SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Lampiran DPP C2 (b)-1
Institut Kemahiran MARA
Sungai Petani, Kedah
INFORMATION SHEET
PROGRAMME: SLS
SESSION : JAN – DIS 2013 SEMESTER : 1
CODE/COURSE:
KCS 1032
CONSTRUCTION TECHNOLOGY 1
SHEET NO : IS 3
LECTURER : NORAIDA WASHIFA BT. AHMAD WEEK : 4
TOPIC : 2.0 CONCRETE MATERIALS
SUB-TOPIC :
2.5 Concrete mixture.
2.6 Types of concrete.
LEARNING
OUTCOME :
Di akhir pembelajaran pelajar mesti boleh :
1. Menyatakan kaedah bancuhan konkrit.
2. Huraikan nisbah bancuhan konkrit.
3. Terang jenis-jenis konkrit.
CONTENT :
2.5 BANCUHAN KONKRIT
2.5.1 Penerangan
Pembancuhan konkrit yang dilakukan di tapak bina ataupun kilang
hendaklah mematuhi nisbah bancuhan yang tertentu untuk menghasilkan
konkrit yang bermutu tinggi seperti kuat, tahan lasak,tinggi darjah
kebolehannya dan yang terpenting adalah ekonomi.
Konkrit digredkan mengikut ‘standard’ yang telah ditetapkan.
Penggredan konkrit ini dibuat untuk mendapatkan bacaan kekuatan yang
dapat digunapakai dalam kerja-kerja pembinaan.
1
Lampiran DPP C2 (b)-1
Jadual 2.5 : Penggredan Konkrit
2.5.2 Cara Membancuh Konkrit
Dalam melakukan kerja-kerja konkrit terdapat beberapa cara dan
peralatan yang biasa digunakan dalam membancuh konkrit. Antara
peralatan yang digunakan ialah:
a) Membancuh dengan menggunakan penyodok dan kereta sorong.
b) Membancuh dengan menggunakan mesin gaul konkrit.
c) Dibekalkan daripada kilang sebagai konkrit bancuh siap.
2.5.2.1 Membancuh Dengan Menggunakan Penyodok Dan Kereta
Sorong.
2
GRED
KONKRIT
KEKUATAN (N/mm2
) KEGUNAAN
7 7
Konkrit tanpa tetulang.
10 10
15 15 Konkrit tetulang dengan
batu baur ringan.
20 20 Konkrit tetulang dengan
batu baur padu.25 25
30 30 Konkrit tetulang tegas
dulu.
40 40 Konkrit tetulang tegas
kemudian.50 50
Lampiran DPP C2 (b)-1
Gambar foto 2.3 : Penyodok.
• Penyodok digunakan untuk menggaul konkrit dengan kaedah
manual iaitu para pekerja menggaul sendiri bancuhan konkrit
di tapak bina.
• Kaedah ini hanya sesuai untuk kerja-kerja konkrit dalam
kuantiti yang sedikit.
Gambar foto 2.4 : Kereta Sorong
• Kereta sorong digunakan untuk mengisi konkrit yang sudah
siap di bancuh sebelum di tuang ke tempat yang hendak di
tuang.
• Saiznya yang kecil memudahkan ia digunakan bagi laluan
yang terhad sebelum sampai ke tempat untuk di tuang.
2.5.2.2 Membancuh Dengan Menggunakan Mesin Gaul Konkrit.
3
Lampiran DPP C2 (b)-1
Gambar foto 2.5 : Penggaul konkrit (mixer)
• Digunakan untuk menggaul konkrit di tapak bina dengan
nisbah bancuhan yang telah ditetapkan.
• Penggunaannya lebih meluas ditapak kerana bancuhan
simen, batu baur serta air dapat di adun dengan lebih
sempurna tetapi tidak boleh mengadun dalam kuantiti yang
terlalu banyak.
• Mempunyai alat kawalan untuk menghidupkan dan
mematikannya serta dapat mengawal kecondongannya.
2.5.2.3 Dibekalkan daripada kilang sebagai konkrit bancuh siap.
Gambar foto 2.6 : Konkrit yang telah siap dibancuh di dalam ‘ready
mix’ dituang ke dalam kereta sorong.
• Jentera ini mengangkut konkrit yang telah siap dibancuh di
kilang dengan nisbah bancuhan yang telah ditetapkan.
4
Lampiran DPP C2 (b)-1
• Alat bancuhan pada jentera ini sentiasa berputar bagi
memastikan konkrit di dalamnya sentiasa dalam bancuhan
yang sekata.
2.5.3 Nisbah Bancuhan Konkrit
Kegunaan konkrit menentukan nisbah bancuhan yang dikehendaki
berdasarkan kepada kekuatannya. Konkrit pada amnya kuat dalam
tegasan mampatan dan lemah dalam tegasan tegangan. Sesuatu konkrit
yang telah dibuat hendaklah diketahui tujuannya. Ini adalah bagi
memperolehi satu campuran yang sesuai dan boleh tahan lama.
Terdapat beberapa nisbah bancuhan konkrit yang biasa digunakan
mengikut tempat dan tujuan kegunaannya. Campuran konkrit akan
