TEKNIK & BENGKEL MENJAWAB SOALAN
          BAHASA MELAYU
             KERTAS 2




     NORHESAM BIN SULIMAN
      GURU BAHASA MELAYU
             SKBJ
BAHAGIAN A
    • 5 SOALAN         •1 SOALAN – WAJIB JAWAB
 •1 JAM 15 MINIT    •MEMBINA 5 AYAT BERDASARKAN
                     •GAMBAR/CARTA/GRAF/JADUAL
                         •15 MINIT – 10 MARKAH



                                BAHAGIAN B
                            •3 SOALAN – PILIH 1
                     • MENULIS KARANGAN LENGKAP
                    FORMAT UMUM / FORMAT KHUSUS
  FORMAT               •TIDAK KURANG DRPD 80 P.P.
  KERTAS 2                •40 MINIT – 30 MARKAH
    012

                               BAHAGIAN C
                       •1 SOALAN – WAJIB JAWAB
                          •MEMBUAT RUMUSAN
                A
            B UK             (PETIKAN/PUISI)
       N TER HAD          (NILAI / PENGAJARAN)
            R
  E SPO N TE         •TIDAK MELEBIHI DRPD 50 P.P.
•R SPO
 •RE                       • SATU PERENGGAN
                         • 20 MINIT – 20 MARKAH
TEKNIK & BENGKEL MENJAWAB SOALAN
          BAHASA MELAYU
             KERTAS 2




     BAHAGIAN A
FORMAT PENULISAN BAHAGIAN A



1. JENIS INSTRUMENT   -   Ujian Subjektif
2. JENIS ITEM         -   Subjektif / Respon Terhad
3. BILANGAN SOALAN    -   1 soalan wajib dijawab
4. JUMLAH MARKAH      -   10 markah
5. TEMPOH             -   15 minit
6. KONSTRUK YANG
   DITAKSIR                   - Memahami dan
                          memindahkan maklumat
                          (Diberi bahan rangsangan)
KERTAS 2 – BAHAGIAN A

15 MINIT                                    10 MARKAH
                 CONTOH SOALAN


 Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar
 di bawah.


 Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi
 yang terdapat dalam gambar.


 Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti
 yang terdapat dalam gambar.
LANGKAH-LANGKAH
       MENJAWAB BAHAGIAN A
• Teliti gambar/carta/graf yang diberi.
• Tentukan tema / tajuk / persoalan yang
  diketengahkan.
• Baca dan fahami kehendak soalan / arahan.
• Senaraikan lima kosa kata yang sesuai (aktiviti /
  situasi / gambar)
• Bina 5 ayat yang lengkap / gramatis.
• Semak tanda baca dan ejaan.
MEMBINA AYAT
1. Siapa – Apa - Di mana – Bagaimana - Kenapa


* Gunakan kata hubung yang sesuai.
idea
1.   Gotong-royong.
2.   Memadam papan hitam.
3.   Mengelap tingkap.
4.   Menyusun kerusi dan meja.
5.   Menyapu lantai dan membuang sampah.
Contoh Jawapan
1.   Sekumpulan murid sedang bergotong-royong
     membersihkan kelas mereka agar kelihatan lebih
     selesa.
2.   Seorang budak lelaki sedang memadam papan hitam
     dengan menggunakan pemadan papan hitam.
3.   Dua orang budak perempuan sedang mengelap
     tingkap yang berhabuk dengan kain yang basah.
4.   Dua orang budak lelaki sedang menyusun kerusi dan
     meja agar kelihatan kemas dan teratur.
5.   Seorang budak perempuan sedang menyapu sampah
     di lantai manakala dua orang budak lelaki mengangkat
     tong sampah untuk dibuang.
idea
1.   Mengadakan sukan.
2.   Berlari.
3.   Bersorak.
4.   Merawat.
5.   Mencatat.
Contoh Jawapan
1. Sebuah sekolah telah mengadakan sukan
   tahunan di padang.
2. Beberapa orang peserta lumba lari sedang
   berlari dengan pantas di lorong yang
   disediakan.
3. Para penyokong yang hadir telah bersorak
   kepada pasukan masing-masing untuk
   memberi semangat.
4. Beberapa orang ahli Bulan Sabit Merah
   sedang merawat beberapa orang murid
   yang tercedera semasa sukan tersebut.
5. Seorang guru sedang mencatat rekod bagi
   acara lompat tinggi.
idea
1.   Berkelah.
2.   Menyediakan makanan.
3.   Membaca surat khabar.
4.   Membina istana pasir.
5.   Mandi di laut.
Contoh Jawapan
1. Encik Aiman berkelah di tepi pantai bersama
   keluarganya.
2. Isteri Encik Aiman sedang menyediakan
   makanan untuk keluarganya di atas sebidang
   tikar.
3. Encik Aiman sedang membaca senaskhah surat
   khabar sambil mendengar radio.
4. Dua orang anak perempuan Encik Aiman
   sedang membina istana pasir yang besar.
5. Beberapa orang budak sedang mandi-manda di
   laut yang kelihatan tenang.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN
     BAHASA MELAYU
        KERTAS 2




