SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Pengenalan Gerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan : Seksyen 53 – Gerenti tersirat mengenai ketelitian dan kemahiran munasabah. Seksyen 54 – Gerenti tersirat mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu. Seksyen 55 – Gerenti tersirat mengenai masa siap. Seksyen 56 – Gerenti tersirat mengenai harga. Seksyen 53 – Gerenti tersirat mengenai ketelitian dan kemahiran munasabah. Jika perkhidmatan dibekalkan kepada pengguna, maka hendaklah tersirat suatu gerenti bahawa perkhidmatan itu akan dijalankan dengan ketelitian dan kemahiran yang munasabah. Seksyen 54 – Gerenti tersirat mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu. Subseksyen (1), jika perkhidmatan dibekalkan kepada pengguna, maka hendaklah tersirat suatu gerenti bahawa perkhidmatan itu, dan apa- apa keluaran hasil daripada perkhidmatan itu, akan semunasabahnya sesuai bagi apa- apa maksud tertentu dan daripada jenis dan kualiti yang semunasabahnya dapat dijangka akan mencapai apa- apa hasil tertentu. Sebelum atau pada masa kontrak dibuat bagi pembekalan perkhidmatan itu, pengguna perlu memaklum segalanya maklumat kepada pembekal. Sebagai maksud tertentu yang baginya perkhidmatan itu dikehendaki atau hasil yang pengguna berhasrat untuk mencapainya. Subseksyen (2), gerenti tersirat yang disebut dalam subseksyen (1) tidaklah terpakai jika hal keadaan menunjukkan bahawa pengguna tidak bergantung pada kemahiran atau pertimbangan pembekal atau tidaklah munasabah bagi pengguna untuk bergantung pada kemahiran atau pertimbangan pembekal. Seksyen 55 – Gerenti tersirat mengenai masa siap. Jika perkhidmatan dibekalkan kepada pengguna, maka hendaklah tersirat suatu gerenti bahawa perkhidmatan itu akan disiapkan dalam masa yang munasabah jika masa bagi perkhidmatan yang akan dijalankan itu tidak ditentukan melalui kontrak, dibiarkan untuk ditentukan dengan cara yang dipersetujui melalui kontrak atau dibiarkan untuk ditentukan menurut perjalanan urusan antara pihak- pihak itu. Seksyen 56 – Gerenti tersirat mengenai harga. Subseksyen (1), jika perkhidmatan dibekalkan kepada pengguna, maka hendaklah tersirat suatu gerenti bahawa pengguna tidak dikenakan membayar kepada pembekal lebih daripada harga yang munasabah bagi perkhidmatan itu jika harga perkhidmatan iti tidak ditentukan melalui kontrak, dibiarkan untuk ditentukan dengan cara yang dipersetujui melalui kontrak, atau dibiarkan untuk ditentukan menurut perjalanan urusan antara pihak- pihak itu.  Subseksyen (2), jika terdapat kegagalan untuk mematuhi gerenti tersirat di bawah subseksyen (1), hak tebus rugi bagi pengguna hanyalah untuk enggan membayar lebih daripada harga yang munasabah itu. Subseksyen (3), tidak apa- apa jua dalam Bahagian IX boleh dikira sebagai memberi pengguna apa- apa hak tebus rugi yang lain. Subseksyen (4), maksud seksyen ini dimana apa yang dikatakan “harga yang munasabah” ialah persoalan fakta yang bergantung pada hal keadaan setiap kes tertentu, dan jika harga telah ditetapkan di bawah mana- mana undang- undang bertulis, harga yang munasabah hendaklah sebagaimana yang dinyatakan di bawah undang- undang bertulis itu.   Peraturan-peraturan pelindungan pengguna (pendedahan maklumat bengkel)2002 Perkhidmatan pembaikan –perkhidmatan peraturan-peraturan Berperanan dan bertanggungjawab untuk membuat kerja selenggaraan, pembaikan, dan baikpulih ke atas komponen-komponen utama pada sistem di pelbagai jenis kenderaan.  i) Mampu, faham dan berupaya cara membuat kerja merombak dan mencerai (stripping) komponen-komponen, serta menentukan status kerosakan/keausan alat ganti asal, dan menentu keperluan alat ganti yang baru.  ii) Mampu, faham dan berupaya cara selenggaraan (rawat), pembaikan dan baik pulih pada komponen-kompenen utama pada kenderaan.  iii) Mampu, faham dan berupaya cara memasang komponen-komponen utama ketempatnya, menguji kemampuannya dan membuat penyelarasan dimana perlu. Peraturan 1-Nama dan permulaan kuat kuasa 1)Peraturan ini boleh dinamakan Peraturan-peraturan pelindungan pengguna (pendedahan maklumat bengkel)2002. 2)Mula dikuatkuasa pada 1 Julai 2002. Peraturan 2-Tafsiran “barang gantian”- apa-apa barang ganti kenderaan bermotor. “bengkel”- apa-apa tempat yang di situ perniagaan membaiki kenderaan bermotor bagi pengguna dijalankan “kenderaan bermotor”- kenderaan daripada apa-apa perihal, yang didorongi oleh mekanisme yang terkandung di dalam badan kenderaan itu, dan dibina serta disesuaikan supaya dapat digunakan di atas jalan. “perkhidmatan pembaikan” ialah perkhidmatan a)mendiagnosis dan membaiki kerosakan pada kenderaan motor b)mengganti bahagian kenderaan bermotor c)menservis, menyenggara, mengubahsuai atau membaik pulih kenderaan bermotor Peraturan 3-pendedahan maklumat berkenaan barang ganti 1)Dalam tiap-tiap bengkel ,pengendali perlulah mendedahkan apa-apa senarai barang ganti yang yang akan dijual dan diperoleh daripada bengkel tersebut. 