SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
TUGASAN UMUM SEJARAH SPM KERTAS 3 2014 
CADANGAN SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN 
1. Tema: Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat . 
2. Batasan Kajian: 
· Sukatan pelajaran Sejarah Tingkatan 5/Bab 7. 
· Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen sehingga Negara Persekutuan. 
3. Cadangan soalan dan cadangan jawapan: 
a) Konsep/maksud demokrasi berparlimen. (5 markah)/ms 161-162 
· Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. 
· Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. 
· Rakyat berpeluang membentuk kerajaan. 
· Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. 
· Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan sedia ada. 
· Merupakan kerajaan rakyat dari rakyat dan untuk rakyat. 
b) Latar belakang perlaksanaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita. (5 markah)/ms 
161-162. 
· Malaysia memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen 
dan raja berpelembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. 
· Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. 
· Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
· Rakyat berpeluang membentuk kerajaan. 
· Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. 
· Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan sedia ada. 
· Merupakan kerajaan rakyat dari rakyat dan untuk rakyat. 
· Berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. 
c) Ciri-ciri demokrasi berparlimen. (30 markah)/ms 162-180. 
Konsep Perlembagaan 
· Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada 
pembentukan sesebuah kerajaan. 
· Tujuan perlembagaan adalah sebagai dokumen rasmi negara. 
· Mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk 
melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. 
· Parti politik yang mentadbir akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara. 
· Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan 
yang terkandung di dalamnya. 
· Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 september 1963 mengandungi 
183 perkara. 
· Perlembagaan ini mengandungi peruntukan seperti senarai kerajaan persekutuan, 
kerajaan negeri dan senarai bersama. 
· Institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan badan kehakiman. 
· Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara kerajaan 
persekutuan dengan kerajaan negeri kerana Malaysia merupakan sebuah negara 
persekutuan 
· Negeri -negeri yang bergabung dengan persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa 
dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dlm perlembagaan negeri 
Keluhuran perlembagaan 
· Bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu 
sendiri. 
· Bukti keluhuran perlembagaan ialah kuasa parlimen, kedudukan Yang Dipertuan 
Agong, kuasa perundangan dan kebebasan asasi diperuntukkan oleh perlembagaan 
· Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan 
· Yang Dipertuan Agong tertakluk kepada perlembagaan Malaysia. 
· Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang Dipertuan Agong, parlimen, 
jemaah Menteri, dan mahkamah 
· Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia 
adalah tidak sah 
Sebab-sebab pindaan Perlembagaan
· Melindungi kepentingan rakyat. 
· Menjaga keselamatan Negara. 
· Melicinkan urusan. 
· Supaya sentiasa releven. 
· Sesuai dengan keperluan semasa. 
· Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah. 
· Kandungan dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati. 
· Melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka. 
· Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan seorang 
individu daripada bercakap sewenang-wenangnya. 
· Mengelakkan perbalahan kaum. 
· Memelihara keselamatan/ketenteraman/ keharmonian masyarakat. 
PILIHAN RAYA DI MALAYSIA 
· Maksud dan Latar Belakang Pilihan Raya 
· Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada 
peringkat negeri atau persekutuan. 
· Pemilihan ini dilakukan secara sulit menggunakan prosedur yang telus dan teratur. 
· Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. 
· Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang. 
· Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah. 
· Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. 
· Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 
· Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 
· Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan 
Majlis Raja-Raja Melayu. 
· Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan 
bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang. 
· Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan 
raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada 
pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. 
Tujuan Pilihan Raya 
· Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan 
Undangan Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia. 
· Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi bagi Dewan Rakyat dan Dewan 
Undangan Negeri diadakan secara berasingan. 
· Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongaan kerusi di mana-mana 
kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. 
· Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, 
peletakan jawatan dan perlucutan jawatan.
· Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia 
dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu. 
Proses Pilihan Raya di Malaysia 
· Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya 
(SPR). 
· Penamaan calon. 
· Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding. 
· Pelancaran kempen pilihan raya. 
· Pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR. 
· Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih 
kepada pengundi di tempat pengundian. 
· Pengundi akan memangkah calon pilihannya pada kertas undi dan memasukkan 
kertas tersebut ke dalam peti undi. 
· Pembuangan undi. 
· Pengiraan undi. 
· Pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya. 
Kelayakan Calon 
· Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik 
yang mereka gemari. 
· Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya. 
· Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara 
Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang 
yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak 
disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah. 
· Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli 
Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau 
didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan. 
· Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas 
nama individu sebagai calon bebas. 
· Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon. 
Kelayakan Pengundi 
· Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan 
dalam Senarai Daftar Pemilih. 
· Menuruf perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang 
berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana 
kawasan pilihanraya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri mengundi dalam 
pilihanraya tersebut. 
· Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihanraya 
sahaja. 
· Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara 
dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan 
syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi.
Kempen Pilihan Raya 
· Di negara kita, sebelum proses pengundian dijalankan sama ada dalam pilihanraya 
umum atau pilihan raya kecil, calon daripada pelbagai parti yang bertanding 
dibenarkan berkempen. 
· Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja. 
· SPR telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang 
berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus setia. 
· Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam. 
· Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR. 
· Tujuannya untuk memastikan piliharaya dijalankan dengan efektif dan adil. 
Kepentingan Pilihan Raya 
· Pilihanraya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan 
demokrasi. 
· Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik 
semasa. 
· Mereka harus melibatkan diri dalam poses memilih pemimpin negara serta 
menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan 
raya. 
PERANAN BADAN KEHAKIMAN DAN SISTEM MAHKAMAH 
Badan kehakiman 
· Menentukan kesahihan undang-undang 
· Berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri 
· Mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah. 
· Perkara sivil berkaitan dengan saman. 
· Biasanya memerlukan afidavit (keterangan bertulis dengan mengangkat sumpah 
yang disaksikan oleh seorang peguam). 
· Perkara jenayah melibatkan kanun keseksaan. 
Sistem mahkamah 
· Berkuasa mentafsir perlembagaan negara. 
· Mentfsir undang-undang. 
· Mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan 
Negeri. 
· Berkuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. 
· Melaksanakan undang-undang 
· Tidak boleh meminda undang-undang. 
CIRI-CIRI BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF) 
· Berperanan mengubal undang-undang oleh Parlimen. 
· Bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. 
· Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Dewan Negara 
· Merupakan dewan tertinggi 
· Mengandungi 69 orang ahli. 
· Mewakili setiap negeri. 
· Ahli digelar Senator. 
· Tempoh keanggotaan adalah tiga tahun. 
· Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. 
