SlideShare a Scribd company logo
1 of 71
Konsep-konsep Asas HE 1
KULIAH CTU 553
KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGANETNIK
Konsep-konsep Asas HE 2
Hubungan Etnik Di Malaysia Secara Umum
1. Pengenalan
2. Kepentingan Hubungan etnik
3. Pengajaran Daripada Peristiwa 13 Mei
4. Usaha-usaha kerajaan Untuk memupuk
perpaduan Nasional
5. Hubungkait antara ekonomi dan etnisiti
Konsep-konsep Asas HE 3
KONSEP MASYARAKAT
Definisi Masyarakat
• Masyarakat boleh didefinisikan sebagai
kumpulan manusia yang hidup
bersama-sama dari sesuatu tempat
dengan aturan dan cara tertentu
(pergaulan hidup).
Definisi Bangsa
• Jenis manusia daripada satu asal
keturunan atau kumpulan manusia
dalam satu ikatan ketatanegaraan
Konsep-konsep Asas HE 4
sambungan…
Masyarakat:
• Bahasa: Komuniti manusia yang tinggal
bersama-sama di suatu tempat dengan
cara dan ukuran tertentu,
• Istilah: masyarakat merupakan jaringan
hubungan antara pelbagai individu yang
merujuk kepada pergaulan hidup dan
keseluruhan hubungan sosial.
• Masyarakat juga menggambarkan rakyat
sesebuah negara.
Konsep-konsep Asas HE 5
• Malaysia terdiri daripada masyarakat
multiracial dan multiculture yang
mempunyai asas-asas kukuh untuk
mewujudkan masyarakat yang lebih
berbudaya, berilmu, bermoral, dan
mendokong cita-cita murni bangsa
Malaysia berteraskan konsep negara
bangsa.
sambungan…
Konsep-konsep Asas HE 6
sambungan…
Konsep negara bangsa
• Semua masyarakat mendokong satu
bangsa dan satu negara yang tegak di atas
satu identiti negara yang sama
• Ia dimanifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai
sosio-budaya, lambang-lambang dan
berpegang kepada nilai-nilai kemanusiaan
dan kerohanian yang tinggi.
• Bangsa yang bertamadun mempunyai
identiti dan peradabannya tersendiri.
Konsep-konsep Asas HE 7
sambungan…
Ciri-ciri Negara Bangsa
• Pembentukan bangsa Malaysia boleh
diukur dari tiga perspektif utama iaitu:
• Aspek kenegaraan
• Aspek kewarganegaraan
• Aspek kebangsaan
Konsep-konsep Asas HE 8
sambungan…
• Konsep kenegaraan perlu ditanam dan
dipupuk dalam diri setiap rakyat negara itu
demi keutuhan negara sebagai kumpulan
sosial.
• Semangat kenegaraan ini boleh ditanam
melalui simbol-simbol yang mewakili
keutuhan negara seperti bendera Malaysia,
lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan
sebagainya.
Konsep-konsep Asas HE 9
sambungan…
• Konsep kewarganegaraan pula dapat
diperjelaskan melalui pemahaman bahawa
bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain
dapat disatukan melalui kewarganegaraan
yang sama iaitu warganegara Malaysia.
Konsep-konsep Asas HE 10
sambungan…
• Aspek kebangsaan dapat ditonjolkan
melalui kebudayaan kebangsaan yang mana
merupakan penggerak yang sangat hebat
dalam mengisi semangat kebangsaan dan
menjadi batu asas kepada pembentukan
bangsa Malaysia.
• Pada hakikatnya hubungan antara
kebudayaan kebangsaan dengan semangat
kebangsaan adalah bertimbal-balik kerana
masing-masing saling menyokong dan
menguatkan antara satu sama lain.
Konsep-konsep Asas HE 11
Keperluan Mengkaji Masyarakat
1. Manusia Hidup Bermasyarakat
2. Untuk Memahami Cara Hidup
Bermasyarakat
3. Memahami Budaya dan Masyarakat
Lain
4. Memupuk Kerjasama di Antara
Masyarakat
Konsep-konsep Asas HE 12
Ciri-Ciri Masyarakat
1. Manusia yang hidup berkelompok
2. Melahirkan Kebudayaan
3. Mengalami Perubahan
4. Berinteraksi
5. Terdapat Kepimpinan
6. Wujud Stratifikasi Sosial
Konsep-konsep Asas HE 13
BUDAYA
• Budaya biasanya dikaitkan dengan
aktiviti-aktiviti yang ada dalam
persekitaran manusia seperti kesenian,
barangan, makanan, tarian dan
sebagainya.
Konsep-konsep Asas HE 14
KONSEP BUDAYA
Budaya berasal dari perkataan Jawa: “ budaya ”
 hasil cantuman “ budhi ” dan “ daya ”.
 Perkataan “ budhi ” yang dipinjam dari bahasa
sanskrit bererti ‘ kecergasan fikiran dan akal ’
 “ daya ” ialah perkataan Melayu Polynesia
bermakna ‘ kekuatan kuasa, tenaga dan
pengaruh’.
 Jika dicantumkan kedua-dua perkataan ini
(budaya) akan membawa maksud ’ tenaga
fikiran , usaha rohani atau kuasa yang
menggerakkan jiwa ’. ( Kajian Kebudayaan
Melayu,1963 ).
Konsep-konsep Asas HE 15
sambungan…
• Budaya juga diertikan sebagai, ‘ The way
of life of a people, including their attitudes,
values, beliefs, arts, sciences, modes of
perception, and habits of thought and
activity. Cultural features of forms of life
are learned but are often too pervasive to
be readily noticed from within ’.
(Dictionary Of Philosophy, 1996)
Konsep-konsep Asas HE 16
sambungan…
• Di definisikan juga sebagai cara hidup yang
diikuti oleh orang yang menjadi anggota
kumpulan tertentu dan meliputi unsur-unsur
sistem sosial, susunan organisasi ekonomi,
politik, agama, kepercayaan, adat resam,
sikap, nilai, peralatan budaya, atau apa-apa
yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota
masyarakat (Masyarakat Dan Kebudayaan
Malaysia, 2001)
Konsep-konsep Asas HE 17
Rumusan
• Budaya itu dari sudut bahasanya membawa
makna cara hidup manusia, manakala
sudut istilah pula menyatakan bahawa
budaya itu ialah cara hidup orang ramai
termasuk pemikiran, nilai kepercayaan,
pandangan dan tabiat berfikir serta cara
perlakuan manusia yang menggerakkan
jiwa.
Konsep-konsep Asas HE 18
Jenis-jenis Budaya
• Budaya boleh dibahagikan kepada dua
lapangan besar iaitu
• ‘ budaya kebendaan’
• ‘ budaya bukan kebendaan ’
Konsep-konsep Asas HE 19
Budaya kebendaan
• Ialah peralatan dan kelengkapan hidup
seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan
sebagainya
• Contohnya, orang Melayu mempunyai
rumah yang berbeza dengan orang
Inggeris atau orang Eskimo
Konsep-konsep Asas HE 20
Budaya bukan kebendaan
• Budaya bukan kebendaan ialah
kepercayaan, adat istiadat dan undang-
undang.
• Setiap masyarakat mempunyai adat
istiadat yang berbeza-beza dalam
menjalani kehidupan
• Dalam adat perkahwinan masyarakat
Melayu, pihak lelaki akan memberi
hantaran kepada pihak perempuan, tetapi
bagi masyarakat India, hantaran(dowri)
