SlideShare a Scribd company logo
1 of 54
Pengenalan
Pengurusan Islam
TIGA KATEGORI PENGURUSAN
Apa itu PENGURUSAN?
SENI
Menggunakan
SUMBER yang
TERHAD
OBJEKTIF
SENI
(PROSES)
Menggunakan
SUMBER yang
TERHAD
OBJEKTIF
PENTADBIRAN
Apa itu PENTADBIRAN?
Proses mengumpul & menggunakan kemudahan sumber dan
punca keluaran manusia, kebendaan dan apa sahaja untuk
mencapai arah tuju yang telah ditetapkan oleh organisasi.
(Wan Azmi Ramli)
TEMPOH /
MASA
ALIRAN PENGURUSAN PENYUMBANG
1771 – 1871 Awal Teori Pengurusan R. Owen, Charles Babage
1870 – 1930
Pengurusan Ilmiah
(Sainstifik)
FW. Taylor, Frank & Lilian Gilberth,
Henry Gantt, Harington Emerson
1900 – 1930 Teori Organisasi Klasik
Henry Fayol, James. D Money,
Marry Porker Follet, Herbert Simon,
Chester J. Benard
1930 – 1940 Hubungan Kemanusiaan
Hawthorne Studies, Elton Mayo,
Fritz Roethlisberger, Hugo
Munsterberg
1940 –
Sekarang
Pengurusan Moden
Abraham Maslow, Chris Argyris, D.
Mc. Gregor, Edgar Schein, D. Mc.
Cleland, R. Blake & J. Mouton,
Ernest Dale, Peter Drucker, dsb
ALIRAN PENGURUSAN
KELEMAHAN PENGURUSAN MODEN
 Pemisahan nilai-nilai masyarakat setempat dari nilai-
nilai organisasi.
 Membawa kepada pertembungan antara kehendak,
peraturan dan undang-undang organisasi dengan
amalan, adat resam, kepercayaan, sistem sosial,
politik, ekonomi dan sebagainya yang mempengaruhi
cara hidup harian pekerja.
 Soal dasar
 Menitikberat soal dalaman organisasi seperti
penghasilan yang berlipat ganda tanpa mengambilkira
soal-soal luaran yang peranannya lebih besar seperti
soal kerohanian dan kemanusiaan.
 Kekurangan penekanan terhadap pengarahan atau usaha
ke arah melaksanakan kebaikan (al-falah) dan
mengetepikan kejahatan (al-fasad).
 Penekanan yang berlebihan terhadap aspek fizikal dan
kebendaan serta tuntutan semasa.
 Penekanan terhadap konsep matlamat menghalalkan cara
yang membawa implilkasi wujudnya pengabaian terhadap
persoalan dan keperluan kemanusiaan yang hakiki.
Manusia akhirnya diperlakukan seperti hamba kepada
benda.
 Manusia dianggap sebagai alat yang boleh dan sentiasa
dimanipulasi demi kepentingan keuntungan dan
keduniaan.
 Berdasarkan falsafah dan nilai barat (sekular)
 Menyempitkan peranan agama yang hanya
berperanan dalam urusan peribadi yang terhad
sahaja. Agama tidak boleh dan tidak perlu
menjangkau persoalan kehidupan yang lebih luas
seperti pentadbiran dan sebagainya.
 Segala urusan dunia harus bebas dari pengaruh
dan bimbingan agama. Ia harus dikendalikan
dangan menggunakan pengalaman dan pemikiran
manusia sahaja.
 Terlalu bersifat kebendaan.
KENAPA PERLU KEPADA
PENGURUSAN ISLAM?
MASYARAKAT JEPUN & BARAT MULA FOKUS
KEPADA UNSUR-UNSUR NILAI DALAM PENGURUSAN
PENGURUSAN ISLAM
Apa itu PENGURUSAN ISLAM?
 Pengurusan berteraskan kepada tauhid yang merujuk kepada
penyempurnaan amanah yang diterima manusia daripada Allah
sebagai hamba dan khalifahNya di dunia dengan mengerjakan
amal soleh secara syura dalam organisasi.
( Mohd Affendi Hassan)
 Ianya melibatkan penyempurnaan amanah daripada Allah.
 Melibatkan pelaksanaan dwi-fungsi utama manusia iaitu sebagai
hamba dan khalifah Allah.
 Tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah.
 Pengurusan tersebut berpaksikan fahaman tauhid.
 Pengurusan tersebut bersendikan penghayatan dan penyuburan
keadilan serta kebaikan dan penghapusan al-fasad (keburukan).
 Matlamat akhir pengurusan untuk mendapat al-falah iaitu berjaya
di dunia dan akhirat.
PENGURUSAN dalam AL-QURAN
• Al-Quran menggunakan istilah “yudabbiru” yang membawa
maksud mentadbir atau mengurus.
• Firman Allah :
“Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu
naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu
tahun menurut perhitunganmu.”
(Surah al-Sajdah : 5)
Firman Allah :
“Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana)
yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan
menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar
hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-
Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu
meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu”
(Surah al-Ra`d :2)
 Firman Allah :
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan
bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy untuk
mengatur segala urusan. Tiada seorangpun yang akan memberi
syafa'at kecuali sesudah ada izin-Nya. (Dzat) yang demikian itulah
Allah, Tuhan kamu, maka sembahlah Dia. Maka apakah kamu tidak
mengambil pelajaran?”
(Surah Yunus :3)
 Firman Allah :
“Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan
bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan
penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang
mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang
mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab: "Allah." Maka
katakanlah "Mangapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya)?“
(Surah Yunus :31)
• Oleh itu pengurusan dari perspektif al-Quran ditakrifkan
sebagai berikut :
“Suatu proses penglibatan dan pengalokasian sumber
(tenaga manusia, benda dan perkara), supaya saling
bekerjasama dan berfungsi dalam sesebuah organisasi
ke arah pencapaian sesuatu objektif samada
bermotifkan untung atau tidak sesuai dengan kehendak
syariat”.
ALLAH SEBAGAI
PENTADBIR
ADA KAEDAH &
PERATURAN
DUNIA SEBAGAI
LADANG
AKHIRAT
SUMBER-SUMBER PENGURUSAN ISLAM
PEMIKIRAN MODEN
IJTIHAD
PEMIKIRAN KLASIK ILMUAN ISLAM
AMALAN SAHABAT
SUNNAH RASULULLAH SAW
AL-QURAN
Dalil naqli pertama
Definisi al-Quran
AL-QURAN
• AQ dan pengurusan.
PERTAMA
• Keperluan kepada pematuhan ikatan perjanjian
(kontrak) dan tanggung jawab memenuhinya.
• Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman. Penuhi serta
sempurnakanlah perjanjian.”
(Surah al-Maidah: 1)
KEDUA
• Menentukan matlamat atau objektif yang jelas. Ini
berkaitan dengan matlamat akhir kehidupan manusia yang
seharusnya dijelmakan dalam konteks matlamat unggul
yang ingin dicapai dalam organisasi.
• Firman Allah:
“Dan di antara mereka ada pula yang (berdoa dengan)
berkata: Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan
peliharalah kami daripada api neraka.”
(Surah al-Baqarah : 201)
KETIGA
• Ganjaran kerja.
• Firman Allah:
“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi
seseorang melainkan (balasan) apa yg diusahakannya
(Surah al-Najm: 39)
KEEMPAT
• Komunikasi yang baik dan berkesan amat ditekankan
dalam al-Quran.
• Firman Allah :
“Apabila kamu diberi penghormatan dengan suatu
ucapan hormat (seperti memberi salam) maka
balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik
daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang
sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung
akan ia tiap sesuatu.”
(Surah al-Nisa : 86)
KELIMA
• Kepentingan pengurusan dan pembangunan sumber
manusia.
• Firman Allah:
“Salah seorang di antara perempuan yang berdua
(anak nabi Syuib) itu berkata : “Wahai ayahku,
ambillah dia (Musa) menjadi orang upahan,
sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil
bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah.”
(Surah al-Qashas : 26)
KEENAM
• Kerja secara kumpulan, kerjasama dan tolong menolong.
• Firman Allah:
“… dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk
membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu
bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat)
dan pencerobohan.”
(Surah al-Maidah: 2)
KETUJUH
• Etika Kepimpinan.
• Firman Allah :
“Sesungguhnya pada Rasulullah SAW ada ikutan yang
baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan
(pahala) Allah dan (balasan baik) hari kemudian, serta
ia banyak mengingati Allah.”
(Surah al-Ahzab: 21)
Dalil naqli ke-dua
Definisi al-Sunnah
SUNNAH RASULULLAH SAW
AS dan pengurusan.
PERTAMA
• Perlunya menjaga amanah.
• Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tunaikanlah amanah terhadap orang yang
mengamanahkan kepada kamu dan janganlah
kamu mengkhianati orang yang mengkhianati
kamu”
(Riwayat Abu Daud)
KEDUA
• Kesesuaian sistem dan prosedur dgn matlamat organisasi.
• Rasulullah SAW bersabda. Maksudnya :
“Sesungguhnya perkara halal itu nyata dan perkara yang haram
itu nyata, di antara kedua-duanya adalah syubhat yang tidak
diketahui oleh kebanyakan manusia. Sesiapa yang meninggalkan
perkara syubhat, dia menyelamatkan agamanya dan tubuh
badannya. Sesiapa yang melakukan perkara syubhat sama
seperti seorang pengembala yang menggembala ternakan di tepi
kawasan larangan, besar kemungkinan binatang peliharaannnya
memakan makanan di kawasan larangan tersebut.
Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada sempadannya, dan
sempadan Allah ialah perkara-perkara yang haram.”
(Riwayat al-Bukhari)
KETIGA
• Perlunya menghayati syura.
• Hal ini diperlihatkan oleh Rasulullah SAW, melalui
sunnah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang
bermaksud:
“Daku belum pernah menemui seseorang yang lebih
banyak mengajak dan mengamalkan syura dengan
sahabatnya selain Rasulullah SAW.”
(Riwayat Ahmad)
KEEMPAT
• Perlunya pemimpin.
• Rasulullah SAW bersabda. Maksudnya :
“Jika kamu bertiga, maka lantiklah salah seorang
daripada kamu menjadi ketua.”
(Riwayat at-Tabrani)
• KELIMA
• Akauntabiliti. Penekanan dalam amalan berorganisasi
yang bersih, jauh dari amalan yang tidak berintegriti.
• Rasulullah SAW bersabda. Maksudnya:
“Rasulullah SAW melaknat orang yang memberi dan
menerima rasuah dalam menetapkan hukuman.”
(Riwayat al-Tirmizi)
KEENAM
• Berkualiti.
• Rasulullah SAW bersabda. Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang
daripada kamu membuat sesuatu kerja dengan itqan
(berkualiti).”
(Riwayat al-Baihaqi)
KETUJUH
• Konsep upah.
• Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Berilah upah kepada pekerja sebelum kering
peluhnya.”
(Sunan Ibn Majah)
• Terdiri daripada khulafa al-Rasyidin.
• Meneruskan pentadbiran Rasulullah SAW.
• Mengurus dengan gaya tersendiri sesuai dengan
keadaan dan masa yang mereka hadapi.
• Ijtihad baru bagi menyesuaikan dengan situasi semasa
ketika itu.
• Reformasi pengurusan Islam pada zaman Umar al-
Khattab RA.
AMALAN SAHABAT
SAYYIDINA ‘UMAR AL-KHATTAB
• Diiktiraf sebagai “The great-grandfather of Islamic administration”
Bapa Pemodenan Pentadbiran Islam.
• Melakukan pelbagai inovasi dan reformasi pengurusan seperti
kawalan keselamatan malam, institusi hisbah, kalender hijrah,
Baitulmal, jabatan-jabatan seperti pos, percukaian, kehakiman dan
sebagainya.
• Memperkenalkan polisi yang dikenali pada hari ini sebagai
pembangunan dan pertumbuhan seimbang (balanced development
and growth) dalam semua wilayah di bawah pentadbirannya.
• Melaksanakan dasar demokratik dalam pentadbiran dan
menerangkan fungsi sebenar perkhidmatan awam dalam Islam.
SAYYIDINA ALI BIN ABI TALIB
• Antara isi kandungan surat yang diutus kepada gabenornya di Mesir
Malik bin Ashtar.
• Hendaklah membentuk diri agar menjadi contoh kepada warga
organisasi dan orang ramai.
• Melantik kakitangan di kalangan mereka yang bukan hanya cekap
dalam pentadbiran tetapi juga dalam amalan, boleh dipercayai dan
bertakwa kepada Allah.
• Berwaspada terhadap berita yang boleh menjejaskan reputasi
pentadbiran.
• Amalkan syura.
• Qadi Abu Yusuf – Kitab al-Kharraj (Pengurusan kewangan
Islam dll.)
• Nizam al-Muluk al-Tusi – Menulis mengenai kebajikan,
pentadbiran dan pengurusan negara, produktiviti, kualiti
dll.
• Ibn al-Ukhuwwah – Karya berkaitan hisbah (pengawasan)
• Ibn Khaldun – al-Muqaddimah
• Al-Mawardi – al-Ahkam Sultaniyah
• Ibn Hazm – al-Muhalla
PEMIKIRAN KLASIK ILMUAN ISLAM
• Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh
• Jurji Zaydan
• Ali al-Nadawi
• Syed Othman al-Habshi
• Ahmad Ibrahim Abu Sin
• Yasin Mazhar dll
IJTIHAD
• Mez
• Kremer
• Levy
• Montgomery Watt etc.
PEMIKIRAN MODEN
OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM
MENJAGA MASLAHAH
ORGANISASI YANG BAIK &
KEAMPUNAN ALLAH
KEBAIKAN DUNIA &
AKHIRAT
MENEGAKKAN KEBAIKAN
& HAPUSKAN KEROSAKAN
• Terdapat pelbagai nilai dan kepentingan (maslahat) yang diperlukan
oleh manusia.
• Antara maslahat yang utama tersebut ialah:
1) AGAMA
2) NYAWA
3) AKAL
4) MARUAH / KEHORMATAN
5) HARTA
• Objektif pengurusan Islam adalah untuk menjaga kelima-lima maslahat
ini agar berada dalam keadaan yang diredhai Allah SWT.
• Para pengurus dan pekerja muslim perlu memelihara kelima-lima
aspek ini agar tidak terjerumus ke arah larangan Allah SWT.
