SlideShare a Scribd company logo
1 of 53
NO. SEBUTHARGA
QT230000000002240 (SH01/2023)
PERJANJIAN
PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN KOD AMALAN PENGELUARAN TERBAIK
(KOD AMALAN AKUAKULTUR BAIK, GAqP) BAGI (I) HATCERI IKAN AIR TAWAR
DAN (II) HATCERI UDANG GALAH
ANTARA
KERAJAAN MALAYSIA
DAN
SIRIM STS SDN. BHD.
(No. Pendaftaran: 199701032750 (448249-A))
1
KANDUNGAN
FASAL. PERKARA
MUKA
SURAT
1 DEFINISI DAN INTERPRETASI 4 - 7
2 SKOP PERJANJIAN 7
3 TEMPOH PERJANJIAN DAN PELANJUTAN 7 - 8
4 NILAI PERJANJIAN 8
5 PENGESAHAN PERKHIDMATAN 9
6 BAYARAN PERKHIDMATAN 9 – 11
7 REPRESENTASI DAN WARANTI 11 - 13
8 TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR 13 – 15
9 TANGGUNGJAWAB KERAJAAN 15
10 DENDA LEWAT 16
11 PENAMATAN OLEH KERAJAAN 17 - 21
12 PENAMATAN OLEH KONTRAKTOR 21 - 23
13 PENAMATAN DENGAN NOTIS 23
14 JAWATANKUASA PENYELESAIAN PERTIKAIAN 23 - 24
15 TIMBANG TARA 24
16 KEJADIAN FORCE MAJEURE 25 - 26
17 SUB KONTRAK 27
18 SERAH HAK 27
19 INDEMNITI DAN TANGGUNG RUGI 27 – 28
20 IKLAN 28
21 KOS DAN DUTI SETEM 29
22
UNDANG – UNDANG YANG TERPAKAI KEPADA
PERJANJIAN
29
23 PENEPIAN HAK 29
24 KERAHSIAAN 30
2
25 NOTIS 30 - 31
26 MASA 31
27 IKATAN PERJANJIAN 31 - 32
28 KONTRAKTOR BEBAS 32
29 KEBOLEHASINGAN 32
30 PENOLAKAN 32 - 33
31 KESELURUHAN PERJANJIAN 33
32 JADUAL, LAMPIRAN DAN DOKUMEN YANG BERKAITAN 34
33 PINDAAN 34
34 PERUBAHAN KADAR DUTI DAN CUKAI 34
35 KESELAMATAN DAN KAWALAN DATA 35
LAMPIRAN 1 SURAT SETUJU TERIMA
LAMPIRAN 2 SPESIFIKASI TEKNIKAL
LAMPIRAN 3 JADUAL PELAN PELAKSANAAN PROJEK
3
Perjanjian ini dibuat pada ____ haribulan ______________ 2023
ANTARA
KERAJAAN MALAYSIA yang bagi maksud Perjanjian ini diwakili oleh Jabatan
Perikanan Malaysia yang beralamat di Wisma Tani, Aras1-6, Blok Menara 4G2, Presint
4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62628 Putrajaya (kemudian daripada ini
disebut “Kerajaan”) di satu pihak;
DENGAN
SIRIM STS SDN. BHD. (No. Pendaftaran: 199701032750 (448249-A)) sebuah
perniagaan yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
dan mempunyai alamat berdaftarnya di SIRIM Complex, Building 3, No.1, Persiaran
Dato’ Menteri, Seksyen 2, P.O Box 7035 Petaling, 40700 Shah Alam, Selangor Darul
Ehsan (kemudian daripada ini disebut sebagai “Kontraktor” di pihak yang satu lagi).
(Kerajaan dan Kontraktor boleh dirujuk secara berasingan sebagai “Pihak” atau
secara kolektif sebagai “Pihak-Pihak”).
BAHAWASANYA
A. Kerajaan berhasrat untuk mendapatkan Perkhidmatan Pembangunan Kod
Amalan Pengeluaran Terbaik (Kod Amalan Akuakultur Baik, GAqP) – (I) Hatceri Ikan
Air Tawar & (II) Hatceri Udang Galah (kemudian daripada ini disebut sebagai
“Perkhidmatan” dalam Perjanjian ini). Lanjutan itu, Kontraktor menawarkan kepada
Kerajaan untuk melaksanakan dan menyiapkan Perkhidmatan tersebut.
B. Kerajaan melalui Surat Setuju Terima (SST) bertarikh 03 April 2023 yang
ditandakan sebagai Lampiran 1 telah bersetuju menerima tawaran Kontraktor untuk
mendapatkan Perkhidmatan tersebut daripada Kontraktor dan Kontraktor bersetuju
bagi membekalkan Perkhidmatan tersebut.
C. Kontraktor bersetuju untuk melaksanakan dan menyiapkan Perkhidmatan
tersebut tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian ini.
4
MAKA DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI SEPERTI YANG BERIKUT:
FASAL 1
DEFINISI DAN INTERPRETASI
1.1 Definisi
Dalam Perjanjian ini perkataan-perkataan di bawah ini hendaklah membawa maksud
yang berikut:
1.1.1 “Hari Bekerja” bermaksud waktu pejabat Kerajaan, hari Isnin -
Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang, tidak termasuk
cuti umum dan cuti am bagi Wilayah Persekutuan
Putrajaya dan Selangor;
1.1.2 “Kerajaan” bermaksud Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh
Jabatan Perikanan atau mana-mana pegawai
yang diberi kuasa oleh Kerajaan Malaysia secara
bertulis untuk mentadbir pelaksanaan Perjanjian
ini;
1.1.3 “Kontraktor” bermaksud SIRIM STS SDN. BHD. (No.
Pendaftaran: 199701032750 (448249-A));
1.1.4 “Perjanjian” bermaksud kontrak atau persetujuan bersama
yang merujuk kepada Perjanjian ini antara
Kerajaan dengan Kontraktor termasuklah semua
dan setiap lampiran, jadual, spesifikasi dan
dokumen yang disebut dalam Perjanjian ini dan
hendaklah menjadi pelengkap satu sama lain;
1.1.5 “Premis” bermaksud bangunan Kerajaan di mana
Perkhidmatan tersebut dilaksanakan iaitu di
Bahagian Biosekuriti Perikanan, Kementerian
Pertanian dan Industri Makanan, Aras 3, Podium,
Blok 4G2, Wisma Tani, Persiaran Perdana,
5
1.2 Interpretasi
1.2.1 Rujukan kepada resital, fasal, jadual dan lampiran hendaklah ditafsirkan
sebagai rujukan kepada resital, fasal, jadual dan lampiran Perjanjian ini,
melainkan tafsiran sebaliknya diberikan di dalam Perjanjian ini.
1.2.2 Semua rujukan kepada peruntukan-peruntukan statut turut merangkumi
peruntukan-peruntukan yang telah dipinda, diubah atau digubal semula.
1.2.3 Perkataan “undang-undang” bermakna mana-mana undang-undang pada
masa sekarang atau masa depan dan mana-mana perlembagaan, dekri,
penghakiman, perundangan, perintah, ordinan, statut, perjanjian, arahan,
undang-undang kecil, kaedah atau peraturan.
1.2.4 Perkataan yang digunakan untuk orang-orang sebenar turut termasuk
mana-mana kumpulan orang, Kontraktor, perbadanan, firma atau
perkongsian yang diperbadankan atau tidak diperbadankan dan
sebaliknya.
1.2.5 Ungkapan “Perjanjian ini” atau mana-mana ungkapan yang serupa
hendaklah termasuk semua tambahan dan pindaan kepadanya
sebagaimana yang dilaksanakan dan dikuatkuasakan dari semasa ke
semasa.
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62628 Putrajaya;
1.1.6 “Spesifikasi
Teknikal”
bermaksud penerangan mengenai spesifikasi/
skop perkhidmatan yang perlu dibuat/dilaksana
oleh Kontraktor seperti di Lampiran 2; dan
1.1.7 “Wakil Kerajaan” bermaksud kakitangan Jabatan Perikanan
Malaysia atau mana-mana pegawai Kerajaan
yang dilantik bagi melaksanakan pemantauan
Perkhidmatan.
6
1.2.6 Perkataan yang merujuk kepada sesuatu jantina turut membawa maksud
jantina yang sebaliknya.
1.2.7 Perkataan yang membawa maksud bilangan tunggal hendaklah termasuk
bilangan jamak dan sebaliknya.
1.2.8 Tajuk-tajuk dan tajuk kecil kepada fasal-fasal dalam Perjanjian ini adalah
untuk kemudahan rujukan sahaja dan tidak akan mempengaruhi
penafsirannya.
1.2.9 Di mana apa-apa perkataan atau ungkapan ditafsirkan di dalam Perjanjian
ini, tafsiran itu hendaklah meliputi semua perubahan tatabahasa dan
penyataan-penyataan serupa makna sesuatu perkataan atau penyataan
yang telah ditafsirkan.
1.2.10 Bagi maksud mengira apa-apa tempoh masa yang ditetapkan atau
apabila sesuatu perbuatan yang dikehendaki dilakukan dalam tempoh
yang ditetapkan atau selepas dari tarikh yang dinyatakan, tempoh itu
adalah termasuk dan masa bermula dari tarikh yang dinyatakan
sedemikian.
1.2.11 Bila-bila masa muncul apa-apa rujukan kepada masa dalam tempoh yang
mana sesuatu perbuatan patut dilakukan atau perjanjian dicapai atau
persetujuan diberikan, rujukan itu hendaklah disifatkan sebagai dibaca
sebagai termasuk ungkapan “atau apa-apa tempoh lain yang dipersetujui
secara bertulis antara Pihak-Pihak dari semasa ke semasa.
1.2.12 Apa-apa terma teknikal yang tidak ditakrifkan secara khusus dalam
Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan selaras amalan umum pengamal-
pengamal profesion, pekerjaan atau industri yang berkaitan di Malaysia.
1.2.13 Sesuatu rujukan mengenai masa dan tarikh yang berkaitan dengan
pelaksanaan mana-mana kewajipan oleh suatu Pihak adalah merujuk
kepada masa dan tarikh di Malaysia.
7
1.2.14 Jika pelaksanaan apa-apa perbuatan atau kewajipan jatuh pada hari
yang bukan Hari Bekerja, maka perbuatan atau kewajiban itu hendaklah
dilaksanakan pada Hari Bekerja yang berikutnya.
1.2.15 Apa-apa rujukan kepada suatu perjanjian, kontrak atau dokumen
adalah termasuk apa-apa pindaan atau perubahan kepadanya dari
semasa ke semasa dan apa-apa surat cara lain yang ditandatangani
sebagai tambahan atau gantian kepadanya.
FASAL 2
SKOP PERJANJIAN
2.1 Kerajaan bersetuju untuk melantik Kontraktor untuk melaksanakan Perkhidmatan
tersebut dan Kontraktor menerima perlantikan tersebut menurut terma dan syarat yang
dinyatakan di dalam Perjanjian ini.
2.2 Kontraktor hendaklah melaksanakan dan menyiapkan Perkhidmatan tersebut
mengikut Spesifikasi Teknikal / Skop Perkhidmatan seperti di Lampiran 2 dan mengikut
tempoh masa yang dinyatakan di dalam Jadual Pelan Pelaksanaan Projek seperti di
Lampiran 3 dan menurut terma dan syarat yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini.
FASAL 3
TEMPOH PERJANJIAN DAN PELANJUTAN
3.1 Tanpa mengira tarikh Perjanjian ini ditandatangani, Perjanjian ini hendaklah
disifatkan berkuat kuasa mulai pada 17 April 2023 (selepas ini dirujuk sebagai “Tarikh
Mula”) hingga 16 Disember 2023 (selepas ini dirujuk sebagai “Tarikh Tamat") (selepas
ini dirujuk sebagai “Tempoh Perjanjian”) melainkan ia dilanjutkan atau ditamatkan lebih
awal.
3.2 Pelanjutan Tempoh Perjanjian
3.2.1 Sekiranya Kerajaan membuat keputusan untuk melanjutkan Tempoh
Perjanjian, Kerajaan hendaklah memberi notis bertulis mengenainya
kepada Kontraktor dalam masa satu (1) bulan sebelum Tarikh Tamat
8
Perjanjian dan Kontraktor hendaklah melanjutkan Tempoh Perjanjian
untuk suatu tempoh yang ditentukan oleh Kerajaan menurut syarat-syarat
dan terma-terma yang dipersetujui oleh Pihak-Pihak.
3.2.2 Sekiranya Kontraktor berhasrat untuk melanjutkan Tempoh Perjanjian,
Kontraktor hendaklah memberi notis bertulis kepada Kerajaan
mengenainya dalam masa satu (1) bulan sebelum Tarikh Tamat
Perjanjian. Setelah menerima permohonan tersebut, Kerajaan
mempunyai hak mutlak dalam menentukan permohonan lanjutan tersebut
dan apa-apa lanjutan yang dipersetujui hendaklah tertakluk kepada terma
dan syarat yang dipersetujui Pihak-Pihak.
3.2.3 Sekiranya Pihak-Pihak bersetuju untuk melanjutkan Tempoh Perjanjian,
pelanjutan tersebut hendaklah dibuat melalui suatu Perjanjian Tambahan
yang akan ditandatangani oleh Pihak-Pihak.
3.2.4 Sekiranya Pihak-Pihak gagal mencapai persetujuan mengenai pelanjutan
di bawah Fasal 3.2.1 atau Fasal 3.2.2, Perjanjian ini akan dengan
sendirinya tamat selepas Tarikh Tamat Perjanjian.
FASAL 4
NILAI PERJANJIAN
4.1 Tertakluk kepada pelaksanaan Perkhidmatan oleh Kontraktor menurut terma dan
syarat Perjanjian ini, Kerajaan bersetuju membayar kepada Syarikat sebanyak Ringgit
Malaysia Sembilan Puluh Tujuh Ribu Tujuh Ratus Lima Puluh Tiga dan Dua Puluh
Sen Sahaja (RM97,753.20) (kemudian daripada ini disebut sebagai “Nilai Perjanjian”).
4.2 Sebarang permohonan bagi tujuan kenaikan Nilai Perjanjian oleh Kontraktor tidak
dibenarkan, tertakluk kepada Fasal 34.1 Perjanjian ini.
9
FASAL 5
PENGESAHAN PERKHIDMATAN
5.1 Sekiranya Perkhidmatan telah dilaksanakan berdasarkan Jadual Pelan
Pelaksanaan Projek seperti di Lampiran 3, Kontraktor boleh memaklumkan kepada
Wakil Kerajaan secara bertulis untuk pengesahan Perkhidmatan bersama-sama
Laporan Kemajuan Perkhidmatan Pembangunan Kod Amalan Pengeluaran Terbaik
(Kod Amalan Akuakultur Baik, GAqP) – (I) Hatceri Ikan Air Tawar & (II) Hatceri Udang
Galah.
5.2 Bagi tujuan pengesahan Perkhidmatan, Wakil Kerajaan hendaklah memeriksa
dan memastikan pelaksanaan Perkhidmatan yang dimaklumkan oleh Kontraktor
menepati Jadual Pelan Pelaksanaan Projek seperti di Lampiran 3. Kontraktor
hendaklah hadir bersama Wakil Kerajaan semasa pemeriksaan tersebut sekiranya
diarahkan sedemikian.
5.3 Wakil Kerajaan boleh mengarahkan Kontraktor untuk mengemukakan maklumat/
dokumen lanjut atau melaksanakan tindakan lanjut berhubung Perkhidmatan bagi
menepati Jadual Pelan Pelaksanaan Projek seperti di Lampiran 3. Segala keputusan
Wakil Kerajaan adalah muktamad, konklusif dan tidak boleh dicabar oleh Kontraktor.
FASAL 6
BAYARAN PERKHIDMATAN
6.1 Tertakluk kepada terma dan syarat Perjanjian ini, Kerajaan hendaklah
membayar kepada Kontraktor sebagai balasan pelaksanaan Perkhidmatan tersebut
berdasarkan kepada Jadual Pelan Pelaksanaan Projek seperti di Lampiran 3
(kemudian daripada ini disebut sebagai “Bayaran Perkhidmatan”).