· Senator setaraf sama dengan Ahli Parlimen. 
· Beliau boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. 
· Senator dilantik tanpa melalui pilihan raya oleh Yang di-Pertuan Agong. 
· Terdiri daripada individu yang memberi sumbangan cemerlang dan berpengalaman. 
· Dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang tertentu seperti 
perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian, dan kebajikan, atau mewakili sesuatu 
kumpulan minoriti seperti Orang Asli. 
· Keahlian Dewan Negara dibahagikan kepada tiga kumpulan. 
· Dua orang ahli yang dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Wilayah 
Perekutuan Kuala Lumpur dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan. 
· 40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang 
telah berjasa dan cemerlang dalam bidang profesional. 
Dewan Rakyat 
· Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting. 
· Ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. 
· Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli. 
· Mereka mewakili semua kawasan pilihan raya. 
· Tempoh keanggotaannya lima tahun. 
· Tugas utama menggubal dan meluluskan undang-undang di peringkat Dewan 
Rakyat. 
BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF) 
Jemaah Menteri 
· Terdiri daripada Jemaah Menteri atau Kabinet. 
· Merupakan badan pelaksana dasar kerajaan. 
· Pembuat dasar tertinggi negara. 
· Diketuai oleh Perdana Menteri. 
· Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau 
beberapa kementerian. 
Kementerian 
· Kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan. 
· Merancang serta menyelaraskan program pembangunan ekonomi dan sosial. 
· Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri. 
Menteri
· Menteri dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri , Setiausaha Parlimen dan 
Setiausaha Politik. 
· Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai 
Menteri Tak Berportfolio. 
· Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri. 
Perkhidmatan Awam 
· Perkhidmatan Awam diketuai oleh setiausaha Negara(KSN). 
· Bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. 
· Pentadbiran kementerian diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian (KSK). 
· KSK dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai pegawai perkhidmatan 
awam. 
· Kakitangan awam melaksanakan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan. 
· Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan dengan gelaran Ketua Pengarah. 
Badan Berkanun 
· Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan. 
· Mempunyai kuasa autonomi tertentu. 
· Mempunyai peruntukan kewangan tersendiri. 
· Ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri 
yang berkenaan. 
Suruhanjaya 
· Mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat, dan pemantauan disiplin. 
· Antara Suruhanjaya ialah Perkhidmatan Awam(SPA), Suruhanjaya Perkhidmatan 
Pendidikan (SPP), Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, 
Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera. 
Kronologi proses meluluskan undang-undang di Parlimen. 
· Proses meluluskan undang-undang di Parlimen dicadangkan oleh kementerian. 
· Penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara. 
· Pembacaan pertama di Dewan Negara dan 
· Pembacaan tajuk rang undang-undang sahaja. 
· Pembacaan kedua di Dewan Rakyat dan rang undang-undang dibahaskan. 
· Perbincangan secara terperinci tentang rang undang-undang pada peringkat 
jawatankuasa di Dewan Rakyat. 
· Pembacaan ketiga di Dewan Rakyat dan 
· Rang undang-undang dibahaskan semula sebelum diluluskan untuk dikemukakan ke 
Dewan Negara. 
· Pembentangan di Dewan Negara menjalankan proses yang sama seperti di Dewan 
Rakyat 
· Penyerahan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara kepada 
DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan dan dicop mohor. 
· Pewartaan atau pemberitahuan undang-undang dalam Warta Kerajaan.
d) Manfaat/faedah pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen kepada bangsa dan negara. (15 
markah) 
· Mengekalkan kestabilan politik. 
· Mengekalkan keamanan dalam negeri. 
· Menjamin kemakmuran ekonomi. 
· Melicinkan pentadbiran. 
· Rakyat dapat hidup dalam rukun perpaduan. 
· Rakyat bebas dan berhak menentukan kerajaan. 
· Mengekalkan kedaulatan negara. 
· Membentuk kerajaan yang adil serta stabil. 
· Dapat menjalankan pemerintahan secara perkongsian kuasa melalui Badan 
Legislatif, Eksekutif dan Judiasari. 
· Menjamin hak-hak istimewa orang Bumiputera tanpa mengabaikan hak-hak kaum 
lain. 
· Mengekalkan institusi Raja-Raja Melayu. 
· Suara rakyat dapat disampaikan kepada perwakilan di Parlimen/DUN untuk 
dibincangkan dan diselesaikan. 
· Rakyat bebas menjalankan urusan harian tanpa disekat. 
· Sistem pemerintahan yang mengambil kira kepentingan semua pihak. 
· Mana-mana jawapan yang munasabah. 
e) Kepentingan warganegara Malaysia memahami pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen. 
(15 markah) 
· Rakyat dapat tahu perjalanan dan kaedah serta proses (selok belok) pemerintahan. 
· Rakyat dapat memilih perwakilan yang adil dan saksama/tepat.
· Sebagai tanda cintakan kepada negara 
· Taat kepada raja. 
· Perpaduan sebagai asas kekuatan negara/masyarakat. 
· Sebagai pengisian kemerdekaan yang bermakna. 
· Rakyat dapat menunaikan tanggungjawab mereka terhadap negara seperti 
mempertahankan negara serta mengundi. 
· Untuk menyemai rasa patriotik terhadap negara. 
· Mengetahui undang-undang serta peraturan dan mematuhinya. 
· Membentuk identiti bangsa Malaysia. 
· Membentuk semangat kekitaan/kebersamaan walaupun banyak perbezaan dari segi 
sosioekonomi. 
· Setia kepada negara. 
· Menyemaikan semangat kerjasama sesama atau antara kaum. 
· Rakyat yang terlibat dengan politik dapat berpolitik secara sihat. 
· Segala kritikan terhadap kerajaan dapat disampaikan melalui saluran yang betul dan 
berhemah. 
· Kebebasan asasi dapat digunakan secara berhemah dan bijaksana. 
· Mana-mana jawapan yang munasabah. 
f) Kejayaan Malaysia kesan/hasil daripada pengamalan sistem pemerintahan demokrasi 
berparlimen. (15 markah) 
-Politik: 
· Kestabilan politik. Tiada perbalahan berlaku walaupun terdapat perbezaan dari segi 
pendapat, ideologi, agama dan etnik. 
· Persaingan politik berlaku dengan sihat walaupun terdapat parti kerajaan dan 
pembangkang. 
· Berjaya mengekalkan institusi beraja serta hak-hak istimewa orang Melayu.
· Keamanan dalam negara dapat dikekalkan kerana penjiwaan rakyat terhadap 
keluhuran perlembagaan. Malaysia juga diiktiraf antara tempat paling selamat 
didiami di dunia. 
· Dapat mematahkan serangan-serangan anasir luar terhadap kedaulatan negara 
seperti yang berlaku dalam peristiwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah. 
· Membentuk sebuah negara persekutuan yang kuat serta mapan. 
· Mana-mana jawapan yang munasabah. 
-Ekonomi: 
· Kekayaan negara dapat dikongsi bersama. Pembelaan terhadap golongan 
berpendapatan sederhana dan rendah. 
· Meyakinkan pelabur asing melabur dalam pelbagai sektor di negara kita kerana 
kestabilan politiknya. 
· Meningkatkan serta memajukan ekonomi negara disamping menjadikan negara 
berpendapatan tinggi. 
· Ekonomi pasaran bebas menjadikan Malaysia tumpuan utama rakan-rakan dagang 
antarabangsa. 
· Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang pesat membangun serta memilki 
acuan yang tepat untuk menjadi negara maju. 
· Wujudnya pelbagai koridor pembangunan ekonomi seperti Wilayah Pembangunan 
Iskandar Johor, Wilayah Pembangunan Negeri Pantai Timur dan sebagainya. 
· Mana-mana jawapan yang munasabah. 
-Sosial: 
· Pelbagai infrastruktur awam dibina untuk kemudahan orang ramai seperti jalan 
raya, jalan keretapi, premis-premis kerajaan 
· Pengukuhan perpaduan rakyat yang pelbagai kaum. 
· Rakyat bebas menjalankan urusan seharian tanpa gangguan dan sekatan. 
· Pelbagai mercu tanda negara dibina seperti Tugu Negara, Menara Berkembar 
Petronas, Litar F1 Sepang, KLIA dan sebagainya. 
· Kebebasan beragama walaupun agama rasmi persekutuan ialah agama Islam.
· Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sementara bahasa ibunda boleh 
diamalkan. 
· Membentuk identiti Bangsa Malaysia walaupun terdapat perbezaan, etnik, kaum, 
bahasa dan agama. 
· Membentuk masyarakat Satu Malaysia yang berlandaskan perpaduan dan 
kebersamaan sama ada semasa situasi senang atau sukar. 
· Menjadikan warganegara Malaysia yang patriotik, setia dan cinta kepada negara. 
· Mana-mana jawapan yang munasabah. 
g) Bukti sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia telah menjadi kunci kepada 
kestabilan politik. (15 markah) 
· Tiada perbalahan berlaku walaupun terdapat perbezaan dari segi pendapat, 
ideologi, agama dan etnik. 
· Persaingan politik berlaku dengan sihat walaupun terdapat parti kerajaan dan 
pembangkang. 
· Berjaya mengekalkan institusi beraja serta hak-hak istimewa orang Melayu. 
· Keamanan dalam negara dapat dikekalkan kerana penjiwaan rakyat terhadap 
keluhuran perlembagaan. Malaysia juga diiktiraf antara tempat paling selamat 
didiami di dunia. 
· Dapat mematahkan serangan-serangan anasir luar terhadap kedaulatan negara 
seperti yang berlaku dalam peristiwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah. 
· Membentuk sebuah negara persekutuan yang kuat serta mapan 
· Pemerintahan negara yang berdasarkan pengasingan kuasa demi memastikan 
