Bab 2.tauhid paksi kehidupan

645 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
645
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
19
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bab 2.tauhid paksi kehidupan

  1. 1. TAUHID SEBAGAI PAKSI KEHIDUPAN
  2. 2. Pendahuluan • Pengertian Akidah –Dari segi Bahasa: Berasal dari kata Arab ‫عـقـد‬ yang bereti ikatan atau simpulan. –Dari segi istilah: Kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kukuh dalam jiwa tentang hakikat dan nilai-nilai mutlak yang kekal dan tetap seperti yang diwajibkan oleh Islam.
  3. 3. • Pengertian Iman – Dari segi bahasa: tasdiq (membenarkan), Percaya, amanah, aman. – Dari segi istilah: –‫بالكركان‬ ‫والعمل‬ ‫بالجنان‬ ‫والتصديق‬ ‫بالسان‬ ‫إقراكر‬ – Mengaku dengan lidah, Membenarkan dengan hati, dan mengamalkan dengan anggota tubuh badan
  4. 4. • Sabda Rasulullah s.a.w ‫القلب‬ ‫في‬ ‫وقر‬ ‫ما‬ ‫ولكن‬ ‫لتحلي‬ ‫با‬ ‫ول‬ ‫لتمني‬ ‫با‬ ‫ن‬ ‫الميما‬ ‫ليس‬ ‫العمل‬ ‫وصدقه‬ Maksudnya: Iman itu bukan dengan cita-cita dan perhiasan, tetapi ialah apa yang tersemat di hati dan dibuktikan dengan perbuatan
  5. 5. • Rasulullah S.A.W. bersabda: ‫واليوم‬ ‫وكرسله‬ ‫وكتبه‬ ‫وملكئكته‬ ‫بال‬ ‫تؤمن‬ ‫أن‬ ‫اليمان‬ ‫وشره‬ ‫خيره‬ ‫بالقدكر‬ ‫الخروتؤمن‬ ‫مسلم‬ ‫كرواه‬ Maksudnya: Iman itu ialah bahawa kamu beriman dengan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya, hari akhirat dan engkau beriman dengan takdir baik dan buruk daripadanya. Hadis riwayat Muslim.
  6. 6. Asas-Asas Akidah • Mempercayai dengan yakin semua rukun-rukun iman. • Mengikhlaskan ubudiah hanya kepada Allah • Menjauhi dan mengkufuri taghut • Mengelak diri dariada melakukan syirik • ©Wan Ali bin Wan Jusoh
  7. 7. Konsep Tauhid • Mengesakan Allah SWT dari segi rububiyah, uluhiyah serta nama-nama dan sifat-sifat-Nya. • ©Wan Ali bin Wan Jusoh
  8. 8. Pembahagian Tauhid • Tauhid terbahagi kepada 3 bahagian; – Tauhid Rububiyah – Tauhid Uluhiyah – Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat. ©Wan Ali bin Wan Jusoh
  9. 9. Tauhid Rububiyah • Mentauhidkan Allah dari segi penciptaan dan pemilikan serta pentadbiran alam. –Dialah Tuhan yang menciptakan alam ini keseluruhannya, tiada sekutu dalam pencitaan tersebut. –Dialah pemilik mutlak bagi alam ini yang mana kewujudan dan kemusnahannya adalah bergantung atas kehendak-Nya. –Dialah Pentadbir bagi alam ini yang berhak menentukan undang-undang dan peraturan.
