SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
DPP C2(b)
Institut Kemahiran MARA
Sungai Petani, Kedah
INFORMATION SHEET
PROGRAMME : SIJIL TEKNOLOGI PEMBETUNGAN
SESSION : JAN-DIS 2017 SEMESTER : 1A
CODE/COURSE :
TMV 1072 -
ENGINEERING DRAWING
SHEET NO : IS01
LECTURER :
PUAN NORAIDA WASHIFA BINTI
AHMAD
WEEK :
TOPIC : 1.0 INTRODUCTION TO ENGINEERING DRAWING
SUB-TOPIC :
1.1 Definition
1.2 Drafting equipment’s and instrument
1.3 Care of maintenance of drafting equipment
LEARNING
OUTCOME :
Di akhir unit ini pelajar sepatutnya dapat:
a. Mengenalpasti peralatan lukisan kejuruteraan dan
mengetahui cara menggunakannya.
b. Membina jenis – jenis garisan dalam lukisan
kejuruteraan dengan ciri – ciri yang piawai.
c. Membina lukisan kejuruteraan dengan berpandukan
piawaian am yang betul.
UNIT 1 : INTRODUCTION TO ENGINEERING DRAWING
1.0 PENGENALAN
Lukisan kejuruteraan merupakan lukisan garisan –garisan yang dibentuk
daripada pensil. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan
peralatan lukisan kejuruteraan, bukannya secara bebas tanpa menggunakan
peralatan. Lukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk
objek dengan lebih terperinci dan disertakan dengan saiz dan ukuran dari
semua arah pandangan.
Page 1 of 16
DPP C2(b)
1.1 TUJUAN DAN JENIS – JENIS LUKISAN KEJURUTERAAN
Secara teknikalnya lukisan kejuruteraan boleh dipecahkan kepada dua iaitu:
i. Lukisan mesin; Iaitu lukisan pemasangan yang dikhususkan kepada
proses mencantum dan membuka komponen untuk memenuhi tujuan
pembuatan, selenggaraan atau persembahan.
ii. Lukisan kerja; Iaitu lukisan yang menerangkan dengan terperinci
bagaimana sesuatu komponen itu harus dihasilkan dan apakah yang
patut dicapai oleh sesuatu pengeluaran itu. Lukisan ini juga menunjukkan
sifat akhir sesuatu komponen. Lukisan ini termasuklah Lukisan Terperinci,
Lukisan Butir, Lukisan Bahagian-bahagian dan Lukisan Pembuatan.
Orang-orang yang mempraktikkan seni ini dikenali sebagai pelukis plan.
Sebelum komputer berkembang pesat kebanyakan lukisan kejuruteraan
dilukis secara insani (Manual). Dewasa ini tugas melukis dipermudahkan
dengan kewujudan sistem Reka bentuk Terbantu Komputer. Namun sama
ada sesuatu lukisan itu dilukis secara insani atau dengan bantuan komputer,
lukisan berkenaan hendaklah mempunyai ciri Kebolehhasilan semula yang
baik, serta mematuhi spesifikasi lukisan dan piawaian lukisan kejuruteraan
tertentu yang telah ditetapkan.
1.1.1 Sistem Penilaian Lukisan
Semasa mempelajari lukisan kejuruteraan terdapat beberapa amalan
biasa yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar untuk menentukan
setiap lukisannya diterima mengikut peraturan lukisan.
Di antara sistem penilaian yang digunakan ialah
a. Ketepatan Melukis,
b. Teknik Melukis,
c. Kebersihan Melukis
d. Kepantasan Menyiapkan Lukisan.
1.1.1.1 Ketepatan
Setiap lukisan kejuruteraan hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran
yang tepat. Ini termasuk ketepatan ukuran saiz dan menggunakan
jenis – jenis garisan mengikut jenis pensil ataupun sepertimana yang
telah ditentukan.
1.1.1.2 Teknik Melukis
Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik –teknik yang telah
ditetapkan termasuk tekik membina garisan, cara membentuk objek
supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami.
Page 2 of 16
DPP C2(b)
1.1.1.3 Kebersihan Lukisan
Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai
lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati – hati
semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah – langkah
tertentu termasuk cara pengendalian alatan lukisan untuk memastikan
kekemasan dan kebersihan lukisannya.
1.1.1.4 Kepantasan Menyiapkan Lukisan
Amalan melukis dengan pantas dan dalam jangka waktu yang tertentu
akan menghasilkan seseorang pelukis yang produktif dan
berkeupayaan tinggi. Namun aspek ini tidak seharusnya
mengenepikan ciri – ciri lukisan kejuruteraan yang memerlukan
kemahiran – kemahiran tertentu.
1.1.2 Kepiawaian Lukisan
Sesuatu produk yang dihasilkan perlu melalui beberapa proses
pembuatan. Jurutera juga perlu mengatur maklumat, angka, tulisan
dan grafik dalam lukisan kejuruteraan. Bagi menyeragamkan segala
butiran ini, terdapat dua jenis kepiawaian diperkenalkan iaitu :
a. Kepiawaian Simbol
b. Kepiawaian Ukuran
1.1.2.1 Kepiawaian Simbol
Simbol ini digunakan sebagai alat berkomunikasi untuk mentafsirkan
maklumat yang terkandung dalam sesuatu lukisan kejuruteraan di
peringkat tempatan atau antarabangsa.
Terdapat beberapa institusi kepiawaian di peringkat tempatan dan
antarabangsa antaranya ialah :
i. Institute Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia
( SIRIM )
ii. Institut Piawaian Kebangsaan Amerika ( ANSI )
iii. Kepiawaian British ( BS )
iv. Pertubuhan Kepiawaian Antarabangsa ( ISO )
v. Kepiawaian Australia ( AS )
vi. Kepiawaian Industri German ( DIN )
vii. Kepiawaian Antarabangsa Jepun ( JIS )
1.1.2.2 Kepiawaian Ukuran
Penggunaan kepiawaian ukuran metrik diamalkan di peringkat
antarabangsa. Sistem metrik telah dilaksanakan di seluruh dunia,
tetapi masih terdapat negara yang menggunakan ukuran imperial.
Bagi memudahkan pelarasan piawaian metrik ini, jadual penukaran
ukuran disediakan.
Page 3 of 16
DPP C2(b)
1 meter - 1000 milimeter
1 meter - 100 sentimeter
