SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
1
Pembelajaran Authentic untuk abad ke-21: Satu Tinjauan"
oleh Marilyn M. Lombardi
a) Apakah elemen-elemen pembelajaran autentik?
Pembelajaran autentik yang lebih memberikan tumpuan kepada kepada keadaan dunia
sebenar ataupun situasi nyata, masalah-masalah yang lebih rumit dengan penyelesaiannya,
menggunakan latihan main peranan, aktiviti-aktiviti berasaskan masalah, kajian kes, dan
penyertaan di dalam komuniti amalan maya mampu menyediakan persekitaran pembelajaran
pelbagai bidang. Persekitaran pembelajaran autentik dijalankan dengan mendedahkan pelajar
dengan aktiviti memainkan peranan dalam aplikasi dunia sebenar seperti dalam bidang
pengurusan bandar, pembinaan rumah, menerbangkan kapal terbang, menetapkan bajet dan
menyelesaikan jenayah.
Para penyelidik telah membahagikan intipati pembelajaran autentik kepada 10 elemen
reka bentuk yang akan menyediakan pendidik dengan senarai semak yang berguna dan boleh
diadaptasikan dalam mana-mana mata pelajaran yang akan diajar. Berikut merupakan
elemen-elemen pembelajaran autentik yang dinyatakan di dalam artikel Marilyn M.
Lombardi:
i) Berkaitan dengan dunia sebenar
Aktiviti-aktiviti pembelajaran autentik yang berkaitan dengan dunia sebenar adalah
sepadan dengan tugasan-tugasan profesional dalam dunia sebenar pelajar. Dalam
pembelajaran ini, pelajar akan diminta untuk bekerja secara aktif dengan konsep-
konsep abstrak, fakta-fakta, dan formula yang realistik dan peniruan kepada konsep
sebenar. Dengan itu, pembelajaran autentik menggalakkan pemikiran kritis dan proses
meniru sesuatu daripada keadaan sebenar.
ii) Masalah yang tidak jelas ataupun terbuka
Pembelajaran autentik diperlukan apabila terdapat cabaran yang tidak boleh
diselesaikan dengan mudah dan memerlukan pelajar mengenalpasti sub-sub tugas
yang diperlukan dalam menyelesaikan sesuatu aktiviti. Penyelesaian masalah dalam
pembelajaran autentik tidak dapat dijelaskan dan sangat terbuka kepada pelbagai
anggapan dan kaedah, adalah lebih baik daripada mudah diselesaikan dengan
2
penggunaan satu algoritma yang telah ditetapkan atau satu jenis penyelesaian yang
telah sedia ada.
iii) Penyiasatan yang berterusan.
Pembelajaran autentik diperlukan dalam penyelesaian masalah yang tidak dapat
diselesaikan dalam jangka masa yang pendek. Aktiviti-aktiviti pembelajaran autentik
merangkumi tugasan-tugasan rumit yang perlu disiasat oleh para pelajar dalam jangka
masa yang diberikan.
iv) Pelbagai sumber dan perspektif
Aktiviti pembelajaran autentik memberikan peluang kepada para pelajar untuk
mengkaji tugas mereka dari pelbagai perspektif teori dan praktikal dengan
menggunakan pelbagai sumber. Mereka diperlukan melihat dari pelbagai perspektif
terhadap sesuatu perkara dan digalakkan untuk memberikan pelbagai pendapat.
Mereka juga perlu membezakan maklumat yang relevan dan tidak relevan dalam
proses penyelesaian tugasan tersebut.
v) Kolaboratif
Pembelajaran autentik menyokong pengetahuan dalam membentuk kolaboratif kerana
sebarang kejayaan tidak akan tercapai sekiranya pelajar berkerja secara individu.
Dalam pembelajaran autentik yang menjurus kepada aktiviti berkumpulan berbanding
individu, kerjasama amat penting dalam menyelesaikan sesuatu tugasan sepertimana
yang berlaku di dalam tugasan ataupun dalam keadaan dunia sebenar.
vi) Menggalakkan refleksi (metakognisi)
Aktiviti-aktiviti pembelajaran autentik membolehkan para pelajar membuat pilihan
dan refleksi terhadap pembelajaran mereka sama ada secara individu, sebagai satu
pasukan ataupun sebagai sebuah komuniti. Dengan itu, pelajar berpeluang
membandingkan ataupun menunjukkan perbezaan kemahiran secara positif.
vii) Perspektif merentas disiplin subjek
3
Pembelajaran autentik tidak hanya terhad kepada satu domain tunggal ataupun
tertakluk kepada pengkhususan tertentu. Sebaliknya, aktiviti-aktiviti di dalam
pembelajaran autentik mempunyai kesan yang berpanjangan ke disiplin tertentu yang
mana menggalakkan perspektif para pelajar dengan mengadaptasi pelbagai peranan,