perkahwinan diberi oleh pihak perempuan
kepada pihak lelaki.
Konsep-konsep Asas HE 21
• Dalam budaya Melayu, faktor agama
paling penting kerana agamalah dasar
tanggapan terhadap alam sekitar dari segi
sosial dan fizikal.
• Bahasa juga penting sebagai alat
komunikasi dan adat resam juga mustahak
sebagai petunjuk jalan bagi seseorang
dalam mengendalikan hidupnya
bermasyarakat dan berbudaya.
sambungan…
Konsep-konsep Asas HE 22
Dua peranan utama bagi pembentukan
sesuatu budaya
• Pertama, membina imej negara ke arah
mewujudkan keperibadian dan identiti
• Kedua ialah pemupukan kesedaran
kebangsaan dan kenegaraan berasaskan
ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual
dan mental (Tamadun Melayu &
Pembinaan Bangsa Melayu, 1992).
Konsep-konsep Asas HE 23
sambungan…
• Kelompok manusia hidup dalam
lingkungan yang dikenali sebagai
‘ budaya ’ dan budaya ini akan
memberikan identiti kepada kelompok itu
dari segi cara ia mengendalikan hidupnya.
• Budaya turut diwarisi dari satu keturunan
kepada satu keturunan yang lain.
sambungan…
• Justeru, budaya boleh dikatakan sebagai
satu himpunan kelengkapan intelektual
dan kebendaan yang dapat memenuhi
kehendak biologi dan kemasyarakatan
serta dapat menyesuaikannya dengan
keadaan sekeliling.
Konsep-konsep Asas HE 25
sambungan…
• Budaya bersifat universal tetapi
paradoksnya pada masa yang sama
terdapat perbezaan antara budaya satu
masyarakat dengan masyarakat yang lain.
• Sesuatu kebudayaan berkembang dan
terus dicipta mengikut kesanggupan
masyarakatnya.
sambungan…
• Ada budaya yang dipadankan apabila
berlaku pertembungan dengan pengaruh
luar sama ada untuk mengisi kekosongan
sebagai alternatif atau menokok tambah dari
apa yang telah sedia ada.
• Maka boleh di katakan bahawa ‘ manusia
itu sendiri membentuk budaya ’ dan
perkembangan budaya akan mengikut
perkembangan masyarakat itu sendiri.
Konsep-konsep Asas HE 27
Ciri-Ciri Budaya
• Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu
yang menggambarkan budaya itu terbit
daripada tingkahlaku dan akal manusia :
1. Dipelajari
 Budaya tidak lahir secara langsung tetapi
perlu dipelajari. Manusia perlu belajar
untuk menguasai ilmu. Untuk mencipta
sesuatu, manusia perlu belajar.
 Sebagai contoh menunjukkan budaya itu
dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh
ibu bapanya untuk berbahasa dan
berhubung.
Konsep-konsep Asas HE 28
sambungan…
• Dalam proses mempelajari, banyak unsur
terlibat seperti proses asimilasi, adaptasi,
akulturasi, difusi dan integrasi.
• Bentuk dan jenis pembelajaran anggota
masyarakat bergantung kepada beberapa
faktor iaitu:
Konsep-konsep Asas HE 29
sambungan…
a) Apakah agen-agen sosialisasi seperti
keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan
dan sebagainya.
b) Apakah nilai yang mendapat keutamaan
dalam sesebuah masyarakat itu.
c) Umur seseorang.
d) Tahap pendidikan
e) Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.
Konsep-konsep Asas HE 30
2. Dikongsi
• Budaya itu dikongsi oleh manusia yang
menjadi anggota masyarakat.
• Perkongsian ini bermaksud yang setiap
perlakuan itu diramal dan didokong oleh
sekumpulan manusia.
• Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya
kerana masyarakat menggemarinya
• Bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat
Malaysia kerana dituturkan oleh mereka
dalam kehidupan seharian.
sambungan…
• Perlakuan yang tidak dikongsi oleh
sekumpulan manusia tidak termasuk
dalam budaya seperti perlakuan mencuri
walaupun ia wujud dalam masyarakat.
• Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi
perlakuan individu dan bukannya
perlakuan masyarakat.
Konsep-konsep Asas HE 31
Konsep-konsep Asas HE 32
3. Sejagat
• Budaya itu bersifat sejagat.
• Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu
wujud dalam semua kelompok manusia.
• Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki
kebudayaan.
• Walaubagaimanapun, budaya yang
sejagat itu berbeza antara masyarakat
kerana faktor pengaruh alam, pengaruh
luar dan tahap penyesuaian anggota
Konsep-konsep Asas HE 33
• Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang
terdapat dalam semua budaya iaitu:
i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
iii. sistem sosial.
iv. Bahasa
v. Kesenian
vi. sistem pengetahuan.
vii. agama dan kepercayaan.
(Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi
keilmuan Barat; eg. Hutington etc.)
sambungan…
Konsep-konsep Asas HE 34
4. Diwarisi
• Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke
satu generasi berikutnya.
• Ini bermakna bahawa budaya Melayu, cina
dan India yang diamalkan hari ini adalah
lanjutan daripada budaya terdahulu.
• Peristiwa yang telah berlaku akan memberi
kesan kepada hari ini.
• Budaya itu juga diwarisi juga membawa
maksud bersambung. Teknologi yang
dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi
awal manusia masa lampau.
Konsep-konsep Asas HE 35
5. Berubah
• Budaya sentiasa berubah dan tidak ada
budaya yang wujud dari dahulu hingga
sekarang tidak mengamali perubahan.
• Perubahan ini dikaji daripada perubahan
bentuk, ciri dan proses yang berlaku.
 Rumah beratap genting telah
menggantikan rumah beratap rumbia.
• Dalam sejarah tamadun manusia,
perubahan budaya bukan kebendaan
dapat dilihat dengan jelas seperti
perubahan sistem ekonomi sara diri
kepada ekonomi kapitalis.
• Namun, perubahan budaya kebendaan
lebih cepat berubah.
Konsep-konsep Asas HE 36
sambungan…
Konsep-konsep Asas HE 37
• Perubahan ini disebabkan beberapa faktor
seperti:
i. pertambahan bilangan anggota masyarakat.
ii. pertambahan keperluan dan keinginan
manusia.
iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.
iv. pertembungan budaya.
v. konflik yang berlaku.
vi. perubahan alam sekitar.
sambungan…
Konsep-konsep Asas HE 38
6. Perlambangan
• Perlambangan ini ialah sebagai satu
lambang dalam budaya yang memberikan
makna tertentu kepada pendokongnya
• Seperti bendera, warna, logo, lambaian
