PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU
                               MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
                                      BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
                                 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

                                  KERANGKA KURSUS

KURSUS               Pemantapan Pedagogi Guru Matematik Tahap 2 Sekolah Rendah
                     (Kreativiti Dalam P&P)


Topik                Kreativiti dan Inovasi

Kod Kursus           MTSR1

Masa                 2 jam

Personel             Penceramah

A. Objektif
   Pada akhir sesi ini, peserta dapat :

    1. Memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan model
       konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran
    2. Mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model
       konstruktivisme

B. Kandungan Kursus

    Model proses kreatif terarah, model konstruktivisme, perkaitan proses kreatif terarah
dengan model konstruktivisme, contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses
kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model konstruktivisme.

C. Kaedah
   Syarahan, perbincangan, sumbangsaran, aktiviti ’hands-on’, bengkel
D Bahan Pengajaran
   Nota, power-point

E Alatan
  LCD, komputer, papan putih, pen marker dan kertas mahjung

F   Penilaian
    1. Pembentangan
    2. Penyediaan persediaan mengajar dan instrumen penilaian


G    Rumusan/Refleksi


                                              1
Kandungan Kursus

Model Proses Kreatif

Model diperlukan untuk memberikan gambaran secara keseluruhan tentang proses kreatif.
Melalui model, urutan, perkaitan, corak, aliran dan organisasi dapat ditunjukkan. Model juga
amat penting untuk minda berfungsi kerana membenarkan kita untuk menjangkau keperluan,
langkah dan tindakan akan datang . Terdapat banyak model proses kreatif seperti model
penyelesaian masalah kreatif dan model yang umum dan boleh diaplikasikan oleh semua
disiplin ilmu di samping mengambil kira model pengajaran dan pembelajaran yang
menekankan kreativiti seperti pembelajaran berteraskan masalah/projek, inkuiri-penumuan dan
konstruktivisme

Model Proses Kreatif Terarah

Model Proses Kreatif Terarah sesuai dijadikan model umum proses kreatif untuk diaplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Model Proses Kreatif Terarah mempunyai ciri yang
berikut:

    Menggabungkan konsep pelbagai model pemikiran kreatif yang ada sebelum ini termasuk
     model penyelesaian masalah kreatif dan model membuat keputusan kreatif.
    Terdapat keseimbangan antara imaginasi dan analisis
    Melibatkan pemikiran kritis dan kreatif.
    Melibatkan kedua-dua proses mental, iaitu kognisi dan metakognisi

Model Proses Kreatif Terarah mempunyai empat fasa yang terdiri daripada Fasa Persediaan,
Fasa Imaginasi, Fasa Perkembangan dan Fasa Tindakan. Fasa Persediaan bermula dengan
pemerhatian sehingga proses analisis secara berfikrah, situasi, objek dan karya, cara sesuatu
itu berfungsi atau gagal dan sebagainya. Maklumat yang diperoleh melalui pemerhatian dan
analisis disimpan dalam proses oleh minda.

        Dalam Fasa imaginasi, idea dijanakan untuk mencari hubung kait dan gabung jalin
dengan menggunakan teknik seperti sumbangansaran. Seterusnya dalam Fasa
Perkembangan, penambahbaikan terhadap hasil idea perlu dijalankan sebelum penilaian
terakhir.

       Suatu ciptaan asli tidak bermakna dan tidak bernilai jika tidak digunakan atau tidak
dilaksanakan. Semua idea baharu yang dilaksanakan membawa perubahan dalam kehidupan
harian dan menggerakkan individu untuk memulakan semula pemerhatian dan penganalisisan.
Melalui fasa tindakan ini, kreativiti menjadi amalan berterusan.

      Model Proses Kreatif Terarah sangat sesuai dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran kerana model ini selari dengan model pengajaran dan pembelajaran sedia ada
yang memupuk kreativiti dalam kalangan murid.

      Dalam membangunkan domain kreativiti, salah satu strategi pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai diaplikasikan oleh guru ialah model konstruktivisme.
                                               2
Model Konstruktivisme

Konstruktivisme adalah satu fahaman di mana individu membina pengetahuan sendiri.
Pengetahuan bukan dipindahkan daripada orang atau sumber lain. Individu membina
pengetahuan baru secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada.

