SlideShare a Scribd company logo
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut:

    i.   Tahap pembelajaran atau kematangan mental seseorang kanak-kanak boleh ditingkatkan
melaluiscaffolding. Scaffolding merupakan pertolongan atau bimbingan yang diberi oleh orang yang
lebih berpengalaman untuk meningkatkan tahap pembelajaran atau pemikiran kanak-kanak.

   ii.   Vygotsky percaya semua orang mempunyai Zone Of Proximal Development (ZPD) iaitu
potensi kognitif pada tahap yang lebih tinggi. Potensi ini hanya mampu dicapai melalui proses
scaffolding.

  iii. Bahasa merupakan alat untuk berfikir dan alat yang digunakan oleh orang dewasa untuk
memindahkan pengetahuan kepada kanak-kanak.

   iv.   Alat-alat yang digunakan dalam sesuatu budaya atau cultural tools (seperti bahasa, media,
televisyen atau komputer) adalah sangat penting untuk meningkatkan komunikasi, pembelajaran
dan pemprosesan pemikiran ke tahap yang lebih tinggi.



TEORI PEMBELAJARAN LEV VYGOTSKY.

Lev Vygotsky adalah seorang ahli psikologis, dan karyanya sangat terkenal di dunia barat pada tahun
1960an. Teori Vygotsky lebih menekankan kepada interaksi antara aspek internal dan eksternal
dalam pembelajaran . Menurut Vygotsky sistem sosial sangat penting dalam perkembangan kognitif
kanak-kanak. Mereka akan berinteraksi dan berkolaborasi untuk mengembangkan sesuatu yang
baru. Vygotsky menekan bahawa perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak sangat
dipengaruhi oleh sosial dan budaya .Teori beliau juga ada menyebut mengenai “scaffolding” iaitu
memberikan sejumlah besar bantuan pada tahap awal pembelajaran dan kemudian mengurangi
bantuan tersebut dan memberikan kesempatan kepada kanak-kanak mengerjakan sendiri. Bantuan
yang diberi adalah seperti peringatan, petunjuk dan dorongan sehingga kanak-kanak tersebut boleh
melakukannya. Dalam teori ini menyatakan potensi murid dapat dikembangkan melalui usaha dan
pengalaman sendiri dalam proses pembelajaran, sehingga ke satu peringkat kanak-kanak akan boleh
melakukannya sendiri tanpa bantuan orang lain.

KONSEP KONSTRUKTIVISME VYGOTSKY

Merujuk kepada gambarajah di atas , Vygotsky telah menerangkan mengenai konsep “scaffolding” .
Kanak –kanak mempunyai had perkembangan individu yang berbeza. Setiap kanak-kanak akan
melalui proses pembelajaran dengan bantuan rakan dan guru sehingga berjaya menguasai dengan
sendiri. Proses ini akan berulang-ulang berkali-kali sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan
untuk melakukannya sendiri walaupun masih mengharapkan bimbingan daripada orang lain. Pada
peringkat ini kanak-kanak akan menunjukkan kebolehan menyelesaikan masalah melebihi daripada
kebolehan diri sendiri. Pada satu peringkat dimana kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti-aktiviti
yang sukar tanpa bantuan orang lain berdasarkan pengalaman masing-masing.



IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN VYGOTSKY TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
1. Pembelajaran dijalankan secara koperatif supaya murid-murid dapat berinteraksi antara satu
sama lain. Contoh dalam mata pelajaran sains, murid akan diminta membuat satu uji kaji mengenai
tumbuhan dalam kumpulan. Mereka akan berbincang dan mengeluarkan pendapat masing-masing
dengan menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mencapai satu keputusan.

2. Konsep bantu sepenuhnya dan cuba sendiri dalam pembelajaran merupakan satu interaksi
pengalaman yang berkesan. Contohnya ada sekumpulan murid dalam ujikaji sains seperti diatas
memerlukan bantuan guru untuk memberi idea dan menggerakkan mereka dalam aktiviti tersebut
sehingga mencapai satu keputusan.

3. Perkembangan kognitif murid akan lebih teransang sekiranya pengetahuan sedia ada digunakan
dalam proses pembelajaran. Contohnya dalam aktiviti seperti di atas juga, murid akan cuba
menggunakan pengalaman masing-masing untuk di adaptasikan dalam ujikaji sains tersebut. Semasa
proses ini berlansung pelbagai percubaan yang berulangkali dilakukan sehingga objektif dapat
dicapai.



IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DAN KONSTRUKTIVITSME DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS.

1. Pengalaman –pengalaman belajar perlu disesuaikan dan dikembangkan dengan keperluan
kognitif kanak-kanak Ini bermaksud sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran guru
perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid agar sesuai dengan isi pelajaran yang akan
disampaikan. Contohnya dalam aktiviti kemahiran hidup iaitu komponen berkebun.Bersoal jawab
hendaklah berkaitan dengan tanaman atau sayuran yang biasa dilihat oleh kanak-kanak dirumah.
Sekiranya kanak-kanak tersebut suka memakan sayuran kacang panjang sudah tertentu ianya akan
begitu teruja hendak belajar cara-cara menanam pokok kacang panjang. Isi pelajaran akan lebih
bermakna dan kanak-kanak akan mendapat mengembangkan satu maklumat baru yang berkait
dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada.

2. Pemusatan perhatian seharusnya lebih ditumpukan kepada proses kognitif kanak-kanak dan
tahap keupayaan yang berbeza. Walaupun aktiviti dijalankan dalam kumpulan namun tahap mereka
sangat berbeza.Kepakaran guru sangat diperlukan supaya kanak-kanak tidak berasa dipinggirkan.
Contohnya dalam kumpulan murid tersebut diberi tajuk yang sama tetapi aktiviti setiap satunya
berbeza. Misalan dalam matapelajaran matematik, dengan tajuk nombor 0-5. Jadi dalam satu
kumpulan tersebut ada murid yang akan membilang nilai nombor dengan menggunakan alat
pembilang atau yang lain akan menggunakan plastesin untuk membentuk nombor. Sementara yang
lain pula akan mewarna atau menyambung garisan putus-putus yang berkaitan dengan nombor
tersebut. Dalam proses ini guru dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada setiap orang murid
secara individu untuk mencapai objektif pembelajaran.

3. Keutamaan harus diberikan kepada penglibatan murid yang aktif dan berusaha sendiri dalam
aktiviti pembelajaran. Ini bertujuan memberi ruang kepada murid untuk berinteraksi dengan rakan
dan bahan-bahan pembelajaran secara meluas.Contoh dapat dilihat dalam aktiviti kemahiran
manipultif. Kanak-kanak akan diberi peluang bermain dengan lego, berbincang dan bekerjasama
dengan rakan untuk mencipta sesuatu binaan. Guru perlu menghidupkan suasana pembelajaran
tersebut dengan pelbagai kaedah supaya kanak-kanak merasa ada keinginan untuk melakukannya.

4. Perbezaaan individu perlu diambil kira supaya setiap aktiviti dapat disusun mengikut tahap
keupayaan masing-masing. Pengalaman sebagai guru Pendidikan Khas, kita perlu mengetahui sedikit
sebanyak latar belakang kanak-kanak tersebut. Ianya banyak membantu dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Contohnya seorang kanak-kanak autisme yang terlalu sukar untuk difahami.
Kadang kala beliau akan menjadi pasif dan terlalu aktif dalam setiap masa. Berbanding dengan
seorang kanak-kanak perkembangan lambat (slow learner) yang boleh dikategorikan dalam
kumpulan yang boleh belajar.Oleh yang demikian bahan –bahan dan aktiviti pembelajaran yang
berkaitan adalah sangat berbeza antara keduanya. Guru perlu tahu kehendak dan mood kanak-
kanak ini sebelum memulakan pengajaran. Mood dan kehendak itu pula perlu diubahsuai dengan
objektif dan aktiviti pembelajaran supaya kanak-kanak tersebut tidak rasa rendah diri dan terasing.