tangan dan sebagainya.
• Perlambangan yang wujud turut
membantu manusia berhubung dan
berkomunikasi sesama mereka seperti
isyarat memanggil.
Konsep-konsep Asas HE 39
7. Pandangan Semesta
• Pandangan semesta ialah bagaimana
manusia memberikan tafsiran terhadap
keadaan alam sekeliling ke dalam
kehidupan seharian.
• Pandangan semesta ini timbul kerana
manusia mempunyai pertalian yang rapat
dengan alam sekitarnya.
• Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan
dalam kehidupan seharian seperti:
 simpulan bahasa (seperti aur dengan
tebing),
 ukuran (sehasta, sepelaung),
 tempoh masa (setanak nasi) dan
sebagainya.
Konsep-konsep Asas HE 40
sambungan…
Konsep-konsep Asas HE 41
Fungsi Budaya Dalam Kehidupan
• Budaya dalam pengertian biasa ialah satu
cara hidup manusia dan membawa makna
yang sangat luas.
• Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta
manusia, maka budaya itu diperlu dan
dihasilkan oleh manusia itu sendiri bagi
keperluan hidup.
Konsep-konsep Asas HE 42
1. Memenuhi dan Menyediakan Keperluan
• Semua manusia memerlukan keperluan
asasi untuk terus hidup.
• Manusia menggunakan air dalam aktiviti
pertanian, kayu untuk pembinaan dan
sebagainya.
• Keutamaan pengeluaran produk bergantung
kepada keutamaan dalam keperluan dan
aktiviti masyarakat.
• Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewarisi
ilmu pelayaran, pembinaan kapal wujud
Konsep-konsep Asas HE 43
2. Sebagai Panduan kepada Anggota
Masyarakat dalam Bertingkahlaku
• Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya
yang sebati dengan kehidupan manusia.
• Manusia memperolehi keperluannya hasil
dari tuntutan daripada agama.
• Budaya mempunyai peranan memberikan
panduan kepada anggota masyarakat
dalam bertingkahlaku meliputi aspek:
Konsep-konsep Asas HE 44
i. perlakuan yang diboleh dan tidak
dibolehkan.
ii. perlakuan yang patut dan tidak patut.
iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak
digalakkan.
sambungan…
Konsep-konsep Asas HE 45
3. Mengatur Hubungan Sesama Manusia
• Dalam masyarakat Malaysia, budaya
mendidik kita agar menghormati jiran,
tetamu dan sahabat.
• Dalam masa yang sama kita dilarang
menyakitkan hati rakan sesuai dengan
ajaran Islam.
• Ini bermakna dalam menjalani kehidupan
seharian, budaya memainkan peranan
mengatur hubungan sesama manusia.
Konsep-konsep Asas HE 46
4. Sebagai Penggalak Kepada Manusia
Untuk Mencipta
• Alam fizikal yang berbeza menghasilkan
keperluan manusia yang berbeza.
• Orang Eskimo memerlukan baju tebal.
• Maka, dengan adanya budaya, ia menjadi
pendorong kepada penciptaan bagi
memenuhi keperluan harian dan
memudahkan segala urusan.
Konsep-konsep Asas HE 47
5. Sebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan
Identiti
• Budaya berperanan sebagai alat
penyatuan dan pengenalan identiti.
• Sesuatu bangsa dikenali bukan sahaja
dari segi fizikalnya, lebih lagi dari
budayanya.
• Kita mengenali Jepun bukan sahaja dari
segi fizikalnya, tetapi mereka adalah
bangsa yang berjaya dalam ekonomi dan
perindustrian.
• Manusia juga akan bersatu apabila
anggota masyarakat mengamalkan
semangat kekitaan dan saling bekerja
sama bagi mencapai sesuatu.
Konsep-konsep Asas HE 48
sambungan…
Konsep-konsep Asas HE 49
PLURALITI BUDAYA
• Merupakan pendekatan utama dalam
menyelesaikan masalah hubungan
ras
• Ia meliputi:
 Konsep pluraliti budaya
 Teori-teori hubungan Etnik
Konsep-konsep Asas HE 50
• Di Malaysia, setelah wujudnya perjanjian
di antara kaum Melayu dengan wakil-wakil
kaum bukan Melayu di dalam Kontrak
Sosial, pendekatan konsep pluraliti budaya
digunakan sebagai satu penyelesaian
masalah hubungan ras.
sambungan…
Konsep-konsep Asas HE 51
• “Pluraliti budaya menerapkan pencapaian
keseragaman dalam hal-hal yang penting
kepada negara seluruhnya tetapi dalam
masa yang sama setiap kaum dibenarkan
mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya
tersendiri.
• Konsep ini diwakili oleh formula
A + B + C = A + B + C.
(A,B dan C merujuk kepada budaya)
sambungan…
Konsep-konsep Asas HE 52
KONSEP ETNIK
• Istilah etnik berasal daripada perkataan
Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang.
• Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara
sosial atas dasar ciri-ciri budayanya.
• Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu
kumpulan etnik tertentu.
• Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau
sub-budaya yang jelas di mana anggotanya
merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai,
sikap dan tingkahlaku yang sama.
Konsep-konsep Asas HE 53
• Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti
adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan
mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan
ekonomi dan hiburan.
• Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan,
Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap
sebagai etnik.
• Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik iaitu
menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar,
betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain
yang dipandang rendah dan ganjil, berada
ditahap rendah atau tidak bermoral.
(etnostrisme vs jingoisme)
sambungan…
Konsep-konsep Asas HE 54
• Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali
digunakan secara berulangan walaupun ia
membawa makna yang berbeza.
• Di Malaysia, kedua-dua istilah ras dan etnik
sering kali dicampuradukkan dan digunakan
secara bertukar-tukar sehingga maknanya
menjadi lebih kurang sama.
• Orang Melayu, Cina dan India sepatutnya dikenali
sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan
seharian.
sambungan…
Konsep-konsep Asas HE 55
• Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal
dalam kelompok manusia dan ciri yang paling
ketara serta sering digunakan untuk
membezakan kumpulan manusia ialah warna
kulit.
• Etnik pula dari segi bahasa boleh
didefinasikan sebagai kaum atau bangsa.
• Dari segi istilah pula etnik boleh didefinasikan
