SlideShare a Scribd company logo
EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
Tajuk 1 – Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia
1.1 Definisi: Budaya :-
• cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu
• Budhi(Sanskrit)-kecergasan fikiran dan akal
• Daya(Melayu)-kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh.
• Nik Safiah Hj Abdul Karim : tenaga, fikiran, usaha
rohani atau kuasa menggerakkan jiwa.
• Kamus Dewan, 2005 : Kemajuan fikiran, akal budi
(cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya.
Merupakan satu cara hidup yg diamalkan oleh
kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial,
susunan organisasi ekonomi, politik, agama,
kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
• Mohd Taib Osman, 1988 : Satu himpunan
kelengkapan intelektual dan kebendaan yg dpt
memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan
serta dpt menyesuaikannya dgn keadaan sekeliling
• Dr segi bahasa-Budaya ialah Cara hidup
• Istilah : Satu cara hidup orang ramai termasuk
pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat
berfikir
• Apa jua aktiviti yang terdapat dalam persekitaran
:Kesenian, Sains, Barangan, Kepercayaan, Makanan,
Nilai, Pakaian, Sikap, Pertuturan bahasa, Gaya hidup,
Persepsi, Tulisan
1.2 Unsur-unsur kebudayaan
• Peralatan dan kelengkapan
• Sistem ekonomi
• Sistem kemasyarakatan
• Bahasa
• Kesenian
• Pengetahuan
• Agama
• Kerajaan
1.3 Pembahagian Budaya
• Budaya kebendaan :
– Peralatan dan kelengkapan hidup
– Apa yang diperlukan dalam kehidupan
– Berbeza mengikut bangsa
– Contoh : rumah, kereta, pakaian, makanan,
teknologi
• Budaya bukan kebendaan :
– Kepercayaan
– Adat istiadat
– Undang-undang
1.4 Peranan Pembentukan Budaya
• Membina imej negara ke arah mewujudkan
keperibadian serta identiti yang melibatkan unsur
– Norma : peraturan sosial yang khusus
yang menetapkan perangai yang sesuai
– Nilai : idea-idea yang perlu, betul dan
baik yang dikongi bersama
– Simbol : mewakili objek, subjek dan
makna
– Bahasa : sistem sosial berstruktur
berdasarkan corak berbunyi yang
mempunyai makna khusus
– Pemupukan kesedaran kebangsaan dan
kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian,
kemanusiaan, spiritual dan mental.
1.5 Ciri-ciri Budaya
• Dipelajari
• Dikongsi
• Bersifat sejagat
• Diwarisi
• Berubah-ubah
• Mempunyai unsur simbolik
• Mempunyai pandangan semesta
• Diwarisi dari generasi ke generasi
• Berlaku perubahan tetapi tidak ketara
• Berlaku dalam keadaan sosialisasi
• Mempunyai kuasa moral yang menimbulkan
kesefahaman dalam masyarakat (normatif)
1.5 Kategori Pola Budaya
• Wajib-tiada pilihan perlu patuh kpd pola yg sedia ada.
• Preferred-lebih digemari iaitu ada beberapa pilihan
ttp satu dpdnya lebih digemari.
• Tipikal-tiada satu pun yg digemari ttp satu dpdnya
lebih kerap dilakukan.
• Alternatif-ada beberapa cara melakukannya tanpa ada
sesuatu yg digemari.
• Terhad-cara melaksanakan sesuatu itu dibenarkan ttp
utk org2 tertentu shj.
1.6 Kelompok-dua individu atau lebih, berinteraksi, saling
bergantung dan bergabung utk mencapai sasaran tertentu
a. Klasifikasi:
Kelompok Tugas: bersama2 menyelesaikan sesuatu
tugas/kerja.
Kelompok Kepentingan-individu yg bekerjaama utk
mencapai sasaran khusus yg diperhatikan
Kelompok Persahabatan-yg ditetapkan secara bersama-
sama kerana memiliki satu atau lebih sifat yg sama.
b. Tujuan
i. Keamanan – berasa lebih kuat, rtidak ragu2,
lebih menentang pd halangan.
ii. Status – diri boleh dipandang penting jika
mengambil bhg dlm setiap aktiviti klompok.
iii. Harga diri – perasaan dihargai oleh anggota
klompok.
iv. Afilisasi – dpt memenuhi keperluan social,
menikmati interaksi terus-menerus.
v. Kekuatan – memperolehi kekuatan dlm
anggota klompok melalui kerjasama.
vi. Pencapaian tujuan – berkepentingan
bersama, berpengetahuan atau kekuatan
utk mencapai sesuatu pekerjaan.
1.7 Demografi Def: Kajian saintifik dan statistikal tentang
fertiliti (kelahiran), mortaliti (kematian), perkahwinan serta
migrasi dan bagaimana komponen ini berubah mengikut
masa serta mempengaruhi saiz dan taburan kependudukan
manusia.
1.8 Demografi Kelompok di Malaysia
• Terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama
• Kaum Melayu merupakan etnik terbesar (orang yang
berbudaya Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu dan
beragama Islam)
• Bumiputera dianggap kaum asal Malaysia, yang
merangkumi pelbagai kaum (Melayu, Dayak, Iban, Kadazan,
Kadazan Dusun)
• Terdiri daripada pelbagai bangsa dan kelompok:
– Melayu (54%)
– Cina (25%)
– India (7%)
– Asli
– Sikh
– Etnik di Sabah dan Sarawak (melebihi separuh
populasi di negeri tersebut)
• Homo-Sapiens-jenis-jenis Ras - :
i. Caucasoid : bibir nipis, kulit putih, mata
besar, rambut lurus, tinggi, hidung mancung.
ii. Negroid : kaki kurus, rambut kerinting,
mata besar, bibir tebal, kulit hitam, tinggi
iii. Mongolod : hidung kurang ,mancung, badan
kecil, kulit berwarna, mata agak kecil, rambut
lurus @ kerinting
iv. Austroloid : kulit kelabu, rambut kerinting,
hidung besar, mata besar
v. American Indian: hidung sederhana, kulit merah,
bentuk muka bersegi, rambut lurus, mata besar
1.9 Perpaduan dan Integrasi
a. Perpaduan:
menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap
anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.
b. Integrasi:
mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan
terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah
unit politik. Unsur integrasi terdiri daripada-integrasi wilayah,
ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan, politik
c. Segregasi:
pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik
dengan kumpulan etnik yg lain dlm sesebuah negara.
d. Akomodasi: penyesuaian ant etnik
Switzerland ialah Negara yg mempunyai hubungan etnik
bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali
saling membuat penyesuaian antara mereka.
e. Akulturasi:
penerimaan unsur kebudayaan dlm kalangan individu atau
kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yg berbeza.
f. Asimilasi:
percantuman dan penyatuan ant kumpulan etnik berlainan
budaya sehingga membentuk satu kelompok dgn kebudayaan
dan identiti yg sama. Kejayaan asimilasi bergantung kpd
kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan
menerima identiti kumpulan etnik majoriti.
g. Amalgamasi:
budaya atau ras bercampur utk membentuk jenis budaya dan
ras baru. Cara utama ialah melalui perkahwinan campur.
h. Pluraliti: Masyarakat Majmuk
Pluralisme budaya bukan fenomena baru. Interaksi ant pelbagai
budaya seperti Arab Islam, Hinduisme, Buddhisme, Eropah
(Portugis, Belanda, British) wujud sejak abad ke- 5 Masihi lagi.
Tajuk 2 – Kesedaran Kepelbagaian Sosio-Budaya
2.1 Bangsa –
• Bermaksud kumpulan manusia yg sama asal usulnya
serta serupa sifat-sifatnya.
• Ia juga boleh ditakrifkan sebagai perkataan lain bagi
kaum.
i. Melayu
 Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972
sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia,
Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar.
 Menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya
merujuk kepada seseorang yg berketurunan Melayu yang
menganut agama Islam. Dengan kata yg lain, bukan semua
orang yg berketurunan dpd nenek moyang Melayu adalah
orang Melayu.
 Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama bangsa atau
bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari
segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu
Melaka. Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17
bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa
semakin digunakan secara meluas.
ii. Cina
 Orang Cina Malaysia ialah yg menjadi warganegara atau
penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah
keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia
sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di
Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina"
dalam semua bahasa.
 Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yg
amat ketara bezanya dengan kaum lain serta jarang
berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab
agama dan budaya. Ini adalah kerana kebanyakan orang
Melayu beragama Islam. Di bawah undang-undang
Malaysia, perkahwinan sedemikian memerlukan pihak
bukan beragama Islam untuk memeluk agama
pasangannya. Kebanyakan orang Cina Malaysia
menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik,
budaya dan politik.
iii. India
 Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yg
berketurunan dpd mereka yg berhijrah dari India semasa
pemerintahan British di Tanah Melayu.
 Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000
tahun yg lalu. Kumpulan ini merupakan keturunan
penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya
semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan
Belanda.
 Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum
terdiri terutamanya daripada orang lelaki yang
meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh
itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka, bilangan
penduduk India naik turun dengan kerap. Pada tahun 2005,
orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah
penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).
2.2 Struktur Masyarakat/Kelas Sosial
a. Etnik- satu kelompok yg boleh di kaji hubungan
persaudaraan mereka. eg: Melayu, Cina, India, dll
b. Sub Etnik – eg: Jawa, Minang, Bugis, Banjar, dll
c. Etnisiti – rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik
d. Etnosenterisme – sikap atau kepercayaan bhw
kebudayaan sendiri lebih baik dpd kebudayaan
kelompok lain.
e. Rasisme – pandangan, pemikiran, kepercayaan negatif
sesuatu kelompok terhadap kelompok lain melihat
perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras.
f. Prajudis – pandangan negatif terhadap kelompok
etnik lain yg tersemat dlm hati.
g. Stereotaip – kenyataan umum yg negatif terhdap
sesuatu kump etnik
h. Masyarakat – komuniti yg saling bergantung ant
golongan yg wujud bersama.
i. Masyarakat majmuk – kaum yg hidup bercampur ttp
mempunyai kehidupan yg berasingan.
i. Ciri-ciri Masyarakat
a. hidup berkelompok
b. mempunyai budaya
c. sering mengalami perubahan
d. saling berinteraksi dgn dalaman dan luaran
e. berkepimpinan
