SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
Download to read offline
PALANG BERANGKAI: SUDUT
VEKTOR DALAM TIGA DIMENSI DALAM APLIKASI YOUTUBE
Mohd Noramdzan Mohd Yusof ;
Nazrul Amir Bin Rahim
Mohd Khairul Azam Bin Abdul Wahab
Syafriza Syuhada Binti Mahamad Sharif;
Mohd Rezal Bin Mohammad Asiar
KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN KEDAH
ABSTRAK
Palang Berangkai adalah suatu alat inovasi yang dibina untuk menunjukkan vektor garis
bersama vektor selari menembusi suatu satah dalam tiga dimensi bagi matapelajaran Asas
Kejuruteraan (EB025) topik Kartesian Vektor bagi pelajar jurusan Kejuruteraan, Kolej
Matrikulasi Kejuruteraan Kedah. Model Palang Berangkai dibina daripada empat batang paip
PVC sebagai vektor garis dan vektor selari, kotak berisi polisterin sebagai satah dan lidi sate
sebagai vektor normal.Model ini direka untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam
mengenalpasti kedudukan sudut antara satah dan garis vektor dan membolehkan pelajar mengira
nilai sudut yang dikehendaki dengan betul. Kaedah ‘lesson Study’ telah digunakan laporan PLC
ini kerana kaedah ini sesuai untuk memperbaiki pelaksanaan P&P dimana seseorang pensyarah
sendiri mesti ada inisiatif untuk berusaha kearah kecemerlangan, samaada melalui kaedah cuba-
jaya atau berbincang dengan rakan sejawat. Berdasarkan kaedah ‘lesson Study’ sesi perkongsian
pensyarah dilaksanakan untuk melihat keupayaan alat ini dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran pensyarah bersama-sama pelajar Program Matrikulasi Jurusan Kejuruteraan,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah. Kaedah ini di
demotrasikan oleh pensyarah kepada pelajar dan rakaman video dijalankan serta dimasukkan
dalam youtube untuk rujukan para pelajar. Pelajar yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan
akan membuat demostrasi dengan palang berangkai yang diletakkan di tempat pensyarah
berdasarkan soalan spesifik yang diberikan pensyarah kepada setiap kumpulan dan membuat
rakaman video dan dimasukkan dalam youtube channel pelajar. Pautan youtube akan diletakkan
dalam telegram kelas dan pensyarah dan para pelajar akan berbincang dalam telegram dan
youtube. Sebelum penggunaan kaedah alat ini, didapati 73% sampel pelajar -pelajar Program
Matrikulasi Jurusan Kejuruteraan yang dipilih tidak dapat menentukan kedudukan sudut antara
garis vektor dengan satah secara lakaran dan mengira nilai sudut dengan betul.Selepas
menggunakan Palang Berangkai, ujian dignosis mendapati 100% pelajar dapat mengaplikasikan
model ini untuk menerangkan kedudukan sudut antara vektor garis dengan satah. Model ini
memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar untuk digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran.Model ini dapat menyelesaikan masalah kepada pelajar yang tidak dapat
membayangkan situasi atau melakar gambarajah.Apabila pelajar dapat menyentuh dan bermain
dengan model ini, secara tidak langsung pelajar dapat mengingati dan memahami dengan jelas.
Kata kunci: Palang Berangkai, sudut, vektor selari, vektor normal, satah dalam tiga dimensi,
lesson study, alat inovasi
1.0 PENGENALAN
Salah satu topik mata pelajaran Asas Kejuruteraan (EB025) Semester 2 Program
Matrikulasi KPM yang agak kompleks dan sukar difahami oleh sebilangan pelajar Kolej
Matrikulasi Kejuruteraan Kedah (KMKK) ialah dalam topik Mekanik Asas Kejuruteraan (Basic
Engineering Mechanic). Topik Asas Mekanik mengandungi sembilan subtopik iaitu vektor,
sIstem daya, rajah badan bebas, keseimbangan partikel, Momen, Keseimbangan Badan Bebas
dalam dua dimensi, keseimbangan struktur , geseran dan centroid dan pusat graviti. Masalah
yang dihadapi pelajar ialah dalam subtopik vektor.
Pandangan terhadap wujudnya permasalahan pengajaran dan pembelajaran dalam
subtopik vektor adalah berdasarkan kepada Laporan Kerja Calon dan Kertas Soalan Sem 2
2018/2019 mendapati majoriti calon tidak dapat melakarkan gambarajah daya paduan dengan
baik terutama apabila daya lebih daripada dua dan berdasarkan keputusan ujian dijalankan
kepada pelajar asas kejuruteraan sem 2 2019/2020.
Refleksi Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi beberapa orang pensyarah untuk mod
tutoran juga dijadikan sandaran untuk permasalahan bagi kajian ini. Berdasarkan data dan
maklumat yang dikumpulkan tersebut, satu aktiviti perkongsian penyarah dijalankan mengikut
strategi tunjuk, cakap dan kongsi berfokuskan kepada permasalahan pengajaran dan
pembelajaran (P&P) dalam tutoran dan semasa sesi konsultasi untuk pelajari. Berikut adalah
penyataan masalah yang membolehkan kami menjalankan kajian ini:
(a) Pelajar tidak dapat mengenalpasti kedudukan normal terhadap satah dan vektor selari
terhadap garis lurus.
(b) Pelajar tidak dapat menentukan sudut di antara satah dan garis lurus.
(c) Pelajar tidak mahir menerapkan teknik pembelajaran yang sesuai dalam topik yang
dikaji.
Berdasarkan kepada tinjauan dan pemerhatian awal di atas, kami memfokuskan kepada
beberapa masalah utama bagi subtopik aplikasi vektor iaitu masalah pelajar dalam:
(a) Memahami kedudukan normal terhadap satah dan vektor selari terhadap garis lurus
(b) Menentukan sudut di antara satah dan garis lurus.
(c) Membantu pelajar mengenalpasti teknik pembelajaran VAK (Visual, Audio dan
Kinestetik) yang sesuai dengan mereka.
2.0 MATLAMAT KAJIAN
Meningkatkan peratus pencapaian pelajar-pelajar dengan memenuhi kriteria pemarkahan
bagi soalan melibatkan mencari sudut antara satah dan garis lurus.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Meningkatkan kemahiran pelajar mengenalpasti sudut antara satah dan garis lurus.
4.0 PERANCANGAN
4.1 Kitaran Kajian Pembelajaran
Bil Tarikh cadangan
pelaksanaan
Aktiviti Yang Dirancang Catatan
1. 03/11/19
Brainstorming masalah yang
dihadapi pelajar semasa
menyelesaikan masalah daya dalam
tiga dimensi
Mindmap masalah dihadapi
pelajar semasa menyelesaikan
masalah daya dalam tiga
dimensi
2 15/11/2019
Memantau penglibatan semua
pelajar dalam menyelesaikan
masalah daya dalam tiga dimensi.
Penyelesaian masalah
diperolehi dengan
menyiapkan Palang Berangkai
sebagai alat bantu mengajar.
3 01/01/2020
Pembinaan Palang Berangkai Membuat pembetulan dan
refleksi Palang Berangkai
4 02-30/01/2020
Pengumpulan data dari pengajaran
pensyarah menggunakan Palang
Berangkai.
Pelajar diberi dua soalan
selepas seisi pengajaran dan
pembelajaran (Tn. Nazrul).
5 2/02/2020
Menyediakan rubrik dan senarai
semak untuk kesan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan palang
berangkai
Menyiapkan rubrik dan
senarai semak
6 01/03/2020
Menganalisis data yang diperolehi Membincangkan data yang
diperolehi dan menilai
menggunakan rubrik serta
senarai semak yang
disediakan
7 7/5/2020
Pemurniaan penulisan kertas kajian Menyiapkan kertas kajian
4.2 Rancangan Pengajaran Harian
4.2.1 Rancangan pengajaran harian dibina setelah penentuan gol pengajaran dilaksanakan.
Rancangan mengajar bersesuaian telah dibina bagi tajuk Force System dalam topik satu iaitu
Force on 3-D
SHEME OF WORK / DAILY LESSON PLAN
College Kolej Matrikulasi Kejuruteraan kedah
Practicum K4T16A
Class size 8
Date 02/01/2020
Time 9.00 pg
Venue BT 3
Subject Basic Engineering (EB025)
Topic Chapter 2: Basic Engineering Mechanic
Duration 55 minutes
Main Concept 2.2 Force on 3-D
Student’s Prior
Knowledge
Basic of Forces
Scientific Skills Express each force in Cartesian Vector Form
Teaching Approach Collaborative Learning
Teaching
development
Content Teaching and Learning
Activities
Lecturer’s
Expectation
Notes
/Remarks
Phase 1
Induction Set
(3 minutes)
Define
Force-3D
Lecturer open and shut the
door of tutorial class several
times and introduce Force-
3D
Student are capable of
building relationship
between concept of
Force-3D and daily
life situations
Ask Students
to state other
examples of
Force-3D
Phase 2
Expension of
content
(10 minutes)
Applying
Formula
i. Lecturer Eplain upon
application of formula
Force-3D
ii. Student were given 3
simple task and required to
apply formula of Force-3D
Students can
understand concept of
force 3D and memorize
related formula
Video
Recording
Phase 3
Expension of
content
(10 minutes)
i. State
conditions
for force
3D
ii.
Problem
Solving
Strategy
i. Lecturer guide students to
state two conditions for
force 3D using palang
berangkai
ii. Students were given a
guided body diagrams
problem solving strategy on
solving questions regarding
Equilibrium of rigid body.
iii. Lecturer discuss one
example
Phase 4
Application
(20 minutes)
i. In small groups of 4
person,students were
required to discuss and
solve given 1 task
(Question 3) in 5 minutes
ii. Each group were given
opportunity to use ‘palang
berangkai” and student
video recording the use of
palang berangkai
iii. Lecturer randomly select
one group to present their
group work in given time of
5 minutes.
iv. A short quiz is held
within 5minutes to test
students understandings.
Students took part
actively during
group discussion
and capable of
collaborating with
group members.
Phase 5
Conclusion
(2 minutes)
Short
summary
of lesson
Lecturer make a closing for
todays lesson by stating the
importance of force 3D
4.3 Penyediaan Alat Inovasi
Palang Berangkai dibina daripada empat batang paip PVC sebagai vektor garis dan
vektor selari, kotak berisi dengan polisterin sebagai satah dan lidi sate sebagai vektor normal.
Alat inovasi kajian kami ini terdiri daripada kotak yang diandaikan sebagai satah. Terdapat satu
batang paip pvc diletakkan menembusi kotak iaitu satah. Paip pvc pertama mewakili garis lurus
manakala yang kedua mewakili vektor selari terhadap garis lurus. Di atas kotak tersebut juga
diletakkan satu paip pvc lain secara berserenjang mewakili vektor normal terhadap satah.
Gambarajah 1 : Alat Inovasi Palang Berangkai
Gambarajah 2 : Proses Penciptaan Alat Inovasi Palang Berangkai
5.0 PELAKSANAAN
Pengajaran dan sesi pemerhatian pengajaran dijalankan sewaktu slot khas yang telah
ditetapkan seperti berikut:
Tarikh: 05 Jan 2020
Masa: 11.00 pagi -12.00 tgh
Tempat: Bilik Tutoran 5
Bilangan Pelajar : 8 orang
Pensyarah : Tuan Nazrul Amir Abdul Rahim
5.1 Strategi Pelaksanaan
Hasil perbincangan dari aktiviti perkongsian pensyarah, strategi pelaksanaan yang
digunakan adalah dengan menggunakan inovasi dari bahan-bahan terpakai dengan membentuk
hubungkait antara satah dan garis lurus. Alat inovasi ini dinamakan Palang Berangkai. Rasional
pemilihan alat bantu mengajar berbentuk alat inovasi ini adalah untuk memastikan pelajar
mendapat gambaran sebenar tentang kedudukan sudut di antara satah dan garis lurus. Dengan
adanya Palang Berangkai, pelajar mampu mencari sudut yang dimaksudkan setelah
mengenalpasti sendiri ruang sebenar dan juga perbincangan boleh dilakukan melalui ruangan
komen youtube dan telegram kelas.
Gambarajah 3: Aktivivti 1, Menyatakan vektor selari dan vektor normal
Gambarajah 4: Aktiviti 2, Mengenalpasti kedudukan sudut antara garis dan
satah dengan betul
Gambarajah 4: Aktiviti 3, Mengira nilai sudut dengan menggunakan formula yang betul
5.2 PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
Rakaman video berdurasi 28 saat telah dilaksanakan dan video tersebut telah