digredkan mengikut gred-gred seperti berikut :
a) G15 (1 : 3 : 6) (simen : pasir : batu baur kasar)
b) G20 (1 : 2 : 4)
c) G25 (1 : 1 ½ : 3)
d) G30 (1 : 1 : 2)
Gred-gred ini didefinasikan sebagai satu nombor yang membayangkan
“Characteristic Compressive Strength” dan unitnya adalah N/mm2
.
2.5.4 Jenis-jenis Campuran
a) Campuran 1 : 1 ½ :3
Nisbah campuran 1 bahagian simen : 1 ½ bahagian pasir/batu baur
halus : 3 bahagian batu baur kasar. Campuran ini yang digunakan
dalam konkrit tetulang yang memerlukan kekuatan dan
ketahanlasakan seperti pembinaan rasuk dan tiang yang mengalami
tegangan berlebihan.
b) Campuran 1 : 3 : 6
Nisbah campuran 1 bahagian simen : 3 bahagian pasir/batu baur
halus : 6 bahagian batu baur kasar. Campuran ini adalah sesuai
digunakan pada pembinaan lantai dan konkrit jisim yang kurang
mengalami tegasan dan tegangan.
c) Campuran 1 : 2 : 4
Nisbah campuran 1 bahagian simen : 2 bahagian pasir/batu baur
halus : 4 bahagian batu baur kasar. Ia adalah campuran yang
digunakan dalam banyak jenis pembinaan seperti pembinaan asas,
5
Lampiran DPP C2 (b)-1
lantai, tiang, rasuk dan tembok samada dalam konkrit biasa mahupun
konkrit tetulang.
d) Campuran 1 : 5 : 10
Nisbah campuran 1 bahagian simen : 5 bahagian pasir/batu baur
halus : 10 bahagian batu baur kasar. Merupakan campuran yang
kurang kuat dan digunakan sebagai konkrit tapak yang ditempatkan
pada tapak asas lantai dan sebagainya.
e) Campuran 1 : 9
Nisbah campuran 1 bahagian simen : 9 bahagian pasir/batu baur
halus. Campuran ini biasanya digunakan sebagai ‘screed’ konkrit.
Kegunaan ‘screed’ adalah seperti berikut :
i. Memberikan permukaan yang lebih bersih dalam kerja contohnya
untuk membuat kemasan tetulang.
ii. Untuk menahan lubang yang baru digali dari hakisan air.
2.6 JENIS-JENIS KONKRIT
Konkrit terbahagi kepada beberapa jenis iaitu konkrit biasa, konkrit bertetulang,
konkrit tuang dulu, konkrit tegas dulu, konkrit ringan, konkrit selular, konkrit in-
situ, konkrit pre-cast dan konkrit mampat giling.
2.6.1 Konkrit Biasa.
• Konkrit jenis ini tidak mempunyai tetulang besi.
• Ia digunakan dalam binaan yang hanya terdapat tegasan tekanan
(compressive stress) dan tiada tegasan tegangan (tensile stress).
• Contoh tempat yang sesuai untuk menggunakan konkrit jenis ini
adalah tapak tembok, lantai atas tanah.
2.6.2 Konkrit Bertetulang.
• Konkrit jenis ini sama seperti konkrit biasa kecuali ia mempunyai
tetulang keluli didalamnya untuk menambah kekuatan daya tegangan.
• Ia biasanya menggunakan nisbah 1:2:4.
2.6.3 Konkrit Tuang Dahulu.
6
Lampiran DPP C2 (b)-1
• Konkrit jenis ini dibuat di dalam acuan dan dibina di dalam bengkel
atau tapak pembinaan dengan kuantiti yang banyak.
• Teknik ini menjimatkan masa kerana bahagian binaan ini boleh di
bina terlebih dahulu dan kualitinya dapat dikawal dengan baik.
2.6.4 Konkrit Ringan.
• Konkrit jenis ini dibuat dengan bahan ringan dan dicampurkan dengan
agen perangkap udara (seperti CO2) supaya hasilnya lebih ringan.
• Ia biasanya digunakan sebagai tembok sekatan (partition) atau
sebagai struktur yang tidak memegang beban.
2.6.5 Konkrit Selular.
• Ia berbentuk seperti blok konkrit yang mempunyai ruang kosong di
antaranya bagi membolehkan rumput atau tumbuhan hidup.
• Kegunaanya utamanya adalah untuk menyokong cerun bukit. Juga
digunakan bagi kawasan letak kereta (occasional use), driveway;
• Tidak begitu selesa untuk berjalan di atasnya.
2.6.6 Konkrit Tegas Dahulu.
• Ia seperti konkrit tuang dahulu tetapi mempunyai tetulang keluli
bertegangan tinggi.
• Tetulang ini di tegang bagi mewujudkan tegasan supaya ia dapat
menanggung beban yang lebih tinggi.
• Ia biasanya mempunyai nisbah bancuhan: 1:11/2: 3,