Secara ringkas, konstruktivisme mengaplikasikan lima prinsip utama (5Es: engage, explore,
explain, elaborate, evaluate) iaitu

      Melibat – guru menyoal dan merangsang minat dan rasa ingin tahu murid, murid
       melibatkan diri
      Meneroka – guru mencungkil, murid mengumpul maklumat dan meneroka
      Menjelas – murid memberi penjelasan, justifikasi, dan mempersoalkan jawapan
      Mengembang - murid membuat perkaitan dan melanjutkan konsep
      Menilai – guru mentaksir pemahaman murid, murid menunjukkan pemahaman konsep

Fungsi utama guru ialah sebagai pemudah cara pembelajaran, guru merancang dan
mewujudkan suasana pembelajaran yang membolehkan murid memperolehi pengalaman
pembelajaran yang dihajati.

Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model konstruktivisme

Model P &P                                    Proses Kreatif Terarah
                     Persediaan            Imaginasi       Perkembangan         Tindakan
Konstruktivisme     Orientasi idea      Penstrukturan  Penjelasan         Penilaian
                     berasaskan           idea               lanjut          Kaji semua
                     pengetahuan         Meneroka        Aplikasi idea      perubahan
                     sedia ada           Menjelas                            Idea
                                         Konstruk idea                      Penyiasatan
                                          baru                                lanjutan


Proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran, perlu diikuti langkah demi langkah
bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan.




                                              3
Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Konstruktivisme( modul 1)

CONTOH 1

Tajuk: Masa dan Waktu

Bidang: Membaca dan Menulis Masa

Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:
                    Menulis waktu dalam sistem 12 jam


Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:
                       ii Menulis waktu dalam jam dan minit

Objektif pembelajaran: Murid memahami, membaca dan menulis waktu dalam jam dan minit


Masa: 60 minit (2 waktu)
FASA                         CADANGAN AKTIVITI                      CADANGAN
                                                                    KOMUNIKASI
   1. Persediaan
                             Guru bersama pelajar menyanyikan       Bolehkah kamu
Orientasi idea berasaskan    lagu ’air pasang dalam’                menyanyikan lagu ini
pengetahuan sedia ada.                                              bersama guru?
                             Lirik lagu:
                             Air pasang dalam,
                             Surut pukul lima,                      Di manakah kejadian
                             Nyonya bangun pagi,                    air pasang surut
                             Siram pokok bunga.                     berlaku?

                             Pokok bunga melur,                     Pukul berapakah air
                             Ditanam tepi kolam,                    surut ?
                             Itik bertelur,
                             Ayam mengeram.                         Alatan apakah yang
                                                                    kamu gunakan untuk
                             Minta murid menyebut waktu air surut   menentukan waktu?

                             Minta murid menyatakan alatan yang
                             mereka gunakan untuk menentukan
                             masa.

   2.   Imaginasi            Paparkan kepada murid beberapa         Apakah jenis jam yang
                             keping gambar jam digital.             ditunjukkan ?
Penstrukturan idea
                             Minta murid menjelaskan cara           Bagaimana anda
                             menentukan waktu dengan                menentukan waktu
                             menggunakan jam digital                dengan menggunakan
                                                                    jam digital?


                                            4
Meneroka             Paparkan kepada murid beberapa
                     keping gambar jam analog.

                     Meminta murid menyatakan lokasi jam      Di manakah anda
                     analog yang pernah mereka lihat          pernah melihat jam
                                                              ini?

Menjelas             Meminta murid menyatakan ciri-ciri jam   Apakah ciri-ciri yang
                     analog.                                  terdapat pada jam
                                                              analog?.

Konstruk idea baru   Minta murid menerangkan fungsi           Apakah fungsi jarum
                     bahagian jam dan cara menentukan         pendek dan jarum
                     waktu dengan menggunakan jam             panjang pada muka
                     analog                                   jam?

                                                              Bagaimanakah anda
                                                              menggunakan nombor
                                                              pada jam untuk
                                                              menentukan waktu?

                                                              Bolehkah kamu
                                                              menggunakan sifir
                                                              lima untuk
                                                              menentukan nilai
                                                              minit?

                     Membimbing murid untuk                   Apakah unit yang
                     menggunakan unit masa yang betul         digunakan untuk
                                                              menunjukkan waktu
                                                              pagi?

