1. FUNGSI
a) Memindahkan daya kilas dari aci engkol enjin ke roda pemacu untuk mengerakan
kenderaan
b) Menyediakan daya dan kelajuan mengikut mengikut keadaan dan beban pada
kenderaan
KOMPONEN UTAMA SISTEM PENYEJUKAN
Klac
Mengawal aliran kuasa yang digerakan oleh aci engkol ( crank shaft ).
Kotak gear ( gear box )
Mengadakan kelajuan yang berbeza dan sesuai mengikut keadaan dan beban pada
kenderaan.
Sambungan semesta (universal joint )
Menghubungkan antara kotak gear dan kerbeda.
Aci putar / Aci pemacu ( propeller shaft, drive shaft )
Kuasa daripada enjin disalurkan ke unit kerbeda melalui aci putar / aci pemacu dan
seterusnya ke dua – dua belah roda untuk memacu roda.
Kerbeda
Mengalirkan kuasa enjin dari aci putar ke roda pemacu.
Membolehkan pusingan kiri dan kanan berbeza bagi mengelakan kegelinciran.
2. Gandar
Mengalirkan kuasa dari aci pacu ke roda belakang.
Membolehkan roda berpusing dengan kelajuan yang berbeza semasa selekoh atau
membelok.
3. Langkah – langkah kerja bagi mengeluarkan kotak gear ( gear box ) pacuan
belakang
1) Jek kenderaan mengunakan hoist
2) Tanggalkan cemat aci putar ( drive shaft ) yang bersambung dengan kotak gear
3) Longgarkan bolt pada kotak gear yang bersambung dengan enjin
4) Sediakan stand bagi menahan kotak gear
5) Tanggalkan bolt daripada gear box dari atas ke bawah
6) Gear box selamat ditanggalkan daripada ruang enjin