sebagai kelompok manusia yang ditentukan
melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti
adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan
ekonomi dan sebagainya.
sambungan…
Konsep-konsep Asas HE 56
• Menurut Kamus Dewan, etnik ialah
berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak
memaksa perubahan terhadap kepercayaan
agama atau membuang unsur sesuatu
kaum.
• Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada
satu konsep keturunan, iaitu sesuatu
generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai
nenek moyang yang sama, dan turun-
temurun daripada nenek moyang itu.
sambungan…
Konsep-konsep Asas HE 57
• Etnik dapat dikelaskan melalui
perbezaan budaya.
• Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan
mengikut demografi iaitu mengikut
kedudukan geografi dan sempadan
negeri.
• Contohnya di Sabah dan Sarawak
terdapat pelbagai kumpulan etnik pada
kedudukan geografi yang berbeza.
sambungan…
Konsep-konsep Asas HE 58
• Perbezaan budaya bagi kumpulan etnik
yang dikelaskan melalui demografi ini.
• Dengan ini jelas memperlihatkan bahawa
setiap satu etnik mempunyai perbezaan
budaya dengan etnik yang lain
sambungan…
Konsep-konsep Asas HE 59
Tahap-Tahap Perpaduan/Integrasi
Rendah Tinggi
--------------------------------------------------------------
Konsep-konsep Asas HE 60
TEORI-TEORI HUBUNGAN ETNIK
• Segregasi
• Ia merupakan hubungan yang bersifat
pemisahan di antara etnik-etnik dalam
sesebuah negara.
• Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan
di antaranya dari segi kawasan tempat
tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan
dan kemudahan awam.
• Ia wujud sama ada didasari oleh undang-
undang atau tidak seperti Dasar Apartheid di
Afrika Selatan.
Konsep-konsep Asas HE 61
Akomodasi
• Ia merupakan proses di mana etnik menyedari
norma dan nilai mereka antara satu sama lain,
namun mereka tetap mempertahankan budaya
hidup masing-masing.
• Namun, mereka hidup secara harmoni dan
menghormati antara satu sama lain. Di peringkat
pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil
dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka
saling bergantungan.
• Negara Switzerland adalah negara yang
mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi
kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali, saling
membuat penyesuaian antara mereka.
Konsep-konsep Asas HE 62
Akulturasi
• Ia merupakan satu proses penerimaan unsur
kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari
sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.
• akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia
dengan suatu kebudayaan yang tertentu
dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan
asing yang berbeza sehingga unsur-unsur
kebudayaan asing itu akahirnya diterima dan dioleh
ke dalam kebudayaan sendiri.
• Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi
tidak menyebabkan kehilangan identiti asal
masyarakat yang menerima.
Konsep-konsep Asas HE 63
Namun kejayaan akulturasi bergantung
kepada:
 Unsur-unsur kebudayaan asing yang
mudah diterima seperti budaya
kebendaan seperti pakaian dan
kebudayaan tersebut memberi
manfaat yang besar.
 Unsur kebudayaan asing berbentuk
bukan kebendaan sukar diterima
seperti ideologi, pemikiran dan
sebagainya.
sambungan…
Konsep-konsep Asas HE 64
Asimilasi
• Ia merupakan satu proses percantuman dan
penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya
sehingga membentuk satu kelompok dengan
kebudayaan dan identiti yang sama.
• Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke
dalam etnik yang lain.
• Asimilasi yang sempurna menyebabkan
berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari
segi kebudayaan dan identiti.
• Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat
Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan
Nyonya, antara contoh berlakunya proses asimilasi
Konsep-konsep Asas HE 65
Proses asimilasi berlaku apabila
terdapatnya:
• Etnik yang berbeza budaya.
• Individu di dalam atau di antara etnik
sering berinteraksi.
• Interaksi berlaku dalam tempoh yang
lama.
sambungan…
Konsep-konsep Asas HE 66
Kejayaan asimilasi bergantung kepada:
1. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan
identiti mereka dan menerima identiti etnik lain.
2. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik
lain.
3. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti
tidak besar atau kelompok minoriti adalah kecil.
4. Terdapat banyak persamaan budaya antara
etnik.
5. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya
oleh etnik minoriti akan menyukarkan proses
asimilasi.
sambungan…
Konsep-konsep Asas HE 67
Faktor penghalang asimilasi ialah:
1. Kurangnya pengetahuan kebudayaan
sehingga menimbulkan perasaan takut
terhadap budaya lain.
2. Timbul perasaan bahawa budaya etnik
lebih tinggi dari etnik lain.
3. Adanya perbezaan kepentingan antara
etnik yang terlibat.
sambungan…
Konsep-konsep Asas HE 68
Amalgamasi
• Ia merupakan satu proses yang terjadi
apabila budaya atau ras bercampur untuk
membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang
baru.
• Cara utama dalam menentukan proses
amalgamasi terjadi ialah perkahwinan
campur antara etnik.
Konsep-konsep Asas HE 69
Pengalaman Malaysia
Etnik Tahun 1957 Tahun 2005
Bumi/
putera
49.8% 16.1 j 65.9 %
Cina 37.2% 6.2 j 25.3 %
India 11.1% 1.8 j 7.5 %
Lain-lain - 0.3 j 1.3 %
Jumlah 100% 24.4 j 100 %
Konsep-konsep Asas HE 70
Implikasi; sempadan dan tauladan
Tragedi-tragedi yang berlaku seperti 13
Mei 1969 etc. menyebabkan banyak dasar
dan strategi dijalankan terutama pada
peringkat persekutuan
• Majlis Penasihat Perpaduan
• DEB
• Dasar Pelajaran kebangsaan
• DKK
• Etc.
Konsep-konsep Asas HE 71
Kesimpulan
• Hubungan etnik tidak boleh ditangani
secara emosi dan sentimen
• Perlu kepada aras pemikiran dan tindakan
yang didasarkan oleh ilmu (baik sudut
konseptual/teori dan juga sejarah)

