SlideShare a Scribd company logo
FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA
Jabatan Pendidikan Khas
PPG (PJJ)
SEMESTER 2 SESI 2012/2013
KBK 3073 : MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
TAJUK ESEI ILMIAH
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
MOHAMMED KHOUDREY BIN ABD HAMID D20112055735
PUSAT PEMBELAJARAN: EL- ST03
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. FAEIZARATUL FAZEILA BINTI ISA
TARIKH SERAH: 6 MEI 2013
PEMARKAHAN
TUGASAN 1
a. Ciri-ciri dan penyebab kepada gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan hiperaktiviti
(Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD)
b. Intervensi awal yang boleh dilakukan melalui model perubatan (Medical Model) dan Model Sosial
terhadap kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity
Disorder/ADHD).
c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak-kanak masalah
kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD).
2
ISI KANDUNGAN
Isi Kandungan ------------------
m/s 2
Soalan ------------------
m/s 3
Pengenalan ------------------
m/s 4
Ciri-ciri gangguan hiperaktif ------------------ m/s
6 – 10
Penyebab kepada gangguan hiperaktif ------------------
m/s 11
Intervensi awal ------------------ m/s 12 -
13
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ------------ m/s 14
– 16
Penutup ------------------ m/s 17
Rujukan ------------------ m/s 18
3
SOALAN TUGASAN
Menurut Azizi Yahaya et al. (2006) gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD
merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak
yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsiviti yang lebih
kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di
peringkat perkembangan yang normal.
Merujuk kepada pernyataan di atas, lakukan satu kajian perpustakaan dengan bersumberkan
artikel-artikel dari jurnal atau bahan-bahan lain yang berkaitan sebagai rujukan untuk
membincangkan:
a. Ciri-ciri dan penyebab kepada gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan
hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD)
b. Intervensi awal yang boleh dilakukan melalui model perubatan (Medical Model) dan
Model Sosial terhadap kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit
Hyperactivity Disorder/ADHD).
c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak-kanak
masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD).
Hasilkan pelaporan penulisan anda dalam bentuk ilmiah.
4
Pengenalan.
Anak adalah anugerah daripada ilahi. Setiap kanak-kanak yang dilahirkan memiliki
sifat semulajadi yang berbeza-beza. Ada yang memiliki sifat hiperaktif. Hiperaktif adalah
istilah yang biasa digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang
terlampau aktif dan mengganggu akan tetapi mempunyai tumpuan yang singkat. Ia dikenali
sebagai Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Kanak-kanak yang ada simptom
ADHD ini tidak boleh diminta untuk menjalankan aktiviti yang pasif sehingga 20 minit.
Mereka akan rasa ‘tidak selesa’ seterusnya akan melakukan kerja lain yang aktif dan
mengganggu.
Marityn Friend (2005) membuat tafsiran ADHD sebagai satu kecelaruan psikologi.
Menurut beliau simptom-simptomnya boleh dikenalpasti semasa kanak-kanak berumur tujuh
tahun dan beliau kategorikan kepada 3 bahagian;
1. ADHD Kurang Tumpuan
2. ADHD Hiperaktif-impulsif - Bertindak tanpa berfikir
3. ADHD Gabungan - Menunjukkan kedua-dua ciri di atas iaitu kurang tumpuan,
hiperaktif dan impulsive
5
Definisi
Kanak-kanak hiperaktif adalah anak yang mengalami masalah gangguan pemusatan
perhatian dengan hiperaktifitas (GPPH) atau Attention Deficit and Hyperactifity Disorder
(ADHD). Keadaan seperti ini juga dikenali sebagai gangguan hiperkinetik. Sebelum
penggunaan istilah ini, hiperaktif disebut sebagai Minimal Brain Dysfunction Syndrome.
Seawal perkembangan kanak-kanak yang berusia 7 tahun sindrom ini mengakibatkan kanak-
kanak tidak mampu memberi perhatian, bersifat hiperkatif, dan impulsif kepada
perseitarannya. Lazimnya keadaan ini akan berterusan sehingga mereka dewasa.
Punca kanak-kanak mengalami ADHD ialah kerana penyakit saraf. Sebagai ibubapa
mahupun pendidik, kita perlu belajar untuk mengesan tanda-tanda ADHD. Sekiranya ada
tanda-tanda yang dapat dikesan, maka sepatutnya perkara pertama ialah mencari pakar dan
orang yang ahli mengenai ADHD. Tanda utama ADHD ialah kanak-kanak bersifat agresif,
impulsif, mudah rasa gelisah, ketidakmampuan untuk belajar, tidak fokus dan sifatnya yang
hiperaktif.
Walau bagaimanapun, acapkali ibubapa adalah sukar mengesan sifat atau tanda-tanda
kelakuan normal dan ADHD anak-anak. Sebagai contoh, anak-anak yang hiperaktif tidak
akan memberi perhatian dan mudah lupa apa yang dikatakan padanya kurang dari 10 saat.
6
Dari perspektif lain, kanak-kanak hiperaktif atau ADHD sama sekali tidak akan mengingati
apa yang kita katakan dan nasihat yang diberi.
a.1. Ciri-ciri gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan hiperaktiviti
(Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD)
Umumnya terdapat beberapa ciri yang boleh dikesan dalam diri kanak-kanak yang
menderita masalah hiperaktif atau ADHD.
1. Sensory Hyperactive (pancaindera)
Lemah dan gagal memberi tumpuan :
Biasanya kanak-kanak hiperaktif lemah dalam pelajaran akibat tidak memberi tumpuan dan
mereka lebih cenderung untuk bermain dan melakukan perkara-perkara yang menghiburkan.
Walaupun begitu, meraka hanya melakukan ‘aktiviti mereka’ untuk tempoh masa yang
singkat kemudian melakukan kerja lain lagi. Selalunya mereka gagal memberikan tumpuan
yang baik semasa pembelajaran.
Mudah hilang tumpuan :
7
Dalam keadaan ini kebiasaannya kanak-kanak akan menghadapi masalah dari beberapa sudut
yang merangkumi masalah seperti tidak memberi tumpuan, sangat mudah hilang tumpuan dan
tidak mampu berimiginasi. Semasa pembelajaran sedang berlangsung, tumpuan mereka anya
untuk seketika sahaja. Mereka akan melakukan sesuatu perkara yang pada perasaan mereka
yang menghiburkan hati.
Tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengar berulang kali :
Jika diteroka dengan lebih mendalam, kanak-kanak ini sebenarnya menguji kesabaran guru
dan ibubapa kerana mereka akan hanya akan menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara
sekiranya ia dilakukan berulang kali. Berada di dalam kelas atau di tempat-tempat lain seperti
di rumah, perhatiannya hanya akan tertumpu pada pandangan dan pendengaran yang berulang
kali dialami.
Tidak boleh membuat gambaran, pengasingan dan menyatakan kaitan atau
perhubungan :
Kanak-kanak hiperaktif juga menghadapi masalah berkenaan kelemahan imiginasi seperti
ketidakupayaan untuk membayangkan sesuatu objek, membeza dan menghuraikan perkara
yang ada hubung kait. Sebagai contoh kesukaran mereka untuk membezakan di antara huruf q
dan p. Mereka tidak dapat membayangkan sesuatu objek yang diberikan, tidak dapat
membeza dan menghuraikan sesuatu perkara yang ada kaitan misalnya perbezaan di antara
sekolah dan rumah.
Lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang :
Kanak-kanak hiperaktif juga menghadapi masalah untuk membezakan suasana persekitaran
dari segi saiz, jarak dan keadaan sesuatu ruang. Ciri lain ialah masalah motor hiperaktif. Ini
dapat dilihat daripada tingkahlaku terlalu aktif dan agresif serta tidak mendiamkan diri.
2. Motor Hiperaktif (motor kasar dan motor halus) :
Tingkahlaku yang aktif dan melampau :
Ciri tingkah laku kanak-kanak hiperaktif sangat berbeza dan kebiasaannya hiperaktif-impulsif
mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas kelihatan dalam aktiviti seharian mereka.
Kanak-kanak dalam golongan ini berkelakuan lebih agresif berbanding kanak-kanak normal.
8
Misalnya, kerap memulakan sesuatu pergaduhan, membuat kesalahan akibat kecuaian, tidak
menyiapkan tugasan sekolah, tidak memberi tumpuan ketika orang lain bercakap dan suka
mengatur sesuatu atau kelihatan seperti berkuasa. Kanak-kanak hiperaktif ini tidak boleh
duduk diam dan selalunya agak agresif sehingga menyebabkan pergaduhan mencederakan
dengan rakan-rakan.
Memanipulasikan bahan atau apa saja yang dipegang :
Kanak-kanak hiperaktif juga mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi. Ciri ini dapat
diperhatikan daripada gerak-geri seperti suka menghentak, memukul dan membaling bahan-
bahan yang dilihat dan disentuh apabila mendapat sesuatu benda atau permainan baru. Mereka
juga akan membaling benda tersebut ke arah orang atau benda yang berada berhampiran
dengannya.
Ciri-Ciri Intelektual Kanak-Kanak Hiperaktif
Ada beberapa ciri-ciri intelektual kanak-kanak hiperaktif yang perlu kita ketahui kerana ianya
sangat penting terutamanya bagi ibu bapa dan guru-guru. Antaranta ialah;
Mudah terganggu :
Kanak-kanak dalam kategori hiperaktif ini sangat peka dengan persekitaran sehingga mereka
mudah terganggu sama ada kerana terganggu oleh orang lain mahupun dari dirinya sendiri.
Fikiran yang tidak stabil akan sentiasa terganggu oleh perkara-perkara lain walaupun ketika
itu sedang melakukan sesuatu kerana perkara lain itu dianggap penting.
Tidak boleh tumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara :
Kanak-kanak ini sangat menuntut semangat dan kesabaran daripada guru. Hal ini kerana
proses pembelajaran di dalam kelas tidak akan berjalan lancar dalam tempoh masa yang lama
kerana kesukaran untuk menumpukan kepada pengajaran di dalam kelas. Ringkasnya kanak-
kanak hiperaktif ini tidak boleh memberikan perhatian secara total. Mereka sentiasa
memikirkan perkara yang lain. Demikian juga semasa di rumah atau di mana sahaja, mereka
tidak dapat memberikan tumpuan jika diminta untuk melakukan sedemikian. Misalnya ketika
diminta untuk menulis, kanak-kanak hiperaktif boleh melakukannya akan tetapi pada masa
yang sama mereka akan memikirkan sesuatu yang lain. Akhirnya aktiviti menulis itu tidak
akan dapat disiapkan.
9
Tidak boleh menyiapkan kerja atau tugasan :
Kanak-kanak hiperaktif ini sememangnya tidak boleh menyiapkan kerja atau tugasan apabila
disuruh, mereka tidak mampu menyiapkannya sendirian. Pada awalnya mereka akan
melakukan kerja atau tugasan yang diberi. Akan tetapi hasil kerja mereka tidak seperti yang
dikehendaki tanpa bantuan dan bimbingan ibu bapa dan guru.
Menghasilkan kerja yang tidak berkualiti :
Sindrom ADHD membuatkan kanak-kanak lebih bertenaga, cepat gelisah dan sukar memberi
tumpuan. Biasanya ADHD ini lebih kerap ada pada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-
kanak perempuan. Oleh kerana kanak-kanak yang terlalu aktif ini tidak suka kepada sesuatu
perkara yang membosankan dan memenatkan, kesannya sebarang arahan tidak akan diikuti
dalam tempoh masa yang lama. Akibatnya, hasil kerja yang diperolehi tidak berkualiti.
Suka membuat sesuatu aktiviti tetapi sedikit sahaja yang siap :
Kanak-kanak hiperaktif suka melakukan sesuatu aktiviti, walau bagaimanapun, aktiviti
tersebut hanya berkesan untuk tempoh masa yang singkat. Ini menyebabkan sedikit sahaja
yang siap. Misalnya, mereka hanya suka kepada sesuatu aktiviti yang sekejap dan tidak gemar
kepada sesuatu yang memenatkan.
Perkembangan bahasa yang lambat :
Dari segi perkembangan bahasa, kanak-kanak yang terlalu aktif ini menyebabkan
perkembangan mereka sedikit terbantut. Disebabkan sifat mereka yang suka sentiasa
bermain, mengganggu orang lain dan berkhayal maka penguasaan bahasa mereka turut
terjejas.
Ciri-ciri Tingkah laku kanak-kanak ADHD
Seperti kanak-kanak lain, kanak-kanak hiperaktif juga boleh memahami dan berfikir tetapi
sangat sukar memberi tumpuan atau perhatian. Lantaran itu, kanak-kanak ini sukar untuk
bergaul dengan kawan-kawan lain serta lemah dalam akademik. Kajian perubatan moden
tidak dapat menentukan dengan pasti penyebab ADHD. Apa yang pasti sindrom ADHD ini
melibatkan faktor genetik. Menurut pakar perubatan ADHD berlaku disebabkan perubahan
saraf yang dipanggil neurotransmitter pada otak. Ada juga berpendapat saiz otak kanak-kanak
penghidap ADHD lebih kecil daripada otak kanak-kanak normal di antara 5-10%. Selain itu,
ibu hamil yang merokok juga adalah penyebab kanak-kanak hiperaktif.
10
Faktor kelahiran pramatang dan tidak cukup berat serta mengalami kecederaan pada otak
semasa dalam kandungan juga dikatakan faktor atau punca kepada masalah hiperaktif.
Berikut ciri-ciri lain kanak-kanak hiperaktif;
Bersikap degil.
Suka melawan atau membantah.
Suka melanggar peraturan terutama di sekolah.
Kurang tumpuan.
Sering tidak puashati.
Sering tertekan.
Lembam dalam pelajaran.
Masalah dalam hubungan sosial.
Mudah rasa takut dan risau.
Mudah berpeluh.
Selalu mengalami masalah sakit perut atau cirit birit.
Kanak-kanak hiperaktif berbeza dengan kanak-kanak normal dari segi tingkah laku.
Tingkah laku kanak-kanak hiperaktif ialah seperti tumpuan perhatian yang singkat, sentiasa
dalam keresahan dan tidak boleh duduk diam dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak
hiperaktif juga tidak mengendahkan arahan ibubapa, guru atau sesiapa sahaja. Kanak-kanak
ADHD sering menunjukkan kedegilan serta susah dikawal dan didisiplinkan. Kerana tabiat
yang suka merayau dan tidak boleh duduk diam, tidak mendengar arahan guru, kanak -kanak
hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah.
Ciri-ciri Sosial
Azizi Yahaya et.al.(2006) menyatakan bahawa ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih
tertumpu kepada penghargaan kendiri di mana penghargaan kendiri positif atau negatif
bergantung kepada keadaan persekitaran yang mereka terima dan mereka mudah
menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial. Di samping itu, keadaan individu yang
mengalami ADHD mereka cepat berasa bosan dan pada waktu yang sama tidak berdaya
hendak menumpukan perhatian pada tugas yang perlu disiapkannya. Mereka juga mungkin
kurang faham atau tidak empati pada perasaan orang lain. Mereka juga selalunya gagal
mencapai kejayaan yang cemelang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya.
11
a.2. Penyebab kepada gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan hiperaktiviti
(Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD)
Perilaku hiperaktif dapat memberikan masalah kepada orang tua ataupun penjaga
kanak-kanak tersebut. Kerana kelakuan mereka yang sangat aktif dan agresif, mereka biasa
disifatkan sebagai kanak-kanak nakal bagi sesetengah individu. Ada beberapa faktor yang
boleh menyebabkan perilaku hiperaktif atau ADHD ini. Tetapi punca sebenar masih belum
dikenal pasti dengan tepat.
Selain daripada itu, perkara lain seperti penceraian ibubapa, perubahan tempat tinggal,
tukar sekolah dan sebagainya sedikit sebanyak akan mempengaruhi perilaku kanak-kanak
tersebut. Kanak-kanak yang mengalami keadaan sebegini biasanya akan bertindak diluar
kawalan. Sebagai penerangan, berikut adalah faktor yang membantu mewujudkan perilaku
hiperaktif di kalangan kanak-kanak:
Faktor keturunan (Faktor genetik)
“ Menurut Mohd Sharani Ahmad (2004) kejadian ADHD berkait dengan baka ia bermula
dengan hubungan seksual suami dan isteri. Ia dibahagikan kepada dua iaitu jika ibu bapa
mempunyai kecacatan maka ia akan diwarisi oleh anak dan jika ibu bapa tidak cacat tetapi
anak adalah cacat. Umumnya suami menghasilkan sperma dalam 23 pasangan kromosom.
12
Begitu juga isteri menghasilkan 23 pasang ovum. Setiap pasang kromosom yang wujud dalam
pasangan itu akan menghasilkan empat percantuman apabila berlaku persenyawaan. Dalam
keadaan inilah anak mungkin mewarisi sifat cacat (ketidaksempurnaan). Ketidakseimbangan
kromosom yang pertama iaitu autosomal dominant di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh
anak. Perwarisan autosomal excessive iaitu kedua ibu bapa pembawa gen cacat. Jika salah
seorang sahaja pembawa baka cacat maka anak yang dilahirkan tidak cacat tetapi cuma
pembawa baka cacat. Namun bagi pasangan yang normal tetapi pembawa baka cacat maka
kemungkinan anak yang dilahirkan cacat adalah tinggi.” Modul KBK3073. UPSI
Kecederaan otak dalam kandungan (Kemalangan dan ibu hamil merokok)
Anak kembar, jika salah seorang dari pasangannya mengalami ADHD maka
peratusan sangat tinggi pasangan kembarnya juga akan mendapat hal yang
sama.
Kesukaran untuk belajar boleh mengakibatkan kanak-kanak menjadi hiperaktif
kerana merasa tertekan ketika mereka cuba untuk memahami pelajaran.
Faktor persekitaran. Misalnya selalu terdedah kepada asap rokok dan
pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara boleh menyebabkan risiko
hiperaktif.
b. Intervensi awal yang boleh dilakukan melalui model perubatan (Medical Model) dan
Model Sosial terhadap kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention
Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD).
Intervensi awal ditakrifkan sebagai satu bentuk input berguna bertujuan membantu
kanak-kanak yang bermasalah hiperaktif dalam usaha mengurangkan masalah yang dihadapi
mereka. Selain itu, intervensi awal dapat merapatkan jurang kecacatan dan membantu kanak-
kanak ini dari peringkat awal masalah mereka dikenalpasti. Intervensi awal dapat membantu
ibubapa, guru dan masyarakat dalam membantu kanak-kanak yang mengalami masalah
kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD).
Seorang ahli psikologi kanak-kanak, Majnemer (1998) menyifatkan intervensi awal
sebagai input yang boleh mengurangkan kesan kelambatan perkembangan kanak-kanak malah
ia boleh mengelakkan masalah daripada menjadi lebih serius. Intervensi awal kanak-kanak
juga boleh membantu memaksimumkan potensi kanak-kanak yang berkeperluan khas
13
disamping mengurangkan bebanan masyarakat. Guralnick (1997) pula berpendapat bahawa
intervensi awal merupakan sistem yang dibentuk untuk menyokong bentuk interaksi dalam
keluarga agar perkembangan kanak-kanak tidak terganggu.
Tujuan intervensi awal ialah untuk mengembangkan potensi individu secara
menyeluruh walaupun mengalami kecacatan. Ia juga memberi perkhidmatan awal bagi tujuan
mendapatkan rawatan, program pemulihan, bimbingan, proses khidmat nasihat, pendidikan,
penjagaan diri kanak-kanak, membantu interaksi sosial dan membantu perkembangan
kemahiran motor. Semua ini dapat dilakukan seawal pengesanan masalah kecacatan kanak-
kanak. Intervensi awal juga merupakan program yang diatur untuk keperluan khas kanak-
