Profesionalisme guru

5,860 views

Published on

Profesionalisme Guru

Published in: Education, Travel
1 Comment
15 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
5,860
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
155
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
1
Likes
15
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Profesionalisme guru

  1. 1. PROFESION PERGURUAN1. Konsep kerjaya profesional Jacques (2003), sesuatu kerjaya dikatakan bertarafprofesional jika penjawatnya mempunyai autonomi profesional;bertanggung jawab; berorganisasi; adil; berpendidikan;berkemahiran; berperaturan diri; bebas; terbuka; nutral;akauntabel dan terpelajar. Lieberman pula, sesuatu profesion bertaraf profesionalialah, memberi perkhidmatan penting dan mempunyaimatlamat yang jelas; menggunakan keupayaan serta kebolehanintelek semasa menjalankan tugas-tugas profesionalnya;mendapat latihan yang khusus dalam bidang kemahiran ikhtisasdalam tempoh masa tertentu; mementingkan mutu sertadedikasi yang tinggi dengan tidak mementingkan keuntunganwang atau saraan semata-mata; pakar dalam bidang masing-masing serta mempunyai kuasa autonomi dalam tugas dantanggung jawabnya; mempunyai organisasi yang berkuasamenentukan kriteria untuk kemasukan dan mengawal mutuperkhidmatan ahli-ahlinya; dan mempunyai etika perkhidmatanyang perlu dipatuhi oleh setiap ahli dalam profesion itu (AmirHassan Dawi, 2002 dan Sufean Husin, 1996). Menurut Kizlik (2000), sesuatu kerjaya yang bertarafprofesional perlu boleh memberi perkhidmatan kepadamasyarakat; boleh membuat keputusan ke atas pelanggan;mempunyai bidang pengkhususan yang tertentu; mempunyaiketinggian pengetahuan; kemahiran dan tingkahlaku yang tidakdipunyai oleh non-profesional; mempunyai organisasiprofesionalnya sendiri; mempunyai standard kriteria untukdipenuhi oleh ahli baru; mempunyai program bagi penyediaanahli baru; dipercayai dengan yakin oleh pihak awam; danmempunyai autoriti dalam amalannya.
  2. 2. 14 Musgrave (1972), pula menganggap bahawa sesuatukerjaya adalah bertaraf profesional jika pengamal kerjayatersebut menggunakan ilmunya hanya untuk faedah pelanggan. Flexner (1915), kerjaya profesional adalah dirujuk kepadaenam ciri. Pertama adalah berkait dengan penglibatan operasiintelektual di dalam tugasnya. Kedua adalah berkait dengankeilmuan yang dipunyai dan dipraktikkan. Ketiga adalahkejelasan matlamat yang praktikal. Keempat merujuk kepadakemahiran yang berasas kepada ilmu. Kelima adalahberorientasikan kepada keperluan masyarakat. Keenam ialahtidak untuk kepentingan diri sendiri dengan mengenepikankepentingan sosial.2. Profesionalisme Socket dalam Hawke & Hawke (2002), profesionalismeadalah amalan berkualiti dan pekerjaan yang berstatus dalammasyarakat. Lebih-lebih lagi dalam arus pembangunan masakini yang mendesak kepada peningkatan kualiti dalam semuabidang perkhidmatan sosial (Wan Mohd. Zahid, 1993). Hammond, Wise & Klein (1999), profesion yang memberikhidmat kepada orang awam perlu kepada kawalan kualiti. Inikerana orang awam yang mendapat perkhidmatan jarangmengetahui perkara-perkara yang menjadi amalan dalam sesuatuprofesion tersebut. Perkhidmatan yang tidak sesuai yangdiberikan akan membawa akibat buruk kepada pelanggan.3. Mekanisme Pengekalan Kualiti Profesionalisme Antara yang biasa digunakan ialah sistem akreditasi,perlesenan dan pensijilan lanjutan (Hammond, Wise & Klein,1999). Contohnya Di Amerika Syarikat, National Board of
  3. 3. 15Medical Examiners Examination adalah peperiksaan bagibidang perubatan manakala Architecture Registration Examialah bagi bidang seni bina untuk jaminan kualiti profesionmasing-masing. Mempunyai badan profesionalnya masing-masing, badanini biasanya telah menetapkan standard kompetensinya sendiribagi menjaga standard profesion mereka selaras dengan tahapprofesionalismenya (Amir Hassan Dawi, 2002; Kizlik, 2000;Sufean Hussin; 1996).4. Perguruan sebagai kerjaya bertaraf profesional Perguruan adalah kerjaya yang bertaraf profesional(Jacques, 2003; Sachs, 2003; Menteri Pendidikan, 2000;BPPPDP, 1996; Ibrahim Bajunid, 2000; Kamarudin Kachar,2000; Amir Hassan Dawi, 2002; Elliot, 2002; Abdul Rahmandan Zakaria, 2001; Squires, 1999; Hammond, Wise & Klein1999; Soetjipto & Raflis Kosasi, 1999; Wan Mohd Zahid, 1997;Sufean Hussin, 1996; Ornstein & Levine 1984).5. Hujah bahawa guru adalah profesional Kementerian Pendidikan Malaysia melihat profesionperguruan sebagai ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’dengan profesion yang lain kerana khidmat golongan pendidikadalah melewati ruang tempat, masa dan ketika (MenteriPendidikan, 2000). Sufean Hussin (1996) berpendapat, terdapat banyakkriteria yang menunjukkan bahawa perguruan adalah bertarafprofesional dan kesemua kriteria tersebut adalah selaras denganapa yang digariskan oleh Lieberman.
