1. Kata
Sendi
Nama
Kata sendi nama ialah perkataan yang terletak di
hadapan kata nama atau frasa nama bagi
menerangkan kata nama atau frasa nama tersebut.
Kata sendi nama juga dikenali sebagai kata depan
atau kata preposisi.
2. di
Untuk menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini tidak boleh
digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan
waktu, masa atau zaman.
Ayat Contoh :
• Saya bertugas di sekolah itu.
• Ceramah itu diadakan di SK Shah Alam.
• Burung itu ada di dalam sangkar.
Tips :
• Mustaqim berjoging di waktu petang.
• Teknologi di zaman dahulu belum maju lagi.
3. ke
Untuk menunjukkan tempat atau arah yang dituju. Kata sendi nama
ini boleh digunakan di hadapan kata atau frasa nama yang
menunjukkan waktu atau masa.
Ayat Contoh :
- Mereka menuju ke utara.
- Saya ke Melaka esok.
- Dia bekerja dari pagi ke petang.
- Kami berbincang dari pukul 9.00 pagi ke
pukul 11.00 pagi.
Tips :
• Adik ke sekolah atau pusat tuisyen?
• Adik ke sekolah atau ke pusat tuisyen?
4. dari
Ayat Contoh :
- Kapal itu datang dari utara.
- Dia berasal dari Johor.
- Saya telah menunggu anda dari pukul
dua petang tadi.
Untuk menunjukkan ATM
A - arah
T - tempat
M - masa.
5. daripada
Ayat Contoh :
-Kelab ini terdiri daripada 20 orang ahli.
-Dia menjauhkan diri daripada pengaruh negatif.
-Buku itu lebih lengkap daripada buku ini.
-Surat ini daripada pihak sekolah.
-Benang diperbuat daripada kapas.
Untuk menunjukkan KABOS
K - Keanggotaan
A - Abstrak
B - Benda/perbandingan
O - Orang atau organisasi
S - Sumber
6. kepada
Ayat Contoh :
a) Sila serahkan borang itu kepada guru
tingkatan.
b) Peserta itu dibahagikan kepada dua
kumpulan.
c) Suhu badannya meningkat kepada 32
darjah celsius.
a) Untuk menyatakan sasaran yang merujuk
kepada manusia, haiwan dan unsur mujarad.
b) Untuk menyatakan pecahan.
c) Untuk menyatakan perubahan keadaan.
7. pada
Ayat Contoh :
a) Pasukan kami akan bertolak pada pukul 7
pagi.
b) Buku itu ada pada saya.
c) Layang-layang itu tersangkut pada dahan
pokok.
d) Lukis kartun itu pada kertas ini.
e) Nota itu ditampal pada papan notis.
a) untuk menunjukkan keterangan waktu.
b) apabila didahuli perkataan ada, mesti diikuti
oleh kata sendi nama pada yang merujuk
kepada haiwan atau manusia.
c) Untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan
sesuatu kata kerja.
8. untuk/bagi
Ayat Contoh :
- Derma untuk/bagi mangsa banjir kilat
sedang dikutip.
- Buku rujukan ini untukmu. [√]
- Buku rujukan ini bagimu. [x]
a) untuk menunjukkan kegunaan sesuatu.
b) Untuk menyatakan maksud bahagian yang
ditentukan atau diperuntukkan. (Untuk tidak
boleh bertukar ganti dengan bagi)
9. demi
Ayat Contoh :
-Kami berkhidmat demi negara.
-Kita perlu patuh akan peraturan itu demi
keselamatan diri.
-Aku melakukan kebaikan ini demi Tuhan.
Untuk menunjukkan tujuan.
10. tentang
Ayat Contoh :
- Mereka berbincang tentang masalah
pencemaran.
- Taklimat ini tentang “Peranan Guru di
Sekolah”.
Untuk membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum,
atau mujarad.
11. seperti
Ayat Contoh :
Datuk kebingungan seperti / bagai / umpama / laksana rusa
masuk ke kampung.
Untuk menunjukkan maksud perbandingan
12. dengan
Ayat Contoh :
a.Kakak pergi ke pekan dengan ibu.
b.Bantuan itu kami terima dengan hati yang terbuka.
c.Dia memotong kek itu dengan pisau plastik.
a) Untuk membawa maksud bersama-sama atau
berserta.
b) Untuk menunjukkan maksud cara sesuatu itu
dilakukan.
c) Untuk menunjukkan maksud memakai atau
menggunakan.
d) Untuk menunjukkan keadaan perbandingan yang
serupa atau sama.
d.Beliau sentiasa sependapat dengan ketuanya.
13. sejak /
semenjak
Ayat Contoh :
Kami telah tinggal di sini sejak / semenjak lima tahun yang lalu.
Untuk menandakan waktu atau masa.
Tips :
Kami telah tinggal di sini sejak dari lima tahun yang lalu.
14. terhadap
Ayat Contoh :
a.Janganlah bersikap biadab terhadap
orang tua.
b.Kita mestilah mempunyai perasaan belas
kasihan terhadap binatang.
c.Asid akan bertindak terhadap logam itu.
Untuk menunjukkan maksud rujukan di hadapan penyambut tertentu
seperti manusia, haiwan atau benda.
15. akan
Ayat Contoh :
- Wanita itu rindu akan suaminya.
- Abu sayang akan anaknya yang sulung itu.
Untuk menunjukkan perasaan emotif di hadapan kata atau frasa nama
yang merujuk kepada manusia.
Tips :
Wanita itu rindu suaminya.
Wanita itu merindui akan suaminya.
Wanita itu merindui suaminya.
16. oleh
Ayat Contoh :
- Kuih itu diambil olehnya.
- Batu itu tidak terangkat oleh Fahmi.
- Pencuri itu kena tangkap oleh polis.
- Dia tewas mengejut oleh kekurangan
latihan.
Untuk menunjukkan pembuat dalam ayat pasif.
Untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab.
17. hingga /
sampai
Ayat Contoh :
Pengawal itu berjaga hingga / sampai pagi.
Untuk menunjukkan perihal peringkat had dan masa, waktu atau tempat.
18. dalam /
antara
Ayat Contoh :
- Dalam hal ini, kami semua bersetuju.
- Tidak ada perbezaan yang besar antara
pendapat saya dengan pendapat beliau.
Untuk menujukkan maksud lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau
jarak.
Tips :
Di antara kami, tiada apa-apa masalah.
Antara kami, tiada apa-apa masalah.
19. perKongsian Ilmu
di
arah / tempat
kata kerja
di sana / di sekolah
disana (X) / disekolah (X)
dimakan ( √ )
di makan ( X )
Tahniah di atas kejayaan kamu !
Tahniah atas kejayaan kamu !
Sally berada di rumah atau sekolah?
Sally berada di rumah atau di sekolah?
20. perKongsian Ilmu
sejak dari tadi…
dari tadi
sejak tadi
Jika hari hujan
sekiranya hari hujan
Jika sekiranya hari hujan
Demi untuk negara
Demi negara
Hanya dia…
dia sahaja
hanya dia sahaja…
21. perKongsian Ilmu
Selepas imbuhan apitan tidak perlu diikuti kata sendi nama
membincangkan tentang isu-isu semasa
membincangkan isu-isu semasa
berbincang tentang isu-isu semasa
berpandukan pada peta
berpandukan peta
berpandu pada peta
beralaskan dengan tikar
beralaskan tikar
beralas pada tikar