f. berperaturan social – susun lapis, kelas, status, kasta
ii. Kelas Masyarakat Tradisional
a. Sultan : kelas hierarki tertinggi
b. Bangsawan : terdiri dpd kaum keluarga diraja
c. Pembesar : pembesar negeri / daerah
d. Rakyat : golongan diperintah
iii. Kelas Masyarakat Sekarang
a. Golongan memerintah
b. golongan yg diperintah
2.3 Kepercayaan
• Bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu
perkara. Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas
sesuatu pekara itu akan disertai oleh perasaan 'pasti' atau
kepastian terhadap pekara yang berkenaan.
• Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud
suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap
berkedudukan-memihak (propositional attitude).
• Dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah
sebahagian daripada batu asas pembangunan moral.
Dalam konteks ini, kepercayaan dikenali sebagai Akidah
ataupun Iman.
i. Agama
i. Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada
Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti
seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang
berkait dengan kepercayaan tersebut.
ii. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang
sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna
yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem
kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini
adalah mengenai aspek ketuhanan.
iii. Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan
melalui fenomena seperti yang berikut:
a. Perlakuan- seperti sembahyang, membuat sajian,
perayaan dan upacara.
b. Sikap- seperti sikap hormat, kasih ataupun takut
kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan
bersih terhadap agama.
c. Pernyataan- seperti jambi,mantera dan kalimat
suci.
d. Benda-benda material- yang zahir seperti
bangunan. Contohnya masjid, gereja, azimat dan
tangkal
ii. Animismi
i. kepercayaan kepada makhluk halus dan roh,
merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula
muncul dikalangan manusia primitif purba kala.
ii. mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini,
(seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau batu
besar), mempunyai semangat yang mesti dihormati
agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia,
malah membantu mereka dari semangat dan roh
jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka.
Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama,
antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan
penunggu.
iii. Semangat Padi
i. Kepercayaan semangat padi ini merupakan satu
kepercayaan kuno yang diwarisi dari zaman animisme,
kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai
semangat yang mengawalnya.
ii. Kepercayaan ini terdapat meluas dikalangan
kebudayaan yang menanam padi secara turun
temurun dan tidak terhad kepada orang-orang Melayu
sahaja.
iii. Kepercayaan ini kian terhakis akibat daripada
pendalaman akidah Islam dan juga perkembangan
teknologi. Pada masa kini, kepercayaan terhadap
semangat padi semakin pudar dan hanya diamalkan
oleh golongan tua sahaja.
iv. Pantang Larang
 tunjuk ajar dan nasihat kpd anak cucu yg masih
mentah dlm kehidupan harian.
 tujuan utk mendidik.
 disampaikan dgn cara halus.
v. Mentera
i. Mentera diambil daripada perkataan sanskrit
"mantra" atau "manir" yang merujuk kepada kata-
kata dalam kitab suci penganut Hindu, Veda.
ii. Dalam masyarakat Melayu, dikenali sebagai jampi,
serapah, atau seru – sejenis pengucapan yang
berentak puisi yang mengandungi unsur sihir dan
bertujuan bagi menpengaruhi atau mengawal sesuatu
perkara untuk memenuhi kenginan penuturnya.
iii. Mentera dianggap mempunyai kuasa ghaib yang luar-
biasa yang membolehkan pembacanya mengawal
seseorang atau alam semulajadi.
2.4 Bahasa
 sistem komunikasi yg menggunakan bunyi, simbol dgn
pengertian yg digunakan dgn sewenanag-wenang.
 alat menyalurkan idea.
 satu set simbol2, aturcara2 yg disusun dgn sistem
komunikasi yg kompleks – Cole(1998).
 Linguistik-kajian ttg bunyi, sintaksis-bentuk
pertuturan, tulisan-bentuk huruf.
i. Perubahan Bahasa
1. kerana penyesuaian dlm organisasi sosial.
2. kerana pertembungan masyarakat dan budaya.
3. penjajahan
4. peperangan
5. perpindahan
6. perubahan populasi
7. kelas sosial
8. etnik
9. umur
10. seks
11. pekerjaan
12. penemuan baru(kaedah, benda-benda, peralatan)
13. pendidikan
14. penghijrahan
15. agama
16. status ekonomi
2.5 Adat Resam
 caran yg telah ditentukan utk melakukan sesuatu yg
telah diakui oleh masyarakat.
 amalan yg piawai-kelaziman yg diharapkan dpd
anggota masyarakat.
 ‘isbat’ kpd pelaku samada positif atau negatif.
 diwarisi turun-temurun.
i. Adat Resam Melayu
1. mellenggang perut-amalan utk wanita yg telah genap
tujuh bln hamil.
2. Meminang dan bertunang-utk mengenali pasangan
dgn lebih mendalam sebelum nikah.
3. Kematian-mengadakan kenduri aruah utk sedekah
kpd si mati.
4. Bersunat-utk lelaki dan perempuan persediaan utk
menempuh alam remaja.
5. Cukur jambul-cukur jambul bayi yg baru lahir.
ii. Adat Resam Cina
 kelahiran-mengandung dijaga oleh ibu mertua.
Mementingkan anak lelaki. nama bayi terdiri dpd 3
perkataan, nama keluarga, nama segenerasi, nama
sendiri.
 Kenduri selepas kelahiran-kuih khas berbentuk bulat
berwarna merah kuning, berinti kacang, tau su dan
telur diberikan kepada saudara-mara.
 Cukur rambut-pengiktirafan org baru ke dlm
masyarakat mereka.
iii. Adat Resam India
a. Sewakktu mengandung-
i. (Valaikaappu) dilakukan ketika mengandung
sulung menjangkau usia 7-9 bln.
ii. Dipakaikan gelang tangan baru (Suulkaappu).
Suul-kandungan ibu, kaappu-perlindungan.
iii. Tujuan utk beri nama kpd bayi yg akan lahir.
b. Semasa bersalin-
i. Membisikkan nama tuham-Gayatti Mantiram ke
telinga bayi.
ii. Upacara potong tali pusat,
menyapu madu pd lidah bayi utk kecantikan.
c. Selepas bersalin
i. Membawa bayi pulang ke rumah
ii. Mandi selepas bersalin
iii. Mendodoi bayi
iv. Memberi nama
2.6 Jantina
i. mempengaruhi iklim di dlm bilik darjah
ii. lelaki lebih keras dan agresif
iii. perempuan bersopan dan berhemah, cepat matang
iv. percampuran beri peluang murid bergaul dgn lebih
tertib, btanggungjawab.
v. menghormati perbezaan yg wujud
vi. meluaskan lgi ruang persefahaman dan toleransi.
Tajuk 3 – Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya
3.1. Guru
 Bangsa- tidak mengajar mengikut kelompok
 Kelas sosial- tidak mengajar mengikut kelas
sosial
 Kepercayaan-tidak menyentuh aspek2 agama
 Bahasa-jurang bahasa dialek
 Jantina-layanan berbeza antara jantina
3.2. Murid
 Bangsa-bersosial dalam kelompok
 Kelas sosial-golongan atasan dan bawahan
 Kepercayaan-sosialisasi mengikut agama
 Bahasa-kelompok dialek
 Jantina-interaksi antara jantina
3.3. Sekolah
 Bangsa-sekolah jenis cina dan india.
 Kelas sosial- sekolah bandar dan luar bandar
 Kepercayaan-sekolah agama
 Bahasa-bahasa rasmi dan bahasa penghantar
sekolah
 Jantina-sekolah kekaki dan sekolah perempuan.
3.4 Kurikulum Tersirat
 Bangsa-mererapkan nilai budaya
masyarakat.
 Kelas sosial-pergaulan tidak mengikut jurang
sosial.
 Kepercayaan-tidak menekankan hanya
kepada agama islam
 Bahasa-menghormati bahasa ibuda dan
dialek
 Jantina-tahu batasan pergaulan.
Tajuk 4 – Ketaksamaan Peluang Pendidikan
4.1. Kelas Sosial
A. Kamus Dewan edisi 3-Ketidaksamaan perihal
(sifat,keadaan) tidak sama ant gambaran dan hakikat.
B. Rohan Melghan(1986), kelas sosial menggambarkan
perbezaan cara hidup atau pendapatan di dlm sesuatu
bangsa yg sama.
C. Karl Marx – adalah kategori individu yg mempunyai
hubungan yg sama terhadap pengeluaran spt sistem
pengagihan dan pertukaran.
D. Lima kelas sosial yg boleh dibezakan:
a. golongan atasan,-org kaya, ahli2 korporat.
b. pertengahan atasan,-berpendidikan tinggi,
profesional, berjawatan dlm sesuatu organisasi.
c. pertengahan bawahan,-berkelulusan sekolah
menengah, sijil, diploma.
d. pekerja-pekerja kolar biru, berpendidikan PMR-
SPM.bekerja dgn kemahiran.
e. bawah.-berkelulusan amat rendah @ tiada
berpendidikan formal.
Faktor2nya
Ekonomi, kesihatan, pengaruh rakan sebaya, struktur
keluarga, sekolah dan guru.
4.2. Jantina
i. Wujud status berbeza, cita-cita, perlakuan dan ciri2 yg
sesuai utk lelaki dan wanita.
ii. Zaman tradisional-fungsi wanita terhad sbg pembantu
suami.
iii. Zaman penjajah-peluang pengajian diutamakan utk
golongan lelaki shj.
iv. Amalan patriarki(sistem masyarakat yg sebahagian
besar kekuasaannya dipegang oleh kaum
lelaki.)budaya lelaki sbg ketua dan dominasi ke atas
wanita dan kanak-kanak.
v. Sistem meritokrasi(sistem sosial yg menyanjung tinggi
kedudukan seseorang kerana kebolehannya)pemilihan
berdasarkan pencapaian akademik.
vi. Kecenderungan pemilihan kursus di institusi pengajian
tinggi.
4.3. Kumpulan Minoriti – Asli, Indigenous, Masyarakat
Pendalaman
a. Sesuatu kump etnik dlm sesebuah masyarakat
yg mempunyai jumlah ahli yg kecil.
b. Faktor geografi mempengaruhi budaya
sesebuah kump itu eg: kaum asli, kadazan,
murud dan masyarakat pribumi.
c. Menerima pendidikan tidak formal shj melalui
keturunan.
d. Faktor2nya:
i. kurang kemudahan dan
infrastruktur,prasarana kurang
lengkap(letrik, air, jalan)
ii. Kurangnya guru pakar yang
berpengalaman dalam satu-satu bidang.-
P&P tidak menarik, murid tak minat belajar.
Guru tak pandai guna bahasa pribumi-
murid tak faham.
iii. system pend belum menyentuh system
belajar mereka(asli).
iv. kekurangan akses dan pendedahan dr
dunia luar
v. sukar menerima perubahan/pembaharuan
dlm cara hidup seharian
vi. tidak memperjuangkan hak2 mereka
vii. tidak mendapat perhatian dr masyarakat
luar
viii. seisi keluarga terlibat sbg tenaga kerja.
ix. berpegang teguh kpd budaya hidup
tradisional.
e. Kesannya-kump minoriti akan jdi mundur dlm
bidang pend.
f. wujud jurang ant jenis sekolah, kaum, jantina,
taraf ekonomi dan tahap kupayaan murid.
4.4. Murid Berkeperluan Khas
a) Dr.Chua Tee Tee (1982)-satu program
pendidikan yg dirancang khas utk kanak2
istimewa, luar biasa dr segi intelek, jasmani,
sosial @ emosi.
b) Dua kategori murid berkeperluan khas a)
masalah, b) masalah khusus.
c) Mereka menghadapi masalah menyesuaikan diri
di sekolah biasa.
d) Kanak2 pintar cerdas, yg mempunyai mental
jauh lebih tinggi dpd rakan sebaya-sistem pend
sedia ada tidak dpt memberi manfaat kpdnya.
