SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
1.0 PENGENALAN
Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai satu dasar yang sentiasa menjadi rujukan
utama Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merancang dan menggubal pelan
pendidikan di negara ini. Dasar tersebut dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) yang mempunyai matlamat dan objektif yang tersendiri.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk mewujudkan masyarakat Malaysia
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Usaha berterusan ke
arah meningkatkan potensi individu yang seimbang dari setiap aspek dapat melahirkan
generasi yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab dan mampu memberi sumbangan
kepada masyarakat dan negara.
Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, semua rakyat Malaysia diberi peluang untuk
mendapat pendidikan supaya dapat menyediakan tenaga manusia untuk keperluan
kemajuan negara. Guru pula berperanan sebagai pelaksana untuk merealisasikan FPK dan
merupakan usaha paling penting untuk membangunkan modal insan.
Berdasarkan tugasan yang diberikan kepada saya, saya akan menghuraikan
bagaimanakah guru menterjemahkan elemen dan kandungan FPK di dalam bilik darjah
sebagai ajen pembina negara bangsa. Guru mesti mendidik kecerdasan emosi, moral dan
spiritual untuk menghasilkan insan yang seimbang.
Guru memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk modal insan dalam
kalangan generasi kini. Pelbagai cabaran perlu dihadapi oleh guru disebabkan gejala-gejala
yang semakin berleluasa dalam kalangan pelajar seperti kes pelajar biadap dengan guru,
ponteng sekolah, buli dan lain-lain.
2.0 GURU SEBAGAI AGEN PEMBINANEGARA BANGSA
Setiap individu yang bergelar guru mempunyai peranan dan tanggungjawab yang
penting dalam membangunkan modal insan yang holistik. Modal insan merupakan satu aset
yang berharga untuk membangunkan negara maju yang boleh ditambahbaik melalui nilai
intelek, budaya dan sebagainya. Guru menjadi tonggak harapan dalam membentuk jati diri
pelajar yang kukuh, berkeyakinan diri, taat kepada agama dan nilai-nilai moral berdasarkan
prinsip-prinsip Rukun Negara.
Guru yang berkualiti dapat melahirkan modal insan abad ke-21. Antara ciri-ciri modal
insan pada abad ke-21 ialah seseorang yang bersemangat ingin tahu, berdaya tahan,
berprinsip, berkemahiran untuk berfikir secara kreatif dan kritis, dapat bekerja secara
berpasukan dan berkemahiran untuk berkomunikasi. Hasrat dan aspirasi pendidikan negara
juga akan dapat dicapai sekiranya modal insan abad ke-21 ini dapat dilahirkan.
Guru yang professional mempunyai sikap yang rasional dan tersemat nilai-nilai moral
yang boleh dicontohi oleh para pelajar menjadi pemangkin utama dalam membentuk modal
insan di negara ini. Kecekapan dan keberkesanan peranan guru menerusi sistem
pendidikan mampu membina negara bangsa yang berjaya. Guru yang cemerlang
merupakan guru yang berjaya memenuhi aspirasi pendidikan negara.
Sikap professionalisme yang sepatutnya ada pada seorang pendidik mestilah
berpandukan pernyataan yang terkandung dalam falsafah pendidikan di Malaysia iaitu
berusaha untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh untuk melahirkan
insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani berdasarkan kepercayaan
kepada Tuhan (Kementerian Pendidikan Malaysia,1990).
Kualiti pembelajaran yang baik dan berkesan dalam kalangan pelajar di sesebuah
sekolah adalah bergantung kepada guru-guru yang baik dan professional. Guru tidak dapat
digantikan dengan prasarana dan peralatan sekolah yang canggih untuk melaksana proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menunjukkan guru mempunyai peranan yang amat
besar dalam mencapai aspirasi pendidikan negara.
Guru yang bersikap penuh komitmen dan berdedikasi akan membawa penambahbaikan
dalam pencapaian akademik pelajar dengan memastikan proses pembelajaran berlaku
secara berterusan. Perkhidmatan guru di sekolah sepatutnya diutamakan berbanding hal-hal
lain dan perlu sentiasa bersedia untuk bertugas di luar waktu jadual persekolahan dan
jadual kelas.
Selain itu, seorang guru yang berkeyakinan tinggi terhadap diri dan professionnya dapat
menjadi contoh teladan yang baik untuk para pelajar dalam proses membentuk modal insan
negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat dikawal dengan baik
menunjukkan keyakinan diri seorang guru untuk mendidik para pelajar menjadi insan yang
berilmu dan mampu berkhidmat untuk negara pada masa akan datang.
Guru juga berperanan sebagai activator iaitu seseorang yang boleh mengaktifkan aktiviti
transformasi ke arah kejayaan dan kecemerlangan para pelajar. Guru yang bertenaga dan
sentiasa bersungguh-sungguh dalam menjalankan tanggungjawab akan memastikan proses
pembelajaran dalam kalangan pelajar berlaku secara optimum bagi melahirkan insan yang
cemerlang dari semua aspek.
Kebiasaannya, murid-murid yang kurang berkeyakinan dan tidak bersemangat untuk
pelajar memerlukan motivasi daripada seseorang. Guru perlu mengambil peranan ini di
sekolah sebagai seorang pakar motivasi dan model yang baik kepada para pelajar untuk
memberi motivasi, kata-kata nasihat serta mendorong mereka dalam usaha mencapai visi
sekolah dan negara.
Professionalisme seseorang guru jelas terbukti sekiranya guru berusaha untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang. Guru yang
professional menjadi contoh dan pembakar semangat kepada para pelajar kerana mampu
untuk menunjukkan prestasi akademik dan kemahiran yang dikuasai dengan baik. Hal ini
turut mempengaruhi usaha-usaha dalam membentuk modal insan di negara ini.
Guru yang berwawasan perlu sentiasa bersedia dalam apa sahaja yang bakal
dijalankan. Misalnya, seorang guru yang masuk ke bilik darjah untuk mengajar para pelajar
perlu bersedia dengan perancangan pengajaran yang lengkap dan alat bantu mengajar
yang sesuai dan mencukupi. Hal ini supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Dengan ini, guru yang berjaya memainkan peranan-peranan penting mereka dengan
baik akan dapat menjadi role model yang hebat di mata para pelajar. Perkara seterusnya
akan membawa ke arah untuk mencapai matlamat pendidikan negara selari dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
3.0 CARA GURU MENTERJEMAHKAN ELEMEN DAN KANDUNGAN FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM BILIK DARJAH.
3.1 Mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.
Setiap individu mempunyai potensi dan kebolehan semula jadi, anugerah daripada
Tuhan yang mungkin tidak diketahui secara sedar. Potensi individu perlu sentiasa
diperkembangkan dan dipertingkatkan melalui interaksi dengan persekitaran dan pendidikan
yang berkualiti. Melalui pendidikan, masyarakat akan berpeluang untuk mengembang dan
meningkatkan potensi yang ada dalam diri masing-masing. Guru ialah pihak yang
bertanggungjawab dalam usaha mengembangkan potensi para pelajar. Contohnya, melalui
mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang menekankan pendidikan
berasaskan nilai murni, setiap guru bertanggungjawab dalam mengendalikan mata pelajaran
tersebut untuk mengenalpasti dan menggilap potensi pelajar supaya potensi tersebut dapat
menjadi modal insan yang mampu menyumbang kejayaan kepada diri dan negara. Guru
boleh mengadakan kelas tambahan bagi mencapai objektif pelajar dalam memahami mata
pelajaran tersebut. Guru juga boleh menjemput penceramah-penceramah dari luar untuk
memberi ceramah mengenai subjek itu khas untuk pelajar yang berprestasi lemah dalam
subjek tersebut.
3.2 Melahirkan individu yang seimbang dan harmoni.
Individu yang seimbang dan harmoni bermaksud individu yang dapat berfikir secara
rasional, sihat, bekerjasama dalam menjalankan sesuatu tugasandan mempunyai etika yang
tinggi. Falsafah Pendidikan Kebangsaan berperanan dalam melahirkan masyarakat yang
seimbang dan harmoni seperti mempunyai pengetahuan, perwatakan yang baik, percaya
kepada Tuhan serta berkebolehan menjaga emosi dan mempunyai ketahanan dalam
menghadapi cabaran. Hal ini boleh berlaku apabila masyarakat dapat mengamalkan
keempat-empat aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek sehinggakan mereka mampu
hidup secara bermasyarakat. Bagi memastikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai,
guru mestilah bijak dalam melahirkan murid yang dapat menguruskan emosi mereka dengan
baik. Ketika proses P&P berjalan ,guru harus bijak menggunakan ruang dan peluang yang
