Puisi ini membahas tentang nafsu makan manusia dan kewajiban orang beriman untuk membantu mereka yang kurang mampu. Rangkap pertama menggambarkan harumnya roti yang membangkitkan selera, sementara rangkap terakhir menekankan pentingnya bersyukur dan membantu orang miskin.
3. RANGKAP 1
Dari cerobong dapur
asap berjelaga berkepul
terkecur liur
harum berbau juadah tersohor.
ROTI YANG DIBUAT DI DAPUR MEMBANGKITKAN SELERA. SELERA
TERSEBUT BANGKIT KERANA BAUNYA HARUM.
4. RANGKAP 2
Perut yang lapar
selera kian menggelepar
menanti roti dibakar
rangup dan segar
terhidang seumpama permaidani terhampar.
SELERA UNTUK MAKAN ROTI BERTAMBAH APABILA ROTI ITU DIBAKAR,
KEMUDIAN MELIHAT ROTI YANG RANGGUP ITU TERHIDANG.
5. RANGKAP 3
Kala roti di depan mata
nafsu makan pun bergelora
berkeping-keping menggegar selera
perut pun kenyang terasa
tenang bersendawa.
APABILA ROTI SUDAH DIHIDANGKAN DI HADAPAN MATA,SELERA KIAN
MENINGKAT. PROTAGONIS MAKAN ROTI ITU SEHINGGA KENYANG DAN
BERSENDAWA.
6. RANGKAP 4
Bagi pemilik iman di dada
sendawa itu tidak sempurna
masih ada beban di bahu mereka
warga miskin belum terbela
masih merintih lapar dahaga.
BAGI ORANG YANG BERIMAN DAN MEMPUNYAI SIFAT KEMANUSIAAN
YANG TINGGI, SELEPAS BERASA KENYANG MEREKA AKAN TERINGAT AKAN
WARGA MISKIN YANG TIDAK MENDAPAT MKANAN SEPERTINYA. ORANG
YANG BERIMAN MEMIKIRKAN TUGAS UNTUK MEMBELA ORANG MISKIN.
7. RANGKAP 5
Bila begitu selamanya
kalimah syukur pun jelas tertera
di hati sanubari warga dunia
melangit damai dirasa
percikan iman segar berwarna.
JIKA RAMAI ORANG YANG BERIMAN, MAKA BERKURANGLAH ORANG
YANG MENDERITA D DUNIA INI. ORANG YANG SUSAH AKAN BERSYUKUR
KERANA MEREKA DIBANTU OLEH GOLONGAN YANG BERADA DAN
BERIMAN.
8.
9. • ORANG YANG BERIMAN KETIKA KENYANG TIDAK MELUPAKAN
GOLONGAN MISKIN.
Dengan adanya golongan yang berada dan beriman, maka nasib
golongan miskin akan terbela.
10.
11. 1. Apabila roti dibakar, baunya membangkitkan selera.
2. Ketika lapar, manusia tidak dapat manahan nafsu makan.
3. Apabila manusia makan makanan yang sedap, manusia akan
makan sehingga kenyang dan bersendawa.
4. Orang yang beriman tidak akan melupakan orang miskin ketika
mereka berasa kenyang.
5. Bersyukur apabila mendapat sesuatu merupakan tanda keimanan.
12.
13. PANJANG DAN
PENDEK
BARISNYA TIDAK
SAMA: ANTARA
DUA HINGGA
ENAM PATAH
KATA.
TERDIRI
DARIPADA
LIMA
RANGKAP BERBENTUK
BEBAS
JUMLAH SUKU
KATA: ANTARA
LIMA HINGGA
EMPAT BELAS
BILANGAN BARIS
SETIAP RANGKAP
TIDAK SAMA