid berjaya menyelesaikan masalah, guru harus mendidik murid menggunakan strategi-strategi tertentu, memahami konsep matematik dan menguasai kemahiran-kemahiran asas operasi matematik sepeti tambah, tolak, darab dan bahagi. Murid juga perlu dididik untuk berfikiran secara matematikal. Di peringkat antarabangsa kemahiran penyelesaian masalah amat dititikberatkan. Sebagai contoh, dalam pentaksiran Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA), kebanyakan soalan-soalan penyelesaian masalah yang dikemukakan adalah berbentuk teks-teks yang panjang dan memerlukan murid membuat interpretasi, refleksi dan penilaian berdasarkan kehidupan seharian. Data­ data dari TIMSS dan PISA juga menunjukkan kebanyakan murid menghadapi pelbagai masalah dalam menyelesaikan masalah. 1.3 Pernyataan Masalah Penyelesaian masalah merupakan aspek terpenting dalam matematik. Soalan berbentuk penyelesaian masalah bukan rutin perlu diterapkan dalam semua aktiviti
  • 16. 4 pengajaran dan pembelajaran matematik untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah. Penguasaan kemahiran penyelesaian masalah akan membolehkan murid mengaplikasikan dan mengadaptasikan pelbagai strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah baru. Menurut Poon (2003), proses penyelesaian masalah dalarn pendidikan matematik masih kurang didedahkan kepada murid-murid di negara kita. Kebanyakan guru masih menggunakan pendekatan tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang mengutarnakan penyelesaian masalah rutin yang hanya melibatkan algoritma. Ini telah menyebabkan perkembangan kognitif terutama pemikiran matematik terabai. Kebanyakan pendidik menyedari bahawa murid sering menghadapi kesukaran dalarn penyelesaian masalah matematik (Noor Shah et aI, 2004). Menurut Newman (1977), dalarn penyelesaian masalah matematik, sebahagian besar masalah yang dihadapi oleh murid ialah bahasa yang digunakan. Ini disebabkan oleh, langkah utarna dalarn penyelesaian masalah matematik yang memenrIukan murid menaksir dan memaharni masalah tersebut. Umpamanya dalarn topik pecahan, Ballew dan Cunningham (1982) mendapati semasa menyelesaikan masalah pecahan, murid mempunyai kekuatan dalam pengiraan tetapi lemah dalarn mentafsir masalah yang dikemukakan. Hasil daripada dapatan kajian Yap (2013) juga mendapati bahawa majoriti murid mengalami masalah dalam kefahaman konsep dan pemaharnan soalan. Kesukaran dalarn penyelesaian masalah juga boleh berlaku dalarn mana-mana fasa pembacaan, pemahaman, strategi tahu bagaimana, transformasi, kemahiran proses
  • 17. 5 dan penyelesaian (Newman, 1983). Adalah didapati bahawa murid mengalami kesukaran dalam menyelesaikan masalah kerana kurang pemahaman tentang masalah yang ditimbulkan, kurang pengetahuan strategi, dan ketidakmampuan untuk menterjemah masalah ke dalam bentuk matematik (Kaur, 1995). Punca utama kesukaran dalam penyelesaian masalah juga mungkin disebabkan ketidakbolehan murid memantau secara aktif dan seterusnya mengawal proses kognitif yang terlibat semasa menyelesaikan masalah (Artzt dan Armour, 1992). Menurut Montague (1993), murid yang berpencapaian rendah menghadapi kesukaran untuk memberi perhatian kepada langkah-langkah yang terlibat dalam penyelesaian masalah. Kesukaran ini boleh membawa kepada ketidakupayaan murid untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan banyak langkah penyelesaian. Selain itu, murid yang berpencapaian rendah dalam matematik juga menghadapi kesukaran mengingat. lni merupakan ketidakupayaan murid dalam menguruskan maklumat untuk penyimpanan. Kesukaran mengingat menghalang murid daripada menyimpan fakta dengan lama. Murid yang menghadapi kesukaran mengingat juga akan memberi kesan kepada keupayaannya menyelesaikan masalah matematik berayat (Miller dan Mercer, 1997). Kajian Schoenfeld (1987) dan Zan (2000) pula mendapati, murid mempunyai pengetahuan yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah tetapi gagal menggunakannya dengan betul kerana kekurangan kemahiran metakognitif. Lester (1994) telah mengutarakan isu peranan metakognitifmurid ini semasa menyelesaikan masalah, bagaimana mereka memantau dan mengatur strategi. Kajian menunjukkan bahawa murid yang mempunyai tahap metakognitif yang tinggi adalah lebih cekap