kemahiran dan berfikir di dalam disiplin tersebut.
viii) Penilaian bersepadu
Penilaian dalam pembelajaran autentik adalah secara integrasi menyeluruh dengan
bukan sahaja sekadar sumatif di dalam aktiviti-aktiviti autentik tetapi juga terjalin
dengan baik ke dalam tugasan utama yang mencerminkan proses penilaian dalam
dunia sebenar.
ix) Produk yang diperhalus
Aktiviti-aktiviti pembelajaran autentik berakhir dengan penciptaan sesuatu produk
secara keseluruhannya dengan nilai dan makna dengan cara yang tersendiri, lebih baik
daripada penghasilan hanya untuk memenuhi persediaan sesuatu.
x) Tafsiran dan hasil yang pelbagai
Pembelajaran autentik menyediakan tafsiran dan membenarkan kepelbagaian hasil
penyelesaian masalah iaitu secara lebih terbuka yang lebih baik daripada satu sahaja
langkah penyelesaian.
b) Bagaimana anda akan mengaplikasi pembelajaran autentik dalam mata pelajaran
yang anda ajar?
4
Pembelajaran autentik amat sesuai diaplikasikan dalam mata pelajaran sains kerana
sains adalah sikap ingin tahu, memerlukan pemerhatian dan penaklukan mengenai dunia
sebenar. Dengan itu, sebagai seorang pendidik saya perlu bijak merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai dan boleh menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara
aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya hasil pembelajaran boleh dicapai
dengan jayanya. Pembelajaran sains telah mengalami transformasi secara berperingkat dari
masa ke semasa mengikut perubahan kurikulum pendidikan negara. Isu kemorosotan minat
para pelajar terhadap bidang sains sering diperdebatkan pada masa kini rentetan kedudukan
negara kita di tangga kedua tercorot di Asia Tenggara iaitu berada di belakang Vietnam
dalam ujian di peringkat antarabangsa seperti Program Penilaian Antarabangsa Pelajar
(PISA) dan Pengajian Antarabangsa Matematik dan Sains (TIMSS). Laporan keputusan ini
telah membuktikan bahawa prestasi pelajar negara kita masih belum cukup cemerlang dalam
taraf piawaian antarabangsa.
Masalah ini wujud disebabkan oleh persepsi negatif daripada kalangan pelajar itu
sendiri terhadap mata pelajaran sains. Kebanyakan pelajar tidak mempunyai minat yang
tinggi dalam mata pelajaran Sains kerana mereka beranggapan bahawa Sains merupakan
suatu mata pelajaran yang sukar difahami dan perlu menghafal. Mereka kurang memberikan
tumpuan di dalam kelas dan agak pasif dalam melibatkan diri dalam aktiviti dan
perbincangan dalam kumpulan. Pelajar mudah berasa bosan dan mencari peluang untuk
bermain semasa pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pelajar juga beranggapan bahawa
pembelajaran sains hanyalah bertujuan untuk memastikan mereka lulus di dalam peperiksaan.
Perkara ini telah mempengaruhi kualiti pengajaran dan pembelajaran dimana objektif
pembelajaran tidak dapat dicapai.
Pembelajaran mata pelajaran Sains sebenarnya merupakan suatu proses interaksi
dengan dunia sebenar, iaitu secara berterusan menganalisa dan menginterpretasi maklumat
baru yang diterima dan menghubungkaitkannya dengan dunia sebenar. Pemilihan
persekitaran pembelajaran yang sesuai dan bermakna perlu dilaksanakan untuk menjadikan
pembelajaran pelajar relevan kepada pengalaman hidup sebenar. Justeru, pembelajaran Sains
secara konvensional iaitu melalui tutorial dimana pelajar secara pasif menerima sahaja semua
maklumat yang diberikan adalah tidak sejajar dengan kaedah pembelajaran yang mengaitkan
dan berasaskan kepada dunia sebenar. Pembelajaran Sains sepatutnya sesuatu yang
5
menyeronokkan dimana pelajar berpeluang meneroka dunia sebenar berasaskan perspektif
sains. Oleh itu, proses pembelajaran sains yang berkesan sebenarnya mempengaruhi minat
pelajar dalam sains.
Sebagai seorang pendidik, saya perlu merancang dengan teliti kaedah dan teknik
pembelajaran mengikut kecerdasan pelbagai pelajar untuk menarik minat pelajar mempelajari
sesuatu topik sains dengan mudah dan berkesan. Saya akan memastikan pelajar saya
mendapat ilmu pengetahuan sains secara bermakna melalui pembelajaran autentik dan
