SlideShare a Scribd company logo
1 of 43
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
1
BAB 1
PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
1.1 Latihan Industri adalah pendedahan kepada pelajar untuk memberi
kesedaran mengenai situasi sebenar di alam pekerjaan dan ia adalah wajib
dijalani oleh semua pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta
sebagai syarat wajib bagi melayakkan pelajar menerima Sijil Diploma atau Ijazah
mengikut jurusan yang diduduki. Latihan industri banyak memberikan pengalaman
yang berguna dan berharga diperolehi sebagai bekalan sebelum menjejakkan
kaki ke alam pekerjaan. Selain itu, Latihan Industri juga dapat membina keyakinan
diri dengan pengalaman dan pengetahuan yang pelajar dapat daripada latihan
industry.
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
2
OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
1.2 Latihan industri mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan yang
sebenar dan dapat menambah serta meluaskan pengetahuan teknikal dan
kemahiran pelajar, jika sebelum ini para pelajar memperolehi pengetahuan secara
terhad, tetapi apabila pelajar mengikuti latihan ini, pelajar dapat mengetahui
dengan lebih lanjut lagi tentang sesuatu perkara dan kehendak semasa
melakukan pekerjaan. Selain itu, pelajar dapat mempelajari tentang teknologi
atau kemahiran baru semasa menjalani latihan industri.
Selain daripada itu, latihan ini juga dapat meningkatkan kebolehan dan
peribadi pelajar yang lebih baik seperti dapat menonjolkan kebolehan untuk
bekerja dengan bersungguh-sungguh dan bekerja dengan penuh dedikasi serta
menampilkan sikap yang positif kepada majikan. Latihan ini juga penting kerana ia
dapat menghilangkan rasa rendah diri seseorang pelajar dimana apabila pelajar
menjalani latihan industri berkemungkinan pelajar akan bertemu dengan orang
yang berpangkat tinggi atau lebih berusia. Nilai hormat-menghormati terhadap
orang sekeliling akan timbul di dalam diri pelajar sekiranya pelajar menjalankan
latihan industri dengan sepenuh hati dan ikhlas. Melalui latihan ini juga, pelajar
dapat menangani sesuatu masalah dengan lebih bijaksana.
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
3
Objektif Laporan Latihan Industri
1.3 Apabila tamat latihan industry yang dijalankan di sebuah firma tersebut itu,
maka setiap pelajar diharuskan membuat atau menyediakan laporan lengkap dan
mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. Ia adalah bertujuan
untuk menilai sejauh manakah keberkesanan latihan industry yang dijalankan oleh
pelajar sepanjang tempoh tersebut. Laporan ini dibuat keranan ia merupakan satu
dokumen penting dimana untuk dijadikan sebagai bahan bukti terhadap latihan yang
diikuti. Ia juga sebagai garis panduan dan rujukan ketika temuga kelak.
Laporan yang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarah-
pensyarah yang berkenaan apabila pelajar kembali semula mendaftar semester yang
berikutnya. Suatu kerja yang dilakukan secara baik tidak memberi makna jika ia tidak
dicatat atau dimuatkan dalam bentuk buku laporan untuk dijadikan bahan rujukan
kelak.
Oleh itu, penulisan laporan memerlukan kepada pemerhatian khusus dari
pelajar. Piawaian ini juga melatih pelajar supaya mematuhi kepada arahan-arahan
dan segala peraturan yang ditetapkan. Laporan ini juga mestilah mudah difahami
oleh pensyarah yang memeriksa dan juga firma serta pihak-pihak lain untuk penilaian
serta rujukan terhadap laporan tersebut. Dengan itu, dapatlah saya menyiapkan
sebuah buku laporan dimana ia memuatkan segala teknik-teknik latihan dan
maklumat bidang kejuruteraan mekanikal automotif khususnya. Saya berharap buku
laporan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak secara langsung atau tidak
langsung.
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
4
Objektif yang dapat ditakrifkan dan diketahui dalam melakukan laporan
latihan industri ini adalah seperti berikut:
 Mencatatkan segala aktiviti semasa menalani latihan industri.
 Menjadi bukti bahawa pelajar tersebut telah menjalani latihan industri
mengikut jangka waktu yang telah ditetapkan.
 Menjadi bahan rujukan pada masa hadapan.
 Membuktikan bahawa pelajar itu memahami dan menghayati sesuatu
kerja yang dibuat semasa latihan industri.
 Sebagai rujukan selepas menjalani latihan industri di firma terbabit
selepas tamat menjalani pengajian di Politeknik.
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
5
Kepentingan Latihan Industri
1.4 Kepada Pelajar Latihan Industri merupakan satu peluang kepada seseorang
pelajar untuk mengaplikasi setiap proses pembelajaran yang dilalui semasa sesi di
dalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari pelbagai perspektif, contohnya secara tidak
langsung ia dapat melipat gandakan kemahiran yang sedia ada yang terdapat
didalam diri seseorang pelajar itu sendiri di samping mendapat kemahiran dan
pengetahuan yang baru dalam sesuatu bidang kerja yang dilalui. Pengalaman dan
pengetahuan tersebut sangat penting untuk menjadikan seseorang pelajar itu yang
terbaik dalam bidang yang akan diceburi kelak.
Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa
janggal apabila pelajar pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal
merealisasikan segala cita-cita dan impian ketika belajar. Segala penyelesaian
masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan industri akan menjadikan suatu
pengalaman untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak langsung ia dapat
memberi kesan kepada pelajar bahawa situasi di dalam alam pekerjaan sebenarnya
adalah tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk teori dan amali ketika dalam sesi
pembelajaran.
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
6
Kesimpulan yang dapat ditakrifkan tentang kepentingan latihan industri adalah:
 Untuk membina dan memantapkan diri pelajar supaya lebih yakin untuk
menghadapi sebarang tugas dan dugaan yang dihadapi di alam
pekerjaan.
 Agar pelajar tidak menghadapi sebarang kesukaran atau merasa kekok
apabila mula bekerja kelak.
 Mengamakan dan mematuhi peraturan keselamatan semasa latihan
industri.
 Memupuk sifat amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan
tugasan.
 Menyediakan sebuah laporan rasmi setelah tamat latihan.
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
7
BAB 2
LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN
2.1 Info Organisasi
Rajah 2.1.1
Nama syarikat : Pusat Servis Kenderaan Paya Putat Auto
Pengurus : Encik Ahmad Tamezi Bin Din
Alamat : No.2, Bengkel MDPT,32610 Seri Iskandar, Perak Darul
Ridzuan
Jam Operasi : 9.00 am – 6.00pm
No. Tel : 019 – 4110831
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
8
2.2 Sejarah Penubuhan
Disebalik nama perniagaan yang unik, Pusat Servis Kenderaan Paya Putat
Auto diberi nama oleh pemilik bengkel servis kenderaan, Encik Ahmad Tamezi Bin Din
dimana nama tersebut diberi kerana ia adalah nama suatu tempat di yang
berhampiran dengan kampung halaman En, Ahmad Tamezi di dalam kawasan Bota,
Perak. Perniagaan bengkel servis kenderaan bermula bertapak dan beroperasi di
bengkel MDPT, Seri Iskandar atas usaha En, Ahmad Tamezi sebelum ini berkhidmat
sebagai Tentera Unit Tempur Para selama 22 tahun sebelum ini, mendapat latihan
servis kenderaan ringan semasa menjalani kursus anjuran PERHEBAT, di Kompleks
Perhebat, Kem Sungai Buluh, Selangor. Bengkel servis kenderaan ringan Paya Putat
Auto menyediakan perkhidmatan inspection kerosakan, memservis dan membaiki
kenderaan, troubleshooting kenderaan sama ada kereta, lori , dan sebagainya.
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
9
Pusat Servis Paye Putat Auto
Rajah 2.2.1
Rajah 2.2.2
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
10
