SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
MODUL AKTIVITI DALAMAN
Emergency Boat
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Komunikasi Berkesan, Pengurusan Konflik,
Menyelesaikan Masalah dan Kepimpinan, Kemahiran Berunding.
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Sinopsis : Suatu ketika berlakunya peristiwa sebuah kapal yang dilanda ombak besar yang
menyebabkan ia terbalik. Semua penumpang kapal telah mati kecuali 10 orang penumpang
kapal yang terselamat bersama-sama kapten kapal. Hanya terdapat sebuah bot penyelamat
sahaja yang boleh dinaiki oleh 2 orang. Bagaimana menyelesaikan konflik ini, kerana kapal
akan karam dalama masa 30 minit sahaja.
Red Blue Chip
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Pengurusan Risiko, Analisis, Kepimpinan
Organisasi
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Sinopsis : 10 kumpulan, 10 pusingan, pasaran saham sangat aktif, ekonomi yang turun naik,
namun risiko harus diambil juga. Pasaran saham biru dan merah yang berisiko tinggi,
keputusan untuk membuat pelaburan dengan jumlah tertentu memberi risiko kepada pelabur
jika berlaku kerugian yang mungkin boleh mengakibatkan mereka menjadi muflis.
Cast Away
Bentuk Aktiviti : Individu
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Kesesuaian Untuk : Pemikiran Kreatif, Pemikirian Kritis, Komunikasi Berkesan
Sinopsis : Terdampar di sebuah pulau tidak berpenghuni dengan hanya ada satu barang
sahaja bersama-sama yang harus digunakan untuk menyelamatkan anda selama 30 hari
terdampar dipulau tersebut. Bayangkan jika anda hanya mempunyai beberapa keeping duit
siling sahaja, apa yang boleh dilakukan oleh anda daripada duit siling tersebut ?
Epilog Silam
Bentuk Aktiviti : Individu
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Kesesuaian Untuk : EQ, Hubungan Interpersonal dan Intrapersonal, Motivasi diri
Sinopsis : Gumpalan tanah liat yang dibentuk menjadikan arca kisah silam dapat membantu
menceritakan kisah silam yang tak pernah diceritakan atau dikongsi dengan orang lain. selain
dapat meredakan keluh kesah yang lama terpendam ianya dapat menjadi pengajaran kepada
orang lain juga.
Roller Coaster Project
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Pemikiran Kreatif, Pengurusan Strategik
Sinopsis : Membina projek mega bukanlah sesuatu yang mudah tanpa perancangan yang baik,
kreativiti dan kerjasama dari ahli kumpulan. Namun begitu jika dilakukan dengan berkesan
ianya pasti memuaskan hati dan menyeronokan.
Save our Soul ( S.O.S )
Bentuk Aktiviti : Individu
Kesesuaian Untuk : Pengurusan Konflik, Menyelesaikan Masalah, EQ, Motivasi Diri,
Kemahiran Berunding
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Sinopsis : Suatu ketika berlakunya peristiwa sebuah kapal yang terlanggar batu karang yang
mengakibatkan kebocoran besar yang akan menyebabkan kapal akan karam. Malangnya
hanya ada sebuah bot penyelamat sahaja yang boleh digunakan. 100 penumpang kapal, 10
penumpang bot penyelamat, bagaimana membuat keputusan.
Death Trap
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Pengurusan Konflik, Menyelesaikan Masalah, Kepimpinan, Berfikiran
Kritis
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Sinopsis : Sekumpulan peserta ekspedisi terperangkap dalam gua di dalam satu ekspedisi gua
di sebuah pulau. Kesilapan dilakukan oleh pemandu ekspedisi mereka apabila menyangkakan
pada hari itu air laut akan pasang pada sebelah petang. Setelah kesemua peserta berada di
dalam gua, tiba-tiba air laut mula masuk kedalam pintu keluar yang sepatutnya menjadi jalan
keluar mereka pada pagi tersebut.
Pulau Impian
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Pengurusan Berkesan, Keusahawanan,
Kepimpinan, Pengurusan Masa.
Jangkamasa : 3 hari
Sinopsis : Pegawai tanah yang meminta habuan atas kelulusan, pegawai bank yang lewat
memberi pinjaman, masa yang sangat singkat untuk menyiapkan projek, harga barang yang
tidak menentu, keadaan ekonomi yang tidak stabil dan ahli kumpulan yang bermasalah. Inilah
cabaran yang harus ditempuhi anda dalam menyiap projek pulau impian.
MODUL AKTIVITI LUARAN
Reef Knot
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Komunikasi Berkesan, Kepimpinan
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Sinopsis : Membuat simpulan buku sila menggunakan seutas tali amat mudah dan boleh
disiapkan dalam masa kurang 10 saat. Bagaimana jika simpulan tersebut harus dibuat
menggunakan selembar tali jerami ( tali kapal ) sebesar lengan orang dewasa beramai-ramai,
mungkin mengambil masa lebih dari 1 jam, bayangkan jika dilaksanakan dibawah terik matahari
jam 2 petang !
Town Game
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Kerjasama bBerpasukan, Motivasi Diri, Kreativiti
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Sinopsis : Dalam usaha seseorang mencari sumber rezeki, banyak rintangan yang harus
ditempuhi yang kadangkala tanpa disedari, ada yang mengadai maruah dan membahayakan
diri. Walau apa jua rintangannya, pasti seseorang itu harus juga berusaha bersungguh-sungguh
mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan mereka.
War Game
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan ( Malam )
Keseuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Strategi dan Perancangan, Kepimpinan dan
komunikasi.
Jangkamasa : 2 jam
Sinopsis : Di dalam peperangan ada pepatah menyatakan ‘ Samada anda membunuh atau
anda terbunuh ‘. Pepatah tersebut jelas menunjukkan di dalam peperangan aka nada yang
menang dan yang tewas. Strategi dan perancangan rapi serta semangat kerjasama harus di
digunajan diperingkat yang semaksimum mungkin bagi mengelakkan anda terbunuh atau tewas
di dalam peperangan !
Benderaku
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Strategi, Kepimpinan dan Komunikasi
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Sinopsis : Menaikkan bendera dengan menggunakan paip berdiameter 2 cm dengan
ketinggian lebih dari 15 meter bukan sesuatu yang mudah jika tidak mendapat kerjasama dari
semua ahli pasukan.
Kunang-kunang
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan ( Malam )
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan,Memelihara Amanah, Kreativiti.
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Sinopsis : Api lilin adalah amanah yang harus dibawa dan dijaga oleh peserta, sukar apabila
amanah tersebut hanya dipegang oleh 6 utas benang disamping gangguan luar seperti angin
yang boleh menyebabkan api lilin terpadam.
Night Port
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan ( Malam )
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Komunikasi Berkesan
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Sinopsis : Alat komunikasi yang sudah jarang digunakan adalah Kod Morse. Bagaimana