dimasukkkan ke dalam YOUTUBE dan kumpulan telegram pelajar bagi memudahkan pelajar
mengulangkaji pelajaran.
*Contoh Penggunaan Alaf Inovasi Oleh Pelajar Yang Telah Dimasukkan Dalan
Youtube
https://youtu.be/CpQ1LyCmq8I
.
6.0 REFLEKSI KAJIAN
6.1 Setelah sesi pengajaran dilakukan, refleksi terhadap pengajaran telah dilaksanakan.
Refleksi pengajaran terbahagi kepada 2 kategori berbeza iaitu
6.1.1 Refleksi berkumpulan
Dilaksanakan secara berkumpulan antara ahli dan pemerhatian pengajaran bersama pakar
rujuk (SME).
6.1.2 Refleksi kendiri
Dilaksanakan oleh pensyarah yang mengajar secara individu.
6.2 Laporan refleksi pengajaran adalah berdasarkan tujuh aspek utama. Aspek-aspek tersebut
adalah seperti berikut:
6.2.1 Rancangan Mengajar
6.2.2 Isi Kandungan
6.2.3 Aras dan kesesuaian soalan
6.2.4 Keberkesanan bahan bantu pengaj aran
6.2.5 Penglibatan pelajar
6.2.6 Respon dan jawapan pelajar
6.2.7 Teknik pengajaran dan hasil pembelajaran
REFLEKSI KAJIAN PERMBELAJARAN (BERKUMPULAN)
KOLEJ : Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
PRAKTIKUM/KELAS : K4T16A
MATA PELAJARAN : Asas Kejuruteraan
TAJUK : Basic Engineering Mechanic
TARIKH : 02-01-2020
ASPEK KOMEN CADANGAN UNTUK
MENAMBAHBAH RPH
1. Rancangan Mengajar
/Lesson Plan
Rancangan pengajaran harian
yang disediakan adalah sesuai,
teliti dan mengambil kira
pengetahuan sedia ada pelajar.
Sebagai contoh daya-daya asas dan
lakaran rajah jasad bebas.
Rancangan pengajaran pada fasa 3
perlu dinyatakan dengan lebih
terperinci. Contohnya perbincangan
soalan menggunakan slaid Power
Point yang telah disediakan.
Kekuatan:
Pensyarah memberikan contoh-
contoh yang berkaitan dengan
persekitaran pelajar menggunakan
konsep Force-3D
Berlakunya perbincangan secara
aktif dalam kalangan pelajar.
Pelajar diberi tugasan awal
untuk mendedahkan pelajar
berkaitan tajuk Force-3D
Pensyarah perlu mengikut
masa yang telah
diperuntukkan sesuai
dengan set induksi.
Hasil pembelajaran perlu
dinyatakan dalam rancangan
pengaj aran pada fasa 2.
Masa untuk perbincangan
pelajar perlu ditambah pada
fasa 4.
2. Isi Kandungan/
Konten
Kandungan yang disampaikan
adalah ringkas dan padat sesuai
dengan isi kandungan dan huraian
sukatan pelajaran bagi Force-3D
Tiada.
Kekuatan:
terdapatnya strategi penyelesaian
masalah bagi tajuk Force-3D
Pensyarah memberikan tiga
contoh soalan yang mudah untuk
difahami oleh pelajar.
Pensyarah menguji kefahaman
pelajar sebaik sahaja konsep Force-
3D disampaikan.
3. Soalan-soalan Yang
Dikemukakan Aras dan
kesesuaian
Aras soalan yang diajukan kepada
pelajar adalah bersesuaian dengan
kemampuan pelajar.
Pelajar dapat menyelesaikan
soalan yang diberikan dengan
bimbingan oleh pensyarah.
Kekuatan :
'Soalan yang diberikan dapat
mengukur kefahaman pelajar.
Soalan yang diberikan semasa
perbincangan adalah sésuai dan
mempunyai hubung kait dengan
kehidupan seharian.
Contoh
Cara mengetatkan nat dengan
menggunakan spanar.
Konsep Force-3D dalam jongkang
jongket.
Tangga yang disandarkan pada
dinding
Pensyarah perlu
memberikan soalan yang
berbeza kepada setiap
kumpulan tetapi sama dari
segi aras.
4. Keberkesanan
Bahan Bantu Mengajar
Bahan bantu mengajar mencukupi
dan relevan dengan topik yang
dibincangkan dan digunakan secara
optima
Penggunaan Palang Berangkai
adalah sangat berkesan bagi topik
2.2
Pengajaran mestilah
menggunakan pelbagai media.
Penggunaan aplikasi seperti
kahoot/Padlets boleh
diintegrasikan sewaktu sesi
pengajaran agar lebih
menarik dan menyeronokkan.
5. Penglibatan Pelajar
.
Penglibatan pelajar aktif dan
terkawal. Berlakunya perbincangan
pelbagai hala semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Masa yang diberikan
kepada pelajar untuk
perbincangan perlu
dipanjangkan
Memupuk kemahiran berfikir di
kalangan pelajar.
Kekuatan :
Pensyarah memberi peluang
kepada beberapa orang pelajar
membentangkan hasil perbincangan
kumpulan dan rakan lain meneliti.
6. Respon Jawapan
Pelajar
Respon pelajar memberangsangkan
dan bersemangat serta aktif semasa
perbincangan dijalankan. Pelajar
berjaya melakarkan rajah jasad
bebas dengan betul. Pelajar mampu
menulis persamaan Force-3D
dengan betul. Pelajar dapat
menggunakantandaan positif dan
negatif dengan tepat.
Pensyarah perlu
memberikan masa yang
mencukupi untuk pelajar
berdiskusi bagi
mendapatkan penyelesaian
kepada soalan yang diberi
sebelum memberikan
komen.
7. Teknik Pengajaran
dan Hasil Pembelajaran
Pelajar.
Pensyarah memberikan kebebasan
kepada pelajar untuk mencari jalan
penyelesaian dengan kaedah
masing-masing dalam kumpulan.
Itonasi suara pensyarah semasa
pengajaran berlangsung adalah
sesuai dan jelas.
3 daripada 8 orang pelajar dapat
menjawab dengan baik dan
mencapai markah penuh dalam kuiz
yang dijalankan di akhir pengajaran.
3 daripada 8 orang pelajar berada
dalam kategori sederhana iaitu
mendapat markah 2 dan 3 daripada
5 markah.
Pelajar mampu untuk menjelaskan
hasil perbincangan semasa
pembentangan dijalankan.Pensyarah
menggunakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang
menarik perhatian pelajar.
Pensyarah menggunakan pelbagai
kaedah dan pendekatan untuk
membantu pelajar memahami isi
kandungan
Pensyarah boleh cuba
mengaplikasikan kaedah
Gallery Walk semasa sesi
pembentangan hasil kerja
pelajar.
8. Lain-lain Pengajaran dan pembelajaran
berjalan seperti yang dirancang
walaupun menghadapi kekangan
masa.
Pensyarah dapat mengawal kelas
dengan baik sepanjang pengajaran
dan pembelajaran dijalankan.
Lesson Study ini perlu
dilaksanakan untuk kitaran
kedua bagi penambahbaikkan.
REFLEKSI KAJIAN PEMBELAJARAN (KENDIRI)
KOLEJ : Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
PRAKTIKUM/KELAS : K4T16A
MATA PELAJARAN : Asas Kejuruteraan
TAJU K : Basic Engineering Mechanic
TARIKH : 02-01-2020
ASPEK KOMEN CADANGAN UNTUK
MENAMBAHBAIK RPH
Rancangan
Mengajar /
Lesson Plan
'Rancangan mengajar merangkumi
pengenalan, isi kandungan dan
kesimpulan.
Keseluruhan rancangan pengajaran ini
lengkap bagi satu jam pembelajaran
topik 2.2.
Tiada.
2. Isi Kandungan
Konten/
Palang berangkai telah dirangka
mengikut hasil pembelajaran yang
telah ditetapkan oleh BMKPM.
Palang merangkumi definisi konsep
3d dan konsep keseimbangan daya.
Tiada.
3. Soalan-soalan
Yang
dikemukakan
: Aras dan
kesesuain
Soalan yang diuji amat sesuai bermula
dari soalan aras rendah iaitu definisi
tork dan seterusnya cuba mendapatkan
nilai force 3D
Pelajar seterusnya menjawab soalan
aras tinggi dan mengaplikasikan
konsep keseimbangan daya dan tork
serta konsep leraian vektor yang telah
dipelajari sebelum ini.
Pensyarah perlu memberi
lebih contoh soalan yang
melibatkan konsep leraian
vektor dalam penyelesaian
masalah tork.
4. Keberkesanan
Bahan Bantu
Mengajar
Penyampai pengajaran berjalan
dengan lancar dan tersusun dengan
penggunaan palang berangkai
Tiada
5. Penglibatan
Pelajar
Pelajar sangat bersemangat untuk
menyelesaikan masalah yang
melibatkan konsep tork.
Rata-rata pelajar memberikan
kerjasama yang baik semasa sesi
perbincangan dijalankan.
Kelemahan :
Pelajar tidak dapat menyelesaikan
soalan yang diberi secara
berkumpulan dalam waktu yang
singkat.
Sesi pembentangan tidak berjalan
seperti yang ditetapkan disebabkan
kekangan masa.
Masa perbincangan perlu
ditambah untuk melancarkan
proses pembelajaran
6. Respon /
Jawapan Pelajar
Semua pelajar memberi kerjasama dan
menggunakan palang berangkai
sepenuhnya
Majoriti pelajar dapat menyelesaikan
soalan yang diberikan oleh pensyarah.
tiada
7. Teknik
Pengajaran
dan Hasil
Pembelajaran
Pelajar.
Pengajaran merangkumi aktiviti secara
individu dan berkumpulan
Kaedah yang dilaksanakan adalah
berpusatkan pelajar dengan bimbingan
pensyarah secara minimum.
Tiada
8. Lain-lain Penggunaan alat inovasi palang
berangkai sangat membantu pelajar
memahami topik tork dan membantu
pensyarah menyampaian isi
kandungan dengan lebih efektif.
Tiada.
Setelah pelaksanaan alat inovasi ini berlangsung semasa sesi PdP, pensyarah
mengenalpasti beberapa masalah yang wujud serta mencadangkan kaedah menganganinya. Isu
pertama adalah memandangkan alat inovasi ini diwujudkan menggunakan bahan-bahan terpakai,
terdapat permasalahan iaitu kedudukan alat sedikit tidak stabil. Kedudukan batang pvc yang
menyerong adalah untuk menunjukkan sudut antara satah dan garis lurus. Setelah alat ini kerap
digunakan untuk menerangkan keperlbagaian penggunaannya, batang pvc menjadi tidak utuh
dan tidak stabil, menyebabkan pensyarah perlu memegang alatan sambil memberi penerangan.
Pensyarah mencadangkan agar alat inovasi diubahsuai supaya lebih kukuh kedudukannya. Ini
adalah dengan cara mengisi kotak dengan bahan-bahan yang boleh menjadikan ia mampat.
Batang pvc dicucuk secara kekal ke dalam kotak bagi memastikan ia kukuh dan boleh digunakan
dengan kerap. Isu kedua, pelajar tidak jelas dengan cara penggunaan alat inovasi kerana
pengajaran dilakukan secara demonstrasi. Hanya satu sahaja alat inovasi yang dihasilkan,
implikasinya adalah ia menjadi tumpuan ramai pelajar dalam satu-satu masa. Sesi pengajaran
dijalankan oleh pensyarah secara umum menyebabkan kefahaman pelajar tidak bertumpu dan
pelajar sukar mengaplikasikan semula. Kaedah menangani isu ini dicadangkan supaya pelajar
diletakkan dalam kumpulan dan setiap kumpulan akan dibekalkan dengan satu alat inovasi dan
seterusnya pelajar boleh menggunakannya secara lebih praktikal.
1. Soalan –soalan untuk mengukur keberkesanan P&P dibina
2. Pelajar-pelajar diminta untuk menyelesaikan soalan-soalan sebaik sahaja sesi P&P
berakhir.
3. Jawapan pelajar disemak
4. Markah setiap pelajar diambil dan direkodkan untuk dibuat analisis
5. Perbandingan markah dibuat apabila menggunakan alat inovasi dengan markah
semasa tidak menggunakan alat inovasi.
Pencapaian pelajar setelah menjawab soalan yang dibina disemak dan direkodkan untuk
melihat keberkesanan alat inovasi yang dihasilkan. Berikut adalah peratusan perbandingan di
antara ujian diagnostik dan hasil semakan kerja pelajar bagi soalan yang disediakan selepas
fungsi alat inovasi diterangkan:
Jadual 1: Perbandingan Pencapaian Dalam Ujian Diagnostik
Bil Aktiviti Bilangan Pelajar Purata
Markah (%)
1 Sebelum Palang Berangkai diperkenalkan 8 40
2 Bilangan Pelajar Selepas Palang
Berangkai diperkenalkan
8 95
Jadual 1 menunjukkan bilangan pelajar yang mendapat markah penuh iaitu 4 markah
sebelum dan selepas Palang Berangkai diperkenalkan adalah sangat berbeza. Terdapat
peningkatan yang sangat mendadak iaitu sebanyak 55%. Malah, selepas alat inovasi
diperkenalkan, tiada pelajar yang mendapat markah sifar. Ini menunjukkan alat inovasi Palang
Berangkai berjaya mencapai objektif. Melalui pemerhatian pensyarah pula, jika sebelum Palang
Berangkai diperkenalkan, pelajar hanya menghafal langkah untuk mendapatkan jawapan, tapi
pelajar tidak mampu menunjukkan sudut yang betul apabila sesi praktikal dilakukan. Kaedah
Palang Berangkai ini telah meningkatkan kemahiran pelajar untuk mengenalpasti teknik yang
sesuai dalam membantu pembelajaran mereka kerana Palang Berangkai ini mampu
menggerakkan visual, audio dan kinestetik pelajar serta pelajar dapat membuat refleksi kerana
terdapat rakaman video yang dipautkan dalam youtube dan kumpulan telegram pelajar. Kaedah