kanak sejak lahir hingga 6 tahun (0 hingga 6 tahun). Usaha ini merupakan pengukuhan dari
segi penguasaan bahasa, mengembangkan kemahiran matematik, meningkatkan kemahiran
motor serta interaksi sosial. Selain itu, ia membantu mengurangkan kesan sesuatu kurang
upaya kepada pembelajaran. Ringkasnya, intervensi awal sebenarnya dapat melengkapkan
kanak-kanak berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah
rendah.
Model perubatan (Medical Model)
Dalam bidang perubatan, penggunaan ubat seperti Amphetamine, Ritalin dan
Haloperidol nerupakan contoh ubat yang sering digunakan oleh doktor bagi mengurangkan
keadaan hiperaktif. Namun kesan ubat ini bukanlah dalam tempoh yang panjang. Selepasa
berhenti menggunakan ubatan tersebut, kelakuan hiperaktif akan timbul balik.
Terdapat beberapa langkah dalam model perubatan bagi mengurangkan dan mengawal
hiperakitf di antaranya ialah;
Memberi ubat stimulant
Pendekatan Rawatan Konvensional
Pendekatan Rawatan Alternatif
Rawatan Herba
Asli dan Rawatan Home Made
Model Sosial
Usaha mengawal hiperaktif dengan intervensi awal yang giat mampu mengurangkan
beban penyediaan pendidikan khas di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah.
Intervensi awal yang dirancang secara sistematik dan berkesan mampu mengurangkan
14
masalah lain, contohnya seperti mengurangkan tekanan kepada ahli keluarga, guru-guru dan
mengurangkan kos pembinaan institusi khas.
Dalam model sosial, teknik pengubahsuaian kelakuan (behavioural modification)
merupakan salah satu langkat yang lebih berkesan. Tenaga kerja adan pengajarnya mestilah
terdiri golongan yang terlatih dalam bidang ini agar pelaksanaannya menepati piawaian yang
sebenar. Cara ini bertujuan untuk mengurangkan aktiviti hiperaktif kanak-kanak ini dan
sebaliknya melebihkan kemampuan mereka menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti
yang boleh memantapkan tahap intelek kanak-kanak ini.
c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak-
kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity
Disorder/ADHD).
Dalam membantu kanak-kanak yang menderita ADHD, semua pihak terutamanya ibu bapa
dan guru seharusnya berganding bahu untuk sekurang-kurangnya menyampaikan ilmu dengan
berkesan kepada mereka. Terdapat beberapa pendekatan pengajaran yang boleh digunapakai
untuk kanak-kanak ini. Di antaranya ialah;
Teori Kognitif Piaget Jean (1869-1980). Berpendapat pelajar memerlukan masa yang
panjang untuk mengenali dan membeza pelbagai rangsangan. Piaget juga menjelaskan
bahawa kanak-kanak merupakan individu yang aktif dan bermotivasi. Pelajar juga mampu
membina pengetahuan berdasarkan pengalaman. Dua proses yang terlibat ialah asimilasi dan
akomodasi. Berdasarkan teori Piaget dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa pelajar
hiperaktif juga mengalami perkembangan kognitif seperti kanak-kanak normal yang lain
tetapi ada rintangan-rintangan tertentu. Kanak-kanak hiperaktif ini juga mengalami proses
pembelajaran melalui pengalaman dan persekitaran mereka. Penerokaan terhadap alam
kehidupan mereka seperti juga kanak-kanak lain, tetapi tanpa memikirkan akibatnya. Piaget
juga berpendapat, pengalaman-pengalaman baru yang mereka perolehi ini sangat penting
untuk perkembangan kognitif mereka.
15
Teori Pemodelan Bandura pula ialah pembelajaran berdasarkan pemerhatian dan peniruan.
Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. Kanak-kanak
hiperaktif boleh meniru sesuatu kemahiran hasil demontrasi guru sebagai model. Kanaka-
kanak pula memperoleh kemahiran jiks mereka berjaya memerhati dan meniru aktiviti yang
diajar oleh guru. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah
laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.
Teori Sosial Kognitif Bandura.
Dapat diandaikan bahawa kelakuan pelajar dipelajari melalui pemerhatian terhadap
permodelan. Pelajar terdorong untuk turut sama membuat bising sewaktu pengajaran guru
kerana melihat kawan mereka yang membuat bising. Implikasi teori ini juga, pemberian
peneguhan akan merangsang dan menyebabkan kita mempunyai sebab untuk melakukan
tingkah laku tertentu dan mempunyai keinginan untuk meniru.
Implikasi pengajaran.
Sebagai guru, kita perlu mewujudkan motivasi tinggi bagi menimbulkan minat kepda kanak-
kanak ini. Hal ini ialah untuk menghasilkan perubahan dari segi tingkah laku mereka. Jika
kanak-kanak ini menghadapi masalah mendengar arahan, kita harus mencari dan cuba
menyelesaikannya dengan mengubah teknik pengajaran. Kepelbagaikan bahan bantu
mengajar seperti penggunaan akhbar di dalam bilik darjah, aplikasi ICT, audio visual dan
banyak lagi perlu diwujudkan. Guru perlu hendaklah mempraktikkan dan mengubah
pengajaran berpusatkan guru kepada berpusatkan murid.
Teori Gagne.
Dalam teori Gagne ini, pelajar perlu didedahkan contoh-contoh yang realistik supaya dapat
membentuk konsep yang betul dan tepat. Pendapat Gagne, pembelajaran berlaku secara
berperingkat, iaitu daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks.
Implikasi Pengajaran Gagne;
Sekiranya pelajar bising dalam kelas maknanya ia pemberitahuan bahawa pengajaran yang
disampaikan oleh guru tersebut tidak menarik. Justeru, guru perlu mencari cara baharu yang
lebih baik. Dalam teori Gagne ada 8 langkah P&P yang boleh digunapakai.
Teori Behaviorisme.
16
Dalam teri ini, andaian-andaian tidak ada penumpuan kerana kurang diberikan peneguhan
oleh guru. Sebaliknya jika kanak-kanak bising atau tidak memberi perhatian terhadap
pengajaran guru adalah kerana mereka telah terbiasa dengan keadaan yang riuh begitu
sekiranya dilihat guru mereka kurang peka terhadap keperluan pembelajaran mereka.
Selain dari teori-teori pembelajaran di atas, terdapat beberapa pendekatan pengajaran dan
pembelajaran bagi menangani kanak-kanak hiperaktif.
Cadangan-cadangan pendekatan pembelajaran.
Mengutamakan pendidikan berpusatkan pelajar.
Mengutamakan prinsip pembelajaran yang berasaskan kebebasan (freedom to learn)
Pembelajaran merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu
Pembelajaran hanya boleh berlaku jika bahan pelajaran adalah bermakna serta seiras
dengan objektif pelajaran pelajar
Keberkesanan pembelajaran hanya dapat dicapai dibawah situasi pendidikan yang
kurang berancam
Keberkesanan pembelajaran hanya dapat dihasilkan apabila pelajar mengambil
inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran
Membimbing pelajar supaya menilai hasil pembelajaran dirinya, demi
mempertingkatkan pemikiran reflektif dan kemahiran kreatifnya.
Aktiviti P&P hendaklah dikaitkan dengan hidup nyata untuk memupuk kemahiran
hidup pelajar.
Bahan pembelajaran yg bermakna akan mendorong pelajar melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran. Hasil pembelajaran berkesan apabila pelajar mengambil inisiatif sendiri dan
melibatkan diri sepenuhnya dalam pembelajaran. Individu akan menentang pembelajaran
sekiranya wujud perubahan struktur kendiri pelajar dan ancaman dalam situasi pembelajaran
Aktiviti pembelajaran harus berasaskan kehidupan harian untuk memupuk kemahiran
hidupnya. Penilaian berdasarkan pemikiran refleksi diri pelajar lebih baik daripada penilaian
orang lain.
17
Penutup
Dapatlah disimpulkan bahawa kanak-kanak yang mengalami hiperaktif atau ADHD
merupakan seseorang individu yang tidak boleh duduk diam serta menghadapi masalah
kurang tumpuan. Dipihak guru yang mengajar kanak-kanak hiperaktif harus mempunyai
semangat yang tinggi dan sabar. Guru juga seharusnya tidak mudah mengalah dan sentiasa
bersabar mendidik kanak-kanak hipeaktif ini. Perhatian yang lebih serta selalu berinteraksi
dengan golongan ini agar mereka merasa dihargai dan disayangi.
Pergaulan kanak-kanak hiperaktif juga kurang menggalakkan kerana mereka kurang
disenangi rakan-rakan sebaya akibat tabiat yang aktif dan agresif. Selain guru, perhatian
daripada ibu bapa juga diperlukan untuk medidik kanak-kanak hiperaktif. Kehidupan dan
pembelajaran mereka perlu dihiasi dengan kegembiraan dan sukacita. Jika dapat dicapai, ini
dapat membantu guru mendidik agar mereka dapat menyesuaikan kehidupan bersama
keluarga, rakan-rakan, guru dan masyarakat. Ahli sosiologi dan psikologi sependapat
mengatakan bahawa kanak-kanak hiperaktif perlu kepada bimbingan dan sokongan ibu bapa
serta masyarakat sekeliling.
18
Rujukan
Modul KAE3013, Universiti Pendidikan Sultan Idris. PJJ-UPSI
Abdul Rahim b. Talib, (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran:
Open University Malaysia (OUM). Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.
Pedagogi untuk Bakal Guru : Ee Ah Meng ,Fajar Bakti Sdn.Bhd.PJ.1987.
Baharudin Omar (2002), Asas penjagaan Kesihatan Kanak-Kanak, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Khairul Anwar Bin Sharin. 2009. Kanak-kanak Autisme: Ciri-ciri dan Implikasi Dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran.
Psikologi,Strategi Pengajaran dan Penilaian Matematik:Mok soon Sang,Kumpulan Budiman
Sdn.PJ,1989.
19
http://missezhafirzan.blogspot.com/2012/10/masalah-pembelajaran-kanak-kanaklembam.html
(akses pada 28 April 2013)
http://yulia-putri.blogspot.com/2010/02/terapi-untuk-anak-adhd.html
(akses pada 1 Mei 2013)

