SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
GAJAH YANG SOMBONG DAN MENCARI RAJA RIMBA
Di dalam sebuah hutan, terdapat beberapa jenis haiwan yang tinggal bersama
walaupun mereka tidak mempunyai raja, semua haiwan takutkan Sang Gajah kerana
tubuh Sang Gajah yang besar dan berat. Mereka bimbang Sang Gajah terpijak diri
mereka. Sang Gajah bangga kerana semua haiwan takut akan dirinya.
Gajah : Wahai Sang Arnab yang comel, mengapakah engkau takutkan aku?
Arnab : Aku takut engkau akan terpijak diri aku yang kecil ini. Tentu hancur
badan aku nanti.
Gajah : Kenapa aku hendak pijakkan badan engkau jika engkau tidak berbuat
salah padaku?
Arnab : Memang aku tidak berbuat salah pada engkau tapi aku khuatir engkau
tidak nampak aku semasa engkau berjalan-jalan dalam hutan ini. Lebih
baik aku larikan diri apabila ternampak engkau.
Sang Gajah tertawa geli hati. Ia terus berjalan menuju ke sungai. Sang Gajah
mahu mandi – manda di sungai tetapi ia ternampak Sang Ular. Apabila Sang Ular
ternampak Sang Gajah, ia bersembunyi di sebalik pokok. Sekali lagi Sang Gajah
tertawa.
Gajah : Ha ha ha… Sang Ular, oh, Sang Ular. Kenapa engkau bersembunyi di
sebalik pokok itu? Adakah engkau juga takutkan aku?
Ular : Tentulah! Sebab badan engkau terlalu besar. Kalau engkau terpijak aku,
kemungkinan badan aku terputus dua!
Gajah : Bagaimanakah aku hendak pijak badan engkau sedangkan engkau
selalu melilit di batang pokok walhal aku berada di bawah.
Ular : Sebab itulah aku sentiasa melilit di batang pokok untuk mengelakkan diri
daripada di pijak oleh engkau.
Sang Gajah berasa bangga. Dia sedar, semua haiwan takut kepadanya. Tiba-
tiba ia teringatkan Sang Harimau pula. Sang Harimau merupakan pahlawan di hutan itu.
Pada mulanya, ia ingin mandi-manda di sungai tetapi ia tidak berpuas hati selagi tidak
berjumpa dengan Sang Harimau. Semasa sedang berjalan-jalan, ia terserempak
dengan Sang Harimau yang sedang berehat di bawah sebatang pokok. Sang Harimau
terus melarikan diri dalam semak apabila ternampak Sang Harimau.
Gajah : Hei, Sang Harimau, pahlawan di hutan! Kenapa engkau melarikan diri?
Adakah engkau juga takutkan aku?
Harimau : Aku takut kena pijak. Badan engkau besar dan berat.
Gajah : Kalau begitu, tidak gunalah engkau menjadi pahlawan di hutan ini sebab
engkau penakut! Ha ha ha…
Harimau : Engkau mengejek aku, Sang Gajah. Engkau tahulah nasib engkau satu
hari nanti, Sang Gajah.
Gajah : Aku tidak takut dengan ugutan engkau. Badan aku besar. Semua haiwan
di hutan ini sangat takutkan aku.
Sejak dari hari itu, Sang Harimau berfikir cara untuk mengajar Sang Gajah yang
sombong itu. Sang Harimau mendapat satu idea untuk mengadakan mesyuarat
bersama haiwan lain tanpa kehadiran Sang Gajah.
Harimau : Wahai rakan-rakanku, memandangkan Sang Gajah terlalu sombong,
marilah kita sama-sama berikan pengajaran kepada Sang Gajah.
Arnab : Bagaimanakah cara hendak mengajar Sang Gajah yang sombong itu?
Badannya terlalu besar. Aku sangat takut jika Sang Gajah terpijak
badanku yang comel ini. .
Harimau : Engkau jangan takut dan bimbang. Aku cadangkan kita adakan satu
perlawanan. Perlawanan siapa yang cepat sampai di tempat yang
ditetapkan.