ada untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada murid dalam menguruskan emosi.
Contohnya, bagi mengelakkan stress belajar atau konflik berlaku pada diri pelajar, guru
boleh menyarankan murid untuk membuat jadual waktu harian. Jadual waktu harian dapat
memastikan murid-murid menguruskan masa mereka dengan teratur dan sistematik.
3.3 Kepercayaan teguh serta bertaqwa kepada Tuhan.
Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), mempunyai kepercayaan teguh
serta bertaqwa kepada Tuhan merupakan elemen yang penting. FPK berhasrat untuk
mewujudkan insan yang mempercayai dengan adanya panduan hidup yang benar dan
saling berhubung dengan diri sendiri, persekitaran dan Tuhan. Insan yang mengakui Tuhan
sebagai pencipta mempunyai sandaran dan pegangan hidup yang kuat dan dapat memberi
kepuasan kepada diri untuk menghidari segala perkara negatif dan mempunyai sikap rendah
diri. Ketika proses pengajaran dan pembelajaran, terlebih dahulu guru hendaklah
merancang aktiviti P&P dengan teliti agar tidak menyentuh sensitiviti sesuatu agama atau
kepercayaan. Penerangan mengenai konsep ketuhanan dapat membantu murid memahami
erti ketuhanan dan keagamaan. Tambahan pula ianya dapat memberi keyakinan akan
wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan
pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara kepada murid.
3.4 Melahirkan warganegara yang berpengetahuan.
Pendidikan percuma dari tahun satu hingga tingkatan enam yang diberikan kepada
setiap warganegara adalah bukti kesedaran kerajaan terhadap kepentingan ilmu. Antara ciri-
ciri warganegara yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi ialah mempunyai budaya
cintakan ilmu, berfikiran terbuka, gemar membaca dan menimba ilmu, sentiasa berusaha
menambahkan ilmu pengetahuan, bersedia untuk diajar dan belajar, mengamal dan
menyebarkan ilmu pengetahuan yang ada, serta sentiasa menggalakkan orang lain untuk
menambah ilmu pengetahuan. Untuk merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ini, guru memainkan peranan untuk menyemai budaya cinta akan ilmu dalam
diri para pelajar. Guru perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dirinya untuk dikongsikan
bersama para pelajar. Selain itu, guru juga boleh menggalakan para pelajar berkunjung ke
perpustakaan dan meminjam sekurang-kurangnya dua buah buku serta membacanya dalam
masa seminggu. Guru juga boleh menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan murid
dan sumber iaitu penggunaan alat bantu mengajar dan teknologi maklumat ( ICT ). Dengan
ini, ilmu pengetahuan para pelajar akan meningkat secara berperingkat demi mencapai
hasrat yang diimpikan seperti yang tercatat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3.5 Mewujudkan warganegara Malaysia yang berketrampilan.
Menurut Ee Ah Meng, 1990, keterampilan membawa maksud bagaimana seseorang
dapat berhubung dan berkomunikasi dengan insan yang lain. Elemen ini membantu dalam
memupuk pembawaan diri yang baik dalam diri setiap individu. Kecekapan dan kebolehan
yang tinggi melaksanakan tanggungjawab dan tugas amat diperlukan dalam membentuk
masyarakat yang berketrampilan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
maju ke hadapan. Segala bakat dan kebolehan yang ada pada diri setiap individu perlu
digunakan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya bagi mewujudkan warganegara Malaysia
yang berketrampilan. Misalnya, guru perlu mendidik para pelajar untuk menyiapkan tugasan
yan diberi dengan cekap, kemas dan tersusun serta boleh menggalakkan dan memberi
dorongan kepada pelajar yang mempunyai sesuatu kelebihan seperti bersyarah untuk
menonjolkannya. Hal ini akan dapat meningkatkan keyakinan diri yang ada pada diri pelajar.
3.6 Mewujudkan masyarakat yang mempunyai tahap moral yang tinggi.
Elemen ini merupakan perkara yang ditekankan supaya rakyat Malaysia mampu
untuk berfikir, bertindak dan menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Kesan daripada
pembudayaan elemen ini akan menjadikan para pelajar berupaya mengamalkan nilai-nilai
murni dan budi pekerti yang mulia sekiranya elemen ini diaplikasikan dalam kehidupan
seharian. Sikap perlakuan sopan, berdisiplin, prihatin dan menghargai manusia serta alam
sekitar perlu diterapkan dalam diri setiap pelajar supaya mereka menjadi masyarakat yang
mempunyai nilai moral yang terpuji. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran , guru
perlu tampil dan menjadikan diri sebagai ikon kepada murid. Penampilan guru ketika
mengajar hendaklah bertutur dengan baik dan sopan, menjaga batas pergaulan antara guru
dan murid dan berpakaian yang sesuai tanpa menjolok mata murid. Guru dapat
menterjemahkannya dalam bidang pembelajaran berkaitan nilai diri dan masyarakat dengan
memberikan contoh dan penerangan mengenai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dapat
dilakukan oleh para pelajar untuk menjaga keharmonian hidup bermasyarakat. Contoh
aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilakukan oleh guru ialah
membuat khidmat masyarakat dengan membawa anak-anak murid melakukan kerja amal
seperti gotong-royong membersihkan kawasan seperti rumah anak yatim ,rumah kebajikan
orang tua ataupun rumah-rumah ibadat.
3.7 Warganegara yang bertanggungjawab.
Elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya ialah melahirkan
warganegara Malaysia yang bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Individu yang mempunyai sikap bertanggungjawab akan mendapat kepercayaan dan
keyakinan tinggi apabila berurusan dengan masyarakat sekeliling. Seseorang yang
bertanggungjawab akan berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat, agama,
bangsa dan negara. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru boleh
membuat aktiviti menyuruh murid berlakon dengan karakter anak, ibu dan ayah dengan
situasi anak menjaga ayah sedang sakit dan ibu terpaksa bekerja menanggung
perbelanjaan keluarga. Dari aktiviti P&P seperti itu dapat menimbul unsur kesedaran kepada
pelajar akan tanggungjawabnya untuk belajar bersungguh-sungguh dan menjaga hubungan
dengan ahli keluarga. Guru juga perlu mengarahkan para pelajar supaya menjaga harta
benda hak milik kerajaan seperti meja dan kerusi untuk mendidik mereka menjadi pelajar
yang bertanggungjawab.
3.8 Mampu mencapai kesejahteraan diri di tahap yang tinggi.
Warganegara yang mampu mencapai kesejahteraan diri di tahap yang tinggi ialah
seorang yang mempunyai badan yang sihat, dapat memahami diri orang lain dan berupaya
mewujudkan pertalian yang baik denga masyarakat sekeliling. Elemen ini juga menekankan
kepada konsep ketahanan diri iaitu mampu untuk menghadapi segala dugaan dan halangan
yang dihadapi. Daya tahan yang kuat untuk menghadapi sebarang percanggahan serta
mengawal emosi dengan stabil dan tenang amat diperlukan untuk membentuk individu yang
sejahtera. Guru dapat menerapkan elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari segi
jasmani dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menunjukkan kepada
para pelajar cara membersihkan badan dengan betul untuk memiliki tubuh yang sihat. Selain
itu, guru juga patut menggalakkan mereka untuk melakukan senaman dan juga berusaha
meningkatkan kemahiran serta mengembangkan bakat dalam apa jua bidang sukan.
3.9 Dapat menyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan kepada keluarga dan
negara.
Guru sebagai agen pembina negara bangsa perlu menerapkan elemen ini dan
menterjemahkannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Warganegara yang berusaha untuk memupuk persefahaman dalam keluarga dan
masyarakat mempu untuk merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini.
Antara ciri individu yang dapat menyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan
keluarga dan negara ialah sentiasa menunjukkan kerjasama, timbang rasa, hormat dan
menanam semangat kenegaraan serta cinta akan tanah air. Guru boleh menterjemahkan
elemen ini di dalam bilik darjah dengan memupuk semangat kerjasama antara pelajar denga
pelajar. Contohnya, guru meminta para pelajar membersihkan bilik darjah sebelum proses
pengajaran dan pembelajaran bermula. Dengan ini, para pelajar akan bekerjasama untuk
membersihkan kelas mereka supaya bersih dan selesa untuk belajar.
4.0 TUGASAN BERKUMPULAN
5.1 MAKLUMAT TEMU RAMAH TOKOH GURU CEMERLANG
MAKLUMAT DIRI
Nama : NOOR AZIRA BINTI ABDULLAH
Umur : 43 TAHUN
Tarikh lahir : 7 JUN 1973