2.3 Aktiviti Organisasi
Membaik pulih berbagai kenderaan ringan daripada model saloon, mpv dan
lori. Menyediakan perkhidmatan servis daripada melaksana minor servis kenderaan,
troubleshoot wiring kenderaan hingga melaksana kerja overhaul kenderaan.
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
11
2.4 Halatuju Organisasi
 Membaiki dan melaksanakan kerja servis kenderaan penyelenggaraan dan
perkhidmatan pembaikan yang agak berpatutan dan mudah bagi para
pelanggan.
 Memberikan perkhidmatan terbaik bagi keselesaan dan keselamatan
pelanggan.
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
12
Lokasi Tempat Latihan
Rajah 2.4.1
Pusat
Servis Paya
Putat Auto
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
13
BAB 3
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
PENGENALAN
3.1 Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktiviti mingguan yang dilakukan
sepanjang menjalani latihan industri. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan yang ditulis
di dalam buku jurnal refleksi secara ringkas akan di terangkan dalam bab yang
meliputi tugas yang diberikan oleh penyelia.Setiap aktiviti atau tugas yang dijalankan
akan dicatat dalam buku laporan harian. Oleh itu, bahagian ini akan menjelaskan
secara ringkas aktiviti-aktiviti tugas saya yang telah dijalankan semasa menjalani
latihan industri pada satu semester iaitu dua puluh minggu. Segala aktiviti yang
dilakukan akan diterangkan dari minggu ke minggu supaya dapat menyimpulkan
kerja-kerja yang telah dilakukan dalam seminggu di sampingkan memudahkan
proses penyemakan. Hari kerja dalam seminggu tidak semestinya sama setiap
minggu kerana terdapat cuti umum dan cuti yang diumum oleh pihak syarikat.
Dalam menjalani latihan industri, saya telah didedahkan dengan banyak
perkara yang baru. Selain mempraktikkan apa yang telah dipelajari di Politeknik,
saya juga telah didedahkan dengan peraturan-peraturan dan etika syarikat dan ianya
perlu dipraktikkan setiap kali saya berada di syarikat di mana saya menjalani latihan
industri.
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
14
3.2 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
MINGGU TARIKH AKTIVITI
1
2
3
27/11/2017 - 21/12/2017
4/12/2017 - 9/12/2017
11/12/2017 – 16/12/2017
 Servis dan pemeriksaan kenderaan
 Servis radiator dan hos
 Servis water pump
 Servis brake drum
 Servis stator motor
 Membetulkan steering wheel
 Menanggalkan tie rod
 Menanggalkan lower arm
 Melaras camber bolt
 Menukar bearing kenderaan
 Menservis dan menukar clutch plate
 Servis bearing roda hadapan
 Menanggal gear box
 Menservis brake pad
 Menukar fius dan relay
 Memeriksa dan servis contact point
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
15
4
5
6
18/12/2017 – 23/12/2017
25/12/2017 – 30/12/2017
2/1/2018 – 6/1/2018
 Memeriksa kerosakan stater motor
 Memeriksa water pump
 Mnservis injector
 Menservis master pump
 Memeriksa aci gandar pada
differential
 Menguji dan melaras free play
steering
 Menservis bearing
 Bleeding pam diesel
 Servis stater motor electrical wiring
 Process spill timing
 Servis bearing
 Servis drie shaft
 Memeriksa ignition system
 Menguji litar solenoid
 Bleeding brek
 Menukar pam air
 Menservis transfer pam
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
16
7
8
9
8/1/2018 – 13/1/2018
15/1/2018 – 20/1/2018
22/1/2018 – 27/1/2018
 Menservis cylinder wheel
 Static dan dynamic test
 Menukar spark plug
 Menukar rubber boot Mcpherson
strut
 Menukar fuel pump
 Melaras clearance rocker arm
 Melaras cable hand brake
 Menukar lubricant oil dan oil filter
 Menanggal dan menguji glow plug
 Melaksana timing injector pump
 Menanggal brek drum
 Bleeding sistem brek
 Menservis clutch
 Menservis steering rack dan pinion
 Mengeluarkan spring coil daripada
Mcpherson strut
 Menukar bearing alternator
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
17
10
11
29/1/2018 – 3/2/2018
5/2/2018 – 10/2/2018
 Menukar fius
 Menukar stabilizer bar
 Menukar distributer electronic
 Menganti oil seal power steering
 Menanggal timing belt
 Menservis brek disk belakang
 Menanggal absorber
 Memeriksa sambungan pendawaian
electrical kenderaan
 Menukar radiator
 Menanggal oil sump
 Menservis brek drum
 Menservis propeller shaft
 Menanggal driver shaft
 Menservis brek disk
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
18
12
13
14
12/2/2018 - 17/2/2018
19/2/2018 – 24/2/2018
26/2/2018 – 3/3/2018
 Merombak distributer
 Menukar minyak pelincir dan oil filter
 Menservis brek disk
 Servis bearing
 Menukar spark plug
 Memasang relay
 Menservis ignition system
 Memasang clutch plate
 Menanggal cylinder head
 Bleeding sistem brek
 Menservis bearing
 Servis drive shaft
 Grinde valve
 Menservis komponen enjin
 Menukar minyak pelincir
 Menukar piston ring
 Menukar bearing cap Mcpherson
strut
 Membetulkan steering wheel
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
19
15
16
17
5/3/2018 – 10/3/2018
12/3/2018 – 17/3/2018
19/3/2018 – 24/3/2018
 Static dan dynamic test
 Aturan firing order
 Ujian mampatan
 Menukar minyak pelincir
 Memasang relay
 Menanggal lower arm
 Menservis master pump
 Menservis bearing
 Menservis cylinder wheel
 Menservis drive shaft
 Menservis minyak pelincir dan oil
filter
 Memasang relay
 Menangggal lower arm
 Menservis brek disk
 Menukar water pump
 Menservis menservis brek drum
 Menservis minyak pelincir
 Membetulkan steering wheel
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
20
18
19
20
26/3/2018 – 31/3/2018
2/4/2018 – 7/4/2018
9/4/2018 – 13/4/2018
 Menukar stabilizer bar
 Menukar minyak pelincir
 Menukar spark plug
 Menanggal drive shaft
 Melaras hand brek
 Menservis bearing
 Menukar fuel pump
 Menanggal absorber
 Menservis brek pad
 Menukar minyak pelincir
 Memasang relay
 Menservis sistem penyejukan
 Memasang relay pada wiring
kenderaan
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
21
BAB 4
LAPORAN TEKNIKAL
4.1 Laporan teknikal menjurus kepada tugas-tugas atau kerja yang telah
dilaksanakan semasa latihan industri. Setiap tugas yang diberikan perlu mengikut
proses dan prosedur yang telah ditetapkan ianya dijalankan secara berperingkat-
peringkat. Di dalam bab ini, pelajar diminta untuk melaporkan segala aktiviti
dilakukan yang melibatkan proses kerja yang telah dilakukan selama di syarikat
tersebut. Segala kerja yang melibatkan aktiviti dan proses ini hendaklah dilakukan
supaya pelajar dapat mengetahui dan mempelajari cara untuk mengendalikan kerja
tersebut dengan baik.
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
22
4.2 Menanggal Lower Arm
Peralatan
 Spannar 17, 19
 Floor Jack
 Safety stand
 Iron bar
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
23
Procedure
1. Longgarkan nut roda
2. Jack dan safety stand kenderaan
3. Tanggalkan roda
4. Longgarkan bahagian bolt dan nut yang mengikat kesemua bahagian lower
arm
Rajah 4.2.1 Rajah 4.2.3
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
24
Rajah 4.2.4 Rajah 4.2.5
5. Mula tanggalkan lower arm bermula daripada knukle, joint lower arm dan bush
lower arm
6. Periksa keadaan lower arm joint dan bush bagi menilai kerosakan pada lower
arm
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
25
Rajah 4.2.6
7. Pasang lower arm yang baharu mengikut aturan pemasangan
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
26
4.3 Menservis Brake Pad
Peralatan
 Floor jack
 Safety stand
 Skru driver flat
 Spanner set
 Piston brake compressor
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
27
Procedure
1. Longgarkan nut roda.
2. Jack kenderaan dan stand.
3. Tanggalkan roda.
4. Gunakan spanar 17, longgar dan tanggalkan bolt pada bahagian bawah brake
caliper.
Rajah 4.3.1
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
28
5. Angkat brake caliper ke atas dan keluarkan brek pad.