• Kelima-lima nilai (maslahat) ini merupakan perkara dharuri (asas)
kepada manusia.
MENJAGA AGAMA
 Nilai keagamaan merupakan nilai teras dan asas kepada nilai-nilai
yang lain.
 Ianya perlu dipenuhi bagi memelihara dan melaksanakan tuntutan
agama seseorang.
 Ia juga perlu dipenuhi tanpa kompromi melainkan dalam keadaan-
keadaan yang boleh membahaya dan mengancam keselamatan
nyawa seseorang.
 Pengurus atau pekerja hendaklah melaksanakan tuntutan-tuntutan
agamanya dan meninggal serta melarang daripada melakukan
sesuatu yang ditegah.
 Contohnya, seseorang Islam hendaklah dibenarkan menunaikan
“solat fardhu” dan dilarang daripada melakukan penipuan, rasuah
dan sebagainya.
• Nilai yang berkaitan dengan pemeliharaan dan penjagaan tubuh badan
seseorang daripada dicederakan atau didera.
• Faktor-faktor atau punca-punca yang mendatangkan ancaman kepada
keselamatan nyawa hendaklah dikenalpasti dan dihapuskan.
• Pihak pengurusan hendaklah menentukan bahawa kemudahan
perubatan dan rawatan pemulihan dapat diberikan dalam kadar yang
paling cepat jika berlaku kecemasan.
• Pihak pengurusan juga hendaklah bertegas dalam perkara-perkara
yang boleh mengancam keselamatan nyawa.
• Penderaan terhadap anggota tubuh badan, perbuatan membunuh diri
dan pembunuhan (kematian yang tidak dibenarkan oleh undang-
undang) hendaklah dijauhi, ditegah dan dilarang sama sekali.
MENJAGA NYAWA
 Merupakan nilai yang berkaitan dengan kewarasan minda dan
kesempurnaan akal fikiran seseorang .
 Sistem pengurusan atau pentadbiran hendaklah memastikan bahawa
para pekerjanya diberikan peluang dan hak untuk menyuarakan
pendapat, berfikir, mendapatkan pelbagai maklumat, belajar sehingga
ke peringkat yang semaksima mungkin, berkreatif dan lain-lain lagi.
 Pihak pengurusan juga tidak dibenarkan untuk mengadakan
halangan-halangan yang mungkin menyekat kepada pencapaian nilai
ini.
 Menganjurkan seminar, latihan, bengkel dan kursus untuk
mempertingkatkan mutu pengurusan adalah bertepatan dengan
anjuran Islam mengenai dengan kepentingan dan keperluan nilai ini.
 Menyediakan kemudahan telekomunikasi, peluang menyambung
pelajaran dan kebebasan untuk menyuarakan pendapat serta
berkreatif.
 Menganjurkan majlis keraian atau tahunan yang disertai dengan
hidangan minuman keras adalah sesuatu yang amat tidak digalakkan.
MENJAGA AKAL
 Nilai ini berkaitan dengan kehormatan diri seseorang.
 Ia juga merangkumi soal penghormatan yang seharusnya ada
dan diberi kepada setiap individu, keturunannya dan
masyarakat keseluruhannya.
 Setiap individu tidak boleh mendedahkan diri dan keluarganya
kepada unsur-unsur yang boleh merendahkan taraf.
kehormatan mereka. Mereka juga perlu menegah pihak lain
daripada menjatuhkan maruah mereka.
 Contohnya: Islam tidak menggalakkan pendedahan aurat,
pergaulan bebas-lepas di antara lelaki dan perempuan,
pekerjaan yang tidak halal, penyebaran fitnah-memfitnah dan
perbuatan hasad dengki.
 Islam mengharuskan dan menggalakkan penjagaan tata-laku,
perkahwinan, kata-kata pujian, perhubungan yang beradab dan
sanjungan yang ikhlas.
 Menerapkan nilai-nilai mulia dalam amalan pengurusan dan
pentadbiran.
MENJAGA MARUAH
• Merupakan nilai dan keperluan manusia yang berkaitan dengan
pencarian, pemilikan dan perbelanjaan harta benda.
• Harta yang dimaksudkan ialah sesuatu yang boleh didapati, dikuasai
dan dimanfaatkan penggunaannya.
• Nilai ini (kehartaan) perlu dipenuhi oleh setiap individu kerana ianya
mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan mereka.
• Islam tidak membenarkan pencarian melalui dan dari sumber-sumber
yang haram. (judi, pelacuran, peras ugut, dll).
• Pihak pengurusan perlu memastikan setiap pekerja diberi upah,
ganjaran, hadiah, dan sebagainya untuk mereka pergunakannya bagi
memenuhi keperluan hidup.
• kerja tanpa upah atau gaji (ganjaran yang setimpal) merupakan satu
perbuatan keji di sisi Islam.
• Harta yang dicari dan dimiliki oleh seseorang seharusnya juga
dibelanjakan pada dan kepada perkara-perkara yang diharuskan oleh
syarak (Islam).
• Islam tidak membenarkan pembaziran.
MENJAGA HARTA
• Dalam konteks pengurusan Islam, baik yang sebenar adalah baik dunia
dan akhirat.
• Manusia menjadikan dunia sebagai landasan/jambatan ke akhirat yang
kekal abadi.
• Di akhirat dijauhi daripada api neraka dan mendapat nikmat hidup di
syurga.
• Untuk mencapai kebaikan tersebut sudah pasti kita perlu melakukan
semua aktiviti hidup yang selaras dengan tuntutan syariah dengan
berpaksikan ketauhidan kepada Allah SWT.
• Bahagia, baik dan buruk berasakan kenyataan yang diwahyu oleh Allah
SWT, bukannya berasaskan kefahaman manusia semata-mata.
• Firman Allah :
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata:
“Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan didunia dan
kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.
KEBAIKAN HIDUP DI DUNIA & AKHIRAT
• Merupakan tugas manusia sebagai khalifah di atas muka bumi.
• Firman Allah SWT: (Surah al-Baqarah: 30)
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dibumi”
• Khalifah di sini ialah kita, manusia. Bermula dengan Adam AS dan
keturunannya. Visi dan misi cukup jelas iaitu memakmurkan alam
dengan syariatNya.
Firman Allah SWT : (Surah al-Haj :41)
“Iaitu mereka (Umat Islam) yang jika Kami berikan mereka
kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat
serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan
serta melarang dari melakukan kejahatan dan perbuatan yang
mungkar; dan (ingatlah!) bagi Allah jualah kesudahan segala
urusan”.
MENEGAKKAN KEBAIKAN &
MENGHAPUSKAN KEROSAKAN
 Firman Allah SWT : (Surah Saba’ :15)
“Demi sesungguhnya! Adalah bagi penduduk negeri Saba’
satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang
terdapat ditempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun
(yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di
sebelah kiri (qariah mereka). (Lalu dikataan kepada mereka):
“makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan
bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri
yang baik (aman makmur), dan (Tuhan kamu ialah) Tuhan
yang amat Pengampun!”.
ORGANISASI YANG BAIK & DIAMPUNI ALLAH
Sekian…

