SlideShare a Scribd company logo
1. MORFOLOGI
1.1 Definisi Bidang Morfologi
• Bidang bahasa yang mengkaji kata/perkataan dari segi:
(a) Struktur
- susunan unsur dalam kata atau ayat
- contoh: minum + -an
(kata dasar) + (akhiran)
(b) Bentuk
- merupakan rupa atau pewujudan lahiriah unsur bahasa
- boleh terbina dalam bentuk tunggal, terbitan, gandaan, majmuk, dan akronim
(c) Golongan
- merupakan jenis kata
- boleh dibahagikan kepada kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas
1.1.1 Konsep Morfem
• Unit tatabahasa yang mempunyai makna, menjadi unsur pembentukan kata,
dan tidak dapat dipecahkan kepada unit yang lebih kecil.
• Morfem biasanya diapitkan oleh tanda { }. Contohnya, perkataan {kedua} yang
terdiri daripada morfem “ke” dan “dua”.
• Morfem tidak sama dengan suku kata.
• Boleh terbina daripada satu, dua, atau lebih suku kata.
1.1.2 Jenis Morfem
Jenis Morfem Terikat
Morfem terikat
satuan
Morfem terikat
terbahagi
Morfem terikat
kompleks
- Utuh dalam
bentuknya dan
bahagian-
bahagiannya
tidak boleh
dipisah-
pisahkan.
- Terdiri daripada
awalan,
akhiran, dan
kata akar.
- Terdiri daripada
awalan dan
akhiran yang
berlaku
serentak
sebagai satu
kesatuan.
- Contoh:
ke-…-an
(kedudukan)
pe-…-an
(penamaan)
- Merupakan gabungan dua morfem
terikat atau lebih, seperti yang
berikut:
Gabungan dua awalan:
memper- (memperindah)
diper- (diperbesar)
Gabungan awalan dan akhiran:
me-…-kan (meyakinkan)
di-…-kan (dibacakan)
me-…-i (meliputi)
di-…-i (dikuasai)
per-…-an
(pertanyaan)
Gabungan dua awalan dan satu
akhiran:
memper-…-kan (memperkatakan)
memper-…-i (mempergantungi)
diper-…-kan (diperakukan)
diper-…-i (diperkuasai)
1.1.3 Konsep Alomorf
• Kelainan atau anggota sesuatu morfem.
• Kelainan ditentukan oleh fonem/huruf awal sesuatu kata dasar apabila
bergabung dengan imbuhan.
• Imbuhan meN- mempunyai alomorf me-, mem-, men-, meng-, menge-, dan
meny-.
• Imbuhan peN- mempunyai alomorf pe-, pem-, pen-, peng-, penge-, dan peny-.
1.1.4 Konsep Morfofonem
• Gabungan antara morfem dengan fonem.
• Ciri bunyi yang timbul apabila imbuhan dicantumkan dengan kata dasar.
• Lazimnya wujud antara morfem dasar dengan morfem terikat yang merupakan
imbuhan.
• Contoh:
peN + lari = pelari
meN + makan = memakan
beR + renang = berenang
teR + rancang = terancang
1.1.5 Konsep Kata
• Bentuk bahasa yang bebas dan boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal
apabila diberikan intonasi yang sesuai dan mengandungi maksud atau mesej
yang lengkap.
• Merupakan unsur bahasa yang digunakan untuk membentuk kata lain, seperti
kata terbitan, kata ganda, kata majmuk, dan kata akronim.
• Kata boleh berubah-ubah kedudukannya dalam ayat.
(a) Kata Akar
• Inti sesuatu kata.
• Unsur yang belum diberikan apa-apa imbuhan.
• Merupakan morfem bebas dan morfem terikat.
(b) Kata Dasar
• Kata yang menjadi dasar bagi sesuatu perkataan.
• Boleh terdiri daripada kata akar, kata terbitan, kata ganda, kata majmuk,
atau frasa.
1.2 Bentuk Kata
Terdapat empat bentuk kata dalam bahasa Melayu, iaitu Kata Tunggal, Kata Terbitan,
Kata Majmuk, dan Kata Ganda.
1.2.1 Kata Tunggal
Jenis Morfem
Morfem Bebas
Morfem Terikat
Satuan
Terbahagi
Kompleks
• Terdiri daripada satu morfem bebas dan terdiri daripada hanya satu bentuk
dasar.
• Semua kata tunggal ialah kata akar dan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu
kata sempurna dan kata tugas.
• Terdiri daripada satu suku kata, dua suku kata atau lebih.
1.2.2 Kata Terbitan
• Bentuk kata yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan.
• Kata terbitan terdiri daripada kata dasar yang menerima imbuhan awalan,
sisipan, akhiran, dan apitan.
• Imbuhan ialah bentuk morfem terikat yang tidak boleh hadir bersendirian dalam
ayat. Terdapat dua imbuhan utama, iaitu imbuhan asli dan imbuhan pinjaman.
1.2.3 Kata Majmuk
• Rangkaian dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna
tertentu.
• Terdiri daripada tiga jenis, iaitu rangkai bebas, istilah khusus, dan maksud kiasan.
• Terdapat kata majmuk mempunyai persamaan dengan frasa. Contoh: ‘papan
hitam’.
(i) papan hitam (kata majmuk) = papan tulis yang digunakan di bilik darjah
(ii) papan hitam (frasa) = papan yang berwarna hitam
1.2.4 Kata Ganda
• Merupakan pengulangan atau penggandaan kata dasar, sama ada diulang secara
keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau
tanpa imbuhan.
• Terdiri daripada empat jenis, iaitu:
(i) Kata Ganda Penuh: seluruh kata dasar diulang, sama ada mempunyai
imbuhan atau tidak
(ii) Kata Ganda Semu: bentuk kata ganda yang mesti digandakan, jika tidak kata
tersebut tidak memberikan apa-apa erti atau berbeza maknanya dengan kata
yang digandakan
(iii) Kata Ganda Separa: hanya sebahagian kata dasar diulang
(iv) Kata Ganda Berentak: pengulangan bunyi tertentu
1.3 Golongan Kata
Terdapat empat golongan kata dalam bahasa Melayu, iaitu Kata Nama, Kata Kerja, Kata
Adjektif, dan Kata Tugas.
1.3.1 Kata Nama
• Terdiri daripada sejumlah perkataan yang boleh menjadi inti kepada binaan frasa
nama.
• Dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama am,
dan kata ganti nama.
Kata Ganti Nama Contoh Perkataan
Tunjuk 1.Umum: ini, itu
2.Tempat: situ, sana, sini
3.Hal: begini, begitu, yakni, iaitu
Diri 1.Tanya: apa, siapa, mana
2.Orang Pertama: saya, aku, beta, hamba, kita, kami……
3.Orang Kedua: anda, awak, kamu, engkau, kalian, saudara……
4.Orang Ketiga: ia, dia, beliau, baginda, mereka, -nya, tuanku……
Tak Tentu apa-apa, siapa-siapa, mana-mana
Kata Nama Khas
Hidup
Tak Hidup
Bukan Manusia
Manusia
Kata Nama Am
Hidup
Tak Hidup
Bukan Manusia
Manusia
Institusi
Bukan Institusi
Abstrak
Konkrit
Berbilang Tak Berbilang
Kata Ganti Nama
Tak Tentu
Diri
Tunjuk
Umum
Tempat
Hal
Tanya
Orang
Pertama
Ketiga
Kedua
1.3.2 Kata Kerja
• Terdiri daripada perkataan yang menjadi unsur inti bagi binaan kata kerja.
• Dapat digolongkan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja aktif dan kata kerja
pasif.
1.3.3 Kata Adjektif
• Terdiri daripada perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.
• Boleh menjadi penerang kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.
• Terdiri daripada sembilan jenis berdasarkan makna dan hubungannya dengan
perkataan dalam frasa.
Jenis Kata Adjektif Contoh
Sifatan / Keadaan baik, tenang, aman, lemah
Warna merah, biru, hitam, hijau daun
Ukuran tebal, besar, nipis, panjang
Bentuk lonjong, cengkung, bulat, bengkok
Waktu awal, lama, segera, baharu
Jarak rapat, jauh, hampir, nyaris
Cara sengit, deras, jelas, laju
Perasaan sedih, segan, sayang, rindu
Pancaindera (a) deria rasa – masin
(b) deria dengar – bising
(c) deria sentuh – licin
(d) deria pandang – terang
(e) deria bau – hangit
(f) gabungan deria – nyaman
1.3.4 Kata Tugas
• Golongan perkataan yang tidak dapat menjadi inti kepada binaan frasa yang
menjadi predikat ayat.
• Perlu hadir bersama-sama kata lain untuk mendukung fungsi tertentu.
• Tidak mengalami perubahan bentuk dan tidak boleh mengalami proses morfologi
serta merupakan kelas kata yang tertentu.
• Terdiri daripada kelompok penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa dan
pascafrasa, dan kata pascakata.
Kata Kerja Aktif
Aktif Tak Transitif:
- tidak boleh
dipasifkan
Aktif Transitif:
- boleh dipasifkan
- mesti diikuti oleh
objek yang terdiri
daripada kata atau
frasa nama
Tanpa Pelengkap
Berpelengkap:
(i) Kata Nama
(ii) Kata Adjektif
(iii) Frasa Sendi
Nama
Berpenerang:
Kata Nama
Kata Kerja Pasif
Penanda Pasif:
(i) di-…(-kan/-i)
(a) Bangkai itu ditutup dengan kertas.
(b) Kami diminta untuk menghubungi talian 085771278.
(c) Baju itu dibasuh oleh emak di dalam bilik mandi.
(d) Dia tidak dibenarkan pergi.
(e) Persembahan tarian diikuti oleh persembahan nyanyian.
(ii) ber-
Baju itu belum berbasuh.
(iii) ter-…(-kan/-i)
(a) Pintu itu masih terbuka.
(b) Keindahan pantai itu tidak tergambarkan olehnya.
(c) Hajatnya tidak terpenuhi oleh bapanya.
(iv) ke-…-an
Pelajar itu kepanasan di padang sekolah.
(v) dengan perkataan kena
Mereka kena tangkap oleh polis.
(vi) kata ganti nama diri pertama atau kedua
(a) Kuih itu sudah aku rasai. / Kuih itu sudah kurasai.
(b) Baju adik belum engkau kembalikan. / Baju adik belum
kaukembalikan.
Golongan Kata Tugas
1. kata bantu
2. kata penguat
3. kata penegas
4. kata nafi
5. kata pemeri
6. kata sendi nama
7. kata arah
8. kata bilangan
9. kata adverba
1. kata penekan
2. kata pembenda
1. kata seru
2. kata tanya
3. kata perintah
4. kata pembenar
5. kata pangkal ayat
1. kata hubung tunggal
2. kata hubung
berpasangan
3. kata hubung relatif
4. kata hubung
komplemen
5. kata hubung
keterangan
Kata Penyambung Ayat Kata Praklausa Kata Prafrasa dan
Pascafrasa
Kata Pascakata
Kata Tugas Contoh Perkataan
Kata Hubung 1.Gabungan: dan, tetapi, atau, serta, sambil, lagi, justeru, maka,
lantas, asalkan, melainkan, manakala, biar…jangan,
baik…ataupun, makin…makin, bukan sahaja…tetapi juga……
2.Pancangan Relatif: yang
3.Pancangan Komplemen: bahawa, untuk, agar, supaya
4.Pancangan Keterangan: kerana, lantaran, jika, sekiranya, kalau,
demi, untuk, agar, supaya, semoga, kalau-kalau, dengan,
apabila, ketika, sebelum, setelah, sejak, hingga, walaupun,
namun, biarpun, bagai, seperti, sebagaimana, seakan-akan……
Kata Seru eh, helo, wahai, hai, amboi, wah, ha, oh, aduh, aduhai, ah, wuh,
syukur, alhamdulillah, cih, cis, nah, alamak, syabas
Kata Tanya mengapa, bagaimana, berapa, bila
Kata Perintah tolong, minta, mohon, harap, sila, jemput, sudi, usah, jangan, tak
usah, dilarang, mari, jom, ayuh, biar
Kata Pembenar ya, benar, betul
Kata Pangkal Kata hatta, maka, arakian, kalakian, adapun, syahdan, alkisah……
Kata Bantu 1.Aspek: sudah, telah, pernah, baru, sedang, masih, tengah, mula,
akan, belum
2.Ragam: hendak, mahu, ingin, boleh, dapat, mungkin, barangkali,
perlu, mesti, wajib, harus, pasti, patut, tentu, enggan
Kata Penguat 1.Hadapan: agak, paling, cukup, terlalu, terlampau, makin, maha,
kurang, kian
2.Belakang: sekali, benar, betul, nian
3.Bebas: sangat, sungguh, amat
Kata Penegas juga, jua, pun, hanya, sahaja, lagi, memang, cuma, pula, saja, -lah,
-kah, -tah
Kata Nafi bukan, tidak
Kata Pemeri ialah, adalah, merupakan
Kata Sendi Nama di, ke, dari, daripada, kepada, pada, untuk, bagi, demi, tentang,
mengenai, seperti, bagai, umpama, laksana, macam, dengan,
sejak, semenjak, terhadap, akan, oleh, dalam, antara, hingga,
sampai, melalui, menerusi
Kata Arah dalam, depan, penjuru, tengah, atas, sudut, bucu, depan, hilir,
selatan, kanan……
Kata Bilangan 1.Tentu/Kardinal: satu, dua, empat belas, dua pulu, seratus……
2.Tak Tentu: beberapa, sebilangan, sesetengah, banya, semua……
3.Himpunan: kelima-lima, berbulan-bulan, jutaan, ribuan……
4.Pisahan: tiap-tiap, masing-masing, setiap
5.Pecahan: suku, setengah, sepertiga, sepuluh peratus……
6.Tingkat/Ordinal: pertama, kedua, kesepuluh, keseribu……
Kata Adverba tadi, nanti, kemudian, lusa, acap kali, sekali gus, sempat, langsung,
nyaris, kadang-kadang, sekarang, semalam, kelmarin……
Kata Pembenda lajunya, datangnya, alimnya, cantiknya……
Kata Penekan bahawasanya, sebenarnya, sesungguhnya, sememangnya……
1.4 Proses Pembentukan Kata
1.4.1 Pengimbuhan
• Bentuk kata yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan sama ada dengan
awalan, akhiran, apitan, atau sisipan.
(a) Jenis Imbuhan
Golongan
Kata
Jenis Imbuhan
Imbuhan
Awalan
Imbuhan
Akhiran
Imbuhan Apitan
Imbuhan
Sisipan
Kata
Nama
pe-
peR-
peN-
ke-
juru-
maha-
tata-
pra-
swa-
tuna-
eka-
dwi-
tri-
pasca-
panca-
sub-
supra-
poli-
auto-
-an
-man
-wati
-nita
-ah
-isme
-ik
-logi
pe-…-an
peN-…-an
peR-…-an
ke-…-an
-el-
-er-
-em-
Kata
Kerja
beR-
teR-
meN-
di-
mempeR-
dipeR-
-kan
-i
meN-…-kan
meN-…-i
beR-…-kan
beR-…-an
di-…-kan
di-…-i
mempeR-…-kan
- sisipan kata
nama dan
kata adjektif
akan menjadi
kata kerja
apabila
menerima
Proses Morfologi
Pengimbuhan Penggandaan Pengakroniman
Pemajmukan
mempeR-…-i
ke-…-an
dipeR-…-kan
dipeR-…-i
teR-…-kan
teR-…-i
imbuhan kata
kerja
Contoh:
serak
= selerak (-el-)
= berselerak
Kata
Adjektif
teR-
se-
pro-
anti-
bi-
-wi
-i
-iah
-is
ke-…-an -el-
-er-
-em-
-in-
(b) Fungsi dan Makna Imbuhan
(i) Imbuhan Kata Nama
Bentuk
Imbuhan
Imbuhan Fungsi dan Makna
Awalan pe- Fungsi: Membentuk kata nama dan boleh