                                                              Apakah unit yang
                                                              digunakan untuk
                                                              menunjukkan waktu
                                                              tengah hari, petang
                                                              dan malam?

   3. Perkembangan
                     Membahagi kumpulan pelajar secara        Anda dikehendaki
                     berpasangan                              membentuk kumpulan
                                                              secara berpasangan
Penjelasan lanjut    Mengedarkan kertas keras, kertas
                     warna, gunting, paku tekan, gam dan
                     gabus kepada setiap kumpulan.

                     Pelajar akan membina model jam
                     binaan.

Aplikasi idea        Meminta pelajar menunjukkan masa         Apakah masa yang
                     yang diberi pada model jam binaan        diberi pada model jam
                     (boleh dikaitkan dengan aktiviti yang    binaan anda ?

                                     5
sesuai)
                    a. 2:05 am
                    b. 6:37 pm
                    c. 1:50 pm
                    d. 10:58 am

                 Membimbing pelajar memperoleh
                 jawapan yang betul


   4. Tindakan   Meminta pelajar menulis masa yang   Apakah masa yang
                 ditunjukkan pada model jam          ditunjukkan pada
Penilaian                                            model jam ?
                 a.

                                                     Pastikan kalau pada
                                                     waktu pagi gunakan
                                                     unit ’am’


                                                     Pastikan kalau pada
                                                     waktu tengahari,
                                                     petang dan malam
                                                     gunakan unit ’pm’




                 b.




                               6
c.




                            d.




                            Membimbing pelajar menulis waktu
                            dengan format yang betul

Penyiasatan lanjutan        Mengedarkan lembaran kerja

                            Membuat penerangan semula dalam
                            kumpulan kecil kepada murid yang
                            kurang memahami.

Kaji semua perubahan idea   Bincangkan hasil kerja murid




                                           7
5. Penutup      Membimbing pelajar menyatakan           Apakah fungsi jarum
                   fungsi jarum jam dan minit              jam dan minit ?

                                                            Apakah sifir yang
                   Membimbing pelajar menyatakan sifir 5   boleh digunakan untuk
                   boleh digunakan untuk menentukan        menentukan nilai
                   minit.                                  minit?

                   Membimbing pelajar mengingat            Apakah unit masa
                   kembali cara menulis waktu dengan       yang digunakan untuk
                                                           menunjukkan waktu
                   betul
                                                           pagi?

                   Memberi hadiah kepada pelajar yang      Apakah unit masa
                   dapat menyatakan konsep dengan          yang digunakan untuk
                   tepat dan pelajar yang membina model    menunjukkan waktu
                   jam yang tercantik                      tengah hari , petang
                                                           dan malam ?



Pentaksiran        Berdasarkan keupayaan murid
                   menjawab soalan di lembaran

 Nilai dan Sikap   Terapkan nilai sikap bekerjasama
                   terutama sewaktu melakukan aktiviti.




                                  8
Lembaran kerja



Nama:……………………………………………………………..                       Tahun……………………………………

Tarikh:………………………….



1. Tempatkan jarum jam dan minit pada Permukaan jam mengikut masa di bawah




   2:10 pm                 5:27 am             10:45 pm             6:56 am


2. Tuliskan waktu yang ditunjukkan.




                 am                   am                 pm                  pm




                                           9
Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Konstruktivisme

CONTOH 2 Tajuk : Panjang

Bidang : Operasi Asas Melibatkan Panjang

Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:
                    Menambah dalam ukuran sentimeter dan milimeter


Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:
                       i. menambah ukuran panjang melibatkan unit bercampur.

Objektif pembelajaran: Murid memahami operasi tambah ukuran panjang


Masa: 60 minit (2 waktu)
FASA                        CADANGAN AKTIVITI                              CADANGAN
                                                                           KOMUNIKASI
   6. Persediaan

Orientasi idea berasaskan   1. Guru menunjukkan sebatang pensel.           Apakah yang
pengetahuan sedia ada.                                                     cikgu pegang ?
                            2. Murid menganggar panjang pensel tersebut.

                            3. Guru meminta seorang murid untuk mengukur Berapakah
                               panjang pensel menggunakan pembaris anggaran ukuran
                               dalam unit sentimeter.                    pensel ini ?

