Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Pilihanraya di Malaysia

52,930 views

Published on

perkongsian terbuka

Published in: Education

Pilihanraya di Malaysia

  1. 1. Soalan 4 : “Pilihanraya merupakan mekanisme yang mewujudkan dan mengekalkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia”. Jelaskan kenyataan ini. Nama Pensyarah : Puan Rohaini Binti Amin Disediakan oleh : Muhammad Faris Bin Salehuddin Azim Azri Bin J Azhari
  2. 2. Pengenalan  Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang terhasil sejak kemerdekaan masih mengekalkan peruntukan – peruntukan penting dalam perlembagaan seperti hak asasi, kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu, agama dan bahasa. Ini merupakan satu langkah untuk merealisasikan cita – cita mewujudkan sebuah negara demokrasi dan adil untuk semua pihak.
  3. 3. Demokrasi Berparlimen  Bermaksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan  Dibentuk melalui proses pilihan raya  Rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin yang akan mewakili mereka sekaligus menjadi wakil rakyat di Parlimen  Dalam erti kata lain demokrasi berparlimen bermaksud ‘kerajaan rakyat’
  4. 4. Amalan Demokrasi Berparlimen Di Malaysia  Malaysia mengamalkan sistem demokrasi kerana ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan  Corak Demokrasi yang diamalkan di Malaysia adalah Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan YDPA sebagai Ketua Negara  Demokrasi Berparlimen di Malaysia menetapkan hanya wakil – wakil yang sah dipilih oleh rakyat akan menduduki parlimen seterusnya menjalankan pemerintahan melalui peruntukan perlembagaan persekutuan.  Untuk memerintah negara, mana – mana parti politik perlu menyertai pilhan raya yang diadakan 5 tahun sekali.
  5. 5. Pilihan Raya  Bermaksud satu kaedah bagi rakyat untuk mengundi bagi memilih wakil mereka.  Turut berperanan untuk mengesahkan mereka yang memegang kuasa  Merupakan satu bentuk komunikasi antara pemerintah dan yang diperintah
  6. 6. Sejarah Pilihan Raya i)16 Februari 1952-Pilihan Raya Perbandaran (Kuala Lumpur) ii)Pilihan raya ini merupakan susulan daripada Perjanjian Tanah Melayu 1948 iii)Pilihan raya ini bukannya pilihan raya perbandaran yang pertama
  7. 7.  27 Julai1955- Pilihan raya Persekutuan yang pertama di T.Melayu  Antara parti yang mengambil bahagian : a)Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO,MCA,MIC. b) Parti Negara pimpinan Datuk Onn - 33 orang c) d)Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) -11 orang d) Parti-parti lain yang mengambil bahagian dalam pilihan raya ini ialah Parti Buruh,Parti Kemajuan Perak (kemudian menjadi Parti Kemajuan Rakyat),Pertubuhan Kebangsaan Perak dan Pertubuhan Melayu. e) Parti Perikatan telah memenangi 51 dari 52 buah kerusi yang dipertandingkan .Kerusi yang sebuah lagi dimenangi oleh PAS.
  8. 8. Fungsi Pilihan Raya  Menubuhkan sebuah kerajaan Demokrasi  Mengekalkan pucuk pimpinan  Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi  Menguatkan kestabilan dalan sebuah organisasi dan komuniti politik.
  9. 9. Jenis – jenis Pilihan Raya  Terbahagi kepada 2 :  Pilihan raya umum Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia. Bagi Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan.  Pilihan raya kecil Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana- mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan, dan pelucutan jawatan. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.
  10. 10. Surunhanjaya Pilihan Raya (SPR)  Ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut perlembagaan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan yang dianggotai 1 pengerusi dan 2 ahli pada ketika itu.  Pada tahun 1963 ahlinya ditambah kepada 3 orang manakala pada tahun 1981 ditambah pula timbalan pengerusi dan Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan orang yang pertama memegang jawatan itu.  Pada 2002, keanggotaan SPR ditambah menjadi 7 orang ahli, Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 5 orang ahli termasuk 1 dari Sabah dan 1 dari Sarawak  Pengerusi, Timbalan pengerusi dan 3 orang ahlinya dilantik oleh YDPA atas nasihat MRR
  11. 11.  SPR membentuk sebuah urus setia bagi menjalankan fungsinya yang diketuai oleh setiausaha. Setiausaha yang pertama H.Cassidy (1957 – 1958)
  12. 12. Fungsi SPR  Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian – bahagian pilihan raya.  Menjalankan urusan pendaftraran pemilih dan penyemakan daftar pemilih  Menjalankan pilihan raya umum dan kecil.  Mendaftarkan calon – calon yang bertanding.