sebuah kapal harus sampai ke pelabuhan dalam keadaan gelap hanya dengan berpandukan
arahan menggunakan kod morse ?
Multiway Tug of War
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kemahiran Perundingan, Strategi dan
Perancangan
Jangkamasa : 1 jam
Sinopsis : Pertandingan tarik tali empat penjuru dengan hanya satu pemenang, suatu yang
pelik tetapi boleh menjadi realiti bukan berlandaskan kekuatan tetapi strategi yang berkesan.
Black Box Orienteering
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kepimpinan
Jangkamasa : 2 jam
Sinopsis : Mencari arah menggunakan kompas ( orienteering ) merupakan sesuatu yang
seronok untuk dipelajari. Jika ianya dijadikan sebagai panduan untuk mencari arah tempat
tersembunyinya barang yang diperlukan untuk melengkapkan ‘ puzzle ‘ dalam aktiviti ‘ ala
xplorerace ‘, pastinya lebih menyeronokkan dan mencabar.
Chest Key Hunt
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kepimpinan, Komunikasi Berkesan
Jangkamasa : 2 jam
Sinopsis : Habuan yang akan diperolehi oleh pasukan yang menang adalah stok barang
makanan dan minuman. Ianya merupakan klimaks dalam pencarian kunci peti yang mencabar
ini. Strategi dan kadangkala nasib juga memainkan peranan dalam aktiviti ini. Awas, anda harus
mampu berfikir secara kreatif dan berfikir diluar kotak pemikiran anda jika tidak mahu kumpulan
lain merampas kunci peti yang menjadi rebutan.
Xplore Race
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan ( Berkereta )
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan
Jangkamasa : 3 jam
Sinopsis : Aktiviti xplorerace diluar kawasan latihan dimana peserta bergerak dalam kumpulan
( 4 orang ) menggunkan kenderaan. Setiap hentian ( check point ) mempunyai tugasan masing-
masing yang mencabar minda, fizikal dan emosi peserta.
Wacky Boat Race
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kreativiti dan Pengurusan Masa Berkesan
Jangkamasa : 2 jam
Sinopsis : Perlumbaan bot yang diperbuat dari kotak memang sesuatu yang menyeronokkan.
Kreativiti peserta untuk membina bot yang kalis air amat penting kerana kotak tidak dapat
bertahan lama dalam perlumbaan di atas air sejauh 50 meter !
JBA Pak Pandir
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kreativiti
Jangkamasa : 2 jam
Sinopsis : Membina empangan dan sistem saliran untuk mengalirkan air sungai ke rumah.
Mudah sahaja, tetapi bagaimana jika paip-paip yang disediakan tidak sama saiz dan ada pula
yang bocor.
Alamak ! Paip Bocor
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kreativiti, Menyelesaikan Masalah
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Sinopsis : Mengeluarkan bola pingpong dari sebatang paip yang bocor dengan menggunakan
air. Suatu kerja yang memenatkan jika tidak menyelesaikan terlebih dahulu permasalahan
utama iaitu paip yang bocor !
Nama/Tajuk : WE ARE SURVIVOR!
Disediakan oleh: Pn. Nazatul Islah.
Kesesuaian aktiviti: Aktiviti berkumpulan ( > 8 orang setiap kumpulan)
Peralatan Disediakan :
1) Mess Tins / Periuk
2) Mancis
3) Sudu
4) Batu bata (3 biji/kumpulan)
5) Talam
Peralatan Perlu Di cari :
1) Kayu api
Bahan-bahan yang di beri :
1) Beras
2) Telur
3) Sardin
4) Minyak masak
Objektif :
1) Memupuk semangat bekerjasamaantara pelajar di dalam kumpulan.
2) Mendidik pelajar untuk menghargai masa dengan manfaat.
3) Memupuk sikap bertanggungjawab sesama pelajar.
Aktiviti dan Permainan Terbaru!
Perjalanan Hidupku
Objektif: Melihat perjalanan hidup sejak lahir sehingga sekarang. Belajar daripada kepelbagaian
pengalaman individu lain.
Material: Peta Malaysia dan kiub mewakili diri peserta.
Perlaksanaan:
1. Fasilitator membentangkan peta Malaysia dihadapan peserta.
2. Fasilitator mengagihkan kiub dan meminta peserta menulis nama mereka di atas kiub tersebut.
3. Fasilitator memberi arahan,
“Anda diminta menceritakan tentang hidup anda, negeri mana anda dibesarkan dan berapa kali anda
berpindah. Anda perlu menggerakkan kiub apabila menceritakan tempat anda menetap. Jika anda
diminta memilih satu tempat untuk menetap di manakah anda akan pilih? Mengapa?”
4. Peserta diberikan masa selama 5 minit bagi menceritakan hidup mereka. Peserta lain dibenar kan
bersoal jawab dengan pembentang.
Pandang-pandang, cerita-cerita, lukis-lukis
Objektif: Memberikan kefahaman betapa pentingnya komunikasi dalam kumpulan.
Material: Gambar, pen marker dan kertas lukisan.
Perlaksanaan:
1. Sebuah lukisan diletakkan di sebuah bilik atau ruang tertutup.
2. Ketua kumpulan akan membahagikan kumpulan mereka kepada seorang pemandang, seorang
pelukis dan baki ahli kumpulan akan menjadi talian telefon.
3. Pemandang akan diberi masa selama 3 minit untuk melihat gambar yang digantung di dalam
sebuah bilik.
4. Setelah pemandang berpuas hati dengan ingatannya. Pemandang akan bergerak ke arah talian
telefon yang merupakan ahli kumpulan yang berbaris. Pemandang akan menggambarkan apa yang
dilihat sehingga beliau berpuas hati. Kemudian Talian 1 akan bergerak ke talian 2 untuk
menyampaikan maklumat. Ia berterusa sehingga talian habis. Kemudian talian terakhir akan
menyampaikan kepada pelukis. Pelukis akan melukis berdasarkan apa yang diceritakan kepadanya.
5. Hasil lukisan akan dibandingkan dengan lukisan asal.
6. Kenapakah ini terjadi? Bincangkan.
Perbincangan:
1. Mengapakah lukisan ini berbeza sedikit daripada lukisan asal?
2. Apakah kemungkinan-kemungkinan yang menyebabkan maklumat yang dikomunikasikan
berubah?
3. Bagaimana hasil aktiviti ini dapat diperbaik?
Nota Fasilitator:
Komunikasi dalam kumpulan kadang kala terganggu disebabkan atas beberapa faktor. Antaranya ;
penggunaan kata yang tidak tepat dalam mengkomunikasikan arahan dan tidak fokus semasa
menerima arahan.
Sebaiknya dalam gerakkerja atau tugasan yang memerlukan pemindahan arahan pastikan orang
yang menerima maklumat daripada kita jelas dan mampu menceritakan semula.
Ia dapat mengurangkan miscommunication yang apabila terjadi akan memberikan hasil yang tidak
baik.
Kesimpulan:
Komunikasi amat penting dalam melaksanakan tugasan berkumpulan. Kita perlu menitik beratkan
sekecil-kecil perkara dalam menyampaikan maklumat agar ia tidak menyusahkan kemudian hari.
100 Perkara Terpenting Hidup !
Objektif: Memberikan pengalaman kepada peserta bagaimana mereka menentukan keutamaan di
dalam hidup.
Material: Pen dan kertas A4
Perlaksanaan:
1. Fasilitator mengagihkan pen dan kertas A4 kepada peserta.
2. Fasilitator memberi arahan,
Tulis 100 perkara yang kamu rasakan penting dalam hidup. Kamu diberikan masa selama 30 minit
bagi menyelesaikan tugasan. Kamu dibenarkan berbincang dengan rakan kamu.”
3. Selepas 30 minit berlalu. Fasilitator memberi arahan selanjutnya,
“Kamu diminta memilih 10 perkara daripada perkara yang kamu senaraikan sebentar tadi yang kamu
anggap terpenting.”