More Related Content

Similar to pengurusan_islam.ppt

Membangun bangsa melalui perilaku taat, kompetisi dalam kebaikan, dan Etos Ke...
Membangun bangsa melalui perilaku taat, kompetisi dalam kebaikan, dan Etos Ke...Membangun bangsa melalui perilaku taat, kompetisi dalam kebaikan, dan Etos Ke...
Membangun bangsa melalui perilaku taat, kompetisi dalam kebaikan, dan Etos Ke...MuhammadAmarRahman
 
presentasiaik-finalrahmat-160411055607.pdf
presentasiaik-finalrahmat-160411055607.pdfpresentasiaik-finalrahmat-160411055607.pdf
presentasiaik-finalrahmat-160411055607.pdfpuskesmas74
 
Kewajipan kepimpinan islam 1
Kewajipan kepimpinan islam 1Kewajipan kepimpinan islam 1
Kewajipan kepimpinan islam 1123syahier
 
Konsep asas asas pengurusan islam
Konsep asas asas pengurusan islamKonsep asas asas pengurusan islam
Konsep asas asas pengurusan islamfarhanahgary
 
Kecemerlangan Akademik dan Jemaah
Kecemerlangan Akademik dan JemaahKecemerlangan Akademik dan Jemaah
Kecemerlangan Akademik dan JemaahBright Learning
 
Sistem Khalifah
Sistem Khalifah Sistem Khalifah
Sistem Khalifah m10ehebat
 
Menyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullah
Menyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullahMenyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullah
Menyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullahMuhsin Hariyanto
 
Menyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullah
Menyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullahMenyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullah
Menyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullahMuhsin Hariyanto
 
13 sistem khalifah alya ameera azizul
13 sistem khalifah alya ameera azizul13 sistem khalifah alya ameera azizul
13 sistem khalifah alya ameera azizulDania Azmy
 
11. Memahami islam sebagai sumber ajaran.ppt
11. Memahami islam sebagai sumber ajaran.ppt11. Memahami islam sebagai sumber ajaran.ppt
11. Memahami islam sebagai sumber ajaran.pptmiduwidang
 
Bab 3 PAI Kelas XI - etos kerja
Bab 3  PAI Kelas XI - etos kerjaBab 3  PAI Kelas XI - etos kerja
Bab 3 PAI Kelas XI - etos kerjaAulia Mardatilla
 
