Successfully reported this slideshow.
Your SlideShare is downloading. ×

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.

Ad
Ad
Ad
Ad
Ad
Ad
Ad
Ad
Ad
Ad
Ad
2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 1
HUBUNGAN LUAR
MALAYSIA
Latar belakang dasar luar Malaysia
Bincangka...
2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 2
9. Menjelang tahun1980-an, melalui Dasar Pandang
Ke Timur, pelabura...
2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 3
Huraikan perkembangan dasar luar
Malaysia mengikut tahap berikut:
(...
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Loading in …3
×

Check these out next

1 of 18 Ad

More Related Content

Slideshows for you (20)

Viewers also liked (20)

Advertisement

Similar to Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa. (20)

More from Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) (12)

Advertisement

Recently uploaded (20)

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.

  1. 1. 2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 1 HUBUNGAN LUAR MALAYSIA Latar belakang dasar luar Malaysia Bincangkan latar belakang dasar luar Malaysia. Matlamat dasar luar Malaysia Apakah matlamat dasar luar Malaysia? 1. Matlamat dasar luar Malaysia ialah berbaik-baik dengan semua negara. 2. Tujuannya ialah menjamin keselamatan rakyat dan negara 3. Ianya juga adalah untuk mengekalkan kedaulatan negara. 4. Selain itu dapat memelihara kepentingan nasional dengan menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi. 5. Di samping itu juga dapat mengekalkan keamanan sejagat dalam usaha untuk mengekalkan kerjasama di peringkat antarabangsa. 6. Secara langsung ia dapat menjadikan negara kita sebagai warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap terhadap usaha untuk memupuk kesejahteraan dunia. Bentuk hubungan luar Apakah bentuk hubungan luar Malaysia? 1. Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain iaitu hubungan bilalteral dan multilateral. 2. Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu. 3. Contohnya hubungan Malaysia dengan Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. 4. Selain itu hubungan luar juga diadakan dengan negara ASEAN yang lain, Amerika Latin. Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat. 5. Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan 6. Contohnya Persatuan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Komenwel, Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan sebagainya. Asas penggubalan dasar luar. (a) Faktor sejarah 1. Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu 2. Hubungan ini berbentuk hubungan perdagangan. 3. Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu 4. Contohnya hubungan antara Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. 5. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel 6. Hubungan diplomatik dengan Britian dan negara Komenwel lain seperti Australia dan New Zealand. 7. Pada masa itu, Malaysia sedang diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). 8. Ancaman komunis ini menggugat keselamatan negara Malaysia 9. Ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis. 10. Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan . (b) Faktor ekonomi 1. Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas. 2. Malaysia juga menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya. 3. Sejak zaman penjajahan British lagi Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah. 4. Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat. 5. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara- negara tersebut. 6. Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan pelaburan asing. 7. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara 7. Ianya juga dapat menyediakan peluang pekerjaan.
  2. 2. 2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 2 9. Menjelang tahun1980-an, melalui Dasar Pandang Ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari negara-negara di Timur terutama Jepun dan Korea. 10. Pada masa yang sama, Malaysia juga menjalin hubungan baik dengan negara-negera sedang membangun dan negara-negara Islam. 11. Tujuannya ialah bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia 12. Di samping itu, dapat mengadakan pelaburan di negara berkenaan. (c) Faktor politik 1. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. 2. Dasar luar Malaysia menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. 3. Contohnya dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. 4. Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip- prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. 5. Oleh itu Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia. (D) FAKTOR GEOGRAFI 1. Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara 2. Negara kita bersempadan dengan negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. 3. Perairannya juga menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. 4. Dengan itu, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia. (e) Faktor Demografi 1. Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam. 2. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel 3. Ini disebabkan dasar negara berkenaan menceroboh dan menindas peribumi Palestin. 4. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. 5. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang keras Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan. 6. Malaysia juga tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang Dasar Apartheid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. 7. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia. 8. Perkembangan dasar luar Malaysia.
  3. 3. 2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 3 Huraikan perkembangan dasar luar Malaysia mengikut tahap berikut: (a)Tahap Pertama 1. Tahap Pertama adalah semasa pemerintahan Perdana Menteri pertama iaitu Tunku Abdul Rahman (1957-1970) 2. Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memperlihatkan dasar pro-Barat yang antikomunis 3. Malaysia juga berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel. 4. Dasar luar berkenaan dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial. 5. Faktor politik merujuk pada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. 6. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand. 7. Bagi menyekat perkembangan pengaruh Komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo- Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956. 8. Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara. 9. Dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran. 10. Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia mencapai kemerdekaan 11. Contohnya konfrontasi dengan Indonesia (1963- 1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963- 1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965). 12. Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian. 13. Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina. 14. Seterusnya, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama- sama Indonesia dan Filipina 15. Perjajian ASEAN telah ditandatangani pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. 16. Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi negara ini. 17. Hal ini disebabkan Malaysia merupakan anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling. 18. Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain. 19. Pelabur Britain juga masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian. 20. Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat 21. Tujuannya untuk mengurangkan pergantungan kepada Britain 22. Di samping itu ianya juga bertujuan mencari pasaran baru. b)Tahap Kedua 1. Tahap Kedua adalah semasa pentadbiran Tun Abdul Razak (1972-1981) dan Tun Hussein Onn (1972 – 1976). 2. Menjelang tahun 1970- an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. 3. Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA 4. Pengaruh Britian juga semakin kurang di Timur. 5. Perubahan dasar ini juga disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China. 6. Bagi mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan berkecuali (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN. 7. Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis 8. Contohnya China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia.
  4. 4. 2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 4 9. Malaysia turut mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976. 10. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran. (c)Tahap Ketiga 1. Tahap ketiga adalah semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir bin Mohamad (1981-2003) 2. Ia masih mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi 3. Kepentingan ini berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutamanya dalam kalangan negara membangun. 4. Bagi mencapai matlamat tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea. 5. Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia. 6. Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik. 7. Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. 8. Dalam setiap misi lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. 9. Beliau percaya Malaysia perlu menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju dan negara Dunia Ketiga. Dasar Luar Malaysia semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009) 1. Beliau meneruskan kesinambungan dasar luar Malaysia era Perdana Menteri sebelumnya . 2. Malaysia menjadi Pengerusi Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) 3. Beliau juga menjadikan Malaysia sebagai negara Islam contoh yang bertoleransi dan progresif melalui konsep Islam Hadhari 4. Penghantaran pelajar Malaysia ke Jepun untuk mengikuti pembelajaran pelbagai bidang 5. Kerjasama dengan Jepun dalam bidang teknikal. Beliau membentuk “task force” dalam membantu usaha mewujudkan keamanan di Selatan Thailand Dasar Luar Malaysia semasa pemerintahan Dato’ Seri Najib Abdul Razak (2009- kini) 1. Beliau meneruskan dasar luar yang kukuh yang membantu mewujudkan ekonomi yang mantap dan dinamik. 2. Penekanan diberikan dalam kerjasama serantau dan antarabangsa terutamanya dengan ASEAN,OIC, NAM. 3. Di samping itu, beliau juga menekankan kepentingan hubungan dua hala dengan negara- negara yang berdagang dengan Malaysia (trading partner). 4. Contohnya seperti negara China, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat. 5. Dato’ Seri Najib meneruskan hubungan dua hala yang mesra dengan negara jiran.
  5. 5. 2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 5 6. Pendekatan yang membina diambil untuk menyelesaikan masalah tuntutan bertindih, penetapan sempadan tanah dan maritim. 7. Setiap usaha diplomatik dilaksanakan untuk memastikan hubungan dua hala dengan negara jiran tidak terjejas. 8. Masalah berkaitan tuntutan wilayah bertindih dirujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). 9. Perwakilan Diplomatik Malaysia di luar negara telah meningkat kepada 105 buah negara hari ini berbanding 21 buah pada tahun 1966. 10. Hubungan dua hala Malaysia-China semakin kukuh sejak 42 tahun yang lalu 11. Dato’ Seri Najib telah meneruskan kesinambungan usaha Tun Abdul Razak ke peringkat yang lebih tinggi daripada sebelumnya terutamanya dalam aspek perdagangan 12. China merupakan ‘trading partner’ yang penting dalam pembangunan ekonomi negara Malaysia. 13. Hubungan dengan Singapura juga dipertingkatkan yang merupakan pelabur utama di Iskandar Malaysia 14. Malaysia juga meneruskan hubungan yang kukuh dengan negara Jepun 15. Kesannya hubungan perdagangan Malaysia Jepun terus meningkat dan berjaya menambah pendapatan negara 16. Di samping itu, hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat terus diperkukuhkan 17. Kedua-dua buah negara telah bersepakat untuk saling bekerjasama dalam bidang-bidang yang memberi manfaat dan kepentingan bersama. 18. Amerika Syarikat merupakan rakan dagangan Malaysia terbesar 19. Malaysia pula merupakan rakan perdagangan ke- 10 terbesar Amerika Syarikat. Dasar luar Malaysia menyumbang kepada keamanan dunia. -Dasar luar Malaysia menyumbang kepada keamanan dunia. Buktikan. POLITIK Keselamatan dan keamanan dunia 1. Pengisytiharan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) agar dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara. 2. Melalui pengisytiharan ini Malaysia tidak akan bersekongkol dengan mana-mana blok Barat. Usaha ini bertujuan mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar dan larangan kuasa besar mengangkut bahan atau senjata nuklear melalui konsep SEANWFZ. 3. Malaysia menyertai pasukan pendamai PBB di Congo(1960) bagi menamatkan perang saudara 4. Negara turut mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia(1989) untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan 5. Malaysia menjadi perantara pihak bertelagah melalui penghantaran pasukan pemerhati ke sempadan Iran –Iraq. 6. Malaysia juga pernah mennghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea dan pasukan pengaman ke Bosnia 7. Malaysia juga cuba mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea dan Malaysia turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea. 8. Segala konflik dengan negara jiran diselesaikan melalui rundingan atau melalui mahkamah antarabangsa, contoh isu Pulau Batu Putih. 9. Malaysia mengusahakan perjanjian damai antara Kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro( MILF) bagi pewujudan wilayah autonomi bangsa Moro di selatan Filipina. 10. Malaysia menyokong perjuangan penubuhan negara berdaulat Palestin di PBB 11. Malaysia menjadi mediator / orang tengah / perantara yang berjaya menyelesaikan konflik di sesebuah negara contohnya Selatan Thailand dan Selatan Filipina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia perlu beralih haluan daripada pendekatan lampau memandangkan dasar luarnya perlu berkisar kepada usaha menjalin kerjasama yang membawa manfaat kepada rakyat dan negara