5. Guru perlu mendorong dan memotivasikan kanak-kanak berkeperluan khas ini dalam proses
pembelajaran. Mendekati mereka dengan penuh kepercayaan dan kasih sayang akan membuat
mereka rasa dihargai dan rasa diterima. Lenggok dan bahasa badan guru bukan sahaja dapat
memberikan keyakinan kepada mereka bahkan melenyapkan sedikit sebanyak rasa rendah diri yang
ada dalam diri mereka. Secara tidak langsung mereka akan mempercayai guru adalah rakan yang
baik dan boleh menerima mereka. Penggunaan bahasa yang sesuai dengan aras mereka serta mudah
difahami banyak membantu menyampaikan maksud atau hasrat yang hendak disampaikan oleh
guru. Selain daripada itu ganjaran dari segi materialistik seperti gula-gula, biskut, kata-kata pujian
dan senyuman guru akan turut memotivasikan kanak-kanak tersebut. Objektif pembelajaran akan
lebih cepat tercapai jika guru dapat menggunakan barang-barang permainan sebagai bahan bantu
mengajar. Kanak-kanak akan cepat teransang dan dapat digerakkan untuk melakukan akitviti-aktiviti
pembelajaran.

6. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, bantuan akan diberikan sepenuhnya pada peringkat awal,
yang akan dikurangkan secara beransur-ansur sehingga kanak-kanak tersebut boleh berdikari
dengan sendirinya. Contohnya dapat dilihat dengan jelas dalam aktiviti pengurusan diri iaitu
memakai pakaian. Pada peringkat pertama guru akan membantu kanak-kanak tersebut memakai
pakaian mengikut langkah-langkah betul. Aktiviti ini akan dilakukan secara latihtubi sehingga kanak-
kanak tersebut berkeyakinan untuk melakukan sendiri. Akhirnya kanak-kanak tersebut akan diberi
ruang dan masa memakai pakaian dengan sendiri sehingga berjaya. Guru pada ketika itu hanya
memberikan arahan sahaja supaya kanak-kanak tersebut dapat mengingati semula langkah-langkah
yang telah dipelajari.

7. Bagi kebanyakan kanak-kanak berkeperluan khas penilaian di buat lebih kepada pemerhatian.
Berdasarkan pengalaman saya, penilaian secara pemerhatian banyak membantu guru mengkaji dan
memahami perlakuan kanak-kanak tersebut.Pemerhatian boleh dibuat samada secara individu atau
ketika kanak-kanak tersebut dalam kumpulan. Perubahan tingkah laku yang ditunjukkan akan
memberikan jawapan kepada guru semasa membuat pemerhatian. Perubahan tingkah laku tersebut
boleh berlaku juga apabila kanak-kanak berinteraksi dengan bahan-bahan pengajaran atau bahan
media.

8. Peranan guru pendidikan khas adalah sama dengan tugas guru di arus perdana. Sebelum
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, perancangan perlu dilakukan dengan teliti
supaya objektif dapat dicapai sepenuhnya. Guru mesti memainkan peranannya sebagai pemudah
cara atau penolong dalam setiap aktiviti pembelajaran. Guru perlu mahir memilih bahan-bahan yang
sesuai dengan aktiviti yang dirancang. Guru juga berperanan sebagai pembimbing yang sentiasa
membantu murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.



Implikasi Teori Vygotsky ke atas pengajaran dan pembelajaran.

Implikasi Teori Vygotsky ke atas pengajaran dan pembelajaran.



1. Penilaian perlu difokuskan untuk menentukan Zon Perkembangan Proksimal setiap kanak-kanak.
Guru perlu meberi latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan yang
sepatutnya diberi.



2. Gunakan Zon Perkembangan Proksimal dalam pengajaran. Pada had atas tetapkan objektif untuk
kanak-kanak capai. Objektif perlu pada tahap kesukaran yang lebih tinggi daripada pencapaian
pelajar ketika itu. Guru membantu bila diperlukan. Beri galakan dan semangat untuk kanak-kanak
mencuba dan mengaplikasi kemahiran supaya mencapai objektif.



3. Menggalakkan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir. Kanak-kanak boleh
mendapatkan bantuan dan sokongan dari rakan-rakan yang sudah memahami konsep yang diajar.



4. Kawal dan galakkan kanak-kanak bercakap sendiri semasa menyelesaikan sesuatu masalah.
Bimbing kanak-kanak untuk merealisasikan idea semasa bercakap sendiri ke dalam situasi yang
memerlukan penyelesaian.



5. Beri arahan yang bermakna. Seboleh-bolehnya kaitkan pengajaran dengan kehidupan
seharian.Kurangkan penghafalan, bimbing pelajar mengaplikasi pengetahuan kepada pengalaman
sebenar.
iv. Vygotsky: Rakan Sebaya dan Penggunaan Bahan Sumber / Alat



Vygotsky menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda murid.Kebanyakan
daripada kemahiran kognitif murid terhasil daripada interaksi sosial dengan rakan
sebaya.Perkembangan mental murid terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum berkembang
dan matang.Walaupun begitu persekitaran dan sistem lingkungan budaya murid membantu mereka
mengadaptasi perkembangan kognitif. Setiap budaya menerapkan cara hidup dan cara berfikir
kepada murid-murid.



Vygotsky turut menekankan penggunaan bahan sumber dan alat. Bahan boleh membantu guru
menjelaskan apa yang hendak diajar, membantu murid memahami apa yang diajar. Bahan
pengajaran penting sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna, penggerak pelbagai
deira, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta
pendorong pengajaran terancang.



3.0 Kepentingan dan tujuan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam Pengajian Sosial.



Sumber ialah segala bahan dan alat yang terdapat di alam ini.Dalam bidang pendidikan, sumber ialah
segala bahan dan alat yang dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan.



Dalam program Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru dilaksanakan, pembelajaran
Pengajian Sosial yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan alat dan bahan yang sesuai,
terutamanya yang boleh dilihat, didengar, dirasa, dihidu dan disentuh oleh murid. Mereka boleh
mengalami sendiri apa yang disampaikan oleh guru. Ini membuatkan mereka lebih memahami dan
apa yang difahami itu pula akan lebih kekal dalam stor ingatan mereka.



Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran termasuklah
pengetahuan dan nilai-nilai. Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan
pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan.



Kesemua sumber, jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan
bertindak sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna.
Dengan cara ini, murid akan dapat belajar dalam situasi yang berkesan.
Penggunaan sumber penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Hal ini kerana
sumber boleh membantu guru menjelaskan isi pelajaran kepada murid dan membantu murid
memahami apa yang diajar oleh guru. Sumber pengajaran dan pembelajaran bertindak sebagai
media komunikasi, rangsangan, penjelas makna, penggerak pelbagai deria, sumber pengalaman,
unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong kepada pengajaran
terancang.



i. Kepentingan sumber sebagai media komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian
Sosial.



Komunikasi melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Proses pengajaran dan
pembelajaran juga merupakan satu aspek komunikasi kerana pembelajaran berlaku melalui
penyampaian dan penerimaan maklumat. Maklumat-maklumat itu disalurkan melalui media
tertentu seperti media cetak dan tayangan video.Media inilah yang menjadi sumber
pengajaran.Filem video ialah satu alat komunikasi yang boleh digunakan dengan baik di dalam bilik
darjah. Tayangan peristiwa dan pemandangan yang sebenar akan membolehkan murid-murid tahu
tentang peristiwa-peristiwa tersebut dengan lebih dekat dan jelas.



Dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial di sekolah, guru bertindak sebagai pengirim
atau penyampai maklumat dan penerimanya ialah murid.Sementara mesejnya ialah maklumat,
fakta, konsep, kemahiran atau nilai yang disampaikan.Sumber ialah saluran atau media yang
digunakan untuk menyampaikan maklumat tersebut.



ii. Kepentingan sumber sebagai rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.



Murid akan lebih berminat belajar tentang sesuatu tajuk sekiranya dia dapat melihat, mendengar
atau menyentuh objek yang menjadi ii pelajaran. Dengan adanya bahan rangsangan ini, murid akan
dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam lagi. Oleh itu mereka dapat
mengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna.Bahan merupakan satu faktor utama bagi
mempelbagaikan rangsangan murid di samping mengalihhalakan tumpuan mereka kepada perkara-
perkara yang menarik, bermakna dan penting dalam pembelajaran.




iii. Kepentingan sumber sebagai penjelasan makna dan konsep dalam pengajaran dan pembelajaran
Pengajian Sosial.
Dalam pengajaran sesuatu topik, terdapat perkataan dan frasa yang maknanya tidak dapat dihurai
dengan perkataan sahaja. Maknanya akan lebih jelas jika diterangkan dengan contoh-contoh
tertentu yang memerlukan bahan audio visual atau kedua-duanya sekali. Bahan-bahan ini boleh
digunakan di dalam atau di luar bilik darjah seperti siaran langsung atau rakaman peristiwa-peristiwa
sebenar melalui radio dan televisyen.