Metode Pendidikan Rasulullah SAW Untuk Anak
Metode Pendidikan Rasulullah SAW Untuk AnakMetode Pendidikan Rasulullah SAW Untuk Anak
Metode Pendidikan Rasulullah SAW Untuk AnakGuru Online
 
Nilai agama dan adat kepercayaan - agama islam
Nilai agama dan adat kepercayaan - agama islamNilai agama dan adat kepercayaan - agama islam
Nilai agama dan adat kepercayaan - agama islamSherly Jewinly
 

Similar to pengurusan_islam.ppt (20)

Pelatihan Tata Kelola Kehidupan Manusia di Dunia
Pelatihan Tata Kelola Kehidupan Manusia di DuniaPelatihan Tata Kelola Kehidupan Manusia di Dunia
Pelatihan Tata Kelola Kehidupan Manusia di Dunia
 
Membangun bangsa melalui perilaku taat, kompetisi dalam kebaikan, dan Etos Ke...
Membangun bangsa melalui perilaku taat, kompetisi dalam kebaikan, dan Etos Ke...Membangun bangsa melalui perilaku taat, kompetisi dalam kebaikan, dan Etos Ke...
Membangun bangsa melalui perilaku taat, kompetisi dalam kebaikan, dan Etos Ke...
 
UTS HADIS TEMATIK HARDATUL HUSNA. SM V MD-D FDK UINSU 2019
UTS HADIS TEMATIK HARDATUL HUSNA. SM V MD-D FDK UINSU 2019 UTS HADIS TEMATIK HARDATUL HUSNA. SM V MD-D FDK UINSU 2019
UTS HADIS TEMATIK HARDATUL HUSNA. SM V MD-D FDK UINSU 2019
 
presentasiaik-finalrahmat-160411055607.pdf
presentasiaik-finalrahmat-160411055607.pdfpresentasiaik-finalrahmat-160411055607.pdf
presentasiaik-finalrahmat-160411055607.pdf
 
Tauhid maknanya
Tauhid maknanyaTauhid maknanya
Tauhid maknanya
 
Kewajipan kepimpinan islam 1
Kewajipan kepimpinan islam 1Kewajipan kepimpinan islam 1
Kewajipan kepimpinan islam 1
 
Konsep asas asas pengurusan islam
Konsep asas asas pengurusan islamKonsep asas asas pengurusan islam
Konsep asas asas pengurusan islam
 
Bab 3 dan bab 4
Bab 3 dan bab 4Bab 3 dan bab 4
Bab 3 dan bab 4
 
Syumuliyatul islam
Syumuliyatul islamSyumuliyatul islam
Syumuliyatul islam
 
Kecemerlangan Akademik dan Jemaah
Kecemerlangan Akademik dan JemaahKecemerlangan Akademik dan Jemaah
Kecemerlangan Akademik dan Jemaah
 
Manusia copy
Manusia   copyManusia   copy
Manusia copy
 
Sistem Khalifah
Sistem Khalifah Sistem Khalifah
Sistem Khalifah
 
Agama
AgamaAgama
Agama
 
Menyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullah
Menyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullahMenyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullah
Menyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullah
 
Menyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullah
Menyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullahMenyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullah
Menyingkap rahasia keberhasilan dakwah rasulullah
 
13 sistem khalifah alya ameera azizul
13 sistem khalifah alya ameera azizul13 sistem khalifah alya ameera azizul
13 sistem khalifah alya ameera azizul
 
11. Memahami islam sebagai sumber ajaran.ppt
11. Memahami islam sebagai sumber ajaran.ppt11. Memahami islam sebagai sumber ajaran.ppt
11. Memahami islam sebagai sumber ajaran.ppt
 
Bab 3 PAI Kelas XI - etos kerja
Bab 3  PAI Kelas XI - etos kerjaBab 3  PAI Kelas XI - etos kerja
Bab 3 PAI Kelas XI - etos kerja
 
Metode Pendidikan Rasulullah SAW Untuk Anak
Metode Pendidikan Rasulullah SAW Untuk AnakMetode Pendidikan Rasulullah SAW Untuk Anak
Metode Pendidikan Rasulullah SAW Untuk Anak
 
Nilai agama dan adat kepercayaan - agama islam
Nilai agama dan adat kepercayaan - agama islamNilai agama dan adat kepercayaan - agama islam
Nilai agama dan adat kepercayaan - agama islam
 

Recently uploaded

Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 

Recently uploaded (20)

Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 

pengurusan_islam.ppt

  • 5. Apa itu PENTADBIRAN? Proses mengumpul & menggunakan kemudahan sumber dan punca keluaran manusia, kebendaan dan apa sahaja untuk mencapai arah tuju yang telah ditetapkan oleh organisasi. (Wan Azmi Ramli)
  • 6. TEMPOH / MASA ALIRAN PENGURUSAN PENYUMBANG 1771 – 1871 Awal Teori Pengurusan R. Owen, Charles Babage 1870 – 1930 Pengurusan Ilmiah (Sainstifik) FW. Taylor, Frank & Lilian Gilberth, Henry Gantt, Harington Emerson 1900 – 1930 Teori Organisasi Klasik Henry Fayol, James. D Money, Marry Porker Follet, Herbert Simon, Chester J. Benard 1930 – 1940 Hubungan Kemanusiaan Hawthorne Studies, Elton Mayo, Fritz Roethlisberger, Hugo Munsterberg 1940 – Sekarang Pengurusan Moden Abraham Maslow, Chris Argyris, D. Mc. Gregor, Edgar Schein, D. Mc. Cleland, R. Blake & J. Mouton, Ernest Dale, Peter Drucker, dsb ALIRAN PENGURUSAN
  • 8.  Pemisahan nilai-nilai masyarakat setempat dari nilai- nilai organisasi.  Membawa kepada pertembungan antara kehendak, peraturan dan undang-undang organisasi dengan amalan, adat resam, kepercayaan, sistem sosial, politik, ekonomi dan sebagainya yang mempengaruhi cara hidup harian pekerja.  Soal dasar  Menitikberat soal dalaman organisasi seperti penghasilan yang berlipat ganda tanpa mengambilkira soal-soal luaran yang peranannya lebih besar seperti soal kerohanian dan kemanusiaan.
  • 9.  Kekurangan penekanan terhadap pengarahan atau usaha ke arah melaksanakan kebaikan (al-falah) dan mengetepikan kejahatan (al-fasad).  Penekanan yang berlebihan terhadap aspek fizikal dan kebendaan serta tuntutan semasa.  Penekanan terhadap konsep matlamat menghalalkan cara yang membawa implilkasi wujudnya pengabaian terhadap persoalan dan keperluan kemanusiaan yang hakiki. Manusia akhirnya diperlakukan seperti hamba kepada benda.  Manusia dianggap sebagai alat yang boleh dan sentiasa dimanipulasi demi kepentingan keuntungan dan keduniaan.
  • 10.  Berdasarkan falsafah dan nilai barat (sekular)  Menyempitkan peranan agama yang hanya berperanan dalam urusan peribadi yang terhad sahaja. Agama tidak boleh dan tidak perlu menjangkau persoalan kehidupan yang lebih luas seperti pentadbiran dan sebagainya.  Segala urusan dunia harus bebas dari pengaruh dan bimbingan agama. Ia harus dikendalikan dangan menggunakan pengalaman dan pemikiran manusia sahaja.  Terlalu bersifat kebendaan.
  • 11. KENAPA PERLU KEPADA PENGURUSAN ISLAM? MASYARAKAT JEPUN & BARAT MULA FOKUS KEPADA UNSUR-UNSUR NILAI DALAM PENGURUSAN
  • 14.  Pengurusan berteraskan kepada tauhid yang merujuk kepada penyempurnaan amanah yang diterima manusia daripada Allah sebagai hamba dan khalifahNya di dunia dengan mengerjakan amal soleh secara syura dalam organisasi. ( Mohd Affendi Hassan)  Ianya melibatkan penyempurnaan amanah daripada Allah.  Melibatkan pelaksanaan dwi-fungsi utama manusia iaitu sebagai hamba dan khalifah Allah.  Tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah.  Pengurusan tersebut berpaksikan fahaman tauhid.  Pengurusan tersebut bersendikan penghayatan dan penyuburan keadilan serta kebaikan dan penghapusan al-fasad (keburukan).  Matlamat akhir pengurusan untuk mendapat al-falah iaitu berjaya di dunia dan akhirat.
  • 16. • Al-Quran menggunakan istilah “yudabbiru” yang membawa maksud mentadbir atau mengurus. • Firman Allah : “Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu.” (Surah al-Sajdah : 5) Firman Allah : “Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk- Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu” (Surah al-Ra`d :2)
  • 17.  Firman Allah : “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy untuk mengatur segala urusan. Tiada seorangpun yang akan memberi syafa'at kecuali sesudah ada izin-Nya. (Dzat) yang demikian itulah Allah, Tuhan kamu, maka sembahlah Dia. Maka apakah kamu tidak mengambil pelajaran?” (Surah Yunus :3)  Firman Allah : “Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab: "Allah." Maka katakanlah "Mangapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya)?“ (Surah Yunus :31)
  • 18. • Oleh itu pengurusan dari perspektif al-Quran ditakrifkan sebagai berikut : “Suatu proses penglibatan dan pengalokasian sumber (tenaga manusia, benda dan perkara), supaya saling bekerjasama dan berfungsi dalam sesebuah organisasi ke arah pencapaian sesuatu objektif samada bermotifkan untung atau tidak sesuai dengan kehendak syariat”. ALLAH SEBAGAI PENTADBIR ADA KAEDAH & PERATURAN DUNIA SEBAGAI LADANG AKHIRAT
  • 20. PEMIKIRAN MODEN IJTIHAD PEMIKIRAN KLASIK ILMUAN ISLAM AMALAN SAHABAT SUNNAH RASULULLAH SAW AL-QURAN
  • 21. Dalil naqli pertama Definisi al-Quran AL-QURAN
  • 22. • AQ dan pengurusan. PERTAMA • Keperluan kepada pematuhan ikatan perjanjian (kontrak) dan tanggung jawab memenuhinya. • Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman. Penuhi serta sempurnakanlah perjanjian.” (Surah al-Maidah: 1)
  • 23. KEDUA • Menentukan matlamat atau objektif yang jelas. Ini berkaitan dengan matlamat akhir kehidupan manusia yang seharusnya dijelmakan dalam konteks matlamat unggul yang ingin dicapai dalam organisasi. • Firman Allah: “Dan di antara mereka ada pula yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada api neraka.” (Surah al-Baqarah : 201)
  • 24. KETIGA • Ganjaran kerja. • Firman Allah: “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yg diusahakannya (Surah al-Najm: 39)
  • 25. KEEMPAT • Komunikasi yang baik dan berkesan amat ditekankan dalam al-Quran. • Firman Allah : “Apabila kamu diberi penghormatan dengan suatu ucapan hormat (seperti memberi salam) maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung akan ia tiap sesuatu.” (Surah al-Nisa : 86)