 BAHAGIAN B
FORMAT PENULISAN BAHAGIAN B



. JENIS INSTRUMENT   -   Ujian Subjektif
. JENIS ITEM         -   Subjektif / Respon Terbuka
. BILANGAN SOALAN    -   3 soalan- pilih 1 sahaja
. JUMLAH MARKAH      -   30 markah
. TEMPOH             -   40 minit
. KONSTRUK YANG
  DITAKSIR                    - Kemahiran menulis karangan
                         berformat khusus/ berformat biasa.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN
 PENULISAN BAHAGIAN B
• Baca kesemua soalan yang diberi.
• Garis kata kunci / kehendak soalan.
• Tentukan format umum atau khusus.
• Buat pilihan berdasarkan pengetahuan
  yang ada.
• Mencatat isi-isi penting /peta minda.
• Mengarang dengan membina ayat
  gramatis.
• Menyemak ayat, tanda baca, ejaan dan
  kosa kata.
CONTOH SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 2
               BAHAGIAN B
                                           Bahagian B
                                [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
                                           [30 markah]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang
daripada 80 patah perkataan.

1. Sekolah kamu telah mengadakan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan dan menceriakan
   kawasan sekolah. Gambarkan suasana pada hari tersebut.

                                               ATAU

2. “Belajar Melalui Kelas Bimbingan Lebih Berkesan daripada Belajar Sendiri”. Sebagai pihak
   pencadang dalam satu pertandingan bahas, tuliskan karangan perbahasan kamu itu
   berdasarkan tajuk tersebut selengkapnya.

                                              ATAU

3. Seorang rakan kamu telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan bercerita di peringkat
  daerah. Kamu menghubunginya melalui telefon untuk mengetahui rahsia kejayaannya.
  Tuliskan perbualan kamu dengan rakan kamu itu.
KERTAS 2 – BAHAGIAN B
  Karangan            Karangan
Format Umun          Format Khas
     Fakta                Berita
     Cerita             Catatan
     Situasi            Laporan
    Biografi            Ucapan
   Gambaran            Ceramah
  Rangsangan           Syarahan
   Peribahasa         Perbahasan
  Autobiografi   Dialog / Temu Ramah
 Perbincangan    Surat Kiriman Rasmi
  Penerangan       Surat Tak Rasmi
BERITA
      LIMA MAUT DI JALAN RAYA

TAIPING, Rabu -
CATATAN HARIAN
     LAWATAN KE PULAU PINANG

23 Jun 2006, Sabtu

7.00 pagi -

9.00 pagi -
LAPORAN
        LAPORAN HARI KANTIN



Laporan disediakan oleh, 24 JUN 2006.
……………………………
(ABDUL WAHAB B. BUANG)
Setiausaha Hari Kantin,
SK. Asam Kumbang.
UCAPAN/CERAMAH/SYARAHAN/PERBAHASAN

             UCAPAN PERSARAAN

      Yang dihormati tuan pengerusi majlis, Guru
 Besar SK. Asam Kumbang, guru-guru penolong
 kanan, guru-guru dan rakan-rakan. Assalamuaikum
 dan salam sejahtera saya ucapkan.




      Sekian, terima kasih.
DIALOG
      TEMU RAMAH TOKOH PELAJAR

Ahmad    :

Ali     :
SURAT KIRIMAN RASMI
Persatuan Bahasa Melayu,
SK. Asam Kumbang,
34000 Taiping.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Guru Besar,
SK. Asam Kumbang,
34000 TAIPING.                                                                                       13 JULAI 2006.

Tuan,

Lawatan Sambil Belajar


2.

        Sekian, terima kasih.

Yang benar,
………………………….
(ABDUL WAHAB B. BUANG)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
SK. Asam Kumbang.
SURAT KIRIMAN TIDAK
              RASMI
                                            15, Jalan Melur,
                                             Taman Bunga,
                                             34000 Taiping.