Rajah 4.3.2
6. Periksa kehausan dan keadaan brek pad dan keadaan brake wheel.
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
29
Rajah 4.3.3
7. Gunakan piston brake compressor bagi memasukkan brake piston ke brake
housing.
8. Ganti brake pad baharu dan pasang semula pepasangan mengikut aturan
pemasangan.
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
30
4.4 Menservis Brake Drum
Peralatan
 Floor jack
 Safety stand
 Impack driver
 Long nose Playar
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
31
Procedure
1. Longgarkan nut roda.
2. Jack kenderaan dan stand.
3. Tanggalkan roda.
4. Guna impack driver bagi menanggal skru lock pada brake drum
5. Tanggalkan brake drum
Rajah 4.4.1
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
32
6. Tanggalkan brake shoes lock pin
Rajah 4.4.2
7. Tanggalkan brake shoes
8. Tanggalkan return dan hand brake adjuster
9. Ganti brake shoes yang baharu
10.Pasang semula pepasangan mengikut aturan pemasangan
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
33
4.5 Grinde Valve
Peralatan
 Valve sucker stick
 Valve grinde paste
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
34
Procedure
1. Aturkan setiap valve mengikut kedudukan asal piston
Rajah 4.5.1 Rajah 4.5.2
2. Sapukan coarse grinde paste pada beam valve
3. Gunakan valve sucker bagi melaksana kerja grinde valve
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
35
Rajah 4.5.3
4. Pastikan permukaan beam valve dan seat pada cylinder head di grinde valve
sehingga permukaan licin dan rata
5. Bersihkan permukaan beam valve dan seat pada cylinder head
6. Lakukan grinde valve mengunakan fine grinde paste bagi melicinkan
permukaan seat dan beam valve
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
36
BAB 5
DAPATAN DAN CADANGAN
5.1 DAPATAN DAN CADANGAN
Latihan Industri yang diadakan oleh pihak Politeknik merupakan satu langkah
yang bijak bagi memupuk semangat dan melatih para pelajar dalam bidang yang
diceburi. Saya sebagai pelajar latihan industri yang telah tamat latihan industri ingin
memberi dapatan dan cadangan mengenai syarikat Pusat Servis Kenderaan Paye
Putat Auto. Pendapat ini bukanlah bertujuan untuk mengguris hati atau merendah
pihak syarikat. Hal ini adalah ikhlas dari pemerhatian saya selama hampir 5 bulan
menjalani latihan industri dan saya ingin memberikan komen yang membina supaya
syarikat ini dapat membangun dengan lebih maju dari semua aspek.
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
37
5.2 DAPATAN
Hasil laporan ini secara keseluruhannya dapat memberi pengetahuan dan
kemahiran yang berguna khususnya mengenai menservis kenderaan dan
pengurusan pejabat. Sepanjang menjalani latihan industri di Pusat Servis Kenderaan
Paye Putat Auto, saya memperolehi banyak manfaat dan pemahaman lebih
mendalam dalam aspek aplikasi teori dan teknikal Automotif yang amat berguna
kepada seorang pelajar yang akan melangkah ke alam pekerjaan kelak. Ini juga
adalah satu lagi kelebihan berbanding dengan institusi pengajian tinggi yang lain.
Dalam tempoh latihan industri ini, saya berpuas hati dengan kerjasama,
perhatian serta tunjuk ajar yang diberikan oleh pengurusan melibatkan aspek
teknikal dan amali. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dari minggu
pertama hingga minggu terakhir, telah banyak membantu pelajar dalam
meningkatkan prestasi, kemampuan dan mengenalpasti kekurangan yang ada
disamping menambah nilai aspek sains dan aplikasi teknikal yang dipelajari di
Politeknik.
5.3 CADANGAN
Latihan Industri yang telah dijalankan di sini amatlah saya hargai. Dengan ini,
saya ingin mengemukakan beberapa cadangan dan idea yang mungkin boleh
digunakan oleh pihak pengurusan pada masa akan datang.
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
38
5.3.1 CADANGAN TERHADAP ORGANISASI LATIHAN
 Menyediakan sistem pusat servis untuk menyediakan jobsheet bagi
menyenaraikan kerja servis dan nilai bahan bagi tujuan bukti kerja dan
mengelakkan daripada pelanggan tidak membayar kerja perkhidmatan yang
sudah dilakukan.
 Menyediakan aturan kerja bagi menambah kelancaran dan gerak kerja
didalam bengkel.
 Firma perlu menyediakan perancangan tugas dengan lebih teratur untuk
pelajar yang akan menjalani latihan industri.
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
39
5.3.2 CADANGAN TERHADAP POLITEKNIK
 Menselaraskan aktikiti pembelajaran dan praktikal kerana pemahaman dalam
sesuatu bidang lebih besar apabila pelajar lebih melakukan praktikal
berbanding pembelajaran sewaktu didalam kelas.
 Menyediakan aktiviti praktikal luar masa pembelajaran bagi pelajar yang mahu
lebih pengetahuan dan pemahaman dalam bidang yang mereka ceburi.
 Menyelaras pembelajaran teori dan praktikal bagi memberi nilai tambah pada
pelajar untuk apabila pelajar tamat pengajian.
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
40
BAB 6
KESIMPULAN
Laporan Industri merupakan salah satu syarat untuk dianugerahkan Diploma
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Program Latihan Industri bukan
sahaja dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang masing-masing malah pelajar
didedahkan dengan teknik penyediaan dan penulisan laporan. Melalui pengalaman
ini, diharapkan dapat meningkatkan potensi diri untuk menonjolkan dalam pasaran
kerja dalam bidang berkaitan setelah tamat pengajian.
Selain itu, saya juga berpeluang mempraktikkan dan mengaplikasi sebahagian
perkara yang dipelajari, sama ada teori ataupun praktikal sewaktu pengajian di
politeknik sebelum ini. Namun demikian, di tempat kerja sebenar, kepantasan,
kecekapan, kemahiran dan kebolehan melaksanakan sesuatu projek dengan efisien
adalah aspek yang dinilai pada keberkesanannya iaitu adakah ia memenuhi
fungsinya secara optimum.
Sepanjang tempoh hampir 5 bulan saya bekerja bersama-sama pengurus
Pusat Servis Kenderaan Paye Putat Auto, saya telah ditugaskan untuk
mengendalikan pelbagai tugas dan kerja yang berlainan dalam menservis kereta
sama ada secara berseorangan ataupun bersama-sama dengan pengurus Pusat
Servis Kenderaan Paye Putat Auto. Walaupun latihan industri merupakan perkara
yang diwajibkan untuk semua pelajar, namun ia merupakan satu peluang yang
terbaik untuk pelajar. Mereka dapat menimba pengalaman dalam pelbagai hal yang
berkaitan dengan kerja seharian. Dengan itu, pelajar akan bergiat mempelajari
sesuatu yang baru serta meningkatkan lagi kemahiran pada perkara tersebut.
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
41
Kesimpulannya, bidang perindustrian di Malaysia semakin pesat membangun.
Tenaga mahir amat diperlukan pihak pembangunan dan industri. Generasi muda
yang merupakan bakal tenaga mahir pada masa akan datang. Perancangan dan
kerjasama di antara Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dan syarikat-
syarikat perindustrian adalah amat penting untuk melahirkan generasi yang
berkemahiran pada masa hadapan.
Akhir kata, saya ingin lahirkan rasa bersyukur dan ucapan ribuan terima kasih
kerana dapat menamatkan latihan industry di Pusat Servis Kenderaan Paye Putat
Auto dengan jayanya, dan sekaligus menjaga nama baik pihak Politeknik. Maka,
adalah menjadi harapan saya, pihak Politeknik Malaysia dapat meneruskan program
latihan industri ini, agar dapat membantu negara melahirkan lebih ramai tenaga
pekerja separa professional dan professional yang berkemahiran dalam pelbagai
bidang kerjaya.
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
42
Rujukan
 Kaedah penulisan industrial training final report (at401)
Terbitan Penerbit
Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesen, Behrang
Perak Darul Ridzuan
 Buku refleksi journal
 Buku panduan automotive workshop
[Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18
43
Lampiran
Rajah 6.1.1