e) Menimbulkan komflik dlm hidup, bermasalah
sesio-emosi
f) 7 kategori kanak2 istimewa:
i. Kerencetan mentel
ii. Bermasalah pembelajaran
iii. Kecelaruan tingkah laku
iv. Cacat pendengaran dan bermasalah
komunikasi
v. Cacat penglihatan
vi. Cacat fizikal
vii. Pintar-cerdas dan berbakat istimewa
4.5. Dasar Dan Matlamat
A. Dasar KPM adalah utk merapatkan jurang pendidikan
antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap
keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk
memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai
peluang dan keupayaan yg sama utk cemerlang
termasuklah daripada SK dan SJK. KPM telah
mengenalpasti jurang pendidikan yg perlu dirapatkan
supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan,
iaitu :
i. Jurang Bandar Dan Luar Bandar
ketidaksamarataan daripada segi penyediaan
infrastruktur dan penempatan guru terutama di
Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli
dan sekolah di pedalaman.
ii. Jurang Digital
merupakan perbezaan daripada segi akses
kepada kemudahan ICT antara lokasi dan
penguasaan kemahiran ICT dikalangan guru.
iii. Jurang Antara Tahap Pencapaian Pelajar
merujuk kepada kesulitan menguasai 3M,
kegagalan mencapai standard minimum dan
pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada sistem
pendidikan.
iv. Jurang Antara Pelajar Normal Dan Bekeperluan
Khas
merujuk kepada perbezaan penyediaan pelbagai
kemudahan yang sesuai untuk menyokong
proses p&p pelajar bekeperluan khas
termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas
dan berbakat.
v. Jurang Sosioekonomi
merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap
kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan
kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam
bandar.
B. Kekurangan Kemudahan Asas
 767 sekolah rendah dan 28 sekolah menengah
belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam.
 Janakuasa yang ada berkuasa rendah dan tidak
cukup utk menampung penggunaan ICT di
sekolah
 Sukar mendapatkan bekalan diesel terutama
sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman.
 Cabaran KPM adalah untuk membekalkan
janakuasa yang berkuasa tinggi iaitu 30-35KVa,
menyediakan mekanisme penyelenggaraan
janakuasa dan pembekalan diesel agar sekolah-
sekolah ini dapat memanfaatkan penggunaan ICT
sepenuhnya untuk p&p.
o 1517 sekolah rendah dan 68 sekolah menengah
tiada bekalan air.
o Bagi sekolah-sekolah tersebut, bekalan air
disediakan melalui kaedah bekalan air graviti,
penuaian hujan (rain harvesting) dan telaga tiub
(tube well).
o Bekalan air graviti menggunakan air dari sungai
atau air terjun manakala penuaian hujan pula
menggunakan air tadahan hujan.
C. Sekolah Kurang Murid
 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah
yang dikategorikan sebagai SKM,(kurang 150
orang).
 Hampir 90 % SKM - keadaan daif dan - masalah
kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru
terlatih.
 Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian
dengan keperluan SKM seperti ketiadaan
perjawatan guru pemulihan.
 Penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana
kebanyakannya berada jauh dipedalaman.
 Jumlah murid yang terlalu kecil - SKM amalkan
pengajaran kelas bercantum (multigrade
teaching)mengajar sebuah kelas yang terdiri
daripada pelbagai tahun persekolahan.
D. Cabaran KPM
 memastikan agar infrastruktur, perkakasan,
perisian dan latihan yang mencukupi diberi
kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar.
 program pembestarian sekolah, semua sekolah
luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal
kompute, bilik komputer dan perkakasan yang
mencukupi.
 Sekolah-sekolah akan dirangkaikan dengan akses
jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian
sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat
akses akan dibina.
E. Bantuan Dan Program Sokongan
KPM memperuntukkanlebih daripada RM 1.0 bilion
setiap keluarga miskin dan golongan kurang upaya
melalui program berikut :
a) Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
b) Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM)
c) Bantuan Makanan Asrama.
d) Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid
e) Jaket Keselamatan
f) Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya
g) Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
h) Skim Baucer Tuisyen (SBT)
i) Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kleas
Persediaan Universiti (BKPU)
j) Asrama Harian
Tajuk 5 - Konsep dan Tujuan Pengurusan Persekitaran Fizikal
Bilik Darjah
mewujudkan satu suasana serta iklim pemb yang kondusif dgn
mengambil kira keunikan perspektif dr pelbagai latar belakang
budaya dan sosial.
5.1 Kriteria-kriteria Fizikal Umum Persekitaran Bilik Darjah yg
Mesra Budaya
A. Aspek Fizikal
 Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid
dan boleh diubah suai mengikut keperluan aktiviti.
 Mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang
baik.
 Mengecat dinding dengan warna - warni yang ceria
dan lembut.
 Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang
dan lembut.
 Melukis mural diswekitar kelas.
 Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran
dan pemadam api.
B. Sudut2 Pembelajaran
 Sudut aktiviti yg dpt membantu perkembangan
intelek murid seperti sudut boneka, kognitif,
kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya.
 Sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah
pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer,
televisyen dan multimedia.
5.2 Kriteria-kriteria Fizikal Spesifik
A. Aspek Fizikal
i. Menyusun atur tempat duduk spy terdapat
kesamarataan taburan di ant murid-murid dari
pelbagai kump etnik.
ii. Aktiviti mengecat dan melukis mural. Tema lukisan
mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta
kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini.
Libatkan semua murid berlainan etnik membantu
guru.
iii. Ruang untuk bekerja-penting untuk memupuk nilai
kerjasama dan tolong-menolong ant murid dari
pelbagai latarbelakng dan budaya. Tugasan yg di
berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini;
B. Sudut2 Pembelajaran
i. Selain sudut-sudut biasa, wujudkan sudut baru seperi
sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik.
Sediakan pelbagai - aktivti multimedia atau interaktif
di setiap sudut pemb tersebut utk menarik minat
murid.
ii. Wujudkan sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut-
sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa
pentingnya perpaduan ant kaum-kaum
iii. Menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan
adalah terdiri dari buku, risalah yg mengandungi
informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan
etnik.
iv. Sudut pemb elektronik adalah penting; di mana murid
dari pelabagi latar belakang etnik dapat menggunakan
perisian “software” yang di sediakan oleh guru seperti
aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat
melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Dapat
memupuk, menghayati nilai-nilai spt bekerjasama,
tolong menolong serta toleransi.
5.3 Peranan guru sebagai ‘Physical Enviroment Designer’.
A. Sebelum P&P
 Perlu mengetahui latar belakang murid terlebih
dahulu
 Perlu faham dengan mendalam perasaan setiap murid
 Mengkikis pra sangka
 Perlu mengetahui latar belakang kebudayaan, agama
dan adat setiap murid dengan mendalam.
 Pemilihan tajuk pembelajaran yang berkaitan
kepelbagaian budaya
Eg : Perayaan di Malaysia, Permainan Tradisional
 Penerapan budaya nilai-nilai murni dalam objektif
pembelajaran (afektif)
 Penghasilan bahan bantu mengajar yang mampu
melibatkan keseluruhan pelajar
 Memastikan bilik darjah dalam keadaan yang baik dan
selesa sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan
B. Semasa P&P
 Pemilihan kaedah dan teknik pengajaran yang
melibatkan interaksi yang aktif dalam bilik darjah
Eg : Sodiodrama, Main peranan
 Menggalakkan aktiviti berkumpulan yang terdiri
daripada pelbagai budaya
 Tidak memilih kasih, berat sebelah dan sentiasa
bersikap adil kepada semua pelajar tanpa mengira
latar belakang pelajar
 Memberi pujian dan galakan kepada pelajar yang baik
dan aktif dalam kelas
 Tidak memburuk-buruk dan merendah-rendahkan
pelajar terutama sekali di hadapan pelajar lain
 Tidak menyentuh isu-isu sensitif yang mampu
mengguris perasaan mana-mana pihak
 Menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung
kepada pelajar di samping penekanan kepada aspek
akademik
 Menekankan kepentingan perpaduan, bertolak ansur
dan bekerjasama dalam mengekalkan keamanan dan
kesejahteraan
 Menggalakkan murid bertanya dan bersoal jawab
serta mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi
 Melaksanakan aktiviti yang memerlukan pelajar
berinteraksi dengan aktif antara satu sama lain
 Guru menjadi role-model yang terbaik untuk dijadikan
teladan kepada pelajar
 Pelaksanaan peraturan yang dapat membentuk
peribadi pelajar
 Melaksanakan tindakan yang sewajarnya kepada
pelajar yang melakukan kesalahan dengan setimpal.
5.4 Pengurusan Sosio Emosi
5.4.1 Implikasi positif
i. Membangkitkan dan mengekalkan minat
ii. Kuasa dalaman yg mengawal minat dan
tingkahlaku
iii. Meneruskan aktiviti dlm pemb.
iv. Penglibatan murid dlm setiap akt bertambah.
v. Disenangi kawan
vi. Menerima demokrasi
vii. Suka berjenaka
viii. Boleh menganggung konflik yg berlaku
ix. Membangkitkan naluri ingin tahu
x. Semangat kerjasama
xi. Memahami emosi rakan sebaya
xii. Menerima rakan-rakan yg berbeza
5.4.2 Implikasi negatif
i. Berada dlm kebimbangan
ii. Perubahan emosi-perubahan sikap
iii. Putus asa
iv. Prestasi terjejas
v. Tersisih
vi. Sangkaan yg salah kpd rakan
5.4.3 Peranan Guru
a) Berikan pujian dan galakan kpd murid yg
mengambil bhg.
b) Ganjaran pelbagai bentuk-hadiah, token dll
c) Denda yg tidak menjejaskan emosi
d) Hubungan baik ant guru dan murid
e) Pastikan hubungan baik juga ant rakan sekelas
f) Beri peluang bersosial
g) Banyakkan peng berpusatkan murid
h) Bila rasa letih, malas, bosan, motivasi menurun,-
adakan masa rehat, aktiviti kinestatik eg: muzik,
puitis, teater.
5.5 Hubungan Antara Kelompok Etnik
5.5.1 Pengenalan
 Malaysia mempunyai lebih daripada 24 juta
penduduk dalam tahun 2005.
 Rakyat di negara kita terdiri daripada lebih 200