menerima kata dasar daripada golongan kata
nama, kata kerja, dan kata adjektif.
Makna:
1. Nama pekerjaan (profesion).
Contoh: petani (orang yang bertani)
2. Orang atau objek yang mengalami perbuatan
dalam kata dasar atau keadaan.
Contoh: pelatih (orang yang dilatih)
peR- Fungsi: Membentuk kata nama dan boleh
menerima kata dasar daripada golongan kata nama
dan kata kerja.
Makna:
1. Alat atau tempat.
Contoh: perasap (tempat membakar kemenyan)
2. Orang yang melakukan sesuatu kerja (orang
yang beR-).
Contoh: pertapa (orang yang bertapa)
peN- Fungsi: Membentuk kata nama dan menerima kata
dasar daripada golongan kata nama, kata kerja,
dan kata adjektif. Awalan peN- terdiri daripada 6
bentuk, iaitu pe-, pem-, pen-, peng-, penge-, dan
peny-. Perubahan setiap bentuk bergantung pada
huruf awal kata dasar yang diimbuhkan.
Makna:
1. Orang yang melakukan sesuatu.
Contoh: penulis
2. Orang yang suka atau gemar akan sesuatu.
Contoh: perokok
3. Orang yang bertugas sebagai.
Contoh: pensyarah
4. Alat untuk melakukan sesuatu.
Contoh: penapis
5. Orang atau benda yang memiliki sifat kata dasar.
Contoh: penyabar
6. Abstrak.
Contoh: pendapat
7. Ukuran.
Contoh: pemeluk
ke- Fungsi: Membentuk kata nama dan bersifat
pengubah golongan kata.
Makna:
1. Orang atau benda yang dijadikan seperti yang
dimaksudkan oleh kata dasar.
Contoh: kekasih (orang yang dikasihi)
2. Abstrak.
Contoh: kehendak
juru- Fungsi: Membentuk kata nama dan bergabung
dengan kata dasar daripada kata nama atau kata
kerja.
Makna: Membawa maksud “ahli” atau “orang yang
melakukan atau mengendalikan sesuatu”.
Contoh: juruacara (orang yang mengendalikan
acara)
maha- Makna: Membawa maksud “tahap yang paling
tinggi”.
Contoh: mahaguru
tata- Makna: Membawa maksud “peraturan atau
susunan”.
Contoh: tatabahasa
pra- Makna: Membawa maksud “sebelum” atau “syarat
kepada sesuatu yang mengikutinya”.
Contoh: prauniversiti
swa- Makna: Membawa maksud “sendiri”.
Contoh: swasta
tuna- Makna: Membawa maksud “tiada atau tidak
mempunyai”.
Contoh: tunakarya (penganggur)
pasca- Makna: Membawa maksud “selepas”.
Contoh: pascamerdeka
eka- Makna: Mendukung makna “bilangan”.
dwi-
tri-
panca-
eka- (satu)
dwi- (dua)
tri- (tiga)
panca- (lima)
sub- Makna: Membawa maksud “sebahagian”.
Contoh: subtajuk
supra- Makna: Membawa maksud “melebihi atau
mengatasi”.
Contoh: supranasional
poli- Makna: Membawa maksud “banyak”.
Contoh: polisemi
auto- Makna: Membawa maksud “secara bersendirian”.
Contoh: automatik
Akhiran -an Fungsi: Membentuk kata nama dan bergabung
dengan kata nama, kata kerja atau kata adjektif.
Makna:
1. Hasil daripada perbuatan.
Contoh: lukisan
2. Kawasan yang luas atau tempat.
Contoh: lautan
3. Banyak atau kumpulan.
Contoh: gugusan
4. Ukuran atau kiraan.
Contoh: batuan
5. Alat.
Contoh: kukuran
6. Tempat melakukan sesuatu.
Contoh: kurungan
7. Sifat.
Contoh: manisan
-man
-wan
Makna: Merujuk “orang yang melakukan sesuatu
atau yang mempunyai sifat tertentu”.
Contoh: seniman, karyawan
-wati
-nita
Makna: Membawa maksud “jantina yang merujuk
kepada wanita”.
Contoh: seniwati, biduanita
-in
-at
-ah
Makna: Membawa maksud “jantina”.
Contoh: muslimin (lelaki), muslimat (wanita), qari
(lelaki), qariah (wanita)
-isme Makna: Membawa maksud “fahaman”.
Contoh: nasionalisme
-ik Makna: Membawa maksud “bidang kajian”.
Contoh: fonemik
-logi Makna: Membawa maksud “bidang ilmu”.
Contoh: psikologi
Apitan pe-…-an Fungsi: Menerima kata dasar daripada golongan
kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Apitan ini
boleh bersifat pengekal atau pengubah golongan
kata. Apitan pe-…-an tidak melibatkan apa-apa
perubahan huruf pada awal kata dasar.
Makna:
1. Tempat atau kawasan yang khusus.
Contoh: pedalaman
2. Hal keadaan yang terkandung dalam kata dasar.
Contoh: peperangan
peN-…-an Fungsi: Menerima kata dasar daripada golongan
kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Apitan ini
boleh bersifat pengekal atau pengubah golongan
kata. Apitan peN-…-an terdiri daripada 6 bentuk,
iaitu pe-…-an, pem-…-an, pen-…-an, peng-…-an,
penge-…-an, dan peny-…-an. Perubahan setiap
bentuk bergantung pada huruf awal kata dasar
yang diimbuhkan.
Makna:
1. Hal atau perbuatan dengan kata kerja transitif
berawalan meN-.
Contoh: pendaftaran (perbuatan mendaftar)
2. Proses daripada sesuatu perbuatan.
Contoh: pengumuman (proses mengumunkan)
3. Tempat.
Contoh: penginapan (tempat menginap)
*Kekecualian: penglihatan dan penglibatan
diterima sebagai betul.
peR-…-an Fungsi: Menerima kata dasar daripada golongan
kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata
tugas. Apitan ini boleh bersifat pengekal atau
pengubah golongan kata.
Makna:
1. Tempat.
Contoh: perkuburan (tempat menanam mayat)
2. Perbuatan seperti yang dinyatakan oleh kata
kerja.
Contoh: perbualan (perbuatan berbual)
3. Hal yang berkaitan dengan kata dasar.
Contoh: perkapalan (hal yang berkaitan dengan
kapal)
*Kekeliruan peN-…-an dengan peR-…-an
Formula = peN-…-an = meN-…-(kan/i)
peR-…-an = beR-
ke-…-an Fungsi: Melibatkan kata nama abstrak. Boleh
menerima kata dasar yang terdiri daripada
golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan
kata tugas serta kata terbitan. Apitan ini bersifat
pengekal atau pengubah golongan kata.
Makna:
1. Abstrak.
Contoh: kesibukan
2. Tempat.
Contoh: kementerian
3. Hal tentang sesuatu.
Contoh: keagamaan (hal tentang agama)
Sisipan -el-
-em-
-er-
Fungsi: Sisipan boleh bergabung dengan kata
nama, kata kerja, dan kata adjektif.
Makna:
1. Sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung
dalam kata dasar.
Contoh: telunjuk
2. Hasil.
Contoh: kelemumur
(ii) Imbuhan Kata Kerja
Bentuk
Imbuhan
Imbuhan Fungsi dan Makna
Awalan beR- Fungsi: Membentuk kata kerja tak transitif
sama ada berpelengkap atau tidak
berpelengkap, membentuk kata kerja pasif
(boleh diuji dengan penanda pasif di- dan
lazimnya didahului oleh kata bantu).
Makna:
1. Mempunyai.
Contoh: beratap, beristeri, berkaki
2. Menggunakan.
Contoh: berbasikal, berbedak, berkereta
3. Mengeluarkan.
Contoh: bertelur, berbunyi, beranak
4. Memakai sesuatu.
Contoh: berbaju, berkasut, berseluar
5. Bekerja.
Contoh: berdukun, bertukang, berladang
6. Melakukan perbuatan pada diri sendiri.
Contoh: bercukur, berdandan, berjemur
7. Jumlah.
Contoh: berdua, berlima, berjuta
8. Kata kerja pasif seperti awalan di-.
Contoh: tidak berjahit = tidak dijahit, sudah
berlipat = sudah dilipat
teR- Fungsi: Digabungkan dengan kata dasar yang
terdiri daripada golongan kata nama dan kata
kerja, membentuk kata kerja aktif transitif, aktif
tak transitif, dan kata kerja pasif.
Makna:
1. Perbuatan tidak sengaja.
Contoh: terpijak, terbeli
2. Keadaan tersedia.
Contoh: terasing (sudah diasingkan), terdapat
(sudah didapati), terbukti (sudah dibuktikan)
3. Keupayaan.
Contoh: terangkat (dapat diangkat),
tertanggung (dapat ditanggung), tercapai
(dapat dicapai)
meN- Fungsi: Membentuk kata kerja aktif transitif
dan aktif tak transitif, boleh digabungkan
dengan kata nama, kata kerja, dan kata
adjektif. Awalan meN- terdiri daripada 6
bentuk, iaitu me-, mem-, men-, meng-, menge-,
dan meny-. Perubahan setiap bentuk
bergantung pada huruf awal kata dasar yang
diimbuhkan.
Makna:
1. Melakukan sesuatu perbuatan.
Contoh: membaca, memproses, menendang
2. Menjadi.
Contoh: melaut, membesar, mengembang
3. Menggunakan sebagai alat.
Contoh: mengapak, menggunting, menjala
4. Menuju.
Contoh: mengutara, mendarat, menyeberang
5. Mengeluarkan suara atau bunyi.
Contoh: mengaduh, mengaum, mengembek
6. Menyerupai sesuatu.
Contoh: membukti, membusut, mengekor
di- Fungsi: Membentuk kata kerja pasif orang
ketiga, dapat bergabung dengan kata nama dan
kata kerja.
Makna: Menyatakan makna perbuatan pasif
yang dilakukan oleh diri orang ketiga.
mempeR- Fungsi: Membentuk kata kerja aktif transitif,
boleh bergabung dengan kata dasar daripada
kata nama, kata adjektif, dan kata tugas.
Awalan ini berfungsi sebagai pengekal dan
pengubah golongan kata.
Makna:
1. Menjadikan lebih atau bertambah (biasanya
kata dasar ialah kata adjektif).
Contoh: memperbesar (menjadikan lebih
besar), memperdalam (menjadikan lebih
dalam)
2. Menjadikan sebagai atau memperlakukan
sebagai.
Contoh: memperalat (menjadikan sebagai alat),
memperhamba (menjadikan sebagai hamba)
3. Mendapat sesuatu.
Contoh: memperoleh (mendapat)
dipeR- Fungsi: Membentuk kata kerja pasif diri ketiga,
boleh bergabung dengan kata nama, kata
adjektif, dan kata tugas.
Makna:
1. Dijadikan sebagai.
Contoh: diperisteri, diperalat, diperkawan
2. Dijadikan lebih atau bertambah.
Contoh: diperkemas, diperkukuh, diperkaya
Akhiran -kan Fungsi: Membentuk kata kerja transitif, boleh
menerima kata nama, kata kerja, kata adjektif,
dan kata tugas. Kata kerja yang menerima
akhiran -kan membentuk ayat pasif kata ganti
nama diri orang pertama dan kedua atau dalam
ayat perintah.
Makna:
1. Menyebabkan jadi (kausatif).
Contoh: lebihkan, hapuskan, terangkan
2. Melakukan sesuatu untuk orang lain
(benefektif).
Contoh: buatkan, gorengkan, belikan
-i Fungsi: Menbentuk kata kerja transitif, boleh
menerima kata dasar daripada golongan kata
nama, kata kerja, kata adjektif atau kata tugas.
Kata kerja yang menerima akhiran -i
membentuk ayat pasif kata ganti nama diri
orang pertama dan kedua atau dalam ayat
perintah.
Makna:
1. Menyebabkan jadi (kausatif).
Contoh: sudahi, lupai, baiki
2. Tempat (lokatif).
Contoh: duduki, jalani, ekori
Apitan meN-…-kan Fungsi: Membentuk kata kerja transitif, boleh
menerima kata nama, kata kerja, kata adjektif,
dan kata tugas. Apitan meN-…-kan terdiri
daripada 6 bentuk, iaitu me-…-kan, mem-…-
kan, men-…-kan, meng-…-kan, menge-…-kan,
dan meny-…-kan. Perubahan setiap bentuk
bergantung pada huruf awal kata dasar yang
diimbuhkan.
Makna:
1. Menjadikan objek sebagai yang dimaksudkan
oleh kata dasar.
Contoh: merajakan (menjadikan putera sebagai
raja), mencalonkan (menjadikan seseorang
sebagai calon)
2. Membuat sesuatu seperti yang terkandung
dalam kata dasar.
Contoh: mendirikan, merundingkan,
menyandarkan
3. Menyebabkan (kausatif).
Contoh: membangunkan, mengingatkan,
meletakkan
4. Manfaat (benefektif) [selalunya dalam ayat 2
objek]
Contoh: membelikan, membacakan,
membuatkan
5. Membawa objek ke tempat yang disebut
oleh kata dasar.
Contoh: mengeluarkan buku (membawa buku
keluar), menanyakan (bertanya kepada)
**
(i) Ada kata berapitan meN-…-kan berbentuk
kata kerja tetapi berfungsi sebagai kata
adjektif, seperti menyedihkan, mengagumkan,
mengelirukan.
(ii) Akhiran -kan pada apitan meN-…-kan dapat
bertugas sebagai kata sendi akan, tentang,
kepada apabila kata kerja menjadi kata kerja
tak transitif. Contoh: membanggakan = bangga
akan, menceritakan = bercerita tentang,
menanyakan = bertanya kepada
meN-…-i Fungsi: Membentuk kata kerja transitif, boleh
menerima kata nama, kata kerja, kata adjektif,
dan kata tugas. Apitan meN-…-i terdiri daripada
6 bentuk, iaitu me-…-i, mem-…-i, men-…-i,
meng-…-i, menge-…-i, dan meny-…-i.
Perubahan setiap bentuk bergantung pada
huruf awal kata dasar yang diimbuhkan.
Makna:
1. Memberikan sifat kepada objek.
Contoh: membasahi (memberikan sifat basah
kepada), mengotori (memberikan sifat kotor
kepada)
2. Melakukan perbuatan berkali-kali atau
berulang-ulang.
Contoh: menikami (menikam berkali-kali),
mencabuti (mencabut dengan banyak)
3. Tempat (lokatif).
Contoh: menduduki (duduk di sesuatu tempat),
menghadiri (hadir di/pada sesuatu tempat)
4. Menuju ke sesuatu arah.
Contoh: menyeberangi (menuju ke seberang),
meminggiri (menuju ke pinggir)
**Akhiran -i pada apitan meN-…-i dapat
berfungsi untuk menggantikan kata sendi
seperti akan, dengan, atas, di, ke, tentang,
kepada, dan terhadap apabila kata kerja
menjadi kata kerja tak transitif.
Contoh:
menemui = bertemu dengan
mengetahui = tahu akan
menguasai = berkuasa atas
menempati = bertempat di
mengunjungi = berkunjung ke
menjangkiti = berjangkit kepada
meminati = berminat terhadap
beR-…-kan Fungsi: Membentuk kata kerja aktif tak
transitif, bergabung dengan kata dasar yang
terdiri daripada kata nama dan kata kerja.
Apitan beR-…-kan bersifat pengekal dan
pengubah golongan kata. Apitan beR-…-kan
memerlukan kata nama yang berfungsi sebagai
