SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Download to read offline
Pembuktian Dalam Kes Harta Sepencarian Di Mahkamah Syariah Di Malaysia
PEMBUKTIAN DALAM KES HARTA SEPENCARIAN
DI MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA
Ruzman Md. Noor*
ABSTRACT
This article tries to analyze the applicability of evidence in the
issue ofjoint acquired property in Shariah Court in Malaysia. The
research focuses on three elements, namely, the burden ofproof,
degree ofproofand methods ofproving. The study is based on the
cases reported solely in Jurnal Hukum. The party who claims his or
her contribution in obtaining the dispute property has to prove the
claim. The main issues that have to be proved are; the existence of
the said property, direct/indirect contribution and the amount of
contribution. Their direct or indirect contribution, have to be
proved through oral evidence, documentary evidence, bayyinah or
shahadah and they have to attain at least the degree of ?an or
balance ofprobalities in convincing the Court.
PENDAHULUAN
Artikel ini akan menyentuh tiga topik utama iaitu keterangan, pembuktian dan harta
sepencarian. Perbincangan ini tidak akan menyentuh soal sejarah dan kedudukan
harta sepencarian dari sudut Hukum Syarak. Undang-undang yang dirujuk ialah
Enakmen Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah Melaka 2002 dan
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Melaka 2002. Kes-kes yang'dikaji adalah
semata-mata bersumberkan laporan dalam Jumal Hukum. Penulisan ini cuba
melihat sejauhmana pembuktian digunapakai dalam penentuan kes-kes harta
sepencanan.
Profesor Madya di labatan Syariah dan Undang-Undang Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya, emel: ruzman@um.edu.my
29
Jurnai Syariah, J5:J [2007} 29-42
KONSEP KETERANGAN
Rasulullah bersabda yang bennaksud: "Jika manusia itu diberi berdasarkan apa
yang dituntut nescaya akan ada manusia yang menuntut darah dan harta orang lain,
akan tetapi keterangan ke atas pihak pendakwa dan Sumpah ke atas pihak yang
engkar" I. Rasulullah juga bersabda yang bennaksud: "Keterangan ke atas pihak
yang mendakwa dan sumpah ke atas yang engkar".2 Kedua-dua Hadith ini
menggambarkan betapa pentingkanya pembuktian disempumakan demi
mempastikan keadilan dalam setiap kes. Mahkamah Syariah sudah mempunyai
panduan berkaitan pembuktian ini iaitu AktalEnakmeniOrdinan Keterangan
Mahkamah Syariah berdasarkan negeri masing-masing. Undang-undang ini
mengekalkan kerangka Akta Keterangan 1950 yang digunapakai di Mahkamah
Sivil. Akta Keterangan 1950 ini pada berasal daripada Indian Evidence Act 1950
yang dirangka oleh Sir James Fitzjames Stephen. Undang-undang ini kemudiannya
melalui proses ubahsuai dan penyaringan agar menepati Hukum Syarak yang mana
Islam sendiri telahpun sedia memiliki prinsip-prinsip yang jelas berkaitan
keterangan dan pembuktian.
Menurut Sir James Fitzjames Stephen3
, undang-undang keterangan bertujuan
menentukan 3 perkara berikut:
i) penentuan fakta yang boleh dikemukakan di mahkamah,
ii) menggariskan apakah keterangan yang periulboleh dikemuka untuk
buktikan kewujudan fakta yang dikemukakan dalam mahkamah,
iii) menentukan siapa dan bagaimana keterangan dikemukakan dalam
proses pembuktian.
FAKTA YANGPERLUDIBUKTlKAN
Fakta adalah berbeza dengan pendapat. Dalam konteks Mahkamah, pendapat hanya
boleh diberikan oleh Hakim setelah menilai fakta-fakta yang dibentangkan.
Undang-undang walau bagaimanapun memberi ruang kepada pendapat ini
dikemukakan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti berkaitan pendapat pakar dan
pendapat bukan pakar.
Seksyen 5 Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah menyebut bahawa fakta
yang boleh dikemukakan di Mahkamah ialah fakta isU/fakta persoalan dan fakta
AI-San'ani (1996), Subul aI-Salam, Beirut, Dar al-Ma'rifah, , Jilid 4, h. 203.
Ibid. h. 204.
James Stephen (1936), A Digest afThe law OfEvidence London MacMillan: h.xiii.
30
Pembuktian Dalam Kes HarIa Sepencarian Di Mahkamah Syariah Di Malaysia
berkaitan qarinah. Seksyen 3 memberikan tafsiran ke atas perkataan fakta persoalan
dan qarinah seperti berikut:
"fakta persoalan" ertinya apa-apa fakta yang daripadanya sama
ada dengan sendirinya atau berkaitan dengan fakta lain, wujudnya,
tidak wujudnya, jenis atau takat apa-apa hak, liabiliti atau
ketakupayaan yang ditegaskan atau dinajikan dalam mana-mana
guaman atau prosiding, semestinya dapat disimpulkan.
"qarinah" ertinya fakta yang mempunyai kaitan dengan fakta yang
satu lagi dengan apa-apa cara yang disebut dalam Enakmen ini.
Kedua-dua jenis fakta ini hanya boleh diterima, jika pihak-pihak yang mendakwa
kewujudan atau ketidakwujudannya, berjaya membuktikan kedudukan fakta
tersebut. Fakta-fakta berkenaan hanya boleh dibuktikan dengan 4 jenis keterangan
iaitu bayyinah, syahiidah, keterangan lisan dan keterangan dokumentar. Seksyen 3
Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Melaka mentafsirkan perkataan-perkataan
ini seperti berikut:
i) Bayyinah ertinya keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau
kepentingan dan termasuklah qarinah
ii) Syahiidah ertinya apa-apa keterangan yang diberikan di Mahkamah
dengan menggunakan lafaz "asyhadu" untuk membuktikan suatu hak
atau kepentingan
iii) Keterangan lisan adalah segala pemyataan yang dibenarkan atau
dikehendaki oleh Mahkamah dibuat di hadapannya oleh saksi berhubung
dengan perkara-perkara fakta yang disiasat
iv) Keterangan dokumentar adalah segala dokumen yang dikemukakan bagi
pemeriksaan Mahkamah.
KONSEP PEMBUKTIAN
Pembuktian berasal daripada kata nama bukti. Perkataan pembuktian sarna ertinya
dengan al-ithbiit iaitu satu proses untuk menentukan atau mensabitkan sesuatu
tuntutan atau dakwaan di hadapan badan kehakiman. Dalam Undang-undang
Keterangan tidak diberikan tafsiran ke atas perkataan pembuktian atau bukti.
Enakmen Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Melaka) 2002.
Enakmen memberikan tafsiran yang berkaitan dengan pembuktian seperti berikut:
31
Jurna/ Syariah, / 5:/ [2007} 29-42
Seksyen 3(2) Dalam Enakmen ini-
(a) suatu fakta dikatakan "terbukti sebaliknya" apabila, setelah
menimbangkan perkara-perkara di hadapannya, Mahkamah
sama ada mempercayai bahawa fakta itu tidak wujud atau
berpendapat ketakwujudan fakta itu adalah sebegitu mungkin
sehingga seseorang yang berhemat patut, dalam keadaan hal
tertentu, bertindak atas anggapan bahawa fakta itu tidak
wujud;
(b) sesuatu fakta itu dikatakan "tidak terbukti" apabila fakta itu
"tidak terbukti" atau "tidak terbukti sebaliknya" mengikut
Enakmen ini;
(c) Sesuatu fakta dikatakan "terbukti" apabila, setelah
menimbangkan perkara-perkara di hadapannya, Mahkamah
sama ada mempercayai bahawa fakta itu wujud atau
berpendapat bahawa kewujudan fakta itu adalah sebegitu
mungkin sehingga seseorang yang berhemat patut, dalam
keadaan hal tertentu, bertindak atas anggapan bahawa fakta
itu wujud.
Tafsiran di atas menyebut bahawa tujuan pembuktian adalah untuk membolehkan
mahkamah percaya atau berpegang kepada pendapat berkaitan dengan tindakan
seseorang yang berhemat. Kepercayaan mahkamah ini sama ada ke atas
keseluruhan kes atau ke atas fakta-fakta tertentu yang didakwa wujud atau tidak
wujud oleh pihak-pihak dalam perbicaraan.
Peruntukan undang-undang yang menghuraikan aspek pembuktian Illl di dalam
Akta di atas adalah seperti berikut:
i) Bab II di bawah topik Pembuktian,
ii) Bab III di bawah topik Pengemukaan Dan Kaedah Keterangan
Istilah pembuktian merangkumi 3 topik utama iaitu:
i) Beban bukti dan pihak yang menanggung beban bukti,
ii) Perpindahan beban bukti,
iii) Darjah pembuktian.
Beban bukti bermaksud tanggungjawab sesuatu pihak untuk mengemukakan
keterangan yang mencukupi bagi menyokong penghujahannya.
32
Pembuktian Dalam Kes Harta Sepencarian Di Mahkamah Syariah Di Malaysia
Beban bukti dibahagi dua iaitu beban undang-undang dan beban mengemukakan
keterangan. Beban bukti disebut dalam seksyen 72-83 Enakmen Keterangan
Mahkamah Syariah.
Darjah Pembuktian pula ialah tahap yang mesti dicapai oleh pihak-pihak dalam
penghujahan mereka. Seksyen 3 di atas memberi gambaran tahap yang mesti
dicapai untuk melepaskan tanggungjawab membuktikan fakta atau kes iaitu
sehingga mahkamah percaya atau mahkamah berpendapat tentang anggapan dan
tindakan orang yang berhemat terhadap kewujudan atau ketidakwujudan sesuatu.
Bagi Mahkamah Syariah biasanya tahap yang perlu dicapai ialah Yakin, ?-an al-
ghalib dan Zan.
Rumusan yang dapat dibuat setakat ini ialah, pembuktian itu adalah suatu proses
yang berjalan bagi mempastikan kewujudan atau ketidakwujudan sesuatu fakta
dengan menggunakan keterangan. Oleh itu, keterangan adalah alat yang digunakan
bagi membuktikan sesuatu fakta yang dikemukakan oleh pihak-pihak dalam
perbicaraan. Jika fakta ini berjaya dibuktikan, maka ia akan diterima oleh
Mahkamah dan akan memberi kelebihan kepada pihak yang membawa fakta
tersebut.
KONSEP HARTA SEPENCARIAN
Topik ini akan cuba melihat sejauhmana konsep keterangan dan pembuktian di atas
telah diaplikasikan dalam kes-kes sebenar yang berlaku di Mahkamah Syariah di
Malaysia berdasarkan laporan kes dalam Jumal Hukum.
Sek. 3, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Melaka mentafsirkan
harta sepencarian sebagai:
Harta yang diperoleh bersama oleh suami dan isteri semasa
perkahwinan mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum
Syarak.
Seksyen 108 undang-undang yang sama memperuntukkan bahawa mahkamah
boleh, atas permohonan, untuk melarang suami atau isteri daripada melupuskan
harta yang diperolehi semasa perkahwinan dalam masa prosiding hal ehwal suami
isteri belum selesai atau dalam prosiding itu mahkamah boleh membuat perintah di
bawah seksyen 122.
33
Jurnai Syariah, 15: 1 [2007J 29-42
Seksyen 122 adalah berkaitan pembahagian harta sepencarian, Isu utama adalah
seperti berikut:
1. Wujud aset tertentu yang diperolehi dalam masa tempoh
perkahwinan. Aset ini sarna ada wang, benda, harta alih atau
harta tak alih,
11. Aset yang diperolehi sebelum perkahwinan oleh salah satu
pihak yang dimajukan dalam masa perkahwinan oleh salah satu
pihak atau keduanya, Dalam keadaan ini, modal adalah
diberikan kepada pemodal, sementara keuntungan dijadikan
harta sepencarian.
111. Aset diperolehi dengan usaha sarna hendaklah dibahagi sarna
banyak setelah mengambilkira :
a) takat sumbangan pihak-pihak sarna ada dalam bentuk
wang, harta atau kerja,
b) apa-apa hutang oleh mana-mana pihak untuk faedah
bersama,
c) keperluan anak-anak yang belum dewasa,
IV. Aset diperolehi dengan usaha tunggal hendaklah dibahagi
dengan kadar yang lebih besar kepada pihak usaha tunggal
setelah mengambilkira:
a) takat sumbangan satu lagi yang tidak memperolehi harta itu
yang menyumbang kepada kebajikan dan menjaga
keluarga,
PEMBUKTIAN KES-KES HARTA SEPENCARIAN- BUKTI
KEWUJUDAN HARTA
Berdasarkan kepada fakta-fakta isu di atas beberapa prinsip berkaittan pembuktian
boleh diketengahkan:
Dakwa harta tertentu sebagai harta sepencarian
Dalam kes Bukhary Mohd. Noor twn. Aisyah Ismail4
perayu membuat tuntutan
terhadap harta arwah bapanya yang telah ditukar nama kepada ibunya dengan
mendakwa serahan itu adalah amanah dan bukan hibah. Perayu kemuka bukti
4
Jurnal Hukum, XXIII, Mac 2006, 26
34
Pembuktian Dalam Kes Harta Sepencarian Di Mahkamah Syariah Di Malaysia
melalui 3 orang saksi, saksi 1 adalah saudara perayu yang ada hak dalam harta
sementara saksi 2 dan 3 tidak dapat menerangkan dengan jelas kedudukan harta
tersebut. Respondenjuga kemuka bukti iaitu saksi (anak sendiri) bahawa harta yang
disuruh bahagi sarna banyak adalah yang sememangnya kepunyaan simati dan
bukan yang telah ditukar nama kepada responden. Hakim Mahkamah Rayuan
Syariah Kelantan memutuskan bahawa perayu gagal kerana keterangan saksi tidak
kuat dan responden diminta bersumpah menafikan.
Begitu juga dalam kes Maimon Mohamad Zain lwn. Mohd Azmi Mohd Said5
di
mana salah satu tuntutan plaintif adalah wang kepunyaan defendan dalam tabung
perkhidmatan tidak disokong oleh dokumen atau lain-lain saksi. Sementara itu,
tuntutan bahagian kereta disokong dengan resit booking, bayaran muka dan
dokumen pinjaman bank. Hakim mahkamah Tinggi Syariah Seremban menolak
tuntutan wang berkenaan dan memerintahkan kereta dibahagi dua kerana bukti
cukup.
Pembuktian sumbangan tidak langsung
Sumbangan tidak langsung biasanya dibuktikan dengan keterangan keadaan
(circumstantial evidence). Keterangan keadaan diperuntukkan antara lain dalam
seksyen 6 hingga 16 Enakmen Keterangan.
Dalam kes Mohamad Ainuddin Mohamad Nasurdin lwn. Rohani Ismail6
Mahkamah Rayuan Syariah Shah Alam menetapkan bahagian 1/3 daripada nilai
rumah dan kereta setelah menerima sumbangan khidmat isteri menjaga
rumahtangga dan anak-anak. Isteri juga kemuka dua saksi wanita iaitu jiran dan
adik responden yang menjadi saksi bahawa responden pemah jual kuih untuk
menampung keperluan keluarga selain menguruskan rumahtangga. Panel Hakim
berpendapat keterangan ini adalah qarinah terhadap sumbangan tak langsung. Ini
bermaksud keterangan dalam bentuk bayyinah adalah diterima dalam kes ini.
Pembahagian 1/3 ini juga diberikan kepada isteri yang membuat sumbangan dalam
menampung keperluan keluarga seperti rnakanan, peralatan dan pakaian daripada
pendapatannya. Dalam kes Norayah bakar lwn. Mohd Adnan Mohd. Amin7
dimana bayaran memperolehi rumah dan tanah dibuat sepenuhnya oleh suami dan
isteri menampung keperluan keluarga seperti di atas. Pembuktian ini adalah melalui
pengakuan kedua-dua pihak terhadap sumbangan pihak satu lagi.
Jurnal Hukurn, XXIII, Mac 2006, 43
Jurnal Hukurn, XXIII, Mac 2006, 54
Jurnal Hukurn, XXIII, Ma 2006, 81
35
Jurnal Syariah, J5:J [2007} 29-42
Isteri perlu membuktikan wujudnya sumbangan tak langsung sebagai isteri yang
menjaga rumahtangga dan keluarga. Bagi isteri yang bekerja kadangkala
menjejaskan sumbangannya terhadap rumahtangga maka ini juga diambilkira.
Dalam kes Md. Yusof Abd. Rahman Iwn. Norlia Abd. Aziz8
, perayu membuat
rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang telah memberi hak 113
kepada bekas isteri. Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu
memutuskan bahawa bekas isteri gagal buktikan sumbangan tak langsung dan
dengan itu gagal mendapat bahagian 113 daripada harta yang dituntut sepertimana
yang biasa diperolehi oleh isteri yang menjadi surirumah sepenuh masa. Dalam kes
ini, isteri ada memberi sedikit sumbangan untuk memperolehi rumah yang
dipertikai, dan oleh itu panel hakim memberikan kadar 1/6 daripada nilai rumah
berkenaan dengan mengambilkira sumbangan langsung semasa membeli rumah
berkenaan (kadar sumbangan langsung adalah 1: 26) dan sedikit sumbangan tak
langsung sebagai isteri.
Sumbangan secara tidak langsung juga boleh wujud dalam bentuk sumbangan
moral. Dalam kes Tengku Ainon Zaharah Iwn. Dato' Dr. Hussein9
diputuskan
bahawa perkahwinan dengan kerabat diraja memberi kelebihan kepada status suami
dan perkembangannya dalam pemiagaan. Dengan itu bekas isteri mempunyai hak
dalam harta bekas suami dan diberikan sekeping tanah.
Pembuktian sumbangan langsung
Sumbangan langsung biasanya dibuktikan dengan keterangan langsung. Menurut
seksyen 47 (1) Enakrnen Keterangan Mahkamah Syariah Melaka 2002, semua
keterangan lisan hendaklah secara langsung. Ini bermaksud saksi yang memberi
keterangan hendaklah memperolehi maklumat secara langsung terhadap fakta-fakta
persoalan seperti ia sendiri melihat atau mendengar perkara yang didakwa itu
berlaku. Sumbangan langsung ini biasanya dibuktikan dengan dokumen seperti
resit, potongan gaji dan lain-lain.
Dalam kes Wan Mohd Azemin Wan Ahmad Iwn. Siti Zabidah Ja'afarlO
kedua-
dua pihak saling mengaku tentang sumbangan dalam pemilikan rumah dan kereta
dan Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan membahagi dua rumah dan kereta
tersebut. Kedua-dua pihak mengaku bersama-sama bayar deposit kereta, sarna-sarna
bayar wang rumah dan sumbangan wang gaji setiap bulan. Pada masa yang sarna
juga hutang yang belum dijelas bagi harta-harta berkenaan juga perlu ditanggung
berdua.
Jurnai Hukum, XXII Sept. 2005,122
Jurnal Hukum, lIllI, Sept. 1983, 125
10 Jurnai Hukum , XIIII, Mac 2006, 122
36
Pembuktian Dalam Kes Haria Sepencarian Di Mahkamah Syariah Di Malaysia
Pembuktian sumbangan pasangan yang bekerja sendiri tanpa sumbangan
tepat dan tangsung
Terdapat sedikit kesukaran dalam menentukan bentuk sumbangan bagi pasangan
yang bekerja sendiri. Bahagian ini juga bergantung kepada keterangan keadaan
kerana sukar untuk mendapatkan bukti langsung bagaimana pihak-pihak
memberikan sumbangan dalam keadaan tidak ada penyata pendapatan, slip gaji,
resit bayaran dan lain-lain. Saksi-saksi juga sukar mendapatkan keterangan
langsung dalam keadaan ini.
Dalam kes Che Abdullah Che Kob twn. Wan Jarah Wan Daudll
, kedua-dua
pihak bekerja kampung, suami sebagai kelindan, nelayan dan temak, sementara
isteri jual makanan dan cucuk tanam. Hakim Bicara sebelum ini telah rnemberikan
kepada bekas isteri 1/3 dan bekas suami 2/3 berasaskan sumbangan yang berlebih
kurang. Hakim Mahkamah Rayuan Syariah kelantan telah rnernbagi dua harta yang
dituntut.
Prinsip yang sarna dipakai dalarn kes Hawa Embong twn. Ahmad Muda 12 di
mana pasangan yang bekerja sendiri sudah tentu tidak dapat buktikan surnbangan
secara spesifik dalarn perolehan setiap harta. Keterangan bahawa wujud usahasarna
secara urnurn sudah rnencukupi. Dalarn kes mini dua orang saksi rnemberi
keterangan bahawa plaintif dan defendan bersarna ke kebun, berbasikal dan jalan
kaki ke tempat kerja rnereka.
Pada masa yang sarna, jika masing-rnasing pihak bekerja secara berasingan dan
rnernperolehi harta secara berasingan juga maka ia dianggap sebagai hak masing-
masing sepertimana yang diputuskan dalarn kes Rogayah Ismail twn. Abd. Razak
Sutong
l3
di mana ia dianggap bukan harta bersama dan bukan juga harta
bercampur. Bekas suami dalam kes ini telah kemuka saksi bapanya dan ini masih
diterirna sebagai keterangan yang lemah kerana ada tohrnah. Dalarn keadaan ini,
Mahkarnah Rayuan Syariah Kelantan telah rnerninta kedua-dua pihak bersurnpah
dan tuntutan keduanya ditolak dan harta yang dituntut bukan harta sepencarian.
Kedua-dua pihak gagal buktikan tuntutan rnasing-rnasing atau dikira tidak terbukti
(not proved).
Begitu juga, semata-mata pembuktian bahawa pihak-pihak bekeIja adalah tidak
mencukupi untuk buktikan wujud sumbangan terhadap perolehan harta. Saksi-saksi
dan sebarang keterangan perlu dapat mengaitkan bahawa dengan sarna-sarna
I I Jurna/ Hukum, XXIII, Nov. 2005, 196
12 Jurna/ Hukum, XXIII, Nov. 2005, 224