6.2 Bagi tujuan tuntutan Bayaran Perkhidmatan, Kontraktor hendaklah
mengemukakan dokumen-dokumen seperti yang berikut:
6.2.1 dua (2) salinan invois yang telah disahkan oleh Kerajaan;
10
6.2.2 dua (2) Nota Penghantaran (Delivery Order) yang telah disahkan oleh
Kerajaan;
6.2.3 Laporan Kemajuan Perkhidmatan Pembangunan Kod Amalan
Pengeluaran Terbaik (Kod Amalan Akuakultur Baik, GAqP) – (I) Hatceri
Ikan Air Tawar & (II) Hatceri Udang Galah;
6.2.4 salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Kementerian Kewangan
Malaysia; dan
6.2.5 salinan penyata kewangan untuk setiap tuntutan bagi tujuan semakan
nombor akaun.
6.3 Tuntutan Bayaran Perkhidmatan akan dibayar dalam tempoh empat belas (14)
hari selepas pengesahan Kerajaan bahawa dokumen-dokumen yang dikemukakan
oleh Kontraktor adalah lengkap dan teratur.
6.4 Walau apa pun yang dinyatakan di Fasal 6.2, sekiranya Kerajaan mendapati
bahawa dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh Kontraktor adalah tidak lengkap
dan teratur, Kerajaan boleh meminta maklumat dan dokumen tambahan daripada
Kontraktor. Apabila Kerajaan menggunakan budi bicara ini, pembayaran oleh
Kerajaan hanya akan dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh semua
maklumat dan dokumen lanjut diterima daripada Kontraktor dan disahkan teratur
seperti yang dinyatakan di Fasal 6.3.
6.5 Tuntutan Bayaran Perkhidmatan hendaklah dikemukakan oleh Kontraktor
kepada -
Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan,
Jabatan Perikanan Malaysia,
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan,
Aras 3, Podium 2, Wisma Tani, Blok Menara 4G2,
Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62628 Putrajaya.
11
6.6 Pembayaran hendaklah dibuat oleh Kerajaan melalui Electronic Fund Transfer
(EFT) kepada Kontraktor melalui akaun berikut:
Nama SIRIM STS SDN. BHD.
No. Pendaftaran Syarikat 199701032750 (448249-A)
No. Akaun 12038010024580
Bank Bank Islam
6.7 Bayaran Perkhidmatan kepada Kontraktor tidak boleh dianggap sebagai
pengakuan bahawa Perkhidmatan tersebut adalah mengikut kualiti yang dikehendaki.
Walaupun Bayaran Perkhidmatan telah dibuat oleh Kerajaan, Kontraktor adalah masih
tertakluk kepada terma dan syarat dalam Perjanjian ini.
6.8 Sekiranya transaksi pembayaran dilaksanakan melalui sistem e-Perolehan dan
Kontraktor bersetuju supaya Kerajaan mengenakan -
6.8.1 fi perkhidmatan bagi transaksi yang melibatkan hanya sekali bayaran
(one-time payment) pada kadar sebanyak kosong perpuluhan lapan peratus
(0.8%) dengan had maksimum Ringgit Sembilan Ribu Enam Ratus (RM
9,600.00) untuk transaksi yang bernilai Ringgit Satu Perpuluhan Dua (RM 1.2)
juta atau lebih;
ATAU
6.8.2 fi perkhidmatan bagi transaksi yang melibatkan beberapa kali
pembayaran (multiple payment) pada kadar sebanyak kosong perpuluhan empat
peratus (0.4%) dengan had maksimum Ringgit Empat Ribu Lapan Ratus
(RM4,800.00) untuk pesanan bernilai Ringgit Satu Perpuluhan Dua (RM 1.2) juta
atau lebih, melalui sistem e-Perolehan.
FASAL 7
REPRESENTASI DAN WARANTI
7.1 Kontraktor dengan ini membuat representasi dan waranti kepada Kerajaan
bahawa -
12
7.1.1 Kontraktor adalah sebuah perniagaan yang sah yang ditubuhkan dan
didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia;
7.1.2 Kontraktor mempunyai keupayaan untuk membuat Perjanjian ini dan
melaksanakan obligasinya dan menjalankan apa-apa transaksi dan
perniagaannya sebagaimana yang dihasratkan oleh Perjanjian ini;
7.1.3 Kontraktor telah mengambil segala langkah patut dan perlu untuk
membolehkan ia menandatangani Perjanjian ini dan seterusnya melaksanakan
fasal, terma, syarat dan peruntukan yang terkandung di dalam Perjanjian ini;
7.1.4 Kontraktor adalah sebuah syarikat berdaftar dengan Kementerian
Kewangan kecuali mendapat pengecualian bertulis daripada Kerajaan;
7.1.5 Kontraktor pada ketika pelaksanaan Perjanjian ini, tidak menyalahi
sebarang peruntukan sama ada dalam-
(a) Memorandum dan Artikel Persatuannya; atau
(b) mana-mana dokumen atau perjanjian yang mengikatnya
atau asetnya;
7.1.6 Perjanjian ini adalah sahih dan sah di sisi undang-undang dan segala
terma, syarat dan peruntukan Perjanjian ini boleh dikuatkuasakan ke atas
Kontraktor;
7.1.7 tiada apa-apa tindakan atau prosiding litigasi, timbang tara, tuntutan cukai,
pertelingkahan atau prosiding dalaman yang sedang berjalan atau akan
berlangsung yang pada pengetahuannya akan memberi kesan negatif dan
mengganggu gugat keupayaan kewangan Kontraktor dan akan memberi kesan
kepada keupayaan untuk melaksanakan Perkhidmatan yang telah dipersetujui
atau mana-mana terma, syarat atau peruntukan di dalam Perjanjian ini;
7.1.8 Kontraktor mempunyai Pekerja yang kompeten untuk memberikan
Perkhidmatan tersebut;
13
7.1.9 tiada sebarang perbuatan rasuah, aktiviti haram atau menyalahi undang-
undang telah digunakan untuk mendapatkan hak untuk melaksanakan
Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini; dan
7.1.10 Kontraktor tidak mempunyai apa-apa pengetahuan, pada tarikh
Perjanjian ini, tentang apa-apa perkara di dalam kawalannya semunasabah yang
mungkin yang boleh menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan obligasinya
di bawah Perjanjian ini.
7.2 Kontraktor mengakui bahawa Kerajaan memasuki dan menandatangani
Perjanjian ini berdasarkan dan bersandarkan kepada representasi dan waranti yang
dibuat oleh Kontraktor khususnya di bawah Fasal 7.1 di atas.
7.3 Kontraktor membuat representasi dan waranti kepada Kerajaan bahawa
representasi dan waranti yang dinyatakan di bawah Fasal 7.1 di atas hendaklah kekal
benar dan tepat dalam semua aspek sepanjang Tempoh Perjanjian ini dan tempoh
pelanjutan Perjanjian (sekiranya berkaitan).
FASAL 8
TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR
8.1 Kontraktor hendaklah melaksanakan dan menyiapkan Perkhidmatan tersebut
mengikut Spesifikasi Teknikal / Skop Perkhidmatan seperti di Lampiran 2 dalam
tempoh masa yang ditetapkan mengikut Jadual Pelan Pelaksanaan Projek
seperti di Lampiran 3.
8.2 Kontraktor hendaklah -
8.2.1 memastikan pelaksanaan Perkhidmatan berjalan dengan baik, sempurna
dan dijamin daripada apa-apa kekurangan, kesilapan, kecuaian,
kehilangan dan kerosakan dari segi bahan dan kemahiran tenaga kerja;
14
8.2.2 bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kos dan perbelanjaan
termasuk caj perkhidmatan, pengangkutan dan lain-lain caj sepanjang
Tempoh Perjanjian;
8.2.3 menghantar Pekerja yang berkelayakan untuk melaksanakan
Perkhidmatan Pembangunan Pembangunan Kod Amalan Pengeluaran
Terbaik (Kod Amalan Akuakultur Baik, GAqP) – (I) Hatceri Ikan Air Tawar
& (II) Hatceri Udang Galah;
8.2.4 melaksanakan Perkhidmatan dalam keadaan sentiasa menjaga dan
memelihara kepentingan Kerajaan dan mengambil langkah-langkah yang
perlu untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan kemudahan yang
disediakan oleh Kerajaan (jika ada) kepada pihak Kontraktor;
8.2.5 bertanggungjawab untuk membangunkan draf awal yang melibatkan
penyusunan dan kajian mengenai data yang ada, kajian literatur, standard
dan pembangunan draf awal dengan persetujuan bertulis dari Kerajaan;
8.2.6 melaksanakan perbincangan draf awal dan pemuktamadan draf untuk
komen awam dan rundingan pihak berkepentingan dengan persetujuan
bertulis dari Kerajaan;
8.2.7 menyediakan platform komen awam dan rundingan dengan pihak
berkepentingan dan memaklumkan kepada pihak Kerajaan dengan
segera secara bertulis sekiranya ada perkara-perkara yang memberi
kesan kepada Perkhidmatan. Pemberitahuan tersebut tidak boleh
ditafsirkan sebagai pelepasan tanggungjawab pihak Kontraktor di bawah
perjanjian ini;
8.2.8 menyelesaikan dan menyerahkan dokumen standard Piawaian untuk
kelulusan dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan
berkaitan dengan Perkhidmatan dari semasa ke semasa; dan
15
8.2.9 menyedia dan memastikan Standard Operasi Prosedur (SOP) dan
arahan-arahan lain yang dikeluarkan oleh Kerajaan berhubung
Pencegahan Covid-19 dipatuhi sepanjang tempoh Perkhidmatan berjalan.
8.3 Berhubung pekerja Kontraktor, Kontraktor hendaklah -
8.3.1 memastikan Undang-Undang Buruh melibatkan pekerjanya dipatuhi
khasnya Akta Kerja 1955 [Akta 265], Akta Pampasan Pekerja 1952 [Akta
273], Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4], Akta (Sekatan)
Kerja 1968 [Akta 353], Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991
[Akta 452], Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177], Peraturan-
peraturan Keselamatan Dalam Negeri (Pendaftaran Pekerja) 1960
(L.N.197/60) dan lain-lain Akta, Ordinan, Enakmen atau peraturan
berkenaan;
8.3.2 membayar caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
atau Kumpulan Wang Keselamatan Pekerja (SOCSO) mengikut mana
yang berkenaan dan menginsuranskan setiap pekerja yang bertugas
terhadap apa-apa kemalangan atau kecederaan yang dialami semasa
menjalankan Perkhidmatan tersebut;
8.3.3 mematuhi semua undang-undang dan polisi semasa yang melibatkan
pengambilan pekerja. Kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya
ke atas semua pekerja yang terlibat dalam Perkhidmatan tersebut dan
Kerajaan tidak boleh dihubungkaitkan atau dipertanggungjawabkan ke
atas apa-apa juga pertikaian di antara Kontraktor dengan pekerja
sepanjang Tempoh Perjanjian ini; dan
8.3.4 terus bertanggungan secara sendiri dan peribadi terhadap semua
tindakan pekerja-pekerjanya atau mana-mana orang yang bertindak bagi
pihaknya.
16
FASAL 9
TANGGUNGJAWAB KERAJAAN
9.1 Kerajaan hendaklah -
9.1.1 berhak pada setiap masa yang sesuai untuk membuat pemeriksaan
terhadap Perkhidmatan dengan memberikan tujuh (7) hari notis kepada
Kontraktor;
9.1.2 memeriksa setiap rekod berkaitan dengan Perkhidmatan agar sentiasa
dikemaskini oleh Kontraktor;
9.1.3 memaklumkan kepada Kontraktor kakitangan Kerajaan yang dipilih
untuk memeriksa, menyelaras dan memantau Perkhidmatan tersebut;
9.1.4 berhak melalui notis bertulis, meminta Kontraktor membuat apa-apa
perubahan yang difikirkan perlu bagi menepati Spesifikasi Teknikal
seperti di Lampiran 2.
FASAL 10
DENDA LEWAT
10.1 Kontraktor hendaklah dikenakan bayaran denda lewat/ Liquidated &
Ascertained Damages (LAD) jika gagal memenuhi Spesifikasi Teknikal / Skop
Perkhidmatan seperti di Lampiran 2 menurut tempoh yang ditetapkan dalam Jadual
Pelan Pelaksanaan Projek seperti di Lampiran 3 mengikut formula seperti yang berikut:
(BLR + 1%) x (Nilai Perjanjian / 365) x (Bilangan Hari Lewat)
10.2 Denda lewat yang dikenakan sebagai pampasan kepada Kerajaan hendaklah
dikira bagi setiap hari kelewatan tersebut dan berterusan sehingga Perkhidmatan
diperakukan siap sepenuhnya oleh Pegawai Penguasa atau sehingga Perjanjian ini
ditamatkan.
17
10.3 Kerajaan berhak untuk memotong mana-mana pembayaran yang akan dibuat oleh
Kerajaan kepada Kontraktor bagi maksud bayaran denda lewat.
FASAL 11
PENAMATAN OLEH KERAJAAN
11.1 Penamatan kerana Perjanjian
11.1.1 Sekiranya Kontraktor tanpa sebab yang munasabah -
(a) gagal untuk memulakan, menyediakan, melaksanakan atau
menyiapkan Perkhidmatan atau melanggar semua atau mana-
mana terma dan syarat Perjanjian ini;
(b) menggantung semua atau mana-mana bahagian pelaksanaan
Perkhidmatan dalam tempoh empat belas (14) hari berturut-turut
atau gagal meneruskan pelaksanaan tanggungjawabnya secara
lazim dan tekun di bawah Perjanjian ini;
(c) gagal melaksanakan dan / atau menyiapkan Perkhidmatan
menurut kehendak Perjanjian ini atau telah secara berterusan cuai
menjalankan tanggungjawab di bawah Perjanjian ini; atau
(d) Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa
Kontraktor atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau
bertindak bagi Pihaknya, sama ada dengan atau di luar
pengetahuan Kontraktor melakukan perbuatan yang menyalahi
undang-undang berhubung dengan perolehan atau pelaksanaan
Perjanjian ini atau mana-mana perjanjian lain dengan Kerajaan.
maka Kerajaan berhak untuk memberikan notis secara bertulis kepada
Kontraktor (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Notis Kemungkiran”)
dengan menyatakan kemungkiran yang berlaku dan menghendaki
Kontraktor untuk meremedikan kemungkiran tersebut dalam tempoh tiga
18
puluh (30) hari selepas penerimaan Notis Kemungkiran (kemudian
daripada ini dirujuk sebagai “Tempoh Remedi”).
11.1.2 Sekiranya Kontraktor masih gagal membuat sebarang remedi ke atas
keingkaran dalam Tempoh Remedi yang diberikan atau mana-mana
tempoh lain yang boleh ditetapkan oleh Kerajaan, maka Kerajaan berhak
untuk menamatkan Perjanjian ini dengan serta-merta dengan
memberikan notis bertulis kepada Kontraktor (kemudian daripada ini
dirujuk sebagai “Notis Penamatan”).
11.2 Penamatan Am
11.2.1 Sekiranya Kontraktor –
(a) meluluskan sesuatu ketetapan, atau mahkamah membuat suatu
perintah bahawa Kontraktor itu digulung (yang bukannya suatu
penggulungan bagi maksud penyusunan atau penyatuan);
(b) menerima suatu perintah bahawa seorang penerima atau pengurus
dilantik bagi pihak Kontraktor; atau
(c) menjadi bankrap atau memberhentikan perniagaannya.
maka Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian ini dengan serta-merta.
11.3 Kesan-kesan Penamatan oleh Kerajaan
11.3.1 Dalam keadaan di mana Perjanjian ini ditamatkan di bawah Fasal 11.1
dan 11.2
(a) semua kuasa, obligasi dan hak yang diberikan kepada Kontraktor
dan wujud di bawah Perjanjian ini hendaklah tamat dengan serta-
merta;
19
(b) Kerajaan –
i. mempunyai hak untuk mengarahkan Kontraktor
memberhentikan pelaksanaan Perkhidmatan serta melantik
pihak ketiga atau mendapatkan punca-punca lain untuk
meneruskan dan menyiapkan Perkhidmatan tersebut.