• Ia boleh dihasilkan dengan dua cara:
i. Tegas dahulu (pretensioning) - Satu hujung keluli dipasak
manakala satu hujung lagi ditegangkan menggunakan jek
hidraulik sebelum konkrit dituang.
ii. Tegas kemudian (post-tensioning) - Hos plastik ditempatkan
didalam acuan sebelum bancuhan konkrit dituang. Sebelum
konkrit menjadi keras, hos dikeluarkan, meninggalkan saluran
untuk dimasukan kabel tetulang kemudiannya.
• Konkrit ini sesuai digunakan dalam pembinaan rasuk yang jarak
rentangannya panjang, struktur kalis air, cerucuk dsb.
2.6.7 Konkrit In-Situ.
• Merupakan permukaan keju yang paling murah;
• Mempunyai bentuk permukaan yang tidak begitu menarik dan mudah
retak;
7
Lampiran DPP C2 (b)-1
• Digunakan sebagai laluan siar kaki, driveway, kawasan letak.
2.6.8 Konkrit Pre-Cast Kenderaan.
• Bahan konkrit dimasukkan di dalam acuan dan dibentuk di kilang.
• Saiznya boleh ditentukan mengikut keperluan.
• Digunakan sebagai laluan siar kaki, driveway, dan tempat meletak
kenderaan.
2.6.9 Konkrit Mampat Giling.
• Konkrit mampat giling, kadangkala dikenali sebagai rollcrete, adalah
satu konkrit kaku kandungan simen rendah yang diletakkan dengan
menggunakan teknik yang dipinjam daripada kerja tanah dan
penurapan.
• Konkrit diletakkan pada permukaan yang hendak dilitupi, dan ia
dipadatkan pada tempatnya dengan menggunakan jengiling (jentera
pengiling), penggolek berat besar yang lazimnya digunakan dalam
kerja tanah.
• Campuran konkrit ini mencapai kepadatan tinggi dan akan mengeras
bagi membentuk satu kepingan blok yang teguh.
• Konkrit mampat giling digunakan untuk turapan konkrit dan membina
empangan konkrit, kerana kandungan rendah simen menghasilkan
kurang haba semasa pengerasan berbanding kebiasaannya bagi
penuangan konkrit biasa yang banyak.
8
Lampiran DPP C2 (b)-1
EXERCISE :
1. Kenapakah penggredan konkrit perlu dibuat?
____________________________________________________________
____________________________________________________________
2. Berapakah gred konkrit yang digunakan untuk konkrit tetulang tegas dulu?
____________________________________________________________
3. Senaraikan TIGA (3) peralatan yang biasa digunakan dalam membancuh
konkrit.
____________________________________________________________
____________________________________________________________
4. Berapakah nisbah bancuhan konkrit untuk Gred 20 (G20)?
____________________________________________________________
____________________________________________________________
REFERENCE:
1. Jahiman Bin Badron, 2007 Teknologi Binaan Bangunan.
2. Tan Boon Tong, 2000 Teknologi Binaan Bangunan.
3. Yusop Bin Paal, Werdah Binti Abdul Halim, Sarifah Binti Daud, 2003 Pengajian
Kejuruteraan Awam Tingkatan 4
9
Lampiran DPP C2 (b)-1
EXERCISE :
1. Kenapakah penggredan konkrit perlu dibuat?
____________________________________________________________
____________________________________________________________
2. Berapakah gred konkrit yang digunakan untuk konkrit tetulang tegas dulu?
____________________________________________________________
3. Senaraikan TIGA (3) peralatan yang biasa digunakan dalam membancuh
konkrit.
____________________________________________________________
____________________________________________________________
4. Berapakah nisbah bancuhan konkrit untuk Gred 20 (G20)?
____________________________________________________________
____________________________________________________________
REFERENCE:
1. Jahiman Bin Badron, 2007 Teknologi Binaan Bangunan.
2. Tan Boon Tong, 2000 Teknologi Binaan Bangunan.
3. Yusop Bin Paal, Werdah Binti Abdul Halim, Sarifah Binti Daud, 2003 Pengajian
Kejuruteraan Awam Tingkatan 4
9