More Related Content

What's hot

Garis+panduan+penulisan+laporan+latihan+industri
Garis+panduan+penulisan+laporan+latihan+industriGaris+panduan+penulisan+laporan+latihan+industri
Garis+panduan+penulisan+laporan+latihan+industriMD.IKDSZAN MD.INTAM
 
Projek Tahun Akhir (Automotif)
Projek Tahun Akhir (Automotif) Projek Tahun Akhir (Automotif)
Projek Tahun Akhir (Automotif) armanaqim
 
Kesimpulan Report Latihan Industri
Kesimpulan Report Latihan IndustriKesimpulan Report Latihan Industri
Kesimpulan Report Latihan Industricik Ena
 
KOMEN DAN CADANGAN
KOMEN DAN CADANGANKOMEN DAN CADANGAN
KOMEN DAN CADANGANcik Ena
 
Latihan Industri Politeknik
Latihan Industri Politeknik Latihan Industri Politeknik
Latihan Industri Politeknik Hajar Hafizah
 
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)Afifah Nabilah
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)Mohd Fadzil Ambok
 
surat mohon maaf menolak tawaran latihan industri
surat mohon maaf menolak tawaran latihan industrisurat mohon maaf menolak tawaran latihan industri
surat mohon maaf menolak tawaran latihan industriXiao Doubles
 
Rancangan perniagaan fatin najihah 5 kt2
Rancangan perniagaan   fatin najihah 5 kt2Rancangan perniagaan   fatin najihah 5 kt2
Rancangan perniagaan fatin najihah 5 kt2ppnkvl
 
laporan latihan industri
laporan latihan industrilaporan latihan industri
laporan latihan industriPKB -> USIM
 
Pembentengan Laporan Akhir Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
Pembentengan Laporan Akhir Latihan Industri Diploma Rekabentuk IndustriPembentengan Laporan Akhir Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
Pembentengan Laporan Akhir Latihan Industri Diploma Rekabentuk IndustriMLee Official
 

What's hot (20)

Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Example Presentation Latihan Industri
Example Presentation Latihan IndustriExample Presentation Latihan Industri
Example Presentation Latihan Industri
 
Garis+panduan+penulisan+laporan+latihan+industri
Garis+panduan+penulisan+laporan+latihan+industriGaris+panduan+penulisan+laporan+latihan+industri
Garis+panduan+penulisan+laporan+latihan+industri
 
Projek Tahun Akhir (Automotif)
Projek Tahun Akhir (Automotif) Projek Tahun Akhir (Automotif)
Projek Tahun Akhir (Automotif)
 
Laporan l.i
Laporan l.iLaporan l.i
Laporan l.i
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Kesimpulan Report Latihan Industri
Kesimpulan Report Latihan IndustriKesimpulan Report Latihan Industri
Kesimpulan Report Latihan Industri
 
Cadangan penambahbaikan
Cadangan penambahbaikanCadangan penambahbaikan
Cadangan penambahbaikan
 
KOMEN DAN CADANGAN
KOMEN DAN CADANGANKOMEN DAN CADANGAN
KOMEN DAN CADANGAN
 
Contoh borang soal selidik
Contoh borang soal selidik Contoh borang soal selidik
Contoh borang soal selidik
 
Latihan Industri Politeknik
Latihan Industri Politeknik Latihan Industri Politeknik
Latihan Industri Politeknik
 
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
surat mohon maaf menolak tawaran latihan industri
surat mohon maaf menolak tawaran latihan industrisurat mohon maaf menolak tawaran latihan industri
surat mohon maaf menolak tawaran latihan industri
 
Rancangan pemasaran
Rancangan pemasaranRancangan pemasaran
Rancangan pemasaran
 
Report latihan industri
Report latihan industriReport latihan industri
Report latihan industri
 
Rancangan perniagaan fatin najihah 5 kt2
Rancangan perniagaan   fatin najihah 5 kt2Rancangan perniagaan   fatin najihah 5 kt2
Rancangan perniagaan fatin najihah 5 kt2
 
laporan latihan industri
laporan latihan industrilaporan latihan industri
laporan latihan industri
 
Pembentengan Laporan Akhir Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
Pembentengan Laporan Akhir Latihan Industri Diploma Rekabentuk IndustriPembentengan Laporan Akhir Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
Pembentengan Laporan Akhir Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
 
Etika profesional
Etika profesionalEtika profesional
Etika profesional
 

Similar to Laporan Akhir Latihan Industri

Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk IndustriLaporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk IndustriMLee Official
 
Panduan menulis report akhir
Panduan menulis report akhirPanduan menulis report akhir
Panduan menulis report akhirIkhwan_Fakrudin
 
Report Industrial Training Chapter 1-6
Report Industrial Training Chapter 1-6Report Industrial Training Chapter 1-6
Report Industrial Training Chapter 1-6Cik Aisyahfitrah
 
Laporan prakrin servianna
Laporan prakrin serviannaLaporan prakrin servianna
Laporan prakrin serviannaRudi Nainggolan
 
Bahasa indonesia laporan
Bahasa indonesia laporan Bahasa indonesia laporan
Bahasa indonesia laporan nusul
 
Pengenalan kepada latihan industri
Pengenalan kepada latihan industriPengenalan kepada latihan industri
Pengenalan kepada latihan industriSK Senibong Fan Club
 
CONTOH Laporan praktik kerja industri (SMK) PRAKERIN PROGRAM STUDI DKV
CONTOH Laporan praktik kerja industri (SMK) PRAKERIN PROGRAM STUDI DKVCONTOH Laporan praktik kerja industri (SMK) PRAKERIN PROGRAM STUDI DKV
CONTOH Laporan praktik kerja industri (SMK) PRAKERIN PROGRAM STUDI DKVFirdaus Firdaus
 
