Dollah Hapak
Ini Dollah. Dollah suka berjalan
sekitar kampungnya.
Dollah tidak mempunyai kawan baik.
Dia selalu diejek „ dollah hapak‟.
Dollah nampak dua orang budak bermain
guli. Dia dihalau .
“pergi kau dari sini dollah hapak!”.
Dollah lihat tiga budak perempuan sedang bermain
pondok-pondok.
“ boleh aku bermain bersama kamu?”
“ tak boleh, kau busuk dan kotor.” jawab mereka
Dollah rasa sedih. Dia berjalan sambil
mengutip batu.
Dollah mengira batu yang
dikutipnya itu dengan gembira.
Dollah berjalan sampai di sebuah kebun
buah-buahan. Pelbagai buah ada di situ.
Dollah memetik buah mangga dengan
sebatang kayu. Dia makan dengan
enak sekali.
Tangannya kotor. Dollah mengelap
tangannya di baju.
Tiba-tiba kedengaran suara memanggil
namanya. Dollah terkejut dan mencari suara
itu.
Seekor rama-rama mendekati dollah dan bertanya
“kenapa kau bermain disini seorang diri?”
“jangan takut aku pari-pari” kata pari-pari lagi.
“ mereka tidak mahu bermain dengan aku”
“ mereka cakap aku hapak dan kotor.” jawab
dollah dengan sedih.
“ aku boleh bantu kau tapi ada syaratnya”
kata pari-pari.
“ engkau harus mandi setiap hari dan
menjaga kebersihan diri”.
Dollah bangun dari tidurnya. Dia lihat
badannya berbau wangi dan bersih.
Sejak itu, dollah mandi setiap hari.
Dia juga mempunyai ramai kawan.

Buku cerita tahap 2