Penerangan guru yang diiringi dengan bahan yang dipilih dengan rapi dan sesuai dapat
memperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu mereka memahami sesuatu dengan
lebih jelas.



iv. Kepentingan sumber sebagai penggerak penggunaan pelbagai deria dalam pengajaran dan
pembelajaran Pengajian Sosial.



Secara semulajadi, kita belajar melalui berbagai-bagai deria iaitu rasa, dengar, lihat, sentuh dan
bau.Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga, guru perlu menggunakan berbagai-
bagai bentuk dan jenis bahan supaya deria-deria ini boleh digunakan.



Kajian telah menunjukkan bahawa manusia mengingati 10% daripada apa yang mereka dengar
sahaja, 20% daripada apa yang mereka lihat sahaja dan 65% daripada apa yang mereka dengar dan
lihat.



Kajian ini jelas membuktikan bahawa lebih banyak deria dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran, lebih
teguh pula daya ingatannya. Untuk memastikan apa yang disampaikan itu kekal lama dalam ingatan
murid, guru patut mempelbagaikan bahan pengajaran.



v. Kepentingan sumber sebagai sumber pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian
Sosial.



Terdapat bahan yang memberikan pengalaman secara langsung dan tidak langsung kepada
murid.Alam sekitar boleh memberikan pengalaman langsung. Contohnya, apabila murid membuat
lawatan ke sesuatu tempat, dia akan memahami dan mengetahui apakah bahan maujud yang ada di
situ, di samping mengetahui proses menghasilkan bahan-bahan tersebut. Misalnya semasa melawat
ke ladang getah, murid-murid dari bandar boleh melihat pokok getah, daunnya, buahnya dan
bagaimana susu getah diperoleh dan kemudian diproses menjadi getah keping untuk dipasarkan.
Bahkan mereka juga mungkin dapat mengalami sendiri pekerjaan tersebut.
Pengalaman ini akan memberi kesan yang mendalam kepada proses pembelajaran murid-murid
tersebut. Kita lebih banyak belajar melalui pengalaman sendiri daripada maklumat yang diberi oleh
orang lain. Murid-murid juga akan lebih memahami dan mengingati pelajaran yang diterima
sekiranya mereka diberi peluang untuk mencuba, mengkaji dan meneliti bahan-bahan yang
digunakan.



Filem, video atau gambar boleh mengayakan pengalaman seseorang murid. Misalnya, semasa
menonton tayangan filem tentang kejadian dan perubahan musim di negara beriklim sejuk dengan
pemandangan yang berlainan, murid-murid akan berasa seolah-olah mengalaminya sendiri. Ini akan
meningkatkan dan mengukuhkan pemahaman mereka tentang perubahan musim yang mereka tidak
pernah mengalami secara langsung.



vi. Kepentingan sumber mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran
Pengajian Sosial.



Setiap bahan mempunyai cara penggunaannya yang tersendiri. Ini memberi kesan terhadap kaedah
dan teknik pengajaran.Dengan menggunakan berbagai-bagai bahan yang ada, kaedah dan teknik
pengajaran juga boleh dipelbagaikan. Kemahiran yang sama boleh dikuasai mengikut cara dan teknik
yang berlainan berdasarkan jenis alat dan bahan yang digunakan. Misalnya pengetahuan tentang
alam sekitar boleh disampaikan melalui tanyang video, teks bacaan atau pengalaman langsung
murid.



Kepentingan sumber sebagai pendorong pengajaran terancang dalam pengajaran dan pembelajaran
Pengajian Sosial.



Penggunaan sumber perlu dirancang dari segi kesesuaian, tujuan, masa dan cara menggunakannya.
Ini melibatkan perancangan keseluruhan pengajaran dari awal hingga akhir. Dengan cara ini, guru
akan merancang sesuatu pelajaran dengan lebih sempurna.



4.0 Prosedur penghasilan dan penggunaan bahan teknologi pendidikan yang sesuai dan tatacara
penyelenggaraannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.



Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi
rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan.
Bahan bercetak



Bahan-bahan cetak merupakan media pendidikan yang paling mudah didapati dan disediakan.
Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif.
Contoh bahan bercetak adalah seperti buku teks, buku kerja, buku fiksyen, buku rujukan, majalah,
risalah, surat, berita, surat khabar dan nota-nota bercetak. Bahan bercetak seperti ini mengandungi
maklumat dalam bentuk perkataan, lukisan atau gambar.



Pemilihan dan penghasilan bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran dalam
Pengajian Sosial perlu menitikberatkan aspek-aspek yang berikut:



a. Anggaran kos

b. Kebolehgunaan

c. Mobiliti

d. Bahan mentah

e. Saiz dan warna

f. Tatahias dan kemasan

g. Simpanan dan penyelenggaraan




a. Anggaran kos

Bahan bercetak amat murah dan mudah untuk didapati. Pencetakan bahan yang banyak akan
mengurangkan kos jika dibandingkan dengan bahan pandang-dengar yang lain. Bahan-bahan
bercetak, cetakan tempatan atau cetakan sendiri berharga murah dan boleh disediakan dengan
cepat.



b. Kebolehgunaan

Teknologi pendidikan ini memudahkan guru untuk mengajar murid melalui bahan bercetak yang
maujud. Guru boleh menggunakan bahan bercetak sekerap mungkin sehingga murid benar-benar
dapat mengingati fakta atau perkara yang ingin diperlajari. Murid-murid boleh menggunakannya
mengikut kadar kecepatan mereka sendiri. Bahan-bahan tercetak boleh dibaca dengan cepat dan
maklumat penting boleh dipelajari tanpa mengikut sesuatu masa pengajaran.



Bahan bercetak tidak mempunyai masalah dari segi penggunaannya kerana ia tidak memerlukan
sumber tenaga elektrik seperti komputer. Walaubagaimanapun, ia perlu digunakan di tempat yang
terang atau mempunyai cahaya kerana jika tidak bahan yang dipaparkan tidak dapat dilihat.



c. Mobiliti

Bahan bercetak ini boleh digunakan di mana sahaja sama ada di dalam atau di luar kelas. Jika bahan
tersebut ingin digunakan di kawasan yang luas seperti dewan, bahan tersebut hendaklah
diperbanyakkan.Selain itu, murid-murid juga boleh menggunakan pada bila bila masa bahan
bercetak tersebut walaupun tanpa guru.



d. Bahan mentah

Hampir kesemua bahan bercetak menggunakan kertas sebagai bahan mentah. Penggunaan kertas
sangat popular kerana ia mudah didapati selain kos mencetak yang rendah.



e. Saiz dan warna

Jika gambar atau poster digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran , guru mestilah memastikan
saiznya besar dan boleh dilihat oleh semua murid. Perkara ini penting dalam menyampaikan
maklumat dan mengekalkan perhatian serta minat murid.Pemilihan warna juga perlu diberi
perhatian oleh guru. Warna yang terlalu terang dan terlalu gelap akan menjejaskan fokus murid
terhadap penyampaian guru.



f. Tatahias dan kemasan

Sekiranya guru menggunakan lukisan sebagai bahan bantu mengajar, guru perlu memastikan lukisan
tersebut mudah difahami oleh murid. Guru juga perlu mengelakkan penggunaan lukisan yang terlalu
abstrak. Hal ini akan menyukarkan murid memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Jika
guru mencetak bahan-bahan yang mengandungi tulisan tangan, pastikan tulisan tersebut kemas dan
mampu dibaca oleh murid. Bahan bercetak yang terlalu banyak gambar dan warna juga tidak
digalakkan untuk diguna sebagai bahan bantu mengajar kerana boleh mengganggu tumpuan murid
dalammencapai objektif pembelajaran yang sebenar.
g. Simpanan dan penyelenggaraan

Bahan bercetak ini perlu disimpan dengan kemas dan teliti kerana bahan ini mudah koyak atau
rosak, seperti disimpan di dalam fail, folder, plastik menyimpan kertas dan sebagainya. Gambar-
gambar seperti foto dan rajah boleh dimasukkan dalam teks untuk penerangan lebih lanjut
mengenai konsep, hujah-hujah dan juga untuk menambahkan minat murid.Bahan-bahan cetakan
tambahan boleh dimuatkan di dalam buku teks atau buku latihan sebagai lampiran atau bahan
tambahan.



