SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Lampiran DPP B2(b)-1
Institut Kemahiran MARA
Sungai Petani, Kedah
INFORMATION SHEET
PROGRAMME : SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LUKISAN STRUKTUR
SESSION : JUL - DIS 2013 SEMESTER : 3A & 3B
CODE/COURSE :
KCS 3052 – BASIC PROJECT
MANAGEMENT
SHEET NO : IS 6
LECTURER : NORAIDA WASHIFA BINTI AHMAD WEEK : W7
TOPIC : UNIT 2 : CONTRACT
SUB-TOPIC :
2.4 Abide to standard specification
2.5 Types of contract
LEARNING
OUTCOME :
After completing the unit, students should be able to :
a) Abide to standard specification
b) Identify types of contract
3.4 MEMATUHI SPESIFIKASI PIAWAIAN (ABIDE TO STANDARD
SPECIFICATION)
Dalam sesuatu kontrak binaan, mematuhi spesifikasi piawaian amat
penting bagi seseorang kontraktor untuk membantu mengekalkan kualiti kerja
dan bahan serta melindungi pekerja, peralatan dan bahan yang ada di tapak.
Apabila kontraktor memasuki tawaran berasaskan segala butir dan syarat
yang terkandung dalam dokumen tender dan majikan kemudiannya bersetuju
menerima tawaran kontraktor tersebut maka kontraktor perlu segala perjanjian
dan spesifikasi piawaian yang ditetapkan.
Terdapat beberapa perkara yang perlu kontraktor mematuhi spesifikasi
piawaian, antaranya :
a. Insuran-insuran
b. Bon pelaksanaan
c. Sumbangan PERKESO
d. Bayaran Levi CIDB
Page 1 of 11
Lampiran DPP B2(b)-1
e. Jadual pelaksanaan keseluruhan kerja
f. Carta organisasi syarikat/tapak
g. Senarai pekerja
h. Wang pendahuluan kerja
i. Pelan susunatur tapak
j. Permit, lesen dan notis
k. Serah milik tapak
3.4.1 Insuran-Insuran
Pihak kontraktor perlu menyediakan insuran-insuran untuk memberikan
perlindungan kepada semua pihak yang mungkin terlibat dalam kejadian-
kejadian kemalangan di tapakbina.
Polisi insuran yang perlu disediakan oleh Kontraktor sebelum kerja tapak
dimulakan ialah :
a. Insuran Kerja (Insurance of Works)
b. Insuran Liabiliti Awam (Public Liability Insurance)
c. Insuran Risiko Semua Kontraktor (CAR Insurance)
d. Insuran Pampasan Pekerja (Workmen Compensation Insurance)
Insuran-insuran ini mestilah diserahkan kepada Klien dan Pegawai
Penguasa (P.P) dalam tempoh 14 hari dari Tarikh Surat Setuju Terima Tender.
Kegagalan mengusahakan perkara ini dalam tempoh yang dinyatakan akan
menyebabkan Kontraktor tidak dibenarkan memasuki tapak oleh Klien.
3.4.1.1 INSURAN KERJA (INSURANCE OF WORK)
Kontraktor mestilah menginsuranskan kerja terhadap kerugian dan
kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran, petir, letupan, ribut, taufan, banjir,
tanah menurun, tangki air pecah atau melimpah, radas atau paip, kapal udara
dan alat-alat udara lain atau artikel yang gugur dari kapal udara, rusuhan atau
kekacauan awam.
Nilai yang perlu dijamin adalah sama nilai dengan jumlah harga
kontrak. Jaminan ini haruslah berkuatkuasa meliputi tempoh kontrak hingga siap
sepenuhnya.
Insurans tersebut hendaklah dilaksanakan dengan syarikat insurans yang
Page 2 of 11
Lampiran DPP B2(b)-1
diluluskan atas nama bersama Klien dan Kontraktor. Jumlah yang perlu
diinsurankan ialah jumlah harga kontrak sepenuhnya dan ditambah sebarang
amaun yang dinyatakan dalam lampiran kepada Syarat-Syarat Kontrak atau di
tempat lain dalam Dokumen Kontrak Insurans tersebut hendaklah meliputi
keseluruhan Tempoh Siap Kerja.
3.4..1.2 INSURAN LIABILITI AWAM (PUBLIC LIABILITY INSURANCE)
Kontraktor hendaklah menginsuranskan liabiliti yang berbangkit di sisi
‘Common Law’ terhadap kecederaan diri, kematian seseorang atau kecederaan
atau kerosakan harta yang berbangkit dari atau dalam masa perlaksanaan kerja.
Insurans ini hendaklah dilaksanakan atau disenggarakan atas nama Klien atau
Kontraktor.
Insuran tersebut hendaklah meliputi keseluruhan tempoh siap kerja
termasuk Tempoh Liabiliti Kecacatan (6 bulan) dan ditambah tiga bulan dan
empat belas hari (3 bulan 14 hari).
Walaupun had liabiliti yang hendak diinsurankan susah hendak
dianggarkan, panduan mengenai had liabiliti yang diinsurankan berdasarkan nilai
kontrak untuk kerja dengan faktor risiko biasa seperti berikut :
Untuk kerja dengan risiko luar biasa seperti kerja kepada bangunan yang
Page 3 of 11
HARGA KONTRAK
HAD LIABILTI SETIAP KEMALANGAN
UNTUK BILANGAN KEMALANGAN YANG
TIDAK TERBATAS
Tidak melebihi RM25,000 RM10,000
RM25,001 hingga RM50,000 RM25,000
RM50,001 hingga RM150,000 RM50,000
RM150,001 hingga RM250,000 RM75,000
RM250,001 hingga RM500,000 RM100,000
RM500,001 hingga RM1 juta RM150,000
Melebihi RM1 juta RM200,000
Lampiran DPP B2(b)-1
bersambung atau kerja ‘terowong’ atau seumpamanya, had liabiliti yang
dinyatakan di sebelah hendaklah dinaikkan kepada amaun yang dianggap lebih
sesuai dan munasabah.
3.4.1.3 INSURAN SEMUA RISIKO KONTRAKTOR (CONTRACTORS ALL RISK
INSURANCE)
Insurans ini boleh diterima sebagai ganti kepada Insuran Kerja dan
Insuran Liabiliti Awam dengan syarat ianya menepati kehendak-kehendak yang
sama.
Insuran ini melindungi kerosakan bahan daripada :
a. Kebakaran, kilat, kerosakan disebabkan kejatuhan pesawat,
letupan dan pemadaman air,
b. Kerosakan tanpa disengajakan ketika pembinaan,
c. Runtuh, roboh, hentakan,
d. Rompakan, kecurian, perbuatan hasad dengki
e. Kerosakan mekanikal/elektrikal dan letupan,
f. Kerosakan disebabkan kecacatan material, kerangka, kemahiran
kerja, rekabentuk, pelan dan spesifikasi, kurang mahir,
kecuaian/kesilapan manusia,
g. Gelinciran, tanah runtuh, siklon, tornado, taufan, ribut, gempa
bumi, letupan gunung berapi.
3.4.1.4 INSURAN PAMPASAN PEKERJA (WORK COMPENSATION INSURANCE)
Setiap pekerja yang bekerja dengan pihak kontraktor hendaklah
dimasukkan di bawah skim Insuran Pampasan Pekerja sebagai perlindungan
dan gantirugi kepada mereka akibat kemalangan atau kematian semasa
perlaksanaan kerja.
Insuran ini hendaklah dilaksanakan dengan syarikat insuran yang
diluluskan atas nama majikan/klien dan kontraktor. Insuran tersebut hendaklah
meliputi keseluruhan Tempoh Siap Kerja termasuk Tempoh Liabiliti Kecacatan (6
bulan) dan ditambah dengan tiga bulan dan empat belas hari (3 bulan 14 hari).
Jumlah amaun yang hendak diinsurankan ialah jumlah gaji pekerja yang
Page 4 of 11
Lampiran DPP B2(b)-1
tidak layak dilindungi di bawah skim PERKESO. Kebiasaannya jumlah ini adalah
dianggarkan dalam lingkungan 10% daripada jumlah harga kontrak.