2) senarai daripada perkara yang disebut di atas: a)memerihalkan apa-apa  sahaja yang berkaitan dengan barang ganti kenderaan motor  tentang nombor siri, model kenderaan tersebut. b) menyebutkan tentang  jual-beli berkenaan barangan automobil yang baru dan terpakai seperti kereta, motorsikal, alat ganti dan aksesori. c)menyebutkan tentang harga-harga barang ganti yang akan akan jijual dan dibeli oleh pengguna. Peraturan 4- pendedahan maklumat berkenaan dengan perkhidmatan pembaikan 1) Dalam tiap-tiap bengkel ,pengendali perlulah mendedahkan apa-apa senarai barang ganti yang berkaitan tentang perkhidmatan–perkhidmatan pembaikan diperoleh daripada bengkel tersebut. 2) senarai daripada perkara yang disebut di atas a)apa-apa cukai yang hendak dibayar berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan pembaikan kenderaan motor. b)perihal tentang setiap perkhidmatan pembaikan yang diadakan di bengkel  tersebut. c)tentang apa-apa fi tenaga kerja yang dikenakan bagi setiap perkhidmatan pembaikan. Peraturan 5-Cara pendedahan 1)Senarai barang gantian dan senarai perkhidmatan pembaikan hendak didedahkan. Jika dapat dilaksanakan, menampal di tempat yang mudah dilihat dalam bengkel supaya pengguna membaca dengan mudah. 2) Senarai itu boleh disimpan dalam bahan tara eletrik dan dipamer kepada pengguna pada monitor komputer atau pada skrin paparan elektrik yang diletak di kedudukan mudah dilihat dalam bengkel. 3)Jika penampalan senarai itu atau pempamerannya melalui cara elektronik tidak dapat dilaksanakan, boleh disimpan dalam folder atau fail. 4)Folder atau fail hendak diletak di kedudukan yang mudah dilihat dalam bengkel dan disedia kepada semua pengguna. 5)Senarai itu disenggarakan dan didedahkan dalam bahasa kebangsaan atau Bahasa Inggeris, atau kedua-duanya. 6)Teks senarai itu ditulis dalam perkataan yang mudah difahami dan dibaca, dalam apa-apa saiz dan warna. 7)Harga disebut dalam senarai itu hendaklah dalam ringgit Malaysia. Peraturan 6-Pendedahan maklumat berkenaan dengan perkhidmatan pembaikan kepada setiap pengguna   1)Sebelum melaku apa-apa perkhidmatan pembaikan bagi seseorang pengguna, pengendali bengkel hendak memasti pengguna diberi suatu penyataan bertulis: a)yang memerihal perkhidmatan pembaikan yang dijangkakan perlu dibuat kepada kenderaan motor itu b)anggaran fi tenaga kerja yang dikenakan c)anggaran cukai kena dibayar , jika ada d)anggaran masa siap  2)Apabila perkhidmatan pembaikan bagi seseorang pengguna disiapkan, pengendali bengkel hendak memasti pengguna diberi suatu penyataan bertulis: a)yang memerihal perkhidmatan pembaikan yang dibuat kepada kenderaan motor itu b)fi tenaga kerja yang dikenakan c)cukai kena dibayar , jika ada d)yang memerihal tiap-tiap barang gantian dipasang dengan nama, nombor siri, model kenderaan motor dan pengilang e)menyata samada barang gantian itu baru, sekendhend atau dibaikpulihkan f)harga setiap barang gantian dipasang 3)Pernytaan bertulis hendak dalam bahasa kebangsaan atau Bahasa Inggeris, atau kedua-duanya.   4)Harga dalam pernyataan bertulis hendak dalam ringgit Malaysia.  Peraturan 7-Penalti Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan ini melakukan suatu kesalahan. Hak Terhadap Pembekal Berkenaan Dengan Gerenti Dalam Pembekalan Perkhidmatan S 57. Hak tebus rugi pengguna terhadap pembekal Pengguna diberi hak tebus rugi terhadap pembekal perkhidmatan jika perkhidmatan atau keluaran hasil daripada perkhidmatan itu gagal untuk mematuhi mana-mana gerenti tersirat di bawah seksyen 53 hingga 55. S 58. Kekecualian kepada hak untuk tebus rugi terhadap pembekal berhubung dengan perkhidmatan Walaupun S 57 memberi hak tebus rugi pengguna terhadap pembekal tetapi S 58 ini mengecualikan hak tebus rugi terhadap pembekal. Akta ini berkenaan dengan kegagalan perkhidmatan atau apa-apa keluaran hasil daripada perkhidmatan itu untuk mematuhi gerenti tersirat di bawah seksyen 54 atau 55 jika kegagalan itu disebabkan oleh sesuatu perbuatan keingkaran atau peninggalan, atau apa-apa representasi yang dibuat oleh, seseorang selain pembekal. Pengecualian juga boleh disebabkan oleh suatu sebab di luar kawalan manusia. Contoh suatu di luar kawalan adalah seperti banjir, gempa bumi dan sebagainya. S 60. Pilihan terhadap pembekal  Dalam subseksyen (1), jika pengguna mempunyai hak tebus rugi terhadap pembekal di bawah Bahagian IX ini yang berkenaan dengan kegagalan apa-apa perkhidmatan atau apa-apa keluaran hasil daripada perkhidmatan itu untuk mematuhi gerenti di bawah Bahagian VII, seseorang pengguna boleh menggunakan remedi jika kegagalan itu ialah kegagalan yang dapat dibetulkan, maka pengguna boleh menghendaki pembekal membetulkan kegagalan itu dalam masa yang munasabah. Selain itu, pengguna boleh menggunakan remedi jika kegagalan itu ialah kegagalan yang tidak dapat dibetulkan atau bersifat substantial mengikut pengertian seksyen 62, pengguna boleh tertakluk kepada S61 untuk membatalkan kontrak bagi pembekalan perkhidmatan itu mengikut seksyen 63. Pengguna juga boleh mengunakan remedi dengan mendapat ganti rugi daripada pembekal sebagai pampasan bagi apa-apa penurunan nilai keluaran hasil daripada perkhidmatan itu ke bawah caj yang telah dibayar oleh pengguna bagi perkhidmatan itu apabila kegagalan itu ialah kegagalan tidak dapat dibetulkan. Subseksyen (2) ialah tambahan kepada remedi di