  10. 10. Tauhid Uluhiyah • Beriktikad dengan jazam bahawa hanya Allah sahajalah yang wajib disembah, dicintai dan ditaati serta ditumpukan segala pengharapan – Tidak ada ibadat, ketaatan dan penyerahan diri melainkan kepada Allah – Tidak mengharap dan meminta pertolongan selain daripada Allah – Tidak mengadakan perantaraan di dalam beribadat kepada Allah – ©Wan Ali bin Wan Jusoh
  11. 11. Tauhid Asma dan Sifat • Beriktikad dengan jazam bahawa Allah memiliki nama-nama dan sifat-sifat yang Maha Agung lagi sempurna serta bersih daripada segala kekurangan. – Iaitu beriman dengan nama-nama dan sifat- safat Allah yang diceritakan oleh Allah di dalam al-Quran atau oleh Nabi saw. Tanpa mentasybih (menyerupakan), ta’til (menafikan), takwil dan tahrif (mengubah bunyi atau maknanya),takyif (menentukan Bentuk sifat). ©Wan Ali bin Wan Jusoh
  12. 12. Jalan Yang Membatalkan Akidah • Iktikad (pegangan) • Perkataan/ucapan • Perbuatan ©Wan Ali bin Wan Jusoh
  13. 13. Perkara Yang Membatalkan Akidah • Bertawakkal dan bergantung kepada yang lain selain daripada Allah. • Tidak mengiktiraf dirinya berada di dalam nikmat Allah baik zahir mahupun batin. • Memberikan hak secara mutlak kepada yang lain dari segi mengadakan syariat, seperti perintah dan larangan, menghalal dan mengahramkan serta menggubal undang-undang. ©Wan Ali bin Wan Jusoh
  14. 14. • Beramal kerana yang lain selain daripada Allah. • Taat kepada yang lain selain daripada Allah dengan ketaatan yang mutlak dan bukan kerana paksaan. • Melakukan upacara keagamaan yang lain selain daripada yang disyariatkan Allah. • Benci atau menghina peribadi Rasulullah saw. atau apa yang dibawa oleh baginda. ©Wan Ali bin Wan Jusoh
  15. 15. • Membenci Islam atau sebahagian daripada apa yang terkandung di dalam Islam. • Berkerjasama dengan musuh-musuh Islam untuk memerangi orang-orang Islam. • Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal di sisi syariat. ©Wan Ali bin Wan Jusoh
  16. 16. Perbezaan tauhid dengan Ideologi Moden • Definisi Ideologi –Ideologi menurut kamus Consise Oxford ialah : a system of ideas and ideals forming the basis of an economic or political theory. the set of beliefs characteristic of a social group or individual . ©Wan Ali bin Wan Jusoh
  17. 17. Perbezaan • Ideologi merupakan satu sistem himpunan idea-idea rekaan manusia; aqidah bukanlah idea-idea yang difikirkan oleh manusia, ia adalah fakta ilmu yang menjadi kepercayaan dan pegangan yang kekal. • Kebiasaan ideologi menumpukan kepada tiga perkara iaitu ekonomi, politik dan sosial; aqidah meliputi seluruh aspek kehidupan manusia dunia dan akhirat, rohani dan jasmani dan agama dan kehidupan. ©Wan Ali bin Wan Jusoh
  18. 18. • Ideologi adalah untuk kumpulan atau individu tertentu yang tidak menyeluruh; aqidah adalah untuk semua orang tanpa mengira negara, bangsa dan masa. • Ideologi boleh dipengaruhi oleh masa, tempat, individu, nafsu, kepentingan dan sebagainya; aqidah tidak boleh dipengaruhi oleh sesiapa pun, ia tetap tidak berubah buat selama-lamanya. ©Wan Ali bin Wan Jusoh
  19. 19. • Ideologi tiada kaitan dengan keimanan, ia diperjuangkan oleh semangat satu-satu kumpulan; aqidah mesti diimani dan diperjuangkan kerana keimanan tersebut • Umur ideologi tidak kekal dan ia akan berkubur sekiranya ditentang dengan hebat oleh sekumpulan manusia atau pemegang ideologi lain; aqidah hidup kekal dan tidak akan musnah sehinggalah hari kiamat. ©Wan Ali bin Wan Jusoh