Sekiranya kos menyiapkan Perkhidmatan berkenaan adalah
melebihi Nilai Perjanjian, Kontraktor hendaklah
bertanggungan membayar perbezaan antara Nilai Perjanjian
dengan lebihan amaun yang ditanggung oleh Kerajaan bagi
perolehan daripada pihak ketiga atau punca-punca lain sebagai
pampasan kepada Kerajaan;
ii. berhak menuntut daripada Kontraktor ganti rugi, kerugian kos
dan perbelanjaan (termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan
sampingan) yang ditanggung oleh Kerajaan akibat penamatan
Perjanjian ini dengan tidak menjejaskan apa-apa hak lain
Kerajaan di bawah Perjanjian ini; dan
iii. membayar kepada Kontraktor apa-apa bayaran yang
terhutang dan perlu dibayar setakat tarikh notis penamatan
Perjanjian tertakluk kepada apa-apa potongan yang dibenarkan
di bawah Perjanjian ini bagi Perkhidmatan yang telah diberikan
oleh Kontraktor sehingga tarikh Perjanjian ini ditamatkan, dan
(c) Kontraktor hendaklah –
i. dengan serta-merta menghentikan Perkhidmatan di bawah
Perjanjian ini;
ii. atas kos sendiri, mengosongkan dan mengalihkan dari Premis
alat-alat Kontraktor, subkontraktor, pekerja atau ejen yang
tidak diperlukan oleh Kerajaan dalam tempoh tiga puluh (30)
20
hari dari tarikh Notis Penamatan dan membaiki apa-apa
kerosakan yang diakibatkan daripada pengalihan tersebut;
iii. mengemukakan kepada Kerajaan tuntutan berserta invois dan
dokumen sokongan berhubung dengan jumlah yang terhutang
dan kena dibayar kepada Kontraktor setakat tarikh Notis
Penamatan untuk tujuan kelulusan dan pengesahan daripada
Kerajaan;
iv. menamatkan semua kontrak pihak ketiga yang melibatkan
Kontraktor berhubung dengan Perkhidmatan di bawah
Perjanjian ini; dan
v. menanggung apa-apa kerugian dan kerosakan yang dialami
dan/ atau ditanggung oleh Kerajaan akibat penamatan
Perjanjian ini, dengan syarat bahawa penamatan ini tidak akan
menjejaskan atau memberi kesan kepada hak mana-mana
Pihak yang telah terakru sebelum tarikh Perjanjian ini
ditamatkan dan apa-apa obligasi di bawah Perjanjian
berhubung dengan apa-apa perbuatan tindakan, perkara atau
hal yang berlaku yang wujud sebelum penamatan Perjanjian
dan akan berterusan selepas Perjanjian ditamatkan.
11.3.2 Bagi mengelakkan kekeliruan, Pihak-Pihak bersetuju bahawa Kontraktor
adalah tidak berhak kepada apa-apa bentuk kerugian yang lain termasuk
kerugian daripada keuntungan, kos-kos, ganti rugi atau apa-apa tuntutan
berkaitan dengan penamatan Perjanjian ini.
11.4 Penamatan Kerana Rasuah, Aktiviti Tidak Sah Atau Menyalahi Undang-Undang
11.4.1 Tanpa prejudis terhadap mana-mana hak Kerajaan yang lain, sekiranya
Kontraktor atau mana-mana Pekerja disabitkan bersalah oleh
mahkamah atas kesalahan rasuah atau aktiviti menyalahi undang-undang
berhubung dengan Perjanjian ini atau mana-mana perjanjian yang telah
dimasuki antara Kontraktor dan Kerajaan, maka Kerajaan berhak untuk
21
menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa, dengan memberi notis
bertulis dengan kadar segera berkaitan perkara itu kepada Kontraktor.
11.4.2 Sekiranya Perjanjian ini ditamatkan kerana Fasal 11.4.1, Kerajaan berhak
kepada semua kerugian kos-kos, ganti rugi dan perbelanjaan yang
berkaitan (termasuk apa-apa perbelanjaan dan kos tidak sengaja) yang
perlu ditanggung oleh Kerajaan akibat penamatan tersebut.
11.5 Penamatan Demi Kepentingan Negara
11.5.1 Tanpa menyentuh mana-mana peruntukan di bawah Perjanjian ini,
Kerajaan bolehlah menamatkan Perjanjian ini dengan memberi tiga puluh
(30) hari notis tanpa memberikan sebab-sebab sekiranya berpendapat
bahawa penamatan perlu dibuat demi kepentingan negara, kepentingan
keselamatan negara atau bagi tujuan mematuhi dasar Kerajaan Malaysia
atau dasar awam.
11.5.2 Sekiranya Perjanjian ini ditamatkan kerana Fasal 11.5.1, kesan
penamatan Perjanjian di Fasal 11.3.1 (a), Fasal (b) (iii) dan Fasal (c) (i),
(ii), (iii) dan (iv) dan Fasal 11.3.2 adalah terpakai.
11.5.3 Bagi tujuan fasal ini, maksud “kepentingan negara”, “demi keselamatan
negara” atau bagi tujuan mematuhi “dasar Kerajaan Malaysia” atau “dasar
awam” hendaklah ditentukan oleh Kerajaan dan penentuan tersebut
hendaklah muktamad dan tidak boleh dicabar.
FASAL 12
PENAMATAN OLEH KONTRAKTOR
12.1 Sekiranya Kerajaan tanpa apa-apa sebab yang munasabah gagal menjalankan
atau memenuhi obligasinya seperti yang dipersetujui di dalam Perjanjian ini, Kontraktor
hendaklah memberi notis bertulis kepada Kerajaan dengan menyatakan butiran
mengenai kemungkiran itu dan meminta Kerajaan untuk meremedikan kemungkiran itu
dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh pemerimaan notis itu atau suatu
22
tempoh lain yang dipersetujui oleh Pihak-Pihak. Sekiranya Kerajaan gagal untuk
meremedikan kemungkiran itu dalam tempoh tiga puluh (30) hari atau mana-mana
tempoh lain yang ditetapkan oleh Kontraktor, Kontraktor berhak menamatkan
Perjanjian ini pada bila-bila masa selepas itu dengan memberi notis untuk tujuan itu.
12.2 Kesan penamatan oleh Kontraktor
12.2.1 Sekiranya Perjanjian ini ditamatkan oleh Kontraktor menurut Fasal 12.1-
(a) segala kuasa dan hak yang diberikan dan obligasi dalam Perjanjian
ini hendaklah tamat dengan serta-merta;
(b) Kontraktor hendaklah –
i. menghentikan Perkhidmatan dengan serta-merta; dan
ii. mengemukakan kepada Kerajaan suatu laporan terperinci
berkenaan kos dan apa-apa pembayaran yang kena dibayar
dan terhutang daripada Kerajaan sebelum penamatan bagi
tujuan pengesahan dan kelulusan Kerajaan, dan
(c) Kerajaan -
i. berhak untuk menuntut daripada Kontraktor apa-apa ganti
rugi, kerugian kos dan perbelanjaan (termasuk apa-apa kos
dan perbelanjaan sampingan) yang ditanggung oleh Kerajaan
akibat penamatan Perjanjian ini; dan
ii. hendaklah membayar kepada Kontraktor apa-apa bayaran
yang tertunggak di bawah Perjanjian ini setakat tarikh
penamatan Perjanjian ini.
12.2.2 Walau apapun Fasal 12.2.1, penamatan oleh Kontraktor tidak akan
menjejaskan atau memprejudiskan hak mana-mana Pihak yang telah
terakru sebelum tarikh penamatan Perjanjian ini dan apa-apa obligasi di
23
bawah Perjanjian berhubung dengan apa-apa perbuatan, tindakan, perkara
atau hal yang berlaku yang wujud sebelum penamatan Perjanjian ini dan
berterusan selepas Perjanjian ini ditamatkan.
FASAL 13
PENAMATAN DENGAN NOTIS
Mana-mana Pihak boleh, pada bila-bila masa sepanjang tempoh Perjanjian ini
menamatkan Perjanjian ini dengan syarat sekurang-kurangnya tiga (3) bulan notis
secara bertulis kepada Pihak yang satu lagi dan kesan penamatan Perjanjian di Fasal
12.3.1 (a), Fasal (b) (iii) dan Fasal (c) (i), (ii), (iii) dan (iv) dan Fasal 12.3.2 adalah
terpakai.
FASAL 14
JAWATANKUASA PENYELESAIAN PERTIKAIAN
14.1 Apa-apa pertikaian atau percanggahan yang berlaku di antara Kerajaan dengan
Kontraktor mengenai pentafsiran, pengertian atau penguatkuasaan Perjanjian ini, atau
hak dan tanggungjawab Pihak-Pihak di bawah Perjanjian ini, atau apa-apa perkara
mengenai Perjanjian ini atau yang berhubung dengannya, sama ada semasa
pelaksanaan Perjanjian ini atau selepas tamat Perjanjian ini, hendaklah diselesaikan
secara damai oleh Pihak-Pihak.
14.2 Sekiranya Pihak-Pihak tidak dapat menyelesaikan pertikaian tersebut, mana-
mana Pihak boleh merujuk pertikaian kepada suatu Jawatankuasa Penyelesaian
Pertikaian yang terdiri daripada:
i. Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia yang bertindak sebagai
Pengerusi;
ii. dua (2) orang wakil yang dilantik oleh Kerajaan; dan
iii. dua (2) orang wakil yang dilantik oleh Kontraktor.
24
14.3 Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian ini boleh melantik mana-mana pakar
bebas yang diakui mempunyai kepakaran dalam hal yang menjadi isu pertikaian untuk
menasihatinya dalam perkara-perkara yang memerlukan kepakaran pakar bebas
tersebut. Apa-apa kos atau perbelanjaan yang dikenakan oleh pakar bebas tersebut
hendaklah dijelaskan secara sama rata oleh Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini. Pakar
bebas tersebut hendaklah mempunyai kelayakan dan pengalaman sebagai seorang
yang berpengetahuan dalam piawaian dan amalan dalam bidang berkaitan Perjanjian
ini.
14.4 Setiap ahli dalam Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian, termasuk Pengerusi
hendaklah mempunyai satu (1) undi sahaja dan Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian
tersebut bolehlah membentuk dan merangka sendiri kaedah-kaedah yang terbaik untuk
menyelesaikan apa-apa pertikaian yang dirujuk kepadanya.
14.5Keputusan Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian ini hendaklah dibuat
berdasarkan kepada undian majoriti mudah dan apa-apa keputusan yang dibuat oleh
Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian ini hendaklah mengikat Pihak-Pihak dalam
Perjanjian ini.
14.6 Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian ini adalah
muktamad dan tidak boleh dipertikai.
FASAL 15
TIMBANG TARA
15.1 Jika berlaku apa-apa hal, perkara, pertikaian atau tuntutan yang timbul daripada
atau berkenaan dengan Perjanjian ini atau pelanggaran atau penamatan Perjanjian ini
yang tidak dapat diselesaikan secara baik dan aman oleh Pihak-Pihak yang terlibat,
maka hal, perkara, pertikaian atau tuntutan itu hendaklah dirujuk kepada penimbang
tara yang hendaklah dipersetujui oleh Pihak-Pihak.
15.2 Sekiranya tidak ada persetujuan berhubung dengan pelantikan penimbang tara,
penimbang tara hendaklah ditentukan oleh Pengarah Pusat Timbang Tara
Antarabangsa Asia (Malaysia). Apa-apa rujukan kepada penimbang tara hendaklah
25
dianggap sebagai suatu rujukan kepada timbang tara menurut cara yang diperuntukkan
oleh Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646]. Keputusan yang diberikan oleh penimbang
tara adalah muktamad dan mengikat Pihak-Pihak.
15.3 Setiap prosiding timbang tara hendaklah dijalankan di bawah Peraturan-
Peraturan yang diterima pakai di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia)
yang bertempat di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) dengan
menggunakan kemudahan dan kelengkapan yang tersedia di pusat tersebut atau mana-
mana tempat yang akan ditentukan oleh penimbang tara dan dipersetujui oleh Pihak-
Pihak.
15.4 Apa-apa rujukan mengenai apa-apa hal, perkara, pertikaian atau tuntutan
kepada penimbang tara di bawah fasal ini dan prosiding timbang tara akibat
daripadanya hendaklah tidak menyentuh apa-apa tuntutan oleh mana-mana Pihak
kepada Pihak yang satu lagi mengenai apa-apa pelanggaran terdahulu terhadap mana-
mana persetujuan, terma atau syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini dan
hendaklah tidak akan sama sekali bertindak sebagai penepian obligasi Pihak-Pihak
dalam menjalankan obligasi masing-masing di bawah Perjanjian ini.
FASAL 16
KEJADIAN FORCE MAJEURE
Kerajaan atau Kontraktor hendaklah tidak melanggar obligasi masing-masing di
bawah Perjanjian ini jika ia tidak dapat melaksanakan atau memenuhi mana-mana
obligasinya di bawah Perjanjian ini (atau mana-mana bahagian daripadanya) akibat
daripada berlakunya kejadian Force Majeure. Kejadian “Force Majeure” hendaklah
bermaksud suatu peristiwa bukan di bawah kawalan Pihak yang terjejas, yang Pihak itu
tidak dapat mencegah, mengelak atau menghindari, dan hendaklah bermaksud—
16.1 peperangan (sama ada diisytiharkan atau tidak), permusuhan, serangan,
tindakan musuh asing, pemberontakan, revolusi, penderhakaan, kuasa tentera atau
rampasan kuasa, perang saudara, atau tindakan keganasan;
26
16.2 radiasi pengionan atau pencemaran radioaktif daripada apa-apa bahan
buangan nuklear, daripada pembakaran bahan api nuklear, bahan letupan toksik
radioaktif, atau sifat-sifat berbahaya yang lain daripada mana-mana bahan letupan,
pemasangan nuklear atau komponen nuklear daripadanya;
16.3 tekanan gelombang yang disebabkan oleh kapal terbang atau alat peranti
aerial lain yang bergerak dalam kelajuan sonik atau supersonik;
16.4 bencana alam termasuk tetapi tidak terhad kepada gempa bumi, banjir,
penenggelaman, dan pembakaran spontan bawah tanah atau mana-mana operasi
kuasa alam semula jadi, kilat dan cuaca yang sangat buruk;
16.5 rusuhan, kekecohan dan gangguan, kerosakan jenayah, sabotaj, mogok,
sekat masuk, kekacauan buruh atau gangguan industri lain (yang menjejaskan
pelaksanaan Perjanjian ini) yang bukan merupakan kesalahan Syarikat atau
kontraktornya, atau Kerajaan, yang menyebabkan, atau boleh dengan munasabahnya
dijangka menyebabkan, mana-mana Pihak gagal untuk mematuhi obligasinya;
16.6 pandemik atau epidemik; atau
16.7 apa-apa peristiwa yang tidak dapat diramalkan yang memenuhi kriteria
sebagaimana yang dinyatakan di bawah:
16.8 di luar kawalan munasabah Pihak yang terjejas oleh peristiwa itu, keadaan
atau gabungan peristiwa atau keadaan;
16.9 yang tidak dapat diramalkan atau, jika dapat diramalkan, tidak boleh dihalang
atau dielak atau diatasi oleh Pihak yang terjejas yang telah mengambil segala usaha
yang wajar dan cermat;
16.10 yang secara langsung menyebabkan Pihak yang terjejas tidak berupaya untuk
mematuhi semua atau suatu bahagian material obligasinya di bawah Perjanjian ini; dan
16.11 yang bukan akibat langsung pelanggaran oleh Pihak yang terjejas obligasinya
di bawah Perjanjian ini,
27
DENGAN SYARAT BAHAWA kejadian Force Majeure hendaklah tidak termasuk
kemerosotan ekonomi, ketiadaan atau kekurangan dana atau kekurangan pembiayaan
di pihak Syarikat untuk melaksanakan obligasinya di bawah Perjanjian ini.”.