More Related Content

What's hot

Adhd
AdhdAdhd
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaranAtiqah Latiff
 
Seminar Masalah Pembelajaran
Seminar Masalah PembelajaranSeminar Masalah Pembelajaran
Seminar Masalah Pembelajaran
spear_cml
 
Pkk peta minda
Pkk peta mindaPkk peta minda
Pkk peta minda玲 雪
 
Bab 8 pendidikan khas
Bab 8 pendidikan khasBab 8 pendidikan khas
Bab 8 pendidikan khasizz appeton
 
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khasImplikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khasAtikah Amran
 

What's hot (6)

Adhd
AdhdAdhd
Adhd
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaran
 
Seminar Masalah Pembelajaran
Seminar Masalah PembelajaranSeminar Masalah Pembelajaran
Seminar Masalah Pembelajaran
 
Pkk peta minda
Pkk peta mindaPkk peta minda
Pkk peta minda
 
Bab 8 pendidikan khas
Bab 8 pendidikan khasBab 8 pendidikan khas
Bab 8 pendidikan khas
 
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khasImplikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
 

Similar to Tugasan 1 kbk 3073 2013

Kecelaruan hiperaktif
Kecelaruan hiperaktifKecelaruan hiperaktif
Kecelaruan hiperaktifpalong5
 
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
sitiaishahmohamad
 
Adhd syndrome
Adhd syndromeAdhd syndrome
Adhd syndrome
Naga Berapi
 
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasaudiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasShikin Shukri
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Hasmah Hamid
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
GabanSiam
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasFaridah Bachok
 
Rumusan
RumusanRumusan
Rumusan
jasfida
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasNurhaliza Hamid
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Shaifull Niell
 
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutBeberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutazimahbtomar
 
Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner ardiya_izwani
 
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaranKanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
kamalslaw
 
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)shida01
 
Kanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khasKanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khas
Sarahandi Api Abdullah
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Mialen Eja
 
Masalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanak
Masalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanakMasalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanak
Masalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanak
spear_cml
 

Similar to Tugasan 1 kbk 3073 2013 (20)

Kecelaruan hiperaktif
Kecelaruan hiperaktifKecelaruan hiperaktif
Kecelaruan hiperaktif
 
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
 
Adhd syndrome
Adhd syndromeAdhd syndrome
Adhd syndrome
 
pendidikan khas
 pendidikan khas pendidikan khas
pendidikan khas
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaran
 
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasaudiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Rumusan
RumusanRumusan
Rumusan
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutBeberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
 
Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner
 
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaranKanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
 
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
 
Pckk
PckkPckk
Pckk
 
Kanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khasKanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khas
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif
 
Masalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanak
Masalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanakMasalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanak
Masalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanak
 

More from Khudrey Hamid

Maal hijrah 2018/1440 H
Maal hijrah 2018/1440 HMaal hijrah 2018/1440 H
Maal hijrah 2018/1440 H
Khudrey Hamid
 
