SlideShare a Scribd company logo
Monday, September 1, 2008 
Menggunakan papan tulis secara optima 
Papan tulis jika dimanfaatkan secara optima menjadi media yang efektif dalam pencapaian 
kompetensi hasil belajar murid. Media atau teknologi yang dikatakan efektif untuk mengekplorasi 
kompetensi murid ialah apabila: 
(1) Digunakan untuk menyajikan maklumat secara sistematik. 
(2) Memperjelas idea-idea yang masih kabur dalam sumber belajar lain. 
(3) Memberikan penerangkan kontekstual terhadap isi pelajaran. 
(4) Maklumat yang disajikan dapat dilihat/dibaca dengan jelas oleh sebagian besar murid. 
(5) Kesan dari maklumat yang disajikan menarik dan memiliki makna (misalnya dengan penggunaan 
warna, grafik, jadual). 
(6) Dapat dimanfaatkan secara seimbang antara kegiatan guru dan kegiatan murid. 
Jika papan tulis dianggap sebagai sebuah bidang utuh, maka bidang tersebut dapat dibahagikan 
secara khayal oleh guru kepada tiga bahagian. 
Bahagian tersebut komposisinya adalah 20% di sebelah kiri, 60% di tengah, dan 20% di sebelah 
kanan. 
Bahagian kiri untuk menuliskan fokus pembelajaran, dan sering juga dikenal sebagai tujuan 
pembelajaran. Bahagian ini harus dipertahankan tidak dihapus sebelum pelajaran diakhiri . 
Bahagian tengah dapat digunakan oleh guru untuk menulis bahan pembelajaran dan juga digunakan 
sebagai tempat untuk unjuk kerja murid dalam menyelesaikan soalan latihan. 
Bahagian tengah dapat ditulis-dihapus berkali-kali selama proses pembelajaran berlangsung. 
Bahagian kanan dari papan tulis digunakan untuk menuliskan kesimpulan-kesimpulan hasil proses 
pembelajaran. Kesimpulan tersebut harus ditulis secara sistematik dan dapat dibandingkan 
korelasinya dengan indikator hasil belajar. 
Jika murid telah memiliki buku cetak dan sumber belajar yang lengkap, bahagian di papan tulis kanan 
tetap perlu ditulis kembali sebagai rangkuman yang dapat mengingatkan kepentingan maklumat 
selama proses pembelajaran. 
Penggunaan lain papan tulis 
 Papan tulis juga dapat digunakan sebagai media untuk menempelkan atau menayangkan 
maklumat. 
 Poster-poster atau hasil pembuatan peta konsep murid dan guru pada kad manila dapat 
ditampalkan pada papan tulis untuk menggantikan kaedah menulis. 
 Jika papan tulis yang dimiliki sekolah berwarna putih, papan tulis tersebut juga dapat 
dimanfaatkan sebagai pengganti layar untuk menayangkan slide OHP atau slide dari LCD 
Projektor. 
Perbincangan 
Nyatakan setiap kelebihan dan kekurangan papan pengajaran. 
Apakah papan pengajaran yang terbaik pada zaman ICT ini? berikan alasan anda. 
Posted by razaliayobat 7:39 AM1 comments
Kemahiran menggunakan papan tulis/pengajaran 
Pengenalan 
Papan unjuran adalah papan pengajaran yang digunakan secara langsung oleh guru untuk 
menyampaikan pengajaran kepada murid. Biasanya papan unjuran terdapat dalam setiap bilik darjah 
secara kekal atau mudah alih. 
Terdapat beberapa jenis papan unjuran: 
1. Papan Tulis 
2. Papan putih 
3. Papan Magnetik 
4. Papan Flip 
5. Papan Pameran / Papan Kenyataan 
6. Papan Flanel 
7. Papan Gulung 
8. Papan Slip 
9. papan Elektronik 
Papan Tulis 
Para guru telah mengiktiraf papan kapur sebagai alat Bantu mengajar di dalam bilik darjah. Papan 
Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau serta digunakan sejak lama 
dahulu. 
• Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik dajah• Penggunaannya tidak 
memerlukan bakat atau peralatan istimewa.• Perubahan atau tambahan isi boleh dilakukan dengan 
cepat dan mudah.• Mudah alih serta senang dipergunakan untuk pelbagai tujuan sampingan 
Papan Putih 
Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis. Permukaan sekeping papan dilapik 
dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis dengan menggunakan pena 
berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan. 
• Tidak ada habuk• Mudah alih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz.• Mudah dicuci dengan 
menggunakan pemadam berkain lembut.• Boleh dihasilkan sendiri 
Papan Magnetik 
Papan Magnetik diperbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan melekat di atas 
permukaan tersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas papan tersebut. 
Kelebihan : 
• Magnet dapat melekat bahan visual yang digunakan dengan baik dan mudah• Kesan tarikan magnet 
tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca seperti angin dan hujan. Oleh yang demikian papan magnet 
boleh digunakan dalam banyak keadaan, tempat dan masa.• Boleh digunakan untuk menunjukkan 
kesan-kesan perubahan atau pergerakan dengan mudah dan cepat, seperti mengaluh visual ke 
tempat baru atau dapat tindan tindihkan visual-visual itu. 
Papan Flip 
Papan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu dibuat 
kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang. Papan flip boleh dialihkan keperbagai 
sudut sama ada untuk pembelajaran dan pameran. 
Kelebihan. 
• Boleh mempamerkan berbagai poster atau visual yang telah dijilid.• Papan Flip ini berbentuk mudah 
alih dan sangat sesuai untuk belajar berkumpulan.• Dapat menunjukan carta jenis bersiri dengan
mudah. 
Papan Pameran Papan Kenyataan 
Papan Pameran atau Papan Kenyataan secara umumnya diperbuat daripada papan lapis atau papan 