                            4. Guru meminta seorang lagi murid untuk Apakah alatan
                               mengukur panjang pensel yang sama yang kamu
                               menggunakan pembaris dalam unit milimeter. gunakan untuk
                                                                          mengukur
                            5. Guru meminta murid membuat rumusan ukuran panjang
                               panjang pensel dalam unit sentimeter dan ?
                               milimeter.
                                                                          Bagaimanakah
                                                                          kamu hendak
                                                                          mengukur
                                                                          ukuran panjang
                                                                          pensel ini ?


                                                                           Apakah unit
                                                                           ukuran yang
                                                                           dapat kamu
                                                                           peroleh ?




                                            10
7.   Imaginasi

Penstrukturan idea   Guru mengedarkan seutas reben panjang .        Apakah bahan
                                                                    yang diedarkan
                     Guru mengarahkan murid memotong reben          ?
                     dalam ukuran ;
                         a. 5 cm                                    Bagaimana anda
                         b. 77 mm                                   menentukan
                         c. 3 cm 8mm                                ukuran reben
                                                                    yang dipotong ?

Meneroka             Minta murid menjelaskan cara menentukan        Bagaimana anda
                     ukuran dengan menggunakan pembaris             menentukan
                                                                    ukuran penyedut
                     Guru mengedarkan penyedut minuman kepada       minuman yang
                     murid.                                         dipotong?

                     Minta pelajar memotong penyedut minuman
                     dalam ukuran :
                         a. 5 cm
                         b. 77 mm
                         c. 3 cm 8mm

Menjelas             Minta murid membandingkan ukuran panjang
                     reben dengan penyedut minuman.

Konstruk idea baru   Minta pelajar memberikan perbezaan atau        Adakah panjang
                     persamaan antara reben dan penyedut minuman.   reben dan
                                                                    penyedut
                                                                    minuman yang
                                                                    dipotong
                                                                    berbeza atau
                                                                    mempunyai
                                                                    persamaan ?

   8. Perkembangan

Penjelasan lanjut    Guru meminta murid mencantumkan reben dan      Adakah dua
                     penyedut minuman yang mempunyai ;              bahan yang
                        a. unit yang sama                           dicantum
                        b. unit yang berlainan                      mempunyai unit
                        c. unit yang bercampur                      yang sama?

                     Guru menerangkan penambahan unit ukuran
                     panjang dalam bentuk lazim.
                     ( Rujuk Lampiran)




                                    11
Aplikasi idea          Guru mengemukakan soalan dan meminta             Adakah dua
                       pelajar menyelesaikan soalan yang diberi.        bahan yang
                           a. 7 cm + 38 cm =______cm                    dicantum apabila
                           b. 25 mm + 42 cm                             dibuat dalam
                                 i.     _____________cm                 bentuk lazim
                                 ii.    _____________mm                 mendapat hasil
                                                                        jawapan yang
                          c. 12 cm 3 mm + 36 cm 5 mm                    sama ?
                                 =_______cm _______ mm

                       Membimbing pelajar memperoleh jawapan yang
                       betul


   9. Tindakan

Penilaian              Guru mengedarkan lembaran aktiviti ( Lampiran    Pastikan
                       A)                                               jawapan yang
                                                                        diberikan
                       Murid diberi masa 10 minit untuk menyelesaikan   mengikut unit
                       tugasan dalam kumpulan.                          ukuran panjang
                                                                        yang
                                                                        dikehendaki
Kaji semua perubahan   Kumpulan yang dipilih secara rawak               seperti cm, mm
idea                   membentangkan hasil perbincangan.                serta cm dan
                                                                        mm.
                       Membimbing pelajar menulis penambahan
                       ukuran panjang dalam bentuk lazim.

                       Mengedarkan lembaran kerja

Penyiasatan lanjutan   Membuat penerangan semula dalam kumpulan
                       kecil kepada murid yang kurang memahami.

                       Bincangkan hasil kerja murid



   10. Penutup         Guru bertanyakan kepada murid konsep penting     Apakah konsep
                       dalam menambah ukuran panjang.                   penting dalam
                                                                        menambah
                                                                        ukuran panjang
                       Guru memberi pujian dan penghargaan kepada       ?
                       semua murid atas kerjasama yang diberikan
                       semasa menjalankan aktiviti.                     Apakah unit
                                                                        yang digunakan
                                                                        untuk
                       Membimbing pelajar meletakan nombor ukuran       menunjukkan
                                                                        ukuran panjang
                       mengikut kedudukan unit yang betul.
                                                                        tanda nama di
                                                                        baju?