  6. 6. 2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 6 12. Ini dapat dibuktikan melalui penubuhan Pergerakan Kesederhanaan Global yang berperanan sebagai perantara 13. Penubuhan ESSCOM atau Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah juga membuktikan kesungguhan Malaysia untuk menguatkan kawalan keselamatan maritim di bahagian Timur Sabah susulan krisis pencerobahan Lahad Datu. Membela dan menyokong hak asasi manusia 14. Malaysia lantang bersuara di PBB menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan 15. Malaysia juga menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik atau kuasa semua negara. 16. Malaysia mewujudkan cawangan Al-Quds Foundation Malaysia iaitu sebuah yayasan kebajikan untuk rakyat Palestin 17. UNICEF berkerjasama dengan SUHAKAM dalam program keganasan dan penyeludupan serta pendidikan mengenai konvensyen kanak-kanak 18. NGO Malaysia terlibat menyokong usaha dengan menubuhkan Pusat Jana Jaya (IMPOWER ) dan mendapat sokongan UNICEF bagi mengukuhkan sokongan psikososial yang berasaskan komuniti kepada kanak-kanak dan keluarga 19. UNICEF bekerjasama dengan Pertubuhan kanak- kanak Malaysia (MAPC) bagi mengukuhkan persekitaran yang terjamin keselamatannya 20. Kolej Universiti HELP yang ditubuhkan di Malaysia telah berkerjasama dengan UNICEF untuk membanteras gejala buli di sekolah Menjadi ahli pertubuhan dunia 21. Malaysia berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Piagam PBB seperti memelihara keamanan dunia, melindungi hak asasi manusia, menegakkan keadilan dan kewibawaan undang-undang, serta menggalakkan perkembangan ekonomi dan sosial 22. Malaysia turut menganggotai agensi-agensi PBB yang lain seperti United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) dan United Nation Conference on Trade and Development (UNCTAD) bagi merealisasikan hasrat dunia untuk aman dan harmoni. 23. Dipilih menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB tahun 1965, 1989 , 1999 dan 2016. 24. Wakil Malaysia, Tan Sri Razali Ismail pernah menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB 25. Beliau juga pernah dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar. 26. Malaysia menyuarakan pandangan dan bantuan kepada negara-negara ahli yang lain . 27. Misalnya usaha yang telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman selaku Setiausaha Agung OIC yang pertama. 28. Malah negara kita juga pernah menjadi tuan rumah Persidangan OIC 1974 dan 2003. 29. Negara kita turut sama menganjurkan persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara Islam pada 2002 bagi memerangi keganasan. EKONOMI Mewujudkan kerjasama ekonomi dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa 30. Melalui mesyuarat CHOGM di Van Couver, Kanada pada tahun 1987 ,telah membuat menetapkan untuk mewujudkan sistem perdagangan yang lebih adil. 31. Kerjasama ekonomi di peringkat serantau negara turut menyertai kerjasama ekonomi melalui Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura 1992. 32. Kerjasama secara tidak rasmi diteruskan melalui konsep ASEAN + 3. SOSIAL Bersama-sama membenteras jenayah antarabangsa 33. Malaysia lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah dalam satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna (Austria) Jun 1987. Perdana Menteri Malaysia pernah menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut. 34. Malaysia turut prihatin dengan isu pemerdagangan manusia . Hal ini dapat dibuktikan apabila negara kita telah mewujudkan Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) bagi memastikan hak asasi mangsa pemerdagangan dijamin dan melalui proses pemulihan sehingga mereka diintergrasikan semula ke dalam masyarakat. 35. Bagi menyokong usaha memerangi keganasan, Malaysia juga telah mewujudkan Akta Pencegahan
  7. 7. 2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 7 Keganasan (SOSMA) dan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara. 36. Hal ini membolehkan kerajaan dapat mengawal dan menguruskan ancaman serta bertindak awal mengenai perkara yang berkaitan dengan keselamatan negara. Sebagai contoh isu ISIS dan keganasan Daesh. Bekerjasama dalam pembangunan sosial masyarakat 37. Bekerjasama dalam pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian(FAO), 38. Kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) Meningkatkan pembangunan sains dan teknologi 39. Dasar luar negara juga penting untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Hubungan yang erat dengan negara-negara maju memudahkan pemindahan teknologi moden ke dalam negara. 40. Kemajuan dalam bidang teknologi diperlukan dalam pembinaan LRT / MRT, empangan hidro elektrik dan sebagainya. 41. Kemajuan teknologi yang dimiliki oleh Kereta Api Tanah Melayu mendapat kepercayaan Arab Saudi sehingga diberi peluang untuk mengendalikan sebahagian perkhidmatan kereta api di sana. 42. Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Mendapat bantuan pendidikan kepada rakyat Malaysia dan negara anggota. 43. Tawaran biasiswa kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) 44. Rancangan Colombo menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan. 45. Malaysia mendapat penghormatan daripada 46. negara-negara anggota OIC kerana amat serius memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam. 47. Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi masalah pencemaran 48. Malaysia berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998 hingga hari ini. Dasar luar negara menyumbang kepada kemajuan Malaysia. - Bagaimanakah dasar luar negara dapat menyumbang kepada kemajuan ekonomi Malaysia. Perluasan pasaran baru 1. Malaysia mendapat peluang pasaran eksport baru bagi barangan tempatan. 2. Hubungan ini mengukuhkan kerjasama ekonomi dalam kalangan anggota pertubuhan antarabangsa/serantau. 3. Contohnya melalui AFTA yang berjaya mengembangkan perdagangan dan industri antara negara anggota ASEAN. 4. Gabungan 513 juta orang penduduk ASEAN menawarkan potensi besar untuk kerjasama ekonomi dalam kalangan negara anggota. Perdagangan yang lebih luas 5. Malaysia juga dapat mengikat perjanjian perdagangan yang lebih luas contohnya menandatangani Free Trade Area (FTA) dengan beberapa buah negara lain. 6. Contohnya negara ASEAN, Jepun, Pakistan, New Zealand, India, Chile dan Australia. 7. FTA yang sedang dirunding oleh kerajaan Malaysia pula adalah Malaysia-Turkey, Malaysia-European Union(EU), Malaysia-OIC dan Malaysia-D8 dan juga TPPA yang mendapat perhatian lebih masyarakat. 8. Hubungan ini telah menyediakan platform kepada pengeksport supaya lebih berdaya saing. 9. Hal ini dapat meningkatkan kebolehan inovatif melalui kerjasama dengan negara lain. Meningkatkan eksport negara 10. Jumlah dagangan global Malaysia pada 2010 meningkat kepada 1.2% berbanding 1.1% pada 2009. 11. Malaysia meneruskan usaha memperkukuhkan hubungan perdagangan dan ekonomi dengan rakan dagang tradisi iaitu AS, EU dan Jepun. 12. Menurut laporan Trade Organization 2010 Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi ekonominya dengan memperbaiki kedudukannya ke tangga ke- 24 daripada ke-26 dalam senarai negara-negara perdagangan global pada tahun sebelumnya menurut laporan World Trade Organization 2010. 13. Sejak 1983, Malaysia memperbaiki kedudukannya sebagai salah satu negara perdagangan dan pengeksport utama global.