                                            13 Julai 2006.

Menemui sahabatku Ali b. Baba yang berada di Ipoh dengan selamatnya.

Saudara,

                                            Yang benar,
                                             ……………….
                                            (Kasim)
CARA 2
                   Pengenalan
         N
       KA UM
     TU M
 TEN T U             Idea 1
    MA U     S
FOR ATA KHA
        AT
     RM
   FO               Idea 2
         I
      BIH            Idea 3
M ELE P.
  80 P.
                     Idea 4
 40 MINIT
                    Penutup

       30 MARKAH
                    Tulisan kemas
Jenis : Gambaran
Soalan: Kamu telah mengikut ibu kamu ke sebuah pasar malam.
Gambarkan
        suasana di pasar malam itu.
Idea :
  Pengenalan       Sabtu            Kamunting        Ibu

 Idea 1           Riuh-rendah       Pengunjung      Sesak

 Idea 2           Gerai             Makanan         Pakaian

 Idea 3           Memilih           Tawar-menawar   Membeli

 Idea 4           Peminta sedekah   Ubat-ubatan     menangis

 Penutup          Pulang            Gembira         Lega
Suasana di Sebuah Pasar Malam

    Pada hari Sabtu yang lalu saya pergi ke sebuah pasar malam. Pasar malam itu terletak
di Kamunting. Kali ini saya pergi dengan ibu.

   Dari jauh kedengaran suara riuh-rendah. Ramai pengunjung yang datang ke pasar
malam itu. Keadaannya sungguh sesak.

  Banyak gerai yang didirikan oleh para peniaga. Ada yang menjual pelbagai jenis
makanan dan minuman. Ada juga yang menjual pakaian baharu dan yang terpakai.

   Para pengunjung sibuk memilih barang-barang yang hendak dibeli oleh mereka. Proses
tawar-menawar juga berlaku antara penjual dengan pembeli untuk mendapatkan harga yang
berpatutan. Setelah berpuas hati, barulah mereka membelinya.

    Selain itu, terdapat beberapa orang peminta sedekah yang cacat penglihatan. Tidak
ketinggalan juga ada yang menjual ubat-ubatan tradisional orang-orang Melayu. Sekali-
sekala kedengaran kanak-kanak menangis meminta sesuatu barang daripada ibu bapa
mereka.

    Setelah membeli barang keperluan, kami pun pulang ke rumah. Saya sungguh gembira
dapat menemani ibu ke pasar malam. Sungguh lega rasanya apabila keluar dari pasar malam
itu.
Jenis : Laporan
Soalan: Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan
         pertandingan bercerita. Sebagai setiausaha, kamu diminta
         menyediakan laporan aktiviti pertandingan tersebut.
Idea :
  Pengenalan        12 Februari 2007    Dianjurkan         Dewan

 Idea 1            8.00 pagi         Semua murid        Dirasmikan

 Idea 2            Peserta           Tahap              Berketrampilan

 Idea 3            Tajuk             10 minit           Menarik

 Idea 4            Hakim             Hadiah             Juara

 Penutup           Jamuan            Lancar             Bersurai
LAPORAN PERTANDINGAN BERCERITA

   Pada 12 Februari 2007 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Asam Kumbang telah mengadakan Pertandingan
Bercerita Peringkat Sekolah. Pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu. Majlis itu
berlangsung di dewan sekolah.

  Pertandingan bercerita itu bermula pada pukul 8.00 pagi. Semua murid tahap 1 dan tahap 2
menyaksikan pertandingan itu. Pertandingan bercerita itu telah dirasmikan oleh Guru Besar.

   Sebanyak 12 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Mereka terdiri
daripada pelajar-pelajar tahap 1 dan tahap 2. Semua peserta yang terpilih adalah berketrampilan.

  Tajuk cerita yang disampaikan adalah bebas. Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta ialah 10
minit. Persembahan para peserta adalah sungguh menarik dan menghiburkan.

   Hakim-hakim terdiri daripada guru Bahasa Melayu sekolah ini. Hadiah yang disediakan berupa piala
dan sijil. Juara pertandingan ini ialah Siti Aminah bt. Alias bagi tahap 1 dan Adnan b. Adlan bagi tahap 2.

  Jamuan telah diadakan untuk para guru dan hakim. Pertandingan ini telah berjalan dengan lancar.
Majlis bersurai pada pukul 1.00 tengah hari.