  4. 4. 16 Guru-guru terlatih dalam tempoh latihan yang mencukupi,mampu menjalankan tanggung jawabnya sebagai pendidikprofesional yang cekap; dengan menggunakan sumber-sumberyang ada sebaik mungkin (Kamarudin Kachar, 2000; SufeanHussin, 1996). Latihan perguruan adalah setara dan bermutu sebagai yangditentukan oleh badan penilai yang mempunyai autoriti sertamempunyai pengalaman dalam profesion perguruan. Sebagaicontoh Di England dan Wales, Teacher Training Agency (TTA)adalah badan yang bertanggung jawab menjaga ketinggianmartabat profesion perguruan (Elliot, 2002). Perkhidmatan perguruan adalah diasaskan oleh satu kodetika yang menggariskan tatasusila dan tingkah laku guru dalamperkhidmatan yang bermatlamatkan aspirasi dan kehendaknegara. Di Malaysia perkara ini dinyatakan dengan jelas dalamFalsafah Pendidikan Guru (FPG) yang dijadikan asas kepadapenetapan Kriteria Guru Yang Unggul (Malaysia Ministry ofEducation, 1982). Falsafah Pendidikan Guru adalah untuk melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menjunjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. (Malaysia Ministry of Education, 1982)
  5. 5. 17 THE IDEAL MALAYSIAN TEACHER Taking into consideration our social and cultural milieu in which national unity and social cohesiveness is of prime importance, we believe that the ideal Malaysian teacher is one who  is noble in character  has deep moral and religious conviction  is human, yet progressive and scientific in outlook  upholds the aspirations of the nation  cherishes the national cultural heritage  has a positive attitude towards learning, the school and  society; and, being endowed with these attributes  promotes the all-round development of the child  is loyal to his profession; and  ensures the preservation of a united, democtaric and progressive and diciplined society. Mempunyai badan persatuan yang mengawal tindak-tanduk ahli-ahli. Kesatuan Guru-guru Melayu Bersatu(KGGMB) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan(KPPK) adalah antara badan yang terlibat dalam hal yangberkaitan di negara ini. Terdapat empat puluh lapan buahpersatuan guru di negara ini yang boleh disertai oleh guru-guru(Menteri Pendidikan , 2000). Selain daripada itu SuruhanjayaPerkhidmatan Perguruan (SPP) adalah suruhanjaya bebas yangbertindak sebagai badan mengawal kemasukan dalam profesionperguruan.5. Ciri-ciri Perguruan Sebagai Kerjaya Profesional Terdapat empat ciri umum sehingga perguruan dianggapsebagai kerjaya profesional iaitu pengetahuan guru tentang
  6. 6. 18perguruan yang melebihi pengetahuan orang kebiasaan yangbukan guru; profesion yang mempunyai piawaian kemasukantertentu atau perlesenan; autonomi dalam membuat keputusan;dan martabat atau status ekonomi yang kukuh (Ornstein, 1995;Ornstein & Levine,1984). Ciri-ciri tersebut adalah kesemuanyadipunyai oleh guru. Robert & Joanne (2001), yang menjadikan guru sebagaiprofesion ialah “the range of demands placed on educators, thenumbers of people involved in the enterprise, and the public‟scommon knowledge of life in classroom combine to maketeaching what might be called people profession”6 Perkembangan kriteria profesional keguruan Beberapa dekad yang lalu, profesion perguruan di negaraini adalah profesion yang disanjung dan dipandang tinggi dalammasyarakat (Ibrahim Bajunid, 2000; Hasnah & Shamsudin,2000; Abd. Rahim Abd. Rashid, 2000; Robiah Sidin, 1998;Sufean Hussin, 1996). Ibu bapa menghantar anak-anak merekauntuk dididik oleh guru dengan penuh harapan dan keyakinanyang tinggi dengan kata-kata antara lain seperti berikut. ‘Please educate my child and make him/her a person. Treat my child like your own. Do what you will with my child, punish when necessary in any way that does not involve blinding the child or breaking his bones‟ (Ibrahim Bajunid, 2000)