lembut untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk mempamerkan hasil kerja murid seperti 
lukisan karangan dan lain-lain. Papan kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian 
dinding atau dibuat secara mudah alih serta berkaki. 
Kelebihan 
• Sangat mudah untuk menyebarkan maklumat• Senang dit ampal maklumat• Tidak memakan ruang• 
Sangat mudah untuk mengantikan maklumat baru. 
Papan Flanel 
Papan flannel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di kalangan guru-guru 
sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada satu permukaan kain flannel, iaitu 
sebarang kain yang mempunyai permukaan berbulu kasar. Permukaan berbulu ini mempunyai satu 
keistimewaan, iaitu dua keping kain flannel boleh bercantum apabila dilekapkan, sifat istimewa ini 
dipergunakan untuk papan flannel. Kad-kad visual disediakan, dan secebis kain flannel ataupun 
kepingan bahan-bahan lain yang berbulu kasar digamkan pada bahagian belakang kad-kad tadi. 
Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan ke atas permukaan papan flannel dengan mudah. 
Kelebihan : 
• Cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit demi sedikit.• Sesuai untuk berbagai -bagai jenis 
tajuk dan subjek.• Mudah disediakan, serta banyak jenis bahan boleh digunakan• Perubahan atau 
perkembangan tajuk boleh dilakukan dengan serta merta melalui kaedah tindan tindih visual ataupun 
perubahan kedudukan visual tersebut.• Menggalakkan penglibatan murid sepenuhnya dalam tajuk 
yang disampaikan seperti aktiviti mencantum ayat, memadankan gambar, sesi bercerita dan 
sebagainya.• Senang disimpan, dibawa atau digunakan. 
Papan Gulung 
Papan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau disimpan dan papan 
tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah. Papan gulung boleh diperbuat 
daripada kepingan getah atau kertas rexine atau kain kanvas supaya papan ini boleh digulung. 
Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh disediakan 
dengan terperici terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan 
tersebut kepada murid. Ini sangat berfaedah terutama kepada guru atau calon guru yang kurang 
mahir dalam bidang atau perinsip-perinsip tertentu, atau bahan tersebut memerlukan masa yang 
lama untuk disediakan. 
Kelebihan; 
• Mudah dibuat• Mudah dibawa, digunakan atau disimpan• Bahan-bahan pengajaran yang sukar 
boleh disediakan terlebih awal dengan baik dan sempurna.• Sesuai untuk semua matapelajaran dan 
boleh digunakan di dalam atau diluar bilik darjah. 
Papan Slip 
Papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf boleh 
diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih atau bahan-bahan 
lain.Penggunaan papan selit hampir-hampir sama dengan papan flannel. 
Kelebihan :
• Boleh dibuat sendiri• Senang dibawa serta dapat digunakan di dalam atau di luar bilik darjah• 
Visualnya senang, cepat serta mudah dibuat.• Menggalakkan penglibatan murid dalam kelas. 
Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff 
Posted by razaliayobat 7:31 AM1 comments 
Thursday, July 24, 2008 
Kemahiran Menyoal Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 
oleh 
Razali Ayob 
Menyoal atau bersoal jawab sering menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar sama ada dalam 
kelas KBSR ataupun KBSM. Apabila pelajar ditanya sama ada mereka mempunyai soalan atau tidak, 
mereka akan berdiam diri atau memberitahu tidak mempunai soalan. Adakah benar pelajar-pelajar 
tidak mempunyai soalan untuk ditanya tidaklah dapat dipastikan. Namun satu soalan yang boleh 
ditimbulkan disini ialah adakah guru telah mengajar kemahiran menyoal kepada pelajar-pelajar di 
dalam kelas? 
Bertanya atau Menyoal? 
Salah satu perkara yang penting ketika berkomunikasi ialah aktiviti bertanya dan menyoal. Kemahiran 
bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk kita mendapatkan sesuatu maklumat tetapi dapat 
membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling memahami dan 
bekerjasama. Dalam hal ini bertanya dan menyoal sebenarnya mempunyai makna yang berbeza. 
Lihat contoh berikut; 
1 a) Harga kereta baru kamu berapa? 
b) Berapakah harga kereta baru kamu? 
2 a) Ahmad, kenapa kamu selalu datang lambat? 
b) Kenapa cikgu nak tahu? 
Ayat 1(a) dan 1(b) merupakan ayat tanya yang ditandai dengan kata tanya dan tanpa kata tanya. 
Kedua-dua ayat tersebut diucapkan dengan maksud cuba mendapatkan maklumat. 
Sebaliknya ayat 2(a) dan 2(b) walaupun ayat tanya tetapi tanpa kita sedari ayat-ayat tersebut lebih 
berbentuk menyoal, menyalah atau cuba menuduh. Agaknya apa perasaan anda? 
Bila bertanya kita tidak mungkin menyakiti hati orang yang kita tanya. Sedapat mungkin kita cuba 
menjaga hubungan kita. Kita mahu komunikasi kita berada dalam iklim atau suasana yang selesa dan 
menyenangkan. 
Lihat contoh berikut: 
3 a) Kenapa kamu tak telefon saya, kamu datang lambat? 
b) Apa sebab kamu beli barang yang tak diperlukan? 
c) Kamu tak tahukah cikgu sibuk? 
Ayat-ayat di atas kelihatan seperti bertanya kerana ditandai dengan tanda tanya dan kata tanya. Jika
anda seorang pelajar yang “ditanya” oleh guru anda, apa perasaan anda. Tentu sahaja anda akan 
terasa tersinggung kerana guru anda “menyalahkan” atau “menuduh” anda datang lambat tanpa 
bertanya sebabnya terlebih dahulu. Ayat-ayat seperti di atas adalah ayat menyoal dan bukannya 
