SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
Di pinggir sebuah hutan tinggal sepasang katak.Katak jantan sangat baik hati.
Katak betina pula sombong dan tidak suka berkawan dengan katak lain.
Jika hujan turun, katak betina itu sering bernyanyi. Katak betina ingin
menunjuk-nunjuk kepada katak lain bahawa ia sangat pandai bernyanyi. Namun,
suaranya bukanlah merdu sangat.Katak betina menyangka suaranya sangat
merdu.
"Sedap atau tidak suara saya tadi?" katak betina itu selalu bertanya demikian
kepada katak jantan.
"Sedap!" kata katak jantan.
Sebenarnya, katak jantan selalu rasa sakit telinga apabila mendengar katak
betina itu menyanyi.Namun, katak jantan terpaksa berpura-pura menjawab
demikian.Katak jantan tidak mahu katak betina itu kecil hati.
"Katak-katak lain itu selalu mengejek saya.Mereka kata saya tidak pandai
menyanyi.Mereka semua dengki kepada saya," ujar katak betina itu.
"Jangan pedulikan mereka.Menyanyilah lagi!" kata katak jantan. Jika tidak,
tentulah katak betina itu akan terus mengomel lagi.
Katak betina itu akan terus menyanyi lagi. Berjam-jam lamanya katak betina
itu bernyanyi. Walaupun hujan sudah reda, katak betina masih terus
bernyanyi.Mahu tidak mahu, terpaksalah katak jantan memekakkan telinganya.
Suatu hari, katak betina itu mengajak katak jantan berpindah ke tempat lain.
"Mengapa pula awak mahu berpindah?" katak jantan berasa hairan.
"Kita sudah lama tinggal di sini.Marilah kita memulakan penghidupan baru di
tempat lain pula," jawab katak betina. Sebenarnya katak betina tidak tahan
mendengar ejekan katak-katak lain.
"Tidak lama lagi, kami akan berpindah," katak betina memberitahu katak-katak
lain. "Kami akan tinggal di suatu tempat yang cantik macam istana."
"Boo!" semua katak lain mengejek.
Akhirnya, mahu tidak mahu, terpaksalah katak jantan itu menuruti kemahuan
katak betina tersebut. Mereka berpindah ke tengah padang. Sedihlah hati katak
jantan itu kerana terpaksa berpisah dengan semua kawannya.
Suatu hari, katak jantan itu tergesa-gesa pulang.Katak jantan sangat ketakutan.
"Apakah yang sudah terjadi?" katak betina berasa hairan.
"Di tempat ini ada banyak ular.Tadi, nyaris-nyaris saya dimakan ular.Mujurlah saya
sempat melarikan diri," katak jantan memberitahu.
Katak betina turut berasa cemas.
Pada hari berikutnya, katak jantan itu keluar mencari makanan.Tetapi sehingga lewat
petang, katak jantan masih belum pulang.Beberapa hari berlalu, namun katak jantan itu tidak
pulang juga.Sedihlah hati katak betina.Tahulah katak betina bahawa katak jantan itu sudah
menjadi mangsa ular.
Katak betina berasa sangat menyesal kerana berpindah ke tempat itu. Tetapi apa boleh
buat, hendak pulang ke hutan semula, katak betina itu berasa sangat malu.
Selang beberapa lama kemudian, katak betina itu melahirkan beberapa ekor