  8. 8. 2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 8 Peluang pelaburan 14. Malaysia mencatat peningkatan yang signifikan dalam bilangan projek dan pelaburan dalam sektor pembuatan. 15. Sejumlah 910 buah projek pembuatan dengan jumlah pelaburan bernilai RM47.18 bilion telah diluluskan berbanding 766 buah projek pembuatan dengan jumlah pelaburan bernilai RM32.64 bilion pada 2009. 16. Projek-projek yang diluluskan pada 2010 dijangka mewujudkan sebanyak 97,319 peluang pekerjaan, di mana 74.2% adalah dalam kategori pengurusan, teknikal dan penyeliaan serta pekerja mahir. 17. Projek-projek tersebut dijangka mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan 18. Peluang ini akan menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) berjumlah AS$523 bilion (RM1.63 trilion) menjelang 2020. 19. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memainkan peranan penting dalam aktiviti pelaburan komoditi utama Malaysia. 20. Pelabur utama negara kita adalah AS, Jepun, Hong Kong, Singapura dan Jerman. 21. Kerajaan akan meneruskan usaha mempromosi pelaburan domestik dan menggalakkan syarikat tempatan untuk menjadi pengusaha industri di peringkat gobal. 22. Ini dapat dibuktikan apabila prestasi pelaburan oleh syarikat domestik semakin baik pada tahun 2010 adalah dilihat sebagai tindak balas positif kepada ETP. Memajukan bidang pertanian 23. Malaysia kini merupakan pengeluar kelima terbesar dunia bagi produk berasaskan koko dan dieksport ke lebih 80 negara. 24. Malaysia membekalkan sumber akuakultur kepada 18 syarikat makanan laut yang mengeksport produk ke Eropah. 25. Agensi Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memperkenalkan 1 Malaysia Best sebagai produk untuk pasaran tempatan dan global. 26. Kaedah pengenalan ini dapat membantu dalam mempertingkatkan jualan produk asas tani. Memajukan teknologi 27. Peningkatan penggunaan teknologi moden akan menguntungkan masyarakat dan negara. 28. Jepun, China dan Korea telah berkongsi maklumat dengan negara ASEAN mengenai perkembangan terkini dalam dasar Sains, Teknologi dan Inovasi (STI). 29. Pertukaran ilmu dan teknologi dengan negara luar dapat menjana kemajuan negara. 30. Pada tahun 2010, empat syarikat utama Australia berminat terhadap pertukaran teknologi dan inovasi melalui perdagangan dan pelaburan. 31. Hal ini memberikan keuntungan kepada Malaysia kerana perdagangan antara Australia dengan Malaysia berjumlah A$8.5 bilion dengan perdagangan memihak kepada Malaysia. 32. Melahirkan masyarakat yang kreatif dan berteknologi. Hal ini akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia terlibat dengan pertandingan di peringkat antarabangsa. 33. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah dalam pertandingan 8th International Exhibition for Young Inventors (IEYI) 2012 di Bangkok, Thailand. 34. Mereka berjaya meraih pingat emas sekaligus memartabatkan inovasi generasi muda Malaysia dalam bidang sains dan teknologi.
  9. 9. 2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 9 Malaysia telah melahirkan warganegara yang berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Buktikan. Tun Dr. Mahathir Mohamad 1. Berjaya membawa Malaysia keluar daripada krisis Kewangan Asia 1997 2. Tidak membuat pinjaman daripada International Monetary Fund (IMF) 3. Buku Biografi Margaret Thatcher“The Downing Street Years”mengakui kagum dengan kepimpinan dan pencapaian beliau. 4. Menjadi jurucakap pemimpin Negara Dunia Ketiga 5. Melancarkan Wawasan 2020 yang menggariskan cabaran mewujudkan negara maju mengikut acuan sendiri. 6. Merealisasikan projek-projek mega negara yang memodenkan negara. 7. Contoh Menara berkembar Petronas, Litar Sepang Formula One, KLIA, Pusat Pentadbiran Putrajaya. 8. Membangunkan kemudahan infrastruktur yang moden dan canggih seperti LRT, Monorel, terowong SMART. Tan Sri Razali Ismail 9. Pengerusi Kumpulan 77 yang dianggotai oleh 128 buah negara membangun. 10. Ahli Lembaga Pengarah International Peace Academy 1989- 1990. 11. Naib Presiden Majlis Ekonomi dan Sosial PBB (ECOSOC) pada tahun 1991. 12. Mengetuai delegasi Malaysia ke United Nation Development Programme 1990-1992. 13. Mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Rio membahaskan isu alam sekitar 1992. 14. Dilantik oleh Setiausaha Agung PBB sebagai wakil khas ke Myanmar. 15. Dilantik sebagai pengerusi pertama Commision on Sustainable Development (CSD) pada 1993. 16. Pernah dilantik sebagai Pengerusi Perhimpunan Agung PBB pada 1989. 17. Anak Malaysia pertama memegang jawatan tertinggi dalam PBB 18. Beliau telah dilantik menjadi wakil tetap Malaysia ke PBB. 19. Seterusnya dilantik menjadi wakil Malaysia dalam Ahli Jawatankuasa Keselamatan PBB. 20. Pengerusi Jawatankuasa Majlis Keselamatan PBB berhubung sekatan senjata di Afrika Selatan 21. Ketua Delegasi Malaysia ke PBB tentang alam sekitar dan pembangunan (UNCED) Rio de Janeiro 1992. Tan Sri Zety Akhtar Aziz 1. Wanita pertama sebagai gabenor bank negara 2. Anugerah Ketua Bank Pusat terbaik dunia oleh majalah Global Finance. 3. Anugerah kerana faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan matawang dan pengurusan kadar faedah 4. Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak 2004
  10. 10. 2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 10 Datuk Dr Mazlan Othman 5. Melakukan penyelidikan dan pembangunan kajian astronomi negara. 6. Wanita pertama mempunyai Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang astronomi dan astrofizik. 7. Dilantik sebanyak dua kali sebagai Ketua Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNOOSA) di Vienna pada November 1999 8. Dilantik menjadi Ketua Pengarah Bahagian Kajian Sains Angkasa Negara Datuk Jimmy Choo 9. Dianugerahkan gelaran profesor oleh Universiti of The Arts London atas sumbangan dalam bidang fesyen 10. Merupakan rakyat Malaysia pertama yang mendapat anugerah “Order of the British Empire” OBE (Knighthood) oleh Permaisuri England, Queen Elizabeth II pada tahun 2002. Datuk Siti Nurhaliza 11. Pada Disember 1999, menerima anugerah iaitu Anugerah Emas untuk Asia New Singer Competition. 12. Pada tahun yang sama, beliau menyertai South Pacific International Song and Singing Competition 1999 di Gold Coast, Queensland, Australia hingga merangkul gelaran 'Pop Winner'. 13. Siti turut menarik perhatian juri dengan kehebatan vokalnya sehingga dikurniakan hadiah 'Best Female Vocal Performance'. 14. Memenangi pertandingan Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan, dan mendapat gelaran tertinggi 'Grand Prix Champion'. 15. Siti pernah dijemput membuat persembahan di majlis Golden Melody Awards ke-15, Taiwan pada tahun 2004. 16. Beliau turut muncul dalam program khas setengah jam di Azio TV semasa lawatannya selama empat hari di Taipei, Taiwan. Datuk Nicole David 17. Wanita pertama dari Asia yang menduduki ranking nombor 1 dunia dalam bidang sukan squasy. 18. Wanita paling muda menjadi pemain nombor satu dunia (pada tahun 2005 ketika umur beliau 22 tahun) 19. Individu pertama menjuarai kejohanan terbuka dunia untuk lima tahun berturut-turut dari 2005- 2010 En. Mohd Nasarudin Mohd Yusof 20. Penerima Anugerah Nobel Keamanan 2013. 21. Anugerah yang diterima adalah daripada usaha gigih dalam menghapuskan senjata kimia serta penggunaanya di seluruh dunia. 22. Hadiah Nobel Keamanan yang dimenangi OPCW termasuklah pingat, diploma dan juga hadiah wang tunai bernilai kira- kira 900,000 euro (RM 3.77 juta.