More Related Content

What's hot (20)

cerucuk piling
cerucuk pilingcerucuk piling
cerucuk piling
 
Cerucuk
CerucukCerucuk
Cerucuk
 
Bab 2 bata
Bab 2 bataBab 2 bata
Bab 2 bata
 
Pembinaanjalan w12
Pembinaanjalan w12Pembinaanjalan w12
Pembinaanjalan w12
 
Chapter 5 lantai
Chapter 5 lantaiChapter 5 lantai
Chapter 5 lantai
 
Chapter 4 deep foundation
Chapter 4 deep foundationChapter 4 deep foundation
Chapter 4 deep foundation
 
Kayu
KayuKayu
Kayu
 
Struktur dan asas bangunan
Struktur dan asas bangunanStruktur dan asas bangunan
Struktur dan asas bangunan
 
Presentation IBS.pptx
Presentation IBS.pptxPresentation IBS.pptx
Presentation IBS.pptx
 
Jenis kerosakan jalan raya
Jenis kerosakan jalan rayaJenis kerosakan jalan raya
Jenis kerosakan jalan raya
 
Ikatan bata
Ikatan bataIkatan bata
Ikatan bata
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Tangga
TanggaTangga
Tangga
 
Kejuruteraan struktur
Kejuruteraan strukturKejuruteraan struktur
Kejuruteraan struktur
 
Kaedah-dan-bahan-binaan
 Kaedah-dan-bahan-binaan Kaedah-dan-bahan-binaan
Kaedah-dan-bahan-binaan
 
Probe machintosh
Probe machintoshProbe machintosh
Probe machintosh
 
Pengenalan industri binaan ok
Pengenalan industri binaan okPengenalan industri binaan ok
Pengenalan industri binaan ok
 
Asas Rakit dalam Pembinaan
Asas Rakit dalam Pembinaan Asas Rakit dalam Pembinaan
Asas Rakit dalam Pembinaan
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Pembinaan
PembinaanPembinaan
Pembinaan
 

Viewers also liked

Unit 2 concrete material 2.1-2.4
Unit 2 concrete material 2.1-2.4Unit 2 concrete material 2.1-2.4
Unit 2 concrete material 2.1-2.4Mara
 
Microsoft project 1
Microsoft project 1Microsoft project 1
Microsoft project 1Natalie Ulza
 
Konkrit siap tuang dan teknologi pasang siap
Konkrit siap tuang dan teknologi pasang siapKonkrit siap tuang dan teknologi pasang siap
Konkrit siap tuang dan teknologi pasang siapArduni Ahmad
 
Unit 2 contract 2.4-2.6
Unit 2 contract 2.4-2.6Unit 2 contract 2.4-2.6
Unit 2 contract 2.4-2.6Mara
 
Unit 1 tender 1.2
Unit 1 tender 1.2Unit 1 tender 1.2
Unit 1 tender 1.2Mara
 
elektrik (kerja kursus)
elektrik (kerja kursus)elektrik (kerja kursus)
elektrik (kerja kursus)sakura rena
 
Senarai nama pelajar mta tahun 3 2016
Senarai nama pelajar mta tahun 3 2016Senarai nama pelajar mta tahun 3 2016
Senarai nama pelajar mta tahun 3 2016Beskal Itam
 
Unit 7 : Konkrit Siap Tuang (Teknologi Konkrit)
Unit 7 : Konkrit Siap Tuang (Teknologi Konkrit)Unit 7 : Konkrit Siap Tuang (Teknologi Konkrit)
Unit 7 : Konkrit Siap Tuang (Teknologi Konkrit)Caroline Ugan
 
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTIONUnit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTIONMara
 
Unit 1 tender 1.3
Unit 1 tender 1.3Unit 1 tender 1.3
Unit 1 tender 1.3Mara
 
Unit 2 contract 2.1-2.3
Unit 2 contract 2.1-2.3Unit 2 contract 2.1-2.3
Unit 2 contract 2.1-2.3Mara
 
elektrik (kerja kursus)-conclusion
elektrik (kerja kursus)-conclusionelektrik (kerja kursus)-conclusion
elektrik (kerja kursus)-conclusionsakura rena
 