FASAL 17
SUB KONTRAK
17.1 Kontraktor tidak boleh memberi subkontrak Perjanjian ini atau apa-apa
bahagiannya kepada mana-mana pihak lain tanpa terlebih dahulu mendapat
persetujuan bertulis daripada Kerajaan.
17.2 Jika Perjanjian ini atau mana-mana bahagian daripadanya diberi subkontrak
dengan kebenaran bertulis oleh Kerajaan di bawah fasal ini, Kontraktor hendaklah
bertanggungjawab secara berterusan dan secara sendiri dan peribadi bagi memastikan
subkontraktor yang diberi subkontrak itu mematuhi terma dan syarat dalam Perjanjian
ini.
17.3 Sebarang isu yang timbul antara Kontraktor dan sub kontraktor mengenai
Perjanjian ini atau hal-hal lain adalah di luar tanggungjawab Kerajaan.
FASAL 18
SERAH HAK
Kontraktor tidak boleh menyerah hak atau memindah milik kesemua atau mana-mana
bahagian Perjanjian ini atau memindah milik, menggadai atau mempertanggungkan
apa-apa juga wang yang kena dibayar atau yang telah genap masanya untuk dibayar
di bawah Perjanjian ini dan apa-apa faedah yang terlibat atau yang mungkin terbit
daripada Perjanjian ini tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada
Kerajaan.
28
FASAL 19
INDEMNITI DAN TANGGUNG RUGI
19.1 Kontraktor hendaklah melaksanakan Perjanjian ini atas risikonya sendiri dan
menanggung rugi Kerajaan daripada apa-apa tuntutan atau tanggungan yang
berbangkit dari apa-apa kecederaan, kemalangan atau kematian yang berlaku semasa
pelaksanaan Perjanjian ini dan Kerajaan adalah tidak bertanggungjawab berkaitan
dengan kemalangan, kecederaan atau kematian yang berlaku.
19.2 Kontraktor hendaklah menanggung rugi Kerajaan daripada atau terhadap
segala tindakan, tuntutan, tanggungan, prosiding, kerugian, kerosakan, ganti rugi,
pampasan, atau kos Kerajaan yang disebabkan -
19.2.1 tinggalan, kecuaian atau penyalahgunaan Kontraktor atau wakil, pekerja
atau ejen yang dilantik oleh Kontraktor;
19.2.2 apa-apa kerugian atau kerosakan pada harta atau dalam sebarang
bentuk yang berlaku disebabkan pelaksanaan Perjanjian ini oleh
Kontraktor dan bukan disebabkan oleh tindakan kecuaian, pelanggaran
atau tinggalan oleh Kerajaan, pekerja atau ejen yang dilantik oleh
Kerajaan;
19.2.3 apa-apa kerugian, kerosakan atau kecederaan pada harta mana-mana
orang atau mana-mana orang disebabkan pelaksanaan Perjanjian ini
yang berbangkit akibat tinggalan, kecuaian atau pelanggaran oleh
Kontraktor, wakilnya, pekerja, atau ejen yang dilantik oleh Kontraktor;
dan / atau
19.2.4 apa-apa tuntutan berkenaan pelanggaran paten, hak cipta atau hak harta
intelek yang digunakan atau dijual berkaitan dengan mana-mana
bahagian Spesifikasi Teknikal / Skop Perkhidmatan seperti di Lampiran
2.
29
19.3 Fasal ini hendaklah terus berkuat kuasa walaupun Tempoh Perjanjian ini tamat
atau ditamatkan selaras dengan peruntukan Perjanjian ini bagi perbuatan, perkara atau
tindakan yang berlaku sebelum penamatan Perjanjian.
FASAL 20
IKLAN
Tiada iklan mengenai Perjanjian ini boleh disiarkan di dalam mana-mana akhbar,
majalah atau apa-apa alat media yang lain melainkan jika pengiklanan itu terlebih
dahulu memperoleh kelulusan bertulis daripada Kerajaan.
FASAL 21
KOS DAN DUTI SETEM
Apa-apa duti setem dan kos yang harus dibayar berkenaan Perjanjian ini hendaklah
ditanggung sepenuhnya oleh Kontraktor.
FASAL 22
UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI KEPADA PERJANJIAN
22.1 Perjanjian ini hendaklah ditadbir dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang
Malaysia dan Pihak-Pihak bersetuju untuk tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah-
mahkamah di Malaysia.
22.2 Pihak-Pihak bersetuju untuk mematuhi segala peruntukan undang-undang yang
berkuat kuasa, arahan, perintah, kehendak dan pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak
berkuasa yang kompeten untuk berbuat demikian dari semasa ke semasa termasuk
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan di
bawah mana-mana peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.
22.3 Kerajaan berhak menolak Perkhidmatan tersebut yang tidak mematuhi undang-
undang atau peraturan-peraturan yang berkuat kuasa di Malaysia mengenai
Perkhidmatan tersebut.
30
FASAL 23
PENEPIAN HAK
23.1 Kerajaan pada bila-bila masa boleh mengecualikan mana-mana terma atau
syarat yang wajib dipatuhi oleh Kontraktor yang terkandung dalam Perjanjian ini.
23.2 Kegagalan Kerajaan dan/atau Kontraktor untuk menjalankan penguatkuasaan
mana-mana hak, remedi atau peruntukan di bawah Perjanjian ini pada bila-bila masa
tidak akan terjumlah kepada suatu pengetepian hak melainkan jika ia telah dibuat
secara bertulis terlebih dahulu dan ditandatangani oleh Kerajaan atau Kontraktor atau
seseorang yang diberi kuasa secara nyata oleh Kerajaan atau Kontraktor untuk tujuan
tersebut.
FASAL 24
KERAHSIAAN
24.1 Kontraktor dilarang daripada menzahirkan kepada mana-mana orang atau
mana-mana pihak apa-apa maklumat yang ditemuinya atau yang dizahirkan kepadanya
bagi maksud perlaksanaan Perjanjian ini di antara Pihak-Pihak.
24.2 Fasal ini hendaklah terus berkuat kuasa walaupun Tempoh Perjanjian ini tamat
atau ditamatkan selaras dengan peruntukan Perjanjian ini.
FASAL 25
NOTIS
25.1 Apa-apa notis, persetujuan, kebenaran atau permintaan yang perlu diberi atau
dibuat di bawah Perjanjian ini hendaklah secara bertulis dalam Bahasa Melayu. Notis,
persetujuan, kebenaran atau permintaan itu hendaklah disifatkan sebagai telah diberi
atau dibuat apabila ia telah disampaikan dengan tangan, pos atau faks kepada Pihak
yang satu lagi kepada alamat yang ditetapkan seperti yang dinyatakan di bawah -
31
(i) Bagi pihak Kerajaan:
Pengarah Kanan
Bahagian Bahagian Biosekuriti Perikanan
Jabatan Perikanan Malaysia,
Aras 3, Podium 2, Menara Blok 4G2,
Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62628 PUTRAJAYA.
No. Telefon: 03 - 8870 4606
(ii) Bagi pihak Kontraktor:
Ketua Pegawai Eksekutif
SIRIM STS SDN. BHD.
No.1, Persiaran Dato’ Menteri,
Section 2, P.O Box 7035,
40911 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No. Telefon: 03-5544 6301
Email : sazali@sirim.my
25.2 Apa-apa notis yang tersebut di atas hendaklah –
(a) sekiranya diserah secara kendiri, dianggap telah diserahkan pada masa
penyerahan tersebut; atau
(b) sekiranya melalui pos berdaftar prabayar atau pos biasa dianggap telah
diterima pada hari perniagaan yang kelima setelah notis diposkan; atau
(c) sekiranya melalui e-mel, telegram atau telex atau faks dianggap telah
diterima pada hari perniagaan sebaik sahaja notis dihantar dan sekiranya
melalui telex atau faks, tertakluk kepada nota pengesahan penerimaan.
32
FASAL 26
MASA
Masa hendaklah menjadi inti pati Perjanjian ini.
FASAL 27
IKATAN PERJANJIAN
Perjanjian ini hendaklah mengikat ejen-ejen, wasi-wasi, pentadbir-pentadbir, pengganti-
pengganti dan penerima pindah milik Kontraktor.
FASAL 28
KONTRAKTOR BEBAS
Tiada peruntukan dalam Perjanjian ini boleh ditafsirkan sebagai mewujudkan atau
membentuk hubungan majikan dan pekerja atau prinsipal dan ejen antara Kerajaan dan
Kontraktor.
FASAL 29
KEBOLEHASINGAN
29.1 Sekiranya mana-mana fasal, peruntukan atau bahagian dalam Perjanjian ini
didapati batal, tidak sah atau tidak boleh dikuat kuasakan di bawah mana-mana undang-
undang bertulis semasa atau akan datang, maka fasal, peruntukan atau bahagian
tersebut akan dibolehasingkan sepenuhnya.
29.2 Sekiranya perkara yang dinyatakan di Fasal 28.1 berlaku, Perjanjian ini
hendaklah ditafsirkan dan dilaksanakan seolah-olah fasal atau peruntukan atau
bahagian dalam Perjanjian ini yang tidak sah, batal atau tidak boleh dilaksanakan
tersebut tidak pernah membentuk sebahagian daripada Perjanjian ini. Selanjutnya fasal
atau peruntukan atau bahagian yang lain akan kekal dengan sepenuh kesan dan
peranannya tidak akan terjejas oleh fasal atau peruntukan atau bahagian dalam
Perjanjian ini yang didapati tidak sah, batal atau tidak boleh dilaksanakan tersebut
setelah pengasingannya daripada Perjanjian ini.
33
FASAL 30
PENOLAKAN
30.1 Tanpa menyentuh remedi lain Kerajaan menurut Perjanjian ini, Kerajaan boleh
memotong apa-apa wang yang perlu dibayar kepada Kontraktor mengikut peruntukan
dalam Perjanjian ini daripada keseluruhan atau mana-mana bahagian pembayaran
yang akan atau telah dibayar oleh Kerajaan. Jika wang yang Kontraktor terhutang
kepada Kerajaan itu tidak mencukupi bagi menampung tuntutan Kerajaan, Kerajaan
boleh menuntut baki wang itu daripada Kontraktor dan Kontraktor hendaklah
membuat pembayaran dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat tuntutan
itu. Sekiranya Kontraktor gagal membuat pembayaran selepas tamat tempoh tersebut
atau apa-apa tempoh lain yang telah diberi oleh Kerajaan, maka Kerajaan boleh
mengambil tindakan undang-undang pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih
dahulu kepada Kontraktor.
30.2 Sekiranya Kontraktor gagal atau enggan membayar suatu amaun penalti, ganti
rugi, pampasan atau tuntutan-tuntutan lain yang dikenakan terhadap Kontraktor
menurut Perjanjian ini, maka Kerajaan sentiasa berhak memotong apa-apa wang yang
perlu dibayar kepada Kontraktor oleh Kerajaan di bawah Perjanjian ini. Sekiranya
wang yang perlu dibayar oleh Kerajaan kepada Kontraktor tidak mencukupi bagi
menampung tuntutan Kerajaan, Kerajaan berhak menuntut baki tersebut terus
daripada Kontraktor dan Kontraktor hendaklah membuat pembayaran dalam tempoh
empat belas (14) hari selepas menerima tuntutan itu. Sekiranya Kontraktor gagal
membuat pembayaran tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, Kerajaan berhak
menuntut jumlah yang sama daripada Kontraktor melalui mana-mana perjanjian lain
yang ditandatangani oleh Kontraktor dengan Kerajaan atau mengambil tindakan
undang-undang ke atas Kontraktor.
30.3 Fasal ini hendaklah terus berkuat kuasa walaupun Tempoh Perjanjian ini tamat
atau ditamatkan selaras dengan peruntukan Perjanjian ini.
34
FASAL 31
KESELURUHAN PERJANJIAN
Perjanjian ini merupakan persetujuan secara keseluruhan antara Pihak-Pihak
berkenaan dengan perkara yang diperuntukkan di dalamnya dan mengatasi mana-
mana persetujuan atau persefahaman terdahulu antara Pihak-Pihak berhubung perkara
tersebut.
FASAL 32
JADUAL, LAMPIRAN DAN DOKUMEN YANG BERKAITAN
32.1 Jadual dan lampiran yang dilampirkan dalam Perjanjian ini hendaklah dibaca
bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini.
32.2 Dalam keadaan di mana terdapat percanggahan di antara jadual dan lampiran
dengan Perjanjian ini, maka terma dan syarat Perjanjian ini hendaklah mengatasi.
FASAL 33
PINDAAN
Apa-apa pindaan, tambahan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat
secara bertulis, disahkan dan dipersetujui oleh Pihak-Pihak dan pindaan tambahan atau
perubahan tersebut hendaklah dibuat melalui suatu perjanjian tambahan dan menjadi
sebahagian daripada Perjanjian ini.
FASAL 34
PERUBAHAN KADAR DUTI DAN CUKAI
34.1 Jika dalam Tempoh Perjanjian ini terdapat sebarang perubahan pada mana-
mana kadar duti kastam, cukai tokok, eksais dan cukai-cukai lain yang berkenaan bagi
Perkhidmatan tersebut mengikut undang-undang semasa yang sedang
dikuatkuasakan, Kerajaan atau Kontraktor boleh memohon bagi menyemak semula
kadar Nilai Perjanjian tersebut.
35
34.2 Sebarang perubahan kadar seperti di Fasal 34.1 hendaklah atas dasar
persetujuan bersama Pihak-Pihak secara bertulis.
34.3 Tiada tambahan atau pengurangan pada harga Perkhidmatan tersebut akan
dibuat terhadap Perkhidmatan tersebut yang telahpun dipesan dan dihantar sebelum
tarikh permohonan tersebut diluluskan oleh Kerajaan untuk penyelarasan dalam Nilai
Perjanjian.
FASAL 35
KESELAMATAN DAN KAWALAN DATA
35.1 Kontraktor hendaklah bertanggungjawab ke atas kerahsiaan, keselamatan,
kemusnahan, kerosakan dan/atau kehilangan mana-mana dokumen, fail dan maklumat
yang berkaitan dengan Perjanjian ini. Kontraktor juga hendaklah memastikan usaha-
usaha yang sewajarnya telah diambil supaya mana-mana dokumen, fail dan maklumat
yang dibekalkan oleh Kerajaan sepanjang Perjanjian ini tidak disalurkan kepada pihak
ketiga melainkan telah mendapat persetujuan bertulis daripada Kerajaan.
35.2 Kontraktor hendaklah bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan,
kemusnahan dan/atau kehilangan kepada harta Kerajaan seperti mana yang
dinyatakan di subklausa 35.1 di atas termasuk sumber-sumber dokumen dan/atau
maklumat yang berkaitan dengan Perjanjian ini yang disebabkan oleh kecuaian
Kontraktor atau ejen-ejennya. Suatu penalti yang akan ditentukan oleh Kerajaan akan
dikenakan kepada Kontraktor bagi apa-apa kerosakan, kemusnahan dan/atau
kehilangan ke atas setiap sumber dokumen, fail dan/atau maklumat yang berkaitan.
35.3 Mana-mana data, dokumen, fail dan maklumat yang berkaitan dengan Perjanjian
ini yang dibekalkan oleh Kerajaan sepanjang Perjanjian ini adalah hakmilik Kerajaan
sepenuhnya, termasuk apa-apa terbitan (derivative) daripada data, dokumen, fail dan
maklumat tersebut. Kontraktor tidak dibenarkan membuat salinan mana-mana data,
dokumen, fail dan maklumat yang berkaitan dengan Perjanjian tanpa kebenaran bertulis
Kerajaan.
[RUANGAN SELEPAS INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG]
36
PADA MENYAKSIKAN PERKARA YANG TERSEBUT DI ATAS, Pihak-Pihak kepada
Perjanjian ini menurunkan tandatangan bagi Pihak masing-masing pada hari dan tahun
yang dinyatakan di atas.
Ditandatangani untuk
dan bagi pihak Kerajaan:
Nama:
Jawatan:
No. Kad Pengenalan
)
)
)
………………………………..
