Ayat surah Al-An'am mengajarkan tentang pentingnya sektor pertanian. Pertanian memberikan bukti kebesaran Allah dan menyokong kehidupan manusia dengan menyediakan makanan serta pekerjaan. Umat Islam perlu mengeluarkan zakat dari hasil pertanian dan mencegah pemborosan sumber.
2. LATAR BELAKANG AYAT SURAH AL-ANAAM
• Kaum Musyrikin suka bercakap tentang nikmat-
nikmat pemberian Allah SWT mengikut nafsu
mereka dengan sesuka hati.
• Allah menemplak tindakan mereka dengan
menunjukkan tanda-tanda kewujudan,
kebesaran, kekuasaan dan hikmah-hikmah
kejadian makhluk.
3. INTISARI AYAT SURAH AL-ANAAM
• Allah SWT telah menjadikan pelbagai jenis
tumbuh-tumbuhan.
• Manusia boleh menggunakan hasil pertanian
sama ada untuk dimakan atau dijual.
• Umat Islam wajib mengeluarkan zakat daripada
hasil pertanian apabila cukup syaratnya.
• Umat Islam dilarang membazirkan hasil
pertanian.
4. HIKMAH PERTANIAN
• Menjadi bukti kewujudan, kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.
• Memberi bantuan seperti sedekah atau zakat kepada mereka yang
memerlukan.
• Mengindahkan alam sekitar.
• Menjadi sumber makanan manusia dan binatang-binatang.
• Menambahkan sumber pendapatan.
• Membina kehidupan yang lebih selesa dan bahagia.
• Membekalkan zat dan vitamin kepada tubuh badan.
• Membekalkan oksigen dan mengawal kebersihan dan kesegaran
udara.
• Membantu mengawal suhu bumi.
• Mengelakkan banjir kilat dan tanah runtuh.
5. LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN HASIL
PERTANIAN
• Menggunakan teknologi moden.
• Menggalakkan penyelidikan untuk menghasilkan benih
dan baja yang berkualiti.
• Menambahkan keluasan tanah pertanian yang subur.
• Mewujudkan mekanisma sistem pemasaran.
• Mengadakan kempen kesedaran.
• Menggalakkan para belia menceburi sektor pertanian.
• Membuka pusat latihan pertanian.
• Menyediakan skim pinjaman pertanian kepada para
petani.
6. KEPENTINGAN SEKTOR PERTANIAN
• Memenuhi tuntutan fardhu kifayah.
• Menyediakan peluang pekerjaan.
• Meningkatkan perkembangan teknologi pertanian.
• Menggalakkan kajian penggunaan hasil pertanian secara
komersial.
7. KEWAJIPAN ZAKAT PERTANIAN
Hasil pertanian yang diwajibkan zakat ialah jenis makanan
ruji yang mengenyangkan seperti:
* Biji-bijian – Beras, Gandum, Jagung, Kekacang.
* Buah-buahan – Tamar, Anggur, Tin, Aprekot.
8. PENGAJARAN AYAT
• Tumbuh-tumbuhan menjadi salah satu tanda kewujudan
dan kekuasaan Allah SWT.
• Umat Islam diharuskan menggunakan hasil pertanian
untuk keperluan harian.
• Hasil pertanian yang cukup syarat wajib dikeluarkan
zakat.
• Umat Islam dilarang membazirkan harta pada perkara
maksiat dan tidak berfaedah atau membelanjakan tanpa
mempedulikan hak diri dan keluarga.
• Kedekut adalah sifat yang tercela disisi Islam.
9. TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT DAN
MEMBACA.
DISEDIAKAN OLEH : ARIF RISHY
SEKIAN TERIMA KASIH