Unit 1 tender 1.1
Unit 1 tender 1.1Unit 1 tender 1.1
Unit 1 tender 1.1Mara
 
Izatie(peranca)
Izatie(peranca)Izatie(peranca)
Izatie(peranca)Fafa Eila
 
Folio sains teknologi semester 4
Folio sains teknologi semester 4Folio sains teknologi semester 4
Folio sains teknologi semester 4Harzana Harun
 

Viewers also liked (20)

Unit 2 concrete material 2.1-2.4
Unit 2 concrete material 2.1-2.4Unit 2 concrete material 2.1-2.4
Unit 2 concrete material 2.1-2.4
 
Microsoft project 1
Microsoft project 1Microsoft project 1
Microsoft project 1
 
Konkrit siap tuang dan teknologi pasang siap
Konkrit siap tuang dan teknologi pasang siapKonkrit siap tuang dan teknologi pasang siap
Konkrit siap tuang dan teknologi pasang siap
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Unit 2 contract 2.4-2.6
Unit 2 contract 2.4-2.6Unit 2 contract 2.4-2.6
Unit 2 contract 2.4-2.6
 
Unit 1 tender 1.2
Unit 1 tender 1.2Unit 1 tender 1.2
Unit 1 tender 1.2
 
Amali 3 kkp
Amali 3 kkpAmali 3 kkp
Amali 3 kkp
 
elektrik (kerja kursus)
elektrik (kerja kursus)elektrik (kerja kursus)
elektrik (kerja kursus)
 
Senarai nama pelajar mta tahun 3 2016
Senarai nama pelajar mta tahun 3 2016Senarai nama pelajar mta tahun 3 2016
Senarai nama pelajar mta tahun 3 2016
 
Handtool
HandtoolHandtool
Handtool
 
Unit 7 : Konkrit Siap Tuang (Teknologi Konkrit)
Unit 7 : Konkrit Siap Tuang (Teknologi Konkrit)Unit 7 : Konkrit Siap Tuang (Teknologi Konkrit)
Unit 7 : Konkrit Siap Tuang (Teknologi Konkrit)
 
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTIONUnit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTION
 
Unit 1 tender 1.3
Unit 1 tender 1.3Unit 1 tender 1.3
Unit 1 tender 1.3
 
Unit 2 contract 2.1-2.3
Unit 2 contract 2.1-2.3Unit 2 contract 2.1-2.3
Unit 2 contract 2.1-2.3
 
elektrik (kerja kursus)-conclusion
elektrik (kerja kursus)-conclusionelektrik (kerja kursus)-conclusion
elektrik (kerja kursus)-conclusion
 
Unit 1 tender 1.1
Unit 1 tender 1.1Unit 1 tender 1.1
Unit 1 tender 1.1
 
Izatie(peranca)
Izatie(peranca)Izatie(peranca)
Izatie(peranca)
 
3.4 scaffolding
3.4 scaffolding3.4 scaffolding
3.4 scaffolding
 
Folio sains teknologi semester 4
Folio sains teknologi semester 4Folio sains teknologi semester 4
Folio sains teknologi semester 4
 
KERTAS PENERANGAN MODUL 305
KERTAS PENERANGAN MODUL 305KERTAS PENERANGAN MODUL 305
KERTAS PENERANGAN MODUL 305
 

More from Mara

4.0 lettering 1
4.0 lettering 14.0 lettering 1
4.0 lettering 1Mara
 
3.0 linework
3.0 linework3.0 linework
3.0 lineworkMara
 
2.0 scale
2.0 scale2.0 scale
2.0 scaleMara
 
1.0 intro to engineering drawing
1.0 intro to engineering drawing1.0 intro to engineering drawing
1.0 intro to engineering drawingMara
 
1.0 intro to engineering drawing
1.0 intro to engineering drawing1.0 intro to engineering drawing
1.0 intro to engineering drawingMara
 
Unit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to constructionUnit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to constructionMara
 
Unit 1 tender 1.4-1.5
Unit 1 tender 1.4-1.5Unit 1 tender 1.4-1.5
Unit 1 tender 1.4-1.5Mara
 
Elips
ElipsElips
ElipsMara
 
Elips
ElipsElips
ElipsMara
 

More from Mara (9)

4.0 lettering 1
4.0 lettering 14.0 lettering 1
4.0 lettering 1
 
3.0 linework
3.0 linework3.0 linework
3.0 linework
 
2.0 scale
2.0 scale2.0 scale
2.0 scale
 
1.0 intro to engineering drawing
1.0 intro to engineering drawing1.0 intro to engineering drawing
1.0 intro to engineering drawing
 
1.0 intro to engineering drawing
1.0 intro to engineering drawing1.0 intro to engineering drawing
1.0 intro to engineering drawing
 
