SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
1 
TUGASAN 
MEI 2014 SEMESTER 
KOD MATA PELAJARAN 
: ESS 222 
NAMA MATA PELAJARAN 
: AKTIVITI KOKURIKULUM 
PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN 
NAMA PELAJAR 
: ARIF ATOI @ ATUI 
NO. MATRIK 
: E30209130845 
FASILITATOR 
AKADEMIK 
: EN.DELINSING LAWASA
2 
PUSAT PEMBELAJARAN 
: KOTA MARUDU 
1.1 Pengenalan 
Kokurikulum merupakan suatu aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di 
luar bilik darjah. Menurut Abd. Halim (1995),aktiviti kokurikulum merupakan kesinambungan 
dan pengukuhan kepada program atau aktiviti pembelajaran di bilik darjah atau kurikulum. 
Kegiatan kokurikulum sesungguhnya penting untuk membantu melengkapi dan 
memperkukuhkan proses pembelajaran di dalam bilik darjah, disamping itu ianya dapat 
menunjukkan perubahan tingkah laku dan banyak mempengaruhi sahsiah murid. Justeru itu, 
Kementerian Pendidikan telah mewajibkan semua sekolah melaksanakan aktiviti kokurikulum 
dan setiap pelajar perlu ditegaskan untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang telah 
dirancang. Kementerian Pendidikan (1989),menyatakan gerak kerja kokurikulum adalah gerak 
kerja yang bercorak pendidikan dan menyediakan pengalaman-pengalaman pembelajaran. Gerak 
kerja kokurikulum ini boleh dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah seperti bidang badan 
beruniform,persatuan dan kelab dan sukan dan permainan. 
Ibrahim (2001),merumuskan kegiatan kokurikulum adalah satu bidang pembelajaran 
yang berasaskan pelbagai gerak kerja terancang dan perlu dilakukan dalam masa persekolahan. 
Gerak kerja kokurikulum adalah berorientasikan dari dan bukan berasaskan mata pelajaran 
akademik. Kegiatan-kegiatan kokurikulum juga dikatakan satu cara bagi mencapai matlamat-matlamat 
pendidikan. Berdasarkan laporan jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar 
Pembelajaran (1979); 
“… adalah penting untuk menyemai,memupuk dan menanam perasaan kekitaan atau 
‘esperit de corps’ di antara pelajar-pelajar berbagai-bagai keturunan. Aktiviti kokurikulum 
bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya bertanggungjawab. Kegiatan ini juga boleh melatih 
mereka berdisiplin,berdikari, dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai ”. 
( sumber : Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran tahun 1979)
Namun begitu, sekolah-sekolah di Malaysia masih terdapat kelemahan dari segi 
pelaksanaan dan keberkesanan gerak kerja kokurikulumnya. Antara sebab-sebab adalah 
wujudnya anggapan bahawa gerak kerja kokurikulum ini tidak penting kerana tidak menekankan 
domain intelek. Menurut Coleman (1961),melalui model ‘Zero Sum’ menegaskan bahawa 
penglibatan yang tinggi oleh para pelajar dalam kegiatan kokurikulum akan melemahkan 
pencapaian akademik mereka akibat daripada pengurangan masa yang digunakan untuk 
pembelajaran akademik. 
Untuk melihat kebenaran pendapat ini,satu soal selidik ringkas telah dibuat menggunakan 
instrument kaji selidik ke atas 30 orang murid sekolah rendah yang berada di Tahun 5. Pemilihan 
responden adalah berdasarkan jumlah jantina lelaki dan perempuan yang mempunyai jumlah 
hampir sama banyak, dalam kaji selidik ini pembahagian jantina adalah 14 orang murid lelaki 
dan 16 orang murid perempuan. Kaji selidik ditadbir dengan cara mengedarkan borang kaji 
selidik yang mengandungi 15 soalan (dilampirkan) kepada semua responden iaitu seramai 30 
orang dan masa yang diberikan untuk menjawab soalan kaji selidik ini adalah selama 45 minit 
sahaja. Calon hanya diminta menyatakan ‘setuju’ atau ‘tidak setuju’ dengan cara menandakan 
rait pada borang kaji selidik. 
Setelah selesai menjawab,semua borang kaji selidik calon akan disemak untuk tujuan 
3 
analisis simple,dan kaedah analisis untuk kajian ini adalah dengan dua cara; 
Pertama : Analisis keseluruhan kesemua responden (Lelaki dan Perempuan) berdasarkan 
indicator ‘setuju’ dan ‘tidak setuju’ dan ditandakan dengan simbol yang ditunjukkan di bawah; 
%Σ₁ = Peratus yang ‘setuju’dan %Σ₂ = Peratus yang ‘tidak setuju’ 
Kedua : Analisis mengikut jantina, juga berdasarkan peratus ‘setuju’ dan ‘tidak setuju’.
4 
1.2 Hasil Dapatan Analisis Data Soal Selidik 
Bil. Pernyataan Setuju Tidak Setuju 
L % P % %Σ₁ L % P % %Σ₂ 
1. Kemudahan peralatan sukan di sekolah tidak 
mencukupi. 
10 71.4 10 62.5 67 4 28.6 6 37.5 33 
2. Takut gagal dalam peperiksaan apabila 
melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum. 
10 71 6 37.5 53.3 4 29 10 62.5 46.7 
3. Kemudahan sukan di sekolah tidak selamat. 5 36 13 81.2 60 9 64 3 18.8 40 
4. Pihak sekolah memberi perhatian kepada 
murid yang berbakat dalam sukan. 
10 71.4 14 88 80 4 28.6 2 12 20 
5. Masalah kewangan dalam mengikuti aktiviti 
sukan. 
12 86 8 50 67 2 14 8 50 33 
6. Tidak mempunyai bakat untuk melibatkan diri 
dalam sukan. 
12 86 12 75 80 2 14 4 25 20 
7. Aktiviti sukan membosankan. 4 29 14 88 60 10 71 2 12 40 
8. Peralatan yang terdapat di sekolah rosak dan 
usang. 
2 14.2 14 88 53.3 12 85.8 2 12 46.7 
9. Tidak selesa untuk melibatkan diri dalam 
sukan. 
12 86 15 94 90 2 14 1 6 10 
10. Alatan sukan boleh digunakan pada waktu 
tertentu sahaja. 
2 14.2 15 94 57 12 85.8 1 6 43 
11. Tidak mempunyai kawan untuk bersama-sama 
bersukan. 
10 71.4 13 81.2 77 4 28.6 3 18.8 23 
12. Sekolah tidak memberi pengiktirafan jika 
berjaya dalam sukan. 
3 21.4 12 75 50 11 78.6 4 25 50 
13. Sekolah tidak menggalakkan untuk terlibat 
dalam sukan. 
12 86 14 88 87 2 14 2 12 13 
14. Jurulatih yang berminat dalam sukan tidak 
mencukupi. 
14 100 16 100 100 
15. Ibu bapa tidak menggalakkan melibatkan diri 
dalam sukan. 
4 29 13 81.2 57 10 71 3 19 43 
Rajah 1.1 : Keputusan analisis soal selidik.
Analisis yang ditunjukkan pada rajah 1.1 di atas adalah hasil soal selidik yang dijalankan 
ke atas 30 orang murid selaku responden dalam soal selidik ini memaparkan keputusan mengikut 
pernyataan seperti mana dalam borang soal selidik dinyatakan seperti berikut; 
5 
Pernyataan 1 : 
Pernyataan 2 : 
Keputusan soal selidik mendapati 53.3 % responden bersetuju dengan pernyataan ini dan 
jika dipecahkan mengikut jantina Lelaki (71%) sementara perempuan (37.5%) bersetuju dengan 
masalah kemudahan sukan disekolah adalah faktor penyumbang kepada kurangnya minat kepada 
aktiviti kokurikulum. Seramai 14 orang responden (lelaki dan wanita) atau 46.7% pula tidak 
bersetuju dengan pernyataan 1 dan jika dipecahkan mengikut jantina responden lelaki 
29%,manakala responden perempuan 62.5% tidak bersetuju dengan pernyataan 1. 
Pernyataan 3 : 
Untuk pernyataan 2 seramai 18 orang responden ‘setuju’ atau 60% daripada jumlah 
keseluruhan responden (lelaki dan wanita),manakala jika dipecahkan mengikut jantina, lelaki 
(36%) dan perempuan (81.2%) bersetuju dengan pernyataan ini boleh menjejaskan kepada 
pencapaian akademik. Manakala peratus yang tidak bersetuju secara keseluruhan adalah 40% 
dan pecahan mengikut jantina pula lelaki 64% dan perempuan 40%. 
Pernyataan 4: 
Berdasarkan analisis kepada soal selidik berkaitan dengan kemudahan sukan di sekolaah 
yang kurang selamat mendapati 80% responden lelaki dan wanit bersetuju dengan pernyataan ini
yang mengurangkan penglibatan mereka kepada aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah. Jika 
