SlideShare a Scribd company logo
1 of 31
Salik Dan Suluk
Salik adalah orang yang menjalani latihan kerohanian secara bersuluk. Suluk pula adalah
sistem latihan kerohanian yang digunakan bagi tujuan mendekatkan diri kepada Tuhan.
Semasa bersuluk seseorang itu mengasingkan diri daripada orang ramai. Bila dia tidak
ada bersama orang ramai, maka mereka terselamat daripada gangguan yang mungkin
datang daripadanya dan juga dia terselamat daripada gangguan yang mungkin datang
daripada mereka. Pengasingan tersebut boleh menyelamatkan ahli suluk itu daripada
anasir yang boleh merosakkannya melalui ego dan nafsunya. Dalam pengasingan itu juga
dia melatihkan diri bagi memperolehi perkembangan kerohanian. Dia melatihkan diri
agar terpisah daripada sifat-sifat yang tercela dan digantikan dengan sifat-sifat yang
terpuji. Semasa bersuluk itu amal ibadat seperti bersembahyang, berpuasa, berzikir dan
lain-lain dilakukan dengan banyaknya. Dorongan hawa nafsu dikurangkan dengan cara
menyedikitkan makanan, tidur dan berkata-kata. Bila kurang berkata-kata hati menjadi
tidak lalai dalam mengingati Tuhan.

Orang yang mahu memasuki suluk mestilah mempunyai azam yang kuat. Perkara-
perkara yang sering menghalang seseorang daripada memasuki suluk adalah dunia,
makhluk, syaitan dan hawa nafsu. Kebanyakan manusia tidak sanggup memisahkan diri
buat seketika dengan dunia dan makhluk. Tipu daya syaitan dan kesenangan hawa nafsu
berada dengan makhluk. Oleh sebab itu agak sukar bagi kebanyakan orang memisahkan
dirinya daripada orang ramai. Jika dia berjaya melepaskan halangan tersebut dia mungkin
berhadapan dengan halangan lain semasa bersuluk. Halangan semasa bersuluk adalah
tuntutan mencari rezeki, kebimbangan tidak akan menemui apa yang dicari, kemungkinan
ditimpa penyakit dan juga masalah keluarga yang berbagai-bagai. Seseorang salik perlu
memperkuatkan sifat sabar dan bertawakal jika dia mahu jika dia mahu melepasi
rintangan yang menghalangnya meneruskan amalan suluk. Dia juga perlu mengawasi
perkara-perkara yang boleh merosakkan pencapaian rohaninya. Perkara-perkara tersebut
adalah sifat-sifat takabur, ujub, riak dan samaah. Suasana hati yang ingin diperolehi
melalui bersuluk adalah: “Ilahi! Engkau jua maksud dan tujuanku dan keredaan Engkau
yang aku cari”.

Salik yang berhasrat memperolehi hasil yang baik perlu menjaga sopan santun semasa
bersuluk.         Perlu       yang         perlu         dijaga        adalah:
a) mengikhlaskan kasih kepada Allah s.w.t dan melakukan ibadat semata-mata kerana
Allah    s.w.t     bukan    kerana    mahukan      kasyaf    dan    keramat.
/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
b) Amal ibadat yang dilakukan hendaklah sesuai dengan peraturan yang ditentukan oleh
syariat,   tidak   boleh   mengubahnya     sehingga       bercanggah     dengan    syariat.
c) Salik perlu melepaskan ilmu-ilmu yang boleh melalaikannya dan boleh menarik cita-
citanya kepada yang selain Allah s.w.t. Ilmu-ilmu seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu
menarik harta dari bumi, ilmu yang berkait dengan khadam dan yang seumpamanya
hendaklah    dilepaskan    kerana   ilmu     yang    demikian    menutup        mata     hati.
d) Ketika menjalani amalan suluk fikiran hendaklah dibebaskan daripada memikirkan dan
mengangankan           sesuatu        yang           di         dalam           dunia.
e) Hati hendaklah dipisahkan daripada sifat-sifat yang keji, seperti sifat haiwan, syaitan
dan                 dorongan                  hawa                     nafsu.
f) Memenuhkan masa bersuluk dengan kegiatan yang mengingatkan hati kepada Allah
s.w.t.



Sebahagian manusia lebih dituntut bergiat dalam kehidupan harian daripada
mengasingkan diri. Pertama adalah orang alim yang ilmunya diperlukan bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang ramai. Termasuk di dalam ilmu yang
diperlukan oleh orang ramai adalah pengajarannya, fatwanya dan karangannya. Orang
yang seperti ini penyebaran ilmu merupakan ibadat khusus bagi mereka selepas ibadat
fardu. Selepas urusan sembahyang lima waktu, lebih afdal baginya menyebarkan ilmu
dan membasmikan kejahilan dalam masyarakat daripada mengasingkan diri dan
membenamkan diri ke dalam perkara yang sunat. Golongan kedua adalah pengusaha
yang mempunyai kepakaran yang diperlukan oleh orang ramai, seperti doktor, pembuat
roti, tukang kayu dan sebagainya. Mereka perlu berkhidmat kepada orang ramai dan
memakmurkan bumi ini. Masa lapang mereka perlu diisi dengan ibadat dan membaca al-
Quran. Golongan ke tiga adalah pemerintah yang bertugas membawa kebajikan kepada
orang ramai. Mereka lebih dituntut menegakkan keadilan di dalam masyarakat dan
menyebarkan kesejahteraan hidup daripada mengasingkan diri. Masa lapang mereka
perlu diisi dengan ibadat dan pada malamnya diperbanyakkan wirid.

Ada dua jenis manusia, secara sifat semulajadi mereka, sangat cenderung memasuki jalan
suluk. Jenis pertama adalah orang yang cenderung untuk menjadi abid atau ahli ibadat.
abid tidak mempunyai sebarang pekerjaan kecuali beribadat kepada Allah s.w.t.
Golongan ini seolah-olah tidak ada kemahiran untuk melakukan sesuatu yang lain
daripada beribadat. Mereka hanya memperolehi manfaat dengan menggunakan masa
/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
untuk beribadat. Golongan ini dikuasai oleh suasana hati yang sangat takut meninggalkan
ibadat untuk melakukan sesuatu pekerjaan, kerana dia takut tidak akan dapat
menyempurnakan kebaktiannya kepada Allah s.w.t. Mereka sangat takutkan dunia kerana
mereka melihat kekacauan di dalam dunia menjadi fitnah yang merosakkan hubungan
mereka dengan Tuhan. Meninggalkan ibadat membuat mereka merasakan berjauhan
dengan Tuhan. Rasa berjauhan dengan Tuhan menjadikan mereka tidak bermaya dan
tidak berupaya berbuat apa-apa. Hanya ibadat boleh memberi kekuatan kepada mereka.
Mereka seolah-olah tidak ada pilihan kecuali hidup beribadat dalam pengasingan. Jenis
kedua dinamakan muwahhid iaitu orang yang terikat sepenuhnya dengan Allah s.w.t.
Kecintaan mereka kepada Allah s.w.t sangat kuat menyebabkan hati mereka ‘pecah’ dan
tidak berupaya lagi mengasihi sesuatu yang selain Allah s.w.t. Kebahagiaan mereka
hanyalah bersama-sama Allah s.w.t, tidak ada tempat lagi untuk makhluk. Hati mereka
tidak melihat kepada makhluk, oleh itu kehadiran makhluk tidak diperlukan. Orang yang
ditakdirkan menjadi salah satu daripada dua golongan tersebut sangat cenderung
memasuki jalan suluk sebagai persediaan untuk mereka mencapai kesempurnaan pada
jalan abid atau muwahhid.

Selain golongan yang menuju kepada suasana abid dan muwahhid, orang yang cenderung
memasuki jalan suluk adalah muta’allim, iaitu orang yang belajar semata-mata kerana
Allah s.w.t. Mereka merupakan golongan yang mencari kebenaran. Mereka tidak merasa
puas dengan apa yang ditemui pada jalan pembelajaran biasa. Mereka memasuki suluk
dengan harapan akan menemui apa yang tidak mereka temui sebelum bersuluk. Mereka
percaya kebenaran yang sejati hanya boleh ditemui oleh hati yang suci murni dan cara
yang paling baik menyucikan hati adalah dengan bersuluk. Golongan ini memerlukan
bimbingan guru tarekat yang arif. Guru hendaklah tahu kedudukan murid dan tahu kadar
ilmu yang boleh dibukakan kepada murid berkenaan. Bagi muta’allim (orang yang
belajar) yang tidak memasuki jalan suluk, haruslah memberi tumpuan kepada
mempelajari ilmu. Menghadiri majlis ilmu lebih utama daripada ibadat sunat dan berzikir
yang boleh dilakukan pada masa lapangnya.

Muta’allim yang memasuki suluk lebih terdorong untuk mengalami suasana kerohanian
yang diistilahkan sebagai muttakhaliq, iaitu orang yang mengalami perubahan sifat. Ada
dua jenis muttakhaliq. Jenis pertama mengalami suasana mereka menjadi alat dan Allah
s.w.t Pengguna alat. Mereka melihat perbuatan dan kelakuan mereka berlaku tanpa
mereka rancang dan mereka tidak berdaya menahannya. Mereka melihat apa yang terjadi
/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
pada mereka terjadi tanpa kehendak mereka sendiri, tanpa usaha, tanpa tadbir dan tanpa
ikhtiar memilih. Muttakhaliq jenis kedua pula adalah orang yang melihat Allah s.w.t
meletakkan sifat dan bakat pada diri mereka dan mereka menjadi pelaku kepada sifat dan
bakat tersebut. Jenis pertama melakukan sesuatu dalam suasana ‘dengan kehendak Allah
s.w.t’ dan jenis kedua dalam suasana ‘dengan izin Allah s.w.t.’

Ahli suluk, sesudah melalui berbagai-bagai pengalaman kerohanian, kembali semula
kepada kesedaran biasa dinamakan mutahaqqiq. Golongan ini kembali kepada jalan
kenabian, memegang tugas sebagai khalifah Allah s.w.t yang meneruskan perjuangan
Nabi-nabi. Golongan ini kembali kepada kesedaran kemanusiaan bagi membolehkan
mereka menguruskan hal-ehwal manusia.

Latihan kerohanian yang dilakukan semasa bersuluk berkemungkinan membawa salik
memperolehi kasyaf, iaitu terbuka perkara ghaib kepada pandangan mata hatinya. Kasyaf
ada dua jenis, iaitu kasyaf kecil dan kasyaf besar. Kasyaf kecil termasuklah terbukanya
pandangan untuk melihat kepada Alam Barzakh, melihat roh orang yang sudah
meninggal dunia, melihat syurga dan neraka, melihat makhluk halus dan lain-lain. Kasyaf
besar pula adalah terbukanya pandangan hati kepada hakikat sesuatu dan membuka
ingatan dan penghayatan kepada Allah s.w.t. Dalam perjalanan kerohanian, kasyaf kecil
tidak penting bahkan kasyaf kecil sering menjadi benteng yang menghalang salik
meneruskan perjalanannya. Keasyikan menyaksikan perkara ghaib membuat salik
berhenti dan menyangkakan dia sudah sampai kepada Yang Haq, sedangkan
perjalanannya masih jauh lagi. Apa yang penting adalah kasyaf besar atau terbukanya
hakikat sesuatu. Pembukaan tentang hakikat boleh menyelamatkan salik daripada tipu
daya syaitan yang bersembunyi di sebalik berbagai-bagai rupa, bentuk dan keadaan. Salik
yang dikurniakan kasyaf besar tidak tertipu dengan syaitan walaupun syaitan datang
dalam rupa guru yang alim dan warak. Salik juga boleh mengenali malaikat sekalipun
malaikat datang tanpa berupa. Rasulullah s.a.w melihat rupa malaikat Jibrail a.s dalam
rupanya yang asli hanya dua kali sahaja, tetapi setiap kali Jibrail a.s datang Rasulullah
s.a.w mengenalinya, sekalipun Jibrail a.s memakai rupa manusia atau tidak berupa.
Kasyaf yang mengenali hakikat inilah sangat penting bagi salik yang berjalan kepada
Tuhan. Kasyaf seperti ini diperolehi apabila rohani kembali kepada kesuciannya yang
asal. Rohani yang demikian mengenali syaitan walaupun syaitan mengenderai manusia
atau suasana dan rohani itu juga mengenali malaikat walaupun malaikat tidak menjelma
di hadapannya. Contoh kasyaf besar adalah, apabila seorang salih didatangi oleh
/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
seseorang yang menyuruhnya berbuat kejahatan, maka dengan segera orang salih itu
berkata: “Pergi kamu syaitan!” Orang salih itu menyedari atau melihat dengan kasyafnya
yang orang yang mendatanginya itu sedang digunakan oleh syaitan untuk mengenakan
tipu dayanya. Kasyaf yang demikian, walaupun tidak memperlihatkan rupa syaitan yang
sebenarnya, tetapi syaitan itu tidak dapat bersembunyi.

Kasyaf membawa salik kepada zauk iaitu mengalami suasana yang berhubung dengan
Tuhan. Zauk membawa salik mengalami suasana Hadrat Tuhan. Suasana Hadrat Tuhan
yang menguasai salik itu membentuk keperibadiannya.

Bidang zauk sangat luas. Zauk biasanya diperolehi oleh salik yang terus menerus
membenamkan dirinya di dalam zikir. Tenaga zikir memberi kekuatan kepada rohaninya
untuk menghadap kepada hakikat ketuhanan. Kesan daripada pengalaman menghadap
kepada hakikat ketuhanan yang dirasakan oleh hati itulah dinamakan zauk. Misalnya, hati
salik berhadap kepada hakikat Tuhan Yang Maha Keras. Dia akan dikuasai oleh perasaan
takut kepada Tuhan, takut kerana dosa-dosa yang telah dilakukannya, takut kerana ibadat
yang dilakukannya tidak sempurna dan bermacam-macam ketakutan lagi. Pengalaman
yang demikian dinamakan pengalaman hakikat dan ia membuatnya mengenali Tuhan
Yang Maha Keras atau dia dikatakan memperolehi makrifat tentang Tuhan Yang Maha
Keras.

Salik juga mungkin mengalami hakikat kenabian. Mungkin salik mengalami suasana
Nabi Adam a. s diciptakan dan diturunkan ke bumi. Salik tersebut dikatakan mengalami
Hakikat Adamiyah dan ia membuatnya lebih mengerti tentang kenabian Adam a.s.
Pengalaman yang demikian tidak mengubahnya menjadi Nabi Adam a.s atau bersatu
dengan beliau a.s. Jika ada penyatuan pun hanyalah dalam zauk atau alam perasaan,
bukan penyatuan yang sebenarnya. Hakikat Adamiyah adalah suasana pentadbiran Tuhan
yang berhubung dengan kejadian Adam a.s. Ia bukan anasir alam dan bukan berada
dalam hati salik yang mengalaminya. Ia adalah suasana yang Tuhan gubah bagi
memperkenalkan apa yang Dia mahu kenalkan kepada hati hamba-Nya. Begitu juga
dengan pengalaman salik berhubung dengan hakikat Nabi Muhammad s.a.w atau dikenali
sebagai Hakikat Muhammadiah. Salik tidak bertukar menjadi Nabi Muhammad s.a.w
atau bersatu dengan baginda s.a.w. Salik diberi kesempatan mengenali Nabi Muhammad
s.a.w dalam suasana pentadbiran Tuhan atau urusan Tuhan. Apa sahaja yang Tuhan mahu
ciptakan telah ada pada sisi-Nya, dalam Ilmu-Nya, termasuklah Nabi Adam a.s dan Nabi
/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
Muhammad s.a.w. Tuhan bentukkan misal bagi suasana yang pada sisi-Nya yang
melampaui segala misalan, dan misal gubahan Tuhan itu dihantarkan kepada hati salik.
Salik yang menetap dalam kehambaan menyaksikan Hakikat Adam, Hakikat Muhammad
dan Hakikat Tuhan. Salik yang terbalik pandangannya menjadi orang yang merasakan
menjadi Nabi Adam a.s, menjadi Nabi Muhammad s.a.w dan menjadi Tuhan atau pun
mereka merasakan suasana penyatuan dengan hakikat-hakikat tersebut. Penyatuan
tersebut hanya berlaku dalam bayangan ilmu, bukan penyatuan yang sebenarnya. Apabila
salik melepasi peringkat bayangan, dia masuk kepada hal yang sebenar, yang tidak serupa
dengan bayangan ilmu itu.

Manusia    yang   ciptaannya   digabungkan   unsur   rohani   dengan   unsur   jasmani
berkemampuan menerima bayangan Tuhan atau menerima sinaran Nur-Nya. Bayangan
tetap bayangan. Zat Tuhan Yang Maha Tinggi tetap tinggal diselubungi oleh selimut
ghaib yang Mutlak lagi amat perkasa, tidak mungkin diruntuhkan oleh kasyaf yang
bagaimana pun. Nur bukanlah Zat, tetapi hanyalah satu ayat, tanda atau bukti tentang
Tuhan dan juga satu Hijab daripada sekalian banyak Hijab-hijab ketuhanan, juga satu
nama daripada sekian banyaknya nama-nama Tuhan. Kebodohan, ketidak-upayaan
mengenal-Nya adalah tabir penutup yang asli dan tidak mungkin tersingkap hakikat Zat
Tuhan     melainkan   pada hari kebangkitan,     suasana yang     Tuhan   berkehendak
memperlihatkan Diri-Nya secara nyata. Sebelum itu penyaksian merupakan penglihatan
akal dan mata hati atau melihat Nur-Nya.

Dalam fana salik mencapai Wajibul Wujud sifat bukan Wajibul Wujud Zat. Zat Ilahiat
melampaui perbatasan Wajibul Wujud, mumkinul wujud atau apa sahaja yang dikaitkan
dengan wujud atau tidak wujud. Salik yang mencapai Wajibul Wujud sifat mencapai
kedudukan kewalian iaitu dia menjadi alat Allah s.w.t, bukan menjadi Allah s.w.t. Allah
s.w.t memperkenalkan Hadrat-Nya melalui sifat dan nilai yang ada dengan manusia. Sifat
dan nilai yang ada pada wali-Nya memperkenalkan-Nya dengan lebih berkesan daripada
orang lain. Semakin sempurna kewalian seseorang itu semakin menyerlah keupayaan
yang dikurniakan Allah s.w.t kepadanya dalam memperkenalkan-Nya sebaik mungkin.

Bakat atau keupayaan memperkenalkan Tuhan yang dikurniakan kepada wali itu
dinamakan tajalli Rahmani (kenyataan Tuhan). Wali yang di dalam fana mengucapkan “
Ana al-Haq! (Aku adalah Tuhan!)” memperkenalkan sifat Kalam Tuhan. Tuhan yang
mengatakan demikian melalui lidah wali-Nya. Wali yang tidak di dalam fana pula
/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
mengatakan “Hua al-Haq! (Dia jualah Tuhan!)”. Ucapan wali yang di dalam fana dan
ucapan wali yang di dalam kesedaran itu membawa maksud yang serupa. Wali yang di
dalam fana tidak menjadi Tuhan dan demikian juga wali yang di dalam kesedaran.

Satu jenis tajalli lagi dinamakan tajalli rohani (tajalli roh). Roh yang asli yang mengenal
Tuhan dibungkus atau dihijab oleh bakat roh yang mendatang yang padanya terdapat
berbagai-bagai sifat buruk yang menghijab Latifah Rabbaniah. Dalam tajalli roh
kumpulan atau penyatuan hijab-hijab itulah yang menyata sebagai roh yang memiliki
sifat Rabbaniah (ketuhanan). Orang yang mengalami tajalli roh mengatakan juga “Ana al-
Haq!” dan pada ucapan tersebut ada pengakuan tentang ketuhanan rohnya. Dia benar-
benar merasakan rohnya itulah Tuhan dan dia melihat sekalian makhluk tunduk kepada
keagungan, kebesaran dan kemuliaan rohnya. Orang yang mudah terjatuh ke dalam
medan tajalli roh ini adalah mereka yang sejak awal perjalanan lagi memang
mempercayai dan berpegang kepada fahaman wahdatul wujud dan mereka sengaja
mencari penyatuan dengan Tuhan. Segala usaha ditujukan bagi menghapuskan
kemanusiaan mereka dan melahirkan ketuhanan diri mereka. Mereka berpegang kepada
fahaman bahawa diri mereka, Adam, Muhammad dan Allah s.w.t adalah yang satu (kami
berlindung kepada Allah s.w.t daripada iktikad yang sesat itu). Ibadat dan zikir bukan
ditujukan kerana mencari keredaan Allah s.w.t sebaliknya digunakan bagi melahirkan
kesedaran menurut apa yang telah mereka iktikadkan. Penyatuan Adam, Muhammad,
Allah s.w.t dan diri mereka dialami pada makam roh. Sejak mula lagi, walaupun
menyebut nama Allah s.w.t tetapi tumpuan dan penghayatan mereka adalah roh. Mereka
memulakan sembahyang dengan memukau diri sendiri agar meyakini bahawa perbuatan
mereka adalah Perbuatan Tuhan, sifat mereka adalah Sifat Tuhan, wujud mereka adalah
Wujud Tuhan dan zat mereka adalah Zat Tuhan. Kalimah “La ilaha illa Llah” yang
bermaksud “Tiada Tuhan melainkan Allah” mereka menghayatinya sebagai “La maujud
illa Llah ” yang bermaksud “ Tidak ada yang ada melainkan Allah”. Mereka gunakan
ucapan orang yang di dalam zauk untuk membentuk kefahaman mereka di dalam sedar.
Setelah ditekankan beberapa lama bahawa perbuatan, sifat, wujud dan zat mereka sama
dengan Tuhan maka keyakinan yang demikian terpahat dalam jiwa mereka. Bila sampai
kepada satu tahap keyakinan hati mereka merasakan sekalian makhluk tunduk kepada
ketuhanan mereka. Ketika itu keluarlah dari mulut mereka ucapan “ Ana al-Haq!”.

Walaupun mengucapkan yang demikian seperti yang diucapkan oleh salik yang di dalam
fana namun hati salik yang menerima tajalli Rahmani berbeza daripada hati mulhid yang
/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
menerima tajalli roh. Dalam tajalli roh tidak ada fana. Apa yang disangkakan fana di situ
adalah pelepasan secara menyeluruh pengakuan kehambaan dan penerimaan secara
menyeluruh bahawa rohnya adalah Tuhan atau Tuhan yang menjadi nyawa kepada
rohnya. Bila orang ini kembali semula kepada kesedaran, ego diri dan sifat-sifat
kebinatangan bertambah kuat menguasai mereka. Mereka menjadi orang yang takabur,
berani mempersendakan Tuhan, nabi-nabi dan amalan agama (Ya Allah! Lindungi kami
daripada perbuatan sesat itu.) Dari kalangan mereka timbul ungkapan bahawa ilmu Tuhan
belum sempurna. Keegoan diri bertambah dan syariat dibuang begitu sahaja. Mereka
menyahut seruan azan dengan ucapan meremehkannya. Mereka melihat ibadat yang
orang lain lakukan sebagai sia-sia sahaja kerana kononnya orang ramai tidak mengenal
Tuhan seperti mereka. Bagi mereka sembahyang yang sebenar adalah menyembah diri
sendiri. Mereka inilah kumpulkan yang sesat, menyebarkan kesesatan dengan
berselindung di sebalik ajaran tarekat tasauf dan ahli sunnah wal jamaah. Setiap Mukmin
yang menjalani tarekat yang benar berkewajipan menghancurkan gerakan kumpulan
tarekat yang sesat itu. Jangan terpedaya orang sesat yang boleh mengeluarkan kebolehan
yang luar biasa. Mahaguru ajaran sesat, iblis laknatullah, lebih lagi luar biasanya.

Dalam tajalli Rahmani keegoan salik binasa dan dia mencapai fana. Dalam kefanaan sifat
kemanusiaannya lenyap bersama-sama kekotoran hatinya. Bila dia sedar semula dia
sudah menjadi bersih dan hatinya penuh dengan keikhlasan. Ego tidak kembali
kepadanya. Dia sentiasa merendahkan diri kepada Tuhan dan sesama manusia. Dia
mematuhi perintah-Nya dan peraturan-Nya dan berjalan di atas muka bumi dengan
tawaduk dan takwa.