  11. 11. 2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 11 Apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam hubungan serantau dan antarabangsa serta langkah mengatasinya. Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia sering menghadapi pelbagai tekanan daripada masyarakat antarabangsa. Bagaimanakah Malaysia menangani tekanan tersebut. 1 Isu Tuntutan Bertindih Contohnya isu Pulau Sipadan, Pulau Batu Putih dan Pulau Spartly Masalah ini dirujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) 2 Isu Pencerobohan Sempadan Contohnya pencerobohan di Lahad Datu oleh waris Kesultanan Sulu Kerajaan Malaysia dengan kerjasama kerajaan Filipina dengan tidak menyokong dan membantu kumpulan pengganas. Malaysia menubuhkan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) untuk mengawasi perairan Timur Sabah. Penguatkuasaan Maritim negara telah berganding bahu dengan Filipina untuk menjayakan Operasi Phillipine-Malaysia (PHIMAL) yang bermatlamat untuk mencegah aktiviti-aktiviti pelanggaran undang- undang maritim di persempadanan perairan Malaysia- Filipina di Laut Sulu. 3 Isu Pendatang Tanpa Izin Contohnya PATI dari negara Indonesia, Filipina,Thailand Rundingan diplomatik antara negara telah diadakan. Malaysia turut mengadakan rancangan Pemutihan dan penghantaran balik PATI tanpa dikenakan tindakan. 4 Isu Pemerdagangan Manusia Contohnya jenayah pemerdagangan manusia di Bukit Wang Burma dan Wang Kelian di sempadan Malaysia-Thailand. Kawalan keselamatan di sempadan negara dan Thailand diperketatkan supaya ia tidak mudah dibolosi oleh mana-mana pihak termasuk oleh sindiket pemerdagangan manusia. Kerjasama antara pihak polis dan pasukan keselamatan dalam kalangan negara serantau. 5 Isu Jerebu Contohnya pembakaran terbuka ladang-ladang pertanian di Sumatera dan Kalimantan Rantau Asia Tenggara mengalami kerugian AS$9.0 bilion (RM28.5 bilion) terhadap sektor pelancongan dan perniagaan Pasukan bomba negara kita telah dihantar ke Indonesia untuk membantu usaha memadamkan kebakaran Malaysia menguatkuasa peraturan yang melarang aktiviti pembakaran terbuka 6 Isu Pengganas Antarabangsa/Serantau Tuduhan terhadap negara kita yang membantu atau memberi perlindungan kepada kumpulan pengganas seperti IS/DAESH. Kerajaan memberikan kerjasama dengan Jabatan Operasi Keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN DPKO) dan Interpol untuk membolehkan polis memainkan peranan lebih penting bagi menjaga keamanan dalam agenda keselamatan antarabangsa. Malaysia membincangkan isu keganasan sewaktu menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN 2015 7 Isu Jenayah merentasi sempadan. Contohnya penyalahgunaan dadah. Pengedar dadah menjadikan Malaysia sebagai negara transit dan ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang menjadi keldai dadah. Melalui penguatkuasaan undang-undang, kerajaan menjatuhkan hukuman berat kepada pengedar dadah Malaysia juga mengawal ketat di pintu-pintu masuk negara. Pertubuhan ASEAN juga boleh memainkan peranan dengan mengadakan mesyuarat dikalangan Menteri seperti Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan Ke-2 (SOMTC) 8 Isu Kemerosotan nilai mata wang Kemerosotan ekonomi dunia memberi kesan kepada kemelesetan ekonomi negara. Manipulasi pasaran saham dunia menyebabkan pasaran saham tempatan jatuh. Pelabur asing kurang yakin terhadap prospek ekonomi Malaysia. Kerajaan telah mengambil langkah jimat cermat dengan mengawal ketat perbelanjaan mengurus dan pembangunan dalam negara. Kerajaan juga menghadkan pinjaman asing dengan mengadakan peraturan dan pengawalan ketat ke atas sektor perbankan.
  12. 12. 2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 12 Bagi meneruskan rancangan DEB, Model Ekonomi Baru (MEB) telah dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Diperingkat global, Malaysia adalah di antara 12 buah negara yang menyertai Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang bertujuan meningkatkan perdagangan dan pelaburan dalam kalangan negara anggota. (Negara TPPA : Amerika Syarikat, australia, Brunei,Kanada,Chile,Jepun, Mexico,New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Malaysia) 9 Isu penyalahgunaan teknologi nuklear Kuasa besar berminat menggunakan laluan perairan Asia Tenggara membawa muatan nuklear. Malaysia dan negara ASEAN memperkenalkan konsep ZOPFAN dan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) Halatuju dasar luar negara dalam era globalisasi. Beri cadangan halatuju dasar luar negara dalam era globalisasi 1 Mengekalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira idealogi . Tujuannya untuk mengekalkan keselamatan dan keamanan negara 2 Malaysia perlu terus mengekalkan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya. Hal ini kerana, dapat menjamin kedaulatan dan kestabilan negara 3 Malaysia terus komited menjalin hubungan luar dalam aspek ekonomi di peringkat ASEAN. ASEAN Free Trade Area (AFTA) dijadikan landasan saling memasarkan barangan negara anggota. 4 Malaysia menggalakkan kemasukan pelaburan modal asing. Ini membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. 5 Negara juga meneruskan Dasar Pandang Ke Timur untuk mencontohi etika budaya kerja yang produktif dan efektif. Contoh negara model ialah Jepun dan Korea Selatan. 6 Hubungan bilateral dengan negera-negara jiran perlu dipertingkatkan demi menjaga kepentingan ekonomi dan politik serantau . Contohnya ialah hubungan dengan Indonesia, Singapura, Thailand. 7 Hubungan dua hala dengan negara Dunia Ketiga dikekalkan seperti Amerika Latin,Afrika,Asia Barat. Hubungan dua hala dengan negara maju diteruskan seperti Britain dan Amerika Syarikat. 