bertanya. Yang membezakan makna bertanya dan menyoal ialah fungsi pertanyaan itu sendiri. 
Ada dua jenis pertanyaan, iaitu pertanyaan tertutup dan pertanyaan terbuka. Pertanyaan terbuka 
tidak memadai hanya dijawab “ya” atau”tidak “ sahaja. Contoh 
4 a) Cikgu bercadang hendak mengadakan lawatan ke Pulau Pinang masa cuti pertengahan tahun. 
Apa pendapat kamu semua? 
b) Mengapa agaknya masalah disiplin pelajar semakin teruk ketika ini? 
Pertanyaan tertutup pula memerlukan jawapan yang tegas, tepat dan “ya” atau “tidak” 
Contoh 
5 a) Sudah berapa lama kamu tinggal dengan nenek?” 
b) Apa yang membuat kamu nampak risau?” 
c) Ada atau tidak cadangan lain yang boleh kita kemukakan kepada pihak sekolah? 
d) Adakah kamu semua setuju Karim dilantik sebagai ketua kelas? 
Ayat 5 a) dituturkan dengan maksud untuk mendapatkan fakta, ayat 5 b) pula untukmengetahui 
perasaan. Bentuk pertanyaan seperti Ayat 5 c) biasanya jika kita cuba mencari maklumat tambahan, 
membuat pemerincian atau mencari perbezaan pendapat. Ayat 5 d) pula lebih bercorak cuba menguji 
sikap, perasaan atau pendiriaan seseorang. Dalam hal ini seseorang penutur perlu bijak memanipilasi 
bentuk kata tanya. Apa yang penting elak diri daripada menyinggung perasaan seseorang. 
Posted by razaliayobat 12:21 AM2 comments 
Thursday, July 17, 2008 
Menghasilkan cerita pendek 
Kepada semua pelajar, hasilkan satu cerita pendek berbentuk inovasi dan kreatif yang sesuai untuk 
pelajar menengah rendah. Tema cerita bebas. 
Posted by razaliayobat 1:30 AM3 comments 
Penilaian bercerita 
KRITERIA 
1. ISI PERSEMBAHAN 
Isi cerita menarik, tema sesuai, meyakinkan, seronok 
2. BAHASA DAN PERTUTURAN. 
Bahasa menarik, berintonansi, kurang kesilapan tatabahasa, sebutan betul, jelas dan bahasa baku. 
3. PENGHAYATAN 
Lancar, tidak menghafal, tidak lupa 
4. GAYA PERSEMBAHAN/TEKNIK. 
Menarik, tenang, meyakinkan, bersahaja, tidak stereotaip. 
5. KONTAK MATA/BAHASA TUBUH 
Sejauh mana ia berperanan dan menarik perhatian serta meninggalkan kesan kepada pendengar.
6. TEMPO DAN MASA, KAWALAN SUARA 
Dapat menyampaikan mengikut tempo dan masa yang sesuai. Nada suara bersesuaian dengan 
cerita/ulasan. 
Posted by razaliayobat 1:23 AM0 comments 
Seni Bercerita 
1. Ekspresi 
 mengetahui apa yang mahu anda katakan 
 lahirkan apa yang anda rasakan 
 fikirkan apa yang anda maksudkan 
 melahirkan ekspresi muka yang betul 
 bersahaja 
2. Suara 
 bercakap dgn mudah, perlahan dan tepat 
 suara secukup didengar dengan mudah 
 berhati-hati dengan sebutan 
 gunakan nada yang rendah tetapi sedap didengar 
3. Pengaturan masa 
 berhenti seketika (PAUSE) menukar kelajuan 
 tukar nada (RENDAH/TINGGI) 
 pelbagaikan tekanan suara 
 perlahan-lahan bina kemuncak 
4. Pergerakan tangan dan kepala (GESTURE) 
 pergerakan bercerita menjadi lebih menarik 
5. Bercerita dengan kuat 
 Menggunakan bahasa dengan baik: membuat intonasi yang sesuai, gaya dan mimik muka 
yang betul. 
 Menggunakan ilustrasi atau gambar yang sesuai untuk menarik perhatian. 
Posted by razaliayobat 1:07 AM0 comments 
Kemahiran bercerita 
1. Prinsip-prinsip Panduan Penguasaan Kemahiran Bercerita 
 memilih cerita yang sesuai 
 menghafal isi-isi penting 
 sediakan alat bantu mengajar 
 kesediaan pelajar 
 murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru 
 mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi
 pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir 
 pastikan suara jelas dan lantang 
 kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami isi cerita 
dengan lebih jelas 
 mengemukakan soalan semasa sesi bercerita kepada murid 
 ayat dan perkataan mudah difahami murid 
 disampaikan dengan gerak-geri secara semulajadi 
 aktiviti susulan 
2. Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita 
 Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai 
 Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni 
 Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan 
pengalaman murid 
 Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang diperuntukkan 
 Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya sekali 
 Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topeng-topeng 
 Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid 
 Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat mendengar dan 
melihat ekspresi guru 
 Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat -alatan seperti gambar-gambar yang 
sesuai dengan isi cerita 
3. Sesi Bercerita 
 Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik 
 Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan membantu 
murid-murid memahami cerita 
 Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya 
 Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita 
4. Penutup 
 Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita itu 
5. Aktiviti penutup 
 Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan. 
 Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri. 
 Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita. 
 Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan. 
 Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan didengar 
Posted by razaliayobat 12:42 AM0 comments 
Older PostsHome 
Subscribe to: Posts (Atom)

