Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Pentadbiran Kontrak

  • Be the first to comment

Pentadbiran Kontrak

  1. 1. 1 Seksyen Pembangunan DasarPerolehan Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan Malaysia PENTADBIRAN KONTRAK KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
  2. 2. 2 1. Surat Niat (jika perlu) (SPP 5/2007) (apakah ciri-ciri SN) (Bolehkah SN dibatalkan?) 2. Surat Setuju Terima (tidak perlu rujuk) (apakah ciri- ciri SST) (Bolehkah SST dibatalkan, apakah implikasinya ?) (Siapa boleh tt SST?) Pernahkah anda membaca/melihat contoh SN/SST – contoh dlm. SPP 5/2007? 3. Dokumen Kontrak (disertakan bersama dokumen tender/sebut harga) (a) Dokumen kontrak hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: i. Syarat-syarat am kontrak; dan ii. Syarat-syarat khas yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak jika berkaitan. PENTADBIRAN KONTRAK
  3. 3. 3 b) Kontrakhendaklah ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa oleh Menteri yang berkenaan selaras dengan peruntukan Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Disemak 1973). (Siapakah boleh t.t. kontrak?) c) Dalam tempoh sebulan selepas kontrak ditandatangani, satu salinan kontrak hendaklah diedarkan kepada pihak: i. Ketua Audit Negara/Wakil Ketua Audit Negara di peringkat Negeri; ii. Akauntan/Bendahari Negeri.
  4. 4. 4 d) Setiap kontrak hendaklah menjaga kepentingan dan dasar-dasar Kerajaan. Format perjanjian yang telah disemak dan diluluskan oleh Peguamcara atau Penasihat Undang-undang hendaklah digunakan (draf hendaklah disertakan dalam dokumen tender). e) Agensi Kerajaan hendaklah sentiasa mengawasi prestasi kontrak. Tindakan sewajarnya hendaklah diambil jika kontraktor gagal memenuhi obligasi di bawah kontrak (dari awal).
  5. 5. 5 Klausa-klausa berikut hendaklah diberikan perhatian:- i. Bon pelaksanaan; ii. Waranti/kualiti barangan; iii. Jadual penghantaran/ tempoh siap; iv. Tempoh tanggungan kecacatan; v. Bayaran pendahuluan; vi. Bayaran kemajuan; (Pernahkah anda membaca kontrak?)
  6. 6. 6 vii. Arahan Perubahan Kerja (V.O) (untuk kontrak kerja sahaja); viii. Perlanjutan/perubahan kontrak; ix. Syarat perubahan harga; x. Ganti rugi kelewatan (LAD); xi. Set-off; xii. Penamatan kontrak; dan xiii. Klausa-klausa lain. (Klausa Pendaftaran dengan PKK/Kementerian Kewangan sepanjang tempoh kontrak)
  7. 7. 7 4. BON PELAKSANAAN a) Bon Pelaksanaan ialah deposit dalam bentuk:- i. Jaminan Bank ii. Jaminan Insurans iii. Jaminan Syarikat Kewangan iv. Jaminan Bank Islam v. Jaminan Takaful
  8. 8. 8 vi. Jaminan Bank Pembangunan Malaysia Berhad; vii. Wang Jaminan Pelaksanaan (untuk kontrak kerja sahaja). (PENGESAHAN BON PELAKSANAAN) (Apakah bentuk-bentuk BP yang boleh diterima untuk B/P/K) (Bolehkah Bekalan/Perkhidmatan/Kerja dimulakan sebelum BP dikemukakan?) (Bolehkah tempoh untuk mengemukakan BP dibenarkan) (Bolehkah BP dalam bentuk wang tunai/cek, draf bank diterima?