  20. 20. Akidah Tauhid Dan Kehidupan • Membebaskan manusia daripada perhambaan kepada sesama manusia dan makhluk yang lain. • Membentuk peribadi yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. • Menyatukan matlamat serta menetukan jalan kehidupan di mana tidak ada tujuan selain daripada Allah. ©Wan Ali bin Wan Jusoh
  21. 21. • Menjadi sumber ketenangan jiwa kerana mereka yang beriman tidak takut melainkan Allah dan tidak berputus asa kerana ada pertolongan daripada Allah. • Menjadi sumber kekuatan jiwa iaitu apabila mereka mengharap hanya kepada Allah, meletakkan thiqah (kepercayaan) hanya kepada Allah, serta reda dengan ketentuan-Nya. • Tauhid Asas persaudaraan dan persamaan di kalangan umat manusia. ©Wan Ali bin Wan Jusoh
  22. 22. • Membebaskan manusia daripada sifat kebinatangan , seperti tamak haloba untuk memenuhi nafsu serakah. • Menjadikan manusia bersifat amanah dengan Allah dan manusia lain. • Menjadikan manusia berinovasi dan citakan islah (pembaharuan) dalam kehidupan. ©Wan Ali bin Wan Jusoh
  23. 23. • Mendorong manusia untuk bekerja dan berusaha gigih bagi mencapai al-falah. • Memberi pengaruh dalam berbagai-bagai aspek kehidupan: – Menunaikan kewajipan harta benda – Mengakui kelemahan serta kesilapan diri serta bersedia menerima hukuman – Menegakkan hukuman dan memelihara amanah – Pemerintahan dan peradilan – Perniagaan dan hubungan seharian – Menolong dan mengutamakan kawan. ©Wan Ali bin Wan Jusoh
  24. 24. Paradigma Tauhid • Paradigma boleh ditakrifkan sebagai peraturan atau kepercayaan (bertulis atau tidak bertulis) yang berfungsi menyediakan dan menjelaskan batas panduan, ia menunjukkan kepada seseorang bagaimana bertindak atau berkelakuan dalam lingkungan garis panduan itu supaya mencapai kejayaan. ©Wan Ali bin Wan Jusoh
  25. 25. • Paradigma tauhid merupakan gabungan kepercayaan dan peraturan dari langit sebagai panduan manusia mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. – Hukum mempercayai semua yang dinyatakan oleh Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w. dan mengikuti segala peraturanNya adalah wajib ke atas setiap manusia. ©Wan Ali bin Wan Jusoh
  26. 26. Pradigma Tauhid ©Wan Ali bin Wan Jusoh©Wan Ali bin Wan Jusoh
  27. 27. • Manusia dicipta oleh Allah dengan fitrah yang murni. • Ada 2 dimensi tugas manusia di bumi iaitu: – Hamba Allah – Khalifah Allah ©Wan Ali bin Wan Jusoh
  28. 28. Tugas Hamba – Mentauhidkan Allah – Beriman dengan segala apa yang – diperintah oleh Allah untuk diimani – Beribadat kepada Allah zahir dan batin – Bersyukur dengan nikmat Allah. ©Wan Ali bin Wan Jusoh
  29. 29. Tugas Khalifah • Memelihara agama Allah – Melaksanakan hukum hakam berlandaskan al- Quran dan al-Hadis – Mempertahankan agama daripada dicerobohi. • Membina tamadun dunia dengan sibghah (acuan) yang diturunkan oleh Allah kepada Rasul. • Menegakkan keadilan ©Wan Ali bin Wan Jusoh
  30. 30. Sains Teknologi Dan Akidah Tauhid • Islam adalah agama ilmu. Segala penemuan yang bersifat ilmiah dalam bidang sains dan teknologi tidak pernah bertentangan dengan pernyataan al-Quran. • Bukti-bukti saintifik mendekatkan manusia yang berakal kepada akidah tauhid.
  31. 31. Seruan al-Quran supaya manusia menggunakan akal untuk mengithbatkan akidah tauhid ) ‫خلق‬ ‫الذي‬ ‫ربك‬ ‫باسم‬ ‫اقرأ‬1) ‫علق‬ ‫من‬ ‫السنسان‬ ‫خلق‬ (2‫وربك‬ ‫اقرأ‬ ( ) ‫الركرم‬3) ‫بالقلم‬ ‫علم‬ ‫الذي‬ (4) ‫يعلم‬ ‫لم‬ ‫ما‬ ‫السنسان‬ ‫علم‬ (5- ( :‫العلق‬1-5 Maksudnya: Bacalah dengan nama Tuhan-mu yang menciptakan. Dia telah menciptakan mansuia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhan-mu yang maha pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.