Fuel system ibnu hajar
Fuel system ibnu hajarFuel system ibnu hajar
Fuel system ibnu hajarMulianiAni2
 
Laporan praktik kerja industri dkv smk negeri 2 somba opu
Laporan praktik kerja industri dkv smk negeri 2 somba opuLaporan praktik kerja industri dkv smk negeri 2 somba opu
Laporan praktik kerja industri dkv smk negeri 2 somba opuFirdaus Filsufirst
 
Laporan praktik kerja industri fix
Laporan praktik kerja industri fixLaporan praktik kerja industri fix
Laporan praktik kerja industri fixTeukuMahawira
 
report latihan industri politeknik ( Bab 1 )
report latihan industri politeknik ( Bab 1 )report latihan industri politeknik ( Bab 1 )
report latihan industri politeknik ( Bab 1 )Ikhwan_Fakrudin
 
Buku jurnal pkl siswa
Buku jurnal pkl siswaBuku jurnal pkl siswa
Buku jurnal pkl siswaNunung Jamil
 
Proposal pratik industri edit
Proposal pratik industri editProposal pratik industri edit
Proposal pratik industri editrahmad93
 
PowerPoint Sidang Prakerind
PowerPoint Sidang Prakerind PowerPoint Sidang Prakerind
PowerPoint Sidang Prakerind AsmaUl2
 

Similar to Laporan Akhir Latihan Industri (20)

Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk IndustriLaporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
 
LALI_15DPR19F1025.pdf
LALI_15DPR19F1025.pdfLALI_15DPR19F1025.pdf
LALI_15DPR19F1025.pdf
 
Final report 2015
Final report 2015Final report 2015
Final report 2015
 
Final report 2015
Final report 2015Final report 2015
Final report 2015
 
Panduan menulis report akhir
Panduan menulis report akhirPanduan menulis report akhir
Panduan menulis report akhir
 
Report Industrial Training Chapter 1-6
Report Industrial Training Chapter 1-6Report Industrial Training Chapter 1-6
Report Industrial Training Chapter 1-6
 
Contoh laporan prakerind
Contoh laporan prakerindContoh laporan prakerind
Contoh laporan prakerind
 
Laporan prakrin servianna
Laporan prakrin serviannaLaporan prakrin servianna
Laporan prakrin servianna
 
Bahasa indonesia laporan
Bahasa indonesia laporan Bahasa indonesia laporan
Bahasa indonesia laporan
 
Pengenalan kepada latihan industri
Pengenalan kepada latihan industriPengenalan kepada latihan industri
Pengenalan kepada latihan industri
 
CONTOH Laporan praktik kerja industri (SMK) PRAKERIN PROGRAM STUDI DKV
CONTOH Laporan praktik kerja industri (SMK) PRAKERIN PROGRAM STUDI DKVCONTOH Laporan praktik kerja industri (SMK) PRAKERIN PROGRAM STUDI DKV
CONTOH Laporan praktik kerja industri (SMK) PRAKERIN PROGRAM STUDI DKV
 
Bab 8
Bab 8Bab 8
Bab 8
 
Fuel system ibnu hajar
Fuel system ibnu hajarFuel system ibnu hajar
Fuel system ibnu hajar
 
Laporan praktik kerja industri dkv smk negeri 2 somba opu
Laporan praktik kerja industri dkv smk negeri 2 somba opuLaporan praktik kerja industri dkv smk negeri 2 somba opu
Laporan praktik kerja industri dkv smk negeri 2 somba opu
 
Laporan praktik kerja industri fix
Laporan praktik kerja industri fixLaporan praktik kerja industri fix
Laporan praktik kerja industri fix
 
report latihan industri politeknik ( Bab 1 )
report latihan industri politeknik ( Bab 1 )report latihan industri politeknik ( Bab 1 )
report latihan industri politeknik ( Bab 1 )
 
Kg sayap kota belud
Kg sayap kota beludKg sayap kota belud
Kg sayap kota belud
 
Buku jurnal pkl siswa
Buku jurnal pkl siswaBuku jurnal pkl siswa
Buku jurnal pkl siswa
 
Proposal pratik industri edit
Proposal pratik industri editProposal pratik industri edit
Proposal pratik industri edit
 
PowerPoint Sidang Prakerind
PowerPoint Sidang Prakerind PowerPoint Sidang Prakerind
PowerPoint Sidang Prakerind
 

More from Kizizikachi Izzat (18)

Presentation lali
Presentation laliPresentation lali
Presentation lali
 
Radiator
Radiator Radiator
Radiator
 
Pendawaian kenderaan
Pendawaian kenderaanPendawaian kenderaan
Pendawaian kenderaan
 
Sistem bahan api
Sistem bahan api Sistem bahan api
Sistem bahan api
 
Sistem pendawaian enjin
Sistem pendawaian enjin Sistem pendawaian enjin
Sistem pendawaian enjin
 
Radiator
Radiator Radiator
Radiator
 
Ekzos
EkzosEkzos
Ekzos
 
Memasang unit hantaran
Memasang unit hantaranMemasang unit hantaran
Memasang unit hantaran
 
Amali memasang enjin
Amali memasang enjinAmali memasang enjin
Amali memasang enjin
 
Merombak gearbox manual
Merombak gearbox manual Merombak gearbox manual
Merombak gearbox manual
 
Menyelenggara gearbox automatik
Menyelenggara gearbox automatik Menyelenggara gearbox automatik
Menyelenggara gearbox automatik
 
Merombak gandar belakang dan kerbeda
Merombak gandar belakang dan kerbeda Merombak gandar belakang dan kerbeda
Merombak gandar belakang dan kerbeda
 
Electronic Brake Force Distribution ( E.B.D )
Electronic Brake Force Distribution ( E.B.D ) Electronic Brake Force Distribution ( E.B.D )
Electronic Brake Force Distribution ( E.B.D )
 
Pengenalan ABS
Pengenalan ABSPengenalan ABS
Pengenalan ABS
 
Tire changer
 Tire changer Tire changer
Tire changer
 
Binaan palam pencucuh ( spark plug )
Binaan palam pencucuh ( spark plug )Binaan palam pencucuh ( spark plug )
Binaan palam pencucuh ( spark plug )
 
Penapis udara / Air filter
Penapis udara / Air filterPenapis udara / Air filter
Penapis udara / Air filter
 