Setiap kontraktor perlu mematuhi akta perlindungan pekerja iaitu :
“Seseorang pekerja warganegara Malaysia yang menjalankan pekerjaan manual
labour bergaji melebihi RM2,000 sebulan yang tidak diliputi di bawah Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969 perlu dilindungi di bawah Akta Pampasan
Pekerja 1952”
3.4.2 BON PERLAKSANAAN
Pihak kontraktor adalah perlu menyediakan jaminan perlaksanaan dalam
bentuk wang jaminan perlaksanaan atau wang cagaran, juga disebut bon
perlaksanaan terhadap kerja-kerja yang akan dilaksanakan sebagaimana
diminta oleh pihak klien/majikan.
Bon perlaksanaan perlu disediakan dengan nilai 5% dari harga kontrak
yang diterima. Ia boleh disediakan dalam bentuk Jaminan Bank/Insuran/Syarikat
Kewangan.
Perkara ini disediakan dalam jangkamasa 14 hari dari Tarikh Surat Setuju
Terima Tender. Kegagalan menyediakan perkara ini akan menyebabkan pihak
klien/majikan boleh menahan sebarang pembayaran kepada kontraktor.
Pihak kontraktor perlu mendapatkan Bon Perlaksanaan ini sama ada
daripada pihak bank atau syarikat kewangan atau syarikat insuran. Bon ini
biasanya dibuat dengan borang standard yang dilampirkan di dalam Dokumen
Tender. Jaminan ini adalah berkuatkuasa sehingga setahun (12 bulan) selepas
Tempoh Liabiliti Kecacatan tamat tetapi boleh dilepaskan apabila Perakuan Siap
Memperbaiki Kecacatan dikeluarkan.
3.4.3 CARUMAN PERKESO (SOCSO)
Caruman PERKESO (Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969) merupakan
suatu perlindungan untuk pekerja-pekerja yang diambil bekerja. Kontraktor
dikehendaki mendaftar dengan PERKESO serta membayar caruman-caruman
dibawah skim Keselamatan Sosial Pekerja di tempat dimana skim itu
dilaksanakan.
Pihak kontraktor dikehendaki membuat sumbangan kepada PERKESO
Page 5 of 11
Lampiran DPP B2(b)-1
bagi kakitangan di tapakbina yang gaji kurang daripada RM2,000 sebulan.
Sebagai bukti pendaftarannya sebagai majikan dengan PERKESO, kontraktor
dikehendaki mengemukakan nombor pendaftaran PERKESO pekerja dan
nombor kod PERKESO majikan kepada pihak klien/majikan atau Pegawai
Penguasa (PP).
3.4.4 BAYARAN LEVI CIDB (PAYMENT OF CIDB LEVI)
Pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
mensyaratkan projek-projek bernilai RM500,000 ke atas adalah diperlukan untuk
kontraktor membayar levi sebanyak 0.125% daripada harga kontrak. Kegagalan
kontraktor menjelaskan levi ini akan menyebabkan kontraktor di denda atau
kerja-kerja di tapak diberhentikan. Pengecualian levi untuk kontraktor yang
melaksanakan projek perumahan kos rendah dan sederhana dan kontraktor
yang menggunakan kaedah ‘Industrialised Building System’
Kontraktor hendaklah mengemukakan maklumat dan levi ini tidak lewat
14 hari dari tarikh Surat Setuju Terima Tender dikeluarkan atau kontrak
ditandatangani atau tidak kurang dari 14 hari sebelum kerja bermula yang mana
terdahulu.
3.4.5 JADUAL PERLAKSANAAN KESELURUHAN KERJA (MASTER WORK
PROGRAMME)
Kontraktor perlu menyediakan Jadual Perlaksanaan Keseluruhan Kerja
dan mengajukan kepada pihak klien/majikan atau Pegawai Penguasa (PP).
Pihak sekarang memerlukan Jadual Kerja Berbentuk Laluan Kritikal (CPM)
disamping Carta Gantt.
3.4.6 CARTA ORGANISASI SYARIKAT (COMPANY ORGANISATION CHART)
Carta organisasi ini perlu disediakan bagi memudahkan komunikasi tapak
dan skop kerja personel ditapakbina dan ia juga perlu diajukan kepada klien atau
PP. Ini adalah untuk mengenalpasti kakitangan yang mempunyai kuasa
membuat keputusan berhubung kerja-kerja di tapak.
3.4.7 SENARAI PEKERJA (LIST OF WORKERS)
Page 6 of 11
Lampiran DPP B2(b)-1
Senarai pekerja diperlukan oleh pihak klien/majikan untuk memastikan
hanya pekerja yang tersenarai sahaja boleh memasuki kawasan pekerjaan.
Senarai ini perlu dihantar ke balai polis berhampiran untuk tujuan keselamatan.
3.4.8 WANG PENDAHULUAN KERJA (ADVANCE PAYMENT)
Bagi kontraktor-kontraktor yang kurang berkemampuan, Wang
Pendahuluan Kerja layak dipohon secara bertulis sekiranya kemudahan ini
disediakan. Kebiasaannya jumlah yang boleh dipohon adalah 25% daripada
harga Kerja Pembina (Builders Work) atau maksimum RM10 juta mengikut mana
yang lebih rendah.
Harga Kerja Pembina adalah jumlah daripada harga kontrak setelah
ditolak Kerja Luar Jangka (Provisional Work) dan Jumlah Kerja-Kerja Pakar
(Prime Cost Work).
3.4.9 PELAN SUSUNATUR TAPAK (SITE LAYOUT PLAN)
Kepentingan susunatur tapak adalah sama seperti kepentingan
perancangan kerja dan kaedah kerja yang diikuti. Ia merupakan salah satu faktor
kecekapan kerja binaan. Faktor susunatur ini turut diperlukan untuk mencapai
sasaran binaan iaitu penyiapan kerja mengikut masa, kos dan kualiti yang telah
dipersetujui dalam kontrak binaan. Sebaliknya, tanpa susunatur tapak yang baik,
keadaan tapak menjadi tidak terkawal dan kelancaran kerja mungkin terganggu,
kemungkinan boleh berlaku kemalangan yang melibatkan keselamatan pekerja.
Oleh itu, sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan, setiap tapak perlu
menyediakan beberapa keperluan-keperluan asas di tapak pembinaan bagi
tujuan kemudahan serta memastikan keselamatan para pekerja disamping
menyumbang kepada kelancaran kerja pembinaan di tapakbina. Hal ini sekaligus
membantu sesuatu projek di dalam mencapai produktiviti kerja yang lebih baik
dan efisien. Tahap merancang susunatur tapak secara praktikal bergantung
kepada beberapa faktor seperti masa dan jumlah kos yang boleh dibelanjakan
dan kebaikan yang akan didapati dari segi pencapaian efisiensi yang maksima
berbanding dengan jumlah kapital (modal) yang digunakan.
3.4.10 PERMIT, LESEN DAN NOTIS (PERMIT, LICENCE AND NOTICE)
Page 7 of 11
Lampiran DPP B2(b)-1
Permit, lesen dan notis perlu diperolehi daripada Majlis Daerah atau
Majlis Perbandaran supaya kerja-kerja yang dibuat mendapat kebenaran dan
kelulusan yang sewajarnya. Kontraktor perlu sentiasa peka dan ambil perhatian
terutama yang melibatkan kerja-kerja di luar kawasan yang kemungkinan akan
mendapat bantahan atau rungutan daripada orang awam yang tinggal
berdekatan dengan tapak projek seperti sistem peparitan, habuk daripada
kenderaan keluar masuk kawasan dan sebagainya.
3.4.11 SERAH MILIK TAPAK (SITE HAND OVER)
Serah Milik Tapak adalah proses penyerahan tapak oleh pihak
klien/majikan kepada pihak kontraktor untuk memulakan kerja-kerja di tapak. Ini