kumpulan etnik.
 Antara kumpulan terbesarnya ialah melayu, cina,
india, kadazan-dusun, banjar, iban dan lain-lain
lagi.
 Dengan jumlah kumpulan etnik yang seramai ini
di negara kita, ia sentiasa menjadi agenda utama
dalam pengurusan masyarakat di negara ini.
 Terdapat dua perkara utama yang perlu diteliti
dan terbukti menjadi asas kepada pembinaan
hubungan kaum di Malaysia iaitu politik dan
pendidikan.
5.5.2 Masalah Yang Melibatkan Hubungan Kaum/Etnik
I. Permusuhan kaum
II. Suka berada dlm kelompok masing2.
III. Pemberian Kuota
IV. Tidak menerima kontrak sosial
5.5.3 Langkah-langkah Memupuk Perhubungan Ant Kaum
i. Beri kesedaran ttg pentingnya hub. etnik
ii. Pecahkan kelompok besar kpd kecil
iii. Guru jgn bersikap pilih kasih
iv. Gubal semula matapelajaran sejarah
v. Guna pendekatan mikro
vi. Galakan belajar bahasa lain selain BM dan BI
vii. Pupuk semangat kekitaan selalui pelbagai
aktiviti
Tajuk 6 – Kemahiran Komunikasi Guru
6.1 Pengenalan - Topik ini mengandungi aspek-aspek:
a) Gaya kepemimpinan autokratik, demokratik dan
laissez faire dalam komunikasi bilik darjah.
 Koontz(1990)- Kepimpinan ditakrif sebagai
kebolehan untuk menggunakan pengaruh
interpersonal melalui komunikasi untuk
mencapai matlamat.
 Guru sebagai pemimpin perlu mempunyai
keberkesanan komunikasi dan kecekapan dalam
hubungan sesama manusia.
 Guru sebagai pemimpin berwawasan mempunyai
ciri-ciri seperti yang berikut:
a. Sentiasa memikirkan perubahan
b. Seorang pemikir yang berkesan
c. Menjadi pemimpin yang proaktif
 Terdapat TIGA jenis gaya kepimpinan iaitu:
i. Autokratik
o Guru akan menetapkan semua keputusan.
o Guru tidak berkongsi kuasa dengan sesiapa di
dalam kelasnya.
o Interaksi antara guru dengan pelajar adalah
sehala. Pelajar agak pasif dan banyak mendengar
sahaja.
o Pemimpin bercorak kekerasan. Pelajar yang
berani sahaja aktif. Pelajar berkemungkinan.
o Gaya kepimpinan ini tidak mengajar pelajar
bersikap berdikari. Pelajar mungkin menarik diri
daripada mengikuti kegiatan-kegiatan yang di
rancangkan.
ii. Demokratik
 Menganggap semua individu di dalam kelasnya
sebagai satu komuniti. Setiap pelajar diterima
dengan hati yang terbuka.
 Murid tidak berasa diri terkongkong. Namun,
kuasa guru tetap ada.
 Guru bertindak sebagai fasilitator.
 Guru akan melayan pelajarnya secara sama rata.
 Keputusan akan dibuat secara perundingan atau
mesyuarat.
 Aspek hubungan dengan pelajar dijaga, mengelak
tingkah laku dan pandangan yang negatif.
 Sahsiah guru seimbang, baik, sentiasa mengawal
emosi dan menjaga hati pelajar.
 Suasana pembelajaran adalah harmonis, guru
dihormati dan disegani mewujudkan
pembelajaran yang berkesan.
iii. Laissez Faire
 Guru memberi hak kebebasan sepenuhnya
kepada pelajar.
 Guru tidak berusaha menentukan cara
bagaimana pelajar patut belajar, apa yang patut
difahami dan sebanyak mana perlu dipelajari.
 Murid akan berada di dalam suasana terumbang-
ambing, serba salah dan kadar pembelajaran
adalah rendah.
 Interaksi di antara guru dan pelajar amat kurang
tetapi interaksi pelajar dengan pelajar amat
kerap berlaku kerana guru membiarkan
pelajarnya berbuat sesuka hati.
 Guru kurang memberi bimbingan dan bersikap
tidak acuh dalam pengajaran.
 Corak kepimpinan ini sesuai untuk pelajar
dewasa yang boleh menentukan hala tuju dan
matlamat yang ingin dicapai (Meyers, Rust &
Wayne, 2001.
b) Aktiviti berstruktur dan tidak berstruktur yang dapat
membantu guru.
Berstruktur
i. Aktiviti berfokus pada guru.
ii. Dilakukan dengan cara memberi penerangan atau
demonstrasi kepada semua pelajar sebagai satu
kumpulan besar.
iii. Pelajar sebagai penerima ilmu yang pasif.
iv. Peranan alat bantuan mengajar, serta
v. Huraian tentang cara meningkatkan minat serta
merangsang kreativiti pelajar.
Tidak Berstruktur
Setiap pelajar digalakkan mengembangkan potensi kendiri.
Setiap bilik darjah adalah unik kerana guru dan pelajar
bersifat kreatif dalam menyusun peralatan dan perkakasan
di dalamnya.
Bilik darjah bersifat fleksibel kerana perkakasan boleh
diubah mengikut keperluan.
6.2 Bahan Bantu Belajar
Dibahagikan kepada tiga bahagian.
Mempermudah penyampaian isi kandungan.
– Isi kandungan boleh disampaikan dengan
lebih mudah dengan bantuan peralatan dan
teknik yang sesuai seperti power point,
arahan komputer, video, poster, gambar,
muzik, lagu, lakonan, pergerakan atau
animasi.
Memotivasi dan menarik perhatian pelajar.
– Dengan penggunaan perkakasan seperti di
atas, perkaitan di antara isi pengajaran dan
nilai dapat dikaitkan dengan pengalaman
sebenar pelajar. Lantas ia mencetus
motivasi dalaman dan menarik perhatian
pelajar.
Merangsang aktiviti
– Dalam merancang pelajaran, aspek
melibatkan deria atau Multiple Intelligence
(MI) sangat perlu ditekankan.
– Dengan perancangan yang betul, guru dapat
menyediakan pengajaran dan aktiviti pada
tahap berbeza mengikut pencapaian pelajar.
– Kreativiti pelajar boleh ditingkatkan dengan
cara membenarkan mereka merangka dan
melakukan aktiviti yang disukai.
– Para pelajar amat digalakkan diberi peluang
membuat pilihan dalam aktiviti dan
penilaian.
– Guru dapat membantu murid lebih
bertanggungjawab dalam pembelajaran
mereka sendiri.
6.2 Rumusan
Guru perlu mahir dalam aspek perhubungan manusia
dan individu.
Guru demokratik dapat kerjasama daripada murid.
Walaupun guru tidak dapat lari daripada merancang
aktiviti secara berstruktur, ia boleh diatasi dengan
menggunakan pelbagai kaedah dan peralatan
Guru perlu membuat perancangan aktiviti dengan
seimbang agar pelajar berasa seronok semasa
melakukan aktiviti serta dapat manfaatkan isi
pengajaran.
Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan aktiviti
untuk menarik minat pelajar dalam pembelajaran
mereka.
Tajuk 7 – Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran Yang
Mesra Budaya
7.1 Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Masyarakat
Orang Asli Di Pinggir Bandar
7.1.1 Perancangan pelan ini dibuat bersama oleh JHEOA dan
Bahagian Perancangan dan Penyelarasan, Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
Objektif bertujuan : Menyediakan program/aktiviti khusus dan
keperluan peruntukan di kawasan pinggir
7.1.2 Kumpulan sasar program
terdiri dari 4 kumpulan iaitu :
1. Peringkat Pra Sekolah (5-6 tahun)
 Tujuan pendidikan Pra Sekolah adalah untuk
menyediakan asa kukuh yang sebelum pendidikan
formal. Ia bagi membolehkan kanak-kanak berumur
5+ tahun memperoleh pendidikan awalan yang kukuh
dan kemahiran-kemahiran lain sebagai persediaan
untuk ke sekolah rendah.
2. Peringkat Rendah (7-12 tahun)
Tujuan pendidikan peringkat rendah adalah untuk
menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran 3M
iaitu Membaca, Menulis dan Mengira; kemahiran
berfikir, konsep asas sains, seni dan rekreasi dan
penerapan nilai-nilai murni tegasnya program pra-
sekolah dan renah adalah asas kepada pembangunan
dan pengembangan domain kognitif, afektif dan selari
dengan hasrat falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3. Peringkat Menengah (13-18 tahun)
Pendidikan Menengah merupakan program
pendidikan yang komprehensif dan berkualiti kepada
warganegara Malaysia yang berumur antara 12+
tahun hingga 17+ tahun. Pada peringkat ini penekanan
diberi kepada kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif dengan memberi fokus kepada pendidikan
umum pada tahun 7 dan 8 persekolahan supaya setiap
pelajar mendapat pendedahan kepada pelbagai
bidang ilmu.
4. Peringkat Tercicir
Tumpuan akan diberi kepada belia dan beliawanis
yang tercicir dari sistem persekolahan dan juga ibu
bapa yang tidak pernah bersekolah supaya mereka
sedar akan pentingnya pendidikan. Latihan-latihan
kemahiran yang bersesuaian dengan minat serta
kebolehan mereka akan diperkenalkan supaya mereka
dapat memasuki pasaran tenaga buruh dan peluang-
peluang pekerjaan.
5. Kumpulan Dewasa
 Kumpulan dewasa ini boleh dipecahkan kepada
dua kategori iaitu :
 Wanita
 Bagi kategori ini program-program seperti
Penggerak Wanita Orang Asli, Program
Kesejahteraan Keluarga, Latihan-Latihan
Kemahiran dan Keusahawanan akan
dilaksanakan.
 Semua peringkat
 Bagi kategori ini, latihan-latihan kemahiran,
keusahawanan, pembangunan minda,
keagamaan dan kerohanian serta pendidikan
literasi fungsian dilaksanakan. Disamping itu,
program celik huruf akan dipertingkatkan kepada
golongan dewasa yang buta huruf.
7.1.3 Pelaksanaan Pelan Tindakan.
akan dijalankan oleh pelbagai agensi Kerajaan, Badan
Bukan Kerajaan (NGO), Juruperunding, Swasta dan para
akademik.
Dalam melaksanakan pelan ini;
 Agensi Kerajaan akan banyak terlibat dengan
program/projek yang berbentuk penyediaan
kemudahan prasarana pendidikan;
 NGO pula penglibatan mereka lebih tertumpu kepada
program/projek perubahan minda;
 Pihak Juru Perunding akan dilibatkan dengan
program/projek kajian-kajian seperti kajian penilaian
semula pelan dan kajian program/projek yang
dilaksanakan secara ‘outsourcing’.
Keperluan Peruntukan.
 Dalam tempoh pelaksanaan pelan ini, peruntukan
sebanyak RM6,171,000.00 diperlukan bagi
melaksanakan pelbagai program/projek.
Cabaran.
Pencapaian dan kejayaan pelan ini bergantung kepada beberapa
faktor berikut :
 Komitmen yang tinggi daripada pegawai-pegawai
JHEOA dan agensi pelaksana;
 Penerimaan dan penglibatan aktif masayarakat Orang
Asli;
 Penyediaan peruntukan yang mencukupi;
 Kerjsama yang erat dan mantap dikalangan
Kementerian, Agensi-Agensi Kerajaan, Badan Bukan
Kerajaan (NGO), Swasta dan Juruperunding.
Skim Bantuan Galakan Pendidikan JHEOA
 disediakan bagi membantu pelajar Orang Asli
diperingkat Sekolah Rendah, Menengah dan Institusi
Pengajian Tinggi Awam Tempatan.
 Bantuan ini diberikan bagi membantu meringankan
beban masyarakat Orang Asli dalam membiayai
persekolahan dan pengajian anak-anak mereka.
Jenis-Jenis Bantuan:
A:Sekolah Rendah dan Menengah.
Yuran Persekolahan.
 Kokurikulum
 Kertas ujian bulanan
 Sukan tahunan sekolah
 Kegiatan pendidikan islam/pendidikan moral
 MSSM
Bantuan Persekolahan
 Buku tulis dan buku kerja
 Alat tulis
 Pakaian seragam sekolah
 Barang keperluan diri (untuk pelajar tinggal di
asrama), seperti ubat gigi, sabun mandi, sabun
pencuci, kapur kasut, tuala mandi).
 Tambang pengangkutan ke sekolah.
 Bantuan makan murid sekolah pedalaman (sekolah
rendah).