13 Jurna/ Hukum, XXIII, Nov. 2005, 306
37
Jurnal Syariah. 15:1 [2007} 29-42
bekeIja maka sumbangan ke atas perolehan harta telah berlaku. Dalam kes Isa Abd.
Rahman lwn. Fatimah @ Yong Mohamad14 Panel Hakim Mahkamah Rayuan
Terengganu mengulas keterangan saksi-saksi responden seperti berikut: a) saksi
pertama menyebut bahawa responden menjual minuman dan mee, b) saksi kedua
dan ketiga menyatakan bahawa mereka dan responden mengusahakan projek telur
ayam, c) saksi keempat memberi keterangan bahawa responden mengusahakan
perusahaan sos cili. Panel hakim berpendapat bahawa keterangan keempat-empat
saksi tersebut tidak mencukupi bagi menyokong perolehan setiap harta yang
dituntut, maka harta berkenaan tidak dianggap sebagai harta sepencarian.
Pembuktian Dalam Keadaan Terdapat Anggapan Pemilikan Dan Peranan
Sumpah
Adalah satu prinsip yang telah diterima bahawa semata-mata mempunyai nama
dalam dokumen pemilikan bukanlah bermakna milik mutlak sepenuhnya. Antara
lain diputuskan dalam kes Hawa Embong lwn. Ahmad Muda1s
. Hakim yang sarna
membuat ketetapan ini dalam kes Che Mas Abdullah lwn. Mat Syarie Yaakubl6
.
Dalam undang-undang Keterangan, anggapan adalah salah satu fakta yang tidak
perlu dibuktikan. lni bermaksud pihak yang menafIkan menanggung beban bukti.
Prinsip anggapan fakta ini diperuntukkan dalam seksyen 4(1) Enakmen Keterangan
Mahkamah Syariah Melaka 2002 seperti berikut:
Bilamana diperuntukkan oleh Enakmen ini bahawa Mahkamah
boleh menganggap sesuatu fakta sebagai wujud, Mahkamah boleh
sama ada menyifatkanfakta itu sebagai terbukti melainkan jika dan
sehingga terbukti sebaliknya, atau boleh meminta buktinya.
Prinsip anggapan fakta ini diaplikasikan dalam kes pemilikan melalui seksyen 81
Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Melaka 2002 yang menyebut:
"Apabila soalnya ialah sama ada mana-mana orang adalah
pemunya apa-apa juga benda yang dibuktikan sebagai ada dalam
miliknya, beban membuktikan bahawa dia bukanlah pemunya
benda itu terletak pada orang yang menegaskan bahawa dia bukan
pemunyanya".
14 Jurnal Hukum, XXII, Sept. 2006, 67
15 Jurnal Hukum, XXIII, Nov. 2005,224
16 Jurnal Hukum, XIX/I, Feb. 2005, 32
38
Pembuklian Dalam Kes HarIa Sepencarian Di Mahkamah Syariah Di Malaysia
Sumpah adalah terpakai dalam mensabitkan hak seseorang setelah pihak yang
menuntut gaga1 kemukakan bukti. lni diperuntukkan dalam seksyen 72 Enakmen
Keterangan Mahkamah Syariah. Sementara seksyen 87 pula memperuntukkan
sumpah yang dikembalikan (yamin mardudah) jika pihak plaintif yang diminta
bersumpah telah enggan melaksanakan sumpah.
Darjah Pembuktian Terhadap Sumbangan Mendapatkan harta Sepencarian
Darjah pembuktian bermaksud tahap atau piawai yang berkaitan dengan
kepercayaan Mahkamah Syariah sama ada: a) Mahkamah Syariah sendiri percaya
kewujudanlketidakwujudan sesuatu fakta atau kes, b) Mahkamah Syariah
berpendapat kewujudanlketidakwujudan sesuatu fakta atau kes itu sebegitu
mungkin sehingga orang yang berhemah akan bertindak berdasarkan kepada
anggapan bahawa perkara yang dipertikaikan itu wujud atau tidak wujud. Dalam
konteks Hukum Syarak biasanya tahap yang perlu dicapai sarna ada yakin, zan al-
ghalib (besar kemungkinanlberat sangkaltanpa keraguan yang munasabah) atau Zan
(pertimbangan kemungkinan). Dua tahap lagi yang tidak diterima ialah syak dan
waham. Jika tahap ini cuba untuk dibentuk dalam bentuk darjah atau peratusan,
pendekatan ini mungkin boleh dipertimbangkan:
1. Yakin = 100% (Menurut sesetengah kes ia
merujuk kepada tahap irresistable conclusion)
II. Zan al-ghalib (besar kemungkinanlberat sangkaltanpa keraguan
yang munasabah) = 90% hingga 99%
111. Zan = 51% hingga 89%
IV. Syak = 50% bagi kedua-dua pihak
v. Waham = di bawah 50%
Tahap pembuktian adalah sesuatu yang abstrak dan subjektif. Undang-unang hanya
menyebut soal kepercayaan dan pendapat Mahkamah terhadap fakta atau kes yang
dibentangkan. Jika ada kayu pengukur terhadap tahap ini maka ia boleh diibaratkan
seperti neraca timbangan yang mana jika ia meningkat di suatu pihak, maka tahap
yang dicapai oleh pihak lain adalah menurun. Jika satu pihak dapat mencapai 100%
darjah pembuktian, maka bermakna pihak yang satu lagi berada pada 0%. Begitu
juga jika pihak plaintif berjaya buktikan kesnya sehingga mencapai tahap
kepercayaan oleh Mahkamah sehingga 80%, maka pihak defendan hanya mampu
menimbulkan sedikit kepercayaan mahkamah iaitu di sekitar 20% sahaja. Dalam
keadaan ini sudah tentu pihak plaintif akan berjaya mendapat apa yang dituntut.
Suatu persoalan lagi ialah bagi mencapai tahap-tahap ini apakah bentuk keterangan
yang perlu digunakan. Menurut Jurnhur Ulama, bagi mencapai keyakinan atau tahap
tinggi hanya iqriir dan syahadah sahaja yang boleh digunakan. Namun begitu
39
Jurnal Syariah, 15:1 [2007} 29-42
Mahkamah Syariah di Malaysia telah menunjukkan bahawa bayyinah juga dipakai
dan diterima bagi membuktikan kes.
Kes yang menarik untuk diulas ialah Hawa Embong lwn. Ahmad Muda 17 yang
dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu dan dirayu ke Mahkamah
Rayuan Syariah Terengganu.
Mahkamah Tinggi Syariah - Fakta persoalan adalah plaintif menuntut hak harta
sepencarian ke atas harta pada kadar 112 yang didakwa diperolehi bersama dalam
masa perkahwinan sedangkan harta berkenaan atas nama defendan. Merujuk kepada
seksyen 74 Enakmen Keterangan iaitu beban bukti terletak kepada orang yang akan
gagal jika tiada apa-apa bukti dikemukakan maka Plaintif menanggung beban bukti.
Plaintif membuat tuntutan ke atas 10 bidang tanah dan wang simpanan. Tuntutan ke
atas tanah disyaratkan oleh Hakim supaya merujuk kepada setiap harta secara
spesifik dan tuntutan ke atas wang simpanan dianggap dakwa fasid. Sementara itu,
defendan membuat tuntutan balas ke atas sebidang tanah dan peralatan serta
perkakas rumah. Hakim merujuk kepada seksyen 73 dan 74 Enakmen Keterangan
dan berpendapat. Hakim Bicara berpendapat pembuktian oleh plaintif hendaklah
mencapai darjah keyakinan atau ghalabah aI-zan atau berat sangka. Plaintif ada
mengemukakan dua orang saksi yang memberi keterangan tentang wujudnya
sumbangan plaintif dalam memperolehi harta tetapi tidak merujuk kepada harta
yang mana satu dan saksi-saksi memberi keterangan yang kurang jelas berkaitan
tuntutan plaintif. Hakim Bicara juga berpendapat darjah pembuktian oleh defendan
dalam tuntutan balasnya adalah yakin atau tahap yang paling berat dan ini juga
gagaI dicapai oleh plaintif. Dakwaan defendan tidak disokong oleh sebarang
keterangan. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah menolak tuntutan dan tuntutan balas.
Kes ini kemudiannya dirayu ke Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu yang
didengar oleh Y.A.A. Datuk Syeikh Ghazali, Y.A.A. Dato' Hj. Mohamad Asri
Abdullah dan Y.A.A. Dato' Hj. Abd. Hamid Hj. Abd. Rahman. Mahkamah Rayuan
memutuskan bahawa 5 keping tanah yang dituntut adalah harta sepencarian dan
dibahagi dua. Sementara 5 keping lagi bukan harta sepencarian tetapi adalah harta
pusaka dan wang simpanan adalah milik defendan sepenubnya setelah defendan
berjaya membuktikannya. Panel berpendapat bahawa apa yang penting menurut
Hukum Syarak bahawa harta yang dituntut adalah diketahui dan dimaklumi
sepertirnana yang diucapkan oleh perayu. Keterangan yang menyokong tuntutan
perayu ialah :
17 Jurnal Hukum, XXIII, Nov. 2005, 224 dan 247
40
Pembuklian Dalam Kes Haria Sepencarian Di Mahkamah Syariah Di Malaysia
a) defendan sendiri ada mengakui sebagai harta yang dimiliki dalam
tempoh perkahwinan dan perayu ada mengusahakannya bersama termasuk
perayu menjaga anak,
b) dakwaan perayu adalah disokong dua orang saksi yang menyatakan
dengan jelas seperti saksi pertama melihat perayu dan responden sama-
sarna ke kebun. Saksi kedua juga nampak keduanya berkebun, berkedai,
menoreh getah dan melihat perayu memakai pakaian menoreh getah.
Panel Hakim juga berpendapat telah wujud sumbangan langsung dan tidak langsung
oleh perayu. Sumbangan langsung melalui sarna-sarna bekerja sementara yang tidak
langsung adalah menjaga keluarga.
Mahkamah Rayuan syariah tidak menyentuh soal darjah beban pembuktian namun
dapat difahami sarna ada darjahnya lebih rendah iaitu sekadar zan (pertimbangan
kemungkinan) atau darjah pembuktian masih sarna dengan keputusan Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah namun menggunapakai kandungan tafsiran darjah
pembuktian yang yang berbeza. Keterangan pihak perayu mengandungi iqrar, saksi
dan qarinah yang dikira mencapai tahap yang melepasi beban pembuktiannya.
Dalam kes ini juga nampaknya sumbangan langsung bukanlah bermaksud ianya
perlu dibuktikan secara spesifik kepada setiap harta yang dituntut.
KESIMPULAN
Akhirnya, perkara-perkara ini dapat dirumuskan:
1. Pihak yang membuat tuntutan atau dakwaan perlu mengemukakan bukti atau
keterangan. Keterangan termasuklah bayyinah, syahadah, keterangan lisan
dan keterangan dokumentar.
11. Pembuktian adalah proses bagi meyakinkan mahkamah tentang kewujudan
atau ketidakwujudan sesuatu kes atau fakta yang. dipertikaikan.
111. Pihak menuntut dalam kes harta sepencarian perlu buktikan perkara-perkara
berikut:
a) Kewujudan harta sepencarian,
b) Sumbangan yang telah diberikan sarna ada langsung atau tidak,
dan
c) Takat sumbangan yang telah diberikan
41