YEO MOI EIM
PENGARAH KANAN
BAHAGIAN BIOSEKURITI PERIKANAN
660507-01-5994
Di saksikan oleh:
Nama:
Jawatan:
No. Kad Pengenalan
)
)
)
.………………………………..
ROSLAN BIN ABU HASAN
KETUA CAWANGAN STANDARD DAN
PERKHIDMATAN MAKMAL
BAHAGIAN BIOSEKURITI PERIKANAN
750916-02-6669
Untuk dan bagi pihak
Kontraktor:
Nama:
Jawatan:
No. Kad Pengenalan
)
)
)
.………………………………..
DATO` DR. AHMAD SABIRIN BIN
ARSHAD
PENGARAH
SIRIM STS SDN. BHD.
720225-11-5147
Di hadapan:
Nama:
Jawatan:
No. Kad Pengenalan
)
)
)
.………………………………..
SALMAH MOHD NORDIN
KETUA SEKSYEN PEMBANGUNAN
DAN PENYELIDIKAN STANDARD
680701-06-5176
37
Lampiran 1
SURAT SETUJU TERIMA
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
Lampiran 2
SPESIFIKASI TEKNIKAL / SKOP PERKHIDMATAN
51
52
Lampiran 3
JADUAL PELAN PELAKSANAAN PROJEK

More Related Content

Featured

How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
ThinkNow
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Kurio // The Social Media Age(ncy)
 

Featured (20)

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPT
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 

KONTRAK PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN STANDARD KOD AMALAN DOF-SIRIM 13062023.docx

  • 1. NO. SEBUTHARGA QT230000000002240 (SH01/2023) PERJANJIAN PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN KOD AMALAN PENGELUARAN TERBAIK (KOD AMALAN AKUAKULTUR BAIK, GAqP) BAGI (I) HATCERI IKAN AIR TAWAR DAN (II) HATCERI UDANG GALAH ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN SIRIM STS SDN. BHD. (No. Pendaftaran: 199701032750 (448249-A))
  • 2. 1 KANDUNGAN FASAL. PERKARA MUKA SURAT 1 DEFINISI DAN INTERPRETASI 4 - 7 2 SKOP PERJANJIAN 7 3 TEMPOH PERJANJIAN DAN PELANJUTAN 7 - 8 4 NILAI PERJANJIAN 8 5 PENGESAHAN PERKHIDMATAN 9 6 BAYARAN PERKHIDMATAN 9 – 11 7 REPRESENTASI DAN WARANTI 11 - 13 8 TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR 13 – 15 9 TANGGUNGJAWAB KERAJAAN 15 10 DENDA LEWAT 16 11 PENAMATAN OLEH KERAJAAN 17 - 21 12 PENAMATAN OLEH KONTRAKTOR 21 - 23 13 PENAMATAN DENGAN NOTIS 23 14 JAWATANKUASA PENYELESAIAN PERTIKAIAN 23 - 24 15 TIMBANG TARA 24 16 KEJADIAN FORCE MAJEURE 25 - 26 17 SUB KONTRAK 27 18 SERAH HAK 27 19 INDEMNITI DAN TANGGUNG RUGI 27 – 28 20 IKLAN 28 21 KOS DAN DUTI SETEM 29 22 UNDANG – UNDANG YANG TERPAKAI KEPADA PERJANJIAN 29 23 PENEPIAN HAK 29 24 KERAHSIAAN 30
  • 3. 2 25 NOTIS 30 - 31 26 MASA 31 27 IKATAN PERJANJIAN 31 - 32 28 KONTRAKTOR BEBAS 32 29 KEBOLEHASINGAN 32 30 PENOLAKAN 32 - 33 31 KESELURUHAN PERJANJIAN 33 32 JADUAL, LAMPIRAN DAN DOKUMEN YANG BERKAITAN 34 33 PINDAAN 34 34 PERUBAHAN KADAR DUTI DAN CUKAI 34 35 KESELAMATAN DAN KAWALAN DATA 35 LAMPIRAN 1 SURAT SETUJU TERIMA LAMPIRAN 2 SPESIFIKASI TEKNIKAL LAMPIRAN 3 JADUAL PELAN PELAKSANAAN PROJEK
  • 4. 3 Perjanjian ini dibuat pada ____ haribulan ______________ 2023 ANTARA KERAJAAN MALAYSIA yang bagi maksud Perjanjian ini diwakili oleh Jabatan Perikanan Malaysia yang beralamat di Wisma Tani, Aras1-6, Blok Menara 4G2, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62628 Putrajaya (kemudian daripada ini disebut “Kerajaan”) di satu pihak; DENGAN SIRIM STS SDN. BHD. (No. Pendaftaran: 199701032750 (448249-A)) sebuah perniagaan yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan mempunyai alamat berdaftarnya di SIRIM Complex, Building 3, No.1, Persiaran Dato’ Menteri, Seksyen 2, P.O Box 7035 Petaling, 40700 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan (kemudian daripada ini disebut sebagai “Kontraktor” di pihak yang satu lagi). (Kerajaan dan Kontraktor boleh dirujuk secara berasingan sebagai “Pihak” atau secara kolektif sebagai “Pihak-Pihak”). BAHAWASANYA A. Kerajaan berhasrat untuk mendapatkan Perkhidmatan Pembangunan Kod Amalan Pengeluaran Terbaik (Kod Amalan Akuakultur Baik, GAqP) – (I) Hatceri Ikan Air Tawar & (II) Hatceri Udang Galah (kemudian daripada ini disebut sebagai “Perkhidmatan” dalam Perjanjian ini). Lanjutan itu, Kontraktor menawarkan kepada Kerajaan untuk melaksanakan dan menyiapkan Perkhidmatan tersebut. B. Kerajaan melalui Surat Setuju Terima (SST) bertarikh 03 April 2023 yang ditandakan sebagai Lampiran 1 telah bersetuju menerima tawaran Kontraktor untuk mendapatkan Perkhidmatan tersebut daripada Kontraktor dan Kontraktor bersetuju bagi membekalkan Perkhidmatan tersebut. C. Kontraktor bersetuju untuk melaksanakan dan menyiapkan Perkhidmatan tersebut tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian ini.
  • 5. 4 MAKA DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI SEPERTI YANG BERIKUT: FASAL 1 DEFINISI DAN INTERPRETASI 1.1 Definisi Dalam Perjanjian ini perkataan-perkataan di bawah ini hendaklah membawa maksud yang berikut: 1.1.1 “Hari Bekerja” bermaksud waktu pejabat Kerajaan, hari Isnin - Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang, tidak termasuk cuti umum dan cuti am bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor; 1.1.2 “Kerajaan” bermaksud Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Jabatan Perikanan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Kerajaan Malaysia secara bertulis untuk mentadbir pelaksanaan Perjanjian ini; 1.1.3 “Kontraktor” bermaksud SIRIM STS SDN. BHD. (No. Pendaftaran: 199701032750 (448249-A)); 1.1.4 “Perjanjian” bermaksud kontrak atau persetujuan bersama yang merujuk kepada Perjanjian ini antara Kerajaan dengan Kontraktor termasuklah semua dan setiap lampiran, jadual, spesifikasi dan dokumen yang disebut dalam Perjanjian ini dan hendaklah menjadi pelengkap satu sama lain; 1.1.5 “Premis” bermaksud bangunan Kerajaan di mana Perkhidmatan tersebut dilaksanakan iaitu di Bahagian Biosekuriti Perikanan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Aras 3, Podium, Blok 4G2, Wisma Tani, Persiaran Perdana,
  • 6. 5 1.2 Interpretasi 1.2.1 Rujukan kepada resital, fasal, jadual dan lampiran hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada resital, fasal, jadual dan lampiran Perjanjian ini, melainkan tafsiran sebaliknya diberikan di dalam Perjanjian ini. 1.2.2 Semua rujukan kepada peruntukan-peruntukan statut turut merangkumi peruntukan-peruntukan yang telah dipinda, diubah atau digubal semula. 1.2.3 Perkataan “undang-undang” bermakna mana-mana undang-undang pada masa sekarang atau masa depan dan mana-mana perlembagaan, dekri, penghakiman, perundangan, perintah, ordinan, statut, perjanjian, arahan, undang-undang kecil, kaedah atau peraturan. 1.2.4 Perkataan yang digunakan untuk orang-orang sebenar turut termasuk mana-mana kumpulan orang, Kontraktor, perbadanan, firma atau perkongsian yang diperbadankan atau tidak diperbadankan dan sebaliknya. 1.2.5 Ungkapan “Perjanjian ini” atau mana-mana ungkapan yang serupa hendaklah termasuk semua tambahan dan pindaan kepadanya sebagaimana yang dilaksanakan dan dikuatkuasakan dari semasa ke semasa. Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62628 Putrajaya; 1.1.6 “Spesifikasi Teknikal” bermaksud penerangan mengenai spesifikasi/ skop perkhidmatan yang perlu dibuat/dilaksana oleh Kontraktor seperti di Lampiran 2; dan 1.1.7 “Wakil Kerajaan” bermaksud kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia atau mana-mana pegawai Kerajaan yang dilantik bagi melaksanakan pemantauan Perkhidmatan.
  • 7. 6 1.2.6 Perkataan yang merujuk kepada sesuatu jantina turut membawa maksud jantina yang sebaliknya. 1.2.7 Perkataan yang membawa maksud bilangan tunggal hendaklah termasuk bilangan jamak dan sebaliknya. 1.2.8 Tajuk-tajuk dan tajuk kecil kepada fasal-fasal dalam Perjanjian ini adalah untuk kemudahan rujukan sahaja dan tidak akan mempengaruhi penafsirannya. 1.2.9 Di mana apa-apa perkataan atau ungkapan ditafsirkan di dalam Perjanjian ini, tafsiran itu hendaklah meliputi semua perubahan tatabahasa dan penyataan-penyataan serupa makna sesuatu perkataan atau penyataan yang telah ditafsirkan. 1.2.10 Bagi maksud mengira apa-apa tempoh masa yang ditetapkan atau apabila sesuatu perbuatan yang dikehendaki dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan atau selepas dari tarikh yang dinyatakan, tempoh itu adalah termasuk dan masa bermula dari tarikh yang dinyatakan sedemikian. 1.2.11 Bila-bila masa muncul apa-apa rujukan kepada masa dalam tempoh yang mana sesuatu perbuatan patut dilakukan atau perjanjian dicapai atau persetujuan diberikan, rujukan itu hendaklah disifatkan sebagai dibaca sebagai termasuk ungkapan “atau apa-apa tempoh lain yang dipersetujui secara bertulis antara Pihak-Pihak dari semasa ke semasa. 1.2.12 Apa-apa terma teknikal yang tidak ditakrifkan secara khusus dalam Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan selaras amalan umum pengamal- pengamal profesion, pekerjaan atau industri yang berkaitan di Malaysia. 1.2.13 Sesuatu rujukan mengenai masa dan tarikh yang berkaitan dengan pelaksanaan mana-mana kewajipan oleh suatu Pihak adalah merujuk kepada masa dan tarikh di Malaysia.
  • 8. 7 1.2.14 Jika pelaksanaan apa-apa perbuatan atau kewajipan jatuh pada hari yang bukan Hari Bekerja, maka perbuatan atau kewajiban itu hendaklah dilaksanakan pada Hari Bekerja yang berikutnya. 1.2.15 Apa-apa rujukan kepada suatu perjanjian, kontrak atau dokumen adalah termasuk apa-apa pindaan atau perubahan kepadanya dari semasa ke semasa dan apa-apa surat cara lain yang ditandatangani sebagai tambahan atau gantian kepadanya. FASAL 2 SKOP PERJANJIAN 2.1 Kerajaan bersetuju untuk melantik Kontraktor untuk melaksanakan Perkhidmatan tersebut dan Kontraktor menerima perlantikan tersebut menurut terma dan syarat yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini. 2.2 Kontraktor hendaklah melaksanakan dan menyiapkan Perkhidmatan tersebut mengikut Spesifikasi Teknikal / Skop Perkhidmatan seperti di Lampiran 2 dan mengikut tempoh masa yang dinyatakan di dalam Jadual Pelan Pelaksanaan Projek seperti di Lampiran 3 dan menurut terma dan syarat yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini. FASAL 3 TEMPOH PERJANJIAN DAN PELANJUTAN 3.1 Tanpa mengira tarikh Perjanjian ini ditandatangani, Perjanjian ini hendaklah disifatkan berkuat kuasa mulai pada 17 April 2023 (selepas ini dirujuk sebagai “Tarikh Mula”) hingga 16 Disember 2023 (selepas ini dirujuk sebagai “Tarikh Tamat") (selepas ini dirujuk sebagai “Tempoh Perjanjian”) melainkan ia dilanjutkan atau ditamatkan lebih awal. 3.2 Pelanjutan Tempoh Perjanjian 3.2.1 Sekiranya Kerajaan membuat keputusan untuk melanjutkan Tempoh Perjanjian, Kerajaan hendaklah memberi notis bertulis mengenainya kepada Kontraktor dalam masa satu (1) bulan sebelum Tarikh Tamat
  • 9. 8 Perjanjian dan Kontraktor hendaklah melanjutkan Tempoh Perjanjian untuk suatu tempoh yang ditentukan oleh Kerajaan menurut syarat-syarat dan terma-terma yang dipersetujui oleh Pihak-Pihak. 3.2.2 Sekiranya Kontraktor berhasrat untuk melanjutkan Tempoh Perjanjian, Kontraktor hendaklah memberi notis bertulis kepada Kerajaan mengenainya dalam masa satu (1) bulan sebelum Tarikh Tamat Perjanjian. Setelah menerima permohonan tersebut, Kerajaan mempunyai hak mutlak dalam menentukan permohonan lanjutan tersebut dan apa-apa lanjutan yang dipersetujui hendaklah tertakluk kepada terma dan syarat yang dipersetujui Pihak-Pihak. 3.2.3 Sekiranya Pihak-Pihak bersetuju untuk melanjutkan Tempoh Perjanjian, pelanjutan tersebut hendaklah dibuat melalui suatu Perjanjian Tambahan yang akan ditandatangani oleh Pihak-Pihak. 3.2.4 Sekiranya Pihak-Pihak gagal mencapai persetujuan mengenai pelanjutan di bawah Fasal 3.2.1 atau Fasal 3.2.2, Perjanjian ini akan dengan sendirinya tamat selepas Tarikh Tamat Perjanjian. FASAL 4 NILAI PERJANJIAN 4.1 Tertakluk kepada pelaksanaan Perkhidmatan oleh Kontraktor menurut terma dan syarat Perjanjian ini, Kerajaan bersetuju membayar kepada Syarikat sebanyak Ringgit Malaysia Sembilan Puluh Tujuh Ribu Tujuh Ratus Lima Puluh Tiga dan Dua Puluh Sen Sahaja (RM97,753.20) (kemudian daripada ini disebut sebagai “Nilai Perjanjian”). 4.2 Sebarang permohonan bagi tujuan kenaikan Nilai Perjanjian oleh Kontraktor tidak dibenarkan, tertakluk kepada Fasal 34.1 Perjanjian ini.