Ular : Bagus juga cadangan engkau, Sang Harimau. Tetapi, siapakah yang
akan bertanding dalam perlawanan itu?
Arnab : Betul juga, Sang Ular. Siapakah yang berani bertanding dengan Sang
Gajah?
Harimau :Jangan risau. Aku akan bertanding dengan Sang Gajah. Aku sangat
berasa sakit hati dengan ejekannya. Tujuannya hanyalah untuk
menyedarkan diri Sang Gajah yang terlalu sombong.
Ular :Aku setuju! Siapa yang cepat sampai, dialah yang akan menjadi raja
rimba.
Arnab : Kalau macam itu, aku dan rakan-rakan yang lain akan menjadi hakim.
Harimau :Baguslah jika semua sudah bersetuju. Kita akan adakan perlawanan ini
pada minggu hadapan. Sang Ular, tolong beritahu kepada Sang Gajah
tentang perlawanan ini. Tujuan perlawanan ini diadakan adalah untuk
mencari raja rimba yang akan mentadbir hutan ini. Tidak semestinya
yang berbadan besar yang akan menjadi raja.
Ular : Baiklah, Sang Harimau.
Tibalah hari yang ditunggu. Perlawanan telah diadakan. Tetapi…
Harimau : Wahai Sang Gajah, engkau janganlah bersedih kerana kalah dalam
perlawanan ini. Engkau mesti terima kenyataan yang aku telah
dinobatkan sebagai raja rimba.
Ular :Sedarlah wahai Sang Gajah, tidak semestinya badan engkau besar,
semua haiwan engkau boleh takutkan.
Arnab :Sekarang, marilah kita berdamai. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Mari kita sama –sama bekerjasama menjaga hutan ini daripada musuh.
Gajah :Sang Harimau, Sang Arnab, Sang Ular dan rakan-rakan yang lain, aku
minta maaf atas perangai dan sikapku yang sombong ini. Aku tidak
sepatutnya memandang rendah terhadap haiwan yang lain. Sepatutnya
aku melindungi rakan-rakanku di hutan ini.
Selepas perlawanan itu, sikap dan perangai Sang Gajah yang sombong
itu berubah. Semua haiwan hidup aman dan damai di hutan itu. Sang Harimau
mentadbir hutan itu dengan seadil-adilnya.
Boneka merupakan objek yang terdiri daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang
berbentuk orang, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Boneka dicipta untuk
menghiburkan orang ramai. Boneka digerak lakonkan oleh pemainnya dengan
menggunakan dialog mengikut watak atau cerita.
Jenis Boneka yang dipilih.
Jenis boneka yang dipilih ialah boneka daripada sarung kaki. Watak yang telah dibina
ialah watak haiwan seperti gajah, harimau, ular dan arnab. Tajuk cerita yang disediakan
ialah ‘Gajah yang sombong dan mencari raja rimba’.
Langkah pelaksanaan di bilik darjah.
1) Sarung kaki digubah menjadi bahagian kepala watak gajah, harimau, arnab dan
ular.
2) Semasa menggunakan boneka setiap watak, tangan perlu dimasukkan ke dalam
sarung kaki.
3) Gunakan jari tangan untuk menggerakkan bukaan mulut boneka seiring dengan
gerak mulut pemainnya.
4) Pencerita pula perlu menggerakkan lakonan boneka supaya dialog yang
ditutrkan selaras dengan gerak laku boneka.
5) Variasi suara perlu difikirkan kesesuaiannya dengan boneka yang digunakan.
6) Guru boleh memilih empat orang murid untuk melakonkan boneka tersebut
mengikut skrip yang telah disediakan.
7) Boneka boleh dilakonkan di pentas seperti pentas rentang iaitu guru hanya perlu
merentangkan tirai hitam yang dilekat pada dinding ke dinding.
NAMA: NURUL ‘AINI BINTI BAHARUM
NO KAD PENGENALAN: 840410-08-5046
REFLEKSI
