SlideShare a Scribd company logo
Kurikulum Standard
Sekolah Rendah
(KSSR)
Transformasi Kurikulum
• Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak
daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah
Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B.
Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha
penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara
terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu
dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan
memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan
datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan
mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan
transformasi kurikulum sekolah rendah.
• Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan
penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum
persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi
adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan
keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-
21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah
adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan
mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran
penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan.
• Dalam proses transformasi kurikulum
persekolahan rendah, KPM telah melakukan
penandaarasan dengan kurikulum persekolahan
negara maju bagi memastikan kurikulum
persekolahan kebangsaan yang dibangunkan
setanding dengan pendidikan global. Di samping
itu, KPM turut mendapatkan input daripada
pelbagai pihak berkepentingan seperti
Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik
dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input
tersebut maka konsep kurikulum persekolahan
rendah berasaskan standard dibangunkan.
Hasrat KSSR
• Melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis
dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan
teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan
diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai
• Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan.
• KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru
Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini.
• KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan
UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to
know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar
untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar
untuk membentuk peribadi (learning to be).
Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:
Prinsip KSSR
• Pendekatan Bersepadu
Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-
unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud
kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
• Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan
untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan
sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.
• Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid
KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid
untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
menyeluruh dan seimbang.
• Pendidikan Seumur Hidup
KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran
kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.
Tunjang KSSR
1. Tunjang Komunikasi
• Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses
menggabung jalin kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan
dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini memberi
fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan
bertutur, membaca dan menulis, serta nilai tambah menaakul.
• Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka
dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan
nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Penguasaan kemahiran
berbahasa menyediakan murid untuk membuat pemilihan
bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial.
• Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa
Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah
Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa
Semai.
2. Tunjang Perkembangan Fizikal dan
Estetika
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi
penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan
untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi,
kreativiti, bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang
membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan apresiasi dipupuk
melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.
3. Tunjang Kemanusiaan
Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada
penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan
alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatan
semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu yang
terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah yang
diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.
4. Tunjang Keterampilan Diri
Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan
kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri
melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid
diberi peluang menyepadukan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah
dan mengamalkannya dalam kegiatan
kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan
kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform
dan sukan memberi peluang kepada murid
meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin
kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan
masyarakat.
5. Tunjang Sains dan Teknologi
Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada
penguasaan:
i. Pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
ii. Pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik
iii. Pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi
iv. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains
dan Teknologi ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk dan
Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK).
6. Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan
kepada bidang pembelajaran yang berfokus kepada
penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai.
Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi Pendidikan
Islam bagi murid Islam dan Pendidikan Moral bagi murid
bukan Islam.
Fokus KSSR
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan
baharu dalam pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.

More Related Content

What's hot

Kurikulum standard sekolah rendah (kssr)
Kurikulum standard sekolah rendah (kssr)Kurikulum standard sekolah rendah (kssr)
Kurikulum standard sekolah rendah (kssr)
NURLIDYAWATI JASMIN
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
SALWANIERAZLI
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasaxiaomei1029
 
Strategi Penyelesaian Masalah - SLOT 3
Strategi Penyelesaian Masalah - SLOT 3Strategi Penyelesaian Masalah - SLOT 3
Strategi Penyelesaian Masalah - SLOT 3
MOHD AFIQ
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruBab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruAnsar Azman
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Emma Subpei Shafie
 
Strategi Kompromi dan Strategi Perkembangan Kognitif
Strategi Kompromi dan Strategi Perkembangan KognitifStrategi Kompromi dan Strategi Perkembangan Kognitif
Strategi Kompromi dan Strategi Perkembangan Kognitif
Maizatul Malik
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
amira nurfahmida
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruMegala Silva Raju
 
Pendekatan tematik
Pendekatan tematikPendekatan tematik
Pendekatan tematikIsmail Mamat
 
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranedup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
arshaqaxman
 
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)nurul syuhaida rahim
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Noor Hidayah Ghazali
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
naassyura
 

What's hot (20)

Kurikulum standard sekolah rendah (kssr)
Kurikulum standard sekolah rendah (kssr)Kurikulum standard sekolah rendah (kssr)
Kurikulum standard sekolah rendah (kssr)
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
Strategi Penyelesaian Masalah - SLOT 3
Strategi Penyelesaian Masalah - SLOT 3Strategi Penyelesaian Masalah - SLOT 3
Strategi Penyelesaian Masalah - SLOT 3
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruBab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
 
Strategi Kompromi dan Strategi Perkembangan Kognitif
Strategi Kompromi dan Strategi Perkembangan KognitifStrategi Kompromi dan Strategi Perkembangan Kognitif
Strategi Kompromi dan Strategi Perkembangan Kognitif
 
Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini  Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini
 
teori kematangan
teori kematanganteori kematangan
teori kematangan
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
 
Pendekatan tematik
Pendekatan tematikPendekatan tematik
Pendekatan tematik
 
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranedup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
 
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
 
Teori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasaTeori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasa
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBINGPERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
 

Similar to Kssr

Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumKepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumSiti Kamaruddin
 
6 perlaksanaan kurikulum khsr
6  perlaksanaan kurikulum khsr6  perlaksanaan kurikulum khsr
6 perlaksanaan kurikulum khsrHerney Aqilah Kay
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Naim Manaf
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmikashafiqah
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
amirSKKT
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
Fail meja-pk-kokurikulum1
Fail meja-pk-kokurikulum1Fail meja-pk-kokurikulum1
Fail meja-pk-kokurikulum1
jaykoko
 
Fail meja pk koko 2
Fail meja pk koko 2Fail meja pk koko 2
Fail meja pk koko 2
Achik Zainal
 
Panduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docx
Panduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docxPanduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docx
Panduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docx
Muhamad Mahat
 
Pengurusan pembinaan bilik_darjah
Pengurusan pembinaan bilik_darjahPengurusan pembinaan bilik_darjah
Pengurusan pembinaan bilik_darjahAzizi Ahmad
 
Panduan Nilam Yang Ditambah Baik
Panduan Nilam Yang Ditambah BaikPanduan Nilam Yang Ditambah Baik
Panduan Nilam Yang Ditambah Baik
Chon Seong Hoo
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Nur Syafira
 
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkDsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Azliza Mohamed
 
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
mas61
 
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ldDsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ldArmi AbuBakar
 
KBSR
KBSRKBSR

Similar to Kssr (20)

Bentuk kurikulum
Bentuk kurikulumBentuk kurikulum
Bentuk kurikulum
 
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumKepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
 
6 perlaksanaan kurikulum khsr
6  perlaksanaan kurikulum khsr6  perlaksanaan kurikulum khsr
6 perlaksanaan kurikulum khsr
 
Kssr
KssrKssr
Kssr
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Report KSSR
Report KSSRReport KSSR
Report KSSR
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Info
InfoInfo
Info
 
Fail meja-pk-kokurikulum1
Fail meja-pk-kokurikulum1Fail meja-pk-kokurikulum1
Fail meja-pk-kokurikulum1
 
Fail meja pk koko 2
Fail meja pk koko 2Fail meja pk koko 2
Fail meja pk koko 2
 
Panduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docx
Panduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docxPanduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docx
Panduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docx
 
Pengurusan pembinaan bilik_darjah
Pengurusan pembinaan bilik_darjahPengurusan pembinaan bilik_darjah
Pengurusan pembinaan bilik_darjah
 
Panduan Nilam Yang Ditambah Baik
Panduan Nilam Yang Ditambah BaikPanduan Nilam Yang Ditambah Baik
Panduan Nilam Yang Ditambah Baik
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
 
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkDsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
 
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
 
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ldDsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
 
KBSR
KBSRKBSR
KBSR
 

More from Vince Here

Kertas kerja kejohanan bola jaring 2013
Kertas kerja kejohanan bola jaring 2013Kertas kerja kejohanan bola jaring 2013
Kertas kerja kejohanan bola jaring 2013
Vince Here
 
Kertas kerja bola baling
Kertas kerja bola balingKertas kerja bola baling
Kertas kerja bola baling
Vince Here
 
Easy Excersice Tips
Easy Excersice Tips Easy Excersice Tips
Easy Excersice Tips
Vince Here
 
Nota Literasi Bahasa
Nota Literasi BahasaNota Literasi Bahasa
Nota Literasi Bahasa
Vince Here
 
Tugasan Literasi Bahasa Semester 2
Tugasan Literasi Bahasa Semester 2Tugasan Literasi Bahasa Semester 2
Tugasan Literasi Bahasa Semester 2
Vince Here
 
Rangka Kerja membuat Teselasi
Rangka Kerja membuat TeselasiRangka Kerja membuat Teselasi
Rangka Kerja membuat Teselasi
Vince Here
 
Teselasi Matematik
Teselasi MatematikTeselasi Matematik
Teselasi Matematik
Vince Here
 
Implikasi & perkembangan falsafah pendidikan barat
Implikasi & perkembangan falsafah pendidikan baratImplikasi & perkembangan falsafah pendidikan barat
Implikasi & perkembangan falsafah pendidikan baratVince Here
 
Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur Vince Here
 
bab 3 -Perkembangan pendidikan
bab 3 -Perkembangan pendidikanbab 3 -Perkembangan pendidikan
bab 3 -Perkembangan pendidikanVince Here
 
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdekaM1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdekaVince Here
 
Bab 10 Pembentukan & pelaksanaan kurikulum bersepadu sekolah
Bab 10 Pembentukan & pelaksanaan kurikulum bersepadu sekolahBab 10 Pembentukan & pelaksanaan kurikulum bersepadu sekolah
Bab 10 Pembentukan & pelaksanaan kurikulum bersepadu sekolahVince Here
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumVince Here
 
Bab 8 Perjuangan insan pendidik
Bab 8 Perjuangan insan pendidikBab 8 Perjuangan insan pendidik
Bab 8 Perjuangan insan pendidikVince Here
 
Bab 7 Modal insan dan kerjaya guru
Bab 7 Modal insan dan kerjaya guruBab 7 Modal insan dan kerjaya guru
Bab 7 Modal insan dan kerjaya guruVince Here
 
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruBab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruVince Here
 
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikanBab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikanVince Here
 
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikanBab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikanVince Here
 
Kelas Pemulihan
Kelas PemulihanKelas Pemulihan
Kelas PemulihanVince Here
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifVince Here
 

More from Vince Here (20)

Kertas kerja kejohanan bola jaring 2013
Kertas kerja kejohanan bola jaring 2013Kertas kerja kejohanan bola jaring 2013
Kertas kerja kejohanan bola jaring 2013
 
Kertas kerja bola baling
Kertas kerja bola balingKertas kerja bola baling
Kertas kerja bola baling
 
Easy Excersice Tips
Easy Excersice Tips Easy Excersice Tips
Easy Excersice Tips
 
Nota Literasi Bahasa
Nota Literasi BahasaNota Literasi Bahasa
Nota Literasi Bahasa
 
Tugasan Literasi Bahasa Semester 2
Tugasan Literasi Bahasa Semester 2Tugasan Literasi Bahasa Semester 2
Tugasan Literasi Bahasa Semester 2
 
Rangka Kerja membuat Teselasi
Rangka Kerja membuat TeselasiRangka Kerja membuat Teselasi
Rangka Kerja membuat Teselasi
 
Teselasi Matematik
Teselasi MatematikTeselasi Matematik
Teselasi Matematik
 
Implikasi & perkembangan falsafah pendidikan barat
Implikasi & perkembangan falsafah pendidikan baratImplikasi & perkembangan falsafah pendidikan barat
Implikasi & perkembangan falsafah pendidikan barat
 
Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur
 
bab 3 -Perkembangan pendidikan
bab 3 -Perkembangan pendidikanbab 3 -Perkembangan pendidikan
bab 3 -Perkembangan pendidikan
 
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdekaM1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
 
Bab 10 Pembentukan & pelaksanaan kurikulum bersepadu sekolah
Bab 10 Pembentukan & pelaksanaan kurikulum bersepadu sekolahBab 10 Pembentukan & pelaksanaan kurikulum bersepadu sekolah
Bab 10 Pembentukan & pelaksanaan kurikulum bersepadu sekolah
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
 
Bab 8 Perjuangan insan pendidik
Bab 8 Perjuangan insan pendidikBab 8 Perjuangan insan pendidik
Bab 8 Perjuangan insan pendidik
 
Bab 7 Modal insan dan kerjaya guru
Bab 7 Modal insan dan kerjaya guruBab 7 Modal insan dan kerjaya guru
Bab 7 Modal insan dan kerjaya guru
 
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruBab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
 
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikanBab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
 
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikanBab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
 
Kelas Pemulihan
Kelas PemulihanKelas Pemulihan
Kelas Pemulihan
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 

Recently uploaded

PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 

Recently uploaded (6)

PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 

Kssr

  • 2. Transformasi Kurikulum • Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah.
  • 3. • Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke- 21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan.
  • 4. • Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan.
  • 5. Hasrat KSSR • Melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai • Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. • KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. • KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).
  • 6. Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:
  • 8. • Pendekatan Bersepadu Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur- unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. • Perkembangan Individu Secara Menyeluruh KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu. • Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang. • Pendidikan Seumur Hidup KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.
  • 10. 1. Tunjang Komunikasi • Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, serta nilai tambah menaakul. • Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial. • Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.
  • 11. 2. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan apresiasi dipupuk melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik. 3. Tunjang Kemanusiaan Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.
  • 12. 4. Tunjang Keterampilan Diri Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluang menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan sukan memberi peluang kepada murid meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.
  • 13. 5. Tunjang Sains dan Teknologi Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan: i. Pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik ii. Pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik iii. Pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi iv. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). 6. Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam.
  • 15. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.