  32. 32. ‫لايات‬ ‫والنهار‬ ‫الليل‬ ‫واختل ف‬ ‫والرض‬ ‫السماوات‬ ‫خلق‬ ‫في‬ ‫إن‬ ) ‫اللباب‬ ‫لولي‬190‫وعلى‬ ‫وقعودا‬ ‫قياما‬ ‫ا‬ ‫ايذكرون‬ ‫الذاين‬ ( ‫خلقت‬ ‫ما‬ ‫ربنا‬ ‫والرض‬ ‫السماوات‬ ‫خلق‬ ‫في‬ ‫وايتفكرون‬ ‫جنوبهم‬ ) ‫النار‬ ‫عذاب‬ ‫فقنا‬ ‫سبحانك‬ ‫باطل‬ ‫هذا‬191- ( :‫عمران‬ ‫ال‬190-191 Maksudnya: Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda- tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal. (iaitu) mereka yang mengingati Allah sambil berdiri, atau duduk atau dalam keadaan berbaring, sambil mereka berfikir tentang tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Tuhanku, tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah aku daripada api neraka.
  33. 33. Bukti-bukti penemuan sains Bukti kosmologi tentang asal usul alam semester dan kehancuran alam.  Albert Einstein melalui teori “relativiti am”nya meramalkan bahawa alam bermula dengan letupan besar (big bang) dan akan berakhir sama ada melalui kecutan besar (big crunch) atau satu kecutan di dalam lubang hitam.
  34. 34. Pernyataan al-Quran mengenai kejadian alam. ‫رتقا‬ ‫كانتا‬ ‫والرض‬ ‫السماوات‬ ‫أن‬ ‫كفروا‬ ‫الذاين‬ ‫ايرى‬ ‫أولم‬ ‫ايؤمنون‬ ‫أفل‬ ‫حي‬ ‫شيء‬ ‫كل‬ ‫الماء‬ ‫من‬ ‫وجعلنا‬ ‫ففتقناهما‬ )3:‫النبياء‬ – (30 Maksudnya: Dan Apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu asalnya suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami menjadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapa mereka tidak beriman.
  35. 35. Pernyataan al-Quran mengenai kehancuran alam. ‫أول‬ ‫بدأنا‬ ‫كما‬ ‫للكتب‬ ‫السجل‬ ‫كطي‬ ‫السماء‬ ‫نطوي‬ ‫ايوم‬ ) ‫فاعلين‬ ‫كنا‬ ‫إنا‬ ‫علينا‬ ‫وعدا‬ ‫نعيده‬ ‫خلق‬104:‫النبياء‬ - ( 104 Maksudnya Pada hari Kami kecutkan langit sebagai kecutan lembaran kertas, Sebagaimana Kami memulai penciptaan pertama begitulah kami akan mengulanginya. Itulah suatu janji yang paling pasti Kami tepati, sesungguhnya Kamilah yang
  36. 36. Para saintis mengenal pasti bahawa tidak ada cecair lain di bumi yang sesuai untuk tindak balas kehidupan selain air. Mereka mendapati setengah bakteria boleh hidup tanpa udara tetapi tidak boleh hidup tanpa air.
  37. 37. Pernyataan al-Quran mengenai kehidupan. ) ‫ايؤمنون‬ ‫أفل‬ ‫حي‬ ‫شيء‬ ‫كل‬ ‫الماء‬ ‫من‬ ‫وجعلنا‬30( :‫النبياء‬ –30 Maksudnya: Dan daripada air Kami menjadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapa mereka tidak beriman.
  38. 38. Oksigen dan tekanan udara berkurang mengikut ketinggian  Sains telah mendedahkan kebenaran al-Quran menganai oksigen dan tekanan udara. Bahawa semakin tinggi manusia naik ke angkasa, maka lapisan oksigen dan tekanan udara semakin rendah.
  39. 39. Pernyataan al-Quran mengenai oksigen ‫ومن‬ ‫للسلم‬ ‫صدره‬ ‫ايشرح‬ ‫ايهدايه‬ ‫أن‬ ‫ا‬ ‫ايرد‬ ‫فمن‬ ‫كأنما‬ ‫حرجا‬ ‫ضيقا‬ ‫صدره‬ ‫ايجعل‬ ‫ايضله‬ ‫أن‬ ‫ايرد‬ ) ‫السماء‬ ‫في‬ ‫ايصعد‬125:‫السنعام‬ - (125 Maksudnya: Barangsiapa yang Allah menghendaki untuk memberikan kepadanya petunjuk, nescaya di lapangkan dadanya untuk menerima Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit.