anaknya.Tidak berapa lama kemudian, besarlah semua anaknya itu.
Suatu hari, anak-anaknya pergi mencari makanan.Mereka terserempak dengan seekor
lembu.Mereka belum pernah melihat lembu.Takutlah mereka melihat lembu yang berbadan
besar itu. Apalagi! Bertempiaranlah mereka melarikan diri.
Mereka pulang dan menceritakan hal itu kepada ibu mereka.
"Kami terjumpa seekor binatang yang tersangat besar.Belum pernah kami lihat
binatang sebesar itu," kata salah seekor anak katak itu.
Katak betina itu menggelengkan kepala kerana tidak percaya.
"Mana ada binatang yang begitu besar?" tanya katak betina. "Ibulah binatang
yang paling besar. Ibu lebih besar daripada kamu semua," jelas katak betina itu
lagi.
"Binatang yang kami jumpa itu lebih besar," ujar anak-anaknya.
Katak betina itu pun segera menggembungkan dirinya supaya kelihatan lebih
besar. "Adakah binatang itu sebesar ini?" tanya katak betina.
Anak-anaknya menjawab, "Tidak!Lebih besar lagi."
Katak betina itu menggembungkan dirinya menjadi lebih besar lagi. "Adakah
sebesar ini?" tanya katak betina.
"Tidak!Lebih besar lagi," jawab anak-anaknya.
Katak betina itu menggembungkan lagi dirinya."Adakah sebesar ini?" tanyanya
lagi.
"Tidak!Lebih besar lagi," jawab anak-anaknya.
Katak betina itu lalu cuba menggembungkan dirinya supaya menjadi lebih besar
lagi.
Tiba-tiba terdengarlah bunyi yang kuat. Pop! Terkejutlah semua anak katak itu.
"Ibu kita sudah meletup!Ibu kita sudah mati!" kata salah seekor anak katak itu.
Demikianlah, matilah katak betina yang sombong itu! Badannya pecah kerana
cuba menggembungkan dirinya supaya menjadi lebih besar.
Sedihlah semua anak katak itu kerana ibu mereka sudah mati.Akhirnya, mereka
berpindah ke tepi hutan.Di situlah mereka tinggal dalam aman dan bahagia.
NILAI MURNI
Adik-adik, dalam hidup ini, janganlah sekali-kali kita bersikap sombong.Sikap
sombong boleh membawa akibat yang buruk.Sebaliknya, sikap selalu bersyukur
dan merendah diri merupakan salah satu akhlak yang mulia.
RANTAI EMAS DI PINGGIR SUNGAI
Di dalam sebuah kampung tinggal seorang petani miskin.
Petani itu seorang yang baik hati dan rajin bekerja.Setiap hari, pagi-
pagi lagi, dia sudah pergi ke kebunnya untuk bercucuk tanam.Dia
menanam pelbagai jenis sayur-sayuran.
Namun, kasihan petani itu kerana dia sering dimarahi oleh
isterinya.Setiap hari isterinya berleter, "Awak malas bekerja.Itulah
sebabnya hidup kita tetap miskin."
"Setiap hari saya pergi bekerja.Walaupun hidup kita miskin, namun
kita tidaklah menjadi pengemis," kata petani itu kepada isterinya.
"Awak memang seorang pemalas.Itulah sebabnya hidup kita tetap
miskin," kata isterinya lagi.
Petani itu berasa sedih.Dia selalu menasihati isterinya, "Walaupun
rezeki kita hanya sedikit, namun kita mestilah sentiasa bersyukur pada