Seseorang yang ingin menjadi salik sangat perlu melepaskan fahaman wahdatul wujud
dan keinginan kepada sesuatu yang selain Allah s.w.t seperti kasyaf, kekeramatan,
kewalian, sesuatu ilmu dunia dan lain-lain yang boleh menjadi hijab. Masuklah ke dalam
suluk bersama-sama syariat, sebagai hamba Tuhan, yang inginkan makam sebagai hamba
Tuhan semata-mata tidak hamba kepada yang selain-Nya, mahu menyembah Tuhan
semata-mata, tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu baik yang nyata mahupun
yang ghaib, berharap, bergantung dan berhajat kepada-Nya semata-mata, tidak kepada
yang lain.

Orang yang baharu memasuki bidang tarekat tasauf gemar memerhatikan martabat nafsu.
Mereka sering mengintai-intai diri mereka apakah sudah berada pada martabat nafsu
/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
yang tinggi. Jika mereka merasakan terdapat tanda ketinggian nafsu mereka maka mereka
akan merasakan kejayaan. Orang salik dan juga orang yang berminat kepada tasauf
perlulah sedar bahawa martabat nafsu bukanlah matlamat. Huraian di dalam buku-buku,
daerah nafsu-nafsu dinyatakan dengan jelas. Dalam perjalanan yang sebenarnya tidak ada
sempadan yang jelas di antara satu daerah nafsu dengan daerah nafsu yang berikutnya.
Perubahan sifat nafsu berlaku tanpa disedari, tidak ada isyarat yang mengsahkan yang
mereka sudah berpindah kepada daerah nafsu yang lain. Keinginan kepada pertukaran
makam nafsu merupakan tipu daya yang halus. Orang yang memasuki suluk perlu
membuang kehendak diri sendiri dan tunduk kepada kehendak Tuhan. Jika masih lagi
mengintai makam nafsu bermakna kehendak diri masih lagi kuat. Walaupun dia melihat
tanda nafsunya sudah ada pada makam yang tinggi, tetapi keinginannya kepada makam
nafsu yang tinggi itu menunjukkan kehendaknya masih belum menyerah kepada
kehendak Tuhan. Itu bermakna dia belum mencapai makam nafsu yang tinggi itu
walaupun dia merasakan sudah mencapainya. Makam-makam nafsu hanyalah panduan di
dalam perjalanan, berguna bagi guru yang membimbing muridnya dalam menyusun
latihan berperingkat-peringkat.

Permulaan tarekat adalah syariat dan penghabisan tarekat adalah juga syariat. Kebenaran
dalam syariat dipermulaan jalan tidak jelas. Setelah sampai di penghujung jalan
kebenaran yang dinyatakan oleh syariat menjadi jelas. Pengalaman fana yang paling
tinggi dalam nafsu radhiah tidak dapat menandingi satu sembahyang fardu yang
dilakukan kerana Allah s.w.t menurut peraturan syariat. Baqa bersama-sama Allah s.w.t
di dalam makam nafsu mardhiah tidak dapat menandingi baqa (kekal) di dalam Sunah
Rasulullah s.a.w. Kesempurnaan nafsu pada makam kamaliah tidak dapat menandingi
kesempurnaan menjalankan perintah Allah s.w.t, terutamanya dalam bidang berdakwah
membimbing umat manusia kepada jalan Allah s.w.t. Makam-makam nafsu hanyalah alat
atau jalan, bukan matlamat. Zikir yang dilakukan sendirian selama 24 jam tanpa berhenti
tidak dapat menandingi zikir yang melibatkan perkataan, perbuatan dan perasaan yang
dilakukan dalam masyarakat dan memanfaatkan makhluk Tuhan. Tarekat haruslah
dijadikan alat untuk menyempurnakan syariat bukan untuk sesuatu tujuan yang lain.

Salik perlu tahu bahawa latihan kerohanian yang sebenar hanya bermula apabila dia
diheret oleh kuasa ghaib dan dia dapat merasakan yang dia diberi bimbingan, tunjuk-ajar
serta panduan. Pada masa yang sama dia merasakan jalan menuju Tuhan semakin terang
dan rasa kehampiran dengan Tuhan semakin bertambah. Salik perlu sedar bahawa tidak
/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
ada satu jalan pun daripada hamba kepada Tuhan. Semua jalan kepada Tuhan adalah
dihulurkan daripada Tuhan kepada hamba. Selagi Tuhan tidak menghulurkan jalan selagi
itulah hamba tidak menemui jalan kepada-Nya. Latihan kerohanian yang dilakukan oleh
salik bertujuan mempersiapkan salik agar bersedia memasuki jalan Tuhan apabila Tuhan
membuka jalan tersebut. Sekiranya dia tidak bersedia jalan tersebut akan ditutup kembali.
Rasulullah s.a.w berkhalwat di Gua Hiraa sebagai persiapan menerima kedatangan
wahyu. Khalwat yang baginda s.a.w lakukan itu tidak berupaya memanggil wahyu turun.
Wahyu datang daripada Allah s.w.t, menurut kehendak-Nya namun, Allah s.w.t
menghantarkan wahyu setelah baginda s.a.w bersedia dan mampu menerima kedatangan
wahyu itu. Begitu juga dengan kedatangan warid. Ia dihantarkan kepada salik yang
bersedia menerimanya.

Setelah mengakui tidak ada jalan atau tangga yang boleh dibina oleh hamba untuk
mencapai Tuhan maka hamba tidak ada pilihan kecuali bersandar kepada Tuhan dan
berserah diri kepada-Nya. Ilmu dan amal hanya mampu membawa salik kepada makam
berserah diri kepada Tuhan dengan sepenuh jiwa raga. Makam berserah diri adalah
medan di mana dihulurkan jalan atau tangga yang membawa seseorang hamba kepada
Tuhan. Penyerahan yang sebenar itu adalah Islam. Hanya Islam sahaja yang menjadi
agama yang diredai Allah s.w.t dan kepada orang yang benar-benar Islam sahaja
dikurniakan nikmat kehampiran dengan Allah s.w.t Yang Maha Tinggi. Tidak dinamakan
Islam tanpa syariat Islam. Oleh sebab itu tarekat yang putus dengan syariat Islam tidak
akan menemukan seseorang dengan Allah s.w.t. Islam merupakan satu-satunya jalan bagi
seseorang hamba menghampiri Tuhan. Tidak ada jalan lain lagi. Allah s.w.t telah
menyatakan perkara ini dengan tegasnya di dalam al-Quran:

Hari ini Aku sempurnakan agama kamu bagi kamu dan Aku cukupkan atas kamu
nikmat-Ku. Dan Aku reda Islam menjadi agama (syariat) kamu . ( Ayat 3 : Surah al-
Maa’idah )


Tarekat Tasauf


Motif tarekat tasauf adalah: “ Ilahi! Engkau jualah tujuanku. Keredaan Engkau jua yang
daku cari ”.   Tarekat tasauf menjurus sepenuhnya kepada usaha mendekatkan diri kepada
Allah s.w.t, mengabdikan diri kepada-Nya sebaik mungkin dan mengenali-Nya
sebagaimana layaknya. Pokok dari ajaran tarekat tasauf adalah penyucian hati. Syarat
/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
penyucian hati yang pertama adalah taubat secara zahir dan batin. Taubat zahir berkaitan
dengan perkataan, perbuatan, perasaan, menghindarkan diri daripada melakukan dosa dan
memperbanyakkan kebaikan. Taubat batin berkaitan dengan rohani, mengembalikan
rohani kepada tahap kesuciannya yang asli.

Perkaitan rohani dengan jasad dan dunia melahirkan tenaga yang mengheret rohani lari
daripada kedudukannya yang asli. Tenaga negatif itu muncul daripada nafsu. Nafsu yang
asalnya bersifat baik sudah dikuasai oleh sifat-sifat buruk. Nafsu yang pada asalnya
menghadap Tuhan telah berpaling menghadap kepada yang selain Tuhan. Penumpuan
taubat batin adalah membawa nafsu kepada haluannya yang asal, yang menghala kepada
Tuhan. Rantai yang mengheret nafsu ke arah yang salah mesti diputuskan.

Daerah-daerah nafsu perlu difahami bagi memudahkan tugas membawanya kepada arah
dan matlamat yang benar. Sebelum nafsu sampai kepada arah yang benar ada tiga daerah
nafsu perlu ditempuhi. Tiga daerah tersebut adalah ammarah, lawwamah dan mulhamah.

Rantai yang mengikat nafsu dalam daerah nafsu ammarah adalah yang paling kasar dan
paling kuat. Pengikat nafsu dalam daerah ini adalah sifat-sifat keji seperti sombong, ujub,
riak dan sama'ah. Sifat-sifat tersebut membuat manusia merasakan dirinya lebih baik,
lebih mulia dan lebih cerdik daripada orang lain. Dia suka menunjuk-nunjuk, suka dipuji
dan suka namanya menjadi terkenal. Dalam daerah ini tidak ada nilai-nilai murni
kemanusiaan dan tidak ada peraturan. Orang yang berada dalam daerah ini sangat
tamakkan harta dan tidak peduli dari sumber mana harta itu diperolehinya. Apabila
memperolehi harta dia menjadi bakhil. Nafsu yang berada dalam daerah ammarah ini
juga kuat berdengki, berdendam dan sanggup berbuat khianat. Selain itu nafsu ammarah
bertabiat suka berangan-angan. Dia merasakan apa yang dia angankan akan diperolehinya
walaupun dia tidak ada kemampuan untuk berbuat demikian. Orang yang dibungkus oleh
nafsu ammarah suka menggunakan dua cara penilaian. Bagi dirinya digunakan cara
positif dan untuk orang lain digunakan cara negatif. Dia mengatakan orang lain
mengumpat tetapi bagi dirinya, berbuat perkara yang serupa dikatakan mengatakan yang
benar. Orang lain dikatakan berdengki tetapi buat dirinya dikatakan mempertahankan
yang hak. Orang lain dikatakan bakhil tetapi buat dirinya dikatakan berjimat cermat.
Sikap yang demikianlah membuatkan tertutup pandangannya daripada melihat kepada
keburukan, kejahatan dan kecacatan yang ada dengan dirinya. Dia dikuasai oleh perasaan
bahawa dialah manusia yang paling tahu dan paling sempurna. Dia merasakan syurga
/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
adalah haknya sekali pun dia tidak melakukan kebaikan. Perasaan yang demikian muncul
kerana sifat ammarah tidak menghalang seseorang menggunakan ilmu yang bersangkutan
dengan kehidupan dunia. Ia hanya menutup ilmu tentang Tuhan dan akhirat. Kemampuan
menggunakan ilmu dunia membuatkan ahli nafsu ammarah boleh berjaya dalam
kehidupan, boleh menjadi cendikiawan dan pemimpin masyarakat. Dia juga boleh
mempelajari ilmu agama dan menjadi alim dalam bidang tersebut. Tetapi ilmu tidak
berdaya menyelamatkannya kerana dia taksub dengan ilmunya. Dia menjadi marah jika
mengetahui orang ramai berguru dengan orang alim yang lain. Dia suka mengeluarkan
kenyataan yang merendah-rendahkan ilmu orang lain. Dia merasakan dirinya adalah ahli
agama yang sempurna, ahli syurga yang tidak akan dihisab, sudah mencapai makam
makrifat sementara orang lain tidak sempurna, ahli neraka dan tidak bermakrifat.

Tarekat tasauf mengajarkan manusia supaya membina kekuatan dalam berjihad
menentang sifat nafsu ammarah dan membebaskan diri daripada ikatan rantainya.
Kekuatan dalaman diperolehi dengan cara mengingati Allah s.w.t sebanyak mungkin.
Pada peringkat permulaan ingatan kepada Allah s.w.t dilakukan dengan paksaan dan
hanya berlaku secara luar sahaja tetapi dengan mengulangi nama-nama Tuhan,
menyebutkannya kuat-kuat akan menambahkan kesedaran terhadap-Nya. Ingatan kepada
Tuhan yang dilakukan secara berterusan akhirnya akan masuk ke dalam hati. Ketika itu
ingatan kepada Tuhan dilakukan dalam hati, tidak perlu lagi menyebutnya kuat-kuat.

Ucapan dan ingatan kepada nama-nama Tuhan membuat hati menjadi jaga dari tidur dan
sedar dari kelalaian. Hati mendapat kekuatan untuk berperang dengan tentera ammarah.
Berlakulah peperangan di antara yang baik dengan yang jahat. Perjuangan ini berlaku di
dalam daerah nafsu lawwamah. Senjata tentera lawwamah adalah taat kepada peraturan
syariat, rajin beribadat dan menyibukkan lidah dan hati berzikir kepada Allah s.w.t. Hati
yang sudah jaga daripada tidur mampu berfungsi sebagai juru nasihat kepada diri sendiri.
Bila terjadi kesalahan dosa akan berdetiklah peringatan di dalam hati dan orang yang
berkenaan menjadi menyesal dan bertaubat. Bila hati bertambah kuat juru nasihat dalam
diri juga menjadi kuat. Ia akan menarik dirinya lari daripada dosa sebelum dosa
dilakukan. Walaupun begitu, ketika berada dalam daerah lawwamah, seseorang itu masih
lagi terlanjur melakukan dosa sekalipun dia berusaha mencegahnya. Ini kerana
sebahagian daripada rantai-rantai ammarah belum lagi putus daripada daerah lawwamah.
Rantai tersebut adalah ujub, riak dan samaah. Sifat kebaikan yang muncul dalam daerah
lawwamah adalah mengakui kesalahan diri sendiri, menyesal dan bertaubat. Orang yang
/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
berada dalam daerah lawwamah gemar bertafakur, merenung sesuatu dan mengaitkannya
dengan Kudrat dan Iradat Tuhan. Ingatannya kepada Allah s.w.t sekali sekala masuk ke
dalam hati dan menerbitkan rasa kemanisan berzikir. Zikir yang telah masuk ke dalam
hati menguatkan dan melembutkan hati itu. Kuat dalam melawan yang salah dan lembut
dalam penyesalan terhadap kesalahan diri. Ahli nafsu lawwamah banyak menangis
apabila teringatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia juga mudah menangis ketika beribadat.
Suasana hati yang menguasai ahli lawwamah ini adalah ‘takutkan Allah.’ Perhatiannya
lebih tertuju kepada akhirat dan syurga daripada nikmat keduniaan. Satu sikap yang agak
ketara muncul pada ahli lawwamah adalah dia bukan sahaja mengkeritik kesalahan
dirinya malah dia juga mengkeritik kesalahan orang lain. Ini berlaku kerana dia selalu
memerhatikan kesalahan dirinya dan kesalahan orang lain. Dalam memerhatikan
kesalahan diri dia melihat kesungguhannya bekerja menghapuskan kesalahan. Dia
melihat dirinya yang bertaubat dan memohon keampunan dari Allah s.w.t. Dalam
memerhatikan kesalahan orang lain dia tidak melihat mereka berbuat demikian. Perhatian
yang demikian membuatnya merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain.

Semakin jauh seseorang itu memasuki daerah lawwamah semakin kurang pengaruh
ammarah pada dirinya. Apabila sampai kepada satu peringkat rantai ammarah putus
daripadanya dan dia masuk ke dalam daerah nafsu mulhamah. Nafsu mulhamah adalah
nafsu yang sudah bersih daripada kekotoran. Bila kekotoran tidak ada pada hati, fikiran
kotor tidak datang lagi dan mengambil alih tempatnya adalah ilham bersih yang datang
dari alam tinggi. Cermin hatinya yang kerap menghadap kepada alam tinggi membuatnya
sering lupa kepada alam rendah. Dia menjadi tidak berminat dengan harta, berasa cukup
dengan apa yang ada dan tidak berasa sayang untuk menolong orang lain dengan harta
yang ada padanya. Dia juga melakukan taubat yang sungguh-sungguh dan tidak kembali
lagi kepada kejahatan yang pernah dilakukannya. Dia memiliki kesabaran yang kuat
dalam menghadapi bala bencana. Dia kuat berserah diri kepada Tuhan. Dia menghadap
kepada Tuhan dengan rasa merendah diri dan berhajat kepada-Nya. Sifat merendah diri
yang sudah lahir dalam hatinya membuatnya tidak lagi mengkeritik orang ramai
sembarangan, seperti yang dilakukannya ketika dalam daerah lawwamah dahulu. Dia
lebih memandang orang ramai dengan pandangan simpati, bukan mengutuk. Zikirnya
sudah boleh masuk ke dalam hati yang lebih dalam dan lebih seni, menguatkan rasa
pergantungan kepada Allah s.w.t. Keikhlasan ahli mulhamah ini sudah bertambah kuat.
Dia melakukan kebaikan bukan lagi kerana ‘takutkan Allah’ tetapi semata-mata ‘kerana

/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
Allah’ atau kerana mahu mendapatkan keredaan-Nya. Orang yang sudah berada pada
tahap ini akan terus mentaati Allah s.w.t sekali pun Tuhan tidak menjadikan syurga dan
neraka. Matlamatnya adalah Allah s.w.t semata-mata. Keyakinannya kepada Allah s.w.t
sangat mendalam, sebab itu dia kuat melakukan tajrid, iaitu menyerahkan urusannya
kepada Allah s.w.t sahaja, tidak kepada makhluk. Daerah mulhamah merupakan
peringkat terakhir pekerjaan membawa haluan nafsu ke arah yang betul. Ia adalah
sempadan terakhir bagi nafsu yang mendatang, yang menumpang nafsu asli yang suci.
Oleh kerana dia masih berada dalam daerah nafsu yang mendatang dia masih
berkemungkinan diheret semula kepada daerah nafsu yang lebih rendah. Oleh itu
kesungguhan beribadat dan kekuatan iman diperlukan agar rantai dari daerah nafsu yang
lebih rendah tidak kembali menyambar dan mengikatnya.

Apabila seseorang itu keluar sepenuhnya daripada daerah nafsu yang mendatang dan
masuk sepenuhnya ke dalam daerah nafsu yang asli dan haluan nafsunya sudah berada
pada arah yang benar, dia masuk ke dalam daerah nafsu muthmainnah. Dia telah kembali
kepada tahap yang diredai Allah s.w.t.

Wahai nafsu muthmainnah. Kembalilah kepada Tuhan engkau dalam keadaan
reda meredai oleh-Nya dan masuklah engkau ke dalam golongan hamba-
hamba-Ku dan masuklah engkau ke dalam syurgaKu. ( Ayat 27 – 30 : Surah al-Fajr )



Jiwa muthmainnah hanya tenang dan tenteram di dalam melakukan ketaatan kepada
Allah s.w.t. Perbuatan zahirnya dan kelakuan hatinya semata-mata dalam melakukan
ketaatan kepada Allah s.w.t. Dia menyayangi makhluk Tuhan, suka bersedekah, tidak
menyimpan harta, reda dengan ketentuan Allah s.w.t dan bertawakal kepada-Nya dalam
segala perkara. Dia hidup di atas landasan takwa, kuat beribadat dan mensyukuri segala
pemberian Tuhan. Dia sudah melepasi makam sabar dan masuk kepada makam reda,
maka tidak ada apa lagi yang menekan jiwanya. Cahaya ketenangan muncul pada
wajahnya. Dia sudah dapat mengalami Hadrat nama-nama Tuhan. Kesedaran dan ingatan
terhadap nama-nama Tuhan mendatangkan kenikmatan dan kelazatan pada hatinya.
Kehampirannya dengan Tuhan membuatnya merasakan dirinya sentiasa bersama-sama-
Nya, maka tidak ada apa lagi yang menakutkan dan mendukacitakannya. Daerah
muthmainnah ini dinamakan daerah kewalian peringkat permulaan atau wali kecil.


/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
Manusia rohani memiliki sifat-sifat yang asli. Manusia zahir memperolehi sifat melalui
percantuman dengan manusia rohani. Sifat yang muncul pada manusia zahir dinamakan
sifat kemanusiaan. Apabila seseorang meninggalkan daerah-daerah ammarah, lawwamah
dan mulhamah masuk ke dalam daerah muthmainnah, bermakna dia meninggalkan
daerah sifat kemanusiaan dan masuk kepada sifat rohani. Kelenyapan sifat kemanusiaan
dinamakan kefanaan. Bertambah kuat sifat rohani menguasainya bertambah kuat
kefanaan yang dialaminya. Tertanggalnya sifat kemanusiaan dan pada masa yang sama
mengalami suasana Hadrat Ilahi menyebabkan orang yang berkenaan menafikan
perbuatan manusia dan menyandarkannya kepada perbuatan Tuhan. Orang yang dalam
keadaan demikian menyaksikan Hadrat Tuhan menerajui sekalian alam maya ini. Oleh
sebab itu dia menyerah bulat-bulat kepada pentadbiran Tuhan. Dalam daerah
muthmainnah Hadrat Tuhan yang dialami oleh hati menyata sebagai Nama-nama-Nya
yang banyak. Setelah dia masuk kepada daerah yang lebih mendalam hatinya mengalami
keadaan di mana Hadrat nama-nama yang kelihatan banyak itu sebenarnya adalah Hadrat
yang satu, yang berkuasa menentukan segala perkara, tidak ada yang lain memiliki kuasa.
Daerah ini dinamakan nafsu radhiah. Suasana hati ahli nafsu radhiah adalah sangat teguh
meredai apa sahaja takdir Tuhan. Baginya bala dan nikmat adalah sama sahaja, sama-
sama takdir Tuhan. Orang radhiah sangat kuat merasai kehadiran kuasa ghaib mengawal
segala kelakuan dan tindak-tanduknya. Perbuatan yang keluar dari dirinya berlaku secara
spontan tanpa dia campurtangan sedikit pun. Keadaannya samalah seperti keadaan orang
yang melihat dirinya di dalam mimpi. Dia tidak ikut campurtangan dalam kelakuan
dirinya yang di dalam mimpi itu. Dirinya yang di dalam mimpi melakukan sesuatu tanpa
berfikir dan merancang, tidak terikat dengan dirinya yang diluar mimpi. Apabila diri yang
di dalam mimpi itu menjadi sangat kuat diri yang di luar merasakan dialah yang khayalan
dan diri yang di dalam mimpi itulah diri yang sebenar. Pengalaman seperti inilah
menyebabkan orang radhiah menafikan kewujudan dirinya dan diisbatkan kepada
kewujudan Allah s.w.t. Kelakuan orang radhiah tidak lagi terpengaruh kepada fikiran,
perasaan dan hukum logik. Tuturkatanya berbunga-bunga, sukar dimengerti oleh orang
lain. Dia kadang-kadang mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan orang
lain. Biasa juga terjadi dia mengeluarkan ucapan yang pada zahirnya menyalahi syariat.
Dia tidak lagi mengendahkan peraturan masyarakat. Tingkah lakunya boleh
menyebabkan orang ramai menyangkakannya sudah gila. Apa yang nyata pada hatinya
adalah segala perkara datangnya dari Tuhan. Dia mengembalikan segala perkara kepada
Tuhan. Apa juga kebolehan dan kekeramatan yang diperolehinya disandarkan kepada
/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
Tuhan. Orang radhiah mengalami rasa ‘kegilaan kepada Allah’ pada tahap paling tinggi.
Suasana hatinya diistilahkan sebagai ‘dalam Allah.’ Dia fana dalam lautan takdir.

Setelah sampai pada kemuncak, darjah kefanaan mula menurun. Peringkat kefanaan
menurun ini dinamakan nafsu mardhiah. Dalam proses menaik sehingga ke radhiah
seseorang itu terpisah daripada sifat kemanusiaan dan kewujudan alam maya. Apabila
sampai kepada daerah mardhiah dia kembali melihat kepada apa yang terpisah
daripadanya sewaktu menaik dahulu. Dia sudah boleh melihat sifat kemanusiaan yang
menumpang wujud rohani dan sudah merasakan memiliki keupayaan untuk
menggunakan sifat dan bakat tersebut. Bila sifat kemanusiaan sudah kembali dia kembali
menyaksikan kewujudan alam maya dan makhluk di sekelilingnya. Ketika masih hampir
dengan daerah radhiah, walaupun dia sudah berada dalam daerah mardhiah, kesan
kefanaan belum terhapus sepenuhnya dari hatinya. Penyaksiannya terhadap makhluk
tidak menetap. Kadang-kadang penyaksiannya melampaui makhluk. Kemudian makhluk
datang kembali kepada pandangannya. Begitulah keadaannya sehingga dia sampai
kepada penetapan nafsu mardhiah, di mana pandangannya tidak terbalik lagi. Dirinya,
sifat dan bakatnya dan makhluk sekaliannya menjadi tetap dalam kesedarannya. Dia
masuk ke dalam suasana yang diistilahkan sebagai baqa atau kekal dengan Allah s.w.t.
Dalam suasana tersebut hatinya kekal dengan Allah s.w.t walaupun zahirnya bercampur
dengan orang ramai. Walaupun dia sudah boleh bergaul dengan orang ramai tetapi dia
lebih suka bersendirian dan tidak mahu bercakap atau melakukan sesuatu yang sia-sia.
Dia sudah boleh mengatur kehidupan hariannya. Ucapan yang menyalahi syariat tidak
keluar lagi dari mulutnya.