More Related Content

What's hot

Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiranNana Samat
 
Pedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazaliPedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazali
FATINATUL HUSNA
 
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
amalinajohari94
 
Pengurusan Sumber Digital Dalam P&P
Pengurusan Sumber Digital Dalam P&PPengurusan Sumber Digital Dalam P&P
Pengurusan Sumber Digital Dalam P&PFadzliaton Zainudin
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
AishahSal
 
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
Ieta Sa'ad
 
RPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCI
RPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCIRPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCI
RPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCIEzah Arif
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
SALWANIERAZLI
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
sahronzulkepli
 
Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...
Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...
Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...
FaFai S.
 
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahPembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Che' Wan Azhar Shariffudin
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
artyschatz
 
Kriteria fizikal bilik darjah yang mesra budaya
Kriteria fizikal bilik darjah yang mesra budayaKriteria fizikal bilik darjah yang mesra budaya
Kriteria fizikal bilik darjah yang mesra budaya
Permata_An-Nur
 
Rancangan pengajaran harian model assure
Rancangan pengajaran harian model assure Rancangan pengajaran harian model assure
Rancangan pengajaran harian model assure
sharifah mu'minah
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridIzzat Najmi
 
Sekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang MuridSekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang MuridVince Here
 
Pedagogi antik.pdf
Pedagogi antik.pdfPedagogi antik.pdf
Pedagogi antik.pdf
PDPPPSV1022Nurkhairu
 

What's hot (20)

Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiran
 
Pedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazaliPedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazali
 
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
 
Pengurusan Sumber Digital Dalam P&P
Pengurusan Sumber Digital Dalam P&PPengurusan Sumber Digital Dalam P&P
Pengurusan Sumber Digital Dalam P&P
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
 
RPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCI
RPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCIRPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCI
RPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCI
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...
Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...
Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...
 
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahPembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
 
Kriteria fizikal bilik darjah yang mesra budaya
Kriteria fizikal bilik darjah yang mesra budayaKriteria fizikal bilik darjah yang mesra budaya
Kriteria fizikal bilik darjah yang mesra budaya
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Rancangan pengajaran harian model assure
Rancangan pengajaran harian model assure Rancangan pengajaran harian model assure
Rancangan pengajaran harian model assure
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
 
Sekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang MuridSekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang Murid
 
Pedagogi antik.pdf
Pedagogi antik.pdfPedagogi antik.pdf
Pedagogi antik.pdf
 
Tunjuk cara moral fizah
Tunjuk cara moral fizahTunjuk cara moral fizah
Tunjuk cara moral fizah
 

Similar to Nota edu budaya

Nota ringkas budaya
Nota ringkas budayaNota ringkas budaya
Nota ringkas budaya
Syafiqah Mohamed Noor
 
Bab 2 kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Bab 2 kesedaran kepelbagaian sosiobudayaBab 2 kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Bab 2 kesedaran kepelbagaian sosiobudayaCikgu Ana
 
1a budaya&pembelajaran (2)
1a budaya&pembelajaran (2)1a budaya&pembelajaran (2)
1a budaya&pembelajaran (2)
Sopna Sopnah
 
1a budaya&pembelajaran (2)
1a budaya&pembelajaran (2)1a budaya&pembelajaran (2)
1a budaya&pembelajaran (2)
Sopna Sopnah
 
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnikBab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
Dhani Ahmad
 
vdocuments.mx_edup3073-budaya-dan-pembelajaran.pdf
vdocuments.mx_edup3073-budaya-dan-pembelajaran.pdfvdocuments.mx_edup3073-budaya-dan-pembelajaran.pdf
vdocuments.mx_edup3073-budaya-dan-pembelajaran.pdf
AlHadmie1
 
EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranEDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Mohd Suhaimin Isnen
 
Topik 2 potret hubungan etnik
Topik 2 potret hubungan etnikTopik 2 potret hubungan etnik
Topik 2 potret hubungan etnikDatoknye
 
M2 konsep asa hub.etnik
M2    konsep asa hub.etnikM2    konsep asa hub.etnik
M2 konsep asa hub.etnik
aishah solehah
 
Edu hj mahat
Edu hj mahatEdu hj mahat
Edu hj mahat
Izzuwan Isa
 
Bab 2 -konsep budaya)
Bab 2 -konsep budaya)Bab 2 -konsep budaya)
Bab 2 -konsep budaya)
Sharifah Atiqah Al-Habsyi
 
Bab 2 -konsep budaya)
Bab 2 -konsep budaya)Bab 2 -konsep budaya)
Bab 2 -konsep budaya)
Sharifah Atiqah Al-Habsyi
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
sitiaishahmohamad
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2  potret hubungan etnikBab 2  potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnik
INSTAQLIM
 
Hubungan etnik bab 8 agama_dan_hubungan_etnik
Hubungan etnik bab 8 agama_dan_hubungan_etnikHubungan etnik bab 8 agama_dan_hubungan_etnik
Hubungan etnik bab 8 agama_dan_hubungan_etnik
Asraf Rahmat
 
Topik 2 kepelbagaian kelompok
Topik 2 kepelbagaian kelompokTopik 2 kepelbagaian kelompok
Topik 2 kepelbagaian kelompokFadhlie Prinusas
 
masyarakat multikultural di Indonesia
masyarakat multikultural di Indonesiamasyarakat multikultural di Indonesia
masyarakat multikultural di Indonesia
asyaffa
 

Similar to Nota edu budaya (20)

Nota ringkas budaya
Nota ringkas budayaNota ringkas budaya
Nota ringkas budaya
 
Bab 2 kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Bab 2 kesedaran kepelbagaian sosiobudayaBab 2 kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Bab 2 kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
1a budaya&pembelajaran (2)
1a budaya&pembelajaran (2)1a budaya&pembelajaran (2)
1a budaya&pembelajaran (2)
 
1a budaya&pembelajaran (2)
1a budaya&pembelajaran (2)1a budaya&pembelajaran (2)
1a budaya&pembelajaran (2)
 
Konsep konsep he
Konsep konsep heKonsep konsep he
Konsep konsep he
 
Konsep masyarakat
Konsep masyarakatKonsep masyarakat
Konsep masyarakat
 
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnikBab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
 
vdocuments.mx_edup3073-budaya-dan-pembelajaran.pdf
vdocuments.mx_edup3073-budaya-dan-pembelajaran.pdfvdocuments.mx_edup3073-budaya-dan-pembelajaran.pdf
vdocuments.mx_edup3073-budaya-dan-pembelajaran.pdf
 
EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranEDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
 
Topik 2 potret hubungan etnik
Topik 2 potret hubungan etnikTopik 2 potret hubungan etnik
Topik 2 potret hubungan etnik
 
M2 konsep asa hub.etnik
M2    konsep asa hub.etnikM2    konsep asa hub.etnik
M2 konsep asa hub.etnik
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Edu hj mahat
Edu hj mahatEdu hj mahat
Edu hj mahat
 
Bab 2 -konsep budaya)
Bab 2 -konsep budaya)Bab 2 -konsep budaya)
Bab 2 -konsep budaya)
 
Bab 2 -konsep budaya)
Bab 2 -konsep budaya)Bab 2 -konsep budaya)
Bab 2 -konsep budaya)
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2  potret hubungan etnikBab 2  potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnik
 
Hubungan etnik bab 8 agama_dan_hubungan_etnik
Hubungan etnik bab 8 agama_dan_hubungan_etnikHubungan etnik bab 8 agama_dan_hubungan_etnik
Hubungan etnik bab 8 agama_dan_hubungan_etnik
 
Topik 2 kepelbagaian kelompok
Topik 2 kepelbagaian kelompokTopik 2 kepelbagaian kelompok
Topik 2 kepelbagaian kelompok
 
masyarakat multikultural di Indonesia
masyarakat multikultural di Indonesiamasyarakat multikultural di Indonesia
masyarakat multikultural di Indonesia
 

More from Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Pensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Pensil Dan Pemadam
 