pentadbiran negara berjalan dengan lancar. 
· Meneruskan amalan sistem pemerintahan beraja melalui konsep raja 
berpelembagaan. 
· Perlembagaan Persekutuan Malaysia dijadikan dokumen rasmi dan sebagai panduan 
untuk mentadbir negara.
· Kerajaan Malaysia merupakan sebuah kerajaan dari suara rakyat untuk rakyat. 
Rakyat berhak menentukan kerajaan. 
· Parti-parti politik dibenarkan bergerak dan berjalan mengikut undang-undang. 
· Sejak Tragedi Rusuhan Kaum 13hb Mei 1969, tiada lagi peristiwa rusuhan kaum yang 
mengancam keselamatan negara. 
· Mana-mana jawapan yang munasabah. 
h) Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara dalam pelaksanaan sistem pemerintahan 
demokrasi berparlimen dan langkah-langkah mengatasinya. (15 markah) 
-Cabaran: 
· Sebilangan rakyat yang tidak faham konsep pemerintahan demokrasi berparlimen 
sehingga menimbulkan kekacauan yang mengancam keharmonian negara. 
· Terdapat undang-undang/akta yang tidak releven dengan masa kini. 
· Terdapat penjawat awam yang tidak menjalankan tugas dengan amanah. 
· Terdapat parti politik yang sanggup melakukan politik kotor untuk mencapai 
matlamat politik. 
· Kebebasan asasi telah disalahgunakan dengan membelakangi undang-undang. 
· Kerenah birokrasi dalam pentadbiran. 
· Pentadbiran yang tidak cekap. 
· Sesetengah pihak mempertikaikan isu-isu sensitif dalam perlembagaan sehingga 
boleh mencetuskan sikap perkauman. 
· Mana-mana jawapan yang munasabah. 
-Cara mengatasi: 
· Pendidikan kesedaran sistem politik negara perlu ditekankan sejak di bangku 
sekolah lagi melalui mata pelajaran Sivik, Sejarah, Pendidikan Moral dan 
sebagainya.
· Meminda semula akta yang sudah lapuk dan tidak sesuai lagi dengan peredaran 
zaman. 
· Penekanan integriti dalam menjalankan tugas untuk semua penjawat awam dalam 
pelbagai sektor kerajaan. Penubuhan badan berkuasa seperti Suruhanjaya 
Pencegahan Rasuah Malaysia dan Institut Integriti Malaysia membolehkan 
pemantauan dijalankan terhadap penjawat awam supaya menjalankan tugas 
dengan amanah. 
· Menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada untuk membanteras aktiviti 
politik kotor dan juga kepada pihak-pihak tertentu yang mengancam keharmonian 
negara atas nama kebebasan. 
· Melaksanakan sistem piagam pelanggan yang mengutamakan pelanggan. 
· Menetapkan KPI sebagai kayu ukur dalam melaksanakan tugasan penjawat awam. 
· Mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba 
mempertikaikan/menyentuh isu-isu sensitif. 
· Mana-mana jawapan yang munasabah. 
i) Nilai-nilai murni dan iktibar daripada pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi 
berparlimen (10 markah) 
· Cinta kepada negara. 
· Bangga kepada negara. 
· Setia kepada negara. 
· Kebersamaan rakyat dan kerajaan dalam situasi sukar dan senang. 
· Kesaksamaan ekonomi. 
· Kebajikan rakyat dibela melalui pelbagai bantuan seperti BRIM, bantuan awal 
persekolahan dan sebagainya. 
· Perpaduan teras kekuatan bangsa Malaysia. 
· Amalan bekerjasama dan juga toleransi yang menjadi teras keharmonian rakyat 
pelbagai kaum di Malaysia. 
· Sanggup berkorban demi negara.
· Rakyat harus menunaikan tanggungjawab sosial kepada negara. 
· Amanah dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai penjawat awam. 
· Berpolitik secara sihat. 
· Menghormati institusi beraja di Malaysia. 
· Menghormati hak-hak setiap individu walaupun berbeza latar belakang, budaya, 
agama dan bahasa. 
· Mana-mana jawapan yang munasabah. 
j) Buktikan amalan demokrasi berparlimen telah memantapkan pembinaan negara bangsa 
Malaysia. (10 makah) 
· Mengekalkan institusi beraja di Malaysia seperti institusi Yang di Pertuan Agong dan 
pengekalan sultan dan raja sebagai ketua negeri. 
· Identiti nasional Bangsa Malaysia diwujudkan dan diperkukuhkan dengan nilai 
perpaduan. 
· Membentuk negara bangsa yang mengikut acuan sendiri dengan tidak 
meminggirkan budaya dan agama bangsa. 
· Konsep 1 Malaysia diterapkan sebagai semangat kekitaan, kebersamaan dan 
kesepaduan pelbagai bangsa dalam mengharungi situasi sukar dan senang. 
· Kerajaan yang dibentuk melalui pakatan murni melibatkan masyarakat yang 
berbilang kaum dengan meletakkan asas toleransi sebagai tunjang pemerintahan 
dan pentadbiran. 
· Semangat permuafakatan melalui persekutuan akan mengeratkan lagi perpaduan 
antara negeri di Malaysia. 
· Mewujudkan bangsa Malaysia yang kuat serta teguh kesetiaan kepada raja dan 
negara. 
· Perkongsian bijak antara kaum dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan 
sosial. 
· Kesediaan setiap warganegara yang terdiri daripada pelbagai kaum mengamalkan 
sikap tolak ansur dan kesederhanaan.
· Perkongsian kebudayaan melalui semangat kebangsaan seperti menyambut 
perayaan bersama. 
· Mana-mana jawapan yang munasabah. 
k) Peranan warganegara Malaysia dalam menjayakan sistem demokrasi berparlimen. (10 
markah) 
· Menganggotai mana-mana parti politik. 
· Mendaftar sebagai pemilih. 
· Menjadi calon pilihan raya. 
· Bertanding atas parti atau calon bebas. 
· Memilih pemimpin yang bertanggungjawab. 
· Memilih pemimpin yang amanah. 
· Memilih pemimpin berwawasan. 
· Memilih pemimpin yang mesra rakyat. 
· Tidak menyertai demonstrasi haram. 
· Tidak menganggotai pertubuhan haram. 
· Memilih pemimpin. 
· Menghormati hak asasi manusia. 
· Patuh pada undang-undang Negara. 
· Bertolak ansur. 
· Mana-mana jawapan yang munasabah. 
l) Mengapakah sistem demokrasi Malaysia dianggap unik dan istimewa? (10 markah) 
· Menerimapakai konsep raja berpelembagaan di peringkat persekutuan dan juga 
negeri. 
· Ketua negara ialah Yang di Pertuan Agong yang menjadi simbol kedaulatan dan 
payung negara. Yang di Pertuan Agong dipilih 5 tahun sekali. 
· Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri yang dilantik melalui pilihan raya. 
· Kuasa pemerintahan negara dijalankan berdasarkan konsep pengasingan kuasa 
untuk mengelakkan pembolotan kuasa melalui Badan Legislatif, Badan Eksekutif dan 
Badan Judiasari. 
· Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan sedia ada 
melalui pilihan raya. 
· Demokrasi di Malaysia bersifat penyertaan tidak langsung kerana rakyat memilih 
wakil mereka melalui pilihanraya dan wakil ini yang menganggotai Dewan Rakyat.
· Sejarahnya yang bermula hasil pakatan murni iaitu usaha semua kaum di Tanah 
Melayu menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. 
· Parti politik yang menang pilihanraya akan membentuk kerajaan. Ini mencerminkan 
kerajaan adalah di bawah kuasa tangan rakyat. 
· Politik di Malaysia melibatkan pelbagai kaum dan latar belakang sosioekonomi. 
· Mana-mana jawapan yang munasabah. 
m) Mengapakah Malaysia memilih amalan demokrasi berparlimen sebagai asas pemerintahan 
dan pentadbiran negara? (10 markah) 
· Selari dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia/termaktub dalam undang-undang. 
· Pemerintahan berasaskan konsep toleransi dan musyawarah. 
· Rakyat boleh memilih perwakilan mereka yang akan menyampaikan suara mereka di 
Parlimen. 
· Sesuai dengan rakyat yang berbilang kaum yang berbeza latar belakang sosio-ekonomi. 
· Dianggap satu bentuk pemerintahan yang lengkap dan mencakupi semua 
kepentingan kaum. Rakyat akan berpuas hati dan tidak melakukan penentangan 
terhadap kerajaan. 
· Konsep pengasingan kuasa melalui Badan Legislatif, Badan Eksekutif dan Badan 
Judisiari dapat mengelakkan pembolotan kuasa. 
· Mengekalkan institusi beraja sebagai simbol kedaulatan dan payung negara. 
· Memberi peluang kepada kerajaan yang baru dibentuk untuk menjalankan 
pentadbiran dan pemerintahan negara serta mendahulukan rakyat. Ia bertepatan 
dengan slogan “Sebuah Kerajaan Rakyat, Dari Rakyat dan Untuk Rakyat”. Rakyat 
akan menilai prestasi kerajaan dan membuat keputusan sama ada ingin 
mengekalkan atau menukarkan kerajaan dalam pilihan raya akan datang. 
· Pemerintahan Malaysia banyak dipengaruhi/mengambil contoh pentadbiran 
kolonial British dan kemudian disesuaikan mengikut acuan Malaysia. 
· Konsep pengagihan kuasa melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai 
Bersama dapat melicinkan pentadbiran Malaysia.
· Mana-mana jawapan yang munasabah. 
n) Rumusan (5 markah): 
Pengetahuan: 
· Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. 
· Kuasa pemeritahan dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan perundangan, badan 
pelaksanaan, dan badan kehakiman. 
· Sistem demokrasi melibatkan rakyat dalam pentadbiran. 
Iktibar 
· Sokongan rakyat menjamin kelicinan pentadbiran negara. 
· Kerjasama antara pemimpin dan rakyat menjamin kestabilan politik dan 
kemakmuran ekonomi. 
· Permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan dapat mengekalkan keharmoniam 
negara. 
· Kesetiaan dan semangat patriotisme mengukuhkan pembentukan identiti negara 
dan bangsa Malaysia. 
· Perpaduan rakyat menjamin kedaulatan negara. 
Harapan 
· Ialah rakyat bertanggungjawab mengamalkan ciri-ciri demokrasi supaya 
dapat meletakkan Malaysia sebagai negara yang berdaulat dan disegani di persada 
dunia. 
· Diharap semua rakyat mematuhi dan menghormati sistem pentadbiran negara demi 
kemakmuran. 
Peringatan: 
· Sila buat esei yang lengkap dalam tugasan spesifik. 
· Sila teliti dan fahami dahulu soalan spesifik sebelum menggunakan dapatan kajian ini. 
· Ini adalah sekadar cadangan jawapan. Calon boleh menggunakan/menambah dengan dapatan 
kajian lain.
Disediakan oleh: 
Che’gu Sejarah 
(Salehuddin bin Mohd Rokani)