  9. 9. 9 b) Kadar bon pelaksanaan bagi kontrak bekalan/perkhidmatan: AP 176 (baru) i) 2.5% daripada jumlah harga kontrak bagi kontrak yang bernilai RM200,000 hingga RM500,000; ii) 5% daripada jumlah harga kontrak bagi kontrak yang bernilai melebihi RM500,000; dan
  10. 10. 10 iii) Bagi kontrak bermasa yang berkuatkuasa bagi tempoh dua tahun atau lebih, peratusan perkiraan bon pelaksanaan hendaklah dikira mengikut nilai kontrak satu (1) tahun sahaja. (KONTRAK DI BAWAH RM200 RIBU TIDAK LAGI DIKENAKAN BON PELAKSANAAN) (kontrak dua tahun, anggaran nilai setahun RM150,000, adakah dikenakan bon pelaksanaan?) (Apakah kadar BP untuk B/P) (Bagi kontrak yang dilanjutkan BP juga perlu dilanjutkan)
  11. 11. 11 PENGIRAAN KADAR BON PELAKSANAAN CONTOH 1 (Bekalan/Perkhidmatan) (i) Tempoh Kontrak : 3 tahun (ii) Nilai Kontrak : RM 4.5 juta (iii) Kadar Bon : 5% (berdasarkan anggaran nilai satu tahun RM1.5 juta) (iv) Jumlah (RM1.5 juta X 5%) = RM75,000.00 CONTOH 2 (Bekalan/Perkhidmatan) (i) Nilai Kontrak : RM 800,000.00 (ii) Tempoh Kontrak : 2 tahun (iii) Kadar Bon : 2.5% (berdasarkan anggaran nilai satu tahun RM400,000.00) (iv) Jumlah (RM400,000.00 X 2.5%) = RM10,000.00 (bukan RM800,000 X 5%=RM40,000 atau RM400,000 X 5% =RM20,000)
  12. 12. 12 PENGIRAAN KADAR BON PELAKSANAAN CONTOH 3 (Bekalan/Perkhidmatan) (i) Tempoh Kontrak : 3 tahun (ii) Nilai Kontrak : RM 300,000 (iii) Kadar Bon : 2.5% (berdasarkan anggaran nilai satu tahun RM100,000) (iv) Jumlah (RM100,000 X 2. 5%) = RM2,500.00 (Masih dikenakan bon kerana kontrak asal melebihi RM200,000)
  13. 13. 13 C) Kadar Bon Pelaksanaan bagi kontrak kerja: - 5% daripada nilai keseluruhan kontrak (AP 200.2)- baru CONTOH (KERJA) (i) Tempoh Kontrak/Siap : 3 tahun/36bulan (ii) Nilai Kontrak : RM 15 juta (iii)Kadar Bon : 5% (iv)Jumlah (RM15 juta X 5%) = RM750,000.00
  14. 14. 14 5. Tempoh Sah Laku Bon Pelaksanaan a) KontrakKerja Dua belas (12) bulan selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan. b) KontrakBekalan Dua belas (12) bulan selepas penghantaran terakhir atau tarikh tamat kontrak yang mana terkemudian.
  15. 15. 15 c) KontrakPerkhidmatan Dua belas (12) bulan selepas tamat kontrak. (Berapa lamakah tempoh sah laku BP?) Sebarang tuntutan daripada BP perlu dibuat dalam tempoh sah laku (Bagi kontrak yang dilanjutkan BP juga perlu dilanjutkan)
  16. 16. 16 PELEPASAN BON PELAKSANAAN Kontrak Bekalan/Perkhidmatan -setelah obligasi kontrak selesai -keluarkan surat pelepasan (letter of discharge) -barang guna habis boleh lepaskan lebih awal Kontrak Kerja -50% selepas Sijil Perakuan Siap dikeluarkan -permohonan secara bertulis -minta bon baru -selepas terima baru lepas yang asal -baki dilepaskan selepas 12 bulan kemudian (Bilakah BP boleh dilepaskan)
  17. 17. 17 6. WANGTAHANAN a) Wang tahanan dikenakan bagi kontrak kerja antarabangsa sahaja. b) Sekiranya kontrak kerja antarabangsa ditawarkan kepada kontraktor tempatan, wang tahanan tidak perlu dikenakan. c) Kadar yang dikenakan adalah 10% daripada nilai kerja tertakluk kepada had maksimum lima peratus (5%) daripada jumlah harga kontrak. d) Nilai wang tahanan bagi kerja-kerja sub-kontraktor yang dinamakan hendaklah mengikut nilai dan had yang ditetapkan dalam kontrak utama.