More Related Content

What's hot

Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
FaFai S.
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysiaULak MuLai
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahQamariah sabariah
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
NancyKuak
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Kalai Shan
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekIentan Nazurana
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
AishahSal
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
Konsep pengurusan bilik darjah
Konsep pengurusan bilik darjahKonsep pengurusan bilik darjah
Konsep pengurusan bilik darjah
AkhiarP
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
nurul syifaa'
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
Cho Shirley
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
ANiS ADiBaH
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
Nor Hamizah Sahari
 
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstTeori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Santa Barbara
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran Makro
Afifah Yusoff
 
Faktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
Faktor Mempengaruhi Pembentukan KurikulumFaktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
Faktor Mempengaruhi Pembentukan KurikulumAslah Zakadi
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
RENU PRIYA
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
azirah azizul
 

What's hot (20)

Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKK
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKKKemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKK
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKK
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Konsep pengurusan bilik darjah
Konsep pengurusan bilik darjahKonsep pengurusan bilik darjah
Konsep pengurusan bilik darjah
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstTeori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran Makro
 
Faktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
Faktor Mempengaruhi Pembentukan KurikulumFaktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
Faktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 

Similar to Papan tulis

2 dan 3 dimensi referensi
2 dan 3 dimensi referensi2 dan 3 dimensi referensi
2 dan 3 dimensi referensiQuRun'in FitRia
 
planel dan bulettin pai
planel dan bulettin paiplanel dan bulettin pai
planel dan bulettin pai
syaifuddinzuhry
 
Media papan tulis
Media papan tulis Media papan tulis
Media papan tulis
sadirun
 
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01adelliaadel
 
Pembuatan media grafis (Media Pembelajaran)
Pembuatan media grafis (Media Pembelajaran)Pembuatan media grafis (Media Pembelajaran)
Pembuatan media grafis (Media Pembelajaran)
Syahrillita O
 
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01Della Adell
 
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01Bhendot TheCruztt
 
Pembuatan media grafik
Pembuatan media grafikPembuatan media grafik
Pembuatan media grafikadelliaadel
 