Kertas kerja pasca upsr 2018
Kertas kerja pasca upsr 2018Kertas kerja pasca upsr 2018
Kertas kerja pasca upsr 2018
Khudrey Hamid
 
dskp pi kssr tahun 5 julai 2014
dskp pi kssr tahun 5 julai 2014dskp pi kssr tahun 5 julai 2014
dskp pi kssr tahun 5 julai 2014
Khudrey Hamid
 
Taqwim pai sk kabogan 2014
Taqwim pai sk kabogan 2014Taqwim pai sk kabogan 2014
Taqwim pai sk kabogan 2014
Khudrey Hamid
 
Kertas kerja khatan sk kabogan semporna sabah
Kertas kerja khatan sk kabogan semporna sabahKertas kerja khatan sk kabogan semporna sabah
Kertas kerja khatan sk kabogan semporna sabah
Khudrey Hamid
 
Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735
Khudrey Hamid
 
Tugasan 1 Ilmu2 quran
Tugasan 1 Ilmu2 quranTugasan 1 Ilmu2 quran
Tugasan 1 Ilmu2 quranKhudrey Hamid
 
TUGASAN KOKUM Kertas kerja Majlis Khatan
TUGASAN KOKUM Kertas kerja Majlis KhatanTUGASAN KOKUM Kertas kerja Majlis Khatan
TUGASAN KOKUM Kertas kerja Majlis KhatanKhudrey Hamid
 
Bahasa arab HIB 3023 FORUM 3
Bahasa arab HIB 3023 FORUM 3Bahasa arab HIB 3023 FORUM 3
Bahasa arab HIB 3023 FORUM 3Khudrey Hamid
 
HIB 3023-Penulisan Bahasa arab (hidupku siang dan malam)
HIB 3023-Penulisan Bahasa arab (hidupku siang dan malam)HIB 3023-Penulisan Bahasa arab (hidupku siang dan malam)
HIB 3023-Penulisan Bahasa arab (hidupku siang dan malam)Khudrey Hamid
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4 DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4 Khudrey Hamid
 
Minit mesyuarat pai 2012
Minit mesyuarat pai 2012Minit mesyuarat pai 2012
Minit mesyuarat pai 2012
Khudrey Hamid
 

More from Khudrey Hamid (13)

Maal hijrah 2018/1440 H
Maal hijrah 2018/1440 HMaal hijrah 2018/1440 H
Maal hijrah 2018/1440 H
 
Kertas kerja pasca upsr 2018
Kertas kerja pasca upsr 2018Kertas kerja pasca upsr 2018
Kertas kerja pasca upsr 2018
 
dskp pi kssr tahun 5 julai 2014
dskp pi kssr tahun 5 julai 2014dskp pi kssr tahun 5 julai 2014
dskp pi kssr tahun 5 julai 2014
 
Taqwim pai sk kabogan 2014
Taqwim pai sk kabogan 2014Taqwim pai sk kabogan 2014
Taqwim pai sk kabogan 2014
 
Kertas kerja khatan sk kabogan semporna sabah
Kertas kerja khatan sk kabogan semporna sabahKertas kerja khatan sk kabogan semporna sabah
Kertas kerja khatan sk kabogan semporna sabah
 
Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735
 
Tugasan 1 Ilmu2 quran
Tugasan 1 Ilmu2 quranTugasan 1 Ilmu2 quran
Tugasan 1 Ilmu2 quran
 
TUGASAN KOKUM Kertas kerja Majlis Khatan
TUGASAN KOKUM Kertas kerja Majlis KhatanTUGASAN KOKUM Kertas kerja Majlis Khatan
TUGASAN KOKUM Kertas kerja Majlis Khatan
 
Bahasa arab HIB 3023 FORUM 3
Bahasa arab HIB 3023 FORUM 3Bahasa arab HIB 3023 FORUM 3
Bahasa arab HIB 3023 FORUM 3
 
HIB 3023-Penulisan Bahasa arab (hidupku siang dan malam)
HIB 3023-Penulisan Bahasa arab (hidupku siang dan malam)HIB 3023-Penulisan Bahasa arab (hidupku siang dan malam)
HIB 3023-Penulisan Bahasa arab (hidupku siang dan malam)
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4 DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4
 
DSKP umum tahun 4
DSKP umum tahun 4DSKP umum tahun 4
DSKP umum tahun 4
 
Minit mesyuarat pai 2012
Minit mesyuarat pai 2012Minit mesyuarat pai 2012
Minit mesyuarat pai 2012
 

Recently uploaded

MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
PusatKokurikulumTere
 
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdfAINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
jannah hamid
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
JuhairinNiza1
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MENLATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
norazuraabdtalip1
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 

Recently uploaded (8)

MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
 
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdfAINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MENLATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
 