More Related Content

What's hot

Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahenKertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahenMohd Muzlimi Junoh
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzetaGuru Sejarah
 
Kerajaan Demokrasi
Kerajaan DemokrasiKerajaan Demokrasi
Kerajaan Demokrasiasam jeruk
 
Perbentangan pengajian malaysia
Perbentangan pengajian malaysia Perbentangan pengajian malaysia
Perbentangan pengajian malaysia dka1a2015
 
Pilihan Raya di Malaysia
Pilihan Raya di MalaysiaPilihan Raya di Malaysia
Pilihan Raya di MalaysiaAkhy Sham
 
Hist note form 5 chap 7
Hist note form 5 chap 7Hist note form 5 chap 7
Hist note form 5 chap 7far84
 
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bMohd Muzlimi Junoh
 
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 9 sistem demokrasi berparlimen 010713 0...
Pengajian Malaysia: Modul c  subtopik 9 sistem demokrasi berparlimen 010713 0...Pengajian Malaysia: Modul c  subtopik 9 sistem demokrasi berparlimen 010713 0...
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 9 sistem demokrasi berparlimen 010713 0...Brenda Rachel Marie
 
Nota Pend. Sivik & Kewarganegaraan Ting. 2 bagi Tema 5
Nota Pend. Sivik & Kewarganegaraan Ting. 2 bagi Tema 5Nota Pend. Sivik & Kewarganegaraan Ting. 2 bagi Tema 5
Nota Pend. Sivik & Kewarganegaraan Ting. 2 bagi Tema 5sue sha
 
CH7F5FI
CH7F5FICH7F5FI
CH7F5FIcgsha
 
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014Mohd Muzlimi Junoh
 

What's hot (17)

Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahenKertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
 
Ppwp 2014 kertas 3 putrajaya
Ppwp 2014 kertas 3 putrajayaPpwp 2014 kertas 3 putrajaya
Ppwp 2014 kertas 3 putrajaya
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
 
Kertas 3 bachok kelantan 2014
Kertas 3   bachok kelantan 2014Kertas 3   bachok kelantan 2014
Kertas 3 bachok kelantan 2014
 
Kertas 3 negeri sembilan 2014
Kertas 3   negeri sembilan 2014Kertas 3   negeri sembilan 2014
Kertas 3 negeri sembilan 2014
 
Kerajaan Demokrasi
Kerajaan DemokrasiKerajaan Demokrasi
Kerajaan Demokrasi
 
Perbentangan pengajian malaysia
Perbentangan pengajian malaysia Perbentangan pengajian malaysia
Perbentangan pengajian malaysia
 
Pilihan Raya di Malaysia
Pilihan Raya di MalaysiaPilihan Raya di Malaysia
Pilihan Raya di Malaysia
 
Hist note form 5 chap 7
Hist note form 5 chap 7Hist note form 5 chap 7
Hist note form 5 chap 7
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 9 sistem demokrasi berparlimen 010713 0...
Pengajian Malaysia: Modul c  subtopik 9 sistem demokrasi berparlimen 010713 0...Pengajian Malaysia: Modul c  subtopik 9 sistem demokrasi berparlimen 010713 0...
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 9 sistem demokrasi berparlimen 010713 0...
 
Nota Pend. Sivik & Kewarganegaraan Ting. 2 bagi Tema 5
Nota Pend. Sivik & Kewarganegaraan Ting. 2 bagi Tema 5Nota Pend. Sivik & Kewarganegaraan Ting. 2 bagi Tema 5
Nota Pend. Sivik & Kewarganegaraan Ting. 2 bagi Tema 5
 
CH7F5FI
CH7F5FICH7F5FI
CH7F5FI
 
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
 
Pilihanraya di Malaysia
Pilihanraya di MalaysiaPilihanraya di Malaysia
Pilihanraya di Malaysia
 

Viewers also liked

Pembentukan negara bangsapdf
Pembentukan negara bangsapdfPembentukan negara bangsapdf
Pembentukan negara bangsapdffaizah12
 
Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Soalan Umum
Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Soalan UmumKertas 3 Sejarah SPM 2014 Soalan Umum
Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Soalan UmumTuisyen Geliga
 
Tips dalam menjawab Kertas 3 Fizik
Tips dalam menjawab Kertas 3 FizikTips dalam menjawab Kertas 3 Fizik
Tips dalam menjawab Kertas 3 FizikTuisyen Geliga
 
Sumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakSumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakAmirul Ezuan
 
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)Yuvarani Subramaniam
 
Sejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokohSejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokohSyazwani Idris
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISINur Fareha
 
Biography of tunku abdul rahman
Biography of tunku abdul rahmanBiography of tunku abdul rahman
Biography of tunku abdul rahmannaziraa
 
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysiaJasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysiaCk Chan
 
PT3 2014 Sejarah (Arahan Calon)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Calon)PT3 2014 Sejarah (Arahan Calon)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Calon)ciklaili. com
 
Pentaksiran tingkatan tiga (pt3) xpose pt3 2015
Pentaksiran tingkatan tiga (pt3) xpose pt3 2015Pentaksiran tingkatan tiga (pt3) xpose pt3 2015
Pentaksiran tingkatan tiga (pt3) xpose pt3 2015Kenny Simon
 
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Tuisyen Geliga
 

Viewers also liked (20)

Pembentukan negara bangsapdf
Pembentukan negara bangsapdfPembentukan negara bangsapdf
Pembentukan negara bangsapdf
 
Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Soalan Umum
Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Soalan UmumKertas 3 Sejarah SPM 2014 Soalan Umum
Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Soalan Umum
 
(KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN
(KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN
(KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN
 
Tips dalam menjawab Kertas 3 Fizik
Tips dalam menjawab Kertas 3 FizikTips dalam menjawab Kertas 3 Fizik
Tips dalam menjawab Kertas 3 Fizik
 
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.
 
Sumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakSumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul Razak
 
Presentation tunku abdul rahman
Presentation tunku abdul rahmanPresentation tunku abdul rahman
Presentation tunku abdul rahman
 
Bengkel & Teknik Menjawab Kertas 1
Bengkel & Teknik Menjawab Kertas 1Bengkel & Teknik Menjawab Kertas 1
Bengkel & Teknik Menjawab Kertas 1
 
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
 
2014 pt3 21_sejarah
2014 pt3 21_sejarah2014 pt3 21_sejarah
2014 pt3 21_sejarah
 
Sejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokohSejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokoh
 
Sbp fizik
Sbp fizikSbp fizik
Sbp fizik
 
Tunku abdul rahman
Tunku abdul rahmanTunku abdul rahman
Tunku abdul rahman
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
 
Biography of tunku abdul rahman
Biography of tunku abdul rahmanBiography of tunku abdul rahman
Biography of tunku abdul rahman
 
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysiaJasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
 
PT3 2014 Sejarah (Arahan Calon)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Calon)PT3 2014 Sejarah (Arahan Calon)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Calon)
 
Pentaksiran tingkatan tiga (pt3) xpose pt3 2015
Pentaksiran tingkatan tiga (pt3) xpose pt3 2015Pentaksiran tingkatan tiga (pt3) xpose pt3 2015
Pentaksiran tingkatan tiga (pt3) xpose pt3 2015
 