dilihat pecahan peratus mengikut jantina yang bersetuju dengan pernyataan ini mendapati 
responden lelaki menyumbang 71.4% manakala responden perempuan 88% jika dilihat pecahan 
mengikut jantina peratusan tertinggi yang bersetuju adalah perempuan ini sedikit sebanyak akan 
menjadi penyumbang kurangnya minat kepada aktiviti kokurikulum di sekoah terutamanya 
pelajar perempuan. Manakala peratus keseluruhan yang melibatkan lelaki dan wanita yang tidak 
bersetuju hanyalah kira-kira 20% sahaja ini mungkin didorong dengan sindrom ‘tidak kisah’ atau 
juga mungkin golongan ini adalah terdiri dari mereka yang ‘ulat buku’,dan jika dipecahkan 
mengikut jantina peratus yang tidak bersetuju untuk responden lelaki ialah 28.6% manakala 
perempuan 12% sahaja. 
6 
Pernyataan 5: 
Pernyataan ini menyaksikan 67% responden lelaki dan wanita bersetuju dengan 
kenyataan ini dan jika dipecahkan mengikut jantina lelaki 86% dan wanita 50%. Jika melihat 
kepada senario kaji selidik ini responden murid lelaki memberikan bacaan 86% bersetuju bahawa 
pihak sekolah hanya memberikan perhatian kepada murid yangt berbakat sukan sahaja 
berbanding dengan tidak mempunyai bakat bersukan dan jika dirujuk kepada dasar pelajaran 
(1979) sekolah didapati tidak mematuhi dasar ini. Hal ini mungkin berlaku kerana pihak sekolah 
mungkin tidak mahu mengambil masa yang panjang untuk melatih murid-murid yang kurang 
berbakat dalam sukan akibat faktor kekangan masa menghabiskan sukatan pelajaran atau 
kurangnya tenaga seperti jurulatih sukan di sekolah tersebut. Jika hal ini berlaku maka sudah 
tentulah minat dan penglibatan murid-murid dalam bidang kokurikulum adalah berkurangan 
kerana lebih ramai yang berperanan menjadi penonton berbanding menjadi penyumbang kepada 
kegiatan sukan sekolah kerana tidak ada usaha mencungkil dan mengasah bakat yang 
dilaksanakan oleh pihak sekolah. 
Pernyataan 6 :
Masalah kewangan juga antara faktor penyumbang kurangnya minat pelajar kepada 
aktiviti kokurikulum,dalam dapatan soal selidik ini menyaksikan 80% bersetuju responden lelaki 
dan perempuan bahawa masalah kewangan adalah kekangan penglibatan aktif mereka dalam 
bidang kokurikulum ini mungkin melibatkan penyediaan segala macam kelengkapan seperti 
pakaian seragam,pakaian sukan dan persatuan hampir kesemuanya disediakan oleh pelajar 
sendiri tambahan lagi pihak kementerian tidak ada menyediakan dana yang khusus berkaitan 
dengan ini kalaupun ada hanyalah bersifat ‘one off ’sahaja. Pecahan mengikut jantina pula yang 
bersetuju dengan pernyataan ini,responden lelaki 86% dan perempuan 75%. Manakala responden 
yang tidak bersetuju hanyalah kira-kira 20% dan jika diperincikan mengikut jantina, responden 
lelaki 14% dan responden wanita 25%, julat peratus yang kecil ini bolehlah dianggap bahawa 
responden mungkin datang dari keluarga yang mempunyai kemampuan. 
7 
Pernyataan 7 : 
Bakat memainkan peranan penting dalam menentukan kecenderungan minat seseorang 
itu dalam bidang sukan tanpa bakat semua tidak akan memberikan apa-apa makna terhadap 
penglibatan murid dalam bidang sukan. Berdasarkan dapatan soal selidik ini mendapati 60% 
responden (lelaki dan wanita) bersetuju antara faktor kurang minat terhadap aktiviti kokurikulum 
adalah kurangnya bakat dalam bidang sukan. Jika dipecahkan mengikut jantina pula responden 
lelaki 29% manakala responden perempuan pula 88%. Melihat kepada jumlah peratus yang kecil 
responden lelaki adalah tidak menghairankan kerana pelajar lelaki sememangnya lebih 
cenderung kepada aktiviti sukan berbanding dengan murid perempuan yang mana dalam soal 
selidik ini responden murid perempuan mencatatkan 88% bersetuju menyatakan tidak 
mempunyai bakat dalam sukan. Sementara peratus yang tidak bersetuju pula untuk kedua-dua 
responden lelaki dan wanita ialah 40% dan apabila dipecahkan mengikut jantina menyaksikan 
responden lelaki menyumbang 71% dan responden wanita 12% sahaja. 
Pernyataan 8 :
Pernyataan berkaitan dengan aktiviti sukan membosankan yang diajukan dalam soal 
selidik ini memberikan bacaan skor sebanyak 53.3% yang diberikan oleh responden lelaki dan 
perempuan yang bersetuju dengan kenyataan ini berbanding dengan 46.7% yang tidak bersetuju 
bahawa aktiviti sukan membosankan julat perbezaan hanyalah 6.6% mungkin boleh dikatakan 
bahawa kurangnya minat golongan pelajar/murid ini dalam aktiviti sukan masih belum berada 
pada tahap membimbangkan,apa yang diperlukan hanyalah sedikit sentuhan atau ramuan supaya 
menjadikan aktiviti sukan itu menjadi minat pelajar. Manakala perincian pecahan mengikut 
jantina pula bagi yang bersetuju menyaksikan responden lelaki menyumbangkan 14.2% jumlah 
yang amat kecil berdasarkan jumlah responden lelaki dalam kaji selidik ini dan responden 
perempuan bersetuju dengan 88%,hal ini tidak menghairankan sesuai dengan naluri wanita yang 
tidak seberapa cenderung dengan aktiviti-aktiviti lasak dalam sukan. Sementara tidak bersetuju 
menyaksikan responden lelaki memperlihatkan peratus yang tinggi iaitu 85.8% dan perempuan 
hanyalah 12%,respon yang diberikan oleh murid lelaki juga adalah dijangka kerana memang 
sifat lelaki yang lebih gemar kepada aktiviti-aktiviti yang lasak dan mencabar. 
8 
Pernyataan 9 : 
Faktor peralatan kurang selamat,rosak dan usang juga antara penyumbang kepada 
kurangnya minat pelajar menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah. Dalam soal selidik ini 
secara keseluruhan responden pelajar (lelaki dan wanita) menyatakan ‘setuju’ dengan kenyataan 
ini yang mana peratusan adalah tinggi iaitu 90% dan hanya kira-kira 10% sahaja responden 
pelajar (lelaki dan wanita) yang ‘tidak setuju’ dengan pernyataan ini. Pecahan mengikut jantina 
pula menyaksikan 86% murid lelaki bersetuju dan 94% murid perempuan bersetuju,manakala 
tidak bersetuju mengikut pecahan jantina, murid lelaki 14% dan murid perempuan 6%, peratusan 
yang kecil ini bagi respon ‘tidak setuju’ mungkin didorong dengan sikap kurang mengambil tahu 
berkaitan dengan kegiatan sukan di sekolah dan juga mungkin di kalangan murid-murid yang 
tidak berminat dengan kegiatan sukan. Sementara peratusan yang tinggi yang diberikan oleh 
murid lelaki (86%) dan murid perempuan (94%) bagi respon ‘setuju’ memungkinkan dua senario 
yang berlaku;pertama bagi murid lelaki yang kerap terlibat dengan kegiatan sukan di sekolah 
sering berhadapan dengan masalah kekurangan kemudahan peralatan sukan samada rosak atau
sudah tidak boleh digunakan lagi. Sementara murid perempuan pula, ini merupakan alasan 
terbaik bagi mereka mengelakkan diri dari terlibat dengan kegiatan sukan di sekolah atas alasan 
kemudahan sukan dan peralatan yang kurang selamat digunakan. 
9 
Pernyataan 10 : 
Pernyataan ini mencatatkan peratusan yang agak seimbang bagi responden murid (lelaki 
dan perempuan), bagi respon ‘setuju’ 57% dan ‘tidak setuju’ 43%. Walau bagaimanapun 
pecahan mengikut jantina bagi yang ‘setuju’ didominasi oleh murid perempuan apabila mencatat 
peratusan yang tinggi iaitu 94% manakala murid lelaki hanya 14.2%, kajian lebih lanjut perlu 
dilakukan untuk mencari punca mengapa murid perempuan merasa kurang selesa melibatkan diri 
dalam sukan. Sementara pecahan mengikut jantina bagi respon ‘tidak setuju’ murid lelaki 