Tugasan 1 kbk 3073 2013

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA Jabatan Pendidikan Khas PPG (PJJ) SEMESTER 2 SESI 2012/2013 KBK 3073 : MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS TAJUK ESEI ILMIAH DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK MOHAMMED KHOUDREY BIN ABD HAMID D20112055735 PUSAT PEMBELAJARAN: EL- ST03 NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. FAEIZARATUL FAZEILA BINTI ISA TARIKH SERAH: 6 MEI 2013 PEMARKAHAN TUGASAN 1 a. Ciri-ciri dan penyebab kepada gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD) b. Intervensi awal yang boleh dilakukan melalui model perubatan (Medical Model) dan Model Sosial terhadap kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD). c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD).
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN Isi Kandungan ------------------ m/s 2 Soalan ------------------ m/s 3 Pengenalan ------------------ m/s 4 Ciri-ciri gangguan hiperaktif ------------------ m/s 6 – 10 Penyebab kepada gangguan hiperaktif ------------------ m/s 11 Intervensi awal ------------------ m/s 12 - 13 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ------------ m/s 14 – 16 Penutup ------------------ m/s 17 Rujukan ------------------ m/s 18
  • 3. 3 SOALAN TUGASAN Menurut Azizi Yahaya et al. (2006) gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsiviti yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal. Merujuk kepada pernyataan di atas, lakukan satu kajian perpustakaan dengan bersumberkan artikel-artikel dari jurnal atau bahan-bahan lain yang berkaitan sebagai rujukan untuk membincangkan: a. Ciri-ciri dan penyebab kepada gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD) b. Intervensi awal yang boleh dilakukan melalui model perubatan (Medical Model) dan Model Sosial terhadap kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD). c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD). Hasilkan pelaporan penulisan anda dalam bentuk ilmiah.
  • 4. 4 Pengenalan. Anak adalah anugerah daripada ilahi. Setiap kanak-kanak yang dilahirkan memiliki sifat semulajadi yang berbeza-beza. Ada yang memiliki sifat hiperaktif. Hiperaktif adalah istilah yang biasa digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu akan tetapi mempunyai tumpuan yang singkat. Ia dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Kanak-kanak yang ada simptom ADHD ini tidak boleh diminta untuk menjalankan aktiviti yang pasif sehingga 20 minit. Mereka akan rasa ‘tidak selesa’ seterusnya akan melakukan kerja lain yang aktif dan mengganggu. Marityn Friend (2005) membuat tafsiran ADHD sebagai satu kecelaruan psikologi. Menurut beliau simptom-simptomnya boleh dikenalpasti semasa kanak-kanak berumur tujuh tahun dan beliau kategorikan kepada 3 bahagian; 1. ADHD Kurang Tumpuan 2. ADHD Hiperaktif-impulsif - Bertindak tanpa berfikir 3. ADHD Gabungan - Menunjukkan kedua-dua ciri di atas iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan impulsive
  • 5. 5 Definisi Kanak-kanak hiperaktif adalah anak yang mengalami masalah gangguan pemusatan perhatian dengan hiperaktifitas (GPPH) atau Attention Deficit and Hyperactifity Disorder (ADHD). Keadaan seperti ini juga dikenali sebagai gangguan hiperkinetik. Sebelum penggunaan istilah ini, hiperaktif disebut sebagai Minimal Brain Dysfunction Syndrome. Seawal perkembangan kanak-kanak yang berusia 7 tahun sindrom ini mengakibatkan kanak- kanak tidak mampu memberi perhatian, bersifat hiperkatif, dan impulsif kepada perseitarannya. Lazimnya keadaan ini akan berterusan sehingga mereka dewasa. Punca kanak-kanak mengalami ADHD ialah kerana penyakit saraf. Sebagai ibubapa mahupun pendidik, kita perlu belajar untuk mengesan tanda-tanda ADHD. Sekiranya ada tanda-tanda yang dapat dikesan, maka sepatutnya perkara pertama ialah mencari pakar dan orang yang ahli mengenai ADHD. Tanda utama ADHD ialah kanak-kanak bersifat agresif, impulsif, mudah rasa gelisah, ketidakmampuan untuk belajar, tidak fokus dan sifatnya yang hiperaktif. Walau bagaimanapun, acapkali ibubapa adalah sukar mengesan sifat atau tanda-tanda kelakuan normal dan ADHD anak-anak. Sebagai contoh, anak-anak yang hiperaktif tidak akan memberi perhatian dan mudah lupa apa yang dikatakan padanya kurang dari 10 saat.
  • 6. 6 Dari perspektif lain, kanak-kanak hiperaktif atau ADHD sama sekali tidak akan mengingati apa yang kita katakan dan nasihat yang diberi. a.1. Ciri-ciri gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD) Umumnya terdapat beberapa ciri yang boleh dikesan dalam diri kanak-kanak yang menderita masalah hiperaktif atau ADHD. 1. Sensory Hyperactive (pancaindera) Lemah dan gagal memberi tumpuan : Biasanya kanak-kanak hiperaktif lemah dalam pelajaran akibat tidak memberi tumpuan dan mereka lebih cenderung untuk bermain dan melakukan perkara-perkara yang menghiburkan. Walaupun begitu, meraka hanya melakukan ‘aktiviti mereka’ untuk tempoh masa yang singkat kemudian melakukan kerja lain lagi. Selalunya mereka gagal memberikan tumpuan yang baik semasa pembelajaran. Mudah hilang tumpuan :
  • 7. 7 Dalam keadaan ini kebiasaannya kanak-kanak akan menghadapi masalah dari beberapa sudut yang merangkumi masalah seperti tidak memberi tumpuan, sangat mudah hilang tumpuan dan tidak mampu berimiginasi. Semasa pembelajaran sedang berlangsung, tumpuan mereka anya untuk seketika sahaja. Mereka akan melakukan sesuatu perkara yang pada perasaan mereka yang menghiburkan hati. Tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengar berulang kali : Jika diteroka dengan lebih mendalam, kanak-kanak ini sebenarnya menguji kesabaran guru dan ibubapa kerana mereka akan hanya akan menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara sekiranya ia dilakukan berulang kali. Berada di dalam kelas atau di tempat-tempat lain seperti di rumah, perhatiannya hanya akan tertumpu pada pandangan dan pendengaran yang berulang kali dialami. Tidak boleh membuat gambaran, pengasingan dan menyatakan kaitan atau perhubungan : Kanak-kanak hiperaktif juga menghadapi masalah berkenaan kelemahan imiginasi seperti ketidakupayaan untuk membayangkan sesuatu objek, membeza dan menghuraikan perkara yang ada hubung kait. Sebagai contoh kesukaran mereka untuk membezakan di antara huruf q dan p. Mereka tidak dapat membayangkan sesuatu objek yang diberikan, tidak dapat membeza dan menghuraikan sesuatu perkara yang ada kaitan misalnya perbezaan di antara sekolah dan rumah. Lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang : Kanak-kanak hiperaktif juga menghadapi masalah untuk membezakan suasana persekitaran dari segi saiz, jarak dan keadaan sesuatu ruang. Ciri lain ialah masalah motor hiperaktif. Ini dapat dilihat daripada tingkahlaku terlalu aktif dan agresif serta tidak mendiamkan diri. 2. Motor Hiperaktif (motor kasar dan motor halus) : Tingkahlaku yang aktif dan melampau : Ciri tingkah laku kanak-kanak hiperaktif sangat berbeza dan kebiasaannya hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas kelihatan dalam aktiviti seharian mereka. Kanak-kanak dalam golongan ini berkelakuan lebih agresif berbanding kanak-kanak normal.
  • 8. 8 Misalnya, kerap memulakan sesuatu pergaduhan, membuat kesalahan akibat kecuaian, tidak menyiapkan tugasan sekolah, tidak memberi tumpuan ketika orang lain bercakap dan suka mengatur sesuatu atau kelihatan seperti berkuasa. Kanak-kanak hiperaktif ini tidak boleh duduk diam dan selalunya agak agresif sehingga menyebabkan pergaduhan mencederakan dengan rakan-rakan. Memanipulasikan bahan atau apa saja yang dipegang : Kanak-kanak hiperaktif juga mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi. Ciri ini dapat diperhatikan daripada gerak-geri seperti suka menghentak, memukul dan membaling bahan- bahan yang dilihat dan disentuh apabila mendapat sesuatu benda atau permainan baru. Mereka juga akan membaling benda tersebut ke arah orang atau benda yang berada berhampiran dengannya. Ciri-Ciri Intelektual Kanak-Kanak Hiperaktif Ada beberapa ciri-ciri intelektual kanak-kanak hiperaktif yang perlu kita ketahui kerana ianya sangat penting terutamanya bagi ibu bapa dan guru-guru. Antaranta ialah; Mudah terganggu : Kanak-kanak dalam kategori hiperaktif ini sangat peka dengan persekitaran sehingga mereka mudah terganggu sama ada kerana terganggu oleh orang lain mahupun dari dirinya sendiri. Fikiran yang tidak stabil akan sentiasa terganggu oleh perkara-perkara lain walaupun ketika itu sedang melakukan sesuatu kerana perkara lain itu dianggap penting. Tidak boleh tumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara : Kanak-kanak ini sangat menuntut semangat dan kesabaran daripada guru. Hal ini kerana proses pembelajaran di dalam kelas tidak akan berjalan lancar dalam tempoh masa yang lama kerana kesukaran untuk menumpukan kepada pengajaran di dalam kelas. Ringkasnya kanak- kanak hiperaktif ini tidak boleh memberikan perhatian secara total. Mereka sentiasa memikirkan perkara yang lain. Demikian juga semasa di rumah atau di mana sahaja, mereka tidak dapat memberikan tumpuan jika diminta untuk melakukan sedemikian. Misalnya ketika diminta untuk menulis, kanak-kanak hiperaktif boleh melakukannya akan tetapi pada masa yang sama mereka akan memikirkan sesuatu yang lain. Akhirnya aktiviti menulis itu tidak akan dapat disiapkan.