bawah subseksyen (1). Pengguna boleh mendapatkan ganti rugi daripada pembekal bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh pengguna selain kerugian atau kerosakan oleh sebab penurunan nilai keluaran hasil daripada perkhidmatan itu yang terbukti sebagai hasil atau akibat daripada kegagalan itu. Menurut subseksyen (3), jika pembekal enggan atau abai untuk menbetulkan kegagalan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (1)(a), atau enggan atau abai untuk berbuat demikian dalam masa yang munasabah, pengguna boleh membetulkan kegagalan itu di tempat lain dan mendapatkan semua kos munasabah yang ditanggung dalam membetulkan kegagalan itu daripada pembekal. Pengguna juga boleh mentakluk kepada seksyen 61 dengan membatalkan kontrak bagi pembekalan perkhidmatan itu mengikut seksyen 63. Pembatalan  Kontrak S61- Kehilangan hak untuk membatalkan kontrak Bagi pengguna yang telah menandatangani kontrak bagi  perkhidmatan pembaikan, di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999(APP 1999) ini memberi hak untuk membatalkan tetapi di sebaliknya mungkin kehilangan hak untuk membatalakan kontrak.  Pembatalan  kontrak tidak dibenarkan jika perkhidmatan yang dibekalkan di bawah kontrak hanya bersampingan kepada pembekalan barang atau dalam keadaan kedua ialah pengguna mempunyai hak untuk menolak barang itu jika barang gagal mematuhi gerenti, sama ada k dia menggunakan hak tersebut.  S63-Kaedah-kaedah yang terpakai bagi pembatalan kontrak Dalam seksyen ini, dinyatakan  kaedah –kaedah yang terpakai bagi pembatalan kontrak. Pertama ialah peraturan jika seseorang ingin membatalkan kontrak bagi pembekalan perkhidmatan tetapi tidak akan berkuatkuasa jika sebelum masa pembatalan kontrak itu dimaklumkan kepada pembekal atau jika pembekal tidak dapat dihubungi, sebelum masa pengguna menunjukkan kepada pembekal tentang niatnya untuk membatalkan kontrak tersebut. Pembatalan kontrak boleh dimaklumkan dengan perkataan atau perlakuan atau kedu-dua yang menunjukksn niat pengguna untuk membatalkan kontrak itu dan tidak perlu untuk menggunakan apa-apa perkataan tertentu sekiranya niat membatalkan kontrak itu jelas.  S64- Kesan pembatalan kontrak Manakala bagi pembatalan kontrak, pengguna pertamanya akan meminta mendapat balik bayaran daripada pembekal.Oleh itu, akta ini memperuntukkan bahawa pengguna berhak mendapat balik bayaran yang telah dibayar atau apa-apa balasan lain yang telah diberikan berkenaan dengan perkhidmatan itu melainkan jika mahkamah atau tribunal memerintahkan bahawa pembekal boleh menyimpan kesemua atau mana-mana bahagian wang yang telah dibayar atau balasan yang diberi. Selain itu, setakat kontrak itu telah dilaksanakan pada masa pembatalan, tiada pihak boleh dilucut haknya disebabkan pembatalan kontrak mengenai wang-wang yang dibayar di bawah kontrak itu. Setakat kontrak itu masih belum dilaksanakan pada masa pembatalan, tiada pihak wajib atau berhak melaksanakannya.  S65- Kuasa mahkamah untuk memberikan relief sampingan Di samping itu, bagi kuasa mahkamah untuk memberi relief sampingan, jika pengguna membatalkan sesuatu kontrak pembekalan perkhidmatan, mahkamah boleh memberi relief di bawah seksyen ini dengan adil dan praktis untuk berbuat demikian. Pengguna, pembekal atau sesiapa pun yang menanggung kerugian boleh memohon mendapat relief sampingan. Contoh relief ialah memberi harta tak alih atau harta alih yang menjadi subjek kontrak atau sebahagian balasannya. Relief yang laian ialah mengarahkan pihak lain memindahkan atau menyerahkan kepada mana-mana pihak untuk memberi milikan keseluruhan atau harta tak alih atau harta alih yang merupakan subjek kontrak atau sebahagian balasan. Relief juga boleh dalam bentuk mahkamah mengarahkan mana-mana  pihak prosiding membayar kepada pihak lain apa-apa jumlah wang yang difikirkan adil. Relief lain ialah membenarkan pembekal menyimpan wanh yang dibayar atau balasan yang diberi terhadap perkidmatan di bawah kontrak ini. Mahkamah juga patut mengambilkira apa-apa manfaat yang pengguna boleh dapat oleh sebab perlakuan pembekal. Nilai harus diambilkira dan juga apa-apa perbelanjaan yang ditanggung oleh pengguna atau pembekal dalam pelaksanaan perkhidmatan. Tetapi tiada perintah boleh dibuat di bawah seksyen ini berkenaan denagan apa-apa harta jika mana-mana pihak kepada kontrak iatu telah mengubah kedudukannya berhubung dengan harta itu sama ada sebelum atau selepas pembatalan kontrak. Mesti mengambilkira semua keadaan sehingga mendapat perintah mahkamah.
Gerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan
Gerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan
Gerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan
Gerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan
Gerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan
Gerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan
Gerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan
Gerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan
Gerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan
Gerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan
Gerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan

More Related Content

More from mandalina landy

securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarahsecuritization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
mandalina landy
 
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL
mandalina landy
 
Glossary islamic finance intruments
Glossary islamic finance intrumentsGlossary islamic finance intruments
Glossary islamic finance intruments
mandalina landy
 
securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarahsecuritization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
mandalina landy
 
KAJIAN MENGENAI AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI K...
KAJIAN MENGENAI AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI K...KAJIAN MENGENAI AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI K...
KAJIAN MENGENAI AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI K...
mandalina landy
 
Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur
Pembangunan Lestari Pengertian Dan PengukurPembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur
Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur
mandalina landy
 
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal KonvensionalPerbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
mandalina landy
 
Keselamatan barangan plastik
Keselamatan barangan plastikKeselamatan barangan plastik
Keselamatan barangan plastik
mandalina landy
 
Tahap Kepuasan Mahasiswa Terhadap Perkhidmatan Bas Di Universiti Putra Malays...
Tahap Kepuasan Mahasiswa Terhadap Perkhidmatan Bas Di Universiti Putra Malays...Tahap Kepuasan Mahasiswa Terhadap Perkhidmatan Bas Di Universiti Putra Malays...
Tahap Kepuasan Mahasiswa Terhadap Perkhidmatan Bas Di Universiti Putra Malays...
mandalina landy
 
KEPUASAN PERUMAHAN DAN PERSEKITARAN REMAJA DI RUMAH PANGSA, KUALA LUMPUR
KEPUASAN PERUMAHAN DAN PERSEKITARAN REMAJA DI RUMAH PANGSA, KUALA LUMPUR  KEPUASAN PERUMAHAN DAN PERSEKITARAN REMAJA DI RUMAH PANGSA, KUALA LUMPUR
KEPUASAN PERUMAHAN DAN PERSEKITARAN REMAJA DI RUMAH PANGSA, KUALA LUMPUR
mandalina landy
 
teori percampuran dan pertukaran musyarakah
teori percampuran dan pertukaran  musyarakahteori percampuran dan pertukaran  musyarakah
teori percampuran dan pertukaran musyarakah
mandalina landy
 
securitization and musyarakah+murabahah and ijarah
securitization and musyarakah+murabahah and ijarahsecuritization and musyarakah+murabahah and ijarah
securitization and musyarakah+murabahah and ijarah
mandalina landy
 
bai as-salam and istisna
bai as-salam and istisnabai as-salam and istisna
bai as-salam and istisna
mandalina landy
 
murabaha and bai bithaman ajil (kontrak jual beli)
murabaha and bai bithaman ajil (kontrak jual beli)murabaha and bai bithaman ajil (kontrak jual beli)
murabaha and bai bithaman ajil (kontrak jual beli)
mandalina landy
 
transaksi yang dilarang dlm syariah islam
transaksi yang dilarang dlm syariah islamtransaksi yang dilarang dlm syariah islam
transaksi yang dilarang dlm syariah islam
mandalina landy
 

More from mandalina landy (20)

securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarahsecuritization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
 
Presentation final
Presentation finalPresentation final
Presentation final
 
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL
 
Glossary islamic finance intruments
Glossary islamic finance intrumentsGlossary islamic finance intruments
Glossary islamic finance intruments
 
securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarahsecuritization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
 
KAJIAN MENGENAI AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI K...
KAJIAN MENGENAI AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI K...KAJIAN MENGENAI AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI K...
KAJIAN MENGENAI AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI K...
 
Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur
Pembangunan Lestari Pengertian Dan PengukurPembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur
Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur
 
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal KonvensionalPerbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
 
Keselamatan barangan plastik
Keselamatan barangan plastikKeselamatan barangan plastik
Keselamatan barangan plastik
 
Tahap Kepuasan Mahasiswa Terhadap Perkhidmatan Bas Di Universiti Putra Malays...
Tahap Kepuasan Mahasiswa Terhadap Perkhidmatan Bas Di Universiti Putra Malays...Tahap Kepuasan Mahasiswa Terhadap Perkhidmatan Bas Di Universiti Putra Malays...
Tahap Kepuasan Mahasiswa Terhadap Perkhidmatan Bas Di Universiti Putra Malays...
 
KEPUASAN PERUMAHAN DAN PERSEKITARAN REMAJA DI RUMAH PANGSA, KUALA LUMPUR
KEPUASAN PERUMAHAN DAN PERSEKITARAN REMAJA DI RUMAH PANGSA, KUALA LUMPUR  KEPUASAN PERUMAHAN DAN PERSEKITARAN REMAJA DI RUMAH PANGSA, KUALA LUMPUR
KEPUASAN PERUMAHAN DAN PERSEKITARAN REMAJA DI RUMAH PANGSA, KUALA LUMPUR
 
teori percampuran dan pertukaran musyarakah
teori percampuran dan pertukaran  musyarakahteori percampuran dan pertukaran  musyarakah
teori percampuran dan pertukaran musyarakah
 
sukuk - islamic bond
sukuk - islamic bondsukuk - islamic bond
sukuk - islamic bond
 
securitization and musyarakah+murabahah and ijarah
securitization and musyarakah+murabahah and ijarahsecuritization and musyarakah+murabahah and ijarah
securitization and musyarakah+murabahah and ijarah
 
shirkah dan mudharabah
shirkah dan mudharabah shirkah dan mudharabah
shirkah dan mudharabah
 
bai as-salam and istisna
bai as-salam and istisnabai as-salam and istisna
bai as-salam and istisna
 
islam dan perniagaan
islam dan perniagaanislam dan perniagaan
islam dan perniagaan
 
al ijarah
al ijarahal ijarah
al ijarah
 
murabaha and bai bithaman ajil (kontrak jual beli)
murabaha and bai bithaman ajil (kontrak jual beli)murabaha and bai bithaman ajil (kontrak jual beli)
murabaha and bai bithaman ajil (kontrak jual beli)
 
transaksi yang dilarang dlm syariah islam
transaksi yang dilarang dlm syariah islamtransaksi yang dilarang dlm syariah islam
transaksi yang dilarang dlm syariah islam
 

Gerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan

  • 1. Pengenalan Gerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan : Seksyen 53 – Gerenti tersirat mengenai ketelitian dan kemahiran munasabah. Seksyen 54 – Gerenti tersirat mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu. Seksyen 55 – Gerenti tersirat mengenai masa siap. Seksyen 56 – Gerenti tersirat mengenai harga. Seksyen 53 – Gerenti tersirat mengenai ketelitian dan kemahiran munasabah. Jika perkhidmatan dibekalkan kepada pengguna, maka hendaklah tersirat suatu gerenti bahawa perkhidmatan itu akan dijalankan dengan ketelitian dan kemahiran yang munasabah. Seksyen 54 – Gerenti tersirat mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu. Subseksyen (1), jika perkhidmatan dibekalkan kepada pengguna, maka hendaklah tersirat suatu gerenti bahawa perkhidmatan itu, dan apa- apa keluaran hasil daripada perkhidmatan itu, akan semunasabahnya sesuai bagi apa- apa maksud tertentu dan daripada jenis dan kualiti yang semunasabahnya dapat dijangka akan mencapai apa- apa hasil tertentu. Sebelum atau pada masa kontrak dibuat bagi pembekalan perkhidmatan itu, pengguna perlu memaklum segalanya maklumat kepada pembekal. Sebagai maksud tertentu yang baginya perkhidmatan itu dikehendaki atau hasil yang pengguna berhasrat untuk mencapainya. Subseksyen (2), gerenti tersirat yang disebut dalam subseksyen (1) tidaklah terpakai jika hal keadaan menunjukkan bahawa pengguna tidak bergantung pada kemahiran atau pertimbangan pembekal atau tidaklah munasabah bagi pengguna untuk bergantung pada kemahiran atau pertimbangan pembekal. Seksyen 55 – Gerenti tersirat mengenai masa siap. Jika perkhidmatan dibekalkan kepada pengguna, maka hendaklah tersirat suatu gerenti bahawa perkhidmatan itu akan disiapkan dalam masa yang munasabah jika masa bagi perkhidmatan yang akan dijalankan itu tidak ditentukan melalui kontrak, dibiarkan untuk ditentukan dengan cara yang dipersetujui melalui kontrak atau dibiarkan untuk ditentukan menurut perjalanan urusan antara pihak- pihak itu. Seksyen 56 – Gerenti tersirat mengenai harga. Subseksyen (1), jika perkhidmatan dibekalkan kepada pengguna, maka hendaklah tersirat suatu gerenti bahawa pengguna tidak dikenakan membayar kepada pembekal lebih daripada harga yang munasabah bagi perkhidmatan itu jika harga perkhidmatan iti tidak ditentukan melalui kontrak, dibiarkan untuk ditentukan dengan cara yang dipersetujui melalui kontrak, atau dibiarkan untuk ditentukan menurut perjalanan urusan antara pihak- pihak itu. Subseksyen (2), jika terdapat kegagalan untuk mematuhi gerenti tersirat di bawah subseksyen (1), hak tebus rugi bagi pengguna hanyalah untuk enggan membayar lebih daripada harga yang munasabah itu. Subseksyen (3), tidak apa- apa jua dalam Bahagian IX boleh dikira sebagai memberi pengguna apa- apa hak tebus rugi yang lain. Subseksyen (4), maksud seksyen ini dimana apa yang dikatakan “harga yang munasabah” ialah persoalan fakta yang bergantung pada hal keadaan setiap kes tertentu, dan jika harga telah ditetapkan di bawah mana- mana undang- undang bertulis, harga yang munasabah hendaklah sebagaimana yang dinyatakan di bawah undang- undang bertulis itu. Peraturan-peraturan pelindungan pengguna (pendedahan maklumat bengkel)2002 Perkhidmatan pembaikan –perkhidmatan peraturan-peraturan Berperanan dan bertanggungjawab untuk membuat kerja selenggaraan, pembaikan, dan baikpulih ke atas komponen-komponen utama pada sistem di pelbagai jenis kenderaan. i) Mampu, faham dan berupaya cara membuat kerja merombak dan mencerai (stripping) komponen-komponen, serta menentukan status kerosakan/keausan alat ganti asal, dan menentu keperluan alat ganti yang baru. ii) Mampu, faham dan berupaya cara selenggaraan (rawat), pembaikan dan baik pulih pada komponen-kompenen utama pada kenderaan. iii) Mampu, faham dan berupaya cara memasang komponen-komponen utama ketempatnya, menguji kemampuannya dan membuat penyelarasan dimana perlu. Peraturan 1-Nama dan permulaan kuat kuasa 1)Peraturan ini boleh dinamakan Peraturan-peraturan pelindungan pengguna (pendedahan maklumat bengkel)2002. 2)Mula dikuatkuasa pada 1 Julai 2002. Peraturan 2-Tafsiran “barang gantian”- apa-apa barang ganti kenderaan bermotor. “bengkel”- apa-apa tempat yang di situ perniagaan membaiki kenderaan bermotor bagi pengguna dijalankan “kenderaan bermotor”- kenderaan daripada apa-apa perihal, yang didorongi oleh mekanisme yang terkandung di dalam badan kenderaan itu, dan dibina serta disesuaikan supaya dapat digunakan di atas jalan. “perkhidmatan pembaikan” ialah perkhidmatan a)mendiagnosis dan membaiki kerosakan pada kenderaan motor b)mengganti bahagian kenderaan bermotor c)menservis, menyenggara, mengubahsuai atau membaik pulih kenderaan bermotor Peraturan 3-pendedahan maklumat berkenaan barang ganti 1)Dalam tiap-tiap bengkel ,pengendali perlulah mendedahkan apa-apa senarai barang ganti yang yang akan dijual dan diperoleh daripada bengkel tersebut. 