8 Malaysia juga perlu mengukuhkan hubungan multilateral dengan pertubuhan Komanwel, OIC, PBB, NAM. Ini bertujuan mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat Hubungan ini dilakukan melalui misi lawatan pemimpin dan delegasi perdagangan ke negara-negara tersebut secara rasmi dan berterusan 10 Malaysia perlu komited mematuhi Perjanjian TPPA yang telah ditandatangani. Tujuannya untuk kepentingan ekonomi jangka panjang demi mencapai misi negara maju menjelang tahun 2020. 11 Malaysia terus komited menyokong segala dasar dan prinsip PBB. Sebarang pertikaian diselesaikan secara rundingan dan diplomasi diperingkat antarabangsa. 12 Malaysia akan terus memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang di ceroboh oleh Israel. Usaha-usaha Malaysia melalui NGO, pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang disertai Malaysia seperti OIC dan PBB akan terus konsisten sehingga rakyat Palestin mendapat hak kedaulatan Dasar luar Malaysia berjaya memartabatkan nama negara di persada antarabangsa. Buktikan. Politik 1 Sejak tahun 1960,Malaysia dipilih untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji- panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo (Zaire) 2 Pada tahun 1989,Malaysia mewakili pasukan pendamai PBB ke Namibia untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan 3 Pada tahun 1990-an,Malaysia menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea 4 Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia 5 Usul Malaysia diterima agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik atau kuasa semua negara 6 Malaysia pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965,1989, dan 1999 7 Tan Sri Razali Ismail menjadi wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik Myanmar
  13. 13. 2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 13 8 Malaysia menganjurkan persidangan antarabangsa bagi menyelesaikan masalah Palestin 9 Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr Mahathir menjadi Yang Dipertua persidangan antarabangsa diadakan di Vienna (Austria) pada bulan Jun,1987 bagi memerangi gejala penyalahgunaan dadah 10 Malaysia pernah menjadi tuan rumah bagi persidangan-persidangan ántarabangsa seperti Mesyuarat Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM) yang telah menghasilkan Deklarasi Langkawi 1989. 11 12 Peranan Malaysia dalam mengurus dan menyelesaikan konflik di Pulau Mindanao, selatan Filipina telah mendapat pujian daripada banyak pihak, pemerhati antarabangsa serta PBB. Misi diplomasi Malaysia di Pulau Mindanao berakhir dengan termeterainya proses damai antara bangsa Moro dengan kerajaan Filipina. 13 Malaysia menjadi 'perunding damai' di antara Hamas dan Fatah di Palestin 14 Dato’ Seri Najib merupakan antara 46 pemimpin dunia yang dijemput oleh Presiden Barrack Obama untuk menghadiri Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Nuklear di Washington Ekonomi 14 Bidang perusahaan automobil merupakan mercu kecemerlangan dalam mencapai kejayaan Malaysia dengan menghasilkan kereta nasional negara 15 Syarikat PROTON berjaya mengeluarkan kereta Proton Saga pertama di Malaysia pada 9 Julai 1985. 16 Melalui syarikat PERODUA pula, kereta yang dihasilkan termasuklah Kancil, Kenari, Kelisa, Myvi , Viva dan lain-lain 17 Kejayaan ini telah menandakan bahawa negara Malaysia berupaya mengeluarkan kereta sendiri setanding kereta asing. 18 Teknologi industri berat yang diusahakan oleh rakyat Malaysia membolehkan kereta nasional dieksport ke luar negara seperti Australia, Singapura, United Kingdom dan sebagainya. 19 Hasil eksport kereta nasional menyumbang besar dalam pendapatan negara. Contohnya, pada tahun 2006, Malaysia telah mengeksport 20,675 unit kereta penumpang ke luar negara yang telah menambahkan hasil Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) dengan jumlah RM 554.9 juta 20 Negara kita mendapat kepercayaan syarikat multinasional asing untuk melakukan kerjasama ekonomi. Contohnya, projek usaha sama industri automobil antara Mitsubishi Corporation dari Jepun dengan Proton dan Kia Motors dari Korea Selatan dengan NAZA Motors Malaysia. Sosial 21 Dato’ Nicol Ann David ialah pemain skuasy Malaysia yang menjadi pemain nombor satu di dunia telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. 22 Qabil Ambak Jaguh Ekuestrian Negara Pelumba Ranking di Asia Tenggara. Beliau muncul sebagai pelumba ranking terbaik Asia Tenggara acara jumping pada Kejohanan Kuda Antarabangsa Grand Prix Kuala Lumpur di Stadium Putra Bukit Jalil. 23 Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 (SUKOM) adalah temasya yang paling berjaya yang pernah dianjurkan. 24 Kejohanan Le Tour D’ Langkawi(LTdl) menjadi perlumbaan berprestij di luar Eropah sehingga Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) memberi penghargaan tertinggi Anugerah Merit UCI kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana telah memperkenalkan Kejohanan Le Tour de Langkawi di mata dunia. 25 Daripada 163 negara, Malaysia berjaya meraih tempat ke-36 dengan tiga pingat emas dan satu gangsa dalam temasya Sukan Paralimpik ke-15 di Rio de Janeiro, Brazil pada 2016 26 Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar PETRONAS merupakan mercu tanda kemajuan negara. 27 Menara Berkembar PETRONAS, merupakan menara kembar tertinggi di dunia dengan ketinggian 452 meter 28 Malaysia berjaya melancarkan dua satelit Malaysia Asia Timur iaitu MEASAT I dan MEASAT II pada September 2000 29 Malaysia mempunyai mikrosatelit yang pertama iaitu TIUNG SAT. 30 Ini menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara ASEAN yang mempunyai satelit angkasanya sendiri 31 Sheikh Muzaffar Shukor merupakan angkasawan negara pertama yang telah
  14. 14. 2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 14 berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia 32 KLIA merupakan lapangan terbang moden terbesar Malaysia dan antara yang terpenting di rantau Asia Tenggara dan dunia 33 KLIA merupakan lapangan terbang pertama di dunia dianugerahkan Sijil Airport Service Quality(ASQ) daripada Airport Council International(ACL). Apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam hubungan serantau dan antarabangsa serta langkah mengatasinya. Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia sering menghadapi pelbagai tekanan daripada masyarakat antarabangsa. Bagaimanakah Malaysia menangani tekanan tersebut. 1 Isu Tuntutan Bertindih Contohnya isu Pulau Sipadan, Pulau Batu Putih dan Pulau Spartly Masalah ini dirujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) 2 Isu Pencerobohan Sempadan Contohnya pencerobohan di Lahad Datu oleh waris Kesultanan Sulu Kerajaan Malaysia dengan kerjasama kerajaan Filipina dengan tidak menyokong kumpulan pengganas. Malaysia menubuhkan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) untuk mengawasi perairan Timur Sabah. Penguatkuasaan Maritim negara telah berganding bahu dengan Filipina untuk menjayakan Operasi Phillipine-Malaysia (PHIMAL) yang bermatlamat untuk mencegah aktiviti-aktiviti pelanggaran undang-undang maritim di persempadanan perairan Malaysia- Filipina di Laut Sulu. 3 Isu Pendatang Tanpa Izin Contohnya PATI dari negara Indonesia, Filipina,Thailand Rundingan diplomatik antara negara telah diadakan. Malaysia turut mengadakan rancangan Pemutihan dan penghantaran balik PATI tanpa dikenakan tindakan. 