ini juga menjadikan keakraban sesama pelajar bertambah erat. Ia juga dapat menarik pelajar
melibatkan diri untuk mendalami konsep vektor itu sendiri. Mereka boleh menjelaskan sesama
mereka tentang kedudukan vektor selari untuk garisan, vektor normal untuk satah dengan adanya
alat bantuan secara 3-D ini. Kaedah Palang Berangkai banyak membantu pelajar untuk cepat
memahami dan mengingati konsep dan formula yang mana ini membantu pelajar semasa
menjawab soalan berkaitan Topik Vektor. Pelajar juga dapat tahu menggunakan kaedah rakaman
video dan dimuatturun ke youtube untuk berkongsi dengan rakan mereka dan pelajar berbincang
dengan rakan sekelas, pensyarah dan mungkin juga dengan pelajar antarabangsa melalui
ruangan komen youtube dan media sosial yang lain. Melalui pemerhatian pensyarah juga, pelajar
menjadi lebih aktif dan responsif semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
7.0 PENAMBAHBAIKAN
Kekuatan dan kelemahan pengajaran dikenalpasti menerusi sesi refleksi dan beberapa
cadangan penambahbaikkan disertakan bagi mempertingkatkan mutu pengajaran pensyarah.Satu
sesi perbincangan diadakan bagi penambahbaikan rancangan pengajaran berdasarkan hasil yang
diperolehi daripada seisi refleksi
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN YANG TELAH DIMURNIKAN
SHEME OF WORK / DAILY LESSON PLAN
College Kolej Matrikulasi Kejuruteraan kedah
Practicum K4T16A
Class size 8
Date 16/01/2020
Time 9.00 pg
Venue BT 3
Subject Basic Engineering (EB025)
Topic Chapter 2: Basic Engineering Mechanic
Duration 55 minutes
Main Concept 2.2 Force on 3-D
Student’s Prior
Knowledge
Basic of Forces
Scientific Skills Express each force in Cartesian Vector Form
Teaching Approach Collaborative Learning
Teaching
development
Content Teaching and
Learning Activities
Lecturer’s
Expectation
Notes
/Remarks
Phase 1
Induction Set
(3 minutes)
Define
Force-3D
Lecturer open and shut
the door of tutorial class
several times and
introduce Force-3D
Student are capable of
building relationship
between concept of
Force-3D and daily
life situations
Ask Students
to state other
examples of
Force-3D
Phase 2
Expension of
content
(10 minutes)
Applying
Formula
i. Lecturer Explain upon
application of formula
Force-3D
ii. Student were given 3
simple task and required
to apply formula of
Force-3D
Students can
understand concept of
force 3D and
memorize related
formula
Phase 3
Expension of
content
(10 minutes)
i. State
conditions for
force 3D
ii. Problem
Solving
Strategy
i. Lecturer guide
students to state two
conditions for force 3D
ii. Students were given a
guided body diagrams
problem solving strategy
on
solving questions
regarding Equilibrium
of rigid body.
iii. Lecturer discuss one
example with the whole
class. (sea-saw problem)
Phase 4
Application
(20 minutes)
i. In small groups of 4
person,students were
required to discuss and
solve given 1 task
(Question 3) in 5
minutes
ii. Each group were
given opportunity to use
‘palang berangkai” and
student recording the
video of using palang
berangkai
iii. Lecturer select one
group video recording
and show the video to
the class and lecturer
give comment.
iv. A short quiz is held
within 5 minutes to test
students understandings
Students took part
actively during
group discussion
and capable of
collaborating with
group members.
Phase 5
Conclusion
(2 minutes)
Short
summary of
lesson
Lecturer make a closing
for todays lesson by
stating the importance of
force 3D
7.1 Kekuatan
Seperti sedia maklum, alat inovasi Palang Berangkai merupakan satu alat bantuan
mengajar yang dihasilkan untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam mencari sudut antara
satah dan garis lurus. Ia terbina menggunakan bahan-bahan terpakai seperti kotak dan batang
pvc. Terdapat beberapa kekuatan yang boleh dilihat dari alat inovasi Palang Berangkai ini. Alat
inovasi ini sesuai digunakan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar dalam
mengenal pasti kedudukan sebenar vektor selari bagi garis lurus dan vektor serenjang/normal
bagi satah. Pelajar tidak perlu lagi sekadar membuat gambaran situasi dua satah dan garis lurus.
Dengan adanya alat inovasi ini, pelajar boleh membuat aktiviti kendiri dengan membuat
ulangkaji dengan melihat semula video rakaman penggunaan palang berangkai melalui youtube
dan media sosial . Palang Berangkai ini merupakan bahan inovasi mengajar yang berbentuk tiga
dimensi, yang mana ia adalah alat pegun yang boleh disentuh dan diselenggara. Sekiranya
pelajar boleh menyelaras sendiri alat inovasi tersebut, pelajar lebih mudah memahami kedudukan
garis lurus, satah, vektor selari dan vektor normal dengan jelas. Seterusnya boleh membantu
pelajar untuk menentukan sudut antara garis lurus dan satah yang mengaplikasikan penggunaan
vektor normal bagi satah dan vektor selari bagi garis lurus. Ia juga meningkatkan penglibatan
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, alat inovasi ini menjadi
pemudahcara kepada pensyarah bagi menerangkan konsep topik yang dikaji. Pensyarah tidak
perlu lagi mengulang lukis perkara yang sama bagi setiap kelas yang berlainan atau kumpulan
pelajar yang berlainan. Pensyarah sekadar menerangkan fungsi alat inovasi dan seterusnya
membiarkan pelajar mengkaji sendiri kegunaannya. Ini bertepatan dengan Pembelajaran Abad
ke 21 (PAK 21) yang menjadikan pelajar sebagai pusat pembelajaran dan pensyarah sebagai
pemudahcara selain penggunaan media sosial yang disediakan secara percuma. Ia bukan sahaja
menjimatkan masa pensyarah malah boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang hidup dan
tidak suram.
7.2 Kelemahan
Walaupun Palang Berangkai ini terlihat mampu mencapai objektif yang disenaraikan, ia
tidak lari dari mempunyai beberapa masalah. Yang pertama, saiz bahan bantu mengajar ini yang
kecil menjadikan ia sukar untuk digunakan semasa sesi pengajaran di dalam kuliah yang
melibatkan 100 hingga 200 orang pelajar. Bukan itu sahaja, saiznya yang kecil menjadi
kekangan kepada pelajar untuk memberi perhatian secara menyeluruh semasa sesi penerangan
awal tentang fungsinya. Pelajar perlu berkumpul dalam kumpulan yang besar dan masing-masing
bertumpu pada satu objek sahaja. Ia menghalang kefahaman secara menyeluruh berlaku dengan
hanya sekali penerangan, pensyarah mungkin perlu membahagikan pelajar kepada beberapa
kumpulan dan seterusnya menerangkan fungsi Palang Berangkai satu persatu kepada kumpulan
yang berlainan tersebut. Bukan itu sahaja, alat inovasi Palang Berangkai ini tidak diletakkan
fungsi yang melibatkan mencari sudut di antara dua satah, mencari titik persilangan antara garis
lurus dan satah serta mencari persamaan satah atau garis lurus apabila diberi pelbagai syarat
soalan. Palang Berangkai dilihat hanya menumpu kepada mencari sudut sedangkan di dalam
subtopik aplikasi vektor, terdapat banyak yang boleh diterapkan. Pelajar juga tidak mengetahui
cara-cara membuat rakaman video yang baik dan jelas. Pelajar juga tidak mengetahui cara untuk
memuatnaik video dalam youtube dan kumpulan telegram pelajar.
7.3 Penambahbaikkan
Setelah dikenalpasti kekuatan dan kelemahan Palang Berangkai, pensyarah kembali
berkumpul dalam kumpulan Perkongsian Pensyarah dan membincangkan cara untuk
menambahbaik alat inovasi. Pensyarah membuat keputusan untuk membina beberapa alat yang
sama untuk membolehkan pelajar menggunakan ia dengan lebih dekat apabila mereka
dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pelajar boleh turut serta dengan lebih aktif semasa sesi
penerangan dijalankan seterusnya mempraktiskannya secara kendiri. Selain itu, pensyarah juga
menambahbaik alat inovasi agar ia dapat digunakan untuk penyelesaian masalah terhadap
beberapa aplikasi vektor yang lain. Menggunakan alat yang sama, pelajar boleh mengenalpasti
titik persilangan di antara satah dan garis lurus. Bukan itu sahaja, batang pvc diubah suai supaya
boleh digerakkan menjadi sama ada berserenjang, selari, berada di atas satah atau melalui satah.
Ini membolehkan pelajar memahami dengan lebih jelas kedudukan vektor normal terhadap satah
dan vektor selari terhadap garis lurus bagi setiap situasi yang dinyatakan, seterusnya mampu
mencari persamaan vektor satah dan garis lurus dengan mudah. Pensyarah juga akan
memuatturun cara penggunaan palang berangkai di youtube dan kumpulan telegram sebelum
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Penggunaan komponen elektronik seperti lampu led dapat
menarik minat pelajar menggunakan palang berangkai.
8.0 KESIMPULAN
Penggunaan alat inovasi Palang Berangkai yang dihubungkait dengan youtube dan
kumpulan telegram pelajar ini mencetuskan idea baru dalam membantu pensyarah semasa sesi
PdP bagi topik aplikasi vektor ini . Ia juga membantu pelajar secara kendirinya mengenalpasti
kehendak soalan lalu menjawabnya dengan baik berpandukan aplikasi Palang Berangkai. Secara
keseluruhannya, kajian ini telah menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar dalam menjawab
soalan berkaitan dengan sudut antara satah dan garis lurus. Penulisan ini juga banyak membuka
minda dan dimensi pemikiran pensyarah terhadap dunia pendidikan. Pensyarah dapat
mencungkil kekuatan ahli dalam kumpulan Perkongsian Pensyarah. Beberapa cadangan untuk
tindakan pada masa hadapan telah dipertimbangkan. Cadangan tersebut ialah Palang Berangkai
ditambahbaik kepada beberapa fungsi lain. Antaranya menerangkan konsep menentukan sudut di
antara dua vector dan memberi contoh serta latihan untuk menentukan sudut di antara dua garis.
Pelajar perlu mengenalpasti vektor selari dengan garis tersebut untuk menentukan sudut diantara
dua garis. Memberikan contoh menentukan sudut - vektor selari yang mempunyai sudut 0ᵒ bagi
vektor yang mempunyai arah yang sama - vektor selari yang mempunyai sudut 180ᵒ bagi vektor
yang mempunyai arah yang bertentangan - Memberikan contoh menentukan sudut vektor
serenjang yang mempunyai sudut 90ᵒ Memberikan contoh menentukan sudut vektor serenjang
yang mempunyai sudut 90ᵒ. Memberikan contoh menentukan sudut - vektor selari yang
mempunyai sudut 0ᵒ bagi vektor yang mempunyai arah yang sama - vektor selari yang
mempunyai sudut 180ᵒ bagi vektor yang mempunyai arah yang bertentangan fungsi tambahan
yang dicadangkan ialah digunapakai untuk mencari titik persilangan antara satah dan garis lurus
dan mencari persamaan vektor satah dan garis lurus apabila diberi pelbagai situasi aplikasi.
Sebagai kesimpulannya, penggunaan alat inovasi Palang Berangkai dalam mencari sudut antara
satah dan garis lurus berjaya mencapai objektif yang ditetapkan ditambah pula dengan
hubungkait dengan youtube dan kumpulan telegram pelajar. Selain itu, dengan adanya teknik ini
dapat membantu pelajar secara efektif, cepat dan betul dalam menyelesaikan subtopik tersebut
dalam soalan-soalan latihan dan peperiksaan. Diharapkan alat inovasi Palang Berangkai memberi
sumbangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan mutu pendidikan.
RUJUKAN
Teoh Sian Hoon, Cheng Siak Peng, Ng Set Foong & Ch’ng Pei Eng. (2013). Complete
Reference Matriculation Mathematics 2 For Science Student Third Edition. Kuala Lumpur :
Oriental Academic Publication