4. Selepas peserta selesai memilih, Fasilitator memberi arahan lagi,
“Andai kata kamu berpeluang hidup seminggu lagi sahaja, pilih satu daripada 10 perkara yang kamu
anggap terpenting.”
5. Setiap pelajar diberi ruang untuk menceritakan pilihan mereka dan memberi hujah mengapa ia
dianggap sebagai penting.
Perbincangan:
1. Mengapa keutamaan kamu berubah?
2. Apakah faktor yang kamu pertimbangkan apabila menentukan keutamaan?
Nota Fasilitator:
Keutamaan dalam hidup dipengaruhi oleh pelbagai perkara. Contohnya, orang muda keutamaan
hidupnya sudah tentu berbera dengan orang yang berusia. Orang yang susah sudah tentu berbeza
dengan orang yang senang.
Orang yang hidup sihat keutamaannya berbeza dengan orang yang diambang maut. Ada keutamaan
hidup kita yang berubah oleh kerana itulah keputusan terbaik yang kita perlu ambil.
Namun, dalam membuat keutamaan apa-apa pun ia perlu dilihat dalam kerangka Islam. Bukan
kerangka nafsu yang akan merosakkan diri dan masa hadapan di dunia dan akhirat.
Kesimpulan:
Pastikan sebelum membuat pertimbangan ia dinilai dan difikirkan sedalam-dalamnya. Lebih penting
kita membuat pertimbangan mengikut garis panduan yang Islam telah tetapkan.
Lukisan Alam Kemas Kini
Objektif:
Memberi kesedaran sejauh mana hebatnya manusia namun dia tidak mampu mencipta sesuatu
yang dapat menandingi ciptaan Allah.
Material:
Pensel, kertas lukisan
Perlaksanaan:
Fasilitator mengagihkan kertas lukisan dan pensel kepada para peserta.
Fasilitator akan meminta mereka memilih apa sahaja pemandangan yang terdapat di sekitar mereka.
Cuba lukis setepat yang mungkin. Bagi masa selama sejam untuk melukis.
Minta peserta bandingkan lukisan mereka dengan pemandangan asal.
Perbincangan:
Adakah mereka dapat meniru pemandangan itu?
Jika ada dikalangan mereka yang benar-benar pandai melukis adakah ia akan sesempurna seperti
yang asal?
Nota Fasilitator:
Kebolehan manusia terbatas, sebagai manusia kita janganlah sombong kerana kita tidak pernah
memiliki apa-apa. Apa yang ada pada kita dunia ini hanyalah pinjaman.
Walaupun kita berusaha sekuat manapun kita tidak mampu menandingi ciptaan Allah.
Sehebat mana ilmu manusia, mereka masih perlu menanam padi bagi mendapatkan beras. Mereka
tidak mampu mencantumkan DNA untuk menghasilkan beras di dalam makmal tanpa ditanam.
Sebagai manusia kita perlu menyedari kita adalah hamba. Bersyukurlah atas segala ciptaan Tuhan
daripada kita cuba menjadi Tuhan seperti sesetengah orang.
Kesimpulan:
Kita adalah hamba yang diberikan keupayaan akal yang hebat daripada pencipta kita, Allah. Jangan
kita berasa takbur dengan ilmu kita sehingga kita terlupa akan-Nya.
Rebah Bersambut
Objektif : Mengajar tentang kepercayaan, nyawa juga boleh menjadi taruhan kerana kepercayaan.
Material : Kerusi dan tilam
Catatan: Aktiviti dilakukan dalam kumpulan yang terdiri daripada rakan-rakan yang sudah lama
berkenalan.
Perlaksanaan :
Peserta di minta berdiri membantuk bulatan.
Seorang peserta dipilih.
Fasilitator memberikan arahan,
“Kamu perlu memilih dua orang yang kamu paling percayai.”
Setelah peserta memilih dua orang teman yang paling dipercayai.
Fasilitator memberikan arahan,
“Rakan kamu ini akan merebahkan badannya. Kamu perlu menyambutnya. Oleh kerana, rakan kamu
percaya kepada kamu. Kamu perlu menyambutnya.“
Setelah aktiviti selesai dilakukan, bincangkan aktiviti ini.
Perbincangan:
Apa yang kamu dapat pelajari daripada aktiviti ini?
Adakah kamu yakin untuk melakukan aktiviti bersama orang yang baru kamu kenali?
Bagaimana kamu boleh percaya kepada rakan-rakan kamu?
Kesimpulan:
Kepercayaan bukan terbina sehari. Apabila kita boleh meletakkan nyawa kita kepada seseorang maka
ia cukup untuk menunjukkan betapa percayanya kita kepada seseorang itu.
Salah Tanggapan Budaya dan Islam
Objektif:Memberi pendedahan kepada peserta tentang berlakunya salah tanggapan dikalangan umat
Islam sendiri berkaitan pakaian budaya dan pakaian Islam.
Material: Kamera Video atau Handphone Berkamera
Perlaksanaan:
Fasilitator memberikan arahan, ”Kamu diminta merakamkan temubual dengan 10 orang rakan-rakan
kamu berkaitan apakah yang dimaksudkan dengan pakaian Islam. Setiap rakaman adalah antara 1-2
minit sahaja.”
Fasilitator, ” Kamu hanya dibenarkan merakam hanya dengan menggunakan kamera video atau
handphone berkamera.”
Peserta diberikan masa selama 2 minggu untuk menyiapkan tugasan.
Semasa hari tugasan, peserta akan menunjukkan rakaman masing-masing.
Perbincangan:
Dalam aktiviti yang dijalankan adakah jelas berlaku salah faham antara pakaian Islam dan pakaian
budaya?
Mengapakah ini berlaku?
Adakah orang cina dan india tidak boleh lagi memakai pakaian budayanya setelah dia memeluk
Islam?
Baju Melayu atau baju kurung adakah pakaian budaya atau Islam? Fikir-fikirkan.
Kesimpulan:
Dalam Islam kita mempunyai prinsip dan fleksibliti. Menutup aurat dengan sempurna adalah wajib
manakala fesyen pakaian kita adalah terpulang kepada kreativiti kita. Kita boleh memakai pakaian
Cheong Sam, namun ia perlulah dilabuhkan atau diubah sedikit fesyennya. Islam bukanlah menyekat
kita daripada bergaya tetapi ia masih ada sempadan yang wajib diikut.
Membilang Nikmat Kemas Kini
Objektif:
Menimbulkan kesedaran kepada peserta banyak nikmat Allah yang tidak mereka syukuri.
Material:
Whiteboard, pen marker dan Terjemahan Al-Qur’an
Perlaksanaan:
Para peserta diminta mengambil giliran menulis di whiteboard nikmat Allah yang diberikan kepada
kita.
Apabila mereka terfikir tentang sesuatu nikmat terus tulis.
Bagi peserta masa selama 1 jam..
Selepas 1 jam berlalu. Bincangkan.
Perbincangan:
Adakah mereka tertinggal apa-apa lagi nikmat yang mungkin mereka terlupa tetapi disebut oleh rakan
mereka?
Adakah semua nikmat akan habis ditulis jika dinding bangunan? Atau satu padang adakah mereka
mampu menuliskan semua nikmat berkenaan?
Adakah benar kita banyak berdoa kepada Allah semoga kita mendapat sesuatu perkara atau benda
tetapi melupakan apa yang sedia ada?
Pernahkah kita bersyukur?
Kesimpulan:
Jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya.
(Ibrahim: 34)
Langkah-langkah :
1) Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2) Setiap kumpulan akan menerima 1 set peralatan serta bahan-bahan.
3) Dalam tempoh 3 jam setiap kumpulan perlu menyediakan makanan tengah hari mereka
dengan menggunakan peralatan serta bahan-bahan yang telah diberikan.
4) Setelah selesai memasak, setiap ahli kumpulan perlulah menghabiskan makanan tersebut
sehingga habis.
5) Selesai makan, setiap pelajar perlulah membersihkan peralatan serta kawasan masing-
masing.
Impak :
1) Pelajar dapat memberi kerjasama sesamamereka.
2) Pelajar akan lebih tahu untuk menguruskan serta menghargai masa.
3) Pelajar dapat menanam sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri serta kumpulan
masing-masing