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01Della Adell
 
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01Della Adell
 
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01Della Adell
 
Pengertian dan Penggunaan Flipchart
Pengertian dan Penggunaan FlipchartPengertian dan Penggunaan Flipchart
Pengertian dan Penggunaan Flipchart
medinaprsty
 
Classroom Displays ALC.pptx
Classroom Displays ALC.pptxClassroom Displays ALC.pptx
Classroom Displays ALC.pptx
SuryonoMHasan
 
Proses Pengembangan Media Pembelajaran Cetak (printed) dan Non Cetak (elekt...
Proses Pengembangan Media Pembelajaran Cetak (printed) dan Non Cetak (elekt...Proses Pengembangan Media Pembelajaran Cetak (printed) dan Non Cetak (elekt...
Proses Pengembangan Media Pembelajaran Cetak (printed) dan Non Cetak (elekt...
dindinamuiz
 
Pengembangan media papan flannel dan papan buletin dalam
Pengembangan media papan flannel dan papan buletin dalamPengembangan media papan flannel dan papan buletin dalam
Pengembangan media papan flannel dan papan buletin dalam
Hofur Biruni
 
OHP dan penggunaanya
OHP dan penggunaanyaOHP dan penggunaanya
OHP dan penggunaanya
Izzat Najmi
 

Similar to Papan tulis (20)

2 dan 3 dimensi referensi
2 dan 3 dimensi referensi2 dan 3 dimensi referensi
2 dan 3 dimensi referensi
 
planel dan bulettin pai
planel dan bulettin paiplanel dan bulettin pai
planel dan bulettin pai
 
Flanel ppt 3
Flanel ppt 3Flanel ppt 3
Flanel ppt 3
 
Media papan tulis
Media papan tulis Media papan tulis
Media papan tulis
 
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
 
Pembuatan media grafis (Media Pembelajaran)
Pembuatan media grafis (Media Pembelajaran)Pembuatan media grafis (Media Pembelajaran)
Pembuatan media grafis (Media Pembelajaran)
 
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
 
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
 
Pembuatan media grafik
Pembuatan media grafikPembuatan media grafik
Pembuatan media grafik
 
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
 
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
 
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
Pembuatanmediagrafiskelompok6kelas2f 140704193901-phpapp01
 
Pengertian dan Penggunaan Flipchart
Pengertian dan Penggunaan FlipchartPengertian dan Penggunaan Flipchart
Pengertian dan Penggunaan Flipchart
 
Persentase
PersentasePersentase
Persentase
 
Persentase
PersentasePersentase
Persentase
 
Classroom Displays ALC.pptx
Classroom Displays ALC.pptxClassroom Displays ALC.pptx
Classroom Displays ALC.pptx
 
Persentase
PersentasePersentase
Persentase
 
Proses Pengembangan Media Pembelajaran Cetak (printed) dan Non Cetak (elekt...
Proses Pengembangan Media Pembelajaran Cetak (printed) dan Non Cetak (elekt...Proses Pengembangan Media Pembelajaran Cetak (printed) dan Non Cetak (elekt...
Proses Pengembangan Media Pembelajaran Cetak (printed) dan Non Cetak (elekt...
 
Pengembangan media papan flannel dan papan buletin dalam
Pengembangan media papan flannel dan papan buletin dalamPengembangan media papan flannel dan papan buletin dalam
Pengembangan media papan flannel dan papan buletin dalam
 
OHP dan penggunaanya
OHP dan penggunaanyaOHP dan penggunaanya
OHP dan penggunaanya
 