pelengkap selepasnya dan tidak boleh diikuti
oleh unsur keterangan yang bermula dengan
kata sendi nama.
Makna:
1. Menjadikan sesuatu sebagai.
Contoh: bersenjatakan pisau (menjadikan pisau
sebagai senjata), berbantalkan lengan
(menjadikan lengan sebagai bantal)
2. Sama makna dengan kata kerja aktif tak
transitif berawalan beR- yang diikuti oleh kata
sendi tentang, pada, kepada, dan dengan.
Contoh: bertanyakan khabar (bertanya tentang
khabar), bersenjatakan parang (bersenjata
dengan parang)
*Oleh sebab akhiran -kan pada kata yang
berapitan beR-…-kan mewakili kata sendi nama
tersebut, penggunaan kata sendi nama selepas
apitan beR-…-kan adalah tidak gramatis.
beR-…-an Fungsi: Membentuk kata kerja tak transitif dan
dapat bergabung dengan kata dasar yang
terdiri daripada kata nama, kata kerja, dan kata
adjektif.
Makna:
1. Banyak yang berlaku.
Contoh: berciciran, berguguran, berterbangan
2. Jumlah yang banyak atau berulang-ulang
banyaknya.
Contoh: berkibaran, berkilauan
*Apitan beR-…-an dengan maksud ini, kata
ganda sebagai penanda jamak tidak perlu
digunakan.
3. Dalam keadaan.
Contoh: berasingan (dalam keadaan asing),
berjauhan (dalam keadaan jauh)
4. Menyaling
Contoh: bersalaman (saling bersalam @
bersalam-salaman), berdakapan (saling
berdakap @ berdakap-dakapan)
di-…-kan Fungsi: Membentuk kata kerja pasif.
Makna: Membawa pengertian seperti yang
terkandung dalam imbuhan di- dan -kan.
di-…-i Fungsi: Membentuk kata kerja pasif.
Makna: Membawa pengertian seperti yang
terkandung dalam imbuhan di- dan -i.
mempeR-…-kan Fungsi: Membentuk kata kerja aktif transitif,
boleh bergabung dengan kata nama dan kata
kerja. Apitan mempeR-…-kan ada hubungannya
dengan kata kerja berawalan beR-.
Makna:
1. Menjadikan atau menyebabkan (kausatif).
Contoh: mempertemukan (menyebabkan
bertemu), mempersatukan (menyebabkan
bersatu)
2. Menyebabkan objek dapat diperlakukan atau
dapat berlaku seperti yang dimaksudkan oleh
kata dasar yang berawalan beR- atau di-.
Contoh: memperdengarkan suara
(menyebabkan suara dapat didengar),
mempertahankan hujah (menyebabkan hujah
dapat bertahan)
**Perbezaan mempeR- dengan mempeR-…-kan
Apitan mempeR-…-kan tidak boleh diimbuhkan
pada kata dasar daripada kata adjektif yang
membawa maksud “menjadikan sesuatu
bersifat lebih”.
Bagi kata-kata yang bukan kata adjektif, apitan
mempeR-…-kan diperlukan.
Namun begitu, kata mempertahankan tidak
boleh menggugurkan akhiran -kan kerana kata
‘mempertahan’ tidak membawa maksud
“menjadi lebih tahan”.
mempeR-…-i Fungsi: Membentuk kata kerja aktif transitif,
boleh bergabung dengan kata nama dan kata
kerja.
Makna:
1. Memperoleh.
Contoh: memperhiasi (menjadikan objek
memperoleh hias), mempersenjatai
(menjadikan objek memperoleh senjata)
2. Akhiran -i pada kata yang berapitan
mempeR-…-i dapat menggantikan kata sendi
seperti akan, kepada, dan tentang yang
menyertai kata kerja tak transitif.
Contoh: memperingati (ingat akan),
memperhambai (berhamba kepada),
mempelajari (belajar tentang)
ke-…-an Fungsi: Membentuk kata kerja pasif, dapat
bergabung dengan kata dasar daripada kata
nama, kata kerja, dan kata adjektif.
Makna:
1. Ditimpa akibat atau rasa sesuatu.
Contoh: keracunan (ditimpa akibat racun),
kejatuhan (ditimpa akibat jatuh)
2. Kena.
Contoh: kemalangan (kena malang), kehujanan
(kena hujan)
3. Dapat di-.
Contoh: kelihatan (dapat dilihat), kedengaran
(dapat didengar)
*Perbezaan apitan ke-…-an sebagai apitan kata
nama, kata kerja, dan kata adjektif.
1. Apitan ke-…-an sebagai kata kerja dapat
bertukar ganti dengan awalan di- atau kena.
Contoh: Kami ketinggalan bas. = Kami
ditinggalkan/kena tinggal oleh bas.
2. Apitan ke-…-an sebagai kata nama
mendukung makna “tempat” dan “hal”.
Contoh: kedutaan = tempat duta, kerakyatan =
hal tentang rakyat
3. Apitan ke-…-an yang membentuk kata
adjektif, kebanyakannya diimbuhkan pada kata
nama dengan membawa pengertian “sifat” dan
biasanya dapat didahului oleh kata “agak”.
Contoh: agak kebaratan (bersifat barat), agak
kejantanan (bersifat jantan)
dipeR-…-kan Fungsi: Membentuk kata kerja pasif diri orang
ketiga, boleh bergabung dengan kata nama dan
kata kerja.
Makna:
1. Objek dijadikan seperti kata dasar.
Contoh: diperhambakan (dijadikan seseorang
sebagai hamba), dipercabangkan (dijadikan
bercabang)
2. Dijadikan berlaku seperti maksud kata dasar.
Contoh: dipertemukan (dijadikan bertemu),
dipertautkan (dijadikan bertaut)
3. Menyebabkan sesuatu dilakukan oleh orang
lain.
Contoh: diperlihatkan (menyebabkan sesuatu
dilihat oleh orang lain), diperdengarkan
(menyebabkan sesuatu didengar oleh orang
lain)
dipeR-…-i Fungsi: Membentuk kata kerja pasif kata ganti
orang ketiga.
Makna:
1. Dijadikan.
Contoh: diperhambai, diperkebuni,
dipersenjatai
2. Berbuat.
Contoh: dipelajari, diperingati
teR-…-kan
teR-…-i
Fungsi: Membentuk kata kerja pasif dan
selalunya didahului oleh kata nafi “tak” atau
“tidak”.
Makna: Membawa pengertian dapat di-…-kan
dan dapat di-…-i dengan maksud yang
dikandung oleh kata dasar.
Sisipan -el-
-em-
-er-
Fungsi: Sebenarnya tiada sisipan kata kerja
tetapi kata nama dan kata adjektif akan
menjadi kata kerja apabila melalui proses
pengimbuhan.
Makna: Mempunyai sifat yang terdapat dalam
kata dasar.
Contoh: -er- + sabut (KN) = serabut (KA);
berserabut (KK)
-el- + kupas (KK) = kelupas (KN);
berkelupas (KK)
-em- + kilau (KA) = kemilau (KA);
berkemilau (KK)
(iii) Imbuhan Kata Adjektif
Bentuk
Imbuhan
Imbuhan Fungsi dan Makna
Awalan teR- Fungsi: Membentuk kata adjektif apabila bergabung
dengan kata dasar yang sememangnya terdiri
daripada kata adjektif dan berfungsi sebagai pengekal
golongan kata.
Makna: Membawa maksud “paling”, iaitu digunakan
dalam perbandingan yang menunjukkan tingkat
kepalingan.
Contoh: teR- + masyhur = paling masyhur
teR- + istimewa = paling istimewa
se- Fungsi: Membentuk kata adjektif apabila bergabung
dengan kata dasar yang sememangnya kata adjektif
dan berfungsi sebagai pengekal golongan kata.
Makna: Awalan se- mempunyai pengertian yang
menunjukkan maksud sama.
Contoh: se- + banyak = sama banyak
se- + jujur = sama jujur
pro- Fungsi: Awalan pinjaman daripada bahasa Inggeris.
Berfungsi menerbitkan kata adjektif.
Makna: Membawa pengertian “bersetuju, memihak
atau menyebelahi sesuatu pihak”.
Contoh: prokerajaan = memihak kepada kerajaan
prokomunis = memihak kepada komunis
anti- Fungsi: Awalan pinjaman daripada bahasa Inggeris.
Berfungsi sebagai kata adjektif.
Makna: Membawa pengertian “menentang, melawan
atau membantah”.
Contoh: antikerajaan = menentang kerajaan
antisosial = menentang aktiviti sosial
bi- Fungsi: Awalan pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi,
membentuk kata adjektif apabila bergabung dengan
kata dasar.
Makna: Membawa pengertian “tidak”.
Contoh: bilazim = tidak lazim
biadab = tidak ada / tiada adab
binormal = tidak normal
Akhiran -wi
-i
-iah
-is
Fungsi: Menerbitkan kata adjektif tetapi penggunaan
akhiran -wi dan -i ditentukan oleh huruf akhir kata
dasar yang menerima akhiran. Jika kata dasar itu
berakhir dengan vokal, maka akhiran -wi digunakan.
Jika kata dasar berakhir dengan konsonan, maka
akhiran -i digunakan.
Makna: Membawa pengertian “sifat atau ciri seperti
maksud yang terkandung dalam kata dasar”.
Contoh: duniawi, romawi, manusiawi, abadi, insani,
jahiliah, alamiah, fonologis, geografis
Apitan ke-…-an Fungsi: Membentuk kata adjektif, boleh menerima
kata dasar daripada golongan kata nama dan kata
adjektif.
Makna: Menunjukkan “suatu keadaan atau sifat kata
nama yang terkandung pada kata dasar”.
Contoh: kekampungan, kepahlawanan, kecinaan
Sisipan -el-
-em-
-er-
-in-
Fungsi: Membentuk kata adjektif yang menerangkan
sifat kata nama, bersifat pengekal dan pengubah
golongan kata.
Makna: Membawa “sifat yang dinyatakan oleh kata
dasar” dan selalunya menjadi penerang kepada kata
nama.
Contoh: -el- + serak (KA) = selerak (KA)
-er- + sabut (KN) = serabut (KA)
-em- + guruh (KN) = gemuruh (KA)
-in- + sambung (KK) = sinambung (KA)
1.4.2 Penggandaan
• Penggandaan merupakan proses kata yang terhasil melalui pengulangan kata
dasar.
• Pengulangan berlaku sama ada secara keseluruhan atau bahagian-bahagian
tertentu.
(a) Jenis Penggandaan
Golongan
Kata
Jenis Penggandaan
Penggandaan
Penuh
Penggandaan
Separa
Penggandaan
Berentak
Penggandaan
Semu
Kata
Nama
(i)
Penggandaan
Penuh Kata
Nama Tunggal
Contoh:
rumah-rumah
(ii)
Penggandaan
Penuh Kata
Nama
Terbitan
Contoh:
pelatih-pelatih
(iii)
Penggandaan
(i)
Kata Dasar
Contoh:
laki = lelaki
(ii)
Kata Terbitan
Contoh:
buah-buahan
(i)
Pengulangan
Vokal
Contoh:
sayur-mayur
(ii)
Pengulangan
Konsonan
Contoh:
gunung-
ganang
(iii)
Bebas
Contoh:
anak-pinak
labi-labi
kanak-kanak
labah-labah
anai-anai
kisi-kisi
Kata Nama
Majmuk
Contoh:
kapal-kapal
terbang
Kata Kerja (i)
Kata Dasar
Contoh:
duduk-duduk
batuk-batuk
muntah-
muntah
(ii)
Kata Ganda
Penuh boleh
menerima
apitan
Contoh:
mengulang-
ulangi
ditonjol-
tonjolkan
(i)
Kata Kerja
Berawalan
Contoh:
bermain-
main
(ii)
Kata Kerja
Berakhiran
Contoh:
doa-doakan
(i)
Pengulangan
Vokal
Contoh:
gotong-
royong
(ii)
Pengulangan
Konsonan
Contoh:
mundar-
mandir
(iii)
Bebas
Contoh:
ulang-alik
-
Kata
Adjektif
(i)
Kata Dasar
Contoh:
laju-laju
hitam-hitam
(ii)
Penggandaan
Penuh Kata
Adjektif
dapat
menerima
imbuhan
apitan ke-…-
an
Contoh:
kemerah-
merahan
kemalu-
maluan
(i)
Kata Adjektif
Berawalan
Contoh:
setinggi-
tinggi
seluas-luas
(ii)
Kata Adjektif
Berakhiran
Contoh:
besar-
besaran
kecil-kecilan
(i)
Pengulangan
Vokal
Contoh:
hiruk-pikuk
karut-marut
(ii)
Pengulangan
Konsonan
Contoh:
kucar-kacir
kontang-
kanting
(iii)
Bebas
Contoh:
gelap-gelita
kusut-masai
-
(b) Fungsi dan Makna Penggandaan
Golongan
Kata
Fungsi dan Makna Penggandaan
Kata
Nama
Fungsi: Menerbitkan kata nama, hanya penggandaan penuh boleh
berlaku pada semua kata nama.
Makna:
1) Jamak / Banyak
Contoh: akar-akar, cucu-cicit, bebawang, saudara-mara
2) Kepelbagaian Jenis
Contoh: sayur-mayur, lauk-pauk, kuih-muih, anak-pinak
3) Kesamaan / Keserupaan
Contoh: jari-jemari, orang-orang, sesiku, lelangit
4) Tak Tentu
Contoh: apa-apa, mana-mana, bila-bila, siapa-siapa
5) Nama Haiwan
Contoh: kura-kura, rama-rama, labi-labi, kupu-kupu
Kata
Kerja
Fungsi: Menerbitkan kata kerja, boleh mengubah dan
mengekalkan golongan kata.
Makna:
1) Perbuatan Berulang-ulang
Contoh: berputar-putar, bercakap-cakap, tergelak-gelak
2) Saling Berbalasan
Contoh: bersalam-salaman, bantu-membantu, berkirim-
kiriman
3) Perbuatan Berpanjangan
Contoh: mengata-ngata, berangan-angan, tersengih-sengih
4) Perbuatan Bersungguh-sungguh
Contoh: memporak-perandakan, bertungkus-lumus
Kata
Adjektif
Fungsi: Menerbitkan kata adjektif, berfungsi sebagai pengekal atau
pengubah golongan kata.
Makna:
1) Sifat Jamak
Contoh: baik-baik, malu-malu, tinggi-tinggi
2) Menyerupai Sifat yang Terkandung dalam Kata Dasar
Contoh: kebiru-biruan, kebudak-budakan, kecil-kecilan
3) Kesangatan
Contoh: gilang-gemilang, segar-bugar, gelap-gelita
1.4.3 Pemajmukan
• Merupakan proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih.
• Bentuk kata yang terhasil membawa makna tertentu.
Jenis Kata Majmuk
Golongan
Kata Majmuk
Jenis Kata Majmuk
Rangkai Kata
Bebas
Istilah Khusus Maksud
Kiasan
Kata Nama Majmuk sapu tangan
Menteri Besar
telefon dail
terus
garis pusat
anak emas
duit kopi
Kata Kerja Majmuk kemas kini
terima kasih
- gulung tikar
makan angin
Kata Adjektif
Majmuk
merah hati
gemuk air
- panjang
tangan
besar kepala
1.4.4 Pengakroniman
Jenis Akronim
Jenis Akronim Contoh
Cantuman huruf awal • Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
• Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Cantuman suku kata awal • Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
• Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS)
Cantuman huruf dan suku
kata
• Majlis Amanah Rakyat (MARA)
• Pertubuhan Kemajuan Islam Malaysai
(PERKIM)
Cantuman bahagian awal
perkataan pertama dengan
bahagian lain perkataan yang
mengikutinya
• hala tuju (halaju)
• pukul rata (purata)
• jentera tolak (jentolak)
Cantuman bahagian-
bahagian kata sesedap bunyi
• Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan
Taman Negara (PERHILITAN)
• Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON)