  • 9. 9 Tidak boleh menyiapkan kerja atau tugasan : Kanak-kanak hiperaktif ini sememangnya tidak boleh menyiapkan kerja atau tugasan apabila disuruh, mereka tidak mampu menyiapkannya sendirian. Pada awalnya mereka akan melakukan kerja atau tugasan yang diberi. Akan tetapi hasil kerja mereka tidak seperti yang dikehendaki tanpa bantuan dan bimbingan ibu bapa dan guru. Menghasilkan kerja yang tidak berkualiti : Sindrom ADHD membuatkan kanak-kanak lebih bertenaga, cepat gelisah dan sukar memberi tumpuan. Biasanya ADHD ini lebih kerap ada pada kanak-kanak lelaki berbanding kanak- kanak perempuan. Oleh kerana kanak-kanak yang terlalu aktif ini tidak suka kepada sesuatu perkara yang membosankan dan memenatkan, kesannya sebarang arahan tidak akan diikuti dalam tempoh masa yang lama. Akibatnya, hasil kerja yang diperolehi tidak berkualiti. Suka membuat sesuatu aktiviti tetapi sedikit sahaja yang siap : Kanak-kanak hiperaktif suka melakukan sesuatu aktiviti, walau bagaimanapun, aktiviti tersebut hanya berkesan untuk tempoh masa yang singkat. Ini menyebabkan sedikit sahaja yang siap. Misalnya, mereka hanya suka kepada sesuatu aktiviti yang sekejap dan tidak gemar kepada sesuatu yang memenatkan. Perkembangan bahasa yang lambat : Dari segi perkembangan bahasa, kanak-kanak yang terlalu aktif ini menyebabkan perkembangan mereka sedikit terbantut. Disebabkan sifat mereka yang suka sentiasa bermain, mengganggu orang lain dan berkhayal maka penguasaan bahasa mereka turut terjejas. Ciri-ciri Tingkah laku kanak-kanak ADHD Seperti kanak-kanak lain, kanak-kanak hiperaktif juga boleh memahami dan berfikir tetapi sangat sukar memberi tumpuan atau perhatian. Lantaran itu, kanak-kanak ini sukar untuk bergaul dengan kawan-kawan lain serta lemah dalam akademik. Kajian perubatan moden tidak dapat menentukan dengan pasti penyebab ADHD. Apa yang pasti sindrom ADHD ini melibatkan faktor genetik. Menurut pakar perubatan ADHD berlaku disebabkan perubahan saraf yang dipanggil neurotransmitter pada otak. Ada juga berpendapat saiz otak kanak-kanak penghidap ADHD lebih kecil daripada otak kanak-kanak normal di antara 5-10%. Selain itu, ibu hamil yang merokok juga adalah penyebab kanak-kanak hiperaktif.
  • 10. 10 Faktor kelahiran pramatang dan tidak cukup berat serta mengalami kecederaan pada otak semasa dalam kandungan juga dikatakan faktor atau punca kepada masalah hiperaktif. Berikut ciri-ciri lain kanak-kanak hiperaktif; Bersikap degil. Suka melawan atau membantah. Suka melanggar peraturan terutama di sekolah. Kurang tumpuan. Sering tidak puashati. Sering tertekan. Lembam dalam pelajaran. Masalah dalam hubungan sosial. Mudah rasa takut dan risau. Mudah berpeluh. Selalu mengalami masalah sakit perut atau cirit birit. Kanak-kanak hiperaktif berbeza dengan kanak-kanak normal dari segi tingkah laku. Tingkah laku kanak-kanak hiperaktif ialah seperti tumpuan perhatian yang singkat, sentiasa dalam keresahan dan tidak boleh duduk diam dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak hiperaktif juga tidak mengendahkan arahan ibubapa, guru atau sesiapa sahaja. Kanak-kanak ADHD sering menunjukkan kedegilan serta susah dikawal dan didisiplinkan. Kerana tabiat yang suka merayau dan tidak boleh duduk diam, tidak mendengar arahan guru, kanak -kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah. Ciri-ciri Sosial Azizi Yahaya et.al.(2006) menyatakan bahawa ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri di mana penghargaan kendiri positif atau negatif bergantung kepada keadaan persekitaran yang mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial. Di samping itu, keadaan individu yang mengalami ADHD mereka cepat berasa bosan dan pada waktu yang sama tidak berdaya hendak menumpukan perhatian pada tugas yang perlu disiapkannya. Mereka juga mungkin kurang faham atau tidak empati pada perasaan orang lain. Mereka juga selalunya gagal mencapai kejayaan yang cemelang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya.
  • 11. 11 a.2. Penyebab kepada gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD) Perilaku hiperaktif dapat memberikan masalah kepada orang tua ataupun penjaga kanak-kanak tersebut. Kerana kelakuan mereka yang sangat aktif dan agresif, mereka biasa disifatkan sebagai kanak-kanak nakal bagi sesetengah individu. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan perilaku hiperaktif atau ADHD ini. Tetapi punca sebenar masih belum dikenal pasti dengan tepat. Selain daripada itu, perkara lain seperti penceraian ibubapa, perubahan tempat tinggal, tukar sekolah dan sebagainya sedikit sebanyak akan mempengaruhi perilaku kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang mengalami keadaan sebegini biasanya akan bertindak diluar kawalan. Sebagai penerangan, berikut adalah faktor yang membantu mewujudkan perilaku hiperaktif di kalangan kanak-kanak: Faktor keturunan (Faktor genetik) “ Menurut Mohd Sharani Ahmad (2004) kejadian ADHD berkait dengan baka ia bermula dengan hubungan seksual suami dan isteri. Ia dibahagikan kepada dua iaitu jika ibu bapa mempunyai kecacatan maka ia akan diwarisi oleh anak dan jika ibu bapa tidak cacat tetapi anak adalah cacat. Umumnya suami menghasilkan sperma dalam 23 pasangan kromosom.
  • 12. 12 Begitu juga isteri menghasilkan 23 pasang ovum. Setiap pasang kromosom yang wujud dalam pasangan itu akan menghasilkan empat percantuman apabila berlaku persenyawaan. Dalam keadaan inilah anak mungkin mewarisi sifat cacat (ketidaksempurnaan). Ketidakseimbangan kromosom yang pertama iaitu autosomal dominant di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh anak. Perwarisan autosomal excessive iaitu kedua ibu bapa pembawa gen cacat. Jika salah seorang sahaja pembawa baka cacat maka anak yang dilahirkan tidak cacat tetapi cuma pembawa baka cacat. Namun bagi pasangan yang normal tetapi pembawa baka cacat maka kemungkinan anak yang dilahirkan cacat adalah tinggi.” Modul KBK3073. UPSI Kecederaan otak dalam kandungan (Kemalangan dan ibu hamil merokok) Anak kembar, jika salah seorang dari pasangannya mengalami ADHD maka peratusan sangat tinggi pasangan kembarnya juga akan mendapat hal yang sama. Kesukaran untuk belajar boleh mengakibatkan kanak-kanak menjadi hiperaktif kerana merasa tertekan ketika mereka cuba untuk memahami pelajaran. Faktor persekitaran. Misalnya selalu terdedah kepada asap rokok dan pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara boleh menyebabkan risiko hiperaktif. b. Intervensi awal yang boleh dilakukan melalui model perubatan (Medical Model) dan Model Sosial terhadap kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD). Intervensi awal ditakrifkan sebagai satu bentuk input berguna bertujuan membantu kanak-kanak yang bermasalah hiperaktif dalam usaha mengurangkan masalah yang dihadapi mereka. Selain itu, intervensi awal dapat merapatkan jurang kecacatan dan membantu kanak- kanak ini dari peringkat awal masalah mereka dikenalpasti. Intervensi awal dapat membantu ibubapa, guru dan masyarakat dalam membantu kanak-kanak yang mengalami masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD). Seorang ahli psikologi kanak-kanak, Majnemer (1998) menyifatkan intervensi awal sebagai input yang boleh mengurangkan kesan kelambatan perkembangan kanak-kanak malah ia boleh mengelakkan masalah daripada menjadi lebih serius. Intervensi awal kanak-kanak juga boleh membantu memaksimumkan potensi kanak-kanak yang berkeperluan khas