Laporan disediakan oleh,                                                         14 FEBRUARI 2007.
…………………..
(AMIN B. ATAN)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
SK. Asam Kumbang, Taiping.
BAHASA MELAYU
   KERTAS 2
    (UPSR)
TEKNIK MENJAWAB


BAHAGIAN C
FORMAT PENULISAN BAHAGIAN C



1. JENIS INSTRUMENT   -   Ujian Subjektif
2. JENIS ITEM         -   Subjektif / Respon Terhad
3. BILANGAN SOALAN    -   1 soalan wajib dijawab
4. JUMLAH MARKAH      -   20 markah
5. TEMPOH             -   20 minit
6. KONSTRUK YANG
   DITAKSIR                   - Memahami dan
                          mengulas
                          (Diberi petikan)
Contoh Soalan

Tulis beberapa nilai yang boleh kamu dapati daripada petikan
di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi daripada 50
patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.



Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan
di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi daripada 50
patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.


Tulis beberapa nilai/pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan
di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi daripada 50
patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Contoh Nilai Murni



amanah, bertimbang rasa, bersopan-santun, bekerjasama, beradap,
berdikari, berani, bertolak-ansur, berhati-hati, berusaha, berterus
terang,

bertanggungjawab, berperikemanusiaan, beriman, berinovasi,
berdisiplin, berwawasan, bersyukur, bercakap benar,

berterima kasih, dermawan, hormat-menghormati, ikhlas, jujur,
kreatif, merendah diri, memahami, menepati janji, menepati masa,

merendah diri/tawaduk, mengenang jasa, mengikut nasihat,
penyayang, prihatin, pemaaf, patuh, patriotik, pengasih/penyayang,

rajin, sabar, sedia berkhidmat, setia, simpati, tenang, tabah/tidak
berputus asa, tegas, teliti, taat, telus, tawakal,
Langkah Menjawab

1)   Baca petikan yang diberi dengan teliti.
2)   Baca setiap baris ayat untuk mendapatkan nilai atau
     pengajaran yang tersurat atau tersirat.
3)   Catatkan idea.
4)   Bina ayat yang gramatis.
     - kita mesti, kita hendaklah, kita seharusnya, kita
     sewajarnya, kita sepatutnya, kita perlu,…
5)   Guna penanda wacana yang sesuai.
6)   Semak kosa kata, tanda baca dan ejaan.
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di
bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50
patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.

         Ibu Naufal melarangnya keluar rumah pada waktu
  malam tetapi larangan itu tidak diendahkannya. Setiap
  malam, dia pasti keluar bersama-sama rakannya.
  Mereka sering kali berbual-bual di tepi persimpangan
  jalan taman perumahan mereka. Kerja sekolah tidak
  dipedulikannya.

        Pada suatu malam, ketika Naufal dan rakan-
  rakannya berada di persimpangan jalan itu, sebuah
  kereta yang hilang kawalan terbabas menuju ke arah
  mereka. Kereta yang laju itu melanggar tembok tempat
  mereka duduk. Tindakan pantas mereka dengan
  melompat dari tempat itu telah menyelamatkan nyawa
  masing-masing. Walaupun begitu, kaki Naufal patah
  kerana terjatuh ke dalam longkang. Naufal menyesal
  kerana tidak mendengar nasihat ibunya.
Pengajaran
1.   Mendengar nasihat.
2.   Menghargai masa.
3.   Bertanggungjawab
4.   Berhati-hati.
5.   Insaf.
CONTOH JAWAPAN
   Pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah
kita mesti mendengar nasihat ibu bapa yang
mahukan kita menjadi anak yang baik. Kita
patut menghargai masa dengan melakukan
perkara-perkara yang berfaedah. Selain itu, kita
perlu bertanggungjawab menyiapkan kerja
sekolah yang diberi oleh guru. Seterusnya, kita
sewajarnya berhati-hati ketika berada di
kawasan jalan raya. Akhir sekali, kita
seharusnya insaf jika telah melakukan sesuatu
kesilapan.
Tulis lima amalan baik yang dapat kamu peroleh daripada petikan di
bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50
   patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