1 sentimeter - 10 milimeter
1.2 PERALATAN DAN BAHAN LUKISAN KEJURUTERAAN
Rajah 1.1 Peralatan Lukisan
Ada beberapa jenis alatan dan bahan lukisan yang boleh digunakan untuk
membuat sesuatu lukisan. Pemilihan alat-alat ini bergantung pada jenis, saiz
dan kepentingan sesuatu lukisan itu. Terdapat pelbagai peralatan melukis
manual yang biasa digunakan. Setiap peralatan mempunyai ciri dan fungsi
tertentu. Jenis-jenis peralatan yang digunakan dalam lukisan seperti berikut :
a. Papan Lukis
b. Sesiku-T ( T-Square )
c. Sesiku Set ( Set Square )
d. Sesiku Set Boleh Laras ( Adjustable Set Square )
e. Jangka Sudut ( Protector )
f. Pembaris Skala ( Scale )
g. Set Jangka Lukis ( Instrument Set )
h. Pensil Lukisan ( Pencil )
i. Lengkung Perancis ( French Curve )
j. Lengkung boleh lentur ( Flexible French Curve )
k. Pemadam Pensil ( Eraser )
l. Perisai Pemadam ( Erasing Shield )
m. Plat Pencontoh.( Template )
n. Berus Lukisan (Drafting Brush)
1.2.1 Papan Lukisan / Meja Lukisan
Papan lukis biasanya berukuran 60 cm x 80 cm yang diperbuat papan
jenis lembut. Kertas lukisan diletakkan diatas papan lukis dan
biasanya akan ditampal dengan menggunakan pita atau dengan
Page 4 of 16
1 kaki - 12 inci
1 kaki - 300 milimeter
1 inci - 25 milimeter
DPP C2(b)
menggunakan klip bagi memudahkan kerja – kerja melukis dilakukan.
Rajah 1.1 Ukuran papan lukis
Rajah 1.2 Kedudukan kertas lukisan dengan Sesiku T di papan
lukis
Rajah 1.3 Meja lukis
1.2.2 Sesiku T
Sesiku T boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu
Page 5 of 16
DPP C2(b)
bahagian kepala dan bahagian bilah. Dalam kerja–kerja lukisan,
sesiku T menjadi pemandu untuk membuat garisan lurus mendatar
atau garisan menegak dengan perantaraan sesiku sudut. Sepanjang
penggunaan sesiku T, ianya digunakan rapat dengan papan sebelah
kiri. Selain itu juga, sesiku T boleh digunakan dalam keadan condong
ke atas atau ke bawah untuk membuat garisan condong .Rajah 1.3
menunjukkan cara menggerakkan sesiku T.
Rajah 1.4 Cara mengerakkan sesiku T
1.2.3 Sesiku Set ( Set Square )
Sesiku set terdiri daripada dua pasang sesiku yang bebentuk segitiga.
Kedua-dua sesiku ini mempunyai sudut yang berbeza iaitu:
a. Sudut 30º Dan Sudut 60º
b. Sudut 45º.
Diperbuat daripada plastik lutsinar bermutu tinggi. Pada bahagian tepi
setiap sesiku set terdapat unit ukuran. Digunakan bersama-sama
dengan sesiku T untuk melukis garisan tegak dan garisan condong.
Ciri-ciri sesiku set yang baik ialah bahagian tepi sesiku set perlu
berkeadaan lurus dan tidak melengkung.
Rajah 1.5 Sesiku Set
1.2.4 Sesiku Set Boleh Laras ( Adjustable Set Square )
Sesiku Set Boleh Laras lebih popular buat masa ini kerana ia boleh
dilaraskan kepada sudut-sudut yang di kehendaki. Ia juga di perbuat
Page 6 of 16
DPP C2(b)
dari pelastik lutsinar
Rajah 1.5 Sesiku Set
1.2.5 Set Jangka lukis ( Bofa Set @ Compass Set)
Rajah 1.5 Sesiku Set
Jangka lukis sangat diperlukan dalam kerja – kerja lukisan
kejuruteraan. Terdapat tiga jenis jangka lukis yang biasa digunakan.
i. Jangka Lukis ( Compass )
ii. Jangka Lukis Boleh Laras ( Adjustable Compass )
iii. Jangka Lukis Kecil ( Drop spring Bow Compass )
iv. Jangka Bahagi ( Divider )
v. Jangka Bahagi Boleh Laras ( Adjustable Divider)
1.2.5.1 Jangka Lukis ( Compass )
Jangka lukis digunakan untuk membentuk suatu garisan bulatan atau
lengkok. Jangka lukis terdiri daripada dua batang yang satu hujungnya
boleh bertemu dan boleh dilaraskan. Satu hujung mengandungi jarum
halus untuk diletakkan pada pusat sesuatu bulatan,atau lengkok dan
hujung yang satu lagi terdapat mata pensil untuk melukis atau
membentuk garisan.
Page 7 of 16
DPP C2(b)
Rajah 1.5 Sesiku Set
1.2.5.2 Jangka Lukis Boleh Laras ( Adjustable Compass )
Digunakan seperti jangka lukis biasa tetapi ia boleh di selaraskan
mengikut keperluan tanpa berubah.
Rajah 1.5 Sesiku Set
1.2.5.3 Jangka Lukis Kecil ( Drop spring Bow Compass )
Digunakan untuk melukis bulatan dan garis lengkok yang lebih kecil.
Rajah 1.5 Sesiku Set
Rajah 1.5 Cara menggunakan jangka lukis
1.2.5.4 Jangka Bahagi ( Divider )
Bentuk pembahagi hampir – hampir sama dengan jangka lukis,
bezanya pembahagi mempunyai dua mata jarum. Terdapat dua jenis
pembahagi iaitu:
a. Pembahagi Pegas
Page 8 of 16
DPP C2(b)
b. Pembahagi Bendul dan tradisi
Pembahagi digunakan untuk membahagikan sesuatu jarak kepada
beberapa bahagian yang sama atau untuk memindahkan sesuatu
jarak sekali atau berulang – ulang. Rajah 1.7 menunjukkan cara –
cara menggunakan pembahagi.
Rajah 1.6 Pembahagi Bendul dan tradisi
Rajah 1.6 Pembahagi bendul dan tradisi
Rajah 1.7 Cara menggunakan
pembahagi untuk membahagi satu garisan
1.2.6 Skala/Pengukur
Skala / pengukur dalam kerja – kerja lukisan kejuruteraan bukanlah
dijadikan untuk membuat garisan, tetapi hanya digunakan sebagai
pengukur sahaja. Skala yang digunakan mestilah dalam satu unit
sahaja bagi mengelakkan kekeliruan atau kesilapan semasa membuat
Page 9 of 16
DPP C2(b)
pengukuran. Setelah sesuatu ukuran itu diperolehi, pensil digunakan
sebagai penanda kepada ukuran tersebut. Penandaan yang lebih
tepat boleh diperoleh dengan menggunakan pembahagi atau mata
jangka lukis. Rajah 1.10 menunjukkan jenis – jenis pembaris yang
digunakan.
Rajah 1.10 Pembaris/ skala
1.2.7 Lengkung Perancis
Lengkung ini digunakan bagi melukis garis lengkung yang tidak boleh