More Related Content

What's hot

Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Cornard Conot
 
1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kata
Asri Mohad
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUIzzah Zahh
 
BM STPM- Kata sendi nama
BM STPM- Kata sendi namaBM STPM- Kata sendi nama
BM STPM- Kata sendi namaumishahirah
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
nelson fredoline
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanzazunzin
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologi
nurul amyeza
 
Ragam ayat - Sintaksis Bahasa Melayu
Ragam ayat - Sintaksis Bahasa MelayuRagam ayat - Sintaksis Bahasa Melayu
Ragam ayat - Sintaksis Bahasa Melayu
FaFai S.
 
bahasa melayu stpm sem 2 - kata adjektif (morfologi)
bahasa melayu stpm sem 2 - kata adjektif (morfologi)bahasa melayu stpm sem 2 - kata adjektif (morfologi)
bahasa melayu stpm sem 2 - kata adjektif (morfologi)
saadiah alidrus
 
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
IIUM
 
Maksud diftong
Maksud diftongMaksud diftong
Bentuk kata
Bentuk kataBentuk kata
Bentuk kata
Hanifah Mohiji
 
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Nazira M
 
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikFairuz Alwi
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bm
Punitha Nitha
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
Roslan Suzie
 

What's hot (20)

Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
 
1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kata
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
BM STPM- Kata sendi nama
BM STPM- Kata sendi namaBM STPM- Kata sendi nama
BM STPM- Kata sendi nama
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
NOTA FONETIK
NOTA FONETIKNOTA FONETIK
NOTA FONETIK
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologi
 
Ragam ayat - Sintaksis Bahasa Melayu
Ragam ayat - Sintaksis Bahasa MelayuRagam ayat - Sintaksis Bahasa Melayu
Ragam ayat - Sintaksis Bahasa Melayu
 
bahasa melayu stpm sem 2 - kata adjektif (morfologi)
bahasa melayu stpm sem 2 - kata adjektif (morfologi)bahasa melayu stpm sem 2 - kata adjektif (morfologi)
bahasa melayu stpm sem 2 - kata adjektif (morfologi)
 
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
 
BAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSISBAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSIS
 
Maksud diftong
Maksud diftongMaksud diftong
Maksud diftong
 
Bentuk kata
Bentuk kataBentuk kata
Bentuk kata
 
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
 
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
 
Frasa sendi nama
Frasa sendi namaFrasa sendi nama
Frasa sendi nama
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bm
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 

Similar to Nota Pecutan (Morfologi).pdf

Struktur morfologi bahasa indonesia
Struktur morfologi bahasa indonesiaStruktur morfologi bahasa indonesia
Struktur morfologi bahasa indonesia
Mencari ridho alloh di dunia untuk bekal di akhirat
 
Morfem, 10 kategori kata, 4 kategori kata menurut gorys keraf
Morfem, 10 kategori kata, 4 kategori kata menurut gorys kerafMorfem, 10 kategori kata, 4 kategori kata menurut gorys keraf
Morfem, 10 kategori kata, 4 kategori kata menurut gorys keraf
NaFis NaFis
 
TEKNIK MENJAWAB BM STPM KERTAS 2 SMK SIBU JAYA 19 APRIL 2017.ppt
TEKNIK MENJAWAB BM STPM KERTAS 2 SMK SIBU JAYA 19 APRIL 2017.pptTEKNIK MENJAWAB BM STPM KERTAS 2 SMK SIBU JAYA 19 APRIL 2017.ppt
TEKNIK MENJAWAB BM STPM KERTAS 2 SMK SIBU JAYA 19 APRIL 2017.ppt
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Kata tugas stpm penggal 2
Kata tugas stpm penggal 2Kata tugas stpm penggal 2
Kata tugas stpm penggal 2
nurAkhma
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Modul 2 MORFOLOGI.pdf
Modul 2 MORFOLOGI.pdfModul 2 MORFOLOGI.pdf
Modul 2 MORFOLOGI.pdf
wzg25129
 
7 kelas kata bahasa indonesia
7 kelas kata bahasa indonesia7 kelas kata bahasa indonesia
7 kelas kata bahasa indonesia
Chairil Anam
 
ppt indo.pptx
ppt indo.pptxppt indo.pptx
ppt indo.pptx
RenitaEkaJuniariani
 
BAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIABAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIA
ZURYATI1
 
Tata bahasa indonesia dasar
Tata bahasa indonesia dasarTata bahasa indonesia dasar
Tata bahasa indonesia dasarDedi Damhudi
 
Morfologi bahasa
Morfologi bahasaMorfologi bahasa
Morfologi bahasa
kunmartih
 
power_point_bahasa_indonesia_kelompok_4.pptx
power_point_bahasa_indonesia_kelompok_4.pptxpower_point_bahasa_indonesia_kelompok_4.pptx
power_point_bahasa_indonesia_kelompok_4.pptx
ImyLasama
 
beberapakonsepdalammorfologi-161024155552.pdf
beberapakonsepdalammorfologi-161024155552.pdfbeberapakonsepdalammorfologi-161024155552.pdf
beberapakonsepdalammorfologi-161024155552.pdf
MuhammadHafizAbdulla4
 