  18. 18. 18 7. DENDA Jika kontraktor gagal memenuhi obligasi kontrak, denda hendaklah dituntut dari kontraktor. Jika kontraktor gagal membayarnya, denda hendaklah dituntut dari bayaran kemajuan atau sebarang baki bayaran yang kontraktor berhak menerima. Sekiranya ini tidak dapat dilakukan tuntutan hendaklah dibuat daripada bon pelaksanaan. (Bolehkah denda dikurang/dikecualikan?) (Siapa boleh mengurangkan/mengecualikan denda?)
  19. 19. 19 8. TOLAKAN (SET-OFF) a) Jika denda dan bayaran-bayaran lain yang dikenakan itu melebihi nilai bon pelaksanaan dan kontraktor gagal membayarnya, denda boleh juga ditolak daripada apa-apa bayaran yang kontraktor berhak menerima daripada kontrak kontrak lain dengan Kerajaan. b) Tuntutan sivil dan tindakan selanjutnya hendaklah diambil jika semua tindakan di atas tidak berhasil.
  20. 20. 20 c) Klausa mengenai denda dan cara Kerajaan boleh memperolehinya hendaklah di- masukkan dalam kontrak. d) Agensi Kerajaan hendaklah memaklumkan kepada Perbendaharaan/PKK/CIDB mengenai apa-apa denda yang dituntut dan diterima daripada pembekal/kontraktor.
  21. 21. 21 9. TANGGUNGAN KECACATAN a) Kerja Kontraktor hendaklah memperbaiki apa- apa kecacatan ke atas kerja yang telah disiapkan. Jika kontraktor tidak berbuat demikian, perbelanjaan yang dikenakan untuk memperbaiki apa-apa kecacatan hendaklah dituntut daripada bon pelaksanaan.
  22. 22. 22 Tempoh tersebut dikira selepas penyiapan praktikal (practicalco m ple tio n). Tempoh tanggungan kecacatan hendaklah ditentukan berdasarkan kepada nilai-nilai berikut: i. Bagi kontrak kerja yang bernilai RM20,000 hingga RM 500,000 tempoh tanggungan kecacatan ialah enam (6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap; (AP200.5 baru)
  23. 23. 23 ii. Bagi kontrak kerja yang bernilai melebihi RM 500,000 tempoh tanggungan kecacatan hendaklah sekurang- kurangnya dua belas (12) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. (AP 200.5(ii)-baru) iii. Bagi kontrak kerja antarabangsa tempoh tanggungan kecacatan adalah sekurang-kurangnya 12 bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. Apakah tempoh-tempoh kecatatan bagi kontrak kerja?
  24. 24. 24 iv) Bagi kerja-kerja yang dilaksanakan oleh sub- kontraktor yang dinamakan tempoh tanggungan kecacatan adalah mengikut tempoh yang di- tetapkan dalam kontrak utama. v) Bagi kerja-kerja yang rumit, Jabatan hendaklah menetapkan tempoh tanggungan kecacatan tidak kurang daripada tempoh minimum yang ditetapkan di atas. (Apakah tempoh untuk tanggungan kecatatan bagi sub kontraktor yang dinamakan?)
  25. 25. 25 b) Bekalan dan Perkhidmatan Kontraktor hendaklah memperbaiki apa-apa kerosakan atau mengganti barang yang dibekalkan.Jika kontraktor tidak berbuat demikian, perbelanjaan untuk memperbaiki apa-apa kerosakan hendaklah dituntut daripada bon pelaksanaan. Jika kontraktor gagal mengganti barang yang ditolak penerimaannya, kos barang hendaklah dituntut daripada bon pelaksanaan. Jangka masa tempoh tanggungan kecacatan/waranti adalah bergantung kepada jenis, kerumitan barang dan tempoh waranti pembuat.