Tuhan."
Setiap hari, petani itu gigih bekerja.Selain bercucuk tanam, dia
melakukan pelbagai jenis pekerjaan lain pula. Dia pergi mencari dan
menjual kayu api, mengambil upah memanjat kelapa, dan lain-lain lagi.
Namun demikian, hidup petani itu tidaklah mewah sebagaimana orang
kaya-raya.Oleh sebab itu, setiap hari dia sentiasa dimarahi oleh isterinya
yang garang itu.
Pada suatu hari, petani itu diajak oleh isterinya pergi ke sungai.
"Mulai hari ini, awak cuba pergi menangkap ikan di sungai
pula.Mungkin boleh mendapat ikan yang banyak," kata isterinya.
"Jika awak dapat menangkap banyak ikan, awak boleh menjualnya
di merata-rata kampung.Rezeki kita akan bertambah dan kita mungkin
akan menjadi kaya," kata isterinya lagi.
Terpaksalah petani itu pergi ke sungai pula untuk menangkap
ikan.Walaupun dia sudah sangat kepenatan kerana bertungkus-lumus
bekerja di kebunnya, namun dia terpaksa patuh pada suruhan isterinya.
Petani itu tidak mahu bertengkar dengan isterinya.Oleh itu, dia
segera membawa jalanya pergi ke sungai.
Sepanjang petang, petani itu menjala di sungai.Rezekinya sangat
murah.Dia mendapat banyak ikan.
Isteri petani itu sangat gembira.Mereka menjual ikan itu.Mereka
mendapat banyak wang.
"Esok kita akan bersama-sama pergi ke sungai.Saya boleh
mengayuh perahu.Awak pula boleh menjala," kata isteri petani itu.Dia
sudah menjadi tamak.Dia mahu mendapatkan lebih banyak ikan.
Keesokan paginya, mereka pergi ke sungai.Apabila sampai di
tengah-tengah sungai, petani itu segera menjala.Namun, dia terkejut
kerana jalanya terasa sangat berat.
"Saya tidak terdaya hendak menarik jala ini.Jala ini sangat berat,"
kata petani itu.
"Tentu banyak ikan," kata isterinya dengan perasaan sangat
gembira.
Tanpa berlengah lagi, petani itu cuba sedaya upayanya menarik jala
tersebut. Alangkah terkejutnya petani itu kerana di dalam jala itu rupa-
rupanya terdapat rantai emas.
Isterinya sangat gembira."Wah, rantai emas! Rantai emas! Kita akan
kaya-raya," isterinya menjerit-jerit kerana sangat gembira.
"Tarik!Tarik!" kata isterinya.
Petani itu terus menarik rantai emas itu.Rantai emas itu sangat
panjang.
"Tarik!Tarik!" kata isterinya lagi.
Petani itu terus menarik lagi.
"Tarik!Tarik!" isterinya menyuruh lagi.
"Janganlah tamak!Kita kerat sahaja rantai ini. Cukuplah sebanyak
ini," petani itu cuba menasihati isterinya.
Tetapi petani itu dimarahi oleh isterinya, "Awak ini sangat bodoh.
Kita akan menjadi kaya-raya. Tarik rantai emas ini.Jangan berhenti!"
Mahu tidak mahu terpaksalah petani itu terus menarik rantai emas
tersebut.Perahu yang mereka naiki menjadi semakin berat.Akhirnya,
tenggelamlah perahu itu.
Petani itu terpaksa berenang ke tebing sungai untuk menyelamatkan
dirinya.Dia tidak sempat menyelamatkan isterinya.Matilah isterinya yang
sangat tamak itu.