Hakikat kata rrtrtrtrtws
Hakikat kata rrtrtrtrtwsHakikat kata rrtrtrtrtws
Hakikat kata rrtrtrtrtws
hendra prastyadi
 
Bahan Diskusi Morfem dan Morf.pdf
Bahan  Diskusi Morfem dan Morf.pdfBahan  Diskusi Morfem dan Morf.pdf
Bahan Diskusi Morfem dan Morf.pdf
FidelHarjo
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
Nur Azah Ahmad
 
Konsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umumKonsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umumJaf Hussin
 
Bentuk-dan-Makna.ppt
Bentuk-dan-Makna.pptBentuk-dan-Makna.ppt
Bentuk-dan-Makna.ppt
ProdiPbsi
 
Morfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa IndonesiaMorfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa IndonesiaDarwis Maulana
 
Jenis Kata dan Klasifikasi Kata.docx
Jenis Kata dan Klasifikasi Kata.docxJenis Kata dan Klasifikasi Kata.docx
Jenis Kata dan Klasifikasi Kata.docx
Zukét Printing
 

Similar to Nota Pecutan (Morfologi).pdf (20)

Struktur morfologi bahasa indonesia
Struktur morfologi bahasa indonesiaStruktur morfologi bahasa indonesia
Struktur morfologi bahasa indonesia
 
Morfem, 10 kategori kata, 4 kategori kata menurut gorys keraf
Morfem, 10 kategori kata, 4 kategori kata menurut gorys kerafMorfem, 10 kategori kata, 4 kategori kata menurut gorys keraf
Morfem, 10 kategori kata, 4 kategori kata menurut gorys keraf
 
TEKNIK MENJAWAB BM STPM KERTAS 2 SMK SIBU JAYA 19 APRIL 2017.ppt
TEKNIK MENJAWAB BM STPM KERTAS 2 SMK SIBU JAYA 19 APRIL 2017.pptTEKNIK MENJAWAB BM STPM KERTAS 2 SMK SIBU JAYA 19 APRIL 2017.ppt
TEKNIK MENJAWAB BM STPM KERTAS 2 SMK SIBU JAYA 19 APRIL 2017.ppt
 
Kata tugas stpm penggal 2
Kata tugas stpm penggal 2Kata tugas stpm penggal 2
Kata tugas stpm penggal 2
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Modul 2 MORFOLOGI.pdf
Modul 2 MORFOLOGI.pdfModul 2 MORFOLOGI.pdf
Modul 2 MORFOLOGI.pdf
 
7 kelas kata bahasa indonesia
7 kelas kata bahasa indonesia7 kelas kata bahasa indonesia
7 kelas kata bahasa indonesia
 
ppt indo.pptx
ppt indo.pptxppt indo.pptx
ppt indo.pptx
 
BAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIABAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIA
 
Tata bahasa indonesia dasar
Tata bahasa indonesia dasarTata bahasa indonesia dasar
Tata bahasa indonesia dasar
 
Morfologi bahasa
Morfologi bahasaMorfologi bahasa
Morfologi bahasa
 
power_point_bahasa_indonesia_kelompok_4.pptx
power_point_bahasa_indonesia_kelompok_4.pptxpower_point_bahasa_indonesia_kelompok_4.pptx
power_point_bahasa_indonesia_kelompok_4.pptx
 
beberapakonsepdalammorfologi-161024155552.pdf
beberapakonsepdalammorfologi-161024155552.pdfbeberapakonsepdalammorfologi-161024155552.pdf
beberapakonsepdalammorfologi-161024155552.pdf
 
Hakikat kata rrtrtrtrtws
Hakikat kata rrtrtrtrtwsHakikat kata rrtrtrtrtws
Hakikat kata rrtrtrtrtws
 
Bahan Diskusi Morfem dan Morf.pdf
Bahan  Diskusi Morfem dan Morf.pdfBahan  Diskusi Morfem dan Morf.pdf
Bahan Diskusi Morfem dan Morf.pdf
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Konsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umumKonsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umum
 
Bentuk-dan-Makna.ppt
Bentuk-dan-Makna.pptBentuk-dan-Makna.ppt
Bentuk-dan-Makna.ppt
 
Morfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa IndonesiaMorfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa Indonesia
 
Jenis Kata dan Klasifikasi Kata.docx
Jenis Kata dan Klasifikasi Kata.docxJenis Kata dan Klasifikasi Kata.docx
Jenis Kata dan Klasifikasi Kata.docx
 

Recently uploaded

Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Kanaidi ken
 
Aksi Nyata Erliana Mudah bukan memahamii
Aksi Nyata Erliana Mudah bukan memahamiiAksi Nyata Erliana Mudah bukan memahamii
Aksi Nyata Erliana Mudah bukan memahamii
esmaducoklat
 
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdfPpt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
fadlurrahman260903
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Fathan Emran
 
Media Pembelajaran kelas 3 SD Materi konsep 8 arah mata angin
Media Pembelajaran kelas 3 SD Materi konsep 8 arah mata anginMedia Pembelajaran kelas 3 SD Materi konsep 8 arah mata angin
Media Pembelajaran kelas 3 SD Materi konsep 8 arah mata angin
margagurifma2023
 
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Fathan Emran
 
Seminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdf
Seminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdfSeminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdf
Seminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdf
inganahsholihahpangs
 
pelayanan prima pada pelanggan dan karyawan
pelayanan prima pada pelanggan dan karyawanpelayanan prima pada pelanggan dan karyawan
pelayanan prima pada pelanggan dan karyawan
EvaMirzaSyafitri
 
Materi 1_Bagaimana Kita Memaknai Sekolah yang Berkualitas_ (ss versi kab_kot)...
Materi 1_Bagaimana Kita Memaknai Sekolah yang Berkualitas_ (ss versi kab_kot)...Materi 1_Bagaimana Kita Memaknai Sekolah yang Berkualitas_ (ss versi kab_kot)...
Materi 1_Bagaimana Kita Memaknai Sekolah yang Berkualitas_ (ss versi kab_kot)...
ahyani72
 
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdfMODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
sitispd78
 
Aksi Nyata Disiplin Positif: Hukuman vs Restitusi vs Konsekuensi
Aksi Nyata Disiplin Positif: Hukuman vs Restitusi vs KonsekuensiAksi Nyata Disiplin Positif: Hukuman vs Restitusi vs Konsekuensi
Aksi Nyata Disiplin Positif: Hukuman vs Restitusi vs Konsekuensi
sabir51
 
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdekaKKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
irvansupriadi44
 
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul AjarPowerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
MashudiMashudi12
 
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptxPembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Sosdiklihparmassdm
 
PPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptx
PPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptxPPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptx
PPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptx
AqlanHaritsAlfarisi
 
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdfMODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
YuristaAndriyani1
 
Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptxNovel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
NirmalaJane
 
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptxGERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
fildiausmayusuf1
 
Tokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdf
Tokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdfTokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdf
Tokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdf
Mutia Rini Siregar
 

Recently uploaded (20)

Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
 
Aksi Nyata Erliana Mudah bukan memahamii
Aksi Nyata Erliana Mudah bukan memahamiiAksi Nyata Erliana Mudah bukan memahamii
Aksi Nyata Erliana Mudah bukan memahamii
 
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdfPpt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
 
Media Pembelajaran kelas 3 SD Materi konsep 8 arah mata angin
Media Pembelajaran kelas 3 SD Materi konsep 8 arah mata anginMedia Pembelajaran kelas 3 SD Materi konsep 8 arah mata angin
Media Pembelajaran kelas 3 SD Materi konsep 8 arah mata angin
 
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
 
Seminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdf
Seminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdfSeminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdf
Seminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdf
 
pelayanan prima pada pelanggan dan karyawan
pelayanan prima pada pelanggan dan karyawanpelayanan prima pada pelanggan dan karyawan
pelayanan prima pada pelanggan dan karyawan
 
Materi 1_Bagaimana Kita Memaknai Sekolah yang Berkualitas_ (ss versi kab_kot)...
Materi 1_Bagaimana Kita Memaknai Sekolah yang Berkualitas_ (ss versi kab_kot)...Materi 1_Bagaimana Kita Memaknai Sekolah yang Berkualitas_ (ss versi kab_kot)...
Materi 1_Bagaimana Kita Memaknai Sekolah yang Berkualitas_ (ss versi kab_kot)...
 
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdfMODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
 
Aksi Nyata Disiplin Positif: Hukuman vs Restitusi vs Konsekuensi
Aksi Nyata Disiplin Positif: Hukuman vs Restitusi vs KonsekuensiAksi Nyata Disiplin Positif: Hukuman vs Restitusi vs Konsekuensi
Aksi Nyata Disiplin Positif: Hukuman vs Restitusi vs Konsekuensi
 
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdekaKKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
 
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
 
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul AjarPowerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
 
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptxPembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
 
PPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptx
PPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptxPPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptx
PPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptx
 
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdfMODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
 
Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptxNovel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
 
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptxGERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
 
Tokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdf
Tokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdfTokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdf
Tokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdf
 