Tayar
TayarTayar
Tayar
 

Laporan Akhir Latihan Industri

  • 1. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 1 BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI 1.1 Latihan Industri adalah pendedahan kepada pelajar untuk memberi kesedaran mengenai situasi sebenar di alam pekerjaan dan ia adalah wajib dijalani oleh semua pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta sebagai syarat wajib bagi melayakkan pelajar menerima Sijil Diploma atau Ijazah mengikut jurusan yang diduduki. Latihan industri banyak memberikan pengalaman yang berguna dan berharga diperolehi sebagai bekalan sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Selain itu, Latihan Industri juga dapat membina keyakinan diri dengan pengalaman dan pengetahuan yang pelajar dapat daripada latihan industry.
  • 2. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI 1.2 Latihan industri mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar dan dapat menambah serta meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar, jika sebelum ini para pelajar memperolehi pengetahuan secara terhad, tetapi apabila pelajar mengikuti latihan ini, pelajar dapat mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang sesuatu perkara dan kehendak semasa melakukan pekerjaan. Selain itu, pelajar dapat mempelajari tentang teknologi atau kemahiran baru semasa menjalani latihan industri. Selain daripada itu, latihan ini juga dapat meningkatkan kebolehan dan peribadi pelajar yang lebih baik seperti dapat menonjolkan kebolehan untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh dan bekerja dengan penuh dedikasi serta menampilkan sikap yang positif kepada majikan. Latihan ini juga penting kerana ia dapat menghilangkan rasa rendah diri seseorang pelajar dimana apabila pelajar menjalani latihan industri berkemungkinan pelajar akan bertemu dengan orang yang berpangkat tinggi atau lebih berusia. Nilai hormat-menghormati terhadap orang sekeliling akan timbul di dalam diri pelajar sekiranya pelajar menjalankan latihan industri dengan sepenuh hati dan ikhlas. Melalui latihan ini juga, pelajar dapat menangani sesuatu masalah dengan lebih bijaksana.
  • 3. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 3 Objektif Laporan Latihan Industri 1.3 Apabila tamat latihan industry yang dijalankan di sebuah firma tersebut itu, maka setiap pelajar diharuskan membuat atau menyediakan laporan lengkap dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. Ia adalah bertujuan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan latihan industry yang dijalankan oleh pelajar sepanjang tempoh tersebut. Laporan ini dibuat keranan ia merupakan satu dokumen penting dimana untuk dijadikan sebagai bahan bukti terhadap latihan yang diikuti. Ia juga sebagai garis panduan dan rujukan ketika temuga kelak. Laporan yang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarah- pensyarah yang berkenaan apabila pelajar kembali semula mendaftar semester yang berikutnya. Suatu kerja yang dilakukan secara baik tidak memberi makna jika ia tidak dicatat atau dimuatkan dalam bentuk buku laporan untuk dijadikan bahan rujukan kelak. Oleh itu, penulisan laporan memerlukan kepada pemerhatian khusus dari pelajar. Piawaian ini juga melatih pelajar supaya mematuhi kepada arahan-arahan dan segala peraturan yang ditetapkan. Laporan ini juga mestilah mudah difahami oleh pensyarah yang memeriksa dan juga firma serta pihak-pihak lain untuk penilaian serta rujukan terhadap laporan tersebut. Dengan itu, dapatlah saya menyiapkan sebuah buku laporan dimana ia memuatkan segala teknik-teknik latihan dan maklumat bidang kejuruteraan mekanikal automotif khususnya. Saya berharap buku laporan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak secara langsung atau tidak langsung.
  • 4. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 4 Objektif yang dapat ditakrifkan dan diketahui dalam melakukan laporan latihan industri ini adalah seperti berikut:  Mencatatkan segala aktiviti semasa menalani latihan industri.  Menjadi bukti bahawa pelajar tersebut telah menjalani latihan industri mengikut jangka waktu yang telah ditetapkan.  Menjadi bahan rujukan pada masa hadapan.  Membuktikan bahawa pelajar itu memahami dan menghayati sesuatu kerja yang dibuat semasa latihan industri.  Sebagai rujukan selepas menjalani latihan industri di firma terbabit selepas tamat menjalani pengajian di Politeknik.
  • 5. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 5 Kepentingan Latihan Industri 1.4 Kepada Pelajar Latihan Industri merupakan satu peluang kepada seseorang pelajar untuk mengaplikasi setiap proses pembelajaran yang dilalui semasa sesi di dalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari pelbagai perspektif, contohnya secara tidak langsung ia dapat melipat gandakan kemahiran yang sedia ada yang terdapat didalam diri seseorang pelajar itu sendiri di samping mendapat kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam sesuatu bidang kerja yang dilalui. Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat penting untuk menjadikan seseorang pelajar itu yang terbaik dalam bidang yang akan diceburi kelak. Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa janggal apabila pelajar pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal merealisasikan segala cita-cita dan impian ketika belajar. Segala penyelesaian masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan industri akan menjadikan suatu pengalaman untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak langsung ia dapat memberi kesan kepada pelajar bahawa situasi di dalam alam pekerjaan sebenarnya adalah tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk teori dan amali ketika dalam sesi pembelajaran.
  • 6. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 6 Kesimpulan yang dapat ditakrifkan tentang kepentingan latihan industri adalah:  Untuk membina dan memantapkan diri pelajar supaya lebih yakin untuk menghadapi sebarang tugas dan dugaan yang dihadapi di alam pekerjaan.  Agar pelajar tidak menghadapi sebarang kesukaran atau merasa kekok apabila mula bekerja kelak.  Mengamakan dan mematuhi peraturan keselamatan semasa latihan industri.  Memupuk sifat amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan.  Menyediakan sebuah laporan rasmi setelah tamat latihan.
  • 7. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 7 BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN 2.1 Info Organisasi Rajah 2.1.1 Nama syarikat : Pusat Servis Kenderaan Paya Putat Auto Pengurus : Encik Ahmad Tamezi Bin Din Alamat : No.2, Bengkel MDPT,32610 Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan Jam Operasi : 9.00 am – 6.00pm No. Tel : 019 – 4110831
  • 8. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 8 2.2 Sejarah Penubuhan Disebalik nama perniagaan yang unik, Pusat Servis Kenderaan Paya Putat Auto diberi nama oleh pemilik bengkel servis kenderaan, Encik Ahmad Tamezi Bin Din dimana nama tersebut diberi kerana ia adalah nama suatu tempat di yang berhampiran dengan kampung halaman En, Ahmad Tamezi di dalam kawasan Bota, Perak. Perniagaan bengkel servis kenderaan bermula bertapak dan beroperasi di bengkel MDPT, Seri Iskandar atas usaha En, Ahmad Tamezi sebelum ini berkhidmat sebagai Tentera Unit Tempur Para selama 22 tahun sebelum ini, mendapat latihan servis kenderaan ringan semasa menjalani kursus anjuran PERHEBAT, di Kompleks Perhebat, Kem Sungai Buluh, Selangor. Bengkel servis kenderaan ringan Paya Putat Auto menyediakan perkhidmatan inspection kerosakan, memservis dan membaiki kenderaan, troubleshooting kenderaan sama ada kereta, lori , dan sebagainya.
  • 9. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 9 Pusat Servis Paye Putat Auto Rajah 2.2.1 Rajah 2.2.2