  40. 40.  sains moden menemui bahawa di lautan dalam keadaannya sangat kelam, sehingga hidupan yang mendiami kawasan ini tidak mempunyai alat (deria) penglihatan tetapi hanya hidup dengan alat pendengaran.  Sains juga mendapati bahawa di sana terdapat ombak dalaman yang berlaku di bawah laut. Ia lebih panjang dan lebih lebar daripada ombak permukaan laut. Para penyelidik telah berjaya menangkap gambar ombak tersebut dengan menggunakan bulan rekaan.
  41. 41. Pernyataan al-Quran mengenai oksigen • ‫جم‬ٌ ‫جم منم فوقهم مو‬ٌ ‫شغيغشاهم مو‬ ‫م‬ٍّ‫غي‬ ‫ي‬ِّ ‫ج‬ُ‫ي‬ ‫رم ل‬ٍ ‫تم فيم بح‬ٍ ‫أوم كظلما‬ ‫ضم إذام أخرجم‬ٍ ‫ضاهام فوقم بع‬ُ‫ي‬ ‫تم بع‬ٌ ‫بم ظلما‬ٌ ‫منم فوقهم سحا‬ ‫هللام لهم نورام فمام لهم منم‬ُ‫ي‬ ‫لم‬ِ ‫شغيجع‬ ‫م‬‫شغيراهام ومنم لم‬ ‫م‬‫د‬ْ ‫ي‬ ‫ك‬َ‫ْد‬ ‫شغي‬َ‫ْد‬ ‫هم لمم‬ُ‫ي‬ ‫د‬َ‫ْد‬ُ‫ي‬ ‫شغي‬ )‫نور‬40 ‫(م -م النور:م‬40 Maksudnya: Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak-ombak yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan, gelap gelita yang bertindih-tindih. Apabila ia mengeluarkan tangannya, tiadalah ia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah ia mempunyai cahaya sedikitpun.”
  42. 42. Keistimewaan makhluk ciptaan Allah • Di dalam al-Quran Allah ada menyebut mengenai beberapa haiwan dan serangga sebagai contoh dan pengajaran bagi manusia. Di antaranya ialah lebah(1 kali), semut (2 kali), lalat (2 kali) dan nyamuk (1 kali). Semua serangga tersebut mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
  43. 43. • Lebah – Disebut sebanyak kali. Dan menjadi salah satu surah al- Quran. – Lebah adalah serangga yang mengeluarkan madu banyak khasiat dan mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan sangat diperlukan manusia. – Di dalam satu sarang, terdapat seekor ratu, beberapa ekor lebah jantan dan berpuluh ribu ekor lebah betina yang mandul dan menjadi perkerja. – Pekerja bertugas membina sarang, membersih dan melindunginya, memberi makan ratu, menjaga larva dan memberi mereka makan dengan jeli raja, madu dan debunga, membina sel-sel untuk telur-telur berkembang, membersihkan sel-sel ini, mengumpul manisan buah, debunga, air, damar dan lain-lain.
  44. 44. • Lebah pekerja boleh hidup antara 4 hingga 6 minggu. • Dalam usia 12 hari pekerja telah mampu menghasilkan lilin dalam badan untuk dijadikan sarang. • Beribu-ribu lebah pekerja bergotong royong untuk membina sarang seperti heksagon yang sama saiz tanpa sebarang cacat meskipun mereka tidak mempunyai alat pengukur . • Sebahagian pekerja (lebah pemandu) mencari sumber makanan di luar sarang. Setelah menemui sumber makanan dia pulang membawa makanan dan mengisyaratkan tempat makanan tersebut untuk diangkut oleh pekerja lain dengan satu gerakan menggoyangkan badannya (tarian) di sarang yang membentuk no.8. sebagai isyarat jarak lokasi makanan. Pada penghujung gerakan tersebut semua pekerja lain sudah tahu di mana lokasi sebenar sumber makanan tersebut
  45. 45. Keagungan Tuhan • Persoalannya – Siapakah yang memberikan ukuran kepada mereka untuk membuat beribu-ribu sel-sel heksagon dengan begitu kemas ? – Siapakah yang mengajarkan bahasa perantaraan dalam bentuk tarian bergetar sehingga mereka boleh tahu lokasi sumber makanan tersebut ? – “Maka dengan nikmat (tanda) Tuhan kamu yang manakah (lagi) yang kamu dustakan?”
