Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

INVENTORI

6,524 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

INVENTORI

  1. 1. LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  2. 2. PSIKOMETRIK Teori Tipologi Kerjaya Holland Asas yang digunakan dalam teori ini ialah: 1. pemilihan kerjaya adalah berdasarkan ekspresi personaliti individu di samping kesesuaian persekitaran pekerjaan. 2. minat seseorang itu lahir daripada personalitinya 3. individu daripada jenis pekerjaan yang sama mempunyai persamaan dari segi pola personalitinya. 4. keselarasan antara personaliti dan persekitaran akan meningkatkan prestasi kerja, pencapaian, kestabilan dan kepuasan kerja.
  3. 3. PSIKOMETRIK Realistik Investigatif Artistik6 Personaliti Sosial Enterprising Konvensional
  4. 4. PSIKOMETRIK Terdapat enam jenis persekitaran pekerjaan yang menyokong personaliti individu dan didominasi oleh jenis personaliti tertentu iaitu : Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), Konvensional (K).
  5. 5. PSIKOMETRIK Individu akan mencari persekitaran atau pekerjaan selaras dengan personaliti yang membolehkan mereka menunjukkan kemahiran dan kebolehan serta melahirkan sikap dan nilai di samping berusaha menyelesaikan sebarang masalah dan peranan yang wujud dalam persekitaran tersebut. Menurut Holland (1973), individu akan berasa puas sekiranya dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran berkenaan. Misalnya, individu yang mempunyai personaliti realistik akan berasa puas sekiranya dapat bekerja dalam persekitaran realistik juga.
  6. 6. PSIKOMETRIK Tingkah laku seseorang individu boleh ditentukan melalui interaksi antara personaliti dan kriteria- kriteria persekitarannya. Menurut Holland (1973), sekiranya kita mengetahui tentang pola personaliti dan persekitarannya secara tidak lansung kita akan dapat meramalkan perkara berkaitan pemilihan kerjaya, pencapaian kerjaya, kecekapan personal, tingkah laku pendidikan dan sosial serta pertukaran pekerjaan.
  7. 7. Kesahan & Kebolehpercayaan Ujian PSIKOMETRIK
  8. 8. CARTA ALIR PENTADBIRAN PSIKOMETRIK  Masa : Bulan ketiga sesi persekolahan Murid dikumpulkan  Sasaran : ITP – Tingkatan 1 dan 4 IMK - Tingkatan 1, 3 dan 5  Tempat : Sesuai dan kondusifEdaran kertas ujian & borang jawapan  Arahan menjawab mengikut keperluan inventori  Penstrukturan etika kerahsiaan dan limitasi Penerangan  Menjawab di atas borang jawapan  Kertas ujian tidak boleh diconteng dan perlu dikembalikan Murid menjawab  Masa: 30 minit soalan Pengiraan skor  Murid mengira skor masing-masing dengan bimbingan GBKSMPengisian skor dalam  Mengedar BPP kepada murid  Murid memindahkan skor ke dalam Borang Profil Borang Profil Psikometrik Psikometrik (BPP)  GBKSM akan memberikan pentafsiran skor Pentafsiran skor  Pengesahan/ tanda tangan GBKSM Fail Unit Bimbingan dan Kaunseling (TERHAD)Penyimpanan fail BPP   Simpan mengikut urutan nama dalam kelas  Disimpan di Unit Bimbingan dan Kaunseling
  9. 9. PSIKOMETRIK Pengiraan skor perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati agar kebolehpercayaan skor dapatannya tepat. Borang jawapan IMK mengandungi 6 lajur dan 20 baris. Bilangan lajur menjelaskan bahawa instrumen ini mengukur 6 konstruk iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising, dan Konvensional. 20 baris menjelaskan bahawa setiap konstruk diwakili oleh 20 item.
  10. 10. PSIKOMETRIK Pengiraan skor mentah adalah seperti berikut; i. Pada lajur pertama, pelajar dikehendaki mengira jawapan yang ditanda Y sahaja iaitu dari nombor 1 hingga 10 dan 61- 70. Jumlah skor Y ditulis dalam jadual yang disediakan di bahagian bawah borang jawapan yang bertanda R. ii. Pengiraan ini diulangi pada lajur kedua, ketiga, keempat, kelima, dan keenam . iii. Pilih 3 jumlah skor yang tertinggi (3 kod mata Holland). iv. Masukkan skor Tiga Kod Mata Holland ke dalam Borang Profil Psikometrik (BPP) untuk mengenalpasti kecenderungan kerjaya.