More Related Content

What's hot

Proposal skripsi metlit tugas iii
Proposal skripsi metlit tugas iiiProposal skripsi metlit tugas iii
Proposal skripsi metlit tugas iiiStr Balondero
 
Proposal penelitian
Proposal penelitianProposal penelitian
Proposal penelitianSODRI UNJ
 
Template Presentasi Powerpoint - Seminar Proposal Skripsi Alvian
Template Presentasi Powerpoint - Seminar Proposal Skripsi AlvianTemplate Presentasi Powerpoint - Seminar Proposal Skripsi Alvian
Template Presentasi Powerpoint - Seminar Proposal Skripsi AlvianAlvian Alvian
 
Tugas proposal ptk metode penelitian
Tugas proposal ptk metode penelitianTugas proposal ptk metode penelitian
Tugas proposal ptk metode penelitianHaryadi Vj
 
Skripsi asli
Skripsi asliSkripsi asli
Skripsi aslihenya
 
Proposal skripsi ahmad hakim
Proposal skripsi ahmad hakimProposal skripsi ahmad hakim
Proposal skripsi ahmad hakimStr Balondero
 
ppt-sidang tesis pengembangan modul android materi ekosistem
ppt-sidang tesis pengembangan modul android materi ekosistemppt-sidang tesis pengembangan modul android materi ekosistem
ppt-sidang tesis pengembangan modul android materi ekosistemYuningsih Yuningsih
 
Implementasi problem based learning
Implementasi problem based learningImplementasi problem based learning
Implementasi problem based learningHamid Abdillah
 
Tugas proposal ptk (muhamad marzuki 5215083425)
Tugas proposal ptk (muhamad marzuki 5215083425)Tugas proposal ptk (muhamad marzuki 5215083425)
Tugas proposal ptk (muhamad marzuki 5215083425)Muhamad_Marzuki
 
Present proposal lin indah hidayati
Present proposal lin indah hidayatiPresent proposal lin indah hidayati
Present proposal lin indah hidayatiLin Hidayati
 
Jurnal karya ilmiah
Jurnal karya ilmiahJurnal karya ilmiah
Jurnal karya ilmiahBudi Garjito
 

What's hot (20)

Proposal skripsi metlit tugas iii
Proposal skripsi metlit tugas iiiProposal skripsi metlit tugas iii
Proposal skripsi metlit tugas iii
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Proposal penelitian
Proposal penelitianProposal penelitian
Proposal penelitian
 
ppt skripsi
ppt skripsippt skripsi
ppt skripsi
 
Template Presentasi Powerpoint - Seminar Proposal Skripsi Alvian
Template Presentasi Powerpoint - Seminar Proposal Skripsi AlvianTemplate Presentasi Powerpoint - Seminar Proposal Skripsi Alvian
Template Presentasi Powerpoint - Seminar Proposal Skripsi Alvian
 
Tugas proposal ptk metode penelitian
Tugas proposal ptk metode penelitianTugas proposal ptk metode penelitian
Tugas proposal ptk metode penelitian
 
Skripsi asli
Skripsi asliSkripsi asli
Skripsi asli
 
Proposal ptk metlit
Proposal ptk metlitProposal ptk metlit
Proposal ptk metlit
 
Artikel presentasi
Artikel presentasiArtikel presentasi
Artikel presentasi
 
Proposal Tugas Metlit ( Tugas 3)
Proposal Tugas Metlit ( Tugas 3)Proposal Tugas Metlit ( Tugas 3)
Proposal Tugas Metlit ( Tugas 3)
 
Asg 3
Asg 3Asg 3
Asg 3
 
Proposal skripsi ahmad hakim
Proposal skripsi ahmad hakimProposal skripsi ahmad hakim
Proposal skripsi ahmad hakim
 
Ptk
PtkPtk
Ptk
 
Kt Mesin Jahit
Kt Mesin JahitKt Mesin Jahit
Kt Mesin Jahit
 
ppt-sidang tesis pengembangan modul android materi ekosistem
ppt-sidang tesis pengembangan modul android materi ekosistemppt-sidang tesis pengembangan modul android materi ekosistem
ppt-sidang tesis pengembangan modul android materi ekosistem
 
Implementasi problem based learning
Implementasi problem based learningImplementasi problem based learning
Implementasi problem based learning
 
Tugas proposal ptk (muhamad marzuki 5215083425)
Tugas proposal ptk (muhamad marzuki 5215083425)Tugas proposal ptk (muhamad marzuki 5215083425)
Tugas proposal ptk (muhamad marzuki 5215083425)
 
Present proposal lin indah hidayati
Present proposal lin indah hidayatiPresent proposal lin indah hidayati
Present proposal lin indah hidayati
 
Elektronik
Elektronik Elektronik
Elektronik
 
Jurnal karya ilmiah
Jurnal karya ilmiahJurnal karya ilmiah
Jurnal karya ilmiah
 

Similar to Palang Berangkai: Sudut vektor dalam tiga dimensi

PTT ANCESIDANGG.pptx
PTT ANCESIDANGG.pptxPTT ANCESIDANGG.pptx
PTT ANCESIDANGG.pptxribkarohani
 
modul matematika kurikulum merdeka tahun ajaran 2023/2024
modul matematika kurikulum merdeka tahun ajaran 2023/2024modul matematika kurikulum merdeka tahun ajaran 2023/2024
modul matematika kurikulum merdeka tahun ajaran 2023/2024EDIKURNIAWAN150005
 
Teknik lewi meningkatkan kemahiran pelajar menulis formula kamiran luas
Teknik lewi meningkatkan kemahiran pelajar menulis formula kamiran luasTeknik lewi meningkatkan kemahiran pelajar menulis formula kamiran luas
Teknik lewi meningkatkan kemahiran pelajar menulis formula kamiran luasMagdalene Lim
 
Persepsi Guru Terhadap Pembangunan Modul Multimedia Kerja Amali Kimia Tingkat...
Persepsi Guru Terhadap Pembangunan Modul Multimedia Kerja Amali Kimia Tingkat...Persepsi Guru Terhadap Pembangunan Modul Multimedia Kerja Amali Kimia Tingkat...
Persepsi Guru Terhadap Pembangunan Modul Multimedia Kerja Amali Kimia Tingkat...Syaurah Ashikin
 
PPT Presentasi.pptx
PPT Presentasi.pptxPPT Presentasi.pptx
PPT Presentasi.pptxssuser0be047
 
2 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
2 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...2 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
2 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
ppt seminar winda
ppt seminar windappt seminar winda
ppt seminar windasaadah25
 