2) senarai daripada perkara yang disebut di atas: a)memerihalkan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan barang ganti kenderaan motor tentang nombor siri, model kenderaan tersebut. b) menyebutkan tentang jual-beli berkenaan barangan automobil yang baru dan terpakai seperti kereta, motorsikal, alat ganti dan aksesori. c)menyebutkan tentang harga-harga barang ganti yang akan akan jijual dan dibeli oleh pengguna. Peraturan 4- pendedahan maklumat berkenaan dengan perkhidmatan pembaikan 1) Dalam tiap-tiap bengkel ,pengendali perlulah mendedahkan apa-apa senarai barang ganti yang berkaitan tentang perkhidmatan–perkhidmatan pembaikan diperoleh daripada bengkel tersebut. 2) senarai daripada perkara yang disebut di atas a)apa-apa cukai yang hendak dibayar berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan pembaikan kenderaan motor. b)perihal tentang setiap perkhidmatan pembaikan yang diadakan di bengkel tersebut. c)tentang apa-apa fi tenaga kerja yang dikenakan bagi setiap perkhidmatan pembaikan. Peraturan 5-Cara pendedahan 1)Senarai barang gantian dan senarai perkhidmatan pembaikan hendak didedahkan. Jika dapat dilaksanakan, menampal di tempat yang mudah dilihat dalam bengkel supaya pengguna membaca dengan mudah. 2) Senarai itu boleh disimpan dalam bahan tara eletrik dan dipamer kepada pengguna pada monitor komputer atau pada skrin paparan elektrik yang diletak di kedudukan mudah dilihat dalam bengkel. 3)Jika penampalan senarai itu atau pempamerannya melalui cara elektronik tidak dapat dilaksanakan, boleh disimpan dalam folder atau fail. 4)Folder atau fail hendak diletak di kedudukan yang mudah dilihat dalam bengkel dan disedia kepada semua pengguna. 5)Senarai itu disenggarakan dan didedahkan dalam bahasa kebangsaan atau Bahasa Inggeris, atau kedua-duanya. 6)Teks senarai itu ditulis dalam perkataan yang mudah difahami dan dibaca, dalam apa-apa saiz dan warna. 7)Harga disebut dalam senarai itu hendaklah dalam ringgit Malaysia. Peraturan 6-Pendedahan maklumat berkenaan dengan perkhidmatan pembaikan kepada setiap pengguna 1)Sebelum melaku apa-apa perkhidmatan pembaikan bagi seseorang pengguna, pengendali bengkel hendak memasti pengguna diberi suatu penyataan bertulis: a)yang memerihal perkhidmatan pembaikan yang dijangkakan perlu dibuat kepada kenderaan motor itu b)anggaran fi tenaga kerja yang dikenakan c)anggaran cukai kena dibayar , jika ada d)anggaran masa siap 2)Apabila perkhidmatan pembaikan bagi seseorang pengguna disiapkan, pengendali bengkel hendak memasti pengguna diberi suatu penyataan bertulis: a)yang memerihal perkhidmatan pembaikan yang dibuat kepada kenderaan motor itu b)fi tenaga kerja yang dikenakan c)cukai kena dibayar , jika ada d)yang memerihal tiap-tiap barang gantian dipasang dengan nama, nombor siri, model kenderaan motor dan pengilang e)menyata samada barang gantian itu baru, sekendhend atau dibaikpulihkan f)harga setiap barang gantian dipasang 3)Pernytaan bertulis hendak dalam bahasa kebangsaan atau Bahasa Inggeris, atau kedua-duanya. 4)Harga dalam pernyataan bertulis hendak dalam ringgit Malaysia. Peraturan 7-Penalti Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan ini melakukan suatu kesalahan. Hak Terhadap Pembekal Berkenaan Dengan Gerenti Dalam Pembekalan Perkhidmatan S 57. Hak tebus rugi pengguna terhadap pembekal Pengguna diberi hak tebus rugi terhadap pembekal perkhidmatan jika perkhidmatan atau keluaran hasil daripada perkhidmatan itu gagal untuk mematuhi mana-mana gerenti tersirat di bawah seksyen 53 hingga 55. S 58. Kekecualian kepada hak untuk tebus rugi terhadap pembekal berhubung dengan perkhidmatan Walaupun S 57 memberi hak tebus rugi pengguna terhadap pembekal tetapi S 58 ini mengecualikan hak tebus rugi terhadap pembekal. Akta ini berkenaan dengan kegagalan perkhidmatan atau apa-apa keluaran hasil daripada perkhidmatan itu untuk mematuhi gerenti tersirat di bawah seksyen 54 atau 55 jika kegagalan itu disebabkan oleh sesuatu perbuatan keingkaran atau peninggalan, atau apa-apa representasi yang dibuat oleh, seseorang selain pembekal. Pengecualian juga boleh disebabkan oleh suatu sebab di luar kawalan manusia. Contoh suatu di luar kawalan adalah seperti banjir, gempa bumi dan sebagainya. S 60. Pilihan terhadap pembekal Dalam subseksyen (1), jika pengguna mempunyai hak tebus rugi terhadap pembekal di bawah Bahagian IX ini yang berkenaan dengan kegagalan apa-apa perkhidmatan atau apa-apa keluaran hasil daripada perkhidmatan itu untuk mematuhi gerenti di bawah Bahagian VII, seseorang pengguna boleh menggunakan remedi jika kegagalan itu ialah kegagalan yang dapat dibetulkan, maka pengguna boleh menghendaki pembekal membetulkan kegagalan itu dalam masa yang munasabah. Selain itu, pengguna boleh menggunakan remedi jika kegagalan itu ialah kegagalan yang tidak dapat dibetulkan atau bersifat substantial mengikut pengertian seksyen 62, pengguna boleh