Dalam daerah mardhiah seseorang itu mendapat kesedaran sepenuhnya tentang keaslian
rohaninya. Perjalanan kerohanian bukanlah perjalanan dari satu tempat ke tempat yang
lain. Ia merupakan perubahan kesedaran mengenai hakikat dirinya sehinggalah dia
memperolehi kesedaran sepenuhnya tentang keaslian dirinya. Dalam melalui proses
perubahan kesedaran itu dia mendapat pengetahuan tentang Tuhan. Dia juga
memperolehi kesedaran mengenai roh yang paling latif yang dipakaikan dengan tubuh
badan yang nyata. Orang mardhiah yakin bahawa dia diciptakan untuk sesuatu tujuan
yang khusus tetapi dia belum menerima amanah untuk memikul tugas berkenaan. Oleh
itu keadaannya adalah umpama orang yang sedang menunggu kenderaan di stesen.
Sementara kenderaan yang akan membawanya pergi ke tempat yang khusus sampai dia
melakukan sesuatu pekerjaan secara ala kadar sahaja. Dia melakukan sesuatu dengan
/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
persediaan untuk meninggalkannya apabila datang ‘perintah’ untuk pergi ke satu tempat
yang muktamad kelak. Suasana hati yang beginilah membuatkan orang mardhiah kembali
kepada kehidupan dunianya tanpa sesuatu matlamat yang jelas. Sebenarnya kesan
kefanaan yang sangat kuat pada peringkat radhiah masih menguasai hatinya. Kesan
tersebut membuatnya masih ‘menanti-nantikan’ sesuatu yang dia sendiri tidak pasti.
Masih ada tarik menarik di dalam hatinya di antara kesedaran kerohanian yang
diperolehinya dengan kesedaran kemanusiaan yang dikembalikan kepadanya. Dia adalah
umpama seorang yang keberatan untuk memasuki rumahnya yang telah lama
ditinggalkannya dan rumah itu gelap gelita. Dia akan terus berkeadaan demikian
sehinggalah dia menyedari bahawa dirinya sudah ada cahaya yang mampu menerangi
rumah gelap tersebut. Apabila dia telah menerima rumahnya dengan sepenuh jiwa raga
dan dia memasuki rumah itu, akan memancarlah di dalamnya cahaya yang terang
benderang. Dia mula bekerja di dalam rumah tersebut. Keadaannya seumpama Adam a.s
yang reda dengan bumi ini menjadi tempat kediamannya, tempat kematiannya dan tempat
dibangkitkan.

Rohani yang terang benderang telah menerima jasad yang gelap gelita, maka
sempurnalah kejadian insan. Adam a.s telah menerima bumi sebagai tempat
kediamannya, maka sempurnalah tujuan penciptaan Adam a.s. Orang kerohanian melalui
berbagai-bagai peringkat kerohanian. Apabila rohaninya menerima jasadnya sempurnalah
kejadiannya. Apabila dirinya iaitu rohani yang berkamil dengan jasad, menerima
penghidupan di dalam dunia sempurnalah perjalanannya. Tidak ada lagi yang dinanti-
nantikannya dan tidak ada perintah lagi yang ditunggunya. Dunia inilah daerah
kekhalifahannya dan al-Quran itulah perintah yang sudah siap termetri. Orang kerohanian
masuk ke dalam daerah nafsu kamaliah atau kesempurnaan nafsu dengan doa:

Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkan daku dengan kemasukan yang
baik dan keluarkan daku dengan keluaran yang baik dan jadikanlah untukku
langsung dari Engkau satu kekuasaan yang menolong”. Dan katakanlah: “Telah
datang kebenaran dan telah lenyap kebatalan; sesungguhnya yang batal itu
pastilah dilenyapkan”. ( Ayat 80 & 81 : Surah al-Israa’ @ Bani Israil )

Orang kerohanian yang telah kembali kepada keaslian rohaninya, kemudian dihantar
semula ke tempat dia bermula, iaitu kehidupan dunia, dipelihara oleh Allah s.w.t daripada
dirosakkan oleh kehidupan dunia. Dia kembali kepada kesedaran kemanusiaan dan
/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
kehidupan dunia sebagai nafsu muthmainnah, nafsu yang paling sempurna dan sesuai
untuk kehidupan di bumi. Bumi yang menjadi tempat kembalinya itu adalah seumpama
bumi yang diciptakan semula oleh Tuhan setelah berlaku kiamat.

Pada hari yang akan diganti bumi ini dengan bumi lain dan semua langit juga,
dan akan tampil mereka ke hadapan Tuhan, Allah, Yang Maha Esa lagi Maha
Perkasa. Dan akan engkau lihat orang-orang yang berdosa itu terikat dengan
belenggu-belenggu. ( Ayat 48 & 49 : Surah Ibrahim )

Manusia pilihan yang diturunkan kepada penghidupan dunia setelah dinaikkan kepada
tempat asalnya, merupakan khalifah Tuhan yang bertugas memakmurkan bumi dan
melaksanakan perintah Allah s.w.t. Puak yang tidak mengerti akan mencuba untuk
mengganggu pekerjaan mereka tetapi pertolongan dari Tuhan membelenggu musuh
mereka hinggakan dunia ini tidak lagi berupaya mencederakan mereka. Setelah tugas
mereka di bumi sempurna mereka akan kembali kepada Tuhan dalam keadaan reda
meredai.

Para khalifah Tuhan diperkuatkan dengan pertolongan yang langsung daripada-Nya.

Dia campakkan Roh dari urusan-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki dari
kalangan hamba-hamba-Nya. ( Ayat 15 : Surah Mu’min )




Dan Kami telah perkuatkan dia (Isa) dengan Roh Kudus. ( Ayat 87 : Surah al-
Baqarah )


Khalifah Tuhan berkecimpung dalam kehidupan masyarakat sebagaimana anggota
masyarakat yang lain. Kerja utama mereka adalah membimbing manusia ke jalan Allah
s.w.t. Di damping itu mereka menjalankan kewajipan terhadap diri dan keluarga.. Mereka
melakukan pekerjaan kerana mentaati Allah s.w.t. Khidmat mereka kepada masyarakat
adalah khidmat mereka kepada Tuhan. Kasih mereka kepada Tuhan disebarkan kepada
makhluk Tuhan. Ketaatan mereka kepada Tuhan ditunjukkan dengan memberi bantuan
kepada makhluk Tuhan. Mereka adalah wakil Tuhan yang bertugas hal ehwal makhluk
Tuhan. Itulah pekerjaan Adam a.s dan keturunannya yang dipilih dari masa ke masa
untuk meneruskan pekerjaan tersebut.


/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
Daerah-daerah nafsu merupakan stesen kerohanian di sepanjang perjalanan. Stesen
kerohanian tidak seharusnya dipandang sebagai makam ketinggian dan kemuliaan. Tuhan
tidak melihat kepada stesen kerohanian tetapi Dia melihat kepada takwa. Takwa yang
sebenar hanya boleh disempurnakan dalam kehidupan dunia, di tengah-tengah
masyarakat, bukan dalam kerohanian yang memisahkan seseorang dengan orang ramai.
Manusia yang paling mulia, iaitu Nabi Muhammad s.a.w sangat aktif dalam kegiatan
masyarakat dan kehidupan harian.

Selain daripada mengajarkan perjalanan kerohanian melalui daerah-daerah nafsu, tarekat
tasauf juga mengajarkan perkembangan kesedaran kerohanian melalui berbagai-bagai
peringkat kebatinan. Suasana kebatinan itu dinamakan Latifah Rabbaniah, iaitu unsur
seni yang ghaib yang termasuk dalam urusan Tuhan yang tidak mampu difikirkan.
Latifah Rabbaniah yang tergolong sebagai Diri Batin adalah Latifah -latifah Kalbu, Roh,
Sir, Khafi, Akhfa, Nafsu Natiqah dan Kullu Jasad.

Latifah Kalbu adalah hati nurani. Ia menjadi raja yang memerintah sekalian anggota dan
tubuh manusia. Ia menjadi induk bagi semua latifah yang lain. Kalbu atau hati itulah yang
menjadi tilikan Allah s.w.t. Jika baik hati akan baiklah sekalian anggota. Hati yang seni
dan ghaib dikaitkan dengan hati sanubari, iaitu jantung yang terletak dalam dada sebelah
kiri, kira-kira dua jari di bawah tetek. Jika diletakkan jari pada tempat tersebut boleh
dirasakan denyutannya. Denyutan jantung memberi peringatan kepada manusia bahawa
dia masih hidup kerana sokongan daripada Latifah Kalbu yang menjadi bekas menerima
kurniaan Allah s.w.t. Kalbu atau hati seni dibungkus oleh alam perasaan yang berbolak-
balik, tidak menetap. Kesungguhan beribadat dan berzikir membebaskan Latifah Kalbu
daripada hijab alam perasaan yang menutupinya. Bila Latifah Kalbu telah bebas daripada
tutupan alam perasaan ia akan menghadap kepada alam ghaib dan menerima ilham yang
bebas daripada bisikan syaitan. Kesedaran kebatinan pada tahap Latifah Kalbu membuat
hati merasakan jalinan yang erat dan unik dengan Kenabian Adam a.s atau dikatakan hati
mengalami suasana Hakikat Adamiyah. Perjalanan Adam a.s menjadi iktibar untuk hati
bertaubat dan membersihkannya daripada segala kekotoran. Kesedaran kerohanian yang
berhubung erat dengan kenabian Adam a.s itu juga membuka kefahaman tentang
perjalanan hukum sebab dan akibat. Kefahaman mengenainya membuat seseorang
mengkagumi perjalanan kehidupan yang sangat rapi telah diaturkan untuknya oleh Tuhan
Yang Maha Mentadbir. Kesedaran tersebut menambahkan keyakinannya kepada
bimbingan yang datang dari Tuhan. Hatinya menjadi bertambah kuat untuk kembali
/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
kepada Tuhan dan dia bermujahadah untuk mendapatkan keredaan-Nya. Keasyikan
dalam suasana latifah sering membuat mata hati menyaksikan cahaya dan warna dalam
alam ghaib. Keasyikan dalam Latifah Kalbu membawa seseorang menyaksikan cahaya
berwarna kuning yang bergemerlapan. Cahaya latifah yang disaksikan bukanlah cahaya
Tuhan dan sekali-kali bukanlah Tuhan. Ia mesti dinafikan dengan membanyakkan
ucapan: “La ilaha illa Llah ”.

Latifah Kalbu adalah umpama ruang yang besar, terdapat dalamnya berbagai-bagai
latifah lagi. Tahap kesedaran latifah yang lebih mendalam dinamakan Latifah Roh,
dikenali sebagai Roh Haiwani. Latifah Roh atau Roh Haiwani itu dihijabkan oleh sifat-
sifat keji yang dipanggil sifat binatang jinak. Sifat ini mengheret manusia kepada jalan
memuaskan nafsu syahwat seperti haiwan, tanpa menghiraukan akibat dan dosa. Sifat
binatang jinak inilah yang membuat manusia berani melakukan kesalahan walaupun
orang lain yang telah membuat kesalahan yang sama telah pun menerima padahnya.
Orang lain yang telah mati kerana penyakit aids tidak menakutkan binatang jinak untuk
terus berbuat maksiat. Orang lain yang sudah kena gantung kerana menjual dadah tidak
menakutkan binatang jinak untuk terus menjual dadah. Memang sifat binatang tidak
mengenal dosa dan tidak takut kepada penyakit. Tenaga ibadat dan zikir yang masuk ke
dalam daerah Latifah Roh akan menghancurkan sifat binatang jinak itu. Bila sifat
tersebut telah hancur akan muncullah sifat Latifah Roh yang asli, iaitu gemar beribadat,
kuat bertawakal dan reda dengan takdir Tuhan. Kesedaran pada tahap Latifah Roh ini
membuatkan seseorang melakukan ibadat dan berzikir dengan banyaknya tanpa berasa
penat dan jemu. Dalam daerah ini juga muncul hubungan kerohanian dengan Kenabian
Ibrahim a.s dan Nuh a.s. ‘Pertemuan’ dengan Hakikat Ibrahimiyah dan Nuhiyah
menguatkan kesanggupan seseorang untuk berjuang dan berkorban demi mendapatkan
keredaan Allah s.w.t. Keasyikan dalam daerah Latifah Roh ini membawa mata hati
menyaksikan cahaya yang berwarna merah yang gilang gemilang. Cahaya latifah ini juga
bukanlah cahaya Tuhan dan sekali-kali bukan Tuhan, perlu dinafikan dengan
memperbanyakkan ucapan : “La ilaha illa Llah ”.

Setelah melepasi daerah Latifah Roh seseorang mengalami pula suasana kerohanian
dalam daerah Latifah Sir atau dinamakan Roh Insani. Latifah Sir atau Roh Insani ini
dihijab oleh sifat buruk yang dinamakan sifat binatang buas. Sifat tersebut mendorong
manusia bermusuhan sesama sendiri, melakukan kezaliman, berdendam dan saling
membenci. Apabila sifat binatang buas ini berkuasa akan berlakukah penganiayaan,
/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
penindasan dan kezaliman yang tidak berperi kemanusiaan terhadap sesama manusia.
Sifat binatang buas ini mesti dihancurkan dengan tenaga ibadat dan zikir. Bila sifat
binatang buas telah hancur akan muncullah sifat Latifah Sir yang asli iaitu mencintai
Allah s.w.t dengan teramat sangat. Kesedaran kebatinan pada tahap Latifah Sir inilah
yang sering membuat hati gilakan Allah s.w.t hingga ke tahap tidak rasional. Dalam
daerah ini juga terjalin hubungan kerohanian dengan Kenabian Musa a.s. Hakikat
Musawiyah membawanya merasai kehampiran dengan Allah s.w.t dan merasai nikmat
Cinta Ilahi. Keasyikan dalam daerah ini membawa mata hati menyaksikan cahaya
berwarna putih yang bergemerlapan. Cahaya latifah ini juga bukan cahaya Tuhan dan
sekali-kali bukan Tuhan, mesti dinafikan dengan ucapan: “La ilaha illa Llah ” sebanyak
mungkin.

Seterusnya hati mengalami suasana Latifah Khafi. Latifah ini dihijabkan oleh sifat
syaitaniah yang menerbitkan perasaan dengki, khianat dan busuk hati. Apabila tenaga
ibadat dan zikir yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh berjaya menghancurkan
sifat syaitaniah, akan muncullah sifat latifah yang asli iaitu sabar, syukur, reda dan
tawakal yang sebenarnya. Kesedaran pada tahap Latifah Khafi membuat seseorang
mengalami hubungan kerohanian dengan Kenabian Isa a s atau Hakikat Isaiyah.
Kesedaran dalam daerah ini menambahkan kekuatan rohani untuk menghampiri Allah
s.w.t dan pada tahap latifah ini juga selalu muncul perkara yang luar biasa seperti
kebolehan mengubati penyakit dan mempunyai firasat yang tajam, walaupun bidang
tersebut tidak pernah dipelajarinya. Keasyikan dalam Latifah Khafi membawa seseorang
menyaksikan cahaya hitam yang tidak terhingga. Cahaya ini juga bukan cahaya Tuhan
dan sekali-kali bukan Tuhan. Ia mesti dinafikan dengan memperbanyakkan ucapan: “La
ilaha illa Llah ”.

Kesedaran kebatinan seterusnya dinamakan Latifah Akhfa yang dihijab oleh sifat
Rabbaniah (ketuhanan) yang tidak layak dipakai oleh makhluk. Sifat tersebut melahirkan
rasa sombong, ujub dan riak. Apabila tenaga ibadat dan zikir berjaya membebaskan
Latifah Akhfa daripada sifat Rabbaniah akan muncullah sifat kebaikan seperti ikhlas dan
tawaduk yang sebenarnya. Kesedaran dalam daerah ini membuat seseorang gemar
bertafakur. Dalam kesedaran latifah ini juga lahir hubungan kerohanian yang erat dengan
Kenabian Muhammad s.a.w atau Hakikat Muhammadiah. Orang berkenaan akan
mengalami rasa kasih, keasyikan dan kerinduan yang bersangatan terhadap Rasulullah
s.a.w. Ucapan selawat merupakan ucapan yang sangat merdu dan mengasyikkan.
/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
Keasyikan terhadap Rasulullah s.a.w dalam daerah Latifah Akhfa ini juga membuat
seseorang mengalami suasana ‘pertemuan’ dengan rohani Rasulullah s.a.w sama ada
dalam mimpi atau pun dalam jaga. Hakikat Muhammadiah membawa seseorang
memasuki suasana Cinta Allah s.w.t yang lebih halus dan lebih seni serta memperolehi
muraqabah atau berhadap kepada Allah s.w.t semata-mata, tidak kepada selain-Nya.
Keasyikan pada latifah ini juga membawa seseorang menyaksikan cahaya berwarna
hijau yang gilang gemilang. Cahaya ini juga bukan cahaya Tuhan dan sekali-kali bukan
Tuhan, perlu dinafikan dengan ucapan : “La ilaha illa Llah ”.

Latifah seterusnya dinamakan Latifah Nafsu Natiqah. Latifah ini juga dikenali sebagai
diri yang boleh berfikir. Nafsu Natiqah dihijab oleh sifat ammarah yang banyak
membentuk khayalan dan melahirkan penyakit panjang angan-angan. Dalam daerah
inilah gambar-gambar yang disukai oleh nafsu syahwat ditayangkan. Keinginan kepada
kesenangan dan keseronokan dunia berpunca daripada daerah ini. Apabila tenaga ibadat
dan zikir berjaya menghapuskan sifat ammarah, akan muncullah suasana hati yang
tenteram dan fikiran yang tenang. Gambaran, khayalan dan fikiran jahat yang selalu
mengganggu orang yang sedang bersembahyang tidak ada lagi apabila sifat ammarah
pada Nafsu Natiqah sudah terhapus. Keasyikan dalam kesedaran Nafsu Natiqah
membawa seseorang menyaksikan cahaya yang berwarna ungu yang gilang gemilang.
Cahaya ini juga bukan cahaya Tuhan dan sekali-kali bukan Tuhan, perlu dinafikan
sebanyak mungkin dengan ucapan: “La ilaha illa Llah ”.

Latifah yang terakhir dikenali sebagai Latifah Kullu Jasad yang meliputi seluruh tubuh.
Latifah ini dihijab oleh sifat jahil dan lalai. Apabila hijab tersebut berjaya dihapuskan
oleh tenaga ibadat dan zikir akan muncullah sifat berilmu dan beramal. Tenaga zikir yang
berjalan lancar dalam daerah ini dapat dirasakan mengalir ke seluruh tubuh, dari hujung
rambut sampai ke hujung kaki, menyerap ke segenap rongga dalam tubuh badan,
bercampur dengan darah, daging, tulang, sumsum dan seluruh maujud. Suasana yang
demikianlah dikatakan seluruh tubuh berzikir. Keasyikan dalam latifah ini membawa
seseorang menyaksikan cahaya yang gilang gemilang tidak dapat dihinggakan dan
ditentukan warnanya. Cahaya ini, seperti juga cahaya-cahaya yang lain, bukanlah cahaya
Tuhan dan sekali-kali bukan Tuhan dan perlu dinafikan dengan ucapan: “La ilaha illa
Llah ”.



/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
Tujuan tarekat tasauf adalah membawa hati keluar daripada hijab kegelapan dan masuk
ke dalam cahaya yang terang benderang. Dalam dunia ini benda-benda nyata boleh
disaksikan kerana ada cahaya nyata seperti matahari, bulan dan lampu. Perkara dunia
yang abstrak dapat disaksikan melalui cahaya akal. Alam ghaib pula disaksikan melalui
cahaya latifah. Walaupun cahaya latifah muncul sebentar sahaja dalam pandangan mata
hati namun ia memadai untuk menerangi perjalanan menuju stesen kerohanian yang
berikutnya. Apabila seseorang mencapai baqa semua cahaya tidak mempunyai warna,
maka tidak ada penyaksian terhadap cahaya, tetapi hati masih dapat merasakan suasana
yang terang benderang menerangi perjalanannya sehingga dia tidak berasa keliru atau
ragu-ragu. Cahaya-cahaya alam kerohanian memandu seseorang untuk sampai ke Hadrat
Ilahi. Suasana Hadrat Ilahi adalah makam ihsan, iaitu merasai kehadiran Tuhan dalam
segala keadaan dan pada setiap ketika. Orang yang sampai kepada pengalaman yang
demikian mengerti maksud firman Allah s.w.t:

Allah jualah Cahaya bagi langit dan bumi. ( Ayat 35 : Surah an-Nur )

Nur Allah s.w.t adalah Hadrat-Nya atau kehadiran-Nya yang dapat dirasakan oleh hati
yang berkait rapat dengan rohnya yang asli. Nur Allah s.w.t bukanlah cahaya yang boleh
difikirkan, digambarkan atau dikhayalkan. Maksud melihat Nur Allah s.w.t adalah
merasakan kehadiran-Nya. Apa juga cahaya yang disaksikan dalam alam ghaib adalah
cahaya yang Dia gubah sebagai menarik hamba-hamba-Nya agar terus berjalan sehingga
sampai kepada matlamat yang dituju. Matlamat yang terakhir hanya boleh ditemui dan
dicapai melalui suluhan cahaya kebenaran yang sejati.

Dan demikianlah Kami wahyukan kepada engkau satu Roh dari urusan Kami.
Padahal tidaklah engkau tahu apa itu Kitab dan apa itu iman. Tetapi Kami
jadikan ia nur yang Kami beri petunjuk dengan ia barangsiapa yang kami
kehendaki daripada hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau akan
memimpin kepada jalan yang lurus. (Iaitu) jalan Allah, yang kepunyaan-Nya apa
yang ada di semua langit dan apa yang ada di bumi. Ketahuilah! Kepada Allah
akan sampai segala urusan. ( Ayat 52 & 53 : Surah asy-Syura )


Wahyu adalah cahaya kebenaran yang sejati, dijadikan nur yang memberi petunjuk yang
dengannya segala urusan sampai kepada Allah s.w.t.


/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
Tarekat Orang majzub


Manusia pilihan kelas tertinggi adalah Nabi-nabi. Tuhan kurniakan kepada mereka
kekuatan rohani yang luar biasa. Mereka mampu menempuh alam ghaib dan berhadap
kepada Hadrat Ilahi tanpa berlaku kegoncangan kepada akal fikiran, kesedaran dan sifat-
sifat kemanusiaan mereka. Mereka diperkenalkan dengan berbagai-bagai suasana
ketuhanan (hakikat ketuhanan) dan mengalami berbagai-bagai perkara yang ganjil dalam
keadaan jaga, tidak terbalik pandangan, tidak terlepas kehambaan dan tidak hilang
kesedaran terhadap diri sendiri dan makhluk lainnya. Mereka tidak terdorong kepada
suasana fana dan jazbah, tidak ada bersatu dengan Tuhan, baqa dengan Tuhan dan
berpisah dengan Tuhan. Nabi-nabi menghadap kepada Tuhan tanpa melupai makhluk.
Mereka juga melayani makhluk tanpa lalai daripada Tuhan. Makhluk tidak melindungi
Tuhan dan Tuhan tidak menghapuskan makhluk. Kedua-duanya berada dalam kesedaran
nabi-nabi.



Manusia yang selain nabi-nabi akan menerima kesan yang kuat daripada pengalaman
kerohanian yang dinisbahkan kepada suasana ketuhanan. Keadaan ini lebih kuat lagi
berlaku kepada orang yang dibawa kepada tarekat ujian bala. Kegoncangan yang hebat
oleh ujian bala menyebabkan hati mereka ‘pecah’. Akibatnya kesedaran kepada alam
maujud dan diri sendiri hilang. Tabiat dan sifat kemanusiaan juga tertanggal. Kesan yang
muncul daripada ‘pertembungan’ dengan suasana ketuhanan itu dinamakan jazbah dan
orang yang mengalami jazbah dinamakan majzub.