Nota Pecutan (Morfologi).pdf

  • 1. 1. MORFOLOGI 1.1 Definisi Bidang Morfologi • Bidang bahasa yang mengkaji kata/perkataan dari segi: (a) Struktur - susunan unsur dalam kata atau ayat - contoh: minum + -an (kata dasar) + (akhiran) (b) Bentuk - merupakan rupa atau pewujudan lahiriah unsur bahasa - boleh terbina dalam bentuk tunggal, terbitan, gandaan, majmuk, dan akronim (c) Golongan - merupakan jenis kata - boleh dibahagikan kepada kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas 1.1.1 Konsep Morfem • Unit tatabahasa yang mempunyai makna, menjadi unsur pembentukan kata, dan tidak dapat dipecahkan kepada unit yang lebih kecil. • Morfem biasanya diapitkan oleh tanda { }. Contohnya, perkataan {kedua} yang terdiri daripada morfem “ke” dan “dua”. • Morfem tidak sama dengan suku kata. • Boleh terbina daripada satu, dua, atau lebih suku kata. 1.1.2 Jenis Morfem Jenis Morfem Terikat Morfem terikat satuan Morfem terikat terbahagi Morfem terikat kompleks - Utuh dalam bentuknya dan bahagian- bahagiannya tidak boleh dipisah- pisahkan. - Terdiri daripada awalan, akhiran, dan kata akar. - Terdiri daripada awalan dan akhiran yang berlaku serentak sebagai satu kesatuan. - Contoh: ke-…-an (kedudukan) pe-…-an (penamaan) - Merupakan gabungan dua morfem terikat atau lebih, seperti yang berikut: Gabungan dua awalan: memper- (memperindah) diper- (diperbesar) Gabungan awalan dan akhiran: me-…-kan (meyakinkan) di-…-kan (dibacakan) me-…-i (meliputi) di-…-i (dikuasai) per-…-an (pertanyaan) Gabungan dua awalan dan satu akhiran: memper-…-kan (memperkatakan) memper-…-i (mempergantungi) diper-…-kan (diperakukan) diper-…-i (diperkuasai) 1.1.3 Konsep Alomorf • Kelainan atau anggota sesuatu morfem. • Kelainan ditentukan oleh fonem/huruf awal sesuatu kata dasar apabila bergabung dengan imbuhan. • Imbuhan meN- mempunyai alomorf me-, mem-, men-, meng-, menge-, dan meny-. • Imbuhan peN- mempunyai alomorf pe-, pem-, pen-, peng-, penge-, dan peny-. 1.1.4 Konsep Morfofonem • Gabungan antara morfem dengan fonem. • Ciri bunyi yang timbul apabila imbuhan dicantumkan dengan kata dasar. • Lazimnya wujud antara morfem dasar dengan morfem terikat yang merupakan imbuhan. • Contoh: peN + lari = pelari meN + makan = memakan beR + renang = berenang teR + rancang = terancang 1.1.5 Konsep Kata • Bentuk bahasa yang bebas dan boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal apabila diberikan intonasi yang sesuai dan mengandungi maksud atau mesej yang lengkap. • Merupakan unsur bahasa yang digunakan untuk membentuk kata lain, seperti kata terbitan, kata ganda, kata majmuk, dan kata akronim. • Kata boleh berubah-ubah kedudukannya dalam ayat. (a) Kata Akar • Inti sesuatu kata. • Unsur yang belum diberikan apa-apa imbuhan. • Merupakan morfem bebas dan morfem terikat. (b) Kata Dasar • Kata yang menjadi dasar bagi sesuatu perkataan. • Boleh terdiri daripada kata akar, kata terbitan, kata ganda, kata majmuk, atau frasa. 1.2 Bentuk Kata Terdapat empat bentuk kata dalam bahasa Melayu, iaitu Kata Tunggal, Kata Terbitan, Kata Majmuk, dan Kata Ganda. 1.2.1 Kata Tunggal Jenis Morfem Morfem Bebas Morfem Terikat Satuan Terbahagi Kompleks
  • 2. • Terdiri daripada satu morfem bebas dan terdiri daripada hanya satu bentuk dasar. • Semua kata tunggal ialah kata akar dan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata sempurna dan kata tugas. • Terdiri daripada satu suku kata, dua suku kata atau lebih. 1.2.2 Kata Terbitan • Bentuk kata yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan. • Kata terbitan terdiri daripada kata dasar yang menerima imbuhan awalan, sisipan, akhiran, dan apitan. • Imbuhan ialah bentuk morfem terikat yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat. Terdapat dua imbuhan utama, iaitu imbuhan asli dan imbuhan pinjaman. 1.2.3 Kata Majmuk • Rangkaian dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. • Terdiri daripada tiga jenis, iaitu rangkai bebas, istilah khusus, dan maksud kiasan. • Terdapat kata majmuk mempunyai persamaan dengan frasa. Contoh: ‘papan hitam’. (i) papan hitam (kata majmuk) = papan tulis yang digunakan di bilik darjah (ii) papan hitam (frasa) = papan yang berwarna hitam 1.2.4 Kata Ganda • Merupakan pengulangan atau penggandaan kata dasar, sama ada diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. • Terdiri daripada empat jenis, iaitu: (i) Kata Ganda Penuh: seluruh kata dasar diulang, sama ada mempunyai imbuhan atau tidak (ii) Kata Ganda Semu: bentuk kata ganda yang mesti digandakan, jika tidak kata tersebut tidak memberikan apa-apa erti atau berbeza maknanya dengan kata yang digandakan (iii) Kata Ganda Separa: hanya sebahagian kata dasar diulang (iv) Kata Ganda Berentak: pengulangan bunyi tertentu 1.3 Golongan Kata Terdapat empat golongan kata dalam bahasa Melayu, iaitu Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif, dan Kata Tugas. 1.3.1 Kata Nama • Terdiri daripada sejumlah perkataan yang boleh menjadi inti kepada binaan frasa nama. • Dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama am, dan kata ganti nama. Kata Ganti Nama Contoh Perkataan Tunjuk 1.Umum: ini, itu 2.Tempat: situ, sana, sini 3.Hal: begini, begitu, yakni, iaitu Diri 1.Tanya: apa, siapa, mana 2.Orang Pertama: saya, aku, beta, hamba, kita, kami…… 3.Orang Kedua: anda, awak, kamu, engkau, kalian, saudara…… 4.Orang Ketiga: ia, dia, beliau, baginda, mereka, -nya, tuanku…… Tak Tentu apa-apa, siapa-siapa, mana-mana Kata Nama Khas Hidup Tak Hidup Bukan Manusia Manusia Kata Nama Am Hidup Tak Hidup Bukan Manusia Manusia Institusi Bukan Institusi Abstrak Konkrit Berbilang Tak Berbilang Kata Ganti Nama Tak Tentu Diri Tunjuk Umum Tempat Hal Tanya Orang Pertama Ketiga Kedua
  • 3. 1.3.2 Kata Kerja • Terdiri daripada perkataan yang menjadi unsur inti bagi binaan kata kerja. • Dapat digolongkan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja aktif dan kata kerja pasif. 1.3.3 Kata Adjektif • Terdiri daripada perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. • Boleh menjadi penerang kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. • Terdiri daripada sembilan jenis berdasarkan makna dan hubungannya dengan perkataan dalam frasa. Jenis Kata Adjektif Contoh Sifatan / Keadaan baik, tenang, aman, lemah Warna merah, biru, hitam, hijau daun Ukuran tebal, besar, nipis, panjang Bentuk lonjong, cengkung, bulat, bengkok Waktu awal, lama, segera, baharu Jarak rapat, jauh, hampir, nyaris Cara sengit, deras, jelas, laju Perasaan sedih, segan, sayang, rindu Pancaindera (a) deria rasa – masin (b) deria dengar – bising (c) deria sentuh – licin (d) deria pandang – terang (e) deria bau – hangit (f) gabungan deria – nyaman 1.3.4 Kata Tugas • Golongan perkataan yang tidak dapat menjadi inti kepada binaan frasa yang menjadi predikat ayat. • Perlu hadir bersama-sama kata lain untuk mendukung fungsi tertentu. • Tidak mengalami perubahan bentuk dan tidak boleh mengalami proses morfologi serta merupakan kelas kata yang tertentu. • Terdiri daripada kelompok penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa dan pascafrasa, dan kata pascakata. Kata Kerja Aktif Aktif Tak Transitif: - tidak boleh dipasifkan Aktif Transitif: - boleh dipasifkan - mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada kata atau frasa nama Tanpa Pelengkap Berpelengkap: (i) Kata Nama (ii) Kata Adjektif (iii) Frasa Sendi Nama Berpenerang: Kata Nama Kata Kerja Pasif Penanda Pasif: (i) di-…(-kan/-i) (a) Bangkai itu ditutup dengan kertas. (b) Kami diminta untuk menghubungi talian 085771278. (c) Baju itu dibasuh oleh emak di dalam bilik mandi. (d) Dia tidak dibenarkan pergi. (e) Persembahan tarian diikuti oleh persembahan nyanyian. (ii) ber- Baju itu belum berbasuh. (iii) ter-…(-kan/-i) (a) Pintu itu masih terbuka. (b) Keindahan pantai itu tidak tergambarkan olehnya. (c) Hajatnya tidak terpenuhi oleh bapanya. (iv) ke-…-an Pelajar itu kepanasan di padang sekolah. (v) dengan perkataan kena Mereka kena tangkap oleh polis. (vi) kata ganti nama diri pertama atau kedua (a) Kuih itu sudah aku rasai. / Kuih itu sudah kurasai. (b) Baju adik belum engkau kembalikan. / Baju adik belum kaukembalikan. Golongan Kata Tugas 1. kata bantu 2. kata penguat 3. kata penegas 4. kata nafi 5. kata pemeri 6. kata sendi nama 7. kata arah 8. kata bilangan 9. kata adverba 1. kata penekan 2. kata pembenda 1. kata seru 2. kata tanya 3. kata perintah 4. kata pembenar 5. kata pangkal ayat 1. kata hubung tunggal 2. kata hubung berpasangan 3. kata hubung relatif 4. kata hubung komplemen 5. kata hubung keterangan Kata Penyambung Ayat Kata Praklausa Kata Prafrasa dan Pascafrasa Kata Pascakata
  • 4. Kata Tugas Contoh Perkataan Kata Hubung 1.Gabungan: dan, tetapi, atau, serta, sambil, lagi, justeru, maka, lantas, asalkan, melainkan, manakala, biar…jangan, baik…ataupun, makin…makin, bukan sahaja…tetapi juga…… 2.Pancangan Relatif: yang 3.Pancangan Komplemen: bahawa, untuk, agar, supaya 4.Pancangan Keterangan: kerana, lantaran, jika, sekiranya, kalau, demi, untuk, agar, supaya, semoga, kalau-kalau, dengan, apabila, ketika, sebelum, setelah, sejak, hingga, walaupun, namun, biarpun, bagai, seperti, sebagaimana, seakan-akan…… Kata Seru eh, helo, wahai, hai, amboi, wah, ha, oh, aduh, aduhai, ah, wuh, syukur, alhamdulillah, cih, cis, nah, alamak, syabas Kata Tanya mengapa, bagaimana, berapa, bila Kata Perintah tolong, minta, mohon, harap, sila, jemput, sudi, usah, jangan, tak usah, dilarang, mari, jom, ayuh, biar Kata Pembenar ya, benar, betul Kata Pangkal Kata hatta, maka, arakian, kalakian, adapun, syahdan, alkisah…… Kata Bantu 1.Aspek: sudah, telah, pernah, baru, sedang, masih, tengah, mula, akan, belum 2.Ragam: hendak, mahu, ingin, boleh, dapat, mungkin, barangkali, perlu, mesti, wajib, harus, pasti, patut, tentu, enggan Kata Penguat 1.Hadapan: agak, paling, cukup, terlalu, terlampau, makin, maha, kurang, kian 2.Belakang: sekali, benar, betul, nian 3.Bebas: sangat, sungguh, amat Kata Penegas juga, jua, pun, hanya, sahaja, lagi, memang, cuma, pula, saja, -lah, -kah, -tah Kata Nafi bukan, tidak Kata Pemeri ialah, adalah, merupakan Kata Sendi Nama di, ke, dari, daripada, kepada, pada, untuk, bagi, demi, tentang, mengenai, seperti, bagai, umpama, laksana, macam, dengan, sejak, semenjak, terhadap, akan, oleh, dalam, antara, hingga, sampai, melalui, menerusi Kata Arah dalam, depan, penjuru, tengah, atas, sudut, bucu, depan, hilir, selatan, kanan…… Kata Bilangan 1.Tentu/Kardinal: satu, dua, empat belas, dua pulu, seratus…… 2.Tak Tentu: beberapa, sebilangan, sesetengah, banya, semua…… 3.Himpunan: kelima-lima, berbulan-bulan, jutaan, ribuan…… 4.Pisahan: tiap-tiap, masing-masing, setiap 5.Pecahan: suku, setengah, sepertiga, sepuluh peratus…… 6.Tingkat/Ordinal: pertama, kedua, kesepuluh, keseribu…… Kata Adverba tadi, nanti, kemudian, lusa, acap kali, sekali gus, sempat, langsung, nyaris, kadang-kadang, sekarang, semalam, kelmarin…… Kata Pembenda lajunya, datangnya, alimnya, cantiknya…… Kata Penekan bahawasanya, sebenarnya, sesungguhnya, sememangnya…… 1.4 Proses Pembentukan Kata 1.4.1 Pengimbuhan • Bentuk kata yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan sama ada dengan awalan, akhiran, apitan, atau sisipan. (a) Jenis Imbuhan Golongan Kata Jenis Imbuhan Imbuhan Awalan Imbuhan Akhiran Imbuhan Apitan Imbuhan Sisipan Kata Nama pe- peR- peN- ke- juru- maha- tata- pra- swa- tuna- eka- dwi- tri- pasca- panca- sub- supra- poli- auto- -an -man -wati -nita -ah -isme -ik -logi pe-…-an peN-…-an peR-…-an ke-…-an -el- -er- -em- Kata Kerja beR- teR- meN- di- mempeR- dipeR- -kan -i meN-…-kan meN-…-i beR-…-kan beR-…-an di-…-kan di-…-i mempeR-…-kan - sisipan kata nama dan kata adjektif akan menjadi kata kerja apabila menerima Proses Morfologi Pengimbuhan Penggandaan Pengakroniman Pemajmukan