     Razif murid yang rajin menelaah pelajaran. Pada
 masa yang sama juga, dia selalu membantu ibu dan
 bapanya di rumah. Antara kerja yang sering dilakukan
 seperti membasuh pinggan mangkuk dan menyapu
 sampah. Secara tidak langsung, dia dapat meringankan
 beban kerja ibunya. Razif juga mempunyai hobi. Dia
 suka membaca buku cerita sama ada cerita kanak-
 kanak atau cerita rakyat. Terdapat koleksi buku yang
 banyak di rumahnya. Buku-buku tersebut disimpan
 dengan rapi di dalam almari. Razif amat pandai
 membaca. Ada juga hadiah daripada kakaknya. Cerita-
 cerita yang dia baca amat bermakna dan memberi
 pengajaran kepadanya.
Nilai/Pengajaran
1.   Tekun.
2.   Tolong-menolong.
3.   Baik hati.
4.   Menghargai masa.
5.   Cermat.
Contoh jawapan
     Amalan baik yang terdapat dalam petikan
ialah kita mesti tekun dalam pelajaran. Kita
patut tolong-menolong antara satu sama lain
terutama apabila berada di rumah. Selain itu,
kita juga perlu baik hati dengan ibu bapa kita.
Seterusnya, kita sewajaranya menghargai masa
yang ada dengan melakukan perkara yang
berfaedah. Akhir sekali, kita seharusnya cermat
menggunakan barang-barang kepunyaan kita
agar boleh disimpan dengan lebih lama.
Sekian,
semoga
berjaya!

Teknik jawab soalan BM K2

  • 1.
    TEKNIK & BENGKELMENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 NORHESAM BIN SULIMAN GURU BAHASA MELAYU SKBJ
  • 2.
    BAHAGIAN A • 5 SOALAN •1 SOALAN – WAJIB JAWAB •1 JAM 15 MINIT •MEMBINA 5 AYAT BERDASARKAN •GAMBAR/CARTA/GRAF/JADUAL •15 MINIT – 10 MARKAH BAHAGIAN B •3 SOALAN – PILIH 1 • MENULIS KARANGAN LENGKAP FORMAT UMUM / FORMAT KHUSUS FORMAT •TIDAK KURANG DRPD 80 P.P. KERTAS 2 •40 MINIT – 30 MARKAH 012 BAHAGIAN C •1 SOALAN – WAJIB JAWAB •MEMBUAT RUMUSAN A B UK (PETIKAN/PUISI) N TER HAD (NILAI / PENGAJARAN) R E SPO N TE •TIDAK MELEBIHI DRPD 50 P.P. •R SPO •RE • SATU PERENGGAN • 20 MINIT – 20 MARKAH
  • 3.
    TEKNIK & BENGKELMENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 BAHAGIAN A
  • 4.
    FORMAT PENULISAN BAHAGIANA 1. JENIS INSTRUMENT - Ujian Subjektif 2. JENIS ITEM - Subjektif / Respon Terhad 3. BILANGAN SOALAN - 1 soalan wajib dijawab 4. JUMLAH MARKAH - 10 markah 5. TEMPOH - 15 minit 6. KONSTRUK YANG DITAKSIR - Memahami dan memindahkan maklumat (Diberi bahan rangsangan)
  • 5.
    KERTAS 2 –BAHAGIAN A 15 MINIT 10 MARKAH CONTOH SOALAN Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.
  • 6.
    LANGKAH-LANGKAH MENJAWAB BAHAGIAN A • Teliti gambar/carta/graf yang diberi. • Tentukan tema / tajuk / persoalan yang diketengahkan. • Baca dan fahami kehendak soalan / arahan. • Senaraikan lima kosa kata yang sesuai (aktiviti / situasi / gambar) • Bina 5 ayat yang lengkap / gramatis. • Semak tanda baca dan ejaan.
  • 7.
    MEMBINA AYAT 1. Siapa– Apa - Di mana – Bagaimana - Kenapa * Gunakan kata hubung yang sesuai.
  • 9.
    idea 1. Gotong-royong. 2. Memadam papan hitam. 3. Mengelap tingkap. 4. Menyusun kerusi dan meja. 5. Menyapu lantai dan membuang sampah.
  • 10.
    Contoh Jawapan 1. Sekumpulan murid sedang bergotong-royong membersihkan kelas mereka agar kelihatan lebih selesa. 2. Seorang budak lelaki sedang memadam papan hitam dengan menggunakan pemadan papan hitam. 3. Dua orang budak perempuan sedang mengelap tingkap yang berhabuk dengan kain yang basah. 4. Dua orang budak lelaki sedang menyusun kerusi dan meja agar kelihatan kemas dan teratur. 5. Seorang budak perempuan sedang menyapu sampah di lantai manakala dua orang budak lelaki mengangkat tong sampah untuk dibuang.
  • 12.
    idea 1. Mengadakan sukan. 2. Berlari. 3. Bersorak. 4. Merawat. 5. Mencatat.
  • 13.
    Contoh Jawapan 1. Sebuahsekolah telah mengadakan sukan tahunan di padang. 2. Beberapa orang peserta lumba lari sedang berlari dengan pantas di lorong yang disediakan. 3. Para penyokong yang hadir telah bersorak kepada pasukan masing-masing untuk memberi semangat. 4. Beberapa orang ahli Bulan Sabit Merah sedang merawat beberapa orang murid yang tercedera semasa sukan tersebut. 5. Seorang guru sedang mencatat rekod bagi acara lompat tinggi.
  • 15.
    idea 1. Berkelah. 2. Menyediakan makanan. 3. Membaca surat khabar. 4. Membina istana pasir. 5. Mandi di laut.
  • 16.
    Contoh Jawapan 1. EncikAiman berkelah di tepi pantai bersama keluarganya. 2. Isteri Encik Aiman sedang menyediakan makanan untuk keluarganya di atas sebidang tikar. 3. Encik Aiman sedang membaca senaskhah surat khabar sambil mendengar radio. 4. Dua orang anak perempuan Encik Aiman sedang membina istana pasir yang besar. 5. Beberapa orang budak sedang mandi-manda di laut yang kelihatan tenang.
  • 20.
    TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 BAHAGIAN B
  • 21.
    FORMAT PENULISAN BAHAGIANB . JENIS INSTRUMENT - Ujian Subjektif . JENIS ITEM - Subjektif / Respon Terbuka . BILANGAN SOALAN - 3 soalan- pilih 1 sahaja . JUMLAH MARKAH - 30 markah . TEMPOH - 40 minit . KONSTRUK YANG DITAKSIR - Kemahiran menulis karangan berformat khusus/ berformat biasa.
  • 22.
    TEKNIK MENJAWAB SOALAN PENULISAN BAHAGIAN B • Baca kesemua soalan yang diberi. • Garis kata kunci / kehendak soalan. • Tentukan format umum atau khusus. • Buat pilihan berdasarkan pengetahuan yang ada. • Mencatat isi-isi penting /peta minda. • Mengarang dengan membina ayat gramatis. • Menyemak ayat, tanda baca, ejaan dan kosa kata.
  • 23.
    CONTOH SOALAN BAHASAMELAYU KERTAS 2 BAHAGIAN B Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. 1. Sekolah kamu telah mengadakan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah. Gambarkan suasana pada hari tersebut. ATAU 2. “Belajar Melalui Kelas Bimbingan Lebih Berkesan daripada Belajar Sendiri”. Sebagai pihak pencadang dalam satu pertandingan bahas, tuliskan karangan perbahasan kamu itu berdasarkan tajuk tersebut selengkapnya. ATAU 3. Seorang rakan kamu telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan bercerita di peringkat daerah. Kamu menghubunginya melalui telefon untuk mengetahui rahsia kejayaannya. Tuliskan perbualan kamu dengan rakan kamu itu.