Tugasan lieterasi bahasa memberikan banyak pengetahuan kepada saya.
Antaranya untuk tugasan yang pertama iaitu menghuraikan aktiviti prabacaan,
pratulisan, pemulihan membaca dan pemulihan menulis dalam bentuk grafik. Melalui
tugasan ini, saya dapat mengetahui kaedah-kaedah yang efektif dalam menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kaedah-kaedah ini memberi langkah yang
berkesan untuk mengajar murid-murid yang baharu masuk ke sekolah.
Bagi tugasan yang kedua pula, saya dan rakan dikehendaki mencari,
mengumpul dan memproses maklumat tentang boneka dalam bentuk esei. Saya
mendapatkan maklumat-maklumat tersebut daripada buku-buku, internet dan berkongsi
daripada rakan-rakan. Apabila membuat tugasan ini, barulah saya mengetahu tentang
ciri-ciri boneka, jenis-jenis boneka, cara pementasan boneka dan sebagainya. Saya
juga dikehendaki membina empat watak boneka. Saya dan rakan memilih watak
haiwan seperti gajah, harimau, arnab dan ular.
Kami membahagi tugas untuk membina watak-watak boneka tersebut. Saya
dikehendaki membina watak ular dan gajah manakala rakaan saya dikehendaki
membina watak harimau dan arnab. Tajuk cerita yang dipilih ialah ‘Gajah yang
sombong dan mencari raja rimba’. Ini merupakan pengalaman pertama kerana
sebelum ini saya tidak pernah membina boneka. Saya banyak mencari maklumat dari
internet dan buku untuk menghasilkan watak boneka. Boneka yang saya hasilkan
adalah menggunakan sarung kaki.
MASALAH YANG DIHADAPI
Walaupun masa yang diberikan untuk menyiapkan tugasan-tugasan ini selama
empat minggu, banyak juga kekangan yang saya hadapi untuk menyiapkan tugasan ini
Antaranya untuk membahagi masa di antara kerja sekolah, kerja rumah dan tugasan
ini. Tetapi saya hadapinya juga dan akhirnya saya dapat menghasilkan sesuatu yang
saya anggap terbaik di mata saya dan akan menjadi lebih baik lagi pada masa akan
datang.
Selain itu, terdapat juga masalah untuk mencari dan memilih tajuk yang sesuai
untuk cerita boneka. Akhirnya saya dan rakan memilih cerita yang berkaitan dengan
haiwan. Ini adalah kerana saya rasakan cerita tentang haiwan lebih mudah untuk
dihuraikan jalan ceritanya. Murid-murid juga sangat sukakan cerita yang berkaitan
dengan haiwan. Cerita ini dapat menarik perhatian murid-murid. Watak- watak yang
saya dan rakan pilih juga yang dapt memudahkan kerja kami untuk mencari bahan-
bahan membina boneka.
LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH
Terdapat beberapa langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Antaranya
kerjasama bersama ahli kumpulan. Kami membahagikan tugas sama rata untuk
menyiapkan tugasan ini bagi meringankan beban tugas masing-masing. Walaupun
telah membahagi tugasan, saya dan rakan tetap berbincang dan berkongsi maklumat
jika salah seorang daripada kami tidak mendapat maklumat yang dikehendaki.
Bagi pembinaan boneka pula, saya dan rakan mendapatkan maklumat dan
contoh daripada buku-buku dan internet. Apabila mendapat maklumat-maklumat ini,
dapatlah saya membayangkan watak boneka yang akan saya hasilkan walaupun tidak
secantik yang dijual di pasaran. Tatapi saya berasa bangga kerana dapat
menyelesaikan segala tugasan dan menghasilkan boneka yang memuaskan hati saya
dan rakan.