More Related Content

What's hot

Modul Kem Jati Diri Pusat Kokurikulum Negeri - Salam Mesra
Modul Kem Jati Diri Pusat Kokurikulum Negeri - Salam MesraModul Kem Jati Diri Pusat Kokurikulum Negeri - Salam Mesra
Modul Kem Jati Diri Pusat Kokurikulum Negeri - Salam MesraAbd Aziz Ibrahim
 
Full modul kursus kepimpinan[1]
Full modul kursus kepimpinan[1]Full modul kursus kepimpinan[1]
Full modul kursus kepimpinan[1]Harry Man
 
KEPIMPINAN
KEPIMPINANKEPIMPINAN
KEPIMPINANImsamad
 
Teori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William GlasserTeori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William Glasseradeendra
 
Modul ice breaking
Modul ice breakingModul ice breaking
Modul ice breakingRohani Jusoh
 
185974110 003-inventori-minat-kerjaya
185974110 003-inventori-minat-kerjaya185974110 003-inventori-minat-kerjaya
185974110 003-inventori-minat-kerjayaSk.Gumisi. Tenom
 
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif IslamiYusry Yusopp
 
Penilaian dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (2)
Penilaian dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (2)Penilaian dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (2)
Penilaian dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (2)Yokhanah Palani
 
Fasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling IndividuFasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling IndividuJessika Denis
 

What's hot (20)

25421422 proses-kelompok-kaunseling
25421422 proses-kelompok-kaunseling25421422 proses-kelompok-kaunseling
25421422 proses-kelompok-kaunseling
 
Modul Kem Jati Diri Pusat Kokurikulum Negeri - Salam Mesra
Modul Kem Jati Diri Pusat Kokurikulum Negeri - Salam MesraModul Kem Jati Diri Pusat Kokurikulum Negeri - Salam Mesra
Modul Kem Jati Diri Pusat Kokurikulum Negeri - Salam Mesra
 
Full modul kursus kepimpinan[1]
Full modul kursus kepimpinan[1]Full modul kursus kepimpinan[1]
Full modul kursus kepimpinan[1]
 
modul kursus kepimpinan.pdf
modul kursus kepimpinan.pdfmodul kursus kepimpinan.pdf
modul kursus kepimpinan.pdf
 
KEPIMPINAN
KEPIMPINANKEPIMPINAN
KEPIMPINAN
 
Aktiviti ldk
Aktiviti ldkAktiviti ldk
Aktiviti ldk
 
Teori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William GlasserTeori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William Glasser
 
Gaya kepimpinan
Gaya kepimpinanGaya kepimpinan
Gaya kepimpinan
 
Kepimpinan Strategik (Strategic Leader)
Kepimpinan Strategik (Strategic Leader)Kepimpinan Strategik (Strategic Leader)
Kepimpinan Strategik (Strategic Leader)
 
