Bola Tampar (Form 3 PJ Folio)

13,798 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

Bola Tampar (Form 3 PJ Folio)

  1. 1. BOLA TAMPARBola tampar di Malaysia telah bermula di Pulau Pinang danSelangor sejak tahun 1926. Permainan ini telah diperkenalkanoleh bekas mahasiswa dari universiti di Shanghai, China. Dalamsesuatu pertandingan bola tampar, kejayaan sesebuah pasukanbergantung pada strategi permainan, penguasaan kemahiran,kecergasan fizikal yang tinggi dan kekuatan mental. Selain itu,persefahaman yang tinggi dan komunikasi yang berkesan antarapermain juga merupakan faktor yang mendorong kepada kejayaansesebuah pasukan.KEMUDAHAN DAN PERALATAN BOLATAMPARSemua ukuran peralatan yang digunakan dalam permainan iniadalah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan olehPersekutuan Bola Tampar Antarabangsa [FIVB]. A. Gelanggang Permukaan gelanggang bola tampar perlu rata dn diperbuat daripada simen atau sebarang permukaan sintetik yang sesuai dan selamat. Gelanggang bola tampar juga boleh dibuat di atas padang berumput dan permukaan tanah liat. B. Tiang, Jaring dan Antena Tiang yang digunakan perlu berbentuk silinder. Ketinggian tiang dan jarring adalah mengikut peringkat umur dan jantina. Jaring diikat pada dua batang tiang yang berada di luar gelanggang. Ketinggian jaring diukur pada bahagian tengahnya. Sepasang antena diletakkan di kedua-dua hujung jarring serenjang
  2. 2. dengan garisan tepi gelanggang. Antena diwarnakan putihberbelang merah.C. BolaBola tampar berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit ataubahan sintetik yang ringan dan lembut. Bahan ini penting intukmenyerap hentakan pada tangan ketika bola disentuh.Kesesuaian tekanan angina dapat ditentukan denganmenjatuhkan bola dari ketinggian aras kepala. Bola tersebutakan melantun semula pada ketinggian aras pinggang.POSISI PEMAIN BOLA TAMPARSusunan posisi pemain bola tampar dalam gelanggang adalahmengikut strategi sesebuah pasukan. Susun atur ini menentukangiliran servis setiap pemain sepanjang permainan. Arahpergerakan giliran melakukan servis antara pemain adalahmengikut arah jam. Ketika servis dilaksanakan, setiap pemainperlu berada pada posisi giliran yang betul.KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPARSetiap pemain perlu mempelajari dan menguasai beberapakemahiran asas dalam permainan bola tampar. Kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam permainan bola tamparialah menyangga, servis, mengumpan, merejam dan mengadang.
  3. 3. A. MenyanggaMenyangga ialah kemahiran menerima dan menghantar boladengan kedua-dua belah tangan. Kemahiran ini digunakan untukmenahan dan mengawal bola servis atau rejaman pihak lawan.Keupayaan mengawal dan menghantar bola tepat kepada rakandapat menghasilkan tindak balas yang berkesan.Kemahiran menyangga Fasa persediaan • Buka kaki seluas bahu. • Kaki dominant di hadapan. • Fleksi lutut dan siku. • Kedua-dua tangan di hadapan badan. • Mata pandang pergerakan bola. Fasa pelaksanaan • Terima bola di hadapan badan. • Genggam tangan dan luruskan siku. • Ekstensi siku dan lutut semasa kontak bola. • Kontak bola pada kawasan pergelangan tangan. • Mata pandang bola. Fasa ikut lajak • Siku kekal lurus. • Mata pandang pergerakan bola dan sasaran.B. ServisPermainan bola tampar dimulakan dengan servis dari kawasanservis yang ditetapkan. Servis ialah kemahiran menghantar bolamelepasi jaring melalui dua antena ke gelanggang pihak lawan.Kegagalan melakukan servis yang sempurna akan mengakibatkanpasukan hilang servis dan pihak lawan memperoleh mata.
  4. 4. (i)Kemahiran servis bawah tanganFasa persediaan• Buka kaki seluas bahu.• Kaki dominan di belakang.• Fleksi lutut.• Pegang bola dengan tangan bukan dominan pada paras pinggang.• Pandang bola dan arah sasaran.• Genggam tangan memukul.Fasa pelaksanaan• Ayun tangan memukul ke belakang. Berat badan pada kaki belakang.• Lambung bola.• Ayun tangan memukul ke hadapan. Pindah berat badan pada kaki hadapan.• Kontak bola pada paras pinggang.• Pukul bola dengan pangkal tapak tangan. Kunci pergelangan tangan.Fasa ikut lajak• Berat badan pada kaki hadapan.• Tangan ikut lajak.(ii) Kemahiran servis atau kepala atau gaya tenisFasa persediaan• Buka kaki seluas bahu.• Kaki dominan di belakang.• Pegang bola dengan tangan bukan dominan di hadapan badan.• Letak tangan memukul di atas bola.• Pandang bola dan arah sasaran.