  7. 7. 19 Guru adalah dianggap sebagai gedung ilmu yang serbamengetahui dengan keupayaan tersendiri serta kualiti peribadiyang diterima oleh masyarakat. Di dalam bilik darjah, perananguru adalah seperti ‘sage on stage‟ (Ibrahim Bajunid, 2000).Pengikhtirafan tentang kriteria guru adalah bersifat tempatanoleh masyarakat setempat. Maksudnya tiadalah tersurat denganrasmi akan kriteria bagi seseorang guru di peringkat kebangsaan. Semenjak tahun 1980, hala tuju profesion perguruanadalah berasaskan syor dalam Laporan Jawatankuasa KabinetMengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan padatahun 1979 (Ratnavadivel, 2000). Mulai 1982 pula, kriteria guru di negara ini adalah denganrasminya ditetap berasaskan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).Di peringkat pra perkhidmatan lagi, bakal-bakal guru dididik kearah menepati hasrat FPG (Malaysia Ministry of Education,1982). Falsafah Pendidikan Guru adalah untuk melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menjunjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. (Malaysia Ministry of Education, 1982) Othman Lebar (2002), profesion perguruan sedangbergerak kearah pragmatisme dan konstruktivisme. Oleh yangdemikian kriteria tradisional guru iaitu ‘sage on stage‟ jelassudah tidak sesuai lagi, sebaliknya guru adalah „the guide by theside‟ (Othman Lebar, 2002; Ibrahim Bajunid, 2000). Ataukriteria tradisional „teacher as a rational autonomous agent‟
  8. 8. 20yang ala Platonik diganti dengan kriteria baru yang lebihmemberi penekanan kepada „standards driven professionaldevelopment’ (Elliot, 2002). Bagi tujuan ini banyak saranan telah diajukan oleh parasarjana. Umpamanya, semasa dalam perkhidmatan, seseorangguru akan melalui proses on the job training (Eraut, 1994).Konsep ini adalah selaras dengan konsep pendidikan sepanjanghayat. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat danUnited Kingdom, soal profesionalisme guru dalam profesionperguruan adalah sangat dititikberatkan. Di Minnesota, AmerikaSyarikat, sebuah badan profesional bagi profesion perguruaniaitu Minnesota Board of Teacher (MBOT) adalah bertanggungjawab memastikan pengeluaran lesen guru. Di Scotland, UnitedKingdom pula, Quality Assurance Agency for Higher Education(QAAHE) ialah sebuah badan professional yang bertanggungjawab sama seperti MBOT.7. Cabaran guru sekolah dalam abad ke-21 Guru-guru khasnya dan profesion perguruan amnya,adalah tidak terkecuali daripada terlibat dengan keadaanperubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi(Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub, 2000; Wan LizOzman, 2000; Kim, 1995). Ini memandangkan guru adalahagen perubahan.Cabaran dalam bilik darjahMenurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, parapelajar perlu dikembangkan potensinya yang ada di hemisferaotak kanan dan di hemisfera otak kirinya secara seimbang.