melibatkan kepada perkara-perkara seperti Tarikh Milik Tapak, Mesyuarat Serah
Tapak dan sebagainya.
Projek pembinaan tidak boleh dimulakan selagi penyerahan milik tapak
tidak dibuat. Ini penting untuk memastikan bahawa kerja-kerja pembinaan yang
dilakukan berlandaskan kelulusan-kelulusan tertentu dibawah pihak berkuasa
tempatan dan keselamatan pekerja-pekerja serta orang ramai terjamin.
3.5 JENIS-JENIS KONTRAK (TYPES OF CONTRACT)
Dalam kejuruteraan awam, terdapat pelbagai jenis projek. Setiap projek
memerlukan kepakaran dalam bidang perancangan, pengurusan dan
pelaksanaan.
Setiap projek melibatkan firma perunding, kontraktor, pembekal, kerajaan
dan klien yang menjadi penaja projek. Untuk mengatasi pelbagai kerumitan yang
mungkin timbul dalam menyiapkan sesuatu projek, beberapa jenis kontrak boleh
digunakan.
Jenis kontrak yang digunakan dalam industri pembinaan ialah :
a. Kontrak Gumpalan (Lump Sum Contract)
b. Kontrak Ukur dan Nilai (Measure and Value Contract)
c. Kontrak Kos Pembayaran Ganti (Cost Reimbursable Contract)
d. Kontrak Putar Kunci (Turnkey Contract)
3.5.1 KONTRAK GUMPALAN (LUMP SUM CONTRACT)
Page 8 of 11
Lampiran DPP B2(b)-1
Kontrak gumpalan ialah kontrak yang dilaksanakan oleh kontraktor
berdasarkan kerja yang telah ditunjukkan dalam lukisan atau skop kerja.
Pembayaran untuk kerja yang telah siap dibuat berdasarkan sesuatu jumlah
harga yang telah ditetapkan.
Kontraktor bertanggungjawab menilai semua kos yang akan dibelanjakan
dalam memenuhi keperluan kerja yang telah ditetapkan oleh klien. Pembayaran
mungkin dilaksanakan secara gumpalan atau secara peringkat, bergantung
kepada saiz kerja.
Pembayaran untuk kontrak gumpalan juga boleh dilaksanakan
berdasarkan spesifikasi piawaian kerja dan lukisan atau berdasarkan senarai
kuantiti dan lukisan. Kontrak gumpalan digunakan dalam projek pembinaan
kecil seperti pembinaan longkang, pagar dan bangunan kecil.
3.5.2 KONTRAK UKUR DAN NILAI (MEASURE AND VALUE CONTRACT)
Kontrak ukur dan nilai merupakan kontrak yang termeterai apabila klien
membuat pembayaran kepada kontraktor berdasarkan kuantiti kerja yang telah
siap. Kontrak ini digunakan untuk bangunan-bangunan yang besar serta perlu
dirahsiakan daripada pengetahuan umum seperti bangunan penjara dan bank.
Kuantiti kerja ini ialah kuantiti kerja semasa diukur dan dinilai bagi
mengira jumlah pembayaran. Penilaian dan pengukuran kuantiti kerja dibuat
secara senarai kuantiti atau jadual kadar harga.
3.5.3 KONTRAK KOS PEMBAYARAN GANTI (COST REIMBURSABLE
CONTRACT)
Kontrak pembayaran ganti merupakan kaedah pembayaran kos
sebenar kerja berserta yuran pengurusan oleh klien kepada kontraktor.
Umumnya kontrak jenis ini boleh dilaksanakan melalui :
• Wang kos prima ditambah yuran tetap
• Wang kos prima ditambah peratus yuran
• Wang kos prima ditambah yuran sasaran
Wang kos prima merupakan kos yang melibatkan kos bahan, kos upah
pekerja serta kos loji dan alatan. Yuran pengurusan merupakan keuntungan
dan perbelanjaan yang melibatkan yuran tetap, peratus yuran & yuran sasaran.
a. Yuran Tetap
Page 9 of 11
Lampiran DPP B2(b)-1
Yuran tetap merupakan bayaran yang telah ditetapkan oleh
kontraktor dan telah dipersetujui oleh klien sebelum menandatangani
kontrak.
b. Peratus Yuran
Peratus yuran merupakan peratus yang dikira dari jumlah kos
pembinaan sebenar. Kontraktor akan mendapat imbuhan yang besar
sekiranya kos pembinaan sebenar tinggi.
c. Yuran Sasaran
Yuran sasaran pula merupakan bayaran tambahan kepada
kontraktor sekiranya kontraktor dapat menyiapkan pembinaan dengan
lebih cepat dari masa yang telah ditetapkan serta memuaskan. Kadar
bayaran tambahan ini mestilah dipersetujui sebelum kontrak
ditandatangani.
Wang kos prima merupakan kos-kos yang melibatkan kos bahan, kos
pekerja dan kos peralatan atau jentera Manakala yuran-yuran yang terlibat
adalah kiraan keuntungan dan perbelanjaan pengurusan.
3.5.4 KONTRAK PUTAR KUNCI (TURNKEY CONTRACT)
Kontrak putar kunci merupakan kontrak yang dilaksanakan apabila klien
menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada kontraktor yang dipilih untuk
merancang, merekabentuk dan mengurus kontrak secara menyeluruh. Sebelum
memulakan projek, kontraktor perlu mengemukakan cadangan yang lengkap
yang mengandungi rekabentuk, kaedah pembinaan dan kos terperinci dan
syarat-syarat pembayaran.
Kontraktor yang menyertai kontrak putar kunci secara pertandingan
terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar bagi menyediakan rekabentuk yang
memenuhi kehendak klien.
Kaedah pembayaran kepada kontraktor adalah secara sama ada :
• bayaran kerja tetap,
• bayaran ganti kos, atau
• bayaran secara perundingan.
Contoh projek yang menggunakan kontrak putar kunci ialah Jambatan
Page 10 of 11
Lampiran DPP B2(b)-1
Pulau Pinang, Menara Kuala Lumpur, Lapangan Terbang KLIA dan Menara
Kembar Petronas. Melalui kontrak putar kunci, penglibatan klien/majikan secara
terus mengenai perkara-perkara teknikal, kawalan kos, pengurusan dan
pembinaan sangat kurang,
EXERCISE 8.0
1. Naatakan jenis-jenis insuran yang perlu disediakan oleh kontraktor sebelum
memulakan kerja binaan?
2. Namakan jenis insuran yang menggantikan Insuran Kerja dan Insuran Liabiliti
Awam dan nyatakan perlindungannya?
3. Nyatakan DUA (2) jenis insuran nyawa yang perlu disediakan oleh kontraktor
kepada pekerjanya?
4. Apakah dia Bon Perlaksanaan?
5. Pihak CIDB mengenakan LEVI kepada kontraktor. Nyatakan nilai projek dan
peratus yang dikenakan LEVI?
6. Apakah tujuan keperluan diadakan carta organisasi dan senarai pekerja?
7. Jika terdapat kontraktor yang kurang berkemampuan untuk melaksanakan
projek, ia perlu memohon secara bertulis untuk mendapatkan satu bentuk wang.
Namakan bentuk wang tersebut dan jumlah yang boleh dipohon?
8. Apakah yang dimaksudkan dengan Serah Milik Tapak?
9. Namakan EMPAT (4) jenis kontrak dan terangkan DUA daripadanya?
10. Apakah nama kontrak yang mengambil kira aspek keselamatan?
REFERENCE :
1. Teacher’s handout
2. Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5 – Ab. Aziz Abd. Latiff, Ismail Yusof,
Abdul Aziz Abu Bakar (DBP)
3. Pengenalan Ukur Kuantiti Binaan 1 – Rosli Abd. Rashid (DBP & UTM)
4. Aturcara Kontrak & Taksiran – Uzairi Hj. Saidin (IBS)
5. Nota JKR (IKRAM)
Page 11 of 11