  11. 11. LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  12. 12. PSIKOMETRIK • Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. MempunyaiPenerangan kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan. • Jurutera, Jurubina, Animator, Pengaturcara Komputer, Juruterbang, Ahli Radiologi, Pustakawan, Juruteknik Kerjaya Elektronik, Chef, Atlet, Ahli Bomba Dan Penyelamat, Pemandu, Tentera, Operator Mesin, Mekanik, Ahli Perkebunan dan Pembuat Perabot. • Praktikal, mekanikal, materialistik, suka menggunakan peralatan dan mesin, introvert, Ciri akur, natural (semula jadi), berhemah, tulen, tegas dan berprinsip.
  13. 13. PSIKOMETRIK • Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuatPenerangan penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal. • Pegawai Perubatan, Ahli Farmasi, Psikiatrik, Ahli Ekonomi, Ahli Kajicuaca, Ahli Biologi, Ahli Kerjaya Botani, Ahli Agronomi, Ahli Fizik, Ahli Kaji Bintang, Ahli Kimia, Ahli Kajibumi, Penyelidik Sains, Angkasawan, Ahli Antropologi, Profesor, Guru Sains Dan Matematik. • Pemerhati, analitikal, rasional, teliti, Ciri intelektual, introvert, introspektif, optimistik, ingin tahu, teoris dan jitu.
  14. 14. PSIKOMETRIK • Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas,Penerangan kreatif, inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang-ulang. Mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai hasil seni kreatif. • Arkitek, Penulis Seni Kreatif, Artis, Pemimpin Orkestra, Pengubah Lagu, Kerjaya Pengarang, Pelukis, Wartawan Hiburan, Kartunis, Pereka Grafik, Pereka Fesyen, Juruhias Dalaman, Jurufoto, dan Jurusolek. • Imaginatif, intuitif, ekspresif, estetika, Ciri emosional, introspektif, reflektif, tulen, bebas, sensitif dan idealistik.
  15. 15. PSIKOMETRIK • Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih danPenerangan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial. • Guru, Pensyarah, Kaunselor, Pekerja Sosial, Pegawai Perhubungan Awam, Penyambut Tetamu, Kerjaya Pegawai Kebajikan, Jururawat, Paramedik, Pramugari/ Pramugara dan Pemandu Pelancong. • Sosial, suka menolong, bekerjasama, mesra, Ciri peramah, sabar, ekstrovert, empati, baik hati, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
  16. 16. PSIKOMETRIK • Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan, perniagaan dan keusahawanan. Wujudnya suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah, memimpin danPenerangan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi. • Usahawan, Pengarah Syarikat, Spekulator, Eksekutif Pengiklanan, Eksekutif Pemasaran, Agen Insuran, Pengarah Kerjaya Publisiti, Peguam, Ahli Politik, Pengurus Hotel, Pengurus Bank, Wartawan, Jurujual, Jurulatih dan Agen Pelancongan. • Ciri kepimpinan, sukakan pencapaian, bertenaga, daya pujuk yang tinggi, suka mempengaruhi, kebolehan memanipulasi, suka meneroka (adventurous), yakin diri, Ciri optimistik, mudah mesra, berwawasan, bercita-cita tinggi, berusaha, sosial, suka menonjolkan diri, ekstrovert dan bijak berkomunikasi.
  17. 17. PSIKOMETRIK • Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor, danPenerangan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan. • Kerani, Setiausaha, Penyimpan Kira-kira, Guru Perdagangan/ Guru Perakaunan, Akauntan, Jurutrengkas, Pegawai Bank, Kerjaya Pegawai Cukai, Operator Komputer, Penilai Harta, Juru Audit, Juruwang dan Pegawai Perangkaan. • Berstruktur tinggi, teliti, daya tahan tinggi, Ciri akur, praktikal, mengikut aturan, defensif, menurut perintah, cermat, cekap dan rutin.

×