Rancangan Aktualisasi_Darma Arif Wicaksono.pptx
Rancangan Aktualisasi_Darma Arif Wicaksono.pptxRancangan Aktualisasi_Darma Arif Wicaksono.pptx
Rancangan Aktualisasi_Darma Arif Wicaksono.pptxssuserb2b897
 
Sinopsis best practice smp n 25 solo
Sinopsis best practice smp n 25 soloSinopsis best practice smp n 25 solo
Sinopsis best practice smp n 25 soloMulyati Rahman
 
Proposal skripsi metlit nihhhhhhhh
Proposal skripsi metlit nihhhhhhhhProposal skripsi metlit nihhhhhhhh
Proposal skripsi metlit nihhhhhhhhStr Balondero
 
Laporan teacher sharing 4 tip top techniques for mathematics
Laporan teacher sharing 4 tip top techniques for mathematics Laporan teacher sharing 4 tip top techniques for mathematics
Laporan teacher sharing 4 tip top techniques for mathematics Magdalene Lim
 
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Poligon Matematik Tingkatan 2
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Poligon Matematik Tingkatan 2 Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Poligon Matematik Tingkatan 2
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Poligon Matematik Tingkatan 2 Cikgudiana
 
Ppt tugas ppp prof. rully
Ppt tugas ppp prof. rullyPpt tugas ppp prof. rully
Ppt tugas ppp prof. rullyMyWife humaeroh
 
Proposal
ProposalProposal
Proposalza
 
Teknik GriDot dalam Penguasaan Fakta Asas Darab
Teknik GriDot dalam Penguasaan Fakta Asas DarabTeknik GriDot dalam Penguasaan Fakta Asas Darab
Teknik GriDot dalam Penguasaan Fakta Asas DarabNorazlin Mohd Rusdin
 
Modul drillpractise
Modul drillpractiseModul drillpractise
Modul drillpractiseambarlestari
 
Buku panduan kkp ti 2010
Buku panduan kkp ti 2010Buku panduan kkp ti 2010
Buku panduan kkp ti 2010sulaiman yunus
 

Similar to Palang Berangkai: Sudut vektor dalam tiga dimensi (20)

document.pdf
document.pdfdocument.pdf
document.pdf
 
PPTc1.1.ppt
PPTc1.1.pptPPTc1.1.ppt
PPTc1.1.ppt
 
PTT ANCESIDANGG.pptx
PTT ANCESIDANGG.pptxPTT ANCESIDANGG.pptx
PTT ANCESIDANGG.pptx
 
modul matematika kurikulum merdeka tahun ajaran 2023/2024
modul matematika kurikulum merdeka tahun ajaran 2023/2024modul matematika kurikulum merdeka tahun ajaran 2023/2024
modul matematika kurikulum merdeka tahun ajaran 2023/2024
 
Teknik lewi meningkatkan kemahiran pelajar menulis formula kamiran luas
Teknik lewi meningkatkan kemahiran pelajar menulis formula kamiran luasTeknik lewi meningkatkan kemahiran pelajar menulis formula kamiran luas
Teknik lewi meningkatkan kemahiran pelajar menulis formula kamiran luas
 
Persepsi Guru Terhadap Pembangunan Modul Multimedia Kerja Amali Kimia Tingkat...
Persepsi Guru Terhadap Pembangunan Modul Multimedia Kerja Amali Kimia Tingkat...Persepsi Guru Terhadap Pembangunan Modul Multimedia Kerja Amali Kimia Tingkat...
Persepsi Guru Terhadap Pembangunan Modul Multimedia Kerja Amali Kimia Tingkat...
 
PPT Presentasi.pptx
PPT Presentasi.pptxPPT Presentasi.pptx
PPT Presentasi.pptx
 
2 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
2 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...2 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
2 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
ppt seminar winda
ppt seminar windappt seminar winda
ppt seminar winda
 
Rancangan Aktualisasi_Darma Arif Wicaksono.pptx
Rancangan Aktualisasi_Darma Arif Wicaksono.pptxRancangan Aktualisasi_Darma Arif Wicaksono.pptx
Rancangan Aktualisasi_Darma Arif Wicaksono.pptx
 
Sinopsis best practice smp n 25 solo
Sinopsis best practice smp n 25 soloSinopsis best practice smp n 25 solo
Sinopsis best practice smp n 25 solo
 
Proposal skripsi metlit nihhhhhhhh
Proposal skripsi metlit nihhhhhhhhProposal skripsi metlit nihhhhhhhh
Proposal skripsi metlit nihhhhhhhh
 
Laporan teacher sharing 4 tip top techniques for mathematics
Laporan teacher sharing 4 tip top techniques for mathematics Laporan teacher sharing 4 tip top techniques for mathematics
Laporan teacher sharing 4 tip top techniques for mathematics
 
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Poligon Matematik Tingkatan 2
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Poligon Matematik Tingkatan 2 Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Poligon Matematik Tingkatan 2
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Poligon Matematik Tingkatan 2
 
Ppt tugas ppp prof. rully
Ppt tugas ppp prof. rullyPpt tugas ppp prof. rully
Ppt tugas ppp prof. rully
 
Proposal
ProposalProposal
Proposal
 
BAHAN TAYANG.pptx
BAHAN TAYANG.pptxBAHAN TAYANG.pptx
BAHAN TAYANG.pptx
 
Teknik GriDot dalam Penguasaan Fakta Asas Darab
Teknik GriDot dalam Penguasaan Fakta Asas DarabTeknik GriDot dalam Penguasaan Fakta Asas Darab
Teknik GriDot dalam Penguasaan Fakta Asas Darab
 
Modul drillpractise
Modul drillpractiseModul drillpractise
Modul drillpractise
 
Buku panduan kkp ti 2010
Buku panduan kkp ti 2010Buku panduan kkp ti 2010
Buku panduan kkp ti 2010
 

More from Mohd Noramdzan

Falsafah pengajaran saya asas kejuteraan
Falsafah pengajaran saya asas kejuteraanFalsafah pengajaran saya asas kejuteraan
Falsafah pengajaran saya asas kejuteraanMohd Noramdzan
 
Pendapatan k kelab staf 2017
Pendapatan k kelab staf 2017Pendapatan k kelab staf 2017
Pendapatan k kelab staf 2017Mohd Noramdzan
 
Mendeley teaching-presentation
Mendeley teaching-presentationMendeley teaching-presentation
Mendeley teaching-presentationMohd Noramdzan
 
Apastyle panduanasas-131019071943-phpapp01
Apastyle panduanasas-131019071943-phpapp01Apastyle panduanasas-131019071943-phpapp01
Apastyle panduanasas-131019071943-phpapp01Mohd Noramdzan
 
56158599 mendeley-teaching-presentation1
56158599 mendeley-teaching-presentation156158599 mendeley-teaching-presentation1
56158599 mendeley-teaching-presentation1Mohd Noramdzan
 
Kaedah penyelidikan dr.hafidz translated
Kaedah penyelidikan dr.hafidz translatedKaedah penyelidikan dr.hafidz translated
Kaedah penyelidikan dr.hafidz translatedMohd Noramdzan
 

More from Mohd Noramdzan (9)

Falsafah pengajaran saya asas kejuteraan
Falsafah pengajaran saya asas kejuteraanFalsafah pengajaran saya asas kejuteraan
Falsafah pengajaran saya asas kejuteraan
 
Kandungan fail meja
Kandungan fail mejaKandungan fail meja
Kandungan fail meja
 
Document 1
Document 1Document 1
Document 1
 
Pendapatan k kelab staf 2017
Pendapatan k kelab staf 2017Pendapatan k kelab staf 2017
Pendapatan k kelab staf 2017
 
Mendeley teaching-presentation
Mendeley teaching-presentationMendeley teaching-presentation
Mendeley teaching-presentation
 
Apastyle panduanasas-131019071943-phpapp01
Apastyle panduanasas-131019071943-phpapp01Apastyle panduanasas-131019071943-phpapp01
Apastyle panduanasas-131019071943-phpapp01
 
Latihan apa 1 tesis
Latihan apa 1 tesisLatihan apa 1 tesis
Latihan apa 1 tesis
 
56158599 mendeley-teaching-presentation1
56158599 mendeley-teaching-presentation156158599 mendeley-teaching-presentation1
56158599 mendeley-teaching-presentation1
 
Kaedah penyelidikan dr.hafidz translated
Kaedah penyelidikan dr.hafidz translatedKaedah penyelidikan dr.hafidz translated
Kaedah penyelidikan dr.hafidz translated
 

Recently uploaded

Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptxHR MUSLIM
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatArfiGraphy
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 

Recently uploaded (20)

Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 

Palang Berangkai: Sudut vektor dalam tiga dimensi

  • 1. PALANG BERANGKAI: SUDUT VEKTOR DALAM TIGA DIMENSI DALAM APLIKASI YOUTUBE Mohd Noramdzan Mohd Yusof ; Nazrul Amir Bin Rahim Mohd Khairul Azam Bin Abdul Wahab Syafriza Syuhada Binti Mahamad Sharif; Mohd Rezal Bin Mohammad Asiar KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN KEDAH ABSTRAK Palang Berangkai adalah suatu alat inovasi yang dibina untuk menunjukkan vektor garis bersama vektor selari menembusi suatu satah dalam tiga dimensi bagi matapelajaran Asas Kejuruteraan (EB025) topik Kartesian Vektor bagi pelajar jurusan Kejuruteraan, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah. Model Palang Berangkai dibina daripada empat batang paip PVC sebagai vektor garis dan vektor selari, kotak berisi polisterin sebagai satah dan lidi sate sebagai vektor normal.Model ini direka untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam mengenalpasti kedudukan sudut antara satah dan garis vektor dan membolehkan pelajar mengira nilai sudut yang dikehendaki dengan betul. Kaedah ‘lesson Study’ telah digunakan laporan PLC ini kerana kaedah ini sesuai untuk memperbaiki pelaksanaan P&P dimana seseorang pensyarah sendiri mesti ada inisiatif untuk berusaha kearah kecemerlangan, samaada melalui kaedah cuba- jaya atau berbincang dengan rakan sejawat. Berdasarkan kaedah ‘lesson Study’ sesi perkongsian pensyarah dilaksanakan untuk melihat keupayaan alat ini dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pensyarah bersama-sama pelajar Program Matrikulasi Jurusan Kejuruteraan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah. Kaedah ini di demotrasikan oleh pensyarah kepada pelajar dan rakaman video dijalankan serta dimasukkan dalam youtube untuk rujukan para pelajar. Pelajar yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan akan membuat demostrasi dengan palang berangkai yang diletakkan di tempat pensyarah berdasarkan soalan spesifik yang diberikan pensyarah kepada setiap kumpulan dan membuat rakaman video dan dimasukkan dalam youtube channel pelajar. Pautan youtube akan diletakkan dalam telegram kelas dan pensyarah dan para pelajar akan berbincang dalam telegram dan youtube. Sebelum penggunaan kaedah alat ini, didapati 73% sampel pelajar -pelajar Program Matrikulasi Jurusan Kejuruteraan yang dipilih tidak dapat menentukan kedudukan sudut antara
  • 2. garis vektor dengan satah secara lakaran dan mengira nilai sudut dengan betul.Selepas menggunakan Palang Berangkai, ujian dignosis mendapati 100% pelajar dapat mengaplikasikan model ini untuk menerangkan kedudukan sudut antara vektor garis dengan satah. Model ini memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.Model ini dapat menyelesaikan masalah kepada pelajar yang tidak dapat membayangkan situasi atau melakar gambarajah.Apabila pelajar dapat menyentuh dan bermain dengan model ini, secara tidak langsung pelajar dapat mengingati dan memahami dengan jelas. Kata kunci: Palang Berangkai, sudut, vektor selari, vektor normal, satah dalam tiga dimensi, lesson study, alat inovasi 1.0 PENGENALAN Salah satu topik mata pelajaran Asas Kejuruteraan (EB025) Semester 2 Program Matrikulasi KPM yang agak kompleks dan sukar difahami oleh sebilangan pelajar Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah (KMKK) ialah dalam topik Mekanik Asas Kejuruteraan (Basic Engineering Mechanic). Topik Asas Mekanik mengandungi sembilan subtopik iaitu vektor, sIstem daya, rajah badan bebas, keseimbangan partikel, Momen, Keseimbangan Badan Bebas dalam dua dimensi, keseimbangan struktur , geseran dan centroid dan pusat graviti. Masalah yang dihadapi pelajar ialah dalam subtopik vektor. Pandangan terhadap wujudnya permasalahan pengajaran dan pembelajaran dalam subtopik vektor adalah berdasarkan kepada Laporan Kerja Calon dan Kertas Soalan Sem 2 2018/2019 mendapati majoriti calon tidak dapat melakarkan gambarajah daya paduan dengan baik terutama apabila daya lebih daripada dua dan berdasarkan keputusan ujian dijalankan kepada pelajar asas kejuruteraan sem 2 2019/2020. Refleksi Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi beberapa orang pensyarah untuk mod tutoran juga dijadikan sandaran untuk permasalahan bagi kajian ini. Berdasarkan data dan maklumat yang dikumpulkan tersebut, satu aktiviti perkongsian penyarah dijalankan mengikut strategi tunjuk, cakap dan kongsi berfokuskan kepada permasalahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam tutoran dan semasa sesi konsultasi untuk pelajari. Berikut adalah penyataan masalah yang membolehkan kami menjalankan kajian ini:
  • 3. (a) Pelajar tidak dapat mengenalpasti kedudukan normal terhadap satah dan vektor selari terhadap garis lurus. (b) Pelajar tidak dapat menentukan sudut di antara satah dan garis lurus. (c) Pelajar tidak mahir menerapkan teknik pembelajaran yang sesuai dalam topik yang dikaji. Berdasarkan kepada tinjauan dan pemerhatian awal di atas, kami memfokuskan kepada beberapa masalah utama bagi subtopik aplikasi vektor iaitu masalah pelajar dalam: (a) Memahami kedudukan normal terhadap satah dan vektor selari terhadap garis lurus (b) Menentukan sudut di antara satah dan garis lurus. (c) Membantu pelajar mengenalpasti teknik pembelajaran VAK (Visual, Audio dan Kinestetik) yang sesuai dengan mereka. 2.0 MATLAMAT KAJIAN Meningkatkan peratus pencapaian pelajar-pelajar dengan memenuhi kriteria pemarkahan bagi soalan melibatkan mencari sudut antara satah dan garis lurus. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Meningkatkan kemahiran pelajar mengenalpasti sudut antara satah dan garis lurus. 4.0 PERANCANGAN 4.1 Kitaran Kajian Pembelajaran Bil Tarikh cadangan pelaksanaan Aktiviti Yang Dirancang Catatan 1. 03/11/19 Brainstorming masalah yang dihadapi pelajar semasa menyelesaikan masalah daya dalam tiga dimensi Mindmap masalah dihadapi pelajar semasa menyelesaikan masalah daya dalam tiga dimensi 2 15/11/2019 Memantau penglibatan semua pelajar dalam menyelesaikan masalah daya dalam tiga dimensi. Penyelesaian masalah diperolehi dengan menyiapkan Palang Berangkai sebagai alat bantu mengajar. 3 01/01/2020 Pembinaan Palang Berangkai Membuat pembetulan dan refleksi Palang Berangkai
  • 4. 4 02-30/01/2020 Pengumpulan data dari pengajaran pensyarah menggunakan Palang Berangkai. Pelajar diberi dua soalan selepas seisi pengajaran dan pembelajaran (Tn. Nazrul). 5 2/02/2020 Menyediakan rubrik dan senarai semak untuk kesan pengajaran dan pembelajaran menggunakan palang berangkai Menyiapkan rubrik dan senarai semak 6 01/03/2020 Menganalisis data yang diperolehi Membincangkan data yang diperolehi dan menilai menggunakan rubrik serta senarai semak yang disediakan 7 7/5/2020 Pemurniaan penulisan kertas kajian Menyiapkan kertas kajian 4.2 Rancangan Pengajaran Harian 4.2.1 Rancangan pengajaran harian dibina setelah penentuan gol pengajaran dilaksanakan. Rancangan mengajar bersesuaian telah dibina bagi tajuk Force System dalam topik satu iaitu Force on 3-D SHEME OF WORK / DAILY LESSON PLAN College Kolej Matrikulasi Kejuruteraan kedah Practicum K4T16A Class size 8 Date 02/01/2020 Time 9.00 pg Venue BT 3 Subject Basic Engineering (EB025) Topic Chapter 2: Basic Engineering Mechanic Duration 55 minutes Main Concept 2.2 Force on 3-D Student’s Prior Knowledge Basic of Forces Scientific Skills Express each force in Cartesian Vector Form Teaching Approach Collaborative Learning
  • 5. Teaching development Content Teaching and Learning Activities Lecturer’s Expectation Notes /Remarks Phase 1 Induction Set (3 minutes) Define Force-3D Lecturer open and shut the door of tutorial class several times and introduce Force- 3D Student are capable of building relationship between concept of Force-3D and daily life situations Ask Students to state other examples of Force-3D Phase 2 Expension of content (10 minutes) Applying Formula i. Lecturer Eplain upon application of formula Force-3D ii. Student were given 3 simple task and required to apply formula of Force-3D Students can understand concept of force 3D and memorize related formula Video Recording Phase 3 Expension of content (10 minutes) i. State conditions for force 3D ii. Problem Solving Strategy i. Lecturer guide students to state two conditions for force 3D using palang berangkai ii. Students were given a guided body diagrams problem solving strategy on solving questions regarding Equilibrium of rigid body. iii. Lecturer discuss one example Phase 4 Application (20 minutes) i. In small groups of 4 person,students were required to discuss and solve given 1 task (Question 3) in 5 minutes ii. Each group were given opportunity to use ‘palang berangkai” and student video recording the use of palang berangkai iii. Lecturer randomly select one group to present their group work in given time of 5 minutes. iv. A short quiz is held within 5minutes to test students understandings. Students took part actively during group discussion and capable of collaborating with group members. Phase 5 Conclusion (2 minutes) Short summary of lesson Lecturer make a closing for todays lesson by stating the importance of force 3D
  • 6. 4.3 Penyediaan Alat Inovasi Palang Berangkai dibina daripada empat batang paip PVC sebagai vektor garis dan vektor selari, kotak berisi dengan polisterin sebagai satah dan lidi sate sebagai vektor normal. Alat inovasi kajian kami ini terdiri daripada kotak yang diandaikan sebagai satah. Terdapat satu batang paip pvc diletakkan menembusi kotak iaitu satah. Paip pvc pertama mewakili garis lurus manakala yang kedua mewakili vektor selari terhadap garis lurus. Di atas kotak tersebut juga diletakkan satu paip pvc lain secara berserenjang mewakili vektor normal terhadap satah. Gambarajah 1 : Alat Inovasi Palang Berangkai Gambarajah 2 : Proses Penciptaan Alat Inovasi Palang Berangkai
  • 7. 5.0 PELAKSANAAN Pengajaran dan sesi pemerhatian pengajaran dijalankan sewaktu slot khas yang telah ditetapkan seperti berikut: Tarikh: 05 Jan 2020 Masa: 11.00 pagi -12.00 tgh Tempat: Bilik Tutoran 5 Bilangan Pelajar : 8 orang Pensyarah : Tuan Nazrul Amir Abdul Rahim 5.1 Strategi Pelaksanaan Hasil perbincangan dari aktiviti perkongsian pensyarah, strategi pelaksanaan yang digunakan adalah dengan menggunakan inovasi dari bahan-bahan terpakai dengan membentuk hubungkait antara satah dan garis lurus. Alat inovasi ini dinamakan Palang Berangkai. Rasional pemilihan alat bantu mengajar berbentuk alat inovasi ini adalah untuk memastikan pelajar mendapat gambaran sebenar tentang kedudukan sudut di antara satah dan garis lurus. Dengan adanya Palang Berangkai, pelajar mampu mencari sudut yang dimaksudkan setelah mengenalpasti sendiri ruang sebenar dan juga perbincangan boleh dilakukan melalui ruangan komen youtube dan telegram kelas. Gambarajah 3: Aktivivti 1, Menyatakan vektor selari dan vektor normal
  • 8. Gambarajah 4: Aktiviti 2, Mengenalpasti kedudukan sudut antara garis dan satah dengan betul Gambarajah 4: Aktiviti 3, Mengira nilai sudut dengan menggunakan formula yang betul