Unit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to constructionUnit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to construction
 
Unit 1 tender 1.4-1.5
Unit 1 tender 1.4-1.5Unit 1 tender 1.4-1.5
Unit 1 tender 1.4-1.5
 
Elips
ElipsElips
Elips
 
Elips
ElipsElips
Elips
 

Unit 2 concrete material 2.5-2.6

  • 1. Lampiran DPP C2 (b)-1 Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Kedah INFORMATION SHEET PROGRAMME: SLS SESSION : JAN – DIS 2013 SEMESTER : 1 CODE/COURSE: KCS 1032 CONSTRUCTION TECHNOLOGY 1 SHEET NO : IS 3 LECTURER : NORAIDA WASHIFA BT. AHMAD WEEK : 4 TOPIC : 2.0 CONCRETE MATERIALS SUB-TOPIC : 2.5 Concrete mixture. 2.6 Types of concrete. LEARNING OUTCOME : Di akhir pembelajaran pelajar mesti boleh : 1. Menyatakan kaedah bancuhan konkrit. 2. Huraikan nisbah bancuhan konkrit. 3. Terang jenis-jenis konkrit. CONTENT : 2.5 BANCUHAN KONKRIT 2.5.1 Penerangan Pembancuhan konkrit yang dilakukan di tapak bina ataupun kilang hendaklah mematuhi nisbah bancuhan yang tertentu untuk menghasilkan konkrit yang bermutu tinggi seperti kuat, tahan lasak,tinggi darjah kebolehannya dan yang terpenting adalah ekonomi. Konkrit digredkan mengikut ‘standard’ yang telah ditetapkan. Penggredan konkrit ini dibuat untuk mendapatkan bacaan kekuatan yang dapat digunapakai dalam kerja-kerja pembinaan. 1
  • 2. Lampiran DPP C2 (b)-1 Jadual 2.5 : Penggredan Konkrit 2.5.2 Cara Membancuh Konkrit Dalam melakukan kerja-kerja konkrit terdapat beberapa cara dan peralatan yang biasa digunakan dalam membancuh konkrit. Antara peralatan yang digunakan ialah: a) Membancuh dengan menggunakan penyodok dan kereta sorong. b) Membancuh dengan menggunakan mesin gaul konkrit. c) Dibekalkan daripada kilang sebagai konkrit bancuh siap. 2.5.2.1 Membancuh Dengan Menggunakan Penyodok Dan Kereta Sorong. 2 GRED KONKRIT KEKUATAN (N/mm2 ) KEGUNAAN 7 7 Konkrit tanpa tetulang. 10 10 15 15 Konkrit tetulang dengan batu baur ringan. 20 20 Konkrit tetulang dengan batu baur padu.25 25 30 30 Konkrit tetulang tegas dulu. 40 40 Konkrit tetulang tegas kemudian.50 50
  • 3. Lampiran DPP C2 (b)-1 Gambar foto 2.3 : Penyodok. • Penyodok digunakan untuk menggaul konkrit dengan kaedah manual iaitu para pekerja menggaul sendiri bancuhan konkrit di tapak bina. • Kaedah ini hanya sesuai untuk kerja-kerja konkrit dalam kuantiti yang sedikit. Gambar foto 2.4 : Kereta Sorong • Kereta sorong digunakan untuk mengisi konkrit yang sudah siap di bancuh sebelum di tuang ke tempat yang hendak di tuang. • Saiznya yang kecil memudahkan ia digunakan bagi laluan yang terhad sebelum sampai ke tempat untuk di tuang. 2.5.2.2 Membancuh Dengan Menggunakan Mesin Gaul Konkrit. 3
  • 4. Lampiran DPP C2 (b)-1 Gambar foto 2.5 : Penggaul konkrit (mixer) • Digunakan untuk menggaul konkrit di tapak bina dengan nisbah bancuhan yang telah ditetapkan. • Penggunaannya lebih meluas ditapak kerana bancuhan simen, batu baur serta air dapat di adun dengan lebih sempurna tetapi tidak boleh mengadun dalam kuantiti yang terlalu banyak. • Mempunyai alat kawalan untuk menghidupkan dan mematikannya serta dapat mengawal kecondongannya. 2.5.2.3 Dibekalkan daripada kilang sebagai konkrit bancuh siap. Gambar foto 2.6 : Konkrit yang telah siap dibancuh di dalam ‘ready mix’ dituang ke dalam kereta sorong. • Jentera ini mengangkut konkrit yang telah siap dibancuh di kilang dengan nisbah bancuhan yang telah ditetapkan. 4
