SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
Download to read offline
1
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN
PENULARAN COVID-19
BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1. TUJUAN
Garis Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan tanggungjawab Ketua
Jabatan dalam menguruskan premis kerajaan bagi Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk pengurusan pegawai, pekerja,
pelanggan dan kontraktor yang hadir secara fizikal ke premis KPM bagi
maksud mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat.
2. LATAR BELAKANG
2.1. Ketua Jabatan hendaklah bertanggungjawab memastikan premis
kerajaan sentiasa berada dalam keadaan kondusif dan selamat.
Pengurusan premis kerajaan yang cekap dan berkesan adalah
penting bagi mengawal penularan COVID-19.
2.2. Garis Panduan ini terbahagi kepada enam (6) bahagian iaitu:
2.2.1. Pengurusan Premis Kerajaan;
2.2.2. Pengurusan Pegawai dan Pekerja;
2.2.3. Pengurusan Pelanggan;
2.2.4. Pengurusan Kontraktor;
2.2.5. Tanggungjawab Ketua Jabatan; dan
2.2.6. Tanggungjawab Pegawai dan Pekerja.
3. TAFSIRAN
3.1. Bagi maksud Garis Panduan ini:
3.1.1. “Ketua Jabatan” ertinya seseorang pegawai yang
mengetuai sesuatu jabatan atau mana-mana pegawai
yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan
untuk bertindak bagi pihaknya, sesuatu jabatan itu
termasuklah:
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19
BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2
3.1.1.1. Ketua Setiausaha Kementerian;
3.1.1.2. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia; dan
3.1.1.3. mana-mana pegawai yang bertanggungjawab
mengetuai jabatan, institusi, agensi atau
bahagian.
3.1.2. “pegawai” mempunyai erti yang sama seperti mana yang
diberikan kepadanya dalam Peraturan 4 dalam Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat
dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012];
3.1.3. “pekerja” termasuklah pegawai lantikan Contract for
Service (CFS) seperti Pekerja Sambilan Harian (PSH),
Personel MySTEP dan pelajar latihan industri yang
menjalani latihan tersebut dengan kerajaan;
3.1.4. “pengamal perubatan berdaftar” bermaksud pengamal
perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971
[Akta 50] sama ada pegawai perubatan Kerajaan atau
swasta;
3.1.5. “kontraktor” termasuklah konsultan, pembekal dan mana-
mana individu yang memberi perkhidmatan secara tetap
atau sementara di premis KPM; dan
3.1.6. “imunisasi lengkap” merujuk kepada pemasukan antigen
atau antibodi tertentu ke dalam tubuh manusia dengan
tujuan memberikan imuniti terhadap penyakit yang
berkenaan dan termasuklah vaksinasi sama seperti mana
yang dinyatakan di dalam subseksyen 2 (1) Akta
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
[Akta 342] dengan mengambil kira jumlah dan jenis yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19
BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
3
4. KAEDAH PELAKSANAAN
4.1. PENGURUSAN PREMIS KPM
4.1.1. Ketua Jabatan hendaklah secara berterusan mengambil
tindakan pencegahan seperti berikut:
4.1.1.1. menyediakan pengimbas suhu, kod QR
MySejahtera, pensanitasi tangan dan buku rekod
kehadiran (bagi individu yang tiada aplikasi
MySejahtera) di semua pintu masuk premis KPM;
4.1.1.2. membuat penanda dan memastikan penjarakan
sekurang-kurangnya satu (1) meter di laluan pintu
masuk;
4.1.1.3. menempatkan pegawai untuk memantau,
memeriksa dan memberi kebenaran kepada
mana-mana individu untuk memasuki premis
KPM. Kebenaran hanya diberikan kepada individu
yang memakai pelitup muka dan bacaan suhu
tidak melebihi 37.5 darjah celsius;
4.1.1.4. memastikan mana-mana individu membuat
imbasan kod QR melalui aplikasi MySejahtera
atau mencatat maklumat peribadi dalam buku
rekod kehadiran bagi individu yang tiada aplikasi
MySejahtera sebelum memasuki premis KPM;
4.1.1.5. melaksanakan aktiviti disinfeksi secara berkala
pada tempat-tempat yang kerap disentuh seperti
butang lif, tombol atau pemegang pintu, suis
lampu dan sebagainya;
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19
BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
4
4.1.1.6. mengadakan kempen kesedaran secara
berterusan untuk mematuhi saranan penjagaan
kebersihan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia serta mengamalkan konsep
3W merangkumi kerap mencuci tangan (wash)
dengan air dan sabun, memakai pelitup muka
(wear) di tempat awam atau jika bergejala dan
amaran yang lebih berkonsep peringatan (warn).
Mengelakkan 3C iaitu jauhi kawasan yang sesak
(crowded place), elakkan kawasan yang sempit
(confined space) dan elak bersembang atau
bertutur dalam jarak yang dekat (close
conversation);
4.1.1.7. memastikan sistem pengudaraan yang baik di
Bahagian/Jabatan/Agensi termasuk membuat
penyenggaraan kepada sistem pengudaraan
secara berkala mengikut garis panduan sistem
pengudaraan yang ditetapkan oleh Kerajaan dari
semasa ke semasa. Panduan yang boleh dirujuk
adalah seperti Panduan Bagi Pengudaraan dan
Kualiti Udara Dalaman Di Kawasan Awam
Semasa Pandemik COVID-19, Panduan
Pengudaraan dan Kualiti Udara Dalaman Bagi
Ketetapan Kemudahan Penjagaan Kesihatan
Dalam Tempoh Pandemik COVID-19 dan
Panduan Pengudaraan dan Kualiti Udara
Dalaman Bagi Tetapan Bukan Kediaman Semasa
Pandemik COVID-19 yang dikeluarkan oleh
Kementerian Sumber Manusia; dan
4.1.1.8. mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan
saranan penjagaan kebersihan yang dikeluarkan
oleh Kerajaan dari semasa ke semasa termasuk
Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian
Sekolah yang berkuat kuasa.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19
BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
5
4.1.2. Sekiranya terdapat kes positif COVID-19 di Bahagian/
Jabatan/Agensi, Ketua Jabatan hendaklah dengan kadar
segera menghubungi pihak Pejabat Kesihatan
berhampiran bagi penilaian risiko dan tindakan selanjutnya
terhadap kes dan premis. Bagi tujuan pembersihan, kerja-
kerja disinfeksi akan dilakukan bergantung kepada
penilaian risiko oleh pihak Pejabat Kesihatan. Tatacara
disinfeksi hendaklah selaras dengan panduan yang
ditetapkan oleh Kerajaan.
4.1.3. Penganjuran sebarang program atau majlis rasmi
hendaklah dilaksanakan secara terkawal berdasarkan
SOP aktiviti dan protokol majlis rasmi yang dikeluarkan
oleh Kerajaan.
4.2. PENGURUSAN PEGAWAI DAN PEKERJA
4.2.1. Pegawai dan pekerja yang mempunyai bacaan suhu
melebihi 37.5 darjah celsius atau bergejala tidak
dibenarkan memasuki premis KPM.
4.2.2. Bagi pegawai dan pekerja di perenggan 4.2.1. serta
pegawai/pekerja yang dijangkiti atau merupakan kontak
rapat kepada kes positif COVID-19, Ketua Jabatan
hendaklah mempertimbangkan untuk:
4.2.2.1. kebenaran tidak hadir bertugas disebabkan
pegawai telah diberikan perintah pengawasan dan
pemerhatian di bawah Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342];
atau
4.2.2.2. kebenaran Bekerja Dari Rumah (BDR)
berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5
Tahun 2020: Dasar Bekerja Dari Rumah (PP Bil.
5/2020).
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19
BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
6
4.2.3. Bagi pegawai/pekerja yang tidak mendapatkan atau
melengkapkan imunisasi COVID-19, atau tidak layak untuk
menerima imunisasi COVID-19 dari segi kesihatan
(medically ineligible), namun masih perlu hadir bertugas di
pejabat, Ketua Jabatan hendaklah mempertimbangkan
apa-apa kaedah yang bersesuaian untuk menguruskan
pegawai/pekerja tersebut. Pertimbangan tersebut
termasuklah mengarahkan pegawai/pekerja untuk
membuat ujian pengesanan COVID-19 dari semasa ke
semasa dan mematuhi SOP Pengoperasian Sekolah yang
berkuat kuasa. Ketua Jabatan boleh memperaku pegawai
untuk penempatan semula atau pertukaran mengikut
kesesuaian.
4.2.4. Sekiranya pegawai/pekerja tidak dapat melengkapkan dos
imunisasi COVID-19 atas sebab kesihatan,
pegawai/pekerja hendaklah membuat pemeriksaan
kesihatan oleh pengamal perubatan berdaftar bagi
mengesahkan bahawa pegawai/pekerja tidak layak untuk
menerima imunisasi COVID-19 dari segi perubatan
(medically ineligible).
4.2.5. Sekiranya pegawai/pekerja telah mendapat pengesahan
daripada pengamal perubatan berdaftar bahawa mereka
tidak layak untuk menerima imunisasi COVID-19 atas
sebab kesihatan, pegawai/pekerja hendaklah diarahkan
oleh Ketua Jabatan untuk membuat ujian pengesanan
COVID-19 dari semasa ke semasa.
4.2.6. Sekiranya pegawai/pekerja disahkan oleh pengamal
perubatan berdaftar bahawa pegawai/pekerja layak untuk
menerima imunisasi COVID-19, pegawai/pekerja
hendaklah mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang
lengkap. Pembuktian hendaklah dibuat oleh pegawai/
pekerja dengan mengemukakan Sijil Digital Vaksinasi
COVID-19.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19
BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
7
4.2.7. Sekiranya pegawai gagal mematuhi mana-mana arahan di
perenggan 4.2.4. atau 4.2.5. atau 4.2.6., pegawai
hendaklah dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan
perkhidmatan seperti mana Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam yang berkuat kuasa. Bagi
pekerja, tindakan hendaklah diambil berdasarkan
peraturan dan syarat yang berkuat kuasa.
4.3. PENGURUSAN PELANGGAN
4.3.1. Ketua Jabatan hendaklah memastikan kawalan masuk
pelanggan di premis Kerajaan mematuhi prosedur
sebagaimana yang dinyatakan di perenggan 4.1.1.3.,
4.1.1.4. dan 4.1.1.8.
4.3.2. Semua pegawai/pekerja yang berurusan dengan
pelanggan secara fizikal hendaklah telah melengkapkan
imunisasi COVID-19 dan mengambil langkah-langkah
perlindungan seperti penggunaan pensanitasi tangan dan
pelitup muka sepanjang tempoh bertugas.
4.3.3. Bagi pelanggan yang tidak mendapatkan atau
melengkapkan imunisasi COVID-19, Ketua Jabatan
hendaklah menetapkan kaedah yang bersesuaian bagi
menguruskan pelanggan berkenaan mengikut SOP yang
berkuat kuasa.
4.4. PENGURUSAN KONTRAKTOR
4.4.1. Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan hanya
kontraktor yang telah lengkap imunisasi COVID-19 serta
tidak dijangkiti COVID-19, bukan merupakan kontak rapat
atau tidak bergejala sahaja dibenarkan hadir untuk
melaksanakan tugas di premis Kerajaan.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19
BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
8
4.4.2. Ketua Jabatan hendaklah memastikan kontraktor yang
hadir di premis Kerajaan mematuhi prosedur di perenggan
4.1.1.3., 4.1.1.4. dan 4.1.1.8.
5. TANGGUNGJAWAB WARGA KPM
5.1. KETUA JABATAN
5.1.1. Ketua Jabatan bertanggungjawab menyelia
pegawai/pekerja di bawah seliaan masing-masing dan
dikehendaki memastikan Garis Panduan ini dilaksanakan
dan dipatuhi sepenuhnya.
5.1.2. Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua
pegawai/pekerja telah mendapatkan dos imunisasi
COVID-19 yang lengkap.
5.1.3. Ketua Jabatan hendaklah mengarahkan pegawai/pekerja
yang belum/tidak mengambil dos imunisasi COVID-19
untuk membuat ujian pengesanan COVID-19 secara
berkala bagi mengemas kini status semasa kesihatan
pegawai/pekerja.
5.1.4. Ketua Jabatan hendaklah sentiasa mengemas kini dan
merekod data serta maklumat status pengambilan vaksin
pegawai/pekerja di bawah seliaan masing-masing.
Maklumat yang dikemas kini secara mingguan perlu
dikemukakan kepada Bahagian Khidmat Pengurusan
(BKP) bagi pegawai yang berkhidmat di Ibu Pejabat
(termasuk Institusi Pendidikan di bawah Bahagian),
Jabatan dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Manakala
bagi pegawai yang berkhidmat di sekolah, maklumat perlu
dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian (BPSH) secara mingguan. Format pelaporan
maklumat tersebut adalah seperti di Lampiran I.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19
BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
9
5.1.5. Ketua Jabatan hendaklah membuat laporan dengan
segera kepada Unit Integriti KPM sekiranya terdapat
pelanggaran tatakelakuan berkaitan pengambilan
imunisasi pegawai/pekerja di bawah seliaan masing-
masing. Pengurusan kes tatatertib berkaitan imunisasi
COVID-19 hendaklah mengikut Prosedur Pengurusan
Kes Tatatertib Berkaitan Imunisasi COVID-19 Bagi
KPM yang dikeluarkan oleh Unit Integriti KPM secara
berasingan.
5.1.6. Kegagalan Ketua Jabatan menjalankan tanggungjawab
seperti di perenggan 5.1.1. hingga 5.1.5. boleh disifatkan
sebagai cuai dan tidak bertanggungjawab serta boleh
dikenakan tindakan tatatertib berdasarkan Peraturan
3C(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
dan Tatatertib) 1993.
5.2. PEGAWAI DAN PEKERJA
5.2.1. Pegawai/pekerja adalah bertanggungjawab untuk
mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap
sebagaimana yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini bagi
memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat dan
penyampaian perkhidmatan serta produktiviti
Perkhidmatan Awam berada pada tahap yang optimum.
5.2.2. Bagi pegawai/pekerja yang tidak mengambil atau tidak
melengkapkan dos imunisasi COVID-19 atas sebab
kesihatan, pegawai/pekerja bertanggungjawab untuk
membuat pemeriksaan kesihatan oleh pengamal
perubatan berdaftar bagi mengesahkan bahawa pegawai
tidak layak untuk menerima imunisasi COVID-19.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19
BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10
5.2.3. Sekiranya pegawai/pekerja disahkan tidak layak menerima
imunisasi COVID-19 atas sebab kesihatan,
pegawai/pekerja hendaklah bersedia untuk menjalani ujian
pengesanan COVID-19. Kos untuk membuat ujian
pengesanan COVID-19 akan ditanggung oleh Kerajaan.
5.2.4. Bagi pegawai/pekerja yang tidak mendapatkan atau
melengkapkan imunisasi COVID-19, pegawai/pekerja
hendaklah bersedia untuk menjalani ujian pengesanan
COVID-19 atau apa-apa kaedah yang bersesuaian.
Sebarang kos yang terlibat hendaklah ditanggung sendiri
oleh pegawai/pekerja.
5.2.5. Pegawai/pekerja perlu mendapatkan dos imunisasi
COVID-19 yang lengkap sekiranya pegawai/pekerja
disahkan layak untuk menerima imunisasi COVID-19 oleh
pengamal perubatan berdaftar.
5.2.6. Pegawai/pekerja hendaklah berjumpa/mendapatkan
nasihat daripada pengamal perubatan berdaftar di hospital
atau klinik kesihatan sekiranya pegawai/pekerja
mengalami atau menghidap penyakit berikut untuk
menentukan kesesuaian penerimaan vaksin COVID-19:
5.2.6.1. mempunyai sejarah reaksi alahan teruk atau
sejarah anafilaksis setelah mengambil
vaksin/ubat/makanan;
5.2.6.2. mempunyai masalah pendarahan (bleeding
disorder) seperti Haemophilia, Idiopathic
Thrombocytopenic Purpura (IT) dan sebagainya;
5.2.6.3. sedang mengambil rawatan ubat-ubatan pencair
darah;
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19
BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
11
5.2.6.4. sedang mendapat rawatan yang merendahkan
sistem imun badan; dan
5.2.6.5. menghidap penyakit yang mempengaruhi sistem
imun badan seperti Autoimun, Kanser, HIV, SLE
dan sebagainya.
5.2.7. Walau bagaimanapun, senarai penyakit seperti di
perenggan 5.2.6. adalah tertakluk kepada senarai yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dari semasa ke
semasa.
5.2.8. Pegawai/pekerja bertanggungjawab untuk mengambil dos
imunisasi COVID-19 yang lengkap bagi mencapai imuniti
kelompok dalam komuniti bagi memastikan perlindungan
terhadap golongan berisiko yang tidak layak menerima
vaksinasi atau belum lengkap vaksin.
6. PEMAKAIAN
6.1. Pemakaian Garis Panduan ini adalah tertakluk kepada peraturan
dan garis panduan sedia ada seperti berikut:
6.1.1. Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan.
6.1.2. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
1988.
6.1.3. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395].
6.1.4. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,
Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012
[P.U.(A) 1/2012].
6.1.5. Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah
3.0 bertarikh 24 September 2021.
6.1.6. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021: Dasar
Pelaksanaan Imunisasi COVID-19 Bagi Pegawai
Perkhidmatan Awam Persekutuan bertarikh 18 Oktober
2021.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19
BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
12
6.1.7. Surat Edaran JPA – Garis Panduan Pengurusan Premis
Kerajaan Bagi Mengawal Penularan COVID-19 bertarikh
28 Oktober 2021.
7. TARIKH KUAT KUASA
Garis Panduan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.
LAMPIRAN I
1
2
3
4
5
6
7
CATATAN
BELUM
AMBIL
VAKSIN
COVID-19
(√)
DIKECUALIKAN
MENDAPAT
VAKSIN
COVID-19
(MEDICALLY
INELIGIBLE )
(√)
TIDAK
MENGAMBIL
VAKSIN
COVID-19
TANPA
ALASAN
MUNASABAH
(√)
LAPORAN MINGGUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN YANG TIDAK MENGAMBIL VAKSIN COVID-19
BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
(SELEPAS 1 NOVEMBER 2021)
JUMLAH
BIL. NAMA PENUH
SKIM/ GRED
JAWATAN
TELAH
AMBIL
VAKSIN
COVID-19
(DOS 1)
(√)
TELAH
AMBIL
VAKSIN
COVID-19
(DOS 2)
(√)
*BAHAGIAN/JABATAN/AGENSI:_____________________________________________________
STATUS VAKSINASI

More Related Content

Similar to SURAT EDARAN DAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19 KPM.pdf

2. Mikroplaning dan Rantai Dingin Vaksinasi COVID-19 3 Jan 2021.ppt
2. Mikroplaning dan Rantai Dingin Vaksinasi COVID-19 3 Jan 2021.ppt2. Mikroplaning dan Rantai Dingin Vaksinasi COVID-19 3 Jan 2021.ppt
2. Mikroplaning dan Rantai Dingin Vaksinasi COVID-19 3 Jan 2021.ppt
pramita18
 
Manual jkkp hcm
Manual jkkp hcmManual jkkp hcm
Manual jkkp hcm
Lee Oi Wah
 
KEPUTUSAN MENTERI KESEHATAN REPUBLIK INDONESIA NOMOR HK.01.07/MENKES/4642/202...
KEPUTUSAN MENTERI KESEHATAN REPUBLIK INDONESIA NOMOR HK.01.07/MENKES/4642/202...KEPUTUSAN MENTERI KESEHATAN REPUBLIK INDONESIA NOMOR HK.01.07/MENKES/4642/202...
KEPUTUSAN MENTERI KESEHATAN REPUBLIK INDONESIA NOMOR HK.01.07/MENKES/4642/202...
CIkumparan
 
PERATURAN PERUNDANGAN DAN DASAR K DI FASYANKES.pptx
PERATURAN PERUNDANGAN DAN DASAR K DI FASYANKES.pptxPERATURAN PERUNDANGAN DAN DASAR K DI FASYANKES.pptx
PERATURAN PERUNDANGAN DAN DASAR K DI FASYANKES.pptx
BaniTamimAlHaq
 
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2016 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN.pdf
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2016 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN.pdfPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2016 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN.pdf
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2016 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN.pdf
HamdiRamli
 
5.5.1.a SK Pelaksanaan Pencegahan dan pengendalian Infeksi
5.5.1.a SK Pelaksanaan Pencegahan dan pengendalian Infeksi5.5.1.a SK Pelaksanaan Pencegahan dan pengendalian Infeksi
5.5.1.a SK Pelaksanaan Pencegahan dan pengendalian Infeksi
NurAriFelani
 

Similar to SURAT EDARAN DAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19 KPM.pdf (20)

SK Protokol Kesehatan di Sektor Pariwisata DKI
SK Protokol Kesehatan di Sektor Pariwisata DKISK Protokol Kesehatan di Sektor Pariwisata DKI
SK Protokol Kesehatan di Sektor Pariwisata DKI
 
Sk kadisnakertransgi 1972 th 2021 protokol ppkm level 4 fix
Sk kadisnakertransgi 1972 th 2021   protokol ppkm level 4 fixSk kadisnakertransgi 1972 th 2021   protokol ppkm level 4 fix
Sk kadisnakertransgi 1972 th 2021 protokol ppkm level 4 fix
 
2. Mikroplaning dan Rantai Dingin Vaksinasi COVID-19 3 Jan 2021.ppt
2. Mikroplaning dan Rantai Dingin Vaksinasi COVID-19 3 Jan 2021.ppt2. Mikroplaning dan Rantai Dingin Vaksinasi COVID-19 3 Jan 2021.ppt
2. Mikroplaning dan Rantai Dingin Vaksinasi COVID-19 3 Jan 2021.ppt
 
K3 dalam pandemi Covid 19.pptx
K3 dalam pandemi Covid 19.pptxK3 dalam pandemi Covid 19.pptx
K3 dalam pandemi Covid 19.pptx
 
Permenaker no 13 2022 tentang TB di tempat kerja.pdf
Permenaker no 13 2022 tentang TB di tempat kerja.pdfPermenaker no 13 2022 tentang TB di tempat kerja.pdf
Permenaker no 13 2022 tentang TB di tempat kerja.pdf
 
Garispanduan pkp pembinaan
Garispanduan pkp pembinaanGarispanduan pkp pembinaan
Garispanduan pkp pembinaan
 
2. SLIDE SOP PASCA PKP.pdf
2. SLIDE SOP PASCA PKP.pdf2. SLIDE SOP PASCA PKP.pdf
2. SLIDE SOP PASCA PKP.pdf
 
Manual jkkp hcm
Manual jkkp hcmManual jkkp hcm
Manual jkkp hcm
 
KEPUTUSAN MENTERI KESEHATAN REPUBLIK INDONESIA NOMOR HK.01.07/MENKES/4642/202...
KEPUTUSAN MENTERI KESEHATAN REPUBLIK INDONESIA NOMOR HK.01.07/MENKES/4642/202...KEPUTUSAN MENTERI KESEHATAN REPUBLIK INDONESIA NOMOR HK.01.07/MENKES/4642/202...
KEPUTUSAN MENTERI KESEHATAN REPUBLIK INDONESIA NOMOR HK.01.07/MENKES/4642/202...
 
PENYELENGGARAAN LABORATORIUM PEMERIKSAAN CORONAVIRUS
PENYELENGGARAAN LABORATORIUM PEMERIKSAAN CORONAVIRUSPENYELENGGARAAN LABORATORIUM PEMERIKSAAN CORONAVIRUS
PENYELENGGARAAN LABORATORIUM PEMERIKSAAN CORONAVIRUS
 
PERATURAN PERUNDANGAN DAN DASAR K DI FASYANKES.pptx
PERATURAN PERUNDANGAN DAN DASAR K DI FASYANKES.pptxPERATURAN PERUNDANGAN DAN DASAR K DI FASYANKES.pptx
PERATURAN PERUNDANGAN DAN DASAR K DI FASYANKES.pptx
 
Kebijakan Kesehatan dan Keselamatan Kerja (K3) Fasyankes
Kebijakan Kesehatan dan Keselamatan Kerja (K3) FasyankesKebijakan Kesehatan dan Keselamatan Kerja (K3) Fasyankes
Kebijakan Kesehatan dan Keselamatan Kerja (K3) Fasyankes
 
Kawalan infeksi
Kawalan infeksiKawalan infeksi
Kawalan infeksi
 
Kebijakan program hiv
Kebijakan program hivKebijakan program hiv
Kebijakan program hiv
 
Panduan PSBB di Sumatra Barat
Panduan PSBB di Sumatra BaratPanduan PSBB di Sumatra Barat
Panduan PSBB di Sumatra Barat
 
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2016 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN.pdf
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2016 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN.pdfPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2016 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN.pdf
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2016 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN.pdf
 
Maklumat Walkot Bekasi tentang Protokol Kesehatan
Maklumat Walkot Bekasi tentang Protokol KesehatanMaklumat Walkot Bekasi tentang Protokol Kesehatan
Maklumat Walkot Bekasi tentang Protokol Kesehatan
 
Remote Audit
Remote AuditRemote Audit
Remote Audit
 
Pergub Nomor 79 Tahun 2020
Pergub Nomor 79 Tahun 2020Pergub Nomor 79 Tahun 2020
Pergub Nomor 79 Tahun 2020
 
5.5.1.a SK Pelaksanaan Pencegahan dan pengendalian Infeksi
5.5.1.a SK Pelaksanaan Pencegahan dan pengendalian Infeksi5.5.1.a SK Pelaksanaan Pencegahan dan pengendalian Infeksi
5.5.1.a SK Pelaksanaan Pencegahan dan pengendalian Infeksi
 

Recently uploaded

MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptxMATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
randikaakbar11
 
Penjelasan Asmaul Khomsah bahasa arab nahwu
Penjelasan Asmaul Khomsah bahasa arab nahwuPenjelasan Asmaul Khomsah bahasa arab nahwu
Penjelasan Asmaul Khomsah bahasa arab nahwu
Khiyaroh1
 
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran  IDM 2024 di kec Plumbon.pptxMateri Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran  IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
AvivThea
 

Recently uploaded (20)

MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptxMATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
 
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
 
Demokrasi dan Pendidikan Demokrasi kwn ppt.ppt
Demokrasi dan Pendidikan Demokrasi kwn ppt.pptDemokrasi dan Pendidikan Demokrasi kwn ppt.ppt
Demokrasi dan Pendidikan Demokrasi kwn ppt.ppt
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Penjelasan Asmaul Khomsah bahasa arab nahwu
Penjelasan Asmaul Khomsah bahasa arab nahwuPenjelasan Asmaul Khomsah bahasa arab nahwu
Penjelasan Asmaul Khomsah bahasa arab nahwu
 
E-modul materi Ekosistem Kelas 10 SMA (Preview)
E-modul materi Ekosistem Kelas 10 SMA (Preview)E-modul materi Ekosistem Kelas 10 SMA (Preview)
E-modul materi Ekosistem Kelas 10 SMA (Preview)
 
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdfUAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
 
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI TARI KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran  IDM 2024 di kec Plumbon.pptxMateri Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran  IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerakAksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
 
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar MengajarVariasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
 
METODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptx
METODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptxMETODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptx
METODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptxLokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Materi E-modul Ekosistem kelas X SMA.docx
Materi E-modul Ekosistem kelas X SMA.docxMateri E-modul Ekosistem kelas X SMA.docx
Materi E-modul Ekosistem kelas X SMA.docx
 

SURAT EDARAN DAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19 KPM.pdf

  • 1.
  • 2.
  • 3.
  • 4.
  • 5.
  • 6.
  • 7.
  • 8.
  • 9. 1 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19 BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1. TUJUAN Garis Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan tanggungjawab Ketua Jabatan dalam menguruskan premis kerajaan bagi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk pengurusan pegawai, pekerja, pelanggan dan kontraktor yang hadir secara fizikal ke premis KPM bagi maksud mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat. 2. LATAR BELAKANG 2.1. Ketua Jabatan hendaklah bertanggungjawab memastikan premis kerajaan sentiasa berada dalam keadaan kondusif dan selamat. Pengurusan premis kerajaan yang cekap dan berkesan adalah penting bagi mengawal penularan COVID-19. 2.2. Garis Panduan ini terbahagi kepada enam (6) bahagian iaitu: 2.2.1. Pengurusan Premis Kerajaan; 2.2.2. Pengurusan Pegawai dan Pekerja; 2.2.3. Pengurusan Pelanggan; 2.2.4. Pengurusan Kontraktor; 2.2.5. Tanggungjawab Ketua Jabatan; dan 2.2.6. Tanggungjawab Pegawai dan Pekerja. 3. TAFSIRAN 3.1. Bagi maksud Garis Panduan ini: 3.1.1. “Ketua Jabatan” ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk bertindak bagi pihaknya, sesuatu jabatan itu termasuklah:
  • 10. GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19 BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2 3.1.1.1. Ketua Setiausaha Kementerian; 3.1.1.2. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia; dan 3.1.1.3. mana-mana pegawai yang bertanggungjawab mengetuai jabatan, institusi, agensi atau bahagian. 3.1.2. “pegawai” mempunyai erti yang sama seperti mana yang diberikan kepadanya dalam Peraturan 4 dalam Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012]; 3.1.3. “pekerja” termasuklah pegawai lantikan Contract for Service (CFS) seperti Pekerja Sambilan Harian (PSH), Personel MySTEP dan pelajar latihan industri yang menjalani latihan tersebut dengan kerajaan; 3.1.4. “pengamal perubatan berdaftar” bermaksud pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50] sama ada pegawai perubatan Kerajaan atau swasta; 3.1.5. “kontraktor” termasuklah konsultan, pembekal dan mana- mana individu yang memberi perkhidmatan secara tetap atau sementara di premis KPM; dan 3.1.6. “imunisasi lengkap” merujuk kepada pemasukan antigen atau antibodi tertentu ke dalam tubuh manusia dengan tujuan memberikan imuniti terhadap penyakit yang berkenaan dan termasuklah vaksinasi sama seperti mana yang dinyatakan di dalam subseksyen 2 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dengan mengambil kira jumlah dan jenis yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • 11. GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19 BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 3 4. KAEDAH PELAKSANAAN 4.1. PENGURUSAN PREMIS KPM 4.1.1. Ketua Jabatan hendaklah secara berterusan mengambil tindakan pencegahan seperti berikut: 4.1.1.1. menyediakan pengimbas suhu, kod QR MySejahtera, pensanitasi tangan dan buku rekod kehadiran (bagi individu yang tiada aplikasi MySejahtera) di semua pintu masuk premis KPM; 4.1.1.2. membuat penanda dan memastikan penjarakan sekurang-kurangnya satu (1) meter di laluan pintu masuk; 4.1.1.3. menempatkan pegawai untuk memantau, memeriksa dan memberi kebenaran kepada mana-mana individu untuk memasuki premis KPM. Kebenaran hanya diberikan kepada individu yang memakai pelitup muka dan bacaan suhu tidak melebihi 37.5 darjah celsius; 4.1.1.4. memastikan mana-mana individu membuat imbasan kod QR melalui aplikasi MySejahtera atau mencatat maklumat peribadi dalam buku rekod kehadiran bagi individu yang tiada aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis KPM; 4.1.1.5. melaksanakan aktiviti disinfeksi secara berkala pada tempat-tempat yang kerap disentuh seperti butang lif, tombol atau pemegang pintu, suis lampu dan sebagainya;
  • 12. GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19 BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 4 4.1.1.6. mengadakan kempen kesedaran secara berterusan untuk mematuhi saranan penjagaan kebersihan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta mengamalkan konsep 3W merangkumi kerap mencuci tangan (wash) dengan air dan sabun, memakai pelitup muka (wear) di tempat awam atau jika bergejala dan amaran yang lebih berkonsep peringatan (warn). Mengelakkan 3C iaitu jauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak bersembang atau bertutur dalam jarak yang dekat (close conversation); 4.1.1.7. memastikan sistem pengudaraan yang baik di Bahagian/Jabatan/Agensi termasuk membuat penyenggaraan kepada sistem pengudaraan secara berkala mengikut garis panduan sistem pengudaraan yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. Panduan yang boleh dirujuk adalah seperti Panduan Bagi Pengudaraan dan Kualiti Udara Dalaman Di Kawasan Awam Semasa Pandemik COVID-19, Panduan Pengudaraan dan Kualiti Udara Dalaman Bagi Ketetapan Kemudahan Penjagaan Kesihatan Dalam Tempoh Pandemik COVID-19 dan Panduan Pengudaraan dan Kualiti Udara Dalaman Bagi Tetapan Bukan Kediaman Semasa Pandemik COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia; dan 4.1.1.8. mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan saranan penjagaan kebersihan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa termasuk Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah yang berkuat kuasa.