  • 9. 5.2 PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL Rakaman video berdurasi 28 saat telah dilaksanakan dan video tersebut telah dimasukkkan ke dalam YOUTUBE dan kumpulan telegram pelajar bagi memudahkan pelajar mengulangkaji pelajaran. *Contoh Penggunaan Alaf Inovasi Oleh Pelajar Yang Telah Dimasukkan Dalan Youtube https://youtu.be/CpQ1LyCmq8I . 6.0 REFLEKSI KAJIAN 6.1 Setelah sesi pengajaran dilakukan, refleksi terhadap pengajaran telah dilaksanakan. Refleksi pengajaran terbahagi kepada 2 kategori berbeza iaitu 6.1.1 Refleksi berkumpulan Dilaksanakan secara berkumpulan antara ahli dan pemerhatian pengajaran bersama pakar rujuk (SME). 6.1.2 Refleksi kendiri Dilaksanakan oleh pensyarah yang mengajar secara individu. 6.2 Laporan refleksi pengajaran adalah berdasarkan tujuh aspek utama. Aspek-aspek tersebut adalah seperti berikut: 6.2.1 Rancangan Mengajar 6.2.2 Isi Kandungan 6.2.3 Aras dan kesesuaian soalan 6.2.4 Keberkesanan bahan bantu pengaj aran
  • 10. 6.2.5 Penglibatan pelajar 6.2.6 Respon dan jawapan pelajar 6.2.7 Teknik pengajaran dan hasil pembelajaran REFLEKSI KAJIAN PERMBELAJARAN (BERKUMPULAN) KOLEJ : Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah PRAKTIKUM/KELAS : K4T16A MATA PELAJARAN : Asas Kejuruteraan TAJUK : Basic Engineering Mechanic TARIKH : 02-01-2020 ASPEK KOMEN CADANGAN UNTUK MENAMBAHBAH RPH 1. Rancangan Mengajar /Lesson Plan Rancangan pengajaran harian yang disediakan adalah sesuai, teliti dan mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar. Sebagai contoh daya-daya asas dan lakaran rajah jasad bebas. Rancangan pengajaran pada fasa 3 perlu dinyatakan dengan lebih terperinci. Contohnya perbincangan soalan menggunakan slaid Power Point yang telah disediakan. Kekuatan: Pensyarah memberikan contoh- contoh yang berkaitan dengan persekitaran pelajar menggunakan konsep Force-3D Berlakunya perbincangan secara aktif dalam kalangan pelajar. Pelajar diberi tugasan awal untuk mendedahkan pelajar berkaitan tajuk Force-3D Pensyarah perlu mengikut masa yang telah diperuntukkan sesuai dengan set induksi. Hasil pembelajaran perlu dinyatakan dalam rancangan pengaj aran pada fasa 2. Masa untuk perbincangan pelajar perlu ditambah pada fasa 4. 2. Isi Kandungan/ Konten Kandungan yang disampaikan adalah ringkas dan padat sesuai dengan isi kandungan dan huraian sukatan pelajaran bagi Force-3D Tiada.
  • 11. Kekuatan: terdapatnya strategi penyelesaian masalah bagi tajuk Force-3D Pensyarah memberikan tiga contoh soalan yang mudah untuk difahami oleh pelajar. Pensyarah menguji kefahaman pelajar sebaik sahaja konsep Force- 3D disampaikan. 3. Soalan-soalan Yang Dikemukakan Aras dan kesesuaian Aras soalan yang diajukan kepada pelajar adalah bersesuaian dengan kemampuan pelajar. Pelajar dapat menyelesaikan soalan yang diberikan dengan bimbingan oleh pensyarah. Kekuatan : 'Soalan yang diberikan dapat mengukur kefahaman pelajar. Soalan yang diberikan semasa perbincangan adalah sésuai dan mempunyai hubung kait dengan kehidupan seharian. Contoh Cara mengetatkan nat dengan menggunakan spanar. Konsep Force-3D dalam jongkang jongket. Tangga yang disandarkan pada dinding Pensyarah perlu memberikan soalan yang berbeza kepada setiap kumpulan tetapi sama dari segi aras. 4. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar Bahan bantu mengajar mencukupi dan relevan dengan topik yang dibincangkan dan digunakan secara optima Penggunaan Palang Berangkai adalah sangat berkesan bagi topik 2.2 Pengajaran mestilah menggunakan pelbagai media. Penggunaan aplikasi seperti kahoot/Padlets boleh diintegrasikan sewaktu sesi pengajaran agar lebih menarik dan menyeronokkan. 5. Penglibatan Pelajar . Penglibatan pelajar aktif dan terkawal. Berlakunya perbincangan pelbagai hala semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Masa yang diberikan kepada pelajar untuk perbincangan perlu dipanjangkan
  • 12. Memupuk kemahiran berfikir di kalangan pelajar. Kekuatan : Pensyarah memberi peluang kepada beberapa orang pelajar membentangkan hasil perbincangan kumpulan dan rakan lain meneliti. 6. Respon Jawapan Pelajar Respon pelajar memberangsangkan dan bersemangat serta aktif semasa perbincangan dijalankan. Pelajar berjaya melakarkan rajah jasad bebas dengan betul. Pelajar mampu menulis persamaan Force-3D dengan betul. Pelajar dapat menggunakantandaan positif dan negatif dengan tepat. Pensyarah perlu memberikan masa yang mencukupi untuk pelajar berdiskusi bagi mendapatkan penyelesaian kepada soalan yang diberi sebelum memberikan komen. 7. Teknik Pengajaran dan Hasil Pembelajaran Pelajar. Pensyarah memberikan kebebasan kepada pelajar untuk mencari jalan penyelesaian dengan kaedah masing-masing dalam kumpulan. Itonasi suara pensyarah semasa pengajaran berlangsung adalah sesuai dan jelas. 3 daripada 8 orang pelajar dapat menjawab dengan baik dan mencapai markah penuh dalam kuiz yang dijalankan di akhir pengajaran. 3 daripada 8 orang pelajar berada dalam kategori sederhana iaitu mendapat markah 2 dan 3 daripada 5 markah. Pelajar mampu untuk menjelaskan hasil perbincangan semasa pembentangan dijalankan.Pensyarah menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menarik perhatian pelajar. Pensyarah menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan untuk membantu pelajar memahami isi kandungan Pensyarah boleh cuba mengaplikasikan kaedah Gallery Walk semasa sesi pembentangan hasil kerja pelajar.
  • 13. 8. Lain-lain Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti yang dirancang walaupun menghadapi kekangan masa. Pensyarah dapat mengawal kelas dengan baik sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Lesson Study ini perlu dilaksanakan untuk kitaran kedua bagi penambahbaikkan. REFLEKSI KAJIAN PEMBELAJARAN (KENDIRI) KOLEJ : Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah PRAKTIKUM/KELAS : K4T16A MATA PELAJARAN : Asas Kejuruteraan TAJU K : Basic Engineering Mechanic TARIKH : 02-01-2020 ASPEK KOMEN CADANGAN UNTUK MENAMBAHBAIK RPH Rancangan Mengajar / Lesson Plan 'Rancangan mengajar merangkumi pengenalan, isi kandungan dan kesimpulan. Keseluruhan rancangan pengajaran ini lengkap bagi satu jam pembelajaran topik 2.2. Tiada. 2. Isi Kandungan Konten/ Palang berangkai telah dirangka mengikut hasil pembelajaran yang telah ditetapkan oleh BMKPM. Palang merangkumi definisi konsep 3d dan konsep keseimbangan daya. Tiada. 3. Soalan-soalan Yang dikemukakan : Aras dan kesesuain Soalan yang diuji amat sesuai bermula dari soalan aras rendah iaitu definisi tork dan seterusnya cuba mendapatkan nilai force 3D Pelajar seterusnya menjawab soalan aras tinggi dan mengaplikasikan konsep keseimbangan daya dan tork serta konsep leraian vektor yang telah dipelajari sebelum ini. Pensyarah perlu memberi lebih contoh soalan yang melibatkan konsep leraian vektor dalam penyelesaian masalah tork. 4. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar Penyampai pengajaran berjalan dengan lancar dan tersusun dengan penggunaan palang berangkai Tiada
  • 14. 5. Penglibatan Pelajar Pelajar sangat bersemangat untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan konsep tork. Rata-rata pelajar memberikan kerjasama yang baik semasa sesi perbincangan dijalankan. Kelemahan : Pelajar tidak dapat menyelesaikan soalan yang diberi secara berkumpulan dalam waktu yang singkat. Sesi pembentangan tidak berjalan seperti yang ditetapkan disebabkan kekangan masa. Masa perbincangan perlu ditambah untuk melancarkan proses pembelajaran 6. Respon / Jawapan Pelajar Semua pelajar memberi kerjasama dan menggunakan palang berangkai sepenuhnya Majoriti pelajar dapat menyelesaikan soalan yang diberikan oleh pensyarah. tiada 7. Teknik Pengajaran dan Hasil Pembelajaran Pelajar. Pengajaran merangkumi aktiviti secara individu dan berkumpulan Kaedah yang dilaksanakan adalah berpusatkan pelajar dengan bimbingan pensyarah secara minimum. Tiada 8. Lain-lain Penggunaan alat inovasi palang berangkai sangat membantu pelajar memahami topik tork dan membantu pensyarah menyampaian isi kandungan dengan lebih efektif. Tiada. Setelah pelaksanaan alat inovasi ini berlangsung semasa sesi PdP, pensyarah mengenalpasti beberapa masalah yang wujud serta mencadangkan kaedah menganganinya. Isu pertama adalah memandangkan alat inovasi ini diwujudkan menggunakan bahan-bahan terpakai, terdapat permasalahan iaitu kedudukan alat sedikit tidak stabil. Kedudukan batang pvc yang menyerong adalah untuk menunjukkan sudut antara satah dan garis lurus. Setelah alat ini kerap digunakan untuk menerangkan keperlbagaian penggunaannya, batang pvc menjadi tidak utuh dan tidak stabil, menyebabkan pensyarah perlu memegang alatan sambil memberi penerangan. Pensyarah mencadangkan agar alat inovasi diubahsuai supaya lebih kukuh kedudukannya. Ini adalah dengan cara mengisi kotak dengan bahan-bahan yang boleh menjadikan ia mampat.
  • 15. Batang pvc dicucuk secara kekal ke dalam kotak bagi memastikan ia kukuh dan boleh digunakan dengan kerap. Isu kedua, pelajar tidak jelas dengan cara penggunaan alat inovasi kerana pengajaran dilakukan secara demonstrasi. Hanya satu sahaja alat inovasi yang dihasilkan, implikasinya adalah ia menjadi tumpuan ramai pelajar dalam satu-satu masa. Sesi pengajaran dijalankan oleh pensyarah secara umum menyebabkan kefahaman pelajar tidak bertumpu dan pelajar sukar mengaplikasikan semula. Kaedah menangani isu ini dicadangkan supaya pelajar diletakkan dalam kumpulan dan setiap kumpulan akan dibekalkan dengan satu alat inovasi dan seterusnya pelajar boleh menggunakannya secara lebih praktikal. 1. Soalan –soalan untuk mengukur keberkesanan P&P dibina 2. Pelajar-pelajar diminta untuk menyelesaikan soalan-soalan sebaik sahaja sesi P&P berakhir. 3. Jawapan pelajar disemak 4. Markah setiap pelajar diambil dan direkodkan untuk dibuat analisis 5. Perbandingan markah dibuat apabila menggunakan alat inovasi dengan markah semasa tidak menggunakan alat inovasi. Pencapaian pelajar setelah menjawab soalan yang dibina disemak dan direkodkan untuk melihat keberkesanan alat inovasi yang dihasilkan. Berikut adalah peratusan perbandingan di antara ujian diagnostik dan hasil semakan kerja pelajar bagi soalan yang disediakan selepas fungsi alat inovasi diterangkan: Jadual 1: Perbandingan Pencapaian Dalam Ujian Diagnostik Bil Aktiviti Bilangan Pelajar Purata Markah (%) 1 Sebelum Palang Berangkai diperkenalkan 8 40 2 Bilangan Pelajar Selepas Palang Berangkai diperkenalkan 8 95 Jadual 1 menunjukkan bilangan pelajar yang mendapat markah penuh iaitu 4 markah sebelum dan selepas Palang Berangkai diperkenalkan adalah sangat berbeza. Terdapat peningkatan yang sangat mendadak iaitu sebanyak 55%. Malah, selepas alat inovasi diperkenalkan, tiada pelajar yang mendapat markah sifar. Ini menunjukkan alat inovasi Palang