More Related Content

What's hot

Bahagian xvii (rayuan)
Bahagian xvii (rayuan)Bahagian xvii (rayuan)
Bahagian xvii (rayuan)Snj SNj
 
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...surrenderyourthrone
 
SYAHADAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - SATU T...
SYAHADAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - SATU T...SYAHADAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - SATU T...
SYAHADAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - SATU T...surrenderyourthrone
 
Majma' al fiqh al-islami
Majma' al fiqh al-islamiMajma' al fiqh al-islami
Majma' al fiqh al-islamiwmkfirdaus
 
Agama konsep syariah
Agama konsep syariahAgama konsep syariah
Agama konsep syariahsitinurhanna
 
Calon Ahli Syurga dan Neraka
Calon Ahli Syurga dan NerakaCalon Ahli Syurga dan Neraka
Calon Ahli Syurga dan NerakaTazkirah PTAR
 
ULASAN KES DARI ASPEK PEMBUKTIAN - ROSMAH BINTI SULY & SEORANG YANG LAIN v IS...
ULASAN KES DARI ASPEK PEMBUKTIAN - ROSMAH BINTI SULY & SEORANG YANG LAIN v IS...ULASAN KES DARI ASPEK PEMBUKTIAN - ROSMAH BINTI SULY & SEORANG YANG LAIN v IS...
ULASAN KES DARI ASPEK PEMBUKTIAN - ROSMAH BINTI SULY & SEORANG YANG LAIN v IS...surrenderyourthrone
 
Hibah
HibahHibah
HibahUMT
 
Kesaksian Dalam Konteks Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah Di Malaysia...
Kesaksian Dalam Konteks Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah Di Malaysia...Kesaksian Dalam Konteks Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah Di Malaysia...
Kesaksian Dalam Konteks Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah Di Malaysia...surrenderyourthrone
 
Isu Perkahwinan 09
Isu Perkahwinan 09Isu Perkahwinan 09
Isu Perkahwinan 09arizal
 
Hukum Non-Muslim menjadi pemimpin.pdf
Hukum Non-Muslim menjadi pemimpin.pdfHukum Non-Muslim menjadi pemimpin.pdf
Hukum Non-Muslim menjadi pemimpin.pdfMohd Hassan
 

What's hot (20)

Bahagian xvii (rayuan)
Bahagian xvii (rayuan)Bahagian xvii (rayuan)
Bahagian xvii (rayuan)
 
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
 
SYAHADAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - SATU T...
SYAHADAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - SATU T...SYAHADAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - SATU T...
SYAHADAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - SATU T...
 
Harta sepencarian
Harta sepencarianHarta sepencarian
Harta sepencarian
 
Majma' al fiqh al-islami
Majma' al fiqh al-islamiMajma' al fiqh al-islami
Majma' al fiqh al-islami
 
Penyampaian ganti & kendiri
Penyampaian ganti & kendiri Penyampaian ganti & kendiri
Penyampaian ganti & kendiri
 
p0ligami
p0ligamip0ligami
p0ligami
 
Prosedur perbicaraan
Prosedur perbicaraanProsedur perbicaraan
Prosedur perbicaraan
 
Usul Fiqh 1 - Topik 9: Qiyas
Usul Fiqh 1 - Topik 9: QiyasUsul Fiqh 1 - Topik 9: Qiyas
Usul Fiqh 1 - Topik 9: Qiyas
 
Agama konsep syariah
Agama konsep syariahAgama konsep syariah
Agama konsep syariah
 
Prinsip ilmu tasawwuf
Prinsip ilmu tasawwufPrinsip ilmu tasawwuf
Prinsip ilmu tasawwuf
 
Calon Ahli Syurga dan Neraka
Calon Ahli Syurga dan NerakaCalon Ahli Syurga dan Neraka
Calon Ahli Syurga dan Neraka
 
ULASAN KES DARI ASPEK PEMBUKTIAN - ROSMAH BINTI SULY & SEORANG YANG LAIN v IS...
ULASAN KES DARI ASPEK PEMBUKTIAN - ROSMAH BINTI SULY & SEORANG YANG LAIN v IS...ULASAN KES DARI ASPEK PEMBUKTIAN - ROSMAH BINTI SULY & SEORANG YANG LAIN v IS...
ULASAN KES DARI ASPEK PEMBUKTIAN - ROSMAH BINTI SULY & SEORANG YANG LAIN v IS...
 
Hibah
HibahHibah
Hibah
 
Shar'u man qablana
Shar'u man qablanaShar'u man qablana
Shar'u man qablana
 
Kesaksian Dalam Konteks Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah Di Malaysia...
Kesaksian Dalam Konteks Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah Di Malaysia...Kesaksian Dalam Konteks Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah Di Malaysia...
Kesaksian Dalam Konteks Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah Di Malaysia...
 
Konsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam IslamKonsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam Islam
 
Isu Perkahwinan 09
Isu Perkahwinan 09Isu Perkahwinan 09
Isu Perkahwinan 09
 
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
 
Hukum Non-Muslim menjadi pemimpin.pdf
Hukum Non-Muslim menjadi pemimpin.pdfHukum Non-Muslim menjadi pemimpin.pdf
Hukum Non-Muslim menjadi pemimpin.pdf
 

Similar to HARTASEPENCARIAN

Proses Pembuktian didalam Hukum Acara Peradilan Agama
Proses Pembuktian didalam Hukum Acara Peradilan AgamaProses Pembuktian didalam Hukum Acara Peradilan Agama
Proses Pembuktian didalam Hukum Acara Peradilan Agamarahmat_tiflen
 
Pembuktian dalam Hukum Acara Peradilan Agama
Pembuktian dalam Hukum Acara Peradilan AgamaPembuktian dalam Hukum Acara Peradilan Agama
Pembuktian dalam Hukum Acara Peradilan Agamantii_meiian
 
Pembuktian dalam Hukum Acara Peradilan Agama
Pembuktian dalam Hukum Acara Peradilan AgamaPembuktian dalam Hukum Acara Peradilan Agama
Pembuktian dalam Hukum Acara Peradilan Agamantii_meiian
 
5 hk pembuktianpid
5 hk pembuktianpid5 hk pembuktianpid
5 hk pembuktianpidRonalto_Tan
 
13 teori pembuktian dalam hap
13 teori pembuktian dalam hap13 teori pembuktian dalam hap
13 teori pembuktian dalam hapGradeAlfonso
 
Pembuktian dalam Hukum Acara Peradilan Agama
Pembuktian dalam Hukum Acara Peradilan AgamaPembuktian dalam Hukum Acara Peradilan Agama
Pembuktian dalam Hukum Acara Peradilan AgamaDaniel_Alfaruqi
 
Pembuktian
PembuktianPembuktian
Pembuktianepylian
 
Pembuktian dan Alat Bukti
Pembuktian dan Alat BuktiPembuktian dan Alat Bukti
Pembuktian dan Alat Buktinadyaduu
 
Hukum Acara Perdata.pptx
Hukum Acara Perdata.pptxHukum Acara Perdata.pptx
Hukum Acara Perdata.pptxhikpknlgto
 
SISTEMATIKA HUKUM PERDATA.pptx
SISTEMATIKA HUKUM PERDATA.pptxSISTEMATIKA HUKUM PERDATA.pptx
SISTEMATIKA HUKUM PERDATA.pptxFitraMegaKurniawan
 
Paper Hukum Pembuktian (Hansel)
Paper Hukum Pembuktian (Hansel)Paper Hukum Pembuktian (Hansel)
Paper Hukum Pembuktian (Hansel)Hansel Kalama
 
ANALISA HAKIM DALAM MENGGALI KEBENARAN ATAS KETERANGAN SAKSI SEBAGAI ALAT BUK...
ANALISA HAKIM DALAM MENGGALI KEBENARAN ATAS KETERANGAN SAKSI SEBAGAI ALAT BUK...ANALISA HAKIM DALAM MENGGALI KEBENARAN ATAS KETERANGAN SAKSI SEBAGAI ALAT BUK...
ANALISA HAKIM DALAM MENGGALI KEBENARAN ATAS KETERANGAN SAKSI SEBAGAI ALAT BUK...surrenderyourthrone
 

Similar to HARTASEPENCARIAN (20)

Proses Pembuktian didalam Hukum Acara Peradilan Agama
Proses Pembuktian didalam Hukum Acara Peradilan AgamaProses Pembuktian didalam Hukum Acara Peradilan Agama
Proses Pembuktian didalam Hukum Acara Peradilan Agama
 
Pembuktian dalam Hukum Acara Peradilan Agama
Pembuktian dalam Hukum Acara Peradilan AgamaPembuktian dalam Hukum Acara Peradilan Agama
Pembuktian dalam Hukum Acara Peradilan Agama
 
Pembuktian dalam Hukum Acara Peradilan Agama
Pembuktian dalam Hukum Acara Peradilan AgamaPembuktian dalam Hukum Acara Peradilan Agama
Pembuktian dalam Hukum Acara Peradilan Agama
 
5 hk pembuktianpid
5 hk pembuktianpid5 hk pembuktianpid
5 hk pembuktianpid
 
13 teori pembuktian dalam hap
13 teori pembuktian dalam hap13 teori pembuktian dalam hap
13 teori pembuktian dalam hap
 
Pembuktian dalam Hukum Acara Peradilan Agama
Pembuktian dalam Hukum Acara Peradilan AgamaPembuktian dalam Hukum Acara Peradilan Agama
Pembuktian dalam Hukum Acara Peradilan Agama
 
Pembuktian
PembuktianPembuktian
Pembuktian
 
Pembuktian
PembuktianPembuktian
Pembuktian
 
Pembuktian
PembuktianPembuktian
Pembuktian
 
Pembuktian dan Alat Bukti
Pembuktian dan Alat BuktiPembuktian dan Alat Bukti
Pembuktian dan Alat Bukti
 
Hukum Acara Perdata.pptx
Hukum Acara Perdata.pptxHukum Acara Perdata.pptx
Hukum Acara Perdata.pptx
 
SISTEMATIKA HUKUM PERDATA.pptx
SISTEMATIKA HUKUM PERDATA.pptxSISTEMATIKA HUKUM PERDATA.pptx
SISTEMATIKA HUKUM PERDATA.pptx
 
Hukum Acara Perdata
Hukum Acara PerdataHukum Acara Perdata
Hukum Acara Perdata
 
Hukum Acara Perdata.pptx
Hukum Acara Perdata.pptxHukum Acara Perdata.pptx
Hukum Acara Perdata.pptx
 
Paper Hukum Pembuktian (Hansel)
Paper Hukum Pembuktian (Hansel)Paper Hukum Pembuktian (Hansel)
Paper Hukum Pembuktian (Hansel)
 
ANALISA HAKIM DALAM MENGGALI KEBENARAN ATAS KETERANGAN SAKSI SEBAGAI ALAT BUK...
ANALISA HAKIM DALAM MENGGALI KEBENARAN ATAS KETERANGAN SAKSI SEBAGAI ALAT BUK...ANALISA HAKIM DALAM MENGGALI KEBENARAN ATAS KETERANGAN SAKSI SEBAGAI ALAT BUK...
ANALISA HAKIM DALAM MENGGALI KEBENARAN ATAS KETERANGAN SAKSI SEBAGAI ALAT BUK...
 
