1. Rusa dengan tanduknya
Hai kawan-kawan, apa khabar? Hari ini, saya inginmenceritakansebuah
ceritayang bertajuk “ Rusadengan tanduknya”. Ceritanyabermulabegini.
Pada suatu hari, seekor rusa sedang minum air di tepi sungai. Tiba-tiba ia
terlihat bayangnya dipermukaan air. Rusa mula mengagumi dirinya. “Wah,
sungguh cantik tandukku!Tandukku ini menjadikan aku cantik !”
Kemudian rusa tunduk dan mendapati kakinya panjang lagi kurus. Ia
menganggap kakinya itu tidak menarik sama sekali. “Sayangnya kakiku sebegini
rupa!” rungutrusa.” Alangkah baiknya jika kakiku cantik seperti tandukku.”
“Jika kakiku secantik tandukku, “ fikir rusa, “tentu aku kelihatan cantik dari
hujung tanduk hingga hujung kuku. Dengan itu aku akan jadi haiwan yang
paling cantik di dalam hutan ini!”
Ketika rusa sedang sibuk berfikir, seekor singa berjalan menuju ke sungai
itu untuk minum air. Apabila ternampak rusa, singa merangkak perlahan-lahan
ke arah rusa. Pada ketika singa bersedia hendak menerkamnya, rusa ternampak
singa. Ia terperangat lalu melompat ke sisisinga untuk menyelamatkan diri.
Kemudian dengan sekuat-kuathatinya, rusa berlari menuju ke hutan. Sebelum
sampaike kawasan hutan, rusa merentasi kawasan terbuka. Kakirusa yang
panjang membolehkan berlari pantas. Dalam masa yang singkat, rusa sudah
2. jauh dari singa. Akhirnya rusa sampaike pinggir hutan lalu masuk hutan. Ia fikir
lebih selamat bersembunyidi dalam hutan.
Fikiran rusa itu sebenarnya salah. Apabila ia masuk hutan, tanduknya
yang bercabang-cabang itu tersangkut pada dahan-dahan pokok. Akhirnya ia
terperangkap. Rusa meronta-ronta sekuat-kuathatinya untuk melepaskan diri.
Malangnya ia tidak berjaya berbuatdemikian.
Pada ketika itu singa pun tiba. Akhirnya ia berjaya menangkap rusa. “Oh,
aku silap!” Rusa merintih ketika terbaring menunggu nafas yang terakhir, “Aku
hinakan kakiku yang hodoh tetapi rupa-rupanya kakikulah yang
menyelamatkan aku. “Sementara tandukku yang cantik yang aku bangga-
banggakan itu mendatangkan maut kepada aku.”
Moral:
Murid-murid, sesuatu yang cantik tidak semestinya berguna manakala sesuatu
yang berguna kadangkala terbiar sahaja kerana pada lahirnya tidak menarik.