  • 10. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 10 2.3 Aktiviti Organisasi Membaik pulih berbagai kenderaan ringan daripada model saloon, mpv dan lori. Menyediakan perkhidmatan servis daripada melaksana minor servis kenderaan, troubleshoot wiring kenderaan hingga melaksana kerja overhaul kenderaan.
  • 11. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 11 2.4 Halatuju Organisasi  Membaiki dan melaksanakan kerja servis kenderaan penyelenggaraan dan perkhidmatan pembaikan yang agak berpatutan dan mudah bagi para pelanggan.  Memberikan perkhidmatan terbaik bagi keselesaan dan keselamatan pelanggan.
  • 12. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 12 Lokasi Tempat Latihan Rajah 2.4.1 Pusat Servis Paya Putat Auto
  • 13. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 13 BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI PENGENALAN 3.1 Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktiviti mingguan yang dilakukan sepanjang menjalani latihan industri. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan yang ditulis di dalam buku jurnal refleksi secara ringkas akan di terangkan dalam bab yang meliputi tugas yang diberikan oleh penyelia.Setiap aktiviti atau tugas yang dijalankan akan dicatat dalam buku laporan harian. Oleh itu, bahagian ini akan menjelaskan secara ringkas aktiviti-aktiviti tugas saya yang telah dijalankan semasa menjalani latihan industri pada satu semester iaitu dua puluh minggu. Segala aktiviti yang dilakukan akan diterangkan dari minggu ke minggu supaya dapat menyimpulkan kerja-kerja yang telah dilakukan dalam seminggu di sampingkan memudahkan proses penyemakan. Hari kerja dalam seminggu tidak semestinya sama setiap minggu kerana terdapat cuti umum dan cuti yang diumum oleh pihak syarikat. Dalam menjalani latihan industri, saya telah didedahkan dengan banyak perkara yang baru. Selain mempraktikkan apa yang telah dipelajari di Politeknik, saya juga telah didedahkan dengan peraturan-peraturan dan etika syarikat dan ianya perlu dipraktikkan setiap kali saya berada di syarikat di mana saya menjalani latihan industri.
  • 14. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 14 3.2 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI MINGGU TARIKH AKTIVITI 1 2 3 27/11/2017 - 21/12/2017 4/12/2017 - 9/12/2017 11/12/2017 – 16/12/2017  Servis dan pemeriksaan kenderaan  Servis radiator dan hos  Servis water pump  Servis brake drum  Servis stator motor  Membetulkan steering wheel  Menanggalkan tie rod  Menanggalkan lower arm  Melaras camber bolt  Menukar bearing kenderaan  Menservis dan menukar clutch plate  Servis bearing roda hadapan  Menanggal gear box  Menservis brake pad  Menukar fius dan relay  Memeriksa dan servis contact point
  • 15. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 15 4 5 6 18/12/2017 – 23/12/2017 25/12/2017 – 30/12/2017 2/1/2018 – 6/1/2018  Memeriksa kerosakan stater motor  Memeriksa water pump  Mnservis injector  Menservis master pump  Memeriksa aci gandar pada differential  Menguji dan melaras free play steering  Menservis bearing  Bleeding pam diesel  Servis stater motor electrical wiring  Process spill timing  Servis bearing  Servis drie shaft  Memeriksa ignition system  Menguji litar solenoid  Bleeding brek  Menukar pam air  Menservis transfer pam
  • 16. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 16 7 8 9 8/1/2018 – 13/1/2018 15/1/2018 – 20/1/2018 22/1/2018 – 27/1/2018  Menservis cylinder wheel  Static dan dynamic test  Menukar spark plug  Menukar rubber boot Mcpherson strut  Menukar fuel pump  Melaras clearance rocker arm  Melaras cable hand brake  Menukar lubricant oil dan oil filter  Menanggal dan menguji glow plug  Melaksana timing injector pump  Menanggal brek drum  Bleeding sistem brek  Menservis clutch  Menservis steering rack dan pinion  Mengeluarkan spring coil daripada Mcpherson strut  Menukar bearing alternator
  • 17. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 17 10 11 29/1/2018 – 3/2/2018 5/2/2018 – 10/2/2018  Menukar fius  Menukar stabilizer bar  Menukar distributer electronic  Menganti oil seal power steering  Menanggal timing belt  Menservis brek disk belakang  Menanggal absorber  Memeriksa sambungan pendawaian electrical kenderaan  Menukar radiator  Menanggal oil sump  Menservis brek drum  Menservis propeller shaft  Menanggal driver shaft  Menservis brek disk
  • 18. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 18 12 13 14 12/2/2018 - 17/2/2018 19/2/2018 – 24/2/2018 26/2/2018 – 3/3/2018  Merombak distributer  Menukar minyak pelincir dan oil filter  Menservis brek disk  Servis bearing  Menukar spark plug  Memasang relay  Menservis ignition system  Memasang clutch plate  Menanggal cylinder head  Bleeding sistem brek  Menservis bearing  Servis drive shaft  Grinde valve  Menservis komponen enjin  Menukar minyak pelincir  Menukar piston ring  Menukar bearing cap Mcpherson strut  Membetulkan steering wheel
  • 19. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 19 15 16 17 5/3/2018 – 10/3/2018 12/3/2018 – 17/3/2018 19/3/2018 – 24/3/2018  Static dan dynamic test  Aturan firing order  Ujian mampatan  Menukar minyak pelincir  Memasang relay  Menanggal lower arm  Menservis master pump  Menservis bearing  Menservis cylinder wheel  Menservis drive shaft  Menservis minyak pelincir dan oil filter  Memasang relay  Menangggal lower arm  Menservis brek disk  Menukar water pump  Menservis menservis brek drum  Menservis minyak pelincir  Membetulkan steering wheel
  • 20. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 20 18 19 20 26/3/2018 – 31/3/2018 2/4/2018 – 7/4/2018 9/4/2018 – 13/4/2018  Menukar stabilizer bar  Menukar minyak pelincir  Menukar spark plug  Menanggal drive shaft  Melaras hand brek  Menservis bearing  Menukar fuel pump  Menanggal absorber  Menservis brek pad  Menukar minyak pelincir  Memasang relay  Menservis sistem penyejukan  Memasang relay pada wiring kenderaan
  • 21. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 21 BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL 4.1 Laporan teknikal menjurus kepada tugas-tugas atau kerja yang telah dilaksanakan semasa latihan industri. Setiap tugas yang diberikan perlu mengikut proses dan prosedur yang telah ditetapkan ianya dijalankan secara berperingkat- peringkat. Di dalam bab ini, pelajar diminta untuk melaporkan segala aktiviti dilakukan yang melibatkan proses kerja yang telah dilakukan selama di syarikat tersebut. Segala kerja yang melibatkan aktiviti dan proses ini hendaklah dilakukan supaya pelajar dapat mengetahui dan mempelajari cara untuk mengendalikan kerja tersebut dengan baik.
  • 22. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 22 4.2 Menanggal Lower Arm Peralatan  Spannar 17, 19  Floor Jack  Safety stand  Iron bar
  • 23. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 23 Procedure 1. Longgarkan nut roda 2. Jack dan safety stand kenderaan 3. Tanggalkan roda 4. Longgarkan bahagian bolt dan nut yang mengikat kesemua bahagian lower arm Rajah 4.2.1 Rajah 4.2.3
  • 24. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 24 Rajah 4.2.4 Rajah 4.2.5 5. Mula tanggalkan lower arm bermula daripada knukle, joint lower arm dan bush lower arm 6. Periksa keadaan lower arm joint dan bush bagi menilai kerosakan pada lower arm
  • 25. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 25 Rajah 4.2.6 7. Pasang lower arm yang baharu mengikut aturan pemasangan
  • 26. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 26 4.3 Menservis Brake Pad Peralatan  Floor jack  Safety stand  Skru driver flat  Spanner set  Piston brake compressor
  • 27. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 27 Procedure 1. Longgarkan nut roda. 2. Jack kenderaan dan stand. 3. Tanggalkan roda. 4. Gunakan spanar 17, longgar dan tanggalkan bolt pada bahagian bawah brake caliper. Rajah 4.3.1
  • 28. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 28 5. Angkat brake caliper ke atas dan keluarkan brek pad. Rajah 4.3.2 6. Periksa kehausan dan keadaan brek pad dan keadaan brake wheel.