  • 18. 6 dalam menyelesaikan masalah berbanding dengan murid yang bertahap rendah metakognitifnya (Swanson, 1990). Kajian Tan dan Mohini (2003) juga telah menunjukkan terdapat perkaitan yang jelas antara jenis tingkah laku metakognitif dengan pencapaian proses penyelesaian masalah. Di samping itu, terdapat juga masalah yang telah mempengaruhi kehadiran tingkah laku metakognitif semasa pelajar menyelesaikan masalah. Pelajar yang memantau kognisi mereka juga lebih berjaya menyelesaikan masalah berbanding pelajar yang tidak menunjukkan perlakuan tersebut (Sarver, 2006). Kajian Zarimah dan Nor'ain (2011) juga memberi justifikasi bahawa proses metakognitif merupakan aspek yang penting dalam menentukan kejayaan dalam proses penyelesaian masalah matematik bukan rutin. Pelajar berpencapaian cemerlang mempamerkan proses metakognitif yang lebih baik daripada pelajar berpencapaian sederhana dan rendah. Pelajar berpencapaian cemerlang juga berkemampuan untuk mengorientasi sesuatu masalah dan merangka perancangan berdasarkan interpretasinya tentang matlamat masalah manakala pelajar berpencapaian sederhana dan rendah menghadapi kesukaran dalam mengorientasi masalah dan tidak berupaya membuat perancangan yang strategik untuk menyelesaikan masalah bukan rutin. Menurut Mariam dan Nor'ashiqin (2013) pula, kumpulan pelajar berpencapaian tinggi juga adalah kumpulan yang kerap menggunakan kemahiran metakognitif apabila menyelesaikan soalan matematik berayat.
  • 19. 7 Oleh itu, metakognitif adalah satu aspek yang penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan penyelesaian masalah (Zaidatun, Jamalludin & Nur Wahida, 2008). Ini kerana kemahiran untuk menyelesaikan masalah memerlukan murid berfikir tentang konsep dan strategi tertentu. Namun begitu, murid masih kurang didedahkan dengan strategi metakognitif. Menurut Akhsanul In'am (2011) pula, proses pemikiran metematik murid iaitu perlakuan metakognitif kurang diberi perhatian oleh guru walaupun mempunyai peranan yang sangat penting dalam penyelesaian masalah matematik. Satu kajian untuk memahami perlakuan metakognitif murid dalam menyelesaikan masalah matematik adalah penting untuk dij alankan kerana ia akan dapat memberikan kefahaman awal terhadap kehadiran kemahiran metakognitif tersebut di kalangan murid. lni bukan sahaja dapat membimbing murid ke arah menyelesaikan masalah matematik sendiri, tetapi juga dapat memberi pendedahan yang berguna kepada guru-guru terhadap kewujudan dan kepentingan metakognitif dalam proses penyelesaian masalah. 1.4 Kerangka Konsep Terdapat pelbagai model metakognitif yang telah dikemukakan oleh penyelidik terdahulu berkaitan dengan kesedaran tentang aktiviti pemikiran. Antara model yang terkenal ialah model metakognitif Flavell (1979) dan Wilson (1999). Daripada model metakognitif ini, ramai penyelidik telah membina beberapa kerangka kerja metakognitif yang berkaitan dengan kajian mereka. Antaranya ialah Garofalo dan
  • 20. 8 Lester (1985), Artzt dan Armour-Thomas (1992), O'Neil dan Abedi (1996) dan Sarver (2006). Dalam kajian ini, pengkaji membina kerangka konsep perlakuan metakognitif dalam penyelesaian masalah matematik dengan mengadaptasi Kerangka Kerja Metakognitif bagi Analisis Protokol Penyelesaian Masalah dalam Matematik oleh Sarver (2006). Perlakuan metakognitif dalam kajian ini dilihat dari aspek kesedaran membaca, memahami, menganalisis, merancang, meneroka, melaksana dan mengesah penyelesaian. Rajah 1.1 berikut menunjukkan kerangka konsep perlakuan metakognitif yang dibina bagi kajian ini. 1 Rajah 1.1 Kerangka Konsep Perlakuan Metakognitif dalam Penyelesaian Masalah Matematik (Adaptasi daripada Sarver, 2006)
  • 21. 9 1.5 Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk menyiasat perlakuan metakognitif murid Tahun Lima dalam proses penyelesaian masalah matematik. Dua objektif utama kajian ini ialah untuk: 1. Melihat cara perlakuan metakognitif murid Tahun Lima mengikut tahap pencapaian dalam proses penyelesaian masalah matematik. 11. Mengenal pasti kesukaran yang dihadapi oleh murid Tahun Lima dalam penyelesaian masalah matematik. 1.6 Persoalan Kajian J Terdapat dua persoalan kajian yang mgm dijawab dalam kajian mi. Persoalan­ persoalan tersebut ialah: 1. Bagaimanakah cara perlakuan metakognitif murid Tahun Lima mengikut tahap pencapaian dalam proses penyelesaian masalah matematik? 11. Apakah kesukaran yang dihadapi oleh murid Tahun Lima dalam penyelesaian masalah matematik?