bukannya belajar untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan semata-mata. Aktiviti-
aktiviti pembelajaran autentik yang perlu diterapkan dalam mata pelajaran sains adalah
seperti eksperimen, perbincangan, aktiviti pembelajaran berkumpulan, “hands-on”, simulasi,
projek, lawatan, penggunaan sumber luar dan penggunaan teknologi.
Bagi menyokong pembelajaran autentik, saya akan menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran sains bagi menggalakkan interaksi sosial yang
aktif di kalangan pelajar. Pembelajaran koperatif mampu menyediakan suasana pembelajaran
yang aktif serta berupaya mengubah situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang
dinamik dan berpusatkan pelajar. Selain itu, pembelajaran koperatif juga mampu
meningkatkan kemahiran kognitif pelajar kerana mereka perlu berhubung rapat, saling
memenuhi dan bantu-membantu untuk mencapai matlamat yang ditetapkan di dalam sesuatu
tugasan.
Pembelajaran melalui aktiviti “hands-on” yang merupakan pembelajaran autentik
mampu memberikan pelajar pengalaman sebenar terhadap konteks pembelajaran sains yang
dijalankan di dalam bilik darjah. Saya sering mempraktikkan pembelajaran sains melalui
aktiviti “hands-on” di dalam bilik darjah yang memerlukan pelajar terlibat secara praktikal
dengan memanipulasikan bahan-bahan yang ada iaitu benda hidup dan bukan hidup. Melalui
aktiviti “hands-on”, pelajar akan lebih memahami pembelajaran yang diperolehi daripada
pengalaman sendiri melalui penyelesaian masalah. Penggunaan aktiviti “hands-on” dalam
pembelajaran Sains telah menunjukkan impak yang positif terhadap diri pelajar, terutamanya
dari segi minat, penglibatan serta pencapaian mereka dalam Sains. Selain itu, pembelajaran
secara “hands-on” merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan dan jelas serta
meningkatkan perasaan ingin tahu, kompetensi serta kreativiti melalui aktiviti yang
dijalankan secara amali. Pelajar juga boleh mengingati pelajaran yang diajar lebih lama
6
dalam aktiviti yang melibatkan “hands-on” berbandingn pembelajaran konvensional di mana
guru hanya menyampaikan semua maklumat dan pelajar hanya mendengar.
Selain “hands-on”, saya juga akan menggunakan kaedah simulasi berkomputer di
dalam pembelajaran sains. Kaedah ini sesuai dalam pembelajaran sains kerana mampu
meningkatkan motivasi, menambahkan pembelajaran kognitif terhadap sesuatu fakta,
memudahkan pelajar memahami sesuatu proses, meningkatkan kemahiran kritis, mampu
menyesuaikan diri pelajar dengan situasi yang berbeza, membangunkan sikap positif pelajar
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi
dan sosial pelajar. Penggunaan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran sains
mempunyai beberapa kelebihan antaranya adalah mampu memastikan pelajar aktif dalam
eksplorasi dan belajar sesuatu. Pelajar lebih mudah memahami dan mengingati isi pelajaran
yang telah dipelajari melalui pembelajaran secara realistik dan sebenar. Oleh itu,
pembelajaran simulasi berkomputer amat berjaya dalam mewujudkan suasana pembelajaran
yang menyeronokkan dan produktif.
Sebagai kesimpulan, sebagai seorang pendidik saya perlulah berusaha
mempelbagaikan strategi pengajaran dan aktiviti pembelajarannya agar pelajar lebih
meminati sains. Pelajar akan mudah berasa bosan dengan kaedah dan teknik pengajaran yang
kekal sama. Kaedah pembelajaran autentik perlu diterapkan dengan mengambil kira
kesesuaian setiap topik yang diajar kerana topik yang berlainan memerlukan strategi
pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang tersendiri. Pelajar akan lebih bermotivasi dan
bersedia untuk belajar sains apabila mereka dapat mengetahui sebab dan kegunaan belajar
sains. Justeru, saya perlu mahir dalam memanipulasikan strategi pengajaran agar sesi
pembelajaran sains di dalam kelas akan menjadi lebih mudah dan menarik bagi para pelajar.
Tumpuan dan perhatian pelajar yang baik akan memudahkan saya melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

