4. 4 KOMPONEN
LALUAN UDARA
Laluan udara atas
Laluan udara bawah
PARU-PARU
PUSAT PERGERAKAN PERNAFASAN DAN OTOT
SALURAN DARAH
5. Laluan Udara (Airway)
Mulai dari hidung/mulut ke paru-paru
Laluan udara atas
Hidung dan mulut
Tekak
Kotak suara
Laluan udara bawah
Trakea
Bronkus
Bronkiol
alveolou
6. Paru-paru (Pulmonari)
Sepasang organ yang terletak di ruang toreks dan
dilindungi oleh sangkar rusuk, otot-otot interkosta, tulang
vertebra dan tulang sternum
Paru-paru berbentuk kon – 3 segmen di kanan dan 2
segmen di kiri yang memenuhi rongga dada.
Paru-paru diselaputi oleh selaput yang dipanggil pleura. Di
dalamnya terdapat berjuta-juta alveolus yang disaluti
kapilari di mana berlakunya pertukaran gas
7.
8. Pusat Pergerakan Pernafasan dan Otot (Neuromuscular
Apparatus)
Tulang-tulang rusuk, tulang sternum, diafragma dan otot-
otot dada (intercostal muscles).
Satu bahagian di otak yang mengawal dan menggerakkan
tulang-tulang rusuk, otot-otot interkostal dan diafragma
semasa mengembangkan/menguncupkan ruang rongga
dada untuk pernafasan
9. Saluran Darah (Vessels)
Arteri pulmonari membawa darah yang tidak beroksigen
dari jantung ke paru-paru.
Jaringan kapilari membuat pertukaran oksigen dan karbon
dioksida dengan alveolus
Vena pulmonari membawa darah beroksigen dari paru-paru
ke jantung
10. Laluan Pernafasan
Udara masuk melalui hidung dan mulut melalui faring dan
laring ke trakea
Trakea terbahagi kepada 2 cabang, bronkus kanan dan kiri
sebelum memasuki paru-paru.
Di dalam paru-paru, setiap bronkus terbahagi pula kepada
beberapa saluran yang dipanggil bronkiol.
11. Bronkiol terbahagi lagi dan berakhir di dalam sekumpulan
pundi udara yang berdinding nipis dan dikenali dengan
alveolus.
Purata pernafasan seseorang antara 12 – 20 kali seminit
dan memerlukan 800ml udara bergantung kepada 3
gerakan iaitu:-
Tarik nafas (inspiration)
Hembus nafas (expiration)
Rehat (pause)
12. Mekanisma pernafasan berlaku secara automatik. Ianya
berterusan tanpa memerlukan apa-apa usaha atau
bantuan. Menarik dan menghembus nafas berlaku dengan
kombinasi antara otot-otot dada, diafragma dan tulang
rusuk yang bertindak membesarkan dan mengecilkan
rongga dada untuk membolehkan udara masuk
(inspiration) dan keluar (expiration) pada paru-paru
13. Tujuan pernafasan ialah untuk membekalkan oksigen ke
dalam darah dan mengeluarkan CO 2 dari darah.
Komposisi udara seperti berikut:
78% nitrogen <
21% oksigen
1% lain-lain gas
Daripada 21% oksigen yang masuk ke dalam paru-paru
hanya 5% sahaja akan diambil untuk kegunaan tubuh.
14. PERNAFASAN TERDIRI 3 FASA:
MENARIK NAFAS (INSPIRATION)
MENGHEMBUS NAFAS (EXPIRATION)
REHAT (PAUSE)
15. Menarik Nafas (inspiration)
Semasa menarik nafas otot tulang rusuk akan mengecut
Sangkar rusuk akan bergerak ke atas dan dada akan
bergerak ke hadapan menyebabkan sangkar rusuk
mengembang
Diafragma akan mengecut dan meleper
Tekanan di dalam sangkar rusuk akan menjadi rendah
menyebabkan udara masuk ke paru-paru
16.
17. Menghembus Nafas (expiration)
Semasa menghembus nafas otot tulang rusuk akan
berehat.
Sangkar rusuk akan turun dan dada akan bergerak ke
dalam menyebabkan sangkar rusuk mengecil.
Diafragma akan berehat dan melengkung ke atas.
Tekanan di dalam sangkar rusuk akan menjadi tinggi
menyebabkan udara keluar dari paru-paru
18.
19. Rehat (pause)
Peringkat ini adalah peringkat berehat sebentar antara
menarik dan menghembus nafas.