  • 5. mempeR-…-i ke-…-an dipeR-…-kan dipeR-…-i teR-…-kan teR-…-i imbuhan kata kerja Contoh: serak = selerak (-el-) = berselerak Kata Adjektif teR- se- pro- anti- bi- -wi -i -iah -is ke-…-an -el- -er- -em- -in- (b) Fungsi dan Makna Imbuhan (i) Imbuhan Kata Nama Bentuk Imbuhan Imbuhan Fungsi dan Makna Awalan pe- Fungsi: Membentuk kata nama dan boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Makna: 1. Nama pekerjaan (profesion). Contoh: petani (orang yang bertani) 2. Orang atau objek yang mengalami perbuatan dalam kata dasar atau keadaan. Contoh: pelatih (orang yang dilatih) peR- Fungsi: Membentuk kata nama dan boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja. Makna: 1. Alat atau tempat. Contoh: perasap (tempat membakar kemenyan) 2. Orang yang melakukan sesuatu kerja (orang yang beR-). Contoh: pertapa (orang yang bertapa) peN- Fungsi: Membentuk kata nama dan menerima kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Awalan peN- terdiri daripada 6 bentuk, iaitu pe-, pem-, pen-, peng-, penge-, dan peny-. Perubahan setiap bentuk bergantung pada huruf awal kata dasar yang diimbuhkan. Makna: 1. Orang yang melakukan sesuatu. Contoh: penulis 2. Orang yang suka atau gemar akan sesuatu. Contoh: perokok 3. Orang yang bertugas sebagai. Contoh: pensyarah 4. Alat untuk melakukan sesuatu. Contoh: penapis 5. Orang atau benda yang memiliki sifat kata dasar. Contoh: penyabar 6. Abstrak. Contoh: pendapat 7. Ukuran. Contoh: pemeluk ke- Fungsi: Membentuk kata nama dan bersifat pengubah golongan kata. Makna: 1. Orang atau benda yang dijadikan seperti yang dimaksudkan oleh kata dasar. Contoh: kekasih (orang yang dikasihi) 2. Abstrak. Contoh: kehendak juru- Fungsi: Membentuk kata nama dan bergabung dengan kata dasar daripada kata nama atau kata kerja. Makna: Membawa maksud “ahli” atau “orang yang melakukan atau mengendalikan sesuatu”. Contoh: juruacara (orang yang mengendalikan acara) maha- Makna: Membawa maksud “tahap yang paling tinggi”. Contoh: mahaguru tata- Makna: Membawa maksud “peraturan atau susunan”. Contoh: tatabahasa pra- Makna: Membawa maksud “sebelum” atau “syarat kepada sesuatu yang mengikutinya”. Contoh: prauniversiti swa- Makna: Membawa maksud “sendiri”. Contoh: swasta tuna- Makna: Membawa maksud “tiada atau tidak mempunyai”. Contoh: tunakarya (penganggur) pasca- Makna: Membawa maksud “selepas”. Contoh: pascamerdeka eka- Makna: Mendukung makna “bilangan”.
  • 6. dwi- tri- panca- eka- (satu) dwi- (dua) tri- (tiga) panca- (lima) sub- Makna: Membawa maksud “sebahagian”. Contoh: subtajuk supra- Makna: Membawa maksud “melebihi atau mengatasi”. Contoh: supranasional poli- Makna: Membawa maksud “banyak”. Contoh: polisemi auto- Makna: Membawa maksud “secara bersendirian”. Contoh: automatik Akhiran -an Fungsi: Membentuk kata nama dan bergabung dengan kata nama, kata kerja atau kata adjektif. Makna: 1. Hasil daripada perbuatan. Contoh: lukisan 2. Kawasan yang luas atau tempat. Contoh: lautan 3. Banyak atau kumpulan. Contoh: gugusan 4. Ukuran atau kiraan. Contoh: batuan 5. Alat. Contoh: kukuran 6. Tempat melakukan sesuatu. Contoh: kurungan 7. Sifat. Contoh: manisan -man -wan Makna: Merujuk “orang yang melakukan sesuatu atau yang mempunyai sifat tertentu”. Contoh: seniman, karyawan -wati -nita Makna: Membawa maksud “jantina yang merujuk kepada wanita”. Contoh: seniwati, biduanita -in -at -ah Makna: Membawa maksud “jantina”. Contoh: muslimin (lelaki), muslimat (wanita), qari (lelaki), qariah (wanita) -isme Makna: Membawa maksud “fahaman”. Contoh: nasionalisme -ik Makna: Membawa maksud “bidang kajian”. Contoh: fonemik -logi Makna: Membawa maksud “bidang ilmu”. Contoh: psikologi Apitan pe-…-an Fungsi: Menerima kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Apitan ini boleh bersifat pengekal atau pengubah golongan kata. Apitan pe-…-an tidak melibatkan apa-apa perubahan huruf pada awal kata dasar. Makna: 1. Tempat atau kawasan yang khusus. Contoh: pedalaman 2. Hal keadaan yang terkandung dalam kata dasar. Contoh: peperangan peN-…-an Fungsi: Menerima kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Apitan ini boleh bersifat pengekal atau pengubah golongan kata. Apitan peN-…-an terdiri daripada 6 bentuk, iaitu pe-…-an, pem-…-an, pen-…-an, peng-…-an, penge-…-an, dan peny-…-an. Perubahan setiap bentuk bergantung pada huruf awal kata dasar yang diimbuhkan. Makna: 1. Hal atau perbuatan dengan kata kerja transitif berawalan meN-. Contoh: pendaftaran (perbuatan mendaftar) 2. Proses daripada sesuatu perbuatan. Contoh: pengumuman (proses mengumunkan) 3. Tempat. Contoh: penginapan (tempat menginap) *Kekecualian: penglihatan dan penglibatan diterima sebagai betul. peR-…-an Fungsi: Menerima kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. Apitan ini boleh bersifat pengekal atau pengubah golongan kata. Makna: 1. Tempat. Contoh: perkuburan (tempat menanam mayat) 2. Perbuatan seperti yang dinyatakan oleh kata kerja. Contoh: perbualan (perbuatan berbual) 3. Hal yang berkaitan dengan kata dasar. Contoh: perkapalan (hal yang berkaitan dengan kapal)
  • 7. *Kekeliruan peN-…-an dengan peR-…-an Formula = peN-…-an = meN-…-(kan/i) peR-…-an = beR- ke-…-an Fungsi: Melibatkan kata nama abstrak. Boleh menerima kata dasar yang terdiri daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas serta kata terbitan. Apitan ini bersifat pengekal atau pengubah golongan kata. Makna: 1. Abstrak. Contoh: kesibukan 2. Tempat. Contoh: kementerian 3. Hal tentang sesuatu. Contoh: keagamaan (hal tentang agama) Sisipan -el- -em- -er- Fungsi: Sisipan boleh bergabung dengan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Makna: 1. Sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contoh: telunjuk 2. Hasil. Contoh: kelemumur (ii) Imbuhan Kata Kerja Bentuk Imbuhan Imbuhan Fungsi dan Makna Awalan beR- Fungsi: Membentuk kata kerja tak transitif sama ada berpelengkap atau tidak berpelengkap, membentuk kata kerja pasif (boleh diuji dengan penanda pasif di- dan lazimnya didahului oleh kata bantu). Makna: 1. Mempunyai. Contoh: beratap, beristeri, berkaki 2. Menggunakan. Contoh: berbasikal, berbedak, berkereta 3. Mengeluarkan. Contoh: bertelur, berbunyi, beranak 4. Memakai sesuatu. Contoh: berbaju, berkasut, berseluar 5. Bekerja. Contoh: berdukun, bertukang, berladang 6. Melakukan perbuatan pada diri sendiri. Contoh: bercukur, berdandan, berjemur 7. Jumlah. Contoh: berdua, berlima, berjuta 8. Kata kerja pasif seperti awalan di-. Contoh: tidak berjahit = tidak dijahit, sudah berlipat = sudah dilipat teR- Fungsi: Digabungkan dengan kata dasar yang terdiri daripada golongan kata nama dan kata kerja, membentuk kata kerja aktif transitif, aktif tak transitif, dan kata kerja pasif. Makna: 1. Perbuatan tidak sengaja. Contoh: terpijak, terbeli 2. Keadaan tersedia. Contoh: terasing (sudah diasingkan), terdapat (sudah didapati), terbukti (sudah dibuktikan) 3. Keupayaan. Contoh: terangkat (dapat diangkat), tertanggung (dapat ditanggung), tercapai (dapat dicapai) meN- Fungsi: Membentuk kata kerja aktif transitif dan aktif tak transitif, boleh digabungkan dengan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Awalan meN- terdiri daripada 6 bentuk, iaitu me-, mem-, men-, meng-, menge-, dan meny-. Perubahan setiap bentuk bergantung pada huruf awal kata dasar yang diimbuhkan. Makna: 1. Melakukan sesuatu perbuatan. Contoh: membaca, memproses, menendang 2. Menjadi. Contoh: melaut, membesar, mengembang 3. Menggunakan sebagai alat. Contoh: mengapak, menggunting, menjala 4. Menuju. Contoh: mengutara, mendarat, menyeberang 5. Mengeluarkan suara atau bunyi. Contoh: mengaduh, mengaum, mengembek 6. Menyerupai sesuatu. Contoh: membukti, membusut, mengekor
  • 8. di- Fungsi: Membentuk kata kerja pasif orang ketiga, dapat bergabung dengan kata nama dan kata kerja. Makna: Menyatakan makna perbuatan pasif yang dilakukan oleh diri orang ketiga. mempeR- Fungsi: Membentuk kata kerja aktif transitif, boleh bergabung dengan kata dasar daripada kata nama, kata adjektif, dan kata tugas. Awalan ini berfungsi sebagai pengekal dan pengubah golongan kata. Makna: 1. Menjadikan lebih atau bertambah (biasanya kata dasar ialah kata adjektif). Contoh: memperbesar (menjadikan lebih besar), memperdalam (menjadikan lebih dalam) 2. Menjadikan sebagai atau memperlakukan sebagai. Contoh: memperalat (menjadikan sebagai alat), memperhamba (menjadikan sebagai hamba) 3. Mendapat sesuatu. Contoh: memperoleh (mendapat) dipeR- Fungsi: Membentuk kata kerja pasif diri ketiga, boleh bergabung dengan kata nama, kata adjektif, dan kata tugas. Makna: 1. Dijadikan sebagai. Contoh: diperisteri, diperalat, diperkawan 2. Dijadikan lebih atau bertambah. Contoh: diperkemas, diperkukuh, diperkaya Akhiran -kan Fungsi: Membentuk kata kerja transitif, boleh menerima kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. Kata kerja yang menerima akhiran -kan membentuk ayat pasif kata ganti nama diri orang pertama dan kedua atau dalam ayat perintah. Makna: 1. Menyebabkan jadi (kausatif). Contoh: lebihkan, hapuskan, terangkan 2. Melakukan sesuatu untuk orang lain (benefektif). Contoh: buatkan, gorengkan, belikan -i Fungsi: Menbentuk kata kerja transitif, boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif atau kata tugas. Kata kerja yang menerima akhiran -i membentuk ayat pasif kata ganti nama diri orang pertama dan kedua atau dalam ayat perintah. Makna: 1. Menyebabkan jadi (kausatif). Contoh: sudahi, lupai, baiki 2. Tempat (lokatif). Contoh: duduki, jalani, ekori Apitan meN-…-kan Fungsi: Membentuk kata kerja transitif, boleh menerima kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. Apitan meN-…-kan terdiri daripada 6 bentuk, iaitu me-…-kan, mem-…- kan, men-…-kan, meng-…-kan, menge-…-kan, dan meny-…-kan. Perubahan setiap bentuk bergantung pada huruf awal kata dasar yang diimbuhkan. Makna: 1. Menjadikan objek sebagai yang dimaksudkan oleh kata dasar. Contoh: merajakan (menjadikan putera sebagai raja), mencalonkan (menjadikan seseorang sebagai calon) 2. Membuat sesuatu seperti yang terkandung dalam kata dasar. Contoh: mendirikan, merundingkan, menyandarkan 3. Menyebabkan (kausatif). Contoh: membangunkan, mengingatkan, meletakkan 4. Manfaat (benefektif) [selalunya dalam ayat 2 objek] Contoh: membelikan, membacakan, membuatkan 5. Membawa objek ke tempat yang disebut oleh kata dasar. Contoh: mengeluarkan buku (membawa buku keluar), menanyakan (bertanya kepada) **
  • 9. (i) Ada kata berapitan meN-…-kan berbentuk kata kerja tetapi berfungsi sebagai kata adjektif, seperti menyedihkan, mengagumkan, mengelirukan. (ii) Akhiran -kan pada apitan meN-…-kan dapat bertugas sebagai kata sendi akan, tentang, kepada apabila kata kerja menjadi kata kerja tak transitif. Contoh: membanggakan = bangga akan, menceritakan = bercerita tentang, menanyakan = bertanya kepada meN-…-i Fungsi: Membentuk kata kerja transitif, boleh menerima kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. Apitan meN-…-i terdiri daripada 6 bentuk, iaitu me-…-i, mem-…-i, men-…-i, meng-…-i, menge-…-i, dan meny-…-i. Perubahan setiap bentuk bergantung pada huruf awal kata dasar yang diimbuhkan. Makna: 1. Memberikan sifat kepada objek. Contoh: membasahi (memberikan sifat basah kepada), mengotori (memberikan sifat kotor kepada) 2. Melakukan perbuatan berkali-kali atau berulang-ulang. Contoh: menikami (menikam berkali-kali), mencabuti (mencabut dengan banyak) 3. Tempat (lokatif). Contoh: menduduki (duduk di sesuatu tempat), menghadiri (hadir di/pada sesuatu tempat) 4. Menuju ke sesuatu arah. Contoh: menyeberangi (menuju ke seberang), meminggiri (menuju ke pinggir) **Akhiran -i pada apitan meN-…-i dapat berfungsi untuk menggantikan kata sendi seperti akan, dengan, atas, di, ke, tentang, kepada, dan terhadap apabila kata kerja menjadi kata kerja tak transitif. Contoh: menemui = bertemu dengan mengetahui = tahu akan menguasai = berkuasa atas menempati = bertempat di mengunjungi = berkunjung ke menjangkiti = berjangkit kepada meminati = berminat terhadap beR-…-kan Fungsi: Membentuk kata kerja aktif tak transitif, bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama dan kata kerja. Apitan beR-…-kan bersifat pengekal dan pengubah golongan kata. Apitan beR-…-kan memerlukan kata nama yang berfungsi sebagai pelengkap selepasnya dan tidak boleh diikuti oleh unsur keterangan yang bermula dengan kata sendi nama. Makna: 1. Menjadikan sesuatu sebagai. Contoh: bersenjatakan pisau (menjadikan pisau sebagai senjata), berbantalkan lengan (menjadikan lengan sebagai bantal) 2. Sama makna dengan kata kerja aktif tak transitif berawalan beR- yang diikuti oleh kata sendi tentang, pada, kepada, dan dengan. Contoh: bertanyakan khabar (bertanya tentang khabar), bersenjatakan parang (bersenjata dengan parang) *Oleh sebab akhiran -kan pada kata yang berapitan beR-…-kan mewakili kata sendi nama tersebut, penggunaan kata sendi nama selepas apitan beR-…-kan adalah tidak gramatis. beR-…-an Fungsi: Membentuk kata kerja tak transitif dan dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Makna: 1. Banyak yang berlaku. Contoh: berciciran, berguguran, berterbangan 2. Jumlah yang banyak atau berulang-ulang banyaknya. Contoh: berkibaran, berkilauan *Apitan beR-…-an dengan maksud ini, kata ganda sebagai penanda jamak tidak perlu digunakan. 3. Dalam keadaan. Contoh: berasingan (dalam keadaan asing), berjauhan (dalam keadaan jauh) 4. Menyaling