Asal : PULAI CHONDONG,KELANTAN
Alamat : LOT 1327, DEPAN SEKOLAH KEBANGSAAN PANGKAL NERING, 16600
PULAI CHONDONG,KELANTAN
Tempat mengajar :
1)SEKOLAH MENENGAH SYEIKH ABDUL GHANI BIDUR,PERAK ( 1999 - 2002)
2)SMK BUYONG ADIL , PERAK ( 2002 -2003)
3)SMK TAPAH , PERAK (2003 - 2004)
4)SMK CHENDRIANG (2004 – 2006)
5)SM SAINS MACHANG , KELANTAN (2006 – KINI)
Tahun mula bekerja : 1999
Tahun penganugerahan : GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM (2010)
Gred jawatan (sekarang): DG44
Mata pelajaran kepakaran :Pendidikan Islam
5.2 SEJARAH PENDIDIKAN DAN CIRI-CIRI TOKOH GURU CEMERLANG
Puan Noor Azira Binti Abdullah mula bersekolah di SK Nering pada tahun 1980 dan
menduduki Peperiksaan Penilaian Darjah 5 pada tahun 1985. Pada tahun 1987, beliau mula
menuntut ilmu di Sekolah Menengah SMKA Naim Libanat. Selepas menamatkan pengajian
di sekolah menengah, beliau terus meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) dalam bidang Pengajian Islam pengkhususan Al – Quran dan Sunnah.
Setelah selesai sahaja pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau
memohon Kursus Pengajian Islam di Maktab Perguruan Islam Bangi. Selepas menamatkan
Kursus Pengajian Islam yang mengambil tempoh masa dua tahun setengah, beliau pun
menjadi graduan bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) pada tahun 1997. Kini,
Puan Noor Azira mengajar di SM Sains Machang, Kelantan.
Untuk mendapat anugerah guru cemerlang, Puan Noor Azira telah memohon untuk
penganugerahan guru cemerlang dan pemohonannya diterima. Puan Noor Azira merupakan
seorang yang patuh kepada prinsip dia sendiri iaitu baginya rumah adalah tempat untuk
rehat dan masa di rumah juga untuk bersama suami dan anak. Beliau tidak suka membuat
kerja di rumah. Baginya, perancangan masa amat penting untuk menguruskan segala
urusannya pada masa yang ditetapkan. Beliau juga merupakan seorang guru yang dan
bertanggungjawab terhadap kerjanya. Beliau tidak akan menolak segala tugasan yang di
amanah kepadanya kepada orang lain.
Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang berdisiplin dlam membuat kerja.
Puan Noor Azira akan menyediakan bahan untuk mengajar setiap kali sebelum masuk ke
kelas. Hal ini demikian kerana bagi beliau prestasi yang baik amat penting untuk
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Beliau juga
seorang yang mesra. Beliau sering menyapa dan menjaga hubungan yang baik dengan
guru-guru, Guru Besar dan semua kakitangan di sekolah. Puan Noor Azira mempunyai
pengalaman mengajar sekurang-kurangnya tujuh tahun. Beliau juga sering menghadiri
kursus dan bengkel bagi menambah ilmu pengetahuan beliau sebagai seorang guru. Puan
Noor Azira turut merupakan seorang yang mempunyai keyakinan diri dalam menjalankan
sebarang tugas di sekolah.
5.3 SUMBANGAN SEPANJANG PERKHIDMATAN DAN CABARAN YANG DIHADAPI
Puan Noor Azira telah memberi beberapa sumbangan yang besar kepada seluruh
anak didiknya sepanjang perkhidmatannya selama 16 tahun. Seorang guru yang cemerlang
tidak akan pernah putus asa dalam usaha mendidik para pelajar supaya menjadi insan yang
berguna dan seterusnya dapat berbakti kepada bangsa, masyarakat dan negara.
Sumbangan seseorang guru amat berharga walaupun tidak diketahui dan tidak disedari oleh
para pelajar. Tanpa sumbangan daripada guru-guru, para pelajar tidak mungkin berjaya
sehingga ke menara gading.
Antara sumbangan terbesar yang disumbangkan oleh Puan Noor Azira sepanjang
perkhidmatannya di lima buah sekolah ialah pernah mengajar mata pelajaran Pendidikan
Islam, Tasawwuf dan Pendidikan Sivik. Guru yang cemerlang ialah guru yang berkemahiran
dan serba boleh dalam pelbagai mata pelajaran. Selain itu, beliau juga turut menerbitkan
modul Pendidikan Islam Tingkatan 1,2,3,4 dan 5 serta turut menjadi panel penggubal buku
modul Pendidikan Islam SPM bersama JPN Kelantan dari tahun 2009 sehingga kini, tahun
2016.
Guru yang berkebolehan sememangnya layak untuk mendapat penganugerahan
guru cemerlang disebabkan usaha gigih dan rajin bagi membangunkan anak bangsa dan
mewujudkan modal insan yang holistik. Puan Noor Azira juga merupakan Ketua Panitia bagi
subjek Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Sains Machang. Beliau terpilih untuk menjadi
ketua panitia secara giliran dan juga menjadi hujah mengapakah beliau layak digelar guru
cemerlang. Setiap individu perlu mencontohi sikap dan sifat guru-guru cemerlang yang
boleh mendorong ke arah kebaikan dan kejayaan.
Beliau juga seringkali menjadi penceramah di sekolah-sekolah sekiranya dijemput.
Antara aktiviti yang beliau hadiri ialah sebagai penceramah untuk Kem Teknik menjawab
soalan bagi pelajar Tingkatan Tiga yang akan menghadapi PT3 dan pelajar Tingkatan Lima
yang bakal menghadapi SPM. Biasanya, Puan Noor Azira hadir untuk mencurahkan ilmu
baktinya di sekolah tempatnya mengajar sendiri dan juga di sekolah-sekolah di peringkat
PPD Machang. Beliau sentiasa bersedia untuk berkongsi ilmu pengetahuannya dengan para
pelajar tidak kira mana-mana sekolah sekalipun.
Menurut Puan Noor Azira, pelbagai cabaran dan dugaan akan dihadapi apabila
bergelar seorang insan yang bernama guru. Antara cabaran yang sentiasa dihadapi oleh
beliau ialah beliau perlu berkorban masa dan tenaga semasa cuti sekolah untuk menyiapkan
tugasan-tugasan sebagai seorang guru. Hampir setiap cuti sekolah, beliau akan berkunjung
ke sekolah untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Hal ini juga kerana beliau berpendapat
bahawa di rumah adalah tempat untuk meluangkan masa bersama keluarga sahaja, bukan
untuk menjalankan tugas sebagai guru. Namun begitu, sekiranya tugasan yang perlu
disiapkan sangat banyak, beliau terpaksa menyelesaikan kerja itu di rumah.
Usaha yang dirancang untuk menaikkan dan melonjakkan prestasi pelajar yang
lemah turut menjadi cabaran dalam kehidupan seorang guru. Guru yang hebat akan mampu
untuk mendorong para pelajar supaya lebih bersemangat untuk menimba ilmu pengetahuan.
Sebagai seorang guru, sikap tegas perlu ditanam supaya murid-murid menghormati guru-
guru mereka dan tidak berkelakuan biadap yang boleh mengecilkan hati seorang guru.
Sebagai guru yang berpengalaman, Puan Noor Azira telah banyak menghadapi
pelbagai ragam pelajar-pelajar yang semakin meningkat dewasa terutamanya pelajar lelaki
sekiranya di sekolah menengah. Seorang guru juga perlu patuh denhgan semua arahan
daripada pentadbir demi kecemerlangan para pelajar yang dapat menharumkan nama
sekolah. Dalam Islam juga ada mengajar kita supaya patuh kepada ketua untuk kebaikan
bersama.
6.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa guru menjadi pemangkin kepada
usaha membina generasi modal insan bertaraf dunia. Hal ini kerana majoriti pelajar-pelajar
sekolah akan menjadikan guru-guru mereka sebagai contoh teladan. Guru professional yang
berjaya menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar akan berjaya membentuk modal
insan seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Warga pendidikan iaitu guru yang tabah dalam menghadapi segala cabaran dan
rintangan dalam menjalankan tanggungjawab mendidik anak bangsa adalah guru yang baik
dan professional. Kecekapan dan keberkesanan peranan guru menerusi sistem pendidikan
mampu membina negara bangsa yang berdaya saing dengan negara-negara maju dan
harmoni dengan perpaduan kaum yang terbentuk.
Khidmat guru jika dilakukan dengan ikhlas bukan saja dapat melahirkan generasi yang
bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara, malah membuka peluang kepada guru
meraih keberkatan Tuhan. Harapan menggunung diletakkan pada bahu guru sering kali
menimbulkan dilema kerana hakikat mendidik pelajar bukan hanya tanggungjawab guru,
sebaliknya perlu mendapat sokongan ibu bapa yang menjadi guru di rumah.
Guru cemerlang mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Guru
cemerlang dapat memberi contoh teladan yang baik dan seharusnya dicontohi oleh guru-
guru lain untuk meningkatkan prestasi dan juga perlu dicontohi oleh para pelajar. Pelajar
yang barada di bawah pimpinan guru yang berwawasan dan mempunyai matlamat untuk
dicapai akan mencapai kejayaan apabila tiba masanya.
Kesimpulannya, jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik berpegang kepada FPK
dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab profesional mereka, sudah pasti matlamat
dasar pendidikan negara akan menjadi satu kenyataan, dan bukan hanya satu impian
sahaja.
GPP 1063