  • 5. Lampiran DPP C2 (b)-1 • Alat bancuhan pada jentera ini sentiasa berputar bagi memastikan konkrit di dalamnya sentiasa dalam bancuhan yang sekata. 2.5.3 Nisbah Bancuhan Konkrit Kegunaan konkrit menentukan nisbah bancuhan yang dikehendaki berdasarkan kepada kekuatannya. Konkrit pada amnya kuat dalam tegasan mampatan dan lemah dalam tegasan tegangan. Sesuatu konkrit yang telah dibuat hendaklah diketahui tujuannya. Ini adalah bagi memperolehi satu campuran yang sesuai dan boleh tahan lama. Terdapat beberapa nisbah bancuhan konkrit yang biasa digunakan mengikut tempat dan tujuan kegunaannya. Campuran konkrit akan digredkan mengikut gred-gred seperti berikut : a) G15 (1 : 3 : 6) (simen : pasir : batu baur kasar) b) G20 (1 : 2 : 4) c) G25 (1 : 1 ½ : 3) d) G30 (1 : 1 : 2) Gred-gred ini didefinasikan sebagai satu nombor yang membayangkan “Characteristic Compressive Strength” dan unitnya adalah N/mm2 . 2.5.4 Jenis-jenis Campuran a) Campuran 1 : 1 ½ :3 Nisbah campuran 1 bahagian simen : 1 ½ bahagian pasir/batu baur halus : 3 bahagian batu baur kasar. Campuran ini yang digunakan dalam konkrit tetulang yang memerlukan kekuatan dan ketahanlasakan seperti pembinaan rasuk dan tiang yang mengalami tegangan berlebihan. b) Campuran 1 : 3 : 6 Nisbah campuran 1 bahagian simen : 3 bahagian pasir/batu baur halus : 6 bahagian batu baur kasar. Campuran ini adalah sesuai digunakan pada pembinaan lantai dan konkrit jisim yang kurang mengalami tegasan dan tegangan. c) Campuran 1 : 2 : 4 Nisbah campuran 1 bahagian simen : 2 bahagian pasir/batu baur halus : 4 bahagian batu baur kasar. Ia adalah campuran yang digunakan dalam banyak jenis pembinaan seperti pembinaan asas, 5
  • 6. Lampiran DPP C2 (b)-1 lantai, tiang, rasuk dan tembok samada dalam konkrit biasa mahupun konkrit tetulang. d) Campuran 1 : 5 : 10 Nisbah campuran 1 bahagian simen : 5 bahagian pasir/batu baur halus : 10 bahagian batu baur kasar. Merupakan campuran yang kurang kuat dan digunakan sebagai konkrit tapak yang ditempatkan pada tapak asas lantai dan sebagainya. e) Campuran 1 : 9 Nisbah campuran 1 bahagian simen : 9 bahagian pasir/batu baur halus. Campuran ini biasanya digunakan sebagai ‘screed’ konkrit. Kegunaan ‘screed’ adalah seperti berikut : i. Memberikan permukaan yang lebih bersih dalam kerja contohnya untuk membuat kemasan tetulang. ii. Untuk menahan lubang yang baru digali dari hakisan air. 2.6 JENIS-JENIS KONKRIT Konkrit terbahagi kepada beberapa jenis iaitu konkrit biasa, konkrit bertetulang, konkrit tuang dulu, konkrit tegas dulu, konkrit ringan, konkrit selular, konkrit in- situ, konkrit pre-cast dan konkrit mampat giling. 2.6.1 Konkrit Biasa. • Konkrit jenis ini tidak mempunyai tetulang besi. • Ia digunakan dalam binaan yang hanya terdapat tegasan tekanan (compressive stress) dan tiada tegasan tegangan (tensile stress). • Contoh tempat yang sesuai untuk menggunakan konkrit jenis ini adalah tapak tembok, lantai atas tanah. 2.6.2 Konkrit Bertetulang. • Konkrit jenis ini sama seperti konkrit biasa kecuali ia mempunyai tetulang keluli didalamnya untuk menambah kekuatan daya tegangan. • Ia biasanya menggunakan nisbah 1:2:4. 2.6.3 Konkrit Tuang Dahulu. 6
  • 7. Lampiran DPP C2 (b)-1 • Konkrit jenis ini dibuat di dalam acuan dan dibina di dalam bengkel atau tapak pembinaan dengan kuantiti yang banyak. • Teknik ini menjimatkan masa kerana bahagian binaan ini boleh di bina terlebih dahulu dan kualitinya dapat dikawal dengan baik. 2.6.4 Konkrit Ringan. • Konkrit jenis ini dibuat dengan bahan ringan dan dicampurkan dengan agen perangkap udara (seperti CO2) supaya hasilnya lebih ringan. • Ia biasanya digunakan sebagai tembok sekatan (partition) atau sebagai struktur yang tidak memegang beban. 2.6.5 Konkrit Selular. • Ia berbentuk seperti blok konkrit yang mempunyai ruang kosong di antaranya bagi membolehkan rumput atau tumbuhan hidup. • Kegunaanya utamanya adalah untuk menyokong cerun bukit. Juga digunakan bagi kawasan letak kereta (occasional use), driveway; • Tidak begitu selesa untuk berjalan di atasnya. 