Jazbah adalah hal yang dialami oleh hati berhubung dengan aspek ketuhanan yang tidak
dapat dicapai oleh akal. Hijab diangkatkan dan mata hati mereka menyaksikan perkara
ghaib dan kenyataan tentang Tuhan. Suasana jazbah itu berbeza bagi seorang dengan
seorang yang lain. Secara umumnya orang yang mengalami jazbah atau ahli majzub
boleh dibahagikan kepada empat jenis.

Majzub jenis pertama adalah orang yang dibawa oleh Tuhan kepada beberapa
pengalaman kerohanian yang berkait dengan ketuhanan dan mencapai beberapa makam
yang tinggi dalam tempuh yang singkat serta mereka mendapat keasyikan terhadap Allah
s.w.t tanpa berguru dengan sesiapa dalam hidup mereka. Jazbah merombak keperibadian
mereka secara menyeluruh. Mereka menjadi orang yang sangat berlainan daripada

/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
keadaan mereka sebelum kedatangan jazbah. Mereka tidak suka bergaul dengan orang
ramai. Mereka lebih merasakan kedamaian dan kebahagiaan jika mereka bersendirian
dalam keasyikan dengan Allah s.w.t. Apa yang berlaku di sekeliling mereka, baik atau
buruk, tidak menarik minat mereka. Kegoncangan yang berlaku dalam masyarakat dan
keluarga tidak mampu menarik mereka keluar daripada keasyikan mereka. Mereka hanya
gilakan Allah s.w.t. Setiap detik mereka teringatkan Allah s.w.t sahaja. Mereka tidak suka
mendengar cerita yang selain Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t dan yang mengenai Allah
s.w.t sahaja yang dapat menembusi hati mereka. Bila mereka dikuasai oleh jazbah
hilanglah kesedaran, fikiran, penglihatan, pendengaran dan pergerakan mereka. Orang
majzub tidak sedarkan diri mereka dan alam maujud sekaliannya. Dalam keadaan
demikian mereka mengalami berbagai-bagai hal atau pengalaman kerohanian. Mereka
berpindah dari satu makam ke satu makam yang lain dengan cepat. Orang majzub seperti
ini dikasihi oleh Allah s.w.t dan Dia melindungi mereka daripada orang jahil yang jahat
perangai. Oleh kerana mereka sudah hilang kesedaran dan sifat kemanusiaan, maka
hilang juga keupayaan mereka untuk membezakan yang baik daripada yang buruk.
Majzub yang seperti ini tidak boleh dijadikan pembimbing orang ramai kerana adab
sopan dan peraturan masyarakat tidak ada dalam kesedaran mereka.

Majzub jenis kedua, setelah dilenyapkan akal dan kesedaran seperti jenis pertama,
mereka dikembalikan semula kepada kesedaran kemanusiaan sedikit demi sedikit.
Mereka diturunkan dari satu makam kepada makam yang lain. Penurunan tersebut
mengurangkan kesan jazbah sehingga akhirnya mereka sampai kepada penetapan dan
kesedaran sepenuhnya. Ketika menaik kesedaran mereka terhadap yang selain Allah s.w.t
hilang dengan cepat dan dalam keadaan demikian mereka ‘menemui’-Nya. Ketika
penurunan kesedaran terhadap diri sendiri dan makhluk lainnya tidak kembali dengan
cepat. Mereka mengambil masa yang agak lama sebelum kesan jazbah hilang sepenuhnya
daripada kesedaran mereka. Ada sebahagian daripada mereka yang kesan jazbah tidak
hilang sampai ke akhir hayat mereka. Bagi majzub kumpulan kedua ini jazbah
berperanan sebagai ‘kuasa pemaksa’ yang mengheret mereka keluar daripada alam
kelalaian dan memasukkan mereka ke jalan yang memperadabkan mereka dengan Tuhan.
Rahmat Tuhan yang menarik mereka kembali kepada jalan yang lurus. Perubahan yang
berlaku kepada mereka terjadi dengan pantas. Mungkin dalam masa kurang daripada dua
bulan mereka sudah melalui semua stesen kerohanian dan mengalami hal ketuhanan yang
mencukupi untuk mereka mengenal Tuhan secara hakiki. Setelah kembali kepada sifat

/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
kemanusiaan semula mereka meneruskan kehidupan menurut jalan kenabian, menurut
Sunah Rasulullah s.a.w dan menjadikan kehidupan nabi-nabi dan wali-wali sebagai
iktibar. Proses penurunan majzub jenis kedua ini merupakan pembalikan kepada proses
menaik orang salik.

Majzub jenis ke tiga tidak hilang akal fikiran dan kesedaran mereka. Perubahan
kerohanian berlaku dalam sedar dan jaga. Tidak ada perpisahan dengan sifat
kemanusiaan, tidak ada fana dan bersatu dengan Tuhan. Mereka menetap dalam
kehambaan, tidak terbalik pandangan, tidak mengalami mabuk dan tidak mengeluarkan
ucapan latah yang menyalahi syariat. Orang yang di dalam kesedaran ini didatangkan
jazbah kepada mereka sebagai kurniaan Tuhan untuk memperkenalkan mereka kepada
Yang Hakiki kerana ilmu dan amal mereka tidak berupaya menyampaikan mereka
kepada yang demikian. Kaum sufi umumnya berpendapat majzub yang menetap dalam
kesedaran dan kehambaan lebih baik daripada majzub yang mengalami kefanaan dan
mabuk. Majzub yang di dalam kesedaran boleh menjauhkan diri mereka daripada
perkara-perkara yang mendatangkan fitnah.

Majzub jenis ke empat adalah orang yang memasuki jalan suluk terlebih dahulu. Ketika
bersuluk itulah akal fikiran dan kesedaran mereka dihapuskan. Majzub jenis ini
mengenali alam terlebih dahulu sebelum mengenal Tuhan (mengalami hakikat
ketuhanan). Bimbingan guru yang mursyid membuat perjalanan jazbah mereka teratur.
Mereka meningkat dari satu makam kepada makam yang lain dengan bersistematik.
Mereka melalui stesen-stesen kerohanian dengan bimbingan yang benar. Guru yang telah
melalui semua stesen kerohanian, memperolehi makam-makam, mengetahui suasana
kefanaan, kebaqaan dan Kebenaran Hakiki sesudah fana dan baqa, diperlukan bagi
membimbing salik yang didatangi jazbah. Guru yang demikian dapat menyapu
kekeliruan daripada mengelabui pandangan hati muridnya. Murid itu dapat maju ke
matlamat terakhir dengan selamat dan teratur. Bimbingan guru membuat salik mengalami
dan mengetahui pengalaman mereka. Pengenalan melalui pengalaman yang diterangi
oleh pengetahuan mempercepatkan salik menjadi orang arif. Majzub jenis inilah
dipersetujui oleh kaum sufi.

Majzub jenis pertama hidup terus menerus sebagai orang majzub, tidak kembali lagi
kepada kehidupan manusia biasa. makrifat mereka berdasarkan pengalaman kerohanian
mereka. Pengalaman mereka hanya untuk diri mereka sahaja, bukan untuk orang lain.
/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
Tanpa tajalli ilmu (terbuka pengetahuan tentang pengalaman yang dilalui) mereka tidak
boleh dipanggil orang arif dan mereka tidak dibolehkan menjadi pembimbing orang
ramai yang di dalam kesedaran biasa.

Majzub jenis ke dua melalui stesen-stesen kerohanian dan mencapai berbagai-bagai
makam dalam tempuh yang singkat. Kumpulan ini biasanya memasuki jazbah tanpa
persediaan dari segi ilmu dan juga mereka tidak mempunyai guru. Setelah mengalami
jazbah mereka kembali kepada kesedaran biasa. Akal fikiran dan sifat kemanusiaan
mereka dikembalikan. Mereka mendapati sukar untuk menghuraikan pengalaman
kerohanian yang telah mereka lalui. Ketika di dalam zauk pengetahuan tidak penting,
tetapi bila kembali sedar akal fikiran memerlukan kefahaman. Dari sini orang majzub
yang kembali sedar itu digerakkan untuk menyelidik, mengambil iktibar dan bertanya
kepada orang-orang yang arif. Keadaan mereka adalah umpama orang yang bermimpi
pada malam hari dan termenung pada siangnya untuk mengingati apa yang dimimpikan
dan apa pula maksud mimpi tersebut. Proses memahami dan menyusun perjalanan
kerohanian jauh lebih lambat daripada proses pengalaman kerohanian itu sendiri.
Pengalaman kerohanian yang dilalui dalam tempuh dua bulan mungkin mengambil masa
lebih daripada lima tahun untuk memahaminya dengan jelas dan menyusunnya secara
terperinci. Kelambatan proses ini juga disebabkan oleh kesan jazbah yang sukar hilang
dari kesedaran seseorang. Kebenaran yang ditemui melalui akal fikiran akan berubah-
ubah mengikut kadar kesan jazbah yang sudah hilang daripada mereka. Apabila mereka
bebas sepenuhnya daripada kesan jazbah, mereka akan temui Kebenaran Hakiki yang
sesuai dengan al-Quran dan as-Sunah. Walaupun mereka mengalami hakikat tetapi tanpa
kematangan ilmu mengenai pengalaman tersebut, mereka tidak layak dipanggil orang
arif. Ilmu mereka benar-benar matang setelah mereka kembali kepada al-Quran dan as-
Sunah.

Majzub jenis ke tiga biasanya terdiri daripada mereka yang mempunyai bekalan ilmu
yang mencukupi. Kumpulan ini memasuki jalan kerohanian secara berhati-hati dan
diselubungi oleh keraguan. Mereka memerlukan masa untuk mengharmonikan
pengalaman yang dilalui dengan pengetahuan yang sedia ada. Apa yang diketahui
sebelum mendapat jazbah berbeza daripada apa yang diketahui sesudah mendapat jazbah.
Kedua-dua pengetahuan yang kelihatan berbeza itu kemudiannya dapat dipastikan
bahawa perbezaan berlaku pada sudut pandangan sedangkan kebenarannya tidak berbeza.
Pengalaman mengsahkan apa yang sudah diketahui. Bila kedua-dua jenis pengetahuan
/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
itu bersepakat keraguan mereka pun hilang. Pengetahuan yang lahir daripada cantuman
dua sudut itu meneguhkan keyakinan.

Majzub jenis ke empat memasuki bidang suluk terlebih dahulu. Ketika menjalani suluk
itulah mereka memperolehi jazbah. Tempuh mendapatkan jazbah berbeza-beza di antara
seorang salik dengan salik yang lain. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Tidak kurang
juga yang langsung tidak mendapat jazbah. Salik yang tidak mendapat jazbah atau lambat
memperolehinya tidak seharusnya berasa kecewa. Jazbah bukanlah matlamat suluk.
Kebaikan bagi orang yang menjalani jalan kerohanian adalah menjaga makam mereka.
Jangan meminta makam yang lebih tinggi atau lebih rendah. Intisari bagi perjalanan
kerohanian adalah kesabaran dalam menjalankan perintah Allah s.w.t dan kesabaran
menanggung takdir-Nya. Salik hanya perlu menjaga takdir yang mereka berada di
dalamnya. Sabar mengawal diri dan tidak bertelingkah dengan takdir merupakan
kejayaan yang besar bagi salik, sekalipun mereka tidak mendapat jazbah. Teruskan tegak
berdiri kerana Allah s.w.t, demi Wajah-Nya semata-mata bukan kerana sebarang
keperluan. Salik jenis ini dibawa kepada ikhlas tanpa melalui jazbah. Ikhlas dan benar
dengan Allah s.w.t merupakan matlamat perjalanan kerohanian, baik melalui jazbah atau
secara sedar. Salik yang menetap dalam kesedaran beriman kepada Allah s.w.t dan Rasul-
Nya dengan ikhlas. Mereka beriman kepada perkataan al-Quran dan Hadis dengan ikhlas
tanpa memasuki bidang hakikat. Bagi salik yang mengalami jazbah pula berdampingan
dengan guru menjadi syarat penting. Mereka perlu merujukkan kepada guru mereka
semua pengalaman kerohanian yang mereka lalui semasa jaga mahupun secara mimpi.
Salik jangan mudah membuat tafsiran sendiri mengenai sesuatu perkara.

Setiap orang majzub mempunyai jalannya sendiri yang berbeza dengan majzub yang
lain. Masing-masing ditarik kepada jalannya oleh ‘kuasa ghaib’ yang diistilahkan sebagai
Tarikan Rahmani (ketuhanan), Pembimbing Hakiki ataupun Perintah Batin. Orang
majzub menerima Tarikan Rahmani tanpa mereka boleh menahannya. Tarikan tersebut
membawa mereka kepada jalan khusus yang Tuhan sediakan untuk mereka. Tarikan
tersebut juga mengarahkan mereka melakukan sesuatu perkara tanpa terikat dengan
hukum logik. Tarikan yang langsung dari Tuhan itu juga memandu orang majzub
sehingga selamat sampai kepada matlamat. Orang yang di dalam keadaan demikian
sering mendapat peringatan dari dalam diri mereka sendiri. Peringatan yang demikian
dinamakan Suara Hakiki. Jika timbul cita-cita mereka untuk berhenti tatkala terjadi
kasyaf suara dari dalam diri mereka akan memberi peringatan: “Apa yang kamu cari
/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
masih jauh di hadapan. Oleh itu jangan berhenti!” Jika terbuka kepada mereka rahsia
alam maya, mereka diperingatkan oleh hakikat alam maya: “Sesungguhnya kami adalah
ujian, kerana itu janganlah kamu kufur!” Hamba yang dipimpin itu menafikan apa juga
yang ditemui di sepanjang jalan. Apa yang mereka saksikan adalah gubahan Tuhan,
hikmat kebijaksanaan-Nya dan tanda-tanda yang memberi pemahaman tentang Dia. Zat
Ilahiat tetap tinggal terhijab, tidak dapat ditembusi oleh sesiapa pun. Akhirnya hamba
menemui kenyataan bahawa Dia yang sebenarnya mengenali Diri-Nya. Dia yang
mencari, Dia yang dicari dan Dia yang menemui. Tidak ada sesiapa yang ikut campur
dalam urusan-Nya.

Orang yang sedang dikuasai oleh Tarikan Rahmani akan kehilangan kekuatan akal
fikiran dan kesedaran diri mereka. Pengaruh pancaindera dan alam sekeliling menjadi
lemah kepada hati mereka. Rangsangan yang datang dari kehendak diri sendiri menjadi
tumpul. Pada peringkat permulaan mengalami hal yang demikian, ketika akal fikiran,
kesedaran dan kehendak diri masih mempunyai kekuatan, mereka tidak mengerti apakah
yang sedang berlaku kepada diri mereka. Mereka merasakan kelainan tetapi tidak
mengerti mengenainya. Walaupun begitu mereka terus juga berjalan menurut cetusan
yang muncul dari dalam diri mereka. Setelah beberapa lama mereka mula menyedari
kehadiran ‘kuasa ghaib’ yang menguasai mereka, memberi petunjuk dan bimbingan.
Kelainan yang mereka alami mereka hubungkan dengan kehadiran kuasa ghaib tersebut.
Mereka tidak tahu apakah hakikat kuasa ghaib itu tetapi mereka yakin bahawa ia adalah
sesuatu yang suci dan berhubung rapat dengan pekerjaan Tuhan. Mereka yakin hanya
dengan mengikuti petunjuk ghaib itu mereka dapat menghampiri Tuhan. Kehadiran kuasa
ghaib tersebut dirasakan bertambah kuat dari masa ke masa. Ia membuat mereka berasa
tenang dan mereka merasakan jalan menuju Tuhan semakin terang.

Penguasaan petunjuk ghaib ke atas diri mereka membawa mereka kepada peringkat di
mana mereka menyaksikan kelakukan dan perbuatan muncul daripada diri mereka tanpa
mereka berkehendak melakukannya, tanpa berfikir dan merancang dan juga tanpa
menggunakan kekuatan diri sendiri. Segalanya berlaku secara spontan. Mereka tidak ikut
campur dalam menghasilkan perbuatan diri mereka sendiri. Mereka hanya menyaksikan
‘kuasa ghaib’ menghasilkan kelakuan dan perbuatan diri mereka. Mereka tidak ada
kehendak untuk membantah hal yang demikian, malah hal tersebut membuat mereka
memerhatikan sesuatu tentang Tuhan. Apa yang berlaku secara spontan itu membukakan
kefahaman mereka tentang Tuhan. Dalam keadaan yang demikian akal mereka menjadi
/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
umpama bekas yang dituangkan dengan kefahaman. Banyak perkara mengenai ketuhanan
yang mereka tidak fahami sebelumnya ‘difahamkan’ pada peringkat ini. Hal yang
demikian membuat hati mereka merasakan kewujudan hubungan di antara Tuhan dengan
mereka. Jika kehendak kepada sesuatu yang lain menjadi lemah tetapi kehendak
berjumpa dengan Tuhan menjadi kuat. Hati mereka sudah ada rasa kasihkan Tuhan.
Mereka juga dapat merasakan kasihan belas Tuhan kepada mereka. Mereka mendapat
penghayatan bahawa Tuhan tidak melupakan mereka, Tuhan sentiasa mengambil tahu
tentang hal-ehwal mereka. Bertambahlah keseronokan mereka mengintai Tuhan.

Orang yang sedang diheret oleh petunjuk ghaib hilang minat kepada makhluk dan
kehidupan dunia seluruhnya. Hati mereka hanya mencintai Allah s.w.t. Mereka menjadi
hamba yang gilakan Allah s.w.t. Apa sahaja yang dipandang membalikkan sesuatu
tentang Allah s.w.t. Dalam keasyikan mereka mengalami berbagai-bagai hakikat
ketuhanan yang menambahkan pengenalan mereka tentang Tuhan. Puncak kecintaan
hamba kepada Allah s.w.t adalah pengalaman Allah Maha Esa, tiada sesuatu beserta-Nya.
Selepas pengalaman tersebut mereka memasuki suasana baqa dengan Allah s.w.t.
Suasana kebaqaan membuat mereka merasakan yang mereka tidak berpisah dengan Allah
s.w.t yang mereka cintai, walau di mana mereka berada dan apa juga yang mereka
lakukan. Bila suasana demikian sudah menguasai hati mereka baharulah mereka boleh
terima kehadiran makhluk kerana pada tahap ini kehadiran makhluk tidak lagi
memisahkan mereka dengan Tuhan.

Perjalanan seterusnya membawa mereka kepada kesedaran mengenai tujuan mereka
diciptakan. Kesedaran, akal fikiran dan sifat kemanusiaan mereka sudah dikembalikan.
Mereka mula bergerak jauh daripada Tuhan tetapi dalam keadaan tidak berpisah. Bila
kesedaran, fikiran dan sifat kemanusiaan mereka kembali sepenuhnya, mereka dapat
melihat perbezaan di antara Tuhan dengan hamba. Mereka berpindah daripada suasana
baqa kepada suasana kehambaan sepenuhnya. Mereka kembali kepada kewujudan diri
sendiri dan menghabiskan sisa-sisa hidup mereka sebagai ahli syariat yang taat.
Lengkaplah perjalanan kerohanian mereka. Pengalaman jazbah menjadi ingatan yang
paling berharga bagi mereka kerana melalui pengalaman tersebut mereka berubah
menjadi manusia baharu, mempunyai kehendak dan citarasa yang baharu. Jazbah telah
menghancurkan ‘patung-patung’ dalam diri mereka yang mereka tidak berupaya
menghancurkannya dengan kekuatan diri sendiri.


/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
/home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc

More Related Content

What's hot

Usul fiqh, hadith.
Usul fiqh, hadith.Usul fiqh, hadith.
Usul fiqh, hadith.jimoh370
 
Bab 1 sejarah perkembangan mazhab syafie
Bab 1 sejarah perkembangan mazhab syafieBab 1 sejarah perkembangan mazhab syafie
Bab 1 sejarah perkembangan mazhab syafiewmkfirdaus
 
Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH
Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAHHadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH
Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAHJamalmaklumi
 
Takhrij al hadith
Takhrij al hadithTakhrij al hadith
Takhrij al hadithwmkfirdaus
 
Maksud taqwa menurut imam ghazali
Maksud taqwa menurut imam ghazaliMaksud taqwa menurut imam ghazali
Maksud taqwa menurut imam ghazaliJaladi Muda
 
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAHADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAHanuar2u
 
Kemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidahKemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidahakhmal ali
 
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi TalibKhalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talibamiraaa96
 
Jinas balaghah bahasa arab
Jinas balaghah bahasa arabJinas balaghah bahasa arab
Jinas balaghah bahasa arabIzzati Zainal
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quranWan Syafawati
 
Tarikh tasyri
Tarikh tasyriTarikh tasyri
Tarikh tasyriibn3ula
 
Beriman kepada qada’ dan qadar
Beriman kepada qada’ dan qadarBeriman kepada qada’ dan qadar
Beriman kepada qada’ dan qadarAbu eL IQram
 
Bab 2.tauhid paksi kehidupan
Bab 2.tauhid paksi kehidupanBab 2.tauhid paksi kehidupan
Bab 2.tauhid paksi kehidupanMohamad Sahiedan
 
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-butiFiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-butiieda kahar
 
Kesahihan kitab-kitab samawi terdahulu dan kaitannya dengan Al-Quran
Kesahihan kitab-kitab samawi terdahulu dan kaitannya dengan Al-Quran Kesahihan kitab-kitab samawi terdahulu dan kaitannya dengan Al-Quran
Kesahihan kitab-kitab samawi terdahulu dan kaitannya dengan Al-Quran Najwa Norizam
 
Apa itu mukjizat
Apa itu mukjizatApa itu mukjizat
Apa itu mukjizatsue2217
 

What's hot (20)

Usul tafsir
Usul tafsirUsul tafsir
Usul tafsir
 
Usul fiqh, hadith.
Usul fiqh, hadith.Usul fiqh, hadith.
Usul fiqh, hadith.
 