More Related Content

What's hot

Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
MohdRainie
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
Noradilah Hj Nain
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
Rafiza Diy
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Megala Silva Raju
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Kalai Shan
 
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaanImplikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Ainna Gempak II
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan barat
Amir Ibrahim
 
Pengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikan
Pengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikanPengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikan
Pengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikan
Yusmi Yusuf
 

What's hot (20)

Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Kurikulum KBSR dan KSSR
Kurikulum KBSR dan KSSRKurikulum KBSR dan KSSR
Kurikulum KBSR dan KSSR
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUM
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaanImplikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
 
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan barat
 
Pengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikan
Pengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikanPengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikan
Pengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikan
 
Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah
Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolahTajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah
Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah
 

Viewers also liked

Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikan
firo HAR
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikan
sha_macc
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
محمد أشرف زين الدين
 
Bab 7 Modal insan dan kerjaya guru
Bab 7 Modal insan dan kerjaya guruBab 7 Modal insan dan kerjaya guru
Bab 7 Modal insan dan kerjaya guru
Vince Here
 
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
alexander alexander
 
Assighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruAssighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guru
Shila Daly
 

Viewers also liked (20)

Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikan
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikan
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikan
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
 
Dasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep PendidikanDasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep Pendidikan
 
Ciri ciri guru cemerlang dari aspek personaliti dan pengajaran
Ciri ciri guru cemerlang dari aspek personaliti dan pengajaranCiri ciri guru cemerlang dari aspek personaliti dan pengajaran
Ciri ciri guru cemerlang dari aspek personaliti dan pengajaran
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikan
 
Soalan Kerja Kursus GPP 1063 (4)
Soalan Kerja Kursus GPP 1063 (4)Soalan Kerja Kursus GPP 1063 (4)
Soalan Kerja Kursus GPP 1063 (4)
 
Implikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsa
Implikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsaImplikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsa
Implikasi kepada peranan guru sebagai pembinaan negara bangsa
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
 
Profesionalisme guru
Profesionalisme guru Profesionalisme guru
Profesionalisme guru
 
Bab 7 Modal insan dan kerjaya guru
Bab 7 Modal insan dan kerjaya guruBab 7 Modal insan dan kerjaya guru
Bab 7 Modal insan dan kerjaya guru
 
Guru mencabul emosi murid
Guru mencabul  emosi muridGuru mencabul  emosi murid
Guru mencabul emosi murid
 