More Related Content

What's hot

INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxINTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxssuser3fe836
 
Cerita malang tidak berbau
Cerita malang tidak berbauCerita malang tidak berbau
Cerita malang tidak berbauSatiya Vani
 
Pelan intervensi bm
Pelan intervensi bmPelan intervensi bm
Pelan intervensi bmnur aliaa
 
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxBORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxnsmm
 
Skrip-bercerita-tahap-1
 Skrip-bercerita-tahap-1 Skrip-bercerita-tahap-1
Skrip-bercerita-tahap-1rozitabtzain
 
Cerita kanak-kanak
Cerita kanak-kanakCerita kanak-kanak
Cerita kanak-kanakSabrina Eyna
 
Pemotong kayu yang jujur
Pemotong kayu yang jujurPemotong kayu yang jujur
Pemotong kayu yang jujurJaiho Jambari
 
Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)lizapandi
 
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayuLatihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayuain hunny
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporanjasfarten
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Vivian Wmn
 
Contoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanContoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanJeglin Siva
 
Ulasan guru kelas
Ulasan guru kelasUlasan guru kelas
Ulasan guru kelasWan Ikram
 
Bina ayat gambar
Bina ayat gambarBina ayat gambar
Bina ayat gambar慈心 Chan
 
Bahasa hukuman kawad kaki tkrs
Bahasa hukuman kawad kaki tkrsBahasa hukuman kawad kaki tkrs
Bahasa hukuman kawad kaki tkrsJay Atin
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung ceritasairee
 

What's hot (20)

INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxINTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
 
Cerita malang tidak berbau
Cerita malang tidak berbauCerita malang tidak berbau
Cerita malang tidak berbau
 
Buku bina ayat
Buku bina ayat  Buku bina ayat
Buku bina ayat
 
peribahasa tahun 5
peribahasa tahun 5peribahasa tahun 5
peribahasa tahun 5
 
Pelan intervensi bm
Pelan intervensi bmPelan intervensi bm
Pelan intervensi bm
 
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxBORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
 
Skrip-bercerita-tahap-1
 Skrip-bercerita-tahap-1 Skrip-bercerita-tahap-1
Skrip-bercerita-tahap-1
 
Cerita kanak-kanak
Cerita kanak-kanakCerita kanak-kanak
Cerita kanak-kanak
 
Peribahasa bergambar1
Peribahasa bergambar1Peribahasa bergambar1
Peribahasa bergambar1
 
Pemotong kayu yang jujur
Pemotong kayu yang jujurPemotong kayu yang jujur
Pemotong kayu yang jujur
 
Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)
 
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayuLatihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayu
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporan
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
 
Contoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanContoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatan
 
KBAT dalam PdP
KBAT dalam PdPKBAT dalam PdP
KBAT dalam PdP
 
Ulasan guru kelas
Ulasan guru kelasUlasan guru kelas
Ulasan guru kelas
 
Bina ayat gambar
Bina ayat gambarBina ayat gambar
Bina ayat gambar
 
Bahasa hukuman kawad kaki tkrs
Bahasa hukuman kawad kaki tkrsBahasa hukuman kawad kaki tkrs
Bahasa hukuman kawad kaki tkrs
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung cerita
 

Viewers also liked

Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11zahorien
 
Skrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatanSkrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatanandry_dwi
 
Wana bm band 2012
Wana bm band 2012Wana bm band 2012
Wana bm band 2012Wana Amin
 
Skrip pemotong kayu yang jujur
Skrip pemotong kayu yang jujurSkrip pemotong kayu yang jujur
Skrip pemotong kayu yang jujurcsriuma
 
Cerita haiwan sang monyet yang degil
Cerita haiwan sang monyet yang degilCerita haiwan sang monyet yang degil
Cerita haiwan sang monyet yang degilNoraini Abdullah
 
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik berceritaKajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik berceritafatimah Baharin
 
Teater Bangsawan
Teater Bangsawan  Teater Bangsawan
Teater Bangsawan keryman313
 
SOALAN KSSR TAHUN 1
SOALAN KSSR TAHUN 1SOALAN KSSR TAHUN 1
SOALAN KSSR TAHUN 1Nsha Shari
 

Viewers also liked (11)

Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11
 
Skrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatanSkrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatan
 
Kertas konsep bercerita
Kertas konsep berceritaKertas konsep bercerita
Kertas konsep bercerita
 
Wana bm band 2012
Wana bm band 2012Wana bm band 2012
Wana bm band 2012
 
Skrip pemotong kayu yang jujur
Skrip pemotong kayu yang jujurSkrip pemotong kayu yang jujur
Skrip pemotong kayu yang jujur
 
Chi square table
Chi square tableChi square table
Chi square table
 
Cerita haiwan sang monyet yang degil
Cerita haiwan sang monyet yang degilCerita haiwan sang monyet yang degil
Cerita haiwan sang monyet yang degil
 
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik berceritaKajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
 