More Related Content

What's hot

Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralPembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralJamaliah Harun
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita alin4box
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirNur Aini
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)Aiisy Afifah
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumDoEy Mas
 
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi Is Fakarizam
 
Langkah untuk membina kurikulum dalam model tyler
Langkah untuk membina kurikulum dalam model tylerLangkah untuk membina kurikulum dalam model tyler
Langkah untuk membina kurikulum dalam model tylerFatimah Al-Dayana
 
Sekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang MuridSekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang MuridVince Here
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makronanisaaid
 
Kajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan KualitatifKajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan KualitatifTunMastura
 
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...FaFai S.
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasi
Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasiKemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasi
Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasiSohib AlQuran
 
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRISiti Ayu Megawati
 

What's hot (20)

TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
Model sosial
Model sosialModel sosial
Model sosial
 
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralPembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
 
Pentaksiran Autentik
Pentaksiran AutentikPentaksiran Autentik
Pentaksiran Autentik
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita
 
Analisis item
Analisis itemAnalisis item
Analisis item
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulum
 
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
 
Langkah untuk membina kurikulum dalam model tyler
Langkah untuk membina kurikulum dalam model tylerLangkah untuk membina kurikulum dalam model tyler
Langkah untuk membina kurikulum dalam model tyler
 
Sekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang MuridSekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang Murid
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makro
 
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahKepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
 
Kajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan KualitatifKajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan Kualitatif
 
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasi
Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasiKemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasi
Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasi
 
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
 

Similar to Pembelajaran authentic untuk abad ke 21 satu tinjauan

Tugasan autentik
Tugasan autentikTugasan autentik
Tugasan autentikHK Chew
 
Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni HalusKonstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni HalusLamino Aliya
 
Bahan model murugan
Bahan model muruganBahan model murugan
Bahan model muruganChekgu Veevi
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5Zulfadhli Zulpress
 