  • 16. Berangkai berjaya mencapai objektif. Melalui pemerhatian pensyarah pula, jika sebelum Palang Berangkai diperkenalkan, pelajar hanya menghafal langkah untuk mendapatkan jawapan, tapi pelajar tidak mampu menunjukkan sudut yang betul apabila sesi praktikal dilakukan. Kaedah Palang Berangkai ini telah meningkatkan kemahiran pelajar untuk mengenalpasti teknik yang sesuai dalam membantu pembelajaran mereka kerana Palang Berangkai ini mampu menggerakkan visual, audio dan kinestetik pelajar serta pelajar dapat membuat refleksi kerana terdapat rakaman video yang dipautkan dalam youtube dan kumpulan telegram pelajar. Kaedah ini juga menjadikan keakraban sesama pelajar bertambah erat. Ia juga dapat menarik pelajar melibatkan diri untuk mendalami konsep vektor itu sendiri. Mereka boleh menjelaskan sesama mereka tentang kedudukan vektor selari untuk garisan, vektor normal untuk satah dengan adanya alat bantuan secara 3-D ini. Kaedah Palang Berangkai banyak membantu pelajar untuk cepat memahami dan mengingati konsep dan formula yang mana ini membantu pelajar semasa menjawab soalan berkaitan Topik Vektor. Pelajar juga dapat tahu menggunakan kaedah rakaman video dan dimuatturun ke youtube untuk berkongsi dengan rakan mereka dan pelajar berbincang dengan rakan sekelas, pensyarah dan mungkin juga dengan pelajar antarabangsa melalui ruangan komen youtube dan media sosial yang lain. Melalui pemerhatian pensyarah juga, pelajar menjadi lebih aktif dan responsif semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 7.0 PENAMBAHBAIKAN Kekuatan dan kelemahan pengajaran dikenalpasti menerusi sesi refleksi dan beberapa cadangan penambahbaikkan disertakan bagi mempertingkatkan mutu pengajaran pensyarah.Satu sesi perbincangan diadakan bagi penambahbaikan rancangan pengajaran berdasarkan hasil yang diperolehi daripada seisi refleksi RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN YANG TELAH DIMURNIKAN SHEME OF WORK / DAILY LESSON PLAN College Kolej Matrikulasi Kejuruteraan kedah Practicum K4T16A Class size 8 Date 16/01/2020
  • 17. Time 9.00 pg Venue BT 3 Subject Basic Engineering (EB025) Topic Chapter 2: Basic Engineering Mechanic Duration 55 minutes Main Concept 2.2 Force on 3-D Student’s Prior Knowledge Basic of Forces Scientific Skills Express each force in Cartesian Vector Form Teaching Approach Collaborative Learning Teaching development Content Teaching and Learning Activities Lecturer’s Expectation Notes /Remarks Phase 1 Induction Set (3 minutes) Define Force-3D Lecturer open and shut the door of tutorial class several times and introduce Force-3D Student are capable of building relationship between concept of Force-3D and daily life situations Ask Students to state other examples of Force-3D Phase 2 Expension of content (10 minutes) Applying Formula i. Lecturer Explain upon application of formula Force-3D ii. Student were given 3 simple task and required to apply formula of Force-3D Students can understand concept of force 3D and memorize related formula Phase 3 Expension of content (10 minutes) i. State conditions for force 3D ii. Problem Solving Strategy i. Lecturer guide students to state two conditions for force 3D ii. Students were given a guided body diagrams problem solving strategy on solving questions regarding Equilibrium of rigid body. iii. Lecturer discuss one example with the whole class. (sea-saw problem)
  • 18. Phase 4 Application (20 minutes) i. In small groups of 4 person,students were required to discuss and solve given 1 task (Question 3) in 5 minutes ii. Each group were given opportunity to use ‘palang berangkai” and student recording the video of using palang berangkai iii. Lecturer select one group video recording and show the video to the class and lecturer give comment. iv. A short quiz is held within 5 minutes to test students understandings Students took part actively during group discussion and capable of collaborating with group members. Phase 5 Conclusion (2 minutes) Short summary of lesson Lecturer make a closing for todays lesson by stating the importance of force 3D 7.1 Kekuatan Seperti sedia maklum, alat inovasi Palang Berangkai merupakan satu alat bantuan mengajar yang dihasilkan untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam mencari sudut antara satah dan garis lurus. Ia terbina menggunakan bahan-bahan terpakai seperti kotak dan batang pvc. Terdapat beberapa kekuatan yang boleh dilihat dari alat inovasi Palang Berangkai ini. Alat inovasi ini sesuai digunakan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar dalam mengenal pasti kedudukan sebenar vektor selari bagi garis lurus dan vektor serenjang/normal bagi satah. Pelajar tidak perlu lagi sekadar membuat gambaran situasi dua satah dan garis lurus. Dengan adanya alat inovasi ini, pelajar boleh membuat aktiviti kendiri dengan membuat ulangkaji dengan melihat semula video rakaman penggunaan palang berangkai melalui youtube dan media sosial . Palang Berangkai ini merupakan bahan inovasi mengajar yang berbentuk tiga dimensi, yang mana ia adalah alat pegun yang boleh disentuh dan diselenggara. Sekiranya pelajar boleh menyelaras sendiri alat inovasi tersebut, pelajar lebih mudah memahami kedudukan garis lurus, satah, vektor selari dan vektor normal dengan jelas. Seterusnya boleh membantu
  • 19. pelajar untuk menentukan sudut antara garis lurus dan satah yang mengaplikasikan penggunaan vektor normal bagi satah dan vektor selari bagi garis lurus. Ia juga meningkatkan penglibatan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, alat inovasi ini menjadi pemudahcara kepada pensyarah bagi menerangkan konsep topik yang dikaji. Pensyarah tidak perlu lagi mengulang lukis perkara yang sama bagi setiap kelas yang berlainan atau kumpulan pelajar yang berlainan. Pensyarah sekadar menerangkan fungsi alat inovasi dan seterusnya membiarkan pelajar mengkaji sendiri kegunaannya. Ini bertepatan dengan Pembelajaran Abad ke 21 (PAK 21) yang menjadikan pelajar sebagai pusat pembelajaran dan pensyarah sebagai pemudahcara selain penggunaan media sosial yang disediakan secara percuma. Ia bukan sahaja menjimatkan masa pensyarah malah boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang hidup dan tidak suram. 7.2 Kelemahan Walaupun Palang Berangkai ini terlihat mampu mencapai objektif yang disenaraikan, ia tidak lari dari mempunyai beberapa masalah. Yang pertama, saiz bahan bantu mengajar ini yang kecil menjadikan ia sukar untuk digunakan semasa sesi pengajaran di dalam kuliah yang melibatkan 100 hingga 200 orang pelajar. Bukan itu sahaja, saiznya yang kecil menjadi kekangan kepada pelajar untuk memberi perhatian secara menyeluruh semasa sesi penerangan awal tentang fungsinya. Pelajar perlu berkumpul dalam kumpulan yang besar dan masing-masing bertumpu pada satu objek sahaja. Ia menghalang kefahaman secara menyeluruh berlaku dengan hanya sekali penerangan, pensyarah mungkin perlu membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan seterusnya menerangkan fungsi Palang Berangkai satu persatu kepada kumpulan yang berlainan tersebut. Bukan itu sahaja, alat inovasi Palang Berangkai ini tidak diletakkan fungsi yang melibatkan mencari sudut di antara dua satah, mencari titik persilangan antara garis lurus dan satah serta mencari persamaan satah atau garis lurus apabila diberi pelbagai syarat soalan. Palang Berangkai dilihat hanya menumpu kepada mencari sudut sedangkan di dalam subtopik aplikasi vektor, terdapat banyak yang boleh diterapkan. Pelajar juga tidak mengetahui cara-cara membuat rakaman video yang baik dan jelas. Pelajar juga tidak mengetahui cara untuk memuatnaik video dalam youtube dan kumpulan telegram pelajar. 7.3 Penambahbaikkan
  • 20. Setelah dikenalpasti kekuatan dan kelemahan Palang Berangkai, pensyarah kembali berkumpul dalam kumpulan Perkongsian Pensyarah dan membincangkan cara untuk menambahbaik alat inovasi. Pensyarah membuat keputusan untuk membina beberapa alat yang sama untuk membolehkan pelajar menggunakan ia dengan lebih dekat apabila mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pelajar boleh turut serta dengan lebih aktif semasa sesi penerangan dijalankan seterusnya mempraktiskannya secara kendiri. Selain itu, pensyarah juga menambahbaik alat inovasi agar ia dapat digunakan untuk penyelesaian masalah terhadap beberapa aplikasi vektor yang lain. Menggunakan alat yang sama, pelajar boleh mengenalpasti titik persilangan di antara satah dan garis lurus. Bukan itu sahaja, batang pvc diubah suai supaya boleh digerakkan menjadi sama ada berserenjang, selari, berada di atas satah atau melalui satah. Ini membolehkan pelajar memahami dengan lebih jelas kedudukan vektor normal terhadap satah dan vektor selari terhadap garis lurus bagi setiap situasi yang dinyatakan, seterusnya mampu mencari persamaan vektor satah dan garis lurus dengan mudah. Pensyarah juga akan memuatturun cara penggunaan palang berangkai di youtube dan kumpulan telegram sebelum pengajaran dan pembelajaran berlaku. Penggunaan komponen elektronik seperti lampu led dapat menarik minat pelajar menggunakan palang berangkai. 8.0 KESIMPULAN Penggunaan alat inovasi Palang Berangkai yang dihubungkait dengan youtube dan kumpulan telegram pelajar ini mencetuskan idea baru dalam membantu pensyarah semasa sesi PdP bagi topik aplikasi vektor ini . Ia juga membantu pelajar secara kendirinya mengenalpasti kehendak soalan lalu menjawabnya dengan baik berpandukan aplikasi Palang Berangkai. Secara keseluruhannya, kajian ini telah menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar dalam menjawab soalan berkaitan dengan sudut antara satah dan garis lurus. Penulisan ini juga banyak membuka minda dan dimensi pemikiran pensyarah terhadap dunia pendidikan. Pensyarah dapat mencungkil kekuatan ahli dalam kumpulan Perkongsian Pensyarah. Beberapa cadangan untuk tindakan pada masa hadapan telah dipertimbangkan. Cadangan tersebut ialah Palang Berangkai ditambahbaik kepada beberapa fungsi lain. Antaranya menerangkan konsep menentukan sudut di antara dua vector dan memberi contoh serta latihan untuk menentukan sudut di antara dua garis.
  • 21. Pelajar perlu mengenalpasti vektor selari dengan garis tersebut untuk menentukan sudut diantara dua garis. Memberikan contoh menentukan sudut - vektor selari yang mempunyai sudut 0ᵒ bagi vektor yang mempunyai arah yang sama - vektor selari yang mempunyai sudut 180ᵒ bagi vektor yang mempunyai arah yang bertentangan - Memberikan contoh menentukan sudut vektor serenjang yang mempunyai sudut 90ᵒ Memberikan contoh menentukan sudut vektor serenjang yang mempunyai sudut 90ᵒ. Memberikan contoh menentukan sudut - vektor selari yang mempunyai sudut 0ᵒ bagi vektor yang mempunyai arah yang sama - vektor selari yang mempunyai sudut 180ᵒ bagi vektor yang mempunyai arah yang bertentangan fungsi tambahan yang dicadangkan ialah digunapakai untuk mencari titik persilangan antara satah dan garis lurus dan mencari persamaan vektor satah dan garis lurus apabila diberi pelbagai situasi aplikasi. Sebagai kesimpulannya, penggunaan alat inovasi Palang Berangkai dalam mencari sudut antara satah dan garis lurus berjaya mencapai objektif yang ditetapkan ditambah pula dengan hubungkait dengan youtube dan kumpulan telegram pelajar. Selain itu, dengan adanya teknik ini dapat membantu pelajar secara efektif, cepat dan betul dalam menyelesaikan subtopik tersebut dalam soalan-soalan latihan dan peperiksaan. Diharapkan alat inovasi Palang Berangkai memberi sumbangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan mutu pendidikan. RUJUKAN Teoh Sian Hoon, Cheng Siak Peng, Ng Set Foong & Ch’ng Pei Eng. (2013). Complete Reference Matriculation Mathematics 2 For Science Student Third Edition. Kuala Lumpur : Oriental Academic Publication