Skrip Drama Pendek Its All About Money
Skrip Drama Pendek Its All About MoneySkrip Drama Pendek Its All About Money
Skrip Drama Pendek Its All About Money
 
Teater Bangsawan
Teater Bangsawan  Teater Bangsawan
Teater Bangsawan
 
SOALAN KSSR TAHUN 1
SOALAN KSSR TAHUN 1SOALAN KSSR TAHUN 1
SOALAN KSSR TAHUN 1
 

Similar to Cerita tahap 1

Natasya ungu violet
Natasya ungu violetNatasya ungu violet
Natasya ungu violetmrfuji
 
Anak ikan yang suka menipu
Anak ikan yang suka menipuAnak ikan yang suka menipu
Anak ikan yang suka menipuTan Pei Lian
 
Arnab yang pemalas
Arnab yang pemalasArnab yang pemalas
Arnab yang pemalaspejajusoh
 
Semut dan belalang
Semut dan belalangSemut dan belalang
Semut dan belalangDayat Caem
 
Semut dan belalang
Semut dan belalangSemut dan belalang
Semut dan belalangDayat Caem
 
Dongeng singa dan tikus
Dongeng singa dan tikusDongeng singa dan tikus
Dongeng singa dan tikusWarnet Raha
 
Cerita rakyat legenda aryo menak
Cerita rakyat legenda aryo menakCerita rakyat legenda aryo menak
Cerita rakyat legenda aryo menakResdianto
 
Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)Zalina Razali
 
Bangau menenun songket
Bangau menenun songketBangau menenun songket
Bangau menenun songketRohana Mazelan
 
Dongeng Anak Singkat
Dongeng Anak SingkatDongeng Anak Singkat
Dongeng Anak SingkatNurul Shufa
 
Ketika si kancil makan singa
Ketika si kancil makan singaKetika si kancil makan singa
Ketika si kancil makan singaramon harmoni
 
The Elephant with the Golden Tusks - A Jataka Tale (Eng & Malay).ppt
The Elephant with the Golden Tusks - A Jataka Tale (Eng & Malay).pptThe Elephant with the Golden Tusks - A Jataka Tale (Eng & Malay).ppt
The Elephant with the Golden Tusks - A Jataka Tale (Eng & Malay).pptOH TEIK BIN
 
Arnab dengan buaya
Arnab dengan buayaArnab dengan buaya
Arnab dengan buayaGaya Mahmud
 
Cerita satu perangkap tikus
Cerita  satu perangkap tikusCerita  satu perangkap tikus
Cerita satu perangkap tikusAzmil As
 
Bawang putih bawang merah
Bawang putih bawang merahBawang putih bawang merah
Bawang putih bawang merahLauriegina Giri
 
Asal usul sungai landak
Asal usul sungai landakAsal usul sungai landak
Asal usul sungai landakFreddy Then
 

Similar to Cerita tahap 1 (20)

Natasya ungu violet
Natasya ungu violetNatasya ungu violet
Natasya ungu violet
 
crita kanak-kanak
crita kanak-kanakcrita kanak-kanak
crita kanak-kanak
 
Anak ikan yang suka menipu
Anak ikan yang suka menipuAnak ikan yang suka menipu
Anak ikan yang suka menipu
 
Arnab yang pemalas
Arnab yang pemalasArnab yang pemalas
Arnab yang pemalas
 
Fabel 1
Fabel 1Fabel 1
Fabel 1
 
Semut dan belalang
Semut dan belalangSemut dan belalang
Semut dan belalang
 
Semut dan belalang
Semut dan belalangSemut dan belalang
Semut dan belalang
 
Dongeng singa dan tikus
Dongeng singa dan tikusDongeng singa dan tikus
Dongeng singa dan tikus
 
Cerita rakyat legenda aryo menak
Cerita rakyat legenda aryo menakCerita rakyat legenda aryo menak
Cerita rakyat legenda aryo menak
 
Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)
 