Topik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara BangsaTopik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara Bangsa
 
Guru cemerlang(personaliti dan sahsiah guru)
Guru cemerlang(personaliti dan sahsiah guru)Guru cemerlang(personaliti dan sahsiah guru)
Guru cemerlang(personaliti dan sahsiah guru)
 
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
 
Assighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruAssighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guru
 

Similar to GPP 1063

Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
muhammad
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
Yuvarani Subramaniam
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Noor Hidayah Ghazali
 
Kuliah 11 guru mrealisasikan fpk
Kuliah 11 guru mrealisasikan fpkKuliah 11 guru mrealisasikan fpk
Kuliah 11 guru mrealisasikan fpk
siewlee0507
 
peranan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkperanan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpk
MusaDiq YaaCob
 
Pensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikPensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru Matematik
Nor Hazlinda
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
Abdullah Lah
 
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEALArtikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
Afifah Asra
 

Similar to GPP 1063 (20)

Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
 
Membentuk guru unggul
Membentuk guru unggulMembentuk guru unggul
Membentuk guru unggul
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
penghantar pendidikan
penghantar pendidikanpenghantar pendidikan
penghantar pendidikan
 
Kuliah 11 guru mrealisasikan fpk
Kuliah 11 guru mrealisasikan fpkKuliah 11 guru mrealisasikan fpk
Kuliah 11 guru mrealisasikan fpk
 
Edu 3101
Edu 3101Edu 3101
Edu 3101
 
profesion keguruan 2
profesion keguruan 2profesion keguruan 2
profesion keguruan 2
 
Tajuk 5 done
Tajuk 5 doneTajuk 5 done
Tajuk 5 done
 
Tajuk 5 done
Tajuk 5 doneTajuk 5 done
Tajuk 5 done
 
peranan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkperanan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpk
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
Perutusan kppm hari guru 2015
Perutusan kppm hari guru 2015Perutusan kppm hari guru 2015
Perutusan kppm hari guru 2015
 
Pensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikPensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru Matematik
 
Report trends
Report trendsReport trends
Report trends
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
 
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentperanan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
 
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEALArtikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
 

More from Inbmy (11)

Phi phat
Phi phatPhi phat
Phi phat
 
Pengenalan alat alat muzik dunia
Pengenalan alat alat muzik duniaPengenalan alat alat muzik dunia
Pengenalan alat alat muzik dunia
 
GPI 1083
GPI 1083GPI 1083
GPI 1083
 
Buku skrap GBM 1103
Buku skrap GBM 1103Buku skrap GBM 1103
Buku skrap GBM 1103
 
A.P.A System
A.P.A SystemA.P.A System
A.P.A System
 
Pengenalan kepada wacana
Pengenalan kepada wacana Pengenalan kepada wacana
Pengenalan kepada wacana
 
Budi bahasa
Budi bahasaBudi bahasa
Budi bahasa
 
Asal usul kibod dan jenis kibod
Asal usul kibod dan jenis kibodAsal usul kibod dan jenis kibod
Asal usul kibod dan jenis kibod
 
Writing skills
Writing skillsWriting skills
Writing skills
 
Perubahan harga komoditi utama dunia
Perubahan harga komoditi utama duniaPerubahan harga komoditi utama dunia
Perubahan harga komoditi utama dunia
 
Kemunculan kuasa baru
Kemunculan kuasa baruKemunculan kuasa baru
Kemunculan kuasa baru
 

Recently uploaded

BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
AlfandoWibowo2
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
dpp11tya
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 

Recently uploaded (20)

Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 

GPP 1063

  • 1. 1.0 PENGENALAN Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai satu dasar yang sentiasa menjadi rujukan utama Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merancang dan menggubal pelan pendidikan di negara ini. Dasar tersebut dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mempunyai matlamat dan objektif yang tersendiri. Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Usaha berterusan ke arah meningkatkan potensi individu yang seimbang dari setiap aspek dapat melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab dan mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, semua rakyat Malaysia diberi peluang untuk mendapat pendidikan supaya dapat menyediakan tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. Guru pula berperanan sebagai pelaksana untuk merealisasikan FPK dan merupakan usaha paling penting untuk membangunkan modal insan. Berdasarkan tugasan yang diberikan kepada saya, saya akan menghuraikan bagaimanakah guru menterjemahkan elemen dan kandungan FPK di dalam bilik darjah sebagai ajen pembina negara bangsa. Guru mesti mendidik kecerdasan emosi, moral dan spiritual untuk menghasilkan insan yang seimbang. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk modal insan dalam kalangan generasi kini. Pelbagai cabaran perlu dihadapi oleh guru disebabkan gejala-gejala yang semakin berleluasa dalam kalangan pelajar seperti kes pelajar biadap dengan guru, ponteng sekolah, buli dan lain-lain.
  • 2. 2.0 GURU SEBAGAI AGEN PEMBINANEGARA BANGSA Setiap individu yang bergelar guru mempunyai peranan dan tanggungjawab yang penting dalam membangunkan modal insan yang holistik. Modal insan merupakan satu aset yang berharga untuk membangunkan negara maju yang boleh ditambahbaik melalui nilai intelek, budaya dan sebagainya. Guru menjadi tonggak harapan dalam membentuk jati diri pelajar yang kukuh, berkeyakinan diri, taat kepada agama dan nilai-nilai moral berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru yang berkualiti dapat melahirkan modal insan abad ke-21. Antara ciri-ciri modal insan pada abad ke-21 ialah seseorang yang bersemangat ingin tahu, berdaya tahan, berprinsip, berkemahiran untuk berfikir secara kreatif dan kritis, dapat bekerja secara berpasukan dan berkemahiran untuk berkomunikasi. Hasrat dan aspirasi pendidikan negara juga akan dapat dicapai sekiranya modal insan abad ke-21 ini dapat dilahirkan. Guru yang professional mempunyai sikap yang rasional dan tersemat nilai-nilai moral yang boleh dicontohi oleh para pelajar menjadi pemangkin utama dalam membentuk modal insan di negara ini. Kecekapan dan keberkesanan peranan guru menerusi sistem pendidikan mampu membina negara bangsa yang berjaya. Guru yang cemerlang merupakan guru yang berjaya memenuhi aspirasi pendidikan negara. Sikap professionalisme yang sepatutnya ada pada seorang pendidik mestilah berpandukan pernyataan yang terkandung dalam falsafah pendidikan di Malaysia iaitu berusaha untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan (Kementerian Pendidikan Malaysia,1990). Kualiti pembelajaran yang baik dan berkesan dalam kalangan pelajar di sesebuah sekolah adalah bergantung kepada guru-guru yang baik dan professional. Guru tidak dapat digantikan dengan prasarana dan peralatan sekolah yang canggih untuk melaksana proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menunjukkan guru mempunyai peranan yang amat besar dalam mencapai aspirasi pendidikan negara. Guru yang bersikap penuh komitmen dan berdedikasi akan membawa penambahbaikan dalam pencapaian akademik pelajar dengan memastikan proses pembelajaran berlaku secara berterusan. Perkhidmatan guru di sekolah sepatutnya diutamakan berbanding hal-hal lain dan perlu sentiasa bersedia untuk bertugas di luar waktu jadual persekolahan dan jadual kelas.
  • 3. Selain itu, seorang guru yang berkeyakinan tinggi terhadap diri dan professionnya dapat menjadi contoh teladan yang baik untuk para pelajar dalam proses membentuk modal insan negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat dikawal dengan baik menunjukkan keyakinan diri seorang guru untuk mendidik para pelajar menjadi insan yang berilmu dan mampu berkhidmat untuk negara pada masa akan datang. Guru juga berperanan sebagai activator iaitu seseorang yang boleh mengaktifkan aktiviti transformasi ke arah kejayaan dan kecemerlangan para pelajar. Guru yang bertenaga dan sentiasa bersungguh-sungguh dalam menjalankan tanggungjawab akan memastikan proses pembelajaran dalam kalangan pelajar berlaku secara optimum bagi melahirkan insan yang cemerlang dari semua aspek. Kebiasaannya, murid-murid yang kurang berkeyakinan dan tidak bersemangat untuk pelajar memerlukan motivasi daripada seseorang. Guru perlu mengambil peranan ini di sekolah sebagai seorang pakar motivasi dan model yang baik kepada para pelajar untuk memberi motivasi, kata-kata nasihat serta mendorong mereka dalam usaha mencapai visi sekolah dan negara. Professionalisme seseorang guru jelas terbukti sekiranya guru berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang. Guru yang professional menjadi contoh dan pembakar semangat kepada para pelajar kerana mampu untuk menunjukkan prestasi akademik dan kemahiran yang dikuasai dengan baik. Hal ini turut mempengaruhi usaha-usaha dalam membentuk modal insan di negara ini. Guru yang berwawasan perlu sentiasa bersedia dalam apa sahaja yang bakal dijalankan. Misalnya, seorang guru yang masuk ke bilik darjah untuk mengajar para pelajar perlu bersedia dengan perancangan pengajaran yang lengkap dan alat bantu mengajar yang sesuai dan mencukupi. Hal ini supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Dengan ini, guru yang berjaya memainkan peranan-peranan penting mereka dengan baik akan dapat menjadi role model yang hebat di mata para pelajar. Perkara seterusnya akan membawa ke arah untuk mencapai matlamat pendidikan negara selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
  • 4. 3.0 CARA GURU MENTERJEMAHKAN ELEMEN DAN KANDUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM BILIK DARJAH. 3.1 Mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Setiap individu mempunyai potensi dan kebolehan semula jadi, anugerah daripada Tuhan yang mungkin tidak diketahui secara sedar. Potensi individu perlu sentiasa diperkembangkan dan dipertingkatkan melalui interaksi dengan persekitaran dan pendidikan yang berkualiti. Melalui pendidikan, masyarakat akan berpeluang untuk mengembang dan meningkatkan potensi yang ada dalam diri masing-masing. Guru ialah pihak yang bertanggungjawab dalam usaha mengembangkan potensi para pelajar. Contohnya, melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang menekankan pendidikan berasaskan nilai murni, setiap guru bertanggungjawab dalam mengendalikan mata pelajaran tersebut untuk mengenalpasti dan menggilap potensi pelajar supaya potensi tersebut dapat menjadi modal insan yang mampu menyumbang kejayaan kepada diri dan negara. Guru boleh mengadakan kelas tambahan bagi mencapai objektif pelajar dalam memahami mata pelajaran tersebut. Guru juga boleh menjemput penceramah-penceramah dari luar untuk memberi ceramah mengenai subjek itu khas untuk pelajar yang berprestasi lemah dalam subjek tersebut. 3.2 Melahirkan individu yang seimbang dan harmoni. Individu yang seimbang dan harmoni bermaksud individu yang dapat berfikir secara rasional, sihat, bekerjasama dalam menjalankan sesuatu tugasandan mempunyai etika yang tinggi. Falsafah Pendidikan Kebangsaan berperanan dalam melahirkan masyarakat yang seimbang dan harmoni seperti mempunyai pengetahuan, perwatakan yang baik, percaya kepada Tuhan serta berkebolehan menjaga emosi dan mempunyai ketahanan dalam menghadapi cabaran. Hal ini boleh berlaku apabila masyarakat dapat mengamalkan keempat-empat aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek sehinggakan mereka mampu hidup secara bermasyarakat. Bagi memastikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai, guru mestilah bijak dalam melahirkan murid yang dapat menguruskan emosi mereka dengan baik. Ketika proses P&P berjalan ,guru harus bijak menggunakan ruang dan peluang yang ada untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada murid dalam menguruskan emosi. Contohnya, bagi mengelakkan stress belajar atau konflik berlaku pada diri pelajar, guru boleh menyarankan murid untuk membuat jadual waktu harian. Jadual waktu harian dapat memastikan murid-murid menguruskan masa mereka dengan teratur dan sistematik.
