Kajian ini menilai tahap kepuasan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam program sijil fesyen dan pakaian di kolej komuniti Selayang, dengan sampel 15 pelajar semester akhir. Hasil analisis menunjukkan bahawa tahap kepuasan pelajar adalah tinggi dengan purata skor min 3.69, sementara beberapa elemen seperti penggunaan alat bantu mengajar dan kemudahan bilik kuliah berada pada tahap sederhana. Dapatan ini diharapkan dapat membantu pihak pengurusan dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.