Slide definisi personaliti
Slide definisi personalitiSlide definisi personaliti
Slide definisi personaliti
 
Modul ice breaking
Modul ice breakingModul ice breaking
Modul ice breaking
 
185974110 003-inventori-minat-kerjaya
185974110 003-inventori-minat-kerjaya185974110 003-inventori-minat-kerjaya
185974110 003-inventori-minat-kerjaya
 
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
 
Penilaian dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (2)
Penilaian dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (2)Penilaian dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (2)
Penilaian dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (2)
 
Modul taaruf dan ukhuwah
Modul taaruf dan ukhuwahModul taaruf dan ukhuwah
Modul taaruf dan ukhuwah
 
Fasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling IndividuFasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling Individu
 
Perbezaan pengurus dan pemimpin
Perbezaan pengurus dan pemimpinPerbezaan pengurus dan pemimpin
Perbezaan pengurus dan pemimpin
 
laporan pengujian dan penilaian inventori nilai kerjaya
laporan pengujian dan penilaian inventori nilai kerjaya laporan pengujian dan penilaian inventori nilai kerjaya
laporan pengujian dan penilaian inventori nilai kerjaya
 
MODUL 10 MINIT UBK.pdf
MODUL 10 MINIT UBK.pdfMODUL 10 MINIT UBK.pdf
MODUL 10 MINIT UBK.pdf
 
Modul PRS
Modul PRSModul PRS
Modul PRS
 

More from hus kher

Koleksi pantun untuk pengacara majlis
Koleksi pantun untuk pengacara majlisKoleksi pantun untuk pengacara majlis
Koleksi pantun untuk pengacara majlishus kher
 
Kertas kerja kursus kepimpinan
Kertas kerja kursus kepimpinanKertas kerja kursus kepimpinan
Kertas kerja kursus kepimpinanhus kher
 
Quote usahawan
Quote usahawanQuote usahawan
Quote usahawanhus kher
 
Doa solat dhuha
Doa solat dhuhaDoa solat dhuha
Doa solat dhuhahus kher
 
Tahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawan
Tahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawanTahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawan
Tahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawanhus kher
 
Garis panduan aisas 2012
Garis panduan aisas 2012Garis panduan aisas 2012
Garis panduan aisas 2012hus kher
 

More from hus kher (6)

Koleksi pantun untuk pengacara majlis
Koleksi pantun untuk pengacara majlisKoleksi pantun untuk pengacara majlis
Koleksi pantun untuk pengacara majlis
 
Kertas kerja kursus kepimpinan
Kertas kerja kursus kepimpinanKertas kerja kursus kepimpinan
Kertas kerja kursus kepimpinan
 
Quote usahawan
Quote usahawanQuote usahawan
Quote usahawan
 
Doa solat dhuha
Doa solat dhuhaDoa solat dhuha
Doa solat dhuha
 
Tahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawan
Tahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawanTahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawan
Tahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawan
 
Garis panduan aisas 2012
Garis panduan aisas 2012Garis panduan aisas 2012
Garis panduan aisas 2012
 

Recently uploaded

Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 

Recently uploaded (20)

Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 

SURVIVOR TEAM BUILDING

  • 1. MODUL AKTIVITI DALAMAN Emergency Boat Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Komunikasi Berkesan, Pengurusan Konflik, Menyelesaikan Masalah dan Kepimpinan, Kemahiran Berunding. Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : Suatu ketika berlakunya peristiwa sebuah kapal yang dilanda ombak besar yang menyebabkan ia terbalik. Semua penumpang kapal telah mati kecuali 10 orang penumpang kapal yang terselamat bersama-sama kapten kapal. Hanya terdapat sebuah bot penyelamat sahaja yang boleh dinaiki oleh 2 orang. Bagaimana menyelesaikan konflik ini, kerana kapal akan karam dalama masa 30 minit sahaja. Red Blue Chip Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Pengurusan Risiko, Analisis, Kepimpinan Organisasi Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : 10 kumpulan, 10 pusingan, pasaran saham sangat aktif, ekonomi yang turun naik, namun risiko harus diambil juga. Pasaran saham biru dan merah yang berisiko tinggi, keputusan untuk membuat pelaburan dengan jumlah tertentu memberi risiko kepada pelabur jika berlaku kerugian yang mungkin boleh mengakibatkan mereka menjadi muflis. Cast Away Bentuk Aktiviti : Individu Jangkamasa : 1 jam 30 minit Kesesuaian Untuk : Pemikiran Kreatif, Pemikirian Kritis, Komunikasi Berkesan Sinopsis : Terdampar di sebuah pulau tidak berpenghuni dengan hanya ada satu barang sahaja bersama-sama yang harus digunakan untuk menyelamatkan anda selama 30 hari terdampar dipulau tersebut. Bayangkan jika anda hanya mempunyai beberapa keeping duit siling sahaja, apa yang boleh dilakukan oleh anda daripada duit siling tersebut ? Epilog Silam Bentuk Aktiviti : Individu Jangkamasa : 1 jam 30 minit Kesesuaian Untuk : EQ, Hubungan Interpersonal dan Intrapersonal, Motivasi diri Sinopsis : Gumpalan tanah liat yang dibentuk menjadikan arca kisah silam dapat membantu menceritakan kisah silam yang tak pernah diceritakan atau dikongsi dengan orang lain. selain
  • 2. dapat meredakan keluh kesah yang lama terpendam ianya dapat menjadi pengajaran kepada orang lain juga. Roller Coaster Project Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Jangkamasa : 1 jam 30 minit Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Pemikiran Kreatif, Pengurusan Strategik Sinopsis : Membina projek mega bukanlah sesuatu yang mudah tanpa perancangan yang baik, kreativiti dan kerjasama dari ahli kumpulan. Namun begitu jika dilakukan dengan berkesan ianya pasti memuaskan hati dan menyeronokan. Save our Soul ( S.O.S ) Bentuk Aktiviti : Individu Kesesuaian Untuk : Pengurusan Konflik, Menyelesaikan Masalah, EQ, Motivasi Diri, Kemahiran Berunding Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : Suatu ketika berlakunya peristiwa sebuah kapal yang terlanggar batu karang yang mengakibatkan kebocoran besar yang akan menyebabkan kapal akan karam. Malangnya hanya ada sebuah bot penyelamat sahaja yang boleh digunakan. 100 penumpang kapal, 10 penumpang bot penyelamat, bagaimana membuat keputusan. Death Trap Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Pengurusan Konflik, Menyelesaikan Masalah, Kepimpinan, Berfikiran Kritis Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : Sekumpulan peserta ekspedisi terperangkap dalam gua di dalam satu ekspedisi gua di sebuah pulau. Kesilapan dilakukan oleh pemandu ekspedisi mereka apabila menyangkakan pada hari itu air laut akan pasang pada sebelah petang. Setelah kesemua peserta berada di dalam gua, tiba-tiba air laut mula masuk kedalam pintu keluar yang sepatutnya menjadi jalan keluar mereka pada pagi tersebut. Pulau Impian Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Pengurusan Berkesan, Keusahawanan, Kepimpinan, Pengurusan Masa. Jangkamasa : 3 hari Sinopsis : Pegawai tanah yang meminta habuan atas kelulusan, pegawai bank yang lewat memberi pinjaman, masa yang sangat singkat untuk menyiapkan projek, harga barang yang
  • 3. tidak menentu, keadaan ekonomi yang tidak stabil dan ahli kumpulan yang bermasalah. Inilah cabaran yang harus ditempuhi anda dalam menyiap projek pulau impian. MODUL AKTIVITI LUARAN Reef Knot Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Komunikasi Berkesan, Kepimpinan Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : Membuat simpulan buku sila menggunakan seutas tali amat mudah dan boleh disiapkan dalam masa kurang 10 saat. Bagaimana jika simpulan tersebut harus dibuat menggunakan selembar tali jerami ( tali kapal ) sebesar lengan orang dewasa beramai-ramai, mungkin mengambil masa lebih dari 1 jam, bayangkan jika dilaksanakan dibawah terik matahari jam 2 petang ! Town Game Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama bBerpasukan, Motivasi Diri, Kreativiti Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : Dalam usaha seseorang mencari sumber rezeki, banyak rintangan yang harus ditempuhi yang kadangkala tanpa disedari, ada yang mengadai maruah dan membahayakan diri. Walau apa jua rintangannya, pasti seseorang itu harus juga berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan mereka. War Game Bentuk Aktiviti : Berkumpulan ( Malam ) Keseuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Strategi dan Perancangan, Kepimpinan dan komunikasi. Jangkamasa : 2 jam Sinopsis : Di dalam peperangan ada pepatah menyatakan ‘ Samada anda membunuh atau anda terbunuh ‘. Pepatah tersebut jelas menunjukkan di dalam peperangan aka nada yang menang dan yang tewas. Strategi dan perancangan rapi serta semangat kerjasama harus di digunajan diperingkat yang semaksimum mungkin bagi mengelakkan anda terbunuh atau tewas di dalam peperangan ! Benderaku Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Strategi, Kepimpinan dan Komunikasi Jangkamasa : 1 jam 30 minit
  • 4. Sinopsis : Menaikkan bendera dengan menggunakan paip berdiameter 2 cm dengan ketinggian lebih dari 15 meter bukan sesuatu yang mudah jika tidak mendapat kerjasama dari semua ahli pasukan. Kunang-kunang Bentuk Aktiviti : Berkumpulan ( Malam ) Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan,Memelihara Amanah, Kreativiti. Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : Api lilin adalah amanah yang harus dibawa dan dijaga oleh peserta, sukar apabila amanah tersebut hanya dipegang oleh 6 utas benang disamping gangguan luar seperti angin yang boleh menyebabkan api lilin terpadam. Night Port Bentuk Aktiviti : Berkumpulan ( Malam ) Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Komunikasi Berkesan Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : Alat komunikasi yang sudah jarang digunakan adalah Kod Morse. Bagaimana sebuah kapal harus sampai ke pelabuhan dalam keadaan gelap hanya dengan berpandukan arahan menggunakan kod morse ? Multiway Tug of War Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kemahiran Perundingan, Strategi dan Perancangan Jangkamasa : 1 jam Sinopsis : Pertandingan tarik tali empat penjuru dengan hanya satu pemenang, suatu yang pelik tetapi boleh menjadi realiti bukan berlandaskan kekuatan tetapi strategi yang berkesan. Black Box Orienteering Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kepimpinan Jangkamasa : 2 jam Sinopsis : Mencari arah menggunakan kompas ( orienteering ) merupakan sesuatu yang seronok untuk dipelajari. Jika ianya dijadikan sebagai panduan untuk mencari arah tempat tersembunyinya barang yang diperlukan untuk melengkapkan ‘ puzzle ‘ dalam aktiviti ‘ ala xplorerace ‘, pastinya lebih menyeronokkan dan mencabar. Chest Key Hunt