  9. 9. 21Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran pula, dalamabad ke-21 para pelajar akan mendapat pelbagai kemudahan,termasuk kemudahan ICT sebagai yang dirancang untukmembantu mereka dalam proses pembelajaran bestari.Dalam proses penilaian pelajar pula, penilaian kemajuanberasaskan sekolah (PKBS); penilaian hasil pembelajaran(learning outcomes); pelaksanaan penanda aras (benchmarking); dan ujian atau peperiksaan secara talian terus (on-line) akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalamabad ke-21. Menurut Wise (1999) ‘Increasingly, technology ispoised to revolutionize teaching, learning and assessment‟.Cabaran di sekolahPersidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997 merumuskanbahawa cabaran besar dalam abad ke-21 selain daripada ledakanilmu yang berbentuk global ialah masalah sosial yang perluditangani dan di atasi ke arah membentuk masyarakat madani(Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia menegaskanbahawa kepentingan sistem pendidikan menyediakan ‘generasikedua’ atau ‘generasi wawasan’ memerlukan piawaian barutermasuk mengurangkan masalah gejala sosial pelajar sepertiponteng sekolah dan lepak serta salah laku yang lain (WanMohd. Zahid, 1997). Walau bagaimanapun permasalahan ini masih terusmeningkat kerana kadar pertambahan bilangan pelajar yangterus meningkat. Untuk tempoh dari tahun 1990 hingga 2000,didapati tingkatan 1 mengalami pertambahan 34.0%, tingkatan2 mengalami pertambahan 47.5%, tingkatan 3 mengalamipertambahan 44.2%, tingkatan 4 mengalami pertambahan 90.1%dan tingkatan 5 mengalami pertambahan 96.0% (KementerianPendidikan Malaysia, 2001). Berdasarkan analisis ini,
  10. 10. 22pertambahan bilangan pelajar akan terus meningkat pada kadar8.9% sehingga tahun 2010. Ini menjadi cabaran kepada sekolahdan guru-guru, kerana masalah kemudahan prasarana adalahtidak mencukupi. Sehingga tahun 2000, terdapat 40,021 bilik darjah bagisekolah menengah yang menampung 57, 581 kelas, yangbermakna setiap bilik darjah adalah untuk 1.4 buah kelas(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Dengan kata lainmasih wujud ‘kelas terapung’. Ini jelas tidak mencukupi danboleh mendatangkan masalah lain seperti masalah displin,masalah sosial dan lain-lain selain daripada masalahpembelajaran. Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakinhari semakin meningkat (Shahril @ Charil & Habib, 1999).Pada tahun 1993 sebanyak 36.7% daripada keseluruhan pelajardikenakan tindakan amaran; 15.66% diberi nasihat; 16.8%dirotan sekali; 8.18% dirotan dua kali; 2.27% dirotan tiga kali;0.90% dirotan lebih tiga kali; gantung sekolah 2.90%; buangsekolah 0.51% (Wan Mohd. Zahid, 1997). Mungkin dari segiangka peratus adalah kecil tetapi dari segi bilangan pelajar yangterlibat keseluruhannya adalah pada angka yang besar.Kaeadaan ini adalah sangat mencabar dan membimbangkan. Selain daripada itu kemudahan-kemudahan yang masihbelum lengkap sepenuhnya. Sebagai contoh, daripada 1645buah sekolah menengah yang ada pada tahun 2000, hanya 1340sekolah yang ada makmal komputer; hanya 1406 sekolah yangada bilik ekonomi rumah tangga; hanya 1452 sekolah yang adabilik kaunseling; hanya 1463 sekolah yang ada pusat sumberdan hanya 1258 sekolah yang ada dewan perhimpunan(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Statistik inimenunjukkan perlunya kreativiti dan ketrampilan guru di dalammenyerap segala kekurangan sebagai tersebut.
  11. 11. 23 Menurut Reighlath dalam Ornstein & Hunkins (1993),pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah di zaman kepesatanteknologi banyak mengalami perubahan selaras dengan yangterkini. Ini memberi cabaran kepada guru di dalam mengikutiperkembangan terkini. Guru-guru perlu mahir dengan sistemteknologi yang ada (Shahril @ Charil & Habib, 1999).Cabaran dalam sistem pendidikanMisi Kementerian Pendidikan Malaysia ialah membangunkansistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia bagimemperkembangkan potensi individu sepenuhnya danmemenuhi aspirasi negara Malaysia. Kurikulum terus mengalami perkembangan dari semasa kesemasa. Perubahan-perubahan yang seperti ini tentunyamengubah harapan dan keperluan semua pihak ke ataskecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian sebagaiyang diwawarkan menjadi kenyataan. Contoh pengenalan matapelajaran vokasional (MPV).Cabaran dalam masyarakatProfesion perguruan adalah berkait dengan kemasyarakatan.Semakin masyarakat dan negara bertambah maju dan bersifatglobal semakin banyak cabaran-cabaran yang dihadapi olehguru; semakin meningkat taraf hidup dan status sosio ekonomirakyat, semakin besar gelombang cabaran di hadapan guru-guru(Ramlan, 2002).Guru adalah agen perubahan yang membawa kemajuan kepadamasyarakat (Wan Liz Ozman, 2000; Atan Long, 1980).