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Sejarah spm kbat
Sejarah spm kbatSejarah spm kbat
Sejarah spm kbat
 

Similar to Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014

Mpu2163 sistem pentabiran negara
Mpu2163 sistem pentabiran negaraMpu2163 sistem pentabiran negara
Mpu2163 sistem pentabiran negaraAhmadAdhaCz
 
Sistem politik malaysia
Sistem politik malaysiaSistem politik malaysia
Sistem politik malaysiaumi3047
 
Pengajian Malaysia
Pengajian MalaysiaPengajian Malaysia
Pengajian MalaysiaNurAlyaAzman
 
pa presentation
pa presentationpa presentation
pa presentationamgong
 
DEMOKRASI_DAN_PILIHAN_RAYA.pptx
DEMOKRASI_DAN_PILIHAN_RAYA.pptxDEMOKRASI_DAN_PILIHAN_RAYA.pptx
DEMOKRASI_DAN_PILIHAN_RAYA.pptxMatZainiey
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzetaGuru Sejarah
 
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptx
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptxSISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptx
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptxNursKitchen
 
Bab5 demokrasi & pilihanraya
Bab5 demokrasi & pilihanrayaBab5 demokrasi & pilihanraya
Bab5 demokrasi & pilihanrayanasywah79
 
kerja khusus pengajian am afiq 2015
kerja khusus pengajian am afiq 2015kerja khusus pengajian am afiq 2015
kerja khusus pengajian am afiq 2015muhamad afiq afiq
 
Presentation titas
Presentation titasPresentation titas
Presentation titasfnasfea
 
Kertas 3-kg-gelam-terkini
Kertas 3-kg-gelam-terkiniKertas 3-kg-gelam-terkini
Kertas 3-kg-gelam-terkiniMENAGA -
 
Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Suet Yet
 
Sistem pemerintahan dan pentadbiran
Sistem pemerintahan dan pentadbiranSistem pemerintahan dan pentadbiran
Sistem pemerintahan dan pentadbiranKongChunLeong1
 
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahenKertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahenMohd Muzlimi Junoh
 
Perlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di MalaysiaPerlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di Malaysiafiro HAR
 
Sistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanSistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanShila Sim Rin
 

Similar to Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014 (20)

Kertas 3 johor 2014
Kertas 3   johor 2014Kertas 3   johor 2014
Kertas 3 johor 2014
 
Mpu2163 sistem pentabiran negara
Mpu2163 sistem pentabiran negaraMpu2163 sistem pentabiran negara
Mpu2163 sistem pentabiran negara
 
Sistem politik malaysia
Sistem politik malaysiaSistem politik malaysia
Sistem politik malaysia
 
Pengajian Malaysia
Pengajian MalaysiaPengajian Malaysia
Pengajian Malaysia
 
Bab 11
Bab 11Bab 11
Bab 11
 
Kertas 3 negeri sembilan 2014
Kertas 3   negeri sembilan 2014Kertas 3   negeri sembilan 2014
Kertas 3 negeri sembilan 2014
 
pa presentation
pa presentationpa presentation
pa presentation
 
DEMOKRASI_DAN_PILIHAN_RAYA.pptx
DEMOKRASI_DAN_PILIHAN_RAYA.pptxDEMOKRASI_DAN_PILIHAN_RAYA.pptx
DEMOKRASI_DAN_PILIHAN_RAYA.pptx
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
 
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptx
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptxSISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptx
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptx
 
Bab5 demokrasi & pilihanraya
Bab5 demokrasi & pilihanrayaBab5 demokrasi & pilihanraya
Bab5 demokrasi & pilihanraya
 
kerja khusus pengajian am afiq 2015
kerja khusus pengajian am afiq 2015kerja khusus pengajian am afiq 2015
kerja khusus pengajian am afiq 2015
 
Demokrasi pilihanraya
Demokrasi pilihanrayaDemokrasi pilihanraya
Demokrasi pilihanraya
 
Presentation titas
Presentation titasPresentation titas
Presentation titas
 
Kertas 3-kg-gelam-terkini
Kertas 3-kg-gelam-terkiniKertas 3-kg-gelam-terkini
Kertas 3-kg-gelam-terkini
 
Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407
 
Sistem pemerintahan dan pentadbiran
Sistem pemerintahan dan pentadbiranSistem pemerintahan dan pentadbiran
Sistem pemerintahan dan pentadbiran
 
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahenKertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
 
Perlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di MalaysiaPerlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di Malaysia
 
Sistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanSistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur Pemerintahan
 

More from Tuisyen Geliga

Chem juj k1 (soalan) [set 1]
Chem juj k1 (soalan) [set 1]Chem juj k1 (soalan) [set 1]
Chem juj k1 (soalan) [set 1]Tuisyen Geliga
 
Chem juj k1+k2+k3 (skema jawapan) [set 1]
Chem juj k1+k2+k3 (skema jawapan) [set 1]Chem juj k1+k2+k3 (skema jawapan) [set 1]
Chem juj k1+k2+k3 (skema jawapan) [set 1]Tuisyen Geliga
 
Chem juj k2 (soalan) [set 1]
Chem juj k2 (soalan) [set 1]Chem juj k2 (soalan) [set 1]
Chem juj k2 (soalan) [set 1]Tuisyen Geliga
 
Chem juj k3 (soalan) [set 1]
Chem juj k3 (soalan) [set 1]Chem juj k3 (soalan) [set 1]
Chem juj k3 (soalan) [set 1]Tuisyen Geliga
 
Trial n9 SPM Kimia 2017 k1
Trial n9 SPM Kimia 2017 k1Trial n9 SPM Kimia 2017 k1
Trial n9 SPM Kimia 2017 k1Tuisyen Geliga
 
Trial Kimia sbp 2017 k2
Trial Kimia sbp 2017 k2Trial Kimia sbp 2017 k2
Trial Kimia sbp 2017 k2Tuisyen Geliga
 
Trial Kimia sbp 2017 kertas 3
Trial Kimia sbp 2017 kertas 3Trial Kimia sbp 2017 kertas 3
Trial Kimia sbp 2017 kertas 3Tuisyen Geliga
 
Trial Kimia sbp 2017 skema
Trial Kimia sbp 2017 skemaTrial Kimia sbp 2017 skema
Trial Kimia sbp 2017 skemaTuisyen Geliga
 
Trial mrsm 2017 kertas 2
Trial mrsm 2017 kertas 2Trial mrsm 2017 kertas 2
Trial mrsm 2017 kertas 2Tuisyen Geliga
 
Trial mrsm 2017 kertas 3
Trial  mrsm 2017 kertas 3Trial  mrsm 2017 kertas 3
Trial mrsm 2017 kertas 3Tuisyen Geliga
 
Kertas Percubaan SPM mrsm 2017 - Kertas 1
Kertas Percubaan SPM mrsm 2017 - Kertas 1Kertas Percubaan SPM mrsm 2017 - Kertas 1
Kertas Percubaan SPM mrsm 2017 - Kertas 1Tuisyen Geliga
 
Spm trial-2017-physics-qa MRSM
Spm trial-2017-physics-qa MRSM Spm trial-2017-physics-qa MRSM
Spm trial-2017-physics-qa MRSM Tuisyen Geliga
 

More from Tuisyen Geliga (20)

Chem juj k1 (soalan) [set 1]
Chem juj k1 (soalan) [set 1]Chem juj k1 (soalan) [set 1]
Chem juj k1 (soalan) [set 1]
 
Chem juj k1+k2+k3 (skema jawapan) [set 1]
Chem juj k1+k2+k3 (skema jawapan) [set 1]Chem juj k1+k2+k3 (skema jawapan) [set 1]
Chem juj k1+k2+k3 (skema jawapan) [set 1]
 
Chem juj k2 (soalan) [set 1]
Chem juj k2 (soalan) [set 1]Chem juj k2 (soalan) [set 1]
Chem juj k2 (soalan) [set 1]
 
Chem juj k3 (soalan) [set 1]
Chem juj k3 (soalan) [set 1]Chem juj k3 (soalan) [set 1]
Chem juj k3 (soalan) [set 1]
 
Trial n9 SPM Kimia 2017 k1
Trial n9 SPM Kimia 2017 k1Trial n9 SPM Kimia 2017 k1
Trial n9 SPM Kimia 2017 k1
 