  • 10. 9 FASAL 5 PENGESAHAN PERKHIDMATAN 5.1 Sekiranya Perkhidmatan telah dilaksanakan berdasarkan Jadual Pelan Pelaksanaan Projek seperti di Lampiran 3, Kontraktor boleh memaklumkan kepada Wakil Kerajaan secara bertulis untuk pengesahan Perkhidmatan bersama-sama Laporan Kemajuan Perkhidmatan Pembangunan Kod Amalan Pengeluaran Terbaik (Kod Amalan Akuakultur Baik, GAqP) – (I) Hatceri Ikan Air Tawar & (II) Hatceri Udang Galah. 5.2 Bagi tujuan pengesahan Perkhidmatan, Wakil Kerajaan hendaklah memeriksa dan memastikan pelaksanaan Perkhidmatan yang dimaklumkan oleh Kontraktor menepati Jadual Pelan Pelaksanaan Projek seperti di Lampiran 3. Kontraktor hendaklah hadir bersama Wakil Kerajaan semasa pemeriksaan tersebut sekiranya diarahkan sedemikian. 5.3 Wakil Kerajaan boleh mengarahkan Kontraktor untuk mengemukakan maklumat/ dokumen lanjut atau melaksanakan tindakan lanjut berhubung Perkhidmatan bagi menepati Jadual Pelan Pelaksanaan Projek seperti di Lampiran 3. Segala keputusan Wakil Kerajaan adalah muktamad, konklusif dan tidak boleh dicabar oleh Kontraktor. FASAL 6 BAYARAN PERKHIDMATAN 6.1 Tertakluk kepada terma dan syarat Perjanjian ini, Kerajaan hendaklah membayar kepada Kontraktor sebagai balasan pelaksanaan Perkhidmatan tersebut berdasarkan kepada Jadual Pelan Pelaksanaan Projek seperti di Lampiran 3 (kemudian daripada ini disebut sebagai “Bayaran Perkhidmatan”). 6.2 Bagi tujuan tuntutan Bayaran Perkhidmatan, Kontraktor hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti yang berikut: 6.2.1 dua (2) salinan invois yang telah disahkan oleh Kerajaan;
  • 11. 10 6.2.2 dua (2) Nota Penghantaran (Delivery Order) yang telah disahkan oleh Kerajaan; 6.2.3 Laporan Kemajuan Perkhidmatan Pembangunan Kod Amalan Pengeluaran Terbaik (Kod Amalan Akuakultur Baik, GAqP) – (I) Hatceri Ikan Air Tawar & (II) Hatceri Udang Galah; 6.2.4 salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Kementerian Kewangan Malaysia; dan 6.2.5 salinan penyata kewangan untuk setiap tuntutan bagi tujuan semakan nombor akaun. 6.3 Tuntutan Bayaran Perkhidmatan akan dibayar dalam tempoh empat belas (14) hari selepas pengesahan Kerajaan bahawa dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh Kontraktor adalah lengkap dan teratur. 6.4 Walau apa pun yang dinyatakan di Fasal 6.2, sekiranya Kerajaan mendapati bahawa dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh Kontraktor adalah tidak lengkap dan teratur, Kerajaan boleh meminta maklumat dan dokumen tambahan daripada Kontraktor. Apabila Kerajaan menggunakan budi bicara ini, pembayaran oleh Kerajaan hanya akan dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh semua maklumat dan dokumen lanjut diterima daripada Kontraktor dan disahkan teratur seperti yang dinyatakan di Fasal 6.3. 6.5 Tuntutan Bayaran Perkhidmatan hendaklah dikemukakan oleh Kontraktor kepada - Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Aras 3, Podium 2, Wisma Tani, Blok Menara 4G2, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62628 Putrajaya.
  • 12. 11 6.6 Pembayaran hendaklah dibuat oleh Kerajaan melalui Electronic Fund Transfer (EFT) kepada Kontraktor melalui akaun berikut: Nama SIRIM STS SDN. BHD. No. Pendaftaran Syarikat 199701032750 (448249-A) No. Akaun 12038010024580 Bank Bank Islam 6.7 Bayaran Perkhidmatan kepada Kontraktor tidak boleh dianggap sebagai pengakuan bahawa Perkhidmatan tersebut adalah mengikut kualiti yang dikehendaki. Walaupun Bayaran Perkhidmatan telah dibuat oleh Kerajaan, Kontraktor adalah masih tertakluk kepada terma dan syarat dalam Perjanjian ini. 6.8 Sekiranya transaksi pembayaran dilaksanakan melalui sistem e-Perolehan dan Kontraktor bersetuju supaya Kerajaan mengenakan - 6.8.1 fi perkhidmatan bagi transaksi yang melibatkan hanya sekali bayaran (one-time payment) pada kadar sebanyak kosong perpuluhan lapan peratus (0.8%) dengan had maksimum Ringgit Sembilan Ribu Enam Ratus (RM 9,600.00) untuk transaksi yang bernilai Ringgit Satu Perpuluhan Dua (RM 1.2) juta atau lebih; ATAU 6.8.2 fi perkhidmatan bagi transaksi yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) pada kadar sebanyak kosong perpuluhan empat peratus (0.4%) dengan had maksimum Ringgit Empat Ribu Lapan Ratus (RM4,800.00) untuk pesanan bernilai Ringgit Satu Perpuluhan Dua (RM 1.2) juta atau lebih, melalui sistem e-Perolehan. FASAL 7 REPRESENTASI DAN WARANTI 7.1 Kontraktor dengan ini membuat representasi dan waranti kepada Kerajaan bahawa -
  • 13. 12 7.1.1 Kontraktor adalah sebuah perniagaan yang sah yang ditubuhkan dan didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia; 7.1.2 Kontraktor mempunyai keupayaan untuk membuat Perjanjian ini dan melaksanakan obligasinya dan menjalankan apa-apa transaksi dan perniagaannya sebagaimana yang dihasratkan oleh Perjanjian ini; 7.1.3 Kontraktor telah mengambil segala langkah patut dan perlu untuk membolehkan ia menandatangani Perjanjian ini dan seterusnya melaksanakan fasal, terma, syarat dan peruntukan yang terkandung di dalam Perjanjian ini; 7.1.4 Kontraktor adalah sebuah syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan kecuali mendapat pengecualian bertulis daripada Kerajaan; 7.1.5 Kontraktor pada ketika pelaksanaan Perjanjian ini, tidak menyalahi sebarang peruntukan sama ada dalam- (a) Memorandum dan Artikel Persatuannya; atau (b) mana-mana dokumen atau perjanjian yang mengikatnya atau asetnya; 7.1.6 Perjanjian ini adalah sahih dan sah di sisi undang-undang dan segala terma, syarat dan peruntukan Perjanjian ini boleh dikuatkuasakan ke atas Kontraktor; 7.1.7 tiada apa-apa tindakan atau prosiding litigasi, timbang tara, tuntutan cukai, pertelingkahan atau prosiding dalaman yang sedang berjalan atau akan berlangsung yang pada pengetahuannya akan memberi kesan negatif dan mengganggu gugat keupayaan kewangan Kontraktor dan akan memberi kesan kepada keupayaan untuk melaksanakan Perkhidmatan yang telah dipersetujui atau mana-mana terma, syarat atau peruntukan di dalam Perjanjian ini; 7.1.8 Kontraktor mempunyai Pekerja yang kompeten untuk memberikan Perkhidmatan tersebut;
  • 14. 13 7.1.9 tiada sebarang perbuatan rasuah, aktiviti haram atau menyalahi undang- undang telah digunakan untuk mendapatkan hak untuk melaksanakan Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini; dan 7.1.10 Kontraktor tidak mempunyai apa-apa pengetahuan, pada tarikh Perjanjian ini, tentang apa-apa perkara di dalam kawalannya semunasabah yang mungkin yang boleh menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan obligasinya di bawah Perjanjian ini. 7.2 Kontraktor mengakui bahawa Kerajaan memasuki dan menandatangani Perjanjian ini berdasarkan dan bersandarkan kepada representasi dan waranti yang dibuat oleh Kontraktor khususnya di bawah Fasal 7.1 di atas. 7.3 Kontraktor membuat representasi dan waranti kepada Kerajaan bahawa representasi dan waranti yang dinyatakan di bawah Fasal 7.1 di atas hendaklah kekal benar dan tepat dalam semua aspek sepanjang Tempoh Perjanjian ini dan tempoh pelanjutan Perjanjian (sekiranya berkaitan). FASAL 8 TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR 8.1 Kontraktor hendaklah melaksanakan dan menyiapkan Perkhidmatan tersebut mengikut Spesifikasi Teknikal / Skop Perkhidmatan seperti di Lampiran 2 dalam tempoh masa yang ditetapkan mengikut Jadual Pelan Pelaksanaan Projek seperti di Lampiran 3. 8.2 Kontraktor hendaklah - 8.2.1 memastikan pelaksanaan Perkhidmatan berjalan dengan baik, sempurna dan dijamin daripada apa-apa kekurangan, kesilapan, kecuaian, kehilangan dan kerosakan dari segi bahan dan kemahiran tenaga kerja;
  • 15. 14 8.2.2 bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kos dan perbelanjaan termasuk caj perkhidmatan, pengangkutan dan lain-lain caj sepanjang Tempoh Perjanjian; 8.2.3 menghantar Pekerja yang berkelayakan untuk melaksanakan Perkhidmatan Pembangunan Pembangunan Kod Amalan Pengeluaran Terbaik (Kod Amalan Akuakultur Baik, GAqP) – (I) Hatceri Ikan Air Tawar & (II) Hatceri Udang Galah; 8.2.4 melaksanakan Perkhidmatan dalam keadaan sentiasa menjaga dan memelihara kepentingan Kerajaan dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan (jika ada) kepada pihak Kontraktor; 8.2.5 bertanggungjawab untuk membangunkan draf awal yang melibatkan penyusunan dan kajian mengenai data yang ada, kajian literatur, standard dan pembangunan draf awal dengan persetujuan bertulis dari Kerajaan; 8.2.6 melaksanakan perbincangan draf awal dan pemuktamadan draf untuk komen awam dan rundingan pihak berkepentingan dengan persetujuan bertulis dari Kerajaan; 8.2.7 menyediakan platform komen awam dan rundingan dengan pihak berkepentingan dan memaklumkan kepada pihak Kerajaan dengan segera secara bertulis sekiranya ada perkara-perkara yang memberi kesan kepada Perkhidmatan. Pemberitahuan tersebut tidak boleh ditafsirkan sebagai pelepasan tanggungjawab pihak Kontraktor di bawah perjanjian ini; 8.2.8 menyelesaikan dan menyerahkan dokumen standard Piawaian untuk kelulusan dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan berkaitan dengan Perkhidmatan dari semasa ke semasa; dan
  • 16. 15 8.2.9 menyedia dan memastikan Standard Operasi Prosedur (SOP) dan arahan-arahan lain yang dikeluarkan oleh Kerajaan berhubung Pencegahan Covid-19 dipatuhi sepanjang tempoh Perkhidmatan berjalan. 8.3 Berhubung pekerja Kontraktor, Kontraktor hendaklah - 8.3.1 memastikan Undang-Undang Buruh melibatkan pekerjanya dipatuhi khasnya Akta Kerja 1955 [Akta 265], Akta Pampasan Pekerja 1952 [Akta 273], Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4], Akta (Sekatan) Kerja 1968 [Akta 353], Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [Akta 452], Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177], Peraturan- peraturan Keselamatan Dalam Negeri (Pendaftaran Pekerja) 1960 (L.N.197/60) dan lain-lain Akta, Ordinan, Enakmen atau peraturan berkenaan; 8.3.2 membayar caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Kumpulan Wang Keselamatan Pekerja (SOCSO) mengikut mana yang berkenaan dan menginsuranskan setiap pekerja yang bertugas terhadap apa-apa kemalangan atau kecederaan yang dialami semasa menjalankan Perkhidmatan tersebut; 8.3.3 mematuhi semua undang-undang dan polisi semasa yang melibatkan pengambilan pekerja. Kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua pekerja yang terlibat dalam Perkhidmatan tersebut dan Kerajaan tidak boleh dihubungkaitkan atau dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa juga pertikaian di antara Kontraktor dengan pekerja sepanjang Tempoh Perjanjian ini; dan 8.3.4 terus bertanggungan secara sendiri dan peribadi terhadap semua tindakan pekerja-pekerjanya atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya.
  • 17. 16 FASAL 9 TANGGUNGJAWAB KERAJAAN 9.1 Kerajaan hendaklah - 9.1.1 berhak pada setiap masa yang sesuai untuk membuat pemeriksaan terhadap Perkhidmatan dengan memberikan tujuh (7) hari notis kepada Kontraktor; 9.1.2 memeriksa setiap rekod berkaitan dengan Perkhidmatan agar sentiasa dikemaskini oleh Kontraktor; 9.1.3 memaklumkan kepada Kontraktor kakitangan Kerajaan yang dipilih untuk memeriksa, menyelaras dan memantau Perkhidmatan tersebut; 9.1.4 berhak melalui notis bertulis, meminta Kontraktor membuat apa-apa perubahan yang difikirkan perlu bagi menepati Spesifikasi Teknikal seperti di Lampiran 2. FASAL 10 DENDA LEWAT 10.1 Kontraktor hendaklah dikenakan bayaran denda lewat/ Liquidated & Ascertained Damages (LAD) jika gagal memenuhi Spesifikasi Teknikal / Skop Perkhidmatan seperti di Lampiran 2 menurut tempoh yang ditetapkan dalam Jadual Pelan Pelaksanaan Projek seperti di Lampiran 3 mengikut formula seperti yang berikut: (BLR + 1%) x (Nilai Perjanjian / 365) x (Bilangan Hari Lewat) 10.2 Denda lewat yang dikenakan sebagai pampasan kepada Kerajaan hendaklah dikira bagi setiap hari kelewatan tersebut dan berterusan sehingga Perkhidmatan diperakukan siap sepenuhnya oleh Pegawai Penguasa atau sehingga Perjanjian ini ditamatkan.