  • 13. GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19 BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 5 4.1.2. Sekiranya terdapat kes positif COVID-19 di Bahagian/ Jabatan/Agensi, Ketua Jabatan hendaklah dengan kadar segera menghubungi pihak Pejabat Kesihatan berhampiran bagi penilaian risiko dan tindakan selanjutnya terhadap kes dan premis. Bagi tujuan pembersihan, kerja- kerja disinfeksi akan dilakukan bergantung kepada penilaian risiko oleh pihak Pejabat Kesihatan. Tatacara disinfeksi hendaklah selaras dengan panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan. 4.1.3. Penganjuran sebarang program atau majlis rasmi hendaklah dilaksanakan secara terkawal berdasarkan SOP aktiviti dan protokol majlis rasmi yang dikeluarkan oleh Kerajaan. 4.2. PENGURUSAN PEGAWAI DAN PEKERJA 4.2.1. Pegawai dan pekerja yang mempunyai bacaan suhu melebihi 37.5 darjah celsius atau bergejala tidak dibenarkan memasuki premis KPM. 4.2.2. Bagi pegawai dan pekerja di perenggan 4.2.1. serta pegawai/pekerja yang dijangkiti atau merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19, Ketua Jabatan hendaklah mempertimbangkan untuk: 4.2.2.1. kebenaran tidak hadir bertugas disebabkan pegawai telah diberikan perintah pengawasan dan pemerhatian di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]; atau 4.2.2.2. kebenaran Bekerja Dari Rumah (BDR) berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020: Dasar Bekerja Dari Rumah (PP Bil. 5/2020).
  • 14. GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19 BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 6 4.2.3. Bagi pegawai/pekerja yang tidak mendapatkan atau melengkapkan imunisasi COVID-19, atau tidak layak untuk menerima imunisasi COVID-19 dari segi kesihatan (medically ineligible), namun masih perlu hadir bertugas di pejabat, Ketua Jabatan hendaklah mempertimbangkan apa-apa kaedah yang bersesuaian untuk menguruskan pegawai/pekerja tersebut. Pertimbangan tersebut termasuklah mengarahkan pegawai/pekerja untuk membuat ujian pengesanan COVID-19 dari semasa ke semasa dan mematuhi SOP Pengoperasian Sekolah yang berkuat kuasa. Ketua Jabatan boleh memperaku pegawai untuk penempatan semula atau pertukaran mengikut kesesuaian. 4.2.4. Sekiranya pegawai/pekerja tidak dapat melengkapkan dos imunisasi COVID-19 atas sebab kesihatan, pegawai/pekerja hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan oleh pengamal perubatan berdaftar bagi mengesahkan bahawa pegawai/pekerja tidak layak untuk menerima imunisasi COVID-19 dari segi perubatan (medically ineligible). 4.2.5. Sekiranya pegawai/pekerja telah mendapat pengesahan daripada pengamal perubatan berdaftar bahawa mereka tidak layak untuk menerima imunisasi COVID-19 atas sebab kesihatan, pegawai/pekerja hendaklah diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk membuat ujian pengesanan COVID-19 dari semasa ke semasa. 4.2.6. Sekiranya pegawai/pekerja disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar bahawa pegawai/pekerja layak untuk menerima imunisasi COVID-19, pegawai/pekerja hendaklah mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap. Pembuktian hendaklah dibuat oleh pegawai/ pekerja dengan mengemukakan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19.
  • 15. GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19 BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 7 4.2.7. Sekiranya pegawai gagal mematuhi mana-mana arahan di perenggan 4.2.4. atau 4.2.5. atau 4.2.6., pegawai hendaklah dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan seperti mana Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Peraturan- Peraturan Pegawai Awam yang berkuat kuasa. Bagi pekerja, tindakan hendaklah diambil berdasarkan peraturan dan syarat yang berkuat kuasa. 4.3. PENGURUSAN PELANGGAN 4.3.1. Ketua Jabatan hendaklah memastikan kawalan masuk pelanggan di premis Kerajaan mematuhi prosedur sebagaimana yang dinyatakan di perenggan 4.1.1.3., 4.1.1.4. dan 4.1.1.8. 4.3.2. Semua pegawai/pekerja yang berurusan dengan pelanggan secara fizikal hendaklah telah melengkapkan imunisasi COVID-19 dan mengambil langkah-langkah perlindungan seperti penggunaan pensanitasi tangan dan pelitup muka sepanjang tempoh bertugas. 4.3.3. Bagi pelanggan yang tidak mendapatkan atau melengkapkan imunisasi COVID-19, Ketua Jabatan hendaklah menetapkan kaedah yang bersesuaian bagi menguruskan pelanggan berkenaan mengikut SOP yang berkuat kuasa. 4.4. PENGURUSAN KONTRAKTOR 4.4.1. Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan hanya kontraktor yang telah lengkap imunisasi COVID-19 serta tidak dijangkiti COVID-19, bukan merupakan kontak rapat atau tidak bergejala sahaja dibenarkan hadir untuk melaksanakan tugas di premis Kerajaan.
  • 16. GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19 BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 8 4.4.2. Ketua Jabatan hendaklah memastikan kontraktor yang hadir di premis Kerajaan mematuhi prosedur di perenggan 4.1.1.3., 4.1.1.4. dan 4.1.1.8. 5. TANGGUNGJAWAB WARGA KPM 5.1. KETUA JABATAN 5.1.1. Ketua Jabatan bertanggungjawab menyelia pegawai/pekerja di bawah seliaan masing-masing dan dikehendaki memastikan Garis Panduan ini dilaksanakan dan dipatuhi sepenuhnya. 5.1.2. Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua pegawai/pekerja telah mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap. 5.1.3. Ketua Jabatan hendaklah mengarahkan pegawai/pekerja yang belum/tidak mengambil dos imunisasi COVID-19 untuk membuat ujian pengesanan COVID-19 secara berkala bagi mengemas kini status semasa kesihatan pegawai/pekerja. 5.1.4. Ketua Jabatan hendaklah sentiasa mengemas kini dan merekod data serta maklumat status pengambilan vaksin pegawai/pekerja di bawah seliaan masing-masing. Maklumat yang dikemas kini secara mingguan perlu dikemukakan kepada Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) bagi pegawai yang berkhidmat di Ibu Pejabat (termasuk Institusi Pendidikan di bawah Bahagian), Jabatan dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Manakala bagi pegawai yang berkhidmat di sekolah, maklumat perlu dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) secara mingguan. Format pelaporan maklumat tersebut adalah seperti di Lampiran I.
  • 17. GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19 BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 9 5.1.5. Ketua Jabatan hendaklah membuat laporan dengan segera kepada Unit Integriti KPM sekiranya terdapat pelanggaran tatakelakuan berkaitan pengambilan imunisasi pegawai/pekerja di bawah seliaan masing- masing. Pengurusan kes tatatertib berkaitan imunisasi COVID-19 hendaklah mengikut Prosedur Pengurusan Kes Tatatertib Berkaitan Imunisasi COVID-19 Bagi KPM yang dikeluarkan oleh Unit Integriti KPM secara berasingan. 5.1.6. Kegagalan Ketua Jabatan menjalankan tanggungjawab seperti di perenggan 5.1.1. hingga 5.1.5. boleh disifatkan sebagai cuai dan tidak bertanggungjawab serta boleh dikenakan tindakan tatatertib berdasarkan Peraturan 3C(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 5.2. PEGAWAI DAN PEKERJA 5.2.1. Pegawai/pekerja adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap sebagaimana yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini bagi memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat dan penyampaian perkhidmatan serta produktiviti Perkhidmatan Awam berada pada tahap yang optimum. 5.2.2. Bagi pegawai/pekerja yang tidak mengambil atau tidak melengkapkan dos imunisasi COVID-19 atas sebab kesihatan, pegawai/pekerja bertanggungjawab untuk membuat pemeriksaan kesihatan oleh pengamal perubatan berdaftar bagi mengesahkan bahawa pegawai tidak layak untuk menerima imunisasi COVID-19.
  • 18. GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19 BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 10 5.2.3. Sekiranya pegawai/pekerja disahkan tidak layak menerima imunisasi COVID-19 atas sebab kesihatan, pegawai/pekerja hendaklah bersedia untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19. Kos untuk membuat ujian pengesanan COVID-19 akan ditanggung oleh Kerajaan. 5.2.4. Bagi pegawai/pekerja yang tidak mendapatkan atau melengkapkan imunisasi COVID-19, pegawai/pekerja hendaklah bersedia untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 atau apa-apa kaedah yang bersesuaian. Sebarang kos yang terlibat hendaklah ditanggung sendiri oleh pegawai/pekerja. 5.2.5. Pegawai/pekerja perlu mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap sekiranya pegawai/pekerja disahkan layak untuk menerima imunisasi COVID-19 oleh pengamal perubatan berdaftar. 5.2.6. Pegawai/pekerja hendaklah berjumpa/mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan berdaftar di hospital atau klinik kesihatan sekiranya pegawai/pekerja mengalami atau menghidap penyakit berikut untuk menentukan kesesuaian penerimaan vaksin COVID-19: 5.2.6.1. mempunyai sejarah reaksi alahan teruk atau sejarah anafilaksis setelah mengambil vaksin/ubat/makanan; 5.2.6.2. mempunyai masalah pendarahan (bleeding disorder) seperti Haemophilia, Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (IT) dan sebagainya; 5.2.6.3. sedang mengambil rawatan ubat-ubatan pencair darah;
  • 19. GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19 BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 11 5.2.6.4. sedang mendapat rawatan yang merendahkan sistem imun badan; dan 5.2.6.5. menghidap penyakit yang mempengaruhi sistem imun badan seperti Autoimun, Kanser, HIV, SLE dan sebagainya. 5.2.7. Walau bagaimanapun, senarai penyakit seperti di perenggan 5.2.6. adalah tertakluk kepada senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa. 5.2.8. Pegawai/pekerja bertanggungjawab untuk mengambil dos imunisasi COVID-19 yang lengkap bagi mencapai imuniti kelompok dalam komuniti bagi memastikan perlindungan terhadap golongan berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi atau belum lengkap vaksin. 6. PEMAKAIAN 6.1. Pemakaian Garis Panduan ini adalah tertakluk kepada peraturan dan garis panduan sedia ada seperti berikut: 6.1.1. Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan. 6.1.2. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. 6.1.3. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395]. 6.1.4. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012]. 6.1.5. Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 bertarikh 24 September 2021. 6.1.6. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021: Dasar Pelaksanaan Imunisasi COVID-19 Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan bertarikh 18 Oktober 2021.
  • 20. GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAWALAN PENULARAN COVID-19 BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 12 6.1.7. Surat Edaran JPA – Garis Panduan Pengurusan Premis Kerajaan Bagi Mengawal Penularan COVID-19 bertarikh 28 Oktober 2021. 7. TARIKH KUAT KUASA Garis Panduan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.
  • 21. LAMPIRAN I 1 2 3 4 5 6 7 CATATAN BELUM AMBIL VAKSIN COVID-19 (√) DIKECUALIKAN MENDAPAT VAKSIN COVID-19 (MEDICALLY INELIGIBLE ) (√) TIDAK MENGAMBIL VAKSIN COVID-19 TANPA ALASAN MUNASABAH (√) LAPORAN MINGGUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN YANG TIDAK MENGAMBIL VAKSIN COVID-19 BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (SELEPAS 1 NOVEMBER 2021) JUMLAH BIL. NAMA PENUH SKIM/ GRED JAWATAN TELAH AMBIL VAKSIN COVID-19 (DOS 1) (√) TELAH AMBIL VAKSIN COVID-19 (DOS 2) (√) *BAHAGIAN/JABATAN/AGENSI:_____________________________________________________ STATUS VAKSINASI