Trial n9 2017 k2
Trial n9 2017 k2Trial n9 2017 k2
Trial n9 2017 k2
 
Trial n9 2017 k3
Trial n9 2017 k3Trial n9 2017 k3
Trial n9 2017 k3
 
Trial n9 2017 skema
Trial n9 2017 skemaTrial n9 2017 skema
Trial n9 2017 skema
 
Trial sbp 2017 k1
Trial sbp 2017 k1Trial sbp 2017 k1
Trial sbp 2017 k1
 
Trial Kimia sbp 2017 k2
Trial Kimia sbp 2017 k2Trial Kimia sbp 2017 k2
Trial Kimia sbp 2017 k2
 
Trial Kimia sbp 2017 kertas 3
Trial Kimia sbp 2017 kertas 3Trial Kimia sbp 2017 kertas 3
Trial Kimia sbp 2017 kertas 3
 
Trial Kimia sbp 2017 skema
Trial Kimia sbp 2017 skemaTrial Kimia sbp 2017 skema
Trial Kimia sbp 2017 skema
 
Trial mrsm 2017 skema
Trial mrsm 2017 skemaTrial mrsm 2017 skema
Trial mrsm 2017 skema
 
Trial mrsm 2017 kertas 2
Trial mrsm 2017 kertas 2Trial mrsm 2017 kertas 2
Trial mrsm 2017 kertas 2
 
Trial mrsm 2017 kertas 3
Trial  mrsm 2017 kertas 3Trial  mrsm 2017 kertas 3
Trial mrsm 2017 kertas 3
 
Kertas Percubaan SPM mrsm 2017 - Kertas 1
Kertas Percubaan SPM mrsm 2017 - Kertas 1Kertas Percubaan SPM mrsm 2017 - Kertas 1
Kertas Percubaan SPM mrsm 2017 - Kertas 1
 
Phy mrsm k1 (soalan)
Phy mrsm k1 (soalan) Phy mrsm k1 (soalan)
Phy mrsm k1 (soalan)
 
Phy mrsm k2 (soalan)
Phy mrsm k2 (soalan) Phy mrsm k2 (soalan)
Phy mrsm k2 (soalan)
 
Phy mrsm k3 (soalan)
Phy mrsm k3 (soalan) Phy mrsm k3 (soalan)
Phy mrsm k3 (soalan)
 
Spm trial-2017-physics-qa MRSM
Spm trial-2017-physics-qa MRSM Spm trial-2017-physics-qa MRSM
Spm trial-2017-physics-qa MRSM
 

Recently uploaded

ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 

Recently uploaded (8)

ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 

Nota Rujukan Untuk Persediaan Kertas 3 Sejarah SPM 2014

  • 1. TUGASAN UMUM SEJARAH SPM KERTAS 3 2014 CADANGAN SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN 1. Tema: Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat . 2. Batasan Kajian: · Sukatan pelajaran Sejarah Tingkatan 5/Bab 7. · Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen sehingga Negara Persekutuan. 3. Cadangan soalan dan cadangan jawapan: a) Konsep/maksud demokrasi berparlimen. (5 markah)/ms 161-162 · Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. · Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. · Rakyat berpeluang membentuk kerajaan. · Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. · Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan sedia ada. · Merupakan kerajaan rakyat dari rakyat dan untuk rakyat. b) Latar belakang perlaksanaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita. (5 markah)/ms 161-162. · Malaysia memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. · Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. · Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
  • 2. · Rakyat berpeluang membentuk kerajaan. · Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. · Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan sedia ada. · Merupakan kerajaan rakyat dari rakyat dan untuk rakyat. · Berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. c) Ciri-ciri demokrasi berparlimen. (30 markah)/ms 162-180. Konsep Perlembagaan · Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. · Tujuan perlembagaan adalah sebagai dokumen rasmi negara. · Mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. · Parti politik yang mentadbir akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara. · Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya. · Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 september 1963 mengandungi 183 perkara. · Perlembagaan ini mengandungi peruntukan seperti senarai kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan senarai bersama. · Institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan badan kehakiman. · Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri kerana Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan · Negeri -negeri yang bergabung dengan persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dlm perlembagaan negeri Keluhuran perlembagaan · Bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. · Bukti keluhuran perlembagaan ialah kuasa parlimen, kedudukan Yang Dipertuan Agong, kuasa perundangan dan kebebasan asasi diperuntukkan oleh perlembagaan · Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan · Yang Dipertuan Agong tertakluk kepada perlembagaan Malaysia. · Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang Dipertuan Agong, parlimen, jemaah Menteri, dan mahkamah · Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah Sebab-sebab pindaan Perlembagaan
  • 3. · Melindungi kepentingan rakyat. · Menjaga keselamatan Negara. · Melicinkan urusan. · Supaya sentiasa releven. · Sesuai dengan keperluan semasa. · Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah. · Kandungan dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati. · Melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka. · Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan seorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya. · Mengelakkan perbalahan kaum. · Memelihara keselamatan/ketenteraman/ keharmonian masyarakat. PILIHAN RAYA DI MALAYSIA · Maksud dan Latar Belakang Pilihan Raya · Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. · Pemilihan ini dilakukan secara sulit menggunakan prosedur yang telus dan teratur. · Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. · Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang. · Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah. · Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. · Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) · Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). · Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu. · Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang. · Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Tujuan Pilihan Raya · Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia. · Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan. · Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongaan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. · Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawatan.
  • 4. · Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu. Proses Pilihan Raya di Malaysia · Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). · Penamaan calon. · Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding. · Pelancaran kempen pilihan raya. · Pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR. · Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih kepada pengundi di tempat pengundian. · Pengundi akan memangkah calon pilihannya pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi. · Pembuangan undi. · Pengiraan undi. · Pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya. Kelayakan Calon · Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik yang mereka gemari. · Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya. · Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah. · Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan. · Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas. · Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon. Kelayakan Pengundi · Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. · Menuruf perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihanraya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri mengundi dalam pilihanraya tersebut. · Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihanraya sahaja. · Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi.
  • 5. Kempen Pilihan Raya · Di negara kita, sebelum proses pengundian dijalankan sama ada dalam pilihanraya umum atau pilihan raya kecil, calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen. · Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja. · SPR telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus setia. · Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam. · Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR. · Tujuannya untuk memastikan piliharaya dijalankan dengan efektif dan adil. Kepentingan Pilihan Raya · Pilihanraya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi. · Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa. · Mereka harus melibatkan diri dalam poses memilih pemimpin negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya. PERANAN BADAN KEHAKIMAN DAN SISTEM MAHKAMAH Badan kehakiman · Menentukan kesahihan undang-undang · Berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri · Mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah. · Perkara sivil berkaitan dengan saman. · Biasanya memerlukan afidavit (keterangan bertulis dengan mengangkat sumpah yang disaksikan oleh seorang peguam). · Perkara jenayah melibatkan kanun keseksaan. Sistem mahkamah · Berkuasa mentafsir perlembagaan negara. · Mentfsir undang-undang. · Mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. · Berkuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. · Melaksanakan undang-undang · Tidak boleh meminda undang-undang. CIRI-CIRI BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF) · Berperanan mengubal undang-undang oleh Parlimen. · Bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. · Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
  • 6. Dewan Negara · Merupakan dewan tertinggi · Mengandungi 69 orang ahli. · Mewakili setiap negeri. · Ahli digelar Senator. · Tempoh keanggotaan adalah tiga tahun. · Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. · Senator setaraf sama dengan Ahli Parlimen. · Beliau boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. · Senator dilantik tanpa melalui pilihan raya oleh Yang di-Pertuan Agong. · Terdiri daripada individu yang memberi sumbangan cemerlang dan berpengalaman. · Dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian, dan kebajikan, atau mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli. · Keahlian Dewan Negara dibahagikan kepada tiga kumpulan. · Dua orang ahli yang dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Wilayah Perekutuan Kuala Lumpur dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan. · 40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang profesional. Dewan Rakyat · Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting. · Ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. · Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli. · Mereka mewakili semua kawasan pilihan raya. · Tempoh keanggotaannya lima tahun. · Tugas utama menggubal dan meluluskan undang-undang di peringkat Dewan Rakyat. BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF) Jemaah Menteri · Terdiri daripada Jemaah Menteri atau Kabinet. · Merupakan badan pelaksana dasar kerajaan. · Pembuat dasar tertinggi negara. · Diketuai oleh Perdana Menteri. · Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian. Kementerian · Kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan. · Merancang serta menyelaraskan program pembangunan ekonomi dan sosial. · Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri. Menteri
  • 7. · Menteri dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri , Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. · Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. · Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri. Perkhidmatan Awam · Perkhidmatan Awam diketuai oleh setiausaha Negara(KSN). · Bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. · Pentadbiran kementerian diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian (KSK). · KSK dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai pegawai perkhidmatan awam. · Kakitangan awam melaksanakan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan. · Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan dengan gelaran Ketua Pengarah. Badan Berkanun · Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan. · Mempunyai kuasa autonomi tertentu. · Mempunyai peruntukan kewangan tersendiri. · Ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan. Suruhanjaya · Mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat, dan pemantauan disiplin. · Antara Suruhanjaya ialah Perkhidmatan Awam(SPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera. Kronologi proses meluluskan undang-undang di Parlimen. · Proses meluluskan undang-undang di Parlimen dicadangkan oleh kementerian. · Penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara. · Pembacaan pertama di Dewan Negara dan · Pembacaan tajuk rang undang-undang sahaja. · Pembacaan kedua di Dewan Rakyat dan rang undang-undang dibahaskan. · Perbincangan secara terperinci tentang rang undang-undang pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat. · Pembacaan ketiga di Dewan Rakyat dan · Rang undang-undang dibahaskan semula sebelum diluluskan untuk dikemukakan ke Dewan Negara. · Pembentangan di Dewan Negara menjalankan proses yang sama seperti di Dewan Rakyat · Penyerahan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan dan dicop mohor. · Pewartaan atau pemberitahuan undang-undang dalam Warta Kerajaan.
  • 8. d) Manfaat/faedah pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen kepada bangsa dan negara. (15 markah) · Mengekalkan kestabilan politik. · Mengekalkan keamanan dalam negeri. · Menjamin kemakmuran ekonomi. · Melicinkan pentadbiran. · Rakyat dapat hidup dalam rukun perpaduan. · Rakyat bebas dan berhak menentukan kerajaan. · Mengekalkan kedaulatan negara. · Membentuk kerajaan yang adil serta stabil. · Dapat menjalankan pemerintahan secara perkongsian kuasa melalui Badan Legislatif, Eksekutif dan Judiasari. · Menjamin hak-hak istimewa orang Bumiputera tanpa mengabaikan hak-hak kaum lain. · Mengekalkan institusi Raja-Raja Melayu. · Suara rakyat dapat disampaikan kepada perwakilan di Parlimen/DUN untuk dibincangkan dan diselesaikan. · Rakyat bebas menjalankan urusan harian tanpa disekat. · Sistem pemerintahan yang mengambil kira kepentingan semua pihak. · Mana-mana jawapan yang munasabah. e) Kepentingan warganegara Malaysia memahami pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen. (15 markah) · Rakyat dapat tahu perjalanan dan kaedah serta proses (selok belok) pemerintahan. · Rakyat dapat memilih perwakilan yang adil dan saksama/tepat.