More Related Content

What's hot

Pentadbiran Kontrak
Pentadbiran KontrakPentadbiran Kontrak
Pentadbiran KontrakIszwan Shah
 
Kadar denda dan gantirugi ditetapkan (LAD)
Kadar denda dan gantirugi ditetapkan (LAD)Kadar denda dan gantirugi ditetapkan (LAD)
Kadar denda dan gantirugi ditetapkan (LAD)sofyan fatimi
 
BAB 6 Carta dan rajah -pengurusan projek
BAB 6   Carta dan rajah -pengurusan projekBAB 6   Carta dan rajah -pengurusan projek
BAB 6 Carta dan rajah -pengurusan projekNur Salsabila Edu
 
Tempoh tanggungan kecacatan (Defects Liability Period (DLP))
Tempoh tanggungan kecacatan (Defects Liability Period (DLP))Tempoh tanggungan kecacatan (Defects Liability Period (DLP))
Tempoh tanggungan kecacatan (Defects Liability Period (DLP))sofyan fatimi
 
Unit 1 tender 1.4-1.5
Unit 1 tender 1.4-1.5Unit 1 tender 1.4-1.5
Unit 1 tender 1.4-1.5Mara
 
BAYARAN PENDAHULUAN
BAYARAN PENDAHULUANBAYARAN PENDAHULUAN
BAYARAN PENDAHULUANcik Ena
 
Dokumen Tender
Dokumen Tender Dokumen Tender
Dokumen Tender no suhaila
 
Pembinaan
PembinaanPembinaan
Pembinaananis
 
Struktur dan asas bangunan
Struktur dan asas bangunanStruktur dan asas bangunan
Struktur dan asas bangunanElmi Hamid
 
Wk 4 modular_lecture
Wk 4 modular_lectureWk 4 modular_lecture
Wk 4 modular_lecturejuwes
 
Garis Panduan Tender
Garis Panduan TenderGaris Panduan Tender
Garis Panduan Tenderno suhaila
 
Kepentingan pemetaan utiliti
Kepentingan pemetaan utilitiKepentingan pemetaan utiliti
Kepentingan pemetaan utilitiIjan Ahmad
 
Prosedur jkr-reka-dan-bina
Prosedur jkr-reka-dan-binaProsedur jkr-reka-dan-bina
Prosedur jkr-reka-dan-binayusof hussin
 
Ukur aras-levelling
Ukur aras-levellingUkur aras-levelling
Ukur aras-levellingUTHM
 

What's hot (20)

Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Pentadbiran Kontrak
Pentadbiran KontrakPentadbiran Kontrak
Pentadbiran Kontrak
 
Pengurusan kontrak
Pengurusan kontrakPengurusan kontrak
Pengurusan kontrak
 
Kadar denda dan gantirugi ditetapkan (LAD)
Kadar denda dan gantirugi ditetapkan (LAD)Kadar denda dan gantirugi ditetapkan (LAD)
Kadar denda dan gantirugi ditetapkan (LAD)
 
BAB 6 Carta dan rajah -pengurusan projek
BAB 6   Carta dan rajah -pengurusan projekBAB 6   Carta dan rajah -pengurusan projek
BAB 6 Carta dan rajah -pengurusan projek
 
Modul 1 pengurusan projek
Modul 1 pengurusan projekModul 1 pengurusan projek
Modul 1 pengurusan projek
 
Cerucuk
CerucukCerucuk
Cerucuk
 
Tempoh tanggungan kecacatan (Defects Liability Period (DLP))
Tempoh tanggungan kecacatan (Defects Liability Period (DLP))Tempoh tanggungan kecacatan (Defects Liability Period (DLP))
Tempoh tanggungan kecacatan (Defects Liability Period (DLP))
 
Unit 1 tender 1.4-1.5
Unit 1 tender 1.4-1.5Unit 1 tender 1.4-1.5
Unit 1 tender 1.4-1.5
 
BAYARAN PENDAHULUAN
BAYARAN PENDAHULUANBAYARAN PENDAHULUAN
BAYARAN PENDAHULUAN
 
Dokumen Tender
Dokumen Tender Dokumen Tender
Dokumen Tender
 
Pembinaan
PembinaanPembinaan
Pembinaan
 
Topik 3 punca kmalangan&pcegahan
Topik 3 punca kmalangan&pcegahanTopik 3 punca kmalangan&pcegahan
Topik 3 punca kmalangan&pcegahan
 
Struktur dan asas bangunan
Struktur dan asas bangunanStruktur dan asas bangunan
Struktur dan asas bangunan
 
Wk 4 modular_lecture
Wk 4 modular_lectureWk 4 modular_lecture
Wk 4 modular_lecture
 
Garis Panduan Tender
Garis Panduan TenderGaris Panduan Tender
Garis Panduan Tender
 
cerucuk piling
cerucuk pilingcerucuk piling
cerucuk piling
 
Kepentingan pemetaan utiliti
Kepentingan pemetaan utilitiKepentingan pemetaan utiliti
Kepentingan pemetaan utiliti
 
Prosedur jkr-reka-dan-bina
Prosedur jkr-reka-dan-binaProsedur jkr-reka-dan-bina
Prosedur jkr-reka-dan-bina
 
Ukur aras-levelling
Ukur aras-levellingUkur aras-levelling
Ukur aras-levelling
 

Viewers also liked

Unit 7 : Konkrit Siap Tuang (Teknologi Konkrit)
Unit 7 : Konkrit Siap Tuang (Teknologi Konkrit)Unit 7 : Konkrit Siap Tuang (Teknologi Konkrit)
Unit 7 : Konkrit Siap Tuang (Teknologi Konkrit)Caroline Ugan
 
Konkrit siap tuang dan teknologi pasang siap
Konkrit siap tuang dan teknologi pasang siapKonkrit siap tuang dan teknologi pasang siap
Konkrit siap tuang dan teknologi pasang siapArduni Ahmad
 
Unit 2 concrete material 2.5-2.6
Unit 2 concrete material 2.5-2.6Unit 2 concrete material 2.5-2.6
Unit 2 concrete material 2.5-2.6Mara
 
Blog lukisan kejuruteraan
Blog lukisan kejuruteraanBlog lukisan kejuruteraan
Blog lukisan kejuruteraanVerard Jose
 
Kompetensi 2 lengkap
Kompetensi 2 lengkapKompetensi 2 lengkap
Kompetensi 2 lengkapZul Hilmi
 
Nilai-dan-etika-dalam-pengurusan
Nilai-dan-etika-dalam-pengurusanNilai-dan-etika-dalam-pengurusan
Nilai-dan-etika-dalam-pengurusanPendidikan
 
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTIONUnit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTIONMara
 
Unit 1 tender 1.3
Unit 1 tender 1.3Unit 1 tender 1.3
Unit 1 tender 1.3Mara
 
Microsoft project 1
Microsoft project 1Microsoft project 1
Microsoft project 1Natalie Ulza
 
Etika dan nilai
Etika dan nilaiEtika dan nilai
Etika dan nilaiakmalju
 
Bab6jana ekonomi malaysia dgn minyak gas dan tenaga
Bab6jana ekonomi malaysia dgn minyak gas dan tenagaBab6jana ekonomi malaysia dgn minyak gas dan tenaga
Bab6jana ekonomi malaysia dgn minyak gas dan tenagaAlFakir Fikri AlTakiri
 
Chapter 4 deep foundation
Chapter 4 deep foundationChapter 4 deep foundation
Chapter 4 deep foundationAmiRul AFiq
 
61104045 nota-autocad kertas penerangan
61104045 nota-autocad kertas penerangan61104045 nota-autocad kertas penerangan
61104045 nota-autocad kertas peneranganKusnin Lan
 
Chapter 5 lantai
Chapter 5 lantaiChapter 5 lantai
Chapter 5 lantaiAmiRul AFiq
 

Viewers also liked (20)

Unit 7 : Konkrit Siap Tuang (Teknologi Konkrit)
Unit 7 : Konkrit Siap Tuang (Teknologi Konkrit)Unit 7 : Konkrit Siap Tuang (Teknologi Konkrit)
Unit 7 : Konkrit Siap Tuang (Teknologi Konkrit)
 
Konkrit siap tuang dan teknologi pasang siap
Konkrit siap tuang dan teknologi pasang siapKonkrit siap tuang dan teknologi pasang siap
Konkrit siap tuang dan teknologi pasang siap
 
Unit 2 concrete material 2.5-2.6
Unit 2 concrete material 2.5-2.6Unit 2 concrete material 2.5-2.6
Unit 2 concrete material 2.5-2.6
 
Blog lukisan kejuruteraan
Blog lukisan kejuruteraanBlog lukisan kejuruteraan
Blog lukisan kejuruteraan
 
Konkrit
KonkritKonkrit
Konkrit
 
Kompetensi 2 lengkap
Kompetensi 2 lengkapKompetensi 2 lengkap
Kompetensi 2 lengkap
 
Kejuruteraan struktur
Kejuruteraan strukturKejuruteraan struktur
Kejuruteraan struktur
 
Nilai-dan-etika-dalam-pengurusan
Nilai-dan-etika-dalam-pengurusanNilai-dan-etika-dalam-pengurusan
Nilai-dan-etika-dalam-pengurusan
 
Work Order Management
Work Order ManagementWork Order Management
Work Order Management
 