  • 24.
    KERTAS 2 –BAHAGIAN B Karangan Karangan Format Umun Format Khas Fakta Berita Cerita Catatan Situasi Laporan Biografi Ucapan Gambaran Ceramah Rangsangan Syarahan Peribahasa Perbahasan Autobiografi Dialog / Temu Ramah Perbincangan Surat Kiriman Rasmi Penerangan Surat Tak Rasmi
  • 25.
    BERITA LIMA MAUT DI JALAN RAYA TAIPING, Rabu -
  • 26.
    CATATAN HARIAN LAWATAN KE PULAU PINANG 23 Jun 2006, Sabtu 7.00 pagi - 9.00 pagi -
  • 27.
    LAPORAN LAPORAN HARI KANTIN Laporan disediakan oleh, 24 JUN 2006. …………………………… (ABDUL WAHAB B. BUANG) Setiausaha Hari Kantin, SK. Asam Kumbang.
  • 28.
    UCAPAN/CERAMAH/SYARAHAN/PERBAHASAN UCAPAN PERSARAAN Yang dihormati tuan pengerusi majlis, Guru Besar SK. Asam Kumbang, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan. Assalamuaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Sekian, terima kasih.
  • 29.
    DIALOG TEMU RAMAH TOKOH PELAJAR Ahmad : Ali :
  • 30.
    SURAT KIRIMAN RASMI PersatuanBahasa Melayu, SK. Asam Kumbang, 34000 Taiping. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Guru Besar, SK. Asam Kumbang, 34000 TAIPING. 13 JULAI 2006. Tuan, Lawatan Sambil Belajar 2. Sekian, terima kasih. Yang benar, …………………………. (ABDUL WAHAB B. BUANG) Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, SK. Asam Kumbang.
  • 31.
    SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI 15, Jalan Melur, Taman Bunga, 34000 Taiping. 13 Julai 2006. Menemui sahabatku Ali b. Baba yang berada di Ipoh dengan selamatnya. Saudara, Yang benar, ………………. (Kasim)
  • 32.
    CARA 2 Pengenalan N KA UM TU M TEN T U Idea 1 MA U S FOR ATA KHA AT RM FO Idea 2 I BIH Idea 3 M ELE P. 80 P. Idea 4 40 MINIT Penutup 30 MARKAH Tulisan kemas
  • 33.
    Jenis : Gambaran Soalan:Kamu telah mengikut ibu kamu ke sebuah pasar malam. Gambarkan suasana di pasar malam itu. Idea : Pengenalan Sabtu Kamunting Ibu Idea 1 Riuh-rendah Pengunjung Sesak Idea 2 Gerai Makanan Pakaian Idea 3 Memilih Tawar-menawar Membeli Idea 4 Peminta sedekah Ubat-ubatan menangis Penutup Pulang Gembira Lega
  • 34.
    Suasana di SebuahPasar Malam Pada hari Sabtu yang lalu saya pergi ke sebuah pasar malam. Pasar malam itu terletak di Kamunting. Kali ini saya pergi dengan ibu. Dari jauh kedengaran suara riuh-rendah. Ramai pengunjung yang datang ke pasar malam itu. Keadaannya sungguh sesak. Banyak gerai yang didirikan oleh para peniaga. Ada yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Ada juga yang menjual pakaian baharu dan yang terpakai. Para pengunjung sibuk memilih barang-barang yang hendak dibeli oleh mereka. Proses tawar-menawar juga berlaku antara penjual dengan pembeli untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Setelah berpuas hati, barulah mereka membelinya. Selain itu, terdapat beberapa orang peminta sedekah yang cacat penglihatan. Tidak ketinggalan juga ada yang menjual ubat-ubatan tradisional orang-orang Melayu. Sekali- sekala kedengaran kanak-kanak menangis meminta sesuatu barang daripada ibu bapa mereka. Setelah membeli barang keperluan, kami pun pulang ke rumah. Saya sungguh gembira dapat menemani ibu ke pasar malam. Sungguh lega rasanya apabila keluar dari pasar malam itu.
  • 35.
    Jenis : Laporan Soalan:Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan pertandingan bercerita. Sebagai setiausaha, kamu diminta menyediakan laporan aktiviti pertandingan tersebut. Idea : Pengenalan 12 Februari 2007 Dianjurkan Dewan Idea 1 8.00 pagi Semua murid Dirasmikan Idea 2 Peserta Tahap Berketrampilan Idea 3 Tajuk 10 minit Menarik Idea 4 Hakim Hadiah Juara Penutup Jamuan Lancar Bersurai
  • 36.
    LAPORAN PERTANDINGAN BERCERITA Pada 12 Februari 2007 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Asam Kumbang telah mengadakan Pertandingan Bercerita Peringkat Sekolah. Pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu. Majlis itu berlangsung di dewan sekolah. Pertandingan bercerita itu bermula pada pukul 8.00 pagi. Semua murid tahap 1 dan tahap 2 menyaksikan pertandingan itu. Pertandingan bercerita itu telah dirasmikan oleh Guru Besar. Sebanyak 12 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar tahap 1 dan tahap 2. Semua peserta yang terpilih adalah berketrampilan. Tajuk cerita yang disampaikan adalah bebas. Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta ialah 10 minit. Persembahan para peserta adalah sungguh menarik dan menghiburkan. Hakim-hakim terdiri daripada guru Bahasa Melayu sekolah ini. Hadiah yang disediakan berupa piala dan sijil. Juara pertandingan ini ialah Siti Aminah bt. Alias bagi tahap 1 dan Adnan b. Adlan bagi tahap 2. Jamuan telah diadakan untuk para guru dan hakim. Pertandingan ini telah berjalan dengan lancar. Majlis bersurai pada pukul 1.00 tengah hari. Laporan disediakan oleh, 14 FEBRUARI 2007. ………………….. (AMIN B. ATAN) Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, SK. Asam Kumbang, Taiping.