tertakluk kepada S61 untuk membatalkan kontrak bagi pembekalan perkhidmatan itu mengikut seksyen 63. Pengguna juga boleh mengunakan remedi dengan mendapat ganti rugi daripada pembekal sebagai pampasan bagi apa-apa penurunan nilai keluaran hasil daripada perkhidmatan itu ke bawah caj yang telah dibayar oleh pengguna bagi perkhidmatan itu apabila kegagalan itu ialah kegagalan tidak dapat dibetulkan. Subseksyen (2) ialah tambahan kepada remedi di bawah subseksyen (1). Pengguna boleh mendapatkan ganti rugi daripada pembekal bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh pengguna selain kerugian atau kerosakan oleh sebab penurunan nilai keluaran hasil daripada perkhidmatan itu yang terbukti sebagai hasil atau akibat daripada kegagalan itu. Menurut subseksyen (3), jika pembekal enggan atau abai untuk menbetulkan kegagalan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (1)(a), atau enggan atau abai untuk berbuat demikian dalam masa yang munasabah, pengguna boleh membetulkan kegagalan itu di tempat lain dan mendapatkan semua kos munasabah yang ditanggung dalam membetulkan kegagalan itu daripada pembekal. Pengguna juga boleh mentakluk kepada seksyen 61 dengan membatalkan kontrak bagi pembekalan perkhidmatan itu mengikut seksyen 63. Pembatalan Kontrak S61- Kehilangan hak untuk membatalkan kontrak Bagi pengguna yang telah menandatangani kontrak bagi perkhidmatan pembaikan, di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999(APP 1999) ini memberi hak untuk membatalkan tetapi di sebaliknya mungkin kehilangan hak untuk membatalakan kontrak. Pembatalan kontrak tidak dibenarkan jika perkhidmatan yang dibekalkan di bawah kontrak hanya bersampingan kepada pembekalan barang atau dalam keadaan kedua ialah pengguna mempunyai hak untuk menolak barang itu jika barang gagal mematuhi gerenti, sama ada k dia menggunakan hak tersebut. S63-Kaedah-kaedah yang terpakai bagi pembatalan kontrak Dalam seksyen ini, dinyatakan kaedah –kaedah yang terpakai bagi pembatalan kontrak. Pertama ialah peraturan jika seseorang ingin membatalkan kontrak bagi pembekalan perkhidmatan tetapi tidak akan berkuatkuasa jika sebelum masa pembatalan kontrak itu dimaklumkan kepada pembekal atau jika pembekal tidak dapat dihubungi, sebelum masa pengguna menunjukkan kepada pembekal tentang niatnya untuk membatalkan kontrak tersebut. Pembatalan kontrak boleh dimaklumkan dengan perkataan atau perlakuan atau kedu-dua yang menunjukksn niat pengguna untuk membatalkan kontrak itu dan tidak perlu untuk menggunakan apa-apa perkataan tertentu sekiranya niat membatalkan kontrak itu jelas. S64- Kesan pembatalan kontrak Manakala bagi pembatalan kontrak, pengguna pertamanya akan meminta mendapat balik bayaran daripada pembekal.Oleh itu, akta ini memperuntukkan bahawa pengguna berhak mendapat balik bayaran yang telah dibayar atau apa-apa balasan lain yang telah diberikan berkenaan dengan perkhidmatan itu melainkan jika mahkamah atau tribunal memerintahkan bahawa pembekal boleh menyimpan kesemua atau mana-mana bahagian wang yang telah dibayar atau balasan yang diberi. Selain itu, setakat kontrak itu telah dilaksanakan pada masa pembatalan, tiada pihak boleh dilucut haknya disebabkan pembatalan kontrak mengenai wang-wang yang dibayar di bawah kontrak itu. Setakat kontrak itu masih belum dilaksanakan pada masa pembatalan, tiada pihak wajib atau berhak melaksanakannya. S65- Kuasa mahkamah untuk memberikan relief sampingan Di samping itu, bagi kuasa mahkamah untuk memberi relief sampingan, jika pengguna membatalkan sesuatu kontrak pembekalan perkhidmatan, mahkamah boleh memberi relief di bawah seksyen ini dengan adil dan praktis untuk berbuat demikian. Pengguna, pembekal atau sesiapa pun yang menanggung kerugian boleh memohon mendapat relief sampingan. Contoh relief ialah memberi harta tak alih atau harta alih yang menjadi subjek kontrak atau sebahagian balasannya. Relief yang laian ialah mengarahkan pihak lain memindahkan atau menyerahkan kepada mana-mana pihak untuk memberi milikan keseluruhan atau harta tak alih atau harta alih yang merupakan subjek kontrak atau sebahagian balasan. Relief juga boleh dalam bentuk mahkamah mengarahkan mana-mana pihak prosiding membayar kepada pihak lain apa-apa jumlah wang yang difikirkan adil. Relief lain ialah membenarkan pembekal menyimpan wanh yang dibayar atau balasan yang diberi terhadap perkidmatan di bawah kontrak ini. Mahkamah juga patut mengambilkira apa-apa manfaat yang pengguna boleh dapat oleh sebab perlakuan pembekal. Nilai harus diambilkira dan juga apa-apa perbelanjaan yang ditanggung oleh pengguna atau pembekal dalam pelaksanaan perkhidmatan. Tetapi tiada perintah boleh dibuat di bawah seksyen ini berkenaan denagan apa-apa harta jika mana-mana pihak kepada kontrak iatu telah mengubah kedudukannya berhubung dengan harta itu sama ada sebelum atau selepas pembatalan kontrak. Mesti mengambilkira semua keadaan sehingga mendapat perintah mahkamah.