  • 5. Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kepimpinan, Komunikasi Berkesan Jangkamasa : 2 jam Sinopsis : Habuan yang akan diperolehi oleh pasukan yang menang adalah stok barang makanan dan minuman. Ianya merupakan klimaks dalam pencarian kunci peti yang mencabar ini. Strategi dan kadangkala nasib juga memainkan peranan dalam aktiviti ini. Awas, anda harus mampu berfikir secara kreatif dan berfikir diluar kotak pemikiran anda jika tidak mahu kumpulan lain merampas kunci peti yang menjadi rebutan. Xplore Race Bentuk Aktiviti : Berkumpulan ( Berkereta ) Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan Jangkamasa : 3 jam Sinopsis : Aktiviti xplorerace diluar kawasan latihan dimana peserta bergerak dalam kumpulan ( 4 orang ) menggunkan kenderaan. Setiap hentian ( check point ) mempunyai tugasan masing- masing yang mencabar minda, fizikal dan emosi peserta. Wacky Boat Race Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kreativiti dan Pengurusan Masa Berkesan Jangkamasa : 2 jam Sinopsis : Perlumbaan bot yang diperbuat dari kotak memang sesuatu yang menyeronokkan. Kreativiti peserta untuk membina bot yang kalis air amat penting kerana kotak tidak dapat bertahan lama dalam perlumbaan di atas air sejauh 50 meter ! JBA Pak Pandir Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kreativiti Jangkamasa : 2 jam Sinopsis : Membina empangan dan sistem saliran untuk mengalirkan air sungai ke rumah. Mudah sahaja, tetapi bagaimana jika paip-paip yang disediakan tidak sama saiz dan ada pula yang bocor. Alamak ! Paip Bocor Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kreativiti, Menyelesaikan Masalah Jangkamasa : 1 jam 30 minit
  • 6. Sinopsis : Mengeluarkan bola pingpong dari sebatang paip yang bocor dengan menggunakan air. Suatu kerja yang memenatkan jika tidak menyelesaikan terlebih dahulu permasalahan utama iaitu paip yang bocor ! Nama/Tajuk : WE ARE SURVIVOR! Disediakan oleh: Pn. Nazatul Islah. Kesesuaian aktiviti: Aktiviti berkumpulan ( > 8 orang setiap kumpulan) Peralatan Disediakan : 1) Mess Tins / Periuk 2) Mancis 3) Sudu 4) Batu bata (3 biji/kumpulan) 5) Talam Peralatan Perlu Di cari : 1) Kayu api Bahan-bahan yang di beri : 1) Beras 2) Telur 3) Sardin 4) Minyak masak Objektif : 1) Memupuk semangat bekerjasamaantara pelajar di dalam kumpulan. 2) Mendidik pelajar untuk menghargai masa dengan manfaat. 3) Memupuk sikap bertanggungjawab sesama pelajar.
  • 7. Aktiviti dan Permainan Terbaru! Perjalanan Hidupku Objektif: Melihat perjalanan hidup sejak lahir sehingga sekarang. Belajar daripada kepelbagaian pengalaman individu lain. Material: Peta Malaysia dan kiub mewakili diri peserta. Perlaksanaan: 1. Fasilitator membentangkan peta Malaysia dihadapan peserta. 2. Fasilitator mengagihkan kiub dan meminta peserta menulis nama mereka di atas kiub tersebut. 3. Fasilitator memberi arahan, “Anda diminta menceritakan tentang hidup anda, negeri mana anda dibesarkan dan berapa kali anda berpindah. Anda perlu menggerakkan kiub apabila menceritakan tempat anda menetap. Jika anda diminta memilih satu tempat untuk menetap di manakah anda akan pilih? Mengapa?” 4. Peserta diberikan masa selama 5 minit bagi menceritakan hidup mereka. Peserta lain dibenar kan bersoal jawab dengan pembentang. Pandang-pandang, cerita-cerita, lukis-lukis Objektif: Memberikan kefahaman betapa pentingnya komunikasi dalam kumpulan. Material: Gambar, pen marker dan kertas lukisan. Perlaksanaan: 1. Sebuah lukisan diletakkan di sebuah bilik atau ruang tertutup. 2. Ketua kumpulan akan membahagikan kumpulan mereka kepada seorang pemandang, seorang pelukis dan baki ahli kumpulan akan menjadi talian telefon. 3. Pemandang akan diberi masa selama 3 minit untuk melihat gambar yang digantung di dalam sebuah bilik. 4. Setelah pemandang berpuas hati dengan ingatannya. Pemandang akan bergerak ke arah talian telefon yang merupakan ahli kumpulan yang berbaris. Pemandang akan menggambarkan apa yang dilihat sehingga beliau berpuas hati. Kemudian Talian 1 akan bergerak ke talian 2 untuk menyampaikan maklumat. Ia berterusa sehingga talian habis. Kemudian talian terakhir akan menyampaikan kepada pelukis. Pelukis akan melukis berdasarkan apa yang diceritakan kepadanya. 5. Hasil lukisan akan dibandingkan dengan lukisan asal. 6. Kenapakah ini terjadi? Bincangkan.
  • 8. Perbincangan: 1. Mengapakah lukisan ini berbeza sedikit daripada lukisan asal? 2. Apakah kemungkinan-kemungkinan yang menyebabkan maklumat yang dikomunikasikan berubah? 3. Bagaimana hasil aktiviti ini dapat diperbaik? Nota Fasilitator: Komunikasi dalam kumpulan kadang kala terganggu disebabkan atas beberapa faktor. Antaranya ; penggunaan kata yang tidak tepat dalam mengkomunikasikan arahan dan tidak fokus semasa menerima arahan. Sebaiknya dalam gerakkerja atau tugasan yang memerlukan pemindahan arahan pastikan orang yang menerima maklumat daripada kita jelas dan mampu menceritakan semula. Ia dapat mengurangkan miscommunication yang apabila terjadi akan memberikan hasil yang tidak baik. Kesimpulan: Komunikasi amat penting dalam melaksanakan tugasan berkumpulan. Kita perlu menitik beratkan sekecil-kecil perkara dalam menyampaikan maklumat agar ia tidak menyusahkan kemudian hari. 100 Perkara Terpenting Hidup ! Objektif: Memberikan pengalaman kepada peserta bagaimana mereka menentukan keutamaan di dalam hidup. Material: Pen dan kertas A4 Perlaksanaan: 1. Fasilitator mengagihkan pen dan kertas A4 kepada peserta. 2. Fasilitator memberi arahan, Tulis 100 perkara yang kamu rasakan penting dalam hidup. Kamu diberikan masa selama 30 minit bagi menyelesaikan tugasan. Kamu dibenarkan berbincang dengan rakan kamu.” 3. Selepas 30 minit berlalu. Fasilitator memberi arahan selanjutnya, “Kamu diminta memilih 10 perkara daripada perkara yang kamu senaraikan sebentar tadi yang kamu anggap terpenting.” 4. Selepas peserta selesai memilih, Fasilitator memberi arahan lagi,