                                       12
Membimbing pelajar mengingat kembali cara
                   menulis nombor unit dalam bentu lazim yang
                   betul.

                   Memberi hadiah kepada pelajar yang dapat
                   menyatakan konsep penambahan unit ukuran
                   panjang dengan tepat dan betul.




Pentaksiran        Berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan
                   di lembaran

 Nilai dan Sikap   Terapkan nilai sikap bekerjasama terutama
                   sewaktu melakukan aktiviti.




                                   13
Lembaran kerja



   Nama:……………………………………………………………..                         Tahun……………………………………

   Tarikh:………………………….

                             Menambah dalam ukuran sentimeter dan milimeter

1. 9 cm + 42 cm = ______cm      2.   15 mm + 22cm =______ cm     3.   14cm 4mm + 26cm + 7mm

                                                                      =_______cm _________mm




4. 12 cm + 33 cm = ______cm     5.   45 cm + 27mm =______ mm     6.   51cm 7mm + 6cm + 9mm

                                                                      =_______cm _________mm




7. 24 cm + 52 cm = ______cm     8.   61 mm + 9cm =______ cm      9.   35cm 5mm + 27 cm + 7mm

                                                                      =_______cm _________mm




                                              14

Rph konstruktivisme

  • 1.
    PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISMEGURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KERANGKA KURSUS KURSUS Pemantapan Pedagogi Guru Matematik Tahap 2 Sekolah Rendah (Kreativiti Dalam P&P) Topik Kreativiti dan Inovasi Kod Kursus MTSR1 Masa 2 jam Personel Penceramah A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat : 1. Memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan model konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran 2. Mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model konstruktivisme B. Kandungan Kursus Model proses kreatif terarah, model konstruktivisme, perkaitan proses kreatif terarah dengan model konstruktivisme, contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model konstruktivisme. C. Kaedah Syarahan, perbincangan, sumbangsaran, aktiviti ’hands-on’, bengkel D Bahan Pengajaran Nota, power-point E Alatan LCD, komputer, papan putih, pen marker dan kertas mahjung F Penilaian 1. Pembentangan 2. Penyediaan persediaan mengajar dan instrumen penilaian G Rumusan/Refleksi 1
  • 2.
    Kandungan Kursus Model ProsesKreatif Model diperlukan untuk memberikan gambaran secara keseluruhan tentang proses kreatif. Melalui model, urutan, perkaitan, corak, aliran dan organisasi dapat ditunjukkan. Model juga amat penting untuk minda berfungsi kerana membenarkan kita untuk menjangkau keperluan, langkah dan tindakan akan datang . Terdapat banyak model proses kreatif seperti model penyelesaian masalah kreatif dan model yang umum dan boleh diaplikasikan oleh semua disiplin ilmu di samping mengambil kira model pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kreativiti seperti pembelajaran berteraskan masalah/projek, inkuiri-penumuan dan konstruktivisme Model Proses Kreatif Terarah Model Proses Kreatif Terarah sesuai dijadikan model umum proses kreatif untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Model Proses Kreatif Terarah mempunyai ciri yang berikut:  Menggabungkan konsep pelbagai model pemikiran kreatif yang ada sebelum ini termasuk model penyelesaian masalah kreatif dan model membuat keputusan kreatif.  Terdapat keseimbangan antara imaginasi dan analisis  Melibatkan pemikiran kritis dan kreatif.  