mencatatkan 85.8% dan murid perempuan hanya 6%. Hasil dapatan peratusan bagi respon ‘tidak 
setuju’ yang ditunjukkan oleh responden murid lelaki sememangnya tidak menghairankan kerana 
murid-murid lelaki lebih suka kepada kegiatan luar yang bersifat mencabar fizikal mereka 
berbanding dengan murid perempuan. 
Pernyataan 11 : 
Berdasarkan pernyataan ini dapatan yang diperolehi bagi responden murid (lelaki dan 
wanita) yang ‘setuju’ adalah 77% dan jika dipecahkan mengikut jantina,responden murid lelaki 
71.4% manakala murid perempuan 81.2%. Jika mengambil kira dapatan respon ini didapati 
peratusan murid perempuan lebih tinggi berbanding dengan murid lelaki yang ‘setuju’ dengan 
pernyataan ini,hal ini mungkin disebabkan pengamatan murid perempuan yang lebih peka 
berbanding murid lelaki yang lebih cenderung menumpukan perhatian kepada sesi bermain 
sahaja tanpa mengambil kira kekerapan mereka dapat menggunakan alatan sukan yang 
sememangnya dihadkan masa penggunaannya oleh pihak sekolah yang hanya digunakan pada 
waktu pembelajaran seperti mata pelajaran Pendidikan Jasmani atau semasa kegiatan 
Kokurikulum sahaja (Sukan dan Permainan). Manakala peratus yang ‘tidak setuju’ mencatatkan
keseluruhan responden murid lelaki dan perempuan sebanyak 23%, dan pecahan mengikut 
jantina pula murid lelaki 28.6% dan murid perempuan 18.8%. 
10 
Pernyataan 12 : 
Bagi pernyataan ini memperlihatkan respon yang sama banyak antara ‘setuju’ dan tidak 
‘setuju’ apabila masing-masing mencatat 50% bagi respon murid (lelaki dan perempuan). Walau 
bagaimanapun perbezaan dapat dilihat apabila diperincikan mengikut jantina dimana,bagi 
respon ‘setuju’ didominasi oleh murid perempuan apabila mencatat 75% berbanding dengan 
murid lelaki hanya 21.4%, dapatan ini mungkin didorong kurangnya minat di kalangan murid 
perempuan dalam kegiatan luar seperti bersukan yang lebih menumpukan kepada persediaan 
akademik. Berbeza dengan murid lelaki yang mencatat 78.6% ‘tidak setuju’ berbanding 
perempuan hanya 25% ternyata respon yang diberikan oleh murid lelaki ada kebenarannya 
kerana semasa menjalani kegiatan bersukan sudah tentu mempunyai ramai kawan lebih-lebih 
lagi apabila terlibat dengan jenis sukan yang memerlukan jumlah pemain/peserta yang ramai 
seperti bola sepak. 
Pernyataan 12 : Sekolah tidak memberikan pengiktirafan jika berjaya dalam sukan. 
Dalam pernyataan ini, respon yang diterima mendapati 57% ‘setuju’ yang merangkumi 
responden murid lelaki dan wanita,manakala pecahan mengikut jantina pula mendapati murid 
lelaki 64.2% dan murid perempuan 50%. Sementara dalam respon ‘tidak setuju’ mendapati 
respon keseluruhan yang diperolehi (lelaki dan perempuan) adalah 43% dan pecahan mengikut 
jantina, lelaki 35.8% manakala perempuan 50%.
11 
Pernyataan 13 : Sekolah tidak menggalakkan untuk terlibat dalam sukan. 
Tumpuan kepada persediaan akademik untuk mencapai gred purata sekolah yang 
ditetapkan oleh JPN antara sebab sesetengah pihak pengurusan sekolah tidak menggalakkan 
muridnya terlibat secara serius dalam bidang sukan. Dapatan soal selidik mendapati 87% 
responden ‘setuju’ dengan pernyataan tersebut, yang mana apabila diperincikan mengikut jantina 
murid perempuan mencatatkan 88% respon ‘setuju’ dan murid lelaki mencatatkan 86% 
keputusan ini membenarkan tanggapan bahawa sekolah lebih mementingkan pencapaian 
akademik berbanding dengan pencapaian kokurikulum. Bagi respon ‘tidak setuju’ hanya 
mencatatkan 13% untuk kedua-dua responden (lelaki dan perempuan) dimana murid lelaki 
mencatatkan 14% respon ‘tidak setuju’ dan murid perempuan 12%. 
Pernyataan 14 : Jurulatih yang berminat dalam sukan tidak mencukupi. 
Pernyataan ini menyaksikan kesemua responden ( 14 Lelaki dan 16 Perempuan ) ‘setuju’ 
100% bahawa jurulatih di sekolah adalah tidak mencukupi. Senario ini sebenarnya sudah lama 
berlaku di sekolah,malahan mata pelajaran seperti Pendidikan Jasmani biasanya diberikan 
tanggungjawab mengajar kepada guru yang bukan bidangnya, guru mengajar semata-mata 
berpandukan kepada Sukatan Pelajaran sahaja. Pernah satu ketika pihak Kementerian Pendidikan 
menyatakan hasrat akan menempatkan guru yang terlatih khusus dalam bidang sukan di semua 
sekolah namun hasrat tersebut belum tercapai keseluruhannya. 
Pernyataan 15 : Ibu bapa tidak menggalakkan melibatkan diri dalam sukan.
Sistem pendidikan di Malaysia adalah berorientasikan peperiksaan, kayu ukur pencapaian 
sesebuah sekolah itu adalah terletak kepada kecemerlangan pencapaian peperiksaan samada 
UPSR,PMR,SPM dan STPM jadi sudah tentulah kegiatan sukan ataupun berpersatuan dalam 
kegiatan kokurikulum tidak memberikan impak yang besar kepada pencapaian sekolah kalaupun 
ianya beroleh pencapaian yang cemerlang pada satu-satu peringkat kerana kayu ukur adalah 
pencapaian akademik. 
Para ibubapa melihat kegiatan kokurikulum hanyalah sebagai pelengkap sahaja kepada 
sistem pendidikan negara tidak memberikan impak kepada pencapaian akademik anak-anak 
mereka. Oleh hal yang demikian, adalah tidak menghairankan kalau kalangan ibubapa tidak 
terlalu menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan bidang sukan atau berpersatuan di 
sekolah. Dapatan soal selidik mendapati 57% menyatakan ‘setuju’ melibatkan responden murid 
lelaki dan perempuan dan jika dipecahkan mengikut jantina,murid perempuan mendominasi 
dengan 81.2% ‘setuju’ berbanding dengan murid lelaki yang hanya kira-kira 29%. Respon ‘tidak 
setuju’ hanya mencatatkan 43% sahaja yang melibatkan responden murid lelaki dan perempuan 
dan pecahan mengikut jantina pula mendapati respon ‘tidak setuju’ didominasi oleh murid lelaki 
dengan 71% sementara murid perempuan 19%. 
12
13 
1.3 Kesimpulan 
Berdasarkan soal selidik yang dijalankan berkaitan dengan faktor-faktor yang 
menghalang penglibatan murid dalam kegiatan sukan di sekolah mendapati bahawa terlalu 
banyak kekangan untuk tidak memungkinkan penglibatan pelajar dalam apa juga aktiviti sukan 
di sekolah seperti mana yang disebutkan dalam borang soal selidik. Kalau mengambil kira 
pendapat berdasarkan jantina,murid/pelajar perempuan mencatatkan 78.75% (setuju) dengan 
setiap pernyataan yang dinyatakan dalam soal selidik dan hanya 21.25% yang tidak setuju. 
Berbanding dengan murid/pelajar lelaki, 58.09% (setuju) dan hanya 41.91% yang tidak 
bersetuju. Dapatan soal selidik bagi pelajar lelaki,melihat kepada peratus yang diperolehi tidak 
menampakkan perbezaan jurang yang besar berbanding dengan murid perempuan,ini mungkin 
kerana minat murid lelaki dalam kegiatan sukan lebih tinggi berbanding perempuan. 
Sebagai kesimpulan,berdasarkan dapatan soal selidik ini mungkin boleh dijadikan 
sebagai pemangkin oleh pihak yang berwajib untuk melihat perkara-perkara yang menjadi faktor 
penyebab kepada kurang minat penglibatan pelajar kepada aktiviti sukan adalah kerana faktor-faktor 
tersebut seterusnya mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah ini.
14 
Rujukan; 
Bahagian Naziran, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kajian Mengenai Keberkesanan 
Kokurikulum di sekolah, 2010 
Bahagian Kokurikulum dan Keseniaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Laporan 
Tinjauan Minat Murid dalam kegiatan Kokurikulum, 2011 
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran tahun 1979.