Penggunaan bahan dengan cermat serta disimpan di tempat yang selamat memudahkan
pengesanan semula dan menjamin ketahanan bahan tersebut.



5.0 Prosedur penghasilan dan penggunaan bahan teknologi maklumat dan komunikasi yang sesuai
dan tatacara penyelenggaraannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.



Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang boleh mengukuhkan proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada setiap murid untuk
menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan
bersepadu.



Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran,
pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang
diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan
pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda
internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax,
telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.



Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.Pertama teknologi maklumat
adalah untuk mengumpul maklumat.Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi.
Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan
gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Ketiga,
digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan
untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.




Penghasilan bahan teknologi maklumat: Persembahan Elektronik Multimedia
Terdapat beberapa perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan Persembahan Elektronik
Multimedia, sesuai digunakan dalam kelas.Antara perisian yang biasa digunakan ialah Microsoft
Office Powerpoint.



Sebelum membina persembahan elektronik multimedia Powerpoint, guru perlu memastikan elemen
grafik yang digunakan menepati keperluan murid-murid. Grafik ialah kombinasi gambar-gambar,
lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka,perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu
media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim (guru) kepada sasarannya (murid) dalam
proses menyampaikan maklumat. Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan
(visual).



Selain aspek grafik, reka letak visual juga mempengaruhi kualiti persembahan elektronik multimedia
Powerpoint yang dihasilkan. Terdapat beberapa perkara yang perlu dikenalpasti oleh guru semasa
menghasilkan sebuah persembahan elektronik multimedia Powerpoint iaitu:



a. Simplisiti

b. Dominan

c. Pola

d. Seimbang

e. Warna

f. Huruf




a. Simplisiti

Visual yang ditayangkan hendaklah dihadkan kepada satu idea. Idea yang banyak dalam satu visual
akan mengelirukan dan seterusnya akan mengalih tumpuan murid keluar daripada objektif
pembelajaran.



b. Dominan

Dominan bererti pusat penumpuan atau minat.Di dalam slaid persembahan Powerpoint, guru perlu
mewujudkan sesuatu yang boleh menarik minat murid-murid.Sebagai contoh, jika guru ingin
mengajar tentang negeri Kedah, guru boleh mempersembahkan gambar sawah padi bagi
menimbulkan inkuiri murid.Dengan yang demikian, murid dapat mengekalkan minat untuk
mengikuti pembelajaran yang seterusnya.



c. Pola

Pola merupakan susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual.Susunan item perlulah mematuhi
urutan yang rasional bagi memudahkan pemahaman murid. Sebagai contoh, guru menggunakan
gambar anak panah bagi menunjukkan proses untuk membuat kain batik yang menjadi warisan
tradisi di negeri Terengganu.



d. Seimbang

Guru perlu bijak untuk menggunakan ruang di dalam slaid persembahan. Keadaan kesamaan dari
segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu susunan slaid akan
menjadikan persembahan lebih kemas dan teratur.



e. Warna

Warna merupakan satu elemen reka letak visual yang penting.Pemilihan warna yang tepat
membantu keberkesanan persembahan.Warna mempunyai beberapa fungsi iaitu pertama, warna
membantu membuat penegasan dan mewujudkan tumpuan.Kedua, warna memudahkan sesuatu
item dilihat. Ketiga,warna mewujudkan perasaan harmoni dan melahirkan kesan tertentu seperti
panas, sejuk, bergetar, kesan psikologi dan sebagainya kepada murid-murid.



f. Huruf

Pemilihan huruf juga penting dalam menghasilkan persembahan elektronik multimedia. Saiz dan
jenis huruf mempengaruhi penerimaan murid-murid terhadapa apa yang disampaikan oleh guru.
Guru perlu memilih jenis huruf yang senang dibaca. Penggunaan huruf besar hanya sesuai untuk
tajuk yang pendek manakala untuk tajuk yang panjang, huruf bersaiz kecil digunakan mengikut
kesesuaian.Guru juga perlu memastikan bahawa jarak di antara dua perkataan ialah 1atau 1 ½ lebar
huruf. Biarkan ruang di antara huruf kelihatan sama walaupun jaraknya berbeza. Hurufan terang
yang diletakkan di atas latar belakang gelap di dapati lebih jelas daripada sebaliknya.



g. Tatahias dan kemasan

Guru perlu memilih warna yang mempunyai kontras antara latar dengan imej atau teks. Selain itu,
guru juga perlu memilih warna yang lembut dan selesa dipandang oleh penerima iaitu murid.Bagi
memastikan slaid yang dihasilakn tersebut kemas dan teratur, gunakan empat warna sahaja dalam
satu skrin/slaid.Tatahias warna juga dapat menjelaskan konsep atau menunjukkan
penegasan.Contohnya slaid berlatarbelakangkan warna merah menunjukkan penegasan dan
perhatian.




Penyelenggaraan bahan teknologi maklumat: Persembahan Elektronik Multimedia.



Setiap bahan bantu mengajar perlu diselenggara dengan baik termasuklah persembahan elektronik
multimedia. Persembahan yang telah siap dihasilkan perlu disimpan dalam beberapa bentuk iaitu
dalam bentuk dokumentasi (hard copy) dan dalam bentuk perisian (soft copy).



Persembahan elektronik yang dicetak dan didokumenkan boleh dijadikan rujukan pada bila-bila
masa manakala persembahan yang disimpan dalam bentuk perisian mempunyai beberapa
kelebihan.Antaranya ialah, isi kandungan di dalam persembahan elektronik tersebut boleh disunting
pada bila-bila masa mengikut keperluan murid dan keperluan semasa. Selain itu, persembahan
elektronik yang disimpan dalam bentuk perisian juga dapat disalin ke dalam alat-alat teknologi
maklumat yang lain seperti cakera padat, thumb-drive dan lain-lain.




6.0 Rumusan



Sumber pengajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya
dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-
buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang
digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu
dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.



Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program
pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan
untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar bukanlah
merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Alat bantu
itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk
menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid
serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka.
Teknologi pendidikan pula merupakan satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi
yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan
keberkesanan dalam pembelajaran.



Kecekapan guru menggunakan pelbagai sumber dalam pe

More Related Content

What's hot

Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaVygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaSyed Ahmad Azhar
 
Rubrik Penskoran Sejarah Terkini SPM 2016.
Rubrik Penskoran Sejarah Terkini SPM 2016.Rubrik Penskoran Sejarah Terkini SPM 2016.
Rubrik Penskoran Sejarah Terkini SPM 2016.
Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)
 
Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018
NANAPOYO
 
Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sainsRph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains
Ang You Koon
 
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Mokhzani Fadir
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Ahmad NazRi
 
Pentaksiran sekolah
Pentaksiran sekolahPentaksiran sekolah
Pentaksiran sekolah
meniti kecemerlangan
 
learning walks PLC
learning walks PLClearning walks PLC
learning walks PLC
Mohamad Aswad Mohd Saad
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru
Arthur Jupong
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Cikgu Bibi
 
36876504 kaedah-simulasi
36876504 kaedah-simulasi36876504 kaedah-simulasi
36876504 kaedah-simulasiAiraHumaira
 
Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksiSohib AlQuran
 
Psikososial
PsikososialPsikososial
Psikososial
Sharifah Balqis
 
Bab 2 teori teori pemikiran
Bab 2 teori teori pemikiranBab 2 teori teori pemikiran
Bab 2 teori teori pemikiranMazmon Mahmud
 
Keutuhan & Kesahan Pentaksiran / Analisis & Interpretasi
Keutuhan & Kesahan Pentaksiran / Analisis & InterpretasiKeutuhan & Kesahan Pentaksiran / Analisis & Interpretasi
Keutuhan & Kesahan Pentaksiran / Analisis & InterpretasiNoor Idayu Abu Bakar
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
ikhwankmk92
 
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteriPembelajaran masteri
Pembelajaran masterizabidah awang
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKcwanrzzwt
 

What's hot (20)

Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaVygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
 
Rubrik Penskoran Sejarah Terkini SPM 2016.
Rubrik Penskoran Sejarah Terkini SPM 2016.Rubrik Penskoran Sejarah Terkini SPM 2016.
Rubrik Penskoran Sejarah Terkini SPM 2016.
 