dilukis dengan jangka lukis. Lengkung Perancis boleh didapati dalam
beberapa bentuk seperti dalam rajah 1.11.
Rajah 1.11 Bentuk – bentuk lengkung Perancis
Sebelum menggunakan lengkung Perancis, bentuk lengkung yang
hendak dilukis itu perlulah dilakarkan dengan menggunakan pensil
yang hitam ( HB ), tetapi garisan itu janganlah terlalu nyata. Setelah
itu barulah lengkung Perancis digunakan, seperti dalam rajah 1.12.
Kita perlu mencari satu bahagian daripada lengkuk itu yang selari
dengan garisan lakaran yang telah dilukis.
Page 10 of 16
DPP C2(b)
Rajah 1.12 Cara menggunakan lengkung Perancis
1.2.8 Pensil
Ada berbagai-bagai jenis pensil tetapi yang biasa digunakan oleh
arkitek dan jurutera ada tiga jenis iaitu :
i. Pensil Kayu
ii. Pensil Mekanikal
iii. Pensil Cekam
1.2.8.1 Pensil Kayu ( Pencil )
Terdapat pelbagai jenis pensil yang digunakan untuk melukis. Pensil
boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu keras, sederhana dan
lembut. Setiap bahagian digunakan untuk satu tugasan sahaja seperti
yang ditunjukkan dalam jadual kumpulan pensil. Kekerasan mata
pensil dinyatakan dengan huruf dan nombor yang terdapat pada
batang pensil itu. Pensil terbahagi kepada 18 gred iaitu :
Biasanya jenis pensil sama ada keras, sederhana dan lembut
ditentukan oleh gred kehitaman. Gred kehitaman yang biasa
digunakan dalam lukisan kejuruteraan ialah 2H, H dan HB. Pensil H
dan 2H biasanya digunakan pada peringkat awal kerja melukis,
manakala pensil HB digunakan pada peringkat akhir. Hal ini kerana
pensil gred H dan 2H tidak menampakkan kesan yang boleh
moncomotkan kertas lukisan. Jika membuat kerja awalan dengan
menggunakan pensil HB, kertas lukisan akan cepat kotor dan kurang
kemas.
Page 11 of 16
DPP C2(b)
Gred Pensil Kategori
9H, 8H
7H, 6H
5H, 4H
Keras
Pensil jenis ini menghasilkan garisan
ringan untuk garisan binaan, garisan
panduan penghurufan dan garisan yang
memerlukan ketepatan.
3H, 2H
H, F
HB, B
Sederhana
Pensil gred ini menghasilkan garisan
sederhana ringan. Sesuai digunakan
untuk membuat lakaran, penghurufan,
tanda anak panah, garisan objek dan
garisan tengah.
2B, 3B
4B, 5B
6B, 7B
Lembut
Pensil gred ini menghasilkan garisan
yang kasar dan boleh menyebabkan
kertas kotor dan comot.
JADUAL : Gred Pensil Lukisan
Rajah 1.13 Pensil kayu
1.2.8.2 Pensil Mekanikal (Mechanical Pencil )
Dalam lukisan kejuruteraan, pensil mekanikal lebih sesuai digunakan.
Ini kerana pensil mekanikal tidak perlu diasah dan dengan itu kerja –
kerja lukisan akan menjadi kemas. la menggunakan mata grafit
berdiameter 0.3 mm hingga 0-7 mm. la tidak perlu ditajamkan dan
mata grafitnya boleh diganti. Pensil mekanik yang sering digunakan
oleh arkitek berdiameter 0-5 mm kerana ia senang dikuasai dan
menghasilkan garis yang tajam serta halus.
Rajah 1.13 Pensil mekanikal
1.2.8.3 Pensil Cekam (Clutch Pencil )
Page 12 of 16
DPP C2(b)
Bentuk pensil cekam seakan-akan sama dengan pensil mekanikal
tetapi diameter mata grafitnya lebih besar. Pensil ini boleh
menghasilkan berbagai-bagai sifat garis. Mata pensil ini perlu
ditajamkan dengan pisau atau pengasah mekanik yang sedia
dibekalkan pada pangkal pensil itu. Pensil ini sangat baik untuk
lakaran bebas.
Rajah 1.13 Pensil Cekam
1.2.9 Getah Pemadam (Eraser)
Getah pemadam adalah satu alat
lukisan yang perlu ada pada setiap
pelajar. Ianya digunakan untuk
memadam garisan yang dibentuk
dengan pensil. Getah pemadam
yang berkualiti tinggi diperlukan bagi mengelakkan garisan yang
dipadam tidak meninggalkan kesan kepada permukaan kertas lukisan.
Rajah 1.13 Pensil Cekam
1.2.10 Perisai Pemadam (Erasing Shield)
Perisai pemadam di gunakan untuk melindungi bahagian garisan yang
tidak perlu di padam sewaktu kerja memadam di lakukan pada
lukisan.
Rajah 1.13 Perisai Pemadam
Page 13 of 16
DPP C2(b)
1.2.11 Plat Pencontoh. ( Template )
Alat tambahan untuk membantu pelukis mendapatkan keseragaman
bentuk dalam lukisan. Terdapat pelbagai jenis plat pencontoh untuk
pelbagai kegunaan tertentu mengikut bidang kejuruteraan. Plat
pencontoh untuk binaan geometri seperti bulatan, elips, segiempat
dan polygon. Plat pencontoh kejuruteraan pula mengandungi symbol
mengikut bidang kejuruteraan seperti mekanikal, elektrik, elektronik
dan seni bina
Rajah 1.13 Perisai Pemadam
1.2.12 Berus Lukisan (Drafting Brush)
Berus ini digunakan untuk membuang habuk lebihan pemadam dan
kekotoran lain yang terdapat di atas permukaan kertas lukisan.
Pengunaan tangan dan meniup kekotoran tidak di galakkan kerana
akan mengotorkan kertas lukisan.
Rajah 1.13 Perisai Pemadam
Page 14 of 16
DPP C2(b)
1.3 PIAWAIAN AM DALAM LUKISAN KEJURUTERAAN.
1.3.1 Kertas lukisan.
Kertas lukisan digunakan untuk membuat sesuatu lukisan yang dilukis
menggunakan pensil. Biasanya ukuran piawai ANSI ( American
National Standard Institute ) bagi kertas lukisan ialah seperti berikut:
1.3.2 Petak Tajuk.
Petak tajuk ialah ruangan khas yang disediakan pada setiap kertas
lukisan untuk memberikan keterangan tentang sesuatu lukisan yang
dilukis pada kertas lukisan itu seperti yang ditunjukkan dalam rajah
1.14.
Page 15 of 16
Saiz Ukuran
A0 841 mm x 1189 mm
A1 594 mm x 841 mm
A2 420 mm x 594 mm
A3 297 mm x 420 mm
A4 210 mm x 297 mm
DPP C2(b)
Rajah 1.14 Ruangan khas di atas kertas lukisan
Page 16 of 16