More Related Content

What's hot

Jurang pencapaian matematik (sosial)
Jurang pencapaian matematik (sosial)Jurang pencapaian matematik (sosial)
Jurang pencapaian matematik (sosial)Nurul Atiyah
 
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahKajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahZuzan Michael Japang
 
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1Mohd Zaidi
 
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifPelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifMohd Nizam
 
2. Jurang Pendidikan
2.  Jurang Pendidikan2.  Jurang Pendidikan
2. Jurang Pendidikankrys73
 
Proposal kajian tindakan mengatasi masalah tahap kesediaan murid
Proposal kajian tindakan mengatasi masalah tahap kesediaan muridProposal kajian tindakan mengatasi masalah tahap kesediaan murid
Proposal kajian tindakan mengatasi masalah tahap kesediaan muridtimi fatimah
 
Muke depan tesis
Muke depan tesisMuke depan tesis
Muke depan tesisAwin Ayura
 
4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas
4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas
4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khasZahrah Abdul Rahman
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2Zauhari Hussein
 
Sme3023 jurang pencapaian matematik sek menengah
Sme3023 jurang pencapaian matematik sek menengahSme3023 jurang pencapaian matematik sek menengah
Sme3023 jurang pencapaian matematik sek menengahintansyafika
 
Isu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahIsu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahFina Finaie
 
A rtikel p&p sejarah
A rtikel p&p sejarahA rtikel p&p sejarah
A rtikel p&p sejarahUmmadevi
 
Prosiding hideep v3
Prosiding hideep v3Prosiding hideep v3
Prosiding hideep v3hafidz70k
 
Templet hbef3503 t1 a3 faudzi
Templet hbef3503 t1 a3 faudziTemplet hbef3503 t1 a3 faudzi
Templet hbef3503 t1 a3 faudziZauhari Hussein
 

What's hot (19)

Jurang pencapaian matematik (sosial)
Jurang pencapaian matematik (sosial)Jurang pencapaian matematik (sosial)
Jurang pencapaian matematik (sosial)
 
Contoh abstrak
Contoh abstrakContoh abstrak
Contoh abstrak
 
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahKajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
 
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
 
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifPelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
2. Jurang Pendidikan
2.  Jurang Pendidikan2.  Jurang Pendidikan
2. Jurang Pendidikan
 
Proposal kajian tindakan mengatasi masalah tahap kesediaan murid
Proposal kajian tindakan mengatasi masalah tahap kesediaan muridProposal kajian tindakan mengatasi masalah tahap kesediaan murid
Proposal kajian tindakan mengatasi masalah tahap kesediaan murid
 
Gejala ponteng
Gejala pontengGejala ponteng
Gejala ponteng
 
Muke depan tesis
Muke depan tesisMuke depan tesis
Muke depan tesis
 
4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas
4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas
4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2
 
Sme3023 jurang pencapaian matematik sek menengah
Sme3023 jurang pencapaian matematik sek menengahSme3023 jurang pencapaian matematik sek menengah
Sme3023 jurang pencapaian matematik sek menengah
 
Isu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahIsu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolah
 
A rtikel p&p sejarah
A rtikel p&p sejarahA rtikel p&p sejarah
A rtikel p&p sejarah
 
Prosiding hideep v3
Prosiding hideep v3Prosiding hideep v3
Prosiding hideep v3
 
Templet hbef3503 t1 a3 faudzi
Templet hbef3503 t1 a3 faudziTemplet hbef3503 t1 a3 faudzi
Templet hbef3503 t1 a3 faudzi
 