More Related Content

What's hot

Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018NANAPOYO
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projekaflah jamaluddin
 
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2smstspg8
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...FaFai S.
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifFauzan Zain
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnSALWANIERAZLI
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROkeryman313
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANAmran Aris
 
Laporan kaedah pengajaran kekuatan dan kelemahan
Laporan kaedah pengajaran   kekuatan dan kelemahanLaporan kaedah pengajaran   kekuatan dan kelemahan
Laporan kaedah pengajaran kekuatan dan kelemahanendinn
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)hudhud321
 
1. kualiti guru dan konsep plc
1. kualiti guru dan konsep plc1. kualiti guru dan konsep plc
1. kualiti guru dan konsep plcShahrizan Mazlan
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertemaHerney Aqilah Kay
 
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafikStrategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafikWany Hardy
 
8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hiburSham Razak
 

What's hot (20)

Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
 
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Interaksi dan Pembelajaran
Interaksi dan PembelajaranInteraksi dan Pembelajaran
Interaksi dan Pembelajaran
 
KBAT dalam PdP
KBAT dalam PdPKBAT dalam PdP
KBAT dalam PdP
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Laporan kaedah pengajaran kekuatan dan kelemahan
Laporan kaedah pengajaran   kekuatan dan kelemahanLaporan kaedah pengajaran   kekuatan dan kelemahan
Laporan kaedah pengajaran kekuatan dan kelemahan
 
Analisis swot big
Analisis swot bigAnalisis swot big
Analisis swot big
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
 
1. kualiti guru dan konsep plc
1. kualiti guru dan konsep plc1. kualiti guru dan konsep plc
1. kualiti guru dan konsep plc
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
 
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafikStrategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
 
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNERTEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
 
8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur
 

Similar to Gajah yang sombong dan mencari raja rimba

An Elephant for a Friend - A Children's Story with a Moral.ppt
An Elephant for a Friend - A Children's Story with a Moral.pptAn Elephant for a Friend - A Children's Story with a Moral.ppt
An Elephant for a Friend - A Children's Story with a Moral.pptOH TEIK BIN
 
Jangan cakap besar adlina
Jangan cakap besar adlinaJangan cakap besar adlina
Jangan cakap besar adlinaNor Zura
 
Rusa dengan tanduknya
Rusa dengan tanduknyaRusa dengan tanduknya
Rusa dengan tanduknyatiew1
 
Dongeng singa dan tikus
Dongeng singa dan tikusDongeng singa dan tikus
Dongeng singa dan tikusWarnet Raha
 
Kumpulan ceritadongenganak2
Kumpulan ceritadongenganak2Kumpulan ceritadongenganak2
Kumpulan ceritadongenganak2Azahra2010
 
Cerita anak bergambar
Cerita anak bergambarCerita anak bergambar
Cerita anak bergambarYanz Smangat
 
Kumpulan cerita dongeng_anak
Kumpulan cerita dongeng_anakKumpulan cerita dongeng_anak
Kumpulan cerita dongeng_anakAnang Febrianto
 

Similar to Gajah yang sombong dan mencari raja rimba (20)

An Elephant for a Friend - A Children's Story with a Moral.ppt
An Elephant for a Friend - A Children's Story with a Moral.pptAn Elephant for a Friend - A Children's Story with a Moral.ppt
An Elephant for a Friend - A Children's Story with a Moral.ppt
 
Pengenalan boneka
Pengenalan bonekaPengenalan boneka
Pengenalan boneka
 
Jangan cakap besar adlina
Jangan cakap besar adlinaJangan cakap besar adlina
Jangan cakap besar adlina
 
Cerita anak 2
Cerita anak 2 Cerita anak 2
Cerita anak 2
 
Kisah harimau dan hutan
Kisah harimau dan hutanKisah harimau dan hutan
Kisah harimau dan hutan
 
Pelajaran 6
Pelajaran 6Pelajaran 6
Pelajaran 6
 
Pelajaran 6
Pelajaran 6Pelajaran 6
Pelajaran 6
 
Pelajaran 6
Pelajaran 6Pelajaran 6
Pelajaran 6
 
Pelajaran 6
Pelajaran 6Pelajaran 6
Pelajaran 6
 
Pelajaran 6
Pelajaran 6Pelajaran 6
Pelajaran 6
 
Pelajaran 6
Pelajaran 6Pelajaran 6
Pelajaran 6
 
Pelajaran 6
Pelajaran 6Pelajaran 6
Pelajaran 6
 
Rusa dengan tanduknya
Rusa dengan tanduknyaRusa dengan tanduknya
Rusa dengan tanduknya
 