Project based learning
Project based learningProject based learning
Project based learningliaw5
 
KONSEP PROJECT-BASED LEARNING
KONSEP PROJECT-BASED LEARNINGKONSEP PROJECT-BASED LEARNING
KONSEP PROJECT-BASED LEARNINGZahidah Harun
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikstephchun93
 
konstruktivisme untuk pengajaran
konstruktivisme untuk pengajarankonstruktivisme untuk pengajaran
konstruktivisme untuk pengajarancik noorlyda
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualCma Usin
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikchummyk
 

Similar to Pembelajaran authentic untuk abad ke 21 satu tinjauan (20)

Tugasan autentik
Tugasan autentikTugasan autentik
Tugasan autentik
 
CTL
CTLCTL
CTL
 
Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni HalusKonstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus
 
Bahan model murugan
Bahan model muruganBahan model murugan
Bahan model murugan
 
Abm teori vygotsky
Abm teori vygotskyAbm teori vygotsky
Abm teori vygotsky
 
Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5
 
Integrasi dalam pengajaran
Integrasi dalam pengajaranIntegrasi dalam pengajaran
Integrasi dalam pengajaran
 
Maujud..
Maujud..Maujud..
Maujud..
 
Bab 9 pj nota
Bab 9 pj notaBab 9 pj nota
Bab 9 pj nota
 
Topik 1
Topik 1Topik 1
Topik 1
 
Project based learning
Project based learningProject based learning
Project based learning
 
KONSEP PROJECT-BASED LEARNING
KONSEP PROJECT-BASED LEARNINGKONSEP PROJECT-BASED LEARNING
KONSEP PROJECT-BASED LEARNING
 
Teaching approach 2
Teaching approach 2Teaching approach 2
Teaching approach 2
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
Artikel Mini KT
Artikel Mini KTArtikel Mini KT
Artikel Mini KT
 
konstruktivisme untuk pengajaran
konstruktivisme untuk pengajarankonstruktivisme untuk pengajaran
konstruktivisme untuk pengajaran
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
Isl rbt 2014
Isl rbt 2014Isl rbt 2014
Isl rbt 2014
 

Recently uploaded

Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 

Recently uploaded (11)

Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 

Pembelajaran authentic untuk abad ke 21 satu tinjauan

  • 1. 1 Pembelajaran Authentic untuk abad ke-21: Satu Tinjauan" oleh Marilyn M. Lombardi a) Apakah elemen-elemen pembelajaran autentik? Pembelajaran autentik yang lebih memberikan tumpuan kepada kepada keadaan dunia sebenar ataupun situasi nyata, masalah-masalah yang lebih rumit dengan penyelesaiannya, menggunakan latihan main peranan, aktiviti-aktiviti berasaskan masalah, kajian kes, dan penyertaan di dalam komuniti amalan maya mampu menyediakan persekitaran pembelajaran pelbagai bidang. Persekitaran pembelajaran autentik dijalankan dengan mendedahkan pelajar dengan aktiviti memainkan peranan dalam aplikasi dunia sebenar seperti dalam bidang pengurusan bandar, pembinaan rumah, menerbangkan kapal terbang, menetapkan bajet dan menyelesaikan jenayah. Para penyelidik telah membahagikan intipati pembelajaran autentik kepada 10 elemen reka bentuk yang akan menyediakan pendidik dengan senarai semak yang berguna dan boleh diadaptasikan dalam mana-mana mata pelajaran yang akan diajar. Berikut merupakan elemen-elemen pembelajaran autentik yang dinyatakan di dalam artikel Marilyn M. Lombardi: i) Berkaitan dengan dunia sebenar Aktiviti-aktiviti pembelajaran autentik yang berkaitan dengan dunia sebenar adalah sepadan dengan tugasan-tugasan profesional dalam dunia sebenar pelajar. Dalam pembelajaran ini, pelajar akan diminta untuk bekerja secara aktif dengan konsep- konsep abstrak, fakta-fakta, dan formula yang realistik dan peniruan kepada konsep sebenar. Dengan itu, pembelajaran autentik menggalakkan pemikiran kritis dan proses meniru sesuatu daripada keadaan sebenar. ii) Masalah yang tidak jelas ataupun terbuka Pembelajaran autentik diperlukan apabila terdapat cabaran yang tidak boleh diselesaikan dengan mudah dan memerlukan pelajar mengenalpasti sub-sub tugas yang diperlukan dalam menyelesaikan sesuatu aktiviti. Penyelesaian masalah dalam pembelajaran autentik tidak dapat dijelaskan dan sangat terbuka kepada pelbagai anggapan dan kaedah, adalah lebih baik daripada mudah diselesaikan dengan
  • 2. 2 penggunaan satu algoritma yang telah ditetapkan atau satu jenis penyelesaian yang telah sedia ada. iii) Penyiasatan yang berterusan. Pembelajaran autentik diperlukan dalam penyelesaian masalah yang tidak dapat diselesaikan dalam jangka masa yang pendek. Aktiviti-aktiviti pembelajaran autentik merangkumi tugasan-tugasan rumit yang perlu disiasat oleh para pelajar dalam jangka masa yang diberikan. iv) Pelbagai sumber dan perspektif Aktiviti pembelajaran autentik memberikan peluang kepada para pelajar untuk mengkaji tugas mereka dari pelbagai perspektif teori dan praktikal dengan menggunakan pelbagai sumber. Mereka diperlukan melihat dari pelbagai perspektif terhadap sesuatu perkara dan digalakkan untuk memberikan pelbagai pendapat. Mereka juga perlu membezakan maklumat yang relevan dan tidak relevan dalam proses penyelesaian tugasan tersebut. v) Kolaboratif Pembelajaran autentik menyokong pengetahuan dalam membentuk kolaboratif kerana sebarang kejayaan tidak akan tercapai sekiranya pelajar berkerja secara individu. Dalam pembelajaran autentik yang menjurus kepada aktiviti berkumpulan berbanding individu, kerjasama amat penting dalam menyelesaikan sesuatu tugasan sepertimana yang berlaku di dalam tugasan ataupun dalam keadaan dunia sebenar. vi) Menggalakkan refleksi (metakognisi) Aktiviti-aktiviti pembelajaran autentik membolehkan para pelajar membuat pilihan dan refleksi terhadap pembelajaran mereka sama ada secara individu, sebagai satu pasukan ataupun sebagai sebuah komuniti. Dengan itu, pelajar berpeluang membandingkan ataupun menunjukkan perbezaan kemahiran secara positif. vii) Perspektif merentas disiplin subjek