Melibatkan kedua-dua proses mental, iaitu kognisi dan metakognisi Model Proses Kreatif Terarah mempunyai empat fasa yang terdiri daripada Fasa Persediaan, Fasa Imaginasi, Fasa Perkembangan dan Fasa Tindakan. Fasa Persediaan bermula dengan pemerhatian sehingga proses analisis secara berfikrah, situasi, objek dan karya, cara sesuatu itu berfungsi atau gagal dan sebagainya. Maklumat yang diperoleh melalui pemerhatian dan analisis disimpan dalam proses oleh minda. Dalam Fasa imaginasi, idea dijanakan untuk mencari hubung kait dan gabung jalin dengan menggunakan teknik seperti sumbangansaran. Seterusnya dalam Fasa Perkembangan, penambahbaikan terhadap hasil idea perlu dijalankan sebelum penilaian terakhir. Suatu ciptaan asli tidak bermakna dan tidak bernilai jika tidak digunakan atau tidak dilaksanakan. Semua idea baharu yang dilaksanakan membawa perubahan dalam kehidupan harian dan menggerakkan individu untuk memulakan semula pemerhatian dan penganalisisan. Melalui fasa tindakan ini, kreativiti menjadi amalan berterusan. Model Proses Kreatif Terarah sangat sesuai dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kerana model ini selari dengan model pengajaran dan pembelajaran sedia ada yang memupuk kreativiti dalam kalangan murid. Dalam membangunkan domain kreativiti, salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai diaplikasikan oleh guru ialah model konstruktivisme. 2
  • 3.
    Model Konstruktivisme Konstruktivisme adalahsatu fahaman di mana individu membina pengetahuan sendiri. Pengetahuan bukan dipindahkan daripada orang atau sumber lain. Individu membina pengetahuan baru secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada. Secara ringkas, konstruktivisme mengaplikasikan lima prinsip utama (5Es: engage, explore, explain, elaborate, evaluate) iaitu  Melibat – guru menyoal dan merangsang minat dan rasa ingin tahu murid, murid melibatkan diri  Meneroka – guru mencungkil, murid mengumpul maklumat dan meneroka  Menjelas – murid memberi penjelasan, justifikasi, dan mempersoalkan jawapan  Mengembang - murid membuat perkaitan dan melanjutkan konsep  Menilai – guru mentaksir pemahaman murid, murid menunjukkan pemahaman konsep Fungsi utama guru ialah sebagai pemudah cara pembelajaran, guru merancang dan mewujudkan suasana pembelajaran yang membolehkan murid memperolehi pengalaman pembelajaran yang dihajati. Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model konstruktivisme Model P &P Proses Kreatif Terarah Persediaan Imaginasi Perkembangan Tindakan Konstruktivisme  Orientasi idea  Penstrukturan  Penjelasan  Penilaian berasaskan idea lanjut  Kaji semua pengetahuan  Meneroka  Aplikasi idea perubahan sedia ada  Menjelas Idea  Konstruk idea  Penyiasatan baru lanjutan Proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran, perlu diikuti langkah demi langkah bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan. 3
  • 4.
    Contoh Persediaan Mengajaryang menggunakan Model Konstruktivisme( modul 1) CONTOH 1 Tajuk: Masa dan Waktu Bidang: Membaca dan Menulis Masa Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: Menulis waktu dalam sistem 12 jam Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: ii Menulis waktu dalam jam dan minit Objektif pembelajaran: Murid memahami, membaca dan menulis waktu dalam jam dan minit Masa: 60 minit (2 waktu) FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI 1. Persediaan Guru bersama pelajar menyanyikan Bolehkah kamu Orientasi idea berasaskan lagu ’air pasang dalam’ menyanyikan lagu ini pengetahuan sedia ada. bersama guru? Lirik lagu: Air pasang dalam, Surut pukul lima, Di manakah kejadian Nyonya bangun pagi, air pasang surut Siram pokok bunga. berlaku? Pokok bunga melur, Pukul berapakah air Ditanam tepi kolam, surut ? Itik bertelur, Ayam mengeram. Alatan apakah yang kamu gunakan untuk Minta murid menyebut waktu air surut menentukan waktu? Minta murid menyatakan alatan yang mereka gunakan untuk menentukan masa. 2. Imaginasi Paparkan kepada murid beberapa Apakah jenis jam yang keping gambar jam digital. ditunjukkan ? Penstrukturan idea Minta murid menjelaskan cara Bagaimana anda menentukan waktu dengan menentukan waktu menggunakan jam digital dengan menggunakan jam digital? 4