Dongeng singa dan tikus
Dongeng singa dan tikusDongeng singa dan tikus
Dongeng singa dan tikus
 
07 bab-61
07 bab-6107 bab-61
07 bab-61
 
Kumpulan ceritadongenganak2
Kumpulan ceritadongenganak2Kumpulan ceritadongenganak2
Kumpulan ceritadongenganak2
 
Cerita anak bergambar
Cerita anak bergambarCerita anak bergambar
Cerita anak bergambar
 
Dongenganak anak
Dongenganak anakDongenganak anak
Dongenganak anak
 
fabel
fabel fabel
fabel
 
Kumpulan cerita dongeng_anak
Kumpulan cerita dongeng_anakKumpulan cerita dongeng_anak
Kumpulan cerita dongeng_anak
 

Gajah yang sombong dan mencari raja rimba

  • 1. GAJAH YANG SOMBONG DAN MENCARI RAJA RIMBA Di dalam sebuah hutan, terdapat beberapa jenis haiwan yang tinggal bersama walaupun mereka tidak mempunyai raja, semua haiwan takutkan Sang Gajah kerana tubuh Sang Gajah yang besar dan berat. Mereka bimbang Sang Gajah terpijak diri mereka. Sang Gajah bangga kerana semua haiwan takut akan dirinya. Gajah : Wahai Sang Arnab yang comel, mengapakah engkau takutkan aku? Arnab : Aku takut engkau akan terpijak diri aku yang kecil ini. Tentu hancur badan aku nanti. Gajah : Kenapa aku hendak pijakkan badan engkau jika engkau tidak berbuat salah padaku? Arnab : Memang aku tidak berbuat salah pada engkau tapi aku khuatir engkau tidak nampak aku semasa engkau berjalan-jalan dalam hutan ini. Lebih baik aku larikan diri apabila ternampak engkau. Sang Gajah tertawa geli hati. Ia terus berjalan menuju ke sungai. Sang Gajah mahu mandi – manda di sungai tetapi ia ternampak Sang Ular. Apabila Sang Ular ternampak Sang Gajah, ia bersembunyi di sebalik pokok. Sekali lagi Sang Gajah tertawa. Gajah : Ha ha ha… Sang Ular, oh, Sang Ular. Kenapa engkau bersembunyi di sebalik pokok itu? Adakah engkau juga takutkan aku? Ular : Tentulah! Sebab badan engkau terlalu besar. Kalau engkau terpijak aku, kemungkinan badan aku terputus dua! Gajah : Bagaimanakah aku hendak pijak badan engkau sedangkan engkau selalu melilit di batang pokok walhal aku berada di bawah.
  • 2. Ular : Sebab itulah aku sentiasa melilit di batang pokok untuk mengelakkan diri daripada di pijak oleh engkau. Sang Gajah berasa bangga. Dia sedar, semua haiwan takut kepadanya. Tiba- tiba ia teringatkan Sang Harimau pula. Sang Harimau merupakan pahlawan di hutan itu. Pada mulanya, ia ingin mandi-manda di sungai tetapi ia tidak berpuas hati selagi tidak berjumpa dengan Sang Harimau. Semasa sedang berjalan-jalan, ia terserempak dengan Sang Harimau yang sedang berehat di bawah sebatang pokok. Sang Harimau terus melarikan diri dalam semak apabila ternampak Sang Harimau. Gajah : Hei, Sang Harimau, pahlawan di hutan! Kenapa engkau melarikan diri? Adakah engkau juga takutkan aku? Harimau : Aku takut kena pijak. Badan engkau besar dan berat. Gajah : Kalau begitu, tidak gunalah engkau menjadi pahlawan di hutan ini sebab engkau penakut! Ha ha ha… Harimau : Engkau mengejek aku, Sang Gajah. Engkau tahulah nasib engkau satu hari nanti, Sang Gajah. Gajah : Aku tidak takut dengan ugutan engkau. Badan aku besar. Semua haiwan di hutan ini sangat takutkan aku. Sejak dari hari itu, Sang Harimau berfikir cara untuk mengajar Sang Gajah yang sombong itu. Sang Harimau mendapat satu idea untuk mengadakan mesyuarat bersama haiwan lain tanpa kehadiran Sang Gajah. Harimau : Wahai rakan-rakanku, memandangkan Sang Gajah terlalu sombong, marilah kita sama-sama berikan pengajaran kepada Sang Gajah. Arnab : Bagaimanakah cara hendak mengajar Sang Gajah yang sombong itu?