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTIONUnit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTION
 
Unit 1 tender 1.3
Unit 1 tender 1.3Unit 1 tender 1.3
Unit 1 tender 1.3
 
Microsoft project 1
Microsoft project 1Microsoft project 1
Microsoft project 1
 
Etika dan nilai
Etika dan nilaiEtika dan nilai
Etika dan nilai
 
Bab6jana ekonomi malaysia dgn minyak gas dan tenaga
Bab6jana ekonomi malaysia dgn minyak gas dan tenagaBab6jana ekonomi malaysia dgn minyak gas dan tenaga
Bab6jana ekonomi malaysia dgn minyak gas dan tenaga
 
Chapter 4 deep foundation
Chapter 4 deep foundationChapter 4 deep foundation
Chapter 4 deep foundation
 
Le 1 Mc-091-2:2013
Le 1 Mc-091-2:2013Le 1 Mc-091-2:2013
Le 1 Mc-091-2:2013
 
61104045 nota-autocad kertas penerangan
61104045 nota-autocad kertas penerangan61104045 nota-autocad kertas penerangan
61104045 nota-autocad kertas penerangan
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
6. kertas penerangan
6. kertas penerangan6. kertas penerangan
6. kertas penerangan
 
Chapter 5 lantai
Chapter 5 lantaiChapter 5 lantai
Chapter 5 lantai
 

Similar to Unit 2 contract 2.4-2.6

Pengurusan kontrak
Pengurusan kontrakPengurusan kontrak
Pengurusan kontrakzakmy
 
Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kebersihan bangunan dan kaw...
Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kebersihan bangunan dan kaw...Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kebersihan bangunan dan kaw...
Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kebersihan bangunan dan kaw...Mohd Fauzi
 
Garis panduan tamat kontrak 290906
Garis panduan tamat kontrak 290906Garis panduan tamat kontrak 290906
Garis panduan tamat kontrak 290906Zam Scar
 
Kod Etika Kontraktor
Kod Etika Kontraktor Kod Etika Kontraktor
Kod Etika Kontraktor UTHM
 
Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)
Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)
Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)Mohd Fauzi
 
Kaedah perolehan
Kaedah perolehanKaedah perolehan
Kaedah perolehanaimm reka
 
Kaedah perolehan
Kaedah perolehanKaedah perolehan
Kaedah perolehanaimm reka
 
Jkr pko 04a-10 akaun muktamad
Jkr pko 04a-10 akaun muktamadJkr pko 04a-10 akaun muktamad
Jkr pko 04a-10 akaun muktamadHerawaty Arifin
 
Jkr pko 04a-10 akaun muktamad
Jkr pko 04a-10 akaun muktamadJkr pko 04a-10 akaun muktamad
Jkr pko 04a-10 akaun muktamadHerawaty Arifin
 
Kit latihan 0 04 pentadbiran kontrak
Kit latihan 0 04  pentadbiran kontrakKit latihan 0 04  pentadbiran kontrak
Kit latihan 0 04 pentadbiran kontrakParidz Abdullah
 
Gerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan
Gerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatanGerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan
Gerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatanmandalina landy
 
Agreement Freelance Designer.pdf
Agreement Freelance Designer.pdfAgreement Freelance Designer.pdf
Agreement Freelance Designer.pdfIzzuwanIsmail
 
tatacara kaedah sebutharga
tatacara kaedah sebuthargatatacara kaedah sebutharga
tatacara kaedah sebuthargaZarulAzwanAdam1
 
Tatacara Kaedah Sebut Harga
Tatacara Kaedah Sebut HargaTatacara Kaedah Sebut Harga
Tatacara Kaedah Sebut HargaIszwan Shah
 
SLIDE PENERANGAN TENDER KBK Fasa 1 2022.pdf
SLIDE PENERANGAN TENDER KBK Fasa 1 2022.pdfSLIDE PENERANGAN TENDER KBK Fasa 1 2022.pdf
SLIDE PENERANGAN TENDER KBK Fasa 1 2022.pdfmashitah22
 
Unit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to constructionUnit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to constructionMara
 
CONSUMER LAW [pembekalan perkhidmatan]
CONSUMER LAW [pembekalan perkhidmatan]CONSUMER LAW [pembekalan perkhidmatan]
CONSUMER LAW [pembekalan perkhidmatan]Amalia Sulaiman
 
KONTRAK PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN STANDARD KOD AMALAN DOF-SIRIM 13062023.docx
KONTRAK PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN STANDARD KOD AMALAN DOF-SIRIM 13062023.docxKONTRAK PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN STANDARD KOD AMALAN DOF-SIRIM 13062023.docx
KONTRAK PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN STANDARD KOD AMALAN DOF-SIRIM 13062023.docxRathiSaiMuniandy1
 

Similar to Unit 2 contract 2.4-2.6 (20)

Pengurusan kontrak
Pengurusan kontrakPengurusan kontrak
Pengurusan kontrak
 
Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kebersihan bangunan dan kaw...
Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kebersihan bangunan dan kaw...Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kebersihan bangunan dan kaw...
Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kebersihan bangunan dan kaw...
 
Garis panduan tamat kontrak 290906
Garis panduan tamat kontrak 290906Garis panduan tamat kontrak 290906
Garis panduan tamat kontrak 290906
 
Kod Etika Kontraktor
Kod Etika Kontraktor Kod Etika Kontraktor
Kod Etika Kontraktor
 
Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)
Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)
Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)
 
Tender utk student
Tender utk studentTender utk student
Tender utk student
 
Kaedah perolehan
Kaedah perolehanKaedah perolehan
Kaedah perolehan
 
Kaedah perolehan
Kaedah perolehanKaedah perolehan
Kaedah perolehan
 
Jkr pko 04a-10 akaun muktamad
Jkr pko 04a-10 akaun muktamadJkr pko 04a-10 akaun muktamad
Jkr pko 04a-10 akaun muktamad
 
Jkr pko 04a-10 akaun muktamad
Jkr pko 04a-10 akaun muktamadJkr pko 04a-10 akaun muktamad
Jkr pko 04a-10 akaun muktamad
 
Kit latihan 0 04 pentadbiran kontrak
Kit latihan 0 04  pentadbiran kontrakKit latihan 0 04  pentadbiran kontrak
Kit latihan 0 04 pentadbiran kontrak
 
Pengurusan & Pentadbiran Kontrak
Pengurusan & Pentadbiran Kontrak Pengurusan & Pentadbiran Kontrak
Pengurusan & Pentadbiran Kontrak
 
Gerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan
Gerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatanGerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan
Gerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan
 
Agreement Freelance Designer.pdf
Agreement Freelance Designer.pdfAgreement Freelance Designer.pdf
Agreement Freelance Designer.pdf
 
tatacara kaedah sebutharga
tatacara kaedah sebuthargatatacara kaedah sebutharga
tatacara kaedah sebutharga
 
Tatacara Kaedah Sebut Harga
Tatacara Kaedah Sebut HargaTatacara Kaedah Sebut Harga
Tatacara Kaedah Sebut Harga
 
SLIDE PENERANGAN TENDER KBK Fasa 1 2022.pdf
SLIDE PENERANGAN TENDER KBK Fasa 1 2022.pdfSLIDE PENERANGAN TENDER KBK Fasa 1 2022.pdf
SLIDE PENERANGAN TENDER KBK Fasa 1 2022.pdf
 
Unit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to constructionUnit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to construction
 
CONSUMER LAW [pembekalan perkhidmatan]
CONSUMER LAW [pembekalan perkhidmatan]CONSUMER LAW [pembekalan perkhidmatan]
CONSUMER LAW [pembekalan perkhidmatan]
 
KONTRAK PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN STANDARD KOD AMALAN DOF-SIRIM 13062023.docx
KONTRAK PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN STANDARD KOD AMALAN DOF-SIRIM 13062023.docxKONTRAK PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN STANDARD KOD AMALAN DOF-SIRIM 13062023.docx
KONTRAK PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN STANDARD KOD AMALAN DOF-SIRIM 13062023.docx
 

More from Mara

4.0 lettering 1
4.0 lettering 14.0 lettering 1
4.0 lettering 1Mara
 
3.0 linework
3.0 linework3.0 linework
3.0 lineworkMara
 
2.0 scale
2.0 scale2.0 scale
2.0 scaleMara
 
1.0 intro to engineering drawing
1.0 intro to engineering drawing1.0 intro to engineering drawing
1.0 intro to engineering drawingMara
 