  12. 12. 24 Menurut Boyer (1994), dalam abad ke-21, cabaran dalambidang pendidikan adalah tidak terhad kepada penemuan-penemuan baru sahaja. Namun ia termasuk juga penyesuaianpenemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luasdan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh yangdemikian, kaum guru perlulah mempunyai kesediaan menerimasebarang penemuan baru seterusnya berkemampuan untukmengaplikasikan penemuan baru tersebut di dalam profesionbagi kepentingan masyarakat. Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat danpengetahuan, kemahiran dan keterampilan; sumber kebudayaandan ilmu; sumber pemupukan kepercayaan dan sistem nilai;penyedia tenaga manusia untuk alam pekerjaan; dan penjagaanbelia, remaja dan kanak (Wan Liz Ozman, 2000; KementerianPendidikan, 1996; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid,1994).Cabaran berasaskan Wawasan 2020Tuntutan Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang diperkenalkanoleh Perdana Menteri Malaysia adalah dinyatakan sepertiberikut : ‘Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu, dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan.’
  13. 13. 25 (Mahathir Mohamad, (1991), Malaysia Melangkah Ke Hadapan) Guru ialah orang yang kerjayanya mempunyai implikasiyang jauh ke hadapan, tanggung jawabnya adalah bersifatfuturistik di mana gurulah yang mendidik generasi yang akanhidup di masa hadapan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasapeka dan sensitif akan tuntutan wawasan negara yangdisuarakan bagi mengatur program-program perkembangannegara ini menjelang abad ke-21 ((Pengarah Pendidikan, 2000;Ibrahim Mamat, 2001; Wan Liz Ozman, 2000; Robiah Sidin,1998; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1993). Cabaran-cabaran yang terkandung dalam wawasan negaraadalah meliputi proses pembangunan kognitif, afektif danpsikomotor serta penerapan nilai dan asas moral bagimembentuk sikap kanak-kanak atau pelajar. Generasi baru yangdihasilkan melalui proses ini perlu dapat memanifestasikaninovasi, daya cipta atau daya reka yang tinggi di sampingperkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat. Guruadalah sebagai orang yang bertanggung jawab secara teruskepada proses bagi mendapatkan hasil akhir ini baik padadimensi instrinsik mahupun dimensi instrumental. Justeru ituguru perlu berketerampilan, inovatif, kreatif, reflektif, futristik,analitik di samping berpegang kepada nilai-nilai murni.Cabaran globalisasi Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad ke-21,salah satu aliran mega di peringkat global ialah kepakaranpendidikan secara global (global educational experties) selaindaripada hubungan dalam bentuk rangkaian (networking). BagiRohaty Majzub (2000), ini dianggap sebagai sifat antara bangsa(international character) yang perlu ada pada guru kerana ini
  14. 14. 26adalah avenue baru yang perlu diteroka dan diperkembangkan.Kesemuanya ini juga menjadi cabaran kepada guru. Pelaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalahselari dengan arus globalisasi. Guru-guru perlu menyahutcabaran ini kerana generasi yang hidup pada abad ke-21 iniperlu mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkatantarabangsa. Selain daripada itu kebanyakan sumber maklumatadalah berasaskan kepada bahasa antarabangsa iaitu bahasaInggeris. Wan Liz Ozman, (2000); Hasan Langgulung, (1997); danGhazali Basri, (1984) melihat guru adalah sebagai penyampaiilmu (mua‟lim), pendidik (murabbi), pembentuk adab(mu‟addib), pembentuk ciri kepimpinan (mursyid) dan pemberikemahiran (mudarris). Oleh yang demikian kriteria guru adalahdilihat dari segi pengetahuannya, kemahirannnya serta nilai dankeperibadiannya.

×