4 Isu Pemerdagangan Manusia Contohnya jenayah pemerdagangan manusia di Bukit Wang Burma dan Wang Kelian di sempadan Malaysia-Thailand. Kawalan keselamatan di sempadan negara dan Thailand diperketatkan supaya ia tidak mudah dibolosi oleh mana-mana pihak termasuk oleh sindiket pemerdagangan manusia. Kerjasama antara pihak polis dan pasukan keselamatan dalam kalangan negara serantau dipertingkatkan. 5 Isu Jerebu Contohnya pembakaran terbuka ladang-ladang pertanian di Sumatera dan Kalimantan Rantau Asia Tenggara mengalami kerugian AS$9.0 bilion (RM28.5 bilion) dalam sektor pelancongan dan perniagaan Pasukan bomba negara kita telah dihantar ke Indonesia untuk membantu usaha memadamkan kebakaran Malaysia menguatkuasa peraturan melarang aktiviti pembakaran terbuka 6 Isu Pengganas Antarabangsa/Serantau Tuduhan terhadap negara yang membantu atau memberi perlindungan kepada kumpulan pengganas seperti ISIS/DAESH. Kerajaan memberikan kerjasama dengan Jabatan Operasi Keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN DPKO) dan Interpol untuk membolehkan polis memainkan peranan lebih penting bagi menjaga keamanan dalam agenda keselamatan antarabangsa. Malaysia membincangkan isu keganasan sewaktu menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN 2015 7 Isu Jenayah merentasi sempadan. Contohnya penyalahgunaan dadah. Pengedar dadah menjadikan Malaysia sebagai negara transit tedapat dalam kalangan rakyat Malaysia yang menjadi keldai dadah. Melalui penguatkuasaan undang-undang, kerajaan menjatuhkan hukuman berat kepada pengedar dadah Malaysia juga mengawal ketat pintu masuk negara.
  15. 15. 2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 15 Pertubuhan ASEAN juga memainkan peranan dengan mengadakan mesyuarat dalam kalangan Menteri seperti Mesyuarat Pegawai- Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan Ke-2 (SOMTC). 8 Isu Kemerosotan nilai mata wang Kemerosotan ekonomi dunia memberi kesan kepada kemelesetan ekonomi negara. Manipulasi pasaran saham dunia menyebabkan pasaran saham tempatan jatuh. Pelabur asing kurang yakin terhadap prospek ekonomi Malaysia. Kerajaan telah mengambil langkah jimat cermat dengan mengawal ketat perbelanjaan mengurus dan pembangunan dalam negara. Kerajaan juga menghadkan pinjaman asing dengan mengadakan peraturan dan pengawalan ketat ke atas sektor perbankan. Bagi meneruskan rancangan DEB, Model Ekonomi Baru (MEB) telah dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Di peringkat global, Malaysia adalah antara 12 buah negara yang menyertai Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang bertujuan meningkatkan perdagangan dan pelaburan dalam kalangan negara anggota. (Negara TPPA : Amerika Syarikat, australia, Brunei,Kanada,Chile,Jepun, Mexico,New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Malaysia) 9 Isu penyalahgunaan teknologi nuklear Kuasa besar berminat menggunakan laluan perairan Asia Tenggara membawa muatan nuklear. Malaysia dan negara ASEAN memperkenalkan konsep ZOPFAN dan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) Halatuju dasar luar negara dalam era globalisasi. Beri cadangan halatuju dasar luar negara dalam era globalisasi 1 Mengekalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira idealogi . Tujuannya untuk mengekalkan keselamatan dan keamanan negara 2 Malaysia perlu terus mengekalkan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya. Hal ini kerana, dapat menjamin kedaulatan dan kestabilan negara 3 Malaysia terus komited menjalin hubungan luar dalam aspek ekonomi di peringkat ASEAN. ASEAN Free Trade Area (AFTA) dijadikan landasan saling memasarkan barangan negara anggota. 4 Malaysia menggalakkan kemasukan pelaburan modal asing. Ini membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. 5 Negara juga meneruskan Dasar Pandang Ke Timur untuk mencontohi etika budaya kerja yang produktif dan efektif. Contoh negara model ialah Jepun dan Korea Selatan. 6 Hubungan bilateral dengan negara-negara jiran perlu dipertingkatkan demi menjaga kepentingan ekonomi dan politik serantau Contohnya ialah hubungan dengan Indonesia, Singapura, Thailand. 7 Hubungan dua hala dengan negara Dunia Ketiga dikekalkan seperti Amerika Latin, Afrika, Asia Barat. Hubungan dua hala dengan negara maju diteruskan seperti Britain dan Amerika Syarikat. 8 Malaysia juga perlu mengukuhkan hubungan multilateral dengan pertubuhan Komanwel, OIC, PBB, NAM. Ini bertujuan mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat Hubungan ini dilakukan melalui misi lawatan pemimpin dan delegasi perdagangan ke negara- negara tersebut secara rasmi dan berterusan 10 Malaysia perlu komited mematuhi Perjanjian TPPA yang telah ditandatangani. Tujuannya untuk kepentingan ekonomi jangka panjang demi mencapai misi negara maju menjelang tahun 2020. 11 Malaysia terus komited menyokong segala dasar dan prinsip PBB. Sebarang pertikaian diselesaikan secara rundingan dan diplomasi di peringkat antarabangsa. 12 Malaysia akan terus memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang diceroboh oleh Israel. Usaha-usaha Malaysia melalui NGO, pertubuhan- pertubuhan antarabangsa yang disertai Malaysia seperti OIC dan PBB akan terus konsisten sehingga rakyat Palestin mendapat hak kedaulatan Sejauhmanakah dasar luar Malaysia mampu mengekalkan kedaulatan negara? 1 Malaysia memelihara hubungan diplomatik dengan negara-negara dunia. Malaysia sering mengadakan lawatan rasmi ke negara lain. Contohnya lawatan kerja Perdana Menteri Dato’Seri Najib Tun Razak ke Turki, Arab Saudi ,Jepun,Singapura bagi mengeratkan hubungan antara dua negara. 2 Malaysia mengekalkan hubungan baik dalam bidang ekonomi dan perdagangan dengan semua negara. Contohnya, projek usaha sama industri automobil antara Mitsubishi Corporation dari Jepun dengan