More Related Content

Similar to Konsep asas hubungan etnik

T1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsaT1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsaRosmahiza Ramli
 
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik  HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik Amin Upsi
 
Assingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budayaAssingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budayamama fiya
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMaszurah Omar
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMaszurah Omar
 
5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarah
5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah
5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarahfiro HAR
 
Hubungan etnik bab 1 dan 2
Hubungan etnik bab 1 dan 2Hubungan etnik bab 1 dan 2
Hubungan etnik bab 1 dan 2Nim OHara
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiaIrsyad Izaki
 
Bab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HEBab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HEteochaw
 
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanKepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanCaeser Rio
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiaAQILAHARIF
 
Hubungan etnik (17 2-09)(1)
Hubungan etnik (17 2-09)(1)Hubungan etnik (17 2-09)(1)
Hubungan etnik (17 2-09)(1)sam_ax
 
Pengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budayaPengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budayaAsyikin4996
 

Similar to Konsep asas hubungan etnik (20)

T1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsaT1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsa
 
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik  HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
 
P
PP
P
 
Kuliah 1 & 2
Kuliah 1 & 2Kuliah 1 & 2
Kuliah 1 & 2
 
Assingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budayaAssingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budaya
 
Hubungan etnik 1 , 2
Hubungan etnik  1 , 2Hubungan etnik  1 , 2
Hubungan etnik 1 , 2
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnik
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnik
 
5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarah
5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah
5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarah
 