Bab 1 sejarah perkembangan mazhab syafie
Bab 1 sejarah perkembangan mazhab syafieBab 1 sejarah perkembangan mazhab syafie
Bab 1 sejarah perkembangan mazhab syafie
 
Qiyas
QiyasQiyas
Qiyas
 
Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH
Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAHHadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH
Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH
 
Takhrij al hadith
Takhrij al hadithTakhrij al hadith
Takhrij al hadith
 
6. Al Quran
6. Al Quran6. Al Quran
6. Al Quran
 
Maksud taqwa menurut imam ghazali
Maksud taqwa menurut imam ghazaliMaksud taqwa menurut imam ghazali
Maksud taqwa menurut imam ghazali
 
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAHADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
 
Kemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidahKemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidah
 
Ijmak
IjmakIjmak
Ijmak
 
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi TalibKhalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib
 
Jinas balaghah bahasa arab
Jinas balaghah bahasa arabJinas balaghah bahasa arab
Jinas balaghah bahasa arab
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quran
 
Tarikh tasyri
Tarikh tasyriTarikh tasyri
Tarikh tasyri
 
Beriman kepada qada’ dan qadar
Beriman kepada qada’ dan qadarBeriman kepada qada’ dan qadar
Beriman kepada qada’ dan qadar
 
Bab 2.tauhid paksi kehidupan
Bab 2.tauhid paksi kehidupanBab 2.tauhid paksi kehidupan
Bab 2.tauhid paksi kehidupan
 
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-butiFiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
 
Kesahihan kitab-kitab samawi terdahulu dan kaitannya dengan Al-Quran
Kesahihan kitab-kitab samawi terdahulu dan kaitannya dengan Al-Quran Kesahihan kitab-kitab samawi terdahulu dan kaitannya dengan Al-Quran
Kesahihan kitab-kitab samawi terdahulu dan kaitannya dengan Al-Quran
 
Apa itu mukjizat
Apa itu mukjizatApa itu mukjizat
Apa itu mukjizat
 

Similar to Tarekat dan suluk

Aliran-Aliran Tassawuf.docx
Aliran-Aliran Tassawuf.docxAliran-Aliran Tassawuf.docx
Aliran-Aliran Tassawuf.docxZukét Printing
 
Aliran-Aliran Tassawuf.pdf
Aliran-Aliran Tassawuf.pdfAliran-Aliran Tassawuf.pdf
Aliran-Aliran Tassawuf.pdfZukét Printing
 
Dai Reformis (Aktivis Dawah).pptx
Dai Reformis (Aktivis Dawah).pptxDai Reformis (Aktivis Dawah).pptx
Dai Reformis (Aktivis Dawah).pptxEMARMUAMAR1
 
Akhlak a putaran 1 pkay kel 14 maju ke 4
Akhlak a putaran 1 pkay kel 14 maju ke 4Akhlak a putaran 1 pkay kel 14 maju ke 4
Akhlak a putaran 1 pkay kel 14 maju ke 4Suciaviatus
 
Makalah materi 1 kelompok 4
Makalah materi 1 kelompok 4Makalah materi 1 kelompok 4
Makalah materi 1 kelompok 4alifizzul
 
Makalah pendidikan agama islam STAIS MUHAMMAD RAHA
Makalah pendidikan agama islam STAIS MUHAMMAD RAHA Makalah pendidikan agama islam STAIS MUHAMMAD RAHA
Makalah pendidikan agama islam STAIS MUHAMMAD RAHA Operator Warnet Vast Raha
 
Makalah pendidikan agama islam
Makalah pendidikan agama islamMakalah pendidikan agama islam
Makalah pendidikan agama islamWarnet Raha
 
Ppt kelompok 9 no. urut 1 putaran 1
Ppt kelompok 9 no. urut 1 putaran 1Ppt kelompok 9 no. urut 1 putaran 1
Ppt kelompok 9 no. urut 1 putaran 1Suciaviatus
 
Ppt kelompok 9 no.urut 1 putaran 2
Ppt kelompok 9 no.urut 1 putaran 2Ppt kelompok 9 no.urut 1 putaran 2
Ppt kelompok 9 no.urut 1 putaran 2dinifitriningtyas
 
Hakikat, Martabat dan Tanggung Jawab Manusia
Hakikat, Martabat dan Tanggung Jawab ManusiaHakikat, Martabat dan Tanggung Jawab Manusia
Hakikat, Martabat dan Tanggung Jawab Manusiapjj_kemenkes
 
Bagaimana agama menjamin kebahagiaan
Bagaimana agama menjamin kebahagiaanBagaimana agama menjamin kebahagiaan
Bagaimana agama menjamin kebahagiaandindaa99
 
Aliran-Aliran Tasawuf.pdf
Aliran-Aliran Tasawuf.pdfAliran-Aliran Tasawuf.pdf
Aliran-Aliran Tasawuf.pdfZukét Printing
 
Aliran-Aliran Tasawuf.docx
Aliran-Aliran Tasawuf.docxAliran-Aliran Tasawuf.docx
Aliran-Aliran Tasawuf.docxZukét Printing
 
problematika perbuatan baik
problematika perbuatan baikproblematika perbuatan baik
problematika perbuatan baikAula Nikmah
 
Allah, manusia dan alam
Allah, manusia dan alamAllah, manusia dan alam
Allah, manusia dan alamAinul Nakhwat
 

Similar to Tarekat dan suluk (20)

Definisi akal
Definisi  akalDefinisi  akal
Definisi akal
 
Aliran-Aliran Tassawuf.docx
Aliran-Aliran Tassawuf.docxAliran-Aliran Tassawuf.docx
Aliran-Aliran Tassawuf.docx
 
Aliran-Aliran Tassawuf.pdf
Aliran-Aliran Tassawuf.pdfAliran-Aliran Tassawuf.pdf
Aliran-Aliran Tassawuf.pdf
 
Dai Reformis (Aktivis Dawah).pptx
Dai Reformis (Aktivis Dawah).pptxDai Reformis (Aktivis Dawah).pptx
Dai Reformis (Aktivis Dawah).pptx
 
Akhlak a putaran 1 pkay kel 14 maju ke 4
Akhlak a putaran 1 pkay kel 14 maju ke 4Akhlak a putaran 1 pkay kel 14 maju ke 4
Akhlak a putaran 1 pkay kel 14 maju ke 4
 
Makalah materi 1 kelompok 4
Makalah materi 1 kelompok 4Makalah materi 1 kelompok 4
Makalah materi 1 kelompok 4
 
Makalah pendidikan agama islam
Makalah pendidikan agama islamMakalah pendidikan agama islam
Makalah pendidikan agama islam
 
Makalah pendidikan agama islam STAIS MUHAMMAD RAHA
Makalah pendidikan agama islam STAIS MUHAMMAD RAHA Makalah pendidikan agama islam STAIS MUHAMMAD RAHA
Makalah pendidikan agama islam STAIS MUHAMMAD RAHA
 
Makalah pendidikan agama islam
Makalah pendidikan agama islamMakalah pendidikan agama islam
Makalah pendidikan agama islam
 
Akidah
AkidahAkidah
Akidah
 
Ppt kelompok 9 no. urut 1 putaran 1
Ppt kelompok 9 no. urut 1 putaran 1Ppt kelompok 9 no. urut 1 putaran 1
Ppt kelompok 9 no. urut 1 putaran 1
 
Ppt kelompok 9 no.urut 1 putaran 2
Ppt kelompok 9 no.urut 1 putaran 2Ppt kelompok 9 no.urut 1 putaran 2
Ppt kelompok 9 no.urut 1 putaran 2
 
Risalah Insan
Risalah InsanRisalah Insan
Risalah Insan
 
Hakikat, Martabat dan Tanggung Jawab Manusia
Hakikat, Martabat dan Tanggung Jawab ManusiaHakikat, Martabat dan Tanggung Jawab Manusia
Hakikat, Martabat dan Tanggung Jawab Manusia
 
Bagaimana agama menjamin kebahagiaan
Bagaimana agama menjamin kebahagiaanBagaimana agama menjamin kebahagiaan
Bagaimana agama menjamin kebahagiaan
 
Akhlaq
AkhlaqAkhlaq
Akhlaq
 
Aliran-Aliran Tasawuf.pdf
Aliran-Aliran Tasawuf.pdfAliran-Aliran Tasawuf.pdf
Aliran-Aliran Tasawuf.pdf
 
Aliran-Aliran Tasawuf.docx
Aliran-Aliran Tasawuf.docxAliran-Aliran Tasawuf.docx
Aliran-Aliran Tasawuf.docx
 
problematika perbuatan baik
problematika perbuatan baikproblematika perbuatan baik
problematika perbuatan baik
 
Allah, manusia dan alam
Allah, manusia dan alamAllah, manusia dan alam
Allah, manusia dan alam
 

More from Kamarudin Jaafar

More from Kamarudin Jaafar (20)

Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020
 
Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutupSurat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
 
Surat perasmi pibg
Surat perasmi pibgSurat perasmi pibg
Surat perasmi pibg
 
Rancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunanRancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunan
 
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazahLaporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
 
Laporan klinik jawi
Laporan klinik jawiLaporan klinik jawi
Laporan klinik jawi
 
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6   kumpulan 4.(a11)docKonstruk 6   kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
 
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)docKonstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
 
Pmpp.1
Pmpp.1Pmpp.1
Pmpp.1
 
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
 
Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2
 
Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1
 
Info 5 minit pppm bhg2
Info 5 minit pppm   bhg2Info 5 minit pppm   bhg2
Info 5 minit pppm bhg2
 
Info 5 minit pppm bhg 5
Info 5 minit pppm   bhg 5Info 5 minit pppm   bhg 5
Info 5 minit pppm bhg 5
 
Info 5 minit pppm bhg 4
Info 5 minit pppm   bhg 4Info 5 minit pppm   bhg 4
Info 5 minit pppm bhg 4
 
Brosur pppm 2
Brosur pppm 2Brosur pppm 2
Brosur pppm 2
 
Inst 2 pd p kbat ithink
Inst 2  pd p kbat ithinkInst 2  pd p kbat ithink
Inst 2 pd p kbat ithink
 
Protim
ProtimProtim
Protim
 

Recently uploaded

Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 

Recently uploaded (20)

Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 

Tarekat dan suluk

  • 1. Salik Dan Suluk Salik adalah orang yang menjalani latihan kerohanian secara bersuluk. Suluk pula adalah sistem latihan kerohanian yang digunakan bagi tujuan mendekatkan diri kepada Tuhan. Semasa bersuluk seseorang itu mengasingkan diri daripada orang ramai. Bila dia tidak ada bersama orang ramai, maka mereka terselamat daripada gangguan yang mungkin datang daripadanya dan juga dia terselamat daripada gangguan yang mungkin datang daripada mereka. Pengasingan tersebut boleh menyelamatkan ahli suluk itu daripada anasir yang boleh merosakkannya melalui ego dan nafsunya. Dalam pengasingan itu juga dia melatihkan diri bagi memperolehi perkembangan kerohanian. Dia melatihkan diri agar terpisah daripada sifat-sifat yang tercela dan digantikan dengan sifat-sifat yang terpuji. Semasa bersuluk itu amal ibadat seperti bersembahyang, berpuasa, berzikir dan lain-lain dilakukan dengan banyaknya. Dorongan hawa nafsu dikurangkan dengan cara menyedikitkan makanan, tidur dan berkata-kata. Bila kurang berkata-kata hati menjadi tidak lalai dalam mengingati Tuhan. Orang yang mahu memasuki suluk mestilah mempunyai azam yang kuat. Perkara- perkara yang sering menghalang seseorang daripada memasuki suluk adalah dunia, makhluk, syaitan dan hawa nafsu. Kebanyakan manusia tidak sanggup memisahkan diri buat seketika dengan dunia dan makhluk. Tipu daya syaitan dan kesenangan hawa nafsu berada dengan makhluk. Oleh sebab itu agak sukar bagi kebanyakan orang memisahkan dirinya daripada orang ramai. Jika dia berjaya melepaskan halangan tersebut dia mungkin berhadapan dengan halangan lain semasa bersuluk. Halangan semasa bersuluk adalah tuntutan mencari rezeki, kebimbangan tidak akan menemui apa yang dicari, kemungkinan ditimpa penyakit dan juga masalah keluarga yang berbagai-bagai. Seseorang salik perlu memperkuatkan sifat sabar dan bertawakal jika dia mahu jika dia mahu melepasi rintangan yang menghalangnya meneruskan amalan suluk. Dia juga perlu mengawasi perkara-perkara yang boleh merosakkan pencapaian rohaninya. Perkara-perkara tersebut adalah sifat-sifat takabur, ujub, riak dan samaah. Suasana hati yang ingin diperolehi melalui bersuluk adalah: “Ilahi! Engkau jua maksud dan tujuanku dan keredaan Engkau yang aku cari”. Salik yang berhasrat memperolehi hasil yang baik perlu menjaga sopan santun semasa bersuluk. Perlu yang perlu dijaga adalah: a) mengikhlaskan kasih kepada Allah s.w.t dan melakukan ibadat semata-mata kerana Allah s.w.t bukan kerana mahukan kasyaf dan keramat. /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 2. b) Amal ibadat yang dilakukan hendaklah sesuai dengan peraturan yang ditentukan oleh syariat, tidak boleh mengubahnya sehingga bercanggah dengan syariat. c) Salik perlu melepaskan ilmu-ilmu yang boleh melalaikannya dan boleh menarik cita- citanya kepada yang selain Allah s.w.t. Ilmu-ilmu seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu menarik harta dari bumi, ilmu yang berkait dengan khadam dan yang seumpamanya hendaklah dilepaskan kerana ilmu yang demikian menutup mata hati. d) Ketika menjalani amalan suluk fikiran hendaklah dibebaskan daripada memikirkan dan mengangankan sesuatu yang di dalam dunia. e) Hati hendaklah dipisahkan daripada sifat-sifat yang keji, seperti sifat haiwan, syaitan dan dorongan hawa nafsu. f) Memenuhkan masa bersuluk dengan kegiatan yang mengingatkan hati kepada Allah s.w.t. Sebahagian manusia lebih dituntut bergiat dalam kehidupan harian daripada mengasingkan diri. Pertama adalah orang alim yang ilmunya diperlukan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang ramai. Termasuk di dalam ilmu yang diperlukan oleh orang ramai adalah pengajarannya, fatwanya dan karangannya. Orang yang seperti ini penyebaran ilmu merupakan ibadat khusus bagi mereka selepas ibadat fardu. Selepas urusan sembahyang lima waktu, lebih afdal baginya menyebarkan ilmu dan membasmikan kejahilan dalam masyarakat daripada mengasingkan diri dan membenamkan diri ke dalam perkara yang sunat. Golongan kedua adalah pengusaha yang mempunyai kepakaran yang diperlukan oleh orang ramai, seperti doktor, pembuat roti, tukang kayu dan sebagainya. Mereka perlu berkhidmat kepada orang ramai dan memakmurkan bumi ini. Masa lapang mereka perlu diisi dengan ibadat dan membaca al- Quran. Golongan ke tiga adalah pemerintah yang bertugas membawa kebajikan kepada orang ramai. Mereka lebih dituntut menegakkan keadilan di dalam masyarakat dan menyebarkan kesejahteraan hidup daripada mengasingkan diri. Masa lapang mereka perlu diisi dengan ibadat dan pada malamnya diperbanyakkan wirid. Ada dua jenis manusia, secara sifat semulajadi mereka, sangat cenderung memasuki jalan suluk. Jenis pertama adalah orang yang cenderung untuk menjadi abid atau ahli ibadat. abid tidak mempunyai sebarang pekerjaan kecuali beribadat kepada Allah s.w.t. Golongan ini seolah-olah tidak ada kemahiran untuk melakukan sesuatu yang lain daripada beribadat. Mereka hanya memperolehi manfaat dengan menggunakan masa /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 3. untuk beribadat. Golongan ini dikuasai oleh suasana hati yang sangat takut meninggalkan ibadat untuk melakukan sesuatu pekerjaan, kerana dia takut tidak akan dapat menyempurnakan kebaktiannya kepada Allah s.w.t. Mereka sangat takutkan dunia kerana mereka melihat kekacauan di dalam dunia menjadi fitnah yang merosakkan hubungan mereka dengan Tuhan. Meninggalkan ibadat membuat mereka merasakan berjauhan dengan Tuhan. Rasa berjauhan dengan Tuhan menjadikan mereka tidak bermaya dan tidak berupaya berbuat apa-apa. Hanya ibadat boleh memberi kekuatan kepada mereka. Mereka seolah-olah tidak ada pilihan kecuali hidup beribadat dalam pengasingan. Jenis kedua dinamakan muwahhid iaitu orang yang terikat sepenuhnya dengan Allah s.w.t. Kecintaan mereka kepada Allah s.w.t sangat kuat menyebabkan hati mereka ‘pecah’ dan tidak berupaya lagi mengasihi sesuatu yang selain Allah s.w.t. Kebahagiaan mereka hanyalah bersama-sama Allah s.w.t, tidak ada tempat lagi untuk makhluk. Hati mereka tidak melihat kepada makhluk, oleh itu kehadiran makhluk tidak diperlukan. Orang yang ditakdirkan menjadi salah satu daripada dua golongan tersebut sangat cenderung memasuki jalan suluk sebagai persediaan untuk mereka mencapai kesempurnaan pada jalan abid atau muwahhid. Selain golongan yang menuju kepada suasana abid dan muwahhid, orang yang cenderung memasuki jalan suluk adalah muta’allim, iaitu orang yang belajar semata-mata kerana Allah s.w.t. Mereka merupakan golongan yang mencari kebenaran. Mereka tidak merasa puas dengan apa yang ditemui pada jalan pembelajaran biasa. Mereka memasuki suluk dengan harapan akan menemui apa yang tidak mereka temui sebelum bersuluk. Mereka percaya kebenaran yang sejati hanya boleh ditemui oleh hati yang suci murni dan cara yang paling baik menyucikan hati adalah dengan bersuluk. Golongan ini memerlukan bimbingan guru tarekat yang arif. Guru hendaklah tahu kedudukan murid dan tahu kadar ilmu yang boleh dibukakan kepada murid berkenaan. Bagi muta’allim (orang yang belajar) yang tidak memasuki jalan suluk, haruslah memberi tumpuan kepada mempelajari ilmu. Menghadiri majlis ilmu lebih utama daripada ibadat sunat dan berzikir yang boleh dilakukan pada masa lapangnya. Muta’allim yang memasuki suluk lebih terdorong untuk mengalami suasana kerohanian yang diistilahkan sebagai muttakhaliq, iaitu orang yang mengalami perubahan sifat. Ada dua jenis muttakhaliq. Jenis pertama mengalami suasana mereka menjadi alat dan Allah s.w.t Pengguna alat. Mereka melihat perbuatan dan kelakuan mereka berlaku tanpa mereka rancang dan mereka tidak berdaya menahannya. Mereka melihat apa yang terjadi /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 4. pada mereka terjadi tanpa kehendak mereka sendiri, tanpa usaha, tanpa tadbir dan tanpa ikhtiar memilih. Muttakhaliq jenis kedua pula adalah orang yang melihat Allah s.w.t meletakkan sifat dan bakat pada diri mereka dan mereka menjadi pelaku kepada sifat dan bakat tersebut. Jenis pertama melakukan sesuatu dalam suasana ‘dengan kehendak Allah s.w.t’ dan jenis kedua dalam suasana ‘dengan izin Allah s.w.t.’ Ahli suluk, sesudah melalui berbagai-bagai pengalaman kerohanian, kembali semula kepada kesedaran biasa dinamakan mutahaqqiq. Golongan ini kembali kepada jalan kenabian, memegang tugas sebagai khalifah Allah s.w.t yang meneruskan perjuangan Nabi-nabi. Golongan ini kembali kepada kesedaran kemanusiaan bagi membolehkan mereka menguruskan hal-ehwal manusia. Latihan kerohanian yang dilakukan semasa bersuluk berkemungkinan membawa salik memperolehi kasyaf, iaitu terbuka perkara ghaib kepada pandangan mata hatinya. Kasyaf ada dua jenis, iaitu kasyaf kecil dan kasyaf besar. Kasyaf kecil termasuklah terbukanya pandangan untuk melihat kepada Alam Barzakh, melihat roh orang yang sudah meninggal dunia, melihat syurga dan neraka, melihat makhluk halus dan lain-lain. Kasyaf besar pula adalah terbukanya pandangan hati kepada hakikat sesuatu dan membuka ingatan dan penghayatan kepada Allah s.w.t. Dalam perjalanan kerohanian, kasyaf kecil tidak penting bahkan kasyaf kecil sering menjadi benteng yang menghalang salik meneruskan perjalanannya. Keasyikan menyaksikan perkara ghaib membuat salik berhenti dan menyangkakan dia sudah sampai kepada Yang Haq, sedangkan perjalanannya masih jauh lagi. Apa yang penting adalah kasyaf besar atau terbukanya hakikat sesuatu. Pembukaan tentang hakikat boleh menyelamatkan salik daripada tipu daya syaitan yang bersembunyi di sebalik berbagai-bagai rupa, bentuk dan keadaan. Salik yang dikurniakan kasyaf besar tidak tertipu dengan syaitan walaupun syaitan datang dalam rupa guru yang alim dan warak. Salik juga boleh mengenali malaikat sekalipun malaikat datang tanpa berupa. Rasulullah s.a.w melihat rupa malaikat Jibrail a.s dalam rupanya yang asli hanya dua kali sahaja, tetapi setiap kali Jibrail a.s datang Rasulullah s.a.w mengenalinya, sekalipun Jibrail a.s memakai rupa manusia atau tidak berupa. Kasyaf yang mengenali hakikat inilah sangat penting bagi salik yang berjalan kepada Tuhan. Kasyaf seperti ini diperolehi apabila rohani kembali kepada kesuciannya yang asal. Rohani yang demikian mengenali syaitan walaupun syaitan mengenderai manusia atau suasana dan rohani itu juga mengenali malaikat walaupun malaikat tidak menjelma di hadapannya. Contoh kasyaf besar adalah, apabila seorang salih didatangi oleh /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 5. seseorang yang menyuruhnya berbuat kejahatan, maka dengan segera orang salih itu berkata: “Pergi kamu syaitan!” Orang salih itu menyedari atau melihat dengan kasyafnya yang orang yang mendatanginya itu sedang digunakan oleh syaitan untuk mengenakan tipu dayanya. Kasyaf yang demikian, walaupun tidak memperlihatkan rupa syaitan yang sebenarnya, tetapi syaitan itu tidak dapat bersembunyi. Kasyaf membawa salik kepada zauk iaitu mengalami suasana yang berhubung dengan Tuhan. Zauk membawa salik mengalami suasana Hadrat Tuhan. Suasana Hadrat Tuhan yang menguasai salik itu membentuk keperibadiannya. Bidang zauk sangat luas. Zauk biasanya diperolehi oleh salik yang terus menerus membenamkan dirinya di dalam zikir. Tenaga zikir memberi kekuatan kepada rohaninya untuk menghadap kepada hakikat ketuhanan. Kesan daripada pengalaman menghadap kepada hakikat ketuhanan yang dirasakan oleh hati itulah dinamakan zauk. Misalnya, hati salik berhadap kepada hakikat Tuhan Yang Maha Keras. Dia akan dikuasai oleh perasaan takut kepada Tuhan, takut kerana dosa-dosa yang telah dilakukannya, takut kerana ibadat yang dilakukannya tidak sempurna dan bermacam-macam ketakutan lagi. Pengalaman yang demikian dinamakan pengalaman hakikat dan ia membuatnya mengenali Tuhan Yang Maha Keras atau dia dikatakan memperolehi makrifat tentang Tuhan Yang Maha Keras. Salik juga mungkin mengalami hakikat kenabian. Mungkin salik mengalami suasana Nabi Adam a. s diciptakan dan diturunkan ke bumi. Salik tersebut dikatakan mengalami Hakikat Adamiyah dan ia membuatnya lebih mengerti tentang kenabian Adam a.s. Pengalaman yang demikian tidak mengubahnya menjadi Nabi Adam a.s atau bersatu dengan beliau a.s. Jika ada penyatuan pun hanyalah dalam zauk atau alam perasaan, bukan penyatuan yang sebenarnya. Hakikat Adamiyah adalah suasana pentadbiran Tuhan yang berhubung dengan kejadian Adam a.s. Ia bukan anasir alam dan bukan berada dalam hati salik yang mengalaminya. Ia adalah suasana yang Tuhan gubah bagi memperkenalkan apa yang Dia mahu kenalkan kepada hati hamba-Nya. Begitu juga dengan pengalaman salik berhubung dengan hakikat Nabi Muhammad s.a.w atau dikenali sebagai Hakikat Muhammadiah. Salik tidak bertukar menjadi Nabi Muhammad s.a.w atau bersatu dengan baginda s.a.w. Salik diberi kesempatan mengenali Nabi Muhammad s.a.w dalam suasana pentadbiran Tuhan atau urusan Tuhan. Apa sahaja yang Tuhan mahu ciptakan telah ada pada sisi-Nya, dalam Ilmu-Nya, termasuklah Nabi Adam a.s dan Nabi /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 6. Muhammad s.a.w. Tuhan bentukkan misal bagi suasana yang pada sisi-Nya yang melampaui segala misalan, dan misal gubahan Tuhan itu dihantarkan kepada hati salik. Salik yang menetap dalam kehambaan menyaksikan Hakikat Adam, Hakikat Muhammad dan Hakikat Tuhan. Salik yang terbalik pandangannya menjadi orang yang merasakan menjadi Nabi Adam a.s, menjadi Nabi Muhammad s.a.w dan menjadi Tuhan atau pun mereka merasakan suasana penyatuan dengan hakikat-hakikat tersebut. Penyatuan tersebut hanya berlaku dalam bayangan ilmu, bukan penyatuan yang sebenarnya. Apabila salik melepasi peringkat bayangan, dia masuk kepada hal yang sebenar, yang tidak serupa dengan bayangan ilmu itu. Manusia yang ciptaannya digabungkan unsur rohani dengan unsur jasmani berkemampuan menerima bayangan Tuhan atau menerima sinaran Nur-Nya. Bayangan tetap bayangan. Zat Tuhan Yang Maha Tinggi tetap tinggal diselubungi oleh selimut ghaib yang Mutlak lagi amat perkasa, tidak mungkin diruntuhkan oleh kasyaf yang bagaimana pun. Nur bukanlah Zat, tetapi hanyalah satu ayat, tanda atau bukti tentang Tuhan dan juga satu Hijab daripada sekalian banyak Hijab-hijab ketuhanan, juga satu nama daripada sekian banyaknya nama-nama Tuhan. Kebodohan, ketidak-upayaan mengenal-Nya adalah tabir penutup yang asli dan tidak mungkin tersingkap hakikat Zat Tuhan melainkan pada hari kebangkitan, suasana yang Tuhan berkehendak memperlihatkan Diri-Nya secara nyata. Sebelum itu penyaksian merupakan penglihatan akal dan mata hati atau melihat Nur-Nya. Dalam fana salik mencapai Wajibul Wujud sifat bukan Wajibul Wujud Zat. Zat Ilahiat melampaui perbatasan Wajibul Wujud, mumkinul wujud atau apa sahaja yang dikaitkan dengan wujud atau tidak wujud. Salik yang mencapai Wajibul Wujud sifat mencapai kedudukan kewalian iaitu dia menjadi alat Allah s.w.t, bukan menjadi Allah s.w.t. Allah s.w.t memperkenalkan Hadrat-Nya melalui sifat dan nilai yang ada dengan manusia. Sifat dan nilai yang ada pada wali-Nya memperkenalkan-Nya dengan lebih berkesan daripada orang lain. Semakin sempurna kewalian seseorang itu semakin menyerlah keupayaan yang dikurniakan Allah s.w.t kepadanya dalam memperkenalkan-Nya sebaik mungkin. Bakat atau keupayaan memperkenalkan Tuhan yang dikurniakan kepada wali itu dinamakan tajalli Rahmani (kenyataan Tuhan). Wali yang di dalam fana mengucapkan “ Ana al-Haq! (Aku adalah Tuhan!)” memperkenalkan sifat Kalam Tuhan. Tuhan yang mengatakan demikian melalui lidah wali-Nya. Wali yang tidak di dalam fana pula /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 7. mengatakan “Hua al-Haq! (Dia jualah Tuhan!)”. Ucapan wali yang di dalam fana dan ucapan wali yang di dalam kesedaran itu membawa maksud yang serupa. Wali yang di dalam fana tidak menjadi Tuhan dan demikian juga wali yang di dalam kesedaran. Satu jenis tajalli lagi dinamakan tajalli rohani (tajalli roh). Roh yang asli yang mengenal Tuhan dibungkus atau dihijab oleh bakat roh yang mendatang yang padanya terdapat berbagai-bagai sifat buruk yang menghijab Latifah Rabbaniah. Dalam tajalli roh kumpulan atau penyatuan hijab-hijab itulah yang menyata sebagai roh yang memiliki sifat Rabbaniah (ketuhanan). Orang yang mengalami tajalli roh mengatakan juga “Ana al- Haq!” dan pada ucapan tersebut ada pengakuan tentang ketuhanan rohnya. Dia benar- benar merasakan rohnya itulah Tuhan dan dia melihat sekalian makhluk tunduk kepada keagungan, kebesaran dan kemuliaan rohnya. Orang yang mudah terjatuh ke dalam medan tajalli roh ini adalah mereka yang sejak awal perjalanan lagi memang mempercayai dan berpegang kepada fahaman wahdatul wujud dan mereka sengaja mencari penyatuan dengan Tuhan. Segala usaha ditujukan bagi menghapuskan kemanusiaan mereka dan melahirkan ketuhanan diri mereka. Mereka berpegang kepada fahaman bahawa diri mereka, Adam, Muhammad dan Allah s.w.t adalah yang satu (kami berlindung kepada Allah s.w.t daripada iktikad yang sesat itu). Ibadat dan zikir bukan ditujukan kerana mencari keredaan Allah s.w.t sebaliknya digunakan bagi melahirkan kesedaran menurut apa yang telah mereka iktikadkan. Penyatuan Adam, Muhammad, Allah s.w.t dan diri mereka dialami pada makam roh. Sejak mula lagi, walaupun menyebut nama Allah s.w.t tetapi tumpuan dan penghayatan mereka adalah roh. Mereka memulakan sembahyang dengan memukau diri sendiri agar meyakini bahawa perbuatan mereka adalah Perbuatan Tuhan, sifat mereka adalah Sifat Tuhan, wujud mereka adalah Wujud Tuhan dan zat mereka adalah Zat Tuhan. Kalimah “La ilaha illa Llah” yang bermaksud “Tiada Tuhan melainkan Allah” mereka menghayatinya sebagai “La maujud illa Llah ” yang bermaksud “ Tidak ada yang ada melainkan Allah”. Mereka gunakan ucapan orang yang di dalam zauk untuk membentuk kefahaman mereka di dalam sedar. Setelah ditekankan beberapa lama bahawa perbuatan, sifat, wujud dan zat mereka sama dengan Tuhan maka keyakinan yang demikian terpahat dalam jiwa mereka. Bila sampai kepada satu tahap keyakinan hati mereka merasakan sekalian makhluk tunduk kepada ketuhanan mereka. Ketika itu keluarlah dari mulut mereka ucapan “ Ana al-Haq!”. Walaupun mengucapkan yang demikian seperti yang diucapkan oleh salik yang di dalam fana namun hati salik yang menerima tajalli Rahmani berbeza daripada hati mulhid yang /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 8. menerima tajalli roh. Dalam tajalli roh tidak ada fana. Apa yang disangkakan fana di situ adalah pelepasan secara menyeluruh pengakuan kehambaan dan penerimaan secara menyeluruh bahawa rohnya adalah Tuhan atau Tuhan yang menjadi nyawa kepada rohnya. Bila orang ini kembali semula kepada kesedaran, ego diri dan sifat-sifat kebinatangan bertambah kuat menguasai mereka. Mereka menjadi orang yang takabur, berani mempersendakan Tuhan, nabi-nabi dan amalan agama (Ya Allah! Lindungi kami daripada perbuatan sesat itu.) Dari kalangan mereka timbul ungkapan bahawa ilmu Tuhan belum sempurna. Keegoan diri bertambah dan syariat dibuang begitu sahaja. Mereka menyahut seruan azan dengan ucapan meremehkannya. Mereka melihat ibadat yang orang lain lakukan sebagai sia-sia sahaja kerana kononnya orang ramai tidak mengenal Tuhan seperti mereka. Bagi mereka sembahyang yang sebenar adalah menyembah diri sendiri. Mereka inilah kumpulkan yang sesat, menyebarkan kesesatan dengan berselindung di sebalik ajaran tarekat tasauf dan ahli sunnah wal jamaah. Setiap Mukmin yang menjalani tarekat yang benar berkewajipan menghancurkan gerakan kumpulan tarekat yang sesat itu. Jangan terpedaya orang sesat yang boleh mengeluarkan kebolehan yang luar biasa. Mahaguru ajaran sesat, iblis laknatullah, lebih lagi luar biasanya. Dalam tajalli Rahmani keegoan salik binasa dan dia mencapai fana. Dalam kefanaan sifat kemanusiaannya lenyap bersama-sama kekotoran hatinya. Bila dia sedar semula dia sudah menjadi bersih dan hatinya penuh dengan keikhlasan. Ego tidak kembali kepadanya. Dia sentiasa merendahkan diri kepada Tuhan dan sesama manusia. Dia mematuhi perintah-Nya dan peraturan-Nya dan berjalan di atas muka bumi dengan tawaduk dan takwa. Seseorang yang ingin menjadi salik sangat perlu melepaskan fahaman wahdatul wujud dan keinginan kepada sesuatu yang selain Allah s.w.t seperti kasyaf, kekeramatan, kewalian, sesuatu ilmu dunia dan lain-lain yang boleh menjadi hijab. Masuklah ke dalam suluk bersama-sama syariat, sebagai hamba Tuhan, yang inginkan makam sebagai hamba Tuhan semata-mata tidak hamba kepada yang selain-Nya, mahu menyembah Tuhan semata-mata, tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu baik yang nyata mahupun yang ghaib, berharap, bergantung dan berhajat kepada-Nya semata-mata, tidak kepada yang lain. Orang yang baharu memasuki bidang tarekat tasauf gemar memerhatikan martabat nafsu. Mereka sering mengintai-intai diri mereka apakah sudah berada pada martabat nafsu /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 9. yang tinggi. Jika mereka merasakan terdapat tanda ketinggian nafsu mereka maka mereka akan merasakan kejayaan. Orang salik dan juga orang yang berminat kepada tasauf perlulah sedar bahawa martabat nafsu bukanlah matlamat. Huraian di dalam buku-buku, daerah nafsu-nafsu dinyatakan dengan jelas. Dalam perjalanan yang sebenarnya tidak ada sempadan yang jelas di antara satu daerah nafsu dengan daerah nafsu yang berikutnya. Perubahan sifat nafsu berlaku tanpa disedari, tidak ada isyarat yang mengsahkan yang mereka sudah berpindah kepada daerah nafsu yang lain. Keinginan kepada pertukaran makam nafsu merupakan tipu daya yang halus. Orang yang memasuki suluk perlu membuang kehendak diri sendiri dan tunduk kepada kehendak Tuhan. Jika masih lagi mengintai makam nafsu bermakna kehendak diri masih lagi kuat. Walaupun dia melihat tanda nafsunya sudah ada pada makam yang tinggi, tetapi keinginannya kepada makam nafsu yang tinggi itu menunjukkan kehendaknya masih belum menyerah kepada kehendak Tuhan. Itu bermakna dia belum mencapai makam nafsu yang tinggi itu walaupun dia merasakan sudah mencapainya. Makam-makam nafsu hanyalah panduan di dalam perjalanan, berguna bagi guru yang membimbing muridnya dalam menyusun latihan berperingkat-peringkat. Permulaan tarekat adalah syariat dan penghabisan tarekat adalah juga syariat. Kebenaran dalam syariat dipermulaan jalan tidak jelas. Setelah sampai di penghujung jalan kebenaran yang dinyatakan oleh syariat menjadi jelas. Pengalaman fana yang paling tinggi dalam nafsu radhiah tidak dapat menandingi satu sembahyang fardu yang dilakukan kerana Allah s.w.t menurut peraturan syariat. Baqa bersama-sama Allah s.w.t di dalam makam nafsu mardhiah tidak dapat menandingi baqa (kekal) di dalam Sunah Rasulullah s.a.w. Kesempurnaan nafsu pada makam kamaliah tidak dapat menandingi kesempurnaan menjalankan perintah Allah s.w.t, terutamanya dalam bidang berdakwah membimbing umat manusia kepada jalan Allah s.w.t. Makam-makam nafsu hanyalah alat atau jalan, bukan matlamat. Zikir yang dilakukan sendirian selama 24 jam tanpa berhenti tidak dapat menandingi zikir yang melibatkan perkataan, perbuatan dan perasaan yang dilakukan dalam masyarakat dan memanfaatkan makhluk Tuhan. Tarekat haruslah dijadikan alat untuk menyempurnakan syariat bukan untuk sesuatu tujuan yang lain. Salik perlu tahu bahawa latihan kerohanian yang sebenar hanya bermula apabila dia diheret oleh kuasa ghaib dan dia dapat merasakan yang dia diberi bimbingan, tunjuk-ajar serta panduan. Pada masa yang sama dia merasakan jalan menuju Tuhan semakin terang dan rasa kehampiran dengan Tuhan semakin bertambah. Salik perlu sedar bahawa tidak /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 10. ada satu jalan pun daripada hamba kepada Tuhan. Semua jalan kepada Tuhan adalah dihulurkan daripada Tuhan kepada hamba. Selagi Tuhan tidak menghulurkan jalan selagi itulah hamba tidak menemui jalan kepada-Nya. Latihan kerohanian yang dilakukan oleh salik bertujuan mempersiapkan salik agar bersedia memasuki jalan Tuhan apabila Tuhan membuka jalan tersebut. Sekiranya dia tidak bersedia jalan tersebut akan ditutup kembali. Rasulullah s.a.w berkhalwat di Gua Hiraa sebagai persiapan menerima kedatangan wahyu. Khalwat yang baginda s.a.w lakukan itu tidak berupaya memanggil wahyu turun. Wahyu datang daripada Allah s.w.t, menurut kehendak-Nya namun, Allah s.w.t menghantarkan wahyu setelah baginda s.a.w bersedia dan mampu menerima kedatangan wahyu itu. Begitu juga dengan kedatangan warid. Ia dihantarkan kepada salik yang bersedia menerimanya. Setelah mengakui tidak ada jalan atau tangga yang boleh dibina oleh hamba untuk mencapai Tuhan maka hamba tidak ada pilihan kecuali bersandar kepada Tuhan dan berserah diri kepada-Nya. Ilmu dan amal hanya mampu membawa salik kepada makam berserah diri kepada Tuhan dengan sepenuh jiwa raga. Makam berserah diri adalah medan di mana dihulurkan jalan atau tangga yang membawa seseorang hamba kepada Tuhan. Penyerahan yang sebenar itu adalah Islam. Hanya Islam sahaja yang menjadi agama yang diredai Allah s.w.t dan kepada orang yang benar-benar Islam sahaja dikurniakan nikmat kehampiran dengan Allah s.w.t Yang Maha Tinggi. Tidak dinamakan Islam tanpa syariat Islam. Oleh sebab itu tarekat yang putus dengan syariat Islam tidak akan menemukan seseorang dengan Allah s.w.t. Islam merupakan satu-satunya jalan bagi seseorang hamba menghampiri Tuhan. Tidak ada jalan lain lagi. Allah s.w.t telah menyatakan perkara ini dengan tegasnya di dalam al-Quran: Hari ini Aku sempurnakan agama kamu bagi kamu dan Aku cukupkan atas kamu nikmat-Ku. Dan Aku reda Islam menjadi agama (syariat) kamu . ( Ayat 3 : Surah al- Maa’idah ) Tarekat Tasauf Motif tarekat tasauf adalah: “ Ilahi! Engkau jualah tujuanku. Keredaan Engkau jua yang daku cari ”. Tarekat tasauf menjurus sepenuhnya kepada usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, mengabdikan diri kepada-Nya sebaik mungkin dan mengenali-Nya sebagaimana layaknya. Pokok dari ajaran tarekat tasauf adalah penyucian hati. Syarat /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 11. penyucian hati yang pertama adalah taubat secara zahir dan batin. Taubat zahir berkaitan dengan perkataan, perbuatan, perasaan, menghindarkan diri daripada melakukan dosa dan memperbanyakkan kebaikan. Taubat batin berkaitan dengan rohani, mengembalikan rohani kepada tahap kesuciannya yang asli. Perkaitan rohani dengan jasad dan dunia melahirkan tenaga yang mengheret rohani lari daripada kedudukannya yang asli. Tenaga negatif itu muncul daripada nafsu. Nafsu yang asalnya bersifat baik sudah dikuasai oleh sifat-sifat buruk. Nafsu yang pada asalnya menghadap Tuhan telah berpaling menghadap kepada yang selain Tuhan. Penumpuan taubat batin adalah membawa nafsu kepada haluannya yang asal, yang menghala kepada Tuhan. Rantai yang mengheret nafsu ke arah yang salah mesti diputuskan. Daerah-daerah nafsu perlu difahami bagi memudahkan tugas membawanya kepada arah dan matlamat yang benar. Sebelum nafsu sampai kepada arah yang benar ada tiga daerah nafsu perlu ditempuhi. Tiga daerah tersebut adalah ammarah, lawwamah dan mulhamah. Rantai yang mengikat nafsu dalam daerah nafsu ammarah adalah yang paling kasar dan paling kuat. Pengikat nafsu dalam daerah ini adalah sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak dan sama'ah. Sifat-sifat tersebut membuat manusia merasakan dirinya lebih baik, lebih mulia dan lebih cerdik daripada orang lain. Dia suka menunjuk-nunjuk, suka dipuji dan suka namanya menjadi terkenal. Dalam daerah ini tidak ada nilai-nilai murni kemanusiaan dan tidak ada peraturan. Orang yang berada dalam daerah ini sangat tamakkan harta dan tidak peduli dari sumber mana harta itu diperolehinya. Apabila memperolehi harta dia menjadi bakhil. Nafsu yang berada dalam daerah ammarah ini juga kuat berdengki, berdendam dan sanggup berbuat khianat. Selain itu nafsu ammarah bertabiat suka berangan-angan. Dia merasakan apa yang dia angankan akan diperolehinya walaupun dia tidak ada kemampuan untuk berbuat demikian. Orang yang dibungkus oleh nafsu ammarah suka menggunakan dua cara penilaian. Bagi dirinya digunakan cara positif dan untuk orang lain digunakan cara negatif. Dia mengatakan orang lain mengumpat tetapi bagi dirinya, berbuat perkara yang serupa dikatakan mengatakan yang benar. Orang lain dikatakan berdengki tetapi buat dirinya dikatakan mempertahankan yang hak. Orang lain dikatakan bakhil tetapi buat dirinya dikatakan berjimat cermat. Sikap yang demikianlah membuatkan tertutup pandangannya daripada melihat kepada keburukan, kejahatan dan kecacatan yang ada dengan dirinya. Dia dikuasai oleh perasaan bahawa dialah manusia yang paling tahu dan paling sempurna. Dia merasakan syurga /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 12. adalah haknya sekali pun dia tidak melakukan kebaikan. Perasaan yang demikian muncul kerana sifat ammarah tidak menghalang seseorang menggunakan ilmu yang bersangkutan dengan kehidupan dunia. Ia hanya menutup ilmu tentang Tuhan dan akhirat. Kemampuan menggunakan ilmu dunia membuatkan ahli nafsu ammarah boleh berjaya dalam kehidupan, boleh menjadi cendikiawan dan pemimpin masyarakat. Dia juga boleh mempelajari ilmu agama dan menjadi alim dalam bidang tersebut. Tetapi ilmu tidak berdaya menyelamatkannya kerana dia taksub dengan ilmunya. Dia menjadi marah jika mengetahui orang ramai berguru dengan orang alim yang lain. Dia suka mengeluarkan kenyataan yang merendah-rendahkan ilmu orang lain. Dia merasakan dirinya adalah ahli agama yang sempurna, ahli syurga yang tidak akan dihisab, sudah mencapai makam makrifat sementara orang lain tidak sempurna, ahli neraka dan tidak bermakrifat. Tarekat tasauf mengajarkan manusia supaya membina kekuatan dalam berjihad menentang sifat nafsu ammarah dan membebaskan diri daripada ikatan rantainya. Kekuatan dalaman diperolehi dengan cara mengingati Allah s.w.t sebanyak mungkin. Pada peringkat permulaan ingatan kepada Allah s.w.t dilakukan dengan paksaan dan hanya berlaku secara luar sahaja tetapi dengan mengulangi nama-nama Tuhan, menyebutkannya kuat-kuat akan menambahkan kesedaran terhadap-Nya. Ingatan kepada Tuhan yang dilakukan secara berterusan akhirnya akan masuk ke dalam hati. Ketika itu ingatan kepada Tuhan dilakukan dalam hati, tidak perlu lagi menyebutnya kuat-kuat. Ucapan dan ingatan kepada nama-nama Tuhan membuat hati menjadi jaga dari tidur dan sedar dari kelalaian. Hati mendapat kekuatan untuk berperang dengan tentera ammarah. Berlakulah peperangan di antara yang baik dengan yang jahat. Perjuangan ini berlaku di dalam daerah nafsu lawwamah. Senjata tentera lawwamah adalah taat kepada peraturan syariat, rajin beribadat dan menyibukkan lidah dan hati berzikir kepada Allah s.w.t. Hati yang sudah jaga daripada tidur mampu berfungsi sebagai juru nasihat kepada diri sendiri. Bila terjadi kesalahan dosa akan berdetiklah peringatan di dalam hati dan orang yang berkenaan menjadi menyesal dan bertaubat. Bila hati bertambah kuat juru nasihat dalam diri juga menjadi kuat. Ia akan menarik dirinya lari daripada dosa sebelum dosa dilakukan. Walaupun begitu, ketika berada dalam daerah lawwamah, seseorang itu masih lagi terlanjur melakukan dosa sekalipun dia berusaha mencegahnya. Ini kerana sebahagian daripada rantai-rantai ammarah belum lagi putus daripada daerah lawwamah. Rantai tersebut adalah ujub, riak dan samaah. Sifat kebaikan yang muncul dalam daerah lawwamah adalah mengakui kesalahan diri sendiri, menyesal dan bertaubat. Orang yang /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 13. berada dalam daerah lawwamah gemar bertafakur, merenung sesuatu dan mengaitkannya dengan Kudrat dan Iradat Tuhan. Ingatannya kepada Allah s.w.t sekali sekala masuk ke dalam hati dan menerbitkan rasa kemanisan berzikir. Zikir yang telah masuk ke dalam hati menguatkan dan melembutkan hati itu. Kuat dalam melawan yang salah dan lembut dalam penyesalan terhadap kesalahan diri. Ahli nafsu lawwamah banyak menangis apabila teringatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia juga mudah menangis ketika beribadat. Suasana hati yang menguasai ahli lawwamah ini adalah ‘takutkan Allah.’ Perhatiannya lebih tertuju kepada akhirat dan syurga daripada nikmat keduniaan. Satu sikap yang agak ketara muncul pada ahli lawwamah adalah dia bukan sahaja mengkeritik kesalahan dirinya malah dia juga mengkeritik kesalahan orang lain. Ini berlaku kerana dia selalu memerhatikan kesalahan dirinya dan kesalahan orang lain. Dalam memerhatikan kesalahan diri dia melihat kesungguhannya bekerja menghapuskan kesalahan. Dia melihat dirinya yang bertaubat dan memohon keampunan dari Allah s.w.t. Dalam memerhatikan kesalahan orang lain dia tidak melihat mereka berbuat demikian. Perhatian yang demikian membuatnya merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Semakin jauh seseorang itu memasuki daerah lawwamah semakin kurang pengaruh ammarah pada dirinya. Apabila sampai kepada satu peringkat rantai ammarah putus daripadanya dan dia masuk ke dalam daerah nafsu mulhamah. Nafsu mulhamah adalah nafsu yang sudah bersih daripada kekotoran. Bila kekotoran tidak ada pada hati, fikiran kotor tidak datang lagi dan mengambil alih tempatnya adalah ilham bersih yang datang dari alam tinggi. Cermin hatinya yang kerap menghadap kepada alam tinggi membuatnya sering lupa kepada alam rendah. Dia menjadi tidak berminat dengan harta, berasa cukup dengan apa yang ada dan tidak berasa sayang untuk menolong orang lain dengan harta yang ada padanya. Dia juga melakukan taubat yang sungguh-sungguh dan tidak kembali lagi kepada kejahatan yang pernah dilakukannya. Dia memiliki kesabaran yang kuat dalam menghadapi bala bencana. Dia kuat berserah diri kepada Tuhan. Dia menghadap kepada Tuhan dengan rasa merendah diri dan berhajat kepada-Nya. Sifat merendah diri yang sudah lahir dalam hatinya membuatnya tidak lagi mengkeritik orang ramai sembarangan, seperti yang dilakukannya ketika dalam daerah lawwamah dahulu. Dia lebih memandang orang ramai dengan pandangan simpati, bukan mengutuk. Zikirnya sudah boleh masuk ke dalam hati yang lebih dalam dan lebih seni, menguatkan rasa pergantungan kepada Allah s.w.t. Keikhlasan ahli mulhamah ini sudah bertambah kuat. Dia melakukan kebaikan bukan lagi kerana ‘takutkan Allah’ tetapi semata-mata ‘kerana /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 14. Allah’ atau kerana mahu mendapatkan keredaan-Nya. Orang yang sudah berada pada tahap ini akan terus mentaati Allah s.w.t sekali pun Tuhan tidak menjadikan syurga dan neraka. Matlamatnya adalah Allah s.w.t semata-mata. Keyakinannya kepada Allah s.w.t sangat mendalam, sebab itu dia kuat melakukan tajrid, iaitu menyerahkan urusannya kepada Allah s.w.t sahaja, tidak kepada makhluk. Daerah mulhamah merupakan peringkat terakhir pekerjaan membawa haluan nafsu ke arah yang betul. Ia adalah sempadan terakhir bagi nafsu yang mendatang, yang menumpang nafsu asli yang suci. Oleh kerana dia masih berada dalam daerah nafsu yang mendatang dia masih berkemungkinan diheret semula kepada daerah nafsu yang lebih rendah. Oleh itu kesungguhan beribadat dan kekuatan iman diperlukan agar rantai dari daerah nafsu yang lebih rendah tidak kembali menyambar dan mengikatnya. Apabila seseorang itu keluar sepenuhnya daripada daerah nafsu yang mendatang dan masuk sepenuhnya ke dalam daerah nafsu yang asli dan haluan nafsunya sudah berada pada arah yang benar, dia masuk ke dalam daerah nafsu muthmainnah. Dia telah kembali kepada tahap yang diredai Allah s.w.t. Wahai nafsu muthmainnah. Kembalilah kepada Tuhan engkau dalam keadaan reda meredai oleh-Nya dan masuklah engkau ke dalam golongan hamba- hamba-Ku dan masuklah engkau ke dalam syurgaKu. ( Ayat 27 – 30 : Surah al-Fajr ) Jiwa muthmainnah hanya tenang dan tenteram di dalam melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t. Perbuatan zahirnya dan kelakuan hatinya semata-mata dalam melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t. Dia menyayangi makhluk Tuhan, suka bersedekah, tidak menyimpan harta, reda dengan ketentuan Allah s.w.t dan bertawakal kepada-Nya dalam segala perkara. Dia hidup di atas landasan takwa, kuat beribadat dan mensyukuri segala pemberian Tuhan. Dia sudah melepasi makam sabar dan masuk kepada makam reda, maka tidak ada apa lagi yang menekan jiwanya. Cahaya ketenangan muncul pada wajahnya. Dia sudah dapat mengalami Hadrat nama-nama Tuhan. Kesedaran dan ingatan terhadap nama-nama Tuhan mendatangkan kenikmatan dan kelazatan pada hatinya. Kehampirannya dengan Tuhan membuatnya merasakan dirinya sentiasa bersama-sama- Nya, maka tidak ada apa lagi yang menakutkan dan mendukacitakannya. Daerah muthmainnah ini dinamakan daerah kewalian peringkat permulaan atau wali kecil. /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 15. Manusia rohani memiliki sifat-sifat yang asli. Manusia zahir memperolehi sifat melalui percantuman dengan manusia rohani. Sifat yang muncul pada manusia zahir dinamakan sifat kemanusiaan. Apabila seseorang meninggalkan daerah-daerah ammarah, lawwamah dan mulhamah masuk ke dalam daerah muthmainnah, bermakna dia meninggalkan daerah sifat kemanusiaan dan masuk kepada sifat rohani. Kelenyapan sifat kemanusiaan dinamakan kefanaan. Bertambah kuat sifat rohani menguasainya bertambah kuat kefanaan yang dialaminya. Tertanggalnya sifat kemanusiaan dan pada masa yang sama mengalami suasana Hadrat Ilahi menyebabkan orang yang berkenaan menafikan perbuatan manusia dan menyandarkannya kepada perbuatan Tuhan. Orang yang dalam keadaan demikian menyaksikan Hadrat Tuhan menerajui sekalian alam maya ini. Oleh sebab itu dia menyerah bulat-bulat kepada pentadbiran Tuhan. Dalam daerah muthmainnah Hadrat Tuhan yang dialami oleh hati menyata sebagai Nama-nama-Nya yang banyak. Setelah dia masuk kepada daerah yang lebih mendalam hatinya mengalami keadaan di mana Hadrat nama-nama yang kelihatan banyak itu sebenarnya adalah Hadrat yang satu, yang berkuasa menentukan segala perkara, tidak ada yang lain memiliki kuasa. Daerah ini dinamakan nafsu radhiah. Suasana hati ahli nafsu radhiah adalah sangat teguh meredai apa sahaja takdir Tuhan. Baginya bala dan nikmat adalah sama sahaja, sama- sama takdir Tuhan. Orang radhiah sangat kuat merasai kehadiran kuasa ghaib mengawal segala kelakuan dan tindak-tanduknya. Perbuatan yang keluar dari dirinya berlaku secara spontan tanpa dia campurtangan sedikit pun. Keadaannya samalah seperti keadaan orang yang melihat dirinya di dalam mimpi. Dia tidak ikut campurtangan dalam kelakuan dirinya yang di dalam mimpi itu. Dirinya yang di dalam mimpi melakukan sesuatu tanpa berfikir dan merancang, tidak terikat dengan dirinya yang diluar mimpi. Apabila diri yang di dalam mimpi itu menjadi sangat kuat diri yang di luar merasakan dialah yang khayalan dan diri yang di dalam mimpi itulah diri yang sebenar. Pengalaman seperti inilah menyebabkan orang radhiah menafikan kewujudan dirinya dan diisbatkan kepada kewujudan Allah s.w.t. Kelakuan orang radhiah tidak lagi terpengaruh kepada fikiran, perasaan dan hukum logik. Tuturkatanya berbunga-bunga, sukar dimengerti oleh orang lain. Dia kadang-kadang mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan orang lain. Biasa juga terjadi dia mengeluarkan ucapan yang pada zahirnya menyalahi syariat. Dia tidak lagi mengendahkan peraturan masyarakat. Tingkah lakunya boleh menyebabkan orang ramai menyangkakannya sudah gila. Apa yang nyata pada hatinya adalah segala perkara datangnya dari Tuhan. Dia mengembalikan segala perkara kepada Tuhan. Apa juga kebolehan dan kekeramatan yang diperolehinya disandarkan kepada /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 16. Tuhan. Orang radhiah mengalami rasa ‘kegilaan kepada Allah’ pada tahap paling tinggi. Suasana hatinya diistilahkan sebagai ‘dalam Allah.’ Dia fana dalam lautan takdir. Setelah sampai pada kemuncak, darjah kefanaan mula menurun. Peringkat kefanaan menurun ini dinamakan nafsu mardhiah. Dalam proses menaik sehingga ke radhiah seseorang itu terpisah daripada sifat kemanusiaan dan kewujudan alam maya. Apabila sampai kepada daerah mardhiah dia kembali melihat kepada apa yang terpisah daripadanya sewaktu menaik dahulu. Dia sudah boleh melihat sifat kemanusiaan yang menumpang wujud rohani dan sudah merasakan memiliki keupayaan untuk menggunakan sifat dan bakat tersebut. Bila sifat kemanusiaan sudah kembali dia kembali menyaksikan kewujudan alam maya dan makhluk di sekelilingnya. Ketika masih hampir dengan daerah radhiah, walaupun dia sudah berada dalam daerah mardhiah, kesan kefanaan belum terhapus sepenuhnya dari hatinya. Penyaksiannya terhadap makhluk tidak menetap. Kadang-kadang penyaksiannya melampaui makhluk. Kemudian makhluk datang kembali kepada pandangannya. Begitulah keadaannya sehingga dia sampai kepada penetapan nafsu mardhiah, di mana pandangannya tidak terbalik lagi. Dirinya, sifat dan bakatnya dan makhluk sekaliannya menjadi tetap dalam kesedarannya. Dia masuk ke dalam suasana yang diistilahkan sebagai baqa atau kekal dengan Allah s.w.t. Dalam suasana tersebut hatinya kekal dengan Allah s.w.t walaupun zahirnya bercampur dengan orang ramai. Walaupun dia sudah boleh bergaul dengan orang ramai tetapi dia lebih suka bersendirian dan tidak mahu bercakap atau melakukan sesuatu yang sia-sia. Dia sudah boleh mengatur kehidupan hariannya. Ucapan yang menyalahi syariat tidak keluar lagi dari mulutnya. Dalam daerah mardhiah seseorang itu mendapat kesedaran sepenuhnya tentang keaslian rohaninya. Perjalanan kerohanian bukanlah perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia merupakan perubahan kesedaran mengenai hakikat dirinya sehinggalah dia memperolehi kesedaran sepenuhnya tentang keaslian dirinya. Dalam melalui proses perubahan kesedaran itu dia mendapat pengetahuan tentang Tuhan. Dia juga memperolehi kesedaran mengenai roh yang paling latif yang dipakaikan dengan tubuh badan yang nyata. Orang mardhiah yakin bahawa dia diciptakan untuk sesuatu tujuan yang khusus tetapi dia belum menerima amanah untuk memikul tugas berkenaan. Oleh itu keadaannya adalah umpama orang yang sedang menunggu kenderaan di stesen. Sementara kenderaan yang akan membawanya pergi ke tempat yang khusus sampai dia melakukan sesuatu pekerjaan secara ala kadar sahaja. Dia melakukan sesuatu dengan /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 17. persediaan untuk meninggalkannya apabila datang ‘perintah’ untuk pergi ke satu tempat yang muktamad kelak. Suasana hati yang beginilah membuatkan orang mardhiah kembali kepada kehidupan dunianya tanpa sesuatu matlamat yang jelas. Sebenarnya kesan kefanaan yang sangat kuat pada peringkat radhiah masih menguasai hatinya. Kesan tersebut membuatnya masih ‘menanti-nantikan’ sesuatu yang dia sendiri tidak pasti. Masih ada tarik menarik di dalam hatinya di antara kesedaran kerohanian yang diperolehinya dengan kesedaran kemanusiaan yang dikembalikan kepadanya. Dia adalah umpama seorang yang keberatan untuk memasuki rumahnya yang telah lama ditinggalkannya dan rumah itu gelap gelita. Dia akan terus berkeadaan demikian sehinggalah dia menyedari bahawa dirinya sudah ada cahaya yang mampu menerangi rumah gelap tersebut. Apabila dia telah menerima rumahnya dengan sepenuh jiwa raga dan dia memasuki rumah itu, akan memancarlah di dalamnya cahaya yang terang benderang. Dia mula bekerja di dalam rumah tersebut. Keadaannya seumpama Adam a.s yang reda dengan bumi ini menjadi tempat kediamannya, tempat kematiannya dan tempat dibangkitkan. Rohani yang terang benderang telah menerima jasad yang gelap gelita, maka sempurnalah kejadian insan. Adam a.s telah menerima bumi sebagai tempat kediamannya, maka sempurnalah tujuan penciptaan Adam a.s. Orang kerohanian melalui berbagai-bagai peringkat kerohanian. Apabila rohaninya menerima jasadnya sempurnalah kejadiannya. Apabila dirinya iaitu rohani yang berkamil dengan jasad, menerima penghidupan di dalam dunia sempurnalah perjalanannya. Tidak ada lagi yang dinanti- nantikannya dan tidak ada perintah lagi yang ditunggunya. Dunia inilah daerah kekhalifahannya dan al-Quran itulah perintah yang sudah siap termetri. Orang kerohanian masuk ke dalam daerah nafsu kamaliah atau kesempurnaan nafsu dengan doa: Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkan daku dengan kemasukan yang baik dan keluarkan daku dengan keluaran yang baik dan jadikanlah untukku langsung dari Engkau satu kekuasaan yang menolong”. Dan katakanlah: “Telah datang kebenaran dan telah lenyap kebatalan; sesungguhnya yang batal itu pastilah dilenyapkan”. ( Ayat 80 & 81 : Surah al-Israa’ @ Bani Israil ) Orang kerohanian yang telah kembali kepada keaslian rohaninya, kemudian dihantar semula ke tempat dia bermula, iaitu kehidupan dunia, dipelihara oleh Allah s.w.t daripada dirosakkan oleh kehidupan dunia. Dia kembali kepada kesedaran kemanusiaan dan /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 18. kehidupan dunia sebagai nafsu muthmainnah, nafsu yang paling sempurna dan sesuai untuk kehidupan di bumi. Bumi yang menjadi tempat kembalinya itu adalah seumpama bumi yang diciptakan semula oleh Tuhan setelah berlaku kiamat. Pada hari yang akan diganti bumi ini dengan bumi lain dan semua langit juga, dan akan tampil mereka ke hadapan Tuhan, Allah, Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Dan akan engkau lihat orang-orang yang berdosa itu terikat dengan belenggu-belenggu. ( Ayat 48 & 49 : Surah Ibrahim ) Manusia pilihan yang diturunkan kepada penghidupan dunia setelah dinaikkan kepada tempat asalnya, merupakan khalifah Tuhan yang bertugas memakmurkan bumi dan melaksanakan perintah Allah s.w.t. Puak yang tidak mengerti akan mencuba untuk mengganggu pekerjaan mereka tetapi pertolongan dari Tuhan membelenggu musuh mereka hinggakan dunia ini tidak lagi berupaya mencederakan mereka. Setelah tugas mereka di bumi sempurna mereka akan kembali kepada Tuhan dalam keadaan reda meredai. Para khalifah Tuhan diperkuatkan dengan pertolongan yang langsung daripada-Nya. Dia campakkan Roh dari urusan-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki dari kalangan hamba-hamba-Nya. ( Ayat 15 : Surah Mu’min ) Dan Kami telah perkuatkan dia (Isa) dengan Roh Kudus. ( Ayat 87 : Surah al- Baqarah ) Khalifah Tuhan berkecimpung dalam kehidupan masyarakat sebagaimana anggota masyarakat yang lain. Kerja utama mereka adalah membimbing manusia ke jalan Allah s.w.t. Di damping itu mereka menjalankan kewajipan terhadap diri dan keluarga.. Mereka melakukan pekerjaan kerana mentaati Allah s.w.t. Khidmat mereka kepada masyarakat adalah khidmat mereka kepada Tuhan. Kasih mereka kepada Tuhan disebarkan kepada makhluk Tuhan. Ketaatan mereka kepada Tuhan ditunjukkan dengan memberi bantuan kepada makhluk Tuhan. Mereka adalah wakil Tuhan yang bertugas hal ehwal makhluk Tuhan. Itulah pekerjaan Adam a.s dan keturunannya yang dipilih dari masa ke masa untuk meneruskan pekerjaan tersebut. /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 19. Daerah-daerah nafsu merupakan stesen kerohanian di sepanjang perjalanan. Stesen kerohanian tidak seharusnya dipandang sebagai makam ketinggian dan kemuliaan. Tuhan tidak melihat kepada stesen kerohanian tetapi Dia melihat kepada takwa. Takwa yang sebenar hanya boleh disempurnakan dalam kehidupan dunia, di tengah-tengah masyarakat, bukan dalam kerohanian yang memisahkan seseorang dengan orang ramai. Manusia yang paling mulia, iaitu Nabi Muhammad s.a.w sangat aktif dalam kegiatan masyarakat dan kehidupan harian. Selain daripada mengajarkan perjalanan kerohanian melalui daerah-daerah nafsu, tarekat tasauf juga mengajarkan perkembangan kesedaran kerohanian melalui berbagai-bagai peringkat kebatinan. Suasana kebatinan itu dinamakan Latifah Rabbaniah, iaitu unsur seni yang ghaib yang termasuk dalam urusan Tuhan yang tidak mampu difikirkan. Latifah Rabbaniah yang tergolong sebagai Diri Batin adalah Latifah -latifah Kalbu, Roh, Sir, Khafi, Akhfa, Nafsu Natiqah dan Kullu Jasad. Latifah Kalbu adalah hati nurani. Ia menjadi raja yang memerintah sekalian anggota dan tubuh manusia. Ia menjadi induk bagi semua latifah yang lain. Kalbu atau hati itulah yang menjadi tilikan Allah s.w.t. Jika baik hati akan baiklah sekalian anggota. Hati yang seni dan ghaib dikaitkan dengan hati sanubari, iaitu jantung yang terletak dalam dada sebelah kiri, kira-kira dua jari di bawah tetek. Jika diletakkan jari pada tempat tersebut boleh dirasakan denyutannya. Denyutan jantung memberi peringatan kepada manusia bahawa dia masih hidup kerana sokongan daripada Latifah Kalbu yang menjadi bekas menerima kurniaan Allah s.w.t. Kalbu atau hati seni dibungkus oleh alam perasaan yang berbolak- balik, tidak menetap. Kesungguhan beribadat dan berzikir membebaskan Latifah Kalbu daripada hijab alam perasaan yang menutupinya. Bila Latifah Kalbu telah bebas daripada tutupan alam perasaan ia akan menghadap kepada alam ghaib dan menerima ilham yang bebas daripada bisikan syaitan. Kesedaran kebatinan pada tahap Latifah Kalbu membuat hati merasakan jalinan yang erat dan unik dengan Kenabian Adam a.s atau dikatakan hati mengalami suasana Hakikat Adamiyah. Perjalanan Adam a.s menjadi iktibar untuk hati bertaubat dan membersihkannya daripada segala kekotoran. Kesedaran kerohanian yang berhubung erat dengan kenabian Adam a.s itu juga membuka kefahaman tentang perjalanan hukum sebab dan akibat. Kefahaman mengenainya membuat seseorang mengkagumi perjalanan kehidupan yang sangat rapi telah diaturkan untuknya oleh Tuhan Yang Maha Mentadbir. Kesedaran tersebut menambahkan keyakinannya kepada bimbingan yang datang dari Tuhan. Hatinya menjadi bertambah kuat untuk kembali /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 20. kepada Tuhan dan dia bermujahadah untuk mendapatkan keredaan-Nya. Keasyikan dalam suasana latifah sering membuat mata hati menyaksikan cahaya dan warna dalam alam ghaib. Keasyikan dalam Latifah Kalbu membawa seseorang menyaksikan cahaya berwarna kuning yang bergemerlapan. Cahaya latifah yang disaksikan bukanlah cahaya Tuhan dan sekali-kali bukanlah Tuhan. Ia mesti dinafikan dengan membanyakkan ucapan: “La ilaha illa Llah ”. Latifah Kalbu adalah umpama ruang yang besar, terdapat dalamnya berbagai-bagai latifah lagi. Tahap kesedaran latifah yang lebih mendalam dinamakan Latifah Roh, dikenali sebagai Roh Haiwani. Latifah Roh atau Roh Haiwani itu dihijabkan oleh sifat- sifat keji yang dipanggil sifat binatang jinak. Sifat ini mengheret manusia kepada jalan memuaskan nafsu syahwat seperti haiwan, tanpa menghiraukan akibat dan dosa. Sifat binatang jinak inilah yang membuat manusia berani melakukan kesalahan walaupun orang lain yang telah membuat kesalahan yang sama telah pun menerima padahnya. Orang lain yang telah mati kerana penyakit aids tidak menakutkan binatang jinak untuk terus berbuat maksiat. Orang lain yang sudah kena gantung kerana menjual dadah tidak menakutkan binatang jinak untuk terus menjual dadah. Memang sifat binatang tidak mengenal dosa dan tidak takut kepada penyakit. Tenaga ibadat dan zikir yang masuk ke dalam daerah Latifah Roh akan menghancurkan sifat binatang jinak itu. Bila sifat tersebut telah hancur akan muncullah sifat Latifah Roh yang asli, iaitu gemar beribadat, kuat bertawakal dan reda dengan takdir Tuhan. Kesedaran pada tahap Latifah Roh ini membuatkan seseorang melakukan ibadat dan berzikir dengan banyaknya tanpa berasa penat dan jemu. Dalam daerah ini juga muncul hubungan kerohanian dengan Kenabian Ibrahim a.s dan Nuh a.s. ‘Pertemuan’ dengan Hakikat Ibrahimiyah dan Nuhiyah menguatkan kesanggupan seseorang untuk berjuang dan berkorban demi mendapatkan keredaan Allah s.w.t. Keasyikan dalam daerah Latifah Roh ini membawa mata hati menyaksikan cahaya yang berwarna merah yang gilang gemilang. Cahaya latifah ini juga bukanlah cahaya Tuhan dan sekali-kali bukan Tuhan, perlu dinafikan dengan memperbanyakkan ucapan : “La ilaha illa Llah ”. Setelah melepasi daerah Latifah Roh seseorang mengalami pula suasana kerohanian dalam daerah Latifah Sir atau dinamakan