Bangau menenun songket
Bangau menenun songketBangau menenun songket
Bangau menenun songket
 
Cerita
CeritaCerita
Cerita
 
Dongeng Anak Singkat
Dongeng Anak SingkatDongeng Anak Singkat
Dongeng Anak Singkat
 
Ketika si kancil makan singa
Ketika si kancil makan singaKetika si kancil makan singa
Ketika si kancil makan singa
 
The Elephant with the Golden Tusks - A Jataka Tale (Eng & Malay).ppt
The Elephant with the Golden Tusks - A Jataka Tale (Eng & Malay).pptThe Elephant with the Golden Tusks - A Jataka Tale (Eng & Malay).ppt
The Elephant with the Golden Tusks - A Jataka Tale (Eng & Malay).ppt
 
Arnab dengan buaya
Arnab dengan buayaArnab dengan buaya
Arnab dengan buaya
 
Cerita satu perangkap tikus
Cerita  satu perangkap tikusCerita  satu perangkap tikus
Cerita satu perangkap tikus
 
Kancil dan buaya dalam bahasa inggris
Kancil dan buaya dalam bahasa inggrisKancil dan buaya dalam bahasa inggris
Kancil dan buaya dalam bahasa inggris
 
Bawang putih bawang merah
Bawang putih bawang merahBawang putih bawang merah
Bawang putih bawang merah
 
Asal usul sungai landak
Asal usul sungai landakAsal usul sungai landak
Asal usul sungai landak
 