Hubungan etnik bab 1 dan 2
Hubungan etnik bab 1 dan 2Hubungan etnik bab 1 dan 2
Hubungan etnik bab 1 dan 2
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Bab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HEBab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HE
 
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanKepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Bmm kkp
Bmm  kkpBmm  kkp
Bmm kkp
 
Hubungan etnik (17 2-09)(1)
Hubungan etnik (17 2-09)(1)Hubungan etnik (17 2-09)(1)
Hubungan etnik (17 2-09)(1)
 
CTU PRESENTATION
CTU PRESENTATIONCTU PRESENTATION
CTU PRESENTATION
 
Pengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budayaPengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budaya
 
Perspetif agama
Perspetif agamaPerspetif agama
Perspetif agama
 

Recently uploaded

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 

Recently uploaded (11)

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 

Konsep asas hubungan etnik

  • 1. Konsep-konsep Asas HE 1 KULIAH CTU 553 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGANETNIK
  • 2. Konsep-konsep Asas HE 2 Hubungan Etnik Di Malaysia Secara Umum 1. Pengenalan 2. Kepentingan Hubungan etnik 3. Pengajaran Daripada Peristiwa 13 Mei 4. Usaha-usaha kerajaan Untuk memupuk perpaduan Nasional 5. Hubungkait antara ekonomi dan etnisiti
  • 3. Konsep-konsep Asas HE 3 KONSEP MASYARAKAT Definisi Masyarakat • Masyarakat boleh didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-sama dari sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu (pergaulan hidup). Definisi Bangsa • Jenis manusia daripada satu asal keturunan atau kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan
  • 4. Konsep-konsep Asas HE 4 sambungan… Masyarakat: • Bahasa: Komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu, • Istilah: masyarakat merupakan jaringan hubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial. • Masyarakat juga menggambarkan rakyat sesebuah negara.
  • 5. Konsep-konsep Asas HE 5 • Malaysia terdiri daripada masyarakat multiracial dan multiculture yang mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. sambungan…
  • 6. Konsep-konsep Asas HE 6 sambungan… Konsep negara bangsa • Semua masyarakat mendokong satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama • Ia dimanifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan berpegang kepada nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. • Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti dan peradabannya tersendiri.
  • 7. Konsep-konsep Asas HE 7 sambungan… Ciri-ciri Negara Bangsa • Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur dari tiga perspektif utama iaitu: • Aspek kenegaraan • Aspek kewarganegaraan • Aspek kebangsaan
  • 8. Konsep-konsep Asas HE 8 sambungan… • Konsep kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat negara itu demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. • Semangat kenegaraan ini boleh ditanam melalui simbol-simbol yang mewakili keutuhan negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan sebagainya.
  • 9. Konsep-konsep Asas HE 9 sambungan… • Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan melalui pemahaman bahawa bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia.
  • 10. Konsep-konsep Asas HE 10 sambungan… • Aspek kebangsaan dapat ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan yang mana merupakan penggerak yang sangat hebat dalam mengisi semangat kebangsaan dan menjadi batu asas kepada pembentukan bangsa Malaysia. • Pada hakikatnya hubungan antara kebudayaan kebangsaan dengan semangat kebangsaan adalah bertimbal-balik kerana masing-masing saling menyokong dan menguatkan antara satu sama lain.
  • 11. Konsep-konsep Asas HE 11 Keperluan Mengkaji Masyarakat 1. Manusia Hidup Bermasyarakat 2. Untuk Memahami Cara Hidup Bermasyarakat 3. Memahami Budaya dan Masyarakat Lain 4. Memupuk Kerjasama di Antara Masyarakat
  • 12. Konsep-konsep Asas HE 12 Ciri-Ciri Masyarakat 1. Manusia yang hidup berkelompok 2. Melahirkan Kebudayaan 3. Mengalami Perubahan 4. Berinteraksi 5. Terdapat Kepimpinan 6. Wujud Stratifikasi Sosial
  • 13. Konsep-konsep Asas HE 13 BUDAYA • Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.
  • 14. Konsep-konsep Asas HE 14 KONSEP BUDAYA Budaya berasal dari perkataan Jawa: “ budaya ”  hasil cantuman “ budhi ” dan “ daya ”.  Perkataan “ budhi ” yang dipinjam dari bahasa sanskrit bererti ‘ kecergasan fikiran dan akal ’  “ daya ” ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna ‘ kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh’.  Jika dicantumkan kedua-dua perkataan ini (budaya) akan membawa maksud ’ tenaga fikiran , usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa ’. ( Kajian Kebudayaan Melayu,1963 ).
  • 15. Konsep-konsep Asas HE 15 sambungan… • Budaya juga diertikan sebagai, ‘ The way of life of a people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are often too pervasive to be readily noticed from within ’. (Dictionary Of Philosophy, 1996)
  • 16. Konsep-konsep Asas HE 16 sambungan… • Di definisikan juga sebagai cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi anggota kumpulan tertentu dan meliputi unsur-unsur sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan budaya, atau apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota masyarakat (Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia, 2001)
  • 17. Konsep-konsep Asas HE 17 Rumusan • Budaya itu dari sudut bahasanya membawa makna cara hidup manusia, manakala sudut istilah pula menyatakan bahawa budaya itu ialah cara hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa.
  • 18. Konsep-konsep Asas HE 18 Jenis-jenis Budaya • Budaya boleh dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu • ‘ budaya kebendaan’ • ‘ budaya bukan kebendaan ’
  • 19. Konsep-konsep Asas HE 19 Budaya kebendaan • Ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya • Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo
  • 20. Konsep-konsep Asas HE 20 Budaya bukan kebendaan • Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang- undang. • Setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan • Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, pihak lelaki akan memberi hantaran kepada pihak perempuan, tetapi bagi masyarakat India, hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.
  • 21. Konsep-konsep Asas HE 21 • Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. • Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidupnya bermasyarakat dan berbudaya. sambungan…
  • 22. Konsep-konsep Asas HE 22 Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya • Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti • Kedua ialah pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental (Tamadun Melayu & Pembinaan Bangsa Melayu, 1992).