PPT-HUKUM-ACARA-PERDATA.ppt
PPT-HUKUM-ACARA-PERDATA.pptPPT-HUKUM-ACARA-PERDATA.ppt
PPT-HUKUM-ACARA-PERDATA.ppt
 
kehakiman ppt.pptx
kehakiman ppt.pptxkehakiman ppt.pptx
kehakiman ppt.pptx
 
Kelompok 6
Kelompok 6Kelompok 6
Kelompok 6
 
HAPTUN PEMBUKTIAN.pptx
HAPTUN PEMBUKTIAN.pptxHAPTUN PEMBUKTIAN.pptx
HAPTUN PEMBUKTIAN.pptx
 

More from surrenderyourthrone

LAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWER
LAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWERLAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWER
LAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWERsurrenderyourthrone
 
THE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIA
THE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIATHE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIA
THE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIAsurrenderyourthrone
 
PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...
PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...
PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...surrenderyourthrone
 
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...surrenderyourthrone
 
JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVIL
JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVILJUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVIL
JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVILsurrenderyourthrone
 
The Legal Profession in Malaysia
The Legal Profession in MalaysiaThe Legal Profession in Malaysia
The Legal Profession in Malaysiasurrenderyourthrone
 
AN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIA
AN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIAAN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIA
AN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIAsurrenderyourthrone
 
FUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORS
FUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORSFUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORS
FUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORSsurrenderyourthrone
 
WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...
WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...
WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...surrenderyourthrone
 
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...surrenderyourthrone
 
AUTHENTICITY AND SCOPE OF CIRCUMSTANTIAL EVIDENCES IN THE PERSPECTIVE OF ISLA...
AUTHENTICITY AND SCOPE OF CIRCUMSTANTIAL EVIDENCES IN THE PERSPECTIVE OF ISLA...AUTHENTICITY AND SCOPE OF CIRCUMSTANTIAL EVIDENCES IN THE PERSPECTIVE OF ISLA...
AUTHENTICITY AND SCOPE OF CIRCUMSTANTIAL EVIDENCES IN THE PERSPECTIVE OF ISLA...surrenderyourthrone
 

More from surrenderyourthrone (20)

BURDEN AND STANDARD OF PROOF
BURDEN AND STANDARD OF PROOFBURDEN AND STANDARD OF PROOF
BURDEN AND STANDARD OF PROOF
 
LAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWER
LAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWERLAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWER
LAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWER
 
PRESUMPTION AND JUDICIAL NOTICE
PRESUMPTION AND JUDICIAL NOTICEPRESUMPTION AND JUDICIAL NOTICE
PRESUMPTION AND JUDICIAL NOTICE
 
AGGRAVATE ME - SAMPLE SENIOR
AGGRAVATE ME - SAMPLE SENIORAGGRAVATE ME - SAMPLE SENIOR
AGGRAVATE ME - SAMPLE SENIOR
 
BEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIAN
BEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIANBEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIAN
BEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIAN
 
CHILD ACT 2001
CHILD ACT 2001CHILD ACT 2001
CHILD ACT 2001
 
THE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIA
THE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIATHE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIA
THE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIA
 
PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...
PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...
PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...
 
Capital and Corporal Punishment
Capital and Corporal PunishmentCapital and Corporal Punishment
Capital and Corporal Punishment
 
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...
 
PERSONAL INSOLVENCY INFOGRAPHIC
PERSONAL INSOLVENCY INFOGRAPHICPERSONAL INSOLVENCY INFOGRAPHIC
PERSONAL INSOLVENCY INFOGRAPHIC
 
JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVIL
JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVILJUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVIL
JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVIL
 
CONTRACTS ACT 1950 COVER PAGE
CONTRACTS ACT 1950 COVER PAGECONTRACTS ACT 1950 COVER PAGE
CONTRACTS ACT 1950 COVER PAGE
 
CONTRACTS ACT 1950
CONTRACTS ACT 1950CONTRACTS ACT 1950
CONTRACTS ACT 1950
 
The Legal Profession in Malaysia
The Legal Profession in MalaysiaThe Legal Profession in Malaysia
The Legal Profession in Malaysia
 
AN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIA
AN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIAAN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIA
AN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIA
 
FUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORS
FUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORSFUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORS
FUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORS
 
WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...
WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...
WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...
 
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
 
AUTHENTICITY AND SCOPE OF CIRCUMSTANTIAL EVIDENCES IN THE PERSPECTIVE OF ISLA...
AUTHENTICITY AND SCOPE OF CIRCUMSTANTIAL EVIDENCES IN THE PERSPECTIVE OF ISLA...AUTHENTICITY AND SCOPE OF CIRCUMSTANTIAL EVIDENCES IN THE PERSPECTIVE OF ISLA...
AUTHENTICITY AND SCOPE OF CIRCUMSTANTIAL EVIDENCES IN THE PERSPECTIVE OF ISLA...
 

Recently uploaded

Sesi 3 MKDU 4221 PAI 2020 Universitas Terbuka
Sesi 3 MKDU 4221 PAI 2020 Universitas TerbukaSesi 3 MKDU 4221 PAI 2020 Universitas Terbuka
Sesi 3 MKDU 4221 PAI 2020 Universitas TerbukaYogaJanuarR
 
Pengertian & Prinsip-Prinsip Anti Korupsi.pptx
Pengertian & Prinsip-Prinsip Anti Korupsi.pptxPengertian & Prinsip-Prinsip Anti Korupsi.pptx
Pengertian & Prinsip-Prinsip Anti Korupsi.pptxEkoPriadi3
 
Kelompok 2 Sistem Pemerintahan Pra dan Pasca Amandemen UUD.pptx
Kelompok 2 Sistem Pemerintahan Pra dan Pasca Amandemen UUD.pptxKelompok 2 Sistem Pemerintahan Pra dan Pasca Amandemen UUD.pptx
Kelompok 2 Sistem Pemerintahan Pra dan Pasca Amandemen UUD.pptxbinsar17
 
HUKUM PERDATA di Indonesia (dasar-dasar Hukum Perdata)
HUKUM PERDATA di Indonesia (dasar-dasar Hukum Perdata)HUKUM PERDATA di Indonesia (dasar-dasar Hukum Perdata)
HUKUM PERDATA di Indonesia (dasar-dasar Hukum Perdata)ErhaSyam
 
5E _ Kel 4 _ Merger, Akuisisi, dan Konsolidasi.pptx
5E _ Kel 4 _ Merger, Akuisisi, dan Konsolidasi.pptx5E _ Kel 4 _ Merger, Akuisisi, dan Konsolidasi.pptx
5E _ Kel 4 _ Merger, Akuisisi, dan Konsolidasi.pptxYudisHaqqiPrasetya
 
BPN Sesi 3 - Hukum Perkawinan.ppppppppptx
BPN Sesi 3 - Hukum Perkawinan.ppppppppptxBPN Sesi 3 - Hukum Perkawinan.ppppppppptx
BPN Sesi 3 - Hukum Perkawinan.ppppppppptxendang nainggolan
 
Etika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.ppt
Etika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.pptEtika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.ppt
Etika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.pptAlMaliki1
 
pengantar Kapita selekta hukum bisnis
pengantar    Kapita selekta hukum bisnispengantar    Kapita selekta hukum bisnis
pengantar Kapita selekta hukum bisnisilhamsumartoputra
 
Sosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan Pendahuluan
Sosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan PendahuluanSosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan Pendahuluan
Sosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan PendahuluanIqbaalKamalludin1
 
pembahasan mengenai otonomi daerah yang diuraikan dengan ppt
pembahasan mengenai otonomi daerah yang diuraikan dengan pptpembahasan mengenai otonomi daerah yang diuraikan dengan ppt
pembahasan mengenai otonomi daerah yang diuraikan dengan pptJhonatanMuram
 
Luqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertama
Luqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertamaLuqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertama
Luqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertamaIndra Wardhana
 

Recently uploaded (11)

Sesi 3 MKDU 4221 PAI 2020 Universitas Terbuka
Sesi 3 MKDU 4221 PAI 2020 Universitas TerbukaSesi 3 MKDU 4221 PAI 2020 Universitas Terbuka
Sesi 3 MKDU 4221 PAI 2020 Universitas Terbuka
 
Pengertian & Prinsip-Prinsip Anti Korupsi.pptx
Pengertian & Prinsip-Prinsip Anti Korupsi.pptxPengertian & Prinsip-Prinsip Anti Korupsi.pptx
Pengertian & Prinsip-Prinsip Anti Korupsi.pptx
 
Kelompok 2 Sistem Pemerintahan Pra dan Pasca Amandemen UUD.pptx
Kelompok 2 Sistem Pemerintahan Pra dan Pasca Amandemen UUD.pptxKelompok 2 Sistem Pemerintahan Pra dan Pasca Amandemen UUD.pptx
Kelompok 2 Sistem Pemerintahan Pra dan Pasca Amandemen UUD.pptx
 
HUKUM PERDATA di Indonesia (dasar-dasar Hukum Perdata)
HUKUM PERDATA di Indonesia (dasar-dasar Hukum Perdata)HUKUM PERDATA di Indonesia (dasar-dasar Hukum Perdata)
HUKUM PERDATA di Indonesia (dasar-dasar Hukum Perdata)
 
5E _ Kel 4 _ Merger, Akuisisi, dan Konsolidasi.pptx
5E _ Kel 4 _ Merger, Akuisisi, dan Konsolidasi.pptx5E _ Kel 4 _ Merger, Akuisisi, dan Konsolidasi.pptx
5E _ Kel 4 _ Merger, Akuisisi, dan Konsolidasi.pptx
 
BPN Sesi 3 - Hukum Perkawinan.ppppppppptx
BPN Sesi 3 - Hukum Perkawinan.ppppppppptxBPN Sesi 3 - Hukum Perkawinan.ppppppppptx
BPN Sesi 3 - Hukum Perkawinan.ppppppppptx
 
Etika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.ppt
Etika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.pptEtika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.ppt
Etika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.ppt
 
pengantar Kapita selekta hukum bisnis
pengantar    Kapita selekta hukum bisnispengantar    Kapita selekta hukum bisnis
pengantar Kapita selekta hukum bisnis
 
Sosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan Pendahuluan
Sosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan PendahuluanSosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan Pendahuluan
Sosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan Pendahuluan
 
pembahasan mengenai otonomi daerah yang diuraikan dengan ppt
pembahasan mengenai otonomi daerah yang diuraikan dengan pptpembahasan mengenai otonomi daerah yang diuraikan dengan ppt
pembahasan mengenai otonomi daerah yang diuraikan dengan ppt
 
Luqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertama
Luqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertamaLuqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertama
Luqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertama
 

HARTASEPENCARIAN

  • 1. Pembuktian Dalam Kes Harta Sepencarian Di Mahkamah Syariah Di Malaysia PEMBUKTIAN DALAM KES HARTA SEPENCARIAN DI MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA Ruzman Md. Noor* ABSTRACT This article tries to analyze the applicability of evidence in the issue ofjoint acquired property in Shariah Court in Malaysia. The research focuses on three elements, namely, the burden ofproof, degree ofproofand methods ofproving. The study is based on the cases reported solely in Jurnal Hukum. The party who claims his or her contribution in obtaining the dispute property has to prove the claim. The main issues that have to be proved are; the existence of the said property, direct/indirect contribution and the amount of contribution. Their direct or indirect contribution, have to be proved through oral evidence, documentary evidence, bayyinah or shahadah and they have to attain at least the degree of ?an or balance ofprobalities in convincing the Court. PENDAHULUAN Artikel ini akan menyentuh tiga topik utama iaitu keterangan, pembuktian dan harta sepencarian. Perbincangan ini tidak akan menyentuh soal sejarah dan kedudukan harta sepencarian dari sudut Hukum Syarak. Undang-undang yang dirujuk ialah Enakmen Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah Melaka 2002 dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Melaka 2002. Kes-kes yang'dikaji adalah semata-mata bersumberkan laporan dalam Jumal Hukum. Penulisan ini cuba melihat sejauhmana pembuktian digunapakai dalam penentuan kes-kes harta sepencanan. Profesor Madya di labatan Syariah dan Undang-Undang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, emel: ruzman@um.edu.my 29
  • 2. Jurnai Syariah, J5:J [2007} 29-42 KONSEP KETERANGAN Rasulullah bersabda yang bennaksud: "Jika manusia itu diberi berdasarkan apa yang dituntut nescaya akan ada manusia yang menuntut darah dan harta orang lain, akan tetapi keterangan ke atas pihak pendakwa dan Sumpah ke atas pihak yang engkar" I. Rasulullah juga bersabda yang bennaksud: "Keterangan ke atas pihak yang mendakwa dan sumpah ke atas yang engkar".2 Kedua-dua Hadith ini menggambarkan betapa pentingkanya pembuktian disempumakan demi mempastikan keadilan dalam setiap kes. Mahkamah Syariah sudah mempunyai panduan berkaitan pembuktian ini iaitu AktalEnakmeniOrdinan Keterangan Mahkamah Syariah berdasarkan negeri masing-masing. Undang-undang ini mengekalkan kerangka Akta Keterangan 1950 yang digunapakai di Mahkamah Sivil. Akta Keterangan 1950 ini pada berasal daripada Indian Evidence Act 1950 yang dirangka oleh Sir James Fitzjames Stephen. Undang-undang ini kemudiannya melalui proses ubahsuai dan penyaringan agar menepati Hukum Syarak yang mana Islam sendiri telahpun sedia memiliki prinsip-prinsip yang jelas berkaitan keterangan dan pembuktian. Menurut Sir James Fitzjames Stephen3 , undang-undang keterangan bertujuan menentukan 3 perkara berikut: i) penentuan fakta yang boleh dikemukakan di mahkamah, ii) menggariskan apakah keterangan yang periulboleh dikemuka untuk buktikan kewujudan fakta yang dikemukakan dalam mahkamah, iii) menentukan siapa dan bagaimana keterangan dikemukakan dalam proses pembuktian. FAKTA YANGPERLUDIBUKTlKAN Fakta adalah berbeza dengan pendapat. Dalam konteks Mahkamah, pendapat hanya boleh diberikan oleh Hakim setelah menilai fakta-fakta yang dibentangkan. Undang-undang walau bagaimanapun memberi ruang kepada pendapat ini dikemukakan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti berkaitan pendapat pakar dan pendapat bukan pakar. Seksyen 5 Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah menyebut bahawa fakta yang boleh dikemukakan di Mahkamah ialah fakta isU/fakta persoalan dan fakta AI-San'ani (1996), Subul aI-Salam, Beirut, Dar al-Ma'rifah, , Jilid 4, h. 203. Ibid. h. 204. James Stephen (1936), A Digest afThe law OfEvidence London MacMillan: h.xiii. 30
  • 3. Pembuktian Dalam Kes HarIa Sepencarian Di Mahkamah Syariah Di Malaysia berkaitan qarinah. Seksyen 3 memberikan tafsiran ke atas perkataan fakta persoalan dan qarinah seperti berikut: "fakta persoalan" ertinya apa-apa fakta yang daripadanya sama ada dengan sendirinya atau berkaitan dengan fakta lain, wujudnya, tidak wujudnya, jenis atau takat apa-apa hak, liabiliti atau ketakupayaan yang ditegaskan atau dinajikan dalam mana-mana guaman atau prosiding, semestinya dapat disimpulkan. "qarinah" ertinya fakta yang mempunyai kaitan dengan fakta yang satu lagi dengan apa-apa cara yang disebut dalam Enakmen ini. Kedua-dua jenis fakta ini hanya boleh diterima, jika pihak-pihak yang mendakwa kewujudan atau ketidakwujudannya, berjaya membuktikan kedudukan fakta tersebut. Fakta-fakta berkenaan hanya boleh dibuktikan dengan 4 jenis keterangan iaitu bayyinah, syahiidah, keterangan lisan dan keterangan dokumentar. Seksyen 3 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Melaka mentafsirkan perkataan-perkataan ini seperti berikut: i) Bayyinah ertinya keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan dan termasuklah qarinah ii) Syahiidah ertinya apa-apa keterangan yang diberikan di Mahkamah dengan menggunakan lafaz "asyhadu" untuk membuktikan suatu hak atau kepentingan iii) Keterangan lisan adalah segala pemyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh Mahkamah dibuat di hadapannya oleh saksi berhubung dengan perkara-perkara fakta yang disiasat iv) Keterangan dokumentar adalah segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan Mahkamah. KONSEP PEMBUKTIAN Pembuktian berasal daripada kata nama bukti. Perkataan pembuktian sarna ertinya dengan al-ithbiit iaitu satu proses untuk menentukan atau mensabitkan sesuatu tuntutan atau dakwaan di hadapan badan kehakiman. Dalam Undang-undang Keterangan tidak diberikan tafsiran ke atas perkataan pembuktian atau bukti. Enakmen Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Melaka) 2002. Enakmen memberikan tafsiran yang berkaitan dengan pembuktian seperti berikut: 31
  • 4. Jurna/ Syariah, / 5:/ [2007} 29-42 Seksyen 3(2) Dalam Enakmen ini- (a) suatu fakta dikatakan "terbukti sebaliknya" apabila, setelah menimbangkan perkara-perkara di hadapannya, Mahkamah sama ada mempercayai bahawa fakta itu tidak wujud atau berpendapat ketakwujudan fakta itu adalah sebegitu mungkin sehingga seseorang yang berhemat patut, dalam keadaan hal tertentu, bertindak atas anggapan bahawa fakta itu tidak wujud; (b) sesuatu fakta itu dikatakan "tidak terbukti" apabila fakta itu "tidak terbukti" atau "tidak terbukti sebaliknya" mengikut Enakmen ini; (c) Sesuatu fakta dikatakan "terbukti" apabila, setelah menimbangkan perkara-perkara di hadapannya, Mahkamah sama ada mempercayai bahawa fakta itu wujud atau berpendapat bahawa kewujudan fakta itu adalah sebegitu mungkin sehingga seseorang yang berhemat patut, dalam keadaan hal tertentu, bertindak atas anggapan bahawa fakta itu wujud. Tafsiran di atas menyebut bahawa tujuan pembuktian adalah untuk membolehkan mahkamah percaya atau berpegang kepada pendapat berkaitan dengan tindakan seseorang yang berhemat. Kepercayaan mahkamah ini sama ada ke atas keseluruhan kes atau ke atas fakta-fakta tertentu yang didakwa wujud atau tidak wujud oleh pihak-pihak dalam perbicaraan. Peruntukan undang-undang yang menghuraikan aspek pembuktian Illl di dalam Akta di atas adalah seperti berikut: i) Bab II di bawah topik Pembuktian, ii) Bab III di bawah topik Pengemukaan Dan Kaedah Keterangan Istilah pembuktian merangkumi 3 topik utama iaitu: i) Beban bukti dan pihak yang menanggung beban bukti, ii) Perpindahan beban bukti, iii) Darjah pembuktian. Beban bukti bermaksud tanggungjawab sesuatu pihak untuk mengemukakan keterangan yang mencukupi bagi menyokong penghujahannya. 32
  • 5. Pembuktian Dalam Kes Harta Sepencarian Di Mahkamah Syariah Di Malaysia Beban bukti dibahagi dua iaitu beban undang-undang dan beban mengemukakan keterangan. Beban bukti disebut dalam seksyen 72-83 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah. Darjah Pembuktian pula ialah tahap yang mesti dicapai oleh pihak-pihak dalam penghujahan mereka. Seksyen 3 di atas memberi gambaran tahap yang mesti dicapai untuk melepaskan tanggungjawab membuktikan fakta atau kes iaitu sehingga mahkamah percaya atau mahkamah berpendapat tentang anggapan dan tindakan orang yang berhemat terhadap kewujudan atau ketidakwujudan sesuatu. Bagi Mahkamah Syariah biasanya tahap yang perlu dicapai ialah Yakin, ?-an al- ghalib dan Zan. Rumusan yang dapat dibuat setakat ini ialah, pembuktian itu adalah suatu proses yang berjalan bagi mempastikan kewujudan atau ketidakwujudan sesuatu fakta dengan menggunakan keterangan. Oleh itu, keterangan adalah alat yang digunakan bagi membuktikan sesuatu fakta yang dikemukakan oleh pihak-pihak dalam perbicaraan. Jika fakta ini berjaya dibuktikan, maka ia akan diterima oleh Mahkamah dan akan memberi kelebihan kepada pihak yang membawa fakta tersebut. KONSEP HARTA SEPENCARIAN Topik ini akan cuba melihat sejauhmana konsep keterangan dan pembuktian di atas telah diaplikasikan dalam kes-kes sebenar yang berlaku di Mahkamah Syariah di Malaysia berdasarkan laporan kes dalam Jumal Hukum. Sek. 3, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Melaka mentafsirkan harta sepencarian sebagai: Harta yang diperoleh bersama oleh suami dan isteri semasa perkahwinan mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Seksyen 108 undang-undang yang sama memperuntukkan bahawa mahkamah boleh, atas permohonan, untuk melarang suami atau isteri daripada melupuskan harta yang diperolehi semasa perkahwinan dalam masa prosiding hal ehwal suami isteri belum selesai atau dalam prosiding itu mahkamah boleh membuat perintah di bawah seksyen 122. 33