  • 22. 10 1.7 Kepentingan Kajian Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Justeru, pengajaran dan pembelajaran perlu melibatkan kemahiran penyelesaian masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum. Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi penekanan sewajarnya supaya murid dapat menyelesaikan pelbagai masalah secara berkesan. {, Kajian ini membincangkan tentang perlakuan metakognitif murid dalam proses penyelesaian masalah matematik. Melalui kajian ini, guru-guru akan dapat melihat bagaimana perlakuan metakognitif berfungsi dan kaitannya dengan kejayaan penyelesaian masalah matematik. Dapatan kaj ian ini diharapkan dapat menyuntik kesedaran di kalangan guru-guru matematik tentang kepentingan aspek metakognitif dalam penyelesaian masalah matematik. Dengan menyedari bagaimana perlakuan metakognitif ini berfungsi, guru-guru akan dapat merancang pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai untuk meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah matematik di kalangan murid. Melalui kajian ini juga, kekuatan, kelemahan dan kesukaran yang dialami oleh murid dalam proses penyelesaian masalah matematik dapat diteliti. Dengan menyedari kesukaran yang dihadapi oleh mereka, guru bolehlah mencuba pelbagai pendekatan pengajaran yang sesuai bagi membantu murid menangani kesukaran yang dialaminya. Kelemahan-kelemahan yang dialami oleh murid boleh diatasi dengan memberikan bimbingan secara berfokus kepada murid melalui aspek-aspek metakognitif yang
  • 23. 11 berkaitan. Dengan ini, murid juga akan menyedari kelemahan yang dialaminya dan seterusnya berusaha untuk memperbaikinya. Seterusnya dapatan kajian ini juga diharapkan dapat menggalakkan guru-guru untuk merangsang metakognitif murid dengan menerapkan strategi metakognitif dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Penerapan strategi metakognitifboleh membantu murid menyelesaikan masalah secara bersendirian atau berbincang dengan rakan-rakan. Secara tidak langsung strategi metakognitif ini akan dapat menggalakkan murid berfikir tentang apa yang mereka fikirkan sebelum sesuatu pelaksanaan proses penyelesaian masalah dilakukan supaya keputusan atau jawapan yang diperoleh lebih tepat dan memuaskan hati. 1.8 Batasan Kajian Kajian yang dijalankan ini mempunyai batasan seperti berikut: i. Kajian ini terbatas kepada murid-murid Tahun Lima dari sebuah sekolah rendah di kawasan luar bandar dalam daerah Hulu Selangor. Dapatan yang berbeza mungkin diperoleh bagi peserta kajian dari kawasan bandar. 11. Kajian hanya tertumpu kepada cara perlakuan metakognitif murid Tahun Lima dalam menyelesaikan masalah bagi satu soalan penyelesaian masalah matematik bukan rutin yang melibatkan tajuk wang.
  • 24. 12 111. Peserta kajian dipilih secara persampelan bertujuan dan bilangan mereka adalah kecil iaitu dua belas orang sahaja. Oleh itu, kajian ini masih mempunyai banyak ruang untuk diperkembangkan dan dapatan kajian hanya boleh digeneralisasikan bagi murid-murid Tahun Lima di sekolah­ sekolah kawasan luar bandar daerah Hulu Selangor sahaja. IV. Isu jantina tidak disentuh dalam kajian ini. Pengkaji juga tidak mengambil kira faktor emosi, kegelisahan menghadapi masalah matematik yang diberikan, persekitaran sekolah dan rumah yang mungkin mempengaruhi proses pemikiran murid-murid semasa menyelesaikan masalah. 1.9 Deflnisi Istilah Kajian ini menggunakan definisi istilah yang sesuai dengan tujuan kajian dijalankan. Terdapat beberapa definisi formal yang telah digunakan dalam kajian ini. Istilah­ istilah yang digunakan didefinisikan seperti berikut: 1.9.1 Metakognitif Metakognitif ialah kesedaran atau pengetahuan seseorang terhadap proses kognisinya serta kebolehan mengawal, mengurus dan menilai proses kognisinya untuk pembelajaran dan pemahaman bacaan (Flavell dan Wellman, 1977).