  • 23. Konsep-konsep Asas HE 23 sambungan… • Kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai ‘ budaya ’ dan budaya ini akan memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia mengendalikan hidupnya. • Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan yang lain.
  • 24. sambungan… • Justeru, budaya boleh dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.
  • 25. Konsep-konsep Asas HE 25 sambungan… • Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. • Sesuatu kebudayaan berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya.
  • 26. sambungan… • Ada budaya yang dipadankan apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongan sebagai alternatif atau menokok tambah dari apa yang telah sedia ada. • Maka boleh di katakan bahawa ‘ manusia itu sendiri membentuk budaya ’ dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri.
  • 27. Konsep-konsep Asas HE 27 Ciri-Ciri Budaya • Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbit daripada tingkahlaku dan akal manusia : 1. Dipelajari  Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar.  Sebagai contoh menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk berbahasa dan berhubung.
  • 28. Konsep-konsep Asas HE 28 sambungan… • Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi, adaptasi, akulturasi, difusi dan integrasi. • Bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada beberapa faktor iaitu:
  • 29. Konsep-konsep Asas HE 29 sambungan… a) Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan sebagainya. b) Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu. c) Umur seseorang. d) Tahap pendidikan e) Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.
  • 30. Konsep-konsep Asas HE 30 2. Dikongsi • Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. • Perkongsian ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia. • Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat menggemarinya • Bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.
  • 31. sambungan… • Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. • Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat. Konsep-konsep Asas HE 31
  • 32. Konsep-konsep Asas HE 32 3. Sejagat • Budaya itu bersifat sejagat. • Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. • Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan. • Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota
  • 33. Konsep-konsep Asas HE 33 • Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu: i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia. ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi. iii. sistem sosial. iv. Bahasa v. Kesenian vi. sistem pengetahuan. vii. agama dan kepercayaan. (Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi keilmuan Barat; eg. Hutington etc.) sambungan…
  • 34. Konsep-konsep Asas HE 34 4. Diwarisi • Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. • Ini bermakna bahawa budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada budaya terdahulu. • Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. • Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.
  • 35. Konsep-konsep Asas HE 35 5. Berubah • Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak mengamali perubahan. • Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku.  Rumah beratap genting telah menggantikan rumah beratap rumbia.
  • 36. • Dalam sejarah tamadun manusia, perubahan budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. • Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah. Konsep-konsep Asas HE 36 sambungan…
  • 37. Konsep-konsep Asas HE 37 • Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti: i. pertambahan bilangan anggota masyarakat. ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia. iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru. iv. pertembungan budaya. v. konflik yang berlaku. vi. perubahan alam sekitar. sambungan…
  • 38. Konsep-konsep Asas HE 38 6. Perlambangan • Perlambangan ini ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan makna tertentu kepada pendokongnya • Seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya. • Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.
  • 39. Konsep-konsep Asas HE 39 7. Pandangan Semesta • Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. • Pandangan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya.
  • 40. • Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti:  simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing),  ukuran (sehasta, sepelaung),  tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya. Konsep-konsep Asas HE 40 sambungan…
  • 41. Konsep-konsep Asas HE 41 Fungsi Budaya Dalam Kehidupan • Budaya dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup manusia dan membawa makna yang sangat luas. • Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta manusia, maka budaya itu diperlu dan dihasilkan oleh manusia itu sendiri bagi keperluan hidup.
  • 42. Konsep-konsep Asas HE 42 1. Memenuhi dan Menyediakan Keperluan • Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. • Manusia menggunakan air dalam aktiviti pertanian, kayu untuk pembinaan dan sebagainya. • Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan dalam keperluan dan aktiviti masyarakat. • Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewarisi ilmu pelayaran, pembinaan kapal wujud
  • 43. Konsep-konsep Asas HE 43 2. Sebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat dalam Bertingkahlaku • Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia. • Manusia memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripada agama. • Budaya mempunyai peranan memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkahlaku meliputi aspek:
  • 44. Konsep-konsep Asas HE 44 i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan. ii. perlakuan yang patut dan tidak patut. iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan. sambungan…
  • 45. Konsep-konsep Asas HE 45 3. Mengatur Hubungan Sesama Manusia • Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu dan sahabat. • Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai dengan ajaran Islam. • Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian, budaya memainkan peranan mengatur hubungan sesama manusia.
  • 46. Konsep-konsep Asas HE 46 4. Sebagai Penggalak Kepada Manusia Untuk Mencipta • Alam fizikal yang berbeza menghasilkan keperluan manusia yang berbeza. • Orang Eskimo memerlukan baju tebal. • Maka, dengan adanya budaya, ia menjadi pendorong kepada penciptaan bagi memenuhi keperluan harian dan memudahkan segala urusan.