Papan tulis

  • 1. Monday, September 1, 2008 Menggunakan papan tulis secara optima Papan tulis jika dimanfaatkan secara optima menjadi media yang efektif dalam pencapaian kompetensi hasil belajar murid. Media atau teknologi yang dikatakan efektif untuk mengekplorasi kompetensi murid ialah apabila: (1) Digunakan untuk menyajikan maklumat secara sistematik. (2) Memperjelas idea-idea yang masih kabur dalam sumber belajar lain. (3) Memberikan penerangkan kontekstual terhadap isi pelajaran. (4) Maklumat yang disajikan dapat dilihat/dibaca dengan jelas oleh sebagian besar murid. (5) Kesan dari maklumat yang disajikan menarik dan memiliki makna (misalnya dengan penggunaan warna, grafik, jadual). (6) Dapat dimanfaatkan secara seimbang antara kegiatan guru dan kegiatan murid. Jika papan tulis dianggap sebagai sebuah bidang utuh, maka bidang tersebut dapat dibahagikan secara khayal oleh guru kepada tiga bahagian. Bahagian tersebut komposisinya adalah 20% di sebelah kiri, 60% di tengah, dan 20% di sebelah kanan. Bahagian kiri untuk menuliskan fokus pembelajaran, dan sering juga dikenal sebagai tujuan pembelajaran. Bahagian ini harus dipertahankan tidak dihapus sebelum pelajaran diakhiri . Bahagian tengah dapat digunakan oleh guru untuk menulis bahan pembelajaran dan juga digunakan sebagai tempat untuk unjuk kerja murid dalam menyelesaikan soalan latihan. Bahagian tengah dapat ditulis-dihapus berkali-kali selama proses pembelajaran berlangsung. Bahagian kanan dari papan tulis digunakan untuk menuliskan kesimpulan-kesimpulan hasil proses pembelajaran. Kesimpulan tersebut harus ditulis secara sistematik dan dapat dibandingkan korelasinya dengan indikator hasil belajar. Jika murid telah memiliki buku cetak dan sumber belajar yang lengkap, bahagian di papan tulis kanan tetap perlu ditulis kembali sebagai rangkuman yang dapat mengingatkan kepentingan maklumat selama proses pembelajaran. Penggunaan lain papan tulis  Papan tulis juga dapat digunakan sebagai media untuk menempelkan atau menayangkan maklumat.  Poster-poster atau hasil pembuatan peta konsep murid dan guru pada kad manila dapat ditampalkan pada papan tulis untuk menggantikan kaedah menulis.  Jika papan tulis yang dimiliki sekolah berwarna putih, papan tulis tersebut juga dapat dimanfaatkan sebagai pengganti layar untuk menayangkan slide OHP atau slide dari LCD Projektor. Perbincangan Nyatakan setiap kelebihan dan kekurangan papan pengajaran. Apakah papan pengajaran yang terbaik pada zaman ICT ini? berikan alasan anda. Posted by razaliayobat 7:39 AM1 comments
  • 2. Kemahiran menggunakan papan tulis/pengajaran Pengenalan Papan unjuran adalah papan pengajaran yang digunakan secara langsung oleh guru untuk menyampaikan pengajaran kepada murid. Biasanya papan unjuran terdapat dalam setiap bilik darjah secara kekal atau mudah alih. Terdapat beberapa jenis papan unjuran: 1. Papan Tulis 2. Papan putih 3. Papan Magnetik 4. Papan Flip 5. Papan Pameran / Papan Kenyataan 6. Papan Flanel 7. Papan Gulung 8. Papan Slip 9. papan Elektronik Papan Tulis Para guru telah mengiktiraf papan kapur sebagai alat Bantu mengajar di dalam bilik darjah. Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau serta digunakan sejak lama dahulu. • Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik dajah• Penggunaannya tidak memerlukan bakat atau peralatan istimewa.• Perubahan atau tambahan isi boleh dilakukan dengan cepat dan mudah.• Mudah alih serta senang dipergunakan untuk pelbagai tujuan sampingan Papan Putih Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis. Permukaan sekeping papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis dengan menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan. • Tidak ada habuk• Mudah alih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz.• Mudah dicuci dengan menggunakan pemadam berkain lembut.• Boleh dihasilkan sendiri Papan Magnetik Papan Magnetik diperbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan melekat di atas permukaan tersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas papan tersebut. Kelebihan : • Magnet dapat melekat bahan visual yang digunakan dengan baik dan mudah• Kesan tarikan magnet tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca seperti angin dan hujan. Oleh yang demikian papan magnet boleh digunakan dalam banyak keadaan, tempat dan masa.• Boleh digunakan untuk menunjukkan kesan-kesan perubahan atau pergerakan dengan mudah dan cepat, seperti mengaluh visual ke tempat baru atau dapat tindan tindihkan visual-visual itu. Papan Flip Papan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang. Papan flip boleh dialihkan keperbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan pameran. Kelebihan. • Boleh mempamerkan berbagai poster atau visual yang telah dijilid.• Papan Flip ini berbentuk mudah alih dan sangat sesuai untuk belajar berkumpulan.• Dapat menunjukan carta jenis bersiri dengan
