Bola jaring adalah permainan yang dimainkan oleh dua pasukan dengan tujuh pemain untuk setiap pasukan. Tujuannya adalah menjaringkan gol ke dalam bulatan gol lawan. Dokumen ini memberikan penjelasan mengenai kemahiran asas bola jaring seperti menghantar, menerima, dan menjaring bola serta menghadang lawan, disertai gambar rajah untuk memahaminya dengan lebih jelas. Aspek keselamatan juga ditekank
2. STANDARD KANDUNGAN
Di akhir pembelajaran, murid dapat
1. Melakukan kemahiran asas bola jaring dengan lakuan
yang betul
2. Menggunakan pengetahuan konsep pergerakan dan
kemahiran asas bola jaring dengan betul
3. Mengaplikasi etika dalam sukan semasa melakukan
aktiviti fizikal
2
3. “
Bola Jaring ialah satu permainan yang diubah suai daripada permainan
bola keranjang pada tahun 1897. dimainkan oleh dua pasukan yang
mengandungi tujuh orang pemain bagi setiap pasukan. Tujuan permainan ini
adalah untuk mnejaringkan gol sebanyak yang boleh oleh penjaring gol yang
dibenarkan dalam bulatan gol menyerang. Permainan bola jaring dimainkan
dalam kalangan wanita dan amat popular di negara-negara Komanwel. Bola
jaring juga dimainkan oleh pasukan yang terdiri daripada campuran
perempuan dan lelaki dan mendapat sambutan daripada kaum lelaki. Di
Malaysia Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) yang bertanggungjawab
mempromosikan sukan ini. Manakala di peringkat antarabangsa,
Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Jaring (International Federation of
Netball Association, IFNA) yang menguruskan permainan ini. 3
7. 7
Hantaran Aras Bahu
• Jari tangan pemain dibuka untuk
mencengkam bola
• Bola mestilah berdekatan dengan badan
dan paras dada
• Tangan dibengkokkan dan siku
kedudukan seimbang
• Pemain hendaklah mengambil satu
langkah ke arah lontaran dan luruskan
siku serta jari apabila membuat lontaran
Hantaran Aras Dada
• Pegang bola di atas tapak tangan kanan
• Kaki kiri melangkah selangkah ke
hadapan
• Bawa bola ke belakang kepala
• Tolak bola dengan kuat ke hadapan
• Tangan dan jari ikut lajak arah bola
dihantar
8. 8
Hantaran Sisi / Bawah
Bahu
Hantaran Atas Kepala
( Lob)
• Teknik sama seperti hantaran atas bahu
• Tangan kanan dihayunkan ke belakang
hendaklah berada paras pinggang
• Tolak bola dengan menggunakan
pergelangan tangan sambal kaki belakang
ke kaki hadapan
• Kedua tangan mencenggam bola dan
membawanya ke paras kepala
• Siku tangan dibengkokkan dan pemain
menolak bola ke atas sekuat yang
mungkin
• Pemain melepaskan bola semasa siku
diluruskan dan tangan masih di atas
kepala
9. 9
Hantaran Lantun
• Kedua belah tangan
memegang bola pada aras
dada
• Pemain melangkah setapak
ke hadapan, lalu menolak
bola ke lantai agar bola
dilantun semula dan dapat
disambut oleh ahli pasukan
12. 12
KEMAHIRAN MENGHADANG
• Jarak kedua-dua pemain ialah
1.3 meter dari kaki hadapan
penyerang
• Pemain boleh menghulurkan
tangan dan cuba menghalang
bola sambal bergerak ke
arahnya dengan syarat jarak
antara pemain pertahanan dan
penyerang dalam jarak yang
dibenarkan
• Pemain tidak dibenarkan
menyentuh pihak lawan dalam
mengawal atau menghadang
13. 13
ASPEK KESELAMATAN DALAM
PERMAINAN BOLA JARING
Antara aspek-aspek keselamatan yang perlu diberi
perhatian dalam permainan bola jaring adalah seperti yang
berikut :
1. Memakai pakaian yang sesuai, kasut bertapak getah paras
buku lali dan pelapik lutut.
2. Memastikan kuku jari tangan pendek dan tidak memakai
rantai, cincin atau jam tangan.
3. Memastikan gelanggang dan semua peralatan yang
digunakan dalam keadaan baik dan selamat digunakan.