More from Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

Nota edu budaya

  • 1. EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Tajuk 1 – Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia 1.1 Definisi: Budaya :- • cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu • Budhi(Sanskrit)-kecergasan fikiran dan akal • Daya(Melayu)-kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. • Nik Safiah Hj Abdul Karim : tenaga, fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa. • Kamus Dewan, 2005 : Kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Merupakan satu cara hidup yg diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. • Mohd Taib Osman, 1988 : Satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yg dpt memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dpt menyesuaikannya dgn keadaan sekeliling • Dr segi bahasa-Budaya ialah Cara hidup • Istilah : Satu cara hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir • Apa jua aktiviti yang terdapat dalam persekitaran :Kesenian, Sains, Barangan, Kepercayaan, Makanan, Nilai, Pakaian, Sikap, Pertuturan bahasa, Gaya hidup, Persepsi, Tulisan 1.2 Unsur-unsur kebudayaan • Peralatan dan kelengkapan • Sistem ekonomi • Sistem kemasyarakatan • Bahasa • Kesenian • Pengetahuan • Agama • Kerajaan 1.3 Pembahagian Budaya • Budaya kebendaan : – Peralatan dan kelengkapan hidup – Apa yang diperlukan dalam kehidupan – Berbeza mengikut bangsa – Contoh : rumah, kereta, pakaian, makanan, teknologi • Budaya bukan kebendaan : – Kepercayaan – Adat istiadat – Undang-undang 1.4 Peranan Pembentukan Budaya • Membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti yang melibatkan unsur – Norma : peraturan sosial yang khusus yang menetapkan perangai yang sesuai – Nilai : idea-idea yang perlu, betul dan baik yang dikongi bersama – Simbol : mewakili objek, subjek dan makna – Bahasa : sistem sosial berstruktur berdasarkan corak berbunyi yang mempunyai makna khusus – Pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. 1.5 Ciri-ciri Budaya • Dipelajari • Dikongsi • Bersifat sejagat • Diwarisi • Berubah-ubah • Mempunyai unsur simbolik • Mempunyai pandangan semesta • Diwarisi dari generasi ke generasi • Berlaku perubahan tetapi tidak ketara • Berlaku dalam keadaan sosialisasi • Mempunyai kuasa moral yang menimbulkan kesefahaman dalam masyarakat (normatif) 1.5 Kategori Pola Budaya • Wajib-tiada pilihan perlu patuh kpd pola yg sedia ada. • Preferred-lebih digemari iaitu ada beberapa pilihan ttp satu dpdnya lebih digemari. • Tipikal-tiada satu pun yg digemari ttp satu dpdnya lebih kerap dilakukan. • Alternatif-ada beberapa cara melakukannya tanpa ada sesuatu yg digemari. • Terhad-cara melaksanakan sesuatu itu dibenarkan ttp utk org2 tertentu shj. 1.6 Kelompok-dua individu atau lebih, berinteraksi, saling bergantung dan bergabung utk mencapai sasaran tertentu a. Klasifikasi: Kelompok Tugas: bersama2 menyelesaikan sesuatu tugas/kerja. Kelompok Kepentingan-individu yg bekerjaama utk mencapai sasaran khusus yg diperhatikan Kelompok Persahabatan-yg ditetapkan secara bersama- sama kerana memiliki satu atau lebih sifat yg sama. b. Tujuan i. Keamanan – berasa lebih kuat, rtidak ragu2, lebih menentang pd halangan. ii. Status – diri boleh dipandang penting jika mengambil bhg dlm setiap aktiviti klompok. iii. Harga diri – perasaan dihargai oleh anggota klompok. iv. Afilisasi – dpt memenuhi keperluan social, menikmati interaksi terus-menerus. v. Kekuatan – memperolehi kekuatan dlm anggota klompok melalui kerjasama. vi. Pencapaian tujuan – berkepentingan bersama, berpengetahuan atau kekuatan utk mencapai sesuatu pekerjaan. 1.7 Demografi Def: Kajian saintifik dan statistikal tentang fertiliti (kelahiran), mortaliti (kematian), perkahwinan serta migrasi dan bagaimana komponen ini berubah mengikut masa serta mempengaruhi saiz dan taburan kependudukan manusia. 1.8 Demografi Kelompok di Malaysia • Terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama • Kaum Melayu merupakan etnik terbesar (orang yang berbudaya Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu dan beragama Islam) • Bumiputera dianggap kaum asal Malaysia, yang merangkumi pelbagai kaum (Melayu, Dayak, Iban, Kadazan, Kadazan Dusun) • Terdiri daripada pelbagai bangsa dan kelompok: – Melayu (54%) – Cina (25%) – India (7%) – Asli – Sikh – Etnik di Sabah dan Sarawak (melebihi separuh populasi di negeri tersebut) • Homo-Sapiens-jenis-jenis Ras - : i. Caucasoid : bibir nipis, kulit putih, mata besar, rambut lurus, tinggi, hidung mancung. ii. Negroid : kaki kurus, rambut kerinting, mata besar, bibir tebal, kulit hitam, tinggi iii. Mongolod : hidung kurang ,mancung, badan kecil, kulit berwarna, mata agak kecil, rambut lurus @ kerinting iv. Austroloid : kulit kelabu, rambut kerinting, hidung besar, mata besar v. American Indian: hidung sederhana, kulit merah, bentuk muka bersegi, rambut lurus, mata besar
  • 2. 1.9 Perpaduan dan Integrasi a. Perpaduan: menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. b. Integrasi: mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Unsur integrasi terdiri daripada-integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan, politik c. Segregasi: pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yg lain dlm sesebuah negara. d. Akomodasi: penyesuaian ant etnik Switzerland ialah Negara yg mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka. e. Akulturasi: penerimaan unsur kebudayaan dlm kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yg berbeza. f. Asimilasi: percantuman dan penyatuan ant kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dgn kebudayaan dan identiti yg sama. Kejayaan asimilasi bergantung kpd kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti. g. Amalgamasi: budaya atau ras bercampur utk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama ialah melalui perkahwinan campur. h. Pluraliti: Masyarakat Majmuk Pluralisme budaya bukan fenomena baru. Interaksi ant pelbagai budaya seperti Arab Islam, Hinduisme, Buddhisme, Eropah (Portugis, Belanda, British) wujud sejak abad ke- 5 Masihi lagi. Tajuk 2 – Kesedaran Kepelbagaian Sosio-Budaya 2.1 Bangsa – • Bermaksud kumpulan manusia yg sama asal usulnya serta serupa sifat-sifatnya. • Ia juga boleh ditakrifkan sebagai perkataan lain bagi kaum. i. Melayu  Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar.  Menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yg berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yg lain, bukan semua orang yg berketurunan dpd nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.  Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka. Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. ii. Cina  Orang Cina Malaysia ialah yg menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa.  Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yg amat ketara bezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama dan budaya. Ini adalah kerana kebanyakan orang Melayu beragama Islam. Di bawah undang-undang Malaysia, perkahwinan sedemikian memerlukan pihak bukan beragama Islam untuk memeluk agama pasangannya. Kebanyakan orang Cina Malaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik, budaya dan politik. iii. India  Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yg berketurunan dpd mereka yg berhijrah dari India semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.  Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yg lalu. Kumpulan ini merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda.  Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum terdiri terutamanya daripada orang lelaki yang meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka, bilangan penduduk India naik turun dengan kerap. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta). 2.2 Struktur Masyarakat/Kelas Sosial a. Etnik- satu kelompok yg boleh di kaji hubungan persaudaraan mereka. eg: Melayu, Cina, India, dll b. Sub Etnik – eg: Jawa, Minang, Bugis, Banjar, dll c. Etnisiti – rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik d. Etnosenterisme – sikap atau kepercayaan bhw kebudayaan sendiri lebih baik dpd kebudayaan kelompok lain. e. Rasisme – pandangan, pemikiran, kepercayaan negatif sesuatu kelompok terhadap kelompok lain melihat perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras. f. Prajudis – pandangan negatif terhadap kelompok etnik lain yg tersemat dlm hati. g. Stereotaip – kenyataan umum yg negatif terhdap sesuatu kump etnik h. Masyarakat – komuniti yg saling bergantung ant golongan yg wujud bersama. i. Masyarakat majmuk – kaum yg hidup bercampur ttp mempunyai kehidupan yg berasingan. i. Ciri-ciri Masyarakat a. hidup berkelompok b. mempunyai budaya c. sering mengalami perubahan d. saling berinteraksi dgn dalaman dan luaran e. berkepimpinan f. berperaturan social – susun lapis, kelas, status, kasta ii. Kelas Masyarakat Tradisional a. Sultan : kelas hierarki tertinggi b. Bangsawan : terdiri dpd kaum keluarga diraja c. Pembesar : pembesar negeri / daerah d. Rakyat : golongan diperintah iii. Kelas Masyarakat Sekarang a. Golongan memerintah b. golongan yg diperintah 2.3 Kepercayaan • Bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu pekara itu akan disertai oleh perasaan 'pasti' atau kepastian terhadap pekara yang berkenaan. • Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude). • Dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Dalam konteks ini, kepercayaan dikenali sebagai Akidah ataupun Iman. i. Agama i. Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut.
  • 3. ii. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan. iii. Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut: a. Perlakuan- seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara. b. Sikap- seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama. c. Pernyataan- seperti jambi,mantera dan kalimat suci. d. Benda-benda material- yang zahir seperti bangunan. Contohnya masjid, gereja, azimat dan tangkal ii. Animismi i. kepercayaan kepada makhluk halus dan roh, merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dikalangan manusia primitif purba kala. ii. mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, (seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau batu besar), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu. iii. Semangat Padi i. Kepercayaan semangat padi ini merupakan satu kepercayaan kuno yang diwarisi dari zaman animisme, kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat yang mengawalnya. ii. Kepercayaan ini terdapat meluas dikalangan kebudayaan yang menanam padi secara turun temurun dan tidak terhad kepada orang-orang Melayu sahaja. iii. Kepercayaan ini kian terhakis akibat daripada pendalaman akidah Islam dan juga perkembangan teknologi. Pada masa kini, kepercayaan terhadap semangat padi semakin pudar dan hanya diamalkan oleh golongan tua sahaja. iv. Pantang Larang  tunjuk ajar dan nasihat kpd anak cucu yg masih mentah dlm kehidupan harian.  tujuan utk mendidik.  disampaikan dgn cara halus. v. Mentera i. Mentera diambil daripada perkataan sanskrit "mantra" atau "manir" yang merujuk kepada kata- kata dalam kitab suci penganut Hindu, Veda. ii. Dalam masyarakat Melayu, dikenali sebagai jampi, serapah, atau seru – sejenis pengucapan yang berentak puisi yang mengandungi unsur sihir dan bertujuan bagi menpengaruhi atau mengawal sesuatu perkara untuk memenuhi kenginan penuturnya. iii. Mentera dianggap mempunyai kuasa ghaib yang luar- biasa yang membolehkan pembacanya mengawal seseorang atau alam semulajadi. 2.4 Bahasa  sistem komunikasi yg menggunakan bunyi, simbol dgn pengertian yg digunakan dgn sewenanag-wenang.  alat menyalurkan idea.  satu set simbol2, aturcara2 yg disusun dgn sistem komunikasi yg kompleks – Cole(1998).  Linguistik-kajian ttg bunyi, sintaksis-bentuk pertuturan, tulisan-bentuk huruf. i. Perubahan Bahasa 1. kerana penyesuaian dlm organisasi sosial. 2. kerana pertembungan masyarakat dan budaya. 3. penjajahan 4. peperangan 5. perpindahan 6. perubahan populasi 7. kelas sosial 8. etnik 9. umur 10. seks 11. pekerjaan 12. penemuan baru(kaedah, benda-benda, peralatan) 13. pendidikan 14. penghijrahan 15. agama 16. status ekonomi 2.5 Adat Resam  caran yg telah ditentukan utk melakukan sesuatu yg telah diakui oleh masyarakat.  amalan yg piawai-kelaziman yg diharapkan dpd anggota masyarakat.  ‘isbat’ kpd pelaku samada positif atau negatif.  diwarisi turun-temurun. i. Adat Resam Melayu 1. mellenggang perut-amalan utk wanita yg telah genap tujuh bln hamil. 2. Meminang dan bertunang-utk mengenali pasangan dgn lebih mendalam sebelum nikah. 3. Kematian-mengadakan kenduri aruah utk sedekah kpd si mati. 4. Bersunat-utk lelaki dan perempuan persediaan utk menempuh alam remaja. 5. Cukur jambul-cukur jambul bayi yg baru lahir. ii. Adat Resam Cina  kelahiran-mengandung dijaga oleh ibu mertua. Mementingkan anak lelaki. nama bayi terdiri dpd 3 perkataan, nama keluarga, nama segenerasi, nama sendiri.  Kenduri selepas kelahiran-kuih khas berbentuk bulat berwarna merah kuning, berinti kacang, tau su dan telur diberikan kepada saudara-mara.  Cukur rambut-pengiktirafan org baru ke dlm masyarakat mereka. iii. Adat Resam India a. Sewakktu mengandung- i. (Valaikaappu) dilakukan ketika mengandung sulung menjangkau usia 7-9 bln. ii. Dipakaikan gelang tangan baru (Suulkaappu). Suul-kandungan ibu, kaappu-perlindungan. iii. Tujuan utk beri nama kpd bayi yg akan lahir. b. Semasa bersalin- i. Membisikkan nama tuham-Gayatti Mantiram ke telinga bayi. ii. Upacara potong tali pusat, menyapu madu pd lidah bayi utk kecantikan. c. Selepas bersalin i. Membawa bayi pulang ke rumah ii. Mandi selepas bersalin iii. Mendodoi bayi iv. Memberi nama 2.6 Jantina i. mempengaruhi iklim di dlm bilik darjah ii. lelaki lebih keras dan agresif iii. perempuan bersopan dan berhemah, cepat matang iv. percampuran beri peluang murid bergaul dgn lebih tertib, btanggungjawab. v. menghormati perbezaan yg wujud vi. meluaskan lgi ruang persefahaman dan toleransi.