Cerita tahap 1

  • 1. Di pinggir sebuah hutan tinggal sepasang katak.Katak jantan sangat baik hati. Katak betina pula sombong dan tidak suka berkawan dengan katak lain. Jika hujan turun, katak betina itu sering bernyanyi. Katak betina ingin menunjuk-nunjuk kepada katak lain bahawa ia sangat pandai bernyanyi. Namun, suaranya bukanlah merdu sangat.Katak betina menyangka suaranya sangat merdu. "Sedap atau tidak suara saya tadi?" katak betina itu selalu bertanya demikian kepada katak jantan. "Sedap!" kata katak jantan. Sebenarnya, katak jantan selalu rasa sakit telinga apabila mendengar katak betina itu menyanyi.Namun, katak jantan terpaksa berpura-pura menjawab demikian.Katak jantan tidak mahu katak betina itu kecil hati. "Katak-katak lain itu selalu mengejek saya.Mereka kata saya tidak pandai menyanyi.Mereka semua dengki kepada saya," ujar katak betina itu. "Jangan pedulikan mereka.Menyanyilah lagi!" kata katak jantan. Jika tidak, tentulah katak betina itu akan terus mengomel lagi. Katak betina itu akan terus menyanyi lagi. Berjam-jam lamanya katak betina itu bernyanyi. Walaupun hujan sudah reda, katak betina masih terus bernyanyi.Mahu tidak mahu, terpaksalah katak jantan memekakkan telinganya. Suatu hari, katak betina itu mengajak katak jantan berpindah ke tempat lain. "Mengapa pula awak mahu berpindah?" katak jantan berasa hairan. "Kita sudah lama tinggal di sini.Marilah kita memulakan penghidupan baru di tempat lain pula," jawab katak betina. Sebenarnya katak betina tidak tahan mendengar ejekan katak-katak lain. "Tidak lama lagi, kami akan berpindah," katak betina memberitahu katak-katak
  • 2. lain. "Kami akan tinggal di suatu tempat yang cantik macam istana." "Boo!" semua katak lain mengejek. Akhirnya, mahu tidak mahu, terpaksalah katak jantan itu menuruti kemahuan katak betina tersebut. Mereka berpindah ke tengah padang. Sedihlah hati katak jantan itu kerana terpaksa berpisah dengan semua kawannya. Suatu hari, katak jantan itu tergesa-gesa pulang.Katak jantan sangat ketakutan. "Apakah yang sudah terjadi?" katak betina berasa hairan. "Di tempat ini ada banyak ular.Tadi, nyaris-nyaris saya dimakan ular.Mujurlah saya sempat melarikan diri," katak jantan memberitahu. Katak betina turut berasa cemas. Pada hari berikutnya, katak jantan itu keluar mencari makanan.Tetapi sehingga lewat petang, katak jantan masih belum pulang.Beberapa hari berlalu, namun katak jantan itu tidak pulang juga.Sedihlah hati katak betina.Tahulah katak betina bahawa katak jantan itu sudah menjadi mangsa ular. Katak betina berasa sangat menyesal kerana berpindah ke tempat itu. Tetapi apa boleh buat, hendak pulang ke hutan semula, katak betina itu berasa sangat malu. Selang beberapa lama kemudian, katak betina itu melahirkan beberapa ekor anaknya.Tidak berapa lama kemudian, besarlah semua anaknya itu. Suatu hari, anak-anaknya pergi mencari makanan.Mereka terserempak dengan seekor lembu.Mereka belum pernah melihat lembu.Takutlah mereka melihat lembu yang berbadan besar itu. Apalagi! Bertempiaranlah mereka melarikan diri. Mereka pulang dan menceritakan hal itu kepada ibu mereka. "Kami terjumpa seekor binatang yang tersangat besar.Belum pernah kami lihat binatang sebesar itu," kata salah seekor anak katak itu. Katak betina itu menggelengkan kepala kerana tidak percaya. "Mana ada binatang yang begitu besar?" tanya katak betina. "Ibulah binatang yang paling besar. Ibu lebih besar daripada kamu semua," jelas katak betina itu lagi.
  • 3. "Binatang yang kami jumpa itu lebih besar," ujar anak-anaknya. Katak betina itu pun segera menggembungkan dirinya supaya kelihatan lebih besar. "Adakah binatang itu sebesar ini?" tanya katak betina. Anak-anaknya menjawab, "Tidak!Lebih besar lagi." Katak betina itu menggembungkan dirinya menjadi lebih besar lagi. "Adakah sebesar ini?" tanya katak betina. "Tidak!Lebih besar lagi," jawab anak-anaknya. Katak betina itu menggembungkan lagi dirinya."Adakah sebesar ini?" tanyanya lagi. "Tidak!Lebih besar lagi," jawab anak-anaknya. Katak betina itu lalu cuba menggembungkan dirinya supaya menjadi lebih besar lagi. Tiba-tiba terdengarlah bunyi yang kuat. Pop! Terkejutlah semua anak katak itu. "Ibu kita sudah meletup!Ibu kita sudah mati!" kata salah seekor anak katak itu. Demikianlah, matilah katak betina yang sombong itu! Badannya pecah kerana cuba menggembungkan dirinya supaya menjadi lebih besar. Sedihlah semua anak katak itu kerana ibu mereka sudah mati.Akhirnya, mereka berpindah ke tepi hutan.Di situlah mereka tinggal dalam aman dan bahagia. NILAI MURNI Adik-adik, dalam hidup ini, janganlah sekali-kali kita bersikap sombong.Sikap sombong boleh membawa akibat yang buruk.Sebaliknya, sikap selalu bersyukur dan merendah diri merupakan salah satu akhlak yang mulia.