  • 5.
    Meneroka Paparkan kepada murid beberapa keping gambar jam analog. Meminta murid menyatakan lokasi jam Di manakah anda analog yang pernah mereka lihat pernah melihat jam ini? Menjelas Meminta murid menyatakan ciri-ciri jam Apakah ciri-ciri yang analog. terdapat pada jam analog?. Konstruk idea baru Minta murid menerangkan fungsi Apakah fungsi jarum bahagian jam dan cara menentukan pendek dan jarum waktu dengan menggunakan jam panjang pada muka analog jam? Bagaimanakah anda menggunakan nombor pada jam untuk menentukan waktu? Bolehkah kamu menggunakan sifir lima untuk menentukan nilai minit? Membimbing murid untuk Apakah unit yang menggunakan unit masa yang betul digunakan untuk menunjukkan waktu pagi? Apakah unit yang digunakan untuk menunjukkan waktu tengah hari, petang dan malam? 3. Perkembangan Membahagi kumpulan pelajar secara Anda dikehendaki berpasangan membentuk kumpulan secara berpasangan Penjelasan lanjut Mengedarkan kertas keras, kertas warna, gunting, paku tekan, gam dan gabus kepada setiap kumpulan. Pelajar akan membina model jam binaan. Aplikasi idea Meminta pelajar menunjukkan masa Apakah masa yang yang diberi pada model jam binaan diberi pada model jam (boleh dikaitkan dengan aktiviti yang binaan anda ? 5
  • 6.
    sesuai) a. 2:05 am b. 6:37 pm c. 1:50 pm d. 10:58 am Membimbing pelajar memperoleh jawapan yang betul 4. Tindakan Meminta pelajar menulis masa yang Apakah masa yang ditunjukkan pada model jam ditunjukkan pada Penilaian model jam ? a. Pastikan kalau pada waktu pagi gunakan unit ’am’ Pastikan kalau pada waktu tengahari, petang dan malam gunakan unit ’pm’ b. 6
  • 7.
    c. d. Membimbing pelajar menulis waktu dengan format yang betul Penyiasatan lanjutan Mengedarkan lembaran kerja Membuat penerangan semula dalam kumpulan kecil kepada murid yang kurang memahami. Kaji semua perubahan idea Bincangkan hasil kerja murid 7
  • 8.
    5. Penutup Membimbing pelajar menyatakan Apakah fungsi jarum fungsi jarum jam dan minit jam dan minit ? Apakah sifir yang Membimbing pelajar menyatakan sifir 5 boleh digunakan untuk boleh digunakan untuk menentukan menentukan nilai minit. minit? Membimbing pelajar mengingat Apakah unit masa kembali cara menulis waktu dengan yang digunakan untuk menunjukkan waktu betul pagi? Memberi hadiah kepada pelajar yang Apakah unit masa dapat menyatakan konsep dengan yang digunakan untuk tepat dan pelajar yang membina model menunjukkan waktu jam yang tercantik tengah hari , petang dan malam ? Pentaksiran Berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan di lembaran Nilai dan Sikap Terapkan nilai sikap bekerjasama terutama sewaktu melakukan aktiviti. 8
  • 9.
    Lembaran kerja Nama:…………………………………………………………….. Tahun…………………………………… Tarikh:…………………………. 1. Tempatkan jarum jam dan minit pada Permukaan jam mengikut masa di bawah 2:10 pm 5:27 am 10:45 pm 6:56 am 2. Tuliskan waktu yang ditunjukkan. am am pm pm 9
  • 10.
    Contoh Persediaan Mengajaryang menggunakan Model Konstruktivisme CONTOH 2 Tajuk : Panjang Bidang : Operasi Asas Melibatkan Panjang Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: Menambah dalam ukuran sentimeter dan milimeter Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: i. menambah ukuran panjang melibatkan unit bercampur. Objektif pembelajaran: Murid memahami operasi tambah ukuran panjang Masa: 60 minit (2 waktu) FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI 6. Persediaan Orientasi idea berasaskan 1. Guru menunjukkan sebatang pensel. Apakah yang pengetahuan sedia ada. cikgu pegang ? 2. Murid menganggar panjang pensel tersebut. 3. Guru meminta seorang murid untuk mengukur Berapakah panjang pensel menggunakan pembaris anggaran ukuran dalam unit sentimeter. pensel ini ? 4. Guru meminta seorang lagi murid untuk Apakah alatan mengukur panjang pensel yang sama yang kamu menggunakan pembaris dalam unit milimeter. gunakan untuk mengukur 5. Guru meminta murid membuat rumusan ukuran panjang panjang pensel dalam unit sentimeter dan ? milimeter. Bagaimanakah kamu hendak mengukur ukuran panjang pensel ini ? Apakah unit ukuran yang dapat kamu peroleh ? 10