  • 6. Jurnai Syariah, 15: 1 [2007J 29-42 Seksyen 122 adalah berkaitan pembahagian harta sepencarian, Isu utama adalah seperti berikut: 1. Wujud aset tertentu yang diperolehi dalam masa tempoh perkahwinan. Aset ini sarna ada wang, benda, harta alih atau harta tak alih, 11. Aset yang diperolehi sebelum perkahwinan oleh salah satu pihak yang dimajukan dalam masa perkahwinan oleh salah satu pihak atau keduanya, Dalam keadaan ini, modal adalah diberikan kepada pemodal, sementara keuntungan dijadikan harta sepencarian. 111. Aset diperolehi dengan usaha sarna hendaklah dibahagi sarna banyak setelah mengambilkira : a) takat sumbangan pihak-pihak sarna ada dalam bentuk wang, harta atau kerja, b) apa-apa hutang oleh mana-mana pihak untuk faedah bersama, c) keperluan anak-anak yang belum dewasa, IV. Aset diperolehi dengan usaha tunggal hendaklah dibahagi dengan kadar yang lebih besar kepada pihak usaha tunggal setelah mengambilkira: a) takat sumbangan satu lagi yang tidak memperolehi harta itu yang menyumbang kepada kebajikan dan menjaga keluarga, PEMBUKTIAN KES-KES HARTA SEPENCARIAN- BUKTI KEWUJUDAN HARTA Berdasarkan kepada fakta-fakta isu di atas beberapa prinsip berkaittan pembuktian boleh diketengahkan: Dakwa harta tertentu sebagai harta sepencarian Dalam kes Bukhary Mohd. Noor twn. Aisyah Ismail4 perayu membuat tuntutan terhadap harta arwah bapanya yang telah ditukar nama kepada ibunya dengan mendakwa serahan itu adalah amanah dan bukan hibah. Perayu kemuka bukti 4 Jurnal Hukum, XXIII, Mac 2006, 26 34
  • 7. Pembuktian Dalam Kes Harta Sepencarian Di Mahkamah Syariah Di Malaysia melalui 3 orang saksi, saksi 1 adalah saudara perayu yang ada hak dalam harta sementara saksi 2 dan 3 tidak dapat menerangkan dengan jelas kedudukan harta tersebut. Respondenjuga kemuka bukti iaitu saksi (anak sendiri) bahawa harta yang disuruh bahagi sarna banyak adalah yang sememangnya kepunyaan simati dan bukan yang telah ditukar nama kepada responden. Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan memutuskan bahawa perayu gagal kerana keterangan saksi tidak kuat dan responden diminta bersumpah menafikan. Begitu juga dalam kes Maimon Mohamad Zain lwn. Mohd Azmi Mohd Said5 di mana salah satu tuntutan plaintif adalah wang kepunyaan defendan dalam tabung perkhidmatan tidak disokong oleh dokumen atau lain-lain saksi. Sementara itu, tuntutan bahagian kereta disokong dengan resit booking, bayaran muka dan dokumen pinjaman bank. Hakim mahkamah Tinggi Syariah Seremban menolak tuntutan wang berkenaan dan memerintahkan kereta dibahagi dua kerana bukti cukup. Pembuktian sumbangan tidak langsung Sumbangan tidak langsung biasanya dibuktikan dengan keterangan keadaan (circumstantial evidence). Keterangan keadaan diperuntukkan antara lain dalam seksyen 6 hingga 16 Enakmen Keterangan. Dalam kes Mohamad Ainuddin Mohamad Nasurdin lwn. Rohani Ismail6 Mahkamah Rayuan Syariah Shah Alam menetapkan bahagian 1/3 daripada nilai rumah dan kereta setelah menerima sumbangan khidmat isteri menjaga rumahtangga dan anak-anak. Isteri juga kemuka dua saksi wanita iaitu jiran dan adik responden yang menjadi saksi bahawa responden pemah jual kuih untuk menampung keperluan keluarga selain menguruskan rumahtangga. Panel Hakim berpendapat keterangan ini adalah qarinah terhadap sumbangan tak langsung. Ini bermaksud keterangan dalam bentuk bayyinah adalah diterima dalam kes ini. Pembahagian 1/3 ini juga diberikan kepada isteri yang membuat sumbangan dalam menampung keperluan keluarga seperti rnakanan, peralatan dan pakaian daripada pendapatannya. Dalam kes Norayah bakar lwn. Mohd Adnan Mohd. Amin7 dimana bayaran memperolehi rumah dan tanah dibuat sepenuhnya oleh suami dan isteri menampung keperluan keluarga seperti di atas. Pembuktian ini adalah melalui pengakuan kedua-dua pihak terhadap sumbangan pihak satu lagi. Jurnal Hukurn, XXIII, Mac 2006, 43 Jurnal Hukurn, XXIII, Mac 2006, 54 Jurnal Hukurn, XXIII, Ma 2006, 81 35
  • 8. Jurnal Syariah, J5:J [2007} 29-42 Isteri perlu membuktikan wujudnya sumbangan tak langsung sebagai isteri yang menjaga rumahtangga dan keluarga. Bagi isteri yang bekerja kadangkala menjejaskan sumbangannya terhadap rumahtangga maka ini juga diambilkira. Dalam kes Md. Yusof Abd. Rahman Iwn. Norlia Abd. Aziz8 , perayu membuat rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang telah memberi hak 113 kepada bekas isteri. Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu memutuskan bahawa bekas isteri gagal buktikan sumbangan tak langsung dan dengan itu gagal mendapat bahagian 113 daripada harta yang dituntut sepertimana yang biasa diperolehi oleh isteri yang menjadi surirumah sepenuh masa. Dalam kes ini, isteri ada memberi sedikit sumbangan untuk memperolehi rumah yang dipertikai, dan oleh itu panel hakim memberikan kadar 1/6 daripada nilai rumah berkenaan dengan mengambilkira sumbangan langsung semasa membeli rumah berkenaan (kadar sumbangan langsung adalah 1: 26) dan sedikit sumbangan tak langsung sebagai isteri. Sumbangan secara tidak langsung juga boleh wujud dalam bentuk sumbangan moral. Dalam kes Tengku Ainon Zaharah Iwn. Dato' Dr. Hussein9 diputuskan bahawa perkahwinan dengan kerabat diraja memberi kelebihan kepada status suami dan perkembangannya dalam pemiagaan. Dengan itu bekas isteri mempunyai hak dalam harta bekas suami dan diberikan sekeping tanah. Pembuktian sumbangan langsung Sumbangan langsung biasanya dibuktikan dengan keterangan langsung. Menurut seksyen 47 (1) Enakrnen Keterangan Mahkamah Syariah Melaka 2002, semua keterangan lisan hendaklah secara langsung. Ini bermaksud saksi yang memberi keterangan hendaklah memperolehi maklumat secara langsung terhadap fakta-fakta persoalan seperti ia sendiri melihat atau mendengar perkara yang didakwa itu berlaku. Sumbangan langsung ini biasanya dibuktikan dengan dokumen seperti resit, potongan gaji dan lain-lain. Dalam kes Wan Mohd Azemin Wan Ahmad Iwn. Siti Zabidah Ja'afarlO kedua- dua pihak saling mengaku tentang sumbangan dalam pemilikan rumah dan kereta dan Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan membahagi dua rumah dan kereta tersebut. Kedua-dua pihak mengaku bersama-sama bayar deposit kereta, sarna-sarna bayar wang rumah dan sumbangan wang gaji setiap bulan. Pada masa yang sarna juga hutang yang belum dijelas bagi harta-harta berkenaan juga perlu ditanggung berdua. Jurnai Hukum, XXII Sept. 2005,122 Jurnal Hukum, lIllI, Sept. 1983, 125 10 Jurnai Hukum , XIIII, Mac 2006, 122 36
  • 9. Pembuktian Dalam Kes Haria Sepencarian Di Mahkamah Syariah Di Malaysia Pembuktian sumbangan pasangan yang bekerja sendiri tanpa sumbangan tepat dan tangsung Terdapat sedikit kesukaran dalam menentukan bentuk sumbangan bagi pasangan yang bekerja sendiri. Bahagian ini juga bergantung kepada keterangan keadaan kerana sukar untuk mendapatkan bukti langsung bagaimana pihak-pihak memberikan sumbangan dalam keadaan tidak ada penyata pendapatan, slip gaji, resit bayaran dan lain-lain. Saksi-saksi juga sukar mendapatkan keterangan langsung dalam keadaan ini. Dalam kes Che Abdullah Che Kob twn. Wan Jarah Wan Daudll , kedua-dua pihak bekerja kampung, suami sebagai kelindan, nelayan dan temak, sementara isteri jual makanan dan cucuk tanam. Hakim Bicara sebelum ini telah rnemberikan kepada bekas isteri 1/3 dan bekas suami 2/3 berasaskan sumbangan yang berlebih kurang. Hakim Mahkamah Rayuan Syariah kelantan telah rnernbagi dua harta yang dituntut. Prinsip yang sarna dipakai dalarn kes Hawa Embong twn. Ahmad Muda 12 di mana pasangan yang bekerja sendiri sudah tentu tidak dapat buktikan surnbangan secara spesifik dalarn perolehan setiap harta. Keterangan bahawa wujud usahasarna secara urnurn sudah rnencukupi. Dalarn kes mini dua orang saksi rnemberi keterangan bahawa plaintif dan defendan bersarna ke kebun, berbasikal dan jalan kaki ke tempat kerja rnereka. Pada masa yang sarna, jika masing-rnasing pihak bekerja secara berasingan dan rnernperolehi harta secara berasingan juga maka ia dianggap sebagai hak masing- masing sepertimana yang diputuskan dalarn kes Rogayah Ismail twn. Abd. Razak Sutong l3 di mana ia dianggap bukan harta bersama dan bukan juga harta bercampur. Bekas suami dalam kes ini telah kemuka saksi bapanya dan ini masih diterirna sebagai keterangan yang lemah kerana ada tohrnah. Dalarn keadaan ini, Mahkarnah Rayuan Syariah Kelantan telah rnerninta kedua-dua pihak bersurnpah dan tuntutan keduanya ditolak dan harta yang dituntut bukan harta sepencarian. Kedua-dua pihak gagal buktikan tuntutan rnasing-rnasing atau dikira tidak terbukti (not proved). Begitu juga, semata-mata pembuktian bahawa pihak-pihak bekeIja adalah tidak mencukupi untuk buktikan wujud sumbangan terhadap perolehan harta. Saksi-saksi dan sebarang keterangan perlu dapat mengaitkan bahawa dengan sarna-sarna I I Jurna/ Hukum, XXIII, Nov. 2005, 196 12 Jurna/ Hukum, XXIII, Nov. 2005, 224 13 Jurna/ Hukum, XXIII, Nov. 2005, 306 37