  • 18. 17 10.3 Kerajaan berhak untuk memotong mana-mana pembayaran yang akan dibuat oleh Kerajaan kepada Kontraktor bagi maksud bayaran denda lewat. FASAL 11 PENAMATAN OLEH KERAJAAN 11.1 Penamatan kerana Perjanjian 11.1.1 Sekiranya Kontraktor tanpa sebab yang munasabah - (a) gagal untuk memulakan, menyediakan, melaksanakan atau menyiapkan Perkhidmatan atau melanggar semua atau mana- mana terma dan syarat Perjanjian ini; (b) menggantung semua atau mana-mana bahagian pelaksanaan Perkhidmatan dalam tempoh empat belas (14) hari berturut-turut atau gagal meneruskan pelaksanaan tanggungjawabnya secara lazim dan tekun di bawah Perjanjian ini; (c) gagal melaksanakan dan / atau menyiapkan Perkhidmatan menurut kehendak Perjanjian ini atau telah secara berterusan cuai menjalankan tanggungjawab di bawah Perjanjian ini; atau (d) Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Kontraktor atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi Pihaknya, sama ada dengan atau di luar pengetahuan Kontraktor melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang berhubung dengan perolehan atau pelaksanaan Perjanjian ini atau mana-mana perjanjian lain dengan Kerajaan. maka Kerajaan berhak untuk memberikan notis secara bertulis kepada Kontraktor (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Notis Kemungkiran”) dengan menyatakan kemungkiran yang berlaku dan menghendaki Kontraktor untuk meremedikan kemungkiran tersebut dalam tempoh tiga
  • 19. 18 puluh (30) hari selepas penerimaan Notis Kemungkiran (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Tempoh Remedi”). 11.1.2 Sekiranya Kontraktor masih gagal membuat sebarang remedi ke atas keingkaran dalam Tempoh Remedi yang diberikan atau mana-mana tempoh lain yang boleh ditetapkan oleh Kerajaan, maka Kerajaan berhak untuk menamatkan Perjanjian ini dengan serta-merta dengan memberikan notis bertulis kepada Kontraktor (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Notis Penamatan”). 11.2 Penamatan Am 11.2.1 Sekiranya Kontraktor – (a) meluluskan sesuatu ketetapan, atau mahkamah membuat suatu perintah bahawa Kontraktor itu digulung (yang bukannya suatu penggulungan bagi maksud penyusunan atau penyatuan); (b) menerima suatu perintah bahawa seorang penerima atau pengurus dilantik bagi pihak Kontraktor; atau (c) menjadi bankrap atau memberhentikan perniagaannya. maka Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian ini dengan serta-merta. 11.3 Kesan-kesan Penamatan oleh Kerajaan 11.3.1 Dalam keadaan di mana Perjanjian ini ditamatkan di bawah Fasal 11.1 dan 11.2 (a) semua kuasa, obligasi dan hak yang diberikan kepada Kontraktor dan wujud di bawah Perjanjian ini hendaklah tamat dengan serta- merta;
  • 20. 19 (b) Kerajaan – i. mempunyai hak untuk mengarahkan Kontraktor memberhentikan pelaksanaan Perkhidmatan serta melantik pihak ketiga atau mendapatkan punca-punca lain untuk meneruskan dan menyiapkan Perkhidmatan tersebut. Sekiranya kos menyiapkan Perkhidmatan berkenaan adalah melebihi Nilai Perjanjian, Kontraktor hendaklah bertanggungan membayar perbezaan antara Nilai Perjanjian dengan lebihan amaun yang ditanggung oleh Kerajaan bagi perolehan daripada pihak ketiga atau punca-punca lain sebagai pampasan kepada Kerajaan; ii. berhak menuntut daripada Kontraktor ganti rugi, kerugian kos dan perbelanjaan (termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan) yang ditanggung oleh Kerajaan akibat penamatan Perjanjian ini dengan tidak menjejaskan apa-apa hak lain Kerajaan di bawah Perjanjian ini; dan iii. membayar kepada Kontraktor apa-apa bayaran yang terhutang dan perlu dibayar setakat tarikh notis penamatan Perjanjian tertakluk kepada apa-apa potongan yang dibenarkan di bawah Perjanjian ini bagi Perkhidmatan yang telah diberikan oleh Kontraktor sehingga tarikh Perjanjian ini ditamatkan, dan (c) Kontraktor hendaklah – i. dengan serta-merta menghentikan Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini; ii. atas kos sendiri, mengosongkan dan mengalihkan dari Premis alat-alat Kontraktor, subkontraktor, pekerja atau ejen yang tidak diperlukan oleh Kerajaan dalam tempoh tiga puluh (30)
  • 21. 20 hari dari tarikh Notis Penamatan dan membaiki apa-apa kerosakan yang diakibatkan daripada pengalihan tersebut; iii. mengemukakan kepada Kerajaan tuntutan berserta invois dan dokumen sokongan berhubung dengan jumlah yang terhutang dan kena dibayar kepada Kontraktor setakat tarikh Notis Penamatan untuk tujuan kelulusan dan pengesahan daripada Kerajaan; iv. menamatkan semua kontrak pihak ketiga yang melibatkan Kontraktor berhubung dengan Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini; dan v. menanggung apa-apa kerugian dan kerosakan yang dialami dan/ atau ditanggung oleh Kerajaan akibat penamatan Perjanjian ini, dengan syarat bahawa penamatan ini tidak akan menjejaskan atau memberi kesan kepada hak mana-mana Pihak yang telah terakru sebelum tarikh Perjanjian ini ditamatkan dan apa-apa obligasi di bawah Perjanjian berhubung dengan apa-apa perbuatan tindakan, perkara atau hal yang berlaku yang wujud sebelum penamatan Perjanjian dan akan berterusan selepas Perjanjian ditamatkan. 11.3.2 Bagi mengelakkan kekeliruan, Pihak-Pihak bersetuju bahawa Kontraktor adalah tidak berhak kepada apa-apa bentuk kerugian yang lain termasuk kerugian daripada keuntungan, kos-kos, ganti rugi atau apa-apa tuntutan berkaitan dengan penamatan Perjanjian ini. 11.4 Penamatan Kerana Rasuah, Aktiviti Tidak Sah Atau Menyalahi Undang-Undang 11.4.1 Tanpa prejudis terhadap mana-mana hak Kerajaan yang lain, sekiranya Kontraktor atau mana-mana Pekerja disabitkan bersalah oleh mahkamah atas kesalahan rasuah atau aktiviti menyalahi undang-undang berhubung dengan Perjanjian ini atau mana-mana perjanjian yang telah dimasuki antara Kontraktor dan Kerajaan, maka Kerajaan berhak untuk
  • 22. 21 menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa, dengan memberi notis bertulis dengan kadar segera berkaitan perkara itu kepada Kontraktor. 11.4.2 Sekiranya Perjanjian ini ditamatkan kerana Fasal 11.4.1, Kerajaan berhak kepada semua kerugian kos-kos, ganti rugi dan perbelanjaan yang berkaitan (termasuk apa-apa perbelanjaan dan kos tidak sengaja) yang perlu ditanggung oleh Kerajaan akibat penamatan tersebut. 11.5 Penamatan Demi Kepentingan Negara 11.5.1 Tanpa menyentuh mana-mana peruntukan di bawah Perjanjian ini, Kerajaan bolehlah menamatkan Perjanjian ini dengan memberi tiga puluh (30) hari notis tanpa memberikan sebab-sebab sekiranya berpendapat bahawa penamatan perlu dibuat demi kepentingan negara, kepentingan keselamatan negara atau bagi tujuan mematuhi dasar Kerajaan Malaysia atau dasar awam. 11.5.2 Sekiranya Perjanjian ini ditamatkan kerana Fasal 11.5.1, kesan penamatan Perjanjian di Fasal 11.3.1 (a), Fasal (b) (iii) dan Fasal (c) (i), (ii), (iii) dan (iv) dan Fasal 11.3.2 adalah terpakai. 11.5.3 Bagi tujuan fasal ini, maksud “kepentingan negara”, “demi keselamatan negara” atau bagi tujuan mematuhi “dasar Kerajaan Malaysia” atau “dasar awam” hendaklah ditentukan oleh Kerajaan dan penentuan tersebut hendaklah muktamad dan tidak boleh dicabar. FASAL 12 PENAMATAN OLEH KONTRAKTOR 12.1 Sekiranya Kerajaan tanpa apa-apa sebab yang munasabah gagal menjalankan atau memenuhi obligasinya seperti yang dipersetujui di dalam Perjanjian ini, Kontraktor hendaklah memberi notis bertulis kepada Kerajaan dengan menyatakan butiran mengenai kemungkiran itu dan meminta Kerajaan untuk meremedikan kemungkiran itu dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh pemerimaan notis itu atau suatu
  • 23. 22 tempoh lain yang dipersetujui oleh Pihak-Pihak. Sekiranya Kerajaan gagal untuk meremedikan kemungkiran itu dalam tempoh tiga puluh (30) hari atau mana-mana tempoh lain yang ditetapkan oleh Kontraktor, Kontraktor berhak menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa selepas itu dengan memberi notis untuk tujuan itu. 12.2 Kesan penamatan oleh Kontraktor 12.2.1 Sekiranya Perjanjian ini ditamatkan oleh Kontraktor menurut Fasal 12.1- (a) segala kuasa dan hak yang diberikan dan obligasi dalam Perjanjian ini hendaklah tamat dengan serta-merta; (b) Kontraktor hendaklah – i. menghentikan Perkhidmatan dengan serta-merta; dan ii. mengemukakan kepada Kerajaan suatu laporan terperinci berkenaan kos dan apa-apa pembayaran yang kena dibayar dan terhutang daripada Kerajaan sebelum penamatan bagi tujuan pengesahan dan kelulusan Kerajaan, dan (c) Kerajaan - i. berhak untuk menuntut daripada Kontraktor apa-apa ganti rugi, kerugian kos dan perbelanjaan (termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan) yang ditanggung oleh Kerajaan akibat penamatan Perjanjian ini; dan ii. hendaklah membayar kepada Kontraktor apa-apa bayaran yang tertunggak di bawah Perjanjian ini setakat tarikh penamatan Perjanjian ini. 12.2.2 Walau apapun Fasal 12.2.1, penamatan oleh Kontraktor tidak akan menjejaskan atau memprejudiskan hak mana-mana Pihak yang telah terakru sebelum tarikh penamatan Perjanjian ini dan apa-apa obligasi di
  • 24. 23 bawah Perjanjian berhubung dengan apa-apa perbuatan, tindakan, perkara atau hal yang berlaku yang wujud sebelum penamatan Perjanjian ini dan berterusan selepas Perjanjian ini ditamatkan. FASAL 13 PENAMATAN DENGAN NOTIS Mana-mana Pihak boleh, pada bila-bila masa sepanjang tempoh Perjanjian ini menamatkan Perjanjian ini dengan syarat sekurang-kurangnya tiga (3) bulan notis secara bertulis kepada Pihak yang satu lagi dan kesan penamatan Perjanjian di Fasal 12.3.1 (a), Fasal (b) (iii) dan Fasal (c) (i), (ii), (iii) dan (iv) dan Fasal 12.3.2 adalah terpakai. FASAL 14 JAWATANKUASA PENYELESAIAN PERTIKAIAN 14.1 Apa-apa pertikaian atau percanggahan yang berlaku di antara Kerajaan dengan Kontraktor mengenai pentafsiran, pengertian atau penguatkuasaan Perjanjian ini, atau hak dan tanggungjawab Pihak-Pihak di bawah Perjanjian ini, atau apa-apa perkara mengenai Perjanjian ini atau yang berhubung dengannya, sama ada semasa pelaksanaan Perjanjian ini atau selepas tamat Perjanjian ini, hendaklah diselesaikan secara damai oleh Pihak-Pihak. 14.2 Sekiranya Pihak-Pihak tidak dapat menyelesaikan pertikaian tersebut, mana- mana Pihak boleh merujuk pertikaian kepada suatu Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian yang terdiri daripada: i. Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia yang bertindak sebagai Pengerusi; ii. dua (2) orang wakil yang dilantik oleh Kerajaan; dan iii. dua (2) orang wakil yang dilantik oleh Kontraktor.
  • 25. 24 14.3 Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian ini boleh melantik mana-mana pakar bebas yang diakui mempunyai kepakaran dalam hal yang menjadi isu pertikaian untuk menasihatinya dalam perkara-perkara yang memerlukan kepakaran pakar bebas tersebut. Apa-apa kos atau perbelanjaan yang dikenakan oleh pakar bebas tersebut hendaklah dijelaskan secara sama rata oleh Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini. Pakar bebas tersebut hendaklah mempunyai kelayakan dan pengalaman sebagai seorang yang berpengetahuan dalam piawaian dan amalan dalam bidang berkaitan Perjanjian ini. 14.4 Setiap ahli dalam Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian, termasuk Pengerusi hendaklah mempunyai satu (1) undi sahaja dan Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian tersebut bolehlah membentuk dan merangka sendiri kaedah-kaedah yang terbaik untuk menyelesaikan apa-apa pertikaian yang dirujuk kepadanya. 14.5Keputusan Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian ini hendaklah dibuat berdasarkan kepada undian majoriti mudah dan apa-apa keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian ini hendaklah mengikat Pihak-Pihak dalam Perjanjian ini. 14.6 Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian ini adalah muktamad dan tidak boleh dipertikai. FASAL 15 TIMBANG TARA 15.1 Jika berlaku apa-apa hal, perkara, pertikaian atau tuntutan yang timbul daripada atau berkenaan dengan Perjanjian ini atau pelanggaran atau penamatan Perjanjian ini yang tidak dapat diselesaikan secara baik dan aman oleh Pihak-Pihak yang terlibat, maka hal, perkara, pertikaian atau tuntutan itu hendaklah dirujuk kepada penimbang tara yang hendaklah dipersetujui oleh Pihak-Pihak. 15.2 Sekiranya tidak ada persetujuan berhubung dengan pelantikan penimbang tara, penimbang tara hendaklah ditentukan oleh Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia). Apa-apa rujukan kepada penimbang tara hendaklah
  • 26. 25 dianggap sebagai suatu rujukan kepada timbang tara menurut cara yang diperuntukkan oleh Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646]. Keputusan yang diberikan oleh penimbang tara adalah muktamad dan mengikat Pihak-Pihak. 15.3 Setiap prosiding timbang tara hendaklah dijalankan di bawah Peraturan- Peraturan yang diterima pakai di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) yang bertempat di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) dengan menggunakan kemudahan dan kelengkapan yang tersedia di pusat tersebut atau mana- mana tempat yang akan ditentukan oleh penimbang tara dan dipersetujui oleh Pihak- Pihak. 15.4 Apa-apa rujukan mengenai apa-apa hal, perkara, pertikaian atau tuntutan kepada penimbang tara di bawah fasal ini dan prosiding timbang tara akibat daripadanya hendaklah tidak menyentuh apa-apa tuntutan oleh mana-mana Pihak kepada Pihak yang satu lagi mengenai apa-apa pelanggaran terdahulu terhadap mana- mana persetujuan, terma atau syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini dan hendaklah tidak akan sama sekali bertindak sebagai penepian obligasi Pihak-Pihak dalam menjalankan obligasi masing-masing di bawah Perjanjian ini. FASAL 16 KEJADIAN FORCE MAJEURE Kerajaan atau Kontraktor hendaklah tidak melanggar obligasi masing-masing di bawah Perjanjian ini jika ia tidak dapat melaksanakan atau memenuhi mana-mana obligasinya di bawah Perjanjian ini (atau mana-mana bahagian daripadanya) akibat daripada berlakunya kejadian Force Majeure. Kejadian “Force Majeure” hendaklah bermaksud suatu peristiwa bukan di bawah kawalan Pihak yang terjejas, yang Pihak itu tidak dapat mencegah, mengelak atau menghindari, dan hendaklah bermaksud— 16.1 peperangan (sama ada diisytiharkan atau tidak), permusuhan, serangan, tindakan musuh asing, pemberontakan, revolusi, penderhakaan, kuasa tentera atau rampasan kuasa, perang saudara, atau tindakan keganasan;
  • 27. 26 16.2 radiasi pengionan atau pencemaran radioaktif daripada apa-apa bahan buangan nuklear, daripada pembakaran bahan api nuklear, bahan letupan toksik radioaktif, atau sifat-sifat berbahaya yang lain daripada mana-mana bahan letupan, pemasangan nuklear atau komponen nuklear daripadanya; 16.3 tekanan gelombang yang disebabkan oleh kapal terbang atau alat peranti aerial lain yang bergerak dalam kelajuan sonik atau supersonik; 16.4 bencana alam termasuk tetapi tidak terhad kepada gempa bumi, banjir, penenggelaman, dan pembakaran spontan bawah tanah atau mana-mana operasi kuasa alam semula jadi, kilat dan cuaca yang sangat buruk; 16.5 rusuhan, kekecohan dan gangguan, kerosakan jenayah, sabotaj, mogok, sekat masuk, kekacauan buruh atau gangguan industri lain (yang menjejaskan pelaksanaan Perjanjian ini) yang bukan merupakan kesalahan Syarikat atau kontraktornya, atau Kerajaan, yang menyebabkan, atau boleh dengan munasabahnya dijangka menyebabkan, mana-mana Pihak gagal untuk mematuhi obligasinya; 16.6 pandemik atau epidemik; atau 16.7 apa-apa peristiwa yang tidak dapat diramalkan yang memenuhi kriteria sebagaimana yang dinyatakan di bawah: 16.8 di luar kawalan munasabah Pihak yang terjejas oleh peristiwa itu, keadaan atau gabungan peristiwa atau keadaan; 16.9 yang tidak dapat diramalkan atau, jika dapat diramalkan, tidak boleh dihalang atau dielak atau diatasi oleh Pihak yang terjejas yang telah mengambil segala usaha yang wajar dan cermat; 16.10 yang secara langsung menyebabkan Pihak yang terjejas tidak berupaya untuk mematuhi semua atau suatu bahagian material obligasinya di bawah Perjanjian ini; dan 16.11 yang bukan akibat langsung pelanggaran oleh Pihak yang terjejas obligasinya di bawah Perjanjian ini,
  • 28. 27 DENGAN SYARAT BAHAWA kejadian Force Majeure hendaklah tidak termasuk kemerosotan ekonomi, ketiadaan atau kekurangan dana atau kekurangan pembiayaan di pihak Syarikat untuk melaksanakan obligasinya di bawah Perjanjian ini.”. FASAL 17 SUB KONTRAK 17.1 Kontraktor tidak boleh memberi subkontrak Perjanjian ini atau apa-apa bahagiannya kepada mana-mana pihak lain tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Kerajaan. 17.2 Jika Perjanjian ini atau mana-mana bahagian daripadanya diberi subkontrak dengan kebenaran bertulis oleh Kerajaan di bawah fasal ini, Kontraktor hendaklah bertanggungjawab secara berterusan dan secara sendiri dan peribadi bagi memastikan subkontraktor yang diberi subkontrak itu mematuhi terma dan syarat dalam Perjanjian ini. 17.3 Sebarang isu yang timbul antara Kontraktor dan sub kontraktor mengenai Perjanjian ini atau hal-hal lain adalah di luar tanggungjawab Kerajaan. FASAL 18 SERAH HAK Kontraktor tidak boleh menyerah hak atau memindah milik kesemua atau mana-mana bahagian Perjanjian ini atau memindah milik, menggadai atau mempertanggungkan apa-apa juga wang yang kena dibayar atau yang telah genap masanya untuk dibayar di bawah Perjanjian ini dan apa-apa faedah yang terlibat atau yang mungkin terbit daripada Perjanjian ini tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Kerajaan.