  46. 46. • Lalat – Disebut sebanyak kali di dalam al-Quran. – Fakta sains mendapati terdapat lebih 84 ribu spesis lalat di dunia. – Keistimewaan lalat: • Menjadi musuh utama manusia • Kemampuan untuk terus terbang sebaik sahaja dilahirkan. • Mampu mengepakkan sayapnya 500-1000 kali sesaat. Dengan keupayaan tersebut dia mampu terbang dalam formasi apapun termasuk ‘zigzag’ dengan begitu lincah. • Sehingga kini ia tidak dapat ditandingi meskipun oleh sayap helikopter yang tercanggih. • “Maka dengan nikmat (tanda) Tuhan kamu yang manakah (lagi) yang kamu dustakan ?”
  47. 47. • Nyamuk – Disebut di dalam al-Quran sebanyak kali. – Keistimewaan: • Menjadi musuh utama manusia • Mengembara dari satu bentuk makhluk kepada satu yang lain. • Telur → Larva → Kokun → Nyamuk • Selepas keluar dari kokun di permukaan air nyamuk diberi kemahiran untuk berdiri dengan hujung kakinya di atas dan sayapnya tidak boleh basah. • Nyamuk mampu melihat dalam gelap dengan haba yang dikeluarkan (berupa cahaya yang tidak kelihatan oleh manusia). Kebolehan unik ini dirujuk oleh saintis untuk mencipta kemera yang mampu menangkap imej dalam bentuk haba.
  48. 48. • Sewaktu menghisap darah, nyamuk tidak menyucukkan jarumnya ke badan manusia. Sebaliknya seperti seorang doktor dia menggunakan gergaji kecil untuk memotong kulit, kemudian baru dimasukkan jarumnya untuk menyedut darah. Untuk mengelak darah dari beku dia mengeluar sejenis cecair yang dimasukkan ke dalam saluran darah sebelum disedutnya (seperti anestasia yang digunakan doktor untuk bius). Dia melakukan kerja-kerja terebut dalam masa yang singkat. • Dari mana dia memperolehi segala keistimewaan tersebut. • “Maka dengan nikmat (tanda) Tuhan kamu yang manakah (lagi) yang kamu dustakan ?”
  49. 49. Putaran alam • Matahari dan semua planet yang mengelilinginya berpusing di atas paksi masing- masing dalam bentuk pusingan lawan jam. • Semua planet mengeliling matahari mengikut putaran yang sama. • Demikian juga putaran bagi makhluk yang lain seperti akar melilit batang, ular membuat lingkaran, angin putting beliung, pusaran air di muara, unsur-unsur seni di dalam atom, manusia Muslim yang bertawaf di Baitullah. • Bumi berpusing mengelilingi bumi dengan kelajuan 108,000km sejam (70,000 batu sejam) menyamai 60 kali ganda kelajutan pelurus 1800km sejam • Mereka akur kepada satu peraturan yang sama daripada Pencipta. • “Maka dengan nikmat (tanda) Tuhan kamu yang manakah (lagi) yang kamu dustakan ?”
  50. 50. Graviti • Tanpa disedari planet bumi berputar mengelilingi matahari dengan kelajuan 108,000 km sejam. Ini bererti kelajuan bumi bergerak adalah 6o kali lebih laju dari peluru M16 (1800 km sejam) dan lebih daripada 350 kali kelajuan kereta lumba. • Mengapa manusia tidak terjatuh atau berterbangan. • “Maka dengan nikmat (tanda) Tuhan kamu yang manakah (lagi) yang kamu dustakan ?”
  51. 51. RenunganRenungan Tuhan menjadikan alam ini dalamTuhan menjadikan alam ini dalam berjuta warna, tetapi bayangnya satuberjuta warna, tetapi bayangnya satu –– H I T A MH I T A M

×