Assessment 2
Assessment 2Assessment 2
Assessment 2
 

Similar to Tugasan ess 222

Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTengku Firdaus
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
16. lau ging lim
16.  lau ging lim16.  lau ging lim
16. lau ging limAkmal Haziq
 
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...Zaharah Alang Ahmad
 
Disiplin positif dokumen.tips_disiplin-sekolah.ppt
Disiplin positif dokumen.tips_disiplin-sekolah.pptDisiplin positif dokumen.tips_disiplin-sekolah.ppt
Disiplin positif dokumen.tips_disiplin-sekolah.pptLiesYulianto2
 
Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Li Fang Li
 
Murid kurang berminat_dengan_mata_pelajaran
Murid kurang berminat_dengan_mata_pelajaranMurid kurang berminat_dengan_mata_pelajaran
Murid kurang berminat_dengan_mata_pelajaranxue er tui
 
Tugasan 1 ulasan jurnal
Tugasan 1 ulasan jurnalTugasan 1 ulasan jurnal
Tugasan 1 ulasan jurnalnorm80
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Arifah Nur Zul
 
Pembentangan Artikel Kumpulan 13
Pembentangan Artikel Kumpulan 13Pembentangan Artikel Kumpulan 13
Pembentangan Artikel Kumpulan 13NurulHazrati
 
15. mary tan mui yee
15.  mary tan mui yee15.  mary tan mui yee
15. mary tan mui yeeIrul Erul
 
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
PANDUAN_PENTAKSIRAN_KOKURIKULUM_SEKOLAH_RENDAH_2018.pdf
PANDUAN_PENTAKSIRAN_KOKURIKULUM_SEKOLAH_RENDAH_2018.pdfPANDUAN_PENTAKSIRAN_KOKURIKULUM_SEKOLAH_RENDAH_2018.pdf
PANDUAN_PENTAKSIRAN_KOKURIKULUM_SEKOLAH_RENDAH_2018.pdfYAP FUI YEE
 
Melindungi masa intruksioanal kokurikulum
Melindungi masa intruksioanal kokurikulumMelindungi masa intruksioanal kokurikulum
Melindungi masa intruksioanal kokurikulumSamsudin Ahmad
 

Similar to Tugasan ess 222 (20)

Paper_Jaflus
Paper_JaflusPaper_Jaflus
Paper_Jaflus
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Propasal cuti semester
Propasal cuti semesterPropasal cuti semester
Propasal cuti semester
 
16. lau ging lim
16.  lau ging lim16.  lau ging lim
16. lau ging lim
 
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...
 
Disiplin positif dokumen.tips_disiplin-sekolah.ppt
Disiplin positif dokumen.tips_disiplin-sekolah.pptDisiplin positif dokumen.tips_disiplin-sekolah.ppt
Disiplin positif dokumen.tips_disiplin-sekolah.ppt
 
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docxOPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
 
Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1
 
Murid kurang berminat_dengan_mata_pelajaran
Murid kurang berminat_dengan_mata_pelajaranMurid kurang berminat_dengan_mata_pelajaran
Murid kurang berminat_dengan_mata_pelajaran
 
Tugasan 1 ulasan jurnal
Tugasan 1 ulasan jurnalTugasan 1 ulasan jurnal
Tugasan 1 ulasan jurnal
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
 
Pembentangan Artikel Kumpulan 13
Pembentangan Artikel Kumpulan 13Pembentangan Artikel Kumpulan 13
Pembentangan Artikel Kumpulan 13
 
15. mary tan mui yee
15.  mary tan mui yee15.  mary tan mui yee
15. mary tan mui yee
 
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
 
Analisis Jurnal
Analisis JurnalAnalisis Jurnal
Analisis Jurnal
 
Spi bil 1 1985
Spi bil 1 1985Spi bil 1 1985
Spi bil 1 1985
 
PANDUAN_PENTAKSIRAN_KOKURIKULUM_SEKOLAH_RENDAH_2018.pdf
PANDUAN_PENTAKSIRAN_KOKURIKULUM_SEKOLAH_RENDAH_2018.pdfPANDUAN_PENTAKSIRAN_KOKURIKULUM_SEKOLAH_RENDAH_2018.pdf
PANDUAN_PENTAKSIRAN_KOKURIKULUM_SEKOLAH_RENDAH_2018.pdf
 
TUGASAN 1 KRITIK JURNAL
TUGASAN 1 KRITIK JURNALTUGASAN 1 KRITIK JURNAL
TUGASAN 1 KRITIK JURNAL
 
Melindungi masa intruksioanal kokurikulum
Melindungi masa intruksioanal kokurikulumMelindungi masa intruksioanal kokurikulum
Melindungi masa intruksioanal kokurikulum
 

Recently uploaded

PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Recently uploaded (12)

PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 

Tugasan ess 222

  • 1. 1 TUGASAN MEI 2014 SEMESTER KOD MATA PELAJARAN : ESS 222 NAMA MATA PELAJARAN : AKTIVITI KOKURIKULUM PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR : ARIF ATOI @ ATUI NO. MATRIK : E30209130845 FASILITATOR AKADEMIK : EN.DELINSING LAWASA
  • 2. 2 PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA MARUDU 1.1 Pengenalan Kokurikulum merupakan suatu aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Menurut Abd. Halim (1995),aktiviti kokurikulum merupakan kesinambungan dan pengukuhan kepada program atau aktiviti pembelajaran di bilik darjah atau kurikulum. Kegiatan kokurikulum sesungguhnya penting untuk membantu melengkapi dan memperkukuhkan proses pembelajaran di dalam bilik darjah, disamping itu ianya dapat menunjukkan perubahan tingkah laku dan banyak mempengaruhi sahsiah murid. Justeru itu, Kementerian Pendidikan telah mewajibkan semua sekolah melaksanakan aktiviti kokurikulum dan setiap pelajar perlu ditegaskan untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang telah dirancang. Kementerian Pendidikan (1989),menyatakan gerak kerja kokurikulum adalah gerak kerja yang bercorak pendidikan dan menyediakan pengalaman-pengalaman pembelajaran. Gerak kerja kokurikulum ini boleh dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah seperti bidang badan beruniform,persatuan dan kelab dan sukan dan permainan. Ibrahim (2001),merumuskan kegiatan kokurikulum adalah satu bidang pembelajaran yang berasaskan pelbagai gerak kerja terancang dan perlu dilakukan dalam masa persekolahan. Gerak kerja kokurikulum adalah berorientasikan dari dan bukan berasaskan mata pelajaran akademik. Kegiatan-kegiatan kokurikulum juga dikatakan satu cara bagi mencapai matlamat-matlamat pendidikan. Berdasarkan laporan jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pembelajaran (1979); “… adalah penting untuk menyemai,memupuk dan menanam perasaan kekitaan atau ‘esperit de corps’ di antara pelajar-pelajar berbagai-bagai keturunan. Aktiviti kokurikulum bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya bertanggungjawab. Kegiatan ini juga boleh melatih mereka berdisiplin,berdikari, dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai ”. ( sumber : Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran tahun 1979)
  • 3. Namun begitu, sekolah-sekolah di Malaysia masih terdapat kelemahan dari segi pelaksanaan dan keberkesanan gerak kerja kokurikulumnya. Antara sebab-sebab adalah wujudnya anggapan bahawa gerak kerja kokurikulum ini tidak penting kerana tidak menekankan domain intelek. Menurut Coleman (1961),melalui model ‘Zero Sum’ menegaskan bahawa penglibatan yang tinggi oleh para pelajar dalam kegiatan kokurikulum akan melemahkan pencapaian akademik mereka akibat daripada pengurangan masa yang digunakan untuk pembelajaran akademik. Untuk melihat kebenaran pendapat ini,satu soal selidik ringkas telah dibuat menggunakan instrument kaji selidik ke atas 30 orang murid sekolah rendah yang berada di Tahun 5. Pemilihan responden adalah berdasarkan jumlah jantina lelaki dan perempuan yang mempunyai jumlah hampir sama banyak, dalam kaji selidik ini pembahagian jantina adalah 14 orang murid lelaki dan 16 orang murid perempuan. Kaji selidik ditadbir dengan cara mengedarkan borang kaji selidik yang mengandungi 15 soalan (dilampirkan) kepada semua responden iaitu seramai 30 orang dan masa yang diberikan untuk menjawab soalan kaji selidik ini adalah selama 45 minit sahaja. Calon hanya diminta menyatakan ‘setuju’ atau ‘tidak setuju’ dengan cara menandakan rait pada borang kaji selidik. Setelah selesai menjawab,semua borang kaji selidik calon akan disemak untuk tujuan 3 analisis simple,dan kaedah analisis untuk kajian ini adalah dengan dua cara; Pertama : Analisis keseluruhan kesemua responden (Lelaki dan Perempuan) berdasarkan indicator ‘setuju’ dan ‘tidak setuju’ dan ditandakan dengan simbol yang ditunjukkan di bawah; %Σ₁ = Peratus yang ‘setuju’dan %Σ₂ = Peratus yang ‘tidak setuju’ Kedua : Analisis mengikut jantina, juga berdasarkan peratus ‘setuju’ dan ‘tidak setuju’.
  • 4. 4 1.2 Hasil Dapatan Analisis Data Soal Selidik Bil. Pernyataan Setuju Tidak Setuju L % P % %Σ₁ L % P % %Σ₂ 1. Kemudahan peralatan sukan di sekolah tidak mencukupi. 10 71.4 10 62.5 67 4 28.6 6 37.5 33 2. Takut gagal dalam peperiksaan apabila melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum. 10 71 6 37.5 53.3 4 29 10 62.5 46.7 3. Kemudahan sukan di sekolah tidak selamat. 5 36 13 81.2 60 9 64 3 18.8 40 4. Pihak sekolah memberi perhatian kepada murid yang berbakat dalam sukan. 10 71.4 14 88 80 4 28.6 2 12 20 5. Masalah kewangan dalam mengikuti aktiviti sukan. 12 86 8 50 67 2 14 8 50 33 6. Tidak mempunyai bakat untuk melibatkan diri dalam sukan. 12 86 12 75 80 2 14 4 25 20 7. Aktiviti sukan membosankan. 4 29 14 88 60 10 71 2 12 40 8. Peralatan yang terdapat di sekolah rosak dan usang. 2 14.2 14 88 53.3 12 85.8 2 12 46.7 9. Tidak selesa untuk melibatkan diri dalam sukan. 12 86 15 94 90 2 14 1 6 10 10. Alatan sukan boleh digunakan pada waktu tertentu sahaja. 2 14.2 15 94 57 12 85.8 1 6 43 11. Tidak mempunyai kawan untuk bersama-sama bersukan. 10 71.4 13 81.2 77 4 28.6 3 18.8 23 12. Sekolah tidak memberi pengiktirafan jika berjaya dalam sukan. 3 21.4 12 75 50 11 78.6 4 25 50 13. Sekolah tidak menggalakkan untuk terlibat dalam sukan. 12 86 14 88 87 2 14 2 12 13 14. Jurulatih yang berminat dalam sukan tidak mencukupi. 14 100 16 100 100 15. Ibu bapa tidak menggalakkan melibatkan diri dalam sukan. 4 29 13 81.2 57 10 71 3 19 43 Rajah 1.1 : Keputusan analisis soal selidik.
  • 5. Analisis yang ditunjukkan pada rajah 1.1 di atas adalah hasil soal selidik yang dijalankan ke atas 30 orang murid selaku responden dalam soal selidik ini memaparkan keputusan mengikut pernyataan seperti mana dalam borang soal selidik dinyatakan seperti berikut; 5 Pernyataan 1 : Pernyataan 2 : Keputusan soal selidik mendapati 53.3 % responden bersetuju dengan pernyataan ini dan jika dipecahkan mengikut jantina Lelaki (71%) sementara perempuan (37.5%) bersetuju dengan masalah kemudahan sukan disekolah adalah faktor penyumbang kepada kurangnya minat kepada aktiviti kokurikulum. Seramai 14 orang responden (lelaki dan wanita) atau 46.7% pula tidak bersetuju dengan pernyataan 1 dan jika dipecahkan mengikut jantina responden lelaki 29%,manakala responden perempuan 62.5% tidak bersetuju dengan pernyataan 1. Pernyataan 3 : Untuk pernyataan 2 seramai 18 orang responden ‘setuju’ atau 60% daripada jumlah keseluruhan responden (lelaki dan wanita),manakala jika dipecahkan mengikut jantina, lelaki (36%) dan perempuan (81.2%) bersetuju dengan pernyataan ini boleh menjejaskan kepada pencapaian akademik. Manakala peratus yang tidak bersetuju secara keseluruhan adalah 40% dan pecahan mengikut jantina pula lelaki 64% dan perempuan 40%. Pernyataan 4: Berdasarkan analisis kepada soal selidik berkaitan dengan kemudahan sukan di sekolaah yang kurang selamat mendapati 80% responden lelaki dan wanit bersetuju dengan pernyataan ini