  • 3. mudah. Papan Pameran Papan Kenyataan Papan Pameran atau Papan Kenyataan secara umumnya diperbuat daripada papan lapis atau papan lembut untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk mempamerkan hasil kerja murid seperti lukisan karangan dan lain-lain. Papan kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian dinding atau dibuat secara mudah alih serta berkaki. Kelebihan • Sangat mudah untuk menyebarkan maklumat• Senang dit ampal maklumat• Tidak memakan ruang• Sangat mudah untuk mengantikan maklumat baru. Papan Flanel Papan flannel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di kalangan guru-guru sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada satu permukaan kain flannel, iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan berbulu kasar. Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keping kain flannel boleh bercantum apabila dilekapkan, sifat istimewa ini dipergunakan untuk papan flannel. Kad-kad visual disediakan, dan secebis kain flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain yang berbulu kasar digamkan pada bahagian belakang kad-kad tadi. Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan ke atas permukaan papan flannel dengan mudah. Kelebihan : • Cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit demi sedikit.• Sesuai untuk berbagai -bagai jenis tajuk dan subjek.• Mudah disediakan, serta banyak jenis bahan boleh digunakan• Perubahan atau perkembangan tajuk boleh dilakukan dengan serta merta melalui kaedah tindan tindih visual ataupun perubahan kedudukan visual tersebut.• Menggalakkan penglibatan murid sepenuhnya dalam tajuk yang disampaikan seperti aktiviti mencantum ayat, memadankan gambar, sesi bercerita dan sebagainya.• Senang disimpan, dibawa atau digunakan. Papan Gulung Papan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau disimpan dan papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah. Papan gulung boleh diperbuat daripada kepingan getah atau kertas rexine atau kain kanvas supaya papan ini boleh digulung. Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh disediakan dengan terperici terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada murid. Ini sangat berfaedah terutama kepada guru atau calon guru yang kurang mahir dalam bidang atau perinsip-perinsip tertentu, atau bahan tersebut memerlukan masa yang lama untuk disediakan. Kelebihan; • Mudah dibuat• Mudah dibawa, digunakan atau disimpan• Bahan-bahan pengajaran yang sukar boleh disediakan terlebih awal dengan baik dan sempurna.• Sesuai untuk semua matapelajaran dan boleh digunakan di dalam atau diluar bilik darjah. Papan Slip Papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf boleh diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih atau bahan-bahan lain.Penggunaan papan selit hampir-hampir sama dengan papan flannel. Kelebihan :
  • 4. • Boleh dibuat sendiri• Senang dibawa serta dapat digunakan di dalam atau di luar bilik darjah• Visualnya senang, cepat serta mudah dibuat.• Menggalakkan penglibatan murid dalam kelas. Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff Posted by razaliayobat 7:31 AM1 comments Thursday, July 24, 2008 Kemahiran Menyoal Dalam Pengajaran dan Pembelajaran oleh Razali Ayob Menyoal atau bersoal jawab sering menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar sama ada dalam kelas KBSR ataupun KBSM. Apabila pelajar ditanya sama ada mereka mempunyai soalan atau tidak, mereka akan berdiam diri atau memberitahu tidak mempunai soalan. Adakah benar pelajar-pelajar tidak mempunyai soalan untuk ditanya tidaklah dapat dipastikan. Namun satu soalan yang boleh ditimbulkan disini ialah adakah guru telah mengajar kemahiran menyoal kepada pelajar-pelajar di dalam kelas? Bertanya atau Menyoal? Salah satu perkara yang penting ketika berkomunikasi ialah aktiviti bertanya dan menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk kita mendapatkan sesuatu maklumat tetapi dapat membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama. Dalam hal ini bertanya dan menyoal sebenarnya mempunyai makna yang berbeza. Lihat contoh berikut; 1 a) Harga kereta baru kamu berapa? b) Berapakah harga kereta baru kamu? 2 a) Ahmad, kenapa kamu selalu datang lambat? b) Kenapa cikgu nak tahu? Ayat 1(a) dan 1(b) merupakan ayat tanya yang ditandai dengan kata tanya dan tanpa kata tanya. Kedua-dua ayat tersebut diucapkan dengan maksud cuba mendapatkan maklumat. Sebaliknya ayat 2(a) dan 2(b) walaupun ayat tanya tetapi tanpa kita sedari ayat-ayat tersebut lebih berbentuk menyoal, menyalah atau cuba menuduh. Agaknya apa perasaan anda? Bila bertanya kita tidak mungkin menyakiti hati orang yang kita tanya. Sedapat mungkin kita cuba menjaga hubungan kita. Kita mahu komunikasi kita berada dalam iklim atau suasana yang selesa dan menyenangkan. Lihat contoh berikut: 3 a) Kenapa kamu tak telefon saya, kamu datang lambat? b) Apa sebab kamu beli barang yang tak diperlukan? c) Kamu tak tahukah cikgu sibuk? Ayat-ayat di atas kelihatan seperti bertanya kerana ditandai dengan tanda tanya dan kata tanya. Jika