  • 37.
    BAHASA MELAYU KERTAS 2 (UPSR) TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN C
  • 38.
    FORMAT PENULISAN BAHAGIANC 1. JENIS INSTRUMENT - Ujian Subjektif 2. JENIS ITEM - Subjektif / Respon Terhad 3. BILANGAN SOALAN - 1 soalan wajib dijawab 4. JUMLAH MARKAH - 20 markah 5. TEMPOH - 20 minit 6. KONSTRUK YANG DITAKSIR - Memahami dan mengulas (Diberi petikan)
  • 39.
    Contoh Soalan Tulis beberapanilai yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Tulis beberapa nilai/pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
  • 40.
    Contoh Nilai Murni amanah,bertimbang rasa, bersopan-santun, bekerjasama, beradap, berdikari, berani, bertolak-ansur, berhati-hati, berusaha, berterus terang, bertanggungjawab, berperikemanusiaan, beriman, berinovasi, berdisiplin, berwawasan, bersyukur, bercakap benar, berterima kasih, dermawan, hormat-menghormati, ikhlas, jujur, kreatif, merendah diri, memahami, menepati janji, menepati masa, merendah diri/tawaduk, mengenang jasa, mengikut nasihat, penyayang, prihatin, pemaaf, patuh, patriotik, pengasih/penyayang, rajin, sabar, sedia berkhidmat, setia, simpati, tenang, tabah/tidak berputus asa, tegas, teliti, taat, telus, tawakal,
  • 41.
    Langkah Menjawab 1) Baca petikan yang diberi dengan teliti. 2) Baca setiap baris ayat untuk mendapatkan nilai atau pengajaran yang tersurat atau tersirat. 3) Catatkan idea. 4) Bina ayat yang gramatis. - kita mesti, kita hendaklah, kita seharusnya, kita sewajarnya, kita sepatutnya, kita perlu,… 5) Guna penanda wacana yang sesuai. 6) Semak kosa kata, tanda baca dan ejaan.
  • 42.
    Tulis lima pengajaranyang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan. Ibu Naufal melarangnya keluar rumah pada waktu malam tetapi larangan itu tidak diendahkannya. Setiap malam, dia pasti keluar bersama-sama rakannya. Mereka sering kali berbual-bual di tepi persimpangan jalan taman perumahan mereka. Kerja sekolah tidak dipedulikannya. Pada suatu malam, ketika Naufal dan rakan- rakannya berada di persimpangan jalan itu, sebuah kereta yang hilang kawalan terbabas menuju ke arah mereka. Kereta yang laju itu melanggar tembok tempat mereka duduk. Tindakan pantas mereka dengan melompat dari tempat itu telah menyelamatkan nyawa masing-masing. Walaupun begitu, kaki Naufal patah kerana terjatuh ke dalam longkang. Naufal menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya.
  • 43.
    Pengajaran 1. Mendengar nasihat. 2. Menghargai masa. 3. Bertanggungjawab 4. Berhati-hati. 5. Insaf.
  • 44.
    CONTOH JAWAPAN Pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah kita mesti mendengar nasihat ibu bapa yang mahukan kita menjadi anak yang baik. Kita patut menghargai masa dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Selain itu, kita perlu bertanggungjawab menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru. Seterusnya, kita sewajarnya berhati-hati ketika berada di kawasan jalan raya. Akhir sekali, kita seharusnya insaf jika telah melakukan sesuatu kesilapan.
  • 45.
    Tulis lima amalanbaik yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Razif murid yang rajin menelaah pelajaran. Pada masa yang sama juga, dia selalu membantu ibu dan bapanya di rumah. Antara kerja yang sering dilakukan seperti membasuh pinggan mangkuk dan menyapu sampah. Secara tidak langsung, dia dapat meringankan beban kerja ibunya. Razif juga mempunyai hobi. Dia suka membaca buku cerita sama ada cerita kanak- kanak atau cerita rakyat. Terdapat koleksi buku yang banyak di rumahnya. Buku-buku tersebut disimpan dengan rapi di dalam almari. Razif amat pandai membaca. Ada juga hadiah daripada kakaknya. Cerita- cerita yang dia baca amat bermakna dan memberi pengajaran kepadanya.
  • 46.
    Nilai/Pengajaran 1. Tekun. 2. Tolong-menolong. 3. Baik hati. 4. Menghargai masa. 5. Cermat.
  • 47.
    Contoh jawapan Amalan baik yang terdapat dalam petikan ialah kita mesti tekun dalam pelajaran. Kita patut tolong-menolong antara satu sama lain terutama apabila berada di rumah. Selain itu, kita juga perlu baik hati dengan ibu bapa kita. Seterusnya, kita sewajaranya menghargai masa yang ada dengan melakukan perkara yang berfaedah. Akhir sekali, kita seharusnya cermat menggunakan barang-barang kepunyaan kita agar boleh disimpan dengan lebih lama.
  • 48.