Peranan guru kbat
Peranan  guru kbatPeranan  guru kbat
Peranan guru kbat
 
Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018
 
Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sainsRph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains
 
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
 
Pentaksiran sekolah
Pentaksiran sekolahPentaksiran sekolah
Pentaksiran sekolah
 
learning walks PLC
learning walks PLClearning walks PLC
learning walks PLC
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
 
36876504 kaedah-simulasi
36876504 kaedah-simulasi36876504 kaedah-simulasi
36876504 kaedah-simulasi
 
Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksi
 
Psikososial
PsikososialPsikososial
Psikososial
 
Luas dan perimeter
Luas dan perimeterLuas dan perimeter
Luas dan perimeter
 
Bab 2 teori teori pemikiran
Bab 2 teori teori pemikiranBab 2 teori teori pemikiran
Bab 2 teori teori pemikiran
 
Keutuhan & Kesahan Pentaksiran / Analisis & Interpretasi
Keutuhan & Kesahan Pentaksiran / Analisis & InterpretasiKeutuhan & Kesahan Pentaksiran / Analisis & Interpretasi
Keutuhan & Kesahan Pentaksiran / Analisis & Interpretasi
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteriPembelajaran masteri
Pembelajaran masteri
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMK
 

Similar to Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut

Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni HalusKonstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni HalusLamino Aliya
 
Asuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakAsuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakD'ba Rosle
 
Modul pra 3107
Modul pra 3107Modul pra 3107
Modul pra 3107
radeanmas
 
CTL
CTLCTL
Guru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisiGuru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisi
rosieca
 
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014Ahmad Fuad Abdullah
 
Aktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakAktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanak
Wan Amir Wan
 
Bagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikBagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikNorina Mohamad Najib
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporanSH Loh
 
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Adilah Said
 
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistemModel model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistemRosnani Abu Bakar
 
Implikasi pendidikan moral
Implikasi pendidikan moralImplikasi pendidikan moral
Implikasi pendidikan moral
echa scha
 
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khasImplikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khasAtikah Amran
 
K01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
K01947 20180426221902 k5 pengurusan muridK01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
K01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
JANGAN TENGOK
 
Edu 3103 soalan 1
Edu 3103 soalan 1Edu 3103 soalan 1
Edu 3103 soalan 1
Rosli MOhd Zaman
 
Seni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakSeni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakLinda Zain
 
Proposal kajian kes sem 7 baru
Proposal kajian kes sem 7  baruProposal kajian kes sem 7  baru
Proposal kajian kes sem 7 baru
Jamaliah Hashim
 
M2 Teori Perkembangan Kognitif
M2 Teori Perkembangan KognitifM2 Teori Perkembangan Kognitif
M2 Teori Perkembangan KognitifNormala Mehat
 

Similar to Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut (20)

Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni HalusKonstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus
 
Asuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakAsuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanak
 
Modul pra 3107
Modul pra 3107Modul pra 3107
Modul pra 3107
 
CTL
CTLCTL
CTL
 
Guru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisiGuru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisi
 
Maujud..
Maujud..Maujud..
Maujud..
 
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
 
Aktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakAktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanak
 
Bagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikBagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematik
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporan
 
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
 
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistemModel model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistem
 
Implikasi pendidikan moral
Implikasi pendidikan moralImplikasi pendidikan moral
Implikasi pendidikan moral
 
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khasImplikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
 
K01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
K01947 20180426221902 k5 pengurusan muridK01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
K01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
 
Edu 3103 soalan 1
Edu 3103 soalan 1Edu 3103 soalan 1
Edu 3103 soalan 1
 
Seni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakSeni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanak
 
Proposal kajian kes sem 7 baru
Proposal kajian kes sem 7  baruProposal kajian kes sem 7  baru
Proposal kajian kes sem 7 baru
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
M2 Teori Perkembangan Kognitif
M2 Teori Perkembangan KognitifM2 Teori Perkembangan Kognitif
M2 Teori Perkembangan Kognitif
 

Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut

  • 1. Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut: i. Tahap pembelajaran atau kematangan mental seseorang kanak-kanak boleh ditingkatkan melaluiscaffolding. Scaffolding merupakan pertolongan atau bimbingan yang diberi oleh orang yang lebih berpengalaman untuk meningkatkan tahap pembelajaran atau pemikiran kanak-kanak. ii. Vygotsky percaya semua orang mempunyai Zone Of Proximal Development (ZPD) iaitu potensi kognitif pada tahap yang lebih tinggi. Potensi ini hanya mampu dicapai melalui proses scaffolding. iii. Bahasa merupakan alat untuk berfikir dan alat yang digunakan oleh orang dewasa untuk memindahkan pengetahuan kepada kanak-kanak. iv. Alat-alat yang digunakan dalam sesuatu budaya atau cultural tools (seperti bahasa, media, televisyen atau komputer) adalah sangat penting untuk meningkatkan komunikasi, pembelajaran dan pemprosesan pemikiran ke tahap yang lebih tinggi. TEORI PEMBELAJARAN LEV VYGOTSKY. Lev Vygotsky adalah seorang ahli psikologis, dan karyanya sangat terkenal di dunia barat pada tahun 1960an. Teori Vygotsky lebih menekankan kepada interaksi antara aspek internal dan eksternal dalam pembelajaran . Menurut Vygotsky sistem sosial sangat penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Mereka akan berinteraksi dan berkolaborasi untuk mengembangkan sesuatu yang baru. Vygotsky menekan bahawa perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh sosial dan budaya .Teori beliau juga ada menyebut mengenai “scaffolding” iaitu memberikan sejumlah besar bantuan pada tahap awal pembelajaran dan kemudian mengurangi bantuan tersebut dan memberikan kesempatan kepada kanak-kanak mengerjakan sendiri. Bantuan yang diberi adalah seperti peringatan, petunjuk dan dorongan sehingga kanak-kanak tersebut boleh melakukannya. Dalam teori ini menyatakan potensi murid dapat dikembangkan melalui usaha dan pengalaman sendiri dalam proses pembelajaran, sehingga ke satu peringkat kanak-kanak akan boleh melakukannya sendiri tanpa bantuan orang lain. KONSEP KONSTRUKTIVISME VYGOTSKY Merujuk kepada gambarajah di atas , Vygotsky telah menerangkan mengenai konsep “scaffolding” . Kanak –kanak mempunyai had perkembangan individu yang berbeza. Setiap kanak-kanak akan melalui proses pembelajaran dengan bantuan rakan dan guru sehingga berjaya menguasai dengan sendiri. Proses ini akan berulang-ulang berkali-kali sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan untuk melakukannya sendiri walaupun masih mengharapkan bimbingan daripada orang lain. Pada peringkat ini kanak-kanak akan menunjukkan kebolehan menyelesaikan masalah melebihi daripada kebolehan diri sendiri. Pada satu peringkat dimana kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti-aktiviti yang sukar tanpa bantuan orang lain berdasarkan pengalaman masing-masing. IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN VYGOTSKY TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
  • 2. 1. Pembelajaran dijalankan secara koperatif supaya murid-murid dapat berinteraksi antara satu sama lain. Contoh dalam mata pelajaran sains, murid akan diminta membuat satu uji kaji mengenai tumbuhan dalam kumpulan. Mereka akan berbincang dan mengeluarkan pendapat masing-masing dengan menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mencapai satu keputusan. 2. Konsep bantu sepenuhnya dan cuba sendiri dalam pembelajaran merupakan satu interaksi pengalaman yang berkesan. Contohnya ada sekumpulan murid dalam ujikaji sains seperti diatas memerlukan bantuan guru untuk memberi idea dan menggerakkan mereka dalam aktiviti tersebut sehingga mencapai satu keputusan. 3. Perkembangan kognitif murid akan lebih teransang sekiranya pengetahuan sedia ada digunakan dalam proses pembelajaran. Contohnya dalam aktiviti seperti di atas juga, murid akan cuba menggunakan pengalaman masing-masing untuk di adaptasikan dalam ujikaji sains tersebut. Semasa proses ini berlansung pelbagai percubaan yang berulangkali dilakukan sehingga objektif dapat dicapai. IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DAN KONSTRUKTIVITSME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS. 1. Pengalaman –pengalaman belajar perlu disesuaikan dan dikembangkan dengan keperluan kognitif kanak-kanak Ini bermaksud sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid agar sesuai dengan isi pelajaran yang akan disampaikan. Contohnya dalam aktiviti kemahiran hidup iaitu komponen berkebun.Bersoal jawab hendaklah berkaitan dengan tanaman atau sayuran yang biasa dilihat oleh kanak-kanak dirumah. Sekiranya kanak-kanak tersebut suka memakan sayuran kacang panjang sudah tertentu ianya akan begitu teruja hendak belajar cara-cara menanam pokok kacang panjang. Isi pelajaran akan lebih bermakna dan kanak-kanak akan mendapat mengembangkan satu maklumat baru yang berkait dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. 2. Pemusatan perhatian seharusnya lebih ditumpukan kepada proses kognitif kanak-kanak dan tahap keupayaan yang berbeza. Walaupun aktiviti dijalankan dalam kumpulan namun tahap mereka sangat berbeza.Kepakaran guru sangat diperlukan supaya kanak-kanak tidak berasa dipinggirkan. Contohnya dalam kumpulan murid tersebut diberi tajuk yang sama tetapi aktiviti setiap satunya berbeza. Misalan dalam matapelajaran matematik, dengan tajuk nombor 0-5. Jadi dalam satu kumpulan tersebut ada murid yang akan membilang nilai nombor dengan menggunakan alat pembilang atau yang lain akan menggunakan plastesin untuk membentuk nombor. Sementara yang lain pula akan mewarna atau menyambung garisan putus-putus yang berkaitan dengan nombor tersebut. Dalam proses ini guru dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada setiap orang murid secara individu untuk mencapai objektif pembelajaran. 3. Keutamaan harus diberikan kepada penglibatan murid yang aktif dan berusaha sendiri dalam aktiviti pembelajaran. Ini bertujuan memberi ruang kepada murid untuk berinteraksi dengan rakan dan bahan-bahan pembelajaran secara meluas.Contoh dapat dilihat dalam aktiviti kemahiran manipultif. Kanak-kanak akan diberi peluang bermain dengan lego, berbincang dan bekerjasama
  • 3. dengan rakan untuk mencipta sesuatu binaan. Guru perlu menghidupkan suasana pembelajaran tersebut dengan pelbagai kaedah supaya kanak-kanak merasa ada keinginan untuk melakukannya. 4. Perbezaaan individu perlu diambil kira supaya setiap aktiviti dapat disusun mengikut tahap keupayaan masing-masing. Pengalaman sebagai guru Pendidikan Khas, kita perlu mengetahui sedikit sebanyak latar belakang kanak-kanak tersebut. Ianya banyak membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya seorang kanak-kanak autisme yang terlalu sukar untuk difahami. Kadang kala beliau akan menjadi pasif dan terlalu aktif dalam setiap masa. Berbanding dengan seorang kanak-kanak perkembangan lambat (slow learner) yang boleh dikategorikan dalam kumpulan yang boleh belajar.Oleh yang demikian bahan –bahan dan aktiviti pembelajaran yang berkaitan adalah sangat berbeza antara keduanya. Guru perlu tahu kehendak dan mood kanak- kanak ini sebelum memulakan pengajaran. Mood dan kehendak itu pula perlu diubahsuai dengan objektif dan aktiviti pembelajaran supaya kanak-kanak tersebut tidak rasa rendah diri dan terasing. 5. Guru perlu mendorong dan memotivasikan kanak-kanak berkeperluan khas ini dalam proses pembelajaran. Mendekati mereka dengan penuh kepercayaan dan kasih sayang akan membuat mereka rasa dihargai dan rasa diterima. Lenggok dan bahasa badan guru bukan sahaja dapat memberikan keyakinan kepada mereka bahkan melenyapkan sedikit sebanyak rasa rendah diri yang ada dalam diri mereka. Secara tidak langsung mereka akan mempercayai guru adalah rakan yang baik dan boleh menerima mereka. Penggunaan bahasa yang sesuai dengan aras mereka serta mudah difahami banyak membantu menyampaikan maksud atau hasrat yang hendak disampaikan oleh guru. Selain daripada itu ganjaran dari segi materialistik seperti gula-gula, biskut, kata-kata pujian dan senyuman guru akan turut memotivasikan kanak-kanak tersebut. Objektif pembelajaran akan lebih cepat tercapai jika guru dapat menggunakan barang-barang permainan sebagai bahan bantu mengajar. Kanak-kanak akan cepat teransang dan dapat digerakkan untuk melakukan akitviti-aktiviti pembelajaran. 6. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, bantuan akan diberikan sepenuhnya pada peringkat awal, yang akan dikurangkan secara beransur-ansur sehingga kanak-kanak tersebut boleh berdikari dengan sendirinya. Contohnya dapat dilihat dengan jelas dalam aktiviti pengurusan diri iaitu memakai pakaian. Pada peringkat pertama guru akan membantu kanak-kanak tersebut memakai pakaian mengikut langkah-langkah betul. Aktiviti ini akan dilakukan secara latihtubi sehingga kanak- kanak tersebut berkeyakinan untuk melakukan sendiri. Akhirnya kanak-kanak tersebut akan diberi ruang dan masa memakai pakaian dengan sendiri sehingga berjaya. Guru pada ketika itu hanya memberikan arahan sahaja supaya kanak-kanak tersebut dapat mengingati semula langkah-langkah yang telah dipelajari. 7. Bagi kebanyakan kanak-kanak berkeperluan khas penilaian di buat lebih kepada pemerhatian. Berdasarkan pengalaman saya, penilaian secara pemerhatian banyak membantu guru mengkaji dan memahami perlakuan kanak-kanak tersebut.Pemerhatian boleh dibuat samada secara individu atau ketika kanak-kanak tersebut dalam kumpulan. Perubahan tingkah laku yang ditunjukkan akan memberikan jawapan kepada guru semasa membuat pemerhatian. Perubahan tingkah laku tersebut boleh berlaku juga apabila kanak-kanak berinteraksi dengan bahan-bahan pengajaran atau bahan media. 8. Peranan guru pendidikan khas adalah sama dengan tugas guru di arus perdana. Sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, perancangan perlu dilakukan dengan teliti