  • 11.
    7. Imaginasi Penstrukturan idea Guru mengedarkan seutas reben panjang . Apakah bahan yang diedarkan Guru mengarahkan murid memotong reben ? dalam ukuran ; a. 5 cm Bagaimana anda b. 77 mm menentukan c. 3 cm 8mm ukuran reben yang dipotong ? Meneroka Minta murid menjelaskan cara menentukan Bagaimana anda ukuran dengan menggunakan pembaris menentukan ukuran penyedut Guru mengedarkan penyedut minuman kepada minuman yang murid. dipotong? Minta pelajar memotong penyedut minuman dalam ukuran : a. 5 cm b. 77 mm c. 3 cm 8mm Menjelas Minta murid membandingkan ukuran panjang reben dengan penyedut minuman. Konstruk idea baru Minta pelajar memberikan perbezaan atau Adakah panjang persamaan antara reben dan penyedut minuman. reben dan penyedut minuman yang dipotong berbeza atau mempunyai persamaan ? 8. Perkembangan Penjelasan lanjut Guru meminta murid mencantumkan reben dan Adakah dua penyedut minuman yang mempunyai ; bahan yang a. unit yang sama dicantum b. unit yang berlainan mempunyai unit c. unit yang bercampur yang sama? Guru menerangkan penambahan unit ukuran panjang dalam bentuk lazim. ( Rujuk Lampiran) 11
  • 12.
    Aplikasi idea Guru mengemukakan soalan dan meminta Adakah dua pelajar menyelesaikan soalan yang diberi. bahan yang a. 7 cm + 38 cm =______cm dicantum apabila b. 25 mm + 42 cm dibuat dalam i. _____________cm bentuk lazim ii. _____________mm mendapat hasil jawapan yang c. 12 cm 3 mm + 36 cm 5 mm sama ? =_______cm _______ mm Membimbing pelajar memperoleh jawapan yang betul 9. Tindakan Penilaian Guru mengedarkan lembaran aktiviti ( Lampiran Pastikan A) jawapan yang diberikan Murid diberi masa 10 minit untuk menyelesaikan mengikut unit tugasan dalam kumpulan. ukuran panjang yang dikehendaki Kaji semua perubahan Kumpulan yang dipilih secara rawak seperti cm, mm idea membentangkan hasil perbincangan. serta cm dan mm. Membimbing pelajar menulis penambahan ukuran panjang dalam bentuk lazim. Mengedarkan lembaran kerja Penyiasatan lanjutan Membuat penerangan semula dalam kumpulan kecil kepada murid yang kurang memahami. Bincangkan hasil kerja murid 10. Penutup Guru bertanyakan kepada murid konsep penting Apakah konsep dalam menambah ukuran panjang. penting dalam menambah ukuran panjang Guru memberi pujian dan penghargaan kepada ? semua murid atas kerjasama yang diberikan semasa menjalankan aktiviti. Apakah unit yang digunakan untuk Membimbing pelajar meletakan nombor ukuran menunjukkan ukuran panjang mengikut kedudukan unit yang betul. tanda nama di baju? 12
  • 13.
    Membimbing pelajar mengingatkembali cara menulis nombor unit dalam bentu lazim yang betul. Memberi hadiah kepada pelajar yang dapat menyatakan konsep penambahan unit ukuran panjang dengan tepat dan betul. Pentaksiran Berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan di lembaran Nilai dan Sikap Terapkan nilai sikap bekerjasama terutama sewaktu melakukan aktiviti. 13
  • 14.
    Lembaran kerja Nama:…………………………………………………………….. Tahun…………………………………… Tarikh:…………………………. Menambah dalam ukuran sentimeter dan milimeter 1. 9 cm + 42 cm = ______cm 2. 15 mm + 22cm =______ cm 3. 14cm 4mm + 26cm + 7mm =_______cm _________mm 4. 12 cm + 33 cm = ______cm 5. 45 cm + 27mm =______ mm 6. 51cm 7mm + 6cm + 9mm =_______cm _________mm 7. 24 cm + 52 cm = ______cm 8. 61 mm + 9cm =______ cm 9. 35cm 5mm + 27 cm + 7mm =_______cm _________mm 14