  • 47. Konsep-konsep Asas HE 47 5. Sebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan Identiti • Budaya berperanan sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti. • Sesuatu bangsa dikenali bukan sahaja dari segi fizikalnya, lebih lagi dari budayanya. • Kita mengenali Jepun bukan sahaja dari segi fizikalnya, tetapi mereka adalah bangsa yang berjaya dalam ekonomi dan perindustrian.
  • 48. • Manusia juga akan bersatu apabila anggota masyarakat mengamalkan semangat kekitaan dan saling bekerja sama bagi mencapai sesuatu. Konsep-konsep Asas HE 48 sambungan…
  • 49. Konsep-konsep Asas HE 49 PLURALITI BUDAYA • Merupakan pendekatan utama dalam menyelesaikan masalah hubungan ras • Ia meliputi:  Konsep pluraliti budaya  Teori-teori hubungan Etnik
  • 50. Konsep-konsep Asas HE 50 • Di Malaysia, setelah wujudnya perjanjian di antara kaum Melayu dengan wakil-wakil kaum bukan Melayu di dalam Kontrak Sosial, pendekatan konsep pluraliti budaya digunakan sebagai satu penyelesaian masalah hubungan ras. sambungan…
  • 51. Konsep-konsep Asas HE 51 • “Pluraliti budaya menerapkan pencapaian keseragaman dalam hal-hal yang penting kepada negara seluruhnya tetapi dalam masa yang sama setiap kaum dibenarkan mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya tersendiri. • Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C. (A,B dan C merujuk kepada budaya) sambungan…
  • 52. Konsep-konsep Asas HE 52 KONSEP ETNIK • Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. • Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. • Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. • Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.
  • 53. Konsep-konsep Asas HE 53 • Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. • Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. • Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan ganjil, berada ditahap rendah atau tidak bermoral. (etnostrisme vs jingoisme) sambungan…
  • 54. Konsep-konsep Asas HE 54 • Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun ia membawa makna yang berbeza. • Di Malaysia, kedua-dua istilah ras dan etnik sering kali dicampuradukkan dan digunakan secara bertukar-tukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. • Orang Melayu, Cina dan India sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian. sambungan…
  • 55. Konsep-konsep Asas HE 55 • Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. • Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. • Dari segi istilah pula etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. sambungan…
  • 56. Konsep-konsep Asas HE 56 • Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum. • Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep keturunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek moyang yang sama, dan turun- temurun daripada nenek moyang itu. sambungan…
  • 57. Konsep-konsep Asas HE 57 • Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. • Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. • Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza. sambungan…
  • 58. Konsep-konsep Asas HE 58 • Perbezaan budaya bagi kumpulan etnik yang dikelaskan melalui demografi ini. • Dengan ini jelas memperlihatkan bahawa setiap satu etnik mempunyai perbezaan budaya dengan etnik yang lain sambungan…
  • 59. Konsep-konsep Asas HE 59 Tahap-Tahap Perpaduan/Integrasi Rendah Tinggi --------------------------------------------------------------
  • 60. Konsep-konsep Asas HE 60 TEORI-TEORI HUBUNGAN ETNIK • Segregasi • Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara. • Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan di antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. • Ia wujud sama ada didasari oleh undang- undang atau tidak seperti Dasar Apartheid di Afrika Selatan.
  • 61. Konsep-konsep Asas HE 61 Akomodasi • Ia merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. • Namun, mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka saling bergantungan. • Negara Switzerland adalah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali, saling membuat penyesuaian antara mereka.
  • 62. Konsep-konsep Asas HE 62 Akulturasi • Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan. • akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akahirnya diterima dan dioleh ke dalam kebudayaan sendiri. • Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.
  • 63. Konsep-konsep Asas HE 63 Namun kejayaan akulturasi bergantung kepada:  Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah diterima seperti budaya kebendaan seperti pakaian dan kebudayaan tersebut memberi manfaat yang besar.  Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima seperti ideologi, pemikiran dan sebagainya. sambungan…
  • 64. Konsep-konsep Asas HE 64 Asimilasi • Ia merupakan satu proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. • Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain. • Asimilasi yang sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. • Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya, antara contoh berlakunya proses asimilasi
  • 65. Konsep-konsep Asas HE 65 Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya: • Etnik yang berbeza budaya. • Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi. • Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama. sambungan…
  • 66. Konsep-konsep Asas HE 66 Kejayaan asimilasi bergantung kepada: 1. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik lain. 2. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain. 3. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak besar atau kelompok minoriti adalah kecil. 4. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik. 5. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik minoriti akan menyukarkan proses asimilasi. sambungan…
  • 67. Konsep-konsep Asas HE 67 Faktor penghalang asimilasi ialah: 1. Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain. 2. Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari etnik lain. 3. Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat. sambungan…
  • 68. Konsep-konsep Asas HE 68 Amalgamasi • Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. • Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik.
  • 69. Konsep-konsep Asas HE 69 Pengalaman Malaysia Etnik Tahun 1957 Tahun 2005 Bumi/ putera 49.8% 16.1 j 65.9 % Cina 37.2% 6.2 j 25.3 % India 11.1% 1.8 j 7.5 % Lain-lain - 0.3 j 1.3 % Jumlah 100% 24.4 j 100 %
  • 70. Konsep-konsep Asas HE 70 Implikasi; sempadan dan tauladan Tragedi-tragedi yang berlaku seperti 13 Mei 1969 etc. menyebabkan banyak dasar dan strategi dijalankan terutama pada peringkat persekutuan • Majlis Penasihat Perpaduan • DEB • Dasar Pelajaran kebangsaan • DKK • Etc.
  • 71. Konsep-konsep Asas HE 71 Kesimpulan • Hubungan etnik tidak boleh ditangani secara emosi dan sentimen • Perlu kepada aras pemikiran dan tindakan yang didasarkan oleh ilmu (baik sudut konseptual/teori dan juga sejarah)