  • 6. yang mengurangkan penglibatan mereka kepada aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah. Jika dilihat pecahan peratus mengikut jantina yang bersetuju dengan pernyataan ini mendapati responden lelaki menyumbang 71.4% manakala responden perempuan 88% jika dilihat pecahan mengikut jantina peratusan tertinggi yang bersetuju adalah perempuan ini sedikit sebanyak akan menjadi penyumbang kurangnya minat kepada aktiviti kokurikulum di sekoah terutamanya pelajar perempuan. Manakala peratus keseluruhan yang melibatkan lelaki dan wanita yang tidak bersetuju hanyalah kira-kira 20% sahaja ini mungkin didorong dengan sindrom ‘tidak kisah’ atau juga mungkin golongan ini adalah terdiri dari mereka yang ‘ulat buku’,dan jika dipecahkan mengikut jantina peratus yang tidak bersetuju untuk responden lelaki ialah 28.6% manakala perempuan 12% sahaja. 6 Pernyataan 5: Pernyataan ini menyaksikan 67% responden lelaki dan wanita bersetuju dengan kenyataan ini dan jika dipecahkan mengikut jantina lelaki 86% dan wanita 50%. Jika melihat kepada senario kaji selidik ini responden murid lelaki memberikan bacaan 86% bersetuju bahawa pihak sekolah hanya memberikan perhatian kepada murid yangt berbakat sukan sahaja berbanding dengan tidak mempunyai bakat bersukan dan jika dirujuk kepada dasar pelajaran (1979) sekolah didapati tidak mematuhi dasar ini. Hal ini mungkin berlaku kerana pihak sekolah mungkin tidak mahu mengambil masa yang panjang untuk melatih murid-murid yang kurang berbakat dalam sukan akibat faktor kekangan masa menghabiskan sukatan pelajaran atau kurangnya tenaga seperti jurulatih sukan di sekolah tersebut. Jika hal ini berlaku maka sudah tentulah minat dan penglibatan murid-murid dalam bidang kokurikulum adalah berkurangan kerana lebih ramai yang berperanan menjadi penonton berbanding menjadi penyumbang kepada kegiatan sukan sekolah kerana tidak ada usaha mencungkil dan mengasah bakat yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pernyataan 6 :
  • 7. Masalah kewangan juga antara faktor penyumbang kurangnya minat pelajar kepada aktiviti kokurikulum,dalam dapatan soal selidik ini menyaksikan 80% bersetuju responden lelaki dan perempuan bahawa masalah kewangan adalah kekangan penglibatan aktif mereka dalam bidang kokurikulum ini mungkin melibatkan penyediaan segala macam kelengkapan seperti pakaian seragam,pakaian sukan dan persatuan hampir kesemuanya disediakan oleh pelajar sendiri tambahan lagi pihak kementerian tidak ada menyediakan dana yang khusus berkaitan dengan ini kalaupun ada hanyalah bersifat ‘one off ’sahaja. Pecahan mengikut jantina pula yang bersetuju dengan pernyataan ini,responden lelaki 86% dan perempuan 75%. Manakala responden yang tidak bersetuju hanyalah kira-kira 20% dan jika diperincikan mengikut jantina, responden lelaki 14% dan responden wanita 25%, julat peratus yang kecil ini bolehlah dianggap bahawa responden mungkin datang dari keluarga yang mempunyai kemampuan. 7 Pernyataan 7 : Bakat memainkan peranan penting dalam menentukan kecenderungan minat seseorang itu dalam bidang sukan tanpa bakat semua tidak akan memberikan apa-apa makna terhadap penglibatan murid dalam bidang sukan. Berdasarkan dapatan soal selidik ini mendapati 60% responden (lelaki dan wanita) bersetuju antara faktor kurang minat terhadap aktiviti kokurikulum adalah kurangnya bakat dalam bidang sukan. Jika dipecahkan mengikut jantina pula responden lelaki 29% manakala responden perempuan pula 88%. Melihat kepada jumlah peratus yang kecil responden lelaki adalah tidak menghairankan kerana pelajar lelaki sememangnya lebih cenderung kepada aktiviti sukan berbanding dengan murid perempuan yang mana dalam soal selidik ini responden murid perempuan mencatatkan 88% bersetuju menyatakan tidak mempunyai bakat dalam sukan. Sementara peratus yang tidak bersetuju pula untuk kedua-dua responden lelaki dan wanita ialah 40% dan apabila dipecahkan mengikut jantina menyaksikan responden lelaki menyumbang 71% dan responden wanita 12% sahaja. Pernyataan 8 :
  • 8. Pernyataan berkaitan dengan aktiviti sukan membosankan yang diajukan dalam soal selidik ini memberikan bacaan skor sebanyak 53.3% yang diberikan oleh responden lelaki dan perempuan yang bersetuju dengan kenyataan ini berbanding dengan 46.7% yang tidak bersetuju bahawa aktiviti sukan membosankan julat perbezaan hanyalah 6.6% mungkin boleh dikatakan bahawa kurangnya minat golongan pelajar/murid ini dalam aktiviti sukan masih belum berada pada tahap membimbangkan,apa yang diperlukan hanyalah sedikit sentuhan atau ramuan supaya menjadikan aktiviti sukan itu menjadi minat pelajar. Manakala perincian pecahan mengikut jantina pula bagi yang bersetuju menyaksikan responden lelaki menyumbangkan 14.2% jumlah yang amat kecil berdasarkan jumlah responden lelaki dalam kaji selidik ini dan responden perempuan bersetuju dengan 88%,hal ini tidak menghairankan sesuai dengan naluri wanita yang tidak seberapa cenderung dengan aktiviti-aktiviti lasak dalam sukan. Sementara tidak bersetuju menyaksikan responden lelaki memperlihatkan peratus yang tinggi iaitu 85.8% dan perempuan hanyalah 12%,respon yang diberikan oleh murid lelaki juga adalah dijangka kerana memang sifat lelaki yang lebih gemar kepada aktiviti-aktiviti yang lasak dan mencabar. 8 Pernyataan 9 : Faktor peralatan kurang selamat,rosak dan usang juga antara penyumbang kepada kurangnya minat pelajar menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah. Dalam soal selidik ini secara keseluruhan responden pelajar (lelaki dan wanita) menyatakan ‘setuju’ dengan kenyataan ini yang mana peratusan adalah tinggi iaitu 90% dan hanya kira-kira 10% sahaja responden pelajar (lelaki dan wanita) yang ‘tidak setuju’ dengan pernyataan ini. Pecahan mengikut jantina pula menyaksikan 86% murid lelaki bersetuju dan 94% murid perempuan bersetuju,manakala tidak bersetuju mengikut pecahan jantina, murid lelaki 14% dan murid perempuan 6%, peratusan yang kecil ini bagi respon ‘tidak setuju’ mungkin didorong dengan sikap kurang mengambil tahu berkaitan dengan kegiatan sukan di sekolah dan juga mungkin di kalangan murid-murid yang tidak berminat dengan kegiatan sukan. Sementara peratusan yang tinggi yang diberikan oleh murid lelaki (86%) dan murid perempuan (94%) bagi respon ‘setuju’ memungkinkan dua senario yang berlaku;pertama bagi murid lelaki yang kerap terlibat dengan kegiatan sukan di sekolah sering berhadapan dengan masalah kekurangan kemudahan peralatan sukan samada rosak atau