  • 3. 3 Pembelajaran autentik tidak hanya terhad kepada satu domain tunggal ataupun tertakluk kepada pengkhususan tertentu. Sebaliknya, aktiviti-aktiviti di dalam pembelajaran autentik mempunyai kesan yang berpanjangan ke disiplin tertentu yang mana menggalakkan perspektif para pelajar dengan mengadaptasi pelbagai peranan, kemahiran dan berfikir di dalam disiplin tersebut. viii) Penilaian bersepadu Penilaian dalam pembelajaran autentik adalah secara integrasi menyeluruh dengan bukan sahaja sekadar sumatif di dalam aktiviti-aktiviti autentik tetapi juga terjalin dengan baik ke dalam tugasan utama yang mencerminkan proses penilaian dalam dunia sebenar. ix) Produk yang diperhalus Aktiviti-aktiviti pembelajaran autentik berakhir dengan penciptaan sesuatu produk secara keseluruhannya dengan nilai dan makna dengan cara yang tersendiri, lebih baik daripada penghasilan hanya untuk memenuhi persediaan sesuatu. x) Tafsiran dan hasil yang pelbagai Pembelajaran autentik menyediakan tafsiran dan membenarkan kepelbagaian hasil penyelesaian masalah iaitu secara lebih terbuka yang lebih baik daripada satu sahaja langkah penyelesaian. b) Bagaimana anda akan mengaplikasi pembelajaran autentik dalam mata pelajaran yang anda ajar?
  • 4. 4 Pembelajaran autentik amat sesuai diaplikasikan dalam mata pelajaran sains kerana sains adalah sikap ingin tahu, memerlukan pemerhatian dan penaklukan mengenai dunia sebenar. Dengan itu, sebagai seorang pendidik saya perlu bijak merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan boleh menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya hasil pembelajaran boleh dicapai dengan jayanya. Pembelajaran sains telah mengalami transformasi secara berperingkat dari masa ke semasa mengikut perubahan kurikulum pendidikan negara. Isu kemorosotan minat para pelajar terhadap bidang sains sering diperdebatkan pada masa kini rentetan kedudukan negara kita di tangga kedua tercorot di Asia Tenggara iaitu berada di belakang Vietnam dalam ujian di peringkat antarabangsa seperti Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA) dan Pengajian Antarabangsa Matematik dan Sains (TIMSS). Laporan keputusan ini telah membuktikan bahawa prestasi pelajar negara kita masih belum cukup cemerlang dalam taraf piawaian antarabangsa. Masalah ini wujud disebabkan oleh persepsi negatif daripada kalangan pelajar itu sendiri terhadap mata pelajaran sains. Kebanyakan pelajar tidak mempunyai minat yang tinggi dalam mata pelajaran Sains kerana mereka beranggapan bahawa Sains merupakan suatu mata pelajaran yang sukar difahami dan perlu menghafal. Mereka kurang memberikan tumpuan di dalam kelas dan agak pasif dalam melibatkan diri dalam aktiviti dan perbincangan dalam kumpulan. Pelajar mudah berasa bosan dan mencari peluang untuk bermain semasa pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pelajar juga beranggapan bahawa pembelajaran sains hanyalah bertujuan untuk memastikan mereka lulus di dalam peperiksaan. Perkara ini telah mempengaruhi kualiti pengajaran dan pembelajaran dimana objektif pembelajaran tidak dapat dicapai. Pembelajaran mata pelajaran Sains sebenarnya merupakan suatu proses interaksi dengan dunia sebenar, iaitu secara berterusan menganalisa dan menginterpretasi maklumat baru yang diterima dan menghubungkaitkannya dengan dunia sebenar. Pemilihan persekitaran pembelajaran yang sesuai dan bermakna perlu dilaksanakan untuk menjadikan pembelajaran pelajar relevan kepada pengalaman hidup sebenar. Justeru, pembelajaran Sains secara konvensional iaitu melalui tutorial dimana pelajar secara pasif menerima sahaja semua maklumat yang diberikan adalah tidak sejajar dengan kaedah pembelajaran yang mengaitkan dan berasaskan kepada dunia sebenar. Pembelajaran Sains sepatutnya sesuatu yang