  • 4. RANTAI EMAS DI PINGGIR SUNGAI Di dalam sebuah kampung tinggal seorang petani miskin. Petani itu seorang yang baik hati dan rajin bekerja.Setiap hari, pagi- pagi lagi, dia sudah pergi ke kebunnya untuk bercucuk tanam.Dia menanam pelbagai jenis sayur-sayuran. Namun, kasihan petani itu kerana dia sering dimarahi oleh isterinya.Setiap hari isterinya berleter, "Awak malas bekerja.Itulah sebabnya hidup kita tetap miskin." "Setiap hari saya pergi bekerja.Walaupun hidup kita miskin, namun kita tidaklah menjadi pengemis," kata petani itu kepada isterinya. "Awak memang seorang pemalas.Itulah sebabnya hidup kita tetap miskin," kata isterinya lagi. Petani itu berasa sedih.Dia selalu menasihati isterinya, "Walaupun rezeki kita hanya sedikit, namun kita mestilah sentiasa bersyukur pada Tuhan." Setiap hari, petani itu gigih bekerja.Selain bercucuk tanam, dia melakukan pelbagai jenis pekerjaan lain pula. Dia pergi mencari dan menjual kayu api, mengambil upah memanjat kelapa, dan lain-lain lagi. Namun demikian, hidup petani itu tidaklah mewah sebagaimana orang kaya-raya.Oleh sebab itu, setiap hari dia sentiasa dimarahi oleh isterinya yang garang itu. Pada suatu hari, petani itu diajak oleh isterinya pergi ke sungai. "Mulai hari ini, awak cuba pergi menangkap ikan di sungai pula.Mungkin boleh mendapat ikan yang banyak," kata isterinya. "Jika awak dapat menangkap banyak ikan, awak boleh menjualnya di merata-rata kampung.Rezeki kita akan bertambah dan kita mungkin akan menjadi kaya," kata isterinya lagi.
  • 5. Terpaksalah petani itu pergi ke sungai pula untuk menangkap ikan.Walaupun dia sudah sangat kepenatan kerana bertungkus-lumus bekerja di kebunnya, namun dia terpaksa patuh pada suruhan isterinya. Petani itu tidak mahu bertengkar dengan isterinya.Oleh itu, dia segera membawa jalanya pergi ke sungai. Sepanjang petang, petani itu menjala di sungai.Rezekinya sangat murah.Dia mendapat banyak ikan. Isteri petani itu sangat gembira.Mereka menjual ikan itu.Mereka mendapat banyak wang. "Esok kita akan bersama-sama pergi ke sungai.Saya boleh mengayuh perahu.Awak pula boleh menjala," kata isteri petani itu.Dia sudah menjadi tamak.Dia mahu mendapatkan lebih banyak ikan. Keesokan paginya, mereka pergi ke sungai.Apabila sampai di tengah-tengah sungai, petani itu segera menjala.Namun, dia terkejut kerana jalanya terasa sangat berat. "Saya tidak terdaya hendak menarik jala ini.Jala ini sangat berat," kata petani itu. "Tentu banyak ikan," kata isterinya dengan perasaan sangat gembira. Tanpa berlengah lagi, petani itu cuba sedaya upayanya menarik jala tersebut. Alangkah terkejutnya petani itu kerana di dalam jala itu rupa- rupanya terdapat rantai emas. Isterinya sangat gembira."Wah, rantai emas! Rantai emas! Kita akan kaya-raya," isterinya menjerit-jerit kerana sangat gembira. "Tarik!Tarik!" kata isterinya. Petani itu terus menarik rantai emas itu.Rantai emas itu sangat panjang.
  • 6. "Tarik!Tarik!" kata isterinya lagi. Petani itu terus menarik lagi. "Tarik!Tarik!" isterinya menyuruh lagi. "Janganlah tamak!Kita kerat sahaja rantai ini. Cukuplah sebanyak ini," petani itu cuba menasihati isterinya. Tetapi petani itu dimarahi oleh isterinya, "Awak ini sangat bodoh. Kita akan menjadi kaya-raya. Tarik rantai emas ini.Jangan berhenti!" Mahu tidak mahu terpaksalah petani itu terus menarik rantai emas tersebut.Perahu yang mereka naiki menjadi semakin berat.Akhirnya, tenggelamlah perahu itu. Petani itu terpaksa berenang ke tebing sungai untuk menyelamatkan dirinya.Dia tidak sempat menyelamatkan isterinya.Matilah isterinya yang sangat tamak itu.