  • 4. supaya objektif dapat dicapai sepenuhnya. Guru mesti memainkan peranannya sebagai pemudah cara atau penolong dalam setiap aktiviti pembelajaran. Guru perlu mahir memilih bahan-bahan yang sesuai dengan aktiviti yang dirancang. Guru juga berperanan sebagai pembimbing yang sentiasa membantu murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasi Teori Vygotsky ke atas pengajaran dan pembelajaran. Implikasi Teori Vygotsky ke atas pengajaran dan pembelajaran. 1. Penilaian perlu difokuskan untuk menentukan Zon Perkembangan Proksimal setiap kanak-kanak. Guru perlu meberi latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya diberi. 2. Gunakan Zon Perkembangan Proksimal dalam pengajaran. Pada had atas tetapkan objektif untuk kanak-kanak capai. Objektif perlu pada tahap kesukaran yang lebih tinggi daripada pencapaian pelajar ketika itu. Guru membantu bila diperlukan. Beri galakan dan semangat untuk kanak-kanak mencuba dan mengaplikasi kemahiran supaya mencapai objektif. 3. Menggalakkan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir. Kanak-kanak boleh mendapatkan bantuan dan sokongan dari rakan-rakan yang sudah memahami konsep yang diajar. 4. Kawal dan galakkan kanak-kanak bercakap sendiri semasa menyelesaikan sesuatu masalah. Bimbing kanak-kanak untuk merealisasikan idea semasa bercakap sendiri ke dalam situasi yang memerlukan penyelesaian. 5. Beri arahan yang bermakna. Seboleh-bolehnya kaitkan pengajaran dengan kehidupan seharian.Kurangkan penghafalan, bimbing pelajar mengaplikasi pengetahuan kepada pengalaman sebenar.
  • 5. iv. Vygotsky: Rakan Sebaya dan Penggunaan Bahan Sumber / Alat Vygotsky menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda murid.Kebanyakan daripada kemahiran kognitif murid terhasil daripada interaksi sosial dengan rakan sebaya.Perkembangan mental murid terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum berkembang dan matang.Walaupun begitu persekitaran dan sistem lingkungan budaya murid membantu mereka mengadaptasi perkembangan kognitif. Setiap budaya menerapkan cara hidup dan cara berfikir kepada murid-murid. Vygotsky turut menekankan penggunaan bahan sumber dan alat. Bahan boleh membantu guru menjelaskan apa yang hendak diajar, membantu murid memahami apa yang diajar. Bahan pengajaran penting sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna, penggerak pelbagai deira, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong pengajaran terancang. 3.0 Kepentingan dan tujuan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam Pengajian Sosial. Sumber ialah segala bahan dan alat yang terdapat di alam ini.Dalam bidang pendidikan, sumber ialah segala bahan dan alat yang dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Dalam program Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru dilaksanakan, pembelajaran Pengajian Sosial yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan alat dan bahan yang sesuai, terutamanya yang boleh dilihat, didengar, dirasa, dihidu dan disentuh oleh murid. Mereka boleh mengalami sendiri apa yang disampaikan oleh guru. Ini membuatkan mereka lebih memahami dan apa yang difahami itu pula akan lebih kekal dalam stor ingatan mereka. Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai. Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan. Kesemua sumber, jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan bertindak sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna. Dengan cara ini, murid akan dapat belajar dalam situasi yang berkesan.
  • 6. Penggunaan sumber penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Hal ini kerana sumber boleh membantu guru menjelaskan isi pelajaran kepada murid dan membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru. Sumber pengajaran dan pembelajaran bertindak sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna, penggerak pelbagai deria, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong kepada pengajaran terancang. i. Kepentingan sumber sebagai media komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Komunikasi melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Proses pengajaran dan pembelajaran juga merupakan satu aspek komunikasi kerana pembelajaran berlaku melalui penyampaian dan penerimaan maklumat. Maklumat-maklumat itu disalurkan melalui media tertentu seperti media cetak dan tayangan video.Media inilah yang menjadi sumber pengajaran.Filem video ialah satu alat komunikasi yang boleh digunakan dengan baik di dalam bilik darjah. Tayangan peristiwa dan pemandangan yang sebenar akan membolehkan murid-murid tahu tentang peristiwa-peristiwa tersebut dengan lebih dekat dan jelas. Dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial di sekolah, guru bertindak sebagai pengirim atau penyampai maklumat dan penerimanya ialah murid.Sementara mesejnya ialah maklumat, fakta, konsep, kemahiran atau nilai yang disampaikan.Sumber ialah saluran atau media yang digunakan untuk menyampaikan maklumat tersebut. ii. Kepentingan sumber sebagai rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Murid akan lebih berminat belajar tentang sesuatu tajuk sekiranya dia dapat melihat, mendengar atau menyentuh objek yang menjadi ii pelajaran. Dengan adanya bahan rangsangan ini, murid akan dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam lagi. Oleh itu mereka dapat mengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna.Bahan merupakan satu faktor utama bagi mempelbagaikan rangsangan murid di samping mengalihhalakan tumpuan mereka kepada perkara- perkara yang menarik, bermakna dan penting dalam pembelajaran. iii. Kepentingan sumber sebagai penjelasan makna dan konsep dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.
  • 7. Dalam pengajaran sesuatu topik, terdapat perkataan dan frasa yang maknanya tidak dapat dihurai dengan perkataan sahaja. Maknanya akan lebih jelas jika diterangkan dengan contoh-contoh tertentu yang memerlukan bahan audio visual atau kedua-duanya sekali. Bahan-bahan ini boleh digunakan di dalam atau di luar bilik darjah seperti siaran langsung atau rakaman peristiwa-peristiwa sebenar melalui radio dan televisyen. Penerangan guru yang diiringi dengan bahan yang dipilih dengan rapi dan sesuai dapat memperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu mereka memahami sesuatu dengan lebih jelas. iv. Kepentingan sumber sebagai penggerak penggunaan pelbagai deria dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Secara semulajadi, kita belajar melalui berbagai-bagai deria iaitu rasa, dengar, lihat, sentuh dan bau.Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga, guru perlu menggunakan berbagai- bagai bentuk dan jenis bahan supaya deria-deria ini boleh digunakan. Kajian telah menunjukkan bahawa manusia mengingati 10% daripada apa yang mereka dengar sahaja, 20% daripada apa yang mereka lihat sahaja dan 65% daripada apa yang mereka dengar dan lihat. Kajian ini jelas membuktikan bahawa lebih banyak deria dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran, lebih teguh pula daya ingatannya. Untuk memastikan apa yang disampaikan itu kekal lama dalam ingatan murid, guru patut mempelbagaikan bahan pengajaran. v. Kepentingan sumber sebagai sumber pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Terdapat bahan yang memberikan pengalaman secara langsung dan tidak langsung kepada murid.Alam sekitar boleh memberikan pengalaman langsung. Contohnya, apabila murid membuat lawatan ke sesuatu tempat, dia akan memahami dan mengetahui apakah bahan maujud yang ada di situ, di samping mengetahui proses menghasilkan bahan-bahan tersebut. Misalnya semasa melawat ke ladang getah, murid-murid dari bandar boleh melihat pokok getah, daunnya, buahnya dan bagaimana susu getah diperoleh dan kemudian diproses menjadi getah keping untuk dipasarkan. Bahkan mereka juga mungkin dapat mengalami sendiri pekerjaan tersebut.
  • 8. Pengalaman ini akan memberi kesan yang mendalam kepada proses pembelajaran murid-murid tersebut. Kita lebih banyak belajar melalui pengalaman sendiri daripada maklumat yang diberi oleh orang lain. Murid-murid juga akan lebih memahami dan mengingati pelajaran yang diterima sekiranya mereka diberi peluang untuk mencuba, mengkaji dan meneliti bahan-bahan yang digunakan. Filem, video atau gambar boleh mengayakan pengalaman seseorang murid. Misalnya, semasa menonton tayangan filem tentang kejadian dan perubahan musim di negara beriklim sejuk dengan pemandangan yang berlainan, murid-murid akan berasa seolah-olah mengalaminya sendiri. Ini akan meningkatkan dan mengukuhkan pemahaman mereka tentang perubahan musim yang mereka tidak pernah mengalami secara langsung. vi. Kepentingan sumber mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Setiap bahan mempunyai cara penggunaannya yang tersendiri. Ini memberi kesan terhadap kaedah dan teknik pengajaran.Dengan menggunakan berbagai-bagai bahan yang ada, kaedah dan teknik pengajaran juga boleh dipelbagaikan. Kemahiran yang sama boleh dikuasai mengikut cara dan teknik yang berlainan berdasarkan jenis alat dan bahan yang digunakan. Misalnya pengetahuan tentang alam sekitar boleh disampaikan melalui tanyang video, teks bacaan atau pengalaman langsung murid. Kepentingan sumber sebagai pendorong pengajaran terancang dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Penggunaan sumber perlu dirancang dari segi kesesuaian, tujuan, masa dan cara menggunakannya. Ini melibatkan perancangan keseluruhan pengajaran dari awal hingga akhir. Dengan cara ini, guru akan merancang sesuatu pelajaran dengan lebih sempurna. 4.0 Prosedur penghasilan dan penggunaan bahan teknologi pendidikan yang sesuai dan tatacara penyelenggaraannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan.