  • 5. 5 menyeronokkan dimana pelajar berpeluang meneroka dunia sebenar berasaskan perspektif sains. Oleh itu, proses pembelajaran sains yang berkesan sebenarnya mempengaruhi minat pelajar dalam sains. Sebagai seorang pendidik, saya perlu merancang dengan teliti kaedah dan teknik pembelajaran mengikut kecerdasan pelbagai pelajar untuk menarik minat pelajar mempelajari sesuatu topik sains dengan mudah dan berkesan. Saya akan memastikan pelajar saya mendapat ilmu pengetahuan sains secara bermakna melalui pembelajaran autentik dan bukannya belajar untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan semata-mata. Aktiviti- aktiviti pembelajaran autentik yang perlu diterapkan dalam mata pelajaran sains adalah seperti eksperimen, perbincangan, aktiviti pembelajaran berkumpulan, “hands-on”, simulasi, projek, lawatan, penggunaan sumber luar dan penggunaan teknologi. Bagi menyokong pembelajaran autentik, saya akan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran sains bagi menggalakkan interaksi sosial yang aktif di kalangan pelajar. Pembelajaran koperatif mampu menyediakan suasana pembelajaran yang aktif serta berupaya mengubah situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamik dan berpusatkan pelajar. Selain itu, pembelajaran koperatif juga mampu meningkatkan kemahiran kognitif pelajar kerana mereka perlu berhubung rapat, saling memenuhi dan bantu-membantu untuk mencapai matlamat yang ditetapkan di dalam sesuatu tugasan. Pembelajaran melalui aktiviti “hands-on” yang merupakan pembelajaran autentik mampu memberikan pelajar pengalaman sebenar terhadap konteks pembelajaran sains yang dijalankan di dalam bilik darjah. Saya sering mempraktikkan pembelajaran sains melalui aktiviti “hands-on” di dalam bilik darjah yang memerlukan pelajar terlibat secara praktikal dengan memanipulasikan bahan-bahan yang ada iaitu benda hidup dan bukan hidup. Melalui aktiviti “hands-on”, pelajar akan lebih memahami pembelajaran yang diperolehi daripada pengalaman sendiri melalui penyelesaian masalah. Penggunaan aktiviti “hands-on” dalam pembelajaran Sains telah menunjukkan impak yang positif terhadap diri pelajar, terutamanya dari segi minat, penglibatan serta pencapaian mereka dalam Sains. Selain itu, pembelajaran secara “hands-on” merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan dan jelas serta meningkatkan perasaan ingin tahu, kompetensi serta kreativiti melalui aktiviti yang dijalankan secara amali. Pelajar juga boleh mengingati pelajaran yang diajar lebih lama
  • 6. 6 dalam aktiviti yang melibatkan “hands-on” berbandingn pembelajaran konvensional di mana guru hanya menyampaikan semua maklumat dan pelajar hanya mendengar. Selain “hands-on”, saya juga akan menggunakan kaedah simulasi berkomputer di dalam pembelajaran sains. Kaedah ini sesuai dalam pembelajaran sains kerana mampu meningkatkan motivasi, menambahkan pembelajaran kognitif terhadap sesuatu fakta, memudahkan pelajar memahami sesuatu proses, meningkatkan kemahiran kritis, mampu menyesuaikan diri pelajar dengan situasi yang berbeza, membangunkan sikap positif pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan sosial pelajar. Penggunaan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran sains mempunyai beberapa kelebihan antaranya adalah mampu memastikan pelajar aktif dalam eksplorasi dan belajar sesuatu. Pelajar lebih mudah memahami dan mengingati isi pelajaran yang telah dipelajari melalui pembelajaran secara realistik dan sebenar. Oleh itu, pembelajaran simulasi berkomputer amat berjaya dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan produktif. Sebagai kesimpulan, sebagai seorang pendidik saya perlulah berusaha mempelbagaikan strategi pengajaran dan aktiviti pembelajarannya agar pelajar lebih meminati sains. Pelajar akan mudah berasa bosan dengan kaedah dan teknik pengajaran yang kekal sama. Kaedah pembelajaran autentik perlu diterapkan dengan mengambil kira kesesuaian setiap topik yang diajar kerana topik yang berlainan memerlukan strategi pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang tersendiri. Pelajar akan lebih bermotivasi dan bersedia untuk belajar sains apabila mereka dapat mengetahui sebab dan kegunaan belajar sains. Justeru, saya perlu mahir dalam memanipulasikan strategi pengajaran agar sesi pembelajaran sains di dalam kelas akan menjadi lebih mudah dan menarik bagi para pelajar. Tumpuan dan perhatian pelajar yang baik akan memudahkan saya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.