  • 29. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 29 Rajah 4.3.3 7. Gunakan piston brake compressor bagi memasukkan brake piston ke brake housing. 8. Ganti brake pad baharu dan pasang semula pepasangan mengikut aturan pemasangan.
  • 30. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 30 4.4 Menservis Brake Drum Peralatan  Floor jack  Safety stand  Impack driver  Long nose Playar
  • 31. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 31 Procedure 1. Longgarkan nut roda. 2. Jack kenderaan dan stand. 3. Tanggalkan roda. 4. Guna impack driver bagi menanggal skru lock pada brake drum 5. Tanggalkan brake drum Rajah 4.4.1
  • 32. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 32 6. Tanggalkan brake shoes lock pin Rajah 4.4.2 7. Tanggalkan brake shoes 8. Tanggalkan return dan hand brake adjuster 9. Ganti brake shoes yang baharu 10.Pasang semula pepasangan mengikut aturan pemasangan
  • 33. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 33 4.5 Grinde Valve Peralatan  Valve sucker stick  Valve grinde paste
  • 34. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 34 Procedure 1. Aturkan setiap valve mengikut kedudukan asal piston Rajah 4.5.1 Rajah 4.5.2 2. Sapukan coarse grinde paste pada beam valve 3. Gunakan valve sucker bagi melaksana kerja grinde valve
  • 35. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 35 Rajah 4.5.3 4. Pastikan permukaan beam valve dan seat pada cylinder head di grinde valve sehingga permukaan licin dan rata 5. Bersihkan permukaan beam valve dan seat pada cylinder head 6. Lakukan grinde valve mengunakan fine grinde paste bagi melicinkan permukaan seat dan beam valve
  • 36. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 36 BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN 5.1 DAPATAN DAN CADANGAN Latihan Industri yang diadakan oleh pihak Politeknik merupakan satu langkah yang bijak bagi memupuk semangat dan melatih para pelajar dalam bidang yang diceburi. Saya sebagai pelajar latihan industri yang telah tamat latihan industri ingin memberi dapatan dan cadangan mengenai syarikat Pusat Servis Kenderaan Paye Putat Auto. Pendapat ini bukanlah bertujuan untuk mengguris hati atau merendah pihak syarikat. Hal ini adalah ikhlas dari pemerhatian saya selama hampir 5 bulan menjalani latihan industri dan saya ingin memberikan komen yang membina supaya syarikat ini dapat membangun dengan lebih maju dari semua aspek.
  • 37. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 37 5.2 DAPATAN Hasil laporan ini secara keseluruhannya dapat memberi pengetahuan dan kemahiran yang berguna khususnya mengenai menservis kenderaan dan pengurusan pejabat. Sepanjang menjalani latihan industri di Pusat Servis Kenderaan Paye Putat Auto, saya memperolehi banyak manfaat dan pemahaman lebih mendalam dalam aspek aplikasi teori dan teknikal Automotif yang amat berguna kepada seorang pelajar yang akan melangkah ke alam pekerjaan kelak. Ini juga adalah satu lagi kelebihan berbanding dengan institusi pengajian tinggi yang lain. Dalam tempoh latihan industri ini, saya berpuas hati dengan kerjasama, perhatian serta tunjuk ajar yang diberikan oleh pengurusan melibatkan aspek teknikal dan amali. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dari minggu pertama hingga minggu terakhir, telah banyak membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi, kemampuan dan mengenalpasti kekurangan yang ada disamping menambah nilai aspek sains dan aplikasi teknikal yang dipelajari di Politeknik. 5.3 CADANGAN Latihan Industri yang telah dijalankan di sini amatlah saya hargai. Dengan ini, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan dan idea yang mungkin boleh digunakan oleh pihak pengurusan pada masa akan datang.
  • 38. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 38 5.3.1 CADANGAN TERHADAP ORGANISASI LATIHAN  Menyediakan sistem pusat servis untuk menyediakan jobsheet bagi menyenaraikan kerja servis dan nilai bahan bagi tujuan bukti kerja dan mengelakkan daripada pelanggan tidak membayar kerja perkhidmatan yang sudah dilakukan.  Menyediakan aturan kerja bagi menambah kelancaran dan gerak kerja didalam bengkel.  Firma perlu menyediakan perancangan tugas dengan lebih teratur untuk pelajar yang akan menjalani latihan industri.
  • 39. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 39 5.3.2 CADANGAN TERHADAP POLITEKNIK  Menselaraskan aktikiti pembelajaran dan praktikal kerana pemahaman dalam sesuatu bidang lebih besar apabila pelajar lebih melakukan praktikal berbanding pembelajaran sewaktu didalam kelas.  Menyediakan aktiviti praktikal luar masa pembelajaran bagi pelajar yang mahu lebih pengetahuan dan pemahaman dalam bidang yang mereka ceburi.  Menyelaras pembelajaran teori dan praktikal bagi memberi nilai tambah pada pelajar untuk apabila pelajar tamat pengajian.
  • 40. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 40 BAB 6 KESIMPULAN Laporan Industri merupakan salah satu syarat untuk dianugerahkan Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Program Latihan Industri bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang masing-masing malah pelajar didedahkan dengan teknik penyediaan dan penulisan laporan. Melalui pengalaman ini, diharapkan dapat meningkatkan potensi diri untuk menonjolkan dalam pasaran kerja dalam bidang berkaitan setelah tamat pengajian. Selain itu, saya juga berpeluang mempraktikkan dan mengaplikasi sebahagian perkara yang dipelajari, sama ada teori ataupun praktikal sewaktu pengajian di politeknik sebelum ini. Namun demikian, di tempat kerja sebenar, kepantasan, kecekapan, kemahiran dan kebolehan melaksanakan sesuatu projek dengan efisien adalah aspek yang dinilai pada keberkesanannya iaitu adakah ia memenuhi fungsinya secara optimum. Sepanjang tempoh hampir 5 bulan saya bekerja bersama-sama pengurus Pusat Servis Kenderaan Paye Putat Auto, saya telah ditugaskan untuk mengendalikan pelbagai tugas dan kerja yang berlainan dalam menservis kereta sama ada secara berseorangan ataupun bersama-sama dengan pengurus Pusat Servis Kenderaan Paye Putat Auto. Walaupun latihan industri merupakan perkara yang diwajibkan untuk semua pelajar, namun ia merupakan satu peluang yang terbaik untuk pelajar. Mereka dapat menimba pengalaman dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan kerja seharian. Dengan itu, pelajar akan bergiat mempelajari sesuatu yang baru serta meningkatkan lagi kemahiran pada perkara tersebut.
  • 41. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 41 Kesimpulannya, bidang perindustrian di Malaysia semakin pesat membangun. Tenaga mahir amat diperlukan pihak pembangunan dan industri. Generasi muda yang merupakan bakal tenaga mahir pada masa akan datang. Perancangan dan kerjasama di antara Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dan syarikat- syarikat perindustrian adalah amat penting untuk melahirkan generasi yang berkemahiran pada masa hadapan. Akhir kata, saya ingin lahirkan rasa bersyukur dan ucapan ribuan terima kasih kerana dapat menamatkan latihan industry di Pusat Servis Kenderaan Paye Putat Auto dengan jayanya, dan sekaligus menjaga nama baik pihak Politeknik. Maka, adalah menjadi harapan saya, pihak Politeknik Malaysia dapat meneruskan program latihan industri ini, agar dapat membantu negara melahirkan lebih ramai tenaga pekerja separa professional dan professional yang berkemahiran dalam pelbagai bidang kerjaya.
  • 42. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 42 Rujukan  Kaedah penulisan industrial training final report (at401) Terbitan Penerbit Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang Stesen, Behrang Perak Darul Ridzuan  Buku refleksi journal  Buku panduan automotive workshop
  • 43. [Laporan Akhir Latihan Industri] 27 NOV 17 – 13 APRIL18 43 Lampiran Rajah 6.1.1