  • 13. 13 disamping mengurangkan bebanan masyarakat. Guralnick (1997) pula berpendapat bahawa intervensi awal merupakan sistem yang dibentuk untuk menyokong bentuk interaksi dalam keluarga agar perkembangan kanak-kanak tidak terganggu. Tujuan intervensi awal ialah untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh walaupun mengalami kecacatan. Ia juga memberi perkhidmatan awal bagi tujuan mendapatkan rawatan, program pemulihan, bimbingan, proses khidmat nasihat, pendidikan, penjagaan diri kanak-kanak, membantu interaksi sosial dan membantu perkembangan kemahiran motor. Semua ini dapat dilakukan seawal pengesanan masalah kecacatan kanak- kanak. Intervensi awal juga merupakan program yang diatur untuk keperluan khas kanak- kanak sejak lahir hingga 6 tahun (0 hingga 6 tahun). Usaha ini merupakan pengukuhan dari segi penguasaan bahasa, mengembangkan kemahiran matematik, meningkatkan kemahiran motor serta interaksi sosial. Selain itu, ia membantu mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran. Ringkasnya, intervensi awal sebenarnya dapat melengkapkan kanak-kanak berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah. Model perubatan (Medical Model) Dalam bidang perubatan, penggunaan ubat seperti Amphetamine, Ritalin dan Haloperidol nerupakan contoh ubat yang sering digunakan oleh doktor bagi mengurangkan keadaan hiperaktif. Namun kesan ubat ini bukanlah dalam tempoh yang panjang. Selepasa berhenti menggunakan ubatan tersebut, kelakuan hiperaktif akan timbul balik. Terdapat beberapa langkah dalam model perubatan bagi mengurangkan dan mengawal hiperakitf di antaranya ialah; Memberi ubat stimulant Pendekatan Rawatan Konvensional Pendekatan Rawatan Alternatif Rawatan Herba Asli dan Rawatan Home Made Model Sosial Usaha mengawal hiperaktif dengan intervensi awal yang giat mampu mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah. Intervensi awal yang dirancang secara sistematik dan berkesan mampu mengurangkan
  • 14. 14 masalah lain, contohnya seperti mengurangkan tekanan kepada ahli keluarga, guru-guru dan mengurangkan kos pembinaan institusi khas. Dalam model sosial, teknik pengubahsuaian kelakuan (behavioural modification) merupakan salah satu langkat yang lebih berkesan. Tenaga kerja adan pengajarnya mestilah terdiri golongan yang terlatih dalam bidang ini agar pelaksanaannya menepati piawaian yang sebenar. Cara ini bertujuan untuk mengurangkan aktiviti hiperaktif kanak-kanak ini dan sebaliknya melebihkan kemampuan mereka menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang boleh memantapkan tahap intelek kanak-kanak ini. c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak- kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD). Dalam membantu kanak-kanak yang menderita ADHD, semua pihak terutamanya ibu bapa dan guru seharusnya berganding bahu untuk sekurang-kurangnya menyampaikan ilmu dengan berkesan kepada mereka. Terdapat beberapa pendekatan pengajaran yang boleh digunapakai untuk kanak-kanak ini. Di antaranya ialah; Teori Kognitif Piaget Jean (1869-1980). Berpendapat pelajar memerlukan masa yang panjang untuk mengenali dan membeza pelbagai rangsangan. Piaget juga menjelaskan bahawa kanak-kanak merupakan individu yang aktif dan bermotivasi. Pelajar juga mampu membina pengetahuan berdasarkan pengalaman. Dua proses yang terlibat ialah asimilasi dan akomodasi. Berdasarkan teori Piaget dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa pelajar hiperaktif juga mengalami perkembangan kognitif seperti kanak-kanak normal yang lain tetapi ada rintangan-rintangan tertentu. Kanak-kanak hiperaktif ini juga mengalami proses pembelajaran melalui pengalaman dan persekitaran mereka. Penerokaan terhadap alam kehidupan mereka seperti juga kanak-kanak lain, tetapi tanpa memikirkan akibatnya. Piaget juga berpendapat, pengalaman-pengalaman baru yang mereka perolehi ini sangat penting untuk perkembangan kognitif mereka.
  • 15. 15 Teori Pemodelan Bandura pula ialah pembelajaran berdasarkan pemerhatian dan peniruan. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. Kanak-kanak hiperaktif boleh meniru sesuatu kemahiran hasil demontrasi guru sebagai model. Kanaka- kanak pula memperoleh kemahiran jiks mereka berjaya memerhati dan meniru aktiviti yang diajar oleh guru. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif. Teori Sosial Kognitif Bandura. Dapat diandaikan bahawa kelakuan pelajar dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan. Pelajar terdorong untuk turut sama membuat bising sewaktu pengajaran guru kerana melihat kawan mereka yang membuat bising. Implikasi teori ini juga, pemberian peneguhan akan merangsang dan menyebabkan kita mempunyai sebab untuk melakukan tingkah laku tertentu dan mempunyai keinginan untuk meniru. Implikasi pengajaran. Sebagai guru, kita perlu mewujudkan motivasi tinggi bagi menimbulkan minat kepda kanak- kanak ini. Hal ini ialah untuk menghasilkan perubahan dari segi tingkah laku mereka. Jika kanak-kanak ini menghadapi masalah mendengar arahan, kita harus mencari dan cuba menyelesaikannya dengan mengubah teknik pengajaran. Kepelbagaikan bahan bantu mengajar seperti penggunaan akhbar di dalam bilik darjah, aplikasi ICT, audio visual dan banyak lagi perlu diwujudkan. Guru perlu hendaklah mempraktikkan dan mengubah pengajaran berpusatkan guru kepada berpusatkan murid. Teori Gagne. Dalam teori Gagne ini, pelajar perlu didedahkan contoh-contoh yang realistik supaya dapat membentuk konsep yang betul dan tepat. Pendapat Gagne, pembelajaran berlaku secara berperingkat, iaitu daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks. Implikasi Pengajaran Gagne; Sekiranya pelajar bising dalam kelas maknanya ia pemberitahuan bahawa pengajaran yang disampaikan oleh guru tersebut tidak menarik. Justeru, guru perlu mencari cara baharu yang lebih baik. Dalam teori Gagne ada 8 langkah P&P yang boleh digunapakai. Teori Behaviorisme.
  • 16. 16 Dalam teri ini, andaian-andaian tidak ada penumpuan kerana kurang diberikan peneguhan oleh guru. Sebaliknya jika kanak-kanak bising atau tidak memberi perhatian terhadap pengajaran guru adalah kerana mereka telah terbiasa dengan keadaan yang riuh begitu sekiranya dilihat guru mereka kurang peka terhadap keperluan pembelajaran mereka. Selain dari teori-teori pembelajaran di atas, terdapat beberapa pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi menangani kanak-kanak hiperaktif. Cadangan-cadangan pendekatan pembelajaran. Mengutamakan pendidikan berpusatkan pelajar. Mengutamakan prinsip pembelajaran yang berasaskan kebebasan (freedom to learn) Pembelajaran merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu Pembelajaran hanya boleh berlaku jika bahan pelajaran adalah bermakna serta seiras dengan objektif pelajaran pelajar Keberkesanan pembelajaran hanya dapat dicapai dibawah situasi pendidikan yang kurang berancam Keberkesanan pembelajaran hanya dapat dihasilkan apabila pelajar mengambil inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran Membimbing pelajar supaya menilai hasil pembelajaran dirinya, demi mempertingkatkan pemikiran reflektif dan kemahiran kreatifnya. Aktiviti P&P hendaklah dikaitkan dengan hidup nyata untuk memupuk kemahiran hidup pelajar. Bahan pembelajaran yg bermakna akan mendorong pelajar melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Hasil pembelajaran berkesan apabila pelajar mengambil inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuhnya dalam pembelajaran. Individu akan menentang pembelajaran sekiranya wujud perubahan struktur kendiri pelajar dan ancaman dalam situasi pembelajaran Aktiviti pembelajaran harus berasaskan kehidupan harian untuk memupuk kemahiran hidupnya. Penilaian berdasarkan pemikiran refleksi diri pelajar lebih baik daripada penilaian orang lain.
  • 17. 17 Penutup Dapatlah disimpulkan bahawa kanak-kanak yang mengalami hiperaktif atau ADHD merupakan seseorang individu yang tidak boleh duduk diam serta menghadapi masalah kurang tumpuan. Dipihak guru yang mengajar kanak-kanak hiperaktif harus mempunyai semangat yang tinggi dan sabar. Guru juga seharusnya tidak mudah mengalah dan sentiasa bersabar mendidik kanak-kanak hipeaktif ini. Perhatian yang lebih serta selalu berinteraksi dengan golongan ini agar mereka merasa dihargai dan disayangi. Pergaulan kanak-kanak hiperaktif juga kurang menggalakkan kerana mereka kurang disenangi rakan-rakan sebaya akibat tabiat yang aktif dan agresif. Selain guru, perhatian daripada ibu bapa juga diperlukan untuk medidik kanak-kanak hiperaktif. Kehidupan dan pembelajaran mereka perlu dihiasi dengan kegembiraan dan sukacita. Jika dapat dicapai, ini dapat membantu guru mendidik agar mereka dapat menyesuaikan kehidupan bersama keluarga, rakan-rakan, guru dan masyarakat. Ahli sosiologi dan psikologi sependapat mengatakan bahawa kanak-kanak hiperaktif perlu kepada bimbingan dan sokongan ibu bapa serta masyarakat sekeliling.
  • 18. 18 Rujukan Modul KAE3013, Universiti Pendidikan Sultan Idris. PJJ-UPSI Abdul Rahim b. Talib, (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran: Open University Malaysia (OUM). Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd. Pedagogi untuk Bakal Guru : Ee Ah Meng ,Fajar Bakti Sdn.Bhd.PJ.1987. Baharudin Omar (2002), Asas penjagaan Kesihatan Kanak-Kanak, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Khairul Anwar Bin Sharin. 2009. Kanak-kanak Autisme: Ciri-ciri dan Implikasi Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Psikologi,Strategi Pengajaran dan Penilaian Matematik:Mok soon Sang,Kumpulan Budiman Sdn.PJ,1989.
  • 19. 19 http://missezhafirzan.blogspot.com/2012/10/masalah-pembelajaran-kanak-kanaklembam.html (akses pada 28 April 2013) http://yulia-putri.blogspot.com/2010/02/terapi-untuk-anak-adhd.html (akses pada 1 Mei 2013)