  16. 16. 2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 16 Proton dan Kia Motors dari Korea Selatan dengan NAZA Motors Malaysia. 3 Mengadakan mesyuarat / perbincangan dalam mengadapi konflik. Bertukar-tukar pendapat dan pandangan dalam semua isu dan bertindak dengan sebulat suara. Contohnya Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN mengenai isu keganasan serantau seperti menangani masalah militan DAESH/ISIS 4 Mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara serantau Contohnya Penguatkuasaan Maritim Negara telah berganding bahu dengan Filipina untuk menjayakan Operasi Phillipine-Malaysia (PHIMAL) yang bermatlamat untuk mencegah aktiviti pelanggaran undang-undang maritim di persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu. 5 Meneruskan hubungan bilateral dengan negara maju dan negara dunia ketiga Hubungan multilateral dengan pertubuhan dunia seperti PBB, OIC, Komanwel,NAM 6 Menghormati kedaulatan negara lain dan hak asasi manusia Malaysia tidak mencampuri hal ehwal dalaman negara lain. Contoh tidak mencampuri isu perbalahan mazhab di Syria dan pembersihan etnik Rohingya di Myanmar. 7 Malaysia telah memberi bantuan kepada negara yang ditimpa bencana dan mengalami kesusahan. Contohnya Malaysia telah menyalurkan bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza / Palestin. Bantuan makanan dan perubatan kepada mangsa-mangsa tsunami di Acheh dan taufan di Filipina. 8 Kedaulatan negara diperkukuhkan melalui pertukaran program media massa, pendidikan dan sains dan teknologi. Contoh rancangan televisyen Radio Televisyen Malaysia(RTM), Rancangan Televisyen Brunei(RTB), Rancangan Televisyen Indonesia(RTI) dan Media Corp Singapura. Pusat Penyelidikan Sains dan Matematik Asia Tenggara (RECSAM) di Pulau Pinang. 9 Mampu menjadi tuan rumah program bertaraf antarabangsa. Contoh Sukan Komanwel / Sukan SEA / Formula 1 / Festival Muzik Dunia / Halal Fest / Kuala Lumpur International Islamic Fashion Festival (KLIIFF). 10 Malaysia turut bekerjasama dalam perkongsian budaya antara negara. Contohnya menganjurkan Festival Makanan, Kraftangan dan Budaya Indonesia di Pulau Pinang untuk mendedahkan budaya tradisi negara jiran di Malaysia Jelaskan iktibar yang boleh diperoleh daripada perkembangan dasar luar Malaysia 1 Kita hendaklah sentiasa menjaga hubungan antara negara supaya keharmonian sejagat terpelihara. Contohnya dalam menangani isu pendatang tanpa Izin (PATI) yang memasuki sempadan negara dibincangkan secara rundingan dengan negara terbabit. 2 Kita hendaklah sentiasa bertolak ansur dalam setiap perkara supaya masalah dapat diselesaikan secara bijaksana. Contohnya isu pembakaran terbuka di Indonesia 3 Kita hendaklah bersikap matang dalam menangani setiap cabaran agar keputusan yang diambil tidak secara terburu-buru. Contohnya isu MH370/MH17 4 Kita hendaklah menghormati keputusan dan dasar negara lain supaya hubungan dua hala berjalan lancar. Contohnya pelaksanaan hukum hudud di Brunei dan Acheh 5 Kita hendaklah tegas menyuarakan pendapat supaya keamanan dunia terpelihara. Contohnya berani menentang Dasar Apatheid dan mengutuk pencerobohan Israel terhadap Palestin. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan: (a) Pengetahuan yang diperoleh 1 Pengetahuan yang diperoleh ialah penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi. 2 Pengetahuan yang diperoleh ialah selepas mencapai kemerdekaan, negara kita telah menyertai beberapa pertubuhan serantau dan antarabangsa serta memainkan peranan secara aktif dalam pertubuhan PBB, Komanwel dan OIC.
  17. 17. 2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 17 3 Pengetahuan yang diperoleh ialah Malaysia memainkan peranan yang penting dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel mengikut prinsip yang terkandung dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 4 Pengetahuan yang diperoleh ialah penyertaan tentera Malaysia dibawah panji-panji PBB dengan menghantar tentera pengaman ke Bosnia dan juga Lubnan. 6 Pengetahuan yang diperoleh ialah Malaysia pernah menjadi perantara menyelesaikan krisis perang Iran-Iraq dan krisis di selatan Filipina. Jelaskan nilai-nilai murni yang boleh diteladani daripada kepimpinan negara dalam menghadapi cabaran dunia. 1 Nilai murni yang boleh diteladani ialah kerjasama dalam menghadapi jenayah antarabangsa seperti menangani isu pengganas ISIS / DAESH 2 Nilai bertoleransi dalam menghadapi sebarang masalah. Contohnya isu tuntutan bertindih terhadap Pulau Batu Putih dengan membawanya ke peringkat ICJ. 3 Nilai murni yang seterusnya ialah bijak menangani masalah. Contohnya menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu di Selatan Filipina 4 Semangat setia kawan juga merupakan nilai murni yang boleh diteladani. Contohnya menghormati pengisytiharan ZOPFAN oleh anggota ASEAN. 5 Nilai seterusnya ialah sanggup berkongsi ilmu / teknologi / kepakaran Contohnya menghantar pekerja/pelajar Malaysia ke Jepun, Korea, China. 6 Nilai berwawasan seperti kerjasama dalam bidang aero angkasa dengan negara Rusia dan Amerika Syarikat Bukti penglibatan ialah pemilihan Dr. Sheikh Muzaffar Shukor dan Mejar Dr.Faiz Khalid dalam program tersebut. 7 Nilai berilmu pengetahuan Seperti tindakan bijak Tunku Abdul Rahman dalam menangani masalah komunis dengan menubuhkan ASA 8 Nilai bermoral / beretika seperti menyokong usaha-usaha menentang kezaliman Contohnya Isu Palestin 9 Nilai bertanggungjawab Seperti bersama-sama dengan negara lain menangani kehilangan pesawat MH370/MH17 10 Nilai wasatiyah iaitu penyelesaian masalah secara diplomasi dan perbincangan seperti isu Jerebu / alam sekitar. Jelaskan nilai patriotisme yang boleh diamalkan oleh generasi muda dalam menghadapi cabaran dunia hari ini. 1. Nilai patriotik yang boleh diamalkan ialah semangat cinta kepada negara. Seperti Sheikh Muzaffar diiktiraf sebagai angkasawan pertama negara. 2. Semangat juang untuk menaikkan nama negara di mata dunia. Seperti kemenangan atlet paralimpik di Sukan Paralimpik di Rio de Jenerio, Brazil 2016. Semangat jati diri. Seperti Jimmy Choo pereka kasut antarabangsa bangga menjadi rakyat Malaysia. 3. Mengekalkan nilai tradisi walaupun menerima pelbagai kemasukan budaya asing. Seperti Shila Amzah yang popular di China/ Yuna yang berada di Amerika. 4. Sanggup berkorban untuk negara Seperti Dr.Fauziah Zaytouna Olivia yang di tawan tentera Israel ketika membawa misi keamanan ke Gaza (Women Boat To Gaza) Harapan menjadikan negara dan bangsa Malaysia lebih maju. 5. Saya berharap agar rakyat Malaysia mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat antarabangsa dalam bidang sains dan teknologi. Contohnya Mohamad Nasarudin Mohd Yusof memenangi hadiah Nobel Kemananan daripada Pertubuhan Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) yang terletak di Hague, Belanda dalam kemajuan budaya dan saintifik 6. Saya berharap generasi muda dapat mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang memberi
  18. 18. 2016 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA ms. 18 sumbangan besar dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa. Contohnya Tun Dr. Mahathir bin Mohammad. 7. Saya berharap masyarakat mengambil iktibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian di negara lain yang bergolak dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara. Contohnya mengambil iktibar daripada peristiwa cubaan rampasan kuasa tentera di Turki gagal kerana rakyat bersatu hati menyokong kepimpinan Perdana Menteri Erdogan. 8. Saya berharap rakyat Malaysia menjadi warga global yang bertanggungjawab terutama dalam menghulurkan bantuan misi kemanusiaan. Contohnya bantuan makanan dan perubatan ke Filipina dan Acheh. 9. Semoga pemimpin negara kita terus gigih dan berani memperjuangkan hak-hak kemanusiaan di peringkat antarabangsa Contohnya isu Palestin melalui pertubuhan NGO Aman Palestin dan My Care

×