More Related Content

What's hot

Report mesin larik
Report mesin larikReport mesin larik
Report mesin larik
Asyraf Iqbal
 
Pengenalan kikir
Pengenalan kikirPengenalan kikir
Pengenalan kikir
ainkamis
 
Gerudi & mesin gerudi
Gerudi & mesin gerudiGerudi & mesin gerudi
Gerudi & mesin gerudi
ahhafizi2
 
Slide lukisan kejuruteraan
Slide lukisan kejuruteraanSlide lukisan kejuruteraan
Slide lukisan kejuruteraan
Nurain Husain
 
DMA 3053 – CNC MILLING SLIDE CHAPTER 3 (1).pptx
DMA 3053 – CNC MILLING SLIDE CHAPTER 3 (1).pptxDMA 3053 – CNC MILLING SLIDE CHAPTER 3 (1).pptx
DMA 3053 – CNC MILLING SLIDE CHAPTER 3 (1).pptx
Nur Farizan Ayoob
 
membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2
 membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2 membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2
membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2
Ziana J
 
Bab 2 alat alat tangan
Bab 2 alat   alat tanganBab 2 alat   alat tangan
Bab 2 alat alat tangan
hasnul73
 

What's hot (20)

AUTOCAD
AUTOCAD AUTOCAD
AUTOCAD
 
Report mesin larik
Report mesin larikReport mesin larik
Report mesin larik
 
Pengenalan kikir
Pengenalan kikirPengenalan kikir
Pengenalan kikir
 
Kertas kerja lukisan pemasangan
Kertas kerja lukisan pemasanganKertas kerja lukisan pemasangan
Kertas kerja lukisan pemasangan
 
Kompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinker
Kompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinkerKompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinker
Kompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinker
 
Nota isometrik
Nota isometrik Nota isometrik
Nota isometrik
 
Gerudi & mesin gerudi
Gerudi & mesin gerudiGerudi & mesin gerudi
Gerudi & mesin gerudi
 
Slide lukisan kejuruteraan
Slide lukisan kejuruteraanSlide lukisan kejuruteraan
Slide lukisan kejuruteraan
 
DMA 3053 – CNC MILLING SLIDE CHAPTER 3 (1).pptx
DMA 3053 – CNC MILLING SLIDE CHAPTER 3 (1).pptxDMA 3053 – CNC MILLING SLIDE CHAPTER 3 (1).pptx
DMA 3053 – CNC MILLING SLIDE CHAPTER 3 (1).pptx
 
Jigs and fixture
Jigs and fixtureJigs and fixture
Jigs and fixture
 
Unit6
Unit6Unit6
Unit6
 
Asas autocad 2D
Asas autocad 2DAsas autocad 2D
Asas autocad 2D
 
PEMAHAMAN LUKISAN ARKITEK, PELAN SUSUNATUR, DAN SKALA
PEMAHAMAN LUKISAN ARKITEK, PELAN SUSUNATUR, DAN SKALAPEMAHAMAN LUKISAN ARKITEK, PELAN SUSUNATUR, DAN SKALA
PEMAHAMAN LUKISAN ARKITEK, PELAN SUSUNATUR, DAN SKALA
 
topik 5 pengikat berulir
 topik 5 pengikat berulir topik 5 pengikat berulir
topik 5 pengikat berulir
 
1.0 intro to engineering drawing
1.0 intro to engineering drawing1.0 intro to engineering drawing
1.0 intro to engineering drawing
 
membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2
 membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2 membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2
membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2
 
Jenis alatan tangan dan fungsinya
Jenis alatan tangan dan fungsinyaJenis alatan tangan dan fungsinya
Jenis alatan tangan dan fungsinya
 
3.0 linework
3.0 linework3.0 linework
3.0 linework
 
Pemesinan Konvensional
 Pemesinan Konvensional Pemesinan Konvensional
Pemesinan Konvensional
 
Bab 2 alat alat tangan
Bab 2 alat   alat tanganBab 2 alat   alat tangan
Bab 2 alat alat tangan
 

Viewers also liked

Viewers also liked (15)

Toimintakulttuurin muutos ohjauksessa;: digitaalisuuden mahdollisuudet ja haa...
Toimintakulttuurin muutos ohjauksessa;: digitaalisuuden mahdollisuudet ja haa...Toimintakulttuurin muutos ohjauksessa;: digitaalisuuden mahdollisuudet ja haa...
Toimintakulttuurin muutos ohjauksessa;: digitaalisuuden mahdollisuudet ja haa...
 