Roh Insani. Latifah Sir atau Roh Insani ini dihijab oleh sifat buruk yang dinamakan sifat binatang buas. Sifat tersebut mendorong manusia bermusuhan sesama sendiri, melakukan kezaliman, berdendam dan saling membenci. Apabila sifat binatang buas ini berkuasa akan berlakukah penganiayaan, /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 21. penindasan dan kezaliman yang tidak berperi kemanusiaan terhadap sesama manusia. Sifat binatang buas ini mesti dihancurkan dengan tenaga ibadat dan zikir. Bila sifat binatang buas telah hancur akan muncullah sifat Latifah Sir yang asli iaitu mencintai Allah s.w.t dengan teramat sangat. Kesedaran kebatinan pada tahap Latifah Sir inilah yang sering membuat hati gilakan Allah s.w.t hingga ke tahap tidak rasional. Dalam daerah ini juga terjalin hubungan kerohanian dengan Kenabian Musa a.s. Hakikat Musawiyah membawanya merasai kehampiran dengan Allah s.w.t dan merasai nikmat Cinta Ilahi. Keasyikan dalam daerah ini membawa mata hati menyaksikan cahaya berwarna putih yang bergemerlapan. Cahaya latifah ini juga bukan cahaya Tuhan dan sekali-kali bukan Tuhan, mesti dinafikan dengan ucapan: “La ilaha illa Llah ” sebanyak mungkin. Seterusnya hati mengalami suasana Latifah Khafi. Latifah ini dihijabkan oleh sifat syaitaniah yang menerbitkan perasaan dengki, khianat dan busuk hati. Apabila tenaga ibadat dan zikir yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh berjaya menghancurkan sifat syaitaniah, akan muncullah sifat latifah yang asli iaitu sabar, syukur, reda dan tawakal yang sebenarnya. Kesedaran pada tahap Latifah Khafi membuat seseorang mengalami hubungan kerohanian dengan Kenabian Isa a s atau Hakikat Isaiyah. Kesedaran dalam daerah ini menambahkan kekuatan rohani untuk menghampiri Allah s.w.t dan pada tahap latifah ini juga selalu muncul perkara yang luar biasa seperti kebolehan mengubati penyakit dan mempunyai firasat yang tajam, walaupun bidang tersebut tidak pernah dipelajarinya. Keasyikan dalam Latifah Khafi membawa seseorang menyaksikan cahaya hitam yang tidak terhingga. Cahaya ini juga bukan cahaya Tuhan dan sekali-kali bukan Tuhan. Ia mesti dinafikan dengan memperbanyakkan ucapan: “La ilaha illa Llah ”. Kesedaran kebatinan seterusnya dinamakan Latifah Akhfa yang dihijab oleh sifat Rabbaniah (ketuhanan) yang tidak layak dipakai oleh makhluk. Sifat tersebut melahirkan rasa sombong, ujub dan riak. Apabila tenaga ibadat dan zikir berjaya membebaskan Latifah Akhfa daripada sifat Rabbaniah akan muncullah sifat kebaikan seperti ikhlas dan tawaduk yang sebenarnya. Kesedaran dalam daerah ini membuat seseorang gemar bertafakur. Dalam kesedaran latifah ini juga lahir hubungan kerohanian yang erat dengan Kenabian Muhammad s.a.w atau Hakikat Muhammadiah. Orang berkenaan akan mengalami rasa kasih, keasyikan dan kerinduan yang bersangatan terhadap Rasulullah s.a.w. Ucapan selawat merupakan ucapan yang sangat merdu dan mengasyikkan. /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 22. Keasyikan terhadap Rasulullah s.a.w dalam daerah Latifah Akhfa ini juga membuat seseorang mengalami suasana ‘pertemuan’ dengan rohani Rasulullah s.a.w sama ada dalam mimpi atau pun dalam jaga. Hakikat Muhammadiah membawa seseorang memasuki suasana Cinta Allah s.w.t yang lebih halus dan lebih seni serta memperolehi muraqabah atau berhadap kepada Allah s.w.t semata-mata, tidak kepada selain-Nya. Keasyikan pada latifah ini juga membawa seseorang menyaksikan cahaya berwarna hijau yang gilang gemilang. Cahaya ini juga bukan cahaya Tuhan dan sekali-kali bukan Tuhan, perlu dinafikan dengan ucapan : “La ilaha illa Llah ”. Latifah seterusnya dinamakan Latifah Nafsu Natiqah. Latifah ini juga dikenali sebagai diri yang boleh berfikir. Nafsu Natiqah dihijab oleh sifat ammarah yang banyak membentuk khayalan dan melahirkan penyakit panjang angan-angan. Dalam daerah inilah gambar-gambar yang disukai oleh nafsu syahwat ditayangkan. Keinginan kepada kesenangan dan keseronokan dunia berpunca daripada daerah ini. Apabila tenaga ibadat dan zikir berjaya menghapuskan sifat ammarah, akan muncullah suasana hati yang tenteram dan fikiran yang tenang. Gambaran, khayalan dan fikiran jahat yang selalu mengganggu orang yang sedang bersembahyang tidak ada lagi apabila sifat ammarah pada Nafsu Natiqah sudah terhapus. Keasyikan dalam kesedaran Nafsu Natiqah membawa seseorang menyaksikan cahaya yang berwarna ungu yang gilang gemilang. Cahaya ini juga bukan cahaya Tuhan dan sekali-kali bukan Tuhan, perlu dinafikan sebanyak mungkin dengan ucapan: “La ilaha illa Llah ”. Latifah yang terakhir dikenali sebagai Latifah Kullu Jasad yang meliputi seluruh tubuh. Latifah ini dihijab oleh sifat jahil dan lalai. Apabila hijab tersebut berjaya dihapuskan oleh tenaga ibadat dan zikir akan muncullah sifat berilmu dan beramal. Tenaga zikir yang berjalan lancar dalam daerah ini dapat dirasakan mengalir ke seluruh tubuh, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, menyerap ke segenap rongga dalam tubuh badan, bercampur dengan darah, daging, tulang, sumsum dan seluruh maujud. Suasana yang demikianlah dikatakan seluruh tubuh berzikir. Keasyikan dalam latifah ini membawa seseorang menyaksikan cahaya yang gilang gemilang tidak dapat dihinggakan dan ditentukan warnanya. Cahaya ini, seperti juga cahaya-cahaya yang lain, bukanlah cahaya Tuhan dan sekali-kali bukan Tuhan dan perlu dinafikan dengan ucapan: “La ilaha illa Llah ”. /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 23. Tujuan tarekat tasauf adalah membawa hati keluar daripada hijab kegelapan dan masuk ke dalam cahaya yang terang benderang. Dalam dunia ini benda-benda nyata boleh disaksikan kerana ada cahaya nyata seperti matahari, bulan dan lampu. Perkara dunia yang abstrak dapat disaksikan melalui cahaya akal. Alam ghaib pula disaksikan melalui cahaya latifah. Walaupun cahaya latifah muncul sebentar sahaja dalam pandangan mata hati namun ia memadai untuk menerangi perjalanan menuju stesen kerohanian yang berikutnya. Apabila seseorang mencapai baqa semua cahaya tidak mempunyai warna, maka tidak ada penyaksian terhadap cahaya, tetapi hati masih dapat merasakan suasana yang terang benderang menerangi perjalanannya sehingga dia tidak berasa keliru atau ragu-ragu. Cahaya-cahaya alam kerohanian memandu seseorang untuk sampai ke Hadrat Ilahi. Suasana Hadrat Ilahi adalah makam ihsan, iaitu merasai kehadiran Tuhan dalam segala keadaan dan pada setiap ketika. Orang yang sampai kepada pengalaman yang demikian mengerti maksud firman Allah s.w.t: Allah jualah Cahaya bagi langit dan bumi. ( Ayat 35 : Surah an-Nur ) Nur Allah s.w.t adalah Hadrat-Nya atau kehadiran-Nya yang dapat dirasakan oleh hati yang berkait rapat dengan rohnya yang asli. Nur Allah s.w.t bukanlah cahaya yang boleh difikirkan, digambarkan atau dikhayalkan. Maksud melihat Nur Allah s.w.t adalah merasakan kehadiran-Nya. Apa juga cahaya yang disaksikan dalam alam ghaib adalah cahaya yang Dia gubah sebagai menarik hamba-hamba-Nya agar terus berjalan sehingga sampai kepada matlamat yang dituju. Matlamat yang terakhir hanya boleh ditemui dan dicapai melalui suluhan cahaya kebenaran yang sejati. Dan demikianlah Kami wahyukan kepada engkau satu Roh dari urusan Kami. Padahal tidaklah engkau tahu apa itu Kitab dan apa itu iman. Tetapi Kami jadikan ia nur yang Kami beri petunjuk dengan ia barangsiapa yang kami kehendaki daripada hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau akan memimpin kepada jalan yang lurus. (Iaitu) jalan Allah, yang kepunyaan-Nya apa yang ada di semua langit dan apa yang ada di bumi. Ketahuilah! Kepada Allah akan sampai segala urusan. ( Ayat 52 & 53 : Surah asy-Syura ) Wahyu adalah cahaya kebenaran yang sejati, dijadikan nur yang memberi petunjuk yang dengannya segala urusan sampai kepada Allah s.w.t. /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 24. Tarekat Orang majzub Manusia pilihan kelas tertinggi adalah Nabi-nabi. Tuhan kurniakan kepada mereka kekuatan rohani yang luar biasa. Mereka mampu menempuh alam ghaib dan berhadap kepada Hadrat Ilahi tanpa berlaku kegoncangan kepada akal fikiran, kesedaran dan sifat- sifat kemanusiaan mereka. Mereka diperkenalkan dengan berbagai-bagai suasana ketuhanan (hakikat ketuhanan) dan mengalami berbagai-bagai perkara yang ganjil dalam keadaan jaga, tidak terbalik pandangan, tidak terlepas kehambaan dan tidak hilang kesedaran terhadap diri sendiri dan makhluk lainnya. Mereka tidak terdorong kepada suasana fana dan jazbah, tidak ada bersatu dengan Tuhan, baqa dengan Tuhan dan berpisah dengan Tuhan. Nabi-nabi menghadap kepada Tuhan tanpa melupai makhluk. Mereka juga melayani makhluk tanpa lalai daripada Tuhan. Makhluk tidak melindungi Tuhan dan Tuhan tidak menghapuskan makhluk. Kedua-duanya berada dalam kesedaran nabi-nabi. Manusia yang selain nabi-nabi akan menerima kesan yang kuat daripada pengalaman kerohanian yang dinisbahkan kepada suasana ketuhanan. Keadaan ini lebih kuat lagi berlaku kepada orang yang dibawa kepada tarekat ujian bala. Kegoncangan yang hebat oleh ujian bala menyebabkan hati mereka ‘pecah’. Akibatnya kesedaran kepada alam maujud dan diri sendiri hilang. Tabiat dan sifat kemanusiaan juga tertanggal. Kesan yang muncul daripada ‘pertembungan’ dengan suasana ketuhanan itu dinamakan jazbah dan orang yang mengalami jazbah dinamakan majzub. Jazbah adalah hal yang dialami oleh hati berhubung dengan aspek ketuhanan yang tidak dapat dicapai oleh akal. Hijab diangkatkan dan mata hati mereka menyaksikan perkara ghaib dan kenyataan tentang Tuhan. Suasana jazbah itu berbeza bagi seorang dengan seorang yang lain. Secara umumnya orang yang mengalami jazbah atau ahli majzub boleh dibahagikan kepada empat jenis. Majzub jenis pertama adalah orang yang dibawa oleh Tuhan kepada beberapa pengalaman kerohanian yang berkait dengan ketuhanan dan mencapai beberapa makam yang tinggi dalam tempuh yang singkat serta mereka mendapat keasyikan terhadap Allah s.w.t tanpa berguru dengan sesiapa dalam hidup mereka. Jazbah merombak keperibadian mereka secara menyeluruh. Mereka menjadi orang yang sangat berlainan daripada /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 25. keadaan mereka sebelum kedatangan jazbah. Mereka tidak suka bergaul dengan orang ramai. Mereka lebih merasakan kedamaian dan kebahagiaan jika mereka bersendirian dalam keasyikan dengan Allah s.w.t. Apa yang berlaku di sekeliling mereka, baik atau buruk, tidak menarik minat mereka. Kegoncangan yang berlaku dalam masyarakat dan keluarga tidak mampu menarik mereka keluar daripada keasyikan mereka. Mereka hanya gilakan Allah s.w.t. Setiap detik mereka teringatkan Allah s.w.t sahaja. Mereka tidak suka mendengar cerita yang selain Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t dan yang mengenai Allah s.w.t sahaja yang dapat menembusi hati mereka. Bila mereka dikuasai oleh jazbah hilanglah kesedaran, fikiran, penglihatan, pendengaran dan pergerakan mereka. Orang majzub tidak sedarkan diri mereka dan alam maujud sekaliannya. Dalam keadaan demikian mereka mengalami berbagai-bagai hal atau pengalaman kerohanian. Mereka berpindah dari satu makam ke satu makam yang lain dengan cepat. Orang majzub seperti ini dikasihi oleh Allah s.w.t dan Dia melindungi mereka daripada orang jahil yang jahat perangai. Oleh kerana mereka sudah hilang kesedaran dan sifat kemanusiaan, maka hilang juga keupayaan mereka untuk membezakan yang baik daripada yang buruk. Majzub yang seperti ini tidak boleh dijadikan pembimbing orang ramai kerana adab sopan dan peraturan masyarakat tidak ada dalam kesedaran mereka. Majzub jenis kedua, setelah dilenyapkan akal dan kesedaran seperti jenis pertama, mereka dikembalikan semula kepada kesedaran kemanusiaan sedikit demi sedikit. Mereka diturunkan dari satu makam kepada makam yang lain. Penurunan tersebut mengurangkan kesan jazbah sehingga akhirnya mereka sampai kepada penetapan dan kesedaran sepenuhnya. Ketika menaik kesedaran mereka terhadap yang selain Allah s.w.t hilang dengan cepat dan dalam keadaan demikian mereka ‘menemui’-Nya. Ketika penurunan kesedaran terhadap diri sendiri dan makhluk lainnya tidak kembali dengan cepat. Mereka mengambil masa yang agak lama sebelum kesan jazbah hilang sepenuhnya daripada kesedaran mereka. Ada sebahagian daripada mereka yang kesan jazbah tidak hilang sampai ke akhir hayat mereka. Bagi majzub kumpulan kedua ini jazbah berperanan sebagai ‘kuasa pemaksa’ yang mengheret mereka keluar daripada alam kelalaian dan memasukkan mereka ke jalan yang memperadabkan mereka dengan Tuhan. Rahmat Tuhan yang menarik mereka kembali kepada jalan yang lurus. Perubahan yang berlaku kepada mereka terjadi dengan pantas. Mungkin dalam masa kurang daripada dua bulan mereka sudah melalui semua stesen kerohanian dan mengalami hal ketuhanan yang mencukupi untuk mereka mengenal Tuhan secara hakiki. Setelah kembali kepada sifat /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 26. kemanusiaan semula mereka meneruskan kehidupan menurut jalan kenabian, menurut Sunah Rasulullah s.a.w dan menjadikan kehidupan nabi-nabi dan wali-wali sebagai iktibar. Proses penurunan majzub jenis kedua ini merupakan pembalikan kepada proses menaik orang salik. Majzub jenis ke tiga tidak hilang akal fikiran dan kesedaran mereka. Perubahan kerohanian berlaku dalam sedar dan jaga. Tidak ada perpisahan dengan sifat kemanusiaan, tidak ada fana dan bersatu dengan Tuhan. Mereka menetap dalam kehambaan, tidak terbalik pandangan, tidak mengalami mabuk dan tidak mengeluarkan ucapan latah yang menyalahi syariat. Orang yang di dalam kesedaran ini didatangkan jazbah kepada mereka sebagai kurniaan Tuhan untuk memperkenalkan mereka kepada Yang Hakiki kerana ilmu dan amal mereka tidak berupaya menyampaikan mereka kepada yang demikian. Kaum sufi umumnya berpendapat majzub yang menetap dalam kesedaran dan kehambaan lebih baik daripada majzub yang mengalami kefanaan dan mabuk. Majzub yang di dalam kesedaran boleh menjauhkan diri mereka daripada perkara-perkara yang mendatangkan fitnah. Majzub jenis ke empat adalah orang yang memasuki jalan suluk terlebih dahulu. Ketika bersuluk itulah akal fikiran dan kesedaran mereka dihapuskan. Majzub jenis ini mengenali alam terlebih dahulu sebelum mengenal Tuhan (mengalami hakikat ketuhanan). Bimbingan guru yang mursyid membuat perjalanan jazbah mereka teratur. Mereka meningkat dari satu makam kepada makam yang lain dengan bersistematik. Mereka melalui stesen-stesen kerohanian dengan bimbingan yang benar. Guru yang telah melalui semua stesen kerohanian, memperolehi makam-makam, mengetahui suasana kefanaan, kebaqaan dan Kebenaran Hakiki sesudah fana dan baqa, diperlukan bagi membimbing salik yang didatangi jazbah. Guru yang demikian dapat menyapu kekeliruan daripada mengelabui pandangan hati muridnya. Murid itu dapat maju ke matlamat terakhir dengan selamat dan teratur. Bimbingan guru membuat salik mengalami dan mengetahui pengalaman mereka. Pengenalan melalui pengalaman yang diterangi oleh pengetahuan mempercepatkan salik menjadi orang arif. Majzub jenis inilah dipersetujui oleh kaum sufi. Majzub jenis pertama hidup terus menerus sebagai orang majzub, tidak kembali lagi kepada kehidupan manusia biasa. makrifat mereka berdasarkan pengalaman kerohanian mereka. Pengalaman mereka hanya untuk diri mereka sahaja, bukan untuk orang lain. /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 27. Tanpa tajalli ilmu (terbuka pengetahuan tentang pengalaman yang dilalui) mereka tidak boleh dipanggil orang arif dan mereka tidak dibolehkan menjadi pembimbing orang ramai yang di dalam kesedaran biasa. Majzub jenis ke dua melalui stesen-stesen kerohanian dan mencapai berbagai-bagai makam dalam tempuh yang singkat. Kumpulan ini biasanya memasuki jazbah tanpa persediaan dari segi ilmu dan juga mereka tidak mempunyai guru. Setelah mengalami jazbah mereka kembali kepada kesedaran biasa. Akal fikiran dan sifat kemanusiaan mereka dikembalikan. Mereka mendapati sukar untuk menghuraikan pengalaman kerohanian yang telah mereka lalui. Ketika di dalam zauk pengetahuan tidak penting, tetapi bila kembali sedar akal fikiran memerlukan kefahaman. Dari sini orang majzub yang kembali sedar itu digerakkan untuk menyelidik, mengambil iktibar dan bertanya kepada orang-orang yang arif. Keadaan mereka adalah umpama orang yang bermimpi pada malam hari dan termenung pada siangnya untuk mengingati apa yang dimimpikan dan apa pula maksud mimpi tersebut. Proses memahami dan menyusun perjalanan kerohanian jauh lebih lambat daripada proses pengalaman kerohanian itu sendiri. Pengalaman kerohanian yang dilalui dalam tempuh dua bulan mungkin mengambil masa lebih daripada lima tahun untuk memahaminya dengan jelas dan menyusunnya secara terperinci. Kelambatan proses ini juga disebabkan oleh kesan jazbah yang sukar hilang dari kesedaran seseorang. Kebenaran yang ditemui melalui akal fikiran akan berubah- ubah mengikut kadar kesan jazbah yang sudah hilang daripada mereka. Apabila mereka bebas sepenuhnya daripada kesan jazbah, mereka akan temui Kebenaran Hakiki yang sesuai dengan al-Quran dan as-Sunah. Walaupun mereka mengalami hakikat tetapi tanpa kematangan ilmu mengenai pengalaman tersebut, mereka tidak layak dipanggil orang arif. Ilmu mereka benar-benar matang setelah mereka kembali kepada al-Quran dan as- Sunah. Majzub jenis ke tiga biasanya terdiri daripada mereka yang mempunyai bekalan ilmu yang mencukupi. Kumpulan ini memasuki jalan kerohanian secara berhati-hati dan diselubungi oleh keraguan. Mereka memerlukan masa untuk mengharmonikan pengalaman yang dilalui dengan pengetahuan yang sedia ada. Apa yang diketahui sebelum mendapat jazbah berbeza daripada apa yang diketahui sesudah mendapat jazbah. Kedua-dua pengetahuan yang kelihatan berbeza itu kemudiannya dapat dipastikan bahawa perbezaan berlaku pada sudut pandangan sedangkan kebenarannya tidak berbeza. Pengalaman mengsahkan apa yang sudah diketahui. Bila kedua-dua jenis pengetahuan /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 28. itu bersepakat keraguan mereka pun hilang. Pengetahuan yang lahir daripada cantuman dua sudut itu meneguhkan keyakinan. Majzub jenis ke empat memasuki bidang suluk terlebih dahulu. Ketika menjalani suluk itulah mereka memperolehi jazbah. Tempuh mendapatkan jazbah berbeza-beza di antara seorang salik dengan salik yang lain. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Tidak kurang juga yang langsung tidak mendapat jazbah. Salik yang tidak mendapat jazbah atau lambat memperolehinya tidak seharusnya berasa kecewa. Jazbah bukanlah matlamat suluk. Kebaikan bagi orang yang menjalani jalan kerohanian adalah menjaga makam mereka. Jangan meminta makam yang lebih tinggi atau lebih rendah. Intisari bagi perjalanan kerohanian adalah kesabaran dalam menjalankan perintah Allah s.w.t dan kesabaran menanggung takdir-Nya. Salik hanya perlu menjaga takdir yang mereka berada di dalamnya. Sabar mengawal diri dan tidak bertelingkah dengan takdir merupakan kejayaan yang besar bagi salik, sekalipun mereka tidak mendapat jazbah. Teruskan tegak berdiri kerana Allah s.w.t, demi Wajah-Nya semata-mata bukan kerana sebarang keperluan. Salik jenis ini dibawa kepada ikhlas tanpa melalui jazbah. Ikhlas dan benar dengan Allah s.w.t merupakan matlamat perjalanan kerohanian, baik melalui jazbah atau secara sedar. Salik yang menetap dalam kesedaran beriman kepada Allah s.w.t dan Rasul- Nya dengan ikhlas. Mereka beriman kepada perkataan al-Quran dan Hadis dengan ikhlas tanpa memasuki bidang hakikat. Bagi salik yang mengalami jazbah pula berdampingan dengan guru menjadi syarat penting. Mereka perlu merujukkan kepada guru mereka semua pengalaman kerohanian yang mereka lalui semasa jaga mahupun secara mimpi. Salik jangan mudah membuat tafsiran sendiri mengenai sesuatu perkara. Setiap orang majzub mempunyai jalannya sendiri yang berbeza dengan majzub yang lain. Masing-masing ditarik kepada jalannya oleh ‘kuasa ghaib’ yang diistilahkan sebagai Tarikan Rahmani (ketuhanan), Pembimbing Hakiki ataupun Perintah Batin. Orang majzub menerima Tarikan Rahmani tanpa mereka boleh menahannya. Tarikan tersebut membawa mereka kepada jalan khusus yang Tuhan sediakan untuk mereka. Tarikan tersebut juga mengarahkan mereka melakukan sesuatu perkara tanpa terikat dengan hukum logik. Tarikan yang langsung dari Tuhan itu juga memandu orang majzub sehingga selamat sampai kepada matlamat. Orang yang di dalam keadaan demikian sering mendapat peringatan dari dalam diri mereka sendiri. Peringatan yang demikian dinamakan Suara Hakiki. Jika timbul cita-cita mereka untuk berhenti tatkala terjadi kasyaf suara dari dalam diri mereka akan memberi peringatan: “Apa yang kamu cari /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 29. masih jauh di hadapan. Oleh itu jangan berhenti!” Jika terbuka kepada mereka rahsia alam maya, mereka diperingatkan oleh hakikat alam maya: “Sesungguhnya kami adalah ujian, kerana itu janganlah kamu kufur!” Hamba yang dipimpin itu menafikan apa juga yang ditemui di sepanjang jalan. Apa yang mereka saksikan adalah gubahan Tuhan, hikmat kebijaksanaan-Nya dan tanda-tanda yang memberi pemahaman tentang Dia. Zat Ilahiat tetap tinggal terhijab, tidak dapat ditembusi oleh sesiapa pun. Akhirnya hamba menemui kenyataan bahawa Dia yang sebenarnya mengenali Diri-Nya. Dia yang mencari, Dia yang dicari dan Dia yang menemui. Tidak ada sesiapa yang ikut campur dalam urusan-Nya. Orang yang sedang dikuasai oleh Tarikan Rahmani akan kehilangan kekuatan akal fikiran dan kesedaran diri mereka. Pengaruh pancaindera dan alam sekeliling menjadi lemah kepada hati mereka. Rangsangan yang datang dari kehendak diri sendiri menjadi tumpul. Pada peringkat permulaan mengalami hal yang demikian, ketika akal fikiran, kesedaran dan kehendak diri masih mempunyai kekuatan, mereka tidak mengerti apakah yang sedang berlaku kepada diri mereka. Mereka merasakan kelainan tetapi tidak mengerti mengenainya. Walaupun begitu mereka terus juga berjalan menurut cetusan yang muncul dari dalam diri mereka. Setelah beberapa lama mereka mula menyedari kehadiran ‘kuasa ghaib’ yang menguasai mereka, memberi petunjuk dan bimbingan. Kelainan yang mereka alami mereka hubungkan dengan kehadiran kuasa ghaib tersebut. Mereka tidak tahu apakah hakikat kuasa ghaib itu tetapi mereka yakin bahawa ia adalah sesuatu yang suci dan berhubung rapat dengan pekerjaan Tuhan. Mereka yakin hanya dengan mengikuti petunjuk ghaib itu mereka dapat menghampiri Tuhan. Kehadiran kuasa ghaib tersebut dirasakan bertambah kuat dari masa ke masa. Ia membuat mereka berasa tenang dan mereka merasakan jalan menuju Tuhan semakin terang. Penguasaan petunjuk ghaib ke atas diri mereka membawa mereka kepada peringkat di mana mereka menyaksikan kelakukan dan perbuatan muncul daripada diri mereka tanpa mereka berkehendak melakukannya, tanpa berfikir dan merancang dan juga tanpa menggunakan kekuatan diri sendiri. Segalanya berlaku secara spontan. Mereka tidak ikut campur dalam menghasilkan perbuatan diri mereka sendiri. Mereka hanya menyaksikan ‘kuasa ghaib’ menghasilkan kelakuan dan perbuatan diri mereka. Mereka tidak ada kehendak untuk membantah hal yang demikian, malah hal tersebut membuat mereka memerhatikan sesuatu tentang Tuhan. Apa yang berlaku secara spontan itu membukakan kefahaman mereka tentang Tuhan. Dalam keadaan yang demikian akal mereka menjadi /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc
  • 30. umpama bekas yang dituangkan dengan kefahaman. Banyak perkara mengenai ketuhanan yang mereka tidak fahami sebelumnya ‘difahamkan’ pada peringkat ini. Hal yang demikian membuat hati mereka merasakan kewujudan hubungan di antara Tuhan dengan mereka. Jika kehendak kepada sesuatu yang lain menjadi lemah tetapi kehendak berjumpa dengan Tuhan menjadi kuat. Hati mereka sudah ada rasa kasihkan Tuhan. Mereka juga dapat merasakan kasihan belas Tuhan kepada mereka. Mereka mendapat penghayatan bahawa Tuhan tidak melupakan mereka, Tuhan sentiasa mengambil tahu tentang hal-ehwal mereka. Bertambahlah keseronokan mereka mengintai Tuhan. Orang yang sedang diheret oleh petunjuk ghaib hilang minat kepada makhluk dan kehidupan dunia seluruhnya. Hati mereka hanya mencintai Allah s.w.t. Mereka menjadi hamba yang gilakan Allah s.w.t. Apa sahaja yang dipandang membalikkan sesuatu tentang Allah s.w.t. Dalam keasyikan mereka mengalami berbagai-bagai hakikat ketuhanan yang menambahkan pengenalan mereka tentang Tuhan. Puncak kecintaan hamba kepada Allah s.w.t adalah pengalaman Allah Maha Esa, tiada sesuatu beserta-Nya. Selepas pengalaman tersebut mereka memasuki suasana baqa dengan Allah s.w.t. Suasana kebaqaan membuat mereka merasakan yang mereka tidak berpisah dengan Allah s.w.t yang mereka cintai, walau di mana mereka berada dan apa juga yang mereka lakukan. Bila suasana demikian sudah menguasai hati mereka baharulah mereka boleh terima kehadiran makhluk kerana pada tahap ini kehadiran makhluk tidak lagi memisahkan mereka dengan Tuhan. Perjalanan seterusnya membawa mereka kepada kesedaran mengenai tujuan mereka diciptakan. Kesedaran, akal fikiran dan sifat kemanusiaan mereka sudah dikembalikan. Mereka mula bergerak jauh daripada Tuhan tetapi dalam keadaan tidak berpisah. Bila kesedaran, fikiran dan sifat kemanusiaan mereka kembali sepenuhnya, mereka dapat melihat perbezaan di antara Tuhan dengan hamba. Mereka berpindah daripada suasana baqa kepada suasana kehambaan sepenuhnya. Mereka kembali kepada kewujudan diri sendiri dan menghabiskan sisa-sisa hidup mereka sebagai ahli syariat yang taat. Lengkaplah perjalanan kerohanian mereka. Pengalaman jazbah menjadi ingatan yang paling berharga bagi mereka kerana melalui pengalaman tersebut mereka berubah menjadi manusia baharu, mempunyai kehendak dan citarasa yang baharu. Jazbah telah menghancurkan ‘patung-patung’ dalam diri mereka yang mereka tidak berupaya menghancurkannya dengan kekuatan diri sendiri. /home/pptfactory/temp/20101218062954/tarekatdansuluk-101218002953-phpapp01.doc