Dokumen ini memberikan penjelasan tentang beberapa aspek tatabahasa bahasa Melayu seperti kata ganti nama, kata tanya, kata hubung, kata seru, ayat seruan, ayat tanya, ayat tunggal, ayat majmuk, kata sambung nama, imbuhan, dan kata ganda. Dokumen ini berfungsi sebagai pedoman singkat tentang struktur dasar bahasa Melayu.
2. KATA GANTI NAMA
Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan
nama seseorang.
Kata ganti nama diri pertama
• Orang yang bercakap.
• Contoh : aku,saya,kita,kami
Kata ganti nama diri kedua
• Orang yang dilawan bercakap
• Contoh : kamu,engkau,tuan,tuanku
Kata ganti nama diri ketiga
• Orang lain yang dicakapkan halnya
• Contoh : dia,beliau,mereka,-nya
3. KATA TANYA ( ? )
Kata Tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu.
• Mengapakah – untuk menanyakan sebab
• Siapakah – untuk menanyakan orang
• Bilakah – untuk menanyakan masa
• Berapakah – untuk menanyakan jumlah
• Apakah – untuk menanyakan tentang benda atau
haiwan
• Bagaimanakah – untuk menanyakan peristiwa
4. KATA HUBUNG
Kata hubung digunakan untuk menghubungkan
perkataan dengan perkataan dengan perkataan
atau frasa dengan frasa atau ayat dengan ayat.
Contoh :
• dan – menghubungkan subjek dengan predikat
• Lalu / sambil – menunjukkan perbuatan yang
berturut-turut
• atau – menunjukkan pilihan
• walaupun – menunjukkan makna yang
berlawanan
• kerana – untuk menjelaskan sesuatu alasan
5. KATA SERU ( ! )
Kata Seru digunakan untuk menunjukkan perasaan
seseorang. Contoh :
• Aduh – untuk menyatakan perasaan sakit
• Aduhai – perasaan sedih
• Wah – perasaan terkejut, hairan atau kagum
• Amboi – perasaan hairan atau kagum
• Cis – perasaan marah
• Syabas – perasaan gembira dan mengucapkan
tahniah
• Hai – untuk menegur seseorang dan menarik
perhatian
• Oh – perasaan hairan, terkejut, dan kecewa
• Wahai – perasaan sedih dan menarik perhatian
6. AYAT SERUAN ( ! )
Ayat Seruan digunakan untuk melahirkan perasaan
takut, gembira, sedih, dan sebagainya.
Aduh, sakitnya dadaku ini!
Aduhai, kasihan budak itu!
Wah, besarnya rumah kamu!
Amboi, comel sungguh kucing itu!
Cis, pergi engkau dari sini!
Syabas, kamu berjaya akhirnya!
Hai, lama kita tidak berjumpa!
Oh, kamu rupa-rupanya!
Wahai anak-anakku, belajarlah bersungguh-
sungguh!
Nah, ambillah wang ini!
7. AYAT TANYA ( ? )
Ayat Tanya digunakan untuk mengemukakan sesuatu
pertanyaan. Ayat Tanya berakhir dengan tanda
tanya? Ayat Tanya boleh juga disertai partikel “kah”
• Apakah nama kucing itu ?
• Bagaimanakah mangsa kemalangan itu?
• Berapa orangkah anak Pak Cik Raju ?
• Bilakah datuk dan nenek akan berangkat ke India ?
• Mengapakah kamu tidak hadir ke sekolah
semalam?
• Siapakah nama kamu ?
8. AYAT TUNGGAL
Ayat Tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek
dan satu predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang
diterangkan manakala predikat ialah bahagian ayat
yang menerangkan subjek.
Ayat Contoh :
Azman menonton televisyen.
SUBJEK : Azman
PREDIKAT : menonton televisyen
Rita sedang menyapu lantai.
SUBJEK : Rita
PREDIKAT : menyapu lantai
9. AYAT MAJMUK
Ayat Majmuk terbentuk daripada dua atau beberapa
ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung.
Ayat Contoh :
1(a) Raman pergi ke sekolah.
(b) Banu pergi ke sekolah.
Raman dan Banu pergi ke sekolah.
2(a) Sakthi menonton televisyen.
(b) Sakthi makan kerepek.
Sakthi menonton televisyen sambil makan kerepek.
3(a) Sasi basuh tangan.
(b) Sasi makan nasi.
Sasi basuh tangan lalu makan nasi.
10. KATA SENDI NAMA
Perkataan yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama
dengan perkataan atau frasa lain.
Di – tempat
Buku itu diletakkan di atas meja.
Ke – tempat atau arah yang ditujui dan masa
Mangai hendak ke sekolah.
Dari – tempat atau masa
Sivaraman berasal dari Pulau Pinang.
Daripada – punca bagi manusia
Kerusi itu diperbuat daripada rotan.
Pada – keterangan waktu, manusia, benda, dan tempat
Neela pulang pada pukul 1.30petang.
Kepada – tempat, orang, atau haiwan yang ditujui
Sakthidason menghantar surat kepada abangnya.
14. 1. Ambil Hati : mengambil perhatian seseorang
2. Anak Buah : dalam perjagaan seseorang
3. Ambil Angin : bersiar-siar
4. Darah Daging : saudara sendiri
5. Manis Mulut : mengeluarkan kata-kata yang
sedap didengar
6. Ulat Buku : suka membaca
7. Otak Cair : bijak berfikir
8. Cari Akal : buah fikiran
9. Serah Diri : menyerah kalah
10.Hutang Budi : kebaikan yang didapati dan harus
dibayar