  13. 13. Sistem Pilihan raya di Malaysia  Diadakan 5 tahun sekali  Memilih wakil – wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri bagi mengetuai Kerajaan Negeri dan wakil – wakil Dewan Rakyat untuk membentuk Kerajaan Persekutuan  Dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terdapat dalam Perkara 113 – 120 Perlembagaan Persekutuan  Dibubarkan oleh YDPA peringkat persekutuan dan Raja / Yang Dipertuan Negeri bagi peringkat negeri (melalui nasihat PM / MB)  Perlu diadakan dalam masa 60 hari bagi semenanjung dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.
  14. 14. Tarikh Pilihan Raya Umum Malaysia PILIHAN RAYA UMUM TARIKH 1 19 OGOS 1959 2 25 APRIL 1964 3 10 MEI 1969 4 25 OGOS 1974 5 8 JULAI 1978 6 22 APRIL 1982 7 3 OGOS 1986 8 21 OKTOBER 1990 9 25 APRIL 1995 10 30 NOVEMBER 1999 11 21 MAC 2004 12 8 MAC 2008
  15. 15. Undang – undang dan peraturan Pilihan Raya 1. Perlembagaan persekutuan 2. Perlembagaan negeri 3. Akta pilihan Raya, 1958 (Akta 19) 4. Akta Kesalahan Kesemuanya berkait secara langsung.
  16. 16. Elemen – Elemen Penting Pilihan Raya  BILANGAN BAHAGIAN PILIHANRAYA Seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk- penduduk sesuatu bahagian pilihanraya di Parlimen (Pilihan raya umum ) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan raya Negeri) Sehingga kini terdapat 219 kerusi Dewan Rakyat ( Parlimen ) dan 567 kerusi Dewan Undangan Negeri. SPR perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang dari 8 tahun
  17. 17.  PENDAFTARAN PEMILIH Seorang pemilih mesti mendaftar dengan SPR sebelum dia mengundi. Seseorang layak mengundi jika : 1) Warganegara Malaysia 2) Umur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan 3) Seorang penduduk di mana- mana bahagian pilihan raya di Malaysia 4) Tidak hilang kelayakan
  18. 18.  Hilang kelayakan pemilih Hilang kelayakan sekiranya dia: a)Pada tarikh kelyakan, ditahan kerana tidak siuman/ sedang menjalani hukuman penjara b)Sebelum tarikh kelayakan , didapati bersalah dan di hukum mati / penjara (tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan ) c)Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 d)Telah memperoleh kerakyatan asing
  19. 19. KELAYAKAN CALON  Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini.  Umur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon  Tinggal di negeri di mana dia akan bertanding Hilang kelayakan sekiranya :  Tidak siuman  Bankrap  Memegang jawatan ‘office of profit’  Gagal kemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya  Didapati bersalah oleh mahkamah  Telah memperoleh kewrganegaraan asing
  20. 20. Proses Pilihan Raya  Bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh SPR kepada pegawai pengurus.  Notis akan diwartakan untuk menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon & hari mengundi. Hari Penamaan Calon.  Hari yang ditetapkan oleh SPR bagi calon-calon yang bertanding mengemukakan kertas-kertas penamaan kepada pegawai pengurus.  Dikemukakan oleh calon,pencadang, & penyokong atau salah seorang daripada mereka.mestilah dikemukakan antara jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi.  Dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan menerima sebarang bantahan.  Pegawai pengurus mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding jika seorang calon sahaja yang dicadangkan.
  21. 21. Deposit  RM 10.000 bagi kerusi Parlimen & RM 5000 bagi kerusi negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon.  Akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada umlah undi. Penggunaan simbol.  boleh menggunakan simbol parti jika mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Kempen.  SPR merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen.Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihenti pada pukul 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.
  22. 22. Hari Mengundi.  merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi  Waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang  Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi.  SPR akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti: 1. Tarikh mengundi 2. Lokasi tempat mengundi 3. Waktu mengundi di semua tempat mengundi 4. Lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi
  23. 23. Barung SPR  Seseorang calon tidak dibenarkan mendirikan pondok di mana-mana pusat mengundi di kawasan tempat calon itu bertanding  parti-parti politik dibenarkan untuk mengadakan bilik operasi jika sekiranya terletak diluar jarak 50 meter dari pusat mengundi  memastikan kelancaran pengundian,SPR akan mendirikan barung SPR di pusat-pusat mengundi.  Barung-barung ini adalah untuk membantu pemilih menyemak nombor siri mereka
  24. 24. Kebenaran memasuki tempat pembuangan undi.  hanya pemilih-pemilih yang nama mereka terdapat dalam daftar pemilih bagi sesuatu tempat mengundi sahaja boleh dibenarkan masuk untuk membuang undi  mestilah membawa kad pengenalan pemilih yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara sebagai pengenalandiri dan perlu ditunjukkan di tempat mengundi Bagi memastikan keadaan terkawal dan menentukan kerahsiaan undi, hanyapegawai-pegawai berikut yang dibenarkan memasuki tempat mengundi:
  25. 25. 1. . Ahli dan pegawai SPR 2. Ketua tempat Mengundi dan kakitangannya 3. Calon-calon dan wakil calon; 4. Ejen-ejen mengundi dan ejen mengira undi 5. Orang-orang yang dibenarkan oleh SPR Ejen mengundi  Undang-undang membenarkan calon melantik ejen mengundi bagi tujuanmenjaga kepentingan calon di setiap tempat mengundi di sepanjang masa  Peranan ejen adalah untuk memastikan pengundian dijalankan mengikutundang-undang dan peraturan- peraturan yang berkaitan.
  26. 26. Pengiraan undi  dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat mengundiatau di satu pusat pengiraan undi yang telah ditetapkan.  Undi pos bagi sesuatu bahagian pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat pengiraan undi yang ditetapkan  Semasa undi dikira, orang-orang yang dibenarkan sahaja boleh memasuki tempat mengira undi.: 1. . Ahli-ahli dan pegawai SPR 2. Pegawai yang dilantik oleh SPR 3. Kerani mengira undi 4. Calon, wakil dan ejen mengira undi. Kehdiran ejen-ejen calon adalah untuk memastikan pengiraan undi dijalankan mengikut proses yang betul seperti yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan serta bagi memastikan urusan pengiraan undi itu betul, adil dan telus.
  27. 27. Perjumlahan rasmi undi  pengiraan undi di tempat-tempat mengundi dan pusat pengiraan undi,keputusan-keputusan pengundian dikemukakan kepada Pegawai Pengurus  Pegawai Pengurus akan menjumlahkan semua undi, termasuk undi pos, untuk menentukan pemenang.  Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti, sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya berkenaan.
  28. 28. Orang yang layak mengundi secara pos. 1. Anggota tentera 2. Pasukan Polis Hutan 3. Petugas-petugas pilihan raya 4. Pegawai- pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara 5. Pelajar yang menuntut di luar negara, serta isteri ata u suami masing-masing 6. Kertas undi pos mesti sampai kepada Pegawai Pengu rus selewat- lewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundi. Prose dur-prosedur yang lengkaptelah disediakan untuk menjaga kerahsiaan undi
  29. 29. Petisyen pilihanraya.  Sesuatu keputusan pilihan raya sebenarnya boleh dicabar di mahkamah. Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab berikut: 1. Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang m ungkin telahmenjejaskan pilihan raya 2. Ketidak patuhan undang- undang dan peraturan pilihan raya 3. Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang -undang yangdilakukan oleh calon dan ejen-ejen 4. Calon atau ejennya didapati tidak layak menyertai pil ihan raya. Petisyen pilihan raya mestilah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi dalam masa 21 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam Warta
  30. 30. Penyata pembelanjaan pilihan raya. Seseorang calon layak membelanjakan wang bagi pilihan raya tetapi tidak boleh melebihi: 1. RM200,000 bagi Dewan Rakyat 2. RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri Laporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri didalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan di dalam Warta. Kegagalan untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
  31. 31. Penyimpanan dan pelupusan kertas undi  Dokumen-dokumen ini mestilah disimpan didalam peti atau peti-peti khas dan dikunci dengan disaksikan oleh ejen-ejen calon.Peti-peti khas ini disimpan selama enam bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurus. Pengarah Pilihan Raya Negeri akan menyimpan daftar pemilih yang telah ditandakan dan juga  counter foils . Ê kertas undi. Ini adalah bagi menjamin kerahsiaan undi. Peti-peti itu hanya boleh dibuka atas arahan Hakim MahkamahTinggi, jika ada kes-kes petisyen.Selepas tempoh enam bulan, Pegawai Pengurus, selepas mendapat kebenaranSPR akan melupuskan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen berkenaan.Pegawai Pengurus kemudian akan mengemukakan sijil pelupusan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri.
  32. 32. Kesimpulan Pengamalan sistem Demokrasi Berparlimen sesungguhnya mendatangkan banyak kebaikan kepada rakyat negara ini. Sejak diperkenalkan sehingga kini, sistem tersebut telah dapat mewujudkan suasana politik yang stabil, aman dan makmur. Melalui Demokrasi Berparlimen, kewujudan seorang raja berperlembagaan telah mengekalkan kesinambungan tradisi pemerintahan di negara ini. Manakala kerajaan yang dipilih oleh rakyat pula, perlu bijak memenangi hati rakyat dan tidak boleh berat sebelah terhadap golongan minoriti kerana keadaan ini akan menjatuhkan kerajaan pemerintah pada masa yang akan datang. Selain itu, setiap individu juga akan dilindungi kedudukannya dan boleh menggunakan hak mereka untuk menentukan tampuk pemerintahan negara. Diharapkan setiap warganegara akan sentiasa berkerjasama bagi membolehkan konsep demokrasi ini terus wujud.

×