  • 9. · Sebagai tanda cintakan kepada negara · Taat kepada raja. · Perpaduan sebagai asas kekuatan negara/masyarakat. · Sebagai pengisian kemerdekaan yang bermakna. · Rakyat dapat menunaikan tanggungjawab mereka terhadap negara seperti mempertahankan negara serta mengundi. · Untuk menyemai rasa patriotik terhadap negara. · Mengetahui undang-undang serta peraturan dan mematuhinya. · Membentuk identiti bangsa Malaysia. · Membentuk semangat kekitaan/kebersamaan walaupun banyak perbezaan dari segi sosioekonomi. · Setia kepada negara. · Menyemaikan semangat kerjasama sesama atau antara kaum. · Rakyat yang terlibat dengan politik dapat berpolitik secara sihat. · Segala kritikan terhadap kerajaan dapat disampaikan melalui saluran yang betul dan berhemah. · Kebebasan asasi dapat digunakan secara berhemah dan bijaksana. · Mana-mana jawapan yang munasabah. f) Kejayaan Malaysia kesan/hasil daripada pengamalan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. (15 markah) -Politik: · Kestabilan politik. Tiada perbalahan berlaku walaupun terdapat perbezaan dari segi pendapat, ideologi, agama dan etnik. · Persaingan politik berlaku dengan sihat walaupun terdapat parti kerajaan dan pembangkang. · Berjaya mengekalkan institusi beraja serta hak-hak istimewa orang Melayu.
  • 10. · Keamanan dalam negara dapat dikekalkan kerana penjiwaan rakyat terhadap keluhuran perlembagaan. Malaysia juga diiktiraf antara tempat paling selamat didiami di dunia. · Dapat mematahkan serangan-serangan anasir luar terhadap kedaulatan negara seperti yang berlaku dalam peristiwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah. · Membentuk sebuah negara persekutuan yang kuat serta mapan. · Mana-mana jawapan yang munasabah. -Ekonomi: · Kekayaan negara dapat dikongsi bersama. Pembelaan terhadap golongan berpendapatan sederhana dan rendah. · Meyakinkan pelabur asing melabur dalam pelbagai sektor di negara kita kerana kestabilan politiknya. · Meningkatkan serta memajukan ekonomi negara disamping menjadikan negara berpendapatan tinggi. · Ekonomi pasaran bebas menjadikan Malaysia tumpuan utama rakan-rakan dagang antarabangsa. · Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang pesat membangun serta memilki acuan yang tepat untuk menjadi negara maju. · Wujudnya pelbagai koridor pembangunan ekonomi seperti Wilayah Pembangunan Iskandar Johor, Wilayah Pembangunan Negeri Pantai Timur dan sebagainya. · Mana-mana jawapan yang munasabah. -Sosial: · Pelbagai infrastruktur awam dibina untuk kemudahan orang ramai seperti jalan raya, jalan keretapi, premis-premis kerajaan · Pengukuhan perpaduan rakyat yang pelbagai kaum. · Rakyat bebas menjalankan urusan seharian tanpa gangguan dan sekatan. · Pelbagai mercu tanda negara dibina seperti Tugu Negara, Menara Berkembar Petronas, Litar F1 Sepang, KLIA dan sebagainya. · Kebebasan beragama walaupun agama rasmi persekutuan ialah agama Islam.
  • 11. · Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sementara bahasa ibunda boleh diamalkan. · Membentuk identiti Bangsa Malaysia walaupun terdapat perbezaan, etnik, kaum, bahasa dan agama. · Membentuk masyarakat Satu Malaysia yang berlandaskan perpaduan dan kebersamaan sama ada semasa situasi senang atau sukar. · Menjadikan warganegara Malaysia yang patriotik, setia dan cinta kepada negara. · Mana-mana jawapan yang munasabah. g) Bukti sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia telah menjadi kunci kepada kestabilan politik. (15 markah) · Tiada perbalahan berlaku walaupun terdapat perbezaan dari segi pendapat, ideologi, agama dan etnik. · Persaingan politik berlaku dengan sihat walaupun terdapat parti kerajaan dan pembangkang. · Berjaya mengekalkan institusi beraja serta hak-hak istimewa orang Melayu. · Keamanan dalam negara dapat dikekalkan kerana penjiwaan rakyat terhadap keluhuran perlembagaan. Malaysia juga diiktiraf antara tempat paling selamat didiami di dunia. · Dapat mematahkan serangan-serangan anasir luar terhadap kedaulatan negara seperti yang berlaku dalam peristiwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah. · Membentuk sebuah negara persekutuan yang kuat serta mapan · Pemerintahan negara yang berdasarkan pengasingan kuasa demi memastikan pentadbiran negara berjalan dengan lancar. · Meneruskan amalan sistem pemerintahan beraja melalui konsep raja berpelembagaan. · Perlembagaan Persekutuan Malaysia dijadikan dokumen rasmi dan sebagai panduan untuk mentadbir negara.
  • 12. · Kerajaan Malaysia merupakan sebuah kerajaan dari suara rakyat untuk rakyat. Rakyat berhak menentukan kerajaan. · Parti-parti politik dibenarkan bergerak dan berjalan mengikut undang-undang. · Sejak Tragedi Rusuhan Kaum 13hb Mei 1969, tiada lagi peristiwa rusuhan kaum yang mengancam keselamatan negara. · Mana-mana jawapan yang munasabah. h) Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah mengatasinya. (15 markah) -Cabaran: · Sebilangan rakyat yang tidak faham konsep pemerintahan demokrasi berparlimen sehingga menimbulkan kekacauan yang mengancam keharmonian negara. · Terdapat undang-undang/akta yang tidak releven dengan masa kini. · Terdapat penjawat awam yang tidak menjalankan tugas dengan amanah. · Terdapat parti politik yang sanggup melakukan politik kotor untuk mencapai matlamat politik. · Kebebasan asasi telah disalahgunakan dengan membelakangi undang-undang. · Kerenah birokrasi dalam pentadbiran. · Pentadbiran yang tidak cekap. · Sesetengah pihak mempertikaikan isu-isu sensitif dalam perlembagaan sehingga boleh mencetuskan sikap perkauman. · Mana-mana jawapan yang munasabah. -Cara mengatasi: · Pendidikan kesedaran sistem politik negara perlu ditekankan sejak di bangku sekolah lagi melalui mata pelajaran Sivik, Sejarah, Pendidikan Moral dan sebagainya.
  • 13. · Meminda semula akta yang sudah lapuk dan tidak sesuai lagi dengan peredaran zaman. · Penekanan integriti dalam menjalankan tugas untuk semua penjawat awam dalam pelbagai sektor kerajaan. Penubuhan badan berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Institut Integriti Malaysia membolehkan pemantauan dijalankan terhadap penjawat awam supaya menjalankan tugas dengan amanah. · Menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada untuk membanteras aktiviti politik kotor dan juga kepada pihak-pihak tertentu yang mengancam keharmonian negara atas nama kebebasan. · Melaksanakan sistem piagam pelanggan yang mengutamakan pelanggan. · Menetapkan KPI sebagai kayu ukur dalam melaksanakan tugasan penjawat awam. · Mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba mempertikaikan/menyentuh isu-isu sensitif. · Mana-mana jawapan yang munasabah. i) Nilai-nilai murni dan iktibar daripada pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen (10 markah) · Cinta kepada negara. · Bangga kepada negara. · Setia kepada negara. · Kebersamaan rakyat dan kerajaan dalam situasi sukar dan senang. · Kesaksamaan ekonomi. · Kebajikan rakyat dibela melalui pelbagai bantuan seperti BRIM, bantuan awal persekolahan dan sebagainya. · Perpaduan teras kekuatan bangsa Malaysia. · Amalan bekerjasama dan juga toleransi yang menjadi teras keharmonian rakyat pelbagai kaum di Malaysia. · Sanggup berkorban demi negara.
  • 14. · Rakyat harus menunaikan tanggungjawab sosial kepada negara. · Amanah dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai penjawat awam. · Berpolitik secara sihat. · Menghormati institusi beraja di Malaysia. · Menghormati hak-hak setiap individu walaupun berbeza latar belakang, budaya, agama dan bahasa. · Mana-mana jawapan yang munasabah. j) Buktikan amalan demokrasi berparlimen telah memantapkan pembinaan negara bangsa Malaysia. (10 makah) · Mengekalkan institusi beraja di Malaysia seperti institusi Yang di Pertuan Agong dan pengekalan sultan dan raja sebagai ketua negeri. · Identiti nasional Bangsa Malaysia diwujudkan dan diperkukuhkan dengan nilai perpaduan. · Membentuk negara bangsa yang mengikut acuan sendiri dengan tidak meminggirkan budaya dan agama bangsa. · Konsep 1 Malaysia diterapkan sebagai semangat kekitaan, kebersamaan dan kesepaduan pelbagai bangsa dalam mengharungi situasi sukar dan senang. · Kerajaan yang dibentuk melalui pakatan murni melibatkan masyarakat yang berbilang kaum dengan meletakkan asas toleransi sebagai tunjang pemerintahan dan pentadbiran. · Semangat permuafakatan melalui persekutuan akan mengeratkan lagi perpaduan antara negeri di Malaysia. · Mewujudkan bangsa Malaysia yang kuat serta teguh kesetiaan kepada raja dan negara. · Perkongsian bijak antara kaum dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan sosial. · Kesediaan setiap warganegara yang terdiri daripada pelbagai kaum mengamalkan sikap tolak ansur dan kesederhanaan.
  • 15. · Perkongsian kebudayaan melalui semangat kebangsaan seperti menyambut perayaan bersama. · Mana-mana jawapan yang munasabah. k) Peranan warganegara Malaysia dalam menjayakan sistem demokrasi berparlimen. (10 markah) · Menganggotai mana-mana parti politik. · Mendaftar sebagai pemilih. · Menjadi calon pilihan raya. · Bertanding atas parti atau calon bebas. · Memilih pemimpin yang bertanggungjawab. · Memilih pemimpin yang amanah. · Memilih pemimpin berwawasan. · Memilih pemimpin yang mesra rakyat. · Tidak menyertai demonstrasi haram. · Tidak menganggotai pertubuhan haram. · Memilih pemimpin. · Menghormati hak asasi manusia. · Patuh pada undang-undang Negara. · Bertolak ansur. · Mana-mana jawapan yang munasabah. l) Mengapakah sistem demokrasi Malaysia dianggap unik dan istimewa? (10 markah) · Menerimapakai konsep raja berpelembagaan di peringkat persekutuan dan juga negeri. · Ketua negara ialah Yang di Pertuan Agong yang menjadi simbol kedaulatan dan payung negara. Yang di Pertuan Agong dipilih 5 tahun sekali. · Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri yang dilantik melalui pilihan raya. · Kuasa pemerintahan negara dijalankan berdasarkan konsep pengasingan kuasa untuk mengelakkan pembolotan kuasa melalui Badan Legislatif, Badan Eksekutif dan Badan Judiasari. · Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan sedia ada melalui pilihan raya. · Demokrasi di Malaysia bersifat penyertaan tidak langsung kerana rakyat memilih wakil mereka melalui pilihanraya dan wakil ini yang menganggotai Dewan Rakyat.
  • 16. · Sejarahnya yang bermula hasil pakatan murni iaitu usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. · Parti politik yang menang pilihanraya akan membentuk kerajaan. Ini mencerminkan kerajaan adalah di bawah kuasa tangan rakyat. · Politik di Malaysia melibatkan pelbagai kaum dan latar belakang sosioekonomi. · Mana-mana jawapan yang munasabah. m) Mengapakah Malaysia memilih amalan demokrasi berparlimen sebagai asas pemerintahan dan pentadbiran negara? (10 markah) · Selari dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia/termaktub dalam undang-undang. · Pemerintahan berasaskan konsep toleransi dan musyawarah. · Rakyat boleh memilih perwakilan mereka yang akan menyampaikan suara mereka di Parlimen. · Sesuai dengan rakyat yang berbilang kaum yang berbeza latar belakang sosio-ekonomi. · Dianggap satu bentuk pemerintahan yang lengkap dan mencakupi semua kepentingan kaum. Rakyat akan berpuas hati dan tidak melakukan penentangan terhadap kerajaan. · Konsep pengasingan kuasa melalui Badan Legislatif, Badan Eksekutif dan Badan Judisiari dapat mengelakkan pembolotan kuasa. · Mengekalkan institusi beraja sebagai simbol kedaulatan dan payung negara. · Memberi peluang kepada kerajaan yang baru dibentuk untuk menjalankan pentadbiran dan pemerintahan negara serta mendahulukan rakyat. Ia bertepatan dengan slogan “Sebuah Kerajaan Rakyat, Dari Rakyat dan Untuk Rakyat”. Rakyat akan menilai prestasi kerajaan dan membuat keputusan sama ada ingin mengekalkan atau menukarkan kerajaan dalam pilihan raya akan datang. · Pemerintahan Malaysia banyak dipengaruhi/mengambil contoh pentadbiran kolonial British dan kemudian disesuaikan mengikut acuan Malaysia. · Konsep pengagihan kuasa melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama dapat melicinkan pentadbiran Malaysia.
  • 17. · Mana-mana jawapan yang munasabah. n) Rumusan (5 markah): Pengetahuan: · Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. · Kuasa pemeritahan dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan perundangan, badan pelaksanaan, dan badan kehakiman. · Sistem demokrasi melibatkan rakyat dalam pentadbiran. Iktibar · Sokongan rakyat menjamin kelicinan pentadbiran negara. · Kerjasama antara pemimpin dan rakyat menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi. · Permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan dapat mengekalkan keharmoniam negara. · Kesetiaan dan semangat patriotisme mengukuhkan pembentukan identiti negara dan bangsa Malaysia. · Perpaduan rakyat menjamin kedaulatan negara. Harapan · Ialah rakyat bertanggungjawab mengamalkan ciri-ciri demokrasi supaya dapat meletakkan Malaysia sebagai negara yang berdaulat dan disegani di persada dunia. · Diharap semua rakyat mematuhi dan menghormati sistem pentadbiran negara demi kemakmuran. Peringatan: · Sila buat esei yang lengkap dalam tugasan spesifik. · Sila teliti dan fahami dahulu soalan spesifik sebelum menggunakan dapatan kajian ini. · Ini adalah sekadar cadangan jawapan. Calon boleh menggunakan/menambah dengan dapatan kajian lain.
  • 18. Disediakan oleh: Che’gu Sejarah (Salehuddin bin Mohd Rokani)