  • 26. KELIMA • Kepentingan pengurusan dan pembangunan sumber manusia. • Firman Allah: “Salah seorang di antara perempuan yang berdua (anak nabi Syuib) itu berkata : “Wahai ayahku, ambillah dia (Musa) menjadi orang upahan, sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah.” (Surah al-Qashas : 26)
  • 27. KEENAM • Kerja secara kumpulan, kerjasama dan tolong menolong. • Firman Allah: “… dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” (Surah al-Maidah: 2)
  • 28. KETUJUH • Etika Kepimpinan. • Firman Allah : “Sesungguhnya pada Rasulullah SAW ada ikutan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan (pahala) Allah dan (balasan baik) hari kemudian, serta ia banyak mengingati Allah.” (Surah al-Ahzab: 21)
  • 29. Dalil naqli ke-dua Definisi al-Sunnah SUNNAH RASULULLAH SAW
  • 30. AS dan pengurusan. PERTAMA • Perlunya menjaga amanah. • Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tunaikanlah amanah terhadap orang yang mengamanahkan kepada kamu dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianati kamu” (Riwayat Abu Daud)
  • 31. KEDUA • Kesesuaian sistem dan prosedur dgn matlamat organisasi. • Rasulullah SAW bersabda. Maksudnya : “Sesungguhnya perkara halal itu nyata dan perkara yang haram itu nyata, di antara kedua-duanya adalah syubhat yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Sesiapa yang meninggalkan perkara syubhat, dia menyelamatkan agamanya dan tubuh badannya. Sesiapa yang melakukan perkara syubhat sama seperti seorang pengembala yang menggembala ternakan di tepi kawasan larangan, besar kemungkinan binatang peliharaannnya memakan makanan di kawasan larangan tersebut. Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada sempadannya, dan sempadan Allah ialah perkara-perkara yang haram.” (Riwayat al-Bukhari)
  • 32. KETIGA • Perlunya menghayati syura. • Hal ini diperlihatkan oleh Rasulullah SAW, melalui sunnah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Daku belum pernah menemui seseorang yang lebih banyak mengajak dan mengamalkan syura dengan sahabatnya selain Rasulullah SAW.” (Riwayat Ahmad)
  • 33. KEEMPAT • Perlunya pemimpin. • Rasulullah SAW bersabda. Maksudnya : “Jika kamu bertiga, maka lantiklah salah seorang daripada kamu menjadi ketua.” (Riwayat at-Tabrani)
  • 34. • KELIMA • Akauntabiliti. Penekanan dalam amalan berorganisasi yang bersih, jauh dari amalan yang tidak berintegriti. • Rasulullah SAW bersabda. Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat orang yang memberi dan menerima rasuah dalam menetapkan hukuman.” (Riwayat al-Tirmizi)
  • 35. KEENAM • Berkualiti. • Rasulullah SAW bersabda. Maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu membuat sesuatu kerja dengan itqan (berkualiti).” (Riwayat al-Baihaqi)
  • 36. KETUJUH • Konsep upah. • Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Berilah upah kepada pekerja sebelum kering peluhnya.” (Sunan Ibn Majah)
  • 37. • Terdiri daripada khulafa al-Rasyidin. • Meneruskan pentadbiran Rasulullah SAW. • Mengurus dengan gaya tersendiri sesuai dengan keadaan dan masa yang mereka hadapi. • Ijtihad baru bagi menyesuaikan dengan situasi semasa ketika itu. • Reformasi pengurusan Islam pada zaman Umar al- Khattab RA. AMALAN SAHABAT
  • 38. SAYYIDINA ‘UMAR AL-KHATTAB • Diiktiraf sebagai “The great-grandfather of Islamic administration” Bapa Pemodenan Pentadbiran Islam. • Melakukan pelbagai inovasi dan reformasi pengurusan seperti kawalan keselamatan malam, institusi hisbah, kalender hijrah, Baitulmal, jabatan-jabatan seperti pos, percukaian, kehakiman dan sebagainya. • Memperkenalkan polisi yang dikenali pada hari ini sebagai pembangunan dan pertumbuhan seimbang (balanced development and growth) dalam semua wilayah di bawah pentadbirannya. • Melaksanakan dasar demokratik dalam pentadbiran dan menerangkan fungsi sebenar perkhidmatan awam dalam Islam.
  • 39. SAYYIDINA ALI BIN ABI TALIB • Antara isi kandungan surat yang diutus kepada gabenornya di Mesir Malik bin Ashtar. • Hendaklah membentuk diri agar menjadi contoh kepada warga organisasi dan orang ramai. • Melantik kakitangan di kalangan mereka yang bukan hanya cekap dalam pentadbiran tetapi juga dalam amalan, boleh dipercayai dan bertakwa kepada Allah. • Berwaspada terhadap berita yang boleh menjejaskan reputasi pentadbiran. • Amalkan syura.
  • 40. • Qadi Abu Yusuf – Kitab al-Kharraj (Pengurusan kewangan Islam dll.) • Nizam al-Muluk al-Tusi – Menulis mengenai kebajikan, pentadbiran dan pengurusan negara, produktiviti, kualiti dll. • Ibn al-Ukhuwwah – Karya berkaitan hisbah (pengawasan) • Ibn Khaldun – al-Muqaddimah • Al-Mawardi – al-Ahkam Sultaniyah • Ibn Hazm – al-Muhalla PEMIKIRAN KLASIK ILMUAN ISLAM
  • 41. • Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh • Jurji Zaydan • Ali al-Nadawi • Syed Othman al-Habshi • Ahmad Ibrahim Abu Sin • Yasin Mazhar dll IJTIHAD
  • 42. • Mez • Kremer • Levy • Montgomery Watt etc. PEMIKIRAN MODEN
  • 44. MENJAGA MASLAHAH ORGANISASI YANG BAIK & KEAMPUNAN ALLAH KEBAIKAN DUNIA & AKHIRAT MENEGAKKAN KEBAIKAN & HAPUSKAN KEROSAKAN
  • 45. • Terdapat pelbagai nilai dan kepentingan (maslahat) yang diperlukan oleh manusia. • Antara maslahat yang utama tersebut ialah: 1) AGAMA 2) NYAWA 3) AKAL 4) MARUAH / KEHORMATAN 5) HARTA • Objektif pengurusan Islam adalah untuk menjaga kelima-lima maslahat ini agar berada dalam keadaan yang diredhai Allah SWT. • Para pengurus dan pekerja muslim perlu memelihara kelima-lima aspek ini agar tidak terjerumus ke arah larangan Allah SWT. • Kelima-lima nilai (maslahat) ini merupakan perkara dharuri (asas) kepada manusia.