  • 4. Tajuk 3 – Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya 3.1. Guru  Bangsa- tidak mengajar mengikut kelompok  Kelas sosial- tidak mengajar mengikut kelas sosial  Kepercayaan-tidak menyentuh aspek2 agama  Bahasa-jurang bahasa dialek  Jantina-layanan berbeza antara jantina 3.2. Murid  Bangsa-bersosial dalam kelompok  Kelas sosial-golongan atasan dan bawahan  Kepercayaan-sosialisasi mengikut agama  Bahasa-kelompok dialek  Jantina-interaksi antara jantina 3.3. Sekolah  Bangsa-sekolah jenis cina dan india.  Kelas sosial- sekolah bandar dan luar bandar  Kepercayaan-sekolah agama  Bahasa-bahasa rasmi dan bahasa penghantar sekolah  Jantina-sekolah kekaki dan sekolah perempuan. 3.4 Kurikulum Tersirat  Bangsa-mererapkan nilai budaya masyarakat.  Kelas sosial-pergaulan tidak mengikut jurang sosial.  Kepercayaan-tidak menekankan hanya kepada agama islam  Bahasa-menghormati bahasa ibuda dan dialek  Jantina-tahu batasan pergaulan. Tajuk 4 – Ketaksamaan Peluang Pendidikan 4.1. Kelas Sosial A. Kamus Dewan edisi 3-Ketidaksamaan perihal (sifat,keadaan) tidak sama ant gambaran dan hakikat. B. Rohan Melghan(1986), kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dlm sesuatu bangsa yg sama. C. Karl Marx – adalah kategori individu yg mempunyai hubungan yg sama terhadap pengeluaran spt sistem pengagihan dan pertukaran. D. Lima kelas sosial yg boleh dibezakan: a. golongan atasan,-org kaya, ahli2 korporat. b. pertengahan atasan,-berpendidikan tinggi, profesional, berjawatan dlm sesuatu organisasi. c. pertengahan bawahan,-berkelulusan sekolah menengah, sijil, diploma. d. pekerja-pekerja kolar biru, berpendidikan PMR- SPM.bekerja dgn kemahiran. e. bawah.-berkelulusan amat rendah @ tiada berpendidikan formal. Faktor2nya Ekonomi, kesihatan, pengaruh rakan sebaya, struktur keluarga, sekolah dan guru. 4.2. Jantina i. Wujud status berbeza, cita-cita, perlakuan dan ciri2 yg sesuai utk lelaki dan wanita. ii. Zaman tradisional-fungsi wanita terhad sbg pembantu suami. iii. Zaman penjajah-peluang pengajian diutamakan utk golongan lelaki shj. iv. Amalan patriarki(sistem masyarakat yg sebahagian besar kekuasaannya dipegang oleh kaum lelaki.)budaya lelaki sbg ketua dan dominasi ke atas wanita dan kanak-kanak. v. Sistem meritokrasi(sistem sosial yg menyanjung tinggi kedudukan seseorang kerana kebolehannya)pemilihan berdasarkan pencapaian akademik. vi. Kecenderungan pemilihan kursus di institusi pengajian tinggi. 4.3. Kumpulan Minoriti – Asli, Indigenous, Masyarakat Pendalaman a. Sesuatu kump etnik dlm sesebuah masyarakat yg mempunyai jumlah ahli yg kecil. b. Faktor geografi mempengaruhi budaya sesebuah kump itu eg: kaum asli, kadazan, murud dan masyarakat pribumi. c. Menerima pendidikan tidak formal shj melalui keturunan. d. Faktor2nya: i. kurang kemudahan dan infrastruktur,prasarana kurang lengkap(letrik, air, jalan) ii. Kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu-satu bidang.- P&P tidak menarik, murid tak minat belajar. Guru tak pandai guna bahasa pribumi- murid tak faham. iii. system pend belum menyentuh system belajar mereka(asli). iv. kekurangan akses dan pendedahan dr dunia luar v. sukar menerima perubahan/pembaharuan dlm cara hidup seharian vi. tidak memperjuangkan hak2 mereka vii. tidak mendapat perhatian dr masyarakat luar viii. seisi keluarga terlibat sbg tenaga kerja. ix. berpegang teguh kpd budaya hidup tradisional. e. Kesannya-kump minoriti akan jdi mundur dlm bidang pend. f. wujud jurang ant jenis sekolah, kaum, jantina, taraf ekonomi dan tahap kupayaan murid. 4.4. Murid Berkeperluan Khas a) Dr.Chua Tee Tee (1982)-satu program pendidikan yg dirancang khas utk kanak2 istimewa, luar biasa dr segi intelek, jasmani, sosial @ emosi. b) Dua kategori murid berkeperluan khas a) masalah, b) masalah khusus. c) Mereka menghadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa. d) Kanak2 pintar cerdas, yg mempunyai mental jauh lebih tinggi dpd rakan sebaya-sistem pend sedia ada tidak dpt memberi manfaat kpdnya. e) Menimbulkan komflik dlm hidup, bermasalah sesio-emosi f) 7 kategori kanak2 istimewa: i. Kerencetan mentel ii. Bermasalah pembelajaran iii. Kecelaruan tingkah laku iv. Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi v. Cacat penglihatan vi. Cacat fizikal vii. Pintar-cerdas dan berbakat istimewa 4.5. Dasar Dan Matlamat A. Dasar KPM adalah utk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yg sama utk cemerlang termasuklah daripada SK dan SJK. KPM telah
  • 5. mengenalpasti jurang pendidikan yg perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan, iaitu : i. Jurang Bandar Dan Luar Bandar ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman. ii. Jurang Digital merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dikalangan guru. iii. Jurang Antara Tahap Pencapaian Pelajar merujuk kepada kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada sistem pendidikan. iv. Jurang Antara Pelajar Normal Dan Bekeperluan Khas merujuk kepada perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses p&p pelajar bekeperluan khas termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas dan berbakat. v. Jurang Sosioekonomi merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam bandar. B. Kekurangan Kemudahan Asas  767 sekolah rendah dan 28 sekolah menengah belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam.  Janakuasa yang ada berkuasa rendah dan tidak cukup utk menampung penggunaan ICT di sekolah  Sukar mendapatkan bekalan diesel terutama sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman.  Cabaran KPM adalah untuk membekalkan janakuasa yang berkuasa tinggi iaitu 30-35KVa, menyediakan mekanisme penyelenggaraan janakuasa dan pembekalan diesel agar sekolah- sekolah ini dapat memanfaatkan penggunaan ICT sepenuhnya untuk p&p. o 1517 sekolah rendah dan 68 sekolah menengah tiada bekalan air. o Bagi sekolah-sekolah tersebut, bekalan air disediakan melalui kaedah bekalan air graviti, penuaian hujan (rain harvesting) dan telaga tiub (tube well). o Bekalan air graviti menggunakan air dari sungai atau air terjun manakala penuaian hujan pula menggunakan air tadahan hujan. C. Sekolah Kurang Murid  2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan sebagai SKM,(kurang 150 orang).  Hampir 90 % SKM - keadaan daif dan - masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih.  Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan.  Penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh dipedalaman.  Jumlah murid yang terlalu kecil - SKM amalkan pengajaran kelas bercantum (multigrade teaching)mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan. D. Cabaran KPM  memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar.  program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal kompute, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi.  Sekolah-sekolah akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina. E. Bantuan Dan Program Sokongan KPM memperuntukkanlebih daripada RM 1.0 bilion setiap keluarga miskin dan golongan kurang upaya melalui program berikut : a) Rancangan Makanan Tambahan (RMT) b) Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM) c) Bantuan Makanan Asrama. d) Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid e) Jaket Keselamatan f) Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya g) Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) h) Skim Baucer Tuisyen (SBT) i) Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kleas Persediaan Universiti (BKPU) j) Asrama Harian Tajuk 5 - Konsep dan Tujuan Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah mewujudkan satu suasana serta iklim pemb yang kondusif dgn mengambil kira keunikan perspektif dr pelbagai latar belakang budaya dan sosial. 5.1 Kriteria-kriteria Fizikal Umum Persekitaran Bilik Darjah yg Mesra Budaya A. Aspek Fizikal  Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut keperluan aktiviti.  Mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang baik.  Mengecat dinding dengan warna - warni yang ceria dan lembut.  Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang dan lembut.  Melukis mural diswekitar kelas.  Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api. B. Sudut2 Pembelajaran  Sudut aktiviti yg dpt membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya.  Sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen dan multimedia. 5.2 Kriteria-kriteria Fizikal Spesifik A. Aspek Fizikal i. Menyusun atur tempat duduk spy terdapat kesamarataan taburan di ant murid-murid dari pelbagai kump etnik. ii. Aktiviti mengecat dan melukis mural. Tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. Libatkan semua murid berlainan etnik membantu guru. iii. Ruang untuk bekerja-penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong-menolong ant murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya. Tugasan yg di berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini; B. Sudut2 Pembelajaran