  • 10. Contoh: bersalaman (saling bersalam @ bersalam-salaman), berdakapan (saling berdakap @ berdakap-dakapan) di-…-kan Fungsi: Membentuk kata kerja pasif. Makna: Membawa pengertian seperti yang terkandung dalam imbuhan di- dan -kan. di-…-i Fungsi: Membentuk kata kerja pasif. Makna: Membawa pengertian seperti yang terkandung dalam imbuhan di- dan -i. mempeR-…-kan Fungsi: Membentuk kata kerja aktif transitif, boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja. Apitan mempeR-…-kan ada hubungannya dengan kata kerja berawalan beR-. Makna: 1. Menjadikan atau menyebabkan (kausatif). Contoh: mempertemukan (menyebabkan bertemu), mempersatukan (menyebabkan bersatu) 2. Menyebabkan objek dapat diperlakukan atau dapat berlaku seperti yang dimaksudkan oleh kata dasar yang berawalan beR- atau di-. Contoh: memperdengarkan suara (menyebabkan suara dapat didengar), mempertahankan hujah (menyebabkan hujah dapat bertahan) **Perbezaan mempeR- dengan mempeR-…-kan Apitan mempeR-…-kan tidak boleh diimbuhkan pada kata dasar daripada kata adjektif yang membawa maksud “menjadikan sesuatu bersifat lebih”. Bagi kata-kata yang bukan kata adjektif, apitan mempeR-…-kan diperlukan. Namun begitu, kata mempertahankan tidak boleh menggugurkan akhiran -kan kerana kata ‘mempertahan’ tidak membawa maksud “menjadi lebih tahan”. mempeR-…-i Fungsi: Membentuk kata kerja aktif transitif, boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja. Makna: 1. Memperoleh. Contoh: memperhiasi (menjadikan objek memperoleh hias), mempersenjatai (menjadikan objek memperoleh senjata) 2. Akhiran -i pada kata yang berapitan mempeR-…-i dapat menggantikan kata sendi seperti akan, kepada, dan tentang yang menyertai kata kerja tak transitif. Contoh: memperingati (ingat akan), memperhambai (berhamba kepada), mempelajari (belajar tentang) ke-…-an Fungsi: Membentuk kata kerja pasif, dapat bergabung dengan kata dasar daripada kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Makna: 1. Ditimpa akibat atau rasa sesuatu. Contoh: keracunan (ditimpa akibat racun), kejatuhan (ditimpa akibat jatuh) 2. Kena. Contoh: kemalangan (kena malang), kehujanan (kena hujan) 3. Dapat di-. Contoh: kelihatan (dapat dilihat), kedengaran (dapat didengar) *Perbezaan apitan ke-…-an sebagai apitan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. 1. Apitan ke-…-an sebagai kata kerja dapat bertukar ganti dengan awalan di- atau kena. Contoh: Kami ketinggalan bas. = Kami ditinggalkan/kena tinggal oleh bas. 2. Apitan ke-…-an sebagai kata nama mendukung makna “tempat” dan “hal”. Contoh: kedutaan = tempat duta, kerakyatan = hal tentang rakyat 3. Apitan ke-…-an yang membentuk kata adjektif, kebanyakannya diimbuhkan pada kata nama dengan membawa pengertian “sifat” dan biasanya dapat didahului oleh kata “agak”. Contoh: agak kebaratan (bersifat barat), agak kejantanan (bersifat jantan) dipeR-…-kan Fungsi: Membentuk kata kerja pasif diri orang ketiga, boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja. Makna:
  • 11. 1. Objek dijadikan seperti kata dasar. Contoh: diperhambakan (dijadikan seseorang sebagai hamba), dipercabangkan (dijadikan bercabang) 2. Dijadikan berlaku seperti maksud kata dasar. Contoh: dipertemukan (dijadikan bertemu), dipertautkan (dijadikan bertaut) 3. Menyebabkan sesuatu dilakukan oleh orang lain. Contoh: diperlihatkan (menyebabkan sesuatu dilihat oleh orang lain), diperdengarkan (menyebabkan sesuatu didengar oleh orang lain) dipeR-…-i Fungsi: Membentuk kata kerja pasif kata ganti orang ketiga. Makna: 1. Dijadikan. Contoh: diperhambai, diperkebuni, dipersenjatai 2. Berbuat. Contoh: dipelajari, diperingati teR-…-kan teR-…-i Fungsi: Membentuk kata kerja pasif dan selalunya didahului oleh kata nafi “tak” atau “tidak”. Makna: Membawa pengertian dapat di-…-kan dan dapat di-…-i dengan maksud yang dikandung oleh kata dasar. Sisipan -el- -em- -er- Fungsi: Sebenarnya tiada sisipan kata kerja tetapi kata nama dan kata adjektif akan menjadi kata kerja apabila melalui proses pengimbuhan. Makna: Mempunyai sifat yang terdapat dalam kata dasar. Contoh: -er- + sabut (KN) = serabut (KA); berserabut (KK) -el- + kupas (KK) = kelupas (KN); berkelupas (KK) -em- + kilau (KA) = kemilau (KA); berkemilau (KK) (iii) Imbuhan Kata Adjektif Bentuk Imbuhan Imbuhan Fungsi dan Makna Awalan teR- Fungsi: Membentuk kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar yang sememangnya terdiri daripada kata adjektif dan berfungsi sebagai pengekal golongan kata. Makna: Membawa maksud “paling”, iaitu digunakan dalam perbandingan yang menunjukkan tingkat kepalingan. Contoh: teR- + masyhur = paling masyhur teR- + istimewa = paling istimewa se- Fungsi: Membentuk kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar yang sememangnya kata adjektif dan berfungsi sebagai pengekal golongan kata. Makna: Awalan se- mempunyai pengertian yang menunjukkan maksud sama. Contoh: se- + banyak = sama banyak se- + jujur = sama jujur pro- Fungsi: Awalan pinjaman daripada bahasa Inggeris. Berfungsi menerbitkan kata adjektif. Makna: Membawa pengertian “bersetuju, memihak atau menyebelahi sesuatu pihak”. Contoh: prokerajaan = memihak kepada kerajaan prokomunis = memihak kepada komunis anti- Fungsi: Awalan pinjaman daripada bahasa Inggeris. Berfungsi sebagai kata adjektif. Makna: Membawa pengertian “menentang, melawan atau membantah”. Contoh: antikerajaan = menentang kerajaan antisosial = menentang aktiviti sosial bi- Fungsi: Awalan pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi, membentuk kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar. Makna: Membawa pengertian “tidak”. Contoh: bilazim = tidak lazim biadab = tidak ada / tiada adab binormal = tidak normal Akhiran -wi -i -iah -is Fungsi: Menerbitkan kata adjektif tetapi penggunaan akhiran -wi dan -i ditentukan oleh huruf akhir kata dasar yang menerima akhiran. Jika kata dasar itu berakhir dengan vokal, maka akhiran -wi digunakan. Jika kata dasar berakhir dengan konsonan, maka akhiran -i digunakan. Makna: Membawa pengertian “sifat atau ciri seperti maksud yang terkandung dalam kata dasar”.
  • 12. Contoh: duniawi, romawi, manusiawi, abadi, insani, jahiliah, alamiah, fonologis, geografis Apitan ke-…-an Fungsi: Membentuk kata adjektif, boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama dan kata adjektif. Makna: Menunjukkan “suatu keadaan atau sifat kata nama yang terkandung pada kata dasar”. Contoh: kekampungan, kepahlawanan, kecinaan Sisipan -el- -em- -er- -in- Fungsi: Membentuk kata adjektif yang menerangkan sifat kata nama, bersifat pengekal dan pengubah golongan kata. Makna: Membawa “sifat yang dinyatakan oleh kata dasar” dan selalunya menjadi penerang kepada kata nama. Contoh: -el- + serak (KA) = selerak (KA) -er- + sabut (KN) = serabut (KA) -em- + guruh (KN) = gemuruh (KA) -in- + sambung (KK) = sinambung (KA) 1.4.2 Penggandaan • Penggandaan merupakan proses kata yang terhasil melalui pengulangan kata dasar. • Pengulangan berlaku sama ada secara keseluruhan atau bahagian-bahagian tertentu. (a) Jenis Penggandaan Golongan Kata Jenis Penggandaan Penggandaan Penuh Penggandaan Separa Penggandaan Berentak Penggandaan Semu Kata Nama (i) Penggandaan Penuh Kata Nama Tunggal Contoh: rumah-rumah (ii) Penggandaan Penuh Kata Nama Terbitan Contoh: pelatih-pelatih (iii) Penggandaan (i) Kata Dasar Contoh: laki = lelaki (ii) Kata Terbitan Contoh: buah-buahan (i) Pengulangan Vokal Contoh: sayur-mayur (ii) Pengulangan Konsonan Contoh: gunung- ganang (iii) Bebas Contoh: anak-pinak labi-labi kanak-kanak labah-labah anai-anai kisi-kisi Kata Nama Majmuk Contoh: kapal-kapal terbang Kata Kerja (i) Kata Dasar Contoh: duduk-duduk batuk-batuk muntah- muntah (ii) Kata Ganda Penuh boleh menerima apitan Contoh: mengulang- ulangi ditonjol- tonjolkan (i) Kata Kerja Berawalan Contoh: bermain- main (ii) Kata Kerja Berakhiran Contoh: doa-doakan (i) Pengulangan Vokal Contoh: gotong- royong (ii) Pengulangan Konsonan Contoh: mundar- mandir (iii) Bebas Contoh: ulang-alik - Kata Adjektif (i) Kata Dasar Contoh: laju-laju hitam-hitam (ii) Penggandaan Penuh Kata Adjektif dapat menerima imbuhan apitan ke-…- an Contoh: kemerah- merahan kemalu- maluan (i) Kata Adjektif Berawalan Contoh: setinggi- tinggi seluas-luas (ii) Kata Adjektif Berakhiran Contoh: besar- besaran kecil-kecilan (i) Pengulangan Vokal Contoh: hiruk-pikuk karut-marut (ii) Pengulangan Konsonan Contoh: kucar-kacir kontang- kanting (iii) Bebas Contoh: gelap-gelita kusut-masai - (b) Fungsi dan Makna Penggandaan
  • 13. Golongan Kata Fungsi dan Makna Penggandaan Kata Nama Fungsi: Menerbitkan kata nama, hanya penggandaan penuh boleh berlaku pada semua kata nama. Makna: 1) Jamak / Banyak Contoh: akar-akar, cucu-cicit, bebawang, saudara-mara 2) Kepelbagaian Jenis Contoh: sayur-mayur, lauk-pauk, kuih-muih, anak-pinak 3) Kesamaan / Keserupaan Contoh: jari-jemari, orang-orang, sesiku, lelangit 4) Tak Tentu Contoh: apa-apa, mana-mana, bila-bila, siapa-siapa 5) Nama Haiwan Contoh: kura-kura, rama-rama, labi-labi, kupu-kupu Kata Kerja Fungsi: Menerbitkan kata kerja, boleh mengubah dan mengekalkan golongan kata. Makna: 1) Perbuatan Berulang-ulang Contoh: berputar-putar, bercakap-cakap, tergelak-gelak 2) Saling Berbalasan Contoh: bersalam-salaman, bantu-membantu, berkirim- kiriman 3) Perbuatan Berpanjangan Contoh: mengata-ngata, berangan-angan, tersengih-sengih 4) Perbuatan Bersungguh-sungguh Contoh: memporak-perandakan, bertungkus-lumus Kata Adjektif Fungsi: Menerbitkan kata adjektif, berfungsi sebagai pengekal atau pengubah golongan kata. Makna: 1) Sifat Jamak Contoh: baik-baik, malu-malu, tinggi-tinggi 2) Menyerupai Sifat yang Terkandung dalam Kata Dasar Contoh: kebiru-biruan, kebudak-budakan, kecil-kecilan 3) Kesangatan Contoh: gilang-gemilang, segar-bugar, gelap-gelita 1.4.3 Pemajmukan • Merupakan proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih. • Bentuk kata yang terhasil membawa makna tertentu. Jenis Kata Majmuk Golongan Kata Majmuk Jenis Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas Istilah Khusus Maksud Kiasan Kata Nama Majmuk sapu tangan Menteri Besar telefon dail terus garis pusat anak emas duit kopi Kata Kerja Majmuk kemas kini terima kasih - gulung tikar makan angin Kata Adjektif Majmuk merah hati gemuk air - panjang tangan besar kepala 1.4.4 Pengakroniman Jenis Akronim Jenis Akronim Contoh Cantuman huruf awal • Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) • Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Cantuman suku kata awal • Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) • Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) Cantuman huruf dan suku kata • Majlis Amanah Rakyat (MARA) • Pertubuhan Kemajuan Islam Malaysai (PERKIM) Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya • hala tuju (halaju) • pukul rata (purata) • jentera tolak (jentolak) Cantuman bahagian- bahagian kata sesedap bunyi • Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) • Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON)