Nota cpr

12,603 views

Published on

0 Comments
12 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
12,603
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
678
Comments
0
Likes
12
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Nota cpr

  1. 1. CARDIO PULMONARY RESUSCITATIONPENDAHULUANCPR atau Cardiopulmonary Resuscitation adalah satu kunci penting dalam rantaian hidup untukmangsa yang mengalami masalah kejutan secara tiba-tiba pada jantung dan pernafasan. Ianyabertujuan untuk mencegah kerosakan otak sebelum menerima bantuan perubatan. CPRmempunyai 2 matlamat iaitu:-a). Mengekalkan aliran darah ke seluruh anggota badan.b) Mengekalkan aliran udara masuk dan keluar dari paru-paru.CPR adalah teknik mudah yang hanya memerlukan peralatan yang minima sahaja. Apa yanganda lakukan adalah sesuatu yang mudah:-a) Memberi tiupan ke dalam mulut mangsa untuk menolak mangsa untuk menolak masuk udara beroksigen ke dalam paru-paru. Ini akan menyerapkan oksigen ke dalam salur darahb) Memberi tekanan di dada mangsa untuk membuatkan darah mengalir di dalam badanSerangan sakit jantung secara tiba-tiba adalah punca utama kematian di kalangan orangdewasa. CPR menggandakan peluang untuk hidup daripada serangan jantung itu. 75% selalunyaberlaku di rumah. Mangsa yang biasa mengalaminya adalah lelaki yang berusia awal 60an danwanita dalam usia lewat 60an. Dua kali ganda lelaki diserang sakit jantung berbanding wanita.Dalam setiap 10 mangsa yang mengalami masalah jantung terhenti yang dimasukkan kehospital, hanya tiga berjaya diselamatkan. Mengapa? 1 Email : kamafiq@yahoo.com
  2. 2. KITAR MANDIRIKitar Mandiri adalah rangkaian / rantai dalam tindakan menyelamat yang berkait antarapenyelamat apabila memberi bantuan mangsa. Terdapat 4 rangkaian / rantai dalam Kitar Mandiri. Tindakan Awal CPR Awal Defibrilasi Awal ACLS AwalTindakan AwalHubungi EMS ( Emmergency Medical Service ) dan beritahu :-a) Nombor telefon panggilan dibuat.b) Tempat Kejadian.c) Jenis Kemalangan.d) Kecederaan yang dialami.e) Jumlah perlu bantuanCPR Awala) Bila dan bagaimana bantuan pernafsan diberi.b) Bila dan bagaimana tekanan dada dilakukan.Defibrilasi AwalMenggunakan alat elektrik defibrillator untuk menghidupkan jantung yang terhenti dari berfungsi.ACLS Awal / Tindakan Lanjutan AwalMerupakan rawatan yang dilakukan oleh pihak doktor, paramedik, jururawat terlatih atausebagainya. 2 Email : kamafiq@yahoo.com
  3. 3. SISTEM PERNAFASANPernafasan merupakan sistem biologi yang penting kepada semua organisma yangmembabitkan pertukaran gas untuk meneruskan kehidupan. Bagi manusia tubuh badannyamemerlukan 4.5 % Oksigen daripada 21% oksigen yang berada di udara kasar. Udara kasarmengandungi Oksigen, Nitrogen, Karbon Dioksida dan Gas Nadir.Sistem pernafasan manusia mengandungia) Saluran pernafasan (nasal passage), di mana udara dilembabkan dan tempat deria bau berfungsi.b) Farinks, kawasan umum di belakang mulut di mana udara, makanan dan air lalu.c) Larinks, atau peti suarad) Trakea, saluran udara yang bersambung kepada bronchie) Alveolus, kantung akhir di mana berlaku pertukaran gas.f) Bronkiol, cabang bronkus yang menyebarkan udara ke alveolig) DiafragmaAlveolus dan bronkiol membentuk paru-paru. Udara bergerak keluar masuk dari paru-paru olehpergerakan sangkar kerangka (rib cage) dan diafragma, yang mengembangkan paru-paru untukmenarik udara masuk dan mengempiskan paru-paru untuk menolak udara keluar. 3 Email : kamafiq@yahoo.com
  4. 4. SISTEM PEREDARAN DARAHSistem Peredaran Darah adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh badan. Sistem inimengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk ke jantung semula.Sistem peredaran darah manusia juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup kerana darahmengalir di dalam salur darah yang tertutupFungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan zat-zat makanan dan oksigen kepada sel-seldi dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel.Sistem darah manusia mempunyai dua jenis iaitu peredaran pulmonari dan sistemik.Peredaran PulmonariPeredaran ini membawa darah tidak beroksigen dari jantung melalui arteri pulmonari ke paru-paru dan balik ke jantung melalui vena pulmonariPeredaran SistemikPeredaran ini membawa darah beroksigen dari jantung melalui aorta ke semua bahagian badandan balik ke jantung. Struktur anatomi sistem ini terdiri daripada Jantung, Saluran darah danDaraha) Jantung: i) Jantung terletak di dalam ruangan toraks (sangkar rusuk) di belakang tulang sternum, di hadapan tulang belakang dan kedudukannya menyendeng dari kanan ke kiri. 4 Email : kamafiq@yahoo.com
  5. 5. ii) Organ ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kiri dan kanan. Ia dibahagikan oleh dinding yang dipanggil septum. iii) Lapisan jantung pula terdiri daripada 3 lapisan iaitu Pericardium (luar), Myocardium (tengah), Endocardium (dalam). iv) Jantung mempunyai 4 ruang iaitu 2 ruangan atas dikenali sebagai atrium dan 2 ruangan bawah dikenali sebagai ventrikel v) Antara atrium dan ventrikel terdapat injap yang mengawal pengaliran darah di dalam jantung v) Aliran darah di dalam jantung Venakava membawa darah yang mengandungi karbon dioksida ke atrium kanan. Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke ventrikel kanan melalui injap tricuspid. Pengucupan ventrikel menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke paru-paru. Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku di paru-paru. Seterusnya dalah mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap mitral (bikuspid) masuk ke ventrikal kiri. Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui injap aorta ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh badan. Jantung berdenyut 60 – 80 kali seminit secara automatik dan kadar denyutan ini boleh bertambah mengikut keadaan, seperti bersenam.b) Salur Darah Salur darah terdiri daripada 3 jenis salur darah yang utama iaitu Arteri , Vena dan Kapilari i) Arteri Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian- bahagian lain badan. Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung. Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol. Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari. Antara arteri utama ialah Temporal, Carotid, Bracial, Radial dan Femoral. 5 Email : kamafiq@yahoo.com
  6. 6. ii) Vena Vena ialah salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian lain badan. Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri. Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah. Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap-injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya. Vena yang terkecil sekali dinamakan venul. Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari. 6 Email : kamafiq@yahoo.com
  7. 7. iii) Kapilari darah Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali. Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul. Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel. Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan- bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.c) Darah Darah terdiri daripada Pepejal (sel darah ) 40% dan Cecair (plasma) 60%. Tubuh manusia mengandungi lebih kurang 8 – 10 pain (6 liter) darah. Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan sel pembekuan (platelet). 7 Email : kamafiq@yahoo.com
  8. 8. i) Plasma Adalah larutan yang berwarna jernih kekuningan dan mengandungi bahan larut dalam air. Lebih kurang 90% daripada plasma terdiri daripada air. Bahan larut yang terkandung dalam plasma ialah Garam-garam, Bahan-bahan makanan iaitu glukosa, asid amino, Protin darah, fibrinogen, globulin, albumin dan bahan-bahan kumuh terutama urea serta Hormon. ii) Sel Darah Merah (Eritrosit) Berbentuk ceper dwicekung. Tidak mempunyai nucleus. Mengandungi pigmen hemoglobin yang memberikan warna merahnya. Saiz dan bentuknya menghasilkan nisbah luas permukaan terhadap isi padu yang besar dan ini menambahkan kecekapan sel darah merah bagi pertukaran oksigen dengan plasma. Sel ini hidup selama lebih kurang 120 hari. Ia dimusnahkan dalam hati dan digantikan oleh sel-sel baru dalam sumsum tulang. iii) Sel Darah Putih (Leukosit) Tidak berwarna dan mempunyai bentuk tidak sekata. Tiap-tiap leukosit mempunyai nucleus. Sel-sel darah putih dihasilkan dalam sumsum tulang dan kelenjar limfa dan hidup selama lebih kurang 30 jam. Terdapat pelbagai jenis sel darah putih yang berlainan dari segi rupa dan fungsi. Ia memainkan peranan yang penting dalam pertahanan badan terhadap serangan bakteria. iv) Sel Pembeku Darah (Platelet) Sel-sel ini terbentuk daripada luluhan sel-sel lain, iaitu trombosit merupakan serpihan- serpihan sitoplasma yang sangat kecil. Sel-sel ini tidak mempunyai nukleus. Ia memainkan peranan penting dalam pembekuan darah. Sel ini hidup selama lebih kurang 10 hari. Fungsi Darah Membawa oksigen dan zat-zat makanan ke seluruh sel dan tisu badan. Melawan jangkitan kuman. Membawa bahan buangan atau kumpulan, hormon-hormon dan enzim- enzim. Memberi warna kepada kulit Mengawal suhu badan.PENYAKIT KORONARIPenyakit Koronari berpunca daripada pengumpulan dan pemendapan lemak dan lain-lain bahanyang menebal dan mengasarkan dinding arteri dalam dinding salur darah. Proses ini dipanggilARTEROSKLEROSIS yang menyebabkan saluran darah utama menjadi sempit danmenyebabkan pembekuan darah. Antara-antara tanda-tanda penyakit Koronari ialah sakit dada(Argena Pektoris), Serangan Jantung dan kematian mengejut Kardiak 8 Email : kamafiq@yahoo.com
  9. 9. KEMATIAN MENGEJUTTerdapat beberapa sebab kematian mengejut berlaku antaranya ialah jantung terhenti, renjatanelektrik, lemas, termakan ubat, kesesakan reaksi alergi, trauma (pendarahan) dan strok. 9 Email : kamafiq@yahoo.com
  10. 10. Serangan JantungPenyakit yang berkenaan jantung dikenali sebagai penyakit kardiovascular. Antara penyakitjantung adalah sakit koronari jantung atau juga dikenali sebagai penyakit jantung Iskemia(Ischaemic Heart Disease). Penyakit kardiovascular merupakan punca utama kesakitan dankematian yang disahkan oleh doktor di Malaysia. Pada tahun 1988, 29.4% dari angka kematianyang disahkan oleh doktor di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh penyakitkardiovascular. Penyakit jantung iskemia (Ischaemic Heart Disease) juga dikenali sebagaipenyakit jantung koronari. Penyakit ini adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan darahkepada otot jantung. Kekurangan darah yang berterusan kepada jantung akan menyebabkankematian otot-otot jantung dan jika keadaan bertambah teruk boleh meyebabkan kegagalanjantung untuk berfungsi dan seterusnya kematian mengejut. Antara sindrom penyakit jantungiskemia adalah angina pektoris dan infarksi miokardia.Penyakit jantung iskemia kini menjadi ancaman utama terhadap kesihatan masyarakat di seluruhdunia. Kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan tertinggi di Finland, Scotlanddan Ireland Utara. Dianggarkan bahawa seorang dari lima orang lelaki akan mengidap penyakitjantung iskemia pada umur di antara 60 - 65 tahun. Di Malaysia, kematian disebabkan olehpenyakit ini adalah sebanyak 35 % daripada jumlah keseluruhan kematian yang disebabkan olehpenyakit kardiovaskular dari tahun 1975 - 1989. Kemasukan ke hospital yang disebabkan olehpenyakit jantung iskemia telah meningkat kepada 34,358 kes pada tahun 1997 berbandingdengan 14,754 kes pada tahun 1985.a) Angina Pektoris Angina pektoris merupakan tanda awal seseorang itu mendapat penyakit jantung iskemia. Tanda-tanda awal angina pektoris adalah rasa sakit di dada sebelah kiri yang disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen. Kadangkala pesakit mengadu sakit di bahagian perut (epigastrik). Serangan angina pektoris boleh berlaku semula apabila pesakit melakukan aktiviti berat atau ketika pesakit mengalami tekanan (stres) kerana pada keadaan tersebut jantung memerlukan oksigen yang tinggi. Bagaimanapun, 10 Email : kamafiq@yahoo.com
  11. 11. kesakitan ini akan hilang di dalam masa kurang dari setengah jam apabila pesakit memberhentikan aktiviti berat dan berehat.b) Infarksi miokardia Infarksi miokardia adalah suatu keadaan di mana sebahagian otot jantung menjadi rosak dan mati akibat dari kekurangan bekalan darah yang teruk ke bahagian tersebut. Tanda- tanda infarksi miokardia adalah :- i) Sakit dada: Sakit dada biasanya berlaku di sebelah kiri dada dan akan merebak ke bahagian lengan, leher dan bahu kiri. Pesakit biasanya merasa tidak selesa di dada atau merasa seakan-akan sesuatu benda yang berat sedang menimpa dan menekan ke dada dan kadangkala seolah dada berasa ketat. ii) Sukar bernafas iii) Pening kepala iv) Muntah berterusanKematian mengejut boleh berlaku jika tanda-tanda awal angina pektoris atau infarksi miokardiatidak dikawalc) Faktor risiko serangan jantung. Terdapat 3 faktor risiko serangan jantung iaitu tidak boleh diubah, boleh di ubah dan faktor lain yang mempengaruhi. i) Faktor tidak boleh diubah :- - Keturunan. - Jantina. - Umur. ii) Faktor boleh dibah :- - Merokok - Tekanan darah tinggi. - Aras kolesterol tinggi. - Kurang aktiviti fizikal. iii) Faktor lain mempengaruhi :- - Kencing manis. - Berat badan berlebihan. - Tekanan jiwaStrokInfak (infarct) ialah bahagian otak yang telah "mati" disebabkan oleh kekurangan oksigen. Tisuotak boleh musnah atau mati disebabkan oleh dua perkara : 11 Email : kamafiq@yahoo.com
  12. 12. a) Strok iskemik (ischaemic stroke) berlaku apabila terdapatnya sekatan atau pun pengurangan aliran darah dalam arteri yang membekalkan darah ke bahagian otak. Ini adalah punca yang sering berlaku yang menyebabkan infak.b) Strok hemoragik (hemorrhagic stroke) pula merujuk kepada berlakunya pendarahan dalam dan di sekeliling otak dan menyebabkan berlakunya mampatan dan kecederaan pada tisu.c) Strok hemoragik (Hemorrhagic stroke) Strok jenis ini disebabkan oleh pendarahan yang terjadi di dalam dan di sekeliling otak. Pendarahan yang berlaku di antara otak dan tengkorak dikenali sebagai pendarahan subaraknoid (subarachnoid hemorrhage). Ia biasanya disebabkan oleh aneurisma (aneurysm) yang pecah, malformasi arteriovena (arteriovenous malformation) dan juga kecederaan di kepala. Pendarahan di dalam tisu otak dikenali sebagai pendarahan intraserebrum (intracerebral hemorrhage) dan ini berpunca dari tekanan darah tinggi. Aneurisma ialah satu keadaan di mana dinding arteri menjadi lemah, menyebabkan ia anjal dan mengembang. Pada lazimnya ia berlaku di cabang-cabang arteri. Hipertensi atau tekanan darah tinggi ialah peningkatan tekanan darah yang menyebabkan arteri arteri yang lebih kecil dalam otak pecah . Darah yang terbebas di dalam tisu otak akan menekan arteriol-arteriol yang berhampiran menyebabkan ia pecah dan membawa kepada pendarahan yang lebih banyak. Tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan infak kecil (miniature infarct) yang hampir menyerupai strok, tetapi pada tahap yang lebih kecil. Malformasi arteriovena (arteriovenous malformation, AVM) ialah satu keabnormalan pada pembuluh darah di mana arteri bersambung terus dengan vena tanpa melalui jaringan kapilari terlebih dahulu. Tekanan dari darah yang melalui arteri menjadi terlalu tinggi untuk diterima oleh vena dan ini menyebabkan ianya mengembang Pengembangan ini mampu menyebabkan vena itu pecah dan berdarah.d) Strok iskemik Strok jenis ini berlaku kerana terdapatnya sekatan atau pengurangan aliran darah ke bahagian bahagian otak. Sekatan ini berlaku disebabkan oleh arterosklerosis dan juga pembentukan bekuan darah. Arterosklerosis (artherosclerosis) atau pengerasan arteri adalah hasil dari pemendakan kolesterol (cholesterol) dan plak pada dinding arteri. Endapan kolesterol ini mampu menjadi cukup besar untuk menyempitkan pembuluh darah dan seterusnya mengurangkan aliran darah. Ia juga mampu untuk mengurangkan kemampuan arteri untuk anjal. Trombus atau bekuan darah terjadi pada permukaan plak arterosklerosis yang terbentuk pada dinding arteri. Trombus mampu membesar dan seterusnya menyekat laluan dalam arteri. Sebahagian dari trombus ini boleh pecah lalu membentuk embolus. Embolus akan melalui saluran darah dan mampu menyekat arteri-arteri yang lebih kecil. Biasanya, embolus terhasil dari jantung di mana beberapa penyakit boleh menyebabkan pembentukan trombus.e) Kejadian yang menjurus kepada strok Mangsa strok biasanya akan mengalami "strok kecil" ataupun tanda-tanda amaran sebelum berlakunya serangan strok yang sebenar. 12 Email : kamafiq@yahoo.com
  13. 13. Serangan Iskemik Sementara atau Transient Ischaemic Attack (TIA) merupakan serangan amaran (warning strokes) yang biasanya mengambil masa dari beberapa minit hingga ke 24 jam. Tanda-tanda atau simptom yang timbul ini biasanya akan pulih sepenuhnya. Adalah satu kelaziman bagi seseorang pesakit mengalami beberapa siri serangan TIA ini sebelum mendapat strok yang sebenar. Reversible Ischaemic Neurological Deficit (RIND) pula ialah serangan yang berakhir lebih daripada 24 jam. Jangkamasa pemulihan biasanya ialah 3 minggu. Selepas setiap serangan RIND, tidak akan ada tisu-tisu yang musnah, tetapi selepas satu serangan RIND, risiko mendapat infak yang lengkap akan meningkat. Infaksi lengkap adalah serangan yang boleh menyebabkan pemusnahan kekal pada tisu otak, dan boleh menyebabkan masalah seperti pengurangan fungsi sistem saraf (neurologi) yang lebih serius. Penyembuhan biasanya tidak sepenuhnya dan akan mengambil masa lebih daripada tiga minggu.f) Fungsi Otak Normal Otak terbahagi kepada 2 bahagian; hemisfera kanan mengawal bahagian kiri badan dan hemisfera kiri mengawal bahagian kanan badan. Setiap hemisfera mempunyai 4 bahagian yang dipanggil lobus. Satu lagi bahagian yang dipanggil serebelum bertanggungjawab mengawal fungsi-fungsi harian kita. Jenis masalah atau kecacatan neurologi yang berlaku pada mangsa strok bergantung pada bahagian otak yang terlibat. Mendapat khidmat pemulihan ialah satu kemestian bagi pesakit strok. Jurupulih Anggota dan juga jurupulih pertuturan akan membantu pesakit untuk "mempelajari semula" fungsi- fungsi yang telah hilang dan bersedia menghadapi sesuatu yang tidak dapat dipulihkan.g) Faktor - Faktor Risiko Faktor risiko boleh diubahsuai untuk strok ialah seperti berikut : i) Penyakit jantung ii) Tekanan darah tinggi - faktor risiko yang penting yang boleh diubah dan dikawal. iii) Arterosklerosis - berkecenderungan mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung iv) Kejadian TIA yang lalu - akan lebih mudah untuk mendapat strok v) Paras kolesterol yang tinggi - berkecenderungan mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung vi) Pengambilan alkohol yang berlebihan - meningkatkan tekanan darah vii) Obesiti - berkecenderungan mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung viii) Merokok - kerosakan pada jantung ix) Mengambil pil perancang keluarga - berserta dengan merokok, mampu meningkatkan risiko strokh) Faktor risiko yang tidak boleh diubahsuai i) Umur - risiko meningkat dengan peningkatan umur ii) Jantina - lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan wanita yang putus haid. iii) Rekod perubatan - jika seseorang mempunyai diabetes, fibrilasi atrium atau penyakit jantung yang lain, atau TIA, risiko untuk mendapat strok adalah lebih tinggi iv) Sejarah perubatan yang lalu - sekiranya anda pernah mengalami strok, risiko untuk ianya berulang adalah tinggi v) Sejarah perubatan keluarga - sekiranya terdapat ahli keluarga terdekat yang mengalami strok, risiko anda juga akan meningkat 13 Email : kamafiq@yahoo.com
  14. 14. i) Tanda-Tanda Strok Apabila ada perkara-perkara berikut yang berlaku tanpa sebarang amaran : i) Terasa lemah atau kebas pada bahagian muka, tangan atau kaki, terutamanya pada sebelah bahagain badan. ii) Berlaku kekeliruan dan juga kesukaran untuk bertutur atau memahami sesuatu. iii) Kabur penglihatan, sama ada pada sebelah atau kedua-dua belah mata iv) Masalah pada pergerakan atau kawalannya (kawalatur) seperti kesukaran untuk berjalan, terasa pening dan juga hilang keupayaan mengimbang atau mengawal pergerakan.j) Komplikasi Kecacatan Neurologi Biasa (Common Neurological Deficits) selepas strokk) Strok di bahagian kiri i) Lumpuh (paralysis) pada bahagian kanan badan ii) Kesukaran bertutur iii) Gerakan yang perlahan dan berhati-hati iv) Hilang daya ingatan terhadap bahasa v) Mengalami disartria di bahagian muka sebelah kanan vi) Mengalami afasia iaitu tidak mampu untuk memahami dan juga bertutur dengan bahasa yang baik vii) Mengalami apraksia iaitu tidak mampu untuk mengawal gerakan ototl) Strok di bahagian kanan i) Lumpuh pada bahagian kiri badan ii) Kekurangan tumpuan dan persepsi iii) Memiliki tingkah laku yang pantas dan mengikut gerak hati iv) Mengalami hemianopia pada ruang penglihatan sebelah kiri. v) Hilang daya ingatan vi) Mengalami disartria di bahagian sebelah kiri muka.m) Istilah istilah Berkaitan i) Lumpuh - kehilangan fungsi otot dan juga rasa ii) Hemiparesis - mengalami lemah pada sebelah bahagian badan iii) Hemianopia - kehilangan atau pengurangan separuh medan pandangan iv) Afasia - Hilang kebolehan untuk memahami dan mengeluarkan bahasa v) Apraksia - hilang kebolehan untuk mengawal otot dan pergerakan vi) Disartria -berlaku masalah pada bahagain mulut yang menyebabkan kurang keupayaan untuk bertutur dengan baik.n) Pencegahan i) Bagi pesakit yang sedang menjalani proses pemulihan, perkara berikut boleh membantu di dalam mengelakkan kejadian strok berulang lagi. 14 Email : kamafiq@yahoo.com
  15. 15. - Berhenti merokok - merokok boleh menyempitkan arteri - Elakkan kegemukan - jaga berat badan - Amalkan diet yang seimbang, kurangkan pengambilan makanan berlemak - Lakukan senaman secara berkala, seperti senaman aerobik (berbasikal, berjoging dan berjalan) - Elak dan kawal tekanan perasaan atau stress ii) Secara amnya, bagi setiap individu yang berisiko, berikut ialah beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan strok - Dapatkan pemeriksaan tekanan darah anda. Sekiranya, anda tidak mengetahui tekanan darah anda, dapatkan pemeriksaan dengan segera. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan mungkin mempunyai risiko untuk mendapat strok tanpa anda sedari. - Berhenti merokok. Merokok meningkatkan risiko anda untuk mendapat sakit jantung, strok dan juga kanser. Kombinasi merokok, dan juga pengambilan pil-pil perancang keluarga akan meningkatkan lagi risiko strok di kalangan wanita. - Makan makanan yang rendah lemak. Makanan tersebut akan mengurangkan paras kolesterol dan dapat membantu mengurangkan berat badan dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung yang merupakan risiko yang kuat untuk mendapat strok. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang berlebihan beserta dengan tekanan darah tinggi, mengurangkan berat badan boleh menurunkan tekanan darah anda. - Amalkan kehidupan yang aktif. Aktiviti fizikal boleh mengurangkan risiko strok dengan menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung. - Ambillah ubat yang diberi oleh doktor. Sekiranya perubahan cara hidup tidak mencukupi untuk mengurangkan risiko strok anda, doktor anda mungkin akan memberi ubat untuk menurunkan tekanan darah, dan paras kolesterol disamping ubat-ubat lain jika perlu. Kurangkan pengambilan minuman keras. Mengambil lebih daripada satu gelas sehari cukup untuk meningkatkan tekanan darah. Meminum minuman keras secara berlebihan mampu membawa kepada strok.TERCEKIK 15 Email : kamafiq@yahoo.com