  • 9. Bahan bercetak Bahan-bahan cetak merupakan media pendidikan yang paling mudah didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif. Contoh bahan bercetak adalah seperti buku teks, buku kerja, buku fiksyen, buku rujukan, majalah, risalah, surat, berita, surat khabar dan nota-nota bercetak. Bahan bercetak seperti ini mengandungi maklumat dalam bentuk perkataan, lukisan atau gambar. Pemilihan dan penghasilan bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran dalam Pengajian Sosial perlu menitikberatkan aspek-aspek yang berikut: a. Anggaran kos b. Kebolehgunaan c. Mobiliti d. Bahan mentah e. Saiz dan warna f. Tatahias dan kemasan g. Simpanan dan penyelenggaraan a. Anggaran kos Bahan bercetak amat murah dan mudah untuk didapati. Pencetakan bahan yang banyak akan mengurangkan kos jika dibandingkan dengan bahan pandang-dengar yang lain. Bahan-bahan bercetak, cetakan tempatan atau cetakan sendiri berharga murah dan boleh disediakan dengan cepat. b. Kebolehgunaan Teknologi pendidikan ini memudahkan guru untuk mengajar murid melalui bahan bercetak yang maujud. Guru boleh menggunakan bahan bercetak sekerap mungkin sehingga murid benar-benar
  • 10. dapat mengingati fakta atau perkara yang ingin diperlajari. Murid-murid boleh menggunakannya mengikut kadar kecepatan mereka sendiri. Bahan-bahan tercetak boleh dibaca dengan cepat dan maklumat penting boleh dipelajari tanpa mengikut sesuatu masa pengajaran. Bahan bercetak tidak mempunyai masalah dari segi penggunaannya kerana ia tidak memerlukan sumber tenaga elektrik seperti komputer. Walaubagaimanapun, ia perlu digunakan di tempat yang terang atau mempunyai cahaya kerana jika tidak bahan yang dipaparkan tidak dapat dilihat. c. Mobiliti Bahan bercetak ini boleh digunakan di mana sahaja sama ada di dalam atau di luar kelas. Jika bahan tersebut ingin digunakan di kawasan yang luas seperti dewan, bahan tersebut hendaklah diperbanyakkan.Selain itu, murid-murid juga boleh menggunakan pada bila bila masa bahan bercetak tersebut walaupun tanpa guru. d. Bahan mentah Hampir kesemua bahan bercetak menggunakan kertas sebagai bahan mentah. Penggunaan kertas sangat popular kerana ia mudah didapati selain kos mencetak yang rendah. e. Saiz dan warna Jika gambar atau poster digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran , guru mestilah memastikan saiznya besar dan boleh dilihat oleh semua murid. Perkara ini penting dalam menyampaikan maklumat dan mengekalkan perhatian serta minat murid.Pemilihan warna juga perlu diberi perhatian oleh guru. Warna yang terlalu terang dan terlalu gelap akan menjejaskan fokus murid terhadap penyampaian guru. f. Tatahias dan kemasan Sekiranya guru menggunakan lukisan sebagai bahan bantu mengajar, guru perlu memastikan lukisan tersebut mudah difahami oleh murid. Guru juga perlu mengelakkan penggunaan lukisan yang terlalu abstrak. Hal ini akan menyukarkan murid memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Jika guru mencetak bahan-bahan yang mengandungi tulisan tangan, pastikan tulisan tersebut kemas dan mampu dibaca oleh murid. Bahan bercetak yang terlalu banyak gambar dan warna juga tidak digalakkan untuk diguna sebagai bahan bantu mengajar kerana boleh mengganggu tumpuan murid dalammencapai objektif pembelajaran yang sebenar.
  • 11. g. Simpanan dan penyelenggaraan Bahan bercetak ini perlu disimpan dengan kemas dan teliti kerana bahan ini mudah koyak atau rosak, seperti disimpan di dalam fail, folder, plastik menyimpan kertas dan sebagainya. Gambar- gambar seperti foto dan rajah boleh dimasukkan dalam teks untuk penerangan lebih lanjut mengenai konsep, hujah-hujah dan juga untuk menambahkan minat murid.Bahan-bahan cetakan tambahan boleh dimuatkan di dalam buku teks atau buku latihan sebagai lampiran atau bahan tambahan. Penggunaan bahan dengan cermat serta disimpan di tempat yang selamat memudahkan pengesanan semula dan menjamin ketahanan bahan tersebut. 5.0 Prosedur penghasilan dan penggunaan bahan teknologi maklumat dan komunikasi yang sesuai dan tatacara penyelenggaraannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada setiap murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu. Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat.Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima. Penghasilan bahan teknologi maklumat: Persembahan Elektronik Multimedia
  • 12. Terdapat beberapa perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan Persembahan Elektronik Multimedia, sesuai digunakan dalam kelas.Antara perisian yang biasa digunakan ialah Microsoft Office Powerpoint. Sebelum membina persembahan elektronik multimedia Powerpoint, guru perlu memastikan elemen grafik yang digunakan menepati keperluan murid-murid. Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka,perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim (guru) kepada sasarannya (murid) dalam proses menyampaikan maklumat. Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual). Selain aspek grafik, reka letak visual juga mempengaruhi kualiti persembahan elektronik multimedia Powerpoint yang dihasilkan. Terdapat beberapa perkara yang perlu dikenalpasti oleh guru semasa menghasilkan sebuah persembahan elektronik multimedia Powerpoint iaitu: a. Simplisiti b. Dominan c. Pola d. Seimbang e. Warna f. Huruf a. Simplisiti Visual yang ditayangkan hendaklah dihadkan kepada satu idea. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan dan seterusnya akan mengalih tumpuan murid keluar daripada objektif pembelajaran. b. Dominan Dominan bererti pusat penumpuan atau minat.Di dalam slaid persembahan Powerpoint, guru perlu mewujudkan sesuatu yang boleh menarik minat murid-murid.Sebagai contoh, jika guru ingin mengajar tentang negeri Kedah, guru boleh mempersembahkan gambar sawah padi bagi
  • 13. menimbulkan inkuiri murid.Dengan yang demikian, murid dapat mengekalkan minat untuk mengikuti pembelajaran yang seterusnya. c. Pola Pola merupakan susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual.Susunan item perlulah mematuhi urutan yang rasional bagi memudahkan pemahaman murid. Sebagai contoh, guru menggunakan gambar anak panah bagi menunjukkan proses untuk membuat kain batik yang menjadi warisan tradisi di negeri Terengganu. d. Seimbang Guru perlu bijak untuk menggunakan ruang di dalam slaid persembahan. Keadaan kesamaan dari segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu susunan slaid akan menjadikan persembahan lebih kemas dan teratur. e. Warna Warna merupakan satu elemen reka letak visual yang penting.Pemilihan warna yang tepat membantu keberkesanan persembahan.Warna mempunyai beberapa fungsi iaitu pertama, warna membantu membuat penegasan dan mewujudkan tumpuan.Kedua, warna memudahkan sesuatu item dilihat. Ketiga,warna mewujudkan perasaan harmoni dan melahirkan kesan tertentu seperti panas, sejuk, bergetar, kesan psikologi dan sebagainya kepada murid-murid. f. Huruf Pemilihan huruf juga penting dalam menghasilkan persembahan elektronik multimedia. Saiz dan jenis huruf mempengaruhi penerimaan murid-murid terhadapa apa yang disampaikan oleh guru. Guru perlu memilih jenis huruf yang senang dibaca. Penggunaan huruf besar hanya sesuai untuk tajuk yang pendek manakala untuk tajuk yang panjang, huruf bersaiz kecil digunakan mengikut kesesuaian.Guru juga perlu memastikan bahawa jarak di antara dua perkataan ialah 1atau 1 ½ lebar huruf. Biarkan ruang di antara huruf kelihatan sama walaupun jaraknya berbeza. Hurufan terang yang diletakkan di atas latar belakang gelap di dapati lebih jelas daripada sebaliknya. g. Tatahias dan kemasan Guru perlu memilih warna yang mempunyai kontras antara latar dengan imej atau teks. Selain itu, guru juga perlu memilih warna yang lembut dan selesa dipandang oleh penerima iaitu murid.Bagi memastikan slaid yang dihasilakn tersebut kemas dan teratur, gunakan empat warna sahaja dalam satu skrin/slaid.Tatahias warna juga dapat menjelaskan konsep atau menunjukkan
  • 14. penegasan.Contohnya slaid berlatarbelakangkan warna merah menunjukkan penegasan dan perhatian. Penyelenggaraan bahan teknologi maklumat: Persembahan Elektronik Multimedia. Setiap bahan bantu mengajar perlu diselenggara dengan baik termasuklah persembahan elektronik multimedia. Persembahan yang telah siap dihasilkan perlu disimpan dalam beberapa bentuk iaitu dalam bentuk dokumentasi (hard copy) dan dalam bentuk perisian (soft copy). Persembahan elektronik yang dicetak dan didokumenkan boleh dijadikan rujukan pada bila-bila masa manakala persembahan yang disimpan dalam bentuk perisian mempunyai beberapa kelebihan.Antaranya ialah, isi kandungan di dalam persembahan elektronik tersebut boleh disunting pada bila-bila masa mengikut keperluan murid dan keperluan semasa. Selain itu, persembahan elektronik yang disimpan dalam bentuk perisian juga dapat disalin ke dalam alat-alat teknologi maklumat yang lain seperti cakera padat, thumb-drive dan lain-lain. 6.0 Rumusan Sumber pengajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku- buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka.
  • 15. Teknologi pendidikan pula merupakan satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran. Kecekapan guru menggunakan pelbagai sumber dalam pe