  • 3. Badannya terlalu besar. Aku sangat takut jika Sang Gajah terpijak badanku yang comel ini. . Harimau : Engkau jangan takut dan bimbang. Aku cadangkan kita adakan satu perlawanan. Perlawanan siapa yang cepat sampai di tempat yang ditetapkan. Ular : Bagus juga cadangan engkau, Sang Harimau. Tetapi, siapakah yang akan bertanding dalam perlawanan itu? Arnab : Betul juga, Sang Ular. Siapakah yang berani bertanding dengan Sang Gajah? Harimau :Jangan risau. Aku akan bertanding dengan Sang Gajah. Aku sangat berasa sakit hati dengan ejekannya. Tujuannya hanyalah untuk menyedarkan diri Sang Gajah yang terlalu sombong. Ular :Aku setuju! Siapa yang cepat sampai, dialah yang akan menjadi raja rimba. Arnab : Kalau macam itu, aku dan rakan-rakan yang lain akan menjadi hakim. Harimau :Baguslah jika semua sudah bersetuju. Kita akan adakan perlawanan ini pada minggu hadapan. Sang Ular, tolong beritahu kepada Sang Gajah tentang perlawanan ini. Tujuan perlawanan ini diadakan adalah untuk mencari raja rimba yang akan mentadbir hutan ini. Tidak semestinya yang berbadan besar yang akan menjadi raja. Ular : Baiklah, Sang Harimau.
  • 4. Tibalah hari yang ditunggu. Perlawanan telah diadakan. Tetapi… Harimau : Wahai Sang Gajah, engkau janganlah bersedih kerana kalah dalam perlawanan ini. Engkau mesti terima kenyataan yang aku telah dinobatkan sebagai raja rimba. Ular :Sedarlah wahai Sang Gajah, tidak semestinya badan engkau besar, semua haiwan engkau boleh takutkan. Arnab :Sekarang, marilah kita berdamai. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Mari kita sama –sama bekerjasama menjaga hutan ini daripada musuh. Gajah :Sang Harimau, Sang Arnab, Sang Ular dan rakan-rakan yang lain, aku minta maaf atas perangai dan sikapku yang sombong ini. Aku tidak sepatutnya memandang rendah terhadap haiwan yang lain. Sepatutnya aku melindungi rakan-rakanku di hutan ini. Selepas perlawanan itu, sikap dan perangai Sang Gajah yang sombong itu berubah. Semua haiwan hidup aman dan damai di hutan itu. Sang Harimau mentadbir hutan itu dengan seadil-adilnya.
  • 5. Boneka merupakan objek yang terdiri daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk orang, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Boneka dicipta untuk menghiburkan orang ramai. Boneka digerak lakonkan oleh pemainnya dengan menggunakan dialog mengikut watak atau cerita. Jenis Boneka yang dipilih. Jenis boneka yang dipilih ialah boneka daripada sarung kaki. Watak yang telah dibina ialah watak haiwan seperti gajah, harimau, ular dan arnab. Tajuk cerita yang disediakan ialah ‘Gajah yang sombong dan mencari raja rimba’. Langkah pelaksanaan di bilik darjah. 1) Sarung kaki digubah menjadi bahagian kepala watak gajah, harimau, arnab dan ular. 2) Semasa menggunakan boneka setiap watak, tangan perlu dimasukkan ke dalam sarung kaki. 3) Gunakan jari tangan untuk menggerakkan bukaan mulut boneka seiring dengan gerak mulut pemainnya. 4) Pencerita pula perlu menggerakkan lakonan boneka supaya dialog yang ditutrkan selaras dengan gerak laku boneka. 5) Variasi suara perlu difikirkan kesesuaiannya dengan boneka yang digunakan. 6) Guru boleh memilih empat orang murid untuk melakonkan boneka tersebut mengikut skrip yang telah disediakan. 7) Boneka boleh dilakonkan di pentas seperti pentas rentang iaitu guru hanya perlu merentangkan tirai hitam yang dilekat pada dinding ke dinding.