  • 5. 3.3 Kepercayaan teguh serta bertaqwa kepada Tuhan. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), mempunyai kepercayaan teguh serta bertaqwa kepada Tuhan merupakan elemen yang penting. FPK berhasrat untuk mewujudkan insan yang mempercayai dengan adanya panduan hidup yang benar dan saling berhubung dengan diri sendiri, persekitaran dan Tuhan. Insan yang mengakui Tuhan sebagai pencipta mempunyai sandaran dan pegangan hidup yang kuat dan dapat memberi kepuasan kepada diri untuk menghidari segala perkara negatif dan mempunyai sikap rendah diri. Ketika proses pengajaran dan pembelajaran, terlebih dahulu guru hendaklah merancang aktiviti P&P dengan teliti agar tidak menyentuh sensitiviti sesuatu agama atau kepercayaan. Penerangan mengenai konsep ketuhanan dapat membantu murid memahami erti ketuhanan dan keagamaan. Tambahan pula ianya dapat memberi keyakinan akan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara kepada murid. 3.4 Melahirkan warganegara yang berpengetahuan. Pendidikan percuma dari tahun satu hingga tingkatan enam yang diberikan kepada setiap warganegara adalah bukti kesedaran kerajaan terhadap kepentingan ilmu. Antara ciri- ciri warganegara yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi ialah mempunyai budaya cintakan ilmu, berfikiran terbuka, gemar membaca dan menimba ilmu, sentiasa berusaha menambahkan ilmu pengetahuan, bersedia untuk diajar dan belajar, mengamal dan menyebarkan ilmu pengetahuan yang ada, serta sentiasa menggalakkan orang lain untuk menambah ilmu pengetahuan. Untuk merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, guru memainkan peranan untuk menyemai budaya cinta akan ilmu dalam diri para pelajar. Guru perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dirinya untuk dikongsikan bersama para pelajar. Selain itu, guru juga boleh menggalakan para pelajar berkunjung ke perpustakaan dan meminjam sekurang-kurangnya dua buah buku serta membacanya dalam masa seminggu. Guru juga boleh menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan murid dan sumber iaitu penggunaan alat bantu mengajar dan teknologi maklumat ( ICT ). Dengan ini, ilmu pengetahuan para pelajar akan meningkat secara berperingkat demi mencapai hasrat yang diimpikan seperti yang tercatat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • 6. 3.5 Mewujudkan warganegara Malaysia yang berketrampilan. Menurut Ee Ah Meng, 1990, keterampilan membawa maksud bagaimana seseorang dapat berhubung dan berkomunikasi dengan insan yang lain. Elemen ini membantu dalam memupuk pembawaan diri yang baik dalam diri setiap individu. Kecekapan dan kebolehan yang tinggi melaksanakan tanggungjawab dan tugas amat diperlukan dalam membentuk masyarakat yang berketrampilan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju ke hadapan. Segala bakat dan kebolehan yang ada pada diri setiap individu perlu digunakan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya bagi mewujudkan warganegara Malaysia yang berketrampilan. Misalnya, guru perlu mendidik para pelajar untuk menyiapkan tugasan yan diberi dengan cekap, kemas dan tersusun serta boleh menggalakkan dan memberi dorongan kepada pelajar yang mempunyai sesuatu kelebihan seperti bersyarah untuk menonjolkannya. Hal ini akan dapat meningkatkan keyakinan diri yang ada pada diri pelajar. 3.6 Mewujudkan masyarakat yang mempunyai tahap moral yang tinggi. Elemen ini merupakan perkara yang ditekankan supaya rakyat Malaysia mampu untuk berfikir, bertindak dan menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Kesan daripada pembudayaan elemen ini akan menjadikan para pelajar berupaya mengamalkan nilai-nilai murni dan budi pekerti yang mulia sekiranya elemen ini diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Sikap perlakuan sopan, berdisiplin, prihatin dan menghargai manusia serta alam sekitar perlu diterapkan dalam diri setiap pelajar supaya mereka menjadi masyarakat yang mempunyai nilai moral yang terpuji. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran , guru perlu tampil dan menjadikan diri sebagai ikon kepada murid. Penampilan guru ketika mengajar hendaklah bertutur dengan baik dan sopan, menjaga batas pergaulan antara guru dan murid dan berpakaian yang sesuai tanpa menjolok mata murid. Guru dapat menterjemahkannya dalam bidang pembelajaran berkaitan nilai diri dan masyarakat dengan memberikan contoh dan penerangan mengenai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dapat dilakukan oleh para pelajar untuk menjaga keharmonian hidup bermasyarakat. Contoh aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilakukan oleh guru ialah membuat khidmat masyarakat dengan membawa anak-anak murid melakukan kerja amal seperti gotong-royong membersihkan kawasan seperti rumah anak yatim ,rumah kebajikan orang tua ataupun rumah-rumah ibadat.
  • 7. 3.7 Warganegara yang bertanggungjawab. Elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya ialah melahirkan warganegara Malaysia yang bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu perkara. Individu yang mempunyai sikap bertanggungjawab akan mendapat kepercayaan dan keyakinan tinggi apabila berurusan dengan masyarakat sekeliling. Seseorang yang bertanggungjawab akan berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru boleh membuat aktiviti menyuruh murid berlakon dengan karakter anak, ibu dan ayah dengan situasi anak menjaga ayah sedang sakit dan ibu terpaksa bekerja menanggung perbelanjaan keluarga. Dari aktiviti P&P seperti itu dapat menimbul unsur kesedaran kepada pelajar akan tanggungjawabnya untuk belajar bersungguh-sungguh dan menjaga hubungan dengan ahli keluarga. Guru juga perlu mengarahkan para pelajar supaya menjaga harta benda hak milik kerajaan seperti meja dan kerusi untuk mendidik mereka menjadi pelajar yang bertanggungjawab. 3.8 Mampu mencapai kesejahteraan diri di tahap yang tinggi. Warganegara yang mampu mencapai kesejahteraan diri di tahap yang tinggi ialah seorang yang mempunyai badan yang sihat, dapat memahami diri orang lain dan berupaya mewujudkan pertalian yang baik denga masyarakat sekeliling. Elemen ini juga menekankan kepada konsep ketahanan diri iaitu mampu untuk menghadapi segala dugaan dan halangan yang dihadapi. Daya tahan yang kuat untuk menghadapi sebarang percanggahan serta mengawal emosi dengan stabil dan tenang amat diperlukan untuk membentuk individu yang sejahtera. Guru dapat menerapkan elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari segi jasmani dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menunjukkan kepada para pelajar cara membersihkan badan dengan betul untuk memiliki tubuh yang sihat. Selain itu, guru juga patut menggalakkan mereka untuk melakukan senaman dan juga berusaha meningkatkan kemahiran serta mengembangkan bakat dalam apa jua bidang sukan.
  • 8. 3.9 Dapat menyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan kepada keluarga dan negara. Guru sebagai agen pembina negara bangsa perlu menerapkan elemen ini dan menterjemahkannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Warganegara yang berusaha untuk memupuk persefahaman dalam keluarga dan masyarakat mempu untuk merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Antara ciri individu yang dapat menyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan keluarga dan negara ialah sentiasa menunjukkan kerjasama, timbang rasa, hormat dan menanam semangat kenegaraan serta cinta akan tanah air. Guru boleh menterjemahkan elemen ini di dalam bilik darjah dengan memupuk semangat kerjasama antara pelajar denga pelajar. Contohnya, guru meminta para pelajar membersihkan bilik darjah sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula. Dengan ini, para pelajar akan bekerjasama untuk membersihkan kelas mereka supaya bersih dan selesa untuk belajar.
  • 9. 4.0 TUGASAN BERKUMPULAN 5.1 MAKLUMAT TEMU RAMAH TOKOH GURU CEMERLANG MAKLUMAT DIRI Nama : NOOR AZIRA BINTI ABDULLAH Umur : 43 TAHUN Tarikh lahir : 7 JUN 1973 Asal : PULAI CHONDONG,KELANTAN Alamat : LOT 1327, DEPAN SEKOLAH KEBANGSAAN PANGKAL NERING, 16600 PULAI CHONDONG,KELANTAN Tempat mengajar : 1)SEKOLAH MENENGAH SYEIKH ABDUL GHANI BIDUR,PERAK ( 1999 - 2002) 2)SMK BUYONG ADIL , PERAK ( 2002 -2003) 3)SMK TAPAH , PERAK (2003 - 2004)