  16. 16. TERCEKIK adalah satu kemalangan serius yang patut dielakkan kerana kesannya bolehmengakibatkan kematian dan trauma. Kejadian tercekik biasanya berlaku apabila makanan,permainan atau objek tersangkut pada kerongkong manusia yang boleh menyebabkanseseorang itu sukar bernafas. Kejadian tercekik boleh berlaku kepada orang dewasa dan kanak-kanak. Menurut beberapa kajian, kanak-kanak dan bayi sekitar umur enam bulan hingga setahunadalah paling berisiko tercekik. Oleh itu, ibu bapa digalakkan mempelajari cara menyelamatkananak yang tercekik. Terdapat dua kategori tercekik, iaitu separa tercekik dan tercekiksepenuhnya.Separa tercekik tidak membahayakan kerana mangsa masih boleh bernafas dan bercakapkerana masih ada saluran udara pada kerongkong. Tindakan yang perlu diambil bagimengeluarkan objek yang tersangkut adalah dengan memaksa diri batuk sehingga objek itukeluar. Bagaimanapun, bagi individu yang tercekik sepenuhnya ini bermakna makanan atausesuatu objek menghalang saluran pernafasan. Ini menyebabkan mangsa menjadi sukar untukbernafas, malah tidak mampu untuk bercakap dan batuk. Mangsa akan serta merta memegangleher dan jika dibiarkan lama, kulit mangsa akan bertukar kepada warna biru.Heimlich maneuver adalah antara cara yang boleh dilakukan oleh orang di sekeliling untukmenyelamatkan mangsa yang tercekik bagi mengeluarkan objek yang tersangkut.Bagi melakukan heimlich maneuver, seseorang perlu berada di belakang mangsa kemudianmenekan perutnya di antara pusat dan hulu hati menggunakan tangan dengan kuat sehinggamangsa memuntahkan objek yang tersangkut di tekaknya itu. Heimlich maneuver juga bolehdilakukan dengan membaringkan mangsa terutama selepas mangsa pengsan. Selepasdibaringkan, tekan pahanya dengan kedua-dua kaki kemudian tekan perut mangsa iaitu daripadapusat dan hulu hati dengan kuat sehingga objek tersangkut di tekak mangsa berkenaan keluar.Objek itu akan keluar serta merta kerana tekanan yang kuat pada abdomen perut mengeluarkansisa oksigen yang masih terdapat dalam paru-paru melalui saluran tekak mangsa.Bagi bayi, heimlich maneuver yang dilakukan amat berlainan daripada kanak-kanak dan dewasa.Heimlich maneuver untuk bayi bawah satu tahun ialah dengan meniarapkan bayi di atas paha,pastikan kepala bayi lebih rendah daripada badannya. Kemudian tepuk belakang bayi iaitu padatulang belikat selama lima kali. Cara kedua untuk bayi pengsan adalah dengan baringkannyakemudian tekan pada tulang dada di antara dua puting bayi. Ulang sehingga sedar.Selepas melakukan rawatan heimlich maneuver, telefon ambulans atau bawa mangsa ke hospitaldengan segera. Tercekik adalah perkara yang serius. Oleh itu bagi melakukan rawatan heimlichmaneuver, perlu dibuat dengan berhati-hati untuk mengelakkan daripada sebarang kemungkinankecederaan lain, terutama kepada kanak-kanak dan bayi. Jika mangsa dibiarkan selama 10 minitdalam keadaan tercekik, otak mangsa mula tidak berfungsi kerana kegagalan darah dan oksigendisalurkan ke otak. Ini boleh menyebababkan kematian. Dalam masa empat minit, sel-sel otakmangsa mula mati sekali gus menyebabkan kulit mangsa terutama pada bahagian muka menjadikebiruan. Bagaimanapun, jika mangsa berhenti bernafas, heimlich akan dilakukan bersamadengan rawatan cardiopulmonary resuscitation (CPR). CPR ini boleh dilakukan oleh mereka yangarif melakukannya.Perkara yang perlu dihindari ketika membantu mangsa tercekik, jangan menepuk belakangketika mangsa berdiri. Ini boleh menyebabkan objek yang tersangkut pada kerongkong tadi akanmasuk lebih ke dalam. Jangan korek mulut mangsa untuk melihat objek yang tersekat dan berigalakan kepada mangsa untuk terus batuk.CARA MENGHINDARI DARIPADA TERCEKIK 16 Email : kamafiq@yahoo.com
  17. 17. a) Makan secara perlahan-lahan. Kunyah secukupnya makanan yang dimakan terutama makanan yang besar dan pejal atau liat.b) Duduk ketika makan dan jangan bercakap atau ketawa ketika mulut sedang penuh.c) Perhatikan kanak-kanak terutama bayi kerana mereka gemar memasukkan objek ke dalam mulut mereka. Contoh seperti permainan kecil, belon, penutup pen, duit, manik dan bateri. Jauhkan objek kecil ini daripada mereka.HEIMLICH MANEUVERa) Rawatan kecemasan tercekik untuk bayi sedar (Umur tidak lebih 1 tahun). i) Pastikan bayi tersebut boleh menangis atau batuk. ii) Jika tiada, beri 5 tepukan di belakang. iii) Kemudian beri 5 tekanan di dada. iv) Ulangi 5 tepukan di belakang dan 5 tekanan di dada. v) Jika