Irene Porras Vega
Irene Porras VegaIrene Porras Vega
Irene Porras Vega
 
Oι πλανήτες
Oι πλανήτεςOι πλανήτες
Oι πλανήτες
 
Cinética enzimática
Cinética enzimática  Cinética enzimática
Cinética enzimática
 
Tourism final 16 proposals (by abad)
Tourism final 16 proposals (by abad)Tourism final 16 proposals (by abad)
Tourism final 16 proposals (by abad)
 
Music therapy in hungary – the life of mt 2
Music therapy in hungary – the life of mt 2Music therapy in hungary – the life of mt 2
Music therapy in hungary – the life of mt 2
 
El cartílago
El cartílago El cartílago
El cartílago
 
Muhammad Triyadi Adam
Muhammad Triyadi AdamMuhammad Triyadi Adam
Muhammad Triyadi Adam
 
Luthfiani azzahra
Luthfiani azzahraLuthfiani azzahra
Luthfiani azzahra
 
Node-express 채팅 서버 개발기
Node-express 채팅 서버 개발기Node-express 채팅 서버 개발기
Node-express 채팅 서버 개발기
 
Desarrollo humedal
Desarrollo humedalDesarrollo humedal
Desarrollo humedal
 
Banca delle terre agricole
Banca delle terre agricoleBanca delle terre agricole
Banca delle terre agricole
 
169714047 sequencia-de-atividades-dona-aranha
169714047 sequencia-de-atividades-dona-aranha169714047 sequencia-de-atividades-dona-aranha
169714047 sequencia-de-atividades-dona-aranha
 
Ijection Molding
Ijection MoldingIjection Molding
Ijection Molding
 
Buying Home in wife’s name brings along money saving opportunities
Buying Home in wife’s name brings along money saving opportunitiesBuying Home in wife’s name brings along money saving opportunities
Buying Home in wife’s name brings along money saving opportunities
 

Similar to 1.0 intro to engineering drawing (10)

Unit 1
Unit 1Unit 1
Unit 1
 
2.0 scale
2.0 scale2.0 scale
2.0 scale
 
BAB 4 LAKARAN PIKTORIAL.ppt
BAB 4 LAKARAN PIKTORIAL.pptBAB 4 LAKARAN PIKTORIAL.ppt
BAB 4 LAKARAN PIKTORIAL.ppt
 
Bab 4 lakaran_piktorial
Bab 4 lakaran_piktorialBab 4 lakaran_piktorial
Bab 4 lakaran_piktorial
 
RBT1 BAB 4 lakaran.pptx
RBT1 BAB 4 lakaran.pptxRBT1 BAB 4 lakaran.pptx
RBT1 BAB 4 lakaran.pptx
 
01 pengenalan lukisan kejuruteraan dan lukisan berbantu komputer (
01 pengenalan lukisan kejuruteraan dan lukisan berbantu komputer (01 pengenalan lukisan kejuruteraan dan lukisan berbantu komputer (
01 pengenalan lukisan kejuruteraan dan lukisan berbantu komputer (
 
Rptf2 ringkas
Rptf2 ringkasRptf2 ringkas
Rptf2 ringkas
 
CONTOH SOALAN - ITEM TIMSS 3
CONTOH SOALAN - ITEM TIMSS 3CONTOH SOALAN - ITEM TIMSS 3
CONTOH SOALAN - ITEM TIMSS 3
 
Unit2
Unit2Unit2
Unit2
 
Rancangan.mengajar(pelajar)
Rancangan.mengajar(pelajar)Rancangan.mengajar(pelajar)
Rancangan.mengajar(pelajar)
 

More from Mara

Elips
ElipsElips
Elips
Mara
 
Elips
ElipsElips
Elips
Mara
 

More from Mara (13)

Unit 2 concrete material 2.7
Unit 2 concrete material 2.7Unit 2 concrete material 2.7
Unit 2 concrete material 2.7
 
Unit 2 concrete material 2.5-2.6
Unit 2 concrete material 2.5-2.6Unit 2 concrete material 2.5-2.6
Unit 2 concrete material 2.5-2.6
 
Unit 2 concrete material 2.1-2.4
Unit 2 concrete material 2.1-2.4Unit 2 concrete material 2.1-2.4
Unit 2 concrete material 2.1-2.4
 
Unit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to constructionUnit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to construction
 
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTIONUnit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTION
 
Unit 2 contract 2.4-2.6
Unit 2 contract 2.4-2.6Unit 2 contract 2.4-2.6
Unit 2 contract 2.4-2.6
 
Unit 1 tender 1.4-1.5
Unit 1 tender 1.4-1.5Unit 1 tender 1.4-1.5
Unit 1 tender 1.4-1.5
 
Unit 2 contract 2.1-2.3
Unit 2 contract 2.1-2.3Unit 2 contract 2.1-2.3
Unit 2 contract 2.1-2.3
 
Unit 1 tender 1.3
Unit 1 tender 1.3Unit 1 tender 1.3
Unit 1 tender 1.3
 
Unit 1 tender 1.2
Unit 1 tender 1.2Unit 1 tender 1.2
Unit 1 tender 1.2
 
Unit 1 tender 1.1
Unit 1 tender 1.1Unit 1 tender 1.1
Unit 1 tender 1.1
 
Elips
ElipsElips
Elips
 
Elips
ElipsElips
Elips
 

Recently uploaded (6)

Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 

1.0 intro to engineering drawing

  • 1. DPP C2(b) Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Kedah INFORMATION SHEET PROGRAMME : SIJIL TEKNOLOGI PEMBETUNGAN SESSION : JAN-DIS 2017 SEMESTER : 1A CODE/COURSE : TMV 1072 - ENGINEERING DRAWING SHEET NO : IS01 LECTURER : PUAN NORAIDA WASHIFA BINTI AHMAD WEEK : TOPIC : 1.0 INTRODUCTION TO ENGINEERING DRAWING SUB-TOPIC : 1.1 Definition 1.2 Drafting equipment’s and instrument 1.3 Care of maintenance of drafting equipment LEARNING OUTCOME : Di akhir unit ini pelajar sepatutnya dapat: a. Mengenalpasti peralatan lukisan kejuruteraan dan mengetahui cara menggunakannya. b. Membina jenis – jenis garisan dalam lukisan kejuruteraan dengan ciri – ciri yang piawai. c. Membina lukisan kejuruteraan dengan berpandukan piawaian am yang betul. UNIT 1 : INTRODUCTION TO ENGINEERING DRAWING 1.0 PENGENALAN Lukisan kejuruteraan merupakan lukisan garisan –garisan yang dibentuk daripada pensil. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan, bukannya secara bebas tanpa menggunakan peralatan. Lukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih terperinci dan disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah pandangan. Page 1 of 16
  • 2. DPP C2(b) 1.1 TUJUAN DAN JENIS – JENIS LUKISAN KEJURUTERAAN Secara teknikalnya lukisan kejuruteraan boleh dipecahkan kepada dua iaitu: i. Lukisan mesin; Iaitu lukisan pemasangan yang dikhususkan kepada proses mencantum dan membuka komponen untuk memenuhi tujuan pembuatan, selenggaraan atau persembahan. ii. Lukisan kerja; Iaitu lukisan yang menerangkan dengan terperinci bagaimana sesuatu komponen itu harus dihasilkan dan apakah yang patut dicapai oleh sesuatu pengeluaran itu. Lukisan ini juga menunjukkan sifat akhir sesuatu komponen. Lukisan ini termasuklah Lukisan Terperinci, Lukisan Butir, Lukisan Bahagian-bahagian dan Lukisan Pembuatan. Orang-orang yang mempraktikkan seni ini dikenali sebagai pelukis plan. Sebelum komputer berkembang pesat kebanyakan lukisan kejuruteraan dilukis secara insani (Manual). Dewasa ini tugas melukis dipermudahkan dengan kewujudan sistem Reka bentuk Terbantu Komputer. Namun sama ada sesuatu lukisan itu dilukis secara insani atau dengan bantuan komputer, lukisan berkenaan hendaklah mempunyai ciri Kebolehhasilan semula yang baik, serta mematuhi spesifikasi lukisan dan piawaian lukisan kejuruteraan tertentu yang telah ditetapkan. 1.1.1 Sistem Penilaian Lukisan Semasa mempelajari lukisan kejuruteraan terdapat beberapa amalan biasa yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar untuk menentukan setiap lukisannya diterima mengikut peraturan lukisan. Di antara sistem penilaian yang digunakan ialah a. Ketepatan Melukis, b. Teknik Melukis, c. Kebersihan Melukis d. Kepantasan Menyiapkan Lukisan. 1.1.1.1 Ketepatan Setiap lukisan kejuruteraan hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini termasuk ketepatan ukuran saiz dan menggunakan jenis – jenis garisan mengikut jenis pensil ataupun sepertimana yang telah ditentukan. 1.1.1.2 Teknik Melukis Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik –teknik yang telah ditetapkan termasuk tekik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami. Page 2 of 16
  • 3. DPP C2(b) 1.1.1.3 Kebersihan Lukisan Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati – hati semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah – langkah tertentu termasuk cara pengendalian alatan lukisan untuk memastikan kekemasan dan kebersihan lukisannya. 1.1.1.4 Kepantasan Menyiapkan Lukisan Amalan melukis dengan pantas dan dalam jangka waktu yang tertentu akan menghasilkan seseorang pelukis yang produktif dan berkeupayaan tinggi. Namun aspek ini tidak seharusnya mengenepikan ciri – ciri lukisan kejuruteraan yang memerlukan kemahiran – kemahiran tertentu. 1.1.2 Kepiawaian Lukisan Sesuatu produk yang dihasilkan perlu melalui beberapa proses pembuatan. Jurutera juga perlu mengatur maklumat, angka, tulisan dan grafik dalam lukisan kejuruteraan. Bagi menyeragamkan segala butiran ini, terdapat dua jenis kepiawaian diperkenalkan iaitu : a. Kepiawaian Simbol b. Kepiawaian Ukuran 1.1.2.1 Kepiawaian Simbol Simbol ini digunakan sebagai alat berkomunikasi untuk mentafsirkan maklumat yang terkandung dalam sesuatu lukisan kejuruteraan di peringkat tempatan atau antarabangsa. Terdapat beberapa institusi kepiawaian di peringkat tempatan dan antarabangsa antaranya ialah : i. Institute Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia ( SIRIM ) ii. Institut Piawaian Kebangsaan Amerika ( ANSI ) iii. Kepiawaian British ( BS ) iv. Pertubuhan Kepiawaian Antarabangsa ( ISO ) v. Kepiawaian Australia ( AS ) vi. Kepiawaian Industri German ( DIN ) vii. Kepiawaian Antarabangsa Jepun ( JIS ) 1.1.2.2 Kepiawaian Ukuran Penggunaan kepiawaian ukuran metrik diamalkan di peringkat antarabangsa. Sistem metrik telah dilaksanakan di seluruh dunia, tetapi masih terdapat negara yang menggunakan ukuran imperial. Bagi memudahkan pelarasan piawaian metrik ini, jadual penukaran ukuran disediakan. Page 3 of 16