1.0 intro to engineering drawing
1.0 intro to engineering drawing1.0 intro to engineering drawing
1.0 intro to engineering drawingMara
 
Unit 2 concrete material 2.7
Unit 2 concrete material 2.7Unit 2 concrete material 2.7
Unit 2 concrete material 2.7Mara
 
Unit 2 concrete material 2.1-2.4
Unit 2 concrete material 2.1-2.4Unit 2 concrete material 2.1-2.4
Unit 2 concrete material 2.1-2.4Mara
 
Elips
ElipsElips
ElipsMara
 
Elips
ElipsElips
ElipsMara
 

More from Mara (9)

4.0 lettering 1
4.0 lettering 14.0 lettering 1
4.0 lettering 1
 
3.0 linework
3.0 linework3.0 linework
3.0 linework
 
2.0 scale
2.0 scale2.0 scale
2.0 scale
 
1.0 intro to engineering drawing
1.0 intro to engineering drawing1.0 intro to engineering drawing
1.0 intro to engineering drawing
 
1.0 intro to engineering drawing
1.0 intro to engineering drawing1.0 intro to engineering drawing
1.0 intro to engineering drawing
 
Unit 2 concrete material 2.7
Unit 2 concrete material 2.7Unit 2 concrete material 2.7
Unit 2 concrete material 2.7
 
Unit 2 concrete material 2.1-2.4
Unit 2 concrete material 2.1-2.4Unit 2 concrete material 2.1-2.4
Unit 2 concrete material 2.1-2.4
 