2.6.6 Konkrit Tegas Dahulu. • Ia seperti konkrit tuang dahulu tetapi mempunyai tetulang keluli bertegangan tinggi. • Tetulang ini di tegang bagi mewujudkan tegasan supaya ia dapat menanggung beban yang lebih tinggi. • Ia biasanya mempunyai nisbah bancuhan: 1:11/2: 3, • Ia boleh dihasilkan dengan dua cara: i. Tegas dahulu (pretensioning) - Satu hujung keluli dipasak manakala satu hujung lagi ditegangkan menggunakan jek hidraulik sebelum konkrit dituang. ii. Tegas kemudian (post-tensioning) - Hos plastik ditempatkan didalam acuan sebelum bancuhan konkrit dituang. Sebelum konkrit menjadi keras, hos dikeluarkan, meninggalkan saluran untuk dimasukan kabel tetulang kemudiannya. • Konkrit ini sesuai digunakan dalam pembinaan rasuk yang jarak rentangannya panjang, struktur kalis air, cerucuk dsb. 2.6.7 Konkrit In-Situ. • Merupakan permukaan keju yang paling murah; • Mempunyai bentuk permukaan yang tidak begitu menarik dan mudah retak; 7
  • 8. Lampiran DPP C2 (b)-1 • Digunakan sebagai laluan siar kaki, driveway, kawasan letak. 2.6.8 Konkrit Pre-Cast Kenderaan. • Bahan konkrit dimasukkan di dalam acuan dan dibentuk di kilang. • Saiznya boleh ditentukan mengikut keperluan. • Digunakan sebagai laluan siar kaki, driveway, dan tempat meletak kenderaan. 2.6.9 Konkrit Mampat Giling. • Konkrit mampat giling, kadangkala dikenali sebagai rollcrete, adalah satu konkrit kaku kandungan simen rendah yang diletakkan dengan menggunakan teknik yang dipinjam daripada kerja tanah dan penurapan. • Konkrit diletakkan pada permukaan yang hendak dilitupi, dan ia dipadatkan pada tempatnya dengan menggunakan jengiling (jentera pengiling), penggolek berat besar yang lazimnya digunakan dalam kerja tanah. • Campuran konkrit ini mencapai kepadatan tinggi dan akan mengeras bagi membentuk satu kepingan blok yang teguh. • Konkrit mampat giling digunakan untuk turapan konkrit dan membina empangan konkrit, kerana kandungan rendah simen menghasilkan kurang haba semasa pengerasan berbanding kebiasaannya bagi penuangan konkrit biasa yang banyak. 8
  • 9. Lampiran DPP C2 (b)-1 EXERCISE : 1. Kenapakah penggredan konkrit perlu dibuat? ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 2. Berapakah gred konkrit yang digunakan untuk konkrit tetulang tegas dulu? ____________________________________________________________ 3. Senaraikan TIGA (3) peralatan yang biasa digunakan dalam membancuh konkrit. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 4. Berapakah nisbah bancuhan konkrit untuk Gred 20 (G20)? ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ REFERENCE: 1. Jahiman Bin Badron, 2007 Teknologi Binaan Bangunan. 2. Tan Boon Tong, 2000 Teknologi Binaan Bangunan. 3. Yusop Bin Paal, Werdah Binti Abdul Halim, Sarifah Binti Daud, 2003 Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 4 9
  • 10. Lampiran DPP C2 (b)-1 EXERCISE : 1. Kenapakah penggredan konkrit perlu dibuat? ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 2. Berapakah gred konkrit yang digunakan untuk konkrit tetulang tegas dulu? ____________________________________________________________ 3. Senaraikan TIGA (3) peralatan yang biasa digunakan dalam membancuh konkrit. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 4. Berapakah nisbah bancuhan konkrit untuk Gred 20 (G20)? ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ REFERENCE: 1. Jahiman Bin Badron, 2007 Teknologi Binaan Bangunan. 2. Tan Boon Tong, 2000 Teknologi Binaan Bangunan. 3. Yusop Bin Paal, Werdah Binti Abdul Halim, Sarifah Binti Daud, 2003 Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 4 9