  • 6. NAMA: NURUL ‘AINI BINTI BAHARUM NO KAD PENGENALAN: 840410-08-5046 REFLEKSI Tugasan lieterasi bahasa memberikan banyak pengetahuan kepada saya. Antaranya untuk tugasan yang pertama iaitu menghuraikan aktiviti prabacaan, pratulisan, pemulihan membaca dan pemulihan menulis dalam bentuk grafik. Melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui kaedah-kaedah yang efektif dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kaedah-kaedah ini memberi langkah yang berkesan untuk mengajar murid-murid yang baharu masuk ke sekolah. Bagi tugasan yang kedua pula, saya dan rakan dikehendaki mencari, mengumpul dan memproses maklumat tentang boneka dalam bentuk esei. Saya mendapatkan maklumat-maklumat tersebut daripada buku-buku, internet dan berkongsi daripada rakan-rakan. Apabila membuat tugasan ini, barulah saya mengetahu tentang ciri-ciri boneka, jenis-jenis boneka, cara pementasan boneka dan sebagainya. Saya juga dikehendaki membina empat watak boneka. Saya dan rakan memilih watak haiwan seperti gajah, harimau, arnab dan ular. Kami membahagi tugas untuk membina watak-watak boneka tersebut. Saya dikehendaki membina watak ular dan gajah manakala rakaan saya dikehendaki membina watak harimau dan arnab. Tajuk cerita yang dipilih ialah ‘Gajah yang sombong dan mencari raja rimba’. Ini merupakan pengalaman pertama kerana sebelum ini saya tidak pernah membina boneka. Saya banyak mencari maklumat dari internet dan buku untuk menghasilkan watak boneka. Boneka yang saya hasilkan adalah menggunakan sarung kaki. MASALAH YANG DIHADAPI Walaupun masa yang diberikan untuk menyiapkan tugasan-tugasan ini selama empat minggu, banyak juga kekangan yang saya hadapi untuk menyiapkan tugasan ini Antaranya untuk membahagi masa di antara kerja sekolah, kerja rumah dan tugasan ini. Tetapi saya hadapinya juga dan akhirnya saya dapat menghasilkan sesuatu yang
  • 7. saya anggap terbaik di mata saya dan akan menjadi lebih baik lagi pada masa akan datang. Selain itu, terdapat juga masalah untuk mencari dan memilih tajuk yang sesuai untuk cerita boneka. Akhirnya saya dan rakan memilih cerita yang berkaitan dengan haiwan. Ini adalah kerana saya rasakan cerita tentang haiwan lebih mudah untuk dihuraikan jalan ceritanya. Murid-murid juga sangat sukakan cerita yang berkaitan dengan haiwan. Cerita ini dapat menarik perhatian murid-murid. Watak- watak yang saya dan rakan pilih juga yang dapt memudahkan kerja kami untuk mencari bahan- bahan membina boneka. LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH Terdapat beberapa langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Antaranya kerjasama bersama ahli kumpulan. Kami membahagikan tugas sama rata untuk menyiapkan tugasan ini bagi meringankan beban tugas masing-masing. Walaupun telah membahagi tugasan, saya dan rakan tetap berbincang dan berkongsi maklumat jika salah seorang daripada kami tidak mendapat maklumat yang dikehendaki. Bagi pembinaan boneka pula, saya dan rakan mendapatkan maklumat dan contoh daripada buku-buku dan internet. Apabila mendapat maklumat-maklumat ini, dapatlah saya membayangkan watak boneka yang akan saya hasilkan walaupun tidak secantik yang dijual di pasaran. Tatapi saya berasa bangga kerana dapat menyelesaikan segala tugasan dan menghasilkan boneka yang memuaskan hati saya dan rakan.