bayi itu menjadi pengsan lakukan CPR. Periksa bendasing di kerongkong atau mulut. (Jangan korek dengan jari). Alihkan bendasing hanya sekiranya kelihatan.b) Rawatan kecemasan tercekik untuk kanak-kanak sedar (Umur 1 - 8 tahun). i) Pastikan kanak-kanak tersebut boleh berkata-kata atau batuk. ii) Lakukan tujahan di perut (Heimlich Manoeuvre) berulang kali sehingga bendasing itu terkeluar. iii) Tekanan di dada boleh dilakukan sekiranya kanak-kanak itu berbadan besar. iv) Jika kanak-kanak itu menjadi pengsan lakukan CPR. Periksa benda asing di kerongkong atau mulut. (Jangan korek dengan jari). Alihkan benda asing hanya sekiranya kelihatan. Sekiranya seseorang itu mengalami tercekik, ia akan menunjukkan tangannya pada leher sambil cuba bercakap. Teknik Heimlich Manuver boleh dilakukan untuk membantu mangsa tersebut.c) Rawatan kecemasan untuk orang dewasa Sedar (Untuk kanak- kanak 1 tahun ke atas dan orang dewasa) i) Berdiri belakang mangsa dan bersedia dengan kekuda, beritahunya yang anda cuba membantu. ii) Peluk kedua-dua tangan anda di tengah-tengah perutnya. iii) Genggam satu tangan dan letakkan di tengah perut antara pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka (ulu hati). iv) Tekan dengan tujahan ke dalam dan ke atas beberapa kali sehingga objek yang tersekat itu keluar. 17 Email : kamafiq@yahoo.com
  18. 18. v) Jika anda tercekik dan berseorangan, buat sesuatu yang boleh menarik perhatian orang lain seperti ketuk, baling sesuatu atau apa saja yang boleh membantu. vi) Cari hujung penyandar kerusi yang tumpul dan letakkannya di antara pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka anda. vii) Tekan perut anda dengan kuat sehingga objek tersebut keluar. Untuk mangsa yang mengandung, tekan di atas bahagian perut dengan teknik tekanan di tengah dada. Dapatkan rawatan lanjut sekiranya perlu.d) Rawatan kecemasan Mangsa Pengsan i) Baring dan terlentangkan mangsa. ii) Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans. iii) Buka mulut mangsa, periksa bendasing dan keluarkan dengan jari jika ada. iv) Buka saluran pernafasannya (teknik angkat dagu dan dongak kepala) dan periksa pernafasan. v) Jika tiada , lakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut dan terus ulangi jika tiada tindakbalas dari mangsa. vi) Jika tiada masih tiada pergerakan, beri 15 kali tekanan di dada (posisi tangan sama seperti CPR). vii) Ulangi langkah di atas sehingga mangsa pulih atau bantuan tiba.Apabila membuka saluran pernafasan mangsa yang disyaki mengalami kecederaan tulangbelakang, JANGAN gunakan teknik ini. GUNAKAN teknik tolakan tepat sendi rahang.KEMAHIRAN ASAS CPRKemahiran Asas ini adalah amat mustahak dalam mengendalikan seseorang mangsa yangmemerlukan CPR. Terdapat 3 kemahiran asas yang mesti difahami dan diikuti dalam prosesmenyelamat mangsa.a) A-AIRWAY (SALURAN PERNAFASAN) Tindakan utama untuk kejayaan resusitasi ialah membuka saluran pernafasan serta merta dengan membetulkan posisi kepala mangsa. Perlu diingat bahawa bahagian belakang lidah atau epiglotis selalu menghalang pernafasan mangsa yang tidak sedarkan diri. Oleh kerana lidah atau epiglotis tercantum dibahagian bawah rahang, dengan cara mendongakkan kepala ke belakang dan mengangkat dagu ke atas ianya boleh mengangkat lidah dan epiglotis daripada bahagian belakang tekak untuk membolehkan saluran pernafasan terbuka. 18 Email : kamafiq@yahoo.com
  19. 19. b) B-BREATHING (PERNAFASAN) Apabila pernafasan terhenti badan kita hanya mempunyai bekalan oksigen yang masih ada dalam paru-paru dan darah. Oleh sebab itu apabila pernafasan terhenti, jantung akan terhenti dan mangsa akan mati sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan antara mulut ke mulut adalah cara yang tercepat untuk menyampaikan oksigen ke paru-paru mangsa. Udara yang dihembus mengandungi cukup oksigen untuk sekurang-kurangnya bagi menampung sebahagian dari keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas sendiri atau sehingga para professional terlatih sampai.c) C-CIRCULATION (PEREDARAN DARAH) Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke paru-paru, otak, arteri koronari dan organ- organ penting yang lain. Apabila tekanan dada dijalankan pernafasan bantuan mulut ke mulut juga patut dilakukan bersama. i) Jika tiada tanda-tanda pernafasan normal, batuk atau sebarang pergerakan pada pesakit, mulakan tekanan di dada. ii) Letakkan tangan di dada di antara 2 puting dan tekan ke dalam 1½ ke 2 inci sebanyak 30 kali pada kadar 80-100 kali seminit. iii) Teruskan dengan 2 hembusan dan 15 kali tekanan sehingga bantuan perubatan tiba. PERHATIAN Nisbah hembusan dan tekanan dalam CPR adalah sama untuk kaedah 1 penyelamat dan 2 penyelamat. Dalam keadah 2 penyelamat, penyelamat yang membuat tekanan di dada berhenti sewaktu penyelamat lain memberi bantuan pernafasan. 19 Email : kamafiq@yahoo.com