Elips
ElipsElips
Elips
 
Elips
ElipsElips
Elips
 

Unit 2 contract 2.4-2.6

  • 1. Lampiran DPP B2(b)-1 Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Kedah INFORMATION SHEET PROGRAMME : SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LUKISAN STRUKTUR SESSION : JUL - DIS 2013 SEMESTER : 3A & 3B CODE/COURSE : KCS 3052 – BASIC PROJECT MANAGEMENT SHEET NO : IS 6 LECTURER : NORAIDA WASHIFA BINTI AHMAD WEEK : W7 TOPIC : UNIT 2 : CONTRACT SUB-TOPIC : 2.4 Abide to standard specification 2.5 Types of contract LEARNING OUTCOME : After completing the unit, students should be able to : a) Abide to standard specification b) Identify types of contract 3.4 MEMATUHI SPESIFIKASI PIAWAIAN (ABIDE TO STANDARD SPECIFICATION) Dalam sesuatu kontrak binaan, mematuhi spesifikasi piawaian amat penting bagi seseorang kontraktor untuk membantu mengekalkan kualiti kerja dan bahan serta melindungi pekerja, peralatan dan bahan yang ada di tapak. Apabila kontraktor memasuki tawaran berasaskan segala butir dan syarat yang terkandung dalam dokumen tender dan majikan kemudiannya bersetuju menerima tawaran kontraktor tersebut maka kontraktor perlu segala perjanjian dan spesifikasi piawaian yang ditetapkan. Terdapat beberapa perkara yang perlu kontraktor mematuhi spesifikasi piawaian, antaranya : a. Insuran-insuran b. Bon pelaksanaan c. Sumbangan PERKESO d. Bayaran Levi CIDB Page 1 of 11
  • 2. Lampiran DPP B2(b)-1 e. Jadual pelaksanaan keseluruhan kerja f. Carta organisasi syarikat/tapak g. Senarai pekerja h. Wang pendahuluan kerja i. Pelan susunatur tapak j. Permit, lesen dan notis k. Serah milik tapak 3.4.1 Insuran-Insuran Pihak kontraktor perlu menyediakan insuran-insuran untuk memberikan perlindungan kepada semua pihak yang mungkin terlibat dalam kejadian- kejadian kemalangan di tapakbina. Polisi insuran yang perlu disediakan oleh Kontraktor sebelum kerja tapak dimulakan ialah : a. Insuran Kerja (Insurance of Works) b. Insuran Liabiliti Awam (Public Liability Insurance) c. Insuran Risiko Semua Kontraktor (CAR Insurance) d. Insuran Pampasan Pekerja (Workmen Compensation Insurance) Insuran-insuran ini mestilah diserahkan kepada Klien dan Pegawai Penguasa (P.P) dalam tempoh 14 hari dari Tarikh Surat Setuju Terima Tender. Kegagalan mengusahakan perkara ini dalam tempoh yang dinyatakan akan menyebabkan Kontraktor tidak dibenarkan memasuki tapak oleh Klien. 3.4.1.1 INSURAN KERJA (INSURANCE OF WORK) Kontraktor mestilah menginsuranskan kerja terhadap kerugian dan kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran, petir, letupan, ribut, taufan, banjir, tanah menurun, tangki air pecah atau melimpah, radas atau paip, kapal udara dan alat-alat udara lain atau artikel yang gugur dari kapal udara, rusuhan atau kekacauan awam. Nilai yang perlu dijamin adalah sama nilai dengan jumlah harga kontrak. Jaminan ini haruslah berkuatkuasa meliputi tempoh kontrak hingga siap sepenuhnya. Insurans tersebut hendaklah dilaksanakan dengan syarikat insurans yang Page 2 of 11
  • 3. Lampiran DPP B2(b)-1 diluluskan atas nama bersama Klien dan Kontraktor. Jumlah yang perlu diinsurankan ialah jumlah harga kontrak sepenuhnya dan ditambah sebarang amaun yang dinyatakan dalam lampiran kepada Syarat-Syarat Kontrak atau di tempat lain dalam Dokumen Kontrak Insurans tersebut hendaklah meliputi keseluruhan Tempoh Siap Kerja. 3.4..1.2 INSURAN LIABILITI AWAM (PUBLIC LIABILITY INSURANCE) Kontraktor hendaklah menginsuranskan liabiliti yang berbangkit di sisi ‘Common Law’ terhadap kecederaan diri, kematian seseorang atau kecederaan atau kerosakan harta yang berbangkit dari atau dalam masa perlaksanaan kerja. Insurans ini hendaklah dilaksanakan atau disenggarakan atas nama Klien atau Kontraktor. Insuran tersebut hendaklah meliputi keseluruhan tempoh siap kerja termasuk Tempoh Liabiliti Kecacatan (6 bulan) dan ditambah tiga bulan dan empat belas hari (3 bulan 14 hari). Walaupun had liabiliti yang hendak diinsurankan susah hendak dianggarkan, panduan mengenai had liabiliti yang diinsurankan berdasarkan nilai kontrak untuk kerja dengan faktor risiko biasa seperti berikut : Untuk kerja dengan risiko luar biasa seperti kerja kepada bangunan yang Page 3 of 11 HARGA KONTRAK HAD LIABILTI SETIAP KEMALANGAN UNTUK BILANGAN KEMALANGAN YANG TIDAK TERBATAS Tidak melebihi RM25,000 RM10,000 RM25,001 hingga RM50,000 RM25,000 RM50,001 hingga RM150,000 RM50,000 RM150,001 hingga RM250,000 RM75,000 RM250,001 hingga RM500,000 RM100,000 RM500,001 hingga RM1 juta RM150,000 Melebihi RM1 juta RM200,000
  • 4. Lampiran DPP B2(b)-1 bersambung atau kerja ‘terowong’ atau seumpamanya, had liabiliti yang dinyatakan di sebelah hendaklah dinaikkan kepada amaun yang dianggap lebih sesuai dan munasabah. 3.4.1.3 INSURAN SEMUA RISIKO KONTRAKTOR (CONTRACTORS ALL RISK INSURANCE) Insurans ini boleh diterima sebagai ganti kepada Insuran Kerja dan Insuran Liabiliti Awam dengan syarat ianya menepati kehendak-kehendak yang sama. Insuran ini melindungi kerosakan bahan daripada : a. Kebakaran, kilat, kerosakan disebabkan kejatuhan pesawat, letupan dan pemadaman air, b. Kerosakan tanpa disengajakan ketika pembinaan, c. Runtuh, roboh, hentakan, d. Rompakan, kecurian, perbuatan hasad dengki e. Kerosakan mekanikal/elektrikal dan letupan, f. Kerosakan disebabkan kecacatan material, kerangka, kemahiran kerja, rekabentuk, pelan dan spesifikasi, kurang mahir, kecuaian/kesilapan manusia, g. Gelinciran, tanah runtuh, siklon, tornado, taufan, ribut, gempa bumi, letupan gunung berapi. 3.4.1.4 INSURAN PAMPASAN PEKERJA (WORK COMPENSATION INSURANCE) Setiap pekerja yang bekerja dengan pihak kontraktor hendaklah dimasukkan di bawah skim Insuran Pampasan Pekerja sebagai perlindungan dan gantirugi kepada mereka akibat kemalangan atau kematian semasa perlaksanaan kerja. Insuran ini hendaklah dilaksanakan dengan syarikat insuran yang diluluskan atas nama majikan/klien dan kontraktor. Insuran tersebut hendaklah meliputi keseluruhan Tempoh Siap Kerja termasuk Tempoh Liabiliti Kecacatan (6 bulan) dan ditambah dengan tiga bulan dan empat belas hari (3 bulan 14 hari). Jumlah amaun yang hendak diinsurankan ialah jumlah gaji pekerja yang Page 4 of 11
  • 5. Lampiran DPP B2(b)-1 tidak layak dilindungi di bawah skim PERKESO. Kebiasaannya jumlah ini adalah dianggarkan dalam lingkungan 10% daripada jumlah harga kontrak. Setiap kontraktor perlu mematuhi akta perlindungan pekerja iaitu : “Seseorang pekerja warganegara Malaysia yang menjalankan pekerjaan manual labour bergaji melebihi RM2,000 sebulan yang tidak diliputi di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 perlu dilindungi di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952” 3.4.2 BON PERLAKSANAAN Pihak kontraktor adalah perlu menyediakan jaminan perlaksanaan dalam bentuk wang jaminan perlaksanaan atau wang cagaran, juga disebut bon perlaksanaan terhadap kerja-kerja yang akan dilaksanakan sebagaimana diminta oleh pihak klien/majikan. Bon perlaksanaan perlu disediakan dengan nilai 5% dari harga kontrak yang diterima. Ia boleh disediakan dalam bentuk Jaminan Bank/Insuran/Syarikat Kewangan. Perkara ini disediakan dalam jangkamasa 14 hari dari Tarikh Surat Setuju Terima Tender. Kegagalan menyediakan perkara ini akan menyebabkan pihak klien/majikan boleh menahan sebarang pembayaran kepada kontraktor. Pihak kontraktor perlu mendapatkan Bon Perlaksanaan ini sama ada daripada pihak bank atau syarikat kewangan atau syarikat insuran. Bon ini biasanya dibuat dengan borang standard yang dilampirkan di dalam Dokumen Tender. Jaminan ini adalah berkuatkuasa sehingga setahun (12 bulan) selepas Tempoh Liabiliti Kecacatan tamat tetapi boleh dilepaskan apabila Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan dikeluarkan. 3.4.3 CARUMAN PERKESO (SOCSO) Caruman PERKESO (Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969) merupakan suatu perlindungan untuk pekerja-pekerja yang diambil bekerja. Kontraktor dikehendaki mendaftar dengan PERKESO serta membayar caruman-caruman dibawah skim Keselamatan Sosial Pekerja di tempat dimana skim itu dilaksanakan. Pihak kontraktor dikehendaki membuat sumbangan kepada PERKESO Page 5 of 11
  • 6. Lampiran DPP B2(b)-1 bagi kakitangan di tapakbina yang gaji kurang daripada RM2,000 sebulan. Sebagai bukti pendaftarannya sebagai majikan dengan PERKESO, kontraktor dikehendaki mengemukakan nombor pendaftaran PERKESO pekerja dan nombor kod PERKESO majikan kepada pihak klien/majikan atau Pegawai Penguasa (PP). 3.4.4 BAYARAN LEVI CIDB (PAYMENT OF CIDB LEVI) Pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mensyaratkan projek-projek bernilai RM500,000 ke atas adalah diperlukan untuk kontraktor membayar levi sebanyak 0.125% daripada harga kontrak. Kegagalan kontraktor menjelaskan levi ini akan menyebabkan kontraktor di denda atau kerja-kerja di tapak diberhentikan. Pengecualian levi untuk kontraktor yang melaksanakan projek perumahan kos rendah dan sederhana dan kontraktor yang menggunakan kaedah ‘Industrialised Building System’ Kontraktor hendaklah mengemukakan maklumat dan levi ini tidak lewat 14 hari dari tarikh Surat Setuju Terima Tender dikeluarkan atau kontrak ditandatangani atau tidak kurang dari 14 hari sebelum kerja bermula yang mana terdahulu. 3.4.5 JADUAL PERLAKSANAAN KESELURUHAN KERJA (MASTER WORK PROGRAMME) Kontraktor perlu menyediakan Jadual Perlaksanaan Keseluruhan Kerja dan mengajukan kepada pihak klien/majikan atau Pegawai Penguasa (PP). Pihak sekarang memerlukan Jadual Kerja Berbentuk Laluan Kritikal (CPM) disamping Carta Gantt. 3.4.6 CARTA ORGANISASI SYARIKAT (COMPANY ORGANISATION CHART) Carta organisasi ini perlu disediakan bagi memudahkan komunikasi tapak dan skop kerja personel ditapakbina dan ia juga perlu diajukan kepada klien atau PP. Ini adalah untuk mengenalpasti kakitangan yang mempunyai kuasa membuat keputusan berhubung kerja-kerja di tapak. 3.4.7 SENARAI PEKERJA (LIST OF WORKERS) Page 6 of 11
  • 7. Lampiran DPP B2(b)-1 Senarai pekerja diperlukan oleh pihak klien/majikan untuk memastikan hanya pekerja yang tersenarai sahaja boleh memasuki kawasan pekerjaan. Senarai ini perlu dihantar ke balai polis berhampiran untuk tujuan keselamatan. 3.4.8 WANG PENDAHULUAN KERJA (ADVANCE PAYMENT) Bagi kontraktor-kontraktor yang kurang berkemampuan, Wang Pendahuluan Kerja layak dipohon secara bertulis sekiranya kemudahan ini disediakan. Kebiasaannya jumlah yang boleh dipohon adalah 25% daripada harga Kerja Pembina (Builders Work) atau maksimum RM10 juta mengikut mana yang lebih rendah. Harga Kerja Pembina adalah jumlah daripada harga kontrak setelah ditolak Kerja Luar Jangka (Provisional Work) dan Jumlah Kerja-Kerja Pakar (Prime Cost Work). 3.4.9 PELAN SUSUNATUR TAPAK (SITE LAYOUT PLAN) Kepentingan susunatur tapak adalah sama seperti kepentingan perancangan kerja dan kaedah kerja yang diikuti. Ia merupakan salah satu faktor kecekapan kerja binaan. Faktor susunatur ini turut diperlukan untuk mencapai sasaran binaan iaitu penyiapan kerja mengikut masa, kos dan kualiti yang telah dipersetujui dalam kontrak binaan. Sebaliknya, tanpa susunatur tapak yang baik, keadaan tapak menjadi tidak terkawal dan kelancaran kerja mungkin terganggu, kemungkinan boleh berlaku kemalangan yang melibatkan keselamatan pekerja. Oleh itu, sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan, setiap tapak perlu menyediakan beberapa keperluan-keperluan asas di tapak pembinaan bagi tujuan kemudahan serta memastikan keselamatan para pekerja disamping menyumbang kepada kelancaran kerja pembinaan di tapakbina. Hal ini sekaligus membantu sesuatu projek di dalam mencapai produktiviti kerja yang lebih baik dan efisien. Tahap merancang susunatur tapak secara praktikal bergantung kepada beberapa faktor seperti masa dan jumlah kos yang boleh dibelanjakan dan kebaikan yang akan didapati dari segi pencapaian efisiensi yang maksima berbanding dengan jumlah kapital (modal) yang digunakan. 3.4.10 PERMIT, LESEN DAN NOTIS (PERMIT, LICENCE AND NOTICE) Page 7 of 11
  • 8. Lampiran DPP B2(b)-1 Permit, lesen dan notis perlu diperolehi daripada Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran supaya kerja-kerja yang dibuat mendapat kebenaran dan kelulusan yang sewajarnya. Kontraktor perlu sentiasa peka dan ambil perhatian terutama yang melibatkan kerja-kerja di luar kawasan yang kemungkinan akan mendapat bantahan atau rungutan daripada orang awam yang tinggal berdekatan dengan tapak projek seperti sistem peparitan, habuk daripada kenderaan keluar masuk kawasan dan sebagainya. 3.4.11 SERAH MILIK TAPAK (SITE HAND OVER) Serah Milik Tapak adalah proses penyerahan tapak oleh pihak klien/majikan kepada pihak kontraktor untuk memulakan kerja-kerja di tapak. Ini melibatkan kepada perkara-perkara seperti Tarikh Milik Tapak, Mesyuarat Serah Tapak dan sebagainya. Projek pembinaan tidak boleh dimulakan selagi penyerahan milik tapak tidak dibuat. Ini penting untuk memastikan bahawa kerja-kerja pembinaan yang dilakukan berlandaskan kelulusan-kelulusan tertentu dibawah pihak berkuasa tempatan dan keselamatan pekerja-pekerja serta orang ramai terjamin. 3.5 JENIS-JENIS KONTRAK (TYPES OF CONTRACT) Dalam kejuruteraan awam, terdapat pelbagai jenis projek. Setiap projek memerlukan kepakaran dalam bidang perancangan, pengurusan dan pelaksanaan. Setiap projek melibatkan firma perunding, kontraktor, pembekal, kerajaan dan klien yang menjadi penaja projek. Untuk mengatasi pelbagai kerumitan yang mungkin timbul dalam menyiapkan sesuatu projek, beberapa jenis kontrak boleh digunakan. Jenis kontrak yang digunakan dalam industri pembinaan ialah : a. Kontrak Gumpalan (Lump Sum Contract) b. Kontrak Ukur dan Nilai (Measure and Value Contract) c. Kontrak Kos Pembayaran Ganti (Cost Reimbursable Contract) d. Kontrak Putar Kunci (Turnkey Contract) 3.5.1 KONTRAK GUMPALAN (LUMP SUM CONTRACT) Page 8 of 11
  • 9. Lampiran DPP B2(b)-1 Kontrak gumpalan ialah kontrak yang dilaksanakan oleh kontraktor berdasarkan kerja yang telah ditunjukkan dalam lukisan atau skop kerja. Pembayaran untuk kerja yang telah siap dibuat berdasarkan sesuatu jumlah harga yang telah ditetapkan. Kontraktor bertanggungjawab menilai semua kos yang akan dibelanjakan dalam memenuhi keperluan kerja yang telah ditetapkan oleh klien. Pembayaran mungkin dilaksanakan secara gumpalan atau secara peringkat, bergantung kepada saiz kerja. Pembayaran untuk kontrak gumpalan juga boleh dilaksanakan berdasarkan spesifikasi piawaian kerja dan lukisan atau berdasarkan senarai kuantiti dan lukisan. Kontrak gumpalan digunakan dalam projek pembinaan kecil seperti pembinaan longkang, pagar dan bangunan kecil. 3.5.2 KONTRAK UKUR DAN NILAI (MEASURE AND VALUE CONTRACT) Kontrak ukur dan nilai merupakan kontrak yang termeterai apabila klien membuat pembayaran kepada kontraktor berdasarkan kuantiti kerja yang telah siap. Kontrak ini digunakan untuk bangunan-bangunan yang besar serta perlu dirahsiakan daripada pengetahuan umum seperti bangunan penjara dan bank. Kuantiti kerja ini ialah kuantiti kerja semasa diukur dan dinilai bagi mengira jumlah pembayaran. Penilaian dan pengukuran kuantiti kerja dibuat secara senarai kuantiti atau jadual kadar harga. 3.5.3 KONTRAK KOS PEMBAYARAN GANTI (COST REIMBURSABLE CONTRACT) Kontrak pembayaran ganti merupakan kaedah pembayaran kos sebenar kerja berserta yuran pengurusan oleh klien kepada kontraktor. Umumnya kontrak jenis ini boleh dilaksanakan melalui : • Wang kos prima ditambah yuran tetap • Wang kos prima ditambah peratus yuran • Wang kos prima ditambah yuran sasaran Wang kos prima merupakan kos yang melibatkan kos bahan, kos upah pekerja serta kos loji dan alatan. Yuran pengurusan merupakan keuntungan dan perbelanjaan yang melibatkan yuran tetap, peratus yuran & yuran sasaran. a. Yuran Tetap Page 9 of 11
  • 10. Lampiran DPP B2(b)-1 Yuran tetap merupakan bayaran yang telah ditetapkan oleh kontraktor dan telah dipersetujui oleh klien sebelum menandatangani kontrak. b. Peratus Yuran Peratus yuran merupakan peratus yang dikira dari jumlah kos pembinaan sebenar. Kontraktor akan mendapat imbuhan yang besar sekiranya kos pembinaan sebenar tinggi. c. Yuran Sasaran Yuran sasaran pula merupakan bayaran tambahan kepada kontraktor sekiranya kontraktor dapat menyiapkan pembinaan dengan lebih cepat dari masa yang telah ditetapkan serta memuaskan. Kadar bayaran tambahan ini mestilah dipersetujui sebelum kontrak ditandatangani. Wang kos prima merupakan kos-kos yang melibatkan kos bahan, kos pekerja dan kos peralatan atau jentera Manakala yuran-yuran yang terlibat adalah kiraan keuntungan dan perbelanjaan pengurusan. 3.5.4 KONTRAK PUTAR KUNCI (TURNKEY CONTRACT) Kontrak putar kunci merupakan kontrak yang dilaksanakan apabila klien menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada kontraktor yang dipilih untuk merancang, merekabentuk dan mengurus kontrak secara menyeluruh. Sebelum memulakan projek, kontraktor perlu mengemukakan cadangan yang lengkap yang mengandungi rekabentuk, kaedah pembinaan dan kos terperinci dan syarat-syarat pembayaran. Kontraktor yang menyertai kontrak putar kunci secara pertandingan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar bagi menyediakan rekabentuk yang memenuhi kehendak klien. Kaedah pembayaran kepada kontraktor adalah secara sama ada : • bayaran kerja tetap, • bayaran ganti kos, atau • bayaran secara perundingan. Contoh projek yang menggunakan kontrak putar kunci ialah Jambatan Page 10 of 11
  • 11. Lampiran DPP B2(b)-1 Pulau Pinang, Menara Kuala Lumpur, Lapangan Terbang KLIA dan Menara Kembar Petronas. Melalui kontrak putar kunci, penglibatan klien/majikan secara terus mengenai perkara-perkara teknikal, kawalan kos, pengurusan dan pembinaan sangat kurang, EXERCISE 8.0 1. Naatakan jenis-jenis insuran yang perlu disediakan oleh kontraktor sebelum memulakan kerja binaan? 2. Namakan jenis insuran yang menggantikan Insuran Kerja dan Insuran Liabiliti Awam dan nyatakan perlindungannya? 3. Nyatakan DUA (2) jenis insuran nyawa yang perlu disediakan oleh kontraktor kepada pekerjanya? 4. Apakah dia Bon Perlaksanaan? 5. Pihak CIDB mengenakan LEVI kepada kontraktor. Nyatakan nilai projek dan peratus yang dikenakan LEVI? 6. Apakah tujuan keperluan diadakan carta organisasi dan senarai pekerja? 7. Jika terdapat kontraktor yang kurang berkemampuan untuk melaksanakan projek, ia perlu memohon secara bertulis untuk mendapatkan satu bentuk wang. Namakan bentuk wang tersebut dan jumlah yang boleh dipohon? 8. Apakah yang dimaksudkan dengan Serah Milik Tapak? 9. Namakan EMPAT (4) jenis kontrak dan terangkan DUA daripadanya? 10. Apakah nama kontrak yang mengambil kira aspek keselamatan? REFERENCE : 1. Teacher’s handout 2. Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5 – Ab. Aziz Abd. Latiff, Ismail Yusof, Abdul Aziz Abu Bakar (DBP) 3. Pengenalan Ukur Kuantiti Binaan 1 – Rosli Abd. Rashid (DBP & UTM) 4. Aturcara Kontrak & Taksiran – Uzairi Hj. Saidin (IBS) 5. Nota JKR (IKRAM) Page 11 of 11