  • 29. 28 FASAL 19 INDEMNITI DAN TANGGUNG RUGI 19.1 Kontraktor hendaklah melaksanakan Perjanjian ini atas risikonya sendiri dan menanggung rugi Kerajaan daripada apa-apa tuntutan atau tanggungan yang berbangkit dari apa-apa kecederaan, kemalangan atau kematian yang berlaku semasa pelaksanaan Perjanjian ini dan Kerajaan adalah tidak bertanggungjawab berkaitan dengan kemalangan, kecederaan atau kematian yang berlaku. 19.2 Kontraktor hendaklah menanggung rugi Kerajaan daripada atau terhadap segala tindakan, tuntutan, tanggungan, prosiding, kerugian, kerosakan, ganti rugi, pampasan, atau kos Kerajaan yang disebabkan - 19.2.1 tinggalan, kecuaian atau penyalahgunaan Kontraktor atau wakil, pekerja atau ejen yang dilantik oleh Kontraktor; 19.2.2 apa-apa kerugian atau kerosakan pada harta atau dalam sebarang bentuk yang berlaku disebabkan pelaksanaan Perjanjian ini oleh Kontraktor dan bukan disebabkan oleh tindakan kecuaian, pelanggaran atau tinggalan oleh Kerajaan, pekerja atau ejen yang dilantik oleh Kerajaan; 19.2.3 apa-apa kerugian, kerosakan atau kecederaan pada harta mana-mana orang atau mana-mana orang disebabkan pelaksanaan Perjanjian ini yang berbangkit akibat tinggalan, kecuaian atau pelanggaran oleh Kontraktor, wakilnya, pekerja, atau ejen yang dilantik oleh Kontraktor; dan / atau 19.2.4 apa-apa tuntutan berkenaan pelanggaran paten, hak cipta atau hak harta intelek yang digunakan atau dijual berkaitan dengan mana-mana bahagian Spesifikasi Teknikal / Skop Perkhidmatan seperti di Lampiran 2.
  • 30. 29 19.3 Fasal ini hendaklah terus berkuat kuasa walaupun Tempoh Perjanjian ini tamat atau ditamatkan selaras dengan peruntukan Perjanjian ini bagi perbuatan, perkara atau tindakan yang berlaku sebelum penamatan Perjanjian. FASAL 20 IKLAN Tiada iklan mengenai Perjanjian ini boleh disiarkan di dalam mana-mana akhbar, majalah atau apa-apa alat media yang lain melainkan jika pengiklanan itu terlebih dahulu memperoleh kelulusan bertulis daripada Kerajaan. FASAL 21 KOS DAN DUTI SETEM Apa-apa duti setem dan kos yang harus dibayar berkenaan Perjanjian ini hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Kontraktor. FASAL 22 UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI KEPADA PERJANJIAN 22.1 Perjanjian ini hendaklah ditadbir dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan Pihak-Pihak bersetuju untuk tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah- mahkamah di Malaysia. 22.2 Pihak-Pihak bersetuju untuk mematuhi segala peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, arahan, perintah, kehendak dan pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang kompeten untuk berbuat demikian dari semasa ke semasa termasuk Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia. 22.3 Kerajaan berhak menolak Perkhidmatan tersebut yang tidak mematuhi undang- undang atau peraturan-peraturan yang berkuat kuasa di Malaysia mengenai Perkhidmatan tersebut.
  • 31. 30 FASAL 23 PENEPIAN HAK 23.1 Kerajaan pada bila-bila masa boleh mengecualikan mana-mana terma atau syarat yang wajib dipatuhi oleh Kontraktor yang terkandung dalam Perjanjian ini. 23.2 Kegagalan Kerajaan dan/atau Kontraktor untuk menjalankan penguatkuasaan mana-mana hak, remedi atau peruntukan di bawah Perjanjian ini pada bila-bila masa tidak akan terjumlah kepada suatu pengetepian hak melainkan jika ia telah dibuat secara bertulis terlebih dahulu dan ditandatangani oleh Kerajaan atau Kontraktor atau seseorang yang diberi kuasa secara nyata oleh Kerajaan atau Kontraktor untuk tujuan tersebut. FASAL 24 KERAHSIAAN 24.1 Kontraktor dilarang daripada menzahirkan kepada mana-mana orang atau mana-mana pihak apa-apa maklumat yang ditemuinya atau yang dizahirkan kepadanya bagi maksud perlaksanaan Perjanjian ini di antara Pihak-Pihak. 24.2 Fasal ini hendaklah terus berkuat kuasa walaupun Tempoh Perjanjian ini tamat atau ditamatkan selaras dengan peruntukan Perjanjian ini. FASAL 25 NOTIS 25.1 Apa-apa notis, persetujuan, kebenaran atau permintaan yang perlu diberi atau dibuat di bawah Perjanjian ini hendaklah secara bertulis dalam Bahasa Melayu. Notis, persetujuan, kebenaran atau permintaan itu hendaklah disifatkan sebagai telah diberi atau dibuat apabila ia telah disampaikan dengan tangan, pos atau faks kepada Pihak yang satu lagi kepada alamat yang ditetapkan seperti yang dinyatakan di bawah -
  • 32. 31 (i) Bagi pihak Kerajaan: Pengarah Kanan Bahagian Bahagian Biosekuriti Perikanan Jabatan Perikanan Malaysia, Aras 3, Podium 2, Menara Blok 4G2, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62628 PUTRAJAYA. No. Telefon: 03 - 8870 4606 (ii) Bagi pihak Kontraktor: Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM STS SDN. BHD. No.1, Persiaran Dato’ Menteri, Section 2, P.O Box 7035, 40911 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan No. Telefon: 03-5544 6301 Email : sazali@sirim.my 25.2 Apa-apa notis yang tersebut di atas hendaklah – (a) sekiranya diserah secara kendiri, dianggap telah diserahkan pada masa penyerahan tersebut; atau (b) sekiranya melalui pos berdaftar prabayar atau pos biasa dianggap telah diterima pada hari perniagaan yang kelima setelah notis diposkan; atau (c) sekiranya melalui e-mel, telegram atau telex atau faks dianggap telah diterima pada hari perniagaan sebaik sahaja notis dihantar dan sekiranya melalui telex atau faks, tertakluk kepada nota pengesahan penerimaan.
  • 33. 32 FASAL 26 MASA Masa hendaklah menjadi inti pati Perjanjian ini. FASAL 27 IKATAN PERJANJIAN Perjanjian ini hendaklah mengikat ejen-ejen, wasi-wasi, pentadbir-pentadbir, pengganti- pengganti dan penerima pindah milik Kontraktor. FASAL 28 KONTRAKTOR BEBAS Tiada peruntukan dalam Perjanjian ini boleh ditafsirkan sebagai mewujudkan atau membentuk hubungan majikan dan pekerja atau prinsipal dan ejen antara Kerajaan dan Kontraktor. FASAL 29 KEBOLEHASINGAN 29.1 Sekiranya mana-mana fasal, peruntukan atau bahagian dalam Perjanjian ini didapati batal, tidak sah atau tidak boleh dikuat kuasakan di bawah mana-mana undang- undang bertulis semasa atau akan datang, maka fasal, peruntukan atau bahagian tersebut akan dibolehasingkan sepenuhnya. 29.2 Sekiranya perkara yang dinyatakan di Fasal 28.1 berlaku, Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan dan dilaksanakan seolah-olah fasal atau peruntukan atau bahagian dalam Perjanjian ini yang tidak sah, batal atau tidak boleh dilaksanakan tersebut tidak pernah membentuk sebahagian daripada Perjanjian ini. Selanjutnya fasal atau peruntukan atau bahagian yang lain akan kekal dengan sepenuh kesan dan peranannya tidak akan terjejas oleh fasal atau peruntukan atau bahagian dalam Perjanjian ini yang didapati tidak sah, batal atau tidak boleh dilaksanakan tersebut setelah pengasingannya daripada Perjanjian ini.
  • 34. 33 FASAL 30 PENOLAKAN 30.1 Tanpa menyentuh remedi lain Kerajaan menurut Perjanjian ini, Kerajaan boleh memotong apa-apa wang yang perlu dibayar kepada Kontraktor mengikut peruntukan dalam Perjanjian ini daripada keseluruhan atau mana-mana bahagian pembayaran yang akan atau telah dibayar oleh Kerajaan. Jika wang yang Kontraktor terhutang kepada Kerajaan itu tidak mencukupi bagi menampung tuntutan Kerajaan, Kerajaan boleh menuntut baki wang itu daripada Kontraktor dan Kontraktor hendaklah membuat pembayaran dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat tuntutan itu. Sekiranya Kontraktor gagal membuat pembayaran selepas tamat tempoh tersebut atau apa-apa tempoh lain yang telah diberi oleh Kerajaan, maka Kerajaan boleh mengambil tindakan undang-undang pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada Kontraktor. 30.2 Sekiranya Kontraktor gagal atau enggan membayar suatu amaun penalti, ganti rugi, pampasan atau tuntutan-tuntutan lain yang dikenakan terhadap Kontraktor menurut Perjanjian ini, maka Kerajaan sentiasa berhak memotong apa-apa wang yang perlu dibayar kepada Kontraktor oleh Kerajaan di bawah Perjanjian ini. Sekiranya wang yang perlu dibayar oleh Kerajaan kepada Kontraktor tidak mencukupi bagi menampung tuntutan Kerajaan, Kerajaan berhak menuntut baki tersebut terus daripada Kontraktor dan Kontraktor hendaklah membuat pembayaran dalam tempoh empat belas (14) hari selepas menerima tuntutan itu. Sekiranya Kontraktor gagal membuat pembayaran tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, Kerajaan berhak menuntut jumlah yang sama daripada Kontraktor melalui mana-mana perjanjian lain yang ditandatangani oleh Kontraktor dengan Kerajaan atau mengambil tindakan undang-undang ke atas Kontraktor. 30.3 Fasal ini hendaklah terus berkuat kuasa walaupun Tempoh Perjanjian ini tamat atau ditamatkan selaras dengan peruntukan Perjanjian ini.
  • 35. 34 FASAL 31 KESELURUHAN PERJANJIAN Perjanjian ini merupakan persetujuan secara keseluruhan antara Pihak-Pihak berkenaan dengan perkara yang diperuntukkan di dalamnya dan mengatasi mana- mana persetujuan atau persefahaman terdahulu antara Pihak-Pihak berhubung perkara tersebut. FASAL 32 JADUAL, LAMPIRAN DAN DOKUMEN YANG BERKAITAN 32.1 Jadual dan lampiran yang dilampirkan dalam Perjanjian ini hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini. 32.2 Dalam keadaan di mana terdapat percanggahan di antara jadual dan lampiran dengan Perjanjian ini, maka terma dan syarat Perjanjian ini hendaklah mengatasi. FASAL 33 PINDAAN Apa-apa pindaan, tambahan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis, disahkan dan dipersetujui oleh Pihak-Pihak dan pindaan tambahan atau perubahan tersebut hendaklah dibuat melalui suatu perjanjian tambahan dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini. FASAL 34 PERUBAHAN KADAR DUTI DAN CUKAI 34.1 Jika dalam Tempoh Perjanjian ini terdapat sebarang perubahan pada mana- mana kadar duti kastam, cukai tokok, eksais dan cukai-cukai lain yang berkenaan bagi Perkhidmatan tersebut mengikut undang-undang semasa yang sedang dikuatkuasakan, Kerajaan atau Kontraktor boleh memohon bagi menyemak semula kadar Nilai Perjanjian tersebut.
  • 36. 35 34.2 Sebarang perubahan kadar seperti di Fasal 34.1 hendaklah atas dasar persetujuan bersama Pihak-Pihak secara bertulis. 34.3 Tiada tambahan atau pengurangan pada harga Perkhidmatan tersebut akan dibuat terhadap Perkhidmatan tersebut yang telahpun dipesan dan dihantar sebelum tarikh permohonan tersebut diluluskan oleh Kerajaan untuk penyelarasan dalam Nilai Perjanjian. FASAL 35 KESELAMATAN DAN KAWALAN DATA 35.1 Kontraktor hendaklah bertanggungjawab ke atas kerahsiaan, keselamatan, kemusnahan, kerosakan dan/atau kehilangan mana-mana dokumen, fail dan maklumat yang berkaitan dengan Perjanjian ini. Kontraktor juga hendaklah memastikan usaha- usaha yang sewajarnya telah diambil supaya mana-mana dokumen, fail dan maklumat yang dibekalkan oleh Kerajaan sepanjang Perjanjian ini tidak disalurkan kepada pihak ketiga melainkan telah mendapat persetujuan bertulis daripada Kerajaan. 35.2 Kontraktor hendaklah bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan, kemusnahan dan/atau kehilangan kepada harta Kerajaan seperti mana yang dinyatakan di subklausa 35.1 di atas termasuk sumber-sumber dokumen dan/atau maklumat yang berkaitan dengan Perjanjian ini yang disebabkan oleh kecuaian Kontraktor atau ejen-ejennya. Suatu penalti yang akan ditentukan oleh Kerajaan akan dikenakan kepada Kontraktor bagi apa-apa kerosakan, kemusnahan dan/atau kehilangan ke atas setiap sumber dokumen, fail dan/atau maklumat yang berkaitan. 35.3 Mana-mana data, dokumen, fail dan maklumat yang berkaitan dengan Perjanjian ini yang dibekalkan oleh Kerajaan sepanjang Perjanjian ini adalah hakmilik Kerajaan sepenuhnya, termasuk apa-apa terbitan (derivative) daripada data, dokumen, fail dan maklumat tersebut. Kontraktor tidak dibenarkan membuat salinan mana-mana data, dokumen, fail dan maklumat yang berkaitan dengan Perjanjian tanpa kebenaran bertulis Kerajaan. [RUANGAN SELEPAS INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG]
  • 37. 36 PADA MENYAKSIKAN PERKARA YANG TERSEBUT DI ATAS, Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini menurunkan tandatangan bagi Pihak masing-masing pada hari dan tahun yang dinyatakan di atas. Ditandatangani untuk dan bagi pihak Kerajaan: Nama: Jawatan: No. Kad Pengenalan ) ) ) ……………………………….. YEO MOI EIM PENGARAH KANAN BAHAGIAN BIOSEKURITI PERIKANAN 660507-01-5994 Di saksikan oleh: Nama: Jawatan: No. Kad Pengenalan ) ) ) .……………………………….. ROSLAN BIN ABU HASAN KETUA CAWANGAN STANDARD DAN PERKHIDMATAN MAKMAL BAHAGIAN BIOSEKURITI PERIKANAN 750916-02-6669 Untuk dan bagi pihak Kontraktor: Nama: Jawatan: No. Kad Pengenalan ) ) ) .……………………………….. DATO` DR. AHMAD SABIRIN BIN ARSHAD PENGARAH SIRIM STS SDN. BHD. 720225-11-5147 Di hadapan: Nama: Jawatan: No. Kad Pengenalan ) ) ) .……………………………….. SALMAH MOHD NORDIN KETUA SEKSYEN PEMBANGUNAN DAN PENYELIDIKAN STANDARD 680701-06-5176
  • 39. 38
  • 40. 39
  • 41. 40
  • 42. 41
  • 43. 42
  • 44. 43
  • 45. 44
  • 46. 45
  • 47. 46
  • 48. 47
  • 49. 48
  • 50. 49
  • 51. 50 Lampiran 2 SPESIFIKASI TEKNIKAL / SKOP PERKHIDMATAN
  • 52. 51
  • 53. 52 Lampiran 3 JADUAL PELAN PELAKSANAAN PROJEK