  • 10. 4)SMK CHENDRIANG (2004 – 2006) 5)SM SAINS MACHANG , KELANTAN (2006 – KINI) Tahun mula bekerja : 1999 Tahun penganugerahan : GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM (2010) Gred jawatan (sekarang): DG44 Mata pelajaran kepakaran :Pendidikan Islam 5.2 SEJARAH PENDIDIKAN DAN CIRI-CIRI TOKOH GURU CEMERLANG Puan Noor Azira Binti Abdullah mula bersekolah di SK Nering pada tahun 1980 dan menduduki Peperiksaan Penilaian Darjah 5 pada tahun 1985. Pada tahun 1987, beliau mula menuntut ilmu di Sekolah Menengah SMKA Naim Libanat. Selepas menamatkan pengajian di sekolah menengah, beliau terus meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Pengajian Islam pengkhususan Al – Quran dan Sunnah. Setelah selesai sahaja pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau memohon Kursus Pengajian Islam di Maktab Perguruan Islam Bangi. Selepas menamatkan Kursus Pengajian Islam yang mengambil tempoh masa dua tahun setengah, beliau pun menjadi graduan bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) pada tahun 1997. Kini, Puan Noor Azira mengajar di SM Sains Machang, Kelantan. Untuk mendapat anugerah guru cemerlang, Puan Noor Azira telah memohon untuk penganugerahan guru cemerlang dan pemohonannya diterima. Puan Noor Azira merupakan seorang yang patuh kepada prinsip dia sendiri iaitu baginya rumah adalah tempat untuk rehat dan masa di rumah juga untuk bersama suami dan anak. Beliau tidak suka membuat kerja di rumah. Baginya, perancangan masa amat penting untuk menguruskan segala urusannya pada masa yang ditetapkan. Beliau juga merupakan seorang guru yang dan bertanggungjawab terhadap kerjanya. Beliau tidak akan menolak segala tugasan yang di amanah kepadanya kepada orang lain. Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang berdisiplin dlam membuat kerja. Puan Noor Azira akan menyediakan bahan untuk mengajar setiap kali sebelum masuk ke kelas. Hal ini demikian kerana bagi beliau prestasi yang baik amat penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Beliau juga seorang yang mesra. Beliau sering menyapa dan menjaga hubungan yang baik dengan guru-guru, Guru Besar dan semua kakitangan di sekolah. Puan Noor Azira mempunyai
  • 11. pengalaman mengajar sekurang-kurangnya tujuh tahun. Beliau juga sering menghadiri kursus dan bengkel bagi menambah ilmu pengetahuan beliau sebagai seorang guru. Puan Noor Azira turut merupakan seorang yang mempunyai keyakinan diri dalam menjalankan sebarang tugas di sekolah. 5.3 SUMBANGAN SEPANJANG PERKHIDMATAN DAN CABARAN YANG DIHADAPI Puan Noor Azira telah memberi beberapa sumbangan yang besar kepada seluruh anak didiknya sepanjang perkhidmatannya selama 16 tahun. Seorang guru yang cemerlang tidak akan pernah putus asa dalam usaha mendidik para pelajar supaya menjadi insan yang berguna dan seterusnya dapat berbakti kepada bangsa, masyarakat dan negara. Sumbangan seseorang guru amat berharga walaupun tidak diketahui dan tidak disedari oleh para pelajar. Tanpa sumbangan daripada guru-guru, para pelajar tidak mungkin berjaya sehingga ke menara gading. Antara sumbangan terbesar yang disumbangkan oleh Puan Noor Azira sepanjang perkhidmatannya di lima buah sekolah ialah pernah mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam, Tasawwuf dan Pendidikan Sivik. Guru yang cemerlang ialah guru yang berkemahiran dan serba boleh dalam pelbagai mata pelajaran. Selain itu, beliau juga turut menerbitkan modul Pendidikan Islam Tingkatan 1,2,3,4 dan 5 serta turut menjadi panel penggubal buku modul Pendidikan Islam SPM bersama JPN Kelantan dari tahun 2009 sehingga kini, tahun 2016. Guru yang berkebolehan sememangnya layak untuk mendapat penganugerahan guru cemerlang disebabkan usaha gigih dan rajin bagi membangunkan anak bangsa dan mewujudkan modal insan yang holistik. Puan Noor Azira juga merupakan Ketua Panitia bagi subjek Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Sains Machang. Beliau terpilih untuk menjadi ketua panitia secara giliran dan juga menjadi hujah mengapakah beliau layak digelar guru cemerlang. Setiap individu perlu mencontohi sikap dan sifat guru-guru cemerlang yang boleh mendorong ke arah kebaikan dan kejayaan. Beliau juga seringkali menjadi penceramah di sekolah-sekolah sekiranya dijemput. Antara aktiviti yang beliau hadiri ialah sebagai penceramah untuk Kem Teknik menjawab soalan bagi pelajar Tingkatan Tiga yang akan menghadapi PT3 dan pelajar Tingkatan Lima
  • 12. yang bakal menghadapi SPM. Biasanya, Puan Noor Azira hadir untuk mencurahkan ilmu baktinya di sekolah tempatnya mengajar sendiri dan juga di sekolah-sekolah di peringkat PPD Machang. Beliau sentiasa bersedia untuk berkongsi ilmu pengetahuannya dengan para pelajar tidak kira mana-mana sekolah sekalipun. Menurut Puan Noor Azira, pelbagai cabaran dan dugaan akan dihadapi apabila bergelar seorang insan yang bernama guru. Antara cabaran yang sentiasa dihadapi oleh beliau ialah beliau perlu berkorban masa dan tenaga semasa cuti sekolah untuk menyiapkan tugasan-tugasan sebagai seorang guru. Hampir setiap cuti sekolah, beliau akan berkunjung ke sekolah untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Hal ini juga kerana beliau berpendapat bahawa di rumah adalah tempat untuk meluangkan masa bersama keluarga sahaja, bukan untuk menjalankan tugas sebagai guru. Namun begitu, sekiranya tugasan yang perlu disiapkan sangat banyak, beliau terpaksa menyelesaikan kerja itu di rumah. Usaha yang dirancang untuk menaikkan dan melonjakkan prestasi pelajar yang lemah turut menjadi cabaran dalam kehidupan seorang guru. Guru yang hebat akan mampu untuk mendorong para pelajar supaya lebih bersemangat untuk menimba ilmu pengetahuan. Sebagai seorang guru, sikap tegas perlu ditanam supaya murid-murid menghormati guru- guru mereka dan tidak berkelakuan biadap yang boleh mengecilkan hati seorang guru. Sebagai guru yang berpengalaman, Puan Noor Azira telah banyak menghadapi pelbagai ragam pelajar-pelajar yang semakin meningkat dewasa terutamanya pelajar lelaki sekiranya di sekolah menengah. Seorang guru juga perlu patuh denhgan semua arahan daripada pentadbir demi kecemerlangan para pelajar yang dapat menharumkan nama sekolah. Dalam Islam juga ada mengajar kita supaya patuh kepada ketua untuk kebaikan bersama.
  • 13. 6.0 RUMUSAN Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa guru menjadi pemangkin kepada usaha membina generasi modal insan bertaraf dunia. Hal ini kerana majoriti pelajar-pelajar sekolah akan menjadikan guru-guru mereka sebagai contoh teladan. Guru professional yang berjaya menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar akan berjaya membentuk modal insan seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Warga pendidikan iaitu guru yang tabah dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan dalam menjalankan tanggungjawab mendidik anak bangsa adalah guru yang baik dan professional. Kecekapan dan keberkesanan peranan guru menerusi sistem pendidikan mampu membina negara bangsa yang berdaya saing dengan negara-negara maju dan harmoni dengan perpaduan kaum yang terbentuk. Khidmat guru jika dilakukan dengan ikhlas bukan saja dapat melahirkan generasi yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara, malah membuka peluang kepada guru meraih keberkatan Tuhan. Harapan menggunung diletakkan pada bahu guru sering kali menimbulkan dilema kerana hakikat mendidik pelajar bukan hanya tanggungjawab guru, sebaliknya perlu mendapat sokongan ibu bapa yang menjadi guru di rumah. Guru cemerlang mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Guru cemerlang dapat memberi contoh teladan yang baik dan seharusnya dicontohi oleh guru- guru lain untuk meningkatkan prestasi dan juga perlu dicontohi oleh para pelajar. Pelajar yang barada di bawah pimpinan guru yang berwawasan dan mempunyai matlamat untuk dicapai akan mencapai kejayaan apabila tiba masanya. Kesimpulannya, jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik berpegang kepada FPK dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab profesional mereka, sudah pasti matlamat dasar pendidikan negara akan menjadi satu kenyataan, dan bukan hanya satu impian sahaja.