  • 4. DPP C2(b) 1 meter - 1000 milimeter 1 meter - 100 sentimeter 1 sentimeter - 10 milimeter 1.2 PERALATAN DAN BAHAN LUKISAN KEJURUTERAAN Rajah 1.1 Peralatan Lukisan Ada beberapa jenis alatan dan bahan lukisan yang boleh digunakan untuk membuat sesuatu lukisan. Pemilihan alat-alat ini bergantung pada jenis, saiz dan kepentingan sesuatu lukisan itu. Terdapat pelbagai peralatan melukis manual yang biasa digunakan. Setiap peralatan mempunyai ciri dan fungsi tertentu. Jenis-jenis peralatan yang digunakan dalam lukisan seperti berikut : a. Papan Lukis b. Sesiku-T ( T-Square ) c. Sesiku Set ( Set Square ) d. Sesiku Set Boleh Laras ( Adjustable Set Square ) e. Jangka Sudut ( Protector ) f. Pembaris Skala ( Scale ) g. Set Jangka Lukis ( Instrument Set ) h. Pensil Lukisan ( Pencil ) i. Lengkung Perancis ( French Curve ) j. Lengkung boleh lentur ( Flexible French Curve ) k. Pemadam Pensil ( Eraser ) l. Perisai Pemadam ( Erasing Shield ) m. Plat Pencontoh.( Template ) n. Berus Lukisan (Drafting Brush) 1.2.1 Papan Lukisan / Meja Lukisan Papan lukis biasanya berukuran 60 cm x 80 cm yang diperbuat papan jenis lembut. Kertas lukisan diletakkan diatas papan lukis dan biasanya akan ditampal dengan menggunakan pita atau dengan Page 4 of 16 1 kaki - 12 inci 1 kaki - 300 milimeter 1 inci - 25 milimeter
  • 5. DPP C2(b) menggunakan klip bagi memudahkan kerja – kerja melukis dilakukan. Rajah 1.1 Ukuran papan lukis Rajah 1.2 Kedudukan kertas lukisan dengan Sesiku T di papan lukis Rajah 1.3 Meja lukis 1.2.2 Sesiku T Sesiku T boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Page 5 of 16
  • 6. DPP C2(b) bahagian kepala dan bahagian bilah. Dalam kerja–kerja lukisan, sesiku T menjadi pemandu untuk membuat garisan lurus mendatar atau garisan menegak dengan perantaraan sesiku sudut. Sepanjang penggunaan sesiku T, ianya digunakan rapat dengan papan sebelah kiri. Selain itu juga, sesiku T boleh digunakan dalam keadan condong ke atas atau ke bawah untuk membuat garisan condong .Rajah 1.3 menunjukkan cara menggerakkan sesiku T. Rajah 1.4 Cara mengerakkan sesiku T 1.2.3 Sesiku Set ( Set Square ) Sesiku set terdiri daripada dua pasang sesiku yang bebentuk segitiga. Kedua-dua sesiku ini mempunyai sudut yang berbeza iaitu: a. Sudut 30º Dan Sudut 60º b. Sudut 45º. Diperbuat daripada plastik lutsinar bermutu tinggi. Pada bahagian tepi setiap sesiku set terdapat unit ukuran. Digunakan bersama-sama dengan sesiku T untuk melukis garisan tegak dan garisan condong. Ciri-ciri sesiku set yang baik ialah bahagian tepi sesiku set perlu berkeadaan lurus dan tidak melengkung. Rajah 1.5 Sesiku Set 1.2.4 Sesiku Set Boleh Laras ( Adjustable Set Square ) Sesiku Set Boleh Laras lebih popular buat masa ini kerana ia boleh dilaraskan kepada sudut-sudut yang di kehendaki. Ia juga di perbuat Page 6 of 16
  • 7. DPP C2(b) dari pelastik lutsinar Rajah 1.5 Sesiku Set 1.2.5 Set Jangka lukis ( Bofa Set @ Compass Set) Rajah 1.5 Sesiku Set Jangka lukis sangat diperlukan dalam kerja – kerja lukisan kejuruteraan. Terdapat tiga jenis jangka lukis yang biasa digunakan. i. Jangka Lukis ( Compass ) ii. Jangka Lukis Boleh Laras ( Adjustable Compass ) iii. Jangka Lukis Kecil ( Drop spring Bow Compass ) iv. Jangka Bahagi ( Divider ) v. Jangka Bahagi Boleh Laras ( Adjustable Divider) 1.2.5.1 Jangka Lukis ( Compass ) Jangka lukis digunakan untuk membentuk suatu garisan bulatan atau lengkok. Jangka lukis terdiri daripada dua batang yang satu hujungnya boleh bertemu dan boleh dilaraskan. Satu hujung mengandungi jarum halus untuk diletakkan pada pusat sesuatu bulatan,atau lengkok dan hujung yang satu lagi terdapat mata pensil untuk melukis atau membentuk garisan. Page 7 of 16
  • 8. DPP C2(b) Rajah 1.5 Sesiku Set 1.2.5.2 Jangka Lukis Boleh Laras ( Adjustable Compass ) Digunakan seperti jangka lukis biasa tetapi ia boleh di selaraskan mengikut keperluan tanpa berubah. Rajah 1.5 Sesiku Set 1.2.5.3 Jangka Lukis Kecil ( Drop spring Bow Compass ) Digunakan untuk melukis bulatan dan garis lengkok yang lebih kecil. Rajah 1.5 Sesiku Set Rajah 1.5 Cara menggunakan jangka lukis 1.2.5.4 Jangka Bahagi ( Divider ) Bentuk pembahagi hampir – hampir sama dengan jangka lukis, bezanya pembahagi mempunyai dua mata jarum. Terdapat dua jenis pembahagi iaitu: a. Pembahagi Pegas Page 8 of 16
  • 9. DPP C2(b) b. Pembahagi Bendul dan tradisi Pembahagi digunakan untuk membahagikan sesuatu jarak kepada beberapa bahagian yang sama atau untuk memindahkan sesuatu jarak sekali atau berulang – ulang. Rajah 1.7 menunjukkan cara – cara menggunakan pembahagi. Rajah 1.6 Pembahagi Bendul dan tradisi Rajah 1.6 Pembahagi bendul dan tradisi Rajah 1.7 Cara menggunakan pembahagi untuk membahagi satu garisan 1.2.6 Skala/Pengukur Skala / pengukur dalam kerja – kerja lukisan kejuruteraan bukanlah dijadikan untuk membuat garisan, tetapi hanya digunakan sebagai pengukur sahaja. Skala yang digunakan mestilah dalam satu unit sahaja bagi mengelakkan kekeliruan atau kesilapan semasa membuat Page 9 of 16
  • 10. DPP C2(b) pengukuran. Setelah sesuatu ukuran itu diperolehi, pensil digunakan sebagai penanda kepada ukuran tersebut. Penandaan yang lebih tepat boleh diperoleh dengan menggunakan pembahagi atau mata jangka lukis. Rajah 1.10 menunjukkan jenis – jenis pembaris yang digunakan. Rajah 1.10 Pembaris/ skala 1.2.7 Lengkung Perancis Lengkung ini digunakan bagi melukis garis lengkung yang tidak boleh dilukis dengan jangka lukis. Lengkung Perancis boleh didapati dalam beberapa bentuk seperti dalam rajah 1.11. Rajah 1.11 Bentuk – bentuk lengkung Perancis Sebelum menggunakan lengkung Perancis, bentuk lengkung yang hendak dilukis itu perlulah dilakarkan dengan menggunakan pensil yang hitam ( HB ), tetapi garisan itu janganlah terlalu nyata. Setelah itu barulah lengkung Perancis digunakan, seperti dalam rajah 1.12. Kita perlu mencari satu bahagian daripada lengkuk itu yang selari dengan garisan lakaran yang telah dilukis. Page 10 of 16
  • 11. DPP C2(b) Rajah 1.12 Cara menggunakan lengkung Perancis 1.2.8 Pensil Ada berbagai-bagai jenis pensil tetapi yang biasa digunakan oleh arkitek dan jurutera ada tiga jenis iaitu : i. Pensil Kayu ii. Pensil Mekanikal iii. Pensil Cekam 1.2.8.1 Pensil Kayu ( Pencil ) Terdapat pelbagai jenis pensil yang digunakan untuk melukis. Pensil boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu keras, sederhana dan lembut. Setiap bahagian digunakan untuk satu tugasan sahaja seperti yang ditunjukkan dalam jadual kumpulan pensil. Kekerasan mata pensil dinyatakan dengan huruf dan nombor yang terdapat pada batang pensil itu. Pensil terbahagi kepada 18 gred iaitu : Biasanya jenis pensil sama ada keras, sederhana dan lembut ditentukan oleh gred kehitaman. Gred kehitaman yang biasa digunakan dalam lukisan kejuruteraan ialah 2H, H dan HB. Pensil H dan 2H biasanya digunakan pada peringkat awal kerja melukis, manakala pensil HB digunakan pada peringkat akhir. Hal ini kerana pensil gred H dan 2H tidak menampakkan kesan yang boleh moncomotkan kertas lukisan. Jika membuat kerja awalan dengan menggunakan pensil HB, kertas lukisan akan cepat kotor dan kurang kemas. Page 11 of 16
  • 12. DPP C2(b) Gred Pensil Kategori 9H, 8H 7H, 6H 5H, 4H Keras Pensil jenis ini menghasilkan garisan ringan untuk garisan binaan, garisan panduan penghurufan dan garisan yang memerlukan ketepatan. 3H, 2H H, F HB, B Sederhana Pensil gred ini menghasilkan garisan sederhana ringan. Sesuai digunakan untuk membuat lakaran, penghurufan, tanda anak panah, garisan objek dan garisan tengah. 2B, 3B 4B, 5B 6B, 7B Lembut Pensil gred ini menghasilkan garisan yang kasar dan boleh menyebabkan kertas kotor dan comot. JADUAL : Gred Pensil Lukisan Rajah 1.13 Pensil kayu 1.2.8.2 Pensil Mekanikal (Mechanical Pencil ) Dalam lukisan kejuruteraan, pensil mekanikal lebih sesuai digunakan. Ini kerana pensil mekanikal tidak perlu diasah dan dengan itu kerja – kerja lukisan akan menjadi kemas. la menggunakan mata grafit berdiameter 0.3 mm hingga 0-7 mm. la tidak perlu ditajamkan dan mata grafitnya boleh diganti. Pensil mekanik yang sering digunakan oleh arkitek berdiameter 0-5 mm kerana ia senang dikuasai dan menghasilkan garis yang tajam serta halus. Rajah 1.13 Pensil mekanikal 1.2.8.3 Pensil Cekam (Clutch Pencil ) Page 12 of 16
  • 13. DPP C2(b) Bentuk pensil cekam seakan-akan sama dengan pensil mekanikal tetapi diameter mata grafitnya lebih besar. Pensil ini boleh menghasilkan berbagai-bagai sifat garis. Mata pensil ini perlu ditajamkan dengan pisau atau pengasah mekanik yang sedia dibekalkan pada pangkal pensil itu. Pensil ini sangat baik untuk lakaran bebas. Rajah 1.13 Pensil Cekam 1.2.9 Getah Pemadam (Eraser) Getah pemadam adalah satu alat lukisan yang perlu ada pada setiap pelajar. Ianya digunakan untuk memadam garisan yang dibentuk dengan pensil. Getah pemadam yang berkualiti tinggi diperlukan bagi mengelakkan garisan yang dipadam tidak meninggalkan kesan kepada permukaan kertas lukisan. Rajah 1.13 Pensil Cekam 1.2.10 Perisai Pemadam (Erasing Shield) Perisai pemadam di gunakan untuk melindungi bahagian garisan yang tidak perlu di padam sewaktu kerja memadam di lakukan pada lukisan. Rajah 1.13 Perisai Pemadam Page 13 of 16
  • 14. DPP C2(b) 1.2.11 Plat Pencontoh. ( Template ) Alat tambahan untuk membantu pelukis mendapatkan keseragaman bentuk dalam lukisan. Terdapat pelbagai jenis plat pencontoh untuk pelbagai kegunaan tertentu mengikut bidang kejuruteraan. Plat pencontoh untuk binaan geometri seperti bulatan, elips, segiempat dan polygon. Plat pencontoh kejuruteraan pula mengandungi symbol mengikut bidang kejuruteraan seperti mekanikal, elektrik, elektronik dan seni bina Rajah 1.13 Perisai Pemadam 1.2.12 Berus Lukisan (Drafting Brush) Berus ini digunakan untuk membuang habuk lebihan pemadam dan kekotoran lain yang terdapat di atas permukaan kertas lukisan. Pengunaan tangan dan meniup kekotoran tidak di galakkan kerana akan mengotorkan kertas lukisan. Rajah 1.13 Perisai Pemadam Page 14 of 16
  • 15. DPP C2(b) 1.3 PIAWAIAN AM DALAM LUKISAN KEJURUTERAAN. 1.3.1 Kertas lukisan. Kertas lukisan digunakan untuk membuat sesuatu lukisan yang dilukis menggunakan pensil. Biasanya ukuran piawai ANSI ( American National Standard Institute ) bagi kertas lukisan ialah seperti berikut: 1.3.2 Petak Tajuk. Petak tajuk ialah ruangan khas yang disediakan pada setiap kertas lukisan untuk memberikan keterangan tentang sesuatu lukisan yang dilukis pada kertas lukisan itu seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.14. Page 15 of 16 Saiz Ukuran A0 841 mm x 1189 mm A1 594 mm x 841 mm A2 420 mm x 594 mm A3 297 mm x 420 mm A4 210 mm x 297 mm
  • 16. DPP C2(b) Rajah 1.14 Ruangan khas di atas kertas lukisan Page 16 of 16