  • 46. MENJAGA AGAMA  Nilai keagamaan merupakan nilai teras dan asas kepada nilai-nilai yang lain.  Ianya perlu dipenuhi bagi memelihara dan melaksanakan tuntutan agama seseorang.  Ia juga perlu dipenuhi tanpa kompromi melainkan dalam keadaan- keadaan yang boleh membahaya dan mengancam keselamatan nyawa seseorang.  Pengurus atau pekerja hendaklah melaksanakan tuntutan-tuntutan agamanya dan meninggal serta melarang daripada melakukan sesuatu yang ditegah.  Contohnya, seseorang Islam hendaklah dibenarkan menunaikan “solat fardhu” dan dilarang daripada melakukan penipuan, rasuah dan sebagainya.
  • 47. • Nilai yang berkaitan dengan pemeliharaan dan penjagaan tubuh badan seseorang daripada dicederakan atau didera. • Faktor-faktor atau punca-punca yang mendatangkan ancaman kepada keselamatan nyawa hendaklah dikenalpasti dan dihapuskan. • Pihak pengurusan hendaklah menentukan bahawa kemudahan perubatan dan rawatan pemulihan dapat diberikan dalam kadar yang paling cepat jika berlaku kecemasan. • Pihak pengurusan juga hendaklah bertegas dalam perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan nyawa. • Penderaan terhadap anggota tubuh badan, perbuatan membunuh diri dan pembunuhan (kematian yang tidak dibenarkan oleh undang- undang) hendaklah dijauhi, ditegah dan dilarang sama sekali. MENJAGA NYAWA
  • 48.  Merupakan nilai yang berkaitan dengan kewarasan minda dan kesempurnaan akal fikiran seseorang .  Sistem pengurusan atau pentadbiran hendaklah memastikan bahawa para pekerjanya diberikan peluang dan hak untuk menyuarakan pendapat, berfikir, mendapatkan pelbagai maklumat, belajar sehingga ke peringkat yang semaksima mungkin, berkreatif dan lain-lain lagi.  Pihak pengurusan juga tidak dibenarkan untuk mengadakan halangan-halangan yang mungkin menyekat kepada pencapaian nilai ini.  Menganjurkan seminar, latihan, bengkel dan kursus untuk mempertingkatkan mutu pengurusan adalah bertepatan dengan anjuran Islam mengenai dengan kepentingan dan keperluan nilai ini.  Menyediakan kemudahan telekomunikasi, peluang menyambung pelajaran dan kebebasan untuk menyuarakan pendapat serta berkreatif.  Menganjurkan majlis keraian atau tahunan yang disertai dengan hidangan minuman keras adalah sesuatu yang amat tidak digalakkan. MENJAGA AKAL
  • 49.  Nilai ini berkaitan dengan kehormatan diri seseorang.  Ia juga merangkumi soal penghormatan yang seharusnya ada dan diberi kepada setiap individu, keturunannya dan masyarakat keseluruhannya.  Setiap individu tidak boleh mendedahkan diri dan keluarganya kepada unsur-unsur yang boleh merendahkan taraf. kehormatan mereka. Mereka juga perlu menegah pihak lain daripada menjatuhkan maruah mereka.  Contohnya: Islam tidak menggalakkan pendedahan aurat, pergaulan bebas-lepas di antara lelaki dan perempuan, pekerjaan yang tidak halal, penyebaran fitnah-memfitnah dan perbuatan hasad dengki.  Islam mengharuskan dan menggalakkan penjagaan tata-laku, perkahwinan, kata-kata pujian, perhubungan yang beradab dan sanjungan yang ikhlas.  Menerapkan nilai-nilai mulia dalam amalan pengurusan dan pentadbiran. MENJAGA MARUAH
  • 50. • Merupakan nilai dan keperluan manusia yang berkaitan dengan pencarian, pemilikan dan perbelanjaan harta benda. • Harta yang dimaksudkan ialah sesuatu yang boleh didapati, dikuasai dan dimanfaatkan penggunaannya. • Nilai ini (kehartaan) perlu dipenuhi oleh setiap individu kerana ianya mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan mereka. • Islam tidak membenarkan pencarian melalui dan dari sumber-sumber yang haram. (judi, pelacuran, peras ugut, dll). • Pihak pengurusan perlu memastikan setiap pekerja diberi upah, ganjaran, hadiah, dan sebagainya untuk mereka pergunakannya bagi memenuhi keperluan hidup. • kerja tanpa upah atau gaji (ganjaran yang setimpal) merupakan satu perbuatan keji di sisi Islam. • Harta yang dicari dan dimiliki oleh seseorang seharusnya juga dibelanjakan pada dan kepada perkara-perkara yang diharuskan oleh syarak (Islam). • Islam tidak membenarkan pembaziran. MENJAGA HARTA
  • 51. • Dalam konteks pengurusan Islam, baik yang sebenar adalah baik dunia dan akhirat. • Manusia menjadikan dunia sebagai landasan/jambatan ke akhirat yang kekal abadi. • Di akhirat dijauhi daripada api neraka dan mendapat nikmat hidup di syurga. • Untuk mencapai kebaikan tersebut sudah pasti kita perlu melakukan semua aktiviti hidup yang selaras dengan tuntutan syariah dengan berpaksikan ketauhidan kepada Allah SWT. • Bahagia, baik dan buruk berasakan kenyataan yang diwahyu oleh Allah SWT, bukannya berasaskan kefahaman manusia semata-mata. • Firman Allah : Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan didunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”. KEBAIKAN HIDUP DI DUNIA & AKHIRAT
  • 52. • Merupakan tugas manusia sebagai khalifah di atas muka bumi. • Firman Allah SWT: (Surah al-Baqarah: 30) “Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dibumi” • Khalifah di sini ialah kita, manusia. Bermula dengan Adam AS dan keturunannya. Visi dan misi cukup jelas iaitu memakmurkan alam dengan syariatNya. Firman Allah SWT : (Surah al-Haj :41) “Iaitu mereka (Umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perbuatan yang mungkar; dan (ingatlah!) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”. MENEGAKKAN KEBAIKAN & MENGHAPUSKAN KEROSAKAN
  • 53.  Firman Allah SWT : (Surah Saba’ :15) “Demi sesungguhnya! Adalah bagi penduduk negeri Saba’ satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat ditempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (qariah mereka). (Lalu dikataan kepada mereka): “makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman makmur), dan (Tuhan kamu ialah) Tuhan yang amat Pengampun!”. ORGANISASI YANG BAIK & DIAMPUNI ALLAH