  20. 20. PERLAKSANAAN CPRMANGSA DEWASA ( 8 tahun dan ke atas)a) Hembusan Pertama - 2 kali lembut dan dalam, jarak hembusan 1 ½ hingga 2 saat.b) Periksa Nadi - Carotid di leher menggunakan 2 jari.c) Tindakan CPR - 30 tekanan 2 hembusan 5 kitaran menggunakan 2 belah tangan. Ke dalaman tekanan 1 ½ hingga 2 inci.d) Tekanan 1 minit - 80 hingga 100 kali tekanan dada.e) Tindakan EAR - 1 hembusan setiap 5 saat.MANGSA KANAK-KANAK (1 tahun hingga 8 tahun)a) Hembusan Pertama - 2 kali lembut, jarak hembusan 1 hingga 1 ½ saat.b) Periksa Nadi - Carotid di leher menggunakan 1 atau 2 jari.c) Tindakan CPR - 5 tekanan 1 hembusan 20 kitaran menggunakan sebelah tangan. Ke dalaman tekanan 1 hingga 1 ½ inci.d) Tekanan 1 minit - 100 kali tekanan dada.e) Tindakan EAR - 1 hembusan setiap 3 saat.Jika anda bersendirian dengan kanak-kanak tersebut, lakukan CPR dahulu selama 2 minitsebelum menghubungi ambulans.MANGSA BAYI ( 1 tahun dan ke bawah)a) Hembusan Pertama - 2 kali lembut, jarak hembusan 1 hingga 1 ½ saat.b) Periksa Nadi - Bracial di leher menggunakan 1 atau 2 jari.c) Tindakan CPR - 5 tekanan 1 hembusan 20 kitaran menggunakan 2 jari. Ke dalaman tekanan ½ hingga 1 inci. 20 Email : kamafiq@yahoo.com
  21. 21. d) Tekanan 1 minit - 100 kali tekanan dada.e) Tindakan EAR - 1 hembusan setiap 3 saat.Jika anda bersendirian dengan kanak-kanak tersebut, lakukan CPR dahullu selama 2 minitsebelum menghubungi ambulans.PERLAKSANAAN TERCEKIKMangsa Dewasaa) Tekanan Abdomen - 5 kalib) Korekan Mulut - menggunakan jari telunjukMangsa Kanak-kanakBoleh menggunakan pelaksanaan mangsa bayi atau dewasaMangsa Bayia) Tepukan Belakang - 5 kali.b) Tekanan dada - 5 kali tekanan menggunakan 2 jari.c) Korekan Mulut - menggunakan jari kelingking.ATURCARA PRAKTIKALSEORANG PENYELAMAT MANGSA DEWASA (CPR)Kelas 1 - kejutkan mangsaKelas 2 - minta bantuanKelas 3 - buka saluran pernafasan 21 Email : kamafiq@yahoo.com
  22. 22. Kelas 4 - pandang,dengar dan rasa ( 3 - 5saat )Kelas 5 - hembus EAR 2 kali lembut dan dalam ( 1 ½ hingga 2 saat )Kelas 6 - periksa nadi carotid ( 5 - 10 saat )Kelas 7 - keputusan :- - Tiada nadi tiada nafas ( 30 tekanan 2 hembusan – 5 kitaran ) - Ada nadi tiada nafas ( Hembusan EAR 1 kali setiap 5 saat ) - Ada nadi ada nafas ( kedudukan pemulihan / penyedaran )SEORANG MANGSA KANAK-KANAK (CPR)Kelas 1 - kejutkan mangsaKelas 2 - minta bantuanKelas 3 - buka saluran pernafasanKelas 4 - pandang,dengar dan rasa ( 3-5saat )Kelas 5 - Hembus EAR 2 kali lembut ( 1 hingga 1 ½ saat )Kelas 6 - periksa nadi carotid ( 5- 10 saat )Kelas 7 - Keputusan :- - Tiada nadi tiada nafas ( 5 tekanan 1 hembusan – 20 kitaran ) - Ada nadi tiada nafas ( Hembusan EAR 1 kali setiap 3 saat ) - Ada nadi ada nafas ( kedudukan pemulihan / penyedaran )SEORANG MANGSA BAYI (CPR)Kelas 1 - kejutkan mangsaKelas 2 - minta bantuanKelas 3 - buka saluran pernafasanKelas 4 - pandang,dengar dan rasa ( 3-5saat )Kelas 5 - Hembus EAR 2 kali lembut ( 1 hingga 1 ½ saat )Kelas 6 - periksa nadi bracial ( 5- 10 saat )Kelas 7 - Keputusan :- - Tiada nadi tiada nafas (5 tekanan 1 hembusan – 20 kitaran) - Ada nadi tiada nafas (Hembusan EAR 1 kali setiap 3 saat) - Ada nadi ada nafas (kedudukan pemulihan / penyedaran ) 22 Email : kamafiq@yahoo.com
  23. 23. TERCEKIK TIDAK SEDAR MANGSA DEWASAKelas 1 hingga kelas 4 sama dengan CPR dewasaKelas 5 - hembus sekali-sebut tak masuk dan betulkan dongakan kepala. Hembus sekali lagi-sebut tak masuk pasti tercekik.Kelas 6 - 5 tekanan abdomenKelas 7 - periksa mulut mangsa dan korekKelas 8 - Ulang kelas 5 ( jika hembusan pertama masuk, hembus sekali lagi-sebut masuk, periksa nadi Carotid )TERCEKIK TIDAK SEDAR MANGSA KANAK-KANAKKelas 1 hingga kelas 4 sama dengan CPR kanak-kanakKelas 5 - hembus sekali-sebut tak masuk dan betulkan dongakan kepala. Hembus sekali lagi-sebut tak masuk pasti tercekik.Kelas 6 - 5 tekanan abdomenKelas 7 - periksa mulut mangsa dan korekKelas 8 - Ulang kelas 5 ( jika hembusan pertama masuk, hembus sekali lagi-sebut masuk, periksa nadi Carotid / Bracial)TERCEKIK TIDAK SEDAR MANGSA BAYIKelas 1 hingga kelas 4 sama dengan CPR kanak-kanakKelas 5 - hembus sekali-sebut tak masuk dan betulkan dongakan kepala. Hembus sekali lagi-sebut tak masuk pasti tercekik.Kelas 6 - 5 tekanan abdomenKelas 7 - 5 tekanan dadaKelas 8 - periksa mulut mangsa dan korekKelas 9 - Ulang kelas 5 (jika hembusan pertama masuk, hembus sekali lagi-sebut masuk, periksa nadi Bracial). 23 Email : kamafiq@yahoo.com

×