Kajian ini menganalisis persepsi guru terhadap pengintegrasian Frog VLE dalam proses pengajaran dan pembelajaran di SK Bandar Utama Damansara (4). Hasil menunjukkan majoriti guru berpendapat bahawa penggunaan Frog VLE menjadikan proses pengajaran lebih interaktif dan efektif, walaupun ada sebahagian kecil yang menghadapi masalah dalam penggunaannya. Penyelidik menyimpulkan bahawa pengintegrasian Frog VLE diterima baik oleh guru, memerlukan kajian lanjut mengenai persepsi murid pula.