SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
Arahan : Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.


20 Februari 2008
         Petang - Dari Alor Star, kami tiba di Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Kedatangan kami
disambut oleh ahli-ahli Rakan Muda dari Kuah yang juga selaku tuan rumah. Dari jeti itu kami
dibawa ke Kompleks Belia Kuah dengan menaiki lori Majlis Daerah Langkawi. Kami bermalam
di situ. Malam itu kami berpeluang melihat pertandingan akhir tomoi anjuran kerajaan negeri
Kedah.

21 Februari 2008
        Pagi - Kami dikehendaki berada di Hotel Tiara pada pukul 10.00 pagi. Majlis perasmian
dan sambutan untuk peserta pertandingan kayak diadakan di hotel itu. Dari situ kami ke pantai
Batu Hitam untuk memulakan pusingan pertama menuju ke Pulau Batu Buruk. Pasukan kami
akan berentap dengan pasukan dari negeri Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Pelayaran ke
pulau itu jauh dan membosankan. Tambahan pula, ombak sangat kuat. Di tengah perjalanan,
kayak kami tersangkut pada batu karang. Nasib baik kayak itu tidak pecah. Kami terpaksa
mengusung kayak itu sehingga melewati kawasan batu karang itu setelah sepuluh kilometer
berkayak. Selepas peristiwa itu, kami berasa amat penat dan bercadang hendak berlabuh
untuk berehat di atas beting pasir. Hasrat itu terpaksa kami lupakan sahaja kerana kami gagal
menemui beting pasir.
        Petang - Pukul 5.00 petang kami pun tiba di Pulau Batu Buruk. Pasukan dari negeri-
negeri lain telah lama tiba. Nampaknya peluang untuk muncul sebagai juara semakin tipis.
Meskipun begitu, kami berharap dapat mendahului mereka dalam pusingan kedua nanti. Kami
bermalam di pulau itu.

23 Februari 2008
       Pagi - Selepas sarapan, semua pasukan memulakan pelayaran. Kami berkayuh dengan
tenang, tidak seperti hari sebelumnya kerana takut kehabisan tenaga di tengah pelayaran
nanti.
       Petang - Setelah lima jam berkayuh, kami pun tiba di pantai Batu Hitam. Pasukan-
pasukan dari negeri lain masih di belakang kecuali pasukan dari negeri Perak. Pasukan dari
negeri Perak ini bersaing rapat dengan pasukan kami yang muncul sebagai juara. Sementara
pasukan kayak dari Negeri Sembilan di tempat ketiga.
1   Tomoi ialah........

    A    nama sejenis seni pertahanan diri
    B    nama sejenis silat yang berasal dari Kedah
    C    nama sejenis tinju yang berasal dari Thailand
    D    nama sejenis permainan yang popular di Kedah

2   Apakah tujuan kami ke Pulau Langkawi?

    A Untuk menyaksikan pertandingan tomoi
    B Untuk melihat upacara perasmian ekspedisi berkayak
    C Untuk menyertai pertandingan berkayak
    D Untuk menyertai pelayaran ke Pulau Batu Buruk
3   Mengapakah penulis dan rakan-rakannya berada di Hotel Tiara?

    A    Untuk menghadiri upcara sambutan dan perasmian
    B    Untuk mendaftar diri sebagai peserta pertandingan
    C    Untuk memulakan pertandingan kayak itu
    D    Untuk memulakan pelayaran ke Pulau Batu Buruk

4   Pasukan manakah yang menjadi johan dalam pertandingan kayak itu?

    A   Pasukan dari negeri Perak
    B   Pasukan dari Negeri Sembilan
    C   Pasukan dari negeri Kedah
    D   Pasukan dari negeri Selangor

5   Maklumat manakah yang tidak benar tentang pertandingan kayak itu?

    A    Pertandingan kayak itu dianjurkan oleh Rakan Muda Kuah.
    B    Pasukan kayak dari seluruh Semenanjung terlibat dalam
         pertandingan itu.
    C    Halangan seperti batu karang terpaksa ditempuhi oleh pasukan dari
         negeri Kedah.
    D    Pasukan dari negeri Perak muncul sebagai naib johan dalam
         pertandingan itu.
Arahan : Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


9.15 pagi -   Ketua pengawas masuk ke kelas kami. Ketika itu guru kelas tiada. Kami
sedang menyiapkan latihan Matematik. Dia memanggil namaku dan meminta aku segera ke
pejabat Guru Besar. Hatiku berdebar-debar. Apakah salahku? Adakah kerana aku datang
lewat atau menconteng dinding bilik air?

9.20 pagi -     Aku memberi salam lalu Guru Besar menjemputku masuk ke biliknya. Guru
Besar meminta aku supaya bertenang. Ayah kamu terlibat dalam kemalangan, beritahu Guru
Besar. Aku terduduk. Aku menahan sebak di dada. Macam-macam pertanyaan bermain di
benakku. Cedera parahkah keadaan ayah? Sekarang ini banyak pula kemalangan maut
berlaku, fikirku lagi.

9.30 pagi - Cikgu Izan, guru hal ehwal murid membawaku ke hospital. Dalam perjalanan aku
membisu sahaja. Fikiranku bercelaru.
10.30 pagi - Kami sampai di wad. Ibu dan sanak-saudara yang rapat telah sampai. Aku
meluru ke arah ibu dan memeluknya. Ayahmu agak parah, beritahu ibu. Aku menangis tersedu-
sedu.

11.00 pagi               :      Jururawat membenarkan aku dan ibu masuk ke dalam wad. Ayah
terlantar di atas katil. Kaki dan kepala ayah berbalut. Kupegang tangan ayah. Kurenungi wajah
yang pucat lesi itu. Air mataku mengalir deras. Kulihat ibu mengesat air matanya.

12.00 tengah hari   : Ayah membuka matanya.        Syukurlah ayah telah sedar daripada
pengsan. Ibu memberitahu ayah bahawa kakinya patah dan kepalanya luka sedikit akibat
kemalangan itu. Ayah kelihatan tenang sahaja tetapi sekali sekala wajahnya berkerut kerana
menahan sakit.

2.00 petang         : Aku pulang ke rumah bersama Pak Cik Usin, bapa saudaraku. Pak
Cik Usin memberitahuku bahawa motosikal ayah telah bergesel dengan kereta. Ayah terjatuh
dan kakinya tertampan tiang lampu.
1   Kenapakah perasaan penulis berdebar-debar apabila mengetahui Guru Besar
    memanggilnya?

    A   Kerana dia bersalah menconteng dinding bilik air
    B   Kerana dia bersalah datang lewat ke sekolah
    C   Kerana tidak tahu sebab-sebab dia dipanggil
    D   Kerana dia bimbang telah melakukan kesalahan

2   Bagaimanakah perasaan penulis setelah mendapat berita tentang ayahnya?

    A   Dia berasa amat sedih
    B   Dia menangis hingga terduduk
    C   Dia cuba bertenang dan duduk
    D   Dia terkejut dan cuba menahan perasaan sedih

3   Maksud ‘ membisu ‘ dalam petikan di atas ialah

    A menjadi bisu
    B sunyi sepi
    C mendiamkan diri
    D menenangkan diri

4   Bagaimanakah keadaan ayah penulis akibat kemalangan itu?

    A   Dia tidak sedarkan diri hingga ke petang
    B   Kemalangan itu menyebabkan kakinya patah
    C   Kaki dan kepalanya berbalut
    D   Kakinya patah dan kepalanya luka

5   Semua ini telah menimpa penulis KECUALI

    A   dia sedang belajar ketika dipanggil oleh ketua pengawas
    B   kaki ayah penulis patah akibat tertampan dengan motosikal
    C   Cikgu Izan telah menghantar penulis ke hospital
    D   penulis bersedih atas kemalangan yang menimpa ayahnya
Arahan : Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Jumaat (12 Mac 2008)

      Kami pergi ke Pelabuhan Kataya setelah diberitahu tidak dapat ke Pulau Buru dengan
menggunakan helikopter seperti biasa. Helikopter itu rosak ketika dalam perjalanan untuk
mengambil kami.
      Kami tiba di Pelabuhan Kataya pada waktu petang dan terpaksa menginap di rumah
tumpangan kerana tidak ada bot yang sanggup menghantar kami ke Pulau Buru.

Sabtu (13 Mac 2008)
       Kami bangun awal pagi dan terus ke jeti untuk mencari tekong bot yang berani meredah
laut bergelora itu. Kami menemui Pak Mail. Dia sanggup menerima ajakan kami untuk ke
Pulau Buru setelah ditawarkan bayaran yang lumayan.
       Jam 2.00 petang, kami pun berangkat ke Pulau Buru. Setelah dua jam berada dalam
bot yang terumbang-ambing dilambung ombak besar itu, kawan-kawan saya terbaring lesu
kerana mereka mabuk laut.
       Aku tidak senasib dengan kawan-kawanku kerana telah biasa dengan laut. Waktu
senggang itu aku gunakan untuk memancing ikan dari atas geladak.
       Tiba-tiba enjin bot terhenti. Pak Mail turun ke bilik enjin. Paip minyak pecah, dia
memberitahuku.
       Setelah dua jam dibaiki barulah kami menyambung perjalanan ke pulau itu.
       Menjelang malam barulah kami tiba di Pulau Buru. Kawan-kawanku telah agak pulih
daripada mabuk laut. Kami memasang khemah agak jauh ke darat. Malam itu kami tidur
dengan nyenyak kerana keletihan.

Ahad (14 Mac 2008)
       Pagi itu, bangkit daripada tidur kami segera bergerak ke tengah Pulau Buru. Pulau itu
berbatu-batan dan ini menyukarkan kami bergerak. Kami menyambung kerja yang terbengkalai
minggu lalu dengan bantuan pekerja yang tidak pulang bercuti. Menjelang akhir minggu ini
kami menjangka akan mendapat minyak daripada kerja-kerja penggerudian itu.
1   Mengapakah penulis dan kawan-kawannya terpaksa ke Pelabuhan Kataya?

    A   Kerana mereka akan bertolak ke Pulau Buru dari pelabuhan itu
    B   Kerana helikopter tidak dapat mengangkut mereka ke Pulau Buru
    C   Kerana di Pelabuhan Kataya ada rumah tumpangan
    D   Kerana dari situ mereka akan menaiki bot untuk ke Pulau Buru

2   Maksud perkataan ‘lumayan’ dalam petikan di atas ialah

    A   mahal
    B   cukup
    C   banyak
    D   berganda

3   Mengapakah kawan-kawan penulis mengalami mabuk laut?

    A   Kerana tidak biasa dengan laut
    B   Kerana keadaan ombak besar
    C   Kerana bot itu turun naik di muka air
    D   Kerana lama berada di dalam bot itu


4   Apakah tujuan utama mereka ke Pulau Buru?

    A   Untuk berkhemah di pulau tersebut
    B   Menyambung kerja mencari gali minyak
    C   Untuk menyelidik batu-batan di pulau itu
    D   Untuk menentukan pulau itu ada minyak atau sebaliknya


5   Berikut ialah perkara yang tidak menimpa mereka dalam perjalanan ke Pulau Buru?

    A   Helikopter yang mereka naiki mengalami kerosakan
    B   Kawan-kawan penulis mabuk laut
    C   Bot yang mereka naiki mengalami kerosakan enjin
    D   Mereka sampai di Pulau Buru dalam keadaan letih lesu
Arahan : Baca catatan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


15 November 2007

       Betapa pun ibu cuba menyembunyikan berita itu daripadaku, namun berita itu ‘ pecah ‘
juga. Mak Cik Liah yang memberitahuku. Aku amat terkejut. Tidak kuduga duri nibung yang
tersusuk di telapak kaki ayah begitu sekali akibatnya.
       Kata Mak Cik Liah, ayahku mengidap penyakit kencing manis. Luka yang kian
membengkak itu akan menjadi busung, akan melarat hingga ke tulang. Luka itu tidak akan
sembuh. Tiada jalan lain untuk menyelamatkan ayah melainkan di …… Takut aku hendak
menyebut perkataan itu. Tuhanku, selamatkan ayah, jerit batinku. Sejak itu, fikiranku kusut.
Selama ini ayah tonggak hidup kami anak-beranak. Selepas ini, nampaknya beban itu akan
terhimpun di bahu ibu. Ketika itu aku teringat kepada abangku. Dia sudah lama berhijrah ke
bandar. Pada mulanya kerap juga dia mengirim wang. Kini, surat jarang ditulisnya, apatah lagi
wang.
       Hatiku sebak memikirkan tentang abang. Mahu sahaja aku berhenti sekolah dan
menolong ibu di kebun getah. Akan tetapi kuat benarkah kudratku untuk menoreh dan
mengutip susu getah? Fikirku.


18 November 2007

       Ayah dibedah hari ini. Aku tidak berada di sisinya ketika itu. Yang ada hanyalah ibu
dan Mak Cik Liah.
       Di sekolah ada ujian percubaan UPSR. Aku mahu ponteng sahaja tetapi ibu melarang.
       Emma teman baikku memujukku. Dia tahu kemelut yang melanda hidupku. Dia tahu
aku tidak bersedia untuk peperiksaan ini. Ketika peperiksaan berlangsung mindaku tidak
tertumpu pada kertas soalan. Akhirnya aku menjawab secara rambang.


20 November 2007

       Cikgu Fadil, guru Matematik memanggilku. Belum sempat aku duduk, dia membaling
kertas jawapanku. Mukanya merah padam lantaran terlalu marah padaku. Hatiku amat
gementar.
       “Apa dah jadi dengan kamu ni? Soalan senangpun salah,” bentaknya keras. Air mataku
meluncur laju. Aku menangis semahu-mahunya. Cikgu Fadil tergamam. Hatiku bagai disiat-
siat.
1   Perkataan “pecah” dalam petikan di atas bermaksud

    A   merebak
    B   meletup
    C   terdedah
    D   bermula

2   Apakah berita yang dikhabarkan oleh Mak Cik Liah kepada penulis?

    A   Ayahnya tertikam duri nibung
    B   Luka di kaki ayah tidak akan sembuh
    C   Ayahnya mengidap penyakit kencing manis
    D   Ayahnya akan menjalani pembedahan


3   Mengapakah fikiran penulis menjadi kusut?

    A   Kerana memikirkan tentang abangnya
    B   Kerana ayah tidak dapat bekerja lagi
    C   Kerana amat risau memikirkan kesukaran hidupnya
    D   Kerana takut ayahnya akan meninggal dunia setelah dibedah


4   Penulis tidak dapat menjawab soalan dalam ujian kerana

    A   masalah yang menimpa dirinya
    B   asyik termenung sahaja
    C   tidak mengulangkaji pelajarannya
    D   fikirannya berserabut


5   Pada pendapat kamu, mengapakah Cikgu Fadil bertindak sedemikian rupa?

    A   Kerana penulis menanda kertas ujian secara rambang
    B   Kerana tidak menduga keputusan penulis begitu teruk
    C   Kerana tidak memahami keadaan penulis
    D   Kerana selama ini keputusan penulis sentiasa cemerlang

More Related Content

What's hot

Slot Bahasa Melayu
Slot Bahasa MelayuSlot Bahasa Melayu
Slot Bahasa MelayuAsniem CA
 
Pelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwaPelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwaFatin Najihah
 
Bm 011 a pemahamanan kedah
Bm 011 a pemahamanan kedahBm 011 a pemahamanan kedah
Bm 011 a pemahamanan kedahKey Page Media
 
Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Bong Shuying
 
Teks hari guru 2012
Teks hari guru 2012Teks hari guru 2012
Teks hari guru 2012aziah azmi
 
Bm pem a (pengesanan t6)
Bm pem a (pengesanan t6)Bm pem a (pengesanan t6)
Bm pem a (pengesanan t6)sktjj1
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalamanvijayaletchumy
 
4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg b4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg bKamarudin Jaafar
 
Teruntuk Ibuk Tercinta
Teruntuk Ibuk TercintaTeruntuk Ibuk Tercinta
Teruntuk Ibuk TercintaBen Susilo
 
SEJARAH BAHASA MELAYU
SEJARAH BAHASA MELAYUSEJARAH BAHASA MELAYU
SEJARAH BAHASA MELAYUAIC
 
Bahasa indonesia smp kls 8 penerbit cv cahaya dipersada buana padang
Bahasa indonesia smp kls 8 penerbit cv cahaya dipersada buana padangBahasa indonesia smp kls 8 penerbit cv cahaya dipersada buana padang
Bahasa indonesia smp kls 8 penerbit cv cahaya dipersada buana padangToko Raflesia
 
Latihan penulisan
Latihan penulisanLatihan penulisan
Latihan penulisanazmega12
 
Kumpulan cerpen kompas
Kumpulan cerpen kompasKumpulan cerpen kompas
Kumpulan cerpen kompasAyu Nanda
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung ceritasairee
 

What's hot (17)

Slot Bahasa Melayu
Slot Bahasa MelayuSlot Bahasa Melayu
Slot Bahasa Melayu
 
Ayat sama maksud
Ayat sama maksudAyat sama maksud
Ayat sama maksud
 
Pelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwaPelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwa
 
Paragraf narasi dan eksposisi
Paragraf narasi dan eksposisiParagraf narasi dan eksposisi
Paragraf narasi dan eksposisi
 
Bm 011 a pemahamanan kedah
Bm 011 a pemahamanan kedahBm 011 a pemahamanan kedah
Bm 011 a pemahamanan kedah
 
Teknik jawab soalan BM K1
Teknik jawab soalan BM K1Teknik jawab soalan BM K1
Teknik jawab soalan BM K1
 
Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)
 
Teks hari guru 2012
Teks hari guru 2012Teks hari guru 2012
Teks hari guru 2012
 
Bm pem a (pengesanan t6)
Bm pem a (pengesanan t6)Bm pem a (pengesanan t6)
Bm pem a (pengesanan t6)
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalaman
 
4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg b4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg b
 
Teruntuk Ibuk Tercinta
Teruntuk Ibuk TercintaTeruntuk Ibuk Tercinta
Teruntuk Ibuk Tercinta
 
SEJARAH BAHASA MELAYU
SEJARAH BAHASA MELAYUSEJARAH BAHASA MELAYU
SEJARAH BAHASA MELAYU
 
Bahasa indonesia smp kls 8 penerbit cv cahaya dipersada buana padang
Bahasa indonesia smp kls 8 penerbit cv cahaya dipersada buana padangBahasa indonesia smp kls 8 penerbit cv cahaya dipersada buana padang
Bahasa indonesia smp kls 8 penerbit cv cahaya dipersada buana padang
 
Latihan penulisan
Latihan penulisanLatihan penulisan
Latihan penulisan
 
Kumpulan cerpen kompas
Kumpulan cerpen kompasKumpulan cerpen kompas
Kumpulan cerpen kompas
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung cerita
 

Viewers also liked (12)

Petikan laporan
Petikan laporanPetikan laporan
Petikan laporan
 
Petikan berita
Petikan beritaPetikan berita
Petikan berita
 
Petikan fakta
Petikan faktaPetikan fakta
Petikan fakta
 
Petikan dialog
Petikan dialogPetikan dialog
Petikan dialog
 
2 praktis topikal bm bhg a,b,c
2 praktis topikal bm bhg a,b,c2 praktis topikal bm bhg a,b,c
2 praktis topikal bm bhg a,b,c
 
Penulisan UPSR Bahagian C
Penulisan UPSR Bahagian CPenulisan UPSR Bahagian C
Penulisan UPSR Bahagian C
 
Petikan cerita
Petikan ceritaPetikan cerita
Petikan cerita
 
Petikan ucapan
Petikan ucapanPetikan ucapan
Petikan ucapan
 
Petikan surat rasmi
Petikan surat rasmiPetikan surat rasmi
Petikan surat rasmi
 
Petikan syarahan
Petikan syarahanPetikan syarahan
Petikan syarahan
 
Bahasa Melayu Kertas 2 Upsr
Bahasa Melayu Kertas 2 UpsrBahasa Melayu Kertas 2 Upsr
Bahasa Melayu Kertas 2 Upsr
 
Penulisan UPSR bahagian A
Penulisan UPSR bahagian APenulisan UPSR bahagian A
Penulisan UPSR bahagian A
 

Similar to Petikan catatan

Similar to Petikan catatan (19)

Pantai Tersembunyi Di Pulau Sempu !
Pantai Tersembunyi Di Pulau Sempu !Pantai Tersembunyi Di Pulau Sempu !
Pantai Tersembunyi Di Pulau Sempu !
 
Latihan Penulisan
Latihan PenulisanLatihan Penulisan
Latihan Penulisan
 
Refleksi harian
Refleksi harianRefleksi harian
Refleksi harian
 
Keindahan pantai pasir putih pulau pari
Keindahan pantai pasir putih pulau pariKeindahan pantai pasir putih pulau pari
Keindahan pantai pasir putih pulau pari
 
Pelantikan pramuka
Pelantikan pramukaPelantikan pramuka
Pelantikan pramuka
 
Tabloid Mancing Mania - Edisi #254
Tabloid Mancing Mania - Edisi #254 Tabloid Mancing Mania - Edisi #254
Tabloid Mancing Mania - Edisi #254
 
Catatan
CatatanCatatan
Catatan
 
Contoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanContoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatan
 
Penulisan catatan
Penulisan catatanPenulisan catatan
Penulisan catatan
 
Penulisan catatan
Penulisan catatanPenulisan catatan
Penulisan catatan
 
Penulisan catatan
Penulisan catatanPenulisan catatan
Penulisan catatan
 
Petikan keperihalan
Petikan keperihalanPetikan keperihalan
Petikan keperihalan
 
Juara Kejujuran Jilid I
Juara Kejujuran Jilid IJuara Kejujuran Jilid I
Juara Kejujuran Jilid I
 
kandungan.pdf
kandungan.pdfkandungan.pdf
kandungan.pdf
 
Catatan
CatatanCatatan
Catatan
 
Bertamasya ke banda
Bertamasya ke bandaBertamasya ke banda
Bertamasya ke banda
 
Indonesia
IndonesiaIndonesia
Indonesia
 
LATIHAN BERFOKUS tatabahasa.pdf
LATIHAN BERFOKUS tatabahasa.pdfLATIHAN BERFOKUS tatabahasa.pdf
LATIHAN BERFOKUS tatabahasa.pdf
 
Jonathan G pangaribuan_72_ TIK.pptx
Jonathan G pangaribuan_72_ TIK.pptxJonathan G pangaribuan_72_ TIK.pptx
Jonathan G pangaribuan_72_ TIK.pptx
 

More from Hazyzyizuan Hassa (20)

Gambar unit 14
Gambar unit 14Gambar unit 14
Gambar unit 14
 
Gambar unit 13
Gambar unit 13Gambar unit 13
Gambar unit 13
 
Gambar unit 12
Gambar unit 12Gambar unit 12
Gambar unit 12
 
Gambar unit 11
Gambar unit 11Gambar unit 11
Gambar unit 11
 
Gambar unit 10
Gambar unit 10Gambar unit 10
Gambar unit 10
 
Gambar unit 8
Gambar unit 8Gambar unit 8
Gambar unit 8
 
Gambar unit 7
Gambar unit 7Gambar unit 7
Gambar unit 7
 
Gambar unit 6
Gambar unit 6Gambar unit 6
Gambar unit 6
 
Gambar unit 5
Gambar unit 5Gambar unit 5
Gambar unit 5
 
Gambar unit 4
Gambar unit 4Gambar unit 4
Gambar unit 4
 
Gambar unit 3
Gambar unit 3Gambar unit 3
Gambar unit 3
 
Gambar unit 2
Gambar unit 2Gambar unit 2
Gambar unit 2
 
Gambar unit 1
Gambar unit 1Gambar unit 1
Gambar unit 1
 
Gambar unit 9
Gambar unit 9Gambar unit 9
Gambar unit 9
 
Rancangan tahunan protim
Rancangan tahunan protimRancangan tahunan protim
Rancangan tahunan protim
 
Rancangan tahunan bm sk tahun 6
Rancangan tahunan bm sk tahun 6Rancangan tahunan bm sk tahun 6
Rancangan tahunan bm sk tahun 6
 
Rancangan tahunan bm sk tahun 4
Rancangan tahunan bm sk tahun 4Rancangan tahunan bm sk tahun 4
Rancangan tahunan bm sk tahun 4
 
Rancangan tahunan bm sk tahun 2
Rancangan tahunan bm sk tahun 2Rancangan tahunan bm sk tahun 2
Rancangan tahunan bm sk tahun 2
 
Rancangan tahunan bm sk kssr tahun 1
Rancangan tahunan bm sk kssr tahun 1Rancangan tahunan bm sk kssr tahun 1
Rancangan tahunan bm sk kssr tahun 1
 
Rancangan tahunan bm sk tahun 5
Rancangan tahunan  bm sk tahun 5Rancangan tahunan  bm sk tahun 5
Rancangan tahunan bm sk tahun 5
 

Petikan catatan

  • 1. Arahan : Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. 20 Februari 2008 Petang - Dari Alor Star, kami tiba di Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Kedatangan kami disambut oleh ahli-ahli Rakan Muda dari Kuah yang juga selaku tuan rumah. Dari jeti itu kami dibawa ke Kompleks Belia Kuah dengan menaiki lori Majlis Daerah Langkawi. Kami bermalam di situ. Malam itu kami berpeluang melihat pertandingan akhir tomoi anjuran kerajaan negeri Kedah. 21 Februari 2008 Pagi - Kami dikehendaki berada di Hotel Tiara pada pukul 10.00 pagi. Majlis perasmian dan sambutan untuk peserta pertandingan kayak diadakan di hotel itu. Dari situ kami ke pantai Batu Hitam untuk memulakan pusingan pertama menuju ke Pulau Batu Buruk. Pasukan kami akan berentap dengan pasukan dari negeri Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Pelayaran ke pulau itu jauh dan membosankan. Tambahan pula, ombak sangat kuat. Di tengah perjalanan, kayak kami tersangkut pada batu karang. Nasib baik kayak itu tidak pecah. Kami terpaksa mengusung kayak itu sehingga melewati kawasan batu karang itu setelah sepuluh kilometer berkayak. Selepas peristiwa itu, kami berasa amat penat dan bercadang hendak berlabuh untuk berehat di atas beting pasir. Hasrat itu terpaksa kami lupakan sahaja kerana kami gagal menemui beting pasir. Petang - Pukul 5.00 petang kami pun tiba di Pulau Batu Buruk. Pasukan dari negeri- negeri lain telah lama tiba. Nampaknya peluang untuk muncul sebagai juara semakin tipis. Meskipun begitu, kami berharap dapat mendahului mereka dalam pusingan kedua nanti. Kami bermalam di pulau itu. 23 Februari 2008 Pagi - Selepas sarapan, semua pasukan memulakan pelayaran. Kami berkayuh dengan tenang, tidak seperti hari sebelumnya kerana takut kehabisan tenaga di tengah pelayaran nanti. Petang - Setelah lima jam berkayuh, kami pun tiba di pantai Batu Hitam. Pasukan- pasukan dari negeri lain masih di belakang kecuali pasukan dari negeri Perak. Pasukan dari negeri Perak ini bersaing rapat dengan pasukan kami yang muncul sebagai juara. Sementara pasukan kayak dari Negeri Sembilan di tempat ketiga.
  • 2. 1 Tomoi ialah........ A nama sejenis seni pertahanan diri B nama sejenis silat yang berasal dari Kedah C nama sejenis tinju yang berasal dari Thailand D nama sejenis permainan yang popular di Kedah 2 Apakah tujuan kami ke Pulau Langkawi? A Untuk menyaksikan pertandingan tomoi B Untuk melihat upacara perasmian ekspedisi berkayak C Untuk menyertai pertandingan berkayak D Untuk menyertai pelayaran ke Pulau Batu Buruk 3 Mengapakah penulis dan rakan-rakannya berada di Hotel Tiara? A Untuk menghadiri upcara sambutan dan perasmian B Untuk mendaftar diri sebagai peserta pertandingan C Untuk memulakan pertandingan kayak itu D Untuk memulakan pelayaran ke Pulau Batu Buruk 4 Pasukan manakah yang menjadi johan dalam pertandingan kayak itu? A Pasukan dari negeri Perak B Pasukan dari Negeri Sembilan C Pasukan dari negeri Kedah D Pasukan dari negeri Selangor 5 Maklumat manakah yang tidak benar tentang pertandingan kayak itu? A Pertandingan kayak itu dianjurkan oleh Rakan Muda Kuah. B Pasukan kayak dari seluruh Semenanjung terlibat dalam pertandingan itu. C Halangan seperti batu karang terpaksa ditempuhi oleh pasukan dari negeri Kedah. D Pasukan dari negeri Perak muncul sebagai naib johan dalam pertandingan itu.
  • 3. Arahan : Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 9.15 pagi - Ketua pengawas masuk ke kelas kami. Ketika itu guru kelas tiada. Kami sedang menyiapkan latihan Matematik. Dia memanggil namaku dan meminta aku segera ke pejabat Guru Besar. Hatiku berdebar-debar. Apakah salahku? Adakah kerana aku datang lewat atau menconteng dinding bilik air? 9.20 pagi - Aku memberi salam lalu Guru Besar menjemputku masuk ke biliknya. Guru Besar meminta aku supaya bertenang. Ayah kamu terlibat dalam kemalangan, beritahu Guru Besar. Aku terduduk. Aku menahan sebak di dada. Macam-macam pertanyaan bermain di benakku. Cedera parahkah keadaan ayah? Sekarang ini banyak pula kemalangan maut berlaku, fikirku lagi. 9.30 pagi - Cikgu Izan, guru hal ehwal murid membawaku ke hospital. Dalam perjalanan aku membisu sahaja. Fikiranku bercelaru. 10.30 pagi - Kami sampai di wad. Ibu dan sanak-saudara yang rapat telah sampai. Aku meluru ke arah ibu dan memeluknya. Ayahmu agak parah, beritahu ibu. Aku menangis tersedu- sedu. 11.00 pagi : Jururawat membenarkan aku dan ibu masuk ke dalam wad. Ayah terlantar di atas katil. Kaki dan kepala ayah berbalut. Kupegang tangan ayah. Kurenungi wajah yang pucat lesi itu. Air mataku mengalir deras. Kulihat ibu mengesat air matanya. 12.00 tengah hari : Ayah membuka matanya. Syukurlah ayah telah sedar daripada pengsan. Ibu memberitahu ayah bahawa kakinya patah dan kepalanya luka sedikit akibat kemalangan itu. Ayah kelihatan tenang sahaja tetapi sekali sekala wajahnya berkerut kerana menahan sakit. 2.00 petang : Aku pulang ke rumah bersama Pak Cik Usin, bapa saudaraku. Pak Cik Usin memberitahuku bahawa motosikal ayah telah bergesel dengan kereta. Ayah terjatuh dan kakinya tertampan tiang lampu.
  • 4. 1 Kenapakah perasaan penulis berdebar-debar apabila mengetahui Guru Besar memanggilnya? A Kerana dia bersalah menconteng dinding bilik air B Kerana dia bersalah datang lewat ke sekolah C Kerana tidak tahu sebab-sebab dia dipanggil D Kerana dia bimbang telah melakukan kesalahan 2 Bagaimanakah perasaan penulis setelah mendapat berita tentang ayahnya? A Dia berasa amat sedih B Dia menangis hingga terduduk C Dia cuba bertenang dan duduk D Dia terkejut dan cuba menahan perasaan sedih 3 Maksud ‘ membisu ‘ dalam petikan di atas ialah A menjadi bisu B sunyi sepi C mendiamkan diri D menenangkan diri 4 Bagaimanakah keadaan ayah penulis akibat kemalangan itu? A Dia tidak sedarkan diri hingga ke petang B Kemalangan itu menyebabkan kakinya patah C Kaki dan kepalanya berbalut D Kakinya patah dan kepalanya luka 5 Semua ini telah menimpa penulis KECUALI A dia sedang belajar ketika dipanggil oleh ketua pengawas B kaki ayah penulis patah akibat tertampan dengan motosikal C Cikgu Izan telah menghantar penulis ke hospital D penulis bersedih atas kemalangan yang menimpa ayahnya
  • 5. Arahan : Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Jumaat (12 Mac 2008) Kami pergi ke Pelabuhan Kataya setelah diberitahu tidak dapat ke Pulau Buru dengan menggunakan helikopter seperti biasa. Helikopter itu rosak ketika dalam perjalanan untuk mengambil kami. Kami tiba di Pelabuhan Kataya pada waktu petang dan terpaksa menginap di rumah tumpangan kerana tidak ada bot yang sanggup menghantar kami ke Pulau Buru. Sabtu (13 Mac 2008) Kami bangun awal pagi dan terus ke jeti untuk mencari tekong bot yang berani meredah laut bergelora itu. Kami menemui Pak Mail. Dia sanggup menerima ajakan kami untuk ke Pulau Buru setelah ditawarkan bayaran yang lumayan. Jam 2.00 petang, kami pun berangkat ke Pulau Buru. Setelah dua jam berada dalam bot yang terumbang-ambing dilambung ombak besar itu, kawan-kawan saya terbaring lesu kerana mereka mabuk laut. Aku tidak senasib dengan kawan-kawanku kerana telah biasa dengan laut. Waktu senggang itu aku gunakan untuk memancing ikan dari atas geladak. Tiba-tiba enjin bot terhenti. Pak Mail turun ke bilik enjin. Paip minyak pecah, dia memberitahuku. Setelah dua jam dibaiki barulah kami menyambung perjalanan ke pulau itu. Menjelang malam barulah kami tiba di Pulau Buru. Kawan-kawanku telah agak pulih daripada mabuk laut. Kami memasang khemah agak jauh ke darat. Malam itu kami tidur dengan nyenyak kerana keletihan. Ahad (14 Mac 2008) Pagi itu, bangkit daripada tidur kami segera bergerak ke tengah Pulau Buru. Pulau itu berbatu-batan dan ini menyukarkan kami bergerak. Kami menyambung kerja yang terbengkalai minggu lalu dengan bantuan pekerja yang tidak pulang bercuti. Menjelang akhir minggu ini kami menjangka akan mendapat minyak daripada kerja-kerja penggerudian itu.
  • 6. 1 Mengapakah penulis dan kawan-kawannya terpaksa ke Pelabuhan Kataya? A Kerana mereka akan bertolak ke Pulau Buru dari pelabuhan itu B Kerana helikopter tidak dapat mengangkut mereka ke Pulau Buru C Kerana di Pelabuhan Kataya ada rumah tumpangan D Kerana dari situ mereka akan menaiki bot untuk ke Pulau Buru 2 Maksud perkataan ‘lumayan’ dalam petikan di atas ialah A mahal B cukup C banyak D berganda 3 Mengapakah kawan-kawan penulis mengalami mabuk laut? A Kerana tidak biasa dengan laut B Kerana keadaan ombak besar C Kerana bot itu turun naik di muka air D Kerana lama berada di dalam bot itu 4 Apakah tujuan utama mereka ke Pulau Buru? A Untuk berkhemah di pulau tersebut B Menyambung kerja mencari gali minyak C Untuk menyelidik batu-batan di pulau itu D Untuk menentukan pulau itu ada minyak atau sebaliknya 5 Berikut ialah perkara yang tidak menimpa mereka dalam perjalanan ke Pulau Buru? A Helikopter yang mereka naiki mengalami kerosakan B Kawan-kawan penulis mabuk laut C Bot yang mereka naiki mengalami kerosakan enjin D Mereka sampai di Pulau Buru dalam keadaan letih lesu
  • 7. Arahan : Baca catatan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 15 November 2007 Betapa pun ibu cuba menyembunyikan berita itu daripadaku, namun berita itu ‘ pecah ‘ juga. Mak Cik Liah yang memberitahuku. Aku amat terkejut. Tidak kuduga duri nibung yang tersusuk di telapak kaki ayah begitu sekali akibatnya. Kata Mak Cik Liah, ayahku mengidap penyakit kencing manis. Luka yang kian membengkak itu akan menjadi busung, akan melarat hingga ke tulang. Luka itu tidak akan sembuh. Tiada jalan lain untuk menyelamatkan ayah melainkan di …… Takut aku hendak menyebut perkataan itu. Tuhanku, selamatkan ayah, jerit batinku. Sejak itu, fikiranku kusut. Selama ini ayah tonggak hidup kami anak-beranak. Selepas ini, nampaknya beban itu akan terhimpun di bahu ibu. Ketika itu aku teringat kepada abangku. Dia sudah lama berhijrah ke bandar. Pada mulanya kerap juga dia mengirim wang. Kini, surat jarang ditulisnya, apatah lagi wang. Hatiku sebak memikirkan tentang abang. Mahu sahaja aku berhenti sekolah dan menolong ibu di kebun getah. Akan tetapi kuat benarkah kudratku untuk menoreh dan mengutip susu getah? Fikirku. 18 November 2007 Ayah dibedah hari ini. Aku tidak berada di sisinya ketika itu. Yang ada hanyalah ibu dan Mak Cik Liah. Di sekolah ada ujian percubaan UPSR. Aku mahu ponteng sahaja tetapi ibu melarang. Emma teman baikku memujukku. Dia tahu kemelut yang melanda hidupku. Dia tahu aku tidak bersedia untuk peperiksaan ini. Ketika peperiksaan berlangsung mindaku tidak tertumpu pada kertas soalan. Akhirnya aku menjawab secara rambang. 20 November 2007 Cikgu Fadil, guru Matematik memanggilku. Belum sempat aku duduk, dia membaling kertas jawapanku. Mukanya merah padam lantaran terlalu marah padaku. Hatiku amat gementar. “Apa dah jadi dengan kamu ni? Soalan senangpun salah,” bentaknya keras. Air mataku meluncur laju. Aku menangis semahu-mahunya. Cikgu Fadil tergamam. Hatiku bagai disiat- siat.
  • 8. 1 Perkataan “pecah” dalam petikan di atas bermaksud A merebak B meletup C terdedah D bermula 2 Apakah berita yang dikhabarkan oleh Mak Cik Liah kepada penulis? A Ayahnya tertikam duri nibung B Luka di kaki ayah tidak akan sembuh C Ayahnya mengidap penyakit kencing manis D Ayahnya akan menjalani pembedahan 3 Mengapakah fikiran penulis menjadi kusut? A Kerana memikirkan tentang abangnya B Kerana ayah tidak dapat bekerja lagi C Kerana amat risau memikirkan kesukaran hidupnya D Kerana takut ayahnya akan meninggal dunia setelah dibedah 4 Penulis tidak dapat menjawab soalan dalam ujian kerana A masalah yang menimpa dirinya B asyik termenung sahaja C tidak mengulangkaji pelajarannya D fikirannya berserabut 5 Pada pendapat kamu, mengapakah Cikgu Fadil bertindak sedemikian rupa? A Kerana penulis menanda kertas ujian secara rambang B Kerana tidak menduga keputusan penulis begitu teruk C Kerana tidak memahami keadaan penulis D Kerana selama ini keputusan penulis sentiasa cemerlang