  • 10. Jurnal Syariah. 15:1 [2007} 29-42 bekeIja maka sumbangan ke atas perolehan harta telah berlaku. Dalam kes Isa Abd. Rahman lwn. Fatimah @ Yong Mohamad14 Panel Hakim Mahkamah Rayuan Terengganu mengulas keterangan saksi-saksi responden seperti berikut: a) saksi pertama menyebut bahawa responden menjual minuman dan mee, b) saksi kedua dan ketiga menyatakan bahawa mereka dan responden mengusahakan projek telur ayam, c) saksi keempat memberi keterangan bahawa responden mengusahakan perusahaan sos cili. Panel hakim berpendapat bahawa keterangan keempat-empat saksi tersebut tidak mencukupi bagi menyokong perolehan setiap harta yang dituntut, maka harta berkenaan tidak dianggap sebagai harta sepencarian. Pembuktian Dalam Keadaan Terdapat Anggapan Pemilikan Dan Peranan Sumpah Adalah satu prinsip yang telah diterima bahawa semata-mata mempunyai nama dalam dokumen pemilikan bukanlah bermakna milik mutlak sepenuhnya. Antara lain diputuskan dalam kes Hawa Embong lwn. Ahmad Muda1s . Hakim yang sarna membuat ketetapan ini dalam kes Che Mas Abdullah lwn. Mat Syarie Yaakubl6 . Dalam undang-undang Keterangan, anggapan adalah salah satu fakta yang tidak perlu dibuktikan. lni bermaksud pihak yang menafIkan menanggung beban bukti. Prinsip anggapan fakta ini diperuntukkan dalam seksyen 4(1) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Melaka 2002 seperti berikut: Bilamana diperuntukkan oleh Enakmen ini bahawa Mahkamah boleh menganggap sesuatu fakta sebagai wujud, Mahkamah boleh sama ada menyifatkanfakta itu sebagai terbukti melainkan jika dan sehingga terbukti sebaliknya, atau boleh meminta buktinya. Prinsip anggapan fakta ini diaplikasikan dalam kes pemilikan melalui seksyen 81 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Melaka 2002 yang menyebut: "Apabila soalnya ialah sama ada mana-mana orang adalah pemunya apa-apa juga benda yang dibuktikan sebagai ada dalam miliknya, beban membuktikan bahawa dia bukanlah pemunya benda itu terletak pada orang yang menegaskan bahawa dia bukan pemunyanya". 14 Jurnal Hukum, XXII, Sept. 2006, 67 15 Jurnal Hukum, XXIII, Nov. 2005,224 16 Jurnal Hukum, XIX/I, Feb. 2005, 32 38
  • 11. Pembuklian Dalam Kes HarIa Sepencarian Di Mahkamah Syariah Di Malaysia Sumpah adalah terpakai dalam mensabitkan hak seseorang setelah pihak yang menuntut gaga1 kemukakan bukti. lni diperuntukkan dalam seksyen 72 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah. Sementara seksyen 87 pula memperuntukkan sumpah yang dikembalikan (yamin mardudah) jika pihak plaintif yang diminta bersumpah telah enggan melaksanakan sumpah. Darjah Pembuktian Terhadap Sumbangan Mendapatkan harta Sepencarian Darjah pembuktian bermaksud tahap atau piawai yang berkaitan dengan kepercayaan Mahkamah Syariah sama ada: a) Mahkamah Syariah sendiri percaya kewujudanlketidakwujudan sesuatu fakta atau kes, b) Mahkamah Syariah berpendapat kewujudanlketidakwujudan sesuatu fakta atau kes itu sebegitu mungkin sehingga orang yang berhemah akan bertindak berdasarkan kepada anggapan bahawa perkara yang dipertikaikan itu wujud atau tidak wujud. Dalam konteks Hukum Syarak biasanya tahap yang perlu dicapai sarna ada yakin, zan al- ghalib (besar kemungkinanlberat sangkaltanpa keraguan yang munasabah) atau Zan (pertimbangan kemungkinan). Dua tahap lagi yang tidak diterima ialah syak dan waham. Jika tahap ini cuba untuk dibentuk dalam bentuk darjah atau peratusan, pendekatan ini mungkin boleh dipertimbangkan: 1. Yakin = 100% (Menurut sesetengah kes ia merujuk kepada tahap irresistable conclusion) II. Zan al-ghalib (besar kemungkinanlberat sangkaltanpa keraguan yang munasabah) = 90% hingga 99% 111. Zan = 51% hingga 89% IV. Syak = 50% bagi kedua-dua pihak v. Waham = di bawah 50% Tahap pembuktian adalah sesuatu yang abstrak dan subjektif. Undang-unang hanya menyebut soal kepercayaan dan pendapat Mahkamah terhadap fakta atau kes yang dibentangkan. Jika ada kayu pengukur terhadap tahap ini maka ia boleh diibaratkan seperti neraca timbangan yang mana jika ia meningkat di suatu pihak, maka tahap yang dicapai oleh pihak lain adalah menurun. Jika satu pihak dapat mencapai 100% darjah pembuktian, maka bermakna pihak yang satu lagi berada pada 0%. Begitu juga jika pihak plaintif berjaya buktikan kesnya sehingga mencapai tahap kepercayaan oleh Mahkamah sehingga 80%, maka pihak defendan hanya mampu menimbulkan sedikit kepercayaan mahkamah iaitu di sekitar 20% sahaja. Dalam keadaan ini sudah tentu pihak plaintif akan berjaya mendapat apa yang dituntut. Suatu persoalan lagi ialah bagi mencapai tahap-tahap ini apakah bentuk keterangan yang perlu digunakan. Menurut Jurnhur Ulama, bagi mencapai keyakinan atau tahap tinggi hanya iqriir dan syahadah sahaja yang boleh digunakan. Namun begitu 39
  • 12. Jurnal Syariah, 15:1 [2007} 29-42 Mahkamah Syariah di Malaysia telah menunjukkan bahawa bayyinah juga dipakai dan diterima bagi membuktikan kes. Kes yang menarik untuk diulas ialah Hawa Embong lwn. Ahmad Muda 17 yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu dan dirayu ke Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu. Mahkamah Tinggi Syariah - Fakta persoalan adalah plaintif menuntut hak harta sepencarian ke atas harta pada kadar 112 yang didakwa diperolehi bersama dalam masa perkahwinan sedangkan harta berkenaan atas nama defendan. Merujuk kepada seksyen 74 Enakmen Keterangan iaitu beban bukti terletak kepada orang yang akan gagal jika tiada apa-apa bukti dikemukakan maka Plaintif menanggung beban bukti. Plaintif membuat tuntutan ke atas 10 bidang tanah dan wang simpanan. Tuntutan ke atas tanah disyaratkan oleh Hakim supaya merujuk kepada setiap harta secara spesifik dan tuntutan ke atas wang simpanan dianggap dakwa fasid. Sementara itu, defendan membuat tuntutan balas ke atas sebidang tanah dan peralatan serta perkakas rumah. Hakim merujuk kepada seksyen 73 dan 74 Enakmen Keterangan dan berpendapat. Hakim Bicara berpendapat pembuktian oleh plaintif hendaklah mencapai darjah keyakinan atau ghalabah aI-zan atau berat sangka. Plaintif ada mengemukakan dua orang saksi yang memberi keterangan tentang wujudnya sumbangan plaintif dalam memperolehi harta tetapi tidak merujuk kepada harta yang mana satu dan saksi-saksi memberi keterangan yang kurang jelas berkaitan tuntutan plaintif. Hakim Bicara juga berpendapat darjah pembuktian oleh defendan dalam tuntutan balasnya adalah yakin atau tahap yang paling berat dan ini juga gagaI dicapai oleh plaintif. Dakwaan defendan tidak disokong oleh sebarang keterangan. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah menolak tuntutan dan tuntutan balas. Kes ini kemudiannya dirayu ke Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu yang didengar oleh Y.A.A. Datuk Syeikh Ghazali, Y.A.A. Dato' Hj. Mohamad Asri Abdullah dan Y.A.A. Dato' Hj. Abd. Hamid Hj. Abd. Rahman. Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa 5 keping tanah yang dituntut adalah harta sepencarian dan dibahagi dua. Sementara 5 keping lagi bukan harta sepencarian tetapi adalah harta pusaka dan wang simpanan adalah milik defendan sepenubnya setelah defendan berjaya membuktikannya. Panel berpendapat bahawa apa yang penting menurut Hukum Syarak bahawa harta yang dituntut adalah diketahui dan dimaklumi sepertirnana yang diucapkan oleh perayu. Keterangan yang menyokong tuntutan perayu ialah : 17 Jurnal Hukum, XXIII, Nov. 2005, 224 dan 247 40
  • 13. Pembuklian Dalam Kes Haria Sepencarian Di Mahkamah Syariah Di Malaysia a) defendan sendiri ada mengakui sebagai harta yang dimiliki dalam tempoh perkahwinan dan perayu ada mengusahakannya bersama termasuk perayu menjaga anak, b) dakwaan perayu adalah disokong dua orang saksi yang menyatakan dengan jelas seperti saksi pertama melihat perayu dan responden sama- sarna ke kebun. Saksi kedua juga nampak keduanya berkebun, berkedai, menoreh getah dan melihat perayu memakai pakaian menoreh getah. Panel Hakim juga berpendapat telah wujud sumbangan langsung dan tidak langsung oleh perayu. Sumbangan langsung melalui sarna-sarna bekerja sementara yang tidak langsung adalah menjaga keluarga. Mahkamah Rayuan syariah tidak menyentuh soal darjah beban pembuktian namun dapat difahami sarna ada darjahnya lebih rendah iaitu sekadar zan (pertimbangan kemungkinan) atau darjah pembuktian masih sarna dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah namun menggunapakai kandungan tafsiran darjah pembuktian yang yang berbeza. Keterangan pihak perayu mengandungi iqrar, saksi dan qarinah yang dikira mencapai tahap yang melepasi beban pembuktiannya. Dalam kes ini juga nampaknya sumbangan langsung bukanlah bermaksud ianya perlu dibuktikan secara spesifik kepada setiap harta yang dituntut. KESIMPULAN Akhirnya, perkara-perkara ini dapat dirumuskan: 1. Pihak yang membuat tuntutan atau dakwaan perlu mengemukakan bukti atau keterangan. Keterangan termasuklah bayyinah, syahadah, keterangan lisan dan keterangan dokumentar. 11. Pembuktian adalah proses bagi meyakinkan mahkamah tentang kewujudan atau ketidakwujudan sesuatu kes atau fakta yang. dipertikaikan. 111. Pihak menuntut dalam kes harta sepencarian perlu buktikan perkara-perkara berikut: a) Kewujudan harta sepencarian, b) Sumbangan yang telah diberikan sarna ada langsung atau tidak, dan c) Takat sumbangan yang telah diberikan 41