  5. 5. Fasa pelaksanaan• Ayun tangan memukul ke belakang dan lambung bola serentak.• Kontak bola pada aras atau kepala.• Tangan memukul lurus semasa kontak bola.• Pukul gena tapak tangan. Kunci pergelangan tangan.Fasa ikut lajak• Berat badan pada kaki hadapan.• Fleksi pergelangan tangan dan ikut lajak.C. MengumpanMengumpan ialah kemahiran menghantar dan menyediakan bolauntuk memudahkan rakan sepasukan melakukan rejaman.Mengumpan boleh dilakukan sama ada di tepi jaring atau ditengah gelanggang mengikut strategi permainan. Kemahiran inimemerlukan persefahaman yang tinggi antara pengumpandengan pemain yang akan melakukan rejaman.Kemahiran mengumpanFasa persediaan• Buka kaki seluas bahu.• Kaki dominan di belakang.• Fleksi lutut dan siku.• Tangan bersedia di atas kepala.Fasa pelaksanaan• Bergerak ke arah bawah bola.• Buka jari dan kontak bola di atas aras dahi.• Ekstensi tangan dan kaki serentak.• Fleksi pergelangan tangan.
  6. 6. Fasa ikut lajak• Ekstensi tangan dan keseluruhan badan.• Arahkan tangan pada sasaran. Berdiri di atas bebola kaki.D. MerejamMerejam ialah kemahiran menyerang dengan memukul bolasecara kencang ke dalam gelanggang pihak lawan. Tujuannyaadalah untuk mendapatkan mata servis lawan. Merejam adalahkemahiran yang kompleks. Kita perlu mempunyai koordinasitubuh yang baik bagi melakukan larian, lompatan , pergerakan diudara, memukul bola dan mendarat. Rejaman boleh dilakukandengan baik apabila bola berada dekat dengan jaring. Pemainbarisan belakang hanya boleh melakukan rejaman di belakanggarisan serangan.Kemahiran merejamFasa persediaan• Bergerak ke arah bola yang diumpan.• Ayun kedua-dua belah tangan ke belakang.• Mata pandang bola.• Fleksi kedua-dua lutut.• Lompat dengan kedua-dua belah kaki.Fasa pelaksanaan• Hiperekstensi ke belakang bahagian bahu semasa melompat.• Kontak bola dengan tangan lurus.• Pukul bahagian atas bola.• Fleksi pergelangan tangan.
  7. 7. Fasa ikut lajak• Mata pandang pergerakan bola.• Fleksi lutut semasa mendarat.E. MengadangMengadang ialah kemahiran menghalang rejaman pihak lawanyang dilakukan dekat dengan jaring pada aras atas jaring.Pengadang adalah lapisan pertahanan yang pertama menghalangserangan pihak lawan. Kemahiran ini memerlukan ketepatanmengagak rejaman lawan dan kuasa otot kaki ketika melompat.Mengadang hanya boleh dilaksanakan oleh pemain barisanhadapan.Kemahiran mengadangFasa persediaan• Buka kaki seluas bahu. Berdiri di atas bebola kaki. Badan dan tapak tangan menghadap ke jaring.• Tumpukan mata pada pengumpan pihak lawan.• Jarakkan jari-jari tangan.• Selepas pengumpan lawan kontak bola, bergerak kea rah umpan tersebut.Fasa pelaksanaan• Lompat dengan kedua-dua belah kaki selepas perejam melompat.• Ekstensi tangan ke atas.• Jarakkan jari-jari tangan.• Mata pandang bola.• Fleksi pergelangan tangan apabila menyentuh bola.• Badan tegak.
  8. 8. Fasa ikut lajak • Mendarat dengan kedua-dua belah kaki. • Fleksi lutut semasa mendarat. • Kedudukan tangan dekat dengan jaring. • Mata pandang arah bola.UNDANG-UNDANG DAN PERATURANPertandingan bola tampar dilaksanakan mengikut Undang-undangPersatuan Bola Tampar Amatur Malaysia [MAVA] dan peraturan-peraturan am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia [MSSM].Antara undang-undang asas permainan bola tampar adalah sepertiberikut: 1) Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil, iaitu pengadil pertama dan pengadil kedua. 2) Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya enam orang pemain dan tidak melebihi 12 orang pemain yang berdaftar. 3) Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup wisel. 4) Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah. 5) Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belakang. 6) Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh menyentuh bola dengan mana-mana bahagian badan. 7) Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan tiga sentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini tidak termasuk sentuhan bagi mengadang.
  9. 9. 8) Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan.9) Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar kawasan serangan.10) Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jaring atau memasuki kawasan pihak lawan.11) Setiap pasukan boleh meminta dua kali “time-out “ dalam satu set permainan dengan kebenaran pengadil.12) Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set permainan bila-bila masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar perlu diganti dengan pemain yang sama apabila pertukaran dibuat semula.13) Mata kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara pengiraan pingpong. Apabila kedudukan mata 24-24, lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan.14) Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan.15) Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada dalam kawasan permainan semasa bola masuk ke kawasan pihak lawan.

×