  • 9. “Andai kata kamu berpeluang hidup seminggu lagi sahaja, pilih satu daripada 10 perkara yang kamu anggap terpenting.” 5. Setiap pelajar diberi ruang untuk menceritakan pilihan mereka dan memberi hujah mengapa ia dianggap sebagai penting. Perbincangan: 1. Mengapa keutamaan kamu berubah? 2. Apakah faktor yang kamu pertimbangkan apabila menentukan keutamaan? Nota Fasilitator: Keutamaan dalam hidup dipengaruhi oleh pelbagai perkara. Contohnya, orang muda keutamaan hidupnya sudah tentu berbera dengan orang yang berusia. Orang yang susah sudah tentu berbeza dengan orang yang senang. Orang yang hidup sihat keutamaannya berbeza dengan orang yang diambang maut. Ada keutamaan hidup kita yang berubah oleh kerana itulah keputusan terbaik yang kita perlu ambil. Namun, dalam membuat keutamaan apa-apa pun ia perlu dilihat dalam kerangka Islam. Bukan kerangka nafsu yang akan merosakkan diri dan masa hadapan di dunia dan akhirat. Kesimpulan: Pastikan sebelum membuat pertimbangan ia dinilai dan difikirkan sedalam-dalamnya. Lebih penting kita membuat pertimbangan mengikut garis panduan yang Islam telah tetapkan. Lukisan Alam Kemas Kini Objektif: Memberi kesedaran sejauh mana hebatnya manusia namun dia tidak mampu mencipta sesuatu yang dapat menandingi ciptaan Allah. Material: Pensel, kertas lukisan Perlaksanaan: Fasilitator mengagihkan kertas lukisan dan pensel kepada para peserta. Fasilitator akan meminta mereka memilih apa sahaja pemandangan yang terdapat di sekitar mereka. Cuba lukis setepat yang mungkin. Bagi masa selama sejam untuk melukis. Minta peserta bandingkan lukisan mereka dengan pemandangan asal. Perbincangan: Adakah mereka dapat meniru pemandangan itu? Jika ada dikalangan mereka yang benar-benar pandai melukis adakah ia akan sesempurna seperti yang asal? Nota Fasilitator: Kebolehan manusia terbatas, sebagai manusia kita janganlah sombong kerana kita tidak pernah memiliki apa-apa. Apa yang ada pada kita dunia ini hanyalah pinjaman. Walaupun kita berusaha sekuat manapun kita tidak mampu menandingi ciptaan Allah.
  • 10. Sehebat mana ilmu manusia, mereka masih perlu menanam padi bagi mendapatkan beras. Mereka tidak mampu mencantumkan DNA untuk menghasilkan beras di dalam makmal tanpa ditanam. Sebagai manusia kita perlu menyedari kita adalah hamba. Bersyukurlah atas segala ciptaan Tuhan daripada kita cuba menjadi Tuhan seperti sesetengah orang. Kesimpulan: Kita adalah hamba yang diberikan keupayaan akal yang hebat daripada pencipta kita, Allah. Jangan kita berasa takbur dengan ilmu kita sehingga kita terlupa akan-Nya. Rebah Bersambut Objektif : Mengajar tentang kepercayaan, nyawa juga boleh menjadi taruhan kerana kepercayaan. Material : Kerusi dan tilam Catatan: Aktiviti dilakukan dalam kumpulan yang terdiri daripada rakan-rakan yang sudah lama berkenalan. Perlaksanaan : Peserta di minta berdiri membantuk bulatan. Seorang peserta dipilih. Fasilitator memberikan arahan, “Kamu perlu memilih dua orang yang kamu paling percayai.” Setelah peserta memilih dua orang teman yang paling dipercayai. Fasilitator memberikan arahan, “Rakan kamu ini akan merebahkan badannya. Kamu perlu menyambutnya. Oleh kerana, rakan kamu percaya kepada kamu. Kamu perlu menyambutnya.“ Setelah aktiviti selesai dilakukan, bincangkan aktiviti ini. Perbincangan: Apa yang kamu dapat pelajari daripada aktiviti ini? Adakah kamu yakin untuk melakukan aktiviti bersama orang yang baru kamu kenali? Bagaimana kamu boleh percaya kepada rakan-rakan kamu? Kesimpulan: Kepercayaan bukan terbina sehari. Apabila kita boleh meletakkan nyawa kita kepada seseorang maka ia cukup untuk menunjukkan betapa percayanya kita kepada seseorang itu.
  • 11. Salah Tanggapan Budaya dan Islam Objektif:Memberi pendedahan kepada peserta tentang berlakunya salah tanggapan dikalangan umat Islam sendiri berkaitan pakaian budaya dan pakaian Islam. Material: Kamera Video atau Handphone Berkamera Perlaksanaan: Fasilitator memberikan arahan, ”Kamu diminta merakamkan temubual dengan 10 orang rakan-rakan kamu berkaitan apakah yang dimaksudkan dengan pakaian Islam. Setiap rakaman adalah antara 1-2 minit sahaja.” Fasilitator, ” Kamu hanya dibenarkan merakam hanya dengan menggunakan kamera video atau handphone berkamera.” Peserta diberikan masa selama 2 minggu untuk menyiapkan tugasan. Semasa hari tugasan, peserta akan menunjukkan rakaman masing-masing. Perbincangan: Dalam aktiviti yang dijalankan adakah jelas berlaku salah faham antara pakaian Islam dan pakaian budaya? Mengapakah ini berlaku? Adakah orang cina dan india tidak boleh lagi memakai pakaian budayanya setelah dia memeluk Islam? Baju Melayu atau baju kurung adakah pakaian budaya atau Islam? Fikir-fikirkan. Kesimpulan: Dalam Islam kita mempunyai prinsip dan fleksibliti. Menutup aurat dengan sempurna adalah wajib manakala fesyen pakaian kita adalah terpulang kepada kreativiti kita. Kita boleh memakai pakaian Cheong Sam, namun ia perlulah dilabuhkan atau diubah sedikit fesyennya. Islam bukanlah menyekat kita daripada bergaya tetapi ia masih ada sempadan yang wajib diikut. Membilang Nikmat Kemas Kini Objektif: Menimbulkan kesedaran kepada peserta banyak nikmat Allah yang tidak mereka syukuri. Material: Whiteboard, pen marker dan Terjemahan Al-Qur’an Perlaksanaan: Para peserta diminta mengambil giliran menulis di whiteboard nikmat Allah yang diberikan kepada kita. Apabila mereka terfikir tentang sesuatu nikmat terus tulis. Bagi peserta masa selama 1 jam.. Selepas 1 jam berlalu. Bincangkan. Perbincangan: Adakah mereka tertinggal apa-apa lagi nikmat yang mungkin mereka terlupa tetapi disebut oleh rakan mereka? Adakah semua nikmat akan habis ditulis jika dinding bangunan? Atau satu padang adakah mereka mampu menuliskan semua nikmat berkenaan? Adakah benar kita banyak berdoa kepada Allah semoga kita mendapat sesuatu perkara atau benda tetapi melupakan apa yang sedia ada? Pernahkah kita bersyukur?
  • 12. Kesimpulan: Jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya. (Ibrahim: 34)
  • 13. Langkah-langkah : 1) Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2) Setiap kumpulan akan menerima 1 set peralatan serta bahan-bahan. 3) Dalam tempoh 3 jam setiap kumpulan perlu menyediakan makanan tengah hari mereka dengan menggunakan peralatan serta bahan-bahan yang telah diberikan. 4) Setelah selesai memasak, setiap ahli kumpulan perlulah menghabiskan makanan tersebut sehingga habis. 5) Selesai makan, setiap pelajar perlulah membersihkan peralatan serta kawasan masing- masing. Impak : 1) Pelajar dapat memberi kerjasama sesamamereka. 2) Pelajar akan lebih tahu untuk menguruskan serta menghargai masa. 3) Pelajar dapat menanam sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri serta kumpulan masing-masing