  • 9. sudah tidak boleh digunakan lagi. Sementara murid perempuan pula, ini merupakan alasan terbaik bagi mereka mengelakkan diri dari terlibat dengan kegiatan sukan di sekolah atas alasan kemudahan sukan dan peralatan yang kurang selamat digunakan. 9 Pernyataan 10 : Pernyataan ini mencatatkan peratusan yang agak seimbang bagi responden murid (lelaki dan perempuan), bagi respon ‘setuju’ 57% dan ‘tidak setuju’ 43%. Walau bagaimanapun pecahan mengikut jantina bagi yang ‘setuju’ didominasi oleh murid perempuan apabila mencatat peratusan yang tinggi iaitu 94% manakala murid lelaki hanya 14.2%, kajian lebih lanjut perlu dilakukan untuk mencari punca mengapa murid perempuan merasa kurang selesa melibatkan diri dalam sukan. Sementara pecahan mengikut jantina bagi respon ‘tidak setuju’ murid lelaki mencatatkan 85.8% dan murid perempuan hanya 6%. Hasil dapatan peratusan bagi respon ‘tidak setuju’ yang ditunjukkan oleh responden murid lelaki sememangnya tidak menghairankan kerana murid-murid lelaki lebih suka kepada kegiatan luar yang bersifat mencabar fizikal mereka berbanding dengan murid perempuan. Pernyataan 11 : Berdasarkan pernyataan ini dapatan yang diperolehi bagi responden murid (lelaki dan wanita) yang ‘setuju’ adalah 77% dan jika dipecahkan mengikut jantina,responden murid lelaki 71.4% manakala murid perempuan 81.2%. Jika mengambil kira dapatan respon ini didapati peratusan murid perempuan lebih tinggi berbanding dengan murid lelaki yang ‘setuju’ dengan pernyataan ini,hal ini mungkin disebabkan pengamatan murid perempuan yang lebih peka berbanding murid lelaki yang lebih cenderung menumpukan perhatian kepada sesi bermain sahaja tanpa mengambil kira kekerapan mereka dapat menggunakan alatan sukan yang sememangnya dihadkan masa penggunaannya oleh pihak sekolah yang hanya digunakan pada waktu pembelajaran seperti mata pelajaran Pendidikan Jasmani atau semasa kegiatan Kokurikulum sahaja (Sukan dan Permainan). Manakala peratus yang ‘tidak setuju’ mencatatkan
  • 10. keseluruhan responden murid lelaki dan perempuan sebanyak 23%, dan pecahan mengikut jantina pula murid lelaki 28.6% dan murid perempuan 18.8%. 10 Pernyataan 12 : Bagi pernyataan ini memperlihatkan respon yang sama banyak antara ‘setuju’ dan tidak ‘setuju’ apabila masing-masing mencatat 50% bagi respon murid (lelaki dan perempuan). Walau bagaimanapun perbezaan dapat dilihat apabila diperincikan mengikut jantina dimana,bagi respon ‘setuju’ didominasi oleh murid perempuan apabila mencatat 75% berbanding dengan murid lelaki hanya 21.4%, dapatan ini mungkin didorong kurangnya minat di kalangan murid perempuan dalam kegiatan luar seperti bersukan yang lebih menumpukan kepada persediaan akademik. Berbeza dengan murid lelaki yang mencatat 78.6% ‘tidak setuju’ berbanding perempuan hanya 25% ternyata respon yang diberikan oleh murid lelaki ada kebenarannya kerana semasa menjalani kegiatan bersukan sudah tentu mempunyai ramai kawan lebih-lebih lagi apabila terlibat dengan jenis sukan yang memerlukan jumlah pemain/peserta yang ramai seperti bola sepak. Pernyataan 12 : Sekolah tidak memberikan pengiktirafan jika berjaya dalam sukan. Dalam pernyataan ini, respon yang diterima mendapati 57% ‘setuju’ yang merangkumi responden murid lelaki dan wanita,manakala pecahan mengikut jantina pula mendapati murid lelaki 64.2% dan murid perempuan 50%. Sementara dalam respon ‘tidak setuju’ mendapati respon keseluruhan yang diperolehi (lelaki dan perempuan) adalah 43% dan pecahan mengikut jantina, lelaki 35.8% manakala perempuan 50%.
  • 11. 11 Pernyataan 13 : Sekolah tidak menggalakkan untuk terlibat dalam sukan. Tumpuan kepada persediaan akademik untuk mencapai gred purata sekolah yang ditetapkan oleh JPN antara sebab sesetengah pihak pengurusan sekolah tidak menggalakkan muridnya terlibat secara serius dalam bidang sukan. Dapatan soal selidik mendapati 87% responden ‘setuju’ dengan pernyataan tersebut, yang mana apabila diperincikan mengikut jantina murid perempuan mencatatkan 88% respon ‘setuju’ dan murid lelaki mencatatkan 86% keputusan ini membenarkan tanggapan bahawa sekolah lebih mementingkan pencapaian akademik berbanding dengan pencapaian kokurikulum. Bagi respon ‘tidak setuju’ hanya mencatatkan 13% untuk kedua-dua responden (lelaki dan perempuan) dimana murid lelaki mencatatkan 14% respon ‘tidak setuju’ dan murid perempuan 12%. Pernyataan 14 : Jurulatih yang berminat dalam sukan tidak mencukupi. Pernyataan ini menyaksikan kesemua responden ( 14 Lelaki dan 16 Perempuan ) ‘setuju’ 100% bahawa jurulatih di sekolah adalah tidak mencukupi. Senario ini sebenarnya sudah lama berlaku di sekolah,malahan mata pelajaran seperti Pendidikan Jasmani biasanya diberikan tanggungjawab mengajar kepada guru yang bukan bidangnya, guru mengajar semata-mata berpandukan kepada Sukatan Pelajaran sahaja. Pernah satu ketika pihak Kementerian Pendidikan menyatakan hasrat akan menempatkan guru yang terlatih khusus dalam bidang sukan di semua sekolah namun hasrat tersebut belum tercapai keseluruhannya. Pernyataan 15 : Ibu bapa tidak menggalakkan melibatkan diri dalam sukan.
  • 12. Sistem pendidikan di Malaysia adalah berorientasikan peperiksaan, kayu ukur pencapaian sesebuah sekolah itu adalah terletak kepada kecemerlangan pencapaian peperiksaan samada UPSR,PMR,SPM dan STPM jadi sudah tentulah kegiatan sukan ataupun berpersatuan dalam kegiatan kokurikulum tidak memberikan impak yang besar kepada pencapaian sekolah kalaupun ianya beroleh pencapaian yang cemerlang pada satu-satu peringkat kerana kayu ukur adalah pencapaian akademik. Para ibubapa melihat kegiatan kokurikulum hanyalah sebagai pelengkap sahaja kepada sistem pendidikan negara tidak memberikan impak kepada pencapaian akademik anak-anak mereka. Oleh hal yang demikian, adalah tidak menghairankan kalau kalangan ibubapa tidak terlalu menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan bidang sukan atau berpersatuan di sekolah. Dapatan soal selidik mendapati 57% menyatakan ‘setuju’ melibatkan responden murid lelaki dan perempuan dan jika dipecahkan mengikut jantina,murid perempuan mendominasi dengan 81.2% ‘setuju’ berbanding dengan murid lelaki yang hanya kira-kira 29%. Respon ‘tidak setuju’ hanya mencatatkan 43% sahaja yang melibatkan responden murid lelaki dan perempuan dan pecahan mengikut jantina pula mendapati respon ‘tidak setuju’ didominasi oleh murid lelaki dengan 71% sementara murid perempuan 19%. 12
  • 13. 13 1.3 Kesimpulan Berdasarkan soal selidik yang dijalankan berkaitan dengan faktor-faktor yang menghalang penglibatan murid dalam kegiatan sukan di sekolah mendapati bahawa terlalu banyak kekangan untuk tidak memungkinkan penglibatan pelajar dalam apa juga aktiviti sukan di sekolah seperti mana yang disebutkan dalam borang soal selidik. Kalau mengambil kira pendapat berdasarkan jantina,murid/pelajar perempuan mencatatkan 78.75% (setuju) dengan setiap pernyataan yang dinyatakan dalam soal selidik dan hanya 21.25% yang tidak setuju. Berbanding dengan murid/pelajar lelaki, 58.09% (setuju) dan hanya 41.91% yang tidak bersetuju. Dapatan soal selidik bagi pelajar lelaki,melihat kepada peratus yang diperolehi tidak menampakkan perbezaan jurang yang besar berbanding dengan murid perempuan,ini mungkin kerana minat murid lelaki dalam kegiatan sukan lebih tinggi berbanding perempuan. Sebagai kesimpulan,berdasarkan dapatan soal selidik ini mungkin boleh dijadikan sebagai pemangkin oleh pihak yang berwajib untuk melihat perkara-perkara yang menjadi faktor penyebab kepada kurang minat penglibatan pelajar kepada aktiviti sukan adalah kerana faktor-faktor tersebut seterusnya mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah ini.
  • 14. 14 Rujukan; Bahagian Naziran, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kajian Mengenai Keberkesanan Kokurikulum di sekolah, 2010 Bahagian Kokurikulum dan Keseniaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Laporan Tinjauan Minat Murid dalam kegiatan Kokurikulum, 2011 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran tahun 1979.