  • 6. i. Selain sudut-sudut biasa, wujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sediakan pelbagai - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pemb tersebut utk menarik minat murid. ii. Wujudkan sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut- sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan ant kaum-kaum iii. Menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku, risalah yg mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik. iv. Sudut pemb elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar belakang etnik dapat menggunakan perisian “software” yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Dapat memupuk, menghayati nilai-nilai spt bekerjasama, tolong menolong serta toleransi. 5.3 Peranan guru sebagai ‘Physical Enviroment Designer’. A. Sebelum P&P  Perlu mengetahui latar belakang murid terlebih dahulu  Perlu faham dengan mendalam perasaan setiap murid  Mengkikis pra sangka  Perlu mengetahui latar belakang kebudayaan, agama dan adat setiap murid dengan mendalam.  Pemilihan tajuk pembelajaran yang berkaitan kepelbagaian budaya Eg : Perayaan di Malaysia, Permainan Tradisional  Penerapan budaya nilai-nilai murni dalam objektif pembelajaran (afektif)  Penghasilan bahan bantu mengajar yang mampu melibatkan keseluruhan pelajar  Memastikan bilik darjah dalam keadaan yang baik dan selesa sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan B. Semasa P&P  Pemilihan kaedah dan teknik pengajaran yang melibatkan interaksi yang aktif dalam bilik darjah Eg : Sodiodrama, Main peranan  Menggalakkan aktiviti berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai budaya  Tidak memilih kasih, berat sebelah dan sentiasa bersikap adil kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang pelajar  Memberi pujian dan galakan kepada pelajar yang baik dan aktif dalam kelas  Tidak memburuk-buruk dan merendah-rendahkan pelajar terutama sekali di hadapan pelajar lain  Tidak menyentuh isu-isu sensitif yang mampu mengguris perasaan mana-mana pihak  Menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung kepada pelajar di samping penekanan kepada aspek akademik  Menekankan kepentingan perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasama dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan  Menggalakkan murid bertanya dan bersoal jawab serta mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi  Melaksanakan aktiviti yang memerlukan pelajar berinteraksi dengan aktif antara satu sama lain  Guru menjadi role-model yang terbaik untuk dijadikan teladan kepada pelajar  Pelaksanaan peraturan yang dapat membentuk peribadi pelajar  Melaksanakan tindakan yang sewajarnya kepada pelajar yang melakukan kesalahan dengan setimpal. 5.4 Pengurusan Sosio Emosi 5.4.1 Implikasi positif i. Membangkitkan dan mengekalkan minat ii. Kuasa dalaman yg mengawal minat dan tingkahlaku iii. Meneruskan aktiviti dlm pemb. iv. Penglibatan murid dlm setiap akt bertambah. v. Disenangi kawan vi. Menerima demokrasi vii. Suka berjenaka viii. Boleh menganggung konflik yg berlaku ix. Membangkitkan naluri ingin tahu x. Semangat kerjasama xi. Memahami emosi rakan sebaya xii. Menerima rakan-rakan yg berbeza 5.4.2 Implikasi negatif i. Berada dlm kebimbangan ii. Perubahan emosi-perubahan sikap iii. Putus asa iv. Prestasi terjejas v. Tersisih vi. Sangkaan yg salah kpd rakan 5.4.3 Peranan Guru a) Berikan pujian dan galakan kpd murid yg mengambil bhg. b) Ganjaran pelbagai bentuk-hadiah, token dll c) Denda yg tidak menjejaskan emosi d) Hubungan baik ant guru dan murid e) Pastikan hubungan baik juga ant rakan sekelas f) Beri peluang bersosial g) Banyakkan peng berpusatkan murid h) Bila rasa letih, malas, bosan, motivasi menurun,- adakan masa rehat, aktiviti kinestatik eg: muzik, puitis, teater. 5.5 Hubungan Antara Kelompok Etnik 5.5.1 Pengenalan  Malaysia mempunyai lebih daripada 24 juta penduduk dalam tahun 2005.  Rakyat di negara kita terdiri daripada lebih 200 kumpulan etnik.  Antara kumpulan terbesarnya ialah melayu, cina, india, kadazan-dusun, banjar, iban dan lain-lain lagi.  Dengan jumlah kumpulan etnik yang seramai ini di negara kita, ia sentiasa menjadi agenda utama dalam pengurusan masyarakat di negara ini.  Terdapat dua perkara utama yang perlu diteliti dan terbukti menjadi asas kepada pembinaan hubungan kaum di Malaysia iaitu politik dan pendidikan. 5.5.2 Masalah Yang Melibatkan Hubungan Kaum/Etnik I. Permusuhan kaum II. Suka berada dlm kelompok masing2. III. Pemberian Kuota IV. Tidak menerima kontrak sosial 5.5.3 Langkah-langkah Memupuk Perhubungan Ant Kaum i. Beri kesedaran ttg pentingnya hub. etnik ii. Pecahkan kelompok besar kpd kecil iii. Guru jgn bersikap pilih kasih iv. Gubal semula matapelajaran sejarah v. Guna pendekatan mikro vi. Galakan belajar bahasa lain selain BM dan BI vii. Pupuk semangat kekitaan selalui pelbagai aktiviti Tajuk 6 – Kemahiran Komunikasi Guru 6.1 Pengenalan - Topik ini mengandungi aspek-aspek: a) Gaya kepemimpinan autokratik, demokratik dan laissez faire dalam komunikasi bilik darjah.
  • 7.  Koontz(1990)- Kepimpinan ditakrif sebagai kebolehan untuk menggunakan pengaruh interpersonal melalui komunikasi untuk mencapai matlamat.  Guru sebagai pemimpin perlu mempunyai keberkesanan komunikasi dan kecekapan dalam hubungan sesama manusia.  Guru sebagai pemimpin berwawasan mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut: a. Sentiasa memikirkan perubahan b. Seorang pemikir yang berkesan c. Menjadi pemimpin yang proaktif  Terdapat TIGA jenis gaya kepimpinan iaitu: i. Autokratik o Guru akan menetapkan semua keputusan. o Guru tidak berkongsi kuasa dengan sesiapa di dalam kelasnya. o Interaksi antara guru dengan pelajar adalah sehala. Pelajar agak pasif dan banyak mendengar sahaja. o Pemimpin bercorak kekerasan. Pelajar yang berani sahaja aktif. Pelajar berkemungkinan. o Gaya kepimpinan ini tidak mengajar pelajar bersikap berdikari. Pelajar mungkin menarik diri daripada mengikuti kegiatan-kegiatan yang di rancangkan. ii. Demokratik  Menganggap semua individu di dalam kelasnya sebagai satu komuniti. Setiap pelajar diterima dengan hati yang terbuka.  Murid tidak berasa diri terkongkong. Namun, kuasa guru tetap ada.  Guru bertindak sebagai fasilitator.  Guru akan melayan pelajarnya secara sama rata.  Keputusan akan dibuat secara perundingan atau mesyuarat.  Aspek hubungan dengan pelajar dijaga, mengelak tingkah laku dan pandangan yang negatif.  Sahsiah guru seimbang, baik, sentiasa mengawal emosi dan menjaga hati pelajar.  Suasana pembelajaran adalah harmonis, guru dihormati dan disegani mewujudkan pembelajaran yang berkesan. iii. Laissez Faire  Guru memberi hak kebebasan sepenuhnya kepada pelajar.  Guru tidak berusaha menentukan cara bagaimana pelajar patut belajar, apa yang patut difahami dan sebanyak mana perlu dipelajari.  Murid akan berada di dalam suasana terumbang- ambing, serba salah dan kadar pembelajaran adalah rendah.  Interaksi di antara guru dan pelajar amat kurang tetapi interaksi pelajar dengan pelajar amat kerap berlaku kerana guru membiarkan pelajarnya berbuat sesuka hati.  Guru kurang memberi bimbingan dan bersikap tidak acuh dalam pengajaran.  Corak kepimpinan ini sesuai untuk pelajar dewasa yang boleh menentukan hala tuju dan matlamat yang ingin dicapai (Meyers, Rust & Wayne, 2001. b) Aktiviti berstruktur dan tidak berstruktur yang dapat membantu guru. Berstruktur i. Aktiviti berfokus pada guru. ii. Dilakukan dengan cara memberi penerangan atau demonstrasi kepada semua pelajar sebagai satu kumpulan besar. iii. Pelajar sebagai penerima ilmu yang pasif. iv. Peranan alat bantuan mengajar, serta v. Huraian tentang cara meningkatkan minat serta merangsang kreativiti pelajar. Tidak Berstruktur Setiap pelajar digalakkan mengembangkan potensi kendiri. Setiap bilik darjah adalah unik kerana guru dan pelajar bersifat kreatif dalam menyusun peralatan dan perkakasan di dalamnya. Bilik darjah bersifat fleksibel kerana perkakasan boleh diubah mengikut keperluan. 6.2 Bahan Bantu Belajar Dibahagikan kepada tiga bahagian. Mempermudah penyampaian isi kandungan. – Isi kandungan boleh disampaikan dengan lebih mudah dengan bantuan peralatan dan teknik yang sesuai seperti power point, arahan komputer, video, poster, gambar, muzik, lagu, lakonan, pergerakan atau animasi. Memotivasi dan menarik perhatian pelajar. – Dengan penggunaan perkakasan seperti di atas, perkaitan di antara isi pengajaran dan nilai dapat dikaitkan dengan pengalaman sebenar pelajar. Lantas ia mencetus motivasi dalaman dan menarik perhatian pelajar. Merangsang aktiviti – Dalam merancang pelajaran, aspek melibatkan deria atau Multiple Intelligence (MI) sangat perlu ditekankan. – Dengan perancangan yang betul, guru dapat menyediakan pengajaran dan aktiviti pada tahap berbeza mengikut pencapaian pelajar. – Kreativiti pelajar boleh ditingkatkan dengan cara membenarkan mereka merangka dan melakukan aktiviti yang disukai. – Para pelajar amat digalakkan diberi peluang membuat pilihan dalam aktiviti dan penilaian. – Guru dapat membantu murid lebih bertanggungjawab dalam pembelajaran mereka sendiri. 6.2 Rumusan Guru perlu mahir dalam aspek perhubungan manusia dan individu. Guru demokratik dapat kerjasama daripada murid. Walaupun guru tidak dapat lari daripada merancang aktiviti secara berstruktur, ia boleh diatasi dengan menggunakan pelbagai kaedah dan peralatan Guru perlu membuat perancangan aktiviti dengan seimbang agar pelajar berasa seronok semasa melakukan aktiviti serta dapat manfaatkan isi pengajaran. Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan aktiviti untuk menarik minat pelajar dalam pembelajaran mereka. Tajuk 7 – Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran Yang Mesra Budaya 7.1 Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Masyarakat Orang Asli Di Pinggir Bandar 7.1.1 Perancangan pelan ini dibuat bersama oleh JHEOA dan Bahagian Perancangan dan Penyelarasan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Objektif bertujuan : Menyediakan program/aktiviti khusus dan keperluan peruntukan di kawasan pinggir
  • 8. 7.1.2 Kumpulan sasar program terdiri dari 4 kumpulan iaitu : 1. Peringkat Pra Sekolah (5-6 tahun)  Tujuan pendidikan Pra Sekolah adalah untuk menyediakan asa kukuh yang sebelum pendidikan formal. Ia bagi membolehkan kanak-kanak berumur 5+ tahun memperoleh pendidikan awalan yang kukuh dan kemahiran-kemahiran lain sebagai persediaan untuk ke sekolah rendah. 2. Peringkat Rendah (7-12 tahun) Tujuan pendidikan peringkat rendah adalah untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira; kemahiran berfikir, konsep asas sains, seni dan rekreasi dan penerapan nilai-nilai murni tegasnya program pra- sekolah dan renah adalah asas kepada pembangunan dan pengembangan domain kognitif, afektif dan selari dengan hasrat falsafah Pendidikan Kebangsaan. 3. Peringkat Menengah (13-18 tahun) Pendidikan Menengah merupakan program pendidikan yang komprehensif dan berkualiti kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 12+ tahun hingga 17+ tahun. Pada peringkat ini penekanan diberi kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan memberi fokus kepada pendidikan umum pada tahun 7 dan 8 persekolahan supaya setiap pelajar mendapat pendedahan kepada pelbagai bidang ilmu. 4. Peringkat Tercicir Tumpuan akan diberi kepada belia dan beliawanis yang tercicir dari sistem persekolahan dan juga ibu bapa yang tidak pernah bersekolah supaya mereka sedar akan pentingnya pendidikan. Latihan-latihan kemahiran yang bersesuaian dengan minat serta kebolehan mereka akan diperkenalkan supaya mereka dapat memasuki pasaran tenaga buruh dan peluang- peluang pekerjaan. 5. Kumpulan Dewasa  Kumpulan dewasa ini boleh dipecahkan kepada dua kategori iaitu :  Wanita  Bagi kategori ini program-program seperti Penggerak Wanita Orang Asli, Program Kesejahteraan Keluarga, Latihan-Latihan Kemahiran dan Keusahawanan akan dilaksanakan.  Semua peringkat  Bagi kategori ini, latihan-latihan kemahiran, keusahawanan, pembangunan minda, keagamaan dan kerohanian serta pendidikan literasi fungsian dilaksanakan. Disamping itu, program celik huruf akan dipertingkatkan kepada golongan dewasa yang buta huruf. 7.1.3 Pelaksanaan Pelan Tindakan. akan dijalankan oleh pelbagai agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Juruperunding, Swasta dan para akademik. Dalam melaksanakan pelan ini;  Agensi Kerajaan akan banyak terlibat dengan program/projek yang berbentuk penyediaan kemudahan prasarana pendidikan;  NGO pula penglibatan mereka lebih tertumpu kepada program/projek perubahan minda;  Pihak Juru Perunding akan dilibatkan dengan program/projek kajian-kajian seperti kajian penilaian semula pelan dan kajian program/projek yang dilaksanakan secara ‘outsourcing’. Keperluan Peruntukan.  Dalam tempoh pelaksanaan pelan ini, peruntukan sebanyak RM6,171,000.00 diperlukan bagi melaksanakan pelbagai program/projek. Cabaran. Pencapaian dan kejayaan pelan ini bergantung kepada beberapa faktor berikut :  Komitmen yang tinggi daripada pegawai-pegawai JHEOA dan agensi pelaksana;  Penerimaan dan penglibatan aktif masayarakat Orang Asli;  Penyediaan peruntukan yang mencukupi;  Kerjsama yang erat dan mantap dikalangan Kementerian, Agensi-Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Swasta dan Juruperunding. Skim Bantuan Galakan Pendidikan JHEOA  disediakan bagi membantu pelajar Orang Asli diperingkat Sekolah Rendah, Menengah dan Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan.  Bantuan ini diberikan bagi membantu meringankan beban masyarakat Orang Asli dalam membiayai persekolahan dan pengajian anak-anak mereka. Jenis-Jenis Bantuan: A:Sekolah Rendah dan Menengah. Yuran Persekolahan.  Kokurikulum  Kertas ujian bulanan  Sukan tahunan sekolah  Kegiatan pendidikan islam/pendidikan moral  MSSM Bantuan Persekolahan  Buku tulis dan buku kerja  Alat tulis  Pakaian seragam sekolah  Barang keperluan diri (untuk pelajar tinggal di asrama), seperti ubat gigi, sabun mandi, sabun pencuci, kapur kasut, tuala mandi).  Tambang pengangkutan ke sekolah.  Bantuan makan murid sekolah pedalaman (sekolah rendah).