  • 5. anda seorang pelajar yang “ditanya” oleh guru anda, apa perasaan anda. Tentu sahaja anda akan terasa tersinggung kerana guru anda “menyalahkan” atau “menuduh” anda datang lambat tanpa bertanya sebabnya terlebih dahulu. Ayat-ayat seperti di atas adalah ayat menyoal dan bukannya bertanya. Yang membezakan makna bertanya dan menyoal ialah fungsi pertanyaan itu sendiri. Ada dua jenis pertanyaan, iaitu pertanyaan tertutup dan pertanyaan terbuka. Pertanyaan terbuka tidak memadai hanya dijawab “ya” atau”tidak “ sahaja. Contoh 4 a) Cikgu bercadang hendak mengadakan lawatan ke Pulau Pinang masa cuti pertengahan tahun. Apa pendapat kamu semua? b) Mengapa agaknya masalah disiplin pelajar semakin teruk ketika ini? Pertanyaan tertutup pula memerlukan jawapan yang tegas, tepat dan “ya” atau “tidak” Contoh 5 a) Sudah berapa lama kamu tinggal dengan nenek?” b) Apa yang membuat kamu nampak risau?” c) Ada atau tidak cadangan lain yang boleh kita kemukakan kepada pihak sekolah? d) Adakah kamu semua setuju Karim dilantik sebagai ketua kelas? Ayat 5 a) dituturkan dengan maksud untuk mendapatkan fakta, ayat 5 b) pula untukmengetahui perasaan. Bentuk pertanyaan seperti Ayat 5 c) biasanya jika kita cuba mencari maklumat tambahan, membuat pemerincian atau mencari perbezaan pendapat. Ayat 5 d) pula lebih bercorak cuba menguji sikap, perasaan atau pendiriaan seseorang. Dalam hal ini seseorang penutur perlu bijak memanipilasi bentuk kata tanya. Apa yang penting elak diri daripada menyinggung perasaan seseorang. Posted by razaliayobat 12:21 AM2 comments Thursday, July 17, 2008 Menghasilkan cerita pendek Kepada semua pelajar, hasilkan satu cerita pendek berbentuk inovasi dan kreatif yang sesuai untuk pelajar menengah rendah. Tema cerita bebas. Posted by razaliayobat 1:30 AM3 comments Penilaian bercerita KRITERIA 1. ISI PERSEMBAHAN Isi cerita menarik, tema sesuai, meyakinkan, seronok 2. BAHASA DAN PERTUTURAN. Bahasa menarik, berintonansi, kurang kesilapan tatabahasa, sebutan betul, jelas dan bahasa baku. 3. PENGHAYATAN Lancar, tidak menghafal, tidak lupa 4. GAYA PERSEMBAHAN/TEKNIK. Menarik, tenang, meyakinkan, bersahaja, tidak stereotaip. 5. KONTAK MATA/BAHASA TUBUH Sejauh mana ia berperanan dan menarik perhatian serta meninggalkan kesan kepada pendengar.
  • 6. 6. TEMPO DAN MASA, KAWALAN SUARA Dapat menyampaikan mengikut tempo dan masa yang sesuai. Nada suara bersesuaian dengan cerita/ulasan. Posted by razaliayobat 1:23 AM0 comments Seni Bercerita 1. Ekspresi  mengetahui apa yang mahu anda katakan  lahirkan apa yang anda rasakan  fikirkan apa yang anda maksudkan  melahirkan ekspresi muka yang betul  bersahaja 2. Suara  bercakap dgn mudah, perlahan dan tepat  suara secukup didengar dengan mudah  berhati-hati dengan sebutan  gunakan nada yang rendah tetapi sedap didengar 3. Pengaturan masa  berhenti seketika (PAUSE) menukar kelajuan  tukar nada (RENDAH/TINGGI)  pelbagaikan tekanan suara  perlahan-lahan bina kemuncak 4. Pergerakan tangan dan kepala (GESTURE)  pergerakan bercerita menjadi lebih menarik 5. Bercerita dengan kuat  Menggunakan bahasa dengan baik: membuat intonasi yang sesuai, gaya dan mimik muka yang betul.  Menggunakan ilustrasi atau gambar yang sesuai untuk menarik perhatian. Posted by razaliayobat 1:07 AM0 comments Kemahiran bercerita 1. Prinsip-prinsip Panduan Penguasaan Kemahiran Bercerita  memilih cerita yang sesuai  menghafal isi-isi penting  sediakan alat bantu mengajar  kesediaan pelajar  murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru  mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi
  • 7.  pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir  pastikan suara jelas dan lantang  kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami isi cerita dengan lebih jelas  mengemukakan soalan semasa sesi bercerita kepada murid  ayat dan perkataan mudah difahami murid  disampaikan dengan gerak-geri secara semulajadi  aktiviti susulan 2. Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita  Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai  Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni  Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid  Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang diperuntukkan  Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya sekali  Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topeng-topeng  Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid  Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru  Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat -alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita 3. Sesi Bercerita  Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik  Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan membantu murid-murid memahami cerita  Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya  Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita 4. Penutup  Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita itu 5. Aktiviti penutup  Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.  Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri.  Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita.  Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.  Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan didengar Posted by razaliayobat 12:42 AM0 comments Older PostsHome Subscribe to: Posts (Atom)