Jurnal kajian ini dipetik dari Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009):155-172 yang bertajuk Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik ditulis oleh Rubiah Omar Jamilah Hj Ahmad. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik Universiti Sains Malaysia (USM) yang membantu proses pembelajaran dan pengajaran. Peserta Kajian terdiri daripada ahli akademi di semua pusat pengajian USM Pulau Pinang. Sebanyak 119 borang soal selidik yang berjaya dikumpul dari ahli akademik di 15 pusat pengajian. Hasil kajian mendapati kesedaran responden terhadap lima konsep e-pembelajaran adalah tinggi, kefahaman e-pembelajaran dengan kesediaan pembelejaran arahan kendiri adalah memuaskan dan penerimaan responden terhadap penggunaan e-pembelajaran adalah tinggi. Dalam jurnal kajian ini tidak menyatakan persoalan kajian secara terperinci. Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh manakah kesediaan ahli akademik menerima e-pembeljaran dalam aktiviti pengajaran mereka dan apakah faktor yang menjdi penyebab penerimaan atau penolakan kepada kaedah ini. Objektif kajian dalam menentukan fokus kajian telah dinyatakan dengan jelas. Secara umum, kajian ini melihat amalan penggunaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik USM. Secara spesifik pula memantau e-pembelajaran dari kesedaran, penilaian dan penerimaan penggunaan e-pembelajaran para ahli akademik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik telah menggunakan reka bentuk tinjauan dalam kajiannya. Kaedah non-probability bentuk kajian deskriptif yang bertujuan memberikan gambaran awal tentang kesediaan penerimaan e-pembelejaran dalam kalangan ahli akademik. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data dan analisis kuantitif menggunakan program SPSS telah digunakan dalam analisis kajian ini. Semua data dapatan kajian telah distruktur dengan sempurna dan mudah untuk pembaca menyemak dan merujuk hasil kajian dan dapatan ujian pengkaji lain.