  26. 26. 26 10. BAYARAN PENDAHULUAN Kerja a) Dibenarkan bagi kerja yang dipelawa secara tempatan sahaja. b) Jumlah pembayaran sehingga 25% daripada nilai kerja pembina (builde r’s wo rks ) sahaja atau maksimum RM10 juta mengikut mana yang lebih rendah bagi kontraktor utama. c) Jumlah pembayaran sehingga 20% daripada nilai pakej kerja atau maksimum RM5 juta mengikut mana yang lebih rendah bagi No m inate d Sub Co ntracto r (NSC).
  27. 27. 27 d) Sebelum bayaran pendahuluan boleh dibayar: i. Surat setuju terima telah ditandatangani dan dikembalikan; ii. Bon pelaksanaan telah dikemukakan; dan iii. Polisi-polisi insurans seperti yang di- tetapkan dalam syarat-syarat kontrak telah dikemukakan.
  28. 28. 28 e) Kontraktor dikehendaki mengemukakan Jaminan Bank/Insurans/Syarikat Kewangan/ Bank Islam/Takaful yang sama nilainya dengan dengan jumlah pendahuluan. (berlainan daripada BP) f) Agensi hendaklah mendapatkan bayaran balik pendahuluan melalui potongan bayaran kemajuan. Tempoh pembayaran balik tidak boleh melebihi keseluruhan tempoh kontrak. (Sudahkah pendahuluan dikutip balik?) (Apakah kadar Bayaran Pendahuluan (BP) dan syarat-syarat untuk BP?)
  29. 29. 29 Bekalan dan Perkhidmatan a) Dibayar kepada kontraktor bekalan, perkhidmatan dan kontraktor bertaraf pembuat oleh Kementerian Kewangan dan membekalkan barangan secara kontrak kuantiti sahaja. b) Jumlah pembayaran sehingga 25% daripada nilai keseluruhan kontrak atau maksimum RM10 juta mengikut mana yang lebih rendah bagi pembuat dan pembekal tempatan. c) Jumlah pembayaran sehingga 15% daripada nilai kontrak atau maksimum RM5 juta mengikut mana yang lebih rendah bagi pembekal pekhidmatan tempatan.
  30. 30. 30 d) Kontraktor dikehendaki mengemukakan satu jaminan bagi jumlah yang sama nilainya dengan bayaran pendahuluan. Jaminan tersebut dalam bentuk Jaminan Bank / Syarikat Kewangan / Insurans / Bank Islam / Takaful / Bank Pembangunan Malaysia Berhad. e) Agensi hendaklah mendapatkan balik bayaran pendahuluan melalui potongan ke atas bayaran kemajuan mengikut peringkat kerja atau mengikut peringkat bekalan yang telah disempurnakan. Tempoh pembayaran balik ini tidak boleh melebihi keseluruhan tempoh kontrak. (Apakah kadar BP dan syarat-syarat untuk BP – B/P/K)
  31. 31. 31 Bayaran Kemajuan a) Untuk kontrak kerja boleh dibuat tidak lebih dari tiga (3) kali dalam tempoh empat (4) bulan pertama selepas keluarnya surat setuju terima tawaran dan sebelum perjanjian ditandatangani secara rasmi. b) Bayaran kemajuan yang seterusnya akan hanya dibuat selepas perjanjian kontrak rasmi ditandatangani. c) Bayaran kemajuan perlu dibayar dalam tempoh 14 hari.
  32. 32. 32 11. ARAHAN PERUBAHAN KERJA (UntukKontrakKerja) Definasi Arahan Perubahan Kerja Sesuatu perubahan kontrak kerja adalah sebarang penyimpangan daripada apa-apa yang telah dipersetujui dalam perjanjian kontrak berkaitan dengan pelan, spesifikasi dan/atau senarai kuantiti sama ada dipinda, ditambah atau dikurangkan.
  33. 33. 33 Cara Pelaksanaan Arahan Perubahan Kerja a) Kerja tambahan hendaklah seboleh-bolehnya dilaksanakan secara tender / sebut harga berasingan mengikut kehendak Arahan Perbendaharaan (AP) yang berkenaan dengannya. Pelaksanaan secara Arahan Perubahan Kerja hanya dibenarkan sekiranya pelaksanaan secara tender / sebut harga berasingan akan menjejaskan atau mengganggu kontrak yang sedang berjalan. b) Sebelum mengeluarkan arahan perubahan kerja, pastikan peruntukan mencukupi untuk menampung perbelanjaan tambahan dan kelulusan telah diperolehi terlebihi dahulu mengikut AP.
  34. 34. 34 Kriteria Arahan Perubahan Kerja Setiap perubahan kerja dalam kontrak kerja hendaklah memenuhi kriteria berikut:- a) Tempoh kontrak masih berjalan semasa arahan perubahan kerja dikeluarkan atau tempoh lain jika dibenarkan di bawah syarat-syarat kontrak; b) Perubahan tidak menukar sebahagian besar skop kerja asal; c) Bagi kerja tambahan, pelaksanaannya hendaklah ditapak bina kontrak sahaja; dan d) Bagi kerja gantian, perubahan adalah di dalam skop kontrak asal dan kerja yang ditentukan dalam kontrak asal.
  35. 35. 35 Asas Perkiraan Nilai Arahan Perubahan Kerja dan PihakBerkuasa Melulus Asas perkiraan nilai arahan perubahan kerja dan pihak berkuasa yang boleh meluluskannya hendaklah mengikut Arahan Perbendaharaan yang berkenaan (Rujuk SPP Bil. 7 Tahun 2007 dan AP 202 dan 203 baru). (Apakah kriteria/syarat untuk APK?)
  36. 36. 36 Perubahan Dan Perlanjutan Tempoh KontrakBagi KontrakBekalan dan Perkhidmatan (hanya terpakai apabila kontrakdicadang dilanjutkan) a) Perubahan atau perlanjutan tempoh sesuatu kontrak bekalan dan perkhidmatan hendaklah diluluskan oleh pihak berkuasa yang meluluskan tender asal dengan syarat berikut:- i. Perubahan atau perlanjutan tempoh kontrak tidak melibatkan perubahan harga;
  37. 37. 37 ii. Perlanjutan tempoh kontrak hanya diberi sekali sahaja dan tempoh maksimum adalah sehingga dua (2) tahun; dan iii. Tambahan kuantiti atau nilai tidak melebihi 50% daripada kontrak asal tertakluk kepada maksimum RM7.5 juta dengan syarat jumlah tambahan ini dan nilai kontrak asal tidak melebihi RM25 juta. (Apakah tindakan yang perlu diambil selepas kontrak dilanjutkan, lanjut BP, addendum kontrak?) (AP 201 baru) (Kontrak yang diuruskan melalui Sebut Harga boleh dilanjutkan) (Apakah syarat-syarat pelanjutan kontrak tender/sebut harga?) (Bolehkah kontrak yang sudah tamat dilanjutkan oleh agensi? – tidak boleh)
  38. 38. 38 Perubahan Harga Yang Dibenarkan DalamKontrakKerja a) Kontraktor kerja, jika diperuntukkan dalam kontraknya, boleh membuat tuntutan kenaikan harga bagi bahan-bahan binaan yang diluluskan oleh Perbendaharaan. Kadar kenaikan hendaklah berasaskan siaran Jabatan Perangkaan Malaysia. b) Bagi kontrak kerja yang berasaskan jadual harga, kontraktor tidak layak membuat tuntutan kenaikan harga bahan binaan.
  39. 39. 39 Perlanjutan Masa Bagi KontrakKerja (EOT) (rujuksurat edaran – 14/5/07) Boleh dibenarkan berpandukan kepada syarat-syarat kontrak. Pertimbangan biasanya boleh diberi berasaskan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan oleh pihak kontraktor iaitu:- a) Fo rce Maje ure ; b) Kelewatan atau kerosakan yang disebabkan oleh mana-mana perkara luar jangka yang disebut dalam kontrak; c) Arahan yang diberi oleh Pegawai Penguasa yang mengakibatkan penangguhan projek;
  40. 40. 40 d) Kelewatan disebabkan oleh Pengawai Penguasa berpunca dari arahan, lukisan, penamaan subkontraktor / pembekal yang diperuntukkan dalam kontrak atau kelewatan yang disebabkan oleh Kerajaan dalam melaksanakan kerja kemahiran yang tidak menjadi sebahagian daripada kontrak; e) Kelambatan memberi milik tapak bina mengikut kontrak; f) Apa-apa tindakan yang berpunca dari penyatuan pekerja-pekerja setempat atau mogok atau tutup pintu; dan g) Kontraktor tidak berupaya kerana sebab-sebab yang tidak dapat dikawal dan diramal olehnya dengan munasabah.
  41. 41. 41 Gantirugi Yang Ditentukan Dan Ditetapkan (LiquidatedandAscertainedDamages) (LAD) a) Sekiranya berlaku kelewatan yang tidak melayakkan kontraktor diberikan lanjutan masa, maka sejumlah gantirugi tertentu hendaklah dikenakan seperti dinyatakan di dalam dokumen kontrak. Pengecualikan bayaran LAD bagi tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan selepas tempoh kontrak kepada kontraktor Bumiputera tidak lagi dibenarkan (rujuk SAP bertarikh 18 Mac 2011) (terbaru) (Bolehkah LAD dikurangkan/dikecualikan?) (Siapa boleh mengurangkan/mengecualikan LAD?)
  42. 42. 42 Penamatan Kontrak a) Agensi Kerajaan hendaklah memastikan klausa mengenai hak Kerajaan untuk menamatkan kontrak pada bila-bila masa apabila kontraktor gagal memenuhi obligasi kontrak dimasukkan ke dalam perjanjian dan dikuatkuasakan apabila perlu. b) Sebelum menamatkan kontrak, peluang yang munasabah hendaklah diberikan kepada kontraktor. Ini termasuk memberi peringatan, amaran yang cukup dan mengeluarkan surat tunjuk sebab. (maklum PKK/CIDB/Perbendaharaan) (Apakah tindakan-tindakan yang perlu diambil sebelum menamatkan kontrak?)
  43. 43. 43 PEMILIKAN TAPAK/PERMULAAN KERJA - tarikh milik tapak tidak melebihi 4 minggu dari tarikh SST - Kontraktor mula kerja 2 minggu selepas milik tapak - Kerajaan berhak menamatkan kontrak jika kerja tidak dimulakan
  44. 44. 44 Isu-isu Pentadbiran Kontrak 1. Tidak mengadakan kontrak. 2. Kontrak lewat ditandatangani. 3. Tidak mentadbir atau menguatkuasakan kontrak 4. Tiada pemantauan dari awal lagi 5. Tindakan tidak diambil atas kelewatan membekal/gagal bekal 6. Projek lewat siap (SPP Bil. 8 Tahun 2009)                
  45. 45. 45 Isu-isu Pentadbiran Kontrak 7. Tiada atau kurang ujian kualiti. 8. Tindakan memberi amaran tidak dibuat. 9. Tindakan denda/LAD tidak atau lewat diambil 10.Pegawai tidak tahu syarat dan terma 11.Tiada pegawai dilantik memantau kontrak 12.Kontrak lewat dibaharui/dilanjutkan  Garis Panduan Mengenai Peranan Dan Tanggunjawab Pegawai Penguasa Projek (SPP Bil.6 Tahun 2011 bertarikh 8 Julai 2011)        
  46. 46. 46 PENTADBIRAN KONTRAK YANG BERKESAN Dapatkan salinan kontrak (proaktif) Baca kontrak dan ketahui obligasi kontraktor dan hak Kerajaan Dapatkan maklum balas daripada pengguna Adakan perbincangan/perjumpaan untuk menjayakan kontrak Adakan checkist pemantauan kontrak
  47. 47. 47 PENTADBIRAN KONTRAK YANG BERKESAN Kuatkuasakan kontrak dari awal lagi Lantik pegawai tertentu untuk mentadbir kontrak Minta laporan berkala mengenai semua kontrak Selenggara Daftar Kontrak
  48. 48. 48 PENTADBIRAN KONTRAK YANG BERKESAN Ambil tindakan atas kontraktor yang subkontrak Salinan surat peringatan/amaran kepada Kem Kewangan/PKK